Sabtu, 26 Disember 2015

Bersih gesa SPR kembalikan sistem daftar pengundi melalui penolong RO

Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata, jumlah bersih pengundi berdaftar baharu terbantut sejak 2 tahun lepas selepas SPR menarik balik keistimewaan kepada penolong RO untuk mendaftarkan pengundi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2015. 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti membolehkan semula parti politik mendaftarkan pengundi baharu melalui penolong pegawai pengurus pilihan raya (RO) memandangkan ia keberatan melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, kata kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, jumlah bersih pengundi berdaftar baharu terbantut sejak 2 tahun lepas selepas SPR menarik balik keistimewaan diberi kepada penolong RO untuk mendaftarkan pengundi.
"SPR kini melantik penolong RO daripada agensi-agensi kerajaan terpilih untuk mendaftarkan pengundi tetapi bilangannya tidak bertambah dengan ketara," katanya.

Maria berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang akan bersara, mengatakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik tidak sesuai dilaksanakan kerana ia akan memberi kesan besar ke atas keseluruhan sistem pilihan raya. Beliau menjelaskan menurut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan seseorang yang ingin menjadi pengundi perlu membuat permohonan sebagai pengundi baharu dan ia jelas memberikan hak kepada warganegara untuk mendaftar atau tidak.
Aziz berkata, sehubungan itu, Perlembagaan perlu dipinda sekiranya hendak diwajibkan pendaftaran sebagai pengundi secara automatik.
Tetapi, beliau mengingatkan, pindaan ini memerlukan sokongan undi dua pertiga di dalam Parlimen dan hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak bersetuju.
Tetapi Maria menempelak Aziz, mengatakan perkara itu tidak sepatutnya menjadi kebimbangan pengerusi itu.

Jho Low WAKIL keluarga diraja Arab? LAWAK GILER BEB...


Peeeergh ! Jho Low pernah jadi wakil kepada keluarga diraja Arab Saudi dalam satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB !

"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB.

"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB.

"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB,"
Itu jawapan resmi kerajaan melalui jawapan bertulis di Parlimen tuh .....


Macam tak percaya pula ..... acu baca sekali lagi ......

Betullah ! Memang disebut Jho Low hadir dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB sebagai wakil kepada keluarga diraja Arab Saudi !!!

Hahahahaha ........ Hadooooi ..... tak boleh tahan beb, kelakar giler ....

Ikut logik pun, memang tak masuk akal. Tapi bila jawapan sebegitu dah dikeluarkan oleh kerajaan, nak tak nak terpaksa jugalah layan. Saya tanya beberapa rakan berstatus CEO, apakah merupakan satu perkara normal menjemput orang luar atau dalam kes ini mungkin akan dirujuk sebagai wakil kepada potensi pelabur, untuk turut serta dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah ?

Seperti diduga, jawapan mereka - TAK NORMAL.  Tak pernah mereka buat. Apatah lagi kalau syarikat milik kerajaan yang tertakluk kepada sop yang ketat.

8 HARI LAGI ISU 1MDB AKAN SELESAI

8 HARI LAGI ISU 1MDB AKAN SELESAIAda lagi 2-3 perkara mengenai 1MDB yang mahu saya komen tapi memandangkan kita sudah menghampiri hujung tahun, atau lebih tepat lagi, kita sudah menghampiri DATELINE atau TARIKH AKHIR  janji Najib bahawa isu 1MDB akan selesai ketika meminta tempoh 6 bulan pada pertengahan tahun, maka saya fikir ada baiknya kita tunggu dulu apakah janji bakal ditepati ....

Untuk menguatkan lagi janji Najib itu, pada bulan Oktober Wahid Omar turut memperingatkan kita akan tempoh 6 bulan yang dipinta Najib itu bakal berakhir hujung tahun.
Ayat 'Isu 1MDB akan selesai' itu sudah kita pertikaikan sebelum ini. Ia bukan hanya merujuk kepada pelangsaian hutang semata2 atau mengurangkan beban hutang yang menggunung. Namun bagi Najib, isu 1MDB adalah berkaitan hutang semata2. Selesai hutang makna selesailah isu.
Soal Kerugian Berbilion Ringgit 1MDB bukan satu masalah kepada Najib. Makanya menurut Najib, tidak ada keperluan untuk beliau memikul sebarang tanggungjawab atas kehilangan berbilion ringgit negara yang hangus kerana 1MDB.



Begitu juga dengan siasatan SPRM berkaitan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib dan ini termasuk RM42 juta yang berpindah dari akaun SRC ke dalam akaun Najib yang dikatakan bakal selesai hujung tahun.
Kita sama-sama mengira hari dan waktu nya ..... apakah Najib akan mengotakan janjinya ala slogan Janji DiTepati yang selalu dilaungkannya dulu ?
Kecuali kerajaan dan 1MDB buat lawak bodoh lagi macam semalam dengan kenyataan bahawa Jho Low adalah wakil kepada keluarga diraja Arab Saudi.... yang itu kita layanla.
PS - Rakyat Malaysia boleh rai kan Tahun Baru 2016 dengan pengumuman penjualan Tanah Negara kepada negara luar kerana nak bayar hutang 1MDB.
RM2.6 bilion pula ? Kalau takde jawapan juga hujung tahun ni, bagus kalau slogan atau sasaran Tahun Baru 2016 rakyat Malaysia pakai - Di Mana RM2.6 Bilion ?

YaPEIM sahkan dakwaan NOW beli simulator golf

Walaubagaimanapun, tujuan yayasan berkenaan untuk mempunyai simulator golf masih lagi tidak jelas.

PETALING JAYA : Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin pada Jumaat mengesahkan dakwaan Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) bahawa yayasan berkenaan membeli simulator golf.
Pengarah NOW, Akmal Nasir bagaimanapun mempertikaikan tujuan pembelian simulator golf itu, yang padanya, masih tidak jelas.
“Kini Ketua Pegawai Eksekutif mendakwa simulator golf itu adalah untuk hotel empat bintang milik YaPEIM yang masih lagi belum wujud.
“Perkara ini bertentangan dengan dengan fakta daripada Bajet 2013 YaPEIM yang menyatakan Pusat Latihan Latihan INPUT Golf atau Simulator Golf dibuat untuk Sukan Korporat YaPEIM,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan dengan itu, Akmal mengulangi persoalan mengapa YaPEIM membeli mesin tersebut kerana penyumbang yayasan berkenaan dan orang ramai berhak mengetahuinya.

'Saya tak kesal menongkah arus' - Khairuddin Abu Hassan

SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menegaskan tidak akan sesekali meninggalkan Umno meskipun dilihat sedang menongkah arus menentang pemimpin nombor satu parti itu.
Kata Khairuddin, tindakannya itu dilakukan kerana terlalu sayangkan parti dan bagi menjamin Umno terus kekal relevan hingga akhir hayat.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan “Saya dilahirkan dalam keluarga pejuang Umno, pengasas Umno. Darah yang mengalir dalam tubuh saya adalah darah Umno dan saya sama sekali tidak akan tinggalkan parti ini untuk menganggotai parti-parti politik lain untuk teruskan perjuangan saya.
“Perkara itu tidak akan berlaku. Perjuangan kita yang minta Najib Razak (Datuk Seri Najib Razak) berundur dan sebagainya itu kerana kita sayangkan parti Umno kerana kita nak menjamin agar parti ini kekal relevan hingga akhir hayat kita,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Pada 12 Oktober lalu, Khairuddin, 53, dan Matthias atau nama sebenarnya Chang Wen Chieh Matthias, 65, bersama-sama didakwa dengan niat melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di beberapa lokasi antara 28 Jun 2015 hingga 24 Ogos 2015.
Namun mereka dilepaskan dengan jaminan RM10,000 selepas Mahkamah Tinggi memutuskan pertuduhan yang dihadapi mereka tidak tergolong di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma).
Mengulas lanjut, suami kepada pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida ini juga menyatakan bahawa beliau akan setia bersama parti itu meskipun ia sudah tidak lagi relevan.
“Andai kata saya tidak dipecat, walaupun Umno sudah menjadi tidak relevan, saya rasa ini sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan semula Umno.
“Saya rasa sekiranya kita mempunyai niat yang ikhlas untuk membetulkan semula Umno, strukturkan semula Umno untuk kebaikan orang Melayu dan keseluruhan rakyat di tanah air kita, walaupun Umno ditolak tapi lambat laun rakyat akan terima kita balik,” katanya.
Keyakinan itu bersandarkan situasi yang dilalui parti pemerintah di India dan Jepun di mana parti Kongres dan LDP ditolak sekejap sebelum dipilih semula oleh rakyat.

PRN Sarawak bukan tandingan PAS-Amanah, kata penganalisis politik


PAS dan parti serpihannya Amanah imej parti Islam itu tidak serasi dengan komposisi dan demografi masyarakat pelbagai etnik di Sarawak.PAS dan parti serpihannya Amanah imej parti Islam itu tidak serasi dengan komposisi dan demografi masyarakat pelbagai etnik di Sarawak.Parti berunsur Islamik agak sukar untuk bertapak di Sarawak kerana ideologi yang dibawa dilihat tidak serasi dengan pemahaman dan gaya hidup masyarakat di negeri itu, menurut penganalisis politik.
Mereka berpendapat usaha Pas ataupun parti serpihan Pas, Amanah untuk memperlihatkan kekuatan masing-masing dalam meraih undi terutama dalam kalangan umat Islam agak sukar jika mereka menggunakan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan pada tahun depan.
Pensyarah kanan pengajian komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (UMS), Dr Jeniri Amir berkata, imej dan reputasi Pas yang dilihat bersifat ekstrem bagi penduduk Sarawak akan menjadi halangan utama parti itu memenangi kerusi pada PRN Sarawak.
Beliau berkata ini adalah kerana imej parti Islam itu tidak serasi dengan komposisi dan demografi masyarakat pelbagai etnik di Sarawak, kerana hanya kira-kira 28 peratus sahaja penduduk di negeri itu beragama Islam.
"Jangan harap pengundi Islam juga cenderung memilih Pas," katanya.
Manakala Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek menegaskan Pas dan Amanah tidak akan mampu memperoleh kemenangan dalam PRN Sarawak.
Sambil menyifatkan usaha mereka mungkin akan menjadi sia-sia, beliau berkata pilihan raya negeri itu tidak sesuai menjadi platform percubaan bagi Amanah terutamanya untuk mencuba nasib memenangi kerusi pertama parti itu.
Beliau berpendapat adalah lebih baik Amanah menguji kemampuan parti itu pada pilihan raya kecil daripada PRN kerana PRN penting dalam membentuk kerajaan negeri.

PRN Sarawak: Paling kurang 11 kerusi Pas - Mohd Amar

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah KOTA BHARU - Merupakan satu keperluan bagi Pas untuk bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi Dun Sarawak, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurutnya, keperluan tersebut diperoleh daripada kajian yang dilakukan pihaknya dan sekaligus ia menjadi parti alternatif kepada mana-mana pengundi yang tidak mahu mengundi DAP dan Umno.
"Samada kalah atau menang, itu bukan keutamaannya. Itu isu lain. Sejak dari dulu lagipun kita memang bertanding di Sarawak dan kerusi semakin bertambah. Kajian juga telah membuktikan satu keperluan untuk kita bertanding di sana,"katanya kepada media di sini.
Mohd Amar berkata, Pas tidak memandang kemenangan secara menyeluruh sebagai faktor utama, namun apa yang penting ialah penglibatan pemimpinnya bersama masyarakat melalui ceramah dan kempen.

Jawatankuasa Multaqa Alumni Al-Azhar mampu satukan Umno-PAS

Khairuddin : Umno Bakal 'Bungkus' PRU 14

Sindrom Ketua Bahagian Bisu Rosakkan Umno - Khairuddin

"SPR jangan main-main dengan undi kita"

Kita perlu mempersoalkan sama ada SPR mempunyai niat yang jahat ketika menyekat saluran untuk pendaftaran pengundi
undi
Oleh Thomas Fann
Negara kita adalah negara demokrasi, hak memilih jenis kepimpinan dan masa depan negara adalah hak asasi kita. Tiada sesiapa pun harus berfikir mereka boleh menafikan hak kita untuk mengundi atau memanipulasikan undi kita.
Namun begitu, terdapat sekitar 4 juta rakyat Malaysia berumur 21 tahun masih belum berdaftar sebagai pengundi. Manakala setiap tahun sekitar 450,000 warganegara yang mencapai umur 21 tahun dan layak untuk menjadi pengundi.
Berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, jumlah pendaftaran pengundi baru dari Mei 2013 hingga Mei 2015 adalah 373,467. Jadi pendaftaran purata setiap tahun adalah hanya lebih kurang 125,000, atau dalam erti kata lain setiap tahun ada 325,000 pengundi baru yang layak tetapi tidak berdaftar.
Mengikut kadar pendaftaran pengundi baharu yang terkini, pada Pilihan Raya Umum ke-14, kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 5 juta daripada sekitar 18-19 juta pengundi yang tidak berdaftar untuk mengundi.
Kemungkinan sikap apati adalah antara sebab ramai belum berdaftar sebagai pengundi. Kejahilan tentang hak-hak mereka atau kekurangan kepercayaan pada proses pilihan raya boleh menyumbang kepada sikap apati.
Biasanya kadar mengundi rendah pada pilihan raya adalah tanda yang mencerminkan sikap apati terhadap politik. Tetapi di Malaysia, kita telah melihat purata kadar mengundi yang agak tinggi dalam tiga pilihanraya umum yang lalu, iaitu 78 peratus. Bahkan, PRU yang lepas mencapai kadar mengundi yang setinggi 85 peratus. Ini menunjukkan sikap apati terhadap politik bukan sebab utama mengapa orang tidak berdaftar sebagai pengundi.

Bagaimana mahasiswa melawan lapar akibat kos sara hidup yang tinggi


Kos sara hidup yang tinggi masa kini menyebabkan ada di kalangan mahasiswa terpaksa berlapar kerana tiada wang untuk membeli makanan.
Keadaan lebih meruncing ketika akhir semester kerana kehabisan wang pinjaman, seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Enggan menunggu bantuan mana-mana pihak, beberapa kumpulan dan kepimpinan pelajar universiti awam tampil dengan idea kreatif membantu rakan mereka.
Dinamakan “suspended meals” (hidangan tergantung), penderma boleh membelikan makanan secara prabayar untuk rakan mereka yang kurang bernasib baik.
Seperti diamalkan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), penderma akan diberikan kupon makanan untuk digantung di sebuah papan kenyataan, untuk diambil kemudiannya oleh pelajar yang memerlukan.
“Ada kawan-kawan saya bagi tahu yang mereka ada kawan di asrama yang susah, tidak ada duit untuk makan dan makan sekali sehari, tapi malu mahu beritahu, jadi kami buat program macam ini.
“Kami buat program macam ni atas dasar kepercayaan, kalau mereka ambil kupon itu saya percaya mereka susah,” kata Penyelaras Kebajikan Asasi UIA, Abdullah Mohd, 22.
Difahamkan universiti awam lain yang memiliki program itu ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Berkongsi usaha mulia mereka itu, Abdullah (gambar) berkata, di UIA, program tersebut telah dilaksanakan selama dua semester.
Katanya, para pelajar yang ingin menderma boleh membeli kupon bernilai RM2 dan RM4 di sebuah kaunter khas di kafe asrama UIA dan melekatkannya di papan kenyataan disediakan.
Atas dasar kepercayaan, tiada semakan dibuat terhadap penerima kupon itu.
“Program ini berdasarkan kepercayaan seratus peratus,” katanya sambil berkata pihak luar turut terlibat menderma melalui sumbangan terus ke akaun penganjur.
Usaha bersama universiti, siswa, masyarakat
Sementara itu, di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), walaupun kaedah berbeza tetapi mereka turut sama mengedarkan makanan percuma kepada pelajar yang kurang memerlukan.
Di pusat pengajian itu, ia dilakukan melalui usaha sama pihak universiti dan pelajar serta menerima sumbangan daripada orang ramai.
Pegawai Pejabat Pendaftar UPM Rafidah Sarudin berkata, pihaknya turut memulakan program yang dikenali sebagai “Makanan percuma untuk mahasiswa”.

Sampai Bila Nak Tipu..??


Tidak heranlah jika UMNO & kuncu2nya SANGGUP MENIPU utk meraih sokongan rakyat demi mengekalkan legasi mereka utk menipu, merompak & menekan rakyat..

MASIH INGAT.. "Pas parti ajaran sesat bawa fatwa songsang" - Timbalan Presiden UMNO, 6/4/2013

Tiada rakyat diabaikan RAKYAT BAYAR GST dalam menuju status negara maju...!!

Asal keluar aja dari mulut Najib pasti indah2 belaka.. HAKIKATNTA implementasinya SUNGGUH HAPRAK !!!

#ShutdownJalanDuta tetap diteruskan – Shazni Munir

Khalid sepatutnya menyedari kenaikan sara hidup pada tahun depan bukan saja menimpa seluruh rakyat malah anggota-anggota polis di bawahnya
Shazni-Munir,khalid
PETALING JAYA: Protes bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam Tahun Baru 2016 `#ShutdownJalanDuta’ tetap akan diadakan meskipun mendapat amaran daripada pihak polis.
Pengerusi Penganjur, Jawatankuasa Bertindak #ShutdownJalanDuta, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, setelah berbincang panjang, pihaknya telah bersetuju untuk tetap meneruskan protes sebagaimana yang telah dirancang.
Katanya, amaran yang diberi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai risiko yang akan dikenakan jika tetap menganjurkannya telah diambil maklum oleh pihak jawatankuasa bertindak.
“Walaupun pihak jawatankuasa telah berusaha sehabis baik untuk mematuhi peruntukan bawah Akta Perhimpunan Aman dan akhirnya tetap juga mahu diambil tindakan oleh pihak polis, hal ini pada hakikatnya jauh lebih besar daripada itu.
“Protes #ShutdownJalanDuta ialah cerita periuk nasi rakyat dan survival hidup yang perlu ditempuh sehari-hari. Simbol perlawanan rakyat untuk menuntut kembali hak keselesaan hidup yang telah dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional.
“Protes langsung terhadap kecurangan tadbir urus negara hingga rakyat sekali lagi akan menanggung kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan 8 tol bermula tahun hadapan,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Ramanan: Saya akan saman Subra


Bekas bendahari agung MIC R Ramanan mahu menyaman Presiden Dr S Subramaniam susulan pemecatannya.
“Ini pemecatan tidak sah.
“Saya akan saman dia atas kapasiti peribadi,” kata Ramanan dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
 Beliau berkata, keputusan itu dinyatakan dalam surat yang diterimanya hari ini, yang menyatakan penyingkiran itu dibuat oleh jawatankuasa pusat (CWC) MIC.
Ramanan berhujah bahawa CWC itu belum lengkap menurut perlembagaan parti dan justeru itu tidak mempunyai kuasa menyingkirkan sesiapa pun.
Perlembagaan MIC menyebut CWC mesti mempunyai sembilan anggota yang dicalonkan oleh presiden.
Bagaimanapun, kata Ramanan, hanya dua anggota itu berada dalam CWC.
“CWC itu sebuah CWC tidak sah,” kata Ramanan.
Subramaniam dua hari lalu mengumumkan pemecatan Ramanan, yang berulang kami mempersoal bagaimana MIC menangani pertikaian puak-puak dalam parti itu.

PPIM persoal polis mahu reman dua aktivisnya


PPIM mempersoalkan tindakan polis menahan dua aktivisnya di bawah seksyen 506PPIM mempersoalkan tindakan polis menahan dua aktivisnya di bawah seksyen 506

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan tindakan pihak polis menahan dua aktivis pertubuhan itu selepas membela nasib pengguna yang ditipu dan dikurung oleh penjual telefon bimbit di Plaza Kota Raya minggu lalu.
NGO itu melalui kenyataan medianya semalam meminta penjelasan polis alasan mereka terbabit dikenakan tahanan reman serta menganggap kemungkinan pihak berwajib tercabar ekoran tiada tindakan susulan yang sewajarnya.
“Apakah alasan mereka ditahan dan ingin direman? Adakah menjadi satu kesalahan membela pengguna yang ditindas? Adakah mereka tercabar selepas PPIM bertindak membela pengguna kerana tiada susulan pihak berkuasa?
“Mengapa polis bertindak sedemikian ke atas mereka yang membela pengguna sedangkan tiada sebarang kekerasan atau isu perkauman yang ditimbulkan semasa PPIM menuntut kembali hak pengadu?” dipetik daripada kenyataan itu.
Menurut PPIM, polis mengambil tindakan terhadap kedua-dua aktivis tersebut mengikut Seksyen 506 iaitu ugutan jenayah selepas penjual telefon bimbit yang melakukan penipuan dan mengurung pengguna itu membuat laporan polis beberapa hari lalu.
“Selepas ditahan dan ditempatkan dalam lokap tahanan, polis cuba mendapatkan reman tambahan tetapi permohonan untuk menahan reman ditolak selepas Puan Majistret mendengar hujah dan bantahan peguam yang mewakili kedua-dua aktivis PPIM,” ujar pihak NGO itu lagi.
Terdahulu, PPIM melakukan serbuan di Plaza Kota Raya selepas mendakwa pihak berwajib termasuk KPDNKK lewat mengambil tindakan terhadap kes penipuan yang dilaporkan berlaku sejak tahun lalu.
Pengarah Unit Tindakan Khasnya, Muhammad Yusuf Azmi berkata, pengguna yang ditipu harus mendapat pembelaan daripada pihak berkuasa.
Pergaduhan di Kota Raya berlaku pada 20 Disember lalu selepas sekumpulan lelaki bersama mangsa yang dipercayai ditipu peniaga terbabit datang menuntut kembali wang yang diberikan.
Pembeli tersebut mendakwa dikurung oleh pekedai di kompleks itu selama empat jam dan hanya dilepaskan selepas membayar RM5,000.

PAS nafi buat pendirian mengenai kerjasama dengan Umno

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, parti Islam itu tidak pernah menerima surat rasmi daripada Umno berhubung kerjasama dikatakan bagi memungkinkan ia diperbincangkan pada peringkat Majlis Syura Ulama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2015. 
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, parti Islam itu tidak pernah menerima surat rasmi daripada Umno berhubung kerjasama dikatakan bagi memungkinkan ia diperbincangkan pada peringkat Majlis Syura Ulama.  

PAS menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyatakan pendirian menerusi Majlis Syura Ulama, meminta ahli parti akur dengan kerjasama bersama Umno sepertimana didakwa Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, lapor Sinar Harian Online hari ini.
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, dakwaan Zahid tidak benar sama sekali kerana tiada perbincangan atau mesyuarat dilakukan majlis tersebut membincangkan tawaran kerjasama tersebut.
"Begitu juga selepas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar baru-baru ini. Kami (Majlis Syura Ulama) tidak pernah ada sebarang mesyuarat dan membuat sebarang keputusan atau kenyataan supaya ahli PAS akur kenyataan dikeluarkan mengenai kerjasama Umno dengan PAS.

"Kalau naib presiden Umno kata kami keluarkan kenyataan minta ahli akur, itu tidak benar sama sekali," beliau dipetik berkata akhbar versi online itu. Malah Mahfodz berkata, parti Islam itu tidak pernah menerima surat rasmi daripada Umno berhubung kerjasama dikatakan itu.
Ia juga katanya, antara alasan mengapa PAS masih tidak mengadakan perbincangan mengenai kerjasama itu yang kali terakhir disuarakan secara terbuka Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan bekas pelajar Universiti Al-Azhar awal bulan ini dan sebelumnya pada perhimpunan agung parti itu bulan lalu.
"Salah satu sebab kami tidak buat mesyuarat untuk membincangkan mengenai perkara itu adalah kerana kami tidak menerima sebarang surat daripada Umno.
"Hanya ucapan lisan Najib pada Perhimpunan Agung Umno dan Multaqa Alumni Serantau. Tidak ada surat (hitam putih), jadi kami tidak bermesyuarat bincangkan perkara itu," katanya.
Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, ahli PAS yang menentang kerjasama dengan Umno perlu akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama.

Umno BN kekal, rakyat terus derita - Iskandar Samad

SAYA mengucapkan tahniah di atas berita muka depan akhbar Harakah edisi 25-28 Disember 2016 yang mendedahkan nasib keluarga Puan Norliza Hashim dari Taman Lembah Maju, Ampang.
Melalui berita bertajuk "BERHENTI SEKOLAH DEMI ADIK", Harakah telah memberi perhatian kepada nasib rakyat Marhaen di bawah pemerintahan Umno BN di Malaysia.

Di sebalik kehebatan yang dicanang oleh pemimpin negara, kehidupan rakyat bawahan hari ini adalah tidak menentu.

Walaupun pelbagai bantuan telah dihulurkan oleh pelbagai pihak seperti Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Negeri ADN Chempaka namun nasib keluarga tersebut dan ramai seperti mereka tidak akan berubah sehingga berlaku perubahan yang drastik di negara kita.

Peningkatan kos sara hidup, pelaksanaan GST, kekurangan peluang pekerjaan dan pelbagai faktor yang menghimpit rakyat adalah ciri-ciri pemerintahan Umno BN.

Keluarga Puan Norliza telah menerima pelbagai bantuan dari PKM seperti bantuan Jom Shopping dan Back To School. Mereka juga telah menerima bantuan dari Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Mungkin tidak ramai yang mengetahui perkara ini kerana ia tidak dilaporkan oleh edisi Harakah tersebut.

Pusat Khidmat ADN dan PAS Kawasan Pandan telah menziarahi keluarga itu pagi tadi dan Puan Norliza telah menyatakan bahawa anak beliau, Intan Nadrah Ismail, tidak akan berhenti sekolah seperti yang dilaporkan oleh Harakah. Kami mengucapkan syukur kerana pendidikan amat penting bagi meningkatkan tahap ekonomi sesebuah keluarga. Anak beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Pandan Indah.

Terdapat ramai lagi keluarga seperti keluarga Puan Norliza di kawasan bandar dan pinggir bandar seperti Pandan. Pihak kami boleh memperkenalkan kepada pihak Harakah ramai keluarga-keluarga tersebut malah yang lebih dhaif dari itu. Dalam kes ini Harakah telah turun tanpa pengetahuan PKM atau PAS Kawasan.

PKM memiliki senarai penerima bantuan dan mereka yang dhaif. Mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi PKM di 03-9283 3835.

Jika DAP menang 56 kerusi parlimen, ia tidak dapat membentuk kerajaan Pusat.

Malas betul nak komen pasal PAU 2015. Apa nak jadi kepada parti itu, siapa peduli. Ianya sudah jadi parti Najib Tun Razak. Sudah sampai masanya orang Melayu sedar , UMNO bukan segalanya.
Setakat ini, tidak ada orang yang boleh mengubah opinion saya mengenai kepimpinan Dato Najib. Cakap macam mana pun, opinion saya mencukupi untuk saya, kecuali ada orang boleh memberi penghujjahan yang meyakinkan bahawa Najib seorang pemimpin baik. Dia bukan. 
Saya sikitpun tidak percaya bila Presiden UMNO kata, memartabatkan Islam dekat dihatinya; atau dia keturunan pahlawan Bugis. Cakap mengenai kepahlawanan Bugis ini hanya sejak akhir2 ini sahaja. Di Pekan dahulu, Dato Najib tak pernah sebut pun hal keturunan Bugis ini. Dan saya percaya orang terkejut pahlawan Bugis takut untuk meneruskan sessi nothing to hide bila tahu Dr Mahathir hadhir atau takut untuk menerangkan perihal RM2.6 billion.
Realiti nya. dia seorang pemimpin yang lemah. Kalau hendak cakap mengenai hal ini, sampai kerbau, lembu, kambing, ayam dan itik pulang petang pun tidak habis. 40 tahun pengalaman buat kerja serupa, tidak berguna. Pemotong rumput yang ada 40 tahun pengalaman pun boleh bercakap serupa tapi pengalaman nya ialah dalam hal ehwal memotong rumput.
Tidak ada orang yang ada sedikit inteligence  dengan kuasa yang dia ada, tidak boleh lakukan apa yang Najib canangkan untuk negara ini. Jika Dato Najib boleh jadi PM, sesiapa sahaja yang ada kelayakan seperti saya sebut diatas boleh. 
Najib miss satu important point; orang Melayu bukan hendak suruh dia jaga kebajikan dan masa depan kita. Najib tidak faham- orang Melayu bukan hendak suruh dia membapakan dan mengibukan kita sepanjang masa. Orang Melayu mahu bertanggung-jawab mengenai masa depan mereka sendiri. Dan ini memerlukan kemerdekaan minda bukan bergantung harap kepada orang seperti Najib atau pemimpin UMNO yang lain. 
Yang orang Melayu mesti sedar ialah, masa depan kita, ialah tanggunjawab kita sendiri. Jika kita serahkan tanggungjawab kita pada orang yang tidak amanah, maka kiamat akan tiba. Bila sahabat tanya Rasul Allah bagaimana kiamat tiba bila amanah disia2kan- maka nabi menjawab sia2kan itu berlaku bila kita serah kuasa kepada bukan yang ahli dalam urusan nya. 
Jelas kepada kita, kita tidak boleh amanahkan perbendaharaan kita kepada Najib. Dia tidak boleh menjawab mengapa lebih dari USD1 billion di benarkan dipindah kedalam akaun cina Jho Low. Dan dia tidak dapat jawab isiu RM2.6 billion dalam akaun peribadi nya. Mana baki RM2 bilion dari RM2.6 bilion tersebut? Ahmad Maslan, Sahrir Samad, Mas Ermiyatie, bekas pelakun presiden MCA, semua dapat wang. Meraka sekarang menjadi pembela kepada Najib. 
Dalam Islam, kita diajar supaya menolak mereka yang berperangai mendua- double face character. depan kita kata jaga kebajikan agama, bangsa dan negara, tapi dibelakang kita, melakukan segala kerosakan.
Jangan cakap banyak hendak bersaing dibawah TPPA; hendak bersaing dengan bangsa Cina di Malaysia, orang Melayu UMNO sudah hilang akal. Bercakap depan penyokong dan dalam kumpulan sendiri tentulah menyeronokkan;  semua orang boleh melakukan nya. 

Kerjasama Umno, Pas tidak selamatkan Najib - Dr Jeniri Amir

Kemungkinan akan berlakunya kerjasama Umno dengan Pas yang heboh diperkatakan pada masa ini, tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Penganalisis komunikasi politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, kerjasama kedua-dua parti itu jika menjadi kenyataan sekalipun tidak mungkin boleh menutup isu membelenggu Perdana Menteri.
“Walaupun asasnya kerjasama ini bertujuan ke arah perpaduan orang Islam (yang ada dalam kedua-dua parti berkenaan), namun pasti ada pihak yang membaca dari sudut lain bahawa kerjasama ini untuk menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri yang pada masa ini diasak pelbagai isu.
Penganalisis komunikasi politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir “Skandal yang timbul terlalu besar, tidak mungkin kerjasama itu boleh menutup apa yang terjadi, Pas juga ada pendirian tentang 1MDB, isu wang derma dan sebagainya," katanya.
Isu kemungkinan berlakunya kerjasama Umno dengan Pas menjadi polemik selepas Perdana Menteri secara terbuka menghulurkan salam perpaduan kepada parti Islam itu dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno baru ini.
Bagaimanapun, ramai berpandangan usaha membentuk kerjasama dengan Pas itu dibuat bagi memastikan kedudukan Najib dalam keadaan baik serta melenyapkan desakan sesetengah pihak yang mahu beliau berundur.
Menurut Jeniri, kedua-dua pihak perlu jujur dalam kerjasama itu terutamanya parti pemerintah.
“Ujian pertama Umno adalah dalam isu royalti minyak di Kelantan,  perlu tunjukkan kejujuran kepada negeri pentadbiran Pas bahawa tidak ada dwistandard,” katanya.
Beliau bagaimanapun tetap menyifatkan kerjasama kedua-dua parti besar itu memberi manfaat kepada rakyat.

Amanah mahu jadi alternatif, bukan pecah undi

KOTA BHARU - Kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan tidak boleh didakwa sekadar untuk memecah undi, namun hakikatnya Amanah tampil sebagai alternatif kepada rakyat Kelantan untuk menawarkan satu pemerintahan yang lebih adil.
Parti Amanah Negara Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas hendaklah menerima kehadiran Amanah sebagai sebuah parti yang sah dan berdaftar dalam persaingan politik demokrasi di Malaysia.
“Kerajaan Kelantan juga tidak akan tergugat walaupun Pas kalah di Kelantan, bahkan jika Amanah diberi peluang untuk memerintah Kelantan, insya-ALLAH akan diurus dengan lebih baik daripada apa yang telah dibuat oleh Pas sebelumnya.
“Mereka (rakyat) telah ada pengalaman  berada di bawah pemerintahan Umno dan juga Pas, jadi bukan mustahil mereka akan berubah sikap untuk berada di bawah pentadbiran parti Amanah dalam PRU 14 nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa keputusan Amanah bertanding di negeri ini akan memberi kesan termasuk boleh menyebabkan Kerajaan Pas Kelantan tergugat.
Che Ibrahim berkata,  Amanah telah berkali-kali mengajak Pas bersama mempertahankan Kerajaan Kelantan daripada dirampas BN pada pilihan raya akan datang, namun sehingga kini Pas masih dengan sikapnya untuk tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain terutama Amanah yang didakwa sebagai pengkhianat.

Mara Digital: Majoriti jaminan produk IT masih di Plaza Low Yat

172929345
Rata-rata pengguna masih lagi keliru dengan isu waranti produk IT yang kebanyakannya masih di Plaza Low Yat.

KUALA LUMPUR, 26 Disember:

Majoriti jaminan produk IT berjenama seperti telefon bimbit, komputer riba dan ‘power bank’ yang dijual di negara ini terletak di Plaza Low Yat, kata peniaga produk IT Bumiputera, Muhd Khairul Ikmal Sujakei, 27.
Pekerja syarikat Sugoi Management, yang terletak di Mara Digital berkata, masyarakat perlu membezakan di antara syarikat pengeluar dan penjual produk-produk IT tersebut.
Mengambil contoh produk dari berjenama yang dijual oleh syarikatnya, Khairul menjelaskan pusat jaminan yang dimaksudkan adalah milik syarikat pengeluar jenama itu dan bukannya Sugoi Management.
“Yang menjadikan isu, orang itu silap, pada plastik itu tulis ibu pejabat di Plaza Low Yat. Itu pusat servis. Orang yang jadikan isu ini orang yang tidak tahu,” katanya, merujuk kepada isu yang viral di media sosial, apabila produk yang dibeli menyatakan jaminan bagi produk itu perlu dirujuk ke Plaza Low Yat.
Muhamad Khairul Ikmal Sujakei
Muhamad Khairul Ikmal Sujakei menunjukkan produk IT yang dijual di syarikatnya.
“Mana-mana jenama pun kalau kita tanya mana pusat servis, ia masih di Low Yat. Kebanyakan jenama di Low Yat. Kalau tidak silap saya cuma ada dua jenama yang ada pusat servis di tempat lain selain di Low Yat,” katanya kepada The Rakyat Post.

Kalau Isis sertai demokrasi

Muammar Qaddafi


Islamic State Iraq Syria (Isis) merupakan gerakan militan islam paling berpengaruh dekad ini mengatasi pengaruh al-Qaeda dan Taliban.
Gambar Hiasan
Kejayaan mereka menakluk Kabul dan membunuh hakim yang menjatuhi hukuman mati kepada Saddam Hussein melonjakkan nama mereka dalam kalangan umat Islam manakala insiden insiden pengeboman di Paris, Charlie Hebdo meletakkan mereka sebagai pengganas nombor satu dunia.
Isis memilih jalan kekerasan dan perang sebagai kaedah untuk mereka menegakkan negara Islam, hal yang demikian mengakibatkan ribuan nyawa insan yang tidak bersalah menjadi korban "jihad" mereka.

Ini sekali gus bukan sahaja menjadikan sasaran mereka sebagai musuh mereka, sebaliknya mereka menjadikan setiap yang tidak bersama mereka sebagai musuh yang layak diperangi dan dikorbankan. Tetapi, adakah jika Isis memilih jalan demokrasi, dunia hari ini akan lebih baik dan aman? Cuba kita bayangkan, kalau Isis sertai demokrasi...
Dalam ucapan ucapan kempen mereka untuk meraih sokongan rakyat, pastinya mereka akan meminta setiap umat Islam memilih mereka, jika sahaja ada umat Islam memilih parti lain, maka mereka itu fasik (berdosa), apatah lagi jika ada umat Islam menyertai parti lain dan menentang mereka yang menjadi wakil Tuhan di muka bumi, maka kafirlah setiap yang bersyahadah tetapi menolak mereka.
Jika ada ahli mereka yang menggunakan akal dan sedia berhujah dengan pihak lawan, maka ahli itu melakukan sesuatu yang sia-sia, mereka mungkin ponteng usrah dan diracuni pemikiran liberal dan sesat.

Presiden PAS kini dapat layanan istimewa Utusan


Di tengah-tengah kehangatan isu kerjasama Umno-PAS, Utusan Malaysia tampil memberi layanan istimewa kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan penuh Hadi, yang antara lain mempertahankan peranan parti itu sebagai pembangkang yang menasihati kerajaan.
Malah, kenyataan anggota Parlimen Marang itu turut diketengah di muka depan akhbar itu.
Manakala kenyataan penuh Hadi dimuatkan di halaman ke-12 dengan tajuk "Fahami konsep Nasihat PAS"
Jarang Utusan memberi ruang sebegitu kepada pemimpin pembangkang selama ini.
Akhbar web PAS Haakahdaily turut memuatkan kenyataan penuh Hadi semalam.
Masih tidak jelas sama ada layanan istimewa Utusan itu akan menjadi isyarat bahawa Umno terus berusaha untuk 'melamar' PAS, yang kini bersendirian selepas perpecahan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
Dalam artikel itu, Hadi antaranya berkata kesediaan PAS itu untuk menjadi penasihat kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.
Malah, katanya, konsep nasihat sangat penting untuk umat Islam dan termaktub dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar tertinggi PAS.

Wartawan veteran harap kenyataan SPRM bukan muslihat


Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengharapkan kenyataan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang yakin dapat menemui kebenaran dalam siasatan RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd, adalah benar dan bukan semata-mata satu muslihat. Menulis dalam blognya hari ini, bekas ketua pengarang New Straits Times Press (NSTP) itu melahirkan kebimbangannya terhadap kenyataan Tan Sri Abu Kassim Mohamed itu, menyatakan ia mungkin satu muslihat yang mempunyai agenda di sebaliknya.
"Mari kita berdoa supaya Abu Kassim bercakap perkara yang benar, kerana jauh di sudut hati saya, saya khuatir ia mungkin muslihat semata-mata.

"Saya bimbang penyataan kebebasannya (SPRM) itu mempunyai hasrat tersembunyi – untuk menguatkan kredibilitinya supaya sekiranya SPRM kelak mendapati tiada kes terhadap Datuk Seri Najib Razak, rakyat akan terpaksa mempercayainya," tulis beliau dalam blognya hari ini. Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan Abu Kassim berkata, beliau sedar rakyat menaruh harapan tinggi untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam kedua-dua kes itu, dan berikrar akan terus menyiasat kes itu tanpa menghiraukan sebarang tohmahan dibuat mana-mana pihak terhadapnya.

Ekonomi Teruk: Pemberhentian pekerja bukan penyelesaian

Dalam masa kurang seminggu lagi, kita akan melangkah masuk ke tahun 2016.
Semua petunjuk ekonomi menjangkakan keadaan ekonomi yang lebih mencabar sepanjang tahun yang akan datang ini.
Malaysia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila kesan kejatuhan harga minyak mentah diburukkan lagi dengan kejatuhan nilai mata wang, hilangnya keyakinan pelabur akibat krisis politik dan kenaikan mendadak kos operasi kesan daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Bank Negara Malaysia melaporkan sekurang-kurangnya 8,690 orang pekerja telah diberhentikan sepanjang Januari hingga September 2015 melalui pelbagai skim akibat daripada keadaan ekonomi yang semakin parah.
Setakat September 2015, seramai 461,000 orang terpaksa menganggur, peningkatan sebanyak 22 peratus atau 84,000 orang berbanding bilangan penganggur pada September 2014.
Apa yang lebih membimbangkan, industri petroleum adalah antara industri yang teruk terjejas dan terpaksa memberhentikan khidmat ramai pekerja.
Kesan kehilangan kuasa beli daripada pekerja-pekerja industri petroleum, yang rata-rata bergaji lebih tinggi jika dibandingkan dengan industri lain tidak boleh dipandang remeh.
Mengikut kajian yang dilakukan Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2014, purata isi rumah rakyat Malaysia berbelanja sebanyak RM3,578 sebulan.
Purata perbelanjaan bulanan bagi isi rumah sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah jauh lebih tinggi iaitu RM5,559 dan RM5,627 dengan peratus peningkatan masing-masing sebanyak 12.1 peratus dan 12.7 peratus setahun.
Kajian yang sama juga mendedahkan bahawa 23.9 peratus daripada jumlah tersebut dibelanjakan untuk kediaman dan bil-bil utiliti, 18.9 peratus untuk kos makan minum dan 14.6 peratus untuk pengangkutan.
RM9 juta keluar dari KL
Dengan anggapan kadar pertumbuhan kekal seperti tahun 2014, kita boleh menganggarkan purata perbelanjaan bulanan isi rumah pada tahun 2015 untuk Kuala Lumpur adalah sebanyak RM6,232 dan RM6,342 untuk Putrajaya.
Jika kita mengandaikan sepertiga daripada jumlah pekerja yang diberhentikan sepanjang 2015 itu tinggal di sekitar Kuala Lumpur, dan mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan sebanyak 50 peratus apabila terpaksa menganggur, Kuala Lumpur akan hilang lebih RM9 juta jualan barang dan perkhidmatan setiap bulan.

Fahami perbezaan, perkukuh perpaduan - Wan Azizah

KEADILAN dan gabungannya komited untuk terus menjunjung Perkara 18 dan 20 dijanjikan sewaktu penubuhan Malaysia pada 1963.
Selamat MalaysiaPresiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya akan bekerja lebih kuat untuk memastikan perjanjian itu terlaksana sepenuhnya.
“2015 sudah pun hampir ke penghujungnya. Oleh itu, rakan-rakan kita yang beragama Kristian menyambut Hari Krismas.
“Marilah kita mengambil kesempatan yang ada untuk kunjung-mengunjung dan merapatkan tali persahabatan di antara kita,” katanya dalam kenyataan media.
Azizah berkata hanya dengan memahami perbezaan, perpaduan akan terjalin dalam suasana aman dan damai.
“Kepada semua penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak khususnya, saya berharap perayaan Krismas tahun ini meriah dan bermakna.
“Semoga Hari Krismas tahun ini lebih bermakna bukan sahaja untuk anda sekeluarga, tetapi juga untuk semua yang mendambakan Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Kerjasama Umno-Pas tak lebur parti - Dr Asyraf Wajdi

KOTA BHARU - Kerjasama antara Pas dan Umno tidak semestinya perlu meleburkan identiti mana-mana parti politik sebaliknya bersedia untuk setuju atau tidak dalam beberapa perkara.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbincangan atau persetujuan itu perlu meliputi hal-hal yang melibatkan kepentingan rakyat, agama dan negara.
Kerjasama tak lebur parti Menurutnya, kesepaduan dan perpaduan antara kedua-dua parti politik terbesar ini amat didambakan majoriti masyarakat dan rakyat.
“Apabila bersatu, banyak perkara dapat kita perkasa dan laksanakan dengan cara lebih berimpak.
“Contohnya, kita berdepan dengan kos sara hidup dan isu-isu yang menyentuh soal institusi agama dan kedudukan Islam di negara kita.
“Namun, bersatu bukan bermakna meleburkan  mana-mana identiti parti politik. Sekiranya, ia melibatkan kepentingan rakyat, agama dan negara, kita wajib bersatu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersama Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Datuk Md Alwi Che Ahmad, di Madrasah Tok Guru Che Mat, Padang Upeh di sini, semalam.
Ditanya mengenai penyertaan daripada golongan belia sempena sambutan itu, Dr Asyraf menyarankan agar program sebegini perlu disemarakkan dalam kalangan masyarakat.
“Saya mengakui di Kelantan, sambutannya lebih hebat berbanding di negeri lain malah sambutan ini bermula di peringkat akar umbi.
“Malah, apa yang saya perhatikan, silaturahim di kalangan masyarakat amat utuh dan mampu memupuk perpaduan tanpa mengenal ideologi mahupun politik,” katanya lagi.

Pas intai lebih kerusi PRU14 - Abd Hamid

BENTONG - Pas Kawasan Bentong memilih untuk bertanding dua atau tiga kerusi di bawah Parlimen Bentong pada pilihan raya akan datang.
Yang Dipertua Pas Bentong, Abd Hamid Bahatim berkata, berbanding PRU13 lalu, mereka hanya bertanding di kerusi Dun Pelangai dan pernah berebut kerusi Parlimen Bentong.
Pada pilihan raya umum akan datang katanya, mereka menyasarkan untuk bertanding lebih dari satu kerusi.
Pas intai lebih kerusi PRU14 “Bagaimanapun, keputusan terbabit masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.
Menurutnya, keputusan untuk bertanding lebih dari satu kerusi terbabit diambil kira dari sokongan pengundi Bentong yang rata-ratanya telah memilih untuk menyokong pembangkang.
“Pada pilihan raya umum lalu, kita lihat rata-rata pengundi di Bentong mula beralih arah memilih mengundi pembangkang terutama pengundi kalangan kaum Cina.
“Kami percaya mereka yang telah mengundi pembangkang ini sudah tidak mahu bersama kerajaan dan akan terus menyokong pembangkang pada masa akan datang,” katanya.
Menurutnya lagi, Pas Kawasan Bentong menyasarkan untuk bertanding di kerusi Sabai dan Ketari selain Pelangai.
“Kami melihat kepada populasi pengundi di ketiga-tiga Dun terbabit yang mana rata-rata pengundi adalah Melayu.
“Namun begitu, keputusan bertanding di Ketari masih lagi di tahap 50-50,” katanya.

Skandal SRC dan RM2.6B: Hanya pendakwa raya boleh dedah hasil siasatan, kata bekas peguam negara

Tan Sri Abu Talib Othman berkata peguam negara perlu menyatakan sebab jika memutuskan tidak membuat pendakwaan bagi sesuatu siasatan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah memberikan cadangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2015. 
Tan Sri Abu Talib Othman berkata peguam negara perlu menyatakan sebab jika memutuskan tidak membuat pendakwaan bagi sesuatu siasatan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah memberikan cadangan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mengumumkan hasil siasatannya ke atas SRC International Sdn Bhd dan derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak, kata seorang bekas peguam negara.
Agensi anti rasuah itu juga tidak boleh mendedahkan kepada umum cadangan yang dibuatnya kepada pihak pendakwa kerana ia adalah rahsia, kata Tan Sri Abu Talib Othman.
"Hanya peguam negara yang perlu menyatakan sebabnya jika beliau memutuskan untuk tidak mendakwa walaupun SPRM sudah memberikan cadangan," katanya yang berkhidmat sebagai peguam negara sejak 1980 hingga 1993.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang beliau sedar rakyat menaruh harapan tinggi untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam kedua-dua kes itu. Abu Kassim berkata, SPRM akan terus menyiasat kes itu tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Kita akan menjalankan siasatan tanpa mengira latar belakang, kedudukan, status mereka. Saya harap mesej tersebut sampai kepada masyarakat dan itu kita pegang sehingga ke hari ini," beliau dipetik berkata Sinar Harian dalam satu wawancara khas yang disiarkan akhbar itu semalam.
Abu Talib yang menjadi peguam negara selama 13 tahun itu berkata, biasanya agensi penyiasatan seperti SPRM akan mengesyorkan sama ada pertuduhan perlu dibuat terhadap mana-mana pihak.
"Ini prosedurnya dan mereka dikehendaki menyediakan draf kertas pertuduhan untuk pertimbangan pendakwa raya," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, orang ramai boleh tahu melalui prosiding mahkamah jika tertuduh didakwa dengan kesalahan jenayah.
Bagaimanapun, beliau berkata pendakwa raya yang juga bertindak sebagai peguam negara tidak dikehendaki mengikut saranan disyorkan agensi penyiasatan seperti SPRM.
"Peguam negara/pendakwa raya tidak tertakluk kepada cadangan SPRM. Ia terpulang sepenuhnya kepada kebijaksanaannya kerana Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memberikan beliau budi bicara mutlak.
"Bagaimanapun, beliau dikehendaki membuat keputusan bijaksana mengikut undang-undang dan berdasarkan bukti," katanya.
Abu Talib berkata, beliau berpandangan dalam kedua-dua kes tersebut, pendakwa raya (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) mesti bertanggungjawab kepada rakyat jika pendakwaan tidak dibuat terhadap mana-mana pihak.

PAS lebih demokratik jika tiada tindakan ke atas Tuan Ibrahim, kata bekas jeneral


Bekas Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat, Brigedier Jeneral (B) Datuk Mohammad Arshad Mohammad Raji.Bekas Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat, Brigedier Jeneral (B) Datuk Mohammad Arshad Mohammad Raji.PAS dilihat jauh lebih demokratik berbanding Umno jika timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilepaskan begitu sahaja selepas meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti sehingga kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai disiasat ketika PAS mahu bekerjasama dengan Umno.
Ini pandangan bekas Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat, Brigedier Jeneral (B) Datuk Mohammad Arshad Mohammad Raji dalam satu tulisannya, ketika mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang menuntut Najib bercuti ketika Umno dan PAS mahu bekerjasama.
Menurut Jeneral Arshad, kenyataan Tuan Ibrahim itu mengejutkan Umno khasnya Presiden Umno yang dilihat terlalu mahu bekerjasama dengan PAS.
"Kenyataan ini juga mungkin mengejutkan Setiausaha Agung PAS yang berkata PAS sedia memaafkan Umno yang selalu memberikan layanan tidak baik kepada PAS," kata Arshad dalam tulisannya itu.
Arshad mengaku, beliau tidak tahu apakah kenyataan Tuan Ibrahim ini dibuat dengan persetujuan dan pengetahuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Atau ia hanya pandangan pribadi terhadap respon baik yang diberikan oleh ramai pemimpin Umno terhadap sambutan baik yang diberikan Ustaz Hadi Awang untuk menerima salam Najib dan kerjasama," katanya.
Bagi beliau, apa yang amat mengejutkan adalah desakan agar Najib meletakkan jawatan untuk membantu penyiasatan, satu kenyataan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin PAS sebelum ini, apatah lagi presiden parti.
"Jadi apa makna semua ini? Adakah ia adalah pandangan bertentangan antara timbalan presiden dengan presiden dan setiausaha agungnya," soal Arshad.
Tuan Ibrahim dalam kenyataannya baru-baru ini mencadangkan agar Najib bercuti bagi membolehkan siasatan ke atas skandal 1MDB dijalankan dengan baik.

Peniaga di Plaza Kota Raya kini sukar dapat pelanggan

Insiden kekecohan beberapa hari lalu menyebabkan peniaga semakin sukar mendapat pelanggan baru
kota raya
KUALA LUMPUR: “Lagi 20 (ringgit saya bayar esok ya,” kata seorang pelanggan kepada Nira (bukan nama sebenar), pekerja di sebuah kedai telekomunikasi di Kompleks Kota Raya.
Cuti umum selama dua hari sedikit sebanyak merancakkan kembali perniagaan di kompleks itu, yang lengang ekoran kekecohan pada 20 Disember lalu.
Menurut Nira, selepas hampir seminggu insiden kekecohan oleh sekumpulan lelaki berlaku di situ, majikannya semakin sukar mendapat pelanggan baru.
“Sekarang yang datang hanya pelanggan tetap. Biasanya mereka beli kad tambah nilai dan aksesori lain.
“Sudah sukar untuk dapat pelanggan baru, apatah lagi untuk beli telefon,” katanya yang merupakan pekerja warga Indonesia.
Sementara itu, pelanggan yang datang ke tempat dia bekerja itu yang juga merupakan warga Indonesia berkata, dia sudah biasa berurusan di kedai tempat Nira bekerja dan
Telefon bimbit yang digunakan turut dibeli di kedai berkenaan.
“Telefon pun masih dalam keadaan baik. Jadi kalau ada apa-apa, datang sini sahajalah,” katanya lagi.
Suasana di Kota Raya petang Jumaat kembali sesak dengan pengunjung yang datang kebanyakannya warga asing.
Rakan Nira yang bekerja di kedai bersebelahan pula mengharapkan, aktiviti perniagaan di plaza berkenaan akan kembali pulih seperti sedia kala.
“Memang tak ramai orang ke sini sebelum ini, tetapi keadaan menjadi lebih teruk sepanjang minggu ini.
“Ramai yang datang adalah mereka yang sudah biasa berkunjung dan kebanyakannya warga asing. Susah juga kalau bergantung kepada pelanggan tetap sahaja,” katanya lagi.

Pembangkang: Pas mahu jadi penyelamat

Tujuan Pas mahu menjadi pembangkang yang menasihat bukan untuk merampas kuasa daripada kerajaan sebaliknya untuk menjadi penyelamat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sehubungan itu ahli politik Pas yang menjadi pembangkang wajib mengambil contoh daripada al-Quran dan Sunnah.
“Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat.
Abdul Hadi Awang “Permulaannya menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran kepada yang baik, atau akhirnya kalau mereka tidak berubah caranya mengambil alih kuasa menjadi penyelamat tanpa dendam kesumat. Nasihat juga kena pada tempat dan keadaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, apabila beliau menegaskan Pas mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan, ramai yang terlalu bersemangat sehingga terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi.
“Maka, yang lemah imannya menjadi tidak istiqamah,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, umat Islam perlu kembali memahami konsep nasihat seperti yang dianjurkan dalam Islam.
“Perkataan nasihat adalah salah satu daripada perkataan bahasa al-Quran (mukjizat ilmu) yang sangat luas makna dan mafhumnya, sehingga merangkumi segala kata dan pendekatan untuk mengajak kepada kebaikan dan kebajikan, termasuk meninggalkan segala kemungkaran atau kejahatan dalam segala aspek. Jangan peduli kepada yang buta al-Quran,” katanya.

Pakatan Harapan kekal jadi parti gabungan pilihan raya, jika gagal ke Putrajaya


Dr Syed Husin Ali berkata jika Pakatan menang pilihan raya  dapat kuasai Putrajaya akan memudahkan usaha membentuk Pakatan Harapan didaftarkan menjadi sebuah organisasi politik.Dr Syed Husin Ali berkata jika Pakatan menang pilihan raya dapat kuasai Putrajaya akan memudahkan usaha membentuk Pakatan Harapan didaftarkan menjadi sebuah organisasi politik.Gabungan parti politik pembangkang seperti Pakatan Harapan akan terus kekal menjadi gabungan untuk menang pilihan raya sahaja jika tidak didaftarkan, kata bekas timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.
Bagi bekas pensyarah sains sosial itu, nasib Pakatan Harapan akan kekal begitu jika mereka tidak menang dalam pilihan raya umum nanti.
“Masih belum boleh dibuat dan tidak cukup hanya dengan tiga parti. Sekurang-kurangnya kena ada tujuh lagi parti yang sedia bergabung untuk menubuhkan organisasi.
“Setakat hari ini belum ada nampak komitmen parti lain terhadap Pakatan Harapan lebih-lebih lagi menarik parti-parti di Sabah dan Sarawak, selagi Pakatan Harapan tidak menang pilihanraya dan berjaya menakluki Putrajaya.
“Jika dapat kuasai Putrajaya itu akan dapat mendorong untuk memudahkan Pakatan Harapan didaftarkan menjadi sebuah organisasi yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Sosial (Ros),” ujarnya kepada Malaysia Dateline dalam satu pertemuan pada Khamis.
Peranan gabungan parti-parti politik pembangkang utama di negara ini diwujudkan bertujuan mengurangkan majoriti kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui parti Umno.
Ura-ura untuk mewujudkan sebuah organisasi dalam Pakatan Harapan telah dizahirkan dalam beberapa kali perbincangan tiga parti itu sebelum ini.
Syed Husin yang juga bekas Presiden PRM berkata, kemungkin akan ada perbincangan serius mengenainya dalam Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan kali pertama yang dijangka akan diadakan pada 9 Januari ini di Kuala Lumpur.
“Kita akan lancarkan tiga perjanjian kerjasama dan salah satunya itu mungkin dari segi organisasi Pakatan Harapan untuk dilihat lebih mantap menyentuh mengenai peraturan dan kita akan menambah baik ‘Buku Jingga’ untuk membaiki dasar-dasarnya dengan isu-isu terkini politik tanah air.
“Tumpuan persidangan kali pertama ini lebih banyak tertumpu kepada pilihan raya. Jika Pakatan Harapan menang, sama ada akan menjadi kerajaan campuran atau menjadi satu parti (Pakatan Harapan) untuk bentuk kerajaan atau lebih longgar daripada itu kita tidak tahu lagi,” ujarnya.
Kewujudan Barisan Alternatif (BA) pada 1999 adalah gabungan PAS, PKR dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Gabungan BA ini telah menentang BN dalam pilihan raya umum pada tahun 1999, 2004 dan 2008.
Bagi melaksanakan impian menakluki Putrajaya PAS, PKR dan DAP telah menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihan raya umum pada 2008 setelah BA berjaya merampas lima negeri daripada BN iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan mengekalkan Kelantan yang diterajui PAS sejak enam penggal pilihan raya diadakan.
Terkini pada September lalu, PR telah digantikan pula dengan Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah.
Melihat kepada senario gabungan pakatan pembangkang dalam menghadapi pilihanraya sudahpun terjalin sejak 1998 telahpun menjangkau 17 tahun PKR, PAS dan DAP atas nama gabungan kerjasama dalam menghadapi pilihanraya umum menentang Umno-BN.
Sejauhmana cabaran yang terpaksa di hadapi Pakatan Harapan kali ini berbanding BA dan PR?
Syed Husin berkata rakyat melihat krisis DAP-PAS berbeza dengan krisis Anwar Ibrahim pada 1998 hingga tertubuhnya BA kerana keyakinan rakyat terhadap lima negeri yang dimenangi BA pada 2008 lalu membentuk pula PR.
“PKR hari ini sudah berkembang tidak lagi berbicara soal perjuangan Anwar Ibrahim semata-mata sebaliknya PKR sudah tertumpu kepada reformasi pemerintahan dan menambah baik Buku Jingga untuk lebih mantap menjadi sebuah dasar kepada gabungan Pakatan Harapan pula.

Pasukan siber UMNO/BN perlu bernas, berilmiah..!!!

Pasukan yang diwujudkan oleh UMNO dan BN perlu berhujah dengan fikiran yang bernas dan dibekalkan fakta yang beruilmiah
cyber
PETALING JAYA: Pasukan Gelombang Biru baharu yang akan menangani serangan siber terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu dibarisi oleh `wira papan kekunci’.
Penulis blog, Awang Zabidi berkata, mereka yang membarisi pasukan itu perlu berhujah dengan fikiran yang bernas dan dibekalkan fakta yang berilmiah apabila menjelaskan tentang fitnah dan tohmahan yang dilempar oleh pembangkang.
“Biarlah pembangkang bermain dengan isu-isu sensasi serta fitnah untuk mendapatkan undi dari rakyat. Jika Pasukan Gelombang Biru pun menggunakan taktik yang sama, maka kredibiliti pasukan ini akan dipersoalkan umum dan akhirnya boleh menyebabkan senjata makan tuan.
“Tunjukkan dan buktikan kepada dunia bahawa para blogger serta wira papan kekunci UMNO terdiri daripada mereka yang cerdik pandai dan kaya dengan pelbagai idea apabila menangani dakyah-dakyah pembangkang,” katanya menerusi entri terbaru di blog catatanzabidi.blogspot.my.
Menurut Zabidi lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menjelaskan bahawa perang persepsi yang terhasil daripada perang siber merupakan cabaran terbesar kepada UMNO ketika ini.
Apatah lagi katanya, jika sesuatu isu itu dieksploitasi dan sengaja disensasikan.
Jelas Awang Zabidi, UMNO perlu mewujudkan pasukan media sosial sendiri yang bertindak sepenuh masa dan benar-benar komited agar usaha itu nanti berjaya dilaksanakan.

Jadi penasihat kerajaan, Pas mahu selamatkan negara

Pas mahu menjadi penasihat bagi mengingati pihak berkuasa agar meninggalkan kemungkaran
hadi awang
KUALA LUMPUR: Langkah Pas yang menawarkan diri untuk menjadi penasihat kepada kerajaan pusat bukan kerana mahu mendapatkan pangkat sebaliknya sebagai usaha untuk menyelamatkan negara.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, sudah tiba masanya Pas campurtangan dalam urusan negara untuk menasihati pemimpin agar mentadbir mengikut tatacara Islam.
“Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat.
“Permulaannya dengan menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran, kalau mereka tidak berubah caranya adalah mengambil alih kuasa tanpa dendam kesumat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya lagi, Pas sebagai sebuah gerakan Islam menjunjung tinggi Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar tertinggi parti.
“Surah Al-Asr menegaskan, betapa konsep nasihat amat penting kepada jamaah Islam dan umatnya, dengan makna yang luas bagi diri dan terhadap semua pihak termasuk musuh yang paling zalim,” kata Abdul Hadi yang juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
Justeru, beliau menyeru agar ahli Pas tidak mempedulikan mereka yang `buta Al-Quran’ demi perjuangan.
“Kita kini tenggelam dengan bencana zaman orang yang menulis dan bercakap tanpa ilmu di bawah langit tanpa sempadan.
“Perjuangan kita bukan akal tanpa sempadan…kita mengikut sempadan Allah (dalam perjuangan dan dakwah),” katanya lagi.

Selepas Buku Jingga, Pas kemuka Dokumen Hijau

Dokumen Hijau merupakan pelan penyelesaian kepada pelbagai masalah ekonomi yang melanda negara, kata Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan
Pusat Nasrudin Hassan
PETALING JAYA: Pas bakal melancarkan ‘Dokumen Hijau’, sebuah pelan penyelesaian kepada pelbagai isu ekonomi yang melanda negara.
Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan memaklumkan, ia akan dikemukakan kepada umum dalam masa terdekat.
“Dokumen Hijau yang menjadi pelan penyelesaian kepada beberapa isu ekonomi yang melanda rakyat dan negara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Ini akan diperjuangkan Pas bagi membantu rakyat keluar dari kemelut dan tekanan ekonomi yang semakin membarah,” katanya.
Ia adalah lanjutan daripada Muzakarah Dokumen Hijau yang dianjurkan Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Lajnah Penerangan Pas Pusat dan Lajnah Ekonomi Pas Pusat, bertempat di Shah Alam pada 19 Disember lalu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Temerloh itu juga memaklumkan Pas Pusat akan mengadakan sesi taklimat kepada semua peringkat pimpinan Pas Pusat.
“Taklimat ini bagi memberi pencerahan mengenai perkembangan dan pendekatan terkini Pas dalam politik semasa, serta beberapa isu nasional.
“Ia akan berlangsung dalam dua peringkat. Peringkat pertama adalah pusat yang akan diadakan pada Januari, disusuli dengan jelajah pimpinan Pas ke seluruh negeri,” katanya lagi.

Amanah mungkin bertanding di PRN Sarawak biarpun berdepan laluan sukar

AmanahL
Khalid Samad berkata sekalipun pihaknya mengetahui kesukaran yang dihadapi namun ia dilihat bukanlah penghalang kepada Amanah untuk bertanding di Sarawak.

KUALA LUMPUR, 25 Disember 2015:

Parti Amanah Negara (Amanah) berkemungkinan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sekalipun berdepan dengan laluan sukar.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata sekalipun pihaknya mengetahui kesukaran yang dihadapi namun ia dilihat bukanlah penghalang kepada parti berkenaan.
Menurutnya, bertanding pada PRN Sarawak adalah alternatif yang ada sekiranya Pakatan Harapan (PH) ingin benar-benar membawa perubahan dalam negara.
“Soal susah bukan alasan yang kukuh untuk kita tidak tubuh Amanah dan bersaing dengan Pas itu sendiri serta sudah ada keperluan ambil alih peranan Pas dalam pakatan pembangkang.
“Saya tak nampak apa yang nak dikeluhkan dan kita kena buat apa yang perlu dibuat dan soal pembahagian kerusi masih belum dibincangkan,” katanya kepada The Rakyat Post, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir bahawa Amanah tidak mempunyai sebarang peluang untuk menang pada PRN Sarawak sekalipun kebanyakan pemimpinnya adalah bekas tokoh Pas Sarawak.
Tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, beliau meramalkan akan berlakunya pertembungan tiga penjuru pada PRN Sarawak disebabkan politik di Sarawak dan Malaysia Timur jauh berbeza dengan politik di Semanjung Malaysia.
“Semua orang risau akan berlaku pertembungan tiga penjuru dan sebagainya di Sarawak dan ada kemungkinan untuk berlaku tetapi di Semenanjung kita masih tidak tahu lagi oleh kerana pilihanraya masih lagi jauh dan kalau nak buat apa-apa ini masa yang sesuai untuk bertindak.
“Apa yang berlaku di Sarawak nanti bukanlah mewakili secara keseluruhan PH di peringkat Jawatankuasa Kerja dan kita juga berharap akan adanya konsesus dengan parti-parti tempatan untuk membolehkan pertandingan tiga penjuru atau lebih dapat dielakkan,” ujarnya.

Apa yang dipertaruhkan dalam kerjasama Umno-PAS

Pengkaji politik negara menjangkakan sebuah pakatan pilihan raya menjadi matlamat terakhir bagi kerjasama Umno-PAS walaupun ramai penyokong PAS tidak menyedarinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2015. 
Pengkaji politik negara menjangkakan sebuah pakatan pilihan raya menjadi matlamat terakhir bagi kerjasama Umno-PAS walaupun ramai penyokong PAS tidak menyedarinya. 

Kerjasama Umno-PAS boleh membawa keuntungan kepada kedua-dua parti Melayu Islam itu ketika masing-masing memerlukan talian hayat berikutan krisis dalaman terbesar yang berlaku. Biarpun kerjasama yang dijalinkan pada tahap minimum – mengadakan program bersama – namun ia mampu memulihkan kembali imej kedua-dua presiden parti itu yang kian tercalar.
Penganalisis dan pemerhati menggariskan 3 senario bagaimana kerjasama ini boleh berlaku dan apa yang yang bakal diperoleh kedua-dua pihak menerusi inisiatif ini, yang pertama selepas lebih 3 dekad.

Jika mereka berjaya menjalinkan kerjasama di peringkat tertinggi tetapi paling berisiko – dengan membentuk pakatan pilihan raya – ia boleh menjadi talian hayat diperlukan Umno bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kekal menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).1. Berkongsi pentas
Peringkat yang paling asas dan abstrak ialah bagi pemimpin kanan kedua-dua parti mengadakan program bersama seperti perjumpaan alumni Universiti Al-Azhar pada 17 Disember lalu, yang dihadiri Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya daripada PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kali terakhir sesuatu seperti itu berlaku adalah pada 2005 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi bertemu bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa lawatan kerja di Kelantan.
Pada 2002, presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkongsi pentas dengan bekas presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada satu ceramah umum mengenai isu Palestin.
Tetapi pada kedua-dua majlis itu, presiden Umno tidak pernah mengetengahkan isu mengenai perpaduan Umno-PAS.
Kerjasama di peringkat asas ini membuahkan semangat muhibah di kalangan ramai ahli PAS dan Umno serta pengundi Melayu Islam yang tidak memihak mana-mana parti, kata pengumpul suara bebas Ibrahim Suffian.
"Ia alasan yang sangat popular di kalangan orang Melayu Islam untuk menyatukan 2 parti Melayu Islam yang berseteru tersebut," katanya yang merupakan pengarah eksekutif Merdeka Center itu.
Keupayaan Najib mengukuhkan hubungan Umno-PAS akan melenyapkan beberapa kritikan terhadap beliau dari dalam Umno, kata Ibrahim, sekali gus meningkatkan populariti beliau buat sementara waktu di kalangan sesetengah orang Melayu Islam.
Perkara yang sama juga berlaku kepada Hadi di mana kepimpinan PAS dikritik selepas penghijrahan ahli Parlimen dan individu terkenal mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
"PAS sedang keluar daripada krisis selepas kehilangan ahli dan pemimpin paling terkenal dan berkebolehan," kata Mohamad Hisomuddin Bakar, pemikir Pusat Ilham.
2. Sokongan Parlimen 
Senario ini sudah berlaku di dalam Dewan Rakyat di mana sebahagian daripada 14 ahli Parlimen PAS sudah pun menunjukkan mereka boleh mengambil sikap yang tidak membangkitkan kemarahan BN.
Ketika undian Bajet 2016 diadakan, hanya 3 ahli Parlimen PAS menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan dalam menentangnya. Manakala, 11 yang lain mengikut arahan parti dan berkecuali.
Apabila memilih untuk berkecuali daripada menyokong undi sebegitu, kata seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan, ia sama seperti menyokong BN kerana PAS tidak menyertai usaha menyekat rang undang-undang perbekalan itu.
Tetapi, pada tahap ini, kerjasama yang lebih mendalam dan penting dapat dipupuk.
Ulama berpengaruh dalam PAS sudah mula mengeluarkan pandangan yang mewajarkan kerjasama Umno-PAS, kata Hisomuddin.
Pemimpin Pakatan Harapan juga bimbang PAS akan menyokong mana-mana rang undang-undang kritikal yang dibentangkan BN pada masa depan.