Ahad, 27 Disember 2015

SEBELUM PILIHANRAYA KAMU RAYU KAMI... LEPAS PILIHANRAYA KAMU TINDAS KAMI...

DAH MENGAKU SILAP silalah letak jawatan..
Jadilah PM yang ada maruah diri..

SUDAH 3 TAHUN BAGI PELUANG apa yg kamu dah buat & buktikan peluang yg dah diberi sebelum ini..

NAK BAGI PELUANG KIKIS DUIT RAKYAT SAMPAI KERING KA ???

Kertas siasatan SRC, RM2.6 bilion dikemuka minggu depan

SPRM meminta semua pihak yakini siasatan akan dibuat secara bebas, telus dan profesional.
najib_sprm_src_600PETALING JAYA: Kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas syarikat yang dikaitkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu SRC International Sdn Bhd, serta wang derma RM2.6 bilion akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu hadapan.
Kertas siasatan itu merekodkan syor berkenaan hasil siasatan iaitu samada terdapat kes atau pun sebaliknya.
“Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan Kertas Siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya.
“Pengurusan Tertinggi SPRM berpendirian perkara ini penting bagi memastikan semua pihak akan mengetahui yang SPRM telah mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas,” jelas Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diterima FMT, sebagai respon kepada tulisan blog bekas Ketua Pengarang News Strait Times Bhd, Datuk A. Kadir Jasin.
Kadir dalam muatnaiknya itu berkata reputsi SPRM akan terkubur sekiranya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed gagal menjalankan siasatan secara bebas, telus dan profesional.

Umno-Pas tidak berlebih-lebihan, 'gentleman' - Dr Mohamed Mustafa

SHAH ALAM - Pemimpin utama Umno dan Pas dilihat menunjukkan sikap 'gentlemen' apabila boleh mewujudkan persefahaman dalam rundingan awal kerjasama antara parti pemerintah dan pembangkang di negara ini.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, reaksi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awal memberi isyarat bahawa parti Islam itu tidak menolak mentah-mentah 'tali silaturrahim' yang dihulur.
"Kita lihat Pas memberikan respon yang positif untuk sekurang-kurangnya berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bersetuju melihat ruang untuk bekerjasama.
Umno Pas "Saya anggap pendirian Pas itu positif tetapi tidak berlebihan, masing-masing mahu menjalin persefahaman baharu di antara mereka, usaha untuk faedah orang Islam, Melayu dan agama Islam," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi pada Jumaat bahawa kesediaan Pas untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.
Abdul Hadi berkata, ia juga termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunah yang menjadi dasar yang tertinggi dalam undang-undang tubuh Pas.
Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, kerjasama itu sebenarnya sudah bermula sejak tragedi banjir besar yang melanda negeri di pantai timur khususnya Kelantan.
"Kerjasama itu sudah bermula pada waktu itu, dan kita lihat kerajaan negeri dan kerajaan pusat berganding bahu mengetepikan perbezaan politik berusaha mengatasi masalah rakyat.
"Dari situ, saya lihat sentimen politik sudah mula kendur apabila Umno tidak bertanding dalam satu pilihan raya di Kelantan kerana Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," jelasnya.

Nasihat Pas beri Umno peluang berubah kata menantu Hadi

SHAH ALAM - Kesediaan Pas menjadi penasihat kepada kerajaan Umno dan BN tidak terhad kepada institusi kepimpinan semata-mata bahkan teguran itu dibuat demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu termasuk ahli parti hingga akar umbi.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Zaharuddin Muhammad berkata, konsep nasihat yang dihasratkan Pas bukan untuk menjatuhkan Umno dan BN setiap masa, sebaliknya memberi peluang kepada parti Melayu itu untuk berubah.
Zaharuddin Muhammad “Ada masa nasihat, justeru tiada ruang jatuhkan Umno-BN pada masa sekarang kerana tiada pilihan raya. Kalau Umno boleh berubah..Alhamdulillah.
“Kalau tak berubah, maka pilihan raya nanti lawan tetap lawan kerana waktu itu adalah waktu sebaiknya mengubah kerajaan dalam konteks demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu berkata, kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.
Katanya, ia juga termaktub di dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar yang tertinggi dalam undang-undang tubuh Pas.
Dengan memetik surah al-Asr, beliau berkata surah itu menegaskan tentang konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas termasuk terhadap musuh yang paling zalim.

Jawapan kepada soalan Dr Agus

Oleh Aiman Athirah Al Jundi


Prof Agus,

Izinkan saya menjawab dengan lidah yang fasih akan pertanyaan Prof lewat penulisan Prof hari ini.

Iyya, AMANAH adalah alternatif kepada Pas. AMANAH adalah sebuah Parti Islam yang lebih inklusif dan sejujurnya berusaha menterjemahkan Islam Rahmat Untuk Semua. Bukan hanya ibarat menanam tebu di tepi bibir.

Dan...iyya...AMANAH  juga punya "produk baru" yang  ditawarkan untuk rakyat, khususnya selepas ada yang sedang terancang mengkhianati kepercayaan dan pengharapan rakyat. Sekaligus memandang rendah kepada kedzaliman regim yang sedang bermaharajalela.

AMANAH adalah kesinambungan perjuangan kami semua yang konsistan menggerakkan Kebangkitan Rakyat untuk menumbangkan kedzaliman regim umno barisan nasional.

AMANAH adalah sebuah perjuangan yang digalas dan didokong oleh setiap sosok pemimpin dan aktivis rakyat yang tidak pernah kenal apa itu jemu, letih, putus asa dan mengalah.

PAS tak ada jalan lain, eloklah bersama UMNO : PASMA

Oleh : MOHD HILMI MOHD ALI

"PAS saya lihat sudah pergi terlalu jauh dalam konteks kerjasama dengan UMNO dan saya berpendapat PAS tidak ada pilihan lain dan mereka saya yakin akan teruskan kerjasama itu".

"Kenyataan kepimpinan PAS juga masing-masing agak berbeza antara pimpinan-pimpinan mereka. Ada yang dilihat setuju dan ada yang tidak setuju namun pimpinan tertinggi PAS nampaknya bersetuju, jadi eloklah diteruskan”.

Itu kata Presiden PASMA, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi kepada BNBBC.my. mengulas kerjasama PAS dan UMNO yang dilihat semakin rancak selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Kuala Lumpur. 17 Disember lalu.

Menurutnya, adalah lebih molek PAS meneruskan kerjasama mereka bersama parti UMNO kerana PAS kini dilihat tidak mempunyai jalan lain ekoran permusuhan dengan DAP dan yang terbaru, ketegangan dengan PKR.

najib n hadiMengakui kerjasama PAS dan UMNO bukanlah sesuatu yang asing, Ir. Phahrolrazi memaklumkan bahawa kedua parti itu telah bekerjasama sejak 2008 lagi.

Bezanya dahulu kerjasama dilakukan secara rahsia melalui beberapa pertemuan sulit, namun kali ini kerjasama PAS bersama UMNO lebih terbuka tanpa selindung.

“Kepimpinan PAS sebelum ini pernah ada kerjasama dengan UMNO, cuma tidak diistiharkan.

“Seperti sebelum ini kerjasama kerajaan Kelantan dan kerajaan Persekutuan (G2G), perjumpaan secara sulit juga pernah berlangsung melibatkan kerajaan Perak dan Selangor,” katanya.

Bagaimanapun PASMA katanya, lebih senang jika PAS meneruskan hasrat mereka untuk bekerjasama dengan UMNO selepas enggan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH di bawah Pakatan Harapan.

PAS kuda tunggangan perompak no 1

SHAH ALAM – Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi disarankan mengguna pakai pendekatan politik berhikmah berbanding mengikut jejak ‘orang-orang tua’ dalam politik yang gemar berbalah antara satu sama lain.

Naib Ketua (Politik) Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata sikap yang ditunjukkan anak kepada Presiden Pas itu hanyalah tindakan ke belakang sekaligus menjauhkan anak-anak muda dari politik.

“Apa perasan Khalil jika ada orang menuduh Pas sebagai 'keldai tunggangan' perompak nombor satu rakyat Malaysia? Apa pula perasaan Khalil jika orang menuduh Pas bersekongkol dengan manusia yang sepatutnya didakwa bawah hudud kerana merompak wang rakyat dalam terang?

“Jangan ditambah lagi jarak (politik) dan prejudis tersebut dengan meneruskan kaedah dan cara berpolitik seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Khalil hari ini yang menuduh Amanah terikat dengan DAP dan parti serpihan Pas itu hanya akan mendengar dan mengikut telunjuk DAP.

Khalil juga berkata jika Pas dan Amanah perlu bekerjasama, pihaknya akan meneliti hasrat tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Kerjasama Umno-PAS dapat restu PAS Pusat, kata Mohd Amar

Menyangkal dakwaan bahawa kerjasama dengan Umno adalah pendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berseorangan, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tampil menegaskan hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua parti itu mendapat restu daripada pucuk kepemimpinan PAS Pusat.
Beliau berkata, hubungan berkenaan bagaimanapun bukan melibatkan kerjasama politik sebaliknya demi kepentingan Islam dan rakyat sambil mengakui PAS boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun.
“Hubungan baik Abdul Hadi dengan Najib juga sudah dibincang pada peringkat PAS Pusat dan lajnah politik (PAS) dan ia bukan keputusan Presiden (Abdul Hadi) seorang, ia adalah keputusan parti.
“Usaha Perdana Menteri menghulur tali silaturahim untuk mengajak PAS sama-sama membina dan membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya amat baik dan dialu-alukan dan kita setuju serta boleh bekerjasama dalam memartabatkan Islam,” ujarnya dipetik daripada wawancara dalam akhbar Berita Harian hari ini.
Ditanya tentang penolakan PAS untuk bekerjasama dari segi politik atau bergabung dengan Umno, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, partinya melalui banyak pengalaman pahit yang sukar dilupakan sepanjang tempoh PAS menjadi parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
“Setakat ini, perkara untuk kerjasama politik atau bergabung dengan Umno tidak pernah dibincang oleh pucuk kepemimpinan parti, malah tidak mungkin akan terjadi. Perkara itu adalah ‘out of question’.
“Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dulu pun bersikap terbuka dalam mengadakan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat dalam perkara yang menyentuh kepentingan Islam.
“Jadi, tak ada beza kerjasama yang dijalankan oleh pucuk pimpinan PAS sekarang, yang Tok Guru (Nik Aziz) menentang dahulu kalau kita nak masuk Umno dan bergabung dalam BN. Perkara itu juga tidak ada dalam perancangan dan fikiran pucuk pimpinan sekarang,” ujarnya lagi dipetik dari wawancara hampir semuka penuh itu.

Abdul Hadi pemimpin parti Islam tetapi tekankan Melayu, bidas Mohamed Hanipa


Pengerusi Kanun Amanah, Mohamed Hanipa Maidin.Pengerusi Kanun Amanah, Mohamed Hanipa Maidin.Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoal kewajaran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin parti Islam tetapi memberi banyak penekanan kepada Melayu dalam isu berhubung kepimpinan negara.
Pengerusi Kanun Amanah, Mohamed Hanipa Maidin merujuk kenyataan Hadi dalam satu laporan berita di harakahdaily.net bertajuk "Mesti Islam Ketua Kerajaan” yang antara lain menyebut, “dalam Malaysia, majoriti rakyat adalah orang Melayu Islam, mesti terima hakikat, Melayu Islam memimpin negara sama ada cara Umno atau cara PAS, itu bab lain."
Hanipa yang juga peguam itu berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan syarat bahawa individu beragama Islam memimpin negara sebaliknya mesti mendapat sokongan dan keyakinan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
“Jadi mengapa hanya hadkan realiti tersebut tanpa mengira realiti lain yang juga tak kurang pentingnya? Kenapakah TGHH sebagai Presiden parti Islam, bercakap tentang pemimpin Melayu /Islam dan tidak hanya pemimpin Islam?
“Bukankah Islam tidak pandang kepada bangsa? Adakah Melayu Islam yang korup akan diutamakan daripada Cina Islam atau India Islam atau Kadazan Islam yang bertaqwa. Kalau ya, minta maaf, saya ada masalah nak terima Islam versi tersebut. Adakah ini asabiyyah baru iaitu assabiyyah Islam?”
“Tok Guru kata ‘PAS mahu Malaysia diperintah oleh orang Islam’. Ok, itu satu permintaan yang wajar dan munasabah. Tapi kenapa diletak syarat pula mesti Melayu/Islam. Yang ini, bagi saya, tak wajar dan nampak asing daripada ajaran Islam?” tegas bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.
Rakyat sudah beri PAS peluang
Turut menafikan dakwaan Hadi dalam laporan berita itu seolah-olah rakyat tidak pernah memberi peluang kepada PAS untuk memerintah, Hanipa berkata, hal tersebut telah dibuktikan di Kelantan termasuk hanya bertahan satu penggal pentadbiran di Terengganu dan Kedah.

“Kalau pemerintahan PAS ‘superb’ sudah tentu rakyat tak akan tolak hanya satu term sahaja? Mungkin di Kelantan PAS dah perintah agak lama, mungkin ada banyak yang Kelantan dah buat, yang baik, namun adakah PAS berani kata kerajaan Kelantan adalah model terbaik kerajaan Islam?

“Mungkin Tok Guru Nik Aziz boleh dibanggakan dari banyak sudut, tapi bagaimanakah kerajaan Kelantan secara keseluruhan?” soal Ahli Parlimen Sepang itu.

Walau bagaimanapun, menganggap kenyataan Hadi berkenaan mungkin bermaksud memberi peluang untuk PAS menguasai Putrajaya, Hanipa dilihat secara sinis membandingkan prestasi PAS sebelum ini dalam memerintah kerajaan negeri.
“Mungkin TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) merujuk kepada kerajaan Pusat iaitu beri peluang PAS perintah kerajaan Pusat dulu dan rakyat akan lihat bagaimana? Kalau itu hujahnya, rakyat akan cakap beri peluang perintah di negeri pun dah kelam kabut, macam mana kami nak percaya dan beri peluang perintah di pusat?” ujarnya.

Tindakan Hadi boleh cetus risiko besar - Dr Dzulkefly

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak melupakan peranan Pas sebagai parti pembangkang yang sentiasa amalkan prinsip ‘tadafuk’ atau semak imbang terhadap segala dasar dan tindakan kerajaan serta mempertahankan maqasid syariah di negara ini.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, prinsip semak dan imbang itu dalam gagasan politik bukan sesuatu yang harus, tetapi tuntutan dalam Islam.
Dr Dzulkefly Ahmad “Ketika dia mengambil pendekatan (menasihatkan) ini, dia sebenarnya sudah mengeluarkan Pas daripada peranannya sebagai sebuah parti politik Islam yang memenuhi tuntutan ALLAH.
“Bila Pas dan Umno bekerjasama, dia akan meninggalkan satu impak yang besar kepada gagasan politik Malaysia, kita perlukan dua sistem parti, bukan sebuah Melayu Islam Nasionalisme yang kuat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi kelmarin mengenai kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.
Dengan memetik surah al-Asr, Abdul Hadi berkata, surah itu menegaskan tentang konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas, termasuk terhadap musuh yang paling zalim.
Mengulas lanjut, Dzulkefly bagaimanapun berkata, tindakan Abdul Hadi membahayakan politik negara dan Islam kerana kedudukan Pas hanya sebagai parti politik pembangkang dan bukan berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan.

Mejar Zaidi sertai Amanah selepas PAS cenderung pada Umno

Bekas mejar tentera udara Zaidi Ahmad yang kehilangan pencen kerana bersuara berkenaan isu dakwat kekal sewaktu dalam perkhidmatan, meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Bekas mejar tentera udara Zaidi Ahmad yang kehilangan pencen kerana bersuara berkenaan isu dakwat kekal sewaktu dalam perkhidmatan, meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). Selepas beberapa bulan menyertai PAS, bekas mejar tentera udara Zaidi Ahmad yang kehilangan pencen kerana bersuara berkenaan isu dakwat kekal sewaktu dalam perkhidmatan, meninggalkan parti Islam tersebut dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Bekas juruterbang pesawat pejuang itu berkata keputusan tersebut dibuat kerana "PAS cenderung terhadap Umno dan tidak bersama parti pembangkang lain".
Beliau pada asalnya menyertai Gerakan Harapan Baru – gerakan pra penubuhan Amanah yang dilancarkan pada September lalu.

Katanya, penyertaan dalam Amanah berlaku kerana PAS tidak melakukan perkara yang perlu dilakukan sebagai parti pembangkang sedangkan beliau sebelum ini menyertai PAS "kerana ia menegakkan Islam". "Saya rasakan PAS cenderung kepada Umno. Ia bukan perkara yang sepatutnya dilakukan parti pembangkang.
"Semua parti dalam pembangkang sepatutnya bersatu menentang Umno. Itu peraturannya. Tapi PAS melakukan sebaliknya...dan ia juga meninggalkan Pakatan Rakyat," katanya.
Pakatan pembangkang bubar selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP akibat perselisihan isu hukum hudud setahun setengah lalu.
Hala tuju parti Islam itu yang kini dipimpin golongan ulama turut menyebabkan pemimpin dari kumpulan progresifnya keluar parti dan menubuhkan Amanah.
Ia termasuk Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, peguam yang mewakili Zaidi di mahkamah tentera.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghulurkan salam persahabatan kepada PAS dan mencadangkan kerjasama di antara 2 parti itu.
Najib yang juga presiden Umno serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika itu berada sepentas di Multaqa Serantau Alumni Universiti Al-Azhar di Kuala Lumpur, minggu lalu.
Pada acara tersebut, Najib mengulangi jemputannya kepada PAS agar kedua-dua parti itu bekerjasama, selepas pertama kali menghulurkan salam silaturahim pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu.
Menilai situasi itu, Zaidi yang kini merupakan pengarah komunikasi Amanah Kepala Batas berpendapat, Umno kini mencari talian hayat kerana kepimpinannya menghadapi cabaran.
Katanya, Amanah bersama Pakatan Harapan kini berada pada landasan yang betul.

Kami tak boleh dedah penyumbang RM2.6b Najib, kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa ia terikat dengan undang-undang untuk tidak mendedahkan nama penderma yang menyumbangkan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Operasi Khas, SPRM Datuk Bahri Mohd Zin berkata suruhanjaya anti-rasuah itu dihalang oleh Akta SPRM 2009 daripada mendedahkan butiran siasatannya, sehingga kes dibawa ke mahkamah.
“SPRM tiada masalah untuk mendedahkan butiran siasatan andainya ia tidak bercanggah dengan undang-undang.
“Bagaimanapun peruntukan yang sedia ada tidak membenarkan SPRM berbuat demikian,” katanya.
Bahri berkata demikian ketika mengulas gesaan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menuntut SPRM untuk mendedahkan identiti penderma berkenaan.
“Sebagai penggubal undang-undang, diharap Rafizi memahami kekangan ini dan
mengesyorkan pindaan yang sewajarnya bagi membolehkan SPRM mendedahkan hasil siasatan kes-kes yang disiasat secara terperinci kepada umum,” katanya.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dikendalikan dengan bebas, telus dan profesional.

Siasatan SPRM ke atas SRC, RM2.6b Najib siap minggu depan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan hasil siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada minggu depan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Operasi Khas, SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin juga memberi jaminan bahawa kedua-dua siasatan itu akan dilakukan secara bebas, telus, dan profesional.
“Saya selaku Pengarah Bahagian Operasi Khas, ingin memaklumkan yang pasukan siasatan kes ini telah diberi panduan dan amanat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bahawa pasukan siasatan mesti merekodkan syor berkenaan hasil siasatan dengan bebas iaitu sama ada terdapat kes ataupun sebaliknya.
“Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan Kertas Siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya.
“Pengurusan Tertinggi SPRM berpendirian perkara ini penting bagi memastikan semua pihak akan mengetahui yang SPRM telah mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas,” katanya.
Bahri berkata demikian ketika mengulas laporan beberapa portal dan akhbar yang memetik karya Datuk A Kadir Jasin yang mempertikaikan siasatan SPRM itu mungkin satu muslihat.
Isu RM2.6 bilion pertama kali timbul pada Julai lalu apabila The Wall Street Journal melaporkan bahawa wang berkenaan disalurkan ke akaun bank peribadi Najib ketika pilihan raya umum ke-13.
Turut disalurkan dalam akaun Najib mengikut laporan itu adalah dana RM42 juta yang didakwa dari SRC International. Najib sebelum ini, menafikan sebarang salah laku.

SPRM sekali lagi nafi ada campur tangan kes SRC, RM2.6 bilion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menafikan sebarang campur tangan dalam siasatannya terhadap SRC International Sdn Bhd dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, pasukan penyiasat kes itu diberi panduan dan amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed sendiri yang ia mesti merekodkan syor berkenaan hasil siasatan itu dengan bebas, sama ada terdapat kes ataupun sebaliknya.
"Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami mencadangkan pertuduhan dalam laporan kertas siasatan yang akan dikemukakan kepada peguam negara minggu depan.

"Begitu juga sebaliknya," kata Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dalam satu kenyataan hari ini. "Pengurusan tertinggi SPRM berpendirian, perkara ini penting bagi memastikan semua pihak mengetahui yang SPRM mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas," katanya.
Bahri berkata demikian mengulas kenyataan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin yang bimbang penyataan Abu Kassim mengenai kebebasan agensi anti rasuah itu sebenarnya bertujuan melindungi Najib.
Kadir berkata, dengan menegaskan SPRM ialah sebuah badan yang berwibawa, orang ramai mungkin selepas ini terpaksa menerima hasil siasatannya yang memihak kepada perdana menteri.

MENGAPA MASIH ADA LAGI nak sokong & undi mereka YANG MENIPU RAKYAT ??.




KERAjaan kutip ‪#GST‬ RM116.7 juta sehari. 1MDB bayar bunga hutang shj dah RM7.4 juta sehari.


KENAPA JAKIM yg di bawah Jabatan Perdana Menteri Najib Razak perlukan bajet sehingga RM1 bilion ??


MENGHAYATI ANTARA CEBISAN SEJARAH DUNIA

Presiden Tunisia, Zine El Abidin Ali tersungkur oleh revolusi rakyat.  Bersamanya ialah wanita pertama Tunisia, Laila Trabelsi yang melarikan diri ke luar negeri.  

Gaya hidup dia yang gila-gila mewahnya, sedangkan rakyat umumnya dalam kancah kemiskinan adalah antara faktor tumbangnya Presiden tersebut.

Emelda Marcos atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Trinidad Romualdez menjadi wanita pertama Filipina mulai 30 Disember 1965 sehingga 25 Februari 1986.  

Isteri kepada Presiden Ferdinand Marcos itu terkenal sebagai seorang yang suka mencampuri urusan negara sewaktu suaminya menjadi Presiden. Bayangkan sewaktu menjadi isteri Presiden, dia juga adalah seorang ahli Parlimen bagi kawasan IV-A Filipina (12 Jun 1978 hingga 25 Februari 1986), Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary (1978–1986) dan Menteri Pembinaan Insan (1978-1986).  

Sebagai wanita pertama dia sudah memiliki segalanya, termasuk seorang Presiden di dalam genggamannya. Apa lagi yang diperlukannya dengan memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan?

Dia sangat mewah berbelanja menggunakan wang kerajaan. Misalnya membeli belah di New York, Rome dan Copenhagen pada 1983 dengan RM5 juta dollar. Membeli hartanah di Manhattan, antaranya Crown Building 51 juta dollar dan Herald Centre bernilai 60 juta dollar. Nafsunya untuk membeli koleksi barangan mewah tidak dapat ditahan, dia akan berbelanja besar setiap kali ke luar negeri. 

Setiap kritikan rakyat terhadap tingkah lakunya dijawab dengan selamba bahawa, itu adalah tugasnya untuk memberi cabaran positif atau memotivasi golongan miskin. 

Iyalah, mungkin golongan miskin akan lebih teruja berusaha menjadi kaya dengan melihat kemewahannya.  Selepas kejatuhannya, dia menjadi bualan dengan pendedahan koleksi kasut mewahnya sebanyak 2,700 pasang tersimpan rapi di istana tinggalannya.
Seorang lagi wanita pertama yang suka menyibuk mencampuri urusan kerajaan pimpinan suaminya ialah Elena Ceausescu, isteri diktator Rumania Nikolai Ceausescu. 

Sewaktu suaminya sedang menakah karier politik, dia juga tidak ketinggalan membina karier politiknya sendiri. Bermula 1972, dia memegang pelbagai jawatan penting dalam Parti Komunis Romania. 

'Saya bukan budak suruhan Tun Mahathir' - Khairuddin Abu Hassan

SHAH ALAM – Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan beliau sering dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga ada yang menuduhnya orang suruhan kepada tokoh pemimpin itu.
Menurutnya, beliau telah menegaskan sebelum ini bahawa beliau tidak pernah merancang ataupun berbincang dengan Mahathir untuk menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Khairuddin Abu Hassan “Sebenarnya saya sudah kata beberapa kali bahawa nasib saya ini kurang baik. Saya tak tahu kenapa, apabila orang tengok muka saya sahaja, orang akan kaitkan saya dengan Tun Mahathir. Saya bukan budak suruhan Tun Mahathir dan beliau tidak pernah suruh pun saya buat perkara-perkara ini.
“Saya selaku Naib Ketua Umno Batu Kawan, selaku pemimpin Umno akar umbi, apabila saya mengesyaki ada unsur jenayah atau penyelewengan berlaku, atas dasar prinsip saya sendiri, saya ambil tindakan ini,” katanya kepada Sinar Online.
Malah beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau mengadakan pertemuan dengan Mahathir sebelum membuat laporan polis berkait itu 1MDB bagi mendapatkan restu.
“Kalaulah saya ini budak suruhan Tun Mahathir... pada tahun 1998, saya adalah orang yang menerbitkan buku ‘50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’ dan pada tahun itu, persepsi yang sama wujud. Orang kata, kononnya Tun Mahathir upah saya, suruh saya terbitkan buku ini untuk menjatuhkan Anwar (bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim). Ini tidak betul.
“Kalau anda mengikuti ceramah-ceramah saya di seluruh tanah air, apabila saya bercakap tentang isu Anwar khususnya pada tahun 1998, saya selalu kata, orang yang harus dipersalahkan dalam isu Anwar ini adalah Tun Mahathir kerana 1997-1998 beliau cukup sayangkan Anwar. Apa kita cakap tentang Anwar dia tak mahu percaya. Sebab Tun Mahathir tak mahu percaya, atas dasar inilah saya terbitkan buku itu. Bukan disuruh Tun Mahathir,” katanya.
Malah katanya, jika benar dakwaan bahawa beliau orang suruhan Mahathir, selepas Anwar dipenjara, pastinya beliau sudah dilantik sebagai menteri Kabinet.
“Ataupun paling tidak dilantik untuk menduduki syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC. Tetapi seumur hidup saya, saya tidak pernah dianugerahkan sebarang kontrak kerajaan dan tidak pernah menjawat jawatan kerajaan.
“Cuma saya akui bahawa saya penyokong kuat Tun Mahathir. Saya rela mati di atas perjuangan untuk Tun Mahathir kerana saya tahu wadah perjuangan beliau cukup jujur, ikhlas. Dalam hidup beliau yang penting adalah bangsa, agama dan negaranya,” katanya yang menyifatkan Tun Mahathir tidak memerlukan beliau pemimpin kerdil untuk melawan sesiapa sahaja.

3 cabaran genting 2016, kita mahu jadi tembok atau jambatan?

Dr Wong Chin Huat

Kebarangkalian besar, 3 arus (trend) yang memudaratkan di 2015 akan diteruskan dalam 2016: penganiayaan ke atas pengkritik pemerintah, kekacauan ala Low Yat/Kota Raya, dan pengasingan berasaskan agama.
Manusia suka mendengar berita atau cerita baik. Itu sebabnya kita mengucapkan “selamat pagi”, “selamat tahun baru” dan sebagainya yang menggambarkan harapan dan aspirasi kita.
Kalau ikut fikiran itu, maka kolum minggu ini harus memaparkan cerita baik untuk 2016 seperti pendidikan Malaysia akan terus bertaraf terunggul di dunia, masa depan ekonomi Malaysia cerah sekali, 1Malaysia sudah berjaya direalisasikan ataupun Wawasan 2020 akan tercapai 4 dahulu lebih awal.

Tetapi saya bukan tukang cerita dongeng (fairy tales) dan mitos, dan sebaliknya seorang ahli sains politik. Saya imbas kembali 2015 dan melihat 3 arus yang cukup membimbangkan. Arus pertama yang membimbangkan ialah penganiyaan politik ke atas pengkritik pemerintah.
Kita sudahpun tidak dapat mengingati bilangan wakil rakyat yang  didakwa kerana melaksanakan hak mereka untuk bersuara atau berhimpun di bawah Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Itu tidak termasuk lagi dengan jumlah aktivis dan rakyat jelata yang turut didakwa kerana membantah tingkahlaku pemerintah.
Untuk mencipta suasana menakutkan untuk semua supaya tidak berani bersuara, maka bukan saja pengkritik pemerintah didakwa, malah pensyarah, pemikir, penterjamah, penerbit, pengurus kedai buku turut dibawa ke mahkamah atas nama melindungi raja dan agama.
Seolah-olah kuasa pemerintah tidak cukup untuk menekan suara rakyat, Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bercontohkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada tahun 1969-1971 akan ditubuhkan tak lama lagi. Rang undang-undangnya  diluluskan  ahli parlimen BN di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa mempertimbangkan dan membicarakan kemudaratannya.
Terdiri daripada perdana menteri, timbalan perdana menteri, 3 orang menteri kanan dan ketua 3 angkatan negara – birokrat, tentera dan polis, MKN akan mengambilalih kuasa kabinet sebagai “pihak berkuasa pusat bagi kerajaan” dalam perihal keselamatan negara yang merangkumi isu politik seperti kedaulatan, integriti wilayah, kestablilan sosio-politik dan perpaduan negara.
Berbeza daripada Mageran yang merupakan pengganti kabinet sementara apabila negara berada di bawah darurat, MKN boleh bila-bila masa mengenakan pemerintahan darurat di wilayah yang diisytiharkan sebagai “kawasan keselamatan”.
Pengarah operasi yang mengetuai “kawasan keselamatan” boleh memberi arahan kepada semua “entiti kerajaan” yang mengikut definisinya merangkumi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ini bermaksud dalam senario terburuk, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin tidak dapat disempurnakan dan Najib akan terus berkuasa sekiranya sebelum keputusan penuh diumumkan, negeri kubu kuat diisytiharkan sebagai “kawasan keselamatan”.
Lebih daripada membisukan pengkritik pemerintah dengan dakwaan di bawah undang-undang zalim seperti Sosma dan Pota, MKN boleh digunakan untuk memastikan kritikan kepada pemerintah tidak berkesan bagi menekan penukaran pemerintahan atau memaksa pemerintah mengubah dasar atau tingkahlakunya.
Arus kedua yang membimbangkan ialah kekacauan sepertimana yang berlaku di Plaza Low Yat pada 22 Julai dan di Kompleks Kota Raya pada 20 Disember.
Dalam kedua-dua kes ini, tuduhan dibuat  berlakunya penipuan terhadap pengguna kaum Melayu dilakukan  penjual kaum Cina dalam pembelian telefon bimbit. (Dalam kes Low Yat, pengguna yang kononnya tertipu itu sebenarnya suspek pencuri telefon bimbit).
Secara prinsipnya, semua penipuan dalam jualbeli harus dihukum untuk menegakkan keadilan, tanpa mengira kaum atau agama si penipu dan si mangsa.
Jika memang berlaku penipuan sistematik antara penjual telefon di Plaza Low Yat dan Kompleks Kota Raya, maka laporan seharusnya dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan KPDNKK harus mengambil tindakan serta-merta.
Penyiasatan dan tindakan sewajarnya harus diambil sekalipun jika yang menipu pengguna kaum Melayu ialah penjual kaum Melayu, ataupun jika yang ditipu  penjual kaum Cina ialah pengguna kaum Cina.
Kalau memang berlaku penipuan, maka penjual yang salah harus didakwa di mahkamah atau dikenakan hukuman eksekutif. Sebaliknya, kalau tiada bukti  berlaku penipuan, maka tuduhan tersebut juga harus disangkal  pihak berkuasa untuk mengelakkan anasir jahat menangguk di air keruh.
Unsur kaum tidak harus dan tidak mungkin ditimbulkan sama sekali jika pihak berkuasa berfungsi sewajarnya.
Akan tetapi, dalam kedua-dua peristiwa ini, kita tidak baca mengenai tindakan KPDNKK untuk menyiasat atau menyangkal tuduuhan.
Sebaliknya, 2 respons berbau perkauman berlaku.
Pertama, keganasan atau amok ke atas kedai dan penjual yang dituduh menipu mereka yang ingin “memperjuangkan maruah orang Melayu”.
Yang menariknya, polis juga tidak bertindak serta-merta bagi mengelakkan kekacauan daripada berlaku.
Dalam kes Plaza Low Yat, kemarahan mereka yang menyebelahi “pengguna Melayu” dibiarkan membara selama 5 jam daripada pukul 7 malam sampai berlakunya rusuhan selepas larut malam sungguhpun Ibu Pejabat Kontigen Polis Kuala Lumpur cuma 7 minit jaraknya daripada tempat kejadian. Ali Tinju yang asalnya didakwa menghasut akhirnya digugurkan kesnya  dengan Jabatan Peguam Negara memberikan alasan kurang bukti.
Dalam kes Kompleks Kota Raya, juga tidak nampak peningkatan anggota polis yang meronda di situ sungguhpun Ali Tinju cuba membuat demonstrasi berunsur ugutan 2 kali sebelum kekacauan tercetus.

Menanti ‘kegelapan’ 2016

Tinggal beberapa hari lagi 2015 akan berakhir. Terlalu banyak peristiwa besar berlaku dalam tahun ini yang tidak mungkin kita akan lupakan.
Tambahan pula kerana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan kita.
Kedatangan tahun baru turut membawa “harapan” baharu kepada kita. Kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik berlaku pada 2016, terutamanya kepada kehidupan kita.

Tetapi yang nyatanya, kedatangan tahun baru tidaklah begitu menggembirakan memandangkan kos kehidupan pada hari ini meningkat dengan mendadak akibat pengurangan subsidi bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan berlaku secara serentak. Jika tidak percaya, pergilah pasar dengan membawa RM100. Lihatlah apa yang dapat anda bawa pulang dengan jumlah wang sebanyak itu. Kemudian, bandingkan apa yang boleh dibeli dengan jumlah sama 3 bulan lalu.
Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak bersekolah tidak kurang hebatnya. Apatah lagi jika mempunyai lebih daripada seorang anak bersekolah.
Hari ini semua harga barangan keperluan sekolah meningkat. Harga baju sekolah, beg sekolah dan buku semuanya meningkat.
Bagi yang tinggal di kota besar seperti di Kuala Lumpur lebih malang lagi.
Harga pengangkutan awam turut meningkat. Untuk memandu kenderaan sendiri harga petrol tidak menentu, harga tol juga semakin mahal.
Belum dikira harga untuk parkir kenderaan. Selain mahal, di Kuala Lumpur ini, selalunya sekalipun anda mempunyai wang untuk membayar sewa parkir, belum tentu ruang mencukupi!
Jika kenderaan diletakkan di tempat yang salah, sekelip mata saja saman polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sampai.
Jika nasib anda malang, kenderaan anda akan ditarik penguatkuasa tempatan. Jadi apa pilihan yang kita ada?
Hidup makin perit
Mahu menggunakan basikal jalan raya kita tidak begitu “mesra” penunggang basikal. Nak berjalan kaki cuaca kita tidaklah dingin seperti di negara 4 musim.
Kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semakin terasa. Apa saja perbelanjaan kita pada hari ini semuanya GST, GST, GST, walaupun sebelum Putrajaya melaksanakan cukai baharu itu pada April, bapak menteri berjanji banyak harga barang dan keperluan akan turun.
Kita dikejutkan baru-baru ini dengan laporan media tentang 16 sekeluarga yang terpaksa tidur bergilir di sebuah rumah flat satu bilik di tengah bandar Kuala Lumpur.
Dengan berbekalkan pendapatan hasil perniagaan tanpa lesen di Dataran Merdeka, keluarga Melayu-Islam ini meneruskan kehidupan di kota yang penuh pancaroba ini.
Pada hari sama media melaporkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) mengakui mempunyai “simulator golf” seperti didedahkan Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) tidak berapa lama dulu walaupun menafikan membelinya menggunakan hasil sumbangan orang ramai.

Sultan Johor mengaku terkejut wanita bertudung guna vape

Baginda bertegas untuk mengharamkan penjualan vape di negeri itu kerana kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan
Sultan-Ibrahim_vape_johor_600
PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengaku baginda terkejut dan kurang senang melihat perbuatan wanita bertudung dan kanak-kanak yang menggunakan vape.
Menyedari budaya vape sebagai permulaan kepada satu bencana, baginda perlu berbuat sesuatu dan selepas membuat kajian, baginda membuat keputusan supaya penjualan vape diharamkan di negeri itu berkuatkuasa 1 Januari 2016.
“Saya bosan dengan karenah jabatan kerajaan peringkat negeri dan Persekutuan yang tidak boleh membuat keputusan tentang apa yang patut mereka lakukan.
“Mereka melengah-lengah manakala sesetengah ahli politik membuat kenyataan bodoh bahawa jika vape diharamkan, kerajaan akan hilang undi dan kepentingan usahawan Bumiputera akan terjejas.
“Saya tahu apa yang terbaik dan bertegas dengan keputusan untuk menghentikan penjualan vape bermula 1 Januari tahun depan, Mereka yang menentang pula hanya mengambil kira sudut perniagaan, Adakah anda tidak peduli kesihatan rakyat?
“Ada juga yang menentang termasuk ‘pelawak berbaju merah’ yang tidak tahu apa-apa tetapi memberi komen,” titah baginda dalam temubual eksklusif bersama akhbar The Star.
Baginda bertitah, apa yang ditakutinya telah menjadi kenyataan apabila polis menahan peniaga yang menjual ‘vape ganja’ (cecair vape berperisa ganja) dan ada sindiket yang menjalankan perniagaan menggunakan internet.
“Apa akan terjadi jika Johor membenarkan penjualan secara terbuka di pusat beli belah, kedai-kedai dan pasar malam?
Sultan Ibrahim mendedahkan baginda menerima banyak emel dan surat daripada seluruh negara terutama ibu bapa yang menyokong keputusan baginda mengharamkan penjualan itu.
Katanya, banyak negeri telah mengikut keputusan kerajaan Johor malah Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan fatwa mengharamkan vape sama seperti shisha.
“Pada saya, pendidikan dan kesihatan rakyat tidak sepatutnya dipolitikan,” titah baginda.

Kerjasama Umno-PAS : Dua pemimpin sudah ada keserasian?


Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin Umno dan PAS, namun masih terlalu awal untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata usahasama dan perpaduan kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang menggalakkan dan ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai.
"Pada masa ini seperti mana yang saya pernah nyatakan dalam media massa yang lalu bahawa terlalu awal untuk saya mengatakan bahawa kerjasama ini dibuat secara formal melalui pendekatan ikatan politik secara berorganisasi.
"Saya melahirkan keyakinan bahawa ada keserasian sudah wujud dalam pemimpin Umno dan PAS walaupun ada kedengaran suara-suara yang menolak daripada PAS," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, malam semalam.
Katanya Umno mengamalkan sikap terbuka, namun parti itu perlu mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam BN dan menilai unsur kerjasama dari sudut penerimaan parti-parti komponen BN.
Ahmad Zahid turut menafikan beliau mengeluarkan kenyataan kononnya Majlis Syura Ulama PAS mahu supaya setiap anggota parti PAS akur dengan kerjasama Umno dan PAS.
"Seperti mana kenyataan awal saya menyatakan bahawa belum ada lagi sebarang kerjasama formal dibentuk antara Umno dan PAS termasuklah sebarang surat rasmi daripada Umno berhubung kerjasama dengan parti PAS.

Sultan Johor minta Jakim jelaskan bajet RM1 bilion

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bentang bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang. – Gambar fail Facebook, 27 Disember, 2015.Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bentang bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang.
Sebulan selepas seorang timbalan menteri berkata bajet yang diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mencukupi, Sultan Johor bertitah, baginda tidak faham mengapa agensi agama persekutuan itu perlu hampir RM1 bilion setahun. Dalam satu temubual eksklusif dengan akhbar The Star, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata baginda mahu Jakim menunjukkan kepadanya bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang.
"Beta ingin tahu jika benar, mengapa mereka perlu bajet RM1 bilion? Adakah ia termasuk peruntukan kepada semua negeri?

"Semasa persidangan Majlis Raja-Raja seterusnya, beta mahu mereka tunjukkan kepada beta pecahan perbelanjaan mereka. "Beta ingin tahu jika mereka ada membiayai sekolah agama di sini," pemerintah Johor itu dipetik sebagai berkata.
The Malaysian Insider melaporkan pada November, Jakim memperuntukkan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai tahun ini, dengan sebahagian besar daripadanya untuk aktiviti dasar, termasuk menangkis cubaan "kumpulan ajaran sesat" menyesatkan umat Islam di negara ini.
Dalam responsnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim memerlukan lebih daripada RM1 bilion bagi memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia dan memerangi mereka yang menentang kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata, peruntukan sebanyak itu bukan satu pembaziran.

Pemimpin Bermewah: Rakyat terpaksa buat 2 kerja untuk tampung kos sara hidup

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan menggalakkan rakyat melakukan 2 pekerjaan pada satu masa sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan menggalakkan rakyat melakukan 2 pekerjaan pada satu masa sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup. Seorang timbalan menteri berpendapat rakyat yang melakukan 2 pekerjaan pada satu masa tidak dianggap perkara luar biasa dan kerajaan menggalakkan usaha tersebut sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup.
Portal Astro Awani memetik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata pendekatan 2 pekerjaan itu juga dilakukan kebanyakan rakyat di luar negara.
"Saya rasa ia (2 pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga.

"Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat 'weekend' juga," katanya dilaporkan berkata. Pada masa sama, ketua penerangan Umno itu juga menyarankan rakyat memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi perniagaan atas talian atau online, yang dilihat sebagai alternatif kepada pekerjaan makan gaji.
Ahmad berkata, penjawat awam bebas dan tidak dihalang menjalankan perniagaan secara online, untuk menambah pendapatan.
Asalkan, katanya, tumpuan serta komitmen diberikan kepada pekerjaan sebenar supaya ia tidak menjejaskan prestasi kecemerlangan.
"Kerajaan melancarkan e-usahawan dan e-rezeki. Boleh lihat portal. Ia (2 pekerjaan) selaras dengan apa yang dibuat peringkat kerajaan," katanya.

Selepas berdekad bermusuhan, ahli PAS sedia kerjasama dengan Umno......

Ahli PAS sedia bekerjasama dengan Umno walaupun selepas berdekad wujud persengketaan antara mereka, ketika adanya usaha untuk memperbaiki hubungan antara 2 kuasa politik terbesar Malaysia itu. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Ahli PAS sedia bekerjasama dengan Umno walaupun selepas berdekad wujud persengketaan antara mereka, ketika adanya usaha untuk memperbaiki hubungan antara 2 kuasa politik terbesar Malaysia itu.
Ahli PAS bersedia bekerjasama dengan Umno walaupun selepas berdekad wujud persengketaan antara mereka, ketika adanya usaha untuk memperbaiki hubungan antara 2 kuasa politik terbesar Malaysia itu. Bagaimanapun, ada sesetengah masih curiga dengan tawaran perdamaian Umno dan bimbang PAS akan sekali lagi terjatuh ke dalam perangkap musuh lamanya yang kini semakin terdesak.
Walaupun ada penganalisis berpendapat kerjasama antara parti itu tidak lebih daripada sekadar memanjangkan jangka hayat kedua-duanya yang sedang tenat, ahli PAS melihatnya sebagai cara menyatukan hubungan masyarakat Melayu Islam negara ini.

Mohd Monier Mat Din, ahli PAS dari Baling, Kedah, mengalu-alukan idea memperbaiki hubungan dengan Umno. Walaupun menyedari kebimbangan yang wujud di kalangan ramai rakan parti terhadap musuh lama mereka itu, bagi Monier, PAS bertanggungjawab menerima salam silaturahim Umno, walau apa pun risikonya.
“Kerja PAS ialah berdakwah walaupun kepada orang jahat. Tetapi sekiranya orang jahat itu mengkhianati kita lagi, apa kita boleh buat? Sejahat mana pun Umno, mereka masih orang Islam.”
Ramlan Samiran dari Batu Pahat, Johor, juga menyuarakan sentimen perpaduan Melayu-Islam, mengatakan PAS perlu memaafkan kesilapan silam Umno dan melupakan sejarah permusuhan panjang kedua-dua parti.
“PAS membenci Umno tetapi sekiranya Umno bertaubat dan kembali ke jalan yang benar,kita perlu menerima mereka,” kata Ramlan.
Enam dekad permusuhan
Dua parti itu bersaing untuk mendapatkan undi orang Melayu dan menjadi suara mewakili masyarakat Melayu Islam sejak PAS ditubuhkan pada 1951.
PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1974 atas undangan Umno. Hubungan antara mereka terputus pada 1977 apabila PAS meninggalkan BN. Ia juga hilang kawalan atas kerajaan Kelantan.

BILA UTUSAN TIBA2 JADI BAIK...

Semua orang tahu akhbar Utusan sentiasa memusuhi Pas, perjuangan dan para pemimpinnya sejak dulu. Disebabkan itu, Pas pernah melancarkan kempen agar ahli-ahlinya jangan membeli dan membaca akhbar tersebut yang didakwa hanya menyebarkan propaganda, laporan tidak tepat dan memburukkan parti itu sahaja.

Lantaran itu,  masih ramai yang kekal memboikot Utusan sekarang. Salah satu sebab merosotnya jualan akhbar Utusan juga adalah dipercayai kerana berkesannya pemboikotan itu kerana ia bukan saja dilakukan oleh ahli Pas, malah juga oleh penyokong dan mereka yang condong kepada perjuangan parti itu.

Tetapi, sejak timbulnya cadangan Najib Razak mahu mengajak Pas bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan yang dipimpinnya, kecondongan akhbar itu juga dapat dilihat dengan nyata. 

Tiba-tiba saja Pas disanjung, pemimpinnya diberi muka untuk siaran berita dan seolah-seolah parti itu sahabat yang setia.
Apabila musuh tiba-tiba jadi baik, selain harus bersangka baik, tetapi janganlah sesekali dilupa pesanan bekas Presiden Pas, Fadzil Noor yang pernah dibuatnya sebelum ini.

"Musuh, bila dia sokong kita, mesti ada yang tak kena."

Insya Allah, pesanan beliau itu sentiasa relevan sampai bila-bila.

FAKTA Yang Perlu Rakyat Tahu TERUTAMA pencacai UMNgOK..

GST system cukai yang digunapakai di kebanyakan negara. Negara lain bila GST diperkenalkan, kjaan di sana akan memastikan cukai sedia ada dikurang demi kesejahteraan rakyat.. berbeza di Malaysia.. cukai SST dimansuhkan, tapi DIGANTIKAN CUKAI sehingga rakyat terus dibebani dgn peningkatan kos sara hidup..

GST memberi pulangan kepada kerajaan tapi BUKAN kepada rakyat... malah janji hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat tidak ditepati.. kerana kjaan memerlukan GST bagi menampung amalan KETIRISAN & KEBOROSAN yang memudaratkan negara.. dan rakyatnya..

"Melayu Mudah Lupa" - Tun Mahathir


Halal Haram sama-sama bantai, janji rakyat dapat disuapkan BR1M..

Boros, Tiris..
Rompak, Rasuah..
juga ikut syariat Islam juga ka..??!!

Penyatuan Umno PAS akan cetus perpecahan dalaman

Tawaran perpaduan Umno: PAS belum bincang apa-apa

‘Pemikiran Presiden Pas keliru, mahu jadi penasihat kerajaan Umno@Bn’

najib-hadi
Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata pemikiran baru yang cuba dibawa oleh Abdul Hadi itu dilihat cukup mengelirukan dan menyebabkan berlakunya percanggahan dalam kalangan pimpinan tersebut.
KUALA LUMPUR, 26 Disember:
Pendekatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mana parti Islam itu menawarkan diri untuk menjadi penasihat kepada kerajaan pusat sebagai usaha untuk menyelamatkan negara merupakan pemikiran baru yang jauh berbeza berbanding sebelum ini.
Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata pemikiran baru yang cuba dibawa oleh Abdul Hadi itu dilihat cukup mengelirukan dan menyebabkan berlakunya percanggahan dalam kalangan pimpinan tersebut.
Menurutnya, sekiranya Abdul Hadi hanya sekadar ingin menjadi jadi penasihat sahaja sepatutnya beliau menubuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan janganlah masuk politik.
“Kata-kata Ustaz Hadi banyak mengelirukan kerana selama ini Pas mengatakan terlibat dalam politik pasal mengatakan Umno sebagai parti yang memerintah tak nak dengar nasihat dan dah buat benda yang merosakkan maka kena ambil kuasa daripada dia.
“Nak jadi penasihat dan tak nak ada kuasa ini adalah pemikiran baru, yang tidak jelas dan bercelaru dan membuatkan orang tertanya-tanya apa pendirian sebenar Pas.
“Sekarang ini orang nampak Pas seolah tidak tahu apa yang dia nak dan kenyataan beliau juga berbeza dengan apa yang selama ini. Kalau tak nak kuasa, tak payah jadi parti politik, buang masa berkempen dan keluarkan belanja dan sebagainya tapi lebih baik bergerak sebagai NGO,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu semalam yang menegaskan tawaran sebagai penasihat kepada kerajaan pusat bukan kerana mahu mendapatkan pangkat sebaliknya sebagai usaha untuk menyelamatkan negara.

Zahid yakin pimpinan Umno-Pas serasi

pas-umno-logo-M
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin Umno dan Pas, namun masih terlalu awal untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal.
KUALA LUMPUR, 26 Disember:
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin Umno dan Pas, namun masih terlalu awal untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata usahasama dan perpaduan kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang menggalakkan dan ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai.
“Pada masa ini seperti mana yang saya pernah nyatakan dalam media massa yang lalu bahawa terlalu awal untuk saya mengatakan bahawa kerjasama ini dibuat
secara formal melalui pendekatan ikatan politik secara berorganisasi.
“Saya melahirkan keyakinan bahawa ada keserasian sudah wujud dalam pemimpin Umno dan Pas walaupun ada kedengaran suara-suara yang menolak daripada Pas,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Bernama.
Katanya, Umno mengamalkan sikap terbuka, namun parti itu perlu mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan menilai unsur kerjasama
dari sudut penerimaan parti-parti komponen BN.
Ahmad Zahid turut menafikan beliau mengeluarkan kenyataan kononnya Majlis Syura Ulama Pas mahu supaya setiap anggota parti Pas akur dengan kerjasama Umno
dan Pas.

Kesan GST Najib: Harga goreng pisang, tom yam, sate dijangka naik lagi 2016

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun ini mencengkam pengguna yang terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk barangan serta perkhidmatan dan harga makanan dijangka semakin meningkat tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun ini mencengkam pengguna yang terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk barangan serta perkhidmatan dan harga makanan dijangka semakin meningkat tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun ini mencengkam pengguna yang terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk barangan serta perkhidmatan. Pertengahan Oktober lalu pula, kadar tol di lebuh raya konsesi di kawasan Lembah Klang naik di antara 10 sen sehingga RM6.
Peniaga kecil yang turut terkena tempias kesan rantaian kenaikan itu berusaha keras mengekang kenaikan tersebut agar ia tidak dipindahkan kepada pengguna secara mendadak.

Nik Azura Abu Bakar, 49, yang menjual pisang goreng dan keropok lekor di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam pasrah dengan siri kenaikan harga barangan sebelum ini. "Sekarang kami jual pisang goreng 3 ketul dengan harga RM1 berbanding dulu 4 ketul untuk RM1.
"Mereka (pelanggan) faham kenaikan harga barang ini tetapi kamilah yang terpaksa bersusah-payah pusing duit," katanya.
Pada masa sama, beliau mengekalkan harga jualan keropok lekor iaitu 5 potong pada harga RM1 walaupun pembekal makanan itu sudah menaikkan harga.
Namun, menjelang tahun depan beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi menjual cendol yang turut dijual bersama keropok dan pisang goreng.
Peniaga Nik Azura Abu Bakar yang menjual pisang goreng dan keropok lekor di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam terkena tempias kesan rantaian kenaikan harga berusaha mengekang kenaikan agar tidak dipindahkan kepada pengguna secara mendadak. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Peniaga Nik Azura Abu Bakar yang menjual pisang goreng dan keropok lekor di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam terkena tempias kesan rantaian kenaikan harga berusaha mengekang kenaikan agar tidak dipindahkan kepada pengguna secara mendadak. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.
"Pembekal naikkan juga daripada RM1 sebatang (keropok lekor) kepada RM1.10 untuk kami, tapi kami kekalkan lagi harganya. "Cumanya, selepas ini, kami hentikan jualan cendol, (sekarang dijual) yang besar RM2.50 (secawan) dan yang kecil RM1.50," katanya yang mengusahakan perniagaan itu bersama suaminya serta 3 anak perempuannya.
Beliau juga merasakan dirinya bernasib baik kerana boleh membeli minyak masak dari Kedai Rakyat 1Malaysia yang kebetulan terletak berhampiran lori tempat beliau berniaga.
"Kita sebagai peniaga terpaksa teruskan juga untuk menyara hidup. Kita pergi belilah di Kedai Rakyat 1Malaysia dekat depan. Perniagaan mesti diteruskan," katanya.
Sentimen sama turut disuarakan peniaga Mohd Farize Jaafar, 58, yang menjual sate.
Farize tidak menolak kemungkinan harga secucuk sate yang baru dinaikkan kepada 80 sen daripada 70 sen selepas Hari Raya Aidilfitri beberapa bulan lalu, terpaksa dinaikkan lagi jika harga barang mentah melambung menjelang 2016.
"Kita tengok hargalah, kalau dia (barang) naik tinggi kita terpaksa naikkanlah.  Kalau kita mampu macam sekarang, kita kekalkan.
"Sekarang tak banyak sangat untung, dulu boleh tahanlah," kata Farize yang pada asalnya berniaga sate sejak 2008 tetapi kini bekerja mengusahakan perniagaan sate adiknya sejak 2011.

Umno perlu ‘overhaul’ segera!

Umno kesuntukan masa dan perlu melakukan rombakan secara total di seluruh peringkat kepimpinan bagi memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Umno bakal berdepan kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tidak berbuat demikian.
“Semua pemimpin Umno perlu dirombak. Umno patut melakukan ‘overhaul’ secara total dan kita patut ‘revamp’ Umno... kita patut lakukan satu penstrukturan semula Umno di seluruh tanah air sekiranya kita nak pulihkan keyakinan rakyat dan pulihkan imej Umno kepada akar umbi.
“Sekiranya Umno tidak buat perubahan drastik dalam masa yang pendek, saya rasa Umno bakal hilang kuasa dalam PRU akan datang dan yakinilah sekali Umno hilang kuasa, Umno akan hilang kuasa buat selama-lamanya.
“Buktinya cukup jelas. Apa jadi kepada Pulau Pinang, Selangor, Kelantan? Apabila kita hilang kuasa, sukar untuk kita tawan semula negeri-negeri tersebut,” katanya kepada Sinar Online.
Malah beliau mendakwa bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan kian merosot terutama daripada kalangan generasi muda.
"Pada hari ini, kalau lihat imej Umno di luar, saya berani kata 70 hingga 80 peratus daripada rakyat sekarang ini sedang menolak kepimpinan Umno. Khususnya daripada gen Y. Undi yang kita terima dalam ketiga-tiga pilihan raya kecil yang lalu amat menakutkan.
“Pada PRU14, kita bakal menghadapi 6 juta pengundi-pengundi baharu. Sebab itu Umno-BN kena buat sesuatu yang drastik. Bagi saya, sudah sampai masanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) mengambil sikap sebagai gentleman kerana isyarat daripada akar umbi cukup jelas,” katanya.

SPRM perlu dedah nama penderma RM2.6b

Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mendedahkan nama penderma yang menyumbangkan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, SPRM perlu juga siasat latar belakang penderma untuk mengetahui sama ada wujud kaitan penderma dengan Najib.
“Jika SPRM tidak lakukan perkara itu, saya rasa ia sedikit sebanyak akan menjejaskan kredibiliti badan berkenaan kerana seolah-olah takut untuk mendedahkan perkara tersebut.
“Maklumat itu penting untuk meyakinkan rakyat jika benar tiada unsur rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.
Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, dalam wawancara bersama Sinar Harian, mengulangi bahawa SPRM mengesahkan telah berjumpa dengan pihak berkaitan tetapi maklumat lanjut siasatan tidak boleh disiarkan kepada mana-mana pihak kerana ada undang-undang mengenainya.

Menurut Abu Kassim, beliau tidak boleh memberikan maklumat secara terperinci berhubung penderma dan akan menyerahkan perkara itu kepada Peguam Negara.
“Sekiranya kerajaan ingin mendedahkan atau menjelaskan kepada rakyat itu terpulang, tetapi kerja kita cuba dapatkan keterangan berkaitan,” katanya.
Mengulas perkara itu, Rafizi mendakwa beliau cukup faham strategi SPRM yang mahu Najib sendiri mengumumkan nama penderma berkenaan.
“Jadi saya tidak nampak Najib ada pilihan lain kecuali mengumumkan siapa penderma itu,” katanya.

Nurul Izzah: Nuha masih di ICU, namun berkeadaan positif

Nurul Nuha Anwar, the second daughter of Anwar Ibrahim, speaks during an interview with The Malaysian Insider at her house in Segambut, Kuala Lumpur on February 18, 2015. The Malaysian Insider/Najjua ZulkefliAnak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar yang dilaporkan cedera akibat terjatuh di rumahnya baru-baru ini disarankan supaya berehat dan tidak tidak digalakkan menerima tetamu.
Kakaknya, Nurul Izzah Anwar, berkata doktor hospital swasta terbabit yang merawat Nurul Nuha memberitahunya ruang rehat yang secukupnya diperlukan Nurul Nuha bagi membantu beliau kembali sihat dengan lebih cepat.
Nurul Nuha Anwar
“Nuha sangat positif tetapi masih dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor minta dia berehat dan tidak galakkan pelawat. Sama-sama kita doakan dia cepat sembuh,” kata Nurul Izzah kepada Selangor Kini malam tadi.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga memberitahu Anwar turut mendapat kebenaran pihak Penjara Sungai Buloh untuk melawat Nuha pada jam jam 3.30 petang semalam.
Anwar berada di hospital swasta yang tidak dinyatakan itu selama kira-kira 45 minit sebelum dibawa pulang semula ke Penjara Sungai Buloh.

Zahid: Belum ada kerjasama rasmi UMNO-Pas

Zahid Hamidi menafikan membuat kenyataan Majlis Syura Pas telah membuat keputusan supaya semua ahli Pas akur dengan kerjasama UMNO-Pas
Zahid
PETALING JAYA: Belum ada sebarang kerjasama formal antara UMNO dan Pas termasuk sebarang surat rasmi daripada UMNO berhubung kerjasama dengan parti Islam itu.
Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau membuat penjelasan itu bagi menafikan kenyataan oleh Ketua Majlis Syura Pas yang juga Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed seperti yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 26 Disember.
Akhbar itu melaporkan Mahfodz berkata, Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Syura Pas telah membuat keputusan supaya semua ahli Pas akur dengan kerjasama UMNO-Pas.
Zahid berkata, ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai, namun terlalu awal untuk mengatakan bahawa kerjasama itu dibuat secara formal melalui pendekatan ikatan politik secara berorganisasi.
“Saya melahirkan keyakinan bahawa ada keserasian sudah wujud dalam pemimpin UMNO dan Pas walaupun ada kedengaran suara-suara yang menolak dari Pas.
“Dalam temubual saya dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan pada 20 Disember lalu, pun secara jelas, saya menyatakan bahawa parti Pas mempunyai sistem syura yang kuat, maka suara-suara yang tidak setuju ini akan bersetuju pada akhirnya,” jelasnya.
Beliau berkata, sebarang kekhilafan dalam laporan berita Sinar Harian bertarikh 26 Disember 2015 (Sabtu) ditafsirkan semula secara berhemah dalam memperbetulkan persepsi mengenai kerjasama UMNO-Pas.
Katanya, walaupun UMNO bersikap terbuka namun penerimaan parti komponen lain perlu diambil kira.
“UMNO mengamalkan sikap terbuka. Pun begitu, UMNO juga perlu mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN). Seharusnya UMNO menilai unsur kerjasama ini di sudut penerimaan parti-parti komponen BN.
“Secara prinsipnya, marilah kita berpegang kepada firman Allah SWT dalam surah Al-I’Imran ayat 103 yang jelas membawa maksud supaya kita berpegang kepada tali Allah supaya tidak berpecah-belah,” katanya dalam kenyataan media.