Sabtu, 22 Oktober 2016

Ahli Parlimen dakwa Bajet tidak adil untuk Sabah, Sarawak

Perdana Menteri nampaknya tidak mengendahkan tuntuan dua negeri itu, kata Bandar Kuching dan Penampang
Darell Leiking
PETALING JAYA: Ahli Parlimen pembangkang daripada Sarawak dan Sabah mendakwa negeri mereka tidak diendahkan Bajet 2017.
Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) menyifatkan pengurangan peruntukan untuk Sarawak sebagai perkara yang “besar”, mungkin kerana Barisan Nasional percaya sudah berakar berumbi di negeri itu.
“Jika kamu perhatikan belanjawan itu, Sarawak tidak disebut sebanyak mana dalam belanjawan terdahulu,” katanya.
Sementara itu, pemimpin parti baharu Parti Warisan Sabah Darell Leiking (Warisan-Penampang) berkata layanan yang diterima Sabah dalam belanjawan kali ini menunjukkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mahu mengiktiraf kedudukan sama taraf Sabah dan Semenanjung Malaysia.
“Sabah bukan sekadar sebuah negeri; ia rakan pembentukan negara ini,” katanya. “Dalam Perlembagaan Persekutuabn, Sabah dijanjikan 40% hasil bersih daripada kutipan negeri.

“Kami harapkan lebih lagi daripada belanjawan ini, tetapi Najib gagal beri apa yang kami mahu.”
Sementara itu, Chieng Jen membangkitkan “ketiadaan” langkah memerangi rasuah.
Katanya rasuah yang merata di Sabah dan Sarawak menghalang pembangunan ekonomi anak watan dan kualiti hidup yang mereka berhak terima.
Beliau mengambil contoh penangkapan pengarah Jabatan Air Sabah, dan timbalan serta dua lagi atas dakwaan rasuah membabitkan RM100 juta.
Chieng Jen menyorot perhatian kepada laporan yang mendakwa 60% dana yang diperuntukkan kepada jabatan itu diambil oleh penjawat awam dan lebih RM3 bilion yang dimaksudkan untuk membaiki bekalan air negeri tidak digunakan untuk manfaat rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA