Isnin, 21 Disember 2015

Teka-teki 1MDB, siapa boleh jawab...!!

Zahid jumpa WAKIL PAK ARAB..
WAKIL PAK ARAB.. Jho Low

Siapa WAKIL PAK ARAB = ??? ???

1MDB SENTIASA MEMBUAT KEJUTAN DLM PROSES TRANSFORMASI RASIONALISASINYA..

Pusing Sana, Pusing Sini.. akhirnya Jho Low dsebut harini sebagai wakil Raja Arab.. esok2 apa pula yer..

Inilah realiti manusia yang hidup di negara yg ADA UMNO !!!

Minyak naik ka, turun ka..
HARGA BARANG TETAP NAIK !!!

BN, Barang Naik...

INGAT PESAN Najib Razak..

Kalau tol tak dinaikkan RAKYAT AKAN SUSAH !!

Ekonomi negara TAK AKAN STABIL !!!

Bayar tol itu.. SATU JIHAD !!!

KALAU TAKNAK BAYAR TOL, sila guna jalan biasa.

DAH DAPAT BR1M, JANGAN LUPA UNDI BN lagi yer..


Nurul Nuha Anwar: Warkah Anwar Ibrahim Dari Penjara Sungai Buloh

Nurul Iman Anwar: Anwar's Imprisonment Does Not Make Any Sense, It's Against The International Law

Jangan bertindak sesuka hati, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak sendiri jika terdapat sebarang kes penipuan dan menggesa membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sebagaimana insiden pergaduhan di Kompleks Kota Raya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kes penipuan perdagangan supaya tindakan dapat diambil. "Sekiranya ada sebarang kes penipuan perdagangan atau jual beli, laporkan kepada pihak berkuasa yang akan menyiasat dan mengambil tindakan sepatutnya.
"Jangan bertindak sesuka hati," kata Najib dalam catatan di laman Facebook beliau.

Semalam, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah pusat beli-belah Kota Raya di Kuala Lumpur. "Saya memandang serius kejadian pergaduhan di Kompleks Kota Raya yang mencetuskan kebimbangan masyarakat," kata Najib.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menyangkal andaian  insiden pergaduhan itu adalah isu perkauman.
Sebaliknya, beliau menegaskan insiden itu tercetus akibat perasaan marah dan tindak balas berhubung isu hak kepenggunaan melibatkan jual beli telefon antara pembeli dan penjual.

Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan vape haram

vape
SHAH ALAM - Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan rokok elektronik, termasuk vape adalah haram, lapor Berita Harian.
Perkara itu diumumkan Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dalam satu sidang media khas di Hotel Sama-Sama, di Sepang, sebentar tadi.

Ali Tinju ditahan dibawah Akta Hasutan

Perkara itu disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 9 malam.
ali-tinju_sedition-act_polis_600_1
PETALING JAYA: Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenal Ali Tinju di tahan dibawah Akta Hasutan pada Isnin malam.
Perkara itu disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kepada FMT kira-kira jam 9 malam.
Penahanan Ali Tinju dipercayai susulan tindakan dia bersama kumpulannya turun ke Kompleks Kota Raya pada Jumaat sebagai respon terhadap kes seorang individu yang dilaporkan dikurung di dalam sebuah bilik kecil selepas enggan membeli telefon bimbit dari sebuah kedai di situ.
Pada Ahad, Kota Raya sekali lagi gempar dengan pergaduhan antara segerombolan lelaki dan para peniaga di kompleks itu. Ali Tinju menafikan pembabitannya dengan kejadian itu.

Timbalan Presiden PAS minta PM cuti, hapus GST


Media baru-baru ini melaporkan pertemuan mesra antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan membuka jalan ke arah kerjasama antara kedua parti .
Bagaimanapun selepas beberapa hari, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula menunjukkan sikap sebaliknya terhadap perdana menteri.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Tuan Ibrahim menggesa Najib bercuti sehingga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap isu 1MDB.
"Ini penting untuk memulihkan nama baik Presiden Umno, Malaysia dan juga Islam kerana siasatan perlu akan kelihatan adil sebelum keadilan dapat dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang meminta PAS melangkau fahaman politik sekiranya mahu bekerjasama dengan Umno, demi kebaikan masyarakat Islam.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim secara sinis turut mencadangkan kerajaan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan bercanggah dengan Islam.
"Cukai ini bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai," ujarnya.
Selain menggesa pembaziran dan salahguna dana dikurangkan, beliau turut meminta siasatan ke atas Yapiem dibuat dengan telus.

Saya tak pernah sokong kumpulan G25 – Dr Maza

Dr Maza menyatakan, isu khalwat bukan sesuatu yang baru diketengah olehnya malah beliau mengulas itu itu sejak 2007 lagi.
Mohd-Asri_g25_600
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan beliau menyokong kumpulan pesara kerajaan Melayu (G25).
Menurutnya dakwaan tidak berasas itu dibuat oleh golongan Syiah Saqqaf dan Ahbash walaupun beliau sudah beberapa kali menyatakan ketidaksetujuannya terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh G25.
“Saya sendiri mengkritik terus kepada pihak mereka dalam beberapa isu termasuk sikap tidak professional apabila anggota mereka mendedahkan perjumpaan tertutup mereka dengan ‘beberapa tokoh politik yang mereka temui’.
“Itu tidak menggambarkan mereka sebagai kelompok professional. Saya telah nyatakan hal ini langsung kepada mereka.
“Juga anggapan salah seorang mereka bahawa minum arak sesuatu yang tidak perlu dibesarkan bahkan itu sesuatu yang normal. Itu juga tidak wajar,” tulis Dr Asri yang juga dikenali dengan panggilan Dr Maza dalam laman Facebook miliknya.
Malah, beliau juga menyatakan, isu khalwat bukan sesuatu yang baru diketengah olehnya malah beliau mengulas itu itu sejak 2007 lagi.
Jelasnya, kenyataan sebelum ini menyebut bahawa tidak boleh mana-mana pihak sewenang-wenangnya mengintip privasi orang lain dalam maksiat peribadi.

Tindakan Ali Tinju tambah kebencian orang Cina

Jangan ambil tindakan yang boleh menyebabkan perpecahan kerana Melayu dan Cina mesti bersatu padu.
Muhammad-Abdul-Ghani_ali-tinju_600
PETALING JAYA: Tindakan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Ali Baharom (Ali Tinju) memberi amaran kepada peniaga di Kompleks Kota Raya menambahkan lagi kebencian orang Cina kepada Melayu.
Bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata apa yang dilakukan Ali Tinju itu tidak menyumbang kepada perpaduan rakyat Malaysia.
“(Tindakan Ahli Tinju itu nampak rasis dan mencemarkan nama orang Melayu sendiri) itu sudah sememangnya.
“(malah) Tindakan Ahli Tinju itu menambahkan lagi kebencian orang Cina kepada Melayu, kerana tindakan kita (bertindak menegur peniaga) diluar bidang kuasa atau tugas kita mereka (bukan Melayu) tidak suka dengan cara kita,” katanya kepada FMT.
Jelasnya lagi, orang Melayu tidak seharusnya menuding jari seratus-peratus kepada peniaga Cina kerana tidak semuanya bermasalah.
“Bukan semua Cina ini jahat, Melayu pun ada. Kita tidak boleh bertindak sesuatu tidak mengikut undang-undang, sehingga boleh menghuru-hara dan memecah-belahkan antara Melayu dan Cina, sedangkan Melayu dan Cina mesti bersatu padu,” katanya.

Guru wanita maut terkena tayar lori bauksit tercabut

kemalangan
Seorang guru wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini petang tadi.
KUANTAN, 21 Disember:
Seorang guru wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini petang tadi.
Pegawai Turus Trafik Pahang, DSP Ahmad Nazri Zainal berkata mangsa Nohaili Ahmad Zabidi, 40, merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Balok.
“Kejadian berlaku pada pukul 3 petang apabila tayar tengah sebelah kanan lori yang dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan itu telah tercabut dan terpelanting ke bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.
“Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Namun pemandu kereta tersebut yang berusia 42 tahun tidak cedera,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ahmad Nazri berkata polis sedang mengesan pemandu lori berkenaan yang syarikatnya beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu berlaku.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu lori berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mangsa dakwa kumpulan berbeza serang peniaga di Kota Raya semalam

Roslan Ismail mewakili mangsa penipuan berkata, pihaknya hanya membawa mangsa untuk mendapatkan kembali wang yang ditipu peniaga di Kompleks Kota Raya dan bukannya mencetuskan kekecohan atau rusuhan kaum. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2015. 
Roslan Ismail mewakili mangsa penipuan berkata, pihaknya hanya membawa mangsa untuk mendapatkan kembali wang yang ditipu peniaga di Kompleks Kota Raya dan bukannya mencetuskan kekecohan atau rusuhan kaum. 

Terdapat 2 kumpulan berbeza sewaktu tercetusnya pergaduhan di antara peniaga telefon bimbit dan pembeli di Kompleks Kota Raya di Kuala Lumpur semalam, kata wakil kepada mangsa, Roslan Ismail. Roslan berkata, pihaknya hanya membawa mangsa untuk mendapatkan kembali wang yang ditipu peniaga di kompleks berkenaan bukannya mencetuskan kekecohan atau rusuhan kaum.
"Saya ada bawa 6 mangsa yang ditipu dan kebanyakannya adalah wanita. Kumpulan yang menyerang peniaga adalah kumpulan berbeza dan saya tidak kenal mereka.

"Saya buat sidang media pukul 3 petang dan bersama mangsa dalam satu majlis penyerahan wang diserahkan kepada mangsa," kata Roslan yang merupakan aktivis masyarakat pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Menurut Roslan, penyerahan dibuat secara aman dan di luar kompleks berkenaan.
"Dalam pukul 4 macam itu, satu penyerahan duit dibuat daripada pihak peniaga yang menipu.
"Mereka bayar RM600 kepada mangsa wanita dan kami lakukan penyerahan di hadapan orang ramai serta disaksikan pihak wartawan. Majlis berlaku secara aman," katanya.
Katanya, 5 mangsa yang ditipu merupakan wanita dan 2 daripada mereka warga Indonesia.
Roslan berkata, jumlah kerugian keseluruhan semua mangsa ditanggung mencecah RM10,000.
Beliau berkata, ketika pembayaran dilakukan untuk mangsa pertama, datang seorang lelaki Cina berbaju warna merah jambu pudar memarahi mereka dan mencetuskan provokasi.
"Saya tidak hiraukan provokasi kerana saya mahu fokus. Kehadiran kami bukan cetus sebarang kekacauan dan provokasi.
"Saya menegaskan saya tidak sesekali menyentuh soal perkauman," katanya dan turut menegaskan beliau tidak mengenali kumpulan yang menyerang peniaga berkenaan.

Sekali lagi Umno cuba merisik PAS

Oleh M FAQIH
BETUL ke PAS hendak bergabung dengan Umno...” Inilah pertanyaan yang paling menjadi sebutan ramai sekarang. Nampaknya semua orang tertarik dengan istilah kerjasama, gabungan dan tahaluf siyasi.

Sebenarnya perkataan kerjasama kerap dijaja sejak Jun lepas. Namun sehari dua ini boleh disenarai berita paling menarik minggu ini.

Beleklah akhbar harian Melayu mana sekali pun ditemui banyak analisis dan ulasan berkisar penyatuan umat Melayu.
Ada juga lakaran kartun yang pergi jauh lagi, idealisme ke arah menyatukan PAS dan Umno. Digambar bendera bulan purnama dan keris bersimpul di hujungnya.

Kartunis lain pula melakarkan kopiah putih berlambang PAS dan songkok hitam berlogo Umno diletak sebaris di atas meja. Ia memperlihatkan seolah-olah satu agenda yang disengajakan.

Sebuah akhbar pula menyiarkan tajuk hadapan “Kerjasama Umno-PAS”  Sabtu lepas. Agenda itu mendapat respon segera seorang mufti. Katanya bersatu semula demi perpaduan Melayu.

Malah Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia yang bermula Khamis lepas juga mencetus resolusi kerjasama Umno-PAS dilulus sebulat suara.

Apa pun niat dan impian mereka membawa mesej mahu mempertautkan semula Umno dan PAS seperti 1973. Mengapa Umno dilihat seperti mengidam, seumpama perempuan sedang mengandung.

Adat berpolitik setiap sesuatu yang berlaku tidak boleh dibaca selapis. Kata orang dahulu, mungkinkah ada udang di sebalik batu.

Mengapa tiba-tiba penyatuan Melayu dilaung di seluruh tanah Melayu. Inilah isu yang menyentap seketika pemikiran orang Melayu.

Baru-baru ini penulis ungkit semula rakaman sejarah lama yang berlaku sekitar 1973-1978. Sengaja ditulis tajuk “Najib ulangi jerat Tun Razak 1973” (Harakah Bil 2104).

Namun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki menolak sejarah lama ditayang semula. Beliau seperti mahukan semua pihak lupakan sejarah 1973-1978.

Apakah agenda 1978 dibiarkan berlalu begitu sahaja. Penguatkuasaan Akta Darurat (Mageran) di Kelantan pada 1977 diketahui umum tersembunyi niat sulit untuk merampas Kelantan pada Mac 1978.

PAS sertai Umno, MCA pula gelabah?

Oleh SELENA TAY
"Sudah nampak 'gambar' bahawa pada masa depan, PAS akan bekerjasama rapat dengan BN tetapi sama ada PAS akan menyertai BN ataupun tidak, itu belum tentu lagi," kata seorang penyokong PAS yang menjual 'burger' di sebuah gerai di tepi jalan di kawasan Segambut.
Hasan yang berusia 36 tahun yang mengaku dirinya sebagai penyokong tegar PAS menerangkan sudah jelas bahawa Umno sedang mempelawa PAS untuk bekerjasama dan ini tentu akan mempengaruhi pimpinan tertinggi PAS untuk membuat keputusan sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

"Selain dari itu, hakikatnya ialah kalau PAS menyertai BN, BN mempunyai peluang untuk mentadbir negara buat selama-lamanya kerana BN akan memperolehi majoriti undi dari masyarakat Melayu iaitu golongan pengundi yang terbesar," sambung Hasan. Namun demikian, apa yang menarik dalam senario politik pada masa kini ialah 'kebimbangan' MCA bahawa PAS akan menyertai BN dan laporan sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh 17 Disember 2015 telah menunjukkan 'kebimbangan' tersebut dalam artikel bertajuk 'MCA hits out at DAP' (MCA menunjukkan kemarahan terhadap DAP) dalam suratkhabar tersebut.
MCA sekarang menyerang DAP setelah Perdana Menteri Najib Tun Razak mempelawa PAS untuk bekerjasama dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja selesai lebih daripada minggu lalu .
Adakah ini menunjukkan bahawa MCA gelisah bahawa mungkin masa depan mereka terancam jika PAS menyertai BN dan justeru itu kini sedang menunjukkan kemarahan mereka terhadap DAP kononnya DAP 'gagal mengawal PAS'?
"MCA sudah 'panik'lah, mereka takut kalau PAS menyertai BN maka MCA tiada lagi suara dalam BN kerana Umno sudah cukup undi untuk memenangi PRU14 dan tidak perlu bantuan MCA lagi.Ini akan membuatkan MCA 'tidak relevan' buat selama-lamanya," kata Alex Chin, seorang penyokong Pakatan berusia 60 tahun apabila diminta mengulas mengenai serangan terbaru MCA terhadap DAP pada masa terkini.

Kenapa PKR masih berhubung dengan PAS?

Oleh Haron Mohd Yusof
Pemerhati politik terpegun melihat baju sedondon Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada program bersama mereka baru-baru ini.Ada yang mengeluh dan ada yang memberi pelbagai komen. Di pihak Barisan Nasional (BN) mereka mengalukan peristiwa itu.
Sebahagian penyokong PAS pula mempertahankan tindakan presiden atas nama dakwah.
Sudah tentu ramai yang terperanjat dengan kesediaan presiden PAS untuk sedondon dengan perdana enteri yang diragui, kalaupun tidak dibenci segolongan besar rakyat pada masa ini. Perkara ini tidak pernah terfikir sebelum ini.
Mungkin hati presiden PAS mula lembut untuk menggambarkan lambang hatinya kerana tindakannya itu menggambarkan tidak sensitifnya beliau terhadap sokongan pengundi Pakatan kepada PAS pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 2013) yang lalu.
Sememangnya baju sedondon menggetar jiwa, sebab sudah tentu ia berjaya menggetar  jiwa 51% pengundi pakatan pada PRU 2013 yang lalu.
Yang bersetuju mempertahan dan  menjustifikasinya.
Yang tidak setuju mempersoalkannya atau paling tidak menggelengkan kepala.
Ini adalah persoalan besar yang ditanya penyokong pakatan pada masa ini.
Pemimpin PAS yang membenihkan cinta 3 segi pada masa ini, iaitu bersama Umno dan bersama PKR, menyebabkan pengundi menuduh PKR dengan pelbagai tuduhan pada masa ini.
Ada yang menuduh PKR gila kuasa. Ada yang menuduh PKR metongsampahkan prinsip kerana mahu ke Putrajaya.
Tetapi dengan keadaan yang dilakukan PAS itu, PKR masih meneruskan hubungan.
Ia bukan isu takut kalah hingga sanggup bergantung kepada PAS.
Ia bukan bermakna PKR tiada maruah.
Ia dilakukan dengan penuh sedar dengan justifikasi yang mantap.
Malah, jika diikutkan emosi, PKR yang patut meninggalkan PAS. Ahli PKR tentu tahu bagaimana Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dimarah dan dileter Hadi.
Hadi memaksa Anwar ke Terengganu dan selama 45 minit, Hadi memarahi ketua umum PKR seperti guru meleteri anak sekolahnya.
Walhal Anwar itu lebih tua daripada beliau. Anwar mengatakan beliau tidak pernah dimarah dan dileter sebegitu.
Adakah Anwar, bekas pemangku perdana menteri, bekas timbalan perdana menteri, ketua pembangkang dan ternama di peringkat antarabangsa, tidak mempunyai maruah?
Hadi juga menghina Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PKR.
Hadi mengatakan beliau tidak layak menjadi menteri besar.
Adakah Dr Wan Azizah tidak terluka sedangkan beliau adalah pemimpin sebuah parti?
Adakah dengan penghinaan begini tidak membuatkan kepimpinan PKR marah walhal pemimpin tertinggi mereka di hina Hadi?
Tidak cukup dengan itu, Hadi memanggil calon PKR sebagai “pil kuda”.
Calon PKR yang kalah dalam pertandingan 3 penjuru. Kita juga tahu siapa yang bertanggungjawab bila calon PKR kalah di parlimen di Kelantan walaupun PAS menang disemua kerusi negeri.
Dengan segala perbuatan Hadi itu, kenapa PKR masih berhubung dengan PAS?
Sebab utamanya ialah Anwar menyedari jika negara ini mahu diperbaiki, pertandingan 3 penjuru mestilah dielakkan.
Tiga penjuru hanya memberi manfaat kepada Umno BN seperti yang berlaku di Kota Damansara pada PRU 13 lalu.
Sebagai seorang presiden dan juga sebagai seorang ibu, Dr Wan Azizah menyedari jika kita mahu kehidupan yang lebih baik untuk anak kita, PKR perlu terus berhubung dengan PAS.
Kita tidak boleh membenarkan emosi kita mengaburkan penilaian dan langkah kita.
Jalan mudah yang diambil  ialah menentang PAS tetapi  yang lebih mencabar ialah untuk bersabar dan berfikir tenang.
Ketenangan dengan penuh kesabaran diperlukan untuk menghadapi sikap yang ditunjukkan Hadi ini.
Apakah risiko jika Pakatan Harapan tidak mempunyai kesefahaman bersama PAS?
Pertama, 15 Parlimen PAS memberi 2/3 BN. Datuk Seri Najib Razak, baru sahaja mengetengahkan akta yang menekan dan boleh menzalimi dari yang pernah dilakukan  perdana menteri yang lalu. Kita kehilangan demokrasi.

Persidangan pertama Pakatan Harapan pada 9 Januari


Dalam sidang media diadakan dimaklumkan Pakatan Harapan turut bincangkan  25 polisi bersama ketiga-tiga parti  sebagaiman dalam Pakatan Rakyat dahulu.Dalam sidang media diadakan dimaklumkan Pakatan Harapan turut bincangkan 25 polisi bersama ketiga-tiga parti sebagaiman dalam Pakatan Rakyat dahulu.Pakatan Harapan akan mengadakan persidangan pertamanya pada 9 Januari 2016 yang dinamakan Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan.
Perkara tersebut diumumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini.
"Persidangan ini akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Harapan," katanya.
Mengulas lanjut, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, persidangan tersebut akan membincangkan polisi umum melibatkan ketiga-tiga parti.
Amanah, PKR dan DAP masing-masing akan menghantar 50 orang pimpinan ke persidangan tersebut.
"Kita akan bincangkan juga 25 polisi bersama ketiga-tiga parti seperti Pakatan Rakyat sebelum ini," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara berkaitan hudud akan dibincangkan jika dibangkitkan.
"Kita akan fokuskan agenda bersama dan jika hudud dibincangkan kita akan bincangkan," katanya lagi.
Pakatan Harapan ditubuhkan pada September lalu menggantikan Pakatan Rakyat yang tidak lagi berfungsi selepas PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan DAP.

UMNO ibarat Titanic yang bakal heret PAS tenggelam bersamanya


Jika diibarat dengan tragedi tenggelamnya kapal penumpang terbesar dunia suatu ketika dahulu iaitu Titanic, UMNO bakal mengheret PAS tenggelam bersama-sama parti pemerintah itu jika kedua-dua parti berkenaan bergabung, kata Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Beliau berkata, skandal melibatkan kepimpinan tertinggi parti Melayu terbesar itu dan isu kejatuhan ringgit serta ekonomi yang tidak menentu akan menjadi punca kejatuhan dua parti berkenaan.
“Dengan kejatuhan nilai ringgit, harga minyak, harga minyak kelapa sawit dan skandal melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kemarahan kebanyakan rakyat akan meletus.
“‘Titanic’ bernama UMNO akan melanggar aisberg, dan membawa ‘penumpangnya’ iaitu PAS karam bersama-samanya,” katanya dan menambah bahkan ahli kedua-dua parti itu tahu bahana yang akan menimpa mereka.
Chin Tong memberi analogi Titanic kepada UMNO dan menganggap PAS sebagai penumpangnya serta karam disebabkan skandal dan isu berbangkit yang gagal dijawab dan diurus dengan baik.
Tidak mampu untuk meraih sokongan rakyat kerana menzalimi rakyat dengan pelbagai bebanan, beliau berkata, UMNO terdesak mahu mendapatkan sokongan sehingga terpaksa memainkan sentimen perkauman dan agama.
“Senjata terakhir Najib dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sentimen perkauman dan agama,” katanya pada kenyataan media, baru-baru ini.
Beliau menyeru kepimpinan Pakatan Harapan, malah penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sama-sama membina platform dalam memberi harapan, kesamarataan dan membentuk pengurusaan ekonomi baru kepada rakyat negara ini.
Sebelum ini, pada Majlis Multaqa Serantau anjuran bekas pelajar Al-Azhar, Hadi dan Najib kelihatan sedondon berbaju merah jambu seolah-olah membayangkan kerjasama yang bakal terjalin antara dua parti itu.

RUU MKN musuhi sistem demokrasi dan hak asasi melebihi militan IS

Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) membayangkan sistem demokrasi dan aktivis hak asasi manusia sebagai musuh lebih besar berbanding militan Negara Islam (ISIS), kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Menyifatkan Malaysia bakal mengantikan Myanmar sebagai negara ‘penyangak’ di ASEAN, beliau berkata RUU itu jika dilaksanakan akan menghakis sistem demokrasi yang menjadi tunjang kepada negara.
RUU-MKN-650x400“Apabila Kerajaan UMNO BN menganggap demokrasi dan ahli aktivis sebagai musuh seperti yang dibayangkan RUU itu, Malaysia bakal jadi seperti Myanmar,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Myanmar sekian lama diperintah junta tentera dan memiliki rekod terburuk dalam hak asasi apabila ramai warganya yang membangkang pemerintah diktator dihumban ke penjara atau disenyapkan.
Pelaksanaan RUU itu membenarkan kerajaan menjadi negara diktator kerana memberi kuasa yang luas kepada Perdana Menteri untuk melakukan tangkap dan seterusnya mencabuli hak asasi individu di negara ini.
Kit Siang turut mempersoal tindakan kerajaan yang tidak meminta nasihat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam membuat usul RUU itu walaupun suruhanjaya berkenaan diberi mandat memelihara hak asasi di negara ini.
“Kenapa tidak minta nasihat dari Suhakam dan tidak memaklumkan kepada Suhakam mengenai perancangan RUU itu?” kata sambil menambah tindakan itu seolah-olah memperolok-olok demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan Perlembagaan.
Beliau turut mengkritik usaha kerajaan UMNO BN yang cuba menyakinkan rakyat kononnya RUU itu tidak memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk melakukan kezaliman dan pencabulan terhadap demokrasi negara.

P’raya Sarawak - PKR belum bincang kerjasama dengan AMANAH, PAS


Belum ada perbincangan lagi sama ada PKR akan bekerjasama dengan kedua-dua AMANAH dan PAS pada pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun, beliau berkata PAS mempunyai kehadiran yang kecil di negeri itu.
"Kami tidak bincangkan secara terperinci, tetapi kehadiran PAS di Sabah dan Sarawak bukan seperti di Semenanjung," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, dilaporkan berkata bahawa parti itu akan bekerjasama dengan kedua-dua AMANAH dan PAS di kerusi majoriti pengundi Melayu dan Islam di negeri itu.
"Di Sarawak, PKR dan DAP akan memainkan peranan yang penting. PKR akan bekerjasama dengan AMANAH dan PAS untuk membantu kami di kawasan Melayu dan majoriti Islam [...]
"Kami alu-alukan sokongan daripada kedua-dua pihak dan saya yakin bahawa kita tidak akan menghadapi sebarang masalah," katanya yang dipetik sebuah portal Selasa minggu lalu.
Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa akan berakhir pada Jun tahun depan.

'Low wakili keluarga diraja Arab Saudi hadir mesyuarat 1MDB' kata kerajaan Umno@Bn

Kerajaan hari ini mengesahkan ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.
Dalam jawapan bertulis parlimen, kerajaan berkata Low hadir mewakili pihak keluarga diraja Arab Saudi dan tidak mengambil bahagian dalam perbincangan.
Kerajaan berkata demikian ketika menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jika Low pernah menghadiri mesyuarat lembaga 1MDB pada bulan September 2009 mengenai pelaburan sebanyak AS$1 bilion dalam usaha sama dengan Petro Saudi International.
 "Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB.
"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB.
"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan.
"Encik Low Taek Jho Low telah berbuat demikian dan meninggalkan mesyuarat dengan segera tanpa mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan. Perkara ini dibuktikan melalui minit mesyuarat tersebut,” katanya.
Jawapan yang diberikan itu adalah pada sesi terakhir sidang Dewan Rakyat 2015 yang berakhir pada awal bulan ini.

Mara Digital masih bergantung pada Low Yat

Pengurus kedai telekomunikasi mengaku terdapat barangan yang terpaksa dibeli daripada peniaga di Low Yat kerana hanya mereka sahaja membekalkan produk tesebut.
mara-digital
KUALA LUMPUR: Selepas tiga minggu memulakan operasi, kompleks Mara Digital dikritik pelanggan kerana masih bergantung kepada peniaga di Plaza Low Yat.
Ia berikutan status seorang pengguna di Facebook yang mempersoal tindakan sebuah premis di Mara Digital yang meminta pembelinya mendapatkan jaminan bagi barangan yang dibeli di Plaza Low Yat.
Rasa tidak puas hati itu dikongsi dalam Facebook milik penama Zahir Din.
“Baru lepas beli power bank. Mahu sokong kedai orang Melayu. Semua penjual orang Melayu. Terkejut penjual kata untuk jaminan kena pergi Plaza Low Yat. Plastik tertulis jelas Plaza Low Yat.
“Plastik tertulis jelas Plaza Low Yat. Macam mana mahu boikot Plaza Low Yat. Pak Menteri boleh beri jawapan tak?,” tulis Zahir Din.
Berikutan itu, FMT telah membuat tinjauan dan menemubual sendiri pengurus di kedai berkenaan.
Pengurus kedai Elephone yang hanya ingin dikenali sebagai Ain mengaku terdapat beberapa barangan yang terpaksa dibeli daripada peniaga di Low Yat kerana hanya mereka sahaja membekalkan produk tesebut.
Bagaimanapun, Ain menolak dakwaan pihaknya menjadi orang tengah bagi Low Yat. Menurut Ain, pihaknya membeli secara pukal dari Low Yat dan kemudian menjualnya kepada pelanggan.
“Itu sebabnya pelanggan terpaksa dirujuk ke Low Yat sekiranya barangan yang dibeli mempunyai masalah.
“Ini kerana kebanyakan pusat pembaikpulihan dan juruteknik tertumpu di Low Yat. Di Mara Digital masih belum ada lagi tetapi dijangka dibuka pada tahun hadapan,” katanya kepada pemberita.

Pekerja di Kota Raya salahkan sikap peniaga

Pekerja di Plaza Kota Raya akui dia serik dengan perbuatan sesetengah peniaga yang sering menipu pelanggan sekali gus menyebabkan kerugian kepada peniaga lain.
kota-raya-gaduh
KUALA LUMPUR: “Padan muka mereka!” itu luahan seorang pekerja kedai telekomunikasi di Plaza Kota Raya mengenai insiden sekumpulan individu yang menyerang peniaga di situ.
Pekerja tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai James berkata demikian kerana dia serik dengan perbuatan sesetengah peniaga yang sering menipu pelanggan sekali gus menyebabkan kerugian kepada peniaga lain.
“Lapan tahun lalu terdapat ramai peniaga, tetapi oleh kerana (kedai) di sebelah hadapan selalu menipu, pelanggan lari dan operasi perniagaan terpaksa ditutup,” katanya.
Tambahan pula, pihak berkuasa amat jarang bertindak walaupun sudah banyak laporan yang dibuat.
“Memang ada serbuan dibuat, tetapi sangat jarang. Jadi insiden itu telah mencetuskan pihak berkuasa bertindak melakukan serbuan dan ia memang perkara yang baik,” katanya lagi.
Pergaduhan tercetus petang Ahad apabila sekumpulan 20 individu datang menuntut semula wang daripada kedai yang didakwa menipu mereka, sehingga menyebabkan kompleks membeli-belah itu terpaksa ditutup.
Sehingga sekitar jam 12 tengah hari tadi, tinjauan FMT mendapati beberapa kedai yang terlibat dengan pergaduhan masih ditutup.
Manakala, seorang kakitangan syarikat perbankan di bangunan yang sama pula mengakui kedai-kedai tersebut sudah sekian lama menipu dan memeras ugut pelanggan, terutama pelanggan warga asing.
“Warga asing khususnya Indonesia dan Bangladesh sering dijadikan mangsa dan selaku orang asing, mereka tentu takut untuk melawan. Kasihan tengok mereka,” katanya yang enggan mendedahkan namanya atas sebab keselamatan.

BN ‘ringankan’ beban rakyat, Najib disindir ‘hidup di awang-awangan’

Nurul-IzzahPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disindir ‘hidup di awang-awangan’ ekoran kenyataan di blognya, ‘kerajaan sedaya upaya meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup’.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata kenyataan Najib itu hanya retorik apabila tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini jelas tidak menggambarkan apa yang dinyatakan Najib.
“Beliau sendiri penyebab kos sara hidup menerusi dasar potongan subsidi dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Adakah rakyat sedang disaji propaganda murahan tajaan mana-mana syarikat? Maka penting untuk kita menilai sedalam-dalamnya sebab utama kemelut ekonomi yang sedang dihadapi,” kata Nurul Izzah kepada Selangor Kini, hari ini.
Katanya, keputusan kerajaan menaikan kadar tol dan tambang pengangkutan awam menambah kesengsaraan rakyat khususnya bagi berpendapatan rendah dan sederhana.
Jelasnya, keperitan yang ditanggung rakyat ditambahkan lagi dengan jawapan kurang bijak dan menyakitkan hati daripada beberapa menteri kabinet Najib.
Baju KangkungUntuk rekod, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek pernah mengeluarkan tidak sensitif berhubung isu kenaikan kos sara hidup yang mengundang kecaman rakyat.
Selain beberapa menteri, Najib sendiri turut tidak terlepas mengeluarkan beberapa kenyataan tidak sensitif yang akhirnya menjadi bahan cemuhan rakyat terhadap beliau.
Antaranya, Najib sambil mengesyorkan rakyat memakan sayur kangkung ekoran harganya yang murah, turut mempersoalkan keengganan rakyat memuji kerajaan kerana kemampuan kerajaan memastikan harga kangkung kekal murah.
“Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil,” kata Najib.
Najib sebelum itu ketika mempertahankan keputusan pemotongan subsidi gula turut berkata, pemotongan subsidi bahan itu baik untuk kehidupan seks masyarakat, manakala dalam isu 1MDB pula Najib menjelaskan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun beliau diperolehi dari derma hartawan Arab dan banyak lagi.

‘Tilikan’ Zaid: Semenanjung Malaysia akan terbakar!

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zaid Ibrahim percaya terdapat banyak persamaan antara Syria dan Semenanjung Malaysia.
Catatnya, ratusan ribu rakyat Syria menyeberangi padang pasir dan laut, kehilangan orang tersayang, semua kerana mereka mahu melarikan diri daripada kezaliman dan keganasan.
Bagi rakyat Malaysia, katanya, mereka yang ingin melarikan diri dari kezaliman kerajaan pusat pentadbiran dengan berpindah ke Sarawak.
Menurut Zaid, Sarawak adalah tempat harapan pada masa akan datang manakala tanah Melayu akan terbakar melalui kebodohan pemimpinnya sendiri.
"Saya rasa adalah bijak untuk menjauhkan diri daripada orang Melayu Semenanjung yang sentiasa mencari alasan untuk berlawan. Mereka mahu menentang Kristian, pihak liberal dan juga peniaga telefon. PERKASA pula mahu kumpulan pesara kakitangan awam tersohor G25 diklasifikasikan sebagai sesat.
"Sarawak mungkin tidak akan dapat melindungi kita daripada segala-galanya tetapi ia akan memberi beberapa jenis perlindungan daripada penyakit gila yang menular di Semenanjung.
"Di Sarawak, rakyat Malaysia agak selamat daripada samseng perkauman yang idea 'jihad' mereka adalah berebut pusat membeli-belah dan menguatkuasakan undang-undang khalwat.
“Pendek kata, pemimpin dari Sarawak boleh memberi kita sedikit kelegaan dari toksik politik Putrajaya, " katanya dalam kemas-kini di blog.
Nasib malang
Zaid juga menyifatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, yang mengambil alih tampuk tahun lalu daripada Tun Taib Mahmud yang dibelenggui tuduhan rasuah dan salah-guna kuasa sebagai seorang yang praktikal.

Majlis Presiden: Pengaruh Pas tiada di Sarawak

wan azizah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR di sini.
KUALA LUMPUR, 21 Disember:
“Saya kira di Sarawak Pas kurang ‘present’ (pengaruh)nya,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PKR akan bekerjasama dengan Amanah dan Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka tahun hadapan.
Tambah Wan Azizah, selain tidak mempunyai pengaruh di Sabah dan Sarawak, Pas juga tidak mempunyai sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen di kedua-dua negeri itu.
Naib Presiden PKR, Tian Chua sebelum ini berkata PKR akan bekerjasama dengan Amanah dan Pas di di kawasan majoriti Melayu dan Islam pada (PRN) Sarawak akan datang.
Mengulas lanjut perkara itu, Dr Wan Azizah berkata Pakatan Harapan masih belum membincangkan soal pembahagian kerusi di dalam pilihan raya tersebut.
“Belum lagi tetapi perbincangan dalam suasana kekeluargaan tadi. Bukan soal kerusi tetapi bincang akan tolong satu sama lain,” katanya.
Selain itu kata Dr Wan Azizah, mesyuarat hari ini juga turut membincangkan Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan yang akan diadakan pada 9 Januari depan.
“Kita bincang kerangka polisi bersama yang menjadi asas kerjasama tiga parti. Kita bincang masalah negara, penahanan Anwar sebagai tahanan politik dan seru Anwar dibebaskan.
“Dan mengikut apa-apa resolusi yang telah dibuat secara antarabangsa. Itu adalah salah satu yang kita bincang,” ujarnya.

Senator mahu hanya Agong boleh isytihar 'kawasan keselamatan'

Seorang senator BN dari Sarawak tidak bersetuju bahawa perdana menteri diberi kuasa untuk mengisytiharkan 'kawasan keselamatan' mengikut rang undang-undang Keselamatan Negara 2015.
Sebaliknya, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Profesor Datuk Dr Sim Kui Hian mahu hanya Yang di-Pertuan Agong diberi peranan membuat perisytiharan itu.
 "Saya cadangkan ayat berbunyi 'perdana menteri' digantikan dengan 'Yang di-Pertuan Agong’, yang akan bertindak atas nasihat Majlis Keselamatan Negara," katanya ketika membahaskan rang undang-undang MKN di peringkat dasar di Dewan Negara, hari ini.
"Kami tidak mahu wujudkan tanggapan salah bahawa kuasa Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan keadaan darurat) diambil oleh eksekutif.
"Walaupun ini hanya berkaitan dengan persepsi, tetapi dalam politik, persepsi adalah lebih penting daripada realiti," kata Sim.
Menurutnya, kerajaan juga perlu menggubal rang undang-undang yang merangkumi elemen semak dan imbangi untuk mengelakkan salah guna kuasa pada masa akan datang.
Sim juga menggesa kerajaan untuk memasukkan ketua menteri Sabah dan Sarawak sebagai ahli MKN kerana kedua-dua negeri Borneo adalah sebahagian daripada penubuhan Malaysia.
"Ketiadaan wakil-wakil dari Sarawak dan Sabah dalam MKN adalah sangat menyedihkan. Kami merasakan bahawa kepentingan Sarawak dan Sabah perlu dilindungi pada setiap peringkat kerajaan persekutuan," katanya.

1MDB: Kuasa mutlak pada PM dikaji semula

Kerajaan sedang mengkaji semula perkara berkaitan kuasa mutlak perdana menteri dalam Memorandum dan Artikel (M&A) 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International.
Menurut jawapan bertulis parlimen, kerajaan menjelaskan bahawa artikel 117 untuk 1MDB, artikel 116 untuk SRC dan beberapa artikel lain sedang dikaji semula.
 “Jika terdapat sebarang perubahan,ia akan diluluskan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan difailkan kepada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia),” menurut jawapan itu.
Penjelasan itu dibuat susulan soalan bertulis Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) yang mahu menteri kewangan menjelaskan sama ada kerajaan masih mahu mengekalkan artikel-artikel itu.
Katanya, artikel itu memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri sebagai wakil tunggal kementerian kewangan.
Beliau juga mahu tahu berapakah jumlah syarikat milik kementerian berstatus seperti itu. Soalan itu bagaimanapun tidak dijawab.
Kedua-dua 1MDB dan SRC kini dimiliki oleh kementerian kewangan.
Kerajaan memberikan jawapan itu untuk sesi terakhir parlimen 2015, yang berakhir pada bulan ini.
Artikel 117 Terengganu Investment Authority (TIA), pendahulu 1MDB, menyebut perdana menteri mesti memberikan kelulusan bertulis untuk sebarang urus niaga TIA.
Artikel 116 dalam M&A SRC pula menetapkan kelulusan perdana menteri perlu untuk sebarang pindaan M&A serta penamatan tugas pengarah dan pengurusan tertinggi kerajaan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sedang menyiasat dakwaan kemasukan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak daripada SRC.
Perdana menteri menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

DUA-DUA POYO

Cuba kita amati dengan teliti kenyataan sepupu Najib Razak, Hishammuddin Hussein mengenai kerjasama UMNO dan Pas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

1 - Pas digesa berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam mewujudkan kerjasama dengan UMNO sekiranya mahu memartabatkan Islam.

2 - Menolak dakwaan parti Melayu itu (UMNO) terlalu inginkan kerjasama, sebaliknya berkata usaha tersebut adalah untuk kebaikan umat Islam negara ini.

3 - Hal berkaitan ummah tidak kira siapa yang mulakan perjumpaan tetapi siapa yang betul ikhlas dan tidak ada pertimbangan lain.

Agak menghairankan apabila Hishammuddin mahu Pas berfikir hanya tentang Islam dan bukan semata-mata pertimbangan politik mengenai kerjasama itu, tetapi sedarkah beliau Najib Razak memulakan langkah ke arah itu adalah semata-mata kerana pertimbangan politik, bukannya ada kena mengena dengan Islam pun?

Jika tiada tekanan dan gelora yang sedang dihadapinya dalam UMNO, apakah mungkin Najib mahu membuka ruang kerjasama dengan Pas?

Bolehkah sesuatu yang dimulakan dengan niat politik tetapi berselindung di sebalik Islam, tetapi kemudian mahukan Pas mengenepikan faktor politik dan hanya memikir tentang Islam saja?

Tahukah Hishammuddin bahawa Pas juga adalah parti politik dan tindakan parti itu menyambut salam kerjasama yang dihulurkan Najib juga adalah  kerana faktor politik, lantaran masalah yang dihadapi parti itu bersama lain-lain parti pembangkang dalam Pakatan Harapan serta kerana perpecahan sehingga wujudnya Amanah?

Ketika Pas tidak berpecah dan hubungannya dengan parti-parti lain tidak bermasalah, cuba selak kembali helaian sejarah lama, apakah jawapan parti itu bila diajak untuk bekerjasama?

Jika kedua-duanya, UMNO dan Pas tidak menghadapi masalah masing-masing, mungkinkah wujud keinginan untuk bekerjasama itu?

Isa Samad tak puas hati dakwaan Felda miskin

Rekod Pengerusi ANAK Mazlan Aliman di mahkamah menjadi pertikaian
isa-samad
KUALA LUMPUR : Tan Sri Isa Abdul Samad tidak berpuas hati dengan dakwaan Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah jatuh miskin.
Pengerusi Felda itu berkata dakwaan-dakwaan Mazlan tidak berjaya dibuktikan di mahkamah.
“Saya tidak puas hati dengan dia ni. Bicara sudah banyak kali kalah. Saya tak payah jawab. Tidak pernah menang, bicara semua kalah.
“Dia sudah bayar pada Felda pun kita tidak tahu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Graduasi Kolej Yayasan Felda di Dewan Perdana Felda pada Isnin.
Isa yang juga merupakan Ahli Parlimen Jempol turut mengganggap pandangan Mazlan seperti ‘angin lalu’.
“Dia pun entah apa parti pun kita tidak tahu. Sama ada Pas ke Parti Amanah Negara (Amanah) pun tidak berapa jelas. Macam angin lalulah pandangan dia itu,” tegasnya.
Sebelum ini, Mazlan mendakwa Felda telah menjadi ‘miskin’ dan berbelas tabung yang bersifat kebajikan hampir tidak berfungsi.
Mazlan turut mendakwa bahawa kontraktor yang membuat kerja di Felda juga mengeluh kerana pembayaran mengambil masa yang lama, malah ada sehingga enam bulan.

Najib bukan diktator, kata menteri Umno

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menolak dakwaan pembangkang yang melabelkan Datuk Seri Najib Razak sebagai diktator kerana mahu melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN).Ketika membentangkan RUU di Dewan Negara bagi bacaan ke-2 Shahidan berkata, kuasa mengisytiharkan darurat masih lagi terletak kepada Yang Di Pertuan Agong.
"Kuasa diberikan MKN tidak menjadikan perdana menteri sebagai diktator kerana kuasa mengisytihar darurat masih kekal kepada Agong," katanya di Dewan Negara hari ini.

Ahli Parlimen Arau itu berkata, tuduhan Najib sebagai diktator adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali kerana kuasa yang ada pada perdana menteri melalui MKN adalah lebih terhad. Katanya di bawah undang- undang MKN, pengisytiharan darurat akan diputuskan MKN dan bukannya berdasarkan keputusan individu.
Katanya, pengisytiharan darurat dilakukan Najib lebih berskala kecil berbanding Agong.
"Pengistiharan darurat perdana menteri adalah lebih kepada kawasan keselamatan melibatkan bencana dan bukannya darurat berskala besar.
"Ini bermaksud pengisytiharan perdana menteri adalah lebih rendah daripada darurat Agong," katanya.

Cakap-cakap isu memaafkan, bila BN mahu bebaskan Anwar?

KUALA LUMPUR 21 DIS: Di sebalik kesediaan pihak tertentu untuk melupakan kisah lama dan memaafkan dosa politik, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini mengesa supaya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera dari penjara Sungai Buloh.
anwar penjara“Sebelum ada cakap-cakap mengesa supaya kita melupakan kisah lama untuk memaafkan segala ‘dosa’ yang dilakukan kerajaan, harus ada kesediaan yang sama dan jalan penyelesaian dari pihak kerajaan untuk memperbetulkan apa yang salah,” katanya.
Beliau berkata, perbuatan memaafkan dan melupakan kisah lalu memang baik di sisi agama tetapi ia haruslah diimbangi dengan pelaku berkenaan mengakui kesalahannya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang hadir pada mesyuarat agung PERKASA melahirkan kesediaan untuk memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO.
Bagaimanapun, tindakan memaafkan itu dilihat tidak menghormati sentimen ahli akar umbi PAS terutamanya pada dekad 70-an dan 80-an yang selama ini dizalimi Kerajaan UMNO.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meminta supaya tuduhan terhadap kartunis politik, Zunar, Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi, dan Ketua Perhimpunan BERSIH, Maria Chin Abdullah digugurkan.
“Saya menyokong penuh dan bersedia untuk memaafkan dan melupakan kisah lama untuk mengeratkan persahabatan, kefahaman dan toleransi.
“Tetapi, amatlah janggal untuk memaafkan dan melupakan kesalahan itu jika UMNO tidak pernah mengaku atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini,” katanya.
Kit Siang turut mengesa kerajaan supaya memansuh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menarik semula usul Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara dan kebertanggungjawab penuh Perdana Menteri dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 billion.
“Bagaimana kita boleh memaafkan kerajaan sekiranya kita dihimpit berterusan dengan isu skandal dan ketidakadilan?” katanya.

IDRIS AHMAD : Gabung dengan Umno, rujuk media parti


SEJAK Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 pada 17 Disember lalu yang berjaya menampilkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pentas yang disediakan oleh proksi kerajaan telah membuktikan PAS tidak akan ikut agenda orang lain, tetapi ikut apa yang diajar oleh agama.

Heboh di peringkat media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.

Ingin saya tegaskan bahawa PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulamak, AJK PAS Pusat dan muktamar.

Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi.

PAS pernah kehilangan Yang Dipertua PAS Ustaz Haji Ahmad Fuad, Datuk Asri Muda, Naib Presiden PAS Ustaz Nakhaie Ahmad, Panglima Jihad Ustaz Hasan Adli, Setiausaha Agung PAS Ustaz Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh yang lari bersama Umno.

Persoalannya adakah PAS lemah?  PAS tetap hebat kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun boleh pergi, insya Allah PAS berdiri gagah.

Ahli PAS dan penyokong mesti jadikan Harakah dan Harakahdaily sebagai rujukan keputusan parti. Hadir ke program dan dialog bersama pemimpin PAS.

Dapatkan maklumat secara terus daripada pimpinan yang bercakap atas kapasiti keputusan parti bukan pandangan peribadi.

Jangan jadikan media perdana, media sosial, hatta media alternatif,  mereka ada agenda yang tersendiri untuk memadam cahaya perjuangan PAS.

Belajar dari Ibrahim Ali, kata Zam kepada Hadi


Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Zainuddin Maidin menyarankan PAS agar mempelajari selok-belok politik darpada Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.
Malah, beliau mencadangkan kerjasama politik yang diuar-uarkan antara PAS dengan Umno, juga merangkumi kumpulan pendesak Melayu itu.
 “PAS juga harus belajar dari Ibrahim Ali yang lebih praktikal dalam politik demi untuk mencapai matlamat.
Adalah lebih baik jika kerjasama politik antara PAS-Umno ini merangkumi PERKASA. Ini akan membenamkan Malaysian Malaysia DAP yang mendapat dukungan kuat dari akhbar The Star,” katanya melalui tulisan di blog.
Menurut bekas menteri penerangan itu, MCA pasti tidak akan menghalang kerjasama PAS-Umno kerana masa depannya juga akan lebih terjamin jika berlaku kerjasama itu.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan ramalan Ibrahim bahawa kerjasama politik itu mustahil akan berlaku kerana perbezaan ideologi.
“Bukankah PAS boleh berkerjasama dengan DAP dan PKR sekalipun dari segi ideologi Islamnya jauh berbeza sebaliknya lebih banyak titik pertemuan dalam soal-soal dasar negara; agama, integriti dan identiti nasional antara PASs dan Umno.
“Sebenarnya Presiden PAS, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang bukanlah lagi ‘hardcore’ Islam,” katanya.
Menurutnya, pendirian ideologi Hadi telah pun dicemarkan sejak bersekongkong dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dianggap menjijikan.

Tuan Ibrahim nafi PAS akan bergabung dengan Umno

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan PAS akan bergabung dengan Umno bahkan sedang merangka strategi untuk menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 DUN Umno di Selangor bagi memerintah negeri itu juga.
"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 DUN yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan sebuah portal bahawa beliau kini setuju PAS berkerjasama dengan Umno.
"Merujuk tajuk artikel The Malaysian Insider bertajuk: "Now PAS No. 2 shows support for Umno collaboration" - Saya kesal dengan tajuk artikel ini kerana ia jauh terpesong dengan isi kenyataan saya yang asal," kata beliau dalam satu kenyataannya.
Bahkan Tuan Ibrahim meminta pembaca melihat semula kenyataannya pada 14 Disember lepas yang menyatakan dengan tegas sikap beliau terhadap perhubungan antara PAS dengan Umno.
Dalam tulisan 14 Disember itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama.
Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.
PAS juga tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam seperti kesanggupan 'menghalalkan' pelbagai penipuan, penyelewengan, rasuah dan perkara bertentangan dengan syarak demi mempertahankan kuasa satu-satu pemimpin, katanya.
Realitinya, kata beliau, negara perlu diselamatkan dari kerosakan yang semakin parah dari segala sudut hasil daripada pemerintahan Umno-BN. Suara negara semakin kelam kerana isu yang melanda kepimpinan negara.

GST dan kenaikan harga barang, kenyataan Najib ‘kelakar’

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak sesekali menyalahkan kerajaan berikutan kenaikan harga barangan lantaran ia bukan akibat pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) sebagai ‘kelakar’.
“Semua orang termasuk budak sekolahpun tahu harga barang naik disebabkan oleh GST yang banyak membebankan rakyat,” kata Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Ng Tien Chee.
Menganggap perbuatan itu tidak bertanggungjawab, beliau menyifatkan ia menunjukkan Najib terdesak untuk hingga sanggup mengelirukan orang awam mengenai fakta sebenar kenaikan harga barangan harian.
“Najib bukan sahaja tidak berani berdepan dengan wakil rakyat di Parlimen malah cuba mengelirukan rakyat bahawa tidak boleh salahkan kerajaan kerana harga barang naik,” katanya pada kenyataan media, semalam.
Katanya, Najib terlupa janjinya sebelum pelaksanaan GST kononnya hasil cukai itu akan dikembali untuk pembangunan negara sebaliknya pembentangan Bajet 2016 menunjukkan pelbagai peruntukan dikurangkan.
“Sehingga kini, kutipan GST sebanyak RM30 bilion, maka, Najib mungkir janji,” katanya.

Kenapa Adenan tak 'kongsi bantal' dengan Najib

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin memuji Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem kerana berani menggesa media mendedahkan penyelewengan, walaupun berlaku dalam kerajaan.
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu bagaimanapun berkata pendirian Adenan itu “bermakna” kerana dibuat menjelang pilihan raya negeri yang perlu diadakan tahun depan.
Kadir (gambar) berkata, sebarang tanda “terlalu tunduk atau taksub” menyokong kepimpinan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, yang disifatkannya bermasalah, hanya akan menjejaskan sokongan pengundi pada BN.
“Sebaliknya kalau Adenan memilih untuk tidur sebantal dan berkongsi mimpi dengan Mohd Najib, beliau mungkin akan dihukum oleh pengundi Sarawak,” katanya.
Menulis dalam blog hari ini, Kadir berkata BN Sarawak istimewa kerana dianggotai secara eksklusif oleh parti-parti anak negeri dan, dengan itu, “kurang dicemarkan oleh politik BN pusat”.
“Ini menjadikan autonomi Sarawak dalam Persekutuan Malaysia lebih bermakna,” katanya lagi.
Adenan kelmarin berkata media tidak boleh berdiam diri daripada mendedahkan kelemahan dan penyelewengan, termasuk dalam kerajaan, supaya penyelesaiannya dapat dicari.
Bercakap dalam sebuah majlis penyampaian anugerah kewartawanan, beliau bagaimanapun mengingatkan media supaya adil dalam laporannya dan “kami akan menyokong anda”.

'Najib tidak akan jadi diktator dengan Akta MKN' kata pengampu

Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 tidak akan menjadikan perdana menteri, selaku pengerusi majlis itu seorang diktator, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, hari ini.
"Kuasa-kuasa yang diberikan di bawah undang-undang itu tidak akan membuat perdana menteri menjadi diktator.
“Ini kerana kuasa untuk mengisytiharkan darurat masih kekal dengan Yang di-Pertuan Agong," kata Shahidan ketika membentangkan rang undang-undang untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara.
Beliau juga menafikan bahawa perdana menteri mempunyai kuasa yang meluas dalam mengisytiharkan mana-mana tempat sebagai kawasan keselamatan seperti yang termaktub mengikut Seksyen 18, akta berkenaan.
"Perdana Menteri hanya mengisytiharkan kawasan keselamatan atas nasihat Majlis Keselamatan Negara, bukan atas kapasiti individu beliau. Ahli-ahli yang duduk dalam majlis itu mempunyai pengetahuan tentang keselamatan negara.
"Oleh itu, tuduhan bahawa undang-undang ini akan memberi perdana menteri kuasa yang luas adalah tidak berasas," kata Shahidan.
Adalah dijangka bahawa dewan Negara akan meluluskan rang undang-undang itu esok - iaitu hari terakhir sesi persidangan.

Naib presiden Umno gesa PAS fikir tentang Islam, bukan politik .....dulu mengata "Parti Ajaran Sesat"

PAS digesa berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam mewujudkan kerjasama dengan Umno sekiranya mahu memartabatkan Islam, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata perpaduan antara 2 parti berkenaan disambut baik tetapi menolak dakwaan parti Melayu itu terlalu inginkan kerjasama sebaliknya berkata usaha tersebut untuk kebaikan umat Islam di negara ini.
"Bagi saya hal berkait ummah Islam itu tak kira siapa mulakan perjumpaan tapi siapa yang betul ikhlas dan tidak ada pertimbangan lain.

"Ini merupakan imej Islam, perpaduan yang perlu kita perbaiki," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Siapa mengkhianati Melayu?

PERSIDANGAN Agung Umno pada 9-11 Disember lalu berlangsung ketika parti itu berada dalam krisis besar. Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dan Umno sendiri, berhadapan dengan defisit keyakinan yang paling teruk dalam sejarah.
Perhimpunan Agung Umno 2015 Seperti biasa, Umno tidak melakukan apa yang sepatutnya, tetapi sebaliknya, menyalahkan orang lain. Dalam ucapannya, Najib dilaporkan menggambarkan kalau Umno kalah PRU14, negara akan ditadbir oleh Pakatan Harapan yang menentang perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera.
Dalam reaksinya, Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan bersama yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpinnya, iaitu Presiden Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, mengutuk keras kenyataan itu sambil menyatakan bahawa ia tidaklah mengejutkan kerana setiap kali Umno berhadapan dengan krisis, ia akan menggunakan helah menakut-nakutkan rakyat dengan isu perkauman dan penjajahan asing.
Pakatan Harapan menegaskan bahawa ia menjunjung sepenuhnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuklah yang berkaitan dengan perkara-perkara penting berhubung kedudukan Bumiputera, agama Islam, institusi Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.
Umno masih terperangkap dalam strategi lama, iaitu menakut-nakutkan rakyat. Ia menuduh pihak lain mengkhianati Melayu sambil mendakwa ia adalah satu-satunya yang melindungi Melayu.
Tetapi, adakah dakwaannya benar? Apakah makna khianat? Melayu mana yang dikhianati?
Ini menyebabkan saya merujuk kembali buku Muhammed Abdul Khaled (2014), The Colour of Inequality (2014). Menurut penulis, mutakhir ini, pertumbuhan ekonomi yang sepatutnya beransur-ansur menarik setiap orang ke tahap kesejahteraan yang lebih baik, telah tidak melibatkan semua orang, lalu menghasilkan fenomena berbahaya, iaitu kesenjangan yang semakin meluas.
Jurang pendapatan relatif antara bandar dan luar bandar adalah sama seperti masa merdeka pada 1957. Jurang antara yang kaya dan miskin tidak bertambah baik. Dalam kalangan Bumiputera, pada 2013, 72 peratus pelabur Amanah Saham Bumiputera memiliki purata pelaburan RM554, manakala 0.2 peratus pelabur terkaya memiliki 1,308 kali ganda, iaitu RM725,122.
Tentang pendapatan, pasca-2009, wujud jurang lebih luas dari segi pendapatan relatif antara Bumiputera dengan Cina. Ia melonjak sebanyak 10 peratus dalam tempoh 2009-2012, iaitu jurang paling tinggi sejak DEB diperkenalkan pada 1970. Dengan kata lain, jurang tersebut meningkat semasa pentadbiran Perdana Menteri Najib.

Pas jangan terjerat dengan ultra kiasu – Ridhuan Tee

Sekiranya Pas berada di landasan yang benar, apa yang perlu parti itu takuti adalah ultra kiasu
Ridhuan-Tee_umno_pas_600
PETALING JAYA: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan Pas sekiranya parti itu berada di landasan yang benar, apa yang perlu ditakuti adalah ultra kiasu.
Menurut Pendakwah Bebas itu, jerat ultra kiasu adalah lebih bahaya dari jerat UMNO dan Pas harus beringat tentang peristiwa ketika Pakatan Rakyat Sabah memutuskan hubungan dengan parti itu tanpa apa-apa perbincangan.
“Apakah kita sudah buta melihat kepada Pakatan Harapan (Rakyat) hari ini? Siapa yang menentukan segala keputusan? Siapa yang menentukan segala keputusan? Saban hari tidak habis-habis mereka mahu Pas sentiasa memusuhi UMNO agar psywar dan pysopnya berjaya.
“Belum apa-apa lagi ultra kiasu sudah menyatakan hasrat untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas di Selangor sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak. Tidak kenal lagi ultra kiasu?,” tulisnya pada ruangan kolum di Sinar Harian pada Isnin.
Dalam pada itu, Ridhuan turut tidak nampak Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat terdesak menawarkan kerjasama kepada Pas bagi menjamin kedudukannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti yang didakwa Parti Amanah Negara (Amanah).
“Inilah sikap negarawan yang sebenar. Menghulurkan tali, bukan memutuskan. Jika terus memutuskan akan hancurlah negara tercinta ini.
“Sepatutnya perkara ini sudah lama berlaku kepada sesiapa yang memahami realiti politik di Malaysia dengan populasi Islam dan bukan Islam 50-50. Kecualilah jika mahukan ultra kiasu memerintah,” sindirnya.

NASRUDIN: Tiga jawapan Pas tentang 'beri Umno kemaafan'

BARU-BARU ini, isu Pas sedia untuk melupakan dan memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan Umno terhadap parti itu sebelum ini terus hangat diperkatakan.
Sehubungan itu, Pas tampil memberikan jawapan kepada tiga persoalan mengenai isu berkenaan:

Soalan 1: Pas setuju gabung Umno?
Jawapan: TIDAK setuju

Soalan 2: Pas setuju kerjasama dgn Umno?
Jawapan:
i - SETUJU jika atas dasar kebajikan rakyat dan takwa menegakkan Islam
ii - TIDAK SETUJU jika atas dasar dosa, menegakkan kemungkaran dan kezaliman.

Soalan 3:  Kenapa Pas dilihat berlunak dengan Umno akhir-akhir ini?
Jawapan:  Pas melihat Umno, sama ada pemimpin atau ahli-ahlinya adalah sebagai sasaran dakwah yang mesti didekati dan disampaikan kepada mereka Islam.
Umno perlu dinasihati untuk meninggalkan kemungkaran dan kezaliman dan kembali kepada Islam.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan Pas

Tanah Kampung Baru Tidak Akan Dirampas - Johari Ghani

Najib cuba kupas ayat Al-Quran

Bersih expects ‘better’ EC under new Chairman

Pengampu rosakkan pemimpin, negara – kata Hadi depan Najib

Hubungan cinta 1MDB dengan selera Arab

Ketika pertma kali ditubuhkan sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada awal tahun 2009, 1MDB menyatakan bahawa hasratnya adalah untuk memacu pembangunan strategi negara.
Bagaiamanapun, selepas ia diambil alih oleh kerajaan persekutuan pada pertengahan 2009, 'strategi' itu seolah-olah mempunyai ‘selera’ Arab.
Buat pemulaan, penasihat lembaga pengarah syarikat tersebut mengambil tokoh terkenal Asia Barat sebagai penasihat.
 Mereka adalah bekas Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani sebagai penasihat khas dan Khaldoon Khalifa Al Mubarak, ketua pegawai eksekutif Mubadala Development Co, sebuah syarikat pelaburan Abu Dhabi yang dimiliki oleh Emiriah Arab Bersatu.
Dan terdapat juga dinamik yang dibawa oleh tokoh perniagaan Low Taek Jho, yang terkenal dengan hubungan mesranya dengan golongan berada di Timur Tengah dan juga rapat dengan keluarga perdana menteri.
Walaupun Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low, tidak pernah mempunyai sebarang peranan rasmi dan tidak menerima ganjaran dalam apa jua bentuk daripada 1MDB, mengikut kata jurucakapnya dan juga 1MDB - beliau dilihat secara intim terlibat dan berperanan penting dalam meletakkan asas usaha sama sulung 1MDB dan banyak keputusan menghubungkan syarikat itu dengan dunia Arab.

Kerjasama dengan Umno, PAS Selangor bincang pendirian parti

PAS Selangor dijangka mengadakan mesyuarat peringkat negeri dalam masa terdekat bagi membincangkan pendirian parti mengenai kerjasama dengan Umno, kata timbalan pesuruhjayanya Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015.PAS Selangor dijangka mengadakan mesyuarat peringkat negeri dalam masa terdekat bagi membincangkan pendirian parti mengenai kerjasama dengan Umno, kata timbalan pesuruhjayanya Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
PAS Selangor dijangka mengadakan mesyuarat peringkat negeri membincangkan pendirian parti mengenai kerjasama dengan Umno, lapor Sinar Harian. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perbincangan akan diadakan pada waktu terdekat bagi mencari kata sepakat berhubung kerjasama yang ingin dibentuk antara 2 parti itu.
"Saya dimaklumkan sehari dua ini, kita akan adakan mesyuarat PAS negeri untuk bincangkan apa yang terbaik demi kemaslahatan Islam," katanya.

Beliau berkata, PAS menyambut baik perpaduan bukan saja daripada segi politik, tetapi pembangunan dan ekonomi. "Kita sangat mengalu-alukan soal perpaduan Islam seperti yang dituntut Al-Quran. Tetapi soal politiknya, kita pegang kepada dasar Islam itu sendiri," katanya.
Ditanya adakah hubungan PAS dan PKR mungkin terjejas kerana kerjasama itu, Yunus berkata hubungan mereka akan tetap kukuh kerana dalam PKR juga ada masyarakat Islam.

PAS nafi laporan sedia maafkan Umno

 Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015. 
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam.
Takiyuddin berkata, beliau tidak “mendengar atau atau menjawab” soalan berbunyi atau membawa maksud “adakah PAS memaafkan Umno…” pada 1 sidang media selepas menghadiri program Perkasa di Kuala Lumpur semalam.
Ahli Parlimen Kota Baru itu menyalahkan portal The Malaysian Insider dan mengatakan kenyataannya diputar belit.

"Sepanjang ditemu bual, saya tidak pernah mendengar atau menjawab soalan berbunyi atau membawa maksud ‘adakah PAS memaafkan Umno…’ "Oleh sebab itu, saya menganggap soalan seumpama itu tidak ada. Justeru, apa-apa ‘jawapan’ kepadanya juga tidak ada, atau datang daripada saya atau apa-apa yang dimaksudkan oleh saya,” katanya dalam 1 kenyataan awal pagi ini.
Menurut Takiyuddin, sidang akhbar diadakan di sebuah dewan dalam suasana bising selepas beliau menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa semalam.
Katanya, kenyataan sikap terbuka dan murah hati PAS terhadap orang lain apabila mereka memeluk parti dan perjuangan untuk menegakkan Islam, dan ia bukan bermakna “PAS mahu menyertai Umno”.
"Apabila ditanya kepada saya apakah langkah yang diambil oleh PAS terhadap isu yang dibangkitkan, iaitu kononnya ‘PAS akan bekerjasama dengan Umno’, saya menyatakan bahawa PAS akan memberikan penerangan ahli PAS tentang kekeliruan, salah faham yang timbul dan juga menangkis tohmahan terhadap PAS dalam isu ini.
"Ia bukan bermaksud PAS akan memberi penjelasan seolah-olah ‘kerjasama dengan Umno akan dilaksanakan,’”katanya.
Selain The Malaysian Insider, portal berita lain seperti Sinar Harian Online, The Malay Mail Online, Malaysiakini dan Mstar Online turut melaporkan perkara sama.
Berikut adalah transkrip sidang media Takiyuddin di Kuala Lumpur semalam:
Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif?
Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan  PAS selama ini adalah perpaduan dan “unity” berasaskan syariat.
Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini.
Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas.

Parti pemerintah tidak pernah nafi Anwar tahanan politik, kata anak

Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari kiri, Nurul Iman, Nurul Izzah, Nurul Ilham dan Nurul Nuha di majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Disember, 2015. 
Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari kiri, Nurul Iman, Nurul Izzah, Nurul Ilham dan Nurul Nuha di majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi. 

Parti pemerintah tidak pernah menafikan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang tahanan politik yang dipenjarakan kerana ia adalah perkara yang benar, kata anaknya Nurul Iman. Anak ke-5 Anwar itu berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi.
"Anwar Ibrahim seorang tahanan politik dan tiada seorang pun dari kita menafikan perkara ini.

"Malah parti pemerintah pun tidak menafikan  perkara ini kerana ia satu fakta," kata Nurul Iman dalam ucapannya. Menurut Nurul Iman, beliau dan anggota keluarganya akan meneruskan perjuangan Anwar yang kini dipenjarakan kerana mereka sudah biasa dengan ujian sedemikian rupa sejak tahun 1998 lagi.
"Kami akan bertahan (persevere) dan tidak akan menyerah kalah dalam meneruskan perjuangan Papa," katanya merujuk kepada Anwar yang dipanggil "Papa" di kalangan anak-anaknya.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998 selepas dituduh meliwat bekas pemandunya.
Pada tahun 2010, bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis menuduh Anwar meliwatnya.
Pada Februari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan beliau dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu dalam ucapannya pada majlis itu mencadangkan agar Anwar dipertimbang bagi dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan.
Bercakap mewakili aktivis zaman Reformasi yang menggelar diri mereka "Otai Reformis", Liu berkata, pengaruh Anwar di peringkat serantau jelas menerusi buku "Asian Renaissance" tulisannya dahulu yang mengupas penyatuan budaya dan politik.

Umno dan PAS, siapa dapat apa?

Apa definisi “kerjasama”  yang ditawar presiden Umno kepada PAS tempoh hari ?
Walaupun ramai dalam Umno dan PAS bercakap mengenai tawaran itu tetapi tiada siapa yang bercakap mengenai bentuk “kerjasama” itu sendiri.
Adakah “kerjasama” itu membabitkan PAS bergabung dengan Umno ? Maka, akan dikenali sebagai  PASNO atau UMPAS?

Atau PAS kekal dalam bentuk sekarang tetapi menjadi komponen BN ? Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerjasama kini di peringkat “persefahaman” tetapi  mengakui “ belum menjurus kepada pendekatan politik dengan ikatan organisasi ”.
Satu kenyataan yang membuka ruang kepada pelbagai intepretasi.
Namun hakikatnya ialah perkiraan mengenai keuntungan politik yang boleh diraih daripada tawaran Datuk Seri Najib Razak kepada PAS yang dibuat penghujung Perhimpunan Agung Umno 12 Disember lalu.
Untung untuk Najib ialah beliau “membuktikan” khusus kepada ahli partinya yang beliau pemimpin “Islamik berjiwa besar” yang “rendah hati  menghulur tangan untuk menjalin silatulrahim kepada musuh politik demi perpaduan ummah”.
Berdasar reaksi ahli Umno, jelas langkah Najib bukan sahaja diterima malah dipuji ketika beliau ditekan beberapa pihak dalaman berhubung pelbagai isu yang semua sudah maklum.
Tanpa mempersoal atau mempertikaikan “keikhlasan” beliau, pelawaan itu juga dilihat boleh “memerangkap” PAS.
Sebarang penolakan PAS akan mengakibatkan parti Islam itu dituduh “sombong, angkuh dan tidak berminat memupuk perpaduan umat Islam dan orang Melayu”.
Sebagai orang politik berpengalaman, pemimpin PAS rasanya nampak itu semua.
Lantas mengambil “sedikit” masa sebelum memberi tindak balas terhadap pelawaan Najib. Itu pun 1 response yang berlapik walaupun positif.
Persoalannya ialah selain Najib, Umno sendiri dapat apa jika terjalinnya kerjasama dengan PAS ?
Umno akan dilihat sebagai “benar-benar ikhlas memperjuang Islam” .
Sekali gus  memperkukuhkan kedudukan di kalangan pengundi Melayu pada pilihan raya  umum akan datang. Khususnya kekuatannya di luar bandar.
Apa pula PAS dapat?
PAS  juga akan mengukuh kedudukan sebagi parti yang mendapat sokongan pengundi Melayu. Kekuatannya di Kelantan dan Terengganu tidak boleh digugat. Parti itu akan bertambah selesa di Kedah dan Perlis.
Namun masalahnya Umno dan PAS kedua-duanya menyarankan kumpulan sokongan yang sama.
Kedua-dua “target” orang Melayu. Maka timbul masalah pembahagian kerusi pilihan raya.
Semua kawasan yang PAS tanding,  ditandingi juga Umno. Amalan ini mesti dihentikan jika kerjasama Umno – PAS  benar benar membawa erti “bekerjasama”.

PAS mula makan sokongan Umno

Timmy Say

Pertarungan parti politik ini akhirnya akan berbalik kepada perebutan kerusi di pilihanraya kerana inilah syarat utama dalam permainan demokrasi yang dicipta manusia.
Siapa yang memenangi jumlah kerusi tertinggi akan menjadi juara yang bakal membentuk kerajaan.
Rakyat adalah pengundi, manakala kerja parti politik dan para ahli politik adalah untuk meracun minda rakyat sehingga menyokong mereka.

Di Malaysia, cara kempen parti politik agak sehala dan tidak berubah dari zaman tidak berinternet ke internet. Mereka membunuh lawan dengan memburukkan lawan seteruk-teruknya samada sesama parti mahupun berdepan dengan parti lawan.
Rakyat dan ahli parti, kebanyakan masa, yang menjadi pembunuhnya di pilihanraya parti atau umum nanti.
Namun apa yang berlaku di dalam Umno hari ini cukup menarik.
Umno berhenti mengambil langkah memburukkan PAS sebaliknya Umno secara terang-terangan cuba memikat PAS dengan jemputan rasmi terbuka yang dilakukan presidennya 2 kali berturut-turut.
Sebenarnya tidak susah nak baca apa yang sedang cuba dilakukan Umno.
Umno tahu rakyat marah, termasuklah rata-rata rakyat berbangsa Melayu dan kakitangan kerajaan dengan pelbagai jenis pengumuman kenaikan harga barangan yang mencekik leher.
Pada masa yang sama, Umno menjadikan DAP dan parti lain yang kelihatan tunduk kepada DAP sebagai boogeyman bagi orang Melayu sebagaimana DAP menjadikan Umno dan PAS sebagai boogeyman bagi orang bukan Melayu.
Umno tahu serangannya terhadap DAP amat berkesan, sebagaimana serangan DAP terhadap Umno.
Namun DAP bukan apa yang dirisaukan Umno.
Di Semenanjung Malaysia, Umno bertembung dengan PAS di 63 kerusi Parlimen, dan PKR di 43 Parlimen manakala DAP di 1 kerusi Parlimen.
Umno tidak risau bertembung dengan PKR, kerana tanpa PAS di gabungan pembangkang, PKR yang dilabel Umno sebagai kuda DAP sebagai modal kempen yang terbukti sangat berkesan.
Umno hanya risau sokongan orang Melayu terhadapnya akan beralih ke PAS, dan perkara ini sudah mula nyata.
PAS dan Umno sudah kehilangan sokongan bukan Melayu.
Jika tidak percaya, boleh merujuk kepada mereka yang membuat kajian semasa.
Hakikatnya, Umno kini tiada lagi apa yang dapat diserang terhadap PAS semenjak senjata Umno paling berkesan terhadap PAS iaitu “PAS kuda DAP” hilang sengat apabila 2 parti itu bercerai.
Untuk menghentikan pengaliran sokongan orang Melayu kepada PAS, Umno kini cuba berbaik-baik dengan PAS.