Sabtu, 31 Disember 2016

KERUGIAN DAN SKANDAL FELDA : NAJIB DAN UMNO KENA TARIK BALIK UCAPAN DASAR PAU.

1. Kedudukan akaun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang berada dalam keadaan yang tenat serta tidak setabil dan saham Felda Global Venture Holdings Bhd (FGVH) yang jatuh keparas rendah menimbul kerisauan peneroka dan rakyat tentang krisis pengurusan kewangan Felda.Ini ditambahkan lagi dengan pembelian 37% saham Syarikat Eagle High Plantations (EHP) dimiliki PT Rajawali Capita dengan kadar harga 2-3 kali ganda melebihi harga pasaran. Pembelian Felda ini menggunakan syarikat khas milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP).

2. Pembelian saham EHP dengan kadar harga yang tinggi tidak menjadikan FICP sebagai pemegang saham yang mempunyai kuasa pemutus atau kuasa pengawal dalam pengurusan EHP kerana majoriti saham EHP tetap dipegang PT Rajawali Capita walaupun FICP memiliki 37 peratus saham syarikat itu.

Pembayaran RM2.26 bilion hanya sekadar menjadikan FICP pemegang saham minoriti (minoriti share holder) yang besar dikalangan pemegang saham minoriti dan tidak memiliki kuasa untuk pengawal pengurusan menimbulkan persoalan apakah jenis plan perniagaan yang dilakukan oleh Felda.

3. Sepatutnya FICP hanya perlu membayar pada harga RM826 juta sahaja.Apa yang berlaku FICP membayar 173% atau RM1.43 bilion lebih dari harga sebenar.

" Adakah titik akhir RM1.43 bilion berakhir dalam akaun peribadi Malaysian Official One (MO1) sebagai 'derma' dari Felda?.

Kebimbangan dan kerisauan warga Felda dan rakyat Malaysia sekarang ialah apakah ini 'skandal 1MDB part 2' yang akan meranap ekonomi Malaysia".

Disamping itu EHP juga terkenal sebagai sebuah syarikat perladangan yang gagal menjual stok sahamnya sejak Julai 2012.

MELAYU UMNO SAPU CERAH ,CINA DAP YANG DI SALAH

4. Krisis yang melanda Felda hari ini sangat bertentangan dengan apa yang diucapkan oleh Najib dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 baru-baru ini.

"Najib cuba menimbulkan ketakutan bangsa Melayu kononnya jika UmnoBn kalah PRU14 ini maka DAP yang akan menerajui kerajaan Malaysia dan Cina DAP yang akan jadi Perdana Menteri.

Bila Cina DAP jadi PM dan terajui kerajaan Malaysia maka habis semua institusi Melayu dan Islam akan di tutup termasuk agensi-agensi seperti Felda akan ditutup.

Banjir: 15 sekolah Kelantan & 25 sekolah Terengganu ditutup esok

KOTA BHARU 31 DIS: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menangguhkan hari pertama sesi persekolahan 2017 bagi 13 sekolah rendah dan dua sekolah menengah di daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli esok berikutan laluan ke sekolah terbabit ditenggelami banjir.
Pengarahnya, Jaafar Ismail, berkata jumlah itu merangkumi lapan sekolah di daerah Kuala Krai, lima sekolah di daerah Tanah Merah dan dua sekolah daerah Jeli.
Lapan sekolah terbabit di daerah Kuala Krai ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Karangan, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Kuala Nal, SK Pasir Gajah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gajah dan SK Pasir Kelang.

“Lima sekolah di daerah Tanah Merah ialah SK Sokor, SK Kampung Panjang, SK Ladang Kerilla, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla dan SK Kulim manakala di daerah Jeli ialah SK Kuala Balah dan SMK Kuala Balah,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keselamatan guru dan pelajar sekolah yang mungkin berdepan bahaya banjir jika hadir ke sekolah esok.
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 25 buah sekolah di tiga daerah di negeri ini tidak dapat beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan 2017 esok, berikutan banjir yang melanda sejak awal pagi tadi.
Penangguhan sesi persekolahan itu membabitkan hampir 3,392 pelajar dan 490 guru di daerah Marang, Hulu Terengganu, dan Setiu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, berkata daerah paling teruk terjejas ialah Hulu Terengganu apabila 22 sekolah iaitu 19 sekolah kebangsaan (SK) dan tiga sekolah menengah (SMK) terpaksa ditutup akibat banjir.
Katanya, antara sekolah yang ditutup di Hulu Terengganu adalah SK Tengkawang; SK Kuala Ping; SK Teris; SK Kuala Jenderis; SK Padang Setebu; SK Matang; SK Sungai Buloh; SK Sungai Berua; SK Batu Tadok; SK Lubok Periuk; SK Nibong; SK Kua; SK Felda Mengkawang; SK Betong; SK Pereh; SK Felda Tersat; SK Menerong; SK Cheting; SK Padang Setar; SMK Menerong; SMK Kuala Jenderis dan SMK Tun Indera.

2017: TAHUN PALING SUKAR DIRAMAL, BERBAHAYA KATA MENTERI UMNO

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini berkata tahun 2017 ‘menjanjikan tahun yang paling sukar diramal dan mungkin ‘berbahaya’ untuk seluruh dunia’.
Beliau berkata pendapat ini berdasarkan, antara lain, konflik di Timur Tengah, perang mulut antara Rusia dan Amerika Syarikat serta cerita-cerita palsu yang disebarkan mengenai Malaysia.
Menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau, Salleh berkata konflik di Timur Tengah akan meningkat menjadi satu tragedi yang tidak ada bandingannya dalam sejarah sekiranya gencatan senjata tidak dapat bertahan.
Beliau berkata perang mulut antara Rusia dan Amerika juga mengancam untuk membawa dunia kembali ke era perang dingin apabila dunia berhadapan dengan senario yang sangat serius yang boleh berakhir dengan kemusnahan.
“Harapan kami ialah dengan kedatangan tahun baharu, (Presiden Amerika yang dipilih – Donald) Trump dan (Presiden Rusia Vladimir) Putin akan duduk bersama dan menyelesaikan perbezaan mereka (Amerika dan Rusia).
Perang mulut antara Amerika-Rusia berhubung dakwaan Rusia menggodam pilihan raya presiden Amerika 2016 telah meningkat sejak beberapa hari lepas, dengan pentabdiran Obama menuduh Rusia terlibat dalam usaha memastikan kemenangan Trump sebagai presiden dalam pilihan raya itu.
Salleh berkata: “Banyak salah faham ini disebabkan persepsi dan maklumat yang salah dan kemudian berkembang menjadi konflik. Pergaduhan antara Amerika-Rusia merupakan kes berdasarkan khabar angin dan syak wasangka”.
Beliau berkata Malaysia turut mengalami keadaan yang sama.

2017: Tambah baik institusi penting negara agenda utama Amanah

Salahuddin AyubParti Amanah Negara (Amanah) menjadikan usaha ke arah melakukan perubahan besar-besaran secara berperingkat terhadap beberapa institusi penting negara sebagai agenda utama pada tahun 2017.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, ia termasuk mengehadkan tempoh dua penggal bagi jawatan Perdana Menteri, penstrukturan semula institusi parlimen dan peranannya serta mewujudkan badan yang berintergriti bagi menyaring pelantikan beberapa jawatan utama dalam sistem pentadbiran negara.
Jawatan utama yang dimaksudkan adalah seperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara dan sebagainya.
"Siapa pun Perdana Menteri Malaysia selepas pilihan raya umum ke-14 tidak akan menjadi penghalang kepada agenda perubahan yang diimpikan tersebut.
"Perubahan besar institusi ini wajib dilakukan bagi memastikan sistem bernegara baru yang mampu mengawal segala salah laku, penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran kuasa berulang kembali," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, agenda perubahan ini akan diusahakan secara terbaik dengan pengembelingan tenaga dan pemikiran bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Perbandingan Kos MRT1 Dan MRT Line9 Seoul: BN Menipu Rakyat Untuk Menunjukkan Kononnya Saya Menipu - Rafizi

Walaupun saya sebaiknya tidak perlu menjawab kenyataan media dari kumpulan tidak bernama seperti Pasukan Komunikasi Strategik BN yang menuduh saya menipu dalam perbandingan kos keseluruhan MRT1 (sejauh 51 km dari Sungai Buloh ke Kajang) dengan MRT Seoul jajaran Line 9 (sejauh 37.5 km bawah tanah sepenuhnya), tetapi saya perlu menelanjangkan juga pembohongan mereka.
Rujuk kenyataan terdahulu saya bahawa pembinaan MRT1 itu 2.5 kali ganda lebih mahal dari pembinaan MRT Seoul Line 9 (http://rafiziramli.com/2016/12/bentangkan-perbezaan-kos-mrt-yang-diumumkan-dalam-2010-dengan-kos-yang-bakal-ditanggung-rakyat/)
Kenyataan saya itu dibalas oleh Pasukan Komunikasi Strategik BN yang disiarkan The Star http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/12/29/bn-communications-team-answers-rafizi-mrt-claims/
Di dalam kenyataan balas Pasukan Komunikasi Strategik BN itu, mereka (hantu-hantu tidak bernama ini) menyatakan perkara berikut:
1. Menuduh saya tidak menyemak rujukan saya dan mengambil sumber maklumat dari satu blog tidak bernama
2. Menuduh saya tidak memahami perbezaan kos dan membuat perbandingan kos yang salah apabila saya dakwa kos MRT1 bagi setiap km adalah 2.5 kali ganda lebih mahal dari kos MRT Seoul Line 9
3. “Membetulkan kesalahan kiraan saya” lalu menyatakan bahawa kos sebenar MRT Seoul Line 9 adalah USD152 juta/km, kononnya berkali ganda lebih mahal dari kos MRT1 bagi setiap km
Saya sertakan kiraan sebenar yang saya buat (tidak merujuk semata-mata kepada blog-blog) seperti berikut:

Berikut adalah sumber-sumber sah dan rasmi yang saya petik:
i. Panjang MRT Seoul Line 9 dan kos (sama seperti yang dirujuk oleh Pasukan Komunikasi BN) – http://www.siudmysore.gov.in/UTdetails/Day4.pdf
ii. Penerangan mengenai MRT Seoul Line 9 dan ia 100% bawah tanah – http://www.railway-technology.com/projects/seoul-metro/
iii. “Normalisasi” pembinaan MRT antara bawah tanah, atas tanah dan pelantar – http://flyvbjerg.plan.aau.dk/Publications2008/UNITCOSTSURBANRAIL8.pdf
iv. Kos dan spesifikasi MRT1 Sungai Buloh – Kajang – semua kenyataan media saya setakat ini
v. Kadar purata tukaran USD:RM – http://www.xe.com/currencycharts/?from=USD&to=MYR&view=5Y
Bukankah satu penipuan dan kebodohan apabila Pasukan Komunikasi Strategik BN cuba menipu rakyat Malaysia secara buta-buta dengan membandingkan kos setiap km MRT1 dengan pembinaan 37.5 km bawah tanah MRT Seoul Line 9 (kononnya USD152 juta setiap km, dengan membahagikan USD5.7 bilion dengan 37.5 km) tanpa membuat perbandingan yang sama jenis, iaitu menjalankan proses normalisasi kos terlebih dahulu.
Sedangkan hanya 20% dari MRT1 adalah dibawah tanah berbanding 100% MRT Seoul Line 9. Sebab itu saya kira selepas menjalankan normalisasi kos terlebih dahulu untuk mempastikan perbandingan yang bermakna mengambil kira kajian kejuruteraan sebelum itu oleh Halcrow Fox bahawa perbandingan kos ialah bagi setiap 1 km pembinaan MRT bawah tanah adalah bersamaan dengan 3 kali kos setiap km pembinaan MRT atas pelantar.
Berdasarkan perkiraan jujur yang bukan menipu seperti di atas, jelaslah bahawa kos setiap km bagi MRT1 (sekitar USD110 juta) adalah 2.5 kali ganda kos bagi MRT Seoul Line 9 (sekitar USD50.7 juta).

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

BERITA BAIK!!! MINYAK NAIK!!! Najib Rosmah Sekeluarga BERCUTI Di AUSTRALIA!!! - Rafizi

Pesawat k'jaan rentasi Australia ketika keluarga Najib bercuti dengan wang rakyat

Pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 terbang merentasi Australia yang kebetulan sama dengan tarikh percutian keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke sana.
Pesawat itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pada pukul di 12.07 malam dan mendarat di Gold Coast, Australia pada 10.06 pagi hari yang sama.
Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas dari Gold Coast pada pukul 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.
Pesawat itu berada di Brisbane selama empat hari.
Tiada penerbangan komersial antara Brisbane dan Gold Coast kerana jaraknya hanya 110 kilometer atau satu jam perjalanan sekiranya memandu kenderaan.
Kebetulan, selepas pesawat itu singgah di Gold Coast selama satu jam 41 minit sebelum ke Brisbane, anak Najib, Mohd Norashman menghantar gambar di Instagram.
Pada 23 Disember, sehari selepas persinggahan itu, Norashman memuat naik gambar beliau bermain golf di Instagram dan menggunakan tag "#goldcoast".
"Bermain golf dengan rakan di bumi Australia," katanya.
Keesokan harinya, Norashman memuatnaik ke Instagram gambar penguin di taman tema Sea World Gold Coast.
"Memerhatikan penguin ini sambil rakan-rakannya berkejar untuk mendapatkan habuan," katanya.
Pada 26 Disember lalu, jet kerajaan Malaysia berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan mendarat di Gold Coast pada 9.35 pagi.
Sekali lagi, persinggahan singkat di Gold Coast itu hanya mengambil masa selama dua jam dan 47 minit.
Pesawat itu kemudian terbang ke Gold Coast pada pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang. Pesawat itu kekal berada di sana setakat ini.
Kebetulan, Norashman kemudian mula menyiarkan gambar Instagram dari Perth.
Pada 28 Disember, Norashman menyiarkan gambar dirinya di dalam bilik sedang bermain gitar elektrik. Posting itu ditandakan sebagai "#Perth".
Keesokan harinya, dia menyiarkan gambar berbasikal dengan rakan-rakan di Perth.
Kemudian pada 30 Disember, Norashman menyiarkan gambarnya bermain golf dengan kapsyen "Cuba untuk tamatkan 2016 dengan bergaya" bersama tag "#perth" dan "#meadowsprings".
Beliau merujuk kepada Meadow Springs Gold & Country Club di Mandurah, yang mengambil masa sejam jika memandu dari Perth.
Hari ini, Norashman kembali berbasikal apabila dia memuat naik gambar bersama Najib.
"Kayuhan terakhir tahun ini dengan bapa saya yang paling akrab. Selamat Tahun Baru terlebih dahulu kepada semua dan harap 2017 bagi setiap orang diberkati dengan penuh kasih sayang, kegembiraan dan gelak ketawa," katanya dengan menandakan 'Perth' pada catatan tersebut.
Semua data penerbangan adalah berdasarkan kepada laman pengesanan penerbangan Flight Aware.
Kronologi
Di bawah adalah kronologi ringkas jet kerajaan dan akaun Norashman di Instagram.
22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 12.07 pagi dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.
22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 11.47 tengah hari dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.
23 Dis - Norashman bermain golf di Gold Coast.
24 Dis - Norashman melawat Sea World Gold Coast.
26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pada 9.35 pagi.
26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.
28 Dis - Norashman dilihat bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth.
29 Dis - Norashman dilihat berbasikal di Perth.
30 Dis - Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.

Hadiah 2017: Harga RON 95 dan diesel naik 20 sen, RON97 naik 15 sen

Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing akan naik sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa Januari 2017.
Ini menjadikan harga petrol RON95 berharga RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.
Bagi petrol RON97, harga runcit akan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.40.
Harga baru itu akan berkuat kuasa selepas tengah malam ini.
Kerajaan menentukan harga bahan api melalui sistem apungan terurus.
Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.
Harga minyak mentah Brent terus meningkat selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec) memeterai perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran dalam usaha membendung lebihan bekalan dan menstabilkan harga minyak.
Perjanjian itu juga melibatkan ahli-ahli bukan Opec termasuk Malaysia, dengan Petronas berikrar menurunkan pengeluaran minyak mulai tahun depan.
Minyak mentah Brent mencecah AS$ 50.47 setong pada awal bulan ini kepada AS$ 56.82 setong semalam.
Sementara itu, ringgit Malaysia terus melemah, jatuh kepada paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998.
Kekuatan Ringgit bulan ini adalah pada RM4.42 untuk satu dolar Amerika tetapi menurun kepada RM4.48 semalam.

6 pegawai SPRM terlibat dalam siasatan skandal SRC dipindahkan

Enam pegawai kanan di Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.
Difahamkan enam pegawai berkenaan dalam pasukan penyiasat itu, termasuk timbalan ketua bahagian itu, Tan Kang Sai.
BOK ditubuhkan pada 2010 untuk mengendalikan kes-kes berprofil tinggi serta kes-kes yang melibatkan rasuah lebih RM1 juta.
Dua pegawai dari pasukan itu telah dipindahkan pada bulan Oktober, manakala selebihnya, termasuk Tan, dipindahkan bulan ini. Kekosongan jawatan mereka yang dipindahkan dari unit khas itu, tidak diisi.
Difahamkan empat daripada mereka telah dipindahkan ke bahagian siasatan SPRM, manakala yang lain dipindahkan ke SPRM negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

TAHUN BARU, AZAM BARU, KERAJAAN BARU

Hari ini adalah hari terakhir tahun 2016 dan esok akan bermulalah lembaran baru tahun 2017. Selamat tinggal 2016, selamat datang 2017.

Sebagaimana biasa, apabila tiba saja tahun baru, ramai orang mula memasang azam dan impian baru. Dalam semua azam dan impian baru itu, keseluruhannya adalah inginkan keadaan yang lebih baik bagi diri mereka bersama hadirnya tahun baru.

Begitulah lumrahnya manusia kerana setiap orang inginkan sesuatu yang lebih baik bagi diri sendiri, kerjaya, keluarga, anak-anak dan sebagainya.

Dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga sebenarnya perlu memasang azam dan impian baru bersama kedatangan tahun 2017. Ini kerana tahun 2016 lalu telah meninggalkan luka dan sengsara yang bukan sedikit kepada rakyat yang cintakan kebenaran serta keadilan.

Kemelut 1MDB masih lagi tidak menampakkan sebarang cahaya, meskipun di Singapura sudah tiga orang dihukum penjara dan dua buah bank turut ditutup kerananya.

Di Amerika, bukan saja harta-harta yang terkait dengan dana 1MDB yang didakwa dilencongkan sudah mula memasuki kamar mahkamah untuk proses penyitaan, bahkan "Malaysia Official 1" juga disebut secara nyata menerima AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta daripadanya.

Duit RM2,600 juta yang kononnya derma dan RM42 juta daripada SRC International yang masuk ke akaun peribadi Najib, meskipun diakui oleh empunya badan sendiri, sebaliknya yang dipecat dan diganti ialah Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Felda yang terus rugi beribu-ribu juta dan peneroka yang semakin sengsara langsung tidak diambil kira dengan membeli pula ladang di Eagle High di Indonesia dengan harga RM1.43 bilion lebih tinggi daripada harga pasaran semasa.

Ringgit terus merudum, hutang meningkat dan harga barang-barang kian melonjak yang sekaligus memberi makna tidur malam rakyat tidak lagi senyenyak tahun-tahun sebelumnya.

Dalam masa yang sama, hutang negara ditambah lagi dengan penganugerahan projek-projek kerajaan kepada syarikat negara China, tidak saja melalui konsep "buat dulu bayar kemudian", malah juga diperkatakan oleh pakar-pakar dengan harga yang berlipat kali ganda tingginya.

Terbaru, lemahnya ekonomi negara turut dizahirkan melalui dividen ASB yang paling rendah dalam sejarah sejak ia diwujudkan.

Bertanding kerana Amanah sudah ganti Pas

SHAH ALAM -  Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor bertegas untuk bertanding pada semua kerusi Pas pada PRU akan datang.
Pengerusinya, Ir Izham Hashim dalam satu kenyataan semalam berkata, secara dasarnya Amanah sudah menggantikan Pas dalam Pakatan Harapan di Selangor.
 Ir Izham Hashim “Sebagaimana yang disebut oleh Pengarah Komunikasi Amanah Nasional, Khalid Abdul Samad bahawa Amanah sedang menimbang untuk bertanding di 40 kerusi Parlimen, jauh kurang daripada kerusi yang ditandingi Pas pada PRU13 yang lalu.
“Keputusan itu dibuat selepas kami mengambil kira aspek kemampuan dan “winnability” Amanah serta pembahagian kerusi kepada Bersatu yang juga akan bertanding buat kali pertama nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkenaan kerusi yang akan ditandingi Amanah seperti yang dilaporkan akhbar ini 28 Disember lalu.
Pada masa sama, Izham mengingatkan Iskandar memberi tumpuan kepada pembahagian kerusi sesama rakan-rakan Pas dalam Gagasan Sejahtera.
“Iskandar jangan jadi seperti ‘orang yang tinggal di dalam perigi buta’ dengan buat-buat tak tahu kepada perkembangan isu semasa.
“Isu curi kerusi ni bukan kerja Amanah tetapi yang pasti Pas sudah bertanding di tujuh kerusi PKR dalam PRU lalu walaupun selepas perjanjian bersama. Jadi siapa sebenarnya yang tidak amanah?,” soalnya.

Rafizi: Saya sudah disiasat, Felda bila lagi?

Naib Presiden PKR akan menyerahkan semua bukti dakwaan salah laku dalam Felda kepada polis
rafizi-felda-cop-1
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini disoal polis berhubung kenyataan mengenai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Ahli Parlimen Pandan itu disoal hampir 2 jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berkenaan projek perumahan Felda dan syarikat Eagle High Plantation Tbk (EHP).
Rafizi berkata semua bukti dakwaan salah laku yang ada padanya akan diserahkan kepada polis Selasa depan.
“Saya akan serah laporan kewangan, laporan audit dan juga jawapan Parlimen mengenai Felda yang ada pada saya,” katanya kepada pemberita di luar balai.
Rafizi berharap polis akan menjalankan siasatan secara terperinci.
“Dalam laporan kewangan tahun berakhir 2014, audit menghapus kira RM193 juta daripada projek perumahan Felda.
“Pasti ada penggelapan dana. Saya mahu pihak berkuasa siasat pegawai Felda, pemilik dan mereka yang menyerahkan tender projek.”
Rafizi menambah polis perlu menyiasat keputusan pembelian saham EHP, urusniaga yang beliau khuatiri mempunyai unsur rasuah.
“Ahli lembaga yang faham kedudukan kewangan Felda yang teruk ketika ini, tidak akan bersetuju dengan urusniaga itu.
“Urusniaga itu terdedah kepada rasuah dan saya mahu polis siasat semua unit Felda yang mengalami kerugian.”
Rafizi akui ada pengadu yang tampil mengenai program tanam semula Felda.
“Saya mahu tender yang dianugerahkan untuk program tanam semula disiasat.”

MP PAS PERTAHAN KEHADIRANNYA DI MAJLIS ANJURAN UMNO UK


Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Khairuddin Aman Razali berkata kehadirannya di sebuah majlis kelab Umno di London pada hari Selasa adalah salah satu daripada beberapa acara lain di mana beliau telah mengambil bahagian di United Kingdom.
Menurut Khairuddin, beliau dan seorang lagi ahli Parlimen PAS, Mohd Izani Husin (Pengkalan Chepa), dalam lawatan untuk bertemu rakyat Malaysia yang tinggal di UK dan mempunyai lebih daripada 10 program yang dirancang.
Antaranya, kata beliau, adalah program untuk menjelaskan mengenai rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) kepada rakyat Malaysia di London pada 27 Disember melalui Kelab Umno London, di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir.
Khairuddin menegaskan bahawa RUU355 merupakan inisiatif PAS yang disokong oleh kerajaan persekutuan.
Sambutan positif dari semua yang hadir dan soalan-soalan yang dibangkitkan, katanya, menunjukkan bahawa usaha murni itu disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia di luar negara.

Kos MRT: BN yang bohong, bukan saya, kata Rafizi

Pasukan BN tidak mengambil kira unsur penting, iaitu pembinaan bawah tanah lebih mahal, kata naib presiden PKR
rafizi-bn-mrt
PETALING JAYA: Dituduh membohongi rakyat berkenaan kos projek MRT seluruh dunia, Rafizi Ramli berkata pasukan komunikasi strategik BN yang sebenarnya tidak jujur.
Naib Presiden PKR hari ini mempertahankan kiraan kos pembinaan Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) 2.5 kali ganda lebih mahal berbanding Laluan 9 MRT Seoul, Korea Selatan.
Akauntan berkanun itu menjelaskan kiraannya menjalani proses penormalan bagi mendapatkan perbandingan dan gambaran yang lebih tepat.
Rafizi berkata kos MRT bawah tanah bagi setiap kilometer adalah 3 kali ganda lebih mahal berbanding MRT bertingkat, mengikut kajian Halcrow pada 2000.
Kos Laluan 9 MRT Seoul sepanjang 37.5km, yang dibina di bawah tanah, bersamaan kos laluan bertingkat 112.5km selepas kiraan menjalani proses penormalan.
“Kos setiap kilometer yang dinormalkan adalah AS$50.7 juta (RM227.41 juta),” katanya dalam kenyataan yang menunjukkan bagaimana beliau menghitung kos projek itu.
Bagi laluan MRT-SBK sepanjang 51km pula, dimana 80% bertingkat dan 20% bawah tanah, panjang yang dinormalkan akan menjadi 71km kerana 10km berada di bawah tanah, kata Rafizi.
Jika kos 10km itu 3 kali ganda lebih mahal, kos yang dinormalkan bagi setiap km laluan MRT-SBK adalah AS$110.2 juta (RM494.30 juta), katanya.
Rafizi turut memasukkan senarai sumber “sah dan rasmi” yang dipetik untuk kedua-dua projek terbabit.

DI MANA MUFTI PERAK?

Dakwaan oleh “seorang tua” bernama Tunku Aziz Tunku Ibrahim kononnya sudah ada kesepatakan antara Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang bersetuju menamakan Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14, adalah jelas mengarut dan fitnah.
Hakikatnya, perkara itu masih dalam perbincangan dan belum lagi ada kata putus mengenainya.
Tak malukah “dah tua-tua”  pun masih bergentayangan dengan fitnah di sana sini?
Malangnya, tidak pula Harussani Zakaria mahu menasihatkan “orang tua” itu agar segera berehat dan lebih menumpukan kepada amal ibadah?
Bukankah “orang tua” sebegini yang lebih afdal agar dinasihatkan berehat, memperbanyakkan amal ibadah dan bermain dengan cucu-cucu berbanding Tun Mahathir yang sedang cuba memperbaiki dan memulihkan pelbagai kerosakan dalam negara?
Lebih dari itu, Tunku Aziz ini juga dikatakan sudah dinyatakan oleh “orang besar TV3” dalam laporannya kepada Perdana Menteri  sebagai antara punca kemerosotan penonton terhadap saluran televisyen itu?
Maka, meminta “orang tua” itu agar berehat dan memperbanyakkan amal ibadah turut merupakan pertolongan tidak langsung dalam memulihkan imej kerajaan dan dapat pula ” membodek” Najib kerana menyelamatkannya daripada terus disokong oleh seseorang yang sudah dianggap “tidak berguna” oleh TV3?
Oleh itu, cepat-cepatlah bersuara wahai Tuan Mufti Perak?

Muhyiddin tak patut cuti lama ke Eropah, kata Khairuddin

Bekas ahli PPBM berkata dalam keadaan parti kucar-kacir pada masa ini, ketiadaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden merencatkan gerak kerja di peringkat akar umbi.
khairuddin-muhyiddin-bersatu
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyddin Yassin tidak seharusnya bercuti di Eropah tatkala partinya dalam keadaan kucar-kacir dan menghadapi kemelut dalaman, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata tindakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bercuti hanya akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi.
“Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Tun Dr Mahatahir Mohamad sendiri tidak bercuti.
“Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, April, Ogos. Segala kemungkinan boleh berlaku. Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, dilaporkan Muhyddin kini masih berada di Eropah. Sepanjang beliau bercuti, pelbagai kemelut dalaman berlaku dalam PPBM dan antaranya ialah Anina Saadudin tersingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti, Srikandi.
Bahkan, bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor turut memutuskan untuk keluar PPBM, kurang 3 bulan selepas penyertaannya.
Pada 27 Oktober lalu, Khairuddin turut mengumumkan keluar PPBM berkuat kuasa serta merta dengan alasan untuk memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang sedang berlangsung.
Khairuddin berkata PPBM parti yang masih baharu dan sememangnya perlukan perhatian siang dan malam daripada presiden parti.
“Kalau PPBM sudah mantap tidak mengapa, tetapi PPBM baru ditubuhkan. Tindakan Muhyiddin bercuti tidak wajar dan tidak bijak sama sekali.

Selamatkan anak-anak, pilih kerajaan baharu PRU14


Datuk Husam Musa menyampaikan peralatan sekolah kepada kanak kanak di Bunut Payong Kota BharuDatuk Husam Musa menyampaikan peralatan sekolah kepada kanak kanak di Bunut Payong Kota Bharu Anak-anak yang berada di bangku sekolah sekarang akan menjadi mangsa jika kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus kekal memerintah.
Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa berkata cara pengurusan kewangan yang dilaksanakan sekarang akan menjadikan beban hutang negara berganda-ganda pada masa depan.
"Penyelewengan yang sedang dilakukan Najib kini sedang dibicarakan di beberapa negara dan dipandang begitu jijik oleh masyarakat antarabangsa.
"Dalam laporan jawatankuasa kira-kira negara(PAC), dalam kes 1MDB dinyatakan dengan jelas bagaimana sejumlah wang dimasukkan secara terus ke akaun Jho Lo tanpa sebarang urusan yang diberitahu.
"Perkara ini pun sudah cukup jelas bagaimana wang berbilion-bilion ringgit dibayar dari sebuah perbadanan kerajaan kepada pihak lain tanpa sebarang sebab," katanya ketika berucap di majlis penyampaian peralatan sekolah di Bunut Payong, Kota Bharu hari ini.
Menurutnya transaksi seperti inilah yang menyebabkan kes 1MDB sedang dibicarakan di Amerika Syarikat dan Singapura.
"Kesan perbuatan kerajaan Najib ini bukan sekadar dirasai oleh rakyat pada masa sekarang.
"Kesan segera yang sedang kita rasai ialah kemerosotan nilai ringgit dan kenaikan mendadak harga barang di mana di Kelantan situasi ini amat dirasai kerana ramai rakyat kita berurusan dengan aktiviti lintas sempadan.
"Bila kita ke selatan Thailand untuk urusan sosial seperti menghadiri kenduri kendara atau menziarahi kaum keluarga yang sakit, kita terus rasai wang yang kita bawa terus mengecil sebaik melintasi sempadan," katanya.
Para peniaga katanya tentu akan lebih terasa kerana mereka terlibat dengan transaksi berskala besar.
"Bahana lebih besar akan dirasai oleh generasi depan 20 atau 30 tahun lagi.
"Cara Najib sekarang mendapat wang ialah dengan menjual bon yang akan matang pada jangka waktu tertentu dan pada masa itu kerajaan terpaksa membayar balik dengan mengenakan pelbagai cara untuk diperas dari rakyat," katanya.

Dakwa rasuah kepimpinan tertinggi, 200 ahli Umno sertai BERSATU

Lebih 200 anggota Umno hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Kebanyakan mereka yang merupakan anggota cawangan Umno Sri Muda menyerahkan sebanyak 212 borang keahlian.
Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Abu Bakar Yahya yang menerima borang keahlian tersebut berharap akan dapat mencapai matlamat parti itu mensasarkan satu juta ahli.
"Jangan fikir tentang mendapatkan jawatan dalam parti atau tidak, sebaliknya, marilah kita bersama-sama mencapai matlamat parti," katanya dalam sidang media yang diadakan di Taman Sri Muda, hari ini.
Sementara itu, bekas timbalan ketua pemuda Umno Cawangan Sri Muda Zul Iskandar Jamaluddin berkata beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno kerana rasuah  yang dikatakan berlaku dalam kalangan pemimpin Umno bahagian.
Zul Iskandar, yang telah menjadi anggota Umno selama 12 tahun, berkata kesilapan pemimpin telah menyebabkan peningkatan kos sara hidup.
"Kami, anak muda, berasa beban, terutama mereka yang telah berkahwin. Ini adalah sebab mengapa kami mengambil keputusan untuk menyertai BERSATU,"katanya.
Beliau juga berikrar akan menarik lebih ramai anggota Umno, terutama golongan belia menyertai BERSATU.
Abu Bakar dalam ucapannya pada majlis itu, berkata sebagai Melayu dan Islam, beliau sepatutnya berbangga kerana mempunyai seorang perdana menteri yang juga Melayu dan Islam.

Tun Mahathir sedia ke mahkamah buktikan salah laku Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia dihadapkan ke mahkamaah bagi membuktikan kesalahan perdana menteri Datuk Seri Najib RazakTun Dr Mahathir Mohamad bersedia dihadapkan ke mahkamaah bagi membuktikan kesalahan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia didakwa di mahkamah untuk membuktikan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dana kewangan milik Kerajaan.
Bagaimanapun katanya, beliau percaya pendakwaan terhadapnya tidak akan dibuat walaupun dirinya sebelum ini dipanggil polis untuk memberikan kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
“Saya sudah tiga kali disoal dan dipanggil polis. Saya minta kalau mahu tanya, tanyalah di mahkamah dan dakwa saya di mahkamah.
“Saya ada cukup bukti mengatakan bahawa Najib itu pencuri duit,” katanya seperti dipetik Selangorkini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Sengsara Rakyat, di Dataran Morib malam tadi.
Mahathir sebelum ini dipanggil untuk diambil kenyataannya berhubung tulisan yang didakwa menghasut di blognya, “chedet.cc” kerana mengkritik pentadbiran Najib Razak.
Beliau juga pernah diambil keterangan berhubung kenyataannya yang didakwa menyamakan Perdana Menteri dengan pemimpin diktator Uganda Idi Amin, ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, Jun lalu.

'Siasat campur tangan luar dalam pengambilalihan EHP oleh Felda' - Rafizi

Polis digesa menyiasat sama ada terdapat campur tangan luar dalam keputusan Felda memperoleh kepentingan 37 peratus dalam PT Eagle High Plantations Tbk Indonesia.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau telah memberikan maklumat mengenai perkara ini kepada pihak polis semasa disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
"Saya telah memberi maklumat untuk membantu pihak berkuasa supaya mereka boleh memulakan siasatan sama ada atau tidak terdapat gangguan atau arahan daripada pihak atasan, sama ada di peringkat lembaga pengarah atau daripada ahli-ahli politik atau kerajaan kepada Felda untuk meneruskan pengambilalihan Eagle High.
"Oleh kerana memandangkan kedudukan kewangan Felda, tidak ada ahli lembaga akan bersetuju dengan pengambilalihan itu," katanya dalam sidang media hari ini selepas disoal siasat oleh pihak polis berikutan laporan polis terhadap Felda pada Khamis lalu.

Hanya mampu tangkap ‘ikan bilis’ kalau SPRM dikecilkan

Bagaimana pula dengan perasuah tahap 'ikan yu', 'buaya' dan 'harimau', soal Lim Kit Siang
kit-siang-macc
PETALING JAYA: Pengecilan Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan hanya perasuah tahap “ikan bilis” yang akan ditangkap dan didakwa, kata Lim Kit Siang.
Ketua Parlimen DAP itu berkata SPRM pernah menangani kes besar berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), justeru langkah pengecilan itu memperkecilkan komitmen negara melawan rasuah.
“Mesej yang disampaikan sangat jelas – SPRM harus tangkap dan dakwa lebih ramai ‘ikan bilis’ tetapi jangan kacau ‘ikan yu’.
“China boleh tangkap dan penjarakan ‘harimau’ manakala Indonesia pula sambar ‘buaya’ dalam kempen anti-rasuah mereka, tetapi Malaysia tidak boleh tangkap ‘ikan yu’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah menjawab berita yang melaporkan bahagian yang ditubuhkan 5 tahun lalu untuk menyiasat rasuah berprofil tinggi mencecah RM1 juta dan ke atas mungkin distruktur semula atau dikecilkan.
Beberapa kes berprofil tinggi yang pernah ditangani bahagian itu termasuk SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang kini di bawah Kementerian Kewangan, dan pembelian hartanah di London oleh Felda.
Ia turut menyiasat satu kes rasuah jutaan ringgit di Sabah.
Kit Siang meramalkan 2017 akan menyaksikan Malaysia terus dihantui “skandal pengubahan wang kleptokrasi 1MDB”.

2016: Pas kian mesra Umno, hala tuju bercelaru


Abdul Hadi dan Najib dua tahun berturut turut mengakhiri tahun 2016 dan 2015 dengan duduk sepentas bersamaAbdul Hadi dan Najib dua tahun berturut turut mengakhiri tahun 2016 dan 2015 dengan duduk sepentas bersama
Tahun 2016 menyaksikan Pas semakin tidak jelas hala tujunya.
Nama sahaja parti pembangkang tetapi sifat mesra Umno-BN istiqamah dengan kemuncaknya penampilan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepentas bersama Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam program solidariti Rohingya, 4 Disember lalu.
Aksi Najib memimpin tangan Abdul Hadi ketika menuruni pentas program itu sebenarnya lanjutan kehadiran mereka berpakaian sedondon dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, 18 Disember 2015. Bahkan, salah satu daripada antara tujuh resolusi yang dimuktamadkan dalam majlis tersebut adalah pembentukan satu jawatankuasa penaja bagi mengadakan pertemuan berkala Umno-Pas.
Sejak itu, Pas atau lebih tepat Abdul Hadi kerap mengeluarkan kenyataan condong kepada Umno antaranya ketika berucap ketika Himpunan Harapan Rakyat (Harap 3.3) di Kampung Padang Mengkuang, Marang 28 Februari lalu.
Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu mengakui Pas tidak tamak kuasa sebaliknya sedia menjadi pendukung kuat kepada Umno jika parti tonggak BN tersebut mentadbir negara dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.
Polemik berpanjangan berkenaan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau dikenali sebagai pindaan Akta 355 menyerlahkan kekeliruan Pas sebagai entiti berstatus parti pembangkang.
Ketika baki akar umbi Pas galak mendesak disegerakan pindaan Akta 355, Abdul Hadi tanpa rasa bersalah dua kali berturut-turut meminta perbahasan mengenai RUU itu ditangguhkan. Kali pertama pada 26 Mei iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diikuti 24 November lalu.
Peluang yang ada untuk Abdul Hadi menghuraikan cadangan RUU 355 tidak digunakan sebaik-baiknya walaupun sebelum itu Pas beria-ia mahu membentangkannya sehingga mengundang persepsi banyak pihak kemungkinan wujudnya permainan antara Umno-Pas.
Tarik tali Abdul Hadi berhubung pindaan Akta 355 yang menyaksikan pertelagahan dalam jangka masa panjang dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini akhirnya berjaya direntap Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2016, 1 Disember lalu.
Abdul Hadi dua kali baca cadangan pindaan Akta 355 tapi sendiri minta tangguh Abdul Hadi dua kali baca cadangan pindaan Akta 355 tapi sendiri minta tangguh
Suami kepada Penaung Pusat Anak Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor itu memberitahu pindaan Akta 355 akan diambil alih pihak kerajaan lantaran ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan!
Janji Abdul Hadi pada 24 November lepas untuk partinya mengadakan perhimpunan raksasa bagi membuktikan sokongan massa terhadap pindaan Akta 355 dalam tempoh sehingga Mac sidang Parlimen akan datang tidak keterluan boleh dinilai sebagai senjata Pas untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sebabnya, fasa yang disebut Abdul Hadi itu semakin menghampiri tempoh yang dianggap ranum untuk berlangsungnya PRU14 dalam jangka masa terdekat iaitu sekitar cuti sekolah selama dua minggu pada akhir Mei dan awal Jun.
Pada ketika hari sebenar "perhimpunan raksasa" tersebut masih teka-teki dan alasan Abdul Hadi menangguhkan huraian pindaan kepada cadangannya itu kerana masih ada pihak tertentu yang keliru, media sosial tiba-tiba viral dengan sekeping gambar sekaligus menggambarkan hubungan intim Umno-Pas.
Kelihatan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali duduk rapat di kanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom yang sedang berdiri dan berucap di depan khalayak.Pemimpin Pas Pusat hadir dalam program bersama Menteri Umno di London 27 Disember laluPemimpin Pas Pusat hadir dalam program bersama Menteri Umno di London 27 Disember lalu
Program anjuran Umno yang dinamakan 'Teh Tarik Session' di Malaysia Hall, London pada 27 Disember itu secara jelas menumpukan pada 'usul pindaan Akta 355' seperti terpampang pada poster program yang juga dimuat naik dalam Facebook rasmi Kelab Umno Luar Negara (United Kingdom).
Tiga hari selepas program itu dan mungkin reaksi kepada gambarnya yang viral, Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengeluarkan kenyataan rasmi yang sama sekali tidak menafikan kehadirannya dalam program anjuran Umno itu.

Tun Mcadang kpd Najib cara halalkan BR1M

Tun M: Al kisah pemakan dedak yang tersumbat hidung

200 ahli Umno Dun Sri Muda sertai BERSATU

Najib Razak corruption in overseas news

Jumaat, 30 Disember 2016

Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan solidariti Anwar

Polis membuka siasatan mengikut Akta Hasutan selepas menerima laporan daripada orang awam berhubung pemasangan papan iklan yang didakwa cuba menghasut rakyat
Nik-Ros-Azhan-Nik-Abdul-Hamid
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan 3 lelaki bagi membantu siasatan berhubung pemasangan papan iklan dipercayai cuba menghasut rakyat berhimpun untuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata 3 lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika memasang papan iklan berkenaan di Jalan Baru, Perai di sini, kira-kira 3.00 petang tadi.
“Pihak polis membuka siasatan mengikut Akta Hasutan selepas menerima laporan polis daripada orang awam berhubung pemasangan papan iklan berkenaan yang didakwa cuba menghasut rakyat.
“Semasa siasatan dijalankan, polis mengesan 3 lelaki sedang memasang papan iklan itu di kawasan Jalan Baru dan kami menahan mereka bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Katanya 3 lelaki itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya merekodkan keterangan mereka.
Nik Ros Azhan berkata selain di Jalan Baru, 3 papan iklan itu dipasang di Alma, Bukit Teh dan Permatang Tinggi sejak 2 hari lepas juga diturunkan oleh polis.

Atasi masalah buang pekerja tahun depan - AMK

Semua pihak perlu mengambil langkah serius bagi menangani masalah pembuangan pekerja yang dijangka semakin meningkat menjelang tahun depan.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Tan Kar Hing berkata, isu tersebut akan memberi kesan terhadap ekonomi dan kehidupan rakyat sekiranya tidak di atasi segera.
Atasi masalah buang pekerja tahun depan “Kami bimbang atas kenyataan jumlah pekerja yang akan diberhentikan hingga tahun hadapan akan meningkat kepada 50,000 orang disebabkan ketidakstabilan ekonomi negara.
"Selain sektor insurans dan kewangan yang paling terjejas, kami menjangkakan banyak kilang bakal ditutup akibat ekonomi yang tidak menentu. Ini akan mengakibatkan ramai tenaga kerja akan diberhentikan sehingga menjejaskan pendapatan isi rumah dan juga kuasa membeli rakyat akan menurun,” katanya
Pada tahun 2014, jumlah pekerja yang diberhentikan telah mencecah ke 10,000 orang dan berlibat ganda menjadi 20,000 pada tahun lepas.
Menurut Kar Hing, kadar kemiskinan pula akan terus meningkat terutamanya di kalangan umur bawah 40 tahun yang banyak terlibat dengan sektor pekerjaan.
“Lebih merunsingkan lagi apabila badan kebajikan sekarang tidak dapat menampung keperluan akibat peningkatan ketara kos pengangkutan dan perubatan yang berpunca dari kejatuhan matawang negara.
"Pentadbiran Putrajaya harus mengambil berat tentang trend terkini yang memberi kesan negatif kepada ekonomi dan sosial rakyat. Langkah-langkah mengatasi perlu dilakukan segera jika tidak kesannya turut menyumbang kepada kes jenayah, cerai dan pendidikan anak-anak turut terjejas,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan dan kesatuan-kesatuan pekerja perlu memastikan kebajikan para pekerja dijaga dengan baik, diberikan latihan dan motivasi untuk terus relevan dan dapat menyesuaikan diri dengan masalah ekonomi yang meruncingkan.

Kementerian Kewangan: Harga runcit RON95, diesel dijangka meningkat Januari ini

Datuk Lokman Noor AdamHarga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.
Beliau berkata harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut purata harga bahan api itu di pasaran dunia selama sebulan selain dipengaruhi oleh pergerakan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.
"Purata maksudnya harga dari tarikh 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga di hujung bulan seperti pemahaman sesetengah pihak.
"Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding Ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Lokman Noor berkata harga runcit petrol dan diesel ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran bermula 1 Dis 2014 berikutan kejatuhan harga minyak dunia ketika itu.
Lokman Noor berkata masih ramai tidak dapat menerima bahawa kerajaan perlu menghentikan pemberian subsidi secara pukal dan membantu mereka melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul.
Katanya subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti golongan kaya dan miskin menerima nilai subsidi yang sama.
"Contohnya pada Julai 2014, bagi setiap liter RON95, kerajaan memberikan subsidi RM0.6843 seliter," katanya sambil menjelaskan yang kaya menggunakan kuantiti minyak jauh lebih banyak berbanding yang miskin.
"Mereka yang miskin menggunakan kereta Kancil, setelah mengisi tangki mereka penuh dengan RON95, jumlah subsidi yang diterima hanyalah sekitar RM16.29.
"Mereka yang datang dari kelas menengah pula menggunakan Toyota Camry dan membelanjakan RM150 untuk mengisi penuh tangki mereka. Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah RM48.87, yang mana tiga kali ganda lebih besar daripada yang miskin tadi," katanya.
Lokman Noor berkata berdasarkan kajian Kementerian Kewangan, kerajaan membelanjakan 70 peratus daripada nilai subsidi untuk membantu golongan kaya dan hanya 30 peratus subsidi yang diberikan dalam bentuk RON95 dan diesel yang dinikmati golongan sasaran.

MB Selangor, Amirudin tinggalkan FAS

SHAH ALAM, 30 DIS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Amirudin Shari mengumumkan peletakkan jawatan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) dan Pengurus Pasukan berkuat kuasa serta merta.
the-red-giants-2Dalam satu kenyataan media bersama lewat petang ini, mereka mengumumkan pengunduran susulan keengganan barisan Exco FAS komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak Selangor.

“Saya dan Amirudin Shari mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama dengan sebuah organisasi dan pengurusan yang tidak berwibawa dan tidak komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bolasepak Negeri Selangor,” katanya.
Menurut Mohamed Azmin, beliau menyambut baik perlantikannya sebagai Presiden FAS menerusi Kongres Luar Biasa pada Disember 2014 dengan harapan untuk melakukan perubahan dalam pengurusan FAS dan juga pembangunan sukan bolasepak Negeri Selangor.
“Setelah hampir dua tahun kami bersama FAS, kami tidak melihat kesediaan Exco FAS untuk mendukung perubahan.
THE RED GIANTS“Barisan Exco FAS sedia ada masih kekal dengan sikap dan budaya lama – “excessive politics, old-fashioned way of doing things, over dependency on subsidy mentality,”katanya.
“Malah, sehingga kini, barisan Exco FAS gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bolasepak Negeri Selangor termasuk organisasi pentadbiran yang profesional sebagaimana yang disarankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang 2018.
“Exco FAS terus bergelumang dengan budaya politik yang tidak bertanggungjawab serta mengecewakan penyokong dan rakyat Negeri Selangor,” katanya.
Walaupun meletakkan jawatan, Mohamed Azmin memberikan jaminan Kerajaan Negeri akan memberikan sokongan dan dukungan kepada kemajuan sukan bolasepak Negeri Selangor melalui kaedah baru yang akan diputuskan kelak.
“Kami memberi jaminan kepada penyokong bolasepak Selangor bahawa kegemilangan sukan bolasepak akan dijulang melalui pengurusan yang bersih dan berintegriti,” katanya.

Azmin Ali umum letak jawatan Presiden FAS, Exco FAS bila pula..??

Kementerian: Subsidi minyak pukal menguntungkan orang kaya

Kementerian Kewangan mempertahankan peralihan kepada sistem subsidi bersasar selepas PKR menggesa subsidi minyak diperkenalkan semula
lokman-adam-1
PETALING JAYA: Kementerian Kewangan hari ini mempertahankan pemansuhan sistem subsidi pukal dan pelaksanaan sistem apungan terkawal kerana pendekatan lalu tidak sampai kepada golongan miskin.
Pengarah komunikasi strategik, Lokman Noor Adam berkata, “ramai yang masih tidak boleh terima” kerajaan perlu beralih kepada sistem subsidi bersasar, membandingkannya kepada 2014 ketika golongan berada turut mendapat subsidi RON95 sebanyak RM0.6843 seliter.
Beliau menjelaskan kenderaan golongan berada menggunakan kuantiti minyak yang lebih banyak berbanding pengguna kereta Kancil dan motorsikal Honda Cup.
Ini bermakna kerajaan terpaksa membayar 3 kali ganda lebih besar untuk mensubsidikan petrol golongan berada.
“Adakah ini adil?” soal Lokman dalam satu kenyataan petang tadi.
Sebelum ini, PKR mahu Putrajaya memperkenalkan semula subsidi petrol kerana harga RON95 dijangka naik tahun depan.
Naib Presiden Rafizi Ramli berkata, RON95 akan naik kepada RM2.20 seliter daripada RM1.90, mengikut formula penetapan harga kerajaan, memandangkan harga minyak mentah sudah naik 18%.
Kerajaan memberhentikan subsidi minyak pada 2014, yang dilaporkan akan membantu kerajaan menjimatkan AS$6 bilion (RM26.92 bilion) setahun.

Harga Minyak RON95 Bermula Januari 2017 Ke Mac 2017 RM2.20 Seliter Kecuali Subsidi Dikembalikan

Pada 20 Disember 2016 yang lepas, saya telah memberi amaran bahawa berdasarkan:
1. Pergerakan harga minyak diproses RON95 (seperti diniagakan di pasaran terbuka Singapura yang dilaporkan oleh Platts sebagai MOPS95 yang menjadi harga rujukan formula pengiraan RON95 di Malaysia yang ditetapkan kerajaan), dan
2. Pergerakan kadar tukaran matawang ringgit kepada dollar bagi tempoh 3 minggu pertama Disember 2016
harga RON95 pada 1 Januari 2017 mengikut formula (berdasarkan harga 3 minggu pertama itu) adalah RM2.20 seperti ditunjukkan di dalam jadual berikut:
Minggu berakhir Harga rujukan per liter mengikut MOPS Harga RON95 per liter mengikut formula
2 Disember 2016 RM1.69 RM2.02 (RM1.69 + 32 sen)
9 Disember 2016 RM1.80 RM2.12 (RM1.80 + 32 sen)
16 Disember 2016 RM1.85 RM2.17 (RM1.85 + 32 sen)
Bagi minggu terakir Disember 2016 dan minggu pertama Januari 2017, laporan MOPS95 hanya akan keluar selepas 7 Januari 2017 mengambil kira cuti panjang di negara-negara Barat dan pasaran utama dunia.
Pun begitu, kita boleh menganggarkan harga rujukan mengikut MOPS bagi minggu terakhir Disember 2016 berdasarkan harga pasaran minyak mentah rujukan (iaitu Brentt) dan kadar tukaran ringgit/dollar yang dilaporkan setiap hari. Oleh kerana harga RON95 yang telah diproses adalah berkadar langsung dengan turun naik minyak mentah Brent, kita boleh menggunakan peraturan-peraturan berikut:
1. Jika harga Brent (dalam dollar/tong) adalah lebih tinggi dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga harga rujukan RON95 yang telah diproses (mengikut laporan MOPS95) adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu
2. Jika kadar ringgit/dollar makin merosot dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga RON95 yang ditetapkan bagi minggu terakhir Disember 2016 adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu
Saya sertakan carta harga minyak mentah Brent dan kadar tukaran ringgit/dolar bagi bulan Disember 2016 untuk menunjukkan pergerakan dari minggu ke minggu seperti berikut:

Harga minyak mentah Brent semakin naik dari USD54.78 (19 Disember 2016) kepada USD56.14 (29 Disember 2016)

Nilai ringgit juga semakin susut dari RM4.4785 (19 Disember 2016) kepada RM4.4850 (29 Disember 2016)

PENGIKUT PALSU NAJIB....

Semalam Najib Razak melahirkan rasa bangga kerana pengikutnya di laman Twitter sudah mencecah seramai 3.2 juta orang.

"Alhamdulillah, jumlah follower Twitter saya kini 3.2 juta. Terima kasih semua yang bersama saya di sini, Insya Allah kita akan terus berhubung," kata Najib dalam tulisannya itu.
Bagaimanapun, jika diperiksa melalui laman Twitteraudit.com, didapati hampir 2 juta pengikut Najib itu adalah terdiri daripada akaun-akaun palsu.

Hanya sejuta lebih sikit saja pengikutnya terdiri daripada pemilik akaun tulen.

Maka, kenapa Najib perlu bangga?

Bagaimana pula di dunia nyata? 

Di kalangan pimpinan dan ahli UMNO, kakitangan kerajaan atau di antara 31 juta rakyat Malaysia, berapa ramai pula sebenarnya yang sedang menampakkan diri mereka sebagai pengikut palsu kepada Najib?

Tun M: Kenapa saya kata BR1M adalah rasuah

Bidasan saya bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah seolah-olah mengecewakan dan menimbulkan kemarahan sesetengah orang.
Saya masih tegas mengatakan bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah.
Ini dijelaskan oleh komen daripada seorang penerima BR1M di kampung.
Dia berkata, "Saya akan menyokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang."
BR1M adalah daripada wang negara. Ia jelas bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang ramai supaya mengundi parti kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kerana manifesto BN bagi pilihan raya itu yang menjanjikan BR1M lebih besarj ika parti kerajaan menang.
Ini secara nyata, membeli undi pengundi.
Jika ia bukan bermaksud untuk membeli undi dalam pilihan raya, ini tidak akan disebut dalam manifesto BN.
Mana-mana kerajaan di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga golongan miskin.
Bantuan yang diberikan adalah untuk meringankan kesukaran rakyat yang menganggur. Bantuan kewangan diberikan kepada golongan miskin tetapi ini bukan sebagai tambahan kepada pendapatan mereka.
Kelayakan BR1M
Tetapi BR1M dikatakan diberikan kepada 7 juta rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Ini bermakna bahawa seseorang yang mempunyai pendapatan sebanyak RM36,000 setahun juga akan mendapat RM500 setahun. Ia tidaklah sebanyak mana.
Namun mereka yang tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan kurang daripada RM500 sebulan atau RM6,000 setiap tahun mungkin merasai tambahan RM500 setiap tahun amat dialu-alukan.
Jumlah itu tidak banyak tetapi cukup untuk membeli beberapa barangan makanan.
Sekarang jumlah BR1M dinaikkan kepada RM1, 200 setahun atau RM100 sebulan. Ia masih tidak banyak tetapi ini adalah okay.
Tetapi bagi rakyat yang berpendapatan RM3,000 sebulan, jumlah itu tetap kecil.
Wang BR1M akan dibayar melalui Umno. Jelas sekali ini percubaan untuk menjadikan Umno popular. Itulah adalah politik. Ia satu bentuk rasuah terutamanya jika diagihkan berhampiran pilihan raya. Ia adalah rasuah jika jumlah itu ditingkatkan dan ini dimasukkan dalam manifesto parti.
BR1M bukan rasuah jika wang itu disalurkan melalui pegawai kerajaan atau melalui ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti mereka.
Bagaimanapun, bantuan ini terbatal oleh cukai GST dan penarikan semula pelbagai subsidi.
Kos sara hidup
Kos sara hidup melonjak lebih tinggi daripada jumlah BR1M.
Malah bagi kebanyakan rakyat, GST mengurangkan lebih banyak pendapatan mereka daripada sumbangan bayaran BR1M.
Sekarang nilai ringgit susut nilai melebihi satu ringgit dari segi kuasa membeli.
Jadi rakyat yang berpendapatan RM500 sebulan hari ini hanya mendapat kira-kira RM355 nilai kuasa membeli.
Kehilangan kuasa beli kerana ringgit yang susut nilai dan peningkatan dalam kos sara hidup sebenarnya bermakna bahawa BR1M bernilai kurang daripada jumlah itu, walaupun ia dinaikkan kepada RM1,200.
Hanya mereka yang miskin tegar akan menghargai BR1M.

Skandal FGV - Peter Sandakh

Oleh Zaharin Mohd Yasin
Saya ditanya oleh seorang kawan, juga seorang wartawan kanan berbahasa Iggeris yang bertanyakan siapa ganti Isa Samad di Felda dan FGV.
Saya jawab mudah, pertama Felda dan FGV bukan emak bapak Isa Samad yang punya dan harta warisan dia, Felda dan FGV ada BoD atau Lembaga Pengarah sebarang keputusan mengikut kehendak undang-undang tubuh Felda dan FGV.
Kedua Isa Samad bukan kuasa tertinggi dalam membuat keputusan.. Setiap kertas mesyuarat mesti mendapat arahan atau kelulusan Menteri yang menjaga Felda dan FGV setiap keputusan dasar ada resolusi dari Lembaga Felda dan BoD FGV.
Pembelian ladang yang kecuh di Indoneia ialah disebabkan pemilik asal Peter Sondakh ada hubungan peribadi dengan Najib Razak. Tetapi semua orang tahu Peter Sondakh juga melabur dalam harta tanah khasnya perhotelan di Langkawi dan Kuala Lumpur.

Ketiga pembelian harga tinggi itu.. Menjadi kecuh ialah kerana pelobi.. Ini adalah perkara biasa dalam pedagangan. Ada satu pihak ambil kesempatan atas kerugian Felda atau FGV untok MBO@Management BuyOut dengan meminta Kerajaan bagi pinjaman mudah Rm4Billion. Khabarny ada BANK yang bersedia menguruskan dan jika berjaya fees yang kena bayar,, juta2 RM juga.. Itu sebab ada komen dari seorang adik.. Soal nak menyamun tak kira adik beradik.
Keempat pembelian Ladang di Indonesia ialah hendak berlumba sama dengan ladang di Indonesia dengan tenaga buruh yang rendah dan mudah, berbeza di Malaysia.. Itu kita sama-sama tahu. lagi pun jika ada pemulauan minyak sawit dari tekanan antarabangsa dalam isu human right atau alam sekitar, kelapa sawit dari Ladang di Indonesia tidak akan terjejas.
Kesimpulannya pandangan masa depan perlu di lihat keuntongan dalam berbagai perkara. Dan tidak ada keperluan Isa Abd Samad hendak ditukar atau diganti orang lain jadi Pengerusi Felda atau FGV.

Pakatan Harapan Sabah akan dilancarkan pada 8 Januari depan

KOTA KINABALU: Parti komponen Pakatan Harapan yang terdiri daripada Parti Amanah Negara (AMANAH); Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) Sabah, bersetuju untuk melancarkan Pakatan Harapan Sabah pada 8 Januari 2017.
Bercakap kepada media, Adun Api-Api, Christina Liew yang juga Pengerusi MPN PKR berkata, majlis pelancaran tersebut akan diadakan di Dewan Hakka, Kota Kinabalu bermula jam 10 pagi.
Katanya, majlis pelancaran akan dihadiri oleh pimpinan utama ketiga-tiga parti, Dato Sri Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu serta rombongan parti masing-masing.
Christina berkata, pelancaran ini akan turut menampilkan agenda Pakatan Harapan dan jentera pilihan raya Pakatan Harapan negeri sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong pula berkata, antara intipati majlis adalah menandatangani Deklarasi Pakatan Harapan Negeri Sabah di antara ketiga-tiga parti.
Katanya, deklarasi akan ditandatangani dan disaksikan oleh pemimpin utama Pakatan Harapan daripada pusat yang bertujuan untuk menggariskan rundingan secepat mungkin bagi membincangkan pembahagian kerusi antara parti.
“Untuk itu, kita pastikan Pakatan Harapan akan bertanding 1 lawan 1 pada PRU14 yang akan datang”, ujarnya.
Stephen Wong yang juga Pengerusi DAP Sabah, memberitahu, semua surat jemputan sudah dihantar kepada mereka yang berkenaan.
“Kami jemput semua parti pembangkang tak kira nasional mahupun tempatan untuk menghadiri majlis ini.

AMANAH tuntut penjelasan SPRM isu mengecilkan Bahagian Operasi Khas

KUALA LUMPUR: AMANAH meminta satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperincikan dakwaan mengapa segmen penting Bahagian Operasi Khas badan itu yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi telah dikecilkan.
Tegas Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, bahagian sepenting ini yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti berkaitan dengan 1MDB, Felda dan lain-lain tidak perlu dikecilkan sebaliknya ia diperkasakan bagi mengisi desakan mutakhir ini.
“Apatah lagi, kita didedahkan dengan perkembangan dan penemuan baharu mengenai skandal 1MDB yang menuntut siasatan kes ini dibuka semula,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Menurutnya, jika laporan berkenaan pengecilan Bahagian Operasi Khas ini benar, AMANAH berasa sangat kecewa dan menyifatkan ianya satu langkah terkebelakang.
Salahuddin berharap, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad dapat menjelaskan perkara ini bagi memastikan badan tersebut terus dilihat berwibawa dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara.

Demokrasi akan jadi kleptokrasi, penyanggak tadbir negara

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa segala cara untuk melucutkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa telah disekat, kini kesal kerana sistem demokrasi disalah-gunakan.
Demokrasi, katanya, berdasarkan premis bahawa rakyat akan memilih pemimpin yang baik.
“Bagaimanapun, hari ini, ramai yang kesal kerana mereka memilih demokrasi.
“Kajian menunjukkan bahawa sistem itu sangat terbuka kepada penyalahgunaan dan orang salah yang dilantik bukan sahaja akan menyalahgunakan kuasa yang diberikan, tetapi mampu untuk terus berkuasa selama beberapa dekad.
“Pemimpin ini akan menjadi diktator,” kata Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dalam satu catatan blognya hari ini.
Mahathir berkata, demokrasi berjaya di kebanyakan negara-negara barat kerana budaya rakyatnya tetapi ini tidak berlaku di negara ini.
“Mereka (rakyat di negara barat) lebih matang dan berpengalaman. Mereka tahu harga yang terpaksa dibayar sekiranya mereka memilih orang yang salah untuk memimpin.
“Budaya rasuah tidak begitu berleluasa di negara-negara ini. Pemisahan kuasa antara perundangan, eksekutif dan badan kehakiman dihormati dan dipatuhi.
“Mereka yang bersalah dalam mana-mana institusi tidak boleh berharap untuk melepaskan diri akibat salah laku mereka,” katanya.

"Tak ada logo halal taruh logo haram," cadang Rani Kulup kepada Jakim

Ezam mahu tumpu pada NGO, bukan kecewa dengan Bersatu, kata Kamarudin


Datuk Mohamad Ezam Mohd NoorDatuk Mohamad Ezam Mohd NoorParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyangkal dakwaan kononnya bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor keluar parti ekoran kecewa dengan haluan parti dan krisis membabitkan jawatan Anina Saadudin.
Ketua Penerangannya Datuk Kamarudin Md Nor berkata, beliau memaklumi Ezam mengambil keputusan tidak menyertai parti itu ekoran beliau memilih untuk kekalkan jawatannya  selaku Pengerusi sebuah NGO yang berpengkalan di Indonesia.
"Ezam selaku Pengerusi Hisbah Centre for Reform yang berpusat di Jakarta, Indonesia.
"NGO ini mengawasi salah guna kuasa dan rasuah membabitkan kerajaan di rantau Asia Tenggara ini.
"Apa yang saya maklum Hibah telah membuat keputusan mana-mana pemegang jawatan kanan NGO itu tidak boleh aktif atau menyertai mana-mana pertubuhan politik.
"Jadi dia akur dengan keputusan itu dan memilih untuk keluar parti," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas tentang laporan portal Free Malaysia Today  hari ini yang memetik sumber, menyebut bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu,telah memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung parti dalam suratnya untuk keluar dari Bersatu.
Sumber yang memberitahu FMT juga menyebut Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini menyaksikan Anina diturunkan daripada jawatan ketua sayap wanitanya, Srikandi.
Kata Kamarudin lagi beliau tidak tahu bila NGO itu meletakkan syarat sedemikian kerana sebelum ini Ezam juga telah menjadi ahli Umno selepas keluar dari PKR sebelum mengambil keputusan keluar Umno dan menyertai Bersatu pada Oktober lalu.
"Dalam tempoh dua bulan dia sertai parti saya tidak pasti sama ada arahan itu baru dikuatkuasakan atau bagaimana?...tetapi itulah yang saya dimaklumi sebab dia keluar parti.
"Mungkin dengan memegang jawatan penting dalam NGO dia merasakan lebih bebas untuk menegur mana-mana pimpinan parti  dalam sesebuah negara yang diperjuangkan oleh NGO itu," ujarnya.
Dalam perkembangan sama Malaysiakini yang merujuk laporan sama melaporkan Ezam mengesahkannya dan turut menyatakan sebab beliau meninggalkan parti itu seperti dinyatakan sumber adalah kurang tepat.
Ezam dipetik berkata,  laporan itu tidak tepat dan tidak timbul sama sekali soal masalah dalaman parti.
Beliau sebaliknya berkata mahu menumpukan perhatian kepada NGO antirasuah Hisbah yang dipengerusikannya.
Katanya, mesyuarat tahunan lembaga pengarah Hisbah juga memintanya menjadi tidak partisan dalam menumpukan perhatian kepada kemelut 1MDB dan dakwaan berkaitan Felda.
“Atas sebab itu saya secara rasmi hantar surat undur diri dari Bersatu kepada setiausaha agungnya," lapor Malaysiakini hari ini.

K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco

Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menutup atau menyita sebarang pusat perjudian kerana tanggungjawab mutlak untuk berbuat demikian terletak pada pasukan polis persekutuan, kata anggota Exco, Ean Yong Hian Wah.
Ini susulan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membidas kerajaan negeri yang didakwa gagal membendung pusat perjudian.
Jamal yang juga adalah ketua Umno Bahagian Sungai Besar, malam semalam bersama kira-kira 100 penyokongnya menyerbu beberapa pusat perjudian di Ampang Jaya.
Mengulas isu itu, Ean Yong mengingatkan Jamal bahawa kuasa untuk menyerbu atau memantau pusat perjudian adalah di tangan polis dan bukannya kerajaan negeri.
Oleh itu, beliau berkata Jamal tidak boleh melepaskan tanggungjawab berkenaan kepada kerajaan negeri.
"Saya gesa Jamal jangan bertindak tanpa mematuhi undang-undang.
"Jika beliau ada sebarang maklumat mengenai pusat judi haram, beliau perlu menyerahkannya kepada pihak polis," kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan pada sidang akhbar di Serdang hari ini.
Sambil menyifatkan pemimpin Umno itu sekadar "jagoh kampung", Ean Yong menyelar tindakan Jamal adalah untuk menutup kesilapannya.
Beliau berkata kerajaan negeri hanya diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen komersial dan bukan untuk membuat serbuan.
"Kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada mereka terlibat dalam aktiviti perjudian.

Rafizi: Kerajaan digesa kekalkan harga syiling RON95 RM2 seliter pada 2017


Kerajaan digesa tetapkan harga syiling RON95 bagi tahun 2017.Kerajaan digesa tetapkan harga syiling RON95 bagi tahun 2017.
Kerajaan harus mengekalkan paras syiling kenaikan harga minyak kepada RM2 seliter dari kenaikan harga minyak mentah dunia, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Beliau berkata, RM2 seliter itu perlulah diimbangkan dengan kenaikan pendapatan luar jangka yang diperolehi di bawah pentadbiran kerajaan hasil dari kenaikan harga minyak mentah.
"Mengambil kira suasana ekonomi global yang menunjukkan harga minyak mentah akan kekal melebihi paras USD55/tong bagi beberapa bulan akan datang dan nilai ringgit yang kekal lemah, maka saya menjangkakan harga RON95 mengikut formula kerajaan akan kekal sekitar RM2.20 bagi beberapa bulan pertama 2017.
"Oleh itu, saya mendesak supaya harga siling RM2 seliter bagi RON95 dikuatkuasakan dengan mengembalikan subsidi minyak yang saya perjuangkan sejak tahun 2012 lagi.
"Sebarang kenaikan harga melepasi RM2 seliter perlulah diimbangkan dengan kenaikan pendapatan luar jangka yang diperolehi pentadbiran Datuk Seri Najib hasil dari kenaikan harga minyak mentah," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulangi pendedahan yang pernah dilakukannya pada 20 Disember lalu yang telah memberi amaran bahawa berdasarkan:
1. Pergerakan harga minyak diproses RON95 (seperti diniagakan di pasaran terbuka Singapura yang dilaporkan oleh Platts sebagai MOPS95 yang menjadi harga rujukan formula pengiraan RON95 di Malaysia yang ditetapkan kerajaan), dan
2. Pergerakan kadar tukaran matawang ringgit kepada dollar bagi tempoh 3 minggu pertama Disember 2016 harga RON95 pada 1 Januari 2017 mengikut formula (berdasarkan harga 3 minggu pertama itu) adalah RM2.20 seperti ditunjukkan di dalam jadual berikut:

Bagi minggu terakir Disember 2016 dan minggu pertama Januari 2017, laporan MOPS95 hanya akan keluar selepas 7 Januari 2017 mengambil kira cuti panjang di negara-negara Barat dan pasaran utama dunia.

Pun begitu, kita boleh menganggarkan harga rujukan mengikut MOPS bagi minggu terakhir Disember 2016 berdasarkan harga pasaran minyak mentah rujukan (iaitu Brentt) dan kadar tukaran ringgit/dollar yang dilaporkan setiap hari. Oleh kerana harga RON95 yang telah diproses adalah berkadar langsung dengan turun naik minyak mentah Brent, kita boleh menggunakan peraturan-peraturan berikut:

1. Jika harga Brent (dalam dollar/tong) adalah lebih tinggi dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga harga rujukan RON95 yang telah diproses (mengikut laporan MOPS95) adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu
2. Jika kadar ringgit/dollar makin merosot dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga RON95 yang ditetapkan bagi minggu terakhir Disember 2016 adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu