Jumaat, 25 Disember 2015

Sedia maafkan Umno:PAS Kota Bharu cadang Takiyuddin saman media

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika diasak media untuk menyatakan pendiriannya terhadap kerjasama PAS -Umno ketika beliau hadir di persidangan Perkasa baru-baru.Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika diasak media untuk menyatakan pendiriannya terhadap kerjasama PAS -Umno ketika beliau hadir di persidangan Perkasa baru-baru.
PAS kawasan Kota Bharu mencadangkan Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan mengambil tindakan undang-undang ke atas media yang memutar belit isu PAS sedia memaafkan kesalahan Umno selepas program Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) minggu lalu.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, tindakan undang-undang boleh membersihkan nama Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu di sampingpenafian tegasnya atas usaha cuba memalu gendang kerjasama yang digambarkan oleh media.
Sedangkan katanya, yang dimaksudkan adalah perpaduan berlandaskan syariat.
“Umum menerima pakai bahawa Umno ialah parti perjuangan Melayu dan PAS perjuangan berlandaskan syariat yang pastinya penuh keadilan tidak pernah wujud dalam kamus perjuangan Umno.
“Hakikat inilah yang telah sebati dalam diri para pendokong PAS. Maka keperitan hasil kezaliman yang telah dilakukan tidak mungkin boleh dilupakan dan dimaafkan sewenang wenangnya khususnya oleh pengikut bawahan dan tiada yang berhak memaafi melainkan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Cadangan tindakan undang-undang ini diputuskan dalam mesyuarat Harian PAS kawasan Kota Bharu yang berlangsung semalam.
Ia sekaligus menyokong kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad bahawa PAS perlu berhati hati dengan perkembangan baharu yang sedang belaku sekarang.

Dari "Anwarinas" ke "kedondong", Tuan Ibrahim kini sasaran media Umno


(daari kiri) Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang(daari kiri) Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi AwangSemalam, portal pro-Umno BNBBC.my melabelkan sikap Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai "buah kedondong".
Ini gara-gara tindakan Tuan Ibrahim menyiram air batu dengan menyarankan kepada Naib Presiden Umno Datuk Hishamuddin Hussein agar menyuruh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bercuti menunggu siasatan terhadap 1MDB dan derma RM2.6 bilion selesai di tengah-tengah kehangatan cubaan Umno untuk memikat PAS untuk bekerjasama.
"Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri. Nyatalah, Tuan Ibrahim kini sudah jadi buah kedondong di dalam partinya apabila bersikap menentang kerjasama UMNO dengan PAS," tulis BNBCC.my di artikelnya yang turut dipapar oleh AgendaDaily.
Ini bukan kali pertama Tuan Ibrahim diserang oleh media pro-Umno. Ketika Tuan Ibrahim menegaskan bahawa PAS tidak akan memikul biawak hidup sebagai jawapan kepada pelawaan Najib kepada PAS secara terbuka di Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini, media pro-Umno BNBCC.my dan MYKMU.net telah menyerang Tuan Ibrahim secara berturut-turut dengan perkataan seperti "ego" dan "Anwarinas."
Dengan serangan sedemikian, sudah terang dan jelas bahawa Umno kini mensasarkan Tuan Ibrahim sebagai pemimpin PAS yang perlu dijatuhkan.
Namun, apa yang tidak disangka Umno ialah kini bukan sahaja Tuan Ibrahim yang bersuara. Kedua-dua Naib Presiden PAS - Ustaz Idris Ahmad dan juga Datuk Iskandar Samad juga mengambil pendirian yang keras terhadap kerjasama Umno-PAS.
Malah Idris secara terang-terangan menyuruh ahli PAS yang inginkan Umno dan PAS bergabung untuk keluar PAS.
Soalan yang bermain di minda kini, apakah sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap apa yang berlaku?
Apakah beliau akan membiarkan Umno terus menyerang Tuan Ibrahim dan seterusnya Naib-Naib presidennya yang lantang bersuara menentang kerjasama antara Umno-PAS, atau bangkit membela mereka?

Majlis Gereja bimbang hala tuju negara, undang-undang lulus tergesa-gesa

Majlis Gereja Malaysia (CCM) khuatir dengan undang-undang keselamatan negara kerana ia turut memberikan kesan kepada kebebasan rakyat, kata Ketua Gereja Anglican Asia Tenggara Datuk Ng Moon Hing. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Disember, 2015. 
Majlis Gereja Malaysia (CCM) khuatir dengan undang-undang keselamatan negara kerana ia turut memberikan kesan kepada kebebasan rakyat, kata Ketua Gereja Anglican Asia Tenggara Datuk Ng Moon Hing.

Majlis Gereja Malaysia (CCM) hari ini menyuarakan kebimbangan mereka berkenaan hala tuju negara ini, lebih-lebih lagi apabila membabitkan perundangan.
Ketua Gereja Anglican Asia Tenggara Datuk Ng Moon Hing berkata, untuk menjadi masyarakat yang saksama, sememangnya memerlukan undang-undang, namun undang-undang tersebut perlulah mendidik dan melindungi serta menghormati masyarakat.
"Kami khuatir dengan undang-undang yang diluluskan tergesa-gesa tanpa perbahasan dan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan," katanya ketika berucap pada majlis minum petang Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya sempena sambutan Hari Natal hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga turut khuatir dengan undang-undang keselamatan negara kerana ia turut memberikan kesan kepada kebebasan rakyat. "Walaupun kita menentang keganasan, kita tidak seharusnya terbawa-bawa dengan godaan undang-undang dan peraturan untuk menewaskannya.
"Sebagai badan keagamaan, kami faham kejahatan godaan, dan dorongan untuk melakukannya (kejahatan) sambil mempercayai yang kita sedang melakukan kebaikan," katanya.
Beliau yang juga pengerusi CFM berkata, negara tidak seharusnya ditadbir dalam suasana di mana undang-undang dalam keadaan tergantung.
"Ia akan mencetuskan kekacauan dan huru-hara," katanya.

PAS, gerakan Islam pro demokrasi dan Isis

Dr Maszlee Malik

Di antara isi ucaptama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu Multaqa Alumni al-Azhar yang lalu, beliau ada menegaskan demokrasi merupakan sistem yang paling hampir dengan syariat Islam.
Beliau turut menegaskan PAS komited dengan wahana demokrasi untuk mencapai cita-cita mereka. Malangnya, penegasan Hadi itu kurang dihargai signifikannya kerana dilitupi laporan retorik politik berkaitan perkongsian pentas di antara beliau dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Walhal, penegasan tersebut amat signifikan dan amat bermakna semasa dunia sedang menghadapi ancaman kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) atau Da’esh di waktu ini.

Komitmen PAS untuk memelihara sistem demokrasi di Malaysia melalui lidah presidennya itu merupakan petunjuk jelas PAS menolak Isis dan tidak sekali-kali boleh disamakan dengan Isis sepertimana didakwa sesetengah pihak. Malah kenyataan Datuk Ayub Khan, ketua penolong pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman sewaktu “Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan” di Universiti Teknologi Malaysia pada 13 Disember 2015 lalu mengenai bahaya doktrin Isis melalui pengajaran tauhid 3 di Malaysia adalah tuduhan tidak langsung terhadap Hadi dan PAS.
Ini memandangkan Hadi merupakan antara figura agama awal yang bertanggungjawab memperkenalkan doktrin “Tauhid 3’ (Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyan dan Tauhid Asma wa Sifat) kepada rakyat Malaysia melalui karya terkenalnya “Mukadimah Aqidah Muslim” di awal tahun 80’an lagi.
Malah siri ceramah-ceramah Hadi mengenai kepentingan menegakkan syariah dan negara Islam adalah berpaksikan konsep Tauhid Uluhiyyah semenjak 4 dekad lalu.
Malangnya doktrin yang dibawa Hadi itu diserang hebat di dalam “Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan” berkenaan 2 orang penceramah lain, iaitu Zamihan Mat Zin dan juga Engku Ahmad Fadzil Engku Ali.
Tuduhan yang dilemparkan antara lain ialah doktrin tauhid berkenaan merupakan ajaran Wahabi yang dibawa masuk graduan dari Arab Saudi seperti Hadi dan graduan Pakistan seperti kebanyakan aktivis PAS merupakan punca kepada faham ekstremis Isis di Malaysia.
Walaupun mereka tidak menyebut nama PAS, namun umum dapat memahami yang menjadi tumpuannya ialah Hadi dan PAS yang juga sebelum ini menjadi mangsa tuduhan beberapa tokoh lain.
Maka, penegasan Hadi di dalam multaqa berkenaan merupakan satu kenyataan signifikan untuk melawan mitos yang cuba mengaitkannya dan PAS serta ajaran tauhid 3 dengan Isis dan keganasan.
Hadi membuktikan  pemahaman Islam berteraskan tauhid t3 boleh menerima demokrasi dan di atas dasar itu juga, PAS komited dengan prinsip tersebut.
Amat malang, di dalam multaqa tersebut, isu Isis tidak ditimbulkan sama sekali, malah isu keperluan komitmen serius melibatkan kerjasama Umno dan PAS untuk melawan pengaruh Isis di Malaysia juga tidak disentuh langsung.

Mengimbau partisipasi PAS dalam politik Sarawak

Nazri Noor dan Jufazli S.A


PAS mula bertanding dan memasuki Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, mencuba nasib di Parlimen Batang Lupar, yang mana majoriti pengundinya ialah Bumiputera Islam-Sarawak.
Sekali imbas, ia kelihatan sebati dengan DNA politik PAS,  namun ia berdepan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang paling dominan di negeri itu, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Hasilnya, PBB jauh meminggirkan PAS dengan peratusan undi majoriti sebanyak 70.7%, berbanding PAS yang hanya memungut 22.6%.

Pada PRU 2004, PAS sekali lagi mencuba nasib, kali ini memilih tempat baharu, Parlimen Batang Sadong, juga bertembung dengan PBB. Hasilnya, PAS dengan undi popular 8.7%, jauh dipinggirkan PBB yang memungut 91.3% undi popular.
Pada PRU 2008 pula, PAS sekali lagi mencuba di Parlimen Batang Lupar buat kali ke-2 selepas tewas pertama kalinya pada 1999. Sekali lagi, PAS tercorot dengan defisit undi lebih 8,000. Dengan undi popular sekitar 20%.
PRU 2013, menyaksikan PAS dipertanggungjawabkan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk membuktikan diri mereka di 5 kerusi parlimen, Sibuti, Tanjong Manis, Batang Sadong, Kota Samarahan dan Igan.
Walaupun tsunami rakyat memihak kepada PR khasnya di Semenanjung Malaysia, PAS rata-rata dilihat gagal memberi sebarang nilai positif dalam arus politik Sarawak.
PAS teruk dibelasah di Parlimen Tanjong Manis. Calon PAS hilang wang deposit, selepas hanya mengutip 1,571 (11%) undi.
Dua calon lagi Di Batang Sadong dan Igan, nyaris selamat selepas berjaya melepasi tahap 12.5% undi popular dengan 2,017(13%) undi di Batang Sadong dan 1,747 (13%) undi di Igan. 
Di Sibuti, walaupun gah dengan undi popular 35%, PAS tewas kepada PBB dengan 6,066 defisit, manakala di Kota Samarahan pula, PAS jauh di belakang PBB dengan defisit 17,401 walaupun dengan 21% undi popular.
Boleh dirumuskan di sini, dikumpulkan statistik penglibatannya dalam 4 PRU, tahap purata undi popular PAS berlegar di sekitar 17%.
Hal ini mengambil kira konteks PAS bertanding sebagai rakan kongsi dalam koalisi PR bukan secara bersendirian.
Pilihan raya negeri
PAS mula melibatkan diri dengan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) 2001 dengan bertanding di 3 kerusi DUN; Semariang, Sadong Jaya dan Beting Maro.
Secara purata ia mengandungi hampir 90% pengundi Melayu/Melanau Islam. Hasilnya, PAS jauh ditinggalkan lawan tradisinya di Sarawak, PBB.

PAS Bukan Nak Gabung, Tapi Nak Jadi Barua UMNO

Oleh ramziredang

"Sungai furat telahpun kering. Dunia memang telah sangat akhir zaman dan kemunculan dajal telah sangat hampir. Betapa kritikalnya umat islam hari ini, hinggakan seorang pemimpin yang zalim diangkat mulia sebagai orang yang merasmikan majlis yang dihadiri sekumpulan orang orang yang kononnya digelar ulama. Anehkan? Pemimpin zalim rasmi majlis multaqa ulama azhar. Dah lupa hadis dan quran gamaknya ulama ulama dunia ni. Patutla perut ulama akhir zaman masing masing semuanya buncit buncit belaka. Dunia dan syaitan duk bersarang dalam perut
Hukum dah jadi tunggang langgang. Kejab kafir kejab tak kafir. Kejab taghut kejab tak taghut. Kejab komunis kejab tak komunis. Kejab perlembagaan penjajah kejab pertahankan perlembagaan.
Ahli bawahan dah mula pening. Nak lari takut sebab awal awal lagi sudah disemat dalam kepala tinggalkan jemaah adalah kafir (kan aku dah tulis tiga bulan lepas akan ada ceramah takfiri) 
Sekarang ramai yang masih bertahan di dalam PAS, kerana berpegang pada dasar PAS semata mata. Nak harapkan pemimpin utama? Memang munafik. Dari dulu memang asyik menafikan taknak kawin dengan UMNO tetapi dari hari ke sehari macam orang bercinta je. Makin lama makin rapat. Makin mesra. Dulu berapi api marahkan UMNO, sekarang lautan apipun sanggup ku renangi bersama UMNO (demi Islam kononnya). Tapi kenapa sekarang?
Kenapa dulu tidak demi Islam?ooooooo...sekarang berubah pendekatan ye? Dulu menyerang sekarang menerang? Nak terang apa tu? Nak terang kat UMNO bahawa Islam ni perlu diletak di atas sekali? Memang celaka lah alasan ni. Memang dasar pemimpin agama yang penipu. Main suka suka je bagi alasan. Kau ingat UMNO nak dengar ke alasan kau tu??? Haprak betul. Kau ingat kami orang bawah ni boleh diperbodohkan ke?? 
Sejak bila UMNO nak kan agama? Kalau UMNO nak tinggikan syariat, perlu ke kerjasama PAS? Kalau dia betul betul nak tinggikan syariat...saat sekarang pun dia boleh laksanakan di terengganu, kedah, perlis, johor, pahang dan negeri negeri lain yang UMNO perintah.
Aku taknak bukti banyak kalau betul UMNO nak tinggikan syariat Islam, aku nak sehelai tudung je. Bagi kat Rosmah dulu. Jangan citer la pasal hudud ke qisas ke dulu. Kau tahu tak, harussani dari buncit sikit sekarang jadi buncit banyak, fathul bari dari pakai kopiah hingga hilang kopiah, tapi sampai sekarang tak berjaya nak letak sehelai kain atas remos rosmah. Apa yang aku nampak terbalik la pulak, tudung ustazah masyitah yang dulu labuh dah jadi makin singkat. Hinggakan sekarang akupun dah nampak ranumnya buah betik ustazah masyitah. Macam ni yang berlakupun kau masih percaya UMNO nak tinggikan syariat???aduhhh pening aku
Yang aku nampak pemimpin yang paling bodoh adalah pemimpin PAS kelantan. Johan bagi kategori paling bodoh adalah Nik Amar. Apa punya buta perut la duk cuba percaya kat UMNO. Duit royalti minyak kelantan masih disekat, tapi boleh percaya kat kejujuran UMNO? Kepala hotak punya TMB macam ni. Kalau UMNO bagi duit royalti minyak boleh la jugak rasa rasa konfius apa UMNO memang jujur ke. Ni masih kena zalim tapi percaya.

DAP: Nik Aziz, Karpal ikon rentasi sempadan kaum, agama


DAP hari ini mengajak rakyat Malaysia menjadikan almarhum Nik Aziz Nik Mat dan mendiang Karpal Singh sebagai ikon yang mempromosi kehidupan harmoni, toleransi merentas sempadan kaum, agama dan budaya.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ikonik kedua-dua tokoh mampu menjadikan Malaysia sebagai negara model yang aman di dunia sekalipun memiliki rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.
nik aziz karpal singhBersempena sambutah Hari Maulidur Rasul semalam dan Hari Krismas hari ini, beliau berkata, rakyat Malaysia harus menunjukkan contoh kepada masyarakat dunia dengan memecah tembok kebencian, salah faham antara agama dan kaum, seterusnya membina jambatan persefahaman, harmoni dan toleransi.
“Saya teringat dua peristiwa. Pertama, kejadian orang Islam mempertahan orang Kristian apabila diserang pengganas Somali di Mandera, utara Kenya dengan mendesak pengganas membunuh mereka bersekali jika meneruskan serangan.
Kedua, kunjungan Nik Aziz pada sambutan Hari Thaipusan pada Januari 2013 manakala Karpal pula mengunjungi rumah Nik Aziz untuk sambutan ulang tahun kelahiran ke-82,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Nik Aziz adalah bekas Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan manakala Karpal Ahli Parlimen Bukit Gelugur. Kedua-duanya antara tokoh terkenal dalam parti masing-masing berikutan kelantangan mereka tetapi sentiasa dihormati kawan dan lawan di Malaysia.
“Biarlah Malaysia memberi sumbangan bermakna untuk keamanan dan tamadun manusia,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Penyatuan PAS-Umno buka tirai tahun baharu 2016?

Tirai tahun baharu 2016 dilihat bakal dibuka dengan usaha penyatuan kedua-dua parti politik terbesar Melayu yang sedang dirintis melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penaja PAS-Umno.
Jurucakap jawatankuasa itu, Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul memberitahu pertemuan berkala antara PAS-Umno dijangkakan akan berlangsung pada 30 Disember ini.
“Kita sudah senaraikan mungkin dalam 30 ahli, asas pemilihan ialah mereka yang boleh diterima oleh Pas dan Umno,” ujarnya dipetik dari Sinar Online hari ini.
Menurut Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM) itu, pihaknya akan meletakkan batu asas yang kuat bagi mengharmonikan hubungan PAS-Umno melalui skop dan perjalanan aktiviti yang akan dibincangkan nanti.
Mengulas tentang keanggotaan ahli jawatankuasa berkenaan, beliau berkata, mereka terdiri daripada ahli akademik dan profesional dan tidak melibatkan ahli parti politik sama ada daripada PAS mahupun Umno.
Pembentukan satu jawatankuasa penaja untuk mengadakan pertemuan berkala antara PAS dan Umno itu antara tujuh resolusi yang dimuktamadkan dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia minggu lalu.
Cadangan tersebut pada mulanya diketengahkan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi sempena multaqa tersebut.

PKR tiada sifat setiakawan, kata Nazri


Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin Nazri AhmadYang Dipertua PAS Kawasan Rompin Nazri AhmadYang Dipertua Pas kawasan Rompin, Nazri Ahmad menzahirkan kekecewaan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini,mengatakan Pas dilihat kurang mendapat sambutan di Sarawak dan tidak sama seperti yang diperoleh di Semenanjung Malaysia.
Nadzri berkata, kenyataan Wan Azizah itu menunjukkan PKR seolah-olah tiada sifat setiakawan sedangkan mereka masih mempunyai hubungan dengan Pas melalui Pakatan Rakyat (PR) selain umum juga mengetahui banyak kemenangan PKR di kawasan yang ditandingi turut dibantu jentera Pas.
“Kenyataan sedemikian seolah-olah menidakkan bantuan Pas selama ini walaupun ada desakan ahli akar umbi supaya Pas meletakkan calon di kerusi tertentu tetapi tetap memberi laluan kepada PKR atas semangat setia kawan dan muafakat dalam PR. Mereka (PKR) juga kekurangan jentera dan dana tetapi kita (Pas) tetap bantu,” kata sebagaimana dipetik daripada portal berita.
Presiden PKR itu turut berkata, sambutan Pas di negeri yang terletak di sebelah barat Malaysia itu tidak sama seperti yang mereka (Pas) peroleh di Semenanjung dan oleh sebab itu tidak ada pembahagian kerusi untuk Pas di sana.
Azizah berkata demikian Selasa lalu selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan selain mendedahkan inti pati mesyuarat tersebut yang turut membincangkan asas kerjasama di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Ekonomi negara gawat ramai pekerja industri terjejas...pemimpin terus bermewah..!!!


Sejak Ogos lalu, seramai 255 pekerja syarikat pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing (NAM) antara kelompok pekerja industri pemotoran yang telah diberhentikan dalam tempoh 24 jam.Sejak Ogos lalu, seramai 255 pekerja syarikat pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing (NAM) antara kelompok pekerja industri pemotoran yang telah diberhentikan dalam tempoh 24 jam.Lebih ramai rakyat tempatan di sektor industri bakal menjadi mangsa kegawatan ekonomi akibat penutupan syarikat atau pembuangan pekerja ekoran kejatuhan nilai ringgit serta kejatuhan harga minyak di luar kawalan sepanjang tahun ini.
Bahkan sejak Ogos lalu, seramai 255 pekerja syarikat pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing (NAM) antara kelompok pekerja industri pemotoran yang telah diberhentikan dalam tempoh 24 jam.

Sektor perbankan juga tidak terkecuali apabila Hong Leong Bank dilihat melaksanakan langkah pengurangan pekerja melalui Skim Pemisahan Bersama (MSS) mulai Oktober lepas sebagai apa didakwa untuk mengukuhkan kecekapan operasi.

Realiti kemuraman ekonomi negara sejak tahun lalu lagi diakui Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak yang menyebut, “2014 merupakan tahun yang kurang berjaya dari segi pendapatan.”
Justeru, pengumuman CIMB pada Mei lalu untuk melaksanakan MSS dijangka menjejaskan 2,000 pekerja CIMB Group Holdings Bhd di Malaysia dan Indonesia.
Pada masa sama, operasi beberapa kilang di utara tanah air mulai ditutup sepanjang tahun ini dan dimulakan dengan perpindahan kilang Motorola Pulau Pinang ke China yang menyaksikan 150 pekerja termasuk jurutera dan operator hilang sumber pendapatan.
Bagi bekas pekerja sebuah syarikat Jepun yang bertapak di Kuala Lumpur lebih 40 tahun, Kassim Musa, 31, tindakan sesebuah syarikat memberhentikan pekerja bagi meminimumkan kos lazimnya diambil selepas berlaku rombakan di peringkat pengurusan tinggi.
“Management dengan GM baru buat dasar baru. Paling terasa, yang (pekerja) bawah-bawahlah. Yang atas (pengurusan) masih ada lagi. “(Jawatan) yang besar-besar (orang) Jepun, kalau GM ramai Cina tempatan,” katanya ketika ditemui Malaysia Dateline, semalam.
Beliau yang sebelum ini bekerja di bahagian sumber manusia di syarikat tersebut terpaksa mengambil keputusan berhenti pada pertengahan tahun ini selepas elaun tertentu dipotong.
“Saya anggarkan 20 peratus pekerja di syarikat saya bekerja dulu sudah berhenti beralih kerja lain. Majoriti mangsanya sudah tentulah pekerja tempatan.
“Banyak syarikat besar ini bukan dia yang buang pekerja secara direct tetapi mereka buat cara yang pekerja itu sendiri jadi tidak tahan lalu berhenti. Kalau syarikat itu tawarkan pampasan pemberhentian pekerja, mereka lagi rugi.
“Jadi, apa mereka buat? Mereka potong elaun ketika pendapatan kita yang sedia ada sudah rendah. Tiba-tiba dia (syarikat) nak potong lagi. Mana tahan,” ujarnya yang kini menjadi penjual kereta terpakai.
Mengulas tentang realiti jurang besar hutang isi rumah keluarga di negara ini dengan pendapatan lebihan, Kassim berkata kenaikan gaji tahunan tidak berbaloi dengan peningkatan mendadak kos sara hidup.
“Negara kita ini, nampak rakyatnya ada aset, ada harta tetapi semuanya berhutang. Rumah, kereta belum lagi hutang pinjaman peribadi dan hutang PTPTN bagi yang melanjutkan pengajian tinggi. Jadi, bila ekonomi meleset, hilang pekerjaan akibat diberhentikan ini mendatangkan beban besar kepada rakyat,” katanya lagi.
Sektor minyak tidak semewah dahulu
Kemuraman industri minyak dan gas berlaku ekoran kejatuhan mendadak harga minyak mentah sedunia.Kemuraman industri minyak dan gas berlaku ekoran kejatuhan mendadak harga minyak mentah sedunia.Sementara itu, sumber daripada eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas beribu pejabat di Kuala Lumpur memberitahu Malaysia Dateline, kerjaya dalam bidang berkenaan pada masa ini semakin mencabar dan tidak lagi semewah dahulu.

HEBAT & CILIK Najib ni...

Najib rela disiasat SPRM,
SPRM di bawah Jabatan Perdana Menteri..

SPRM kata hasil siasatan diserah kpd Peguam Negara,
Peguam Negara dilantik 'atas nasihat' Najib...

KALAU CAMNI elok saja serah sisatan tu 'DIRECT' kat Najib, lagi senang jimat kos. takyah nak perabih wang rakyat.

NAMPAK TAK peranan SPRM & Peguam Negara...
Agak2 apa kesudahannya siasatan derma RM2.6 billion & SRC International nanti ???

Setiap Hari, Setiap Masa MENIPU RAKYAT.. CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!!

SENDIRI BOROS SENDIRI sendiri mahu nasihatkan rakyat bersederhana..

Kenapa masih memilih kerajaan yg lemah, BOROS & penuh rasuah ? Fikir2kan lah wahai penyokong UMNO/BN..

Yang buat HUTANG & BOROS adalah pimimpin2 UMNO & ROSMAH, TAPI yg tolong bayar hutangnya adalah rakyat sendiri

Sambutan Krismas: Rakyat mengeluh kerana GST

Pelaksanaan GST oleh kerajaan menyebabkan perbelanjaan untuk menyambut Krismas tahun ini agak tinggi
GSt
PETALING JAYA: Warga kota yang menyambut Krismas pada tahun ini mengeluh akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan.
Wartawan sambilan The Star, Magdalene Luis, 25, menyifatkan pelaksanaan GST oleh kerajaan telah menyebabkan perbelanjaan untuk menyambut Krismas pada tahun ini agak tinggi.
“Memang terasa bahang GST tu dengan adik-adik masih belajar lagi. Pendapatan tak meningkat tapi perbelanjaan dan harga barangan semakin meningkat setiap tahun,” katanya kepada FMT.
Dia berkata demikian mengulas mengenai sambutan hari Natal pada tahun ini akibat daripada pelaksanaan GST.
Sementara itu, guru di salah sebuah sekolah swasta, Sherrlyn Sigang, 25, pula berpendapat, Krismas yang disambut pada tahun ini agak berbeza dengan tahun lepas ekoran adanya kenaikan harga barang menerusi GST.
“Dulu majoriti buat rumah terbuka, sekarang banyak yang buat perjumpaan antara keluarga. Contoh kat Sarawak ada kedai makanan segera yang dulu memang tak pernah ada cukai atau GST sebab dalam kefahaman kami kedai macam tu hak orang Sarawak.

Wang haram: Malaysia jangan jadi sarang mafia

Negeri kecil, pertumbuhan ekonomi tidaklah sehebat negara maju. Tiba-tiba tersenarai nombor 5 aliran keluar wang haram tertinggi.
Menurut laporan tahunan terbaru Global Financial Integrity (GFI), yang beribupejabat di Washington, Malaysia telah kehilangan jumlah terkumpul sebanyak AS$418.542 bilion (RM1.8 trilion) sejak tahun 2004. Ini meletakkan Malaysia nombor 5 aliran keluar wang haram tertinggi. 
Sudah tentu ia melibatkan mereka yang berada di pihak tertinggi. Barang pasti bukan yang melibatkan penjual goreng pisang dan laksa buyung di tepi jalan. 
Jika benar laporan ini menambahkan lagi masalah yang sedia ada di negara ini dengan keadaan ekonomi yang merudum, harga petrol yang turun di peringkat antarabangsa, mata wang makin kecil. 
Pelabur mana yang hendak datang ke negara kita, jika keadaan ini berterusan. 
Apa yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Agensi kerajaan seperti Bank Negara, SPRM, Kastam, LHDN, PDRM adalah badan yang bertanggungjawab. Jangan hanya memburu ikan bilis sedangkan ikan jerung terlepas begitu sahaja. 
Tahun 2008  rakyat  pernah dikejutkan mengenai wang RM40 juta yang ditangkap oleh pihak berkuasa Hong Kong ke atas Michael Chia melibatkan kes membabitkan permit membalak di Sabah. Bagaimana negara lain boleh menangkap mereka yang hendak membawa wang keluar di lapangan terbang negara mereka. 
Jangan nanti dunia ketawa, Malaysia semuanya lemah. Wang keluar RM1.8 trilion pun tak tahu, wang masuk RM2.6 bilion pun tak tahu. Jadi apa yang Malaysia tahu?

Yapeim nafi beli simulator golf guna sumbangan jariah

Pengarah Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) Akmal Nasir menunjukkan gambar pusat sukan golf simulator milik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), pada sidang media di Kuala Lumpur, 17 Disember lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2015. 
Pengarah Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) Akmal Nasir menunjukkan gambar pusat sukan golf simulator milik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), pada sidang media di Kuala Lumpur, 17 Disember lepas. 

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai yayasan itu membeli simulator golf menggunakan sumbangan jariah orang ramai. Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata sebaliknya simulator itu dibeli hasil daripada pendapatan perniagaan yayasan itu.
"Kita tak guna sumber amal jariah (untuk pembelian simulator golf) kerana kita jalankan perniagaan dan ada sumber-sumber kewangan sendiri yang kita gunakan untuk kembangkan perniagaan lain," katanya kepada pemberita di Klang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kewangan pendidikan kepada waris 5 sekeluarga yang mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Sabtu lepas.

NAJIB MAKIN TAK POPULAR

Menurunnya populariti Najib Razak di hati rakyat sebenarnya bukan lagi sekadar andaian atau jangkaan semata-mata. Ia adalah realiti yang semakin nyata serta boleh dilihat di mana-mana.

Kekal berkuasa dan penyokongnya pula bangga kerana konon kepimpinannya masih mampu mengaut derma beribu-ribu juta, hakikatnya populariti beliau semakin ketara menurunnya.
Sebaliknya, bekas timbalannya Muhyiddin Yassin yang dipecat dan dihadapkan dengan macam-macam sekatan, tiba-tiba pula mendadak naik popularitinya.

Sempena dua cuti umum, Maulidur Rasul dan Krismas minggu ini, kedua-dua pemimpin tersebut masing-masing memuatnaik tulisan berkenaan hari kebesaran itu di laman Facebook dan lihatlah berapa ramai yang menunjukkan "like atau "suka" kepada mereka.

Untuk Maulidur Rasul, Najib memuatnaik tulisannya sejak Rabu dan sehingga petang Jumaat ini, jumlah "suka"  yang diperolehinya hanyalah sebanyak 3,990 sahaja manakala Muhyiddin yang memuatkan tulisannya sejak Khamis telah mengumpul  "suka"  sebanyak 29,852.
Untuk Krismas pula, Najib hanya mendapat "suka" sebanyak 904 sejak  memuatnaik ucapannya pada Khamis, sementara Muhyiddin dalam tempoh tidak sampai sejam telah memperolehi "suka"  sebanyak 2,620.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pula mengumpul "suka"  yang jauh lebih mengecewakan. Tak sampai hati pula nak tulis jumlahnya dan lihatlah sendiri melalui gambar di bawah ini...hehehe.
Malah jika "suka"  yang diperolehi Najib dicampurkan dengan "suka" kepada Zahid Hamidi, ia masih lagi tidak mampu menandingi jumlah yang diperolehi oleh Muhyiddin.

Masihkah tidak mahu memahami isyarat ini?

TMJ ingatkan Melayu tentang asal usul

Kebencian tidak menjadikan kita seorang muslim, dan sifat saling menghormati akan menjadikan kita seorang insan yang baik
Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mengingatkan orang Melayu agar sentiasa beringat tentang asal usul dan pendidikan mereka sejak kecil.
Baginda bertitah, orang Melayu tidak sepatutnya mudah terpengaruh dengan elemen luar dan mengikut fahaman ekstrim.
“Saya tidak faham apa yang anda takut sangat hendak menghormati antara satu sama lain? Kebencian tidak menjadikan anda seorang muslim.
“Pertimbangan yang baik, saling hormat menghormati dan kasih sayang menjadikan anda seorang insan dan muslim yang baik. Kualiti kehidupan anda bergantung kepada kualiti pemikiran anda, jadi pilihlah dengan baik,” titah baginda menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers.
TMJ bertitah, sebagai seorang Muslim, apa yang penting adalah keimanan dan keikhlasan hati seseorang dan menjadikan al-Quran sebagai panduan.
“Janganlah kita cuba jadi lebih pandai daripada al-Quran,” titah baginda.
Dalam pada itu, TMJ meminta agar masyarakat berbilang bangsa di negara ini sentiasa menghormati kepercayaan kaum lain.
“Saya mempunyai rakan-rakan berbangsa Melayu, Cina dan India. Pada perayaan Tahun Baru Cina saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada mereka yang beragama Hindu.
“Kepada yang beragama Kristian pula saya ucapkan Selamat Hari Krismas. Ianya tidaklah menjadikan saya seorang Islam yang tidak baik, ianya menunjukkan budi bahasa kita.
“Pada Hari Raya Aidilfitri, mereka daripada kaum dan kepercayaan lain mengucapkan kepada kita Selamat Hari Raya. Jika mereka boleh menghormati kepercayaan saya, apa sebab saya tidak boleh menghormati mereka?,” titah baginda.

Inilah hakikatnya....


APA SUDAH JADI DGN PM 'melayu-UMNO' anda !!!


Dr Asri bimbang rakyat hilang keyakinan terhadap sistem keadilan

Ia dibimbangi apabila rakyat mengambil langkah sendiri untuk membela diri daripada dizalimi
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
PETALING JAYA : Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan kebimbangannya terhadap rakyat yang mula hilang keyakinan dengan sistem keadilan dalam negara ini sehingga mereka mula bertindak sendiri.
Menurutnya, kejadian membakar lori-lori bauksit di Kuantan baru-baru ini merupakan satu petanda yang perlu dipandang serius.
“Jika hal ini berterusan, lalu merebak maka satu negara tidak terkawal lagi. Rakyat bawahan akan berkeyakinan bahawa hanya mengambil undang-undang di tangan sendiri sahaja yang dapat membela diri daripada dizalimi,” katanya menerusi status terbarunya di Facebook.
Bekas Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu turut bersimpati terhadap nasib penduduk di Kuantan yang menerima kesan daripada aktiviti perlombongan bauksit yang dilakukan pihak tertentu bagi mendapatkan keuntungan.
“Setiap pihak berhak untuk berniaga dan membuat keuntungan dengan syarat tidak menzalimi pihak yang lain. Mementingkan keuntungan sendiri sehingga menyakiti pihak lain adalah satu kezaliman.
“Orang lain membuat untung, rakyat bawahan mendapat derita. Penguasa hendaklah sedar bahawa urusan pengurusan di dunia ini tidak berakhir di sini, tetapi akan dibawa ke mahkamah Allah pada Hari Kiamat kelak,” katanya.
Tegasnya, kerajaan tidak sewajarnya mementingkan golongan atasan sehingga menyebabkan rakyat bawahan menderita dan merasa diri mereka tidak terbela.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan bertindak segera untuk mengatasi masalah bauksit di Kuantan.

Mutiara yang terlindung di balik retorik Umno-PAS

Antara isi ucap utama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu Multaqa Alumni al-Azhar yang lalu, beliau menegaskan bahawa demokrasi merupakan sistem yang paling hampir dengan syariat Islam.
Malah beliau menegaskan bahawa PAS komited dengan wahana demokrasi untuk mencapai cita-cita mereka.
Malangnya, penegasan Hadi itu kurang dihargai signifikannya kerana dilitupi oleh laporan retorik politik berkaitan perkongsian pentas antara beliau dengan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Walhal, penegasan tersebut amat signifikan dan amat bermakna di waktu dunia sedang menghadapi ancaman kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) atau Daesh di waktu ini.
Komitmen PAS untuk memelihara sistem demokrasi di Malaysia melalui lidah presidennya itu menjadi petunjuk jelas bahawa PAS menolak IS, dan PAS tidak sekali-kali boleh disamakan dengan IS sepertimana didakwa sesetengah pihak.
Malah kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman Datuk Ayub Khan sewaktu “Seminar Negara Islam: Jihad vs militan” di Universiti Teknologi Malaysia pada 13 Disember lalu, mengenai bahaya doktrin IS melalui pengajaran “tauhid tiga” di Malaysia adalah tuduhan tidak langsung terhadap Hadi dan PAS.
Ini memandangkan Hadi antara figura agama awal yang bertanggungjawab memperkenalkan doktrin tauhid tiga (tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyan dan tauhid asma wa sifat) kepada rakyat Malaysia melalui karya terkenalnya Mukadimah Aqidah Muslim di awal tahun 80-an lagi.
Malah siri ceramah-ceramah Hadi mengenai kepentingan menegakkan syariah Islam dan negara Islam adalah berpaksikan konsep tauhid uluhiyyah semenjak empat dekad yang lalu.
Malangnya doktrin yang dibawa Hj Hadi itu diserang hebat dalam “Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan” berkenaan oleh dua penceramah lain, iaitu Zamihan Mat Zin dan juga Engku Ahmad Fadzil Engku Ali.
Tuduhan yang dilemparkan antara lain ialah doktrin tauhid berkenaan merupakan ajaran Wahabi yang dibawa masuk oleh graduan dari Arab Saudi seperti Hadi dan graduan Pakistan seperti kebanyakan aktivis PAS.
Tauhid tiga
Ia didakwa punca kepada faham ekstrimis IS di Malaysia.
Walaupun mereka tidak menyebut nama PAS, namun umum dapat memahami bahawa yang menjadi tumpuannya ialah Hadi dan PAS yang juga sebelum ini menjadi mangsa tuduhan beberapa tokoh lain.
Maka, penegasan Hadi dalam multaqa berkenaan merupakan kenyataan yang signifikan untuk melawan mitos yang cuba mengaitkannya, PAS dan ajaran tauhid tiga dengan IS serta keganasan.
Hadi telah membuktikan bahawa pemahaman Islam berteraskan tauhid tiga boleh menerima demokrasi dan atas dasar itu juga, PAS komited dengan prinsip tersebut.
Amat malang, dalam multaqa tersebut, isu IS tidak ditimbulkan sama sekali, malah isu keperluan komitmen serius melibatkan kerjasama Umno dan PAS untuk melawan pengaruh IS di Malaysia juga tidak disentuh langsung.
Malang lagi, kerajaan Umno dalam usahanya melawan pengaruh IS juga tidak melibatkan Hadi dan pimpinan PAS yang lain secara serius untuk bersama untuk melawan naratif keganasan yang dibawa IS.
Secara realistiknya, Hadi dan PAS mempunyai penawar bagi mereka yang bersimpati dan terpengaruh dengan doktrin keganasan IS di Malaysia.

KPDNKK gagal laksana tanggungjawab – pengguna

Kegagalan KPDNKK dalam mengawal harga barang dan membanteras penjualan barangan tiruan telah menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembeli
kpdnkk,barang-tiruan
PETALING JAYA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) didakwa gagal memainkan peranan mengawal harga barang dan membanteras penjualan barangan tiruan.
Beberapa orang awam yang ditemui FMT pada Jumaat memberitahu, disebabkan kegagalan itu timbul pelbagai isu termasuk beberapa siri pergaduhan antaranya yang berlaku di Plaza Low Yat dan Plaza Kota Raya baru-baru ini.
Seorang pelukis pelan, Mohd Jasmin Shariff, 31, berkata, penjualan barang-barang tiruan misalnya di Low Yat telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembeli di plaza itu.
“Mereka (KPDNKK) tidak buat kerja. KPDNKK patut buat kerja dengan telus..kes ugut juga banyak di Low Yat.
“(KPDNKK) juga tidak mampu untuk membela nasib peniaga..cakap je lebih,” katanya.
Menurut Mohd Jasmin lagi, isu kegagalan KPDNKK mengawal harga barang dan membanteras penjualan barangan tiruan juga bukan merupakan isu baru.
“Kawalan harga masih tidak dapat dibuat sangat,” ujarnya.
Pendapat itu disokong oleh, Muhammad Hafiz Yaákob,27, apabila menyatakan KPDNKK hanya membuat tindakan selepas timbulnya isu pergaduhan di plaza berkenaan.

Hadi: Yang lemah iman tak lagi istiqamah


Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menegur pihak yang terpengaruh dengan provokasi ketika beliau menegaskan parti itu mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan.
"Apabila saya menegaskan bahawa PAS mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan, ramai kalangan yang terlalu bersemangat, sehingga mahu menjadi pembangkang semata-mata, atau terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi.
“Maka, yang lemah imannya menjadi tidak istiqamah," katanya dalam tulisdan berjudul "Fahami Konsep Nasihat" di akhbar web PAS Harakahdaily hari ni.

SPRM yakin kebenaran kes RM2.6 bilion, SRC akan diketahui

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed menegaskan pihaknya tidak akan menghiraukan sebarang tohmahan dibuat mana-mana pihak dalam menjalankan siasatan. – Gambar fail The Malaysian Insider 25 Disember, 2015.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui harapan rakyat untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam kes RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd yang sedang disiasat amat tinggi. Dalam siri ke-2 wawancara khas bersama akhbar Sinar Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed bagaimanapun berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai 2 kes itu kerana terikat dengan undang-undang.
“Saya mengulangi kenyataan dikeluarkan, iaitu kita mengesahkan sudah berjumpa dengan pihak berkaitan sepertimana kenyataan media sebelum ini.

"Dan kita akan menghabiskan siasatan dengan mengambil dan mendapatkan lagi saksi, serta bahan bukti diperlukan daripada pihak berkaitan. “Lebih pada itu, tidak boleh diterangkan lagi kerana saya terikat dengan undang-undang yang ada," beliau dipetik berkata.
Abu Kassim turut menegaskan pihaknya tidak akan menghiraukan sebarang tohmahan dibuat mana-mana pihak dalam menjalankan siasatan.
“Kita satu agensi bebas yang menjalankan siasatan ke atas semua aduan rasuah yang kita terima.
"Tidak kira siapa ditohmah, yang penting sekiranya tohmahan itu mempunyai justifikasi, kita akan menjalankan siasatan tanpa mengira latar belakang, kedudukan, status mereka.
“Saya harap mesej tersebut sampai kepada masyarakat dan itu kita pegang sehingga ke hari ini,” beliau dipetik berkata.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada agensi seperti SPRM dapat mengubah persepsi masyarakat selepas pelbagai krisis berlaku yang menjejaskan siasatan.
Mengulas kejadian sekitar 5 bulan lalu apabila Timbalan Pendakwaraya SPRM Ahmad Shazalee Abdul Khairi ditahan polis kerana dikatakan terlibat dalam kes berkaitan Seksyen 124 Kanun Keseksaan, Abu Kassim berkata, ia dilihat seolah-olah bertujuan menjejaskan perjalanan siasatan.
“Seperti dinyatakan Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM Tunku Aziz Tunku Ibrahim semasa memberi maklum balas, apa juga hujahan, penjelasan kepada tindakan yang diambil ke atas pegawai SPRM, perkara yang nyata ialah terdapat satu persepsi.
"Sama ada benar atau tidak, itu perkara ke-2. Tetapi, persepsinya seolah-olah ada satu tindakan untuk menjejaskan perjalanan siasatan.
“Saya tidak mengiakan perkara tersebut tetapi ini yang dinyatakan Tunku Aziz," katanya.
Bagaimanapun katanya, pegawai SPRM mengembalikan perjalanan siasatan selepas itu dan sehingga ke hari ini, dengan kerjasama beberapa pihak dan saksi terlibat, pihaknya berjaya mendapatkan dokumen berkaitan.
Katanya, sama ada akan terdapat lagi saksi dipanggil atau tidak dalam kes itu, ia bergantung kepada analisa Jabatan Peguam Negara.
“Sama ada ia berpuas hati atau tidak dengan siasatan kita, daripada perbincangan dan pembentangan kita nanti, kita akan tengok langkah apa yang perlu kita buat seterusnya,” katanya.

Mara Digital Mall v Low Yat, agenda Melayu atau Umno?

Persoalan sama ada tindakan kerajaan menubuhkan Mara Digital Mall sebagai benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan agenda Bumiputera atau mengambil kesempatan berpolitik dengan insiden Plaza Low Yat terus menjadi polemik di kalangan orang Melayu.
Tidak salah jika kerajaan melalui Mara mahu menubuhkan Mara Digital Mall, sebuah kompleks perniagaan atau ruang khusus untuk orang Melayu berniaga alat elektronik.
Itu juga sebenarnya roh penubuhan Mara yang diasaskan daripada Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (Rida) hasil idea presiden pertama Umno, Datuk Onn Jaafar pada 1950.

Pada 1 Mac, 1966 kerajaan menukar nama Rida kepada Majlis Amanah Rakyat atau ringkasnya, Mara untuk melaksanakan mandat, mengangkat martabat dan maruah bangsa Melayu melalui pelbagai bidang ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan dan sehingga ke hari ini, matlamat serta amanat tersebut masih digalas dengan menggunakan duit pembayar cukai. Tahun depan, Mara akan menyambut jubli emasnya, ulang tahun ke-50 dan selama penubuhannya, agensi ini tidak dapat dipisahkan dengan institusi pendidikan yang menjadi keramat kepada lahir golongan menengah Melayu besar ketika ini, iaitu Universiti Teknologi Mara atau dulu dikenali sebagai Institut Teknologi Mara dengan ratusan ribu orang Melayu mendapat pendidikan di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Masyarakat bukan Melayu tidak mempertikaikan penubuhan atau fungsi Mara walaupun jelas agensi ini beroperasi dengan menggunakan wang pembayar cukai dan hasil negara yang seharusnya dibahagikan sama rata dan ia sebenarnya semangat dipersetujui pemimpin terdahulu daripada pelbagai kaum yang membentuk Malaysia serta digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dan selama inilah, Mara giat melaksanakan agenda Bumiputera bagi membantu orang Melayu serta Bumiputera dalam bidang pendidikan dan keusahawanan dengan berpandukan apa dimahukan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang majoriti ahli Kabinet adalah orang Melayu.
Bukan satu perkara baharu Mara digunakan sebagai “vehicle” bagi mengembangkan perniagaan orang Melayu dan ia boleh dilihat dengan lambakan arked atau bangunan Mara berserakan di serata negara termasuk ruang peniagaan yang majoriti boleh diibaratkan seperti “hidup segan, mati tidak mahu”.
Di sinilah, wujud persoalan sama ada Mara Digital Mall atau sebelumnya dikenali sebagai “Low Yat 2” yang ditubuhkan tidak sampai sebulan selepas insiden di Plaza Low Yat,kononnya akibat berlaku penindasan terhadap pelanggan Melayu oleh peniaga Cina akan benar-benar membantu golongan muda Melayu berniaga alat elektronik seperti telefon bimbit dan komputer.
Benar kata menteri yang bertanggungjawab atas penubuhan Mara Digital Mall, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak adil mengukur pencapaian Mara Digital Mall dalam tempoh tidak sampai sebulan penubuhannya atau membandingkannya dengan Plaza Low Yat.
Tetapi adakah adil untuk Ismail yang dilihat begitu gelojoh mahu mengembangkan konsep Mara Digital Mall ke seluruh negara tanpa mahu melihat dulu pencapaian atau hasil projek perintis di Kuala Lumpur dengan menggunakan wang rakyat.
Di sinilah, letaknya kelemahan kerajaan dalam memperjuangkan agenda Bumiputera terutama dalam bidang perniagaan, konsep beri dan terus memberi kepada orang Melayu tidak akan sama sekali mendatangkan manfaat kepada keseluruhan orang Melayu kecuali, jika konsep itu digunakan untuk orang Umno dengan tujuan mengukuhkan pengaruh pemimpinnya dalam parti supaya terus dapat bergelar YB menteri.

Tumbangnya PAS Kelantan

Muammar Qaddafi


Walaupun pada peringkat awal kehadiran Amanah hanya dianggap seperti nyamuk dalam arena politik negara, namun kini PAS seolah terjaga dari khayalan sendiri dan sedar kedudukan mereka sebagai kerajaan Kelantan sebenarnya tergugat jika berlaku 3 penjuru antara PAS, Umno, dan Amanah.
Pun begitu, adakah pemimpin PAS juga sedar mungkin tanpa kehadiran Amanah pun di Kelantan, mereka akan jua tumbang?
Skandal balak Kelantan dan kegagalan menguruskan (dilihat gagal) kesan selepas banjir melanda kelantan akhir tahun lepas, tidak mustahil ada undi PAS Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan beralih kepada parti lain.

Apatah lagi pada tahun ini dibongkarkan gaya hidup mewah pemimpin kerajaan negeri yang memiliki banyak kereta mewah yang berharga ratusan ribu ringgit. Faktor zuhud akhirnya tidak lagi relevan dan talian hayat terakhir PAS hanyalah hudud sahaja.
Umno Kelantan yang lebih 20 tahun menjadi pembangkang tentunya dilihat lebih bersih berbanding PAS Kelantan, apatah lagi terdapat ura-ura mengatakan tokoh agama Datuk Ashraf Wajdi yang berkemungkinan mengetuai kepimpinan kerajaan Kelantan sekiranya Umno Barisan Nasional menang kelak.
Walaupun bukan angka yang besar yang mungkin beralih pada Umno,namun PAS punyai beberapa kerusi berisiko, iaitu kerusi-kerusi DUN yang dimenangi dengan majoriti kecil.
Antara kerusi yang berisiko adalah N4 Wakaf Bharu (majoriti 978 undi), N11 Tendong (majoriti 978 undi), N15 Gual Periok (majoriti 615 undi), N16 Bukit Tuku (majoriti 879 undi), N22 Jelawat (majoriti 102 undi), N33 Pulau Chondong (majoriti 919 undi), N32 Gaal (majoriti 302 undi), dan N40 Guchil (majoriti 492 undi).
PAS mahu terima atau tidak, potensi ia akan tumbang menjelang PRU14 adalah besar, analisis politik Nazri Mohd Noor dalam rencana beliau di The Malaysian Insider mendakwa PAS dan Umno Kelantan masing masing memiliki 32% pengundi tegar pada PRU14 nanti, pastinya akan mematikan mana mana dakwaan PAS pasti akan terus berkuasa di Kelantan.

AKAR UMBI PAS TAK TERUJA KERJASAMA DENGAN UMNO

Jika sepuluh ahli akar umbi Pas ditanya mengenai kerjasama yang sedang diusahakan oleh sesetengah pihak antara parti itu dengan UMNO, barangkali agak sukar untuk mendapatkan lebih daripada seorang yang bersetuju dengannya.

Yang seorang itu pun, jika kelihatan seperti bersetuju bukanlah pula setuju dalam erti kata yang sebenarnya, persetujuan itu tetap tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi UMNO terlebih dahulu.

Kadang-kadang yang seorang yang nampaknya macam bersetuju itu pula hanya tersenyum penuh makna apabila diajukan pertanyaan. 

Majoritinya, sama ada sembilan daripada sepuluh atau semua sepuluh orang yang ditanya itu, terang-terang menolak dan tidak teruja dengan jalinan kerjasama dengan UMNO itu.

Sejak beberapa hari lepas, saya mengambil kesempatan membuat tinjauan secara rambang dengan menghubungi beberapa kenalan dan saudara mara yang diketahui sebagai penyokong dan ahli Pas mengenai kerjasama itu.

Di kampung saya di Perak, saya juga berjumpa dengan ramai kenalan dan ahli keluarga yang lebih dekat untuk bertanya tentang perkara yang sama.

Kesimpulannya, tidak terlekat langsung dalam hati mereka dengan kerjasama yang menjadi dambaan Najib Razak UMNO yang cuba diusahakannya dengan tiba-tiba mahu berbaik dan melobi Presiden Pas, Hadi Awang itu.

Yang agak terbuka, terang-terang menolak kerjasama itu berdasarkan ideologi politik dan sejarah masa lalu UMNO yang menyakitkan bagi mereka. Secara umumnya mereka tetap menganggap UMNO sebagai musuh yang perlu ditumbangkan sebagaimana yang berlaku Kelantan serta Selangor dan pernah berlaku di beberapa negeri sebelum ini.

Ramai juga yang mencebikkan muka apabila ditanya mengenai hasrat UMNO tentang kerjasama itu, malah ada juga yang sama sekali tidak percaya Hadi Awang akan membawa Pas ke arah tersebut. 

LIVING CONDITIONS WORSEN AS NAJIB STUBBORNLY CLINGS ONTO POWER

LIVING CONDITIONS WORSEN AS NAJIB STUBBORNLY CLINGS ONTO POWER
There is a certain political game plan by prime minister Najib Tun Razak in sacking Muhyiddin Yassin and replacing him with Ahmad Zahid Hamidi. The reason is now clearly evident. Najib needs cover. He needs Zahid to protect him and be the barking dog that scares anyone that is a threat to him.
Zahid is doing exactly what Muhyiddin has failed to do. In fact, instead of covering for Najib’s faults, weaknesses and wrongdoings, Muhyiddin actually went on the offensive and challenged Najib to come clean over a number of issues plaguing the nation which was triggered off by the 1MDB fiasco.
Muhyiddin became a thorn in the flesh to Najib until the latter had no choice but to sack him and curtail his role in UMNO as deputy president. Najib has come down hard on Muhyiddin as he was toeing the line of the Mahathir camp that is out to oust Najib from office.
This is why ever since Zahid was appointed as deputy prime minister, Najib’s public appearances have been very limited. The watching media have commented that at public functions Najib usually makes a brief appearance and leaves quickly handing over to Zahid to carry out the rest of the program.
Najib refuses flatly to be drawn into any comment, view or opinion on the governing of the nation. This is why political observers believe Najib is on the run and hiding quietly, operating from the background while Zahid is on the forefront defending and protecting him.
This is why the Mahathir camp have whiffed the changes in the air and trying to measure up Zahid to see how they can get past him to try and remove Najib who is obstinately clinging on to power and causing living conditions in the country to worsen and get unbearable.
Defending and protecting Najib
The thrust, the responsibility of defending and protecting Najib is largely under the purview of Zahid. But Najib’s Cabinet reshuffle also meant that he has brought in those who will assist Zahid in keeping his position as prime minister of Malaysia.
The reason why Najib has resorted to this game plan is because he is actually afraid, genuinely scared that he will be held responsible for a growing number of atrocities and wrongdoings which have been exposed to Malaysians and the international community through social media.
As a result, it is really all the prime minister’s backers in the Cabinet led by Zahid who are shielding him from the glare of interrogators and those who are attacking him and accusing him of abusing his position and power as prime minister.
It is this core group of people that are causing a great deal of obstruction and hampering the work of Mahathir and a growing number of politicians from the opposition and even within Barisan Nasional, NGO’s and individuals who are going to the ground to get rid of Najib.
But not only are Zahid and those of the Najib camp defending and protecting him, the use of archaic and obsolete laws, the use of institutions of law and order such as the police and attorney-general’s office and the judiciary and civil service are banding together keep Najib clinging on to power.
The power play between Najib and Mahathir
Malaysians by large are witness to a duel for glory, a much-vaunted battle of which what is at stake is the right to lead and have the power and control of the nation and the rakyat. This is a real high value stakes game that both sides cannot afford to lose.

Laki-bini KUAT BOHONG..!!!

Kenapa ROSMAH BOHONG di PBB ???
Kerana ROSMAH BUTA FAKTA & BUTA NOMBOR..

Kenapa menteri yg selayaknya tidak berucap utk memberi data2 & FAKTA yg sepatutnya ??.. Bukannya AUTA dari mulut Rosmah.. Jgn lah berlagak pandai TETAPI bodoh sombong..

APA NAK HERAN.. Kalau lakinya pon kerap menipu rakyat apatahlagi bininya..

HAKIKATNYA.. pasti ada penjilat2 Rosmah sanggup jilat pertahankannya.

Kesempitan hidup paksa 16 sekeluarga bergilir tidur dalam flat satu bilik ....'panda dan pati dibela..rakyat diburu"

Sebahagian daripada ahli keluarga Abdol Wahab Musa yang terpaksa tidur bersesakan dalam flat kecil di Sentul, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Disember, 2015. 
Sebahagian daripada ahli keluarga Abdol Wahab Musa yang terpaksa tidur bersesakan dalam flat kecil di Sentul, Kuala Lumpur. 

Disebabkan kesempitan hidup, Abdol Wahab Musa serta keluarganya terpaksa bersempit di dalam sebuah flat satu bilik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sentul yang didiaminya sejak hampir 4 tahun lalu bersama 16 orang ahli keluarganya. Wahab, 53, mempunyai 15 orang anak dan sebahagian daripadanya sudah berkahwin serta menetap di tempat lain.
Dia menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan menjual air, makanan ringan dan buah-buahan secara tidak sah berdekatan Dataran Merdeka pada setiap malam dengan menggunakan bantuan daripada Baitumal sebanyak RM700 setiap bulan sebagai modal perniagaan.

"Anak-anak saya akan mula berniaga setiap malam dari pukul 10 malam sampai 6 pagi. "Selepas habis berniaga, ada di antara kami – anak lelaki saya – akan tidur sekejap sebelum pergi bekerja pada siang hari," katanya ketika dikunjungi The Malaysian Insider di rumahnya.
The Malaysian Insider menemui Wahab dengan bantuan sebuah organisasi bukan kerajaan yang melakukan khidmat masyarakat dikenali sebagai Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) Kuala Lumpur.
Wahab berkata, setiap malam anak-anaknya akan menolak 3 hingga 5 buah troli berisi barangan perniagaan mereka dari Stesen LRT Sentul ke Dataran Merdeka.
Katanya, dia dan isterinya Ruslelawati Mohd Ali, 43, kini tidak dapat membantu berniaga seperti sebelum ini kerana menjaga isterinya yang perlu diawasi sejak wanita itu mengalami ketidakseimbangan mental 2 tahun lalu.
Ia berpunca daripada kejadian mereka dihalau berniaga oleh pihak berkuasa, ketika mana isterinya turut mengalami kecederaan di tangan.
Katanya, Ruslelawati mengalami ketidakseimbangan mental kerana trauma dengan tindakan keras pihak berkuasa berkenaan.
Abdol Wahab Musa mula berhijrah ke Kuala Lumpur sejak berusia 16 tahun dan tidak bercadang kembali ke tempat kelahirannya walaupun berhadapan dengan kesukaran. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Disember, 2015. 
Abdol Wahab Musa mula berhijrah ke Kuala Lumpur sejak berusia 16 tahun dan tidak bercadang kembali ke tempat kelahirannya walaupun berhadapan dengan kesukaran. 
 
"Doktor sarankan isteri saya duduk di rumah dan saya perlu sentiasa ada bersamanya supaya dia tidak melakukan apa-apa yang tidak diingini kepada anak-anak kami yang kecil dan 2 orang cucu kami," katanya. Selain daripada itu, Ruslelawati turut menghidapi kencing manis dan darah tinggi.
Dia perlu mendapatkan rawatan untuk kesemua penyakitnya itu sebanyak 4 hingga 5 kali sebulan di hospital kerajaan, pada kos RM5 bagi setiap kali rawatan.
Namun pada bulan lepas, mereka akhirnya berjaya mendapatkan kad orang kurang upaya (OKU) mental untuk Ruslelawati selepas 2 tahun membuat permohonan.
Tidur bergilir dalam rumah tidak selesa
Ketika The Malaysian Insider mengunjungi kediaman mereka pada jam 10 pagi baru-baru ini, seramai 11 orang terdiri daripada anak menantu serta cucunya sedang tidur bergelimpangan di ruang tamu yang hanya sebesar kira-kira 11 x 12 kaki persegi itu.
Barangan perniagaan mereka turut dimuatkan di ruang yang sekangkang kera itu.