Rabu, 23 Disember 2015

Tamrin silap, Abdul Hadi tak akan ditolak ahli Pas kata Muhammad Khalil

Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan ditolak oleh ahli Pas sebagaimana ahli Umno menolah Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Abdul Hadi merupakan pemimpin yang bebas daripada kontroversi.
‎"Apa yang berlaku dalam Umno adalah kerana krisis dalaman parti yang melibatkan presidennya sendiri. Krisis tersebut juga berpunca daripada beberapa isu.
"Apa yang berlaku dalam Pas pula adalah berkenaan pendirian presiden yang berasaskan politik matang. Kita melihat penyelesaian kepada masalah dalam negara adalah kembali kepada Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan ‎bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar ke atas Abdul Hadi.
Semalam, Tamrin mendakwa bahawa ahli Pas akan menolak Abdul Hadi sebagaimana ahli Umno menolak Najib.

Muhammad Khalil dalam pada itu turut menyifatkan pandangan Tamrin sebagai perbandingan yang tidak tepat.
"Itu perbandingan yang tidak ada asas sebenarnya. Kenyataan dia itu tidak tepat," katanya lagi.

PAS perlu terima hakikat lemah di Sarawak

Justeru, bekas timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali menegaskan betapa pentingnya rundingan antara parti-parti pembangkang bagi mengelakkan perlawanan tiga penjuru.
Dr-Syed-Husin-Ali,pas-,sarawak
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali menyifatkan kemahuan PAS Sarawak untuk bertanding di sebelas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan sebagai tidak realistik.
Beliau berkata, PAS perlu mengakui hakikat bahawa parti itu tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri sendiri di negeri itu.
“Dalam keadaan sekarang ini, memang PAS lemah di Sarawak dan juga Sabah. Jadi takkan nak bertanding di banyak kerusi. Sebelas kerusi adalah tidak realistik,” katanya dalam satu sesi wawancara di sini petang tadi.
Justeru, beliau menegaskan betapa pentingnya rundingan antara PAS, PKR dan Amanah bagi mengelakkan perlawanan tiga penjuru dan seterusnya menjamin keputusan yang lebih baik.
“Misalnya kerusi majoriti Melanau tidak banyak, takkan PAS nak bertanding di semua kawasan? Bagaimana dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR?
“(Sebab itu) penting untuk kita adakan rundingan. PAS tidak akan dapat semua yang mereka nak, PKR juga begitu. Mudah-mudahan ini dapat diselesaikan menjelang PRN nanti,” katanya lagi.
Semalam, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata parti itu mensasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya sebelas kerusi DUN pada PRN akan datang, berbanding lima pada PRN lalu.
Sebelum itu, kenyataan Wan Azizah pada Isnin berkata PKR hanya akan berbincang dengan DAP dan Parti Aminah Negara (Amanah) kerana PAS kurang mendapat sambutan di negeri itu.

Adakah PKR pengkhianat? – Mohd Zuhdi

Kenyataan Wan Azizah berhubung rundingan pengagihan kerusi PRN Sarawak membayangkan PKR tidak setia kepada tahaluf siyasi
dr,wan-azizah
PETALING JAYA: Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengatakan rundingan pengagihan kerusi di Sarawak hanya akan dilakukan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan parti itu bersedia mengkhianati kerjasama politik dengan PAS.
“Apabila keluar kenyataan seperti ini, tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, pendekatan seperti itu akan digunakan iaitu PAS tidak boleh bertanding di banyak kerusi, hanya di Kelantan, dan kubu PAS di kawasan Melayu.
“Kalau ini berlaku, ia satu bentuk ketidaksetiaan, pengkhianatan kepada hubungan tahaluf siyasi PAS dan PKR,” kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki kepada FMT ketika dihubungi pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Zuhdi turut mempersoalkan adakah PKR juga akan membelakangkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang, terutamanya di Selangor.
“Saya nampak kepentingan yang paling besar (bagi) PKR adalah di Selangor. Kemungkinan dan persoalan apakah bila sesi penggal pemerintahan kerajaan Selangor berakhir iaitu pada PRU akan datang, PAS sudah tidak ada kepentingan buat PKR.
“Adakah PKR akan ambil pendekatan yang sama seperti di Sarawak? Nanti, PKR akan kata PAS tidak layak dapat kerusi di Selangor,” ujarnya.
Kenyataan Wan Azizah pada Isnin menepis pembabitan Pas dalam persiapan pakatan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.
Menjawab pertanyaan FMT, Wan Azizah berkata isu pengagihan kerusi hanya dibincangkan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) kerana PAS kurang mendapat sambutan di negeri itu.

Badi PRU 2004 berulang di Kelantan?

Nazri Noor


Orang Kelantan sering dikaitkan dengan sangat berahi (passionate) dengan politik. Ditambah lagi dengan perangai orang Kelantan yang sering dilihat membawa sentimen anti establishment, tidak takut mengambil risiko dan suka menukar kerajaan setiap 3 atau 4 penggal, percaturan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya lebih mencabar dan mengancam. Terpulang kepada di pihak mana anda berada. Sembilan PRU, 4 kali bertukar kerajaan.
Barisan Nasional (BN) (Parti Perikatan ketika itu) diberi mandat untuk mentadbir Kelantan pada PRU yang pertama pada 1955, tetapi bertahan satu penggal, setelah bertukar tangan pada PRU 1959 kepada PAS yang bertahan 4 penggal (18 tahun). BN berjaya merampas Kelantan pada PRU 1978, akibat krisis dalam politik PAS. Krisis perpecahan dalam Umno pula menyaksikan PAS (bersama S46, parti serpihan Umno) berjaya merampas kembali pada PRU 1990. Umno tewas pada penggal ketiga.
Pada 2004, setelah 14 tahun memerintah, PAS melalui pertarungan paling getir dalam sejarah memasuki penggal ketiga pada PRU11. Secara logik, mengambil kira Terengganu yang lumpuh (selepas diberi peluang memerintah bermula pada PRU 1999), dan juga aura Pak Lah yang menyapu 90% kerusi Parlimen, Kelantan secara rasionalnya dilihat bertukar tangan pada PRU 2004.

Aura Tuan Guru Nik Aziz, dan calon PAS menang 2 undi di DUN Kemuning, dan 34 undi di DUN Kota Lama menyaksikan PAS bertahan dengan 24 kerusi, berbanding 21 untuk Umno. Yang menyelamatkan Kelantan daripada bertukar tangan adalah 36 pengundi! Tidak lama kemudian, PAS kalah di kerusi Pengkalan Pasir, menjadikan PAS memerintah Kelantan dengan majoriti 1 kerusi. Kelantan terselamat fenomena bertukar kerajaan buat kali kelima. Sehingga saat ini.
Persoalannya, apakah Kelantan bakal menyaksikan pertukaran kerajaan untuk kali kelima dalam sejarah politiknya?
Artikel ini cuba melongkar polemik ini, dan membuat telahan mengambil kira faktor berikut; PRU14, badi 3 penggal; Krisis keyakinan, pusat dan negeri; Anak muda dan pengundi terapung; Amanah, pemain politik baharu.
PRU 2018, badi 3 penggal
PRU14 adalah penggal ketiga selepas PAS melalui saat getir pada PRU11 (2004). Jika PRU diadakan pada 2018, genaplah tempoh 14 tahun, sama kitarannya dengan PRU 1990-2004. Secara logiknya, kemungkinan bertukar kerajaan adalah tinggi.
Krisis keyakinan, pusat dan negeri
Sudah menjadi pengetahuan umum, Dato Seri Najib Razak kini berdepan segala macam persepsi rakyat bukan saja terhadap beliau, malah Umno dan kerajaan BN juga terpalit.
Tetapi, jangan dilupakan, di sebalik krisis keyakinan terhadap Najib dan Umno, kerajaan Kelantan juga berdepan dengan persepsi yang sama, keyakinan rakyat tidak begitu positif.
Kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu banjir yang juga dikaitkan dengan isu balak, imej parti yang dilihat tercalar, boleh menjejaskan kedudukan PAS pada PRU14 nanti.
Anak muda dan pengundi terapung
Umum mengetahui, penentu kejayaan (atau kegagalan) kerajaan Kelantan terletak di tangan anak muda, pengundi pertama kali, dan juga pengundi terapung (floaters) yang tidak semestinya penyokong dan pengundi tegar mana-mana parti baik Umno atau PAS.

‘Pas tak mungkin gabung dengan Umno, hanya kerjasama’ - Mohd Amar

TRP-Nik Amar-Siti Syahirah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan Pas tidak akan 'digigit' dua kali dan menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran.
KOTA BHARU, 23 Disember:
Pengalaman pahit Pas sebelum ini tidak memungkinkan parti terbabit bersama dengan Umno di dalam BN.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan Pas tidak akan ‘digigit’ dua kali dan menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran.
Menurutnya, kemungkinan suasana politik sekarang ini menyebabkan timbul banyak spekulasi sehingga ada yang menyangkakan Pas akan bergabung dengan Umno di dalam BN.
“Siapa yang hendak bergabung? Isu sekarang bukannya soal bergabung dengan Umno. Pas bersama Umno hanya dalam hal-hal berkaitan kepentingan orang ramai, agama dan negara.
“Saya rasa ianya sudah sangat jelas dan bukannya perkara baru. Memaafkan adalah isu lain. Kita semua penyokong Pas daripada bawah sampai ke atas lawan BN, sejak dahulu lagi,” katanya ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim, hari ini.
Mohd Amar berkata kerjasama dengan Umno memang sudah berlaku di zaman pemimpin Pas sebelum ini termasuklah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekarang dengan Datuk Seri Najib Razak.
“Kerjasama ini sejak dulu hanya untuk kepentingan orang ramai dan pemimpin Pas tidak bincang pun nak sertai BN. Perkara ini sudah banyak kali dibincangkan termasuklah dalam ucapan dan forum. Saya rasa media sahaja yang suka manipulasi.
“Saya sendiri tidak tahu adakah Umno tahu atau tidak yang soal bergabung itu tidak akan berlaku. Sekarang ini saya anggap terlalu banyak membaca akan menyebabkan semakin banyak spekulasi,” katanya.
Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengatakan Pas tiada sambutan di Sarawak, Mohd Amar bagaimanapun enggan mengulas.
“Macam mana kalau kita kata PKR tiada sambutan di Kelantan. Macam mana?
“Apa yang perlu dijelaskan ialah soal pengabungan ini perlu dibincangkan di peringkat parti, Lujnah Politik dan bukannya tertakluk kepada keputusan presiden seorang sahaja,” katanya.

ANTARA DUA AMANAT

Bekas Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin Pas paling konsisten pendiriannya berkaitan hubungan parti itu dengan UMNO.  Amanatnya berkaitan perkara itu dianggap paling keras dan tidak ada sesiapa berani menyentuh atau mahu mengubahnya ketika beliau masih hidup.

Sehinggalah meninggal dunia, beliau tetap berpegang kukuh kepada pendiriannya itu, namun terus menjadikan dirinya disanjung serta dikenang.
Presiden Pas, Hadi Awang juga pernah mengeluarkan amanat berkaitan UMNO ketika zaman mudanya dahulu. 

Tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada di zaman tuanya dan di ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri ini, beliau masih berpegang lagi kepada keyakinan bait-bait perkataan dalam amanat tersebut atau pun sudah berubah pendirian mengenainya.

Pindaan bajet di luar Parlimen belakangi amalan demokrasi


Sebarang hasrat melakukan semakan bajet harus dibuat di Parlimen kerana ia termaktub dalam perundangan dan perbuatan memindanya sembarangan umpama membelakangi institusi demokrasi itu.
Ilustrasi+Minyak+Turun“Kerajaan Persekutuan seharusnya tidak bentang bajet berdasarkan keuntungan ramalan minyak mentah yang tidak realistik dan berharap rakyat tertipu dengan sasaran defisit yang tidak realisitik
“Pindaan bajet harus diluluskan di Parlimen, berkali-kali kerajaan tidak mendengar saranan pembangkang supaya pindaan dibuat sebelum sidang Parlimen berakhir,” kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.
Pada bajet itu, kerajaan Persekutuan menetapkan harga setong minyak mentah USD48 tapi ada ura-ura Timbalan Menteri Kewangan, Johari Abdul Ghani dan Perbendaharaan mahu menyemak semula bajet itu pada Januari ini.
Ia berikutan tindakan Kerajaan Persekutuan gagal memberi anggaran tepat dalam menentu harga setong minyak mentah dalam laporan Bajet 2016 yang dibentang pada sidang Dewan Rakyat lalu.
Pada kenyataan media hari ini, Chin Tong juga tidak menolak kemungkinan kerajaan Persekutuan akan memotong bajet untuk rakyat tetapi mengekalkan peruntukan berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Yakin kerajaan ‘kekok’ dalam menghadapi era kejatuhan harga minyak mentah dunia, beliau berkata ekonomi negara tidak seharusnya bergantung penuh terhadap sektor minyak mentah dan gas yang tidak menentu.
“Sejak perang di Iraq pada 2013, harga minyak mentah dunia jatuh dalam anggaran USD 80 setong untuk tempoh 12 tahun lalu.
“Kerajaan bergantung penuh terhadap keuntungan minyak untuk mengimbangi pembaziran yang dilakukannya,” kata Pengerusi DAP Johor itu, menambah kerajaan tidak mengembangkan ekonomi dalam sektor lain.
Beliau berkata, perbahasan mengenai semakan Bajet 2016 tidak harus disempitkan dalam skop menentukan harga minyak mentah, sebaliknya mencari jalan lain untuk memperkembang ekonomi negara di tengah-tengah kejatuhan harga minyak dunia.

Amanah boleh gugat Kerajaan Kelantan - Mohd Amar

KOTA BHARU - Pas tidak menolak keputusan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding di negeri akan memberi kesan termasuk boleh menyebabkan Kerajaan Pas Kelantan tergugat.
Timbalan Menteri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan Amanah untuk bertanding di negeri ini akan memberi kelebihan kepada BN kerana akan memecahkan undi.
Mohd Amar “Kalau nak bertanding Kelantan, Amanah kena jelaskan alasannya, sebab bila bertanding di sini, jelas dia ingin bantu Umno, kita tak boleh nak halang sebab negara demokrasi, bertandinglah, menang atau kalah kita serah pada ALLAH.
“Kemungkinan Kelantan jatuh ada, Malaysia jatuh pun ada, semua kemungkinan tu ada, jangan pelik,” katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang tidak menolak kemungkinan wujud saingan tiga penjuru antara Amanah, Pas dan BN di Kelantan pada PRU14 nanti.
Mohamad Sabu berkata, perkembangan semasa mengenai sambutan masyarakat di Kelantan terhadap Amanah akan menjadi penentu kepada percaturan politik pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, Amanah perlu melihat kembali kenyataan mereka sebelum ini yang tidak mahu menjatuhkan Kerajaan Kelantan.
“Kita tak sekat siapa pun yang ingin bertanding di Kelantan, tetapi Amanah kena ingat, mereka sudah keluarkan kenyataan tidak akan kacau Kelantan, itu janji yang dibuat sebelum ini.
“Malah Pengerusi Amanah negeri, Datuk Wan Rahim pun pernah mengatakan mereka tidak akan kacau Pas di Kelantan sebaliknya bersama- sama mempertahankan negeri ini dari Umno,” katanya.
Mengulas mengenai kerjasama antara parti itu dan Umno, Mohd Amar yang juga Naib Presiden berkata, Pas tidak mungkin digigit dua kali kerana pernah mempunyai pengalaman pahit ketika bersama BN suatu ketika dahulu.
“Tak ada keperluan untuk bergabung, kita pernah masuk BN dan ada pengalaman pahit, jadi tidak ada dalam fikiran untuk bersama, ‘memaafkan’ itu isu lain, bagaimanapun pendirian Pas dari dulu memang terbuka dan boleh bekerjasama dalam perkara yang  menyentuh kepentingan orang ramai” katanya.

Apakah Umno rakan kerjasama sesuai untuk PAS, soal PKR

Perlu ada rangka jelas kerjasama di antara Umno dan PAS akan tetapi apakah parti Melayu itu sesuai sebagai rakan kerjasama, soal Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh.
Syed Ibrahim menegaskan, kerjasama di antara Umno dan PAS tidak ada salahnya jika ianya membawa kepada kebaikan.
"Dalam konteks cadangan kerjasama di antara Umno dan PAS yang masih lagi rakan tahaluf siyasi PKR, saya ingin menegaskan pendirian Biro Politik PKR bekerjasama tidak ada salahnya malah digalakkan dalam rangka usaha yang jelas ke arah mewujudkan kemakmuran ekonomi, menjamin keadilan sosial dan kepemimpinan yang amanah.

"Namun pertimbangan yang bijaksana perlu diambil apabila rakan kerjasama tidak serius malah menjadi penyumbang kepada kerosakan, penyelewengan, rasuah dan kezaliman," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Syed Ibrahim, dalam apa-apa usaha dan tindakan, kerjasama sentiasa dianggap sebagai faktor penting dalam kejayaan.
"Kerjasama membawa maksud beberapa pihak terlibat secara bersama dalam mencapai sesuatu objektif yang dipersetujui bersama.
"Kerjasama ini boleh berlaku dalam banyak keadaan dan peringkat, sama ada sesama individu atau kumpulan, dalam perkara kecil atau besar.
"Dalam kalimah bahasa, kerjasama dalam perkara keburukan pun dianggap kerjasama."
Katanya, asas kerjasama wajib kepada prinsip-prinsip yang didukung membawa manfaat kepada umum namun tidak boleh sama sekali bekerjasama dalam perkara dosa seperti berdusta dan perkara melampaui batas seperti pecah amanah dan kezaliman.
"Kepekaan dan kesedaran terhadap pendirian pihak yang terlibat dalam kerjasama amatlah penting supaya kita tidak terjerumus sama dalam membuat kerosakan.
"Dalam konteks politik negara sekarang, amatlah jelas kepincangan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam memerintah dan mentadbir.
"Krisis ekonomi dan kepemimpinan berlaku kerana kelemahan dan kebobrokan mereka yang berkait dengan prinsip amanah, keadilan, kebenaran, tata kelola dan pertanggungjawaban," katanya.

Ahli keliru kerjasama Umno-PAS, dedah Mahfuz

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpendapat, individu yang dimaksudkan Naib Presiden PAS Idris Ahmad adalah di kalangan mereka yang bertaraf pimpinan tertinggi bukannya ahli biasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015. 
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpendapat, individu yang dimaksudkan Naib Presiden PAS Idris Ahmad adalah di kalangan mereka yang bertaraf pimpinan tertinggi bukannya ahli biasa.

 Datuk Mahfuz Omar hari ini mempersoalkan tujuan kenyataan Idris Ahmad semalam yang menegaskan mana-mana individu dalam parti Islam itu yang mahu bergabung dengan Umno supaya meninggalkan PAS.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berpendapat, individu yang dimaksudkan naib presiden PAS itu adalah di kalangan mereka yang bertaraf pimpinan tertinggi bukannya ahli biasa.
"Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam PAS untuk bergabung, bekerjasama atau bertahaluf antara PAS dengan Umno-Barisan Nasional (BN). Masakan tiada angin pokok bergoyang?

”Kalau ahli biasa PAS, mereka percaya Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan PAS kerana usaha individu yang dilakukan ahli biasa PAS tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan parti," kata Mafhuz dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, kekeliruan ahli parti Islam itu ditambah dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan baru-baru ini yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang spekulasi tentang masa depan dan haluan politik parti Islam itu.

PKR ingatkan PAS: Bijaksana bekerjasama dengan Umno

Walaupun mengakui bahawa dalam apa-apa usaha dan tindakan, kerjasama sentiasa dianggap sebagai faktor penting, termasuk politik, PKR memberi amaran kepada PAS bahawa akibat kerjasama dengan Umno mungkin amat buruk buat rakyat.
Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan bahawa sebagai rakan kongsi yang masih lagi rakan tahaluf siyasi dengan PAS, walaupun parti itu meninggalakan Pakatan Rakyat sehingga menyaksikan gabungan itu berkubur, namun biro politik PKR perlu membuat beberapa penjelasan.
“Bahawa bekerjasama tidak ada salahnya malah digalakkan dalam rangka usaha yang jelas ke arah mewujudkan kemakmuran ekonomi, menjamin keadilan sosial dan kepemimpinan yang amanah.
“Namun pertimbangan yang bijaksana perlu diambil apabila rakan kerjasama tidak serius malah menjadi penyumbang kepada kerosakan, penyelewengan, rasuah dan kezaliman,” katanya dalam satu kenyataan.
Syed Ibrahim berkata, dalam konteks politik negara sekarang, amatlah jelas kepincangan Umno-BN dalam memerintah dan mentadbir.
Menurutnya, krisis ekonomi dan kepemimpinan berlaku kerana kelemahan dan kebobrokan mereka yang berkait dengan prinsip amanah, keadilan, kebenaran, tatakelola dan pertanggungjawaban.
“Skandal hutang 1MDB, derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, pelaksanaan GST dan penggunaan undang-undang seperti akta hasutan sebagai ancaman adalah antara pelanggaran prinsip-prinsip tersebut oleh Umno-BN yang akibatnya amat buruk buat rakyat,” katanya.
Justeru, beliau mengingatkan PAS bahawa asas kerjasama wajib kepada prinsip-prinsip yang didokong yang membawa manfaat kepada umum namun tidak boleh sama sekali bekerjasama dalam perkara dosa seperti berdusta dan perkara melampaui batas seperti pecah amanah dan kezaliman.
Justeru, katanya, dalam kalimah bahasa, kerjasama dalam perkara keburukan pun dianggap kerjasama.
Beliau memetik ayat 2 Surah Al-Maidah dari al-Quran yang menyatakan bahawa kerjasama mestilah berasaskan kepada melaksanakan kebaikan dan bukan kerosakan.

Sokong jika Umno buat perkara baik, kata Nik Abduh

Selama mana Najib bertahan dengan isu ‘derma’ RM2.6 bilion

GST memeritkan hidup, kerajaan disaran hapuskannya

Persatuan Veteran Angkatan Tentera patut buang Ali Tinju

Mohd Ali Baharom yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, sepatutnya dibuang daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), kata presiden bahagian Perak persatuan itu.
Jayah Said, yang juga naib presiden PVATM kebangsaan berkata, beliau akan mencadangkan kepada majlis eksekutif persatuan itu supaya keahlian Ali Tinju dibatalkan, berikutan beberapa tindakan memalukan dilakukannya dan dakwaan salah beliau mewakili persatuan anggota tentera yang bersara.
“Terdapat banyak aduan yang dilakukan kepada persatuan, bukan saja di Perak, yang mempunyai ahli paling ramai berbanding PVATM di 14 negeri lain, tetapi juga di Sabah dan Wilayah Persekutuan.

“Selaku naib presiden yang bertanggungjawab dalam hal disiplin, saya percaya dia (Ali) sudah bertindak melampaui batas sehingga membolehkan keahliannya dibatalkan,” kata komander leftenan tentera laut bersara itu kepada pemberita di Ipoh hari ini. Beliau berkata, Ali mendakwa menjadi presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu itu adalah tipu daya, kerana ia tidak diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 1 April, 2014.
PVATM sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengatakan Ali berkhidmat dalam Rejimen Tentera Melayu (RMR) selama 8 tahun dan merupakan ahli cawangan Petaling, Selangor.
Bagaimanapun, beliau tidak dianggap ahli aktif persatuan, dan Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan Ali sudah dibatalkan pendaftaran Pendaftar Persatuan (RoS) kerana gagal mematuhi beberapa peraturan di bawah Akta Persatuan 1966.
PVATM juga tidak menyokong kenyataan perkauman Ali yang menentang Cina dan dianggap mencemarkan imej veteran tentera negara.

Ali Tinju dibebas dengan jaminan polis

Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang ditahan reman sejak semalam dibebaskan dengan jaminan polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji berkata pihaknya telah merakam keterangan daripada Mohd Ali, 44, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui aplikasi WhatApps susulan kekecohan di Kompleks Kota Raya.
 "Mohd Ali yang ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dibebaskan hari ini," katanya kepada Bernama.
Ahad lalu sekumpulan individu dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah itu dan klip video pergaduhan itu yang berdurasi dua minit 30 saat telah dimuat naik dalam YouTube.
Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit dengan ada yang membaling kerusi ke dalam kedai berkenaan.
Seorang lagi daripada 14 suspek yang diburu berhubung pergaduhan berkenaan berjaya ditahan semalam menjadikan suspek yang ditahan setakat ini dua orang.
Habibi berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan dirumahnya di Kampung Sungai Mulia, Setapak kira-kira pukul 8 malam semalam dan dia ditahan reman dua hari mulai hari ini.
Sementara suspek yang ditahan pada hari kejadian telah dituduh di Mahkamah Majistret pagi ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah sementara 13 lagi suspek masih diburu, katanya.
Sementara itu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, penjaga parkir Khairuddin Arbi @ Omar, 38, telah dihukum penjara empat hari dan denda RM1,800 setelah mengaku bersalah mengugut lima jurujual kedai telefon.

Peguam Negara mesti tumbangkan Ali Tinju pada pusingan dua

Dia seorang badut tetapi membawa budaya yang amat bahaya kepada masyarakat, kata Rafizi Ramli kepada Mohamed Apandi.
Pada pusingan pertama, Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju terlepas daripada undang-undang apabila Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mendakwanya kerana kekurangan bukti berhubung rusuhan di Plaza Low Yat.
Sebaliknya, pusingan itu menyaksikan Mohamed Apandi Ali dihujani ‘pukulan’ daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
Lima bulan kemudian, kedua-dua mereka sekali lagi dalam gelanggang dan kali ini Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa Peguam Negara untuk menumbangkan "badut" itu.
"Banyak salah laku Ali Tinju yang mahu membodek ahli politik Umno, ini satu gambaran yang tidak baik bagi masyarakat kita secara keseluruhan.
"Kebangkitan Ali Tinju yang jelas mengancam masyarakat adalah gejala yang menjadi alat untuk menindas perbezaan pendapat.
"Ali Tinju dan macai-macainya boleh digunakan pada bila-bila masa terhadap seseorang," katanya kepada Malaysiakini.
'Tarian Punggung'
Mohd Ali yang juga adalah bekas prsiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) ditahan mengikut Akta Hasutan pada Isnin lalu berhubung kenyataan beliau di kompleks membeli-belah Kota Raya minggu lalu.
Dia dan penyokongnya mengadakan bantahan di luar kompleks itu terhadap peniaga telefon bimbit Cina yang dituduh menipu dan memperdayakan pelanggan Melayu dan Islam.

Indeks Harga Pengguna naik 2.6% pada November 2015

Indeks Harga Pengguna bagi November 2015 naik 2.6%  kepada 114.8 berbanding 111.9 pada bulan sama, tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015. 
Indeks Harga Pengguna bagi November 2015 naik 2.6% kepada 114.8 berbanding 111.9 pada bulan sama, tahun lepas. 

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi November 2015 naik sebanyak 2.6%  kepada 114.8 berbanding 111.9 pada bulan sama, tahun lepas. Jabatan Perangkaan Malaysia dalam 1 kenyataan hari ini berkata, peningkatan IHP itu didorong peningkatan indeks kumpulan minuman alkohol dan tembakau (20.7%); pelbagai barangan dan perkhidmatan (+5.9%); restoran dan hotel (+4.6%) kesihatan (+(4.4%); makanan dan minuman bukan alkohol (+4.1%) manakala hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isirumah (+3.8%).
"Kesemua 6 kumpulan makanan dan minuman (wajaran 47.4) menyumbang sebanyak 97.8% kepada peningkatan IHP bagi bulan November 2015.

"Selain itu, nilai indeks keseluruhan ini turut dipengaruhi  peningkatan kumpulan komunikasi (+3.4%) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan sebanyak 2.6%," katanya. Secara keseluruhannya, indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (wajaran 30.3) meningkat 4.1% untuk asas tahun ke tahun bagi November 2015 manakala indeks bagi bukan makanan mencatatkan kenaikan sebanyak 1.9%.
Bagi perbandingan bulanan, IHP bagi November 2015 meningkat sebanyak 0.6%.
"IHP bagi tempoh 11 bulan pertama 2015 mencatat kenaikan sebanyak 2.0% berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Ini didorong  kenaikan kumpulan utama berwajaran tinggi iaitu indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+3.6%); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.4%)," katanya.
Menurut jabatan itu, peningkatan lain adalah minuman alkohol dan tembakau (+12.6%), kesihatan (+4.5%), restoran dan hotel (+4.2%) serta pelbagai barangan dan perkhidmatan (+4.1%).

'Jangan diskriminasi pengharaman vape dengan rokok' - Pemuda Umno Terengganu

'Jangan diskriminasi pengharaman vape dengan rokok' - Dr NajmilKUALA LUMPUR: Kerajaan diminta tidak mendiskriminasi pengharaman penggunaan dan vape dengan rokok sehingga boleh mencetus pelbagai tanda tanya daripada rakyat.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, promosi melampau pengharaman vape juga harus selari dengan pengharaman rokok yang sudah lama diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

"Ada banyak kemungkinan, salah satu mungkin kerana cukai kerana penurunan jualan rokok. Jadi di sini nampak promosi untuk pengharaman vape menjadi berlebih-lebih pula.

"Perniagaan vape dimonopoli oleh orang Melayu. Habislah perniagaan mereka ini. Untuk berhenti merokok memang bagus kalau beralih ke vape dahulu dan ada beberapa pakar sudah mengesahkan kuantiti bahan kimia yang ada di dalam vape jauh lebih rendah daripada rokok.

"Isunya mudah, buat kaedah sama, promosi pengharaman sama untuk rokok seperti yang dibuat untuk vape. Kalau mahu buat, buat betul-betul. Jangan bezakan pengharaman vape dengan rokok," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Dr Najmil mengulas keputusan pengharaman rokok elektronik dan vape oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang dibuat pada Selasa.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

Sementara keputusan pengharaman rokok dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 23 Mac 1995.

Perbandingan

Dalam pada itu kata Dr Najmil, beberapa pakar juga sudah memberikan hujah masing-masing mengenai perbandingan bahaya vape dengan rokok.

Penduduk kecewa bertindak berani bakar lori bauksit

bauksit
Kerajaan negeri digesa mengambil tindakan segera untuk menangani kegiatan perlombongan bauksit, bagi mengelakkan ia melarat.

KUALA LUMPUR, 23 Disember:

Sebuah lagi lori bauksit dibakar penduduk setempat, gara-gara kecewa dengan kerajaan negeri yang gagal menyelesaikan masalah itu di Pahang.
Susulan itu, Sinar Harian memetik Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Andansura Rabu sebagai menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu, bagi mengelakkan ia melarat.
“Jangan lengah-lengahkan perkara ini lagi dan saya bimbang ia akan terus berulang, kerana ini kali keenam insiden membakar lori bauksit.
“Dalam hal ini, kerajaan atau pihak berkaitan perlu bertindak, bagi mengelakkan masyarakat bertindak sendiri, kerana ia boleh mengundang keadaan lebih teruk pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Andansura kecewa, kerana perkara itu telah banyak kali dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri, namun kerajaan negeri gagal bertindak untuk menyelesaikan masalah itu.
Menurutnya, tindakan masyarakat itu susulan kematian guru Sekolah Kebangsaan Balok, Nohaili Ahmad Zabidi, 40, setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut, di di Jalan Pintasan-Pelabuhan, berhampiran Sungai Karang, petang kelmarin.
Suspek difahamkan menyerah diri pada jam 10 malam Isnin, dengan ditemani isterinya di Balai Polis Trafik Kuantan, untuk membantu siasatan mengikut Akta 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Perintah reman terhadap suspek yang berusia 35 tahun dan berasal dari Jengka itu dikeluarkan majistret, Tuan Ruziani Tuan Lah atas permohonan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ameerul Asraf Ghazali.

Iskandar salahkan media isu Umno 'meminang' PAS

Ahli-ahli PAS diminta berhati-hati kerana perkembangan politik terkini mungkin menunjukkan satu perancangan secara halus untuk memecahbelahkan parti itu, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Iskandar Samad.
 Katanya, media mencanangkan seolah-olah PAS akan bersatu dengan Umno berikutan pertemuan antara Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam program Multaqa Al-Azhar minggu lalu.
“Presiden PAS hanya sekadar menghadiri Multaqa Al-Azhar tetapi terdapat media yang mencanangkan seolah-olah PAS akan bersatu dengan Umno atau PAS akan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Umno.
"Pimpinan Umno pula kelihatan bersungguh-sungguh untuk "meminang" PAS.
“Media-media yang selama ini memusuhi PAS atau sentiasa memburuk-burukkan pimpinan PAS telah menjadikan isu ini berita utama mereka.
“Kononnya pelbagai inisiatif sedang dirancang bersama oleh kedua-dua parti,” kata Iskandar dalam kenyataannya hari ini.
Ada udang sebalik batu
Sementara itu, Iskandar berkata media turut mendakwa terdapat kumpulan yang menyokong dan menentang perpaduan bersama Umno bagi memungkinkan ahli-ahli PAS bergaduh sesama sendiri.
“Maka ahli-ahli perlu berwaspada dengan taktik seperti ini. Berhati-hati kerana "political move" dari Umno ini mungkin terdapat "udang di sebalik batu".

Baiki RUU MKN sebelum bawa kepada Agong

Ahli Parlimen dan senator BN digesa membuat pindaan sebelum RUU kontroversi ini diluluskan menjadi undang-undang.
wong-chen
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan senator dari Barisan Nasional (BN) harus membuat penambahbaikan terhadap Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum mengemukakannya kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen.
Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang ‘berikrar akan terus menambah baik’ RUU tersebut.
Shahidan Kassim dalam ucapan penutupnya semalam berkata, kerajaan mengalu-alukan sebarang kritikan terhadap RUU tersebut dan berikrar akan terus membuat penambahbaikan bagi mengelakkan pencabulan terhadapnya.
“Jika benar mereka mahu buat penambahbaikan, lakukannya sebelum ia diluluskan menjadi akta. Jangan kemukakannya kepada Yang di-Pertuan Agong dulu,” katanya kepada FMT.
Katanya lagi, keadaan mungkin sudah terlambat sebaik sahaja RUU tersebut diluluskan sebagai Akta.
“Jika ia sudah menjadi undang-undang nanti, saya khuatir cakap-cakap tentang ‘penambahbaikan’ ini akan ditangguhkan atau lebih teruk, dilupakan begitu sahaja,” katanya lagi.
Perbahasan RUU MKN memakan masa dua hari bermula Isnin lalu, dan tertumpu kepada kemungkinan penyalahgunaan oleh kerajaan.
Walaupun menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak termasuk oleh senator BN sendiri, Dewan Negara semalam telah meluluskan RUU tersebut.

Siapa yang Idris mahu halau dari PAS? soal Mahfuz


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.Kenyataan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad yang menyeru mana-mana idividu PAS yang nak PAS bergabung dengan Umno supaya meninggalkan PAS suatu yang mengejtukan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi parti itu. Siapakah yang dimaksudkan oleh beliau itu?
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar  berkata persoalannya bukan bersetuju atau tidak dengan isu PAS bergabung, bekerjasama atau bertahaluf dengan Umno-BN.
Tetapi katanya, kerunsingan ahli kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 dan Pilihanraya Negeri ke 11 Sarawak.
"Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan Idris itu.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dua hari lalu, dalam satu kenyataan di media rasmi PAS, Harakah Online, berkata, PAS pernah kehilangan Yang Dipertua PAS Ustaz Haji Ahmad Fuad, Datuk Asri Muda, Naib Presiden PAS Ustaz Nakhaie Ahmad, Panglima Jihad Ustaz Hasan Adli, Setiausaha Agung PAS Ustaz Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh yang kini katanya 'lari' bersama Umno.
"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang dengan lantangnya.
Justeru Mahfuz berkata ramai ahli perbandangan kenyataan itu seolah-olah wujudnya usaha pihak tertentu dalam PAS untuk bergabung, bekerjasama, bertahaluf antara PAS dan UMNO-BN.
Malah Mahfuz berkata sudah tentu kenyataan di buat Idris itu mengambarkan beliau mahu individu tersebut meninggalkan PAS kerana usaha yang dilakukan itu.

Dr Agus: Bolehkah Amanah kekal lama?


Penganalisis Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusuff Penganalisis Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusuff Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia,Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusuff sekali lagi membuat analisis politiknya, kali ini  mengenai  kebolehan Parti Amanah Negara (Amanah) sama ada parti itu boleh menarik sokongan dan mampu kekal lama selepas PRU14.
Mohammad Agus berkata, ramai yang menyifatkan perkara itu tidak boleh berlaku.
"Alasannya sejarah menunjukkan parti yang lahir sebagai serpihan PAS seperti Berjasa dan Hamim tidak kekal lama.
"Sejarah dari serpihan parti UMNO juga begitu. Pada tahun 1950-an, Independence Malayan Party (IMP) dan Parti Negara dipimpin Datuk Onn Jaaafar berkubur dan pada tahun 1996 pula Semangat 46 turut berkubur.
Atas hujah di atas, ramai yang pesimis tentang keupayaan Amanah untuk bertahan lama.Sebaliknya beliau berpendapat tidaklah semudah itu untuk Amanah berkubur. Mengapa?
"Amanah ditubuhkan bukan atas alasan kecewa dalam pemilihan parti, tetapi tidak bersetuju dengan dasar dan arah tuju pucuk pimpinan parti.
"Amanah dipimpin oleh pemimpin yang tahan uji dan komited dalam perjuangan untuk mewujudkan Malaysia yang progresif.
"Amanah mendapat sokongan anak muda dan kelas pertengahan yang kecewa dengan perjuangan Umno dan Pas. Mereka teruja dengan sistem dua parti dan mahu melihat adanya sistem semak dan imbang dalam politik Malaysia.
" Semua parti saingan Amanah sedang menghadapi masalah krisis kepimpinan dan keyakinan membolehkan Amanah memberikan persaingan yang kompetitif dalam politik negara, biarpun Amanah masih baru.
"Amanah memperjuangkan isu yang dekat di hati rakyat—keadilan sosial, hubungan kaum yang harmoni, kemiskinan dan lainnya.
"Amanah masih membawa konsep Islam sepertimana PAS, tetapi dengan wajah yang sederhana dan lebih inklusif," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mempunyai hujah sendiri Amanah boleh kekal lama dalam politik negara. Tetapi Amanah perlu mengambil kira beberapa kaveat untuk mencapai kelangsungan parti itu.
1.Pemimpin Amanah perlu lebih jelas dari segi hala tuju perjuangannya. Apakah Amanah sebagai alternatif kepada Pas, atau Amanah ada ‘produk baru’ yang ditawarkannya untuk rakyat?

Hati-hati dengan usaha untuk pecah belah PAS - Iskandar Samad.


KUALA LUMPUR: Ahli-ahli PAS perlu berhati-hati kerana kemungkinan perkembangan politik terkini adalah satu perancangan secara halus untuk memecahbelahkan PAS, kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar A Samad.

Menurutnya, Presiden PAS hanya sekadar menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 tetapi terdapat media yang mencanangkan seolah-olah PAS akan bersatu dengan Umno atau PAS akan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Umno.

Pimpinan Umno pula, ujar beliau kelihatan bersungguh-sungguh untuk 'meminang' PAS.

"Media-media yang selama ini memusuhi PAS atau sentiasa memburuk-burukkan pimpinan PAS telah menjadikan isu ini berita utama mereka, kononnya pelbagai inisiatif sedang dirancang bersama oleh kedua-dua parti," ujarnya yang juga Persuruhjaya PAS Selangor dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, mereka mendakwa terdapat kumpulan yang menyokong perpaduan bersama Umno dan terdapat kumpulan yang menentang, mungkin agar ahli-ahli PAS bergaduh sesama sendiri.

"Maka ahli-ahli perlu berwaspada dengan taktik seperti ini. Berhati-hati kerana political move dari Umno ini mungkin terdapat 'udang di sebalik batu'," ujarnya.

Teasnya, umat Islam juga sentiasa diingatkan agar tidak digigit dari lubang yang sama.

Masakan tiada angin pohon bergoyang, kata Mahfuz

Kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang menyeru agar mana-mana individu yang mahu parti itu bergabung dengan Umno supaya meninggalkan PAS adalah mengejutkan, kata Datuk Mahfuz Omar.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, nama-nama yang disebut Idris dan pernah meninggalkan PAS untuk bersama Umno semuanya bertaraf pemimpin dan perkara itu merungsingkan ahli-ahli parti.
 "Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam PAS untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara PAS dengan Umno BN.
"Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu individu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi PAS dan bukannya ahli biasa," kata Mahfuz dalam kenyataan media hari ini.
Semalam, Idris menyarankan individu yang hendak bergabung dengan Umno supaya meninggalkan parti Islam itu dan menegaskan PAS pernah kehilangan pemimpin-pemimpin kanannya, termasuk dua presiden.
Menurut Mahfuz, beliau dihubungi ahli-ahli parti yang melihat berlaku percanggahan terbuka di kalangan pimpinan PAS dalam isu berkenaan.
Ia katanya, ditambah dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiuddin Hassan baru-baru ini yang menimbulkan spekulasi tentang masa depan dan haluan politik PAS.
"Lebih menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama PAS Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak PAS pusat.
"Mereka menyatakan bagaimana Zahid boleh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan?Ini yang membingungkan ahli-ahli," kata Mahfuz.

Pas silap besar 'ceraikan' DAP, kata Mat Sabu

 Mohamad Sabu
PENDANG - Tindakan Pas ‘menceraikan’ DAP adalah satu kesilapan politik yang cukup besar, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, untuk memenangi pilihan raya, Pas mesti berkawan dengan semua pihak termasuk parti bukan Melayu.
“Bagi kita (Amanah), untuk sertai pilihan raya mesti bergabung. Tuduhan komunis dan syiah akan kita hadapi.
“Malah tuduhan sebagai ‘barua DAP’ itu juga terlalu kecil pada saya. Itu hak mereka nak tuduh,” katanya kepada media.
Menurutnya, parti Islam serpihan Pas itu juga tidak mempunyai sebarang isu yang bertentangan Islam bersama DAP.
“Kita tiada pertentangan, itu cuma sentimen yang dimainkan oleh pihak tertentu. Macam mereka kata DAP akan perintah Malaysia kalau Umno kalah. Maknanya kalau DAP menang semua, MCA kalah semua.
“Malah gabungan PR juga menambahkan tujuh kerusi Melayu dalam Parlimen yang sepatutnya bukan Melayu yang menang melalui BN sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, perkara itu membuktikan bahawa gabungan yang disertai DAP dan PKR lebih menguatkan lagi kedudukan Melayu di Parlimen.

Kenapa dengan Umno tapi dengan parti lain kita tolak ?

Oleh Abdul Fatah Bin Haron


Jangan cuba belajar menari dihadapan orang yg sudah mahir menari. Sepanjang sejarah perjuangan Pas diMalaysia Pas tidak pernah menentang sabrono kebaikan yg dibuat olih umno.

TAPI apa yg terjadi sebaliknya umnolah yg sentiasa menentang dan membangkang segala program Pas walau pun paling baik disisi Allah Taala, contoh yg terbaru ialah mempermain mainkan Kanun Jenayah Syariah 11(HUDUD).

Pemimpin Pas tak perlu menyusahkan diri mengarah ahli dan penyukung Pas supaya menyukung kebaikan yg dibuat olih parti lawan(umno). 

ARAHLAH ahli dan penyukung Pas supaya patuh dan taat serya memberi tumpuan dan kerjasama segala program yg dubuat dan dianjurkan oleh parti kita(PAS) disetiap peringkat.

 Kenapa hanya kebaikkan yg dibuat olih umno kita hendak beri kerjasama sedangkan kebaikan yg dibuat olih parti2 politik yg lain kita tolak bulat2.

 Apakah parti yg ada kepentingan dengan kita sahaja kita memberi kerjasama dalam kebaikan sedang parti2 politik lain yg tidak ada kepentingan dengan kita kita abaikan mereka diatas segala urusan walau pun terdapat sekangkang kera kebaikan. 

Kerjasama politik dengan umno tak perlu diperbesar besarkan kerana ianya telah lama wujud didalam Pas olih orang yg mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq.

 Dihadapan umum nampak berlawan tapi dibelakang tabir terus dengan agenda peribadi(BERBODEK). 

Perubahan landskap politik Pas bukan terletak diatas perubahan uslub/aproach/pendekatan yg dibuat olih Pas tetapi sikap dan pandangan politik pemimpin pas itu sendiri menjadi asas perubahan landskap politik sebenarnya. 

Maju mundur sesuatu parti tinggi rendah marwah dan martabat pemimpin terletak diatas stratiji yg tepat didalam mengatur sesuatu perancangan kehadapan. 

Sekali lagi saya terpanggil untuk menyeru pemimpin Pas supaya menyatu tenaga menumpu kekuatan Pas dan jangan cuba membuat sesuatu yg bolih melemahkan semangat juang ahli dan penyukung Pas diperingkat akar umbi.

 Kepada Pemimpin kerajaan teruskanlah usaha pendekatan dan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan(G TO G). Selagi bolih menguntungkan rakyat.

Dosa umno kpd PAS bukan senipis kulit bawang

Oleh Abdul Fatah Bin Haron


Dosa umno kpd PAS bukan senipis kulit bawang. Pemimpin Pas berhak membuat kenyataan apa saja yg difikirkan perlu bagi kepentingan politik semasa.

 TAPI jangan lupa membuat kajian pendirian penyukung bawahan terlebih dahulu. Jangan kita terpengaruh dengan slogan WALAD olih ahli dan penyukong bawahan

. Saya bimbang kebangkitan dan cemuhan olih ahli dan penyukung bawahan tak mampu dikawal olih pemimpin atasan.

Kebanyakan kezaliman umno selama ini terkena kpd orang bawahan . Pemimpin atasan tidak ramai yg terlibat dengan kezaliman umno .

 Bukan mudah hendak padam sejarah kezaliman umno sepanjang pemerintahannya. 

Ruang perpecahan didalam Pas makin terbuka luas kalau Pas membuat keputusan diluar kemampuan pemikiran ahli dan penyukung bawahan.

 Saya berasa terpanggil untuk memberi ingatan kpd pemimpin Pas supaya berhati hati didalam membuat kenyataan didalam media masa kerana ianya bolih mengundang bahaya kpd parti.

Dilema UMNO dan Pas

Hasil perubahan sosial dan politik yang berlaku sejak sekian lama, masyarakat majmuk Malaysia hari ini lebih menghargai parti dan pemimpin politik yang telus, jujur, amanah dan berintegriti daripada semata-mata menjadi jaguh kaum.
UMNO PAS
Oleh Dr Marzuki Mohamad
Ura-ura mengenai kerjasama antara UMNO dan PAS telah sekian lama kedengaran namun tidak pernah menjadi kenyataan. Selepas gabungan UMNO dan PAS di dalam BN berakhir pada tahun 1978, cadangan supaya kedua-dua parti ini bekerjasama semula terus kedengaran atas nama perpaduan Melayu.
Hal ini dibincang dengan lebih serius khususnya selepas pilihanraya umum 2008. Kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum tersebut dan kemaraan parti pembangkang terutama DAP menguasai sokongan bukan Melayu menyebabkan timbulnya desakan supaya UMNO dan PAS bekerjasama demi memperkuatkan kuasa politik Melayu.
UMNO secara umumnya dilihat lebih terbuka mengajak PAS berkerjasama. PAS sebaliknya tidak menunjukkan sikap positif secara terbuka. Walaupun sebahagian pimpinan PAS agak lunak untuk bekerjasama dengan UMNO, namun terdapat banyak tentangan dari dalam PAS sendiri. Sebahagian pimpinan PAS mahu parti itu terus kekal di dalam Pakatan Rakyat (sekarang Pakatan Harapan) dan menentang keras idea kerjasama dengan UMNO.
Bagi UMNO, kerjasama dengan PAS adalah talian hayat yang paling mujarab untuk menghadapi PRU 14 dalam keadaan sokongan kepada parti itu semakin merosot. Bagi PAS pula, perbalahan parti itu dengan DAP dan keretakan hubungan dengan PKR menjadikan kerjasama dengan UMNO sebagai alternatif yang menarik untuk kekal relevan dalam pentas politik negara. PAS dan UMNO sebenarnya mempunyai masalah yang tersendiri dan amat memerlukan antara satu sama lain.
Buat masa ini, bentuk kerjasama politik yang dimaksudkan masih belum jelas. Samada dalam bentuk gabungan politik (political coalition), iaitu PAS menjadi sebuah parti yang bergabung dengan UMNO serta mempunyai dasar dan prinsip perjuangan yang sama, atau sekadar mewujudkan pakatan pilihanraya (electoral pact), iaitu persefahaman di mana PAS tidak akan bertanding di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh UMNO dan begitu juga sebaliknya tanpa ada apa-apa komitmen dari segi dasar dan prinsip perjuangan.
Walau apa pun, secara dasarnya kerjasama UMNO dan PAS adalah sesuatu yang baik. Selain dapat mengatasi masalah perpecahan dalam masyarakat Melayu, ia juga boleh mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

Penduduk makin berang, MB Pahang digesa hentikan perlombongan bauksit


Aktiviti perlombongan bauksit menimbulkan kurang senang penduduk kerana jejaskan alam sekitar dan aktivti syariakt yang tidak terkawal.Aktiviti perlombongan bauksit menimbulkan kurang senang penduduk kerana jejaskan alam sekitar dan aktivti syariakt yang tidak terkawal.Kerajaan Negeri Pahang  di bawah kepimpinan Menteri Besarnya Datuk Seri Adnan Yaacob, digesa mengambil tindakan segera dengan memberhentikan semua aktiviti perlombongan bauksit.
Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Andansura Rabu, berkata penduduk kini semakin berani bertindak sendiri dengan membakar lori bauksit kerana kecewa dengan tindakan Kerajaan Pahang yang gagal menangani masalah itu.
Katanya melihat trend kemarahan itu, Kerajaan Pahang perlu segera menangani masalah itu sebelum tercetusnya masalah lebih rumit.
“Kerajaan Pahang tidak boleh melengah-lengahkan lagi perkara itu dan saya bimbang kejadian sama terus berulang memandangkan ini kali keenam kejadian lori terbakar berlaku.
“Jadi dalam hal ini, Kerajaan Pahang atau pihak berkenaan perlu membuat sesuatu agar masyarakat tidak bertindak sendiri kerana ia boleh mengundang sesuatu lebih teruk lagi berlaku,” katanya dalam kenyataan media di sini.
Menurutnya, kebangkitan masyarakat di Pahang dapat dilihat selepas kejadian maut membabitkan seorang guru akibat ditimba tayar lori bauksit yang tercabut dan terpelanting.
“Selepas tragedi itu, masyarakat mula melihat kegagalan pihak berkuasa menangani dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung masalah itu.
“Alasan ini menyebabkan masyarakat nekad untuk mengambil tindakan sendiri dan ini mengundang pelbagai kejadian tidak diingini,” katanya.

Akar umbi Umno-PAS perlu diselaras supaya ikut presiden untuk kerjasama - Umno Selangor

Pemimpin dan ahli akar umbi Umno dan PAS perlu diselaraskan dengan apa yang telah diputuskan oleh presiden parti masing-masing dan menyelesaikan isu lokaliti dan perbezaan idealogi secara berasingan untuk mencapai sasaran kerjasama antara mereka, kata pemimpin Umno Selangor.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Mat Nazari Ahmad Dahlan berkata,  objektif dan matlamat kerjasama Umno dan PAS tidak akan tercapai jika tidak dipersetujui dan berlaku penentangan dalaman di kalangan pemimpin bawahan kedua-duanya.
Mat Nazari mahu kehendak kedua-dua presiden dipatuhi.Mat Nazari mahu kehendak kedua-dua presiden dipatuhi.“Objektifnya adalah kerjasama. Jika kerjasama itu mendapat tentangan dalaman di kalangan pemimpin dan ahli parti, saya lihat kedua parti tidak boleh bekerjasama.
“Sebaliknya jika matlamat itu bersesuaian dan dipersetujui oleh pemimpin dan ahli parti,  saya lihat tiada masalah untuk mencari kerjasama dan membentuk perpaduan umat Melayu dan Islam,” kata Adun Batang Kali itu kepada Malaysia Dateline.
Mat Nazari mengulas pandangan Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusuff semalam, yang  mengatakan empat perkara menyebabkan Umno-PAS sukar bekerjasama walaupun ramai yang berpandangan dua parti itu boleh bekerjasama.
Antaranya Agus menyenaraikan  kesukaran Umno-PAS  untuk bekerjasama  kerana  kesilapan yang pernah dilakukan Umno dan PAS iaitu isu berkaitan Memali dan Banggol Paradong,  perbezaan ideologi dua parti, arah tuju kerjasama Umno-PAS tidak jelas dan ramai pemimpin dan ahli Umno-PAS tidak sokong dengan kerjasama ini.
Memali adalah peristiwa pembunuhan beramai-ramai pengikut PAS yang dipimpin oleh Ustaz Ibrahim Libya oleh pasukan keselamatan manakala Banggol Peradong adalah peristiwa serangan pasukan keselamatan ke atas majlis PAS sehingga presiden PAS sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan fatwa yang menganggap Umno kafir.
Di samping kedua-dua isu itu, sekurang-kurangnya tiga pemimpin atasan PAS menolak kerjasama atau pepaduan itu. Mereka adalah timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan dua naib presiden Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Samad. Idris meminta mereka yang mahu berpadu dengan Umno keluar dari PAS.
Mengulas kenyataan Prof Agus itu, Mat Nazri menjelaskan beliau tidak setuju  padangan isu  Memali dan Banggol  Paradong  boleh mengagalkan usaha kerjasama Umno-PAS.
“Saya tidak setuju pandangan Prof Agus. Kerjasama Umno-PAS harus dilihat dari segi  perspektif  yang lebih besar tidak hanya isu yang bersifat setempat seperti Memali dan Banggol Paradong.
“Jika kita mahu lihat kesatuan umat Melayu, isu tempatan sebegitu  mesti diuruskan berasingan membabitkan dua parti bukan sebagai batu penghalang untuk menjayakan objektif dua presiden parti di peringkat tertinggi.

Pas Pahang: Kerjasama boleh beri impak positif

KUANTAN – Kerjasama Pas dan Umno hanyalah untuk penyatuan rakyat di negara ini, bukan satu gabungan politik seperti mana kerajaan campuran pada zaman 1970-an.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar berkata, Pas tidak pernah terfikir ke arah itu iaitu bergabung, sebaliknya lebih fokus kepada penyatuan dan kepentingan rakyat di negara ini.
Umno Pas “Kita tidak pernah ada perbincangan untuk gabungan politik, sejarah kerajaan campuran sudah lama berlalu dan tidak mungkin akan bersatu kembali.
“Malah Pas melihat kerjasama ini lebih kepada menyelesaikan perkara membabitkan rakyat dalam soal kepentingan, kebajikan dan agama bersama Umno,” katanya, ketika mengulas isu berkenaan.
Mengulas lanjut katanya, ruang kerjasama dan perpaduan ummah sangat luas dan ia seharusnya digarap dan dirintis secara bersama.
Menurutnya, Pas akan terus berperanan memastikan perkara yang berbangkit dapat ditangani dengan segera menerusi perbincangan antara kedua-dua parti untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Dalam pada itu katanya, jika di lihat dari sudut kerajaan, kerjasama yang dijalinkan ini mampu memberi impak positif terutamanya dalam menjaga kebajikan rakyat tidak kira kaum dan agama.
“Saya percaya kalau perkara ini dilihat dari sudut positif, semuanya akan menjadi positif,” katanya.

Ditahan bawa poster RM2.6 bilion tapi kena ujian air kencing

50a2ffcbefecef68c2bc9b42c5f2e06a
wong-kah-wohKUALA LUMPUR 23 DIS: Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Wong Kah Woh menyifatkan tindakan polis terhadap Ketua DAPSY Raub sebagai berlebih-lebihan kerana memiliki poster RM2.6 bilion bukan suatu kesalahan.
“Adakah polis mempunyai keraguan berasas bahawa Low Yong Zhao melakukan kesalahan jenayah sehingga terpaksa dibawa ke balai polis? Apakah alasan polis untuk menjalankan ujian air kencing dan ujian dadah jika benar kesalahan itu di buat?
“Ia jadi kesalahan apabila dana itu diterima individu tidak bertimbang rasa, seterusnya melesapkannya. Individu berkenaanlah patut dibawa ke muka pengadilan,” katanya merujuk isu ‘derma’ ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Semalam, Yong Zhao ditahan dalam pemeriksaan rambang di Taman Midah, Cheras di sini dan beberapa poster tertera ‘Mana RM2.6 billion?’ ada dalam keretanya.
Ironinya, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk pemeriksaan air kencing sebelum dibebas dan memaklumkan media, ia hanya salah faham dan ‘pemeriksaan biasa’.
Kah Woh berkata, polis harus menyediakan secukup latihan berkaitan hal ehwal perundangan kepada anggotanya dengan tidak melakukan penahanan semata-mata penemuan poster derma RM2.6 bilion itu.

'RUU Majlis Keselamatan Negara jadikan Najib berkuasa mutlak'

Biro Hal Ehwal Mahasiswa Parti Amanah Nasional (AMANAH) mengutuk kelulusan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (MKN) yang disifatkan sebagai percubaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mewujudkan pentadbiran kuku besi.
Pengarahnya, Ahmad Fadhli Umar Amonolhuda dalam satu kenyataan berkata Najib meletakkan kuasa mutlak kepada dirinya dan kabinet melalui RUU berkenaan.
"Kami dari biro hal ehwal mahasiswa sangat bimbang dengan langkah Perdana Menteri untuk menggunakan kawalan terbatas dan autonomi seluruh negara.
"Kami percaya bahawa cadangan Rang Undang-Undang MKN baru-baru ini hanya menyerlahkan nafsu tak terhingga perdana menteri untuk berkuasa," katanya.
Katanya, sudah ada "Senarai panjang undang-undang zalim" digubal atas nama keselamatan negara seperti Akta Pencegahan Keganasan (Pota), Akta Pencegahan Jenayah (Poca), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) serta peruntukan sedia ada dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
"Rang Undang-undang MKN hanya akan menjadikan Perdana Menteri terlalu kuat dan tiada apa yang boleh menghalang beliau dan kerajaan yang memerintah dari memanipulasi dan menyalahgunakan kuasa itu untuk kawalan mutlak ke atas negara ini, dan melindungi kedudukan mereka sebagai parti pemerintah untuk masa akan datang," katanya.
Rang Undang-Undang (RUU) MKN 2015 diluluskan Dewan Negara semalam tanpa sebarang pindaan.
RUU itu sebelum ini dikritik kerana memberi kuasa yang tidak terbatas kepada perdana menteri dalam isu membabitkan kawasan keselamatan.

Mampukah Najib harungi isu ‘derma’ RM2.6 bilion?

Hanya beberapa minggu selepas laporan Wall Street Journal (WSJ) Julai lalu mendedahkan bahawa RM2.6 bilion disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri membuat rombakan besar ke atas kabinet dan jawatan kanan kerajaan yang mengejutkan negara.
 Paling menggemparkan adalah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilucutkan jawatan masing-masing.
Adakah mereka ini mangsa hukuman politik berhubung skandal ‘derma’ RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan Najib? Orang ramai seolah-olah berfikiran demikian.
Gani Patail secara tiba-tiba dipindahkan dalam satu pengumuman oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa. Alasan rasmi yang diberikan oleh kerajaan adalah berhubung isu-isu kesihatan Gani yang beliau sendiri tidak pasti.
Terdapat juga spekulasi bahawa sebelum beliau disingkirkan, Gani dikatakan sedang merancang memfailkan dakwaan secara rasmi terhadap Najib berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang berada di akaunnya.
Malah, portal Sarawak Report turut menerbitkan draf kertas pertuduhan yang didakwa terhadap perdana menteri bagi pemindahan RM2.6 bilion itu.
Adakah Gani sedang dalam muasaha mendakwa Najib? Kita tidak mungkin akan tahu. Peguam Negara yang baru dilantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan dakwaan itu dan berkata kertas pertuduhan itu adalah palsu tetapi ia gagal melenyapkan khabar angin itu.

PAS tak boleh asyik bangkang - Nik Abduh

Ketua Pemuda PAS, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa sebagai pembangkang parti Islam itu tidak boleh asyik membangkang sahaja.
Sebaliknya, kata beliau jika Umno membuat perkara yang baik PAS seharusnya menyokong usaha tersebut.
Nik Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 'tali silaturahim' yang dihulurkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
“Jika Umno buat benda yang baik, PAS akan sokong. Sebagai pembangkang, PAS tidak boleh asyik nak bangkang perkara baik yang dibuat oleh Umno dan itu bukan politik sihat.
“Begitu juga dengan Umno, jika PAS atau parti pembangkang lain membuat kebaikan, mereka perlu buat perkara yang sama iaitu tidak menyekat. Inilah yang kita mahukan iaitu berpolitik secara matang,” kata Nik Abduh yang dipetik Sinar Harian.
Bagaimanapun, ahli parlimen Pasir Mas itu berkata ia bukanlah membawa maksud PAS akan bersatu dengan Umno seperti mana yang diingingkan ramai pihak.
Sebaliknya, tegas Nik Abduh ia hanyalah kerjasama politik.
"Ini bukan penyatuan tetapi hanyalah kerjasama," katanya yang dipetik akhbar itu.
Nik Abduh berkata, PAS akan tetap kekal sebagai pembangkang, manakala Umno terus kekal sebagai pemerintah.
Minggu lalu, Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang julung kali diadakan di ibunegara merintis jalan ke arah penyatuan dua parti Islam terbesar, iaitu PAS dan Umno.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula pada ucaptamanya, berharap umat Islam di negara ini tidak menjadi seperti di Timur Tengah yang kini berperang sesama sendiri kerana perbezaan ideologi.

Dr Zuhdi: Tidak perlu ungkit dosa lampau Umno

PAS wajar membuka lembaran baru bersama Umno bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Kerjasama itu, katanya bukan bermaksud parti Islam itu bergabung dengan Umno, sebaliknya untuk menegakkan dan mempertahankan Islam demi kebaikan rakyat dan negara.
 Jelasnya, dalam perkara yang mengancam Islam dan merugikan rakyat serta negara, menjadi kewajipan PAS mencegah perkara itu termasuk membetulkan Umno sebagai parti pemerintah.
“Sekiranya generasi pemimpin dan ahli Umno hari ini mahu merapatkan hubungan persaudaraan Islam, maka adakah perlu diungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang bukan dilakukan mereka,” katanya seperti dilapor akhbar Berita Harian hari ini.
Zuhdi berkata demikian mengulas kesediaan PAS memaafkan dan melupakan kesalahan Umno yang lalu.
Sebelum ini Setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.
Malah, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.
Sementara itu, Zuhdi mengakui bahawa hubungan Umno dan PAS satu ketika dahulu meruncing sehingga berlaku beberapa peristiwa yang tidak diingini.
Namun katanya, ada kalangan pemimpin itu telah lama meninggal dunia dan sekiranya masih hidup, mereka bukan lagi pemimpin yang menggerakkan Umno.
“Kita serah lah kepada Allah untuk mengadili seadilnya pemimpin dahulu pada hari akhirat kelak," katanya.

MENGAPA KERJASAMA UMNO - PAS PERLU DITOLAK?

Dua tiga hari kebelakangan ini saya banyak ditanya mengenai kerjasama UMNO dengan Pas dan mengapa tulisan di blog ini seperti menjurus kepada menentang atau menolak perkara tersebut.

Sementara ramai yang setuju bahawa kerjasama itu lebih bersifat politik dan banyak kesukarannya, beberapa rakan serta kenalan bertanya, tidak bolehkah ianya sama-sama disokong demi kepentingan Melayu dan Islam di negara ini?

Seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian pula berkata kepada saya, kita sebagai orang Melayu dan Islam wajib menyokong usaha yang dipelopori Najib Razak itu kerana ia mampu meningkatkan maruah bangsa serta agama yang selama ini agak tercabar.

Ketika berada di sebuah lobi hotel sementara menunggu rakan, seseorang yang agak berusia dan mengaku pembaca blog saya menegur dan kemudian menyarankan agar saya turut menyumbang kepada jalinan kerjasama itu.

Katanya, lanskap politik negara akan berubah dan membawa banyak kebaikan jika kerjasama kedua-dua parti Melayu itu dapat dicantumkan.

Selalunya apabila dilontar pertanyaan dalam pertemuan secara spontan atau kebetulan itu, saya lebih banyak membiarkan saja mereka meluahkan pendapat tanpa terlalu ingin berhujah atau menegakkan pendirian saya.

Pertamanya, sebagai penulis kecil yang sekadar ingin berkongsi pandangan melalui blog ini, saya tidaklah terlalu menentang sebarang bentuk kerjasama yang boleh membawa kebaikan kepada negara.

Apa pun kebaikan kepada negara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, akhirnya saya, keluarga dan anak-anak yang sedang membesar akan dapat juga percikan daripadanya, baik pada waktu ini mahu pun di masa akan datang.

Makanya, tidak berbaloi jika saya hanya semberono saja menentang sesuatu perkara itu.

Tetapi, dalam soal kerjasama ini, bukan saja  saya, malah ramai yang lain mungkin turut tidak bersetuju dengannya. Asasnya tidak lain ialah kerana ia semata-mata ditimbulkan atas niat, faktor dan pertimbangan politik yang seratus-peratus untuk menyelamatkan kedudukan Najib.

Kalau ada pun kepentingan agama dan bangsa, dalam pertimbangan Najib ia barangkali terletak di nombor 12 atau 12. Keutamaan nombor satu Najib tidak lain ialah untuk mengekalkan kuasanya lebih lama lagi.

Bukan saja Najib tidak mungkin menimbulkan idea kerjasama itu jika kedudukannya tengah kukuh, malah mustahil beliau mahu "mengenyit mata"  kepada Pas kiranya tidak dibelenggu dengan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta melibatkan dirinya yang menyebabkan semua rakyat dan seluruh dunia mencebiknya.

Daripada kedua-dua isu itu, wang yang masuk ke akuan peribadi seorang pemimpin dan kemudian dikatakan sebagai derma adalah perkara yang tidak boleh diterima sama sekali oleh sesiapa pun jua.

Najib barangkali beruntung kerana beliau menjadi pemimpin negara dunia ketiga di mana masih ramai rakyatnya yang tidak begitu terdedah dan boleh dilencongkan pemikirannya untuk menerima perkara itu sebagai suatu kewajaran atau menganggap pemimpin itu ada kelebihan untuk melakukan sesuatu yang di luar kenormalan.

3 pemimpin kanan PAS bangkit menentang kerjasama dengan Umno

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sebagai antara pemimpin yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sebagai antara pemimpin yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.
Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.
Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad. Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.
"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.
"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.
"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memakai baju Melayu warna sedondon dengan Presiden Umno Datuk Najib Razak pada majlis Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memakai baju Melayu warna sedondon dengan Presiden Umno Datuk Najib Razak pada majlis Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.
Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia? Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.
Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.

Najib, Hadi perlu berundur demi perpaduan Melayu, kata bekas menteri Umno

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti berundur dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus letak jawatan sebagai presiden PAS demi menjayakan perpaduan Melayu, kata bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti berundur dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus letak jawatan sebagai presiden PAS demi menjayakan perpaduan Melayu, kata bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mestilah berundur daripada kepimpinan negara dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula harus meletakkan jawatan sebagai presiden PAS demi menjayakan perpaduan Melayu, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.
Bekas menteri penerangan itu berkata, Najib dan Hadi sudah hilang kredibiliti dan tidak mempunyai kekuatan menjadi asas perpaduan antara PAS dan Umno untuk pemulihan maruah bangsa, agama dan ekonomi negara.
"Orang Melayu melihat gerakan ke arah perpaduan PAS dan Umno sekarang ini lebih kerana dorongan kepentingan survival masing-masing dan bukan memenuhi idealisme dan mimpi rakyat," katanya melalui blognya zamkata.blogspot.com semalam.

Zainuddin berkata, ketamakan kuasa dan kebencian melulu PAS terhadap Umno menjerumuskan parti Islam itu ke lembah kehinaan politik dengan penggadaian prinsip utamanya, iaitu penjualan maruah parti, bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islamik. Beliau memberi contoh kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang melihat Umno sebagai “biawak” tetapi tidak melihat diri parti Islam itu sebagai “ular berkepala dua”.
Zainuddin merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim sebelum ini yang menegaskan pendirian parti agar tidak sesekali menerima tawaran kerjasama dengan Umno walaupun dipelawa Najib kerana PAS tidak akan bersekongkol “memikul biawak hidup” sepertimana yang pernah diucapkan Hadi.
"Tuan Ibrahim masih mendabik dada terhadap kebersihan partinya tanpa menyedari ekornya bergelumang dengan najis,” kata Zainuddin yang pernah memimpin Utusan Melayu satu ketika dulu.
"Menteri besar Kelantan menyatakan kesediaan PAS untuk memaafkan kesilapan Umno pada masa lalu tetapi rakyat di kalangan PAS dan juga Umno malah rakyat di luar kedua-dua parti ini tidak dapat melupakan kesilapan baru Umno dan pemimpinnya dalam isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan (wang derma) RM2.6 bilion.”
Zainuddin berkata, tindakan pentadbiran Najib menggunakan media arus perdana untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dapat menutup fakta bekas perdana menteri itu disanjung rakyat Malaysia.

‘Benda baik kita perlu sokong’

PASIR MAS - “Ini bukan penyatuan tetapi hanyalah kerjasama.” Itu tegas Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz mengulas mengenai 'tali silaturahim' yang dihulurkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, kedua-dua pimpinan tertinggi parti Pas dan Umno itu faham yang dimaksudkan adalah kerjasama dan bukannya penyatuan seperti digembar-gemburkan.
Umno Pas Nik Muhamad Abduh berkata, Pas tetap kekal sebagai pembangkang, manakala Umno terus kekal sebagai pemerintah.
“Kerjasama Pas dan Umno ini adalah demi kepentingan agama dan rakyat.
"Sepanjang yang dibincangkan, kita tidak menyebut perihal gabungan antara Pas dan Umno,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada murid kurang berkemampuan di Parlimen Pasir Mas.
Menurutnya, kerjasama antara Pas dan Umno itu dijangka membuka dimensi baharu dalam landskap politik Malaysia pada masa akan datang.
Katanya, kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua parti bersaing secara sihat dan lebih terbuka dalam usaha menarik sokongan rakyat.
“Jika Umno buat benda yang baik,  Pas akan sokong. Sebagai pembangkang, Pas tidak boleh asyik nak bangkang perkara baik yang dibuat oleh Umno dan itu bukan politik sihat.
“Begitu juga dengan Umno, jika Pas atau parti pembangkang lain membuat kebaikan, mereka perlu buat perkara yang sama iaitu tidak menyekat. Inilah yang kita mahukan iaitu berpolitik secara matang,” katanya.
Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh berkata, ramai yang mahu kedua-dua parti itu bergabung tetapi Pas telah menyatakan syarat iaitu berpegang kepada tali ALLAH.
“Kita lihat semua ahli politik menyeru ke arah perpaduan tetapi belum ada yang mengajak untuk berpegang kepada tali ALLAH.
“Hanya kita sahaja yang mengajak ke arah berpegang kepada tali ALLAH. Itu beza Pas dengan orang lain. Kita ajak bersatu dan asas kepada tali ALLAH. Pas berpisah dengan DAP sebab mereka tidak menghormati pendirian kita berpegang kepada tali ALLAH. Bila tak hormat kita keluarlah,” katanya.