Khamis, 24 Disember 2015

KRONI & pemimpin2 UMNO gak senang mentak kedarah duit rakyat

"8 Lebuh raya DIBENARKAN NAIKKAN KADAR TOL TAHUN DEPAN" - Menteri BN

FAKTA !!!
- BUAT TOL.. guna duit rakyat
- BAYAR TOL.. guna duit rakyat..
- PAMPASAN TOL.. pon guna duit rakyat..

Umno sokong dakwah Pas, tapi mungkin tolak hudud

 Umno mungkin akan menyokong dan menyediakan kemudahan bagi Pas untuk menyebarkan dakwah, bagaimanapun parti tersebut mungkin tidak akan menyokong perjuangan hudud yang dibawa oleh Pas.
Ini kerana menurut Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, jika benar Umno ingin melaksanakan hudud, ia sudah pun dilaksanakan lama dahulu tanpa menunggu gesaan Pas.
Hudud “Dari segi dakwah Pas, selepas ini mungkin tidak akan ada masalah. Mungkin Umno akan bantu dari segi peruntukan dan sebagainya, tetapi kalau untuk hudud, mungkin Umno tidak akan sokong.
“Kalau (Umno) mahu hudud, sudah lama mereka laksanakan hudud,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Mengulas mengenai kerjasama yang dibawa oleh Pas dan Umno, Muhammad Shamshinor berkata, kerjasama tersebut mungkin akan membuahkan hasil yang baik kepada rakyat dan kedudukan agama Islam di negara ini.
Ini kerana Umno mempunyai kuasa majoriti dalam pengurusan dan pentadbiran negara  ini.
“Umno ada kuasa, Pas ada aspirasi dan prinsip yang jelas dalam menegakkan Islam. Kalau digabungkan dari segi kerjasama, mungkin ada kebaikan. Pengukuhan Islam dalam negara ini akan dikuatkan,” katanya lagi.

Apabila Rasulullah S.A.W merintih…

Maka dengan rahmat Allahlah kamu menjadi lemah lembut terhadap mereka dan jika kamu berkeras hati niscaya mereka akan lari darimu
Dakwah
Oleh Nurul Izzah Anwar
Menitis air mata ketika pertama kali mendengar kisah pengorbanan Baginda Rasulullah S.A.W dan perjuangan dakwah Baginda ke kota Taif. Sirah Baginda penuh dengan sejarah hiba dan sayu.
Rasulullah S.A.W ditemani Saidina Zaid Ibnu Harithah berjalan menempuhi panas terik matahari melebihi 90km.
Hawa panas padang pasir tidak sedikit pun melemahkan semangat juang mereka malah terus mengukuhkannya. Rasulullah S.A.W berdakwah dan bertemu dengan pemuda-pemuda Bani Tsaqif. Bukan sahaja dakwah Baginda tidak diterima, malah diherdik dengan kasar oleh pemuda-pemuda Bani Tsaqif. Tidak cukup dengan itu mereka mengupah kanak-kanak nakal yang membaling dan menghujani batu kepada Baginda sehingga kaki Baginda luka dan berdarah.
Apabila Rasulullah S.A.W merintih, Jibril diutuskan oleh Allah S.W.T dan menawarkan untuk menelangkupkan bukit dan memusnahkan kota Taif. Rasulullah S.A.W tidak membenarkan Jibril untuk bertindak malah menguatkan iltizam untuk bersabar terhadap mereka. Baginda hanya mendoakan supaya Allah memberikan petunjuk kepada penduduk Taif dan supaya Allah akan melahirkan dari zuriat mereka orang-orang yang beriman.
Setiap kali datangnya 12 Rabiul Awal, umat Islam seluruh dunia menyambut tarikh junjungan mulia Rasulullah S.A.W dilahirkan. Namun perlu diingati bahawa tanggungjawab mengingati Baginda haruslah setiap waktu. Ini selari dengan Firman Allah dalam Al Ahzab ayat 56 yang menganjurkan kita untuk sering berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.” (Al-Ahzab: 21).

Siapakah pelindung wanita yang sebenar?

Semata-mata ucapan, jawapan-jawapan di Dewan Negeri dan Dewan Rakyat serta dokumentasi yang berjela-jela sudah tidak lagi mempunyai nilai dan makna...
wanita
Oleh Rodziah Ismail
Tahun 2015M menyaksikan Maulidur Rasul disambut dua kali, 3 Januari (1436H) dan 24 Disember (1437H) dengan tema yang sama – “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.
Apakah signifikannya kepada wanita Malaysia? Tanpa mengira agama, latarbelakang, etnik dan golongan, ia mencelikkan imbasan kepada sirah (sejarah) Rasulullah (SAW) yang penuh dengan pengisisan dasar, perancangan dan perincian terhadap agenda dan pelan tindakan untuk melindungi wanita – pelindungan yang merangkumi bukan saja fizikal, malah meliputi psikologi, mental, jiwa, intelektual, spiritual, emosi dan setiap elemen insan wanita itu.
Wanita menaruh harapan yang amat besar terhadap amanah untuk melindungi mereka dengan baik dan sempurna. Demikian pula, wanita menyedari amanah mereka sebagai pencetus, aktivis dan pemelihara situasi yang harmoni dan sejahtera – semuanya dalam rangka amar ma’aruf, nahi mungkar dan dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta ke arah membina generasi masakini dan hadapan.
Wanita perlu berdaya untuk mengangkat diri mereka ke tahap yang dikehendaki oleh Allah swt dan memastikan kehidupan mereka, kehidupan keluarga mereka, masyarakat dan rakyat Malaysia adalah bebas dari sebarang bentuk diskriminasi, ketidakadilan, korupsi, birokrasi yang sengaja membebankan dan informasi yang berherotan (distorted). Hanya dalam environmen yang sebegitu, kesejahteraan di kalangan rakyat akan wujud. Justeru, reformasi dalam sistem mahkamah syariah dan sivil, bidang keusahawanan, politik dan proses pembuatan keputusan di semua peringkat dan bidang pentadbiran menjadi suatu kewajaran.
Wanita perlu memahami bahawa untuk kesemua harapan dan idealisme mereka menjadi kenyataan mereka semestinya bertindak bijak dalam semua pilihan raya umum dan negeri dengan mengenali bakal-bakal pemimpin dan membuat pilihan mereka dengan tepat, perhitungan yang teliti, pemikiran yang dipenuhi oleh informasi yang lengkap dan menyeluruh – kerana para pemimpin yang wanita pilih itulah yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara dan negeri. Para pemimpin itulah juga yang akan menetapkan dan mengimplemantasi dasar-dasar yang diharapkan akan memelihara kepentingan wanita. Amat malang sekali jika para pemimpin yang dipilih itu tidak bersungguh dan tidak memahami tentang isu-isu berkaitan wanita dan meningkatkan kehidupan wanita.
Yang utamanya, wanita sekalian adalah dipertanggungjawabkan untuk bersikap jujur dan adil dalam pertimbangan-pertimbangan mereka kerana sikap sedemikian adalah antara cara utama menghindar, menolak dan menghapuskan kejahilan, kekurangan, kerosakan dan kedurjanaan dalam sistem-sitem kehidupan manusia.

Pas akan hilang undi simpati jika bersama Umno

Pas akan kehilangan undi simpati daripada masyarakat sekiranya mengambil keputusan untuk bergabung dengan Umno.
Ini kerana menurut penganalisis politik Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, persepsi masyarakat terhadap Pas adalah lebih baik berbanding Umno.
“Sekarang, tanggapan masyarakat terhadap Pas sedang meningkat naik ekoran daripada keciciran Pas daripada Pakatan Harapan. Pas dianggap sebagai mangsa.
Pas “Sikap DAP yang berterusan ‘membuli’ Pas (selepas tertubuh Pakatan Harapan) dengan cara menekan PKR untuk menyingkirkan Pas menyebabkan ramai yang kasihan dengan Pas,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Muhammad Shamsinoor yang juga merupakan Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor berkata demikian ketika mengulas mengenai isu penggabungan kedua parti politik berkenaan yang menjadi topik hangat negara pada hari ini.
Sebaliknya, katanya, bagi Umno, penggabungan dengan Pas pula akan memberikan kelebihan besar kepada parti keramat itu.
“Untuk bergabung sepenuhnya dan bukan hanya sekadar kerjasama, itu beri kelebihan pada Umno. Sekarang Umno dianggap lemah kerana kepimpinannya dikritik,” ujarnya.
Beliau berkata, keduanya tidak akan mempunyai sebarang masalah sekiranya meneruskan kerjasama demi kepentingan rakyat.

Nik Amar baru tahu bahaya AMANAH kepada Pas

MSO

Kenapa tiba-tiba sahaja Naib Presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) berharap supaya parti Amanah menunaikan janji mereka agar tidak mengacau Pas di Kelantan dengan meletakkan calon dalam pilihan raya umum akan datang?

Apakah TMB itu sudah mulai menyedari kedatangan Amanah itu memberi kesan menakutkan kepada Pas? Atau pun dia sudah merasai bahan panas di bawah sana dimana ada ahli dan penyokong Pas tidak senang dengan aksi yang ditunjukkan pemimpin Pas yang berbaik-baik dengan pemimpin Umno?

Bahawa penentangan rancangan kerjasama itu semakin meluas dan kehadiran presiden Pas dalam majlis Multaqa Perpaduan anjuran Alumni Al Azhar itu sebagai menjolok mata?

Nik Amar juga dilaporkan berharap Amanah menunaikan janjinya sebelum ini untuk membantu Pas di Kelantan. Beliau mengungkit kenyataan berupa janji dikeluarkan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang menegaskan Amanah ditubuhkan bukan bertujuan menganggu Pas, sebaliknya untuk membantu perkuat dan mempertahankan kerajaan Kelantan, dalam masa sama memberi peringatan kepada Pas supaya tidak mudah termakan dengan janji-janji manis Umno. Itulah hasrat Wan Rahim.


Wan Abdul Rahim, pengerusi Amanah Kelantan.
Sekiranya sejak awal lagi Nik Amar atau orang-orang sepertinya menyedari kenapa Amanah ditubuhkan dia tidak perlu takut kepada Amanah itu. Tetapi kerana cetek ilmu politik dan gagal membaca siasah Amanah maka berlakulah kebimbangan itu. Apakah Nik Amar sudah dapat membayangkan kalau Amanah "ganggu" Pas, menyebabkan kerajaan peninggalan Nik Aziz itu akan hancur?

Sebenarnya bagi mereka mengenali siapa dia Wan Rahim serta tahu akan jasa dan budinya kepada Pas sejak berpuluh tahun lalu tidak perlu takut kepada beliau apa lagi tidak tergamak untuk memburuk veteran politik ini. Apa lagi beranggapan kerja-kerja politiknya di Kelantan adalah bagi memusnahkan Pas.

Tetapi disebabkan mereka tidak kenal, apa lagi mengetahui kronologi perjuangannya, pengorbanannya dengan Pas sampai sanggup dan rela dicampak ke hulu Kelantan, dengan mudah menganggap peranan Wan Rahim menerusi Amanah itu untuk khianati Pas.

Rasanya kalau dihimpun kesemua bekas-bekas ketua pemuda Pas Kelantan sejak dari tahun 1990 hingga kini dan seluruh bekas ahli jawatankuasanya, mereka tidak mampu mengatasi jasa dan pengorbanan Wan Rahim kepada Pas. Jasa Wan Rahim kepada Pas kalau boleh disebut lebih tinggi daripada Bukit Marak kalau pun tidak setinggi gunung Stong.

Justeru secara peribadi sebagai orang mengenali Wan Rahim sejak lama, saya sedih apabila beliau ditohmah sebagai jahat dan melakukan pengkhianatan kepada Pas. Tuduhan itu melulu dan dibuat dengan sentimen yang cetek politik dan bodoh. Seperti mana dijelaskan, mengenai kewujudan Amanah, ialah kerana, antara faktornya sebagai protes kepada Pas yang mengambil pendekatan politik baharu dengan Umno. Sebagai ahli politik Wan Rahim tahu apa yang akan terjadi dan implikasi kepada Pas.

Perlu disebut, secara peribadi saya kurang bersetuju dengan kewujudan Amanah di Kelantan kerana ia bakal menyulitkan Pas. Kelantan dan Terengganu tidak perlu kepada Amanah, cukup hanya ada Pas dengan Umno sahaja. Tetapi kerana Pas begitu angkuh dan sombong dalam melayani Wan Rahim dan rakan-rakan lain, maka sesuatu yang tidak perlu itu akhirnya wujud juga. Di sini kesilapan dan kelemahan Pas dalam mambaca peta politik.

Beberapa kali saya sebutkan, masalah dihadapi Wan Rahim bukan soal dia ingin jadi pemimpin, tetapi apa yang dirinduinya ialah untuk berkerja dan berkhidmat, kerana perjuangan (politik) adalah darah dagingnya. Orang mengenali Wan Rahim akan tahu bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan ini tidak boleh diam tanpa melakukan kerja untuk parti. Wan Rahim akan demam kalau tidak bekerja kepada parti.

Buktikan penipuan kami, kata SR kepada pembantu khas AG

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown berkata beliau ada bukti menunjukkan Mabel Muttiah menghantar pesanan teks untuk 'membuli dan merasuah' ahli keluarga mendiang Kevin Morais.
Clare Rewcastle-Brown
PETALING JAYA: Sarawak Report (SR) hari ini mencabar pegawai khas Peguam Negara Mabel Muttiah untuk menafikan dakwaan bahawa beliau menulis teks pesanan ringkas yang dipetik laman itu dalam satu laporannya 20 Disember lalu.
“Apa sebenarnya ‘penipuan’ dalam artikel saya itu?” soal editor SR Clare Rewcastle-Brown dalam responnya terhadap kenyataan Muttiah bahawa ia ‘penuh dengan penipuan’.
Dalam artikel tersebut, SR mendakwa berlaku perbuatan khianat (foul play) dalam penyiasatan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais.
Artikel itu juga mendakwa terdapat percubaan untuk “membuli dan merasuah” keluarga Morais bagi membolehkan jenazah mendiang dibakar sebelum autopsi kedua dilakukan.
Ketika dihubungi FMT, Muttiah menafikan dakwaan yang dibuat SR dan menyifatkannya sebagai “kewartawanan rendah” (substandard reporting).
FMT juga difahamkan yang beliau telah membuat laporan polis terhadap SR Selasa lalu.
Dalam responnya terhadap penafian Muttiah, Clare mendakwa beliau hanya membuat kenyataan yang tidak jelas.
“Adakah dia mendakwa yang dia bukanlah penulis kepada pelbagai teks pesanan yang kami petik? Jika ya, dia sepatutnya berkata demikian, bukannya hanya berkata laporan kami sebagai ‘penuh penipuan’,” katanya menerusi emel.
“Jika dia yang menulisnya (dan saya dapat membuktikannya) maka saya berhak untuk bertanya; mengapa dia menekan keluarga mendiang dan pejabatnya menawarkan wang kepada adik-beradik mendiang?
“Dan mengapa dia berhubung dengan seseorang yang menggelar dirinya sebagai ‘gangster’ untuk mengeluarkan mayat dari rumah mayat tanpa kebenaran ahli keluarga lain?”

#ShutdownJalanDuta diteruskan tanpa makluman kepada polis

Penganjur umum 17,000 bakal turun ke himpunan itu nanti
#ShutdownJalanDutaPETALING JAYA: Tunjuk perasaan bantah kenaikan kos sara hidup pada malam Tahun Baru 2016 akan diteruskan tanpa surat makluman kepada polis, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak #ShutdownJalanDuta Shazni Munir Mohd Ithnin.
“Kita telah mencuba untuk menemui pihak polis dan kita tidak akan menghantar (surat makluman perhimpunan) lagi,” kata Shazni ketika dihubungi FMT.
Pihak jawatankuasa cuba membuat serahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada jam 6.30 petang Selasa, tetapi ditolak atas alasan ia dihantar di luar waktu pejabat.
“Alasan ini langsung tidak boleh diterima! Akta Perhimpunan Aman (APA) langsung tidak menyatakan bahawa pemakluman perlu dilakukan dalam waktu pejabat,” katanya.
Shazni berkata mereka akan cuba menarik penyertaan seberapa ramai orang yang mungin dan menambah setakat ini seramai 17,000 orang mengesahkan kehadiran.
“Kita mempunyai 17,000 orang yang menandatangani petisyen online dan mereka ini yang akan turun (ke perhimpunan aman),” katanya.
Beliau, yang juga Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan tunjuk perasaan mereka adalah sah kerana APA menyatakan permit tidak diperlukan untuk berhimpun, sekadar memaklumkan kepada polis sebelum ia dianjurkan, dan menambah mereka akan memaklumkan kepada polis secara lisan.
Shazni berkata usaha untuk memohon permit merupakan tindakan sia-sia, kerana polis boleh menyalahguna kuasa mereka untuk menghalang perhimpunan daripada diadakan.
“Polis akan mengaku terima permohonan kita dari tarikh yaqng dihantar dan itu memberi masa kepada mereka untuk mencari alasan untuk menyekat kita,” katanya.
#ShutdownJalanDuta merupakan gabungan aktivis anak muda, reformis dan mahasiswa yang merancang untuk menyambut tahun baru 2016 di perkarangan plaza tol Jalan Duta bagi membantah kenaikan kos sara hidup dibawah pentadbiran Barisan Nasional.
Demo dijadualkan bermula pada jam 9 malam, 31 Disember.

Khalil perlu guna politik berhikmah - Shazni Munir


Muhammad Khalil Abdul Hadi

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi disarankan mengguna pakai pendekatan politik berhikmah berbanding mengikut jejak ‘orang-orang tua’ dalam politik yang gemar berbalah antara satu sama lain.
Naib Ketua (Politik) Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata sikap yang ditunjukkan anak kepada Presiden Pas itu hanyalah tindakan ke belakang sekaligus menjauhkan anak-anak muda dari politik.
“Apa perasan Khalil jika ada orang menuduh Pas sebagai 'keldai tunggangan' perompak nombor satu rakyat Malaysia? Apa pula perasaan Khalil jika orang menuduh Pas bersekongkol dengan manusia yang sepatutnya didakwa bawah hudud kerana merompak wang rakyat dalam terang?
“Jangan ditambah lagi jarak (politik) dan prejudis tersebut dengan meneruskan kaedah dan cara berpolitik seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Khalil hari ini yang menuduh Amanah terikat dengan DAP dan parti serpihan Pas itu hanya akan mendengar dan mengikut telunjuk DAP.
Khalil juga berkata jika Pas dan Amanah perlu bekerjasama, pihaknya akan meneliti hasrat tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Perkara itu menjadi hangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenakan pakaian sama atau sedondon ketika menghadiri Multaqa Serantau  Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, pada Khamis lalu.

Pertemuan dua pemimpin utama Melayu Islam itu menunjukkan Pas semakin positif terhadap pelawaan Najib untuk menghulurkan "tali silaturahim" kepada parti Islam itu untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

Kerjasama Umno-PAS : NGO gesa dahulukan kepentingan rakyat

Parti politik harus mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik untuk menyelesaikan isu royalti minyak.Parti politik harus mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik untuk menyelesaikan isu royalti minyak.Kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan atau di antara parti politik harus mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik kepartian demi mengekalkan kuasa.
Presiden Pertubuhan Royalti Kelantan Nazri Deraman berkata, kerjasama baik di antara kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional (BN) mesti selaras dengan konsep federalisme iaitu menghormati hak-hak kerajaan negeri.
Dengan memberi fokus kepada perjuangan menuntut lima peratus royalti petroleum Kelantan, beliau menyeru kerajaan persekutuan agar tidak menggangu pihak Petronas bagi mematuhi perjanjian Kerajaan Kelantan-Petronas yang dimeterai pada 9 Mei 1975.
Perjanjian tersebut mewajibkan Petronas menjelaskan bayaran tunai royalti lima peratus kepada Kerajaan Kelantan sebagai balasan penyerahan hak untuk mengeluarkan petroleum dari dalam wilayah laut Kelantan.
“Begitu juga dalam melaksanakan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mengarahkan agar hasil petroleum Kelantan di daratkan dan diproses di bumi Kelantan sendiri, seharusnya titah ini menjadi syarat utama di dalam sebarang kerjasama yang akan atau telah terjalin tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas agenda kerjasama antara PAS dan Umno dalam usaha memperkukuhkan umat Islam di negara ini.
Beliau juga berkata, kekayaan kerajaan persekutuan harus diagihkan kembali kepada negeri-negeri tanpa membezakan pilihan parti politik rakyat.

'Dekati ahli Umno, bukan Umno' - Naib Presiden Pas

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad menyarankan supaya ahli-ahli parti Islam itu mendekati ahli-ahli Umno dan bukannya parti tersebut.
Iskandar yang merupakan antara pemimpin yang tidak bersetuju cadangan kerjasama PAS-Umno berkata, mereka perlu mendekati ahli Umno supaya dapat menarik mereka menyertai PAS.
 "Ramai dari mereka telah mulai kecewa dengan parti mereka (Umno) dan adalah menjadi tugas ahli-ahli PAS untuk menarik mereka ke dalam PAS.
"Oleh itu tawaran persahabatan yang dihulurkan adalah kepada ahli-ahli Umno.
"Saya yakin ramai dari mereka yang tertunggu-tunggu untuk keluar dari Umno dan PAS mesti membuktikan mereka adalah alternatif yang meyakinkan," kata ADUN Cempaka itu dalam kenyataan.
Selain itu, pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, di negeri itu, hampir 6,000 orang memohon untuk menjadi ahli PAS dalam masa tiga minggu dan satu kempen yang sama akan dilancar pada Januari tahun depan.
Justeru itu, beliau berkata, PAS perlu menunjukkan kemampuan sebagai sebuah parti masa depan dan menjadi pencetus inisiatif politik baru dan tidak sekadar menjadi pengikut di belakang.
"Masa untuk Umno telah berlalu. PAS mesti menunjukkan kemampuan sebagai parti masa depan. Menjadi pencetus inisiatif politik baru dan bukan sekadar menjadi pengikut di belakang," katanya lagi.

BILA MULUT 'BANGSAT' BERSUARA...

Masihkah Anda Ingat... Terdahulu Najib tak putus2 menuduh DS Anwar Ibrahim ejen Yahudi, ejen Arab Saudi & pelbagai lagi ejen kerana terima dana dari luar negara utk membiayai pada pilihanraya..

TERBUKTI SEKARANG SIAPA SEBENARNYA TERIMA DANA BERBILION RINGGIT DARI LUAR NEGARA !!!!

Siapa Pembelot Bangsa dan Pengkhianat Negara Yang Sebenarnya..???

Satu persatu Allah bukakan kebobrokan & penipuan UMNO !!!

GEMPAR !!! Hebat Najib Razak...

Negara kecil tp hero aliran keluar wang haram NO.(1) di Asia Tenggara & No. (5) Dunia. Malu ah sikit kat negara2 jiran bukan Islam S'pore & Thailand.

Menurut laporan tahunan terbaru Global Financial Integrity (GFI), yang beribupejabat di Washington, Malaysia telah kehilangan jumlah terkumpul sebanyak AS$418.542 bilion (RM1.8 trilion) sejak tahun 2004.

Apa.. 'hilang' RM1,800,000,000,000 ???

Pada tahun 2013 sahaja, Malaysia kehilangan sejumlah AS$48.25 bilion, kata pemerhati kewangan global itu.

Aliran keluar modal haram, kata laporan itu, berpunca daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti haram lain.

Amanah akan dapat 11 kerusi di DUN Kelantan dalam PRU-14, kata kajian


Strata Centre meramalkan Amanah akan memperolehi sekurang-kurangnya 11 kerusi DUN dalam PRU14.Strata Centre meramalkan Amanah akan memperolehi sekurang-kurangnya 11 kerusi DUN dalam PRU14.Sebuah firma kajian, Strata Centre meramalkan Parti Amanah Negara (Amanah) akan memperolehi sekurang-kurangnya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.
Menurut penganalisis dari Strata Centre, Nazri Noor, PAS yang memerintah Kelantan sekarang dijangka akan mengekalkan 13 sahaja dari kerusinya manakala Umno (BN) akan mengekalkan 12 kerusinya yang ada.
"Sembilan kerusi lagi bakal direbut oleh sesiapa saja, adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan," kata Nazri dalam satu tulisannya mengenai kajian tersebut.
Ini bakal menjadikan pembentukan kerajaan negeri Kelantan akan sukar dibuat oleh sebuah parti sahaja melainkan berlakunya gabungan antara dua parti.
Menurut kajian awal itu, kata Nazri, Umno dijangka kekal dengan 12 kerusi (hilang 3 kerusi, ditambah 3 kerusi baharu, kekal 12), manakala 13 kerusi PAS adalah selamat daripada rebutan mana-mana parti.
"Yang selebihnya 20 kerusi akan ditentukan pengundi muda, pengundi pertama kali dan pengundi terapung," katanya yang menjangka dari 20 kerusi inilah 11 akan dimenangi oleh Amanah.
"Hasil kajian juga membayangkan tidak mustahil Amanah bakal bertapak di Kelantan dengan 11 kerusi, manakala 9 kerusi selebihnya bakal menyaksikan rebutan 3 penjuru yang sengit.
"Yang pasti, landskap politik Kelantan bakal berubah. Kita tunggu dan lihat," katanya dalam tulisan itu.
Nazri menjangka, fenomena pilihan raya umum 2004 akan melanda PAS di Kelantan dalam PRU-14 ini.
Pada 2004, setelah 14 tahun memerintah, PAS melalui pertarungan paling getir dalam sejarah memasuki penggal ketiga pada PRU-11, katanya.

MKN: Tiada wakil Sabah, Sarawak; Perjanjian Malaysia 1963 bakal dicabuli?


SARAWAK 23 DIS: Ahli Parlimen Stampin, Tan Kok Ping kesal tiada wakil dari Sabah dan Sarawak yang mengganggotai Majlis Keselamatan Dalam Negera (MKN) walaupun kuasanya melangkaui kedua-dua negeri itu.
“Jika Sarawak diisytihar sebagai kawasan keselamatan, siapa yang akan pertahankan kepentingan rakyat negeri ini jika kerajaan Persekutuan cuba mengunakan MKN untuk menindas mereka?” katanya.
sabah_sarawak_malaysia_600Rang Undang-Undang (RUU) MKN diluluskan Dewan Negara kelmarin dan pelaksanaannya bakal menyaksikan pemberian kuasa yang luas kepada Perdana Menteri dalam mengisytihar kawasan keselamatan termasuk membuat tangkapan.
Ketiadaan wakil Sarawak dan Sabah dikhuatiri berlaku pencabulan Perjanjian Malaysia 1963 yang memberi kuasa automoni untuk mentadbir sedangkan kuasa MKN meliputi kedua-dua negeri itu.
Kok Ping menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengatakan tiada keperluan wakil dari Sarawak dan Sabah, seolah-olah memperkecilkan kemampuan rakyat negeri itu.
Pada kenyataan media, beliau yang bimbang kedaulatan Sarawak terancam jika MKN disalah guna, kesal kerana Shahidan memberi alasan anggota MKN dilantik berdasarkan kemahiran dan bukannya perwakilan rakyat setempat.
“Ia penghinaan terhadap kemampuan rakyat Sarawak dan Sabah kerana menganggap mereka tidak mahir atau tidak sesuai untuk diterima dalam MKN,” katanya yang turut mengecam perbuatan 25 Ahli Parlimen Sarawak BN yang menyokong usul RUU itu.

SIAPA PEMEGANG KATA MAAF?

Sejak timbulnya isu kerjasama antara UMNO dengan Pas, terdapat pihak tertentu dalam parti Islam itu yang dilihat "terlebih lajak daripada laju" dalam memberi pandangan dan seolah-olah  "sudah geli" serta tidak sabar benar mahu menjadikan hubungan itu sebagai realiti.

Setelah Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menyatakan pihaknya sedia memaafkan kesalahan lampau UMNO terhadap parti itu, semalam Pengarah Pusat Penyelidikannya, Dr Zuhdi Marzuki pula mahukan lembaran baru dibuka bagi menjayakan kerjasama tersebut.

Sekiranya generasi pemimpin dan ahli UMNO hari ini mahu merapatkan persaudaraan Islam, maka adakah perlu diungkit segala dosa dan kesalahan lampau? tanya beliau.

Belum pun Najib Razak dan lain-lain pemimpinnya bercakap bagi pihak UMNO meminta maaf atau menunjukkan hasrat berbuat demikian, sudah terdapat pemimpin Pas sendiri yang terlebih dahulu menawarkan kemaafan itu.

Wahhh...baiknya hati mereka!!

Teringin benar nampaknya mereka untuk berbaik-baik dan menjalin kerjasama dengan UMNO yang sedang dipimpin oleh Pahlawan Bugis yang dengan bangga pernah mengaku kemasukan wang sejumlah RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi, sebelum lebih banyak kata maaf ditawarkan, sekali lagi disebut, walaupun UMNO dan Najib belum meminta sebarang kemaafan, eloklah diteliti dan diperhalusi dahulu tulisan Naib Presiden Pas, Iskandar A. Samad yang dipetik daripada laman Facebooknya.

Berikut adalah tulisannya itu:-

Siapa yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan UMNO?

Izin 8 tol naik tahun depan, kerajaan ‘pekak’ terhadap suara rakyat

Walaupun menerima pelbagai bantahan, kerajaan hanya memekakkan telinga dan tetap mengizinkan lapan lebuh raya menaikkan kadar tol, kata Jawatankuasa Bertindak #ShutdownJalanDuta
#ShutdownJalanDuta
PETALING JAYA: Tindakan kerajaan mengizinkan lapan lebuh raya menaikkan kadar tol masing-masing pada tahun depan membuktikan sikap ‘pekak badak’ kerajaan terhadap suara rakyat, kata Jawatankuasa Bertindak #ShutdownJalanDuta.
Pengerusinya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, ini kerana keizinan tersebut diberikan walaupun pelbagai NGO serta parti politik bersuara mendesak kerajaan mengubah fikiran mereka.
“Kenaikan lapan konsesi tol bukan hanya memberi kesan kepada rakyat di bandar dan di pinggir bandar, tetapi juga kepada mereka di luar bandar, kerana akan meningkatkan kos operasi barangan keperluan yang dibawa ke sana.
“Kesan domino ini langsung tidak disentuh kerajaan ketika menjustifikasikan kenaikan tersebut. Mungkin mereka ingat rakyat mudah diperbodohkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pengumuman kenaikan ini dibuat oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof ketika sidang Dewan Rakyat bulan lalu atas sebab untuk mengelakkan pembayaran pampasan berjumlah RM593.32 juta kepada syarikat konsesi.
Lapan lebuh raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
Justeru, beliau menggesa orang ramai menyertai protes #ShutdownJalanDuta pada malam tahun baru ini bagi menyuarakan bantahan mereka.
“Kerajaan hanya memahami bahasa ‘kurang ajar’. Maka kami menyeru orang ramai untuk memenuhkan Tol PLUS Jalan Duta pada malam tahun baru ini bagi memastikan kerajaan belajar sesuatu daripada rakyat,” katanya lagi.

Naib Presiden Pas: Siapa boleh memaafkan kesalahan Umno?



Siapa yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan Umno?
Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan.

Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan Umno itu sendiri.

Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini.

Siapakah mereka? Ramai sekali.

Bekas tahanan-tahanan ISA.

Mangsa peristiwa Memali.

Peneroka bandar yang dirobohkan rumah mereka.

Penjaja dan peniaga yang dirobohkan gerai dan warung mereka kerana menyokong pembangkang.

Pelajar-pelajar yang dinafikan biasiswa kerana datang dari keluarga yang menyokong pembangkang.

Petani dan peladang yang ditahan subsidi dan bantuan kerana menyokong pembangkang.

Seluruh rakyat negeri Kelantan dan negeri Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum.

Penduduk kampung yang tidak mendapat jalan berturap dan lampu jalan kerana menyokong pembangkang.

Penjawat awam yang dipindahkan atau ditahan kenaikan gaji kerana menyokong pembangkang.

Rakyat yang dinafikan hak membeli rumah kos rendah kerana bukan ahli Umno.

Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini.

Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan Umno.

Hampir 3,000 penjawat awam dipotong gaji sehingga 100% bayar PTPTN – Cuepacs

azih muda cuepacs
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, pemotongan gaji di kalangan penjawat awam bagi pembayaran PTPTN seharusnya dibuat berdasarkan kemampuan mereka.

KUALA LUMPUR, 24 Disember:

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mendedahkan hampir 3,000 penjawat awam dikenakan pemotongan gaji antara 30 peratus dan 100 peratus bagi pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Hal itu dimaklumkan Presidennya, Datuk Azih Muda kepada The Rakyat Post berkata, pemotongan gaji maksimum itu membebankan penjawat awam itu sendiri, dan tidak seharusnya dibuat.
“Sepatutnya buatlah pemotongan gaji mengikut kemampuan mereka. Potong seratus sebulan hingga 10 tahun ke, ini tidak dipotong hingga berbaki RM19, macam mana nak makan.
“Tidak hairanlah mengapa isu ini tersebar begitu cepat hingga jadi viral di Internet sebab hampir 3,000 orang mengalami pemotongan gaji sedemikian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Menurut Azih, penjawat awam terbabit dengan pemotongan gaji maksimum itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka kerana bimbang dikenakan tindakan tatatertib
Malah, Tinjauan The Rakyat Post di sekitar Putrajaya mendapati, ada penjawat awam yang ditemui mengakui mengalami pemotongan gaji maksimum 100 peratus dan ia memang dinyatakan di dalam penyata gajinya.
Bagaimanapun, beliau yang enggan nama dan identitinya didedahkan turut tidak mahu mengulas lanjut dan memberi maklumat terperinci kerana bimbang dikenakan tindakan tatatertib.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Datuk Lok Yim Pheng turut mengakui pihaknya sudah sedia maklum selepas mendapat aduan berhubung pemotongan gaji maksimum terbabit.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan identiti penjawat awam yang terlibat.
“Saya tidak boleh dedahkan nama atau beri nombor telefon mereka sebab mereka sendiri tidak berani hendak memberi kenyataan.
“Kalau saya beri, bahaya buat mereka kerana tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya,” katanya ketika dihubungi.

Kerjasama dengan Umno atas dasar kebajikan kata Pas Terengganu


Umno Pas

KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu bersetuju sekiranya kerjasama Pas dan Umno dibuat atas dasar kebajikan dan kemasyarakatan yang membawa kebaikan kepada rakyat dan berlandaskan kepada Islam.
Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Terengganu, Dr Alias Razak berkata, kerjasama yang membawa kepada penggabungan antara kedua-dua parti tidak akan berlaku sama sekali kerana kedua-dua parti mempunyai dasar yang berbeza.
Menurutnya, kerjasama antara Pas dan Umno bukanlah satu perkara yang baru kerana pemimpin kedua-dua parti pernah bekerjasama dalam soal kebajikan seperti bekerjasama dalam bantuan banjir dan menangani isu mat rempit.
“Kalau kerjasama atas dasar perkara kebaikan dan mengikut sunah dan ajaran Islam, kita tak ada masalah. Sebelum ini pun kita pernah bekerjasama, bersama-sama banteras maksiat umpamanya perkara yang membawa kebaikan.
“Semasa banjir sebelum ini, kedua-dua pihak turut membantu mangsa. Itu atas matlamat yang sama, iaitu membantu mereka yang dalam kesusahan dan memerlukan dalam erti kata kebajikan rakyat.
“Apa yang penting bagi kita ialah kembali kepada Islam dan syariat. Itu jelas kerana kita nak ajak kepada Islam yang sebenar. Kerjasama ini adalah garis panduan yang kita fahami. Tetapi masih ada sesetengah pihak yang masih keliru dan tidak faham maksud kerjasama ini,” katanya.

Pakatan Harapan buka pintu untuk Pas - Salahuddin

Pakatan Harapan sentiasa membuka pintu buat Pas bagi sebarang perbincangan berhubung dengan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak April depan.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, Pas berhak untuk bertanding di mana-mana kawasan Dun yang dikehendaki memandangkan parti itu bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.
SALAHUDDIN AYUB “Dulu ketika dalam PR, semua keputusan yang dibuat adalah secara bersama tapi bila Pas bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan, mereka (Pas) berhak untuk bertanding di mana sahaja yang mereka kehendaki.
“Namun begitu, kita (Pakatan Harapan) sentiasa buka pintu buat Pas bagi mengadakan sebarang perbincangan mengenai pembahagian kerusi di PRN Sarawak nanti,”  katanya ketika dihubungi Sinar Harian bagi mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee yang menyatakan parti itu akan bertanding di lebih 10 kawasan Dun Sarawak pada PRN Sarawak ke-11.
Jelas Salahuddin lagi, Pas berhak meletakkan calon di mana-mana kawasan Dun Sarawak memandangkan parti itu bukan lagi termasuk dalam gabungan parti pembangkang yang mahu berdepan BN.
“Kita (Pakatan Harapan) tak pernah halang mereka (Pas) kalau mereka nak bertanding walaupun Pakatan Harapan sendiri meletakkan matlamat untuk pertembungan satu lawan satu supaya rakyat nampak dengan lebih jelas gabungan ini,” katanya.

Pihak lain tak pengaruhi siasatan RM2.6 bilion, kata ketua pesuruhjaya SPRM

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata siasatan kini berada di peringkat akhir dan sedang dikemaskini, akan diserah kepada peguam negara sebelum 31 Disember ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2015. 
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata siasatan kini berada di peringkat akhir dan sedang dikemaskini, akan diserah kepada peguam negara sebelum 31 Disember ini. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihaknya tidak akan sesekali berganjak dalam memastikan ketelusan hasil siasatan berhubung kes derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd, lapor Sinar Harian hari ini. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, kedua-dua siasatan itu, yang kini berada di peringkat akhir dan sedang dikemaskini, akan diserah kepada peguam negara sebelum 31 Disember ini.
Dalam satu temubual eksklusif bersama akhbar tersebut, beliau menyifatkan kedua-dua kes berkenaan sebagai antara yang paling mencabar dan memakan tempoh panjang.

"Siasatan berdasarkan apa yang menjadi tanda tanya rakyat berhubung kedua-dua isu berkenaan, termasuk berjumpa dan mengambil keterangan penderma RM2.6 bilion. "Ia satu tempoh siasatan yang panjang, dan paling mencabar, membabitkan banyak pihak.
"Untuk SRC International sahaja, kita panggil lebih 90 saksi, manakala bagi kes derma RM2.6 bilion pula banyak melibatkan pihak yang berada di luar negara," katanya.
Namun begitu, tegasnya, pasukan penyiasat SPRM menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin dan profesional.
“Walaupun ada pelbagai persepsi mengenai isu ini, selagi saya (jadi) ketua pesuruhjaya, saya akan menjalankan siasatan dengan profesional.
"Sekiranya ada kes, kita akan cadangkan di dalam kertas siasatan kita apa yang kita jumpa. Dan ia betul-betul berasaskan merit.
“Tidak ada pihak-pihak lain yang akan mempengaruhi kita dan hala tuju siasatan kita. Itu janji saya kepada pegawai SPRM dalam satu perjumpaan,” beliau dipetik berkata.
Abu Kassim berkata kepada Sinar Harian, rakyat Malaysia akan mengetahui jawapan kepada isu kontroversi wang derma RM2.6 bilion apabila tiba masanya.
“Kita memegang (berpegang kepada) prinsip menjalankan tugas cara profesional. Tanggungjawab kita dari segi undang-undang ialah menjalankan siasatan dan mendapatkan apa sebenarnya berlaku bergantung kepada saksi yang kita temui dan temubual.
“Apa yang kita dapat itulah yang akan kita masukkan dalam kertas siasatan kita. Dan itulah juga yang akan kita temukan kepada peguam negara beserta dengan pandangan-pandangan kita. Kita tidak akan berganjak dari itu,” katanya.

'Kerjasama dengan Umno, pemimpin PAS tak berpecah tapi bercelaru'

Sejak Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang julung kali diadakan minggu lalu bagi merintis jalan ke arah kerjasama dua parti Melayu terbesar, iaitu PAS dan Umno, parti Islam itu dikatakan berada dalam kecelaruan.
 Bagi sesetengah penganalisis, PAS kini dilihat seolah-olah terumbang-ambing dengan beberapa kenyataan yang mendakwa ia ingin menjalinkan kerjasama bersama Umno.
Walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat "positif" terhadap kerjasama itu, namun perkara sebaliknya pula berlaku apabila pemimpin nombor dua parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak bersetuju dengan usaha itu.
Malah, naib presiden PAS Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Samad turut menyatakan hasrat sama.
Sehubungan itu, penganalisis politik Dr Jeniri Amir berpendapat, kecelaruan yang berlaku dalam PAS sekarang ini kemungkinan disebabkan ada di kalangan ahli parti itu yang tidak mahu turut terpalit dengan krisis yang menyelubungi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Malah, beberapa isu yang melibatkan kerajaan persekutuan dan Kelantan serta isu-isu lain turut menjadi punca mengapa sesetengah pimpinan PAS tidak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama bersama Umno.
"Memang akan sentiasa ada dua puak dalam parti, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang apabila pemimpin BN dilihat dibelenggu masalah yang kita sedia maklum. Akar umbi PAS juga tertanya-tanya adakah betul kerjasama ini untuk satukan ummah.
"Apa yang dilakukan Umno sebelum ini dilihat tak adil pada PAS dan kerajaan PAS seperti di Kelantan, tentang isu royalti dan apa yang membelenggu kepimpinan Umno sekarang ini dan mereka (sebilangan pemimpin PAS) tidak mahu terpalit dan dilihat bersekongkol dengan isu tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu juga berpendapat, walaupun terdapat desas-desus yang mengatakan PAS dan Umno akan bekerjasama, namun perkara itu sukar akan menjadi realiti.
Katanya, untuk jalin kerjasama, dalam PAS perlu mengambil kira pandangan akar umbi malah perlu ada keikhlasan.
"Tidak mungkin (mereka bersatu) kerana mereka ini seperti minyak dan air. Tapi kemungkinan untuk bekerjasama mungkin ada tapi susah sikit kerana berdasarkan rekod dan kenyataan mereka yang lalu, mereka sentiasa berusaha untuk bersama tapi gagal.
"Kalau betul nak jalin, Umno harus dilihat sebagai parti yang betul-betul adil dari segi untuk laksanakan segala dasar peruntukan serta keikhlasan yang penting ia perlu dilakukan sebelum ia mula berunding," katanya lagi.

Apa maksud ‘Rahmatan lil alamin’ bagi Malaysia?

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Surah Al-anbiya`:107).
Tarikh Hari Keputeraan Baginda Rasulullah SAW adalah pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Setiap tahun pasti rakyat Malaysia menyambutnya dengan penuh kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan pelbagai tema, dan tahun ini bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.
Kita sudah sedia maklum perutusan Rasulullah adalah pembawa rahmah kepada sekalian alam. Tetapi persoalannya, sejauh manakah kita memahami prinsip rahmah itu dibawa Rasulullah dan apakah erti untuk kita sebagai umatnya?

Mengapakah sambutan ini masih eksklusif berlegar dalam kalangan masyarakat Islam, padahal Rasulullah adalah untuk umat keseluruhannya? Pertama, saya tertarik apa yang diutarakan dan dikupas Dr Maszlee Malik di dalam bukunya Risalah Pemuda, bab 24, bertajuk “Nilai Sejarah dan Maulid”. Beliau mengupas:
Antara isu yang menjadi polemik ialah isu “Maulid al-Rasul”. Setiap kali kedatangan “maulid”, kini sudah mula polemik tentang bidaah atau tidaknya sambutan tersebut. Ada yang mempertahankan dengan mudah, menuduh lawan mereka tidak mencintai Nabi, menghina Nabi dan musuh Islam. Dan ada yang menentang pula melemparkan dakwaan lawannya itu mengikuti jejak Nasrani (Kristian) dalam mendewakan Nabi.
Jika diteliti, punca pertelingkahan tersebut berpunca daripada apabila mereka menganggap isu maulid itu sebagai sambutan “ritual-spiritual” atau sesuatu yang bersifat keagamaan. Bagi yang menyambut, upacara tersebut merupakan kewajipan. Bagi yang tidak merayakan, seakan-akan berdosa dan tidak mencintai Nabi.
Ternyata ada jalan keluar untuk isu ini, yang mana perayaan atau sambutan maulid perlu dikeluarkan daripada kerangka ritual-spiritual yang ditanggapi selama ini.
Perayaan itu harus dilihat melalui kaca mata satu tarikh bersejarah untuk dikenang dan dijadikan iktibar serta pengajaran. Pemuliharaan unsur-unsur sejarah amat penting, termasuklah perayaan dan peringataan tarikh-tarikh tersebut.
Apakah yang akan dimanfaatkan umat Islam jika perayaan maulid ini dikeluarkan daripada kerangka ritual-spiritual kepada kerangka sejarah-budaya? Tentu banyak sekali manfaatnya, malah jauh lebih bermakna daripada mengadakan perarakan yang tidak tahu apa kesannya.
Usaha mempromosi ajaran Nabi Muhammad SAW yang bersikap universal dan kemanusiaan perlu ditonjolkan. Keperibadiannya yang hebat, pemimpin yang agung, peniaga yang berjaya, suami yang ideal, bapa yang mithali, guru yang berdedikasi, pendidik yang menyantuni, pahlawan perang yang berjaya dan pelbagai ciri kemanusiaan Baginda yang boleh diteladani.
Dan usaha memperingati Nabi Muhammad SAW sepatutnya tidak berlegar-legar dalam kalangan umat Islam semata-mata, malah sepatutnya dijadikan maklumat untuk dikongsikan bersama dengan mereka yang bukan Islam.
Perayaan berunsur sejarah-budaya ini sepatutnya dijadikan inklusif dan bukan eksklusif untuk orang Islam semata-mata. Ajaran Nabi Muhammad yang mementingkan pemeliharaan nyawa, agama, intelektual, harta dan maruah perlu ditonjolkan sebagai ajaran yang mengutamakan “kesempurnaan hidup manusia”.
Di penutup bab ini, Dr Maszlee Malik membuat kesimpulan sudah tiba masanya Islam dalam bentuk yang lebih komprehensif dan syumul dikeluarkan daripada kesempitan dogma dan acuan golongan jumud yang berkepentingan. Ialam sebagai Rahmatan Lil Alamin (rahmat sekalian alam) perlu dijadikan inklusif kepada semua pihak, termasuk kepada mereka yang bukan Islam dan bukan untuk umat Islam semata-mata.

Amanah hanya akan dengar cakap DAP kata anak Hadi

Agak sukar bagi Parti Amanah Negara (Amanah) adalah untuk menyertai kerjasama Pas dan Umno kerana  Amanah parti yang terikat dengan DAP dan hanya akan mendengar pandangan daripada DAP.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sekiranya Pas dan Amanah perlu bekerjasama, pihaknya akan meneliti tujuan kerjasama tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Muhammad Khalil Abdul Hadi “Amanah ini terikat dengan DAP. Mereka hanya akan dengar cakap DAP sahaja. Jika DAP mahu mereka senyap, mereka akan senyap. Kalau DAP mahu mereka buat bising, jadi bisinglah mereka.
“(Kalau) Nak kerjasama, kita akan teliti terlebih dahulu bentuk kerjasama itu. Kalau ia dibuat demi kebaikan dan kepentingan rakyat, Pas tak ada masalah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, penganalisis politik, Prof Madya Dr Fuad Othman berpendapat, kerjasama antara Pas dan Umno bukan sahaja dihulurkan kepada Pas, malah sepatutnya turut disuakan kepada Amanah dan juga PKR.
Ia perlu dilakukan demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Mengulas lanjut, kata Muhammad Khalil, sebagai parti politik, Pas bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja atau mana-mana parti untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat.
“Kami sentiasa menerima apa sahaja cadangan yang dibuat demi kepentingan negara, rakyat dan agama.
“Oleh kerana itu, bila adanya pelawaan daripada Umno untuk bekerjasama dengan Pas, kami mengambil sikap positif dan kami melihat apakah bentuk kerjasama tersebut. Kalau bentuk kerjasama itu dibuat demi membantu Kelantan dan agama, kita bersedia,” katanya.

Hubungan Azmin-Dr Mahathir bukan halangan, PKR masih utamakan bebas Anwar

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bercakap tentang hubungan istimewa beliau dengan Tun Dr Mahathir yang tidak disenangi partinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2015. 
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bercakap tentang hubungan istimewa beliau dengan Tun Dr Mahathir yang tidak disenangi partinya. 

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengejutkan anggota partinya baru-baru ini apabila beliau menyebut mengenai satu hubungan istimewa antaranya dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Penyokong tegar PKR tidak senang dengan Dr Mahathir, yang mereka persalahkan sebagai punca jatuhnya dari Umno ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemenjaraannya dari 1998 hingga 2004.
Oleh itu, beberapa mereka terkejut apabila menteri besar Selangor itu bercakap tentang hubungan istimewa beliau dengan Dr Mahathir dalam ucapannya semasa perkahwinan anak perempuan sulungnya awal bulan ini.

Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hadir sebagai tetamu jemputan bersama-sama dengan Sultan Selangor dan Perak. Dalam ucapannya, Azmin tidak langsung menyebut nama Anwar, dan ini nampaknya menimbulkan kemarahan mereka yang tahu betapa rapatnya kedua-dua mereka selama ini.
Azmin adalah salah seorang daripada pembantu yang paling dipercayai Anwar sepanjang kerjaya politiknya selama 16 tahun dalam Umno, dan kedua-duanya memainkan peranan penting dalam membentuk PKR.
Jadi, bagi mereka, ucapan Azmin mengenai hubungan beliau dengan Dr Mahathir dilihat sebagai satu tamparan kepada Anwar, yang pernah menjadi mentornya tetapi kini sedang melalui satu lagi tempoh hukuman penjara di Sungai Buloh akibat sabitan kes Liwat II, yang didakwa PKR dan penyokongnya adalah satu konspirasi politik.

Barangan dalam rumah milik bekas ketua Wanita Umno Gopeng disita

Perintah sita dikeluarkan selepas bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman gagal melunaskan ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang memenangi kes itu terhadapnya, kata peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015. 
Perintah sita dikeluarkan selepas bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman gagal melunaskan ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang memenangi kes itu terhadapnya, kata peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi. 
 
Barangan dalam rumah milik bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman di Kampung Tersusun Jalan Gopeng di Ipoh, disita kerana beliau gagal melunaskan bayaran ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah pada 2011. Peguam kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Nadzratun Naim Hammad Azizi berkata perintah sita itu dikeluarkan selepas Hamidah gagal membayar ganti rugi berkenaan kepada Khalid yang memenangi kes saman fitnah terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat itu.
Nadzratun berkata tindakan sita itu dilakukan berdasarkan writ penyitaan dan penjualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kepada bailif Mahkamah Tinggi Ipoh, katanya kepada Bernama di Ipoh malam ini.

Khalid turut diwakili peguam Sharifah Nur Asmaa' Syed Azman. Pada 27 April lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid atas penerbitan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 yang mana dalam itu, Hamidah didakwa memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang paderi.
Sementara itu, Hamidah ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
-

Cubaan perBODOHkan & MENIPU RAKYAT !!!

Sampai bila nak KENCING BERTERUSAN kpd rakyat... Ingat rakyat bodoh mcm pencacai2 BAJU MERAH ka Najib Razak !!!

FAKTA !!!
1MDB telah mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014. ITU BLOM LAGI DIKIRA AKHIR TAHUN NI !!!

'PAS hanya kerjasama, bukan gabung BN' kata Mohd Amar

PAS hari ini menegaskan parti itu hanya bekerjasama dengan Umno dalam beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam, masyarakat serta negara, dan bukannya menyertai BN sebagai parti komponennya.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia merupakan pendirian PAS sejak dari dulu lagi dan bukannya merupakan perkara baru dalam pendekatan politik mereka.
 "Cuma mungkin dalam suasana yang ada pada hari ini ia (kerjasama) menimbulkan banyak spekulasi. Untuk bersatu dengan Umno, masuk BN, itu semua tak ada.
"PAS memang (sedia) bekerjasama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan ramai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu, hari ini.
Beliau diminta mengulas agenda perpaduan antara kedua-dua parti politik itu dalam usaha memperkukuhkan umat Islam di negara ini.
Usaha ke arah perpaduan itu bermula dengan kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri yang menghulur "tali silaturrahim" kepada PAS pada Perhimpunan Agung Umno 2015 baru-baru ini.
Apa tujuan AMANAH
Ia diperkukuhkan lagi dengan kehadiran bersama Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Multaqa Serantau Alumni al-Azhar Malaysia pada minggu lepas.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata keputusan untuk bekerjasama dengan Umno dalam beberapa isu yang disepakati itu telah dibincangkan di peringkat parti.
"Benda ini (kerjasama) kita bincang di peringkat PAS Pusat dalam Lajnah Politik dan bukan keputusan presiden (Abdul Hadi ) seorang saja.
"(Semua) setuju, tak ada masalah (untuk bekerjasama dengan Umno). Sebab ini menyentuh kepentingan Islam. Bukan dengan Umno sahaja, dengan siapa-siapa kita boleh bincang, kita boleh duduk sekali," katanya.