Selasa, 22 Disember 2015

BILA KENE TIPU PEMIMPIN, SEMUA SIMPAN TELUR 'PAHLAWAN'


Akmal Nasir hero baru bangsa

Oleh Mohd Sayuti Omar
Tanggal 28 Disember ini Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir diarah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah yang dikemukan terhadapnya oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir.

Jamil menyaman Akmal berhubung dakwaan kononnya Jamil menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) bagi membiayai perjalanan ke luar negara. Maklumat ini dipetik yang dikeluarkan hari ini.

Sebelum mendedahkan hal itu NOW telah membongkar berlaku bayaran dianggap luar biasa oleh yayasan itu kepada bebeapa orang eksekutifnya. Ekoran pendedahan itu yayasan berkenaan menjadi perhatian umum sekaligus mendedahkan satu urusan yang meragukan berlaku dalam yayasan tersebut. Kebenaran tentang hal ini sungguh mengejutkan.

Apa yang dilakukan oleh Akmal menerusi NOW itu adalah satu amanah dan tanggungjawab sosial yang cukup berani dalam membela hak dan kepentingan awam apa lagi bersabit hal ehawal Islam. Mungkin tanpa ada pendedahan itu menyebabkan orang tidak tahu "salah laku" dalam yayasan itu selama ini. Ini membolehkan individu dalam yayasan itu terus menjadi seperti tikus jatuh ke genak beras.

Justeru sokongan padu hendak diberikan kepada NOW khasnya Akmal Nasir yang memberanikan diri dan sedia menanggung risiko demi kepentingan umum. Apa dilakukan Akmal bukan semua orang sedia mengambil tanggungjawab berisiko sehinggakan terpaksa ke mahkamah. Sokongan bukan sahaja setakat moral tetapi mungkin wang ringgit untuk membiayai pembelaan itu nanti.

Adalah wajar kalau segenap mereka yang teruja dengan pendedahan itu, termasuk juga pemimpin parti politik khususnya pembangkang memberi sokongan moral kepada Akmal. Pembangkang sedikit sebanyak mendapat modal politik di atas pendedahan itu.

JK Penaja Pas-Umno mungkin mesyuarat 30 Disember ini - Dr Mohd Fakhrudin

Umno Pas
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja untuk mengadakan pertemuan berkala antara Pas-Umno mungkin akan diadakan pada 30 Disember ini.
Menurut jurucakap jawatankuasa itu yang juga merupakan Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul berkata, antara yang akan dibincangkan adalah perjalanan jawatankuasa itu terhadap hubungan antara Pas-Umno.
"Kita akan bincang skop dan perjalanan aktiviti kita nanti, kita akan letakkan satu batu asas yang kuat bagi mengharmonikan hubungan Pas-Umno," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Katanya, ahli jawatankuasa itu akan terdiri daripada ahli akademik dan profesional dan tidak melibatkan ahli parti politik sama ada daripada Pas mahupun Umno.
"Kita sudah senaraikan mungkin dalam 30 ahli, asas pemilihan ialah mereka yang boleh diterima oleh Pas dan Umno," katanya.
Jawatankuasa penaja Pas-Umno dibentuk selepas Alumni Al-Azhar , (hasil daripada persidangan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015) bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan Pas dalam satu pentas yang sama.
Persetujuan  itu dinyatakan oleh Mohd Fakhrudin selepas bersetuju dengan cadangan yang dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015.

Dewan Negara luluskan RUU Majlis Keselamatan Negara tanpa pindaan

Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) tanpa pindaan yang dikritik kerana memberi kuasa penuh kepada perdana menteri.
Dengan undian majoriti menyokong, rang undang- undang itu‎ memberikan kuasa kepada anggota MKN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengarahkan penahanan mana-mana individu tanpa waran apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika penggulungan bacaan RUU itu berkata, kerajaan bersedia menerima kritikan orang ramai yang memberi pandangan secara tafsiran dan ilmiah dan ianya wajar dibetulkan.

"Setelah ambil kira saya memberi pengakuan kerajaan akan mempertimbangkan sebaik- baiknya. "Sekiranya ada kelemahan kerajaan akan kemukakan pindaan akta ini dalam sesi Parlimen akan datang," katanya Shahidan ketika menggulung RUU MKN di Dewan Negara hari ini.

Patutlah Takiyuddin sedia maaf, lupakan kesalahan umno....

Sewaktu Husam menjadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat. Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh....

  Itulah antara sebab, Husam dimusuhi. Apakah korang masih ingat isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan?

  Husam sudah nampak salahlaku yang bakal berlaku dan boleh membahayakan kerajaan Kelantan malah rakyat negeri itu sendiri.....banjir besar yang baru lepas itu adalah antara buktinya.

 Husam membangkitkan isu ini sedangkan dia tau permohonan itu telah pun ditolak kerana Husam hanya memberi "clue" tentang ada sesuatu yang tak kena di Kelantan.

 Tapi Husam dituduh pengkhianat. Dia dituduh memfitnah.Dan yang menuduh memfitnah bukan ahli sembarangan!! TMB Kelantan Nik Amar sendiri menghentam Husam.

 Diatas ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar.

 Syarikat menawarkan premium sebanyak RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau permohonan ini diluluskan!...RM7 juta. Tarikh permohonan ini dibuat pada 20 Jun 2013.

Walaupun Syarikat baru didaftarkan pada 13.6.2013, Seminggu lepas tu pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!!

 Masuk akalkah, budak umur 22 tahun buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00, tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri?

Wow! Ada kabel besar rupanya budak nih!:

  Lima hari kemudian, pada 6 Ogos 2013, Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan pun menghantar surat arahan kepada Pengarah Hutan Negeri untuk memproses permohonan tersebut supaya dapat dibawa ke Mesyuarat EXCO secepat mungkin.

  Ini lah yang cuba di sampaikan oleh Husam Musa ... Siapa punya kerja? Balak 3,500 ekar pun boleh kowtim kat syarikat yang tak ada modal..tak ada pengalaman...tak ada kepakaran?

  Macam mana SS MB Kelantan boleh tulis surat macam tu? Komisyen? Proxy atau kronisma? Apa-apalah....

UMNO tak boleh dimaaf, takkan ‘taubat’ selagi rakyat tak hukum


Kesan-Kenaikan-Harga-Barang
Ahli Jawatankuasa DAP USJ, Nor Miswary Ramli percaya UMNO yang mendominasi pemerintahan negara sejak merdeka, tidak ‘akan bertaubat’ selagi rakyat tidak menghukum parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau percaya tindakan memaafkan parti Melayu terbesar itu hanya memberi ruang kepada pemimpin dan ahli parti itu untuk mengaut kekayaan negara dengan cara salah.
“UMNO tidak akan bertaubat jika tidak dihukum. Memaafkan UMNO adalah memberi tangki oksigen baru kepada penyelam yang mahu menyelam sambil minum air,” katanya
Nor Miswary berkata, UMNO tidak boleh dimaafkan atas kezaliman ke atas rakyat berikutan pengumuman kenaikan pelbagai perkhidmatan yang menyaksikan rakyat menghadapi bebanan kos sara hidup yang tinggi.
“Selepas kenaikan tambang ERL yang tidak munasabah selepas kenaikan kadar tol serta pelbagai kenaikan kemudahan perkhidmatan awam lain, tiada sesiapa pun akan memaafkan UMNO,” katanya.
Beliau berkata, urus tadbir harta awam yang boros dan hutang negara yang kian banyak serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan, tidak boleh dikompromi.
“Hutang negara yang mencecah RM600 billion, hanya kurang 5 peratus sahaja dari kadar siling hutang negara yang dibenarkan, juga menjadi hujah paling ampuh untuk mana-mana rakyat untuk tidak berkompromi dengan UMNO.
“Mereka yang tersepit dengan situasi seperti yang dihadapi anak-anak muda pasti tidak akan menghulur salam kemaafan kepada UMNO. Mereka hanya menunggu Parlimen dibubar untuk menjatuhkan hukum,” katanya.

Tamrin : Abdul Hadi bakal ditolak seperti Najib

Ahli-ahli akar umbi Pas didakwa akan menolak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana sesetengah ahli Umno menolak kepimpinan Presiden mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar berkata, ia akan berlaku akibat daripada tindakan kedua pemimpin yang mengambil keputusan untuk melakukan kerjasama antara parti.
“ALLAH sudah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dengan mereka yang cuba menutup kejahatan mereka dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis.
“Masanya akan tiba ahli Pas akan tolak Abdul Hadi seperti juga ahli Umno akan tolak Najib,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ini turut melahirkan simpati terhadap beberapa pemimpin Pas.
“Najib bercakap tentang loyalty (setia pada pemimpin), Abdul Hadi bercakap tentang wala' (setia pada pemimpin). Bezanya satu guna bahasa Melayu, satu lagi guna bahasa Arab.
“Besar kemungkinan mereka ini menganggap ahli-ahli mereka (Umno dan Pas) tak faham isi kandungan al-Quran dan hadis seolah-olah mereka seperti 'lembu cucuk hidung' akur apa sahaja pemimpin mereka kata,” katanya lagi.

Satu penyamun, satu lagi mahu berkawan dengan penyamun, bidas Tamrin


Mohd Tamrin Abdul GhafarMohd Tamrin Abdul GhafarMenganggap penyatuan antara Umno dan PAS sebagai “satu penyamun dan satu lagi bersungguh-sungguh nak berkawan dengan penyamun”, bekas veteran Umno yakin ahli PAS akan menolak presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama seperti ahli Umno menolak Mohd  Najib Razak.
“Masanya akan tiba ahli-ahli akar umbi PAS akan tolak Hadi seperti juga ahli-ahli Umno akan tolak Najib,” tegas Datuk Tamrin Tun Ghafar yang juga pernah menjadi ahli PAS itu.
Menurutnya, kedua-dua presiden parti politik Melayu itu dilihat memiliki persamaan sikap apabila dilihat menyalahgunakan konsep ketaatan kepada pemimpin.
“Najib bercakap tentang loyalty (setia pada pemimpin), Hadi bercakap tentang wala' (setia pada pemimpin). Bezanya satu guna bahasa Melayu, satu lagi guna bahasa Arab. Satu penyamun dan satu lagi bersungguh-sungguh nak berkawan dengan penyamun,” bidas bekas Ahli Parlimen BN Batu Berendam itu.
Bibit-bibit kepada kerjasama Umno-PAS itu dilihat semakin ketara ketika Najib dan Hadi mesra duduk sepentas pada persidangan Multaqa Serantau Al-Azhar Malaysia minggu lalu serta terbaharu reaksi Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyatakan partinya bersedia untuk memaafkan dan melupakan kesalahan Umno.
Menurut Tamrin yang juga bekas ahli Umno kira-kira 40 tahun itu, berkemungkinan besar Hadi dan Najib tidak memahami isi kandungan al-Quran dan Hadis
“Seolah-olah mereka (ahli Umno dan PAS) akan terus ‘membabi buta’ dan seperti ‘lembu dicucuk hidung’, akur apa sahaja pemimpin mereka kata.
“Allah dah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dengan mereka yang cuba menutup kejahatan mereka dengan menggunakan ayat-ayat al-Quraan dan Hadis,” ujarnya dalam kenyataan beliau hari ini.

Senator BN minta Najib dengar bantahan RUU MKN

Senator UMNO bimbang Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara akan disalahguna
Senator-Suhaimi-Abdullah
KUALA LUMPUR: Senator Suhaimi Abdullah dari Barisan Nasional menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mendengar suara bangkangan dalam Dewan Negara yang bimbang dengan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Suhaimi berkata beliau juga amat takut undang-undang yang dicadangkan itu akan disalahguna.
“Saya ahli Umno dan saya juga bimbang,” katanya semasa para senator membahaskan RUU MKN pada Selasa.
“Saya menggesa Putrajaya supaya mendengar suara kita dan pertimbang kebimbangan kita. Saya yakin RUU MKN ini telah difikirkan secara mendalam. Saya tidak mahu mengulangi soalan-soalan yang telah diutarakan oleh rakan-rakan, tetapi dengarlah suara kami.”
Beliau memuji para senator BN yang menurutnya pembahas yang lebih baik dari senator pembangkang.

Bila dah gelap hati mata duitan, yg terang2 HARAM nak dihalalkan.

APA NAK HERAN, klu bapak segala maksiat ARAK & JUDI pon boleh dpt kelulusan dari KERAjaan BN.. Inikan pula anak2 cucu cicitnya vape..

Biar haram sekalipun janji KERAJAAN DAPAT UNTUNG CUKAINYA !!

India cadang kenakan cukai. Proses nak cukai untuk vape pun di kaji. KERAJAAN JUGA YANG UNTUNG. Nampak tak mainannya? Rakyat jugak yang kena...

Dlm UMNO, halal HARAM SAMA2 BANTAI !!!

Punca Umno@Bn Takut Kalah...!!!

KENAPA skrg ini Dr. Mahathir bin Mohamad & kuncu2nya bermati2an hentam Najib Razak supaya Najib letak jawatan..??!!

JAWAPANNYA.. jika Najib kekal sehingga PRU14 Mahathir menjangkakan momentum yg ada skrg ini BN akan kalah pd PRU14 nanti.

KALAU BN KALAH.. apa akan jadi pd Mahathir, Najib, kuncu2 & kroni UMNO kelak..??!!

JAWAPANNYA... tirai besi menanti anda semua !!!

Ingatkan juta2 jer. rupa2nya.. sampai bilion2 ringgit..


HUTANG RM177.8B: HIDUP UMNO !!! HIDUP MELAYU !!!

Sehingga 30 Jun 2015, kerajaan telah menjamin RM177.8 bilion hutang syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bertuah jadi rakyat 1 Malaysia..
Kerajaan & GLC pandai BUAT HUTANG..
Rakyat jadi penjaminnya & TOLONG BAYAR HUTANG

Sampai kini walau HARAM KERAjaan TERUS KUTIP CUKAI ROKOK !!!

Majlis Fatwa Kebangsaan dah lama fatwakan merokok itu haram. Fatwa 23 Mac 1995. Sampai kini walau HARAM KERAjaan TERUS KUTIP CUKAI ROKOK !!!

Terang2 dalam Islam ARAK ITU HARAM..
Terang2 dalam Islam JUDI ITU HARAM..
Sampai kini walau HARAM KERAjaan TERUS KUTIP CUKAI ARAK & JUDI !!!

KENAPA BEGITU ??.. Kerana KERAjaan bukan minum arak atau main judi. KERAJAAN HANYA KUTIP CUKAI ARAK & JUDI !!!

Sedondon merah jambu yang sarat dengan isyarat

Pertemuan sepentas dua presiden bagi dua parti umat Islam terbesar di Malaysia dalam acara Multaqa Alumni al-Azhar baru-baru ini menimbulkan pelbagai polemik dan perdebatan di pelbagai media.
Pakaian sedondon, nada ucapan yang seiring sekata dan resolusi yang menjurus kepada ‘perpaduan’ Umno-PAS demi Islam dan bangsa Melayu memberikan impak yang cukup untuk 1,001 spekulasi dan ramalan warga Malaysia.
Di sebalik semua polemik yang ditimbulkan, perlu diakui bahawa kedua-dua presiden parti Umno dan PAS tersebut berjaya melakukan sesuatu yang gagal dilakukan oleh presiden-presiden kedua-dua parti, selepas era Tun Razak dan Datuk Asri Muda.
Hal ini perlu diakui dan kejayaan mereka perlu diiktiraf.
Mungkin ada yang ingin menyamakan pertemuan dua presiden tersebut dengan perkongsian pentas Tun Mahathir Mohamad dengan almarhum bekas presiden PAS Fadhil Noor.
Dua pertemuan tersebut tidak sama, walaupun kedua-dua pertemuan itu menemukan presiden Umno dan PAS sepentas.
Dalam pertemuan Mahathir dan Fadhil, isu utamanya ialah isu Palestin. Penganjurnya pula ialah Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM).
Resolusinya pula ialah berkaitan isu Palestin yang pada waktu kini membuahkan hasil dari pertemuan tersebut.
Pertemuan Mahathir dan Fadhil tidak membawa manifestasi politik, malah kedua-duanya tidak berpakaian sedondon dan tidak pula berlangsung di kala reputasi politik Mahahir sedang nazak.
Jika ada pihak yang sepatutnya mendapat kredit dari pertemuan tersebut, maka ABIM adalah pihak tersebut.
Sedondon, sarat isyarat
Pertemuan baru-baru ini memang membawa mesej dan motif politik. Tiada sesiapa dapat menafikan bahawa tema pertemuan dua presiden berpakaian sedondon itu pun sarat dengan isyarat politik.
Malah resolusi yang dikemukakan juga terang-terangan membawa implikasi politik.
Mereka bukannya berbincang atas isu keperluan kedua-dua parti melawan keganasan kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) mahupun Bashar al-Asad dalam multaqa tersebut.
Kedua-dua presiden juga tidak membicarakan tentang kematian demokrasi dan keadilan di Mesir yang dibunuh oleh rejim Jeneral al-Sisi yang didukung agamawan Universiti al-Azhar.
Mereka juga tidak berbincang tentang cara untuk menangani kemerosotan kualiti graduan al-Azhar mutakhir ini, terutamanya dalam penguasaan bahasa Arab dan penguasaan ilmu serta cara untuk mengatasinya.
Walaupun ketiga-tiga isu tersebut merupakan isu yang memerlukan input dan ketegasan alumni al-Azhar di Malaysia, namun kesemuanya tidak menjadi pokok perbincangan di dalam multaqa berkenaan.
Perkara pokok yang menjadi tema ucap utama kedua-dua presiden parti tersebut ialah usaha kerjasama Umno-PAS dan juga kepentingan politik Melayu-Islam di kala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang diasak hebat oleh pihak luar dan dalam partinya sendiri.
Pokoknya, pertemuan tersebut merupakan pertemuan politik yang membawa mesej politik yang jelas. Pertemuan tersebut bakal membawa satu anjakan paradigma di dalam PAS dan juga Umno.
Retorik teologi, ataupun penggunaan wacana agama dalam menjadikan Umno di pihak yang salah, atau batil dan PAS di pihak yang benar, ataupun haq bakal berakhir dengan penerimaan kedua-dua presiden tersebut terhadap resolusi multaqa itu.

Kerjasama: Bukan soal wajar atau tak, soalnya bolehkah?

Umno Pas
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan kerjasama politik boleh berlaku antara Pas dan Umno tetapi ianya agak sukar berlaku.
Menurut Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, terdapat empat sebab kerjasama politik kedua-dua parti itu 'sukar' terlaksana.
"Pertama, kedua-dua parti ini ada kesilapan politik masing-masing. Pas ada kesilapan dengan amanatnya di Bukit Paradong yang memecahkan umat Melayu dan Islam. Umno ada kesilapannya di Memali yang juga memecahkan umat Melayu dan Islam. Luka dari dua kesilapan ini, jika pun telah sembuh, meninggalkan kesan parut besar yang payah dihilangkan.
"Kedua, parti ini berbeza ideologi. Hudud adalah perjuangan utama Pas. Jadi, sekiranya kerjasama ini hendak berjaya, Umno perlulah memenuhi syarat hudud Pas. Saya tidak yakin parti-parti komponen bukan Islam dalam BN boleh bersetuju dengan syarat hudud Pas ini," katanya menerusi posting  terbaharu di laman sosial Facebook miliknya.
Katanya lagi, sebab yang seterusnya adalah arah tuju kerjasama yang tidak jelas.
"Adakah ini sekadar kerjasama dalam hal-hal tertentu sahaja atau kedua-dua parti ini hendak bergabung? Pemimpin Umno dan Pas  tidak tegas dalam hal ini menyebabkan penyokong kedua-dua parti ini keliru tentang arah tuju kerjasama ini.
"Dan keempat, masih ramai ahli dan pemimpin kedua-dua parti yang tidak menyokong idea kerjasama ini. Jadi, bagaimana mahu menjayakan kerjasama ini?," katanya.
Oleh itu kata Agus, jalan terbaik buat masa ini ialah kedua-dua parti itu moleklah sekiranya bekerjasama dalam hal ehwal yang membabitkan  menjaga   kesejahteraan rakyat.

‘Tahaluf siyasi Pas-Umno boleh’ - Dr Kamarul Zaman

Muzakarah
KOTA BHARU - Tidak ada sebarang masalah untuk Pas menjalin kerjasama politik atau bertahaluf siyasi dengan Umno walaupun kedua-duanya berbeza fahaman.
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, ini kerana, walaupun Umno dilihat berfahaman kebangsaan, namun di dalam Perkara 3 (3) perlembagaan parti itu jelas menyatakan bahawa asas penubuhannya untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara.
“Peruntukan ini sebenarnya sudah lebih dari mencukupi bagi menggambarkan komitmen Umno untuk melaksanakan syiar Islam, malah ia ditegaskan lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung Umno baru- baru ini.
“Di mana beliau berikrar dan berjanji akan memberikan sepenuh komitmen untuk mengembang dan mempertinggi syiar Islam di Malaysia, barulah sebuah negara Islam yang digelar baldatun tayyibatun warabbun ghafur akan terbangun di Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kamarul Zaman yang Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan Umno dan Pas untuk membentuk ideologi baharu sekiranya kerjasama politik terjalin antara keduanya.
Menurutnya, apabila disebut mengenai baldatun tayyibatun warabbun ghafur, menggambarkan satu anjakan besar dalam perjuangan Umno selari dengan Pas ia kerana merupakan inti pati perjuangan parti itu sejak penubuhannya pada 1951 lagi.
“Sekalipun mungkin terdapat keraguan di atas fahaman kebangsaan Melayu Umno, keraguan ini telah tertolak apabila Majlis Syura Ulama dalam kertas kerja bertajuk ‘Tahaluf Siyasi: Garis Panduan Dari Perspektif Islam’ yang menjadi rujukan Pas dalam kerjasamanya dengan parti lain sejak 2010 lagi telah menerima fahaman kebangsaan Melayu ini,” katanya.

Dakwa tekanan dari pejabat AG, adik beradik Morais berbalah lagi


Adik beradik kepada Timbalan Pendakwaraya SPRM, Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh- Richard dan Charles sekali lagi bercanggah pendapat dalam isu pengebumian mayat Kevin.
Kali ini dakwaan bahawa terdapat individu dari Jabatan Peguam Negara yang terlibat memaksa keluarga untuk membakar mayat Kevin sebelum permohonan untuk bedah siasat kedua didengar.
Dalam satu artikel disiarkan Ahad lalu, laman web Sarawak Report mendakwa seorang wakil Peguam Negara meminta ahli keluarga- melalui pesanan teks mempercepatkan pembakaran mayat Kevin. Laman web itu juga mendakwa apabila rundingan itu ditolak, berlaku ugutan dan cubaan rasuah.
Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Richard menafikan dakwaan paksaan oleh pejabat Peguam Negara seperti didakwa Sarawak Report.
"Ia semua penipuan! Ia gila. Tiada sebarang tekanan dari AG," katanya.
Beliau berkata motif dalam menuntut jasad abangnya dari bilik mayat adalah semata-mata untuk mempercepatkan pembakaran mayat.
"Selama 70 hari tubuh abang saya ada di situ… Saya mahu mengebumikannya," kata Richard.

PENOLAKAN KERJASAMA KIAN KETARA, APA PILIHAN HADI SETERUSNYA?

Semua orang tahu yang teringin sangat dalam Pas untuk berbaik dan menjalinkan kerjasama dengan UMNO tidak lain tidak bukan ialah Presidennya, Hadi Awang sendiri.

Beliau bukan saja memperlihatkan sikap yang lebih lunak terhadap pelbagai kecurangan dalam UMNO dan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Razak sejak kebelakangan ini, bahkan turut mempamerkan kemesraan di depan umum dengan berpakaian sedondon berbaju Melayu merah jambu pada program alumni Al Azhar, minggu lalu.

Kesediaan Hadi Awang duduk sepentas dengan Perdana Menteri yang diperkatakan di seluruh dunia berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya, dilihat sebagai tanda sambutan terhadap huluran kerjasama yang dilontarkan Najib ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO, 8 hingga 12 Disember lalu.

Bagaimanapun, untuk menyambut secara rasmi salam kerjasama itu menimbulkan perasaan yang berbagai kepada Pas, di sebalik sikap yang ditunjukkan Hadi itu - ada yang semacam sedia bersama-sama dengan Hadi Awang serta mengatakan sedia memaafkan UMNO dam ada pula yang terang-terang tidak menyetujuinya.

Walaupun beberapa kerat pemimpin Pas di peringkat atasan nampaknya sedia dalam menjalinkan kerjasama itu, tetapi di peringkat akar umbi jelas memperlihatkan lebih ramai yang tidak menyetujuinya.

Pemimpin UMNO pro Najib, di sebalik berselindung dengan nama Islam dan perpaduan, tidak dinafikan bahawa mereka melihat hanya melalui kerjasama dengan UMNO saja barulah ternampak "ada sinar di hujung terowong"  untuk mengekalkan kuasa dalam PRU14 nanti.

Berdasarkan keputusan PRU 13 yang memperlihatkan BN hanya mendapat keputusan "nyawa-nyawa ikan" iaitu 133 - 98 kerusi Parlimen berbanding PR, namun kehilangan undi popular rakyat 47 lawan 52 peratus, keadaan dalam PRU 14 dilihat jauh berbeza berikutan Tun Mahathir kini setiap hari kerjanya membelasah Najib serta mendesaknya meletakkan jawatan.

PAS Kedah sedia kerjasama dengan Umno dan NGO


Pesuruhjaya PAS Kedah Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi Pesuruhjaya PAS Kedah Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang dapat menerima prinsip parti Islam itu bersesuaian dengan amalan demokrasi di Malaysia.
Pesuruhjaya PAS Kedah Dr. Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi berkata, PAS sedang mempelbagaikan pendekatan untuk memperkenalkan prinsip dan dasar perjuangannya.

“Pas terbuka untuk membincangkan masalah ummah, pembangunan kemanusiaan, ekonomi negara, politik Islam atau sosial.

“Perkara penting ialah bagaimana membentuk sebuah masyarakat harmonis dan bertamadun dalam acuan syariat Islam,” katanya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Ketika ditanya sama ada perbincangan pelbagai isu ini akan turut melibatkan Umno atau tidak, beliau berkata ia tidak seharusnya memberi maksud ‘memberi talian hayat kepada Umno’.

“Konsep ta’awun (bantu) perlu diperluaskan maksudnya dan ia tidak seharusnya membawa maksud memberi talian hayat kepada Umno kerana Umno dalam keadaan nazak dengan palbagai isu,” katanya lagi.

Terdahulu, menurut satu sumber kepada Malaysia Dateline, PAS sedang bergerak ke arah satu konsep politik baharu iaitu ta’wun dan istianah yang membawa maksud tolong-menolong dan bantu-membantu.

Sumber dari Kedah ini memberitahu, konsep dipersetujui oleh majlis syura ulama PAS untuk digunakan bagi kerjasama dengan Umno.

Ahmad Fakhruddin bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung dakwaan itu.

Beliau sebaliknya menegaskan pendirian PAS Kedah bahawa tiada hubungan kerjasama politik dengan Umno.

“Pas Kedah berpendirian tiada hubungan kerjasama politik dengan Umno.

“Pas Kedah sentiasa memberi pandangan dalam konsep 'semak imbang' bagi menyemarak sistem demokrasi khususnya d Kedah,” katanya.

PAS ingatkan PKR waspada ahli dicuri DAP

Rakan tahaluf siyasi itu juga diingatkan supaya berhati-hati dengan rancangan DAP menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang
jofri-sarawak
PETALING JAYA: Pas mengingatkan PKR supaya berwaspada dengan tindakan licik DAP yang telah ‘mencuri’ beberapa bekas calon PKR dalam pilihan raya lepas dan mengisytiharkan mereka menyertai DAP.
Malah, Persuruhjaya Badan Perhubungan Pas Sarawak Jofri Jaraiee juga meminta rakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) itu supaya berhati-hati dengan rancangan DAP menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, yang akan diadakan pada tahun hadapan.
“DAP juga bercita-cita tinggi untuk merampas banyak kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini dengan mengisytiharkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini,” kata Jofri dalam satu kenyataan pada Selasa.
Peringatan itu merupakan respon Pas Sarawak kepada kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin yang menepis pembabitan Pas dalam persiapan pakatan pembangkang menghadapi PRN Sarawak ke-11.
Menjawab pertanyaan FMT, Wan Azizah berkata isu pengagihan kerusi hanya dibincangkan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) kerana Pas kurang mendapat sambutan di negeri itu.
“Tidak benar sama sekali Pas di Sarawak tidak mendapat sambutan seperti yang dilaporkan oleh akhbar hari ini,” jawab Jofri.

Pakatan Harapan setuju pandangan Wan Azizah, Pas kurang pengaruh di Sarawak

TeresaKhalid
Pimpinan Pakatan Harapan bersetuju dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pas tidak mempunyai pengaruh di Sarawak untuk bertanding dalam pilihan raya negeri.
KUALA LUMPUR, 22 Disember:
Pimpinan Pakatan Harapan bersetuju dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pas tidak mempunyai pengaruh di Sarawak untuk bertanding dalam pilihan raya negeri.
Bagaimanapun, mereka tidak membantah sekiranya Pas mahu bertanding di kerusi negeri itu.
Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok berkata beliau bersetuju kenyataan yang dibuat Wan Azizah.
“Saya bersetuju dengan pandangan Kak Wan.
“Saya harap penyertaan Pas akan membuat kepimpinannya tahu dari segi populariti.
“Saya harap keputusan pilihan raya nanti akan menghantar mesej yang jelas kepada mereka,” katanya kepada The Rakyat Post.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata tidak ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang itu.
“Dia hanya menyatakan yang jelas, melainkan jika terdapat alasan untuk mempertikaikan perkara tersebut,” katanya kepada The Rakyat Post.
Beliau berkata, Pas boleh bertanding seberapa banyak kerusi yang mereka kehendaki.

Pas Sarawak sanggah Wan Azizah

pas_logo_L-1
Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee menegaskan sokongan pengundi dan rakyat terhadap parti Islam tersebut di Sarawak ketika ini semakin mengukuh dan bukannya tidak mendapat sambutan seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
KUALA LUMPUR, 22 Disember:
Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee menegaskan sokongan pengundi dan rakyat terhadap parti Islam tersebut di Sarawak ketika ini semakin mengukuh dan bukannya tidak mendapat sambutan seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Jofri, Pas akan bertandingan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak seperti mana yang dikatakan oleh Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Jelasnya, antara kerusi yang akan ditandingi tersebut termasuklah beberapa kerusi bandar yang mana sebelum ini ia biasanya ditandingi oleh calon DAP.
“Antara kerusi yang bakal ditandingi oleh Pas dalam Pilihanraya Negeri Ke-11 akan datang termasuklah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai, Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa, Dudong dan beberapa kerusi lagi yang sedang dipertimbangkan.
“Apapun, Pas Sarawak sedia berunding dengan PKR sebagaimana keputusan Pas Pusat yang masih mengekalkan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR.

"Hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu" - CUEPACS

"Hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu" - CUEPACSKUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan kehidupan penjawat awam sepanjang tahun 2015 merupakan sesuatu yang amat tertekan.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata tekanan yang dihadapi penjawat awam kebanyakkannya disebabkan oleh sara hidup yang tinggi selain tanggungan hutang isi rumah.

"Boleh saya rumuskan, kehidupan penjawat awam sepanjang tahun 2015 ibarat kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu," kata Azih susulan mesyuarat kongres itu di sini hari ini.

Senator BN rayu Putrajaya ambil kira cadangan tambah baik RUU MKN

Kebimbangan terhadap penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) terus dibangkitkan dalam perbahasan di Dewan Negara hari ini oleh rata-rata Senator Barisan Nasional (BN) hari ini.
Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dalam perbahasannya merayu Putrajaya mempertimbangkan untuk mengambil kira saranan dan kebimbangan yang dibangkitkan mereka dalam menggubal rang undang-undang kontroversi itu.‎
"Saya amat yakin dan percaya RUU (MKN) ini dibuat dengan cukup baik tapi saya tidak mahu ulang soalan yang sama seperti rakan-rakan lain cuma satu tolonglah kerajaan hari ini, ambil cadangan kami.

"Keluh kesah kami masukkanlah dalam (rang undang-undang) buatlah pertukaran," katanya di Dewan Negara hari ini. Dewan Negara menyaksikan pembentangan RUU MKN yang dibahas selama 2 hari bermula semalam  dan bakal digulung Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebentar lagi.
Beliau juga turut memuji rata-rata senator BN disifatkan lebih hebat daripada pembangkang apabila membahaskan RUU MKN di dan menekankan kebimbangan rang undang-undang itu bakal disalah gunakan.
"Bila kita dengar pihak pembangkang berucap (dia) kata hebat, dia hebat.
"Tapi tembak perdana menteri,kata RUU adalah drakonian dan akan digunakan perdana menteri seperti Sosma dan Poca, saya juga berkata saya Umno saya juga bimbang sekiranya disalah guna(MKN)," katanya.

'Hanya Agong layak isytihar kawasan keselamatan' - Senator BN

Yang paling layak untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 adalah Yang di-Pertuan Agong, kerana kedudukan baginda yang melampaui politik, kata seorang senator BN dari Sabah.
 Kuasa yang diberikan kepada perdana menteri berhubung perkara itu sepatutnya diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Senator Lucas Umbul dari Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) hari ini.
Memetik Seksyen 18 RUU MKN, yang membolehkan perdana menteri mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan keselamatan untuk tempoh maksimum enam bulan, Lucas berkata, kuasa itu sepatutnya diberikan kepada baginda.
Katanya, kuasa yang luas seperti itu perlu diberikan kepada orang yang berkelayakan yang kedudukannya yang melampaui politik, iaitu Yang di-Pertuan Agong.
Lucas menegaskan demikian ketika membahaskan RUU MKN di peringkat dasar di Dewan Negara.
Menurutnya, RUU itu telah memberi gambaran yang salah bahawa pihak eksekutif akan mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong, yang secara tradisinya memegang kuasa untuk mengisytiharkan darurat.
Lucas adalah senator BN kedua yang tidak bersetuju dengan peruntukan dalam RUU MKN yang memberi kuasa kepada perdana menteri untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan dibuang. Semalam, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Senator Datuk Sim Kui Hian membuat gesaan yang sama.
Lucas juga secara tidak langsung bersetuju dengan rakannya yang juga presiden Majlis Senator Malaysia (MSM), Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman bahawa RUU berkenaan tidak mengikut perlembagaan.
'Perlembagaan undang-undang tertinggi'

Dibawa ke balai kerana poster 'Mana RM2.6 bilion?'


Seorang lelaki didakwa dibawa ke balai polis selepas 20 keping poster bertulis “Mana RM2.6 bilion?” ditemui dalam keretanya.
Low Yong Zhao, anggota DAP Pahang, dikatakan ditahan dalam pemeriksaan rambang di Taman Midah, Cheras ketika sedang memandu.
Selepas rundingan, dibantu oleh pembantu kepada seorang pemimpin DAP melalui telefon, polis meminta Low ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Cheras bersama mereka, menurut rakan Low.
“Mereka tidak menahannya, mereka hanya mahu dia ke balai polis untuk membuat laporan bahawa beliau diberhentikan oleh polis,” kata seorang rakan Low, yang hanya mahu dikenali sebagai Billy.
Billy mendakwa polis meminta Low membawa poster-poster itu bersamanya ke balai polis.
Poster “Mana RM2.6 bilion?” kali pertama dipamerkan oleh anggota parlimen pembangkang dalam Dewan Rakyat selepas pembentangan Belanjawan 2016 pada Oktober.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terus dihantui isu kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Pergolakan parti politik di Malaysia warnai 2015

Suhu politik di Malaysia pada tahun ini tetap panas berikutan pergolakan parti politik di kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Disember, 2015.Suhu politik di Malaysia pada tahun ini tetap panas berikutan pergolakan parti politik di kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Disember, 2015.
Sungguhpun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah hampir 3 tahun berlalu, suhu politik di Malaysia pada tahun ini tetap panas berikutan pergolakan parti politik di kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. Landskap politik mula menampakkan perubahan ketara selepas pakatan pembangkang kehilangan 2 tokoh besar iaitu apabila ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjalani hukuman penjara 5 tahun bermula Februari kerana didapati bersalah dalam kes liwat manakala mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula meninggal dunia pada bulan sama.
Kehilangan 2 pemimpin pembangkang itu mengakibatkan perpecahan yang ketara dalam gabungan Pakatan Rakyat, apabila DAP dan PAS tanpa bersembunyi lagi meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap dasar dan polisi masing-masing.

Di sebelah Barisan Nasional (BN) pula, parti pemerintah itu turut berdepan cabaran memastikan isu yang melingkari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berlarutan, di samping memastikan rakyat tidak terbeban dengan kejatuhan nilai ringgit serta kesan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Pada 10 Februari lepas, Anwar, yang juga ketua umum PKR, gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan hukuman penjara 5 tahun yang ditetapkan Mahkamah Rayuan kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.
Walaupun Anwar cuba merayu di peringkat Lembaga Pengampunan Diraja, petisyen beliau ditolak Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mac, dan Anwar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, sekali gus memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan itu.
Selain itu, negara dikejutkan dengan pemergian bekas duta besar Malaysia di Amerika Syarikat, yang juga Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Artis ‘rakam’ sikap ahli politik Malaysia dalam buku mewarna

Buku mewarna dengan karikatur ahli politik Malaysia dihasilkan pereka grafik Fahmi Reza terjual 500 naskhah dengan wang berjaya dikumpulkan dalam masa kurang 3 hari. – Gambar ihsan Fahmi Reza, 22 Disember, 2015.Buku mewarna dengan karikatur ahli politik Malaysia dihasilkan pereka grafik Fahmi Reza terjual 500 naskhah dengan wang berjaya dikumpulkan dalam masa kurang 3 hari. – Gambar ihsan Fahmi Reza, 22 Disember, 2015.
Semasa kontroversi melingkari firma pelaburan Putrajaya 1Malaysia Development Bhd (1MDB) awal tahun ini, seorang artis turut sibuk berkarya. Bermula dengan karikatur pemimpin tertinggi negara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pereka grafik Fahmi Reza, 38, berpaling arah pula kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib diberi huruf "K" untuk "Koruptor", manakala Dr Mahathir diberi "D" untuk "diktator".

Fahmi melukis kedua-dua tokoh ini sebagai lakaran dalam buku mewarna dan berkongsinya dalam talian bagi tatapan rakan Facebook. Tetapi populariti besar yang diterima di media sosial melahirkan idea baharu – mengapa tidak membuat buku warna lengkap ilustrasi A-Z ahli politik Malaysia?
Pada Ogos, buku mewarna ABC Politikus Malaysia mula dijual naskhah bertujuan memperlihatkan kemustahilan dan kemunafikan ahli politik Malaysia kerajaan dan pembangkang. – Gambar ihsan Fahmi Reza, 22 Disember, 2015.Pada Ogos, buku mewarna ABC Politikus Malaysia mula dijual naskhah bertujuan memperlihatkan kemustahilan dan kemunafikan ahli politik Malaysia kerajaan dan pembangkang. – Gambar ihsan Fahmi Reza, 22 Disember, 2015.
Itu adalah pada Jun, dan pada Ogos, buku mewarna "ABC Politikus Malaysia" mula dijual dengan 500 naskhah bertujuan memperlihatkan "kemustahilan dan kemunafikan" ahli politik Malaysia daripada kedua-dua kerajaan dan pembangkang, kata Fahmi yang juga seorang aktivis sosial dan terkenal dengan dokumentari sejarah beliau "10 Tahun Sebelum Merdeka". "Semuanya bermula dengan satu ilustrasi yang saya dipaparkan di Facebook pada 23 Jun, 2015 kerana saya mahu mengulas mengenai skandal 1MDB dan dakwaan penglibatan perdana menteri kita dalam kontroversi.
"Dan sebagai pereka grafik, saya lebih cenderung berkongsi komentar saya secara visual melalui poster politik dan ilustrasi yang menyindir.
"Saya mereka ilustrasi untuk membuat ia kelihatan seperti datang daripada imaginasi buku mewarna ABC. Ia mempunyai lukisan menyindir Najib bersama kapsyen ‘Mari mewarna ABC! K untuk koruptor’," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual melalui emel baru-baru ini.
Dengan sumber sebanyak RM5,775 daripada Pozible, sebuah laman sesawang yang membiayai kerja kreatif, Fahmi mencetak 500 naskhah buku mewarna dengan wang berjaya dikumpulkan dalam masa kurang 3 hari.
Setiap karikatur di dalam buku mewarna disertai abjad dan perkataan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng DAP diberikan "H" untuk "hipokrit", Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah "N" untuk "nepotis", manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "T" untuk "Tuhan".
Fahmi berkata beliau melukis ahli politik daripada Barisan Nasional dan pembangkang kerana berasa semua ahli politik "tidak boleh dipercayai".
"Jika ada mesej tertentu (dalam buku ini), ia akan menjadi, jangan percaya kepada ahli politik, tidak kira apa parti mereka, tidak kira betapa hebatnya mereka mungkin kelihatan.
"Mesej lain ialah perbezaan pendapat dan ingkar penting dalam demokrasi. Terutamanya yang menderhaka kepada pemimpin korup dan politikus," katanya menggunakan slanga bagi ahli politik.
"Mengapa kita perlu taat kepada politikus ini? Kita meletakkan mereka di sana, mereka adalah orang yang harus mentaati kita, rakyat," kata Fahmi yang juga tokoh utama gerakan Occupy Dataran di Kuala Lumpur.

Jangan ditanya Kemana Wangnya Pergi

Ada seorang  pemuda dari kampong Chenua Raub, berjumpa dengan saya. Antara isi perbualan ialah hasrat dia membuka satu akaun bank. 
Ayah awak siapa? Abdul Razak jawab nya. Nama awak? Mat Najib. Ayah kaeih beri nama gitu.(Kaeih loghat Raub sama dengan saya atau kawan loghat Pekan).

Dia bercadang membuka akaun dengan Ambank bandar Raub. Dia akan membuka akaun atas nama M. Najib Abdul Razak.

Ini macam nama PM kata saya. Bukan katanya. Iras iras tapi tak sama. Mengapa awak nak buat begitu? Dia jawab kalau buat  macam ini, mana tahu 1MDB akan hantar duit masuk. Kalau tak dapat USD850juta tak mengapa. Dapat USD4 juta pun sudah ok. Sebab 1MDB akan hantar kedalam akauan penama yang iras2 tapi tak serupa. Seperti Aabar Investment Ltd.

Lapuran Wall Street Journal menunjukkan 1MDB telah membayar US$850 juta kedalam akaun satu syarikat luar pantai yang menggunakan nama hampir serupa dengan syarikat asal. Syarikat itu menggunakan nama syarikat Dana Aabar, iaitu Aabar Investments PJS Ltd. Tapi Aabar kata, itu bukan syarikat milik nya.

Ini agak nya mengapa 1MDB kata mereka bayar sejumlah USD2.4 billion tapi, Aabar kata mereka tak terima. Rupa2 nya mereka hantar kedalam akaun syarikat lain. 
Kemana duit itu dihantar? Jika ia dihantar kedalam akaun syarikat  lain, bererti 1MDB cuai atau berkomplot dengan beberapa orang yang masih bergentayangan, untuk memasukkan dalam akaun syarikat yang  secara sengaja diujudkan untuk tujuan menyonglap wang 1MDB. Jika perkara kedua ini berlaku, ertinya, rakyat Malaysia sudah kena tipu.

Punca duit, tidak di kisahkan oleh orang UMNO. Mereka diajar menganggap apa2 wang yang mereka terima seperti wang yang berikan kepada kita oleh bapa kita. Kita tak tanya dari mana wang itu datang. Sebab kita dididik meyakini dan mempercayai bahawa bapa kita mencari wang yang halal.

Bersih 2.0 bimbang rakyat dilayan seperti penjenayah selepas RUU MKN


Maria ChinMaria Chin
Rakyat akan dilayan seperti penjenayah hanya kerana mempraktikkan kebebasan bersuara ekoran pengenalan Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara 2015, tegas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Rang undang-undang yang kini sedang dibahaskan di Dewan Negara selepas lulus di Dewan Rakyat bakal mencengkam demokrasi di Malaysia dan beliau berkata hak asasi manusia yang dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia juga bakal dihanyutkan.
“Ini kerana selepas MKN (Majlis Keselamatan Negara) diluluskan,  segala kuasa terletak di bawah (badan) eksekutif atau pun di bawah seorang individu sahaja,” ujar beliau dalam kenyataannya hari ini.
RUU MKN 2015 yang dibentang di Dewan Rakyat akhir November lalu memperuntukkan 15 kuasa khas kepada Pengarah Operasi dan pasukan keselamatan bagi mengawal serta menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.
Sehubungan itu, Maria menggesa supaya Putrajaya menggugurkan segala pendakwaan terpilih terhadap kesemua individu yang mempunyai pendirian politik berbeza serta membebaskan semua tahanan politik.
Pada masa sama, Bersih 2.0 turut menuntut agar RUU MKN 2015 yang sedang dibahaskan di Dewan Negara ditarik balik dengan serta-merta.

SU Agung PAS sudah lama mahu kerjasama dengan Umno, kata bekas presiden NUJ


Tulisan Yazid dalam facebooknya yang menjadi viral di kalangan pengguna sosial media ketika berada di majlis  perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia baru-baru ini.Tulisan Yazid dalam facebooknya yang menjadi viral di kalangan pengguna sosial media ketika berada di majlis perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia baru-baru ini.
Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Datuk Yazid Othman mendakwa, usaha untuk merapatkan hubungan antara PAS dengan Umno sudah lama dihasratkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan.
Menulis dalam facebooknya, pemimpin Umno di Kelantan itu mendakwa, perkara itu diluahkan oleh Takiyudin kepada beliau dalam pertemuan mereka di majlis Multaqa Serantau Alumni Az Azhar Malaysia 18 Disember lalu yang turut dihadiri oleh kedua-duanya.
"Alhamdulillah to' apa yang kita hasratkan sebelum ini berhasil". Saya menjawabnya "Syukurlah to' Insyaallah...semOga ia berjalan dengan baik seperti yang kita cita-citakan,"tulis Yazid dalam Facebooknya 19 Disember lepas yang kini menjadi viral di kalangan pengguna laman sosial.
Menurut Yazid, setelah multaqa berakhir tengahari 18 Disember dimana para peserta mula bersurai, Setiausaha Agung PAS Pusat itu yang merupakan teman seperjuangan beliau di kampus Universiti Malaya dahulu menarik tangan beliau ketepi dan membisikkan kenyataan di atas.
"Demikian catatan cebisan rakaman sejarah di sebalik peristiwa pertemuan kedua-dua pemimpin utama bangsa Melayu dan Islam Datuk Seri Najib dan Haji Hadi, dalam meniti perpaduan antara kedua-dua pihak PAS dan Umno demi kelangsungan bangsa dan agama kita Islam yang maha suci," tulis Yazid.
Najib ketika berucap merasmikan multaqa itu sekali lagi menghulurkan tangan kepada PAS untuk bekerjasama.
Jika ucapan di perhimpunan agung Umno dibuat tanpa kehadiran pemimpin PAS itu, ucapan di multaqa ini dibuat di depan Abdul Hadi sendiri.

Pakatan Harapan Desak Najib Jawab 1MDB, RM2.6b

Pakatan Harapan akan tumpu polisi bersama

Isu pembebasan Anwar di bawa Pakatan Harapan

Nurul Izzah: Jangan Kita Biarkan Anwar Ibrahim Mati Dalam Penjara

Nurul Izzah: Bayangkan Pada Tahun 2020 ........

Nurul Iman Anwar: We Will Persevere & Will Never Give Up In Continuing Papa's Struggle

Kalau teringin nak gabung dengan Umno, sila tinggalkan Pas - Naib Presiden


Kalau teringin nak gabung, tinggalkan Pas


Pas menegaskan mana-mana individu dalam parti itu yang teringin bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Pas pernah kehilangan ramai tokoh besar yang lari bersama Umno.
“Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi.
“Pas pernah kehilangan Pengasas Pas, Ahmad Fuad Hassan, Datuk Asri Muda, Naib Presiden, Datuk Nakhaei Ahmad, Hasan Adli, Setiausaha Agung, Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh. Persoalannya adakah Pas lemah?
"Pas tetap hebat, kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun boleh pergi, Insya-ALLAH Pas berdiri gagah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, Pas mempunyai organisasi daripada peringkat majlis syura, AJK Pas Pusat, dan muktamar.
“Heboh di peringkat media sosial dan media perdana, Pas hendak bergabung dengan Umno. Ingin saya tegaskan pandangan peribadi tidak boleh dipakai,” katanya.
Beliau berkata, ahli Pas juga perlu mendapatkan maklumat secara terus daripada pimpinan yang bercakap atas kapasiti keputusan parti, bukan pandangan peribadi.
“Ahli Pas perlu hadir ke program dan dialog bersama pemimpin Pas.
“Jangan jadikan media perdana, media sosial, hatta media alternatif,  mereka ada agenda yang tersendiri untuk memadam cahaya perjuangan Pas,” katanya.

JALAN GELAP "PERKAHWINAN" UMNO - PAS, TUAN IBRAHIM SENADA DENGAN MUHYIDDIN


Ini betul-betul potong stim - belum pun sampai seminggu selepas Najib Razak dan Hadi Awang duduk sepentas dengan masing-masing berbaju Melayu merah jambu yang kemudian diikuti dengan seriusnya mahu mewujudkan kerjasama atau "perkahwinan"  antara UMNO dengan Pas, segala-galanya kini bagaikan berubah menjadi "pelamin anganku" bakal musnah di pertengahan jalan.

Dalam reaksi terhadap kenyataan sepupu Najib, Hishammuddin Hussein yang meminta Pas lebih mengutamakan Islam dan martabat agama daripada politik sekiranya ingin bekerjasama dengan UMNO, Tuan Ibrahim Tuan Man membalasnya balik dengan menggariskan enam perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu oleh UMNO.

Kata Timbalan Presiden Pas itu, semua enam perkara itu perlu dilakukan sebagai langkah menunjukkan kepada rakyat, terutamanya yang beragama Islam, kesungguhan UMNO untuk mendaulatkan agama itu.

Enam perkara tersebut ialah:-

- Perdana Menteri, Najib Razak hendaklah bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap 1MDB.

- Menghapuskan cukai GST di mana ia bertentangan dengan Islam kerana mengenakan cukai kepada golongan miskin.

- Mengurangkan pembaziran dan salah guna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru.

- Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan hidup berjimat kementerian sesuai dengan kejatuhan harga minyak dan kenaikan kos hidup yang kian melambung.

- Menyiasat Yapeim dengan telus dan terbuka serta memastikan mereka yang didapati menyeleweng dibawa ke muka pengadilan.

- Berhenti menganiaya Kelantan dan memulangkan royalti minyak dengan kadar segera.

Aduhh...betul-betul syarat potong stim yang diberi oleh Tuan Ibrahim ini. Nak "kahwin" bagaimana dengan adanya syarat sebegini?
Bagi Najib keenam-enam perkara yang diminta oleh Tuan Ibrahim ini mungkin lebih berat daripada syarat meminang Puteri Gunung Ledang untuk dipenuhinya.

Daripada keenam-enam perkara itu, tentunya yang paling payah untuk Najib memenuhinya ialah saranan bercuti sehingga siasatan terhadapnya berkaitan 1MDB selesai.

Descending to anarchy

As the Kota Raya incident shows, people don't seem to fear the law or to respect authority any more.
anarchyLast Wednesday, something happened that should never have happened.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), a consumer association, raided the Kota Raya Complex and retrieved RM11,900 from several mobile phone shops. PPIM said the money belonged to seven people who had been cheated by unethical traders. Apparently, one of the victims had been locked in a room for refusing to buy four mobile phones after he was asked to pay RM10,000 for the items rather than the RM800 agreed.
Many netizens lauded PPIM’s action, and perhaps rightly so. It was a noble, proactive and bold thing to do.
However, Alias Ahmad, Secretary-General of the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry, said PPIM should not have taken matters into its own hands because it could have invited untoward incidents. Thankfully, there weren’t any untoward incidents, though the owners of two shops at the complex sold off their businesses the following day.
PPIM chief Nadzim Johan has defended the NGO’s actions, saying it could not always wait for the authorities to take action as the latter had too much on their plate and not enough resources.
Both Alias and Nadzim made valid points. We have enforcement bodies so that they can take action against those who run afoul of the law. But enforcement, or rather the lack of it, still seems to a problem although the size of Malaysia’s civil service is often said to be out of proportion with the population.

Tuduh senator makan gaji buta, Ali Tinju harus mintak maaf

Anwar telah berhidmat dengan cemerlang semenjak beliau memegang jawatan pengerusi, malah telah membuat banyak perubahan kepada perasa tentera.
Muhammad-Abdul-Ghani_Ahli-Tinju_anwar_600
PETALING JAYA: Ali Baharom atau Ahli Tinju perlu membuat pemohonan maaf kepada Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.
Desakan itu dibuat bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani susulan tuduhan kononnya Anwar makan gaji buta dan tidak membela nasib bekas tentera.
“Ahli Tinju pelu memohon maaf kepada Tan Sri Anwar dan perlu menghormati presiden. Malah bawa berbincang sekiranya tidak puas hati, (bukanya membuat kenyataan secara terbuka),” katanya kepada FMT.
Katanya, Anwar telah berhidmat dengan cemerlang semenjak beliau memegang jawatan pengerusi, malah telah membuat banyak perubahan untuk pesara tentera.
“Saya akui semasa saya pegang jawatan presiden dengan dia (Anwar) pegang, banyak perubahan telah dilakukan Anwar kepada pesara tentera, malah bekas tentera disini saya lihat lebih selesa. Cuma cara dia bekerja secara diam-diam.
“Saya rasa Ali Tinju tidak tahu perkembangan semasa, jadi jangan buat komen kepada seseorang tanpa bukti,” katanya.
Terdahulu, Ali Tinju mendesak Anwar supaya meletak jawatan senator kerana gagal membawa suara bekas tentera di parlimen,malah mendakwa beliau makan gaji buta.