Rabu, 30 Disember 2015

Pembukaan, pengambilan tanah punca fenomena air merah

Orang ramai dinasihatkan supaya jangan memakan makanan laut dari kawasan terlibat sehingga analisis tahap keselamatan hasil laut selesai
bauksit.lau
KUANTAN: Fenomena air sungai dan laut menjadi merah di sini semalam berpunca daripada kegiatan pembukaan dan pengambilan tanah, yang kemudiannya dihanyutkan larian air akibat hujan lebat beberapa hari lepas.
Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Zainal Abidin Abdullah berkata ia menjadi serius apabila larian air di permukaan tanah turut bercampur dengan mineral bauksit di jalan raya, yang tumpah semasa proses pengangkutan dilakukan menyebabkan fenomena itu berlaku.
“Jumlah air yang banyak semasa hujan lebat turut menyebabkan mendapan di dalam sungai berkocak dan bercampur pula dengan yang air bercampur bauksit yang dibawa larian air.
“Semua bahan ini kemudian dibawa ke sungai sebelum mengalir ke laut dan kuantitinya yang banyak menyebabkan fenomena sungai dan lautan merah berlaku,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini, Rabu.
Sebagai contoh, katanya, pengambilan tanah di Bukit Goh akan mengalir ke Sungai Kuantan dan aktiviti serupa di sekitar Beserah akan dibawa air ke Sungai Balok, Sungai Karang di sini.
Zainal Abidin berkata keadaan itu akan kembali normal tidak lama lagi, namun ia bergantung kepada pasang surut air laut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan Hussain menasihati orang ramai supaya tidak memakan makanan laut dan kerang-kerangan dari kawasan yang terlibat.

PKR desak lesen ekspot bauksit dibekukan

Parti itu berkata pembekuan lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta, dan sekaligus mengakhiri pencemaran
Lee-Chean-Chung,bauksit
PETALING JAYA: PKR mendesak kerajaan pusat supaya membekukan lesen ekspot bauksit di Pahang, memandangkan ada kemungkinan kemerahan pesisiran pantai Beserah berpunca daripada pencemaran.
Ketua Biro Alam Sekitar PKR, Lee Chean Chung berpandangan pembekuan lesen-lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta dan tindakan pembersihan boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan yang terjejas sekitar Kuantan.
FMT dan media lain melaporkan pada Selasa bahawa air di Sungai Balok, Pantai Beserah dan Pantai Batu Hitam bertukar merah, dipercayai angkara bauksit yang mengalir ke laut akibat hutan lebat semalaman.
“Adalah mustahil masalah pencemaran ini dapat diselesaikan dalam keadaan perlombongan masih diteruskan,” kata Adun Semambu itu dalam satu kenyataan.
Perubahan warna Sungai Balok dan Pantai Beserah, yang diangkat sebagai salah-satu destinasi luncur angin terkemuka dunia, Lee berasa amat kesal dengan sikap kerajaan mengendalikan isu bauksit ini.
Katanya, keyakinan rakyat Pahang pada kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah terhakis dan merasakan aduan mereka tidak dipedulikan.

Bauksit: Kerajaan negeri sering beralasan

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata pelbagai bantahan disuarakan namun semuanya tidak disambut secara bersungguh-sungguh oleh kerajaan negeri.
Tengku-Zulpuri-Shah-Raja-Puji,bauskit
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang sering memberi alasan dalam mengendalikan isu perlombongan bauksit di sana.
Beliau berkata, pihak pembangkang bersama-sama NGO sudah melakukan pelbagai cara untuk membantah perlombongan bauksit di sekitar Kuantan.
“Kita sudah bangkitkan isu ini di sidang DUN. Malah Menteri Besar (Datuk Seri Adnan Yaakob) sendiri akui masalah dalam penguatkuasaan. Kita juga bersama-sama NGO mengadakan demonstrasi dan laporan polis.
“Namun MB hanya beri alasan yang perlu ambil kesempatan dengan harga bauksit yang tinggi pada tahun ini dan keadaan akan berbeza pada tahun depan,” dakwanya ketika dihubungi FMT.
Menurut beliau, pihaknya juga sudah meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan terhadap lori bauksit yang melanggar peraturan.
“Tetapi ia dijalankan secara tidak menyeluruh dan konsisten. MB pernah kata akan mengarahkan lori menggunakan guni bagi mengelakkan debu bauksit tersebar dan jatuh ke jalan raya. Ini semua adalah gimik dan alasan sahaja,” dakwa Adun Mentakab itu lagi.
Kemarahan penduduk sekitar terhadap kegiatan ini dilihat telah memuncak apabila dikatakan sudah enam buah lori pengangkut bauksit yang dibakar.
Pada pagi Rabu, warga Kuantan dikejutkan apabila pesisir pantai dari Sungai Pengorak ke Pantai Batu Hitam ‘bertukar’ merah.

Penjajah tertipu, Tok Janggut tak mati dibunuh


Wan Asrul Wan Hussin, 31, mendedahkan Tok Janggut atau nama penuhnya Haji Mat Hassan Munas hanya mengalami cedera di bahu kirinya ketika pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh pada 24 Mei 1915.
Cucu sepupu kepada pahlawan terkenal itu berkata, Tok Janggut kemudian disembunyikan pengikutnya di Hulu Kelantan atau kini dikenali Gua Musang untuk menyelamatkan beliau.
"Sesudah sembuh daripada kecederaan di bahunya, Tok Janggut berpindah ke Machang sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu," katanya.
Mengulas mengenai kononnya mayat Tok Janggut diarak di sekeliling bandar Kota Bharu dan digantung songsang separuh bogel selama tiga hari, Wan Asrul sekeras-kerasnya menolak dakwaan itu.
Tegasnya, kisah itu adalah semata-mata rekaan serta dibuat atas desakan British yang mahu menakut-nakutkan orang Melayu.
"Kebanyakan orang yang tinggal di Kota Bharu tidak kenal wajah sebenar Tok Janggut dan mereka hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut sahaja.
"Dan secara logiknya, jika kita melihat pada faktor fizikal gambar mayat itu, adakah sedemikian rupa seorang Melayu asli? Wajarkah Tok Janggut yang mempunyai ilmu agama tinggi diaibkan begitu?," soalnya seperti dilapor Bernama.
Gambar mayat itu diperolehi daripada Perpustakaan Bodleian, Oxford, United Kingdom, England hasil usaha tokoh sejarah Allahyarham Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud ketika melakukan kajian di sana.
Jelas Wan Asrul penampilan fizikal Tok Janggut adalah Melayu Kelantan Asli. Ibunya, Che Mah berasal dari Pattani manakala ayahnya Munas orang Melayu dari Kampung Saring, Pasir Puteh.
"Adik-beradik Tok Janggut termasuk dirinya tiga orang, dua lagi Tahir dan Yah@Sepiah meninggal dunia ketika dilahirkan.
"Tidak ada mana-mana anak-beranak Tok Janggut berwajah Sikh seperti dalam gambar itu. Malah, Tok Samad, iaitu datuk kepada Tok Janggut adalah Melayu Asli dan antara orang yang terawal membuka daerah Pasir Puteh," katanya.
Kenapa tak muncul seperti Mat Kilau?

Kisah di sebalik kubur Tok Janggut


Sama ada Tok Janggut gugur dalam pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan atau meninggal dunia pada usia tua, persoalannya di mana pula jasad pejuang itu disemadikan?
Sejak sekian lama masyarakat diberitahu kuburnya terletak di Pasir Pekan, Tumpat.
Bagaimanapun, usaha penulis menjejaki sejarah pejuang ikonik Kelantan itu membawa kepada penemuan beberapa sumber baharu lokasi lain kubur Tok Janggut.
Cerita cucu Tok Janggut Ustaz Wan Asrul Wan Hussin, datuknya dikebumikan di perkuburan lama Kampung Hutan Puteh, Machang akibat sakit tua selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Tok Janggut memang tidak dikenali kecuali di kalangan segelintir pengikutnya dan identiti sebenarnya diminta dirahsiakan sehinggalah beliau meninggal dunia.
Pada akhir hayat Tok Janggut berpesan kepada orang-orang terdekatnya, " Kebumikanlah saya sama sebagaimana dengan mana-mana orang lain juga."
Jelas Wan Asrul, kubur di Pasir Pekan itu dibuat-buat oleh pihak British bagi mengaburi mata rakyat Kelantan yang mahu membuktikan mereka berjaya membunuh Tok Janggut.
"Hanya kaum tua yang hidup lebih daripada 100 tahun mengetahui kisah sebenar kubur di Pasir Pekan itu," katanya.
Kubur bertanda botol kaca zaman British
Dakwaan Wan Asrul itu dikuatkan lagi oleh dua individu lain yang penulis temui iaitu seorang penduduk di Kampung Hutan Puteh, Roslan Mustafa dan Pengkaji Sejarah Islam Kelantan Ustaz Abdullah Al-Qari Salleh.
Bertitik tolak daripada keyakinan kisah yang sama didengari oleh sebahagian penduduk di Pasir Puteh yang mendakwa Tok Janggut tidak terbunuh, Abdullah Al-Qari berkata beliau berjaya menemui bukti secara berlisan.
Pujangga Islam itu berkata beliau mendapat cerita Tok Janggut daripada pengakuan tiga orang penggali kuburnya iaitu Adam Ahmad, Pakteh Taib dan Paksu Yunus Abd Rahman yang ditemuramahnya pada tahun 2010.
Hasil temuramah itu ditulis dalam halaman terakhir bukunya bertajuk Ensiklopedia Unggul Doa Hajat Jampi Mujarab Segala Penyakit Tanpa Ubat.
Bagaimanapun, sekarang hanya Adam yang masih hidup sementara dua orang lagi sudah meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.
Dikatakan ketika Tok Janggut meninggal umur ketiga-tiga penggali kubur itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun.
Mengimbas kembali pertemuan dengan mereka, Abdullah Al-Qari berkata Tok Janggut meninggal dunia selepas menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Kota Simpul Berlubang, bersempadan dengan Kampung Hutan Puteh di mana terletak lokasi kuburnya kini.
"Kematian Tok Janggut pada tengah hari Selasa disaksikan ramai orang kampung dan jenazahnya diiringi kira-kira 30 orang.
"Mengikut adab orang kampung di situ apabila seseorang dikebumikan, kuburnya di tanda dengan botol kaca, satu di kaki dan satu di kepala.
"Di bahagian kepala kubur Tok Janggut diletakkan sebuah batu merah bersama botol, manakala bahagian kakinya kekal dengan botol kaca," katanya.
Tinjauan penulis ke lokasi perkuburan itu yang terletak di ladang getah mendapati tidak kurang daripada empat kubur yang bertanda botol kaca.
Botol kaca di kubur yang dikatakan milik Tok Janggut tertera ayat "Bottle Made In England". Bagaimanapun, tarikhnya tidak dapat disahkan.
Sesudah perang Pasir Puteh

Kaji semula sejarah Tok Janggut


Kecelaruan fakta berhubung nasib yang menimpa Tok Janggut bukan satu perkara yang baru, kata Pakar sejarah Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali.
Beliau mengambil contoh pejuang Melayu lain seperti Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor di Perak yang mengikut rekod mereka mati digantung namun maklumat daripada keluarga mereka menceritakan yang sebaliknya.
"Orang yang membuat dakwaan itu biasanya mengaku daripada keturunan tokoh itu tetapi tiada catatan sistematik. Itu yang menyukarkan pengkaji sejarah.
"Sumber lisan turun temurun boleh diterima, tak salah tetapi kita mesti teliti orang yang menyampaikan keterangan itu dan bandingkan dengan sumber-sumber lain," katanya.
Beliau memberi contoh, menurut rekod Tok Janggut mati di Kampung Pupoh, Jeram, Pasir Puteh dan mayatnya diusung di Kota Bharu sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat. Itulah kebenarannya hingga kini.
"Tetapi kesahihan rekod itu akan diuji jika ada kajian baru dibuat. Jadi, kajian yang dibuat oleh Abdullah Al-Qari berkenaan kubur Tok Janggut di Machang boleh dipertimbangkan dan boleh mempengaruhi sumber asal itu," katanya.
-Bernama
Dalam pada itu, Abdullah Zakaria berkata antara penulisan terawal mengenai sejarah Tok Janggut adalah daripada Yahya Abdullah, Peperangan Tok Janggut Atau Balasan Derhaka (1955), Ibrahim Nik Mahmud, The Tok Janggut Rebellion of 1915 (1974) dan Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud, Sejarah Jeram Dan Kebangkitan Tok Janggut (1972).
Nik Anuar meneruskan penyelidikan dan menerbitkan buku Tok Janggut, Pejuang Atau Penderhaka (1999) dan kali terakhir ditulis oleh Dr Cheah Boon Kheng, To' Janggut: Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan (2006), katanya.
Majoriti kata Tok Janggut gugur
Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Bakar pula berkata pengkaji sejarah masih dengan keputusan majoriti bahawa Tok Janggut terbunuh dalam peperangan di Pasir Puteh.
"Dokumen British jelas menyatakan beliau mati ditembak dan mayatnya digantung. Gambar yang dipaparkan itu dengan cerita tahun 50an oleh penulis-penulis Tok Janggut adalah sama.
"Begitu juga dengan cucu Tok Janggut di Pasir Puteh yang mengakui Tok Janggut mati. Namun, saya ada dengar kata beliau tidak mati tapi tiada apa-apa bukti," katanya.
Abdul Latiff berkata pengkaji sejarah bersepakat mengangkat Tok Janggut sebagai seorang pejuang agama dan bangsa dan bukan penderhaka kepada sultan.
"Tok Janggut tidak menentang sultan tapi menentang tindakan British yang campur tangan dalam urusan pentadbiran sultan menyebabkan kemungkinan sultan tertipu dan terhutang budi kepada British.
"Padahal, beliau masih taat kepada sultan dan membela nasib orang Melayu," katanya.
Tak harus terikat sumber penjajah
Sementara itu, Jawatankuasa Induk Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan Noyeens M. Noor berpendapat seseorang pengkaji sejarah tidak seharusnya terikat dengan buku dan catatan bertulis penjajah British walaupun diakui tulisan mereka lengkap daripada sudut kronologi.
Tambah Noyeens, pengkajian sejarah Tok Janggut wajib diteruskan dan tidak harus dihentikan dengan hanya bergantung kepada sumber sedia ada kerana masih banyak persoalan yang masih tidak terjawab sehingga kini.
"Semua orang tahu kubur Tok Janggut di Pasir Pekan, Tumpat itu adalah kubur palsu hatta pengetahuan ini diketahui oleh sebahagian pengkaji. Namun perkara itu hanya cakap mulut, tiada satu kenyataan khas dan lebih dipercayai dibuat.
"Malah di kalangan waris Tok Janggut sendiri berbelah bahagi. Ada kata mati dan sebaliknya. Itu menunjukkan mereka tak bersependapat.
"Tidak cukup buat seminar dan pameran sahaja. Pihak berkaitan harus keluar modal dan buat kajian, ketengahkan sumber-sumber tempatan dan cari titik persamaan.
"Sedangkan kajian sejarah Melayu yang sudah beribu-ribu tahun lamanya boleh dikaji, inikan pula sejarah Tok Janggut yang hanya berusia 100 tahun," tegasnya.
Sejarah ditulis orang yang menang

UNDANG2 MALAYSIA MEMANG ADIL !!!!

Beginilah nasib bila undang2 penjajah dijulang...

Perompak masuk rumah, pertahan family pon KENA TANGKAP & DIDAKWA !!

Pertahan diri dari dirogol pon KENA PENJARA !!

Kegilaan & kebodohan apakah ini ???

Teng: Jho Low lakukan kerja buruk jika terbabit pada PRU-13

Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Teng Chang Yeow menafikan bahawa taikun perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low terbabit dengan kempen pilihan raya negeri BN pada 2013.
"Jika beliau terbabit, strateginya adalah buruk. Kami kalah teruk! " kata Teng kepada melalui WhatsApp.
 Teng sendiri tumbang di kerusi DUN Bukit Tengah pada pilihan raya itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar Wall Street Journal semalam yang mendakwa bahawa Low bertindak sebagai pegawai strategi kanan untuk kempen BN dalam usaha merampas semula Pulau Pinang.
Menurut WSJ, rakan sekolah Low - Geh Choh Hun menganjurkan kumpulan yang dikenali sebagai Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia yang mengagihkan cek bernilai ratusan ribu ringgit untuk kumpulan bukan kerajaan.
"Sidang akhbar saya sebelum pilihan raya umum lalu sangat jelas. Kami tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia mahupun dengan Jho Low," kata Teng.
ADUN Umno - Datuk Jaharah Hamid dan Muhammad Farid Saad - juga menafikan mengenali Jho Low ataupun mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai penglibatannya dalam kempen PRU-13, ketika dihubungi Malaysiakini.
Disoal cara pembiayaan jentera pilihan raya BN, Teng berkata, setiap parti akan menguruskan dana masing-masing dengan BN bertanggungjawab terhadap kerja-kerja publisiti.
Mengenai jumlah peruntukan yang diterima oleh calon-calon parti Gerakan, Teng berkata: "memgikut undang-undang."

Dr Zuhdi ikut teladan Umno?


zuhdi fitnah dap
Pada 29 Disember 2015, laman web kepada lidah rasmi Parti Islam SeMalaysia (PAS), HarakahDaily.net telah menerbitkan sebuah kenyataan media yang bukan sahaja tidak betul, malah bersifat fitnah dan tohmah yang luar biasa terhadap DAP. DAPSY Perak serta Biro Antarabangsa DAPSY Kebangsaan, mendahului kenyataan ini dengan penafian sepenuhnya kesemua tuduhan liar yang termaktub dalam keyataan tersebut.
Tuduhan palsu Mohamed Razali Abd Rahman, yang begitu gila dan tidak masuk akal, dan terus dikitar semula oleh segelintir daripada kepimpinan PAS melalui Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki hanya menunjukkan bahawa mereka ketandusan isu dan idea. Tambahan lagi dengan tingkah laku mereka kebelakangan ini yang begitu mesra UMNO, mereka terpaksa meminjam bahan fitnah daripada UMNO.
Tahap kesungguhan tohmahan yang dikeluarkan oleh Dr Zuhdi itu, memang mirip dengan telatah dan taktik lumrah digunakan oleh UMNO BN. Tambahan pula, isi kandungannya memang adalah bahan fitnah upahan UMNO yang dikitar semula. Nampaknya, mereka sependekatan mengikuti teladan;

“If you repeat a lie often enough, people will believe it, and you will even come to believe it yourself.”
(Jika anda mengulangi sesuatu pembohongan secukup-cukupnya, orang akan percaya, dan anda juga berkemungkinan akan percayakannya anda sendiri)
Joseph Goebbels, Menteri Propoganda kepada  Adolf Hitler, Diktator Fasis Jerman awal abad ke 20.

Jangan biar BN zalimi rakyat, DAPSY ajak rakyat turun #shutdownsungaibesi

tol-naik
KUALA LUMPUR 30 DIS: DAPSY mengajak orang ramai demontrasi #shutdownsungaibesi bagi membuka mata kerajaan Perskutuan dalam memahami derita yang ditanggung rakyat ekoran kenaikan harga pelbagai barangan.
shutCXdbhCcUAAEYeE7Malah, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pandan, Mohd Firdaus Babh menyifatkan pengajuran itu bertepatan dalam usaha rakyat mendesak kerajaan UMNO BN supaya mendengar isi hati mereka.
Beliau menggesa orang ramai supaya tidak berdiam diri terhadap penindasan seumpama itu kerana ia dikhuatiri akan memberi ruang kepada pimpinan UMNO BN untuk bertindak lebih zalim.
“Jika tidak ramai yang turun ke demo itu, saya bimbang kerajaan akan terus-menerus melakukan dasar dan keputusan yang tidak memihak kepada rakyat,” katanya kepada Roketkini, hari ini.
Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY, Shakir Ameer pula menjangka 2016 bakal menjadi tahun yang sukar berikutan ‘kesan domino’ yang dirasai rakyat jika kerajaan berdegil menaikkan kadar tol.
“Jika kerajaan berdegil menaikkan kadar tol ketika harga minyak dunia turun, rakyat bakal terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan berikutan pertambahan kos pengangkutan,” katanya.
Menyelar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi yang menyalahkan pemimpin terdahulu dalam isu kenaikan kadar tol, beliau berkata kerajaan perlu campur tangan perjanjian konsesi tol yang terlibat.
“Zahid tidak patut berkata begitu. Sebelum inipun UMNO jugalah yang memerintah, jadi UMNO bertanggungjawab dalam kenaikan kadar tol. Tidak kira siapapun Perdana Menteri,” katanya.

Azmi Sharom bangkang Ibrahim Ali

Sesiapa sahaja berhak mengutarakan pandangan dalam soal agama asalkan mereka memiliki hujah yang kuat.
azmi-sharom-Ibrahim-aliPETALING JAYA: Sesiapa sahaja boleh bercakap dalam soal agama jika mereka mempunyai hujah yang kuat bagi menyokong pandangan itu, kata pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom.
Beliau menyangkal kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkan jurucakap kumpulan G25 Datuk Noor Faridah Ariffin tidak layak bercakap soal agama kerana dilihat tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama Islam.
“Isu siapa yang layak atau tidak sepatutnya tidak timbul. Sesiapa sahaja boleh bercakap dalam soal agama asalkan dapat menjustifikasikan pandangannya.
“Kita boleh rujuk hadis atau mana-mana pemikir Islam (dalam menyatakan pandangan). Ini semua kita boleh cari sendiri,” katanya kepada FMT.
Dalam satu sidang media semalam, Ibrahim berkata hanya orang yang berautoriti dan berlatar belakangkan Islam boleh berbicara mengenai persoalan syariah Islam.
Noor Farida sebelum ini menggesa agar enakmen kesalahan jenayah syariah yang dianggap ‘menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat’ dikaji semula dan serbuan khalwat oleh pihak berkuasa agama dihentikan.
Mengulas lanjut, Azmi berkata kenyataan Ibrahim itu hanyalah satu cara untuk mengawal minda orang Islam di negara ini daripada menerima pandangan yang berbeza.
“Sikap Ibrahim yang hanya mahu segolongan elit sahaja memberi pendapat adalah bagi mencacatkan kebolehan orang Islam di Malaysia untuk meluaskan minda dan pemikiran mereka,” katanya lagi.

Jangan ‘tutup mulut’ orang bahas isu agama

Bahaya jika rakyat tidak diberi perspektif yang tepat dalam isu agama apabila ada pihak berpendapat mereka sahaja layak memberi pandangan
mujahid-rawa
PETALING JAYA: Mana-mana pihak tidak seharusnya cuba ‘menutup mulut’ orang lain untuk membahaskan apa-apa isu termasuk yang melibatkan agama Islam.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan itu akan mengakibatkan rakyat tidak mendapat perspektif yang tepat dalam sesuatu isu.
“Amat bahaya jika rakyat tidak diberi perspektif yang tepat dalam apa-apa isu kerana ada pihak tertentu yang fikir hanya mereka sahaja yang layak mengutarakan pandangan.
“(Maka) Semua pihak, sama ada G25 dan juga Perkasa, perlulah berbahas secara ilmu, bukan berdasarkan emosi semata-mata,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkan jurucakap kumpulan G25 Datuk Noor Faridah Ariffin tidak layak bercakap tentang soal agama kerana tiada pengetahuan mendalam mengenai agama Islam.
Dalam pada itu, Mujahid tidak melihat sebarang masalah dalam tindakan Noor Faridah mengkritik undang-undang jenayah syariah sebelum ini.
“Saya meneliti apa yang diperkatakan Noor Faridah dan ia adalah isu pentadbiran agama, bukannya prinsip agama itu sendiri. Jadi kita kena meletakkannya dalam konteks undang-undang.
“Mengkritik pentadbiran agama tidak boleh disamakan dengan mengkritik agama,” katanya lagi.
Beliau turut mengingatkan agama bukan mengenai aspek penguatkuasaan semata-mata, tetapi juga merangkumi aspek pendidikan.
Sebelum ini, pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Naser Tun Rahman juga mengatakan umat Islam perlu lebih mengutamakan soal pendidikan berbanding hukuman.

Amanah sokong #ShutdownSungaiBesi

Salahuddin menyeru seluruh rakyat dan warga prihatin untuk menyokong himpunan aman #ShutdownSungaiBesi.
lim-kit-siang-1mdbPETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menzahirkan sokongan kepada #ShutdownSungaiBesi, sebuah himpunan tunjuk perasaan secara aman bagi membantah kenaikan kos sara hidup, terutamanya kenaikan kos perjalanan dan pengangkutan.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata tindakan pemerintah mengizinkan kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya dan kenaikan tambang pengangkutan awam menyebabkan rakyat yang sedang dihimpit tekanan ekonomi tersepit tanpa pilihan.
“Mahu tidak mahu, rakyat sebenarnya dipaksa menanggung segala beban ekonomi akibat kegagalan pengurusan kerajaan BN disamping pelbagai skandal ekonomi yang membelit negara.
“Mewakili AMANAH, saya menyeru seluruh rakyat dan warga prihatin untuk menyokong himpunan aman #ShutdownSungaiBesi yang akan berlangsung di Plaza Tol PLUS Sungai Besi pada malam sambutan tahun baru nanti,” kata Salahuddin dalam satu kenyataan yang diterima FMT.
Salahuddin menyeru pengundi supaya berani membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, sebagai mengakhiri kenyataannya.
Menurut penganjur, himpunan aman itu akan diadakan di Plaza Tol Sungai Besi, pada 31 Dis bermula jam 9 malam. Penukaran lokasi dari Jalan Duta ke Sungai Besi itu dibuat kerana lokasinya yang strategik, memudahkan pengendalian kecemasan dan mengambil-kira reaksi keras pihak berkuasa.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur kerana gagal memenuhi keperluan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Berlalunya 2015 :PRN Sarawak dinanti penuh debar


Ketua Menteri Sarawak Adenan SatemKetua Menteri Sarawak Adenan SatemTahun 2015 bakal melabuhkan tirainya, dengan penduduk di Sarawak terus ternanti-nantikan detik untuk kembali ke peti undi bagi menunaikan tanggungjawab dalam memilih wakil rakyat untuk menerajui negeri ini.
Dari aspek politik sepanjang tahun 2015, segala-galanya di Bumi Kenyalang ini berkisar kepada susun atur gerak langkah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, dalam membawa corak kepimpinan baharu dengan gaya sendiri, selepas mengambil alih daripada Tun Abdul Taib Mahmud yang menerajui Sarawak lebih 30 tahun.
Tahun ini turut menyaksikan krisis tidak berkesudahan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sehingga melahirkan parti serpihan, Parti Rakyat Bersatu (UPP).
Keadaan serupa turut berlaku dalam satu lagi parti komponen BN Sarawak, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sehingga menyaksikan penubuhan parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).
Pada persidangan media sejurus selepas persidangan Dewan Undangan Negeri berakhir baru-baru ini, Adenan berkata sekiranya tiada kompromi dicapai antara parti yang berkenaan, beliau sendiri akan membuat keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).
Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada bulan Jun 2016.
Boleh dikatakan perkembangan menarik dalam persekitaran politik negeri tahun ini merujuk kepada dua perhimpunan yang 'agak kontroversi', yakni perhimpunan '722 Sarawak Freedom and Independence Day Walk' di Padang Jubilee pada 22 Julai, dan perhimpunan Bersih 4 Kuching di padang Song Kheng Hai pada 29 Ogos.
Perhimpunan anjuran Sarawak Dayak Iban Association (Sadia) dan Sarawak for Sarawak (S4S) Team itu, yang dilapor diadakan bagi meraikan tarikh kemerdekaan Sarawak daripada pemerintahan British pada 22 Julai 1963.
Penganalisis politik memerhati dengan penuh minat bagaimana Adenan menangani kedua-dua peristiwa itu dengan berhati-hati, agar sokongan ramai terhadap BN tidak terjejas dengan isu ini; apatah lagi ketika PRN semakin hampir.
Rata-rata dilihat berpuas hati dengan kebijaksanaan ketua menteri mengatur strategi, apabila kedua-dua perhimpunan dibenarkan; dan hasilnya tiada rusuhan, tiada tangkapan, dan tiada kecaman hebat terhadap kerajaan negeri dilaungkan.

Kelantan kekal larang premis jual vape



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak akan menarik balik larangan mengeluarkan lesen premis vape sebagaimana diputus sebelum ini.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kelonggaran diberi kepada penjual vape sehingga akhir Januari 2016 bagi memindahkan peralatan vape.

“Memang kita kekalkan arahan yang dibuat sebelum ini cuma kita ada perbincangan dengan persatuan vape.

“Mereka menghantar surat meminta ditangguhkan arahan tersebut, tetapi mereka tidak menolak pengharaman atau tidak keluarkan lesen perniagaan vape di Kelantan,” katanya selepas perasmian penutup Seminar Perbandaran Islam Pencapaian MPKB BRI Berdasar Pelan Induk 2006-2015 di sini hari ini.

Seminar berkenaan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama wakil-wakil rakyat, Penyelia Dun, ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Zamri Ismail.

Sebelum ini kerajaan Kelantan mengumumkan tidak akan mengeluarkan lesen premis vape berkuatkuasa 1 Januari ini.

Abdul Fattah juga berkata Persatuan Peniaga Vape memahami suasana yang berlaku sekarang.

“Apa yang penting kita adakan perbincangan. Januari ini kita laksanakan pemantauan bagi membolehkan peniaga memindahkan keluar barangan.

Ekonomi gawat : Pemimpin Umno persenda rakyat, tegas Pemuda Amanah

Reaksi sebahagian pemimpin Umno berjawatan menteri dalam kerajaan yang gagal mengatasi kesukaran hidup dialami semua pihak pada masa ini tidak logik serta mempersendakan akal dan hati rakyat, tegas Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Menggesa supaya mereka tidak lagi bermain wayang kulit, beliau berkata, kerajaan Umno-BN yang memerintah negara ini sejak merdeka harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesusahan hidup rakyat ekoran kegawatan ekonomi semasa negara.
“Rata-rata segmen rakyat sama ada yang tinggal di bandar, semi bandar mahupun luar bandar sedang merasai keperitan hidup akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Harga minyak kekal tinggi walaupun harga minyak dunia semakin menurun, manakala tarif elektrik pula akan naik lagi tahun depan.
“Dalam kesukaran hidup yang dialami rakyat sekarang, kerajaan gagal mengatasinya dan menteri-menteri pula gagal menyantuni denyut nadi rakyat,” ujar beliau dalam kenyataannya hari ini.
Menurutnya, rakyat cemas dan perit ketika menuju ambang 2016 kerana terpaksa bergelut dengan perbelanjaan tinggi bagi persiapan pakaian dan yuran anak yang bersekolah tanpa usaha kerajaan membantu rakyat terjejas untuk mengurangkan beban berkenaan.
Mengulas saranan Datuk Ahmad Maslan supaya rakyat berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan, Faiz menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebagai amat memalukan.
“Dalam keadaan peluang pekerjaan yang semakin sukar, bagaimana boleh rakyat boleh mencari kerja tambahan. Tindakan kerajaan membawa masuk begitu ramai pekerja asing terutama dari Bangladesh sudah pasti menyukarkan lagi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
“Sekalipun rakyat dapat melakukan dua kerja, ia akan menjejaskan prestasi kerja akibat keletihan dan akhirnya mengundang tindakan buang kerja yang memberi impak negatif kepada sosio ekonomi rakyat,” ujar peguam itu.
Tuding jari tidak selesai masalah
Pada masa sama, ujarnya, menuding jari kepada pemimpin negara terdahulu bukan satu bentuk penyelesaian kepada permasalahan rakyat termasuklah isu kenaikan kadar tol dan tambang ERL sebaliknya sebagai kerajaan yang memerintah, tindakan segera harus diambil antara pihak kerajaan dengan pemilik konsensi.
“Tiada justifikasi pemilik konsesi sedang mengalami kerugian dan apa salahnya sebarang kenaikan yang dijanjikan oleh kerajaan ditangguhkan sehingga masalah ekonomi rakyat ini diselesaikan,” hujahnya sebagai reaksi ke atas dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, kelmarin kononnya perjanjian konsesi sebelum ini adalah berat sebelah.
Menurut Faiz lagi, ucapan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin ketika Perhimpunan Agung Umno lalu kononnya akan menentang sebarang kenaikan harga barang juga menimbulkan persoalan.

SEDARKAH AHMAD MASLAN, MENIAGA ONLINE PUN SUATU KESALAHAN JUGA?

Dalam mempertahankan hujahnya berkaitan isu #2kerja yang menimbulkan kritikan ramai, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahmad Maslan berkata, niatnya adalah baik tetapi telah disalahtafsirkan oleh orangramai.

Kata beliau, cadangan asalnya bukanlah berkaitan melakukan dua kerja dalam satu masa, tetapi menyarankan selain melakukan kerja tetap, mereka boleh menjalankan perniagaan atas talian untuk menambah pendapatan dan menangani kenaikan kos sara hidup.

Tambahnya Ketua Penerangan UMNO itu lagi, perniagaan dalam talian bukan saja mempunyai potensi besar, malah bersesuaian dengan tabiat rakyat sekarang yang mempunyai kegilaan terhadap media sosial dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuknya.

"Rakyat Malaysia ini minat media sosial, kadangkala berwhatsapp, bermain FB dan Twitter sampai jauh tengah malam. Tak tahulah apa hasil yang mereka dapat.

"Alangkah eloknya kalau mereka belajar tentang e-dagang. Ada pegawai memaklumkan kepada saya, contoh kejayaan berniaga dalam talian ialah menjual gula Melaka di mana dia dapat jualan sehingga RM4 juta.

"Sebab itu saya gembira untuk menghebahkan mengenai perniagaan dalam talian itu," jelasnya.

Okay, demikian penjelasan  Ahmad Maslan dan mungkin ramai yang turut setuju dengan cadangannya itu.
Tetapi tahukah Ahmad Maslan bahawa menjalankan perniagaan dalam talian atau online bagi kakitangan awam juga merupakan suatu kesalahan?

Pekeliling mengenainya sudah diedarkan oleh JPA sejak 2014 lagi dan mereka yang berhasrat berbuat demikian hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan masing-masing.

PAC minta WSJ kemukakan bukti mengenai skandal 1MDB

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mahu akhbar The Wall Street Journal (WSJ) membekalkan bukti mengenai beberapa siri dakwaannya terhadap 1MDB supaya soalan susulan boleh dikemukakan semasa soal siasat ke atas firma pelaburan negara itu.
Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw membuat gesaan apabila diminta mengulas laporan terbaru oleh akhbar harian kewangan Amerika Syarikat tersebut.
"Kita tidak boleh tanya soalan berdasarkan dakwaan sahaja. Kita hanya boleh buat susulan dengan soalan berdasarkan fakta," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Kita tidak tahu sumber laporan itu, bagaimana kita akan soal mereka?
"Menjadi tidak munasabah tidak boleh dijadikan cara (PAC mengendalikan soal siasat semasa prosiding)," katanya.
Oleh itu, Tan (atas, kiri) mencadangkan supaya WSJ memberi bukti bagi membolehkan PAC mengambil tindakan susulan berdasarkan fakta.
Dalam laporan terbarunya, WSJ yang memetik minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB mendakwa mereka menyuarakan kebimbangan sedang disiasat kerana jenayah pecah amanah dan tindakan yang menyalahi aturan kewangan.
Akhbar itu turut mendakwa 1MDB mengutamakan perbelanjaan politik walaupun aliran tunai tidak mencukupi.
Laporan itu juga mendakwa bahawa jutawan Jho Low membantu kerajaan BN mengagihkan dana 1MDB berkaitan pilihan raya umum.
Editor WSJ, Tom Wright juga mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB memecat dua syarikat firma audit - Ernst & Young dan KPMG - selepas mereka menyoal usaha sama dengan PetroSaudi International.
Mengulas perkara ini, Tan mengesahkan bahawa kedua-dua Ernst & Young dan KPMG telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh 1MDB.
"Kami tahu bahawa mereka telah dipecat tetapi tiada alasan diberikan oleh mereka pada prosiding tersebut," katanya.
Sementara itu, Tan juga mengulangi bahawa adalah sukar untuk memanggil Low kerana namanya belum terdapat dalam mana-mana rekod yang berkaitan dengan 1MDB.

Fikir-fikirkanlah... kata-kata ajaib Ahmad Maslan

5 perkara yang ‘NAIK’ pada 2015

Semua NAIK! Itu naik! Ini naik! FMT menuras lima perkara yang menandai liputan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
cost_living_600
1. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
Pada 1 April 2015, Kerajaan telah menguatkuasakan GST dengan kadar cukai pengenalan sebanyak enam peratus.
Pelbagai bantahan dan demonstrasi telah dilakukan bagi menolak cukai yang dikatakan akan membebankan rakyat.

2. Pengangkutan Awam
Pada 2 Disember, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan kenaikkan harga tambang iaitu sehingga RM7.20 sehala.
Manakala, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) juga mengumumkan untuk menaikkan tambang sebanyak RM20. Namun ia berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 ini selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Manakala, tambang bagi perkhidmatan LRT dan Monorel di sekitar Kuala Lumpur juga naik bagi sesetengah kawasan, namun kadar tambang di beberapa stesen kekal dan ada yang turun. Rasionalisasi ini berikutan keputusan Prasarana Malaysia Bhd bertindak menyemak semula struktur tambangnya.

3. Kadar tol naik
Lapan lebuhraya bertindak menaikkan harga tol dengan kenaikkan lebih 17 hingga 80 peratus iaitu di antara RM0.20 sen hingga RM3.00 pada 15 Oktober lalu.
Kementerian Kerja Raya berkata penyelarasan kadar tol hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.

4. Utiliti
Pada 1 Ogos lalu, kadar tarif air di Johor telah dinaikkan antara RM2.00 dan RM3.00 setiap meter padu bagi kegunaan domestik yang melebihi 20 meter padu dan 35 meter padu sebulan. Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Perkara yang sama turut dilakukan oleh negeri Pulau Pinang yang menaikkan kadar tarif air pada hari sama Kerajaan Persekutuan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 1 April.

5. Darah rakyat ‘NAIK’!
Kenaikan beberapa perkara secara mendadak telah menaikkan kemarahan rakyat di negara ini. Ramai berpendapat kenaikan itu tidak sepadan dengan kualiti dan perkhidmatan yang masih di takuk lama.

Transnasional mahu tambang bas ekspres dinaikkan...rakyat makin terbeban..!!

Syarikat bas ekspres terbesar di Malaysia, Konsortium Transnasional Bhd (KTB) merayu kepada kerajaan agar menaikkan kadar tambang setelah lama tertangguh.
"Kos operasi kami meningkat memandangkan kejatuhan nilai ringgit dan kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Kos operasi, termasuk penyelenggaraan dan alat ganti, semakin meningkat tetapi kami tidak menyalurkannya kepada pengguna," kata pengarah rusannya, Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, tanpa mendedahkan sejauh mana kenaikan kos kerana syarikat itu masih lagi menelitinya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) Nadicorp Holdings Sdn Bhd dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi penyelidikan aplikasi komersial getah asli terepoksida (Ekoprena) dan getah asli nyah protein (Pureprena) untuk tayar.
Mohd Nadzmi juga Pengerusi Eksekutif Nadicorp, konglomerat beberapa syarikat terlibat dalam pengangkutan bas awam, termasuk KTB.
Pada Mac tahun ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres dan teksi.
Bagaimanapun, kerajaan hanya meluluskan kenaikan tambang untuk teksi, dan menangguhkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres.

Kerajaan Umno@Bn tak cadang bentuk RCI siasat isu 1MDB

Kerajaan tidak bercadang menjalankan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan 1MDB bagi mengenal pasti punca masalahnya dan mencari kaedah mempertingkat prestasinya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mekanisme siasatan yang sedang berjalan oleh beberapa agensi sudah memadai.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) dalam jawapan bertulis parlimen berkaitan 1MDB.
Jawapan itu diberikan kepada anggota parlimen pada 3 Disember, hari terakhir sidang Dewan Rakyat sesi ini.
Fauzi dalam soalannya berkata beliau membangkitkan soalan itu kerana 1MDB telah mencemarkan imej syarikat milik kerajaan.

Berani tak paper2 & media massa pro UMNO/BN mainkan isu ni berkali-kali kat tv & surat khabar !!!


Pulangkan derma RM1.2 juta Taib, kata pemimpin Penan

Sebelas pemimpin Penan menuntut Universiti Adelaide di Australia supaya mengembalikan sumbangan derma A$400,000 (kira-kira RM1.2 juta) yang dihulurkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tun Taib Mahmud.
Surat yang dihantar kepada naib canselor universiti itu, Warren Bebbington ditandatangani mereka dengan menggunakan cap jari.
Mereka mendakwa sumbangan itu harus dikembalikan kepada Sarawak kerana wang itu diperolehi secara haram oleh Taib.
"Apabila Taib belajar undang-undang di Adelaide, dia seorang anak muda yang miskin seperti kita hari ini. Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk menjadi ahli politik.
"Tetapi bukan bantu kami penduduk pribumi. Taib jadi tamak dan hanya minat kumpul duit untuk diri sendiri dan ahli keluarganya," petik surat itu yang ditandatangani oleh bekas penghulu Penan James Lalo Keso.
Katanya, segala yang mereka perlukan sebelum ini adalah mencukupi sehingga Taib (kini Gabenor Sarawak) mengadaikan tanah mereka kepada syarikat pembalakan dan perladangan.
"Bukan satu rahsia lagi, bahawa syarikat pembalakan banyak memberikan rasuah kepada Taib dan ahli keluarganya," petik surat itu lagi.
Justeru, pemimpin Penan itu berkata, Bebbington harus "mengambil keputusan berani" dan memulangkan semula sumbangan daripada Taib untuk membetulkan ketidakadilan yang dilakukan selama ini.
"Kita perlu wang ini segera untuk bangunkan Taman Aman Penan dan hantar anak-anak kita ke sekolah dan dapatkan pendidikan tinggi.
"Bagi kamu, A$400,000 tidak banyak, tetapi bagi masyarakat Penan, ini jumlah wang yang boleh bantu mengubah kehidupan generasi muda kami," petik surat itu lagi.
Masyarakat Penan adalah pemburu-pengumpul hasil hutan nomad sehingga hutan khatulistiwa mereka sebahagian besarnya dimusnahkan oleh pembalakan dan perladangan sepanjang tempoh perkhidmatan Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak bermula pertengahan 1980-an.

Hidup rakyat diramal lebih ‘teruk’ pada 2016

Kenaikan berterusan kos sara hidup akan menjadikan kehidupan rakyat lebih teruk jika kerajaan gagal bertindak
Mohd-Yusof-Abdul-Rahman_cos_600
PETALING JAYA: Kehidupan rakyat di negara ini diramal akan lebih mencabar pada 2016 kerana kenaikan kos sara hidup yang berterusan terutamanya disebabkan kenaikan harga barangan dan pengangkutan.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata sekiranya tidak ada pemulihan harga minyak dan kejatuhan nilai Ringgit masih berterusan, kehidupan rakyat sebagai pengguna akan menjadi lebih teruk.
“Jika kedua-duanya masih berlaku, memang ia akan menyebabkan keadaan menjadi teruk. Macam mana pemulihan harga minyak itu boleh dinaikkan atau Ringgit itu dapat dipulihkan ia akan memberi kesan kepada pengguna.
“Kerajaan harus mencari langkah-langkah (menyelesaikan) keadaan ekonomi yang berlaku sekarang ini (agar) dapat dipulihkan,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Sehubungan itu, Abdul Rahman turut menggesa agar kerajaan dapat menghentikan sebarang kenaikan kos sara hidup melibatkan rakyat.
“Umpamanya jika tol PLUS meningkat akan beri kesan kepada pengguna, rasionalisi barang-barang keperluan jika kerajaan laksanakan juga tahun depan sudah tentu memberikan kesan kepada pengguna,” tegasnya.
Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan turut menjangkakan kehidupan pengguna akan lebih mencabar pada 2016 jika kos sara hidup tidak diperbetulkan.
Katanya, untuk mengatasi perkara itu, perlunya ada langkah-langkah tegas dan perancangan yang baik oleh kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
“Pengguna perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi semua ini. Kerajaan perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dari aspek ketirisan, penjimatan, permudahkan kerja.

Apa perubahan dalam politik baru PAS?

Oleh USTAZ RIZUAN RAHMAT
APA perubahan dalam politik baru PAS yang ingin dibawa oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH)? Untuk memahami pendekatan baru ini. Kita perlu meneliti 5 realiiti yang wujud dalam politik Malaysia.

Realiti 1- DAP telah menunjukkan sikap menentang Islam yang kuat yang terdiri dari kelompok Kristian dan juga kelompok liberal. Mereka tidak suka kepada Islam sebagai cara hidup dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam.

Realiti 2 - Geng Liberal seperti Bar Council, SIS dan G25 pun ramai juga. Mereka juga terdiri dari golongan kelas menengah yang hidup dengan gaya bebas. Mereka tidak suka kepada Islam sebagai cara hidup dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam.

Realiti 3 - Barat tidak mahukan Islam bangkit sebagai sebuah kuasa yang dapat memerintah di dunia ini amnya, dan Malaysia khasnya. Mereka tidak suka kepada Islam dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam. Mereka berperanan dari luar untuk memastikan kegagalan PAS dan mana-mana usaha gerakan Islam.

Realiti 4 - Umno yang semakin lemah dan korup. PAS tidak boleh bergabung dengan Umno kerana akan terpalit dengan kezaliman mereka. Ramai masyarakat Melayu yang hilang keyakinan terhadap Umno dan mereka sedang meneliti adakah PAS mampu untuk menggantikan Umno?

Realiti 5 - Orang melayu ialah orang yang paling susah untuk berubah. Namun PAS perlukan juga undi mereka kerana core bisnes PAS ialah orang Melayu.

Dalam mengahadapi 5 realiti ini, apa yang perlu PAS buat bagi memastikan kuasa Islam teruma memerintah Malaysia?

Sekiranya orang bukan Islam yang memerintah Malaysia nanti, kedudukan Islam dan orang Melayu akan semakin lemah dan terancam. Dalam keadaan ini pun, mereka menentang hudud, ingin menghapuskan Jakim, menentang undang-undang khalwat, menghina pakaian menutup aurat, dan lain-lain. Kalau mereka menang, tak tahulah macam mana nanti.

Derita Rakyat : Ada Menteri Tak Paham Atau Pura-Pura Faham

Oleh Abu Hassan Adam
Pernah aku terbaca kenyataan Saudara Lee Kuan Yew ketika ditemuramah oleh beberapa orang professor dari Harvard University tentang tindakan beliau menangani masalah rasuah di Singapura ketika zaman awal pentadbirannya dahulu. Dengan jelas beliau menyatakan yang beliau sendiri terpaksa ‘turun padang’ untuk menyelesaikan masalah itu. Pendek kata Perdana Menteri sendiri terpaksa ‘menyinsing lengan’ demi untuk menyelamatkan Singapura daripada ‘kehancuran’ disebabkan oleh merebaknya gejala rasuah pada ketika itu.
Dugaan awal yang ditemuinya ketika ‘memerangi’ gejala berkenaan ialah ketika rakan karibnya sendiri yang terlibat dan meminta bantuan dan jasa baiknya mendapatkan pengampunan. Betul-betul beliau dalam keadaan ,’ telan mati emak dan luah mati bapak’. Walau bagaimana pun mengikut penjelasannya beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan keadilan. Dan dua hari selepas beliau membuat ‘keputusan’ berkenaan, rakannya itu telah mengambil keputusan membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan. Begitu sekali pengorbanan yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri demi untuk meyakinkan rakyat bahawasanya beliau betul-betul serious dalam menangani gejala berkenaan. Dengan menunjukkan contoh sedemikian telah menyebabkan para pegawai yang terbabit dalam pencegahan rasuah yakin bahawa sebenarnya kepimpinan negara betul-betul berhasrat untuk menghapuskan gejala berkenaan di negara berkenaan dan bukan setakat ‘melepaskan batuk di tangga’ ataupun hanya sebagai mengabui mata rakyat semata-mata.
Sehubungan dengan isu ini, rakyat di Malaysia sebenarnya mengharapkan sangat agar pihak pemimpin negara khususnya para menteri yang bertanggungjawab ataupun SPRM mengambil langkah yang betul-betul serious menangani kegiatan rasuah di dalam negara ini. Mungkin telah ada tindakan yang telah dilakukan. Tidak dapat dinafikan. Namun rakyat masih merasakan bahawa masih ada ruang-ruang yang boleh dilakukan demi untuk benar-benar meyakinkan rakyat agar masalah rasuah ini dapat dibendung dan mungkin belum lagi terlambat.

FBI teliti syarikat filem anak tiri PM dalam siasatan 1MDB

Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sedang meneliti pembiayaan syarikat penerbitan filem Red Granite Pictures sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Red Granite Pictures ditubuhkan oleh Riza Aziz iaitu anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah menghasilkan filem The Wolf of Wall Street.
Akhbar yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu memetik orang yang biasa dengan perkara itu sebagai berkata siasatan ke atas Red Granite Pictures merupakan sebahagian siasatan FBI atas aset dimiliki Najib dan keluarganya.
 Ini termasuk hartanah mewah di New York dan Los Angeles.
Red Granite Pictures memberitahu WSJ bahawa Riza mahupun syarikat nya telah melibatkan diri dalam mana-mana perniagaan "tidak sesuai".
Dalam filem The Wolf Of Wall Street, hartawan yang berhubungan dengan 1MDB- Jhow Low mendapat penghormatan apabila namanya muncul dalam kredit di akhir filem berkenaan.
WSJ semalam memetik bekas ahli politik parti pemerintah mendakwa Low dibawa ke dalam 1MDB untuk membantu perbelanjaan berkaitan pilihan raya.
Low sejak itu menafikan hubungan dengan 1MDB.
1MDB semalam dalam kenyataannya mendakwa laporan WSJ sebagai tidak berasas dan dikitar semula sejak pertengahan 2015.

MARA tak mampu taja semua – Annuar Musa

Beliau menafikan MARA abaikan pelajar di Mesir sebaliknya agensi itu turut menaja pelajar dalam bidang tertentu
annuar-musa_mara_600_2
PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempunyai kemampuan yang terhad untuk menaja pelajar-pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.
Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya hanya menaja pelajar yang betul-betul layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan.
“MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta semua pihak ada had keupayaan masing-masing dan sudah tentu (setiap permohonan yang dibuat) tertakluk kepada syarat dan dasar yang telah ditetapkan,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas luahan pelajar Malaysia di Mesir yang mendakwa kehidupan mereka sengsara apabila tidak mendapat bantuan kewangan dari pihak kerajaan terutamanya MARA.
Ahli Parlimen Ketereh itu turut menjelaskan bahawa MARA tidak mengabaikan sepenuhya pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir sebaliknya turut menaja pelajar di sana dalam bidang-bidang tertentu.
Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) melancarkan Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir untuk membantu pelajar yang memerlukan pertolongan terutamanya yang tidak mendapat sebarang bantuan dari pihak kerajaan sehingga memaksa mereka mengikat perut.

Tambang bas sekolah dijangka naik tahun hadapan, GST antara punca

Kenaikan kadar tambang bas sekolah pada tahun hadapan dijangka tidak dapat dielakkan bagi menyerap kos operasi meningkat yang ditanggung pengusaha dan operator bas sekolah.
Presiden Persekutuan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), Amali Munif Rahmat, berkata pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak April lalu mengakibatkan perkara itu dan ia mendatangkan kesan kepada mereka.
BAS SEKOLAHKatanya, mesyuarat persatuan pada 8 Disember lalu menyaksikan keluhan daripada pengusaha dan operator mengenainya ekoran peningkatan kos agak ketara sejak pelaksanaan GST.
“Segala barang keperluan termasuk alat ganti kenderaan semuanya dikenakan GST maka ia meningkatkan kos.
“Ia agak ketara dan lebih terbeban apabila nilai mata wang turun kerana banyak alat ganti diimport daripada luar manakala kadar tambang ketika ini hanya menampung keperluan serta ia sekadar cukup makan untuk golongan ini,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.
Berikutan itu, katanya, pengusaha bas sekolah mungkin terpaksa menaikkan sedikit kadar tambang untuk meraih keuntungan.
“Bagaimanapun, kita sarankan sekiranya boleh operator tidak menaikkan kadar tambang ia lebih baik kerana ibu bapa terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
“Kalau boleh tidak naik bagus tetapi jika terpaksa maka ia perlu pada kadar minima,” katanya.
Berhubung pemberian subsidi, beliau berkata, permohonan PPPBSM sudah dibuat supaya operator diberikan keistimewaan berkaitan tambang dan bahan api untuk mengurangkan kos operasi.
“Sejak 2013 hingga sekarang yang dikatakan rasionalisasi subsidi itu adalah sebenarnya mengurangkan subsidi. Maksudnya kos ditanggung akan bertambah,” katanya.

AMARAN DARI KERAjaan !!.. rakyat M'sia dilarang ke Israel..

TETAPI..
KERAjaan BN Benjamin Netanyahu BOLEH menjalin hubungan dagang dgn Israel laknatullah..

Pemimpin2 UMNO spt Zahid Hamidi, Syed Hamid Albar, Mahathir & Tunku Abdul Rahman BOLEH BERJUMPA DENGAN PEMIMPIN2 TERTINGGI ISRAEL !!

FAKTA:
M'sia satu2nya 'negara Islam' rekod NAIB JUARA 'surplus' dagangan dgn Israel laknatullah pada tahun 2014. - Sumber: Israeli Central Bureau of Statistics (CBS)

Di hadapan rakyat.. bersongkok !!

Di blkg rakyat.. songkok serban jubah ntah ke mana..

Di blkg pentas PBB.. Najib TERSEREMPAK tersengih2 berjabat tgn PM Israel laknatullah.

K’jaan Umno@Bn sahkan Pesaka dapat dana hampir RM3 juta

Persekutuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) yang menganjurkan demonstrasi jalanan ‘baju merah’ pada 16 September lalu telah diberi peruntukan hampir RM3 juta sepanjang tempoh lima tahun lalu.
Kementerian Belia dan Sukan mengesahkan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada Pesaka sejak lima tahun yang lalu.
"Pesaka menerima RM2,915,067 dari tahun 2010 sehingga tahun 2014 bagi perbelanjaan program latihan atlet elit dan pelapis serta menganjurkan kejohanan kebangsaan," petik jawapan bertulis.
Pesaka mencuri tumpuan selepas ia mendakwa sebagai penganjur demosttrasi ‘baju merah’ yang dihadiri kira-kira 30,000 peserta bagi menyaingi perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan pada pada akhir Ogos.
Bantahan itu didalangi pemimpin Umno tetapi parti itu menafikannya dan Pesaka digunakan sebagai pertubuhan yang bertindak sebagai penganjur 'rasmi'.
Demo itu dicemari keganasan apabila peserta ‘baju merah’ cuba merempuh masuk ke Jalan Petaling sehingga memaksa polis untuk menyuraikan mereka dengan menggunakan meriam air.
Dalam jawapan bertulis Parlimen bulan lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Pesaka menghadapi risiko dibatalkan pendaftaran jika mereka didapati melanggar undang-undang di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 kerana menganjurkan perhimpunan yang bermotifkan politik.
Khairy yang juga adalah ketua pemuda Umno berkata mereka yang bertanggungjawab juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan.
Timbalan menterinya, Datuk M Saravanan mengesahkan bahawa kementerian telah menghantar surat kepada Pesaka meminta penjelasan mengapa pertubuhan itu terbabit dalam penganjuran demonstrasi tersebut.

K’jaan Umno@Bn nafi rekod imigresen Altantuya dipadam

Rekod keluar masuk warga Mongolia Altantuya Shaariibuu ke Malaysia dan kemudiannya didapati mati dibunuh tidak dipadam seperti yang didakwa sebelum ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Pihak polis telah menyiasat pendaftaran keluar masuk mendiang Altantuya Shaariibuu melalui Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapati terdapat rekod pergerakan dalam sistem.
 "Dengan itu, tidak timbul isu rekod berkenaan dipadamkan oleh mana-mana pihak," katanya Negeri dalam jawapan bertulis parlimen.
Ia adalah jawapan kepada soalan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota).
Fauzi meminta menteri menyatakan adakah pihak polis menjalankan siasatan di atas kehilangan nama Altantuya pada daftar imigresen tempoh hari dan apakah hasil siasatan itu.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri dilaporkan menjawab bahawa rekod imigresen Altantuya di negara ini telah dipadamkan oleh individu yang tidak diketahui.
Pembunuhan Altantuya yang berlaku pada tahun 2006 menyaksikan Najib yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan diheret sekali.
Ini kerana sekutu rapatnya Abdul Razak Baginda yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Polis, sementara itu, membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dan beliau sendiri bersumpah bahawa dirinya tidak mengenali wanita berkenaan.
Pembunuhan itu juga dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam negara jenis Scorpene dari Perancis. Firma Abdul Razak ditugaskan untuk membeli dan menyelenggarakan kapal selam itu.
Bekas komando polis Sirul Azhar Umar disabitkan dengan pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.
Dia bagaimanapun melarikan diri ke Australia, di mana kerajaan Malaysia sedang cuba untuk mengekstradisinya.
Namun undang-undang Australia menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi hukuman mati di negara asalnya tidak akan dihantar balik.

Gagal selesai 1MDB, Najib kencing rakyat lagi

Anina mengingatkan Najib supaya tidak menghancurkan hidup dan masa rakyat kerana ia akan menjadikan Presiden UMNO itu dilihat sebagai mayat hidup yang tidak mempunyai jiwa.
Anina-Saadudin_najib_1mdb_600
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia bukan sahaja menanti detik terakhir 2015 yang bakal melabuhkan tirainya pada 31 Disember, tetapi juga janji dan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum akhir tahun ini.
Kegagalan Najib menyelesaikan kemelut syarikat 1MDB yang sarat dengan hutang menjelang 31 Disember (esok) seperti yang dijanjikan beliau bermakna beliau telah menipu dan kencing rakyat Malaysia sekali lagi.
Bekas Ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin berkata demikian, ekoran tempoh masa yang diberikan oleh beliau sendiri hanya tinggal sehari dan masih belum memutuskan atau tampil dengan sebarang keputusan yang konkrit dan jelas.
“Saya mahu Datuk Seri Najib tahu bahawa 30 juta rakyat Malaysia memiliki azam tahun baru yang mungkin tidak pernah berlaku kepada kesemua 180 negara seluruh dunia. Mereka mahu Perdana Menteri yang telah kencing tiga juta ahli UMNO dan 20 juta rakyat Malaysia meletakkan jawatan pada 1 Januari 2106.
“Tiada peluang kedua untuk membina Malaysia yang berhadapan kehancuran ekonomi dan demokrasi sekiranya Datuk Seri Najib terus menerajui negara ini. Percayalah, sekiranya beliau terus cuba menutup kegagalan dan penipuannya dengan melakukan penipuan-penipuan lain, ianya akan menghancurkan Malaysia,” katanya ketika dihubungi FMT.

Nurul Izzah Anwar - #MalaysiaKu2020

Menteri usah bermain wayang kulit

Oleh Faiz Fadzil
Rata-rata segmen rakyat sam ada yang tinggal di bandar, semi bandar mahu pun luar bandar sedang merasai keperitan hidup akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup.Harga minyak kekal tinggi walaupun harga minyak dunia semakin menurun, manakala tarif elektrik pula akan naik lagi tahun depan. Kegawatan ekonomi negara dan kesusahan hidup rakyat sekarang seharusnya ditanggung sepenuhnya kerajaan Umno dan BN kerana mereka yang memerintah negara ini sejak merdeka.
Dalam kesukaran hidup yang dialami rakyat sekarang, kerajaan gagal mengatasinya dan menteri pula gagal menyantuni denyut nadi rakyat. Sudahlah kenaikan harga barang gagal diatasi, bahkan jawapan yang diberikan kepada rakyat juga tidak logik dan mempersendakan akal dan hati rakyat.
Sebagai contoh, Datuk Ahmad Maslan dalam respon kepada isu kenaikan kos sara hidup menyarankan rakyat untuk melakukan 2 kerja adalah sesuatu yang amat memalukan. Dalam keadaan peluang pekerjaan yang semakin sukar, bagaimana boleh rakyat boleh mencari kerja tambahan. Tindakan kerajaan membawa masuk begitu ramai pekerja asing terutama dari Bangladesh sudah pasti menyukarkan lagi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Sekiranya sekalipun rakyat dapat melakukan 2 kerja, ia akan menjejaskan prestasi kerja akibat keletihan dan akhirnya mengundang tindakan buang kerja yang akhirnya memberikan impak negatif kepada sosio ekonomi rakyat.
Datuk Seri Zahid Hamidi pula dalam respon kepada kenaikan caj perkhidmatan awam seperi ti tol dan ERL pula mendakwa ia akibat perjanjian konsensi yang berat sebelah pentadbiran lama partinya sendiri.
Menuding jari kepada pemimpin negara terdahulu bukan satu solusi kepada permasalahan rakyat. Sebagai kerajaan yang memerintah sekarang, seharusnya jalan penyelesaian dapat diambil antara kerajaan dan pemilik konsensi.
Tiada justifikasi pemilik konsensi sedang mengalami kerugian dan apa salahnya sebarang kenaikan yang dijanjikan kerajaan ditangguhkan sehingga masalah ekonomi rakyat ini diselesaikan.
Begitu juga dengan ucapan Khairy Jamaludin ketika pembukaan Mesyuarat Agung Pemuda Umno kononnya akan menentang sebarang kenaikan harga barang. Namun, beliau adalah salah seorang menteri di mana keputusan membenarkan kenaikan tambang ERL dan caj tol dibuat jemaah menteri.
Apakah yang beliau lakukan ketika keputusan tersebut dibuat, sedangkan sistem “Westminster” yang diamalkan adalah berpremiskan kepada tanggungjawab bersama jemaah menteri.

Jangan harap ‘Hu Hu Ha Ha’ istimewa 2016

Oleh Srihanasham Noordin
Banyak andaian dan jangkaan dibuat terhadap 2016, dan rata-ratanya mengenai betapa rakyat akan terus dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup tinggi berikutan kejatuhan harga minyak serta matawang ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat, selain pelan rasionalisasi subsidi kerajaan yang menyaksikan tarif lektrik juga naik, serta tambang pengangkutan awam.

Walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus bertahan dan mahu rakyat menyedari betapa kenaikan kos sara hidup bukan kerana kesalahan kerajaan dengan memberikan penawar sementara seperti BR1M atau pembinaan rumah milik PR1MA bagi memperbanyakkan rumah mampu milik, ia sebenarnya bukan penyelesaian jangka panjang kepada rakyat. Kebanyakan rakyat yang berbelanja di pasar terus mengeluh dengan kenaikan harga makanan dan ibu bapa menyiapkan anak masuk sekolah Isnin depan, terpaksa menelan air liur apabila melihat bil barang sekolah terus meningkat sedangkan, hakikatnya gaji masih berada pada takuk lama.

Dan lagu lama terus didendangkan Putrajaya apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengeluarkan kenyataan mengenai penubuhan jawatankuasa tertinggi bagi melihat kesan kenaikan kos sara hidup. Timbul persoalan apa berlaku kepada Jawatankuasa Ekonomi yang ditubuhkan Najib? Bagaimana pula dengan peranan Pemandu yang menjalankan pelbagai makmal bagi mengkaji dan mencari jalan penyelesaian kepada kenaikan kos sara hidup dan ditambah lagi dengan Institut Kajian Khazanah (Kris).
Bagaimana kerajaan mahu menyatukan semua hasil kajian ini dengan memberikan penyelesaian dan jawapan terbaik kepada rakyat, khususnya golongan menengah di kawasan bandar serta separa bandar yang amat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Ataupun seperti biasa, ia hanyalah kajian atas kertas, jawapan yang menjadi modal politik sedang rakyat terus terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.
Para menteri yang  menjadi hulubalang Najib terus mengeluarkan kenyataan mengguris hati rakyat seperti kenyataan Datuk Ahmad Maslan mahu rakyat melakukan 2 kerja, tanpa mahu menginsafi kerajaan banyak melakukan pembaziran demi pembaziran seperti berlaku kepada skandal 1MDB tanpa mahu berfikir bagaimana mengurangkan perbelanjaan kerajaan secara langsung.
Soal agenda Bumiputera terus dilaungkan kononnya bagi membantu orang Melayu khususnya menghadapi kenaikan kos sara hidup dengan membantu mereka berniaga seperti dilakukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan penubuhan Mara Digital Mall yang secara langsung menggunakan wang rakyat.

Apa guna jadi menteri jika ‘pekak badak’?

Oleh Sheikh Omar Ali
Saya tertarik untuk memberi respon terhadap kenyataan dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa tiada keperluan untuk kerajaan memenuhi tuntutan Bersih 4.
Kenyataan beliau yang menyatakan himpunan sebagai tidak memenuhi undang-undang negara sebagai alasan untuk tuntutan Bersih 4 tidak dipenuhi adalah sangat mendukacitakan.

Kenyataan seperti ini juga sekaligus menzahirkan sifat angkuh kerajaan daripada membuka telinga dan mendengar keluhan rakyat.
Tidak responsif dan tidak menjawab isu pokok terhadap permasalahan yang dibangkitkan. Entah mengapa, mutakhir ini para menteri kita lebih suka ambil sikap buat “pekak badak” saja bila mana rakyat memberi teguran.
Baru beberapa hari lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan menyarankan agar rakyat lakukan 2 kerja sebagai jawapan kepada rakyat yang mengeluh kerana terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi.
Hari ini Zahid pula beri jawapan tiada keperluan untuk penuhi tuntutan Bersih 4 setelah lebih kurang 100,000 rakyat berkampung selama 2 hari di Bandaraya Kuala Lumpur akhir Ogos lalu, menyuarakan tuntutan Bersih.
Jika kita imbas kembali, sikap yang sama ditunjukkan terhadap persoalan yang dibangkitkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung “dari mana datangnya RM2.6b dalam akaun PM”.
Ia gagal dijawab dengan baik. Sebaliknya beliau dipecat sebagai jawapan gantian kepada persoalan yang dibangkitkan.
Reaksi yang ditunjukkan  menteri seolah-olah bersifat tidak ambil peduli, berlepas tangan dan pentingkan diri sendiri.
Kritikan rakyat seakan-akan tidak penting dan tidak perlu didengari.
Inikah yang dikatakan demokrasi?
Lantas, saya tertanya-tanya. Apa gunanya jadi menteri jika tidak mahu mendengar suara rakyat.
Kerajaan sepatutnya bekerja untuk rakyat. Bukan setiap kali apabila rakyat bersuara, mereka buat “pekak badak” dan buat selamba sahaja.

Musnahnya sebuah empayar (Menempuhi tahun 2016)


I
Pernah ku katakan dulu betapa nyanyoknya empayar ini ?
Keangkuhan menggunung
Disanjung pemimpin sembelit yang berselerak
di kaki gerbang pentadbiran
Makin menanah dalam komplot nafsu
ketamakan, pangkat,
keuntungan,
pertuhankan diri
dan ketandusan erti
Pernah ku katakan pada mu
bagaimana mereka asyik
menggali kubur untuk orang lain
tidak sedar
bahawasanya kubur ini untuk diri sendiri
Pernah ku katakan lagi
kubu kuasa mereka itu rapuh
makin diasak kuasa  soldadu rakyat
namun manusia keparat ini gah dengan
kemajuan palsu
asyik memuja slogan dan janji manis
sanggup membenamkan  wawasan murni
Maka  empayar ini  bergelumang dalam
najis kemelesetan jitu
merantaikan rakyat jelata yang tidak berdosa
pada setiap keadaan dan sepanjang zaman
persis isytiharkan  kemenangan pada kelongsong demokrasi
dan keadilan yang jelek
Sekarang anda saksikan empayar berdarah lesu
dengan arahanbertindih tanpa kemudi
dinodai keutamaan lapuk
yang terbenam dalam saingan oportunis dan konco kapitalis
agensi keparat pula gopoh mengemis dan menagih perhatian
Tuhannya ...
firaun semasa
Kau saksikan lagi kegilaan pegawai yang termakan budi
sibuk meterai agenda sulit memfitnah
dan membunuh watak lawannya
mencipta kambing hitam
demi mengagungkan kemelesetan 
mengatur senario ngeri
kononnya mengancam  keselamatan negara ini
media massa serba baculpula sanggup melacurkan diri
demi segelumit imbuhan yang meracuni naluri
Malangnya
pemimpin munafik yang perduakan Ilahi
mengisytiharkan perang terhadap rakyat
makin gerun dan takut pada bayangan sendiri
Maka mereka memenjarakan diri
dalam kubu rapuh
sarat dengan body guard,
samseng bertauliah dan mantera ilmu hitam
mengarahkan bangsat bawahan
melaksanakan tindakan songsang
yang berpaut pada syurga sesat

Sungai dan laut Balok bertukar merah, pendapatan penduduk terjejas...kapitalis makin kaya, pemimpin terus bermewah..!!!

Sungai dan laut Balok bertukar merah, pendapatan penduduk terjejasKUANTAN: Pertukaran warna air sungai dan Pantai Balok kepada warna oren kemerah-merahan yang mengganggu ekosistem mengakibatkan hasil lautnya merosot sejak tiga bulan lalu.

Situasi ini telah menyebabkan pendapatan 200 nelayan Kampung Balok terjejas.

Menurut Ketua Nelayan Kampong Balok, Raja Haris Raja Salim, ekosistem pantai berkenaan tergangu kerana pertukaran warna air tersebut.

Jelasnya, populasi ekosistem di laut itu telah beralih ke pantai lebih bersih selepas hujan lebat baru-baru ini.

Beliau juga berkata keadaan ini turut menyebabkan pendapatan purata nelayan hanya kira-kira 20 kilogram hasil laut untuk dijual berbanding 80 kilogram sebelum ini.

Lazimnya, nelayan di situ menangkap ikan, ketam, kepah dan lokan di Sungai Balok dan Pantai Balok sebagai sumber pendapatan mereka.

Namun bulan tiada pendapatan buat nelayan, Ali Mat.

“Dalam bulan ini tiada pendapatan langsung. Di laut merah, di darat pun merah, laut bahagian kapal pergi memancing berdekatan kapal itu merah juga,di sungai pun merah juga. Jadi tiada tempat sudah yang nak ditujui.”

2015 tahun 'gelap' bagi Pas?

TAHUN  2015 melakar sejarah hitam buat Pas apabila kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan DAP berakhir di tengah jalan susulan perbalahan antara dua parti pembangkang itu tidak dapat dibendung lagi.
Usul Dewan Ulama Pas itu diluluskan Muktamar Tahunan Pas ke-61 tanpa bahas pada Jun lalu mendapat sokongan sepenuhnya Majlis Syura Ulama (MSU) Pas selepas sebulan mempertimbangkan cadangan itu.
Tindakan DAP yang didakwa melakukan provokasi berterusan, membuat keputusan mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat termasuk campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat Pas antara alasan kukuh untuk menamatkan kerjasama itu.
Bukan setakat itu, kecaman DAP kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai pindaan kuasa Mahkamah Syariah di Kelantan turut memberi kesan kepada MSU dalam mempertimbangkan kerjasama itu sejak 2008 lagi.
Pas
Keadaan itu turut mengundang ketidakstabilan Pakatan Rakyat hingga terbubarnya gabungan pembangkang itu kerana pendirian Pas memutuskan hubungan dengan DAP sebaik sahaja Muktamar Tahunan Pas berakhir pada 6 Jun lalu.
Ia rentetan daripada tindakan DAP sendiri yang terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi pada 24 Mac lalu kerana didakwa 'tidak jujur' dalam kerjasama politik itu hingga menyebabkan Pakatan Rakyat terumbang-ambing.
Perjalanan politik Pas semakin rumit apabila golongan profesional yang mengimbangi kepimpinan parti Islam itu keluar beramai-ramai dan menubuhkan parti baharu.
Nama-nama seperti bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; bekas Naib Presiden, Salahuddin Ayub; bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat iaitu Khalid Abdul Samad, Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Siti Mariah Mahmud.
Mereka ini dikatakan pemimpin pro-Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi dikenali sebagai kumpulan Anwarinas meninggalkan parti Islam itu apabila gagal mempertahankan jawatan masing-masing dan menyertai NGO Gabungan Harapan Baru (GHB).
Belum pun 'luka' Pas sembuh, NGO itu menambahkan sengsara parti Islam itu apabila menyerang kepimpinan ulama yang kembali mendominasi hierarki teratas Pas selepas Muktamar Tahunan Ke-61, Jun lalu.
Kumpulan progresif itu yang pada awalnya dinamakan G18 itu hanya meninggalkan Pas selepas Parti Amanh Negara (Amanah) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Oktober lalu.
Sehingga kini Pas kehilangan 11 wakil rakyat apabila enam Ahli Parlimen dan lima lagi Adun mereka bertindak melompat parti.

Sepuluh daripada jumlah itu menganggotai Amanah manakala Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar memilih menyertai PKR sebagai platform politik baharunya.

SRC: Hari kritikal berakhir esok?

SRC: Hari kritikal berakhir esok?
Oleh Ahmed Qureshi 
60 hari lalu, The Malaysian Insider membawa tulisan saya di bawah tajuk "60 hari yang kritikal, doakan siasatan SRC selesai".
Berdasarkan perkembangan terbaharu, esok hari penantian kebanyakan daripada kita, malah pihak-pihak luar yang mengikuti politik Malaysia.
Awal minggu ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor mengumumkan pihaknya akan mengemukakan laporan kertas siasatan kepada Peguam Negara pada minggu ini.
Kenyataan media terbaharu, yang dibuat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah semalam menyebut SPRM juga menerima syor pihaknya supaya hasil siasatan dan syor dalam kertas siasatan dibentangkan kepada satu panel bebas khas 5 anggota sebelum dibawa kepada Peguam Negara selaku Pendakwa Raya.
Nampaknya minat dan tumpuan kita di hari-hari terakhir tahun 2015 beralih kepada SPRM, Peguam Negara dan laporan kertas siasatan.
Dilaporkan ini kali pertama SPRM mewujudkan panel bebas khas untuk meneliti syor dan pandangan yang disenaraikan dalam laporan kertas siasatan. Sesuatu yang menarik.
Syor Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah itu dibuat dalam Laporan Tahunannya yang diedarkan kepada ahli Parlimen pada 1 Disember, 2015.
Bermakna ahli Parlimen sudah mengetuai perkara itu. Mengikut syor itu, penemuan dan hasil siasatan kes-kes khas berprofil tinggi dibentangkan kepada satu panel bebas khas sebelum laporan siasatan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk keputusan muktamad.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Tan Sri Abu Zahar Ujang dipetik berkata: "Panel bebas khas ini akan melihat dengan teliti segala penemuan siasatan dan syor yang dibuat SPRM berkenaan dengan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion dalam kertas siasatan."
Jelas beliau, panel bebas khas ini akan memastikan cadangan yang dibuat dalam laporan siasatan adalah atas merit bukti yang dikutip SPRM. Selain itu, ia bertujuan untuk memastikan siasatan SPRM adalah telus.