Ahad, 20 Disember 2015

Pas Sedia Maaf, Lupakan Kesalahan Umno - Takiyuddin Hassan

Sanusi: Dah Pecat, Baru Nak Bersalam

Sanusi: Lantikan Najib Legasi Tun M

Sanusi: Kalau Umno Kalah, Melayu Bangsat

Hanya Di Malaysia...!!!

Daripada Anas r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.” (Riwayat ibnu Hibban)

Ciri-ciri Ulama Fasik

1. Takut untuk menyampaikan kebenaran

2. Menyembunyikan ajaran sebenar

3. Perjuangan kerana dunia yang ditawarkan

4. Cakap berbolak balik dalam sesuatu isu atau tidak berani berterus terang

5. Hasad dengki dengan yang lain

6. Bercakap agama atas kepentingan orang lain

Wallahualam~

Patutla harga barang naik.. FAKTOR LUARAN puncanya !!!!

YANG KAT DALAM rompak samun & perah duit rakyat senyap2..

Kedudukan Najib tidak selamat

Beliau akan terus menghadapi penentangan jika gagal selesai masalah rakyat terutama kenaikan kos sara hidup.

Dzulkefly-Ahmad_najib_600
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan bahawa kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum tentu selamat walaupun mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan kedudukannya.
Beliau mengulas laporan firma penyelidikan antarabangsa Financial Times (FT) Confidential Research yang mengatakan kedudukan Najib masih kukuh sehingga Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).
Laporan yang dipetik akhbar Utusan Malaysia itu menyatakan ia dibuktikan dengan sokongan padu yang diterima Najib dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu serta kegagalan Tun Mahathir untuk menjatuhkannya.
“Benar, Najib mengambil pelbagai tindakan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Umno,” katanya, merujuk pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Shafie Apdal dari Kabinet, serta penukaran pengerusi dan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) di tengah-tengah siasatan 1MDB.
Namun katanya lagi, kegagalan Najib menjawab persoalan yang menyelubungi pentadbirannya serta kegagalan menyelesaikan masalah rakyat seperti kenaikan kos sara hidup, akan menyebabkan beliau sentiasa menerima penentangan.
“Dan ia boleh datang dari pelbagai pihak, termasuk ahli akar umbi Umno sendiri,” kata bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Dua cedera bergaduh di Kompleks Kota Raya

Dua individu dilaporkan cedera dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah kedai telefon, Kompleks Kota raya, Kuala Lumpur hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu berlaku apabila sekumpulan pelanggan dengan sebahagiannya bersenjatakan parang kembali ke kompleks itu untuk menuntut bayaran balik atas pembelian telefon, lapor Mstar Online.
 Portal itu difahamkan, pihak pengurusan kompleks mengambil keputusan menutup bangunan itu bagi mengelakkan insiden berlanjutan sebelum pihak polis dilihat mengawal dan membuat pemantauan di kawasan sekitar.
Terdahulu, seorang pelanggan didakwa dikurung pekedai di kompleks beli-belah tersebut dengan tujuan memaksa mangsa membeli telefon bimbit.
Mangsa didakwa dikurung selama empat jam selepas dia mengubah fikiran daripada membeli empat telefon bimbit.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, polis masih menyiasat insiden tersebut.
Kejadian itu mendapat perhatian Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom yang menganjurkan satu bantahan sebagai tindak balas kejadian penahanan pelanggan tersebut.
Bagaimanapun perhimpunan itu tidak menjadi seperti dirancang apabila hanya kira-kira 20 orang sahaja daripada Gerakan Merah yang hadir dan ia bertukar menjadi satu sidang media.

Peniaga di Plaza Kota Raya diserang

Kumpulan tersebut bersama tujuh mangsa yang dipercayai ditipu peniaga disana datang untuk menuntut kembali wang daripada pemilik premis berkenaan bernilai hampir RM10, 000.
kota-raya-gaduh
KUALA LUMPUR: Sekumpulan lelaki bertindak menyerang peniaga di Plaza Kota Raya apabila mendakwa peniaga tersebut menipu pembeli.
Kekecohan bermula kira-kira jam 5 petang apabila kumpulan lelaki tersebut bertindak memukul enam peniaga menggunakan kerusi dan peralatan keras.
Kumpulan tersebut bersama tujuh mangsa yang dipercayai ditipu peniaga di sana datang untuk menuntut kembali wang daripada pemilik premis berkenaan bernilai hampir RM10, 000.
Menurut ketua kumpulan itu, Roslan Ismail atau lebih dikenali sebagai Lan XCassanova berkata pihaknya tidak mempunyai niat untuk menyerang peniaga sebaliknya datang untuk menuntut kembali wang setelah tujuh mangsa tesebut dikatakan ditipu.
Namun kejadian bertukar kecoh apabila, peniaga kawasan berkenaan memulakan provokasi dan keadaan menjadi tidak terkawal.
“Baju Pink (peniaga) yang mula cetuskan provokasi. Kita datang sini bukan untuk cetuskan provokasi perkauman, tetapi menegakkan kebenaran mengenai penipuan yang berleluasa berlaku di kompleks ini.
“Dari awal, baju pink cetus provokasi apabila memaki hamun secara biadap dan bertekak dengan orang ramai seolah-olah kita di pihak yang salah.

Umno-BN tumbang kalau semua orang sedar

BARANGKALI Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya berpura-pura mahu penggiat seni menghasilkan puisi yang relevan yang menggabungkan aspek futurustik dengan zaman lampau – dalam kata lain, berpijak di bumi nyata.
Timbalan perdana menteri itu mungkin cuma berkata mahu sedemikian, tetapi dalam masa yang sama bimbang jika saranannya diikuti. Kalau semua penulis atau khususnya, penyair tanah air berpijak di bumi nyata, nescaya tumbanglah kerajaan Umno-BN.

Tidakkah rejim tua itu sendiri merupakan sejarah atau entiti masa lampau dan futuristik pula adalah harapan agar pembangkang pula mentadbir negara? Zahid membuat saranan sedemikian ketika berucap dalan majlis penutupan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor ke-6 (Pulara 6) di Arena Pulau Pangkor, Pangkor, 5 Disember lalu.
Kata timbalan perdana menteri, perkara tersebut berlaku kerana generasi Y dan generasi X tidak Umno-BN tumbang kalau semua orang sedar lagi meminati puisi sebagai seni, sebaliknya hanya tertarik jika ia relevan.
Seni itu, menurut Zahid, adalah sesuatu yang harus mencerminkan keadaan setempat dan alam yang merangkumi kehidupan kita. “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”
Beliau menegaskan bahawa karya agung di negara luar, generasi dibentuk untuk memberikan apresiasi yang tinggi kepada penciptanya. Justeru, kita jangan tenggelam dalam kepompong kecil. Katanya lagi, orang seni harus berpijak di bumi nyata, dan menjadi molekul penting dalam kehidupan.
Benar sungguh kata Zahid (atau kata penulis ucapan beliau) itu. Beliau sedar atau menyesal menyebutnya adalah soal kedua.
Sememangnya seni adalah cerminan atau perakam zaman.
Jadi, janganlah pula Zahid dan kementeriannya menghalang – sementelah beliau juga menteri dalam negeri yang berurusan dengan penerbitan bahan penulisan bercetak/elektronik – jika ada (baca: banyak) karya yang mengkritik pentadbiran kerajaan Umno-BN. Itulah bukti orang seni berpijak di alam nyata. Jangan mengatakan itu semua fitnah dan tohmahan yang didalangi pembangkang pula. Zahid sendiri perlu menerima kenyataan.

Kajian Merdeks Center mengelirukan?

Oleh Penganalisis Politik


Dalam sehari dua ini orang Pas sangat seronok dan sangat yakin hasil dari penemuan kajian 'Merdeka Center' yg terbaru ini.

Saya setakat ini masih tidak menerima dokumen rasmi kajian Merdeka Center ini untuk diteliti, namun setakat pengalaman saya meneliti banyak kajian persepsi politik dari Merdeka Center ini, sememangnya kajian mereka sangat berwibawa.

Namun saya berpendapat orang2 Pas termasuk penganalisis mereka jangan terlalu seronok sangat sebab sebelum membuat ulasan, penganalisis perlu melihat 'instrument kajian' terlebih dahulu termasuk bilangan parti politik yg disertai dalam kajian serta bentuk soalan yg ditanya.

Bila saya teliti peratus dan bilangan parti yg diselidik, saya tak nampak langsung KELEBIHAN PAS sebagaimana yang diwar2 oleh para penganalisis Pas spt Alang Ibn Shukrimum ini.

Ini kerana kajian ini hanya melibatkan antara "Umno dan Pas" sahaja, tidak parti lain.

Jika hanya dua parti, bermakna responden termasuk Cina hanya ada dua option samada Pas dan Umno untuk menjawab.
Keputusan kajian mengatakan....." secara keseluruhan 42 % gembira dgn Pas, hanya 35% gembira dgn Umno.
Maksudnya 23% lagi menjawab 'tidak tahu'.

PAS sertai Pakatan Harapan atau BN. Tiada pilihan lain!

1. Saya terkejut dengan laporan hasil kajian(survey) Merdeka Center terhadap tahap sokongan kepuasan kepada parti-parti politik pembangkang dan kerajaan. Saya tiada kesempatan bertemu dan mendapat pencerahan daripada Merdeka Center terhadap dapatan kajian yang sering dipetik oleh pihak organisasi Parti saya iaitu Pas bagi menunjukkan keselesaan dan penerimaan orang Melayu kepada Pas.

2. Apa yang merunsingkan saya ialah kemerosotan peratusan sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu kepada Pas berbanding keputusan PRU13. Daripada dapatan kajian Merdeka Center pada November 2015 pada waktu tahap ketidakpuasan hati orang Melayu pada umno bn begitu tinggi, tetapi sebaliknya tahap kepuasan hati melayu pada Pas hanya 42%. Jika peratusan tahap kepuasan hati kepada Pas itu dianggap sebagai tahap sokongan semasa Melayu kepada Pas, apakah ini bermakna peratusan ini menunjukkan kemerosotan sokongan Melayu kepada Pas berbanding tahap sokongan Melayu kepada Pas pada PRU13 iaitu sebanyak 45%? Ia menunjukkan kemerosotan sejumlah 3%. Sedangkan tahap tidak puas hati dan marah orang Melayu kepada  Umno pula ialah  54%. Apakah ini menunjukkan berlaku kemerosotan sokongan Melayu kepada Pas dan orang Melayu yang tidak puas hati dan marah kepada Umno tidak pun beralih kepada Pas?

3. Dapatan kajian ini meletakkan kedudukan Pas di peta politik pilihan raya negara sangat tidak selesa. Ditambah lagi dengan tahap ketidakpuasan hati dan marah orang Cina kepada Pas sebanyak 66%. Berbanding dengan sokongan pengundi Cina pada Pas dalam PRU13 ialah 75%. Apakah ini bermakna sokongan semasa pengundi Cina kepada Pas sekarang hanya tinggal sekitar 10% sahaja kerana 66% daripada 75% yang menyokong Pas pada PRU13 yang lalu kini begitu marah dan tidak puas hati dengan Pas?

Punca perpecahan Pas-Umno kecil saja - Sanusi Junid

Tan Sri Sanusi Junid
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Seri Sanusi Junid mendedahkan punca sebenar perpecahan antara Pas dan Umno pada tahun 1970an disebabkan salah faham yang kecil.
Beliau berkata, masalah yang berlaku ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn yang 'dicucuk' pihak tidak bertanggungjawab sehingga Kelantan isytihar darurat.
Menurutnya, beliau antara individu yang bertanggungjawab mengisytiharkan darurat ke atas Kelantan kerana ketika itu memangku jawatan Menteri Dalam Negeri.
"Bila isytihar Kelantan darurat walhal belum ada berbunuhan sesama sendiri tapi baru ada cerita kita dah isytihar maka marahlah orang Kelantan maka akhirnya keluarlah Pas daripada BN sebab jauh hati.
"Kerana ada orang yang pergi pengaruhi Tun Hussein Onn nyatakan akan jadi huru-hara sehingga berbunuhan.
"Ini bermaknalah perpecahan Umno dan Pas sikit saja sebabnya kerana Pas tak tahu Tun Hussein tak mahu ada pertumpahan darah dan Tun Hussein tak tahu ada muslihat orang tak mahu Pas ada dalam BN," katanya ketika berucap dalam perasmian Persidangan Agung Perkasa kali ke-6, hari ini.
Katanya, disebabkan tidak ada komunikasi yang baik ketika itu maka dengan sendirinya berkelahilah Pas dan Umno.

Perkasa tolak UMNO jika tak berubah

Perkasa sedia menyokong Pas pada PRU14 jika parti itu tidak lagi beretorik dan lebih progresif.
Ibrahim-Ali_perkasa_umno_pas_600
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sedia menjadikan Pas sebagai parti pilihan pada Plihan Raya Umum ke-14 ( PRU14) sekiranya parti itu tidak lagi beretorik dan menjadi sebuah parti progresif.
Persidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Tahunan Ke-6 Perkasa pada Ahad berkata, pertubuhan itu sedia menolak UMNO pada PRU-14 sekiranya parti itu masih gagal menyelesaikan kemelut dan perpecahan yang berlaku dalam parti Melayu itu.
“Perkasa tidak memberikan sokongan kepada mana-mana pihak, waima UMNO, Barisan Nasional (BN) atas dorongan emosi dengan perkiraan semberono atau prinsip membuta tuli.
“(Malah) pendirian Perkasa dalam PRU14, akan kami tentukan berdasarkan kajian terperinci dalam PRU14 kelak. Kita mempunyai dua pilihan, antara UMNO dan Pas yang sudah memutuskan ikatannya dengan DAP.
“Jika menjelang PRU 14, Pas tidak lagi beretorik dan menunjukkan kemampuan untuk membela hidup dan mati Melayu, Pas mampu jadi pilihan Perkasa,”katanya.
Katanya sokongan yang dibuat kepada Pas telah dipertimbang apabila mereka telah berpisah dengan DAP.

Kerjasama Pas-UMNO: Apakah maksud drama ini?

Ramai ahli Pas di peringkat akar umbi tidak selesa dengan perkembangan terbaru itu.
Dzulkefly_pas_umno_600
KUALA LUMPUR: Adakah majoriti ahli PAS dan Umno di peringkat akar umbi setuju dengan ‘hubungan’ pemimpin parti mereka yang dilihat kian erat?
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun hubungan Pas dan Umno kelihatan kian mesra, masih banyak isu antara dua parti terbesar Melayu itu yang belum selesai sehingga kini.
“Ada banyak dimensi dalam isu ini, misalnya undang-undang hudud.
“Saya tahu ahli Pas di peringkat akar umbi tidak selesa dengan perkara ini (kerjasama Umno-PAS),” katanya kepada Free Malaysia Today.
Namun, beliau yang kini menjadi Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) enggan mengulas lanjut dan mahu melihat tindakan pemimpin kedua-dua parti yang seterusnya.
“Sementara saya tahu akan potensi pergolakan dalam Pas dan juga Umno, saya enggan mengulas panjang dan ingin melihat tindakan (pemimpin kedua-dua parti) yang seterusnya.
“Ke manakah mereka ingin bawa, serta apakah maksud ‘drama’ ini,” katanya lagi.
Kerjasama PAS dan Umno kembali hangat diperkatakan selepas ‘berkuburnya’ Pakatan Rakyat Jun lalu.
Malah Presiden kedua-dua parti, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkongsi pentas dalam satu program di sini tiga hari lalu.
Najib secara terbuka menjemput Pas mengadakan kerjasama dengan UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam.

PAS makes strides to forgive and forget

PAS's sec-gen Takiyuddin Hassan says his party is willing to put past grievances with Umno to rest for the sake of Islam.
Takiyuddin-Hassan_pas_umno_600
KUALA LUMPUR: PAS is making strides to forgive and forget by putting its past grievances with Umno to rest, the Islamist party’s Secretary-General Takiyuddin Hassan said today.
He said efforts to forgive Umno were based on the party’s teachings and was in line with its desire to achieve what was best for Islam.
“For the greater good of Islam, we are prepared to work with any party. The key feature here is unity,” he said to reporters when met at Perkasa’s sixth annual general assembly (AGM) here.
“It is not something new as there have been leaders from other parties including Umno, who have joined PAS and were well accepted by our members. This is pretty much the same, the only difference is that it is between the parties.”
Takiyuddin was responding to questions regarding the rumoured political alliance between PAS and Umno and if such a move meant that the former was ready to set aside all of its past issues with the country’s biggest Malay party.
“We are in the process of explaining to our members the basis of our (PAS and Umno) intention to work together,” added the Kota Bharu Member of Parliament.
He also said that whatever decision their president Abdul Hadi Awang made, was to be viewed as the party’s stand as well.
Takiyuddin along with PAS’ Elections Director Mustafa Ali attended the Perkasa AGM today after receiving invitations from its president Ibrahim Ali.

SABARLAH TOK HIM, UMNO TENGAH SYOK MENGGODA PASANGAN BARU....

Kesian Ibrahim Ali dan Perkasa, mereka nampaknya semakin dipinggirkan oleh UMNO sekarang ini.

Walaupun seringkali menyatakan tidak memihak kepada mana-mana parti, tetapi umum mengetahui kecondongan aliran NGO itu, malah majoriti ahlinya adalah anggota UMNO. 

Dalam pilihanraya lalu pula, Perkasa secara terbuka menyokong UMNO dan Ibrahim Ali sendiri diberi laluan bertanding sebagai calon Bebas yang disokong parti itu di Pasir Mas.

Sebab itu, Ibrahim Ali atau Tok Him nampak begitu kecewa dengan ketidakhadiran pemimpin UMNO dalam persidangan tahunannya kali ini yang diadakan di Pusat Islam dan dirasmikan oleh bekas menteri, Sanusi Junid.

Kekecewaan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu dapat dirasakan apabila beliau menyindir kegagalan wakil  UMNO hadir ke persidangan tahunan Perkasa ini, meskipun dijemput melalui undangan secara pos dan "by hand", mungkin disebabkan pemimpinnya sibuk dengan persiapan menyambut Krismas.

Aduhh...makan dalam sindiran Tok Him kali ini!!

Mengaitkan sebuah parti politik Melayu dan Islam yang sarat dengan ungkapan wassatiyah dan maqasid syariah dengan sambutan Krismas barangkali agak keterlaluan, tetapi ia sebenarnya lebih menggambarkan kesal hati dan kekecewaan Tok Him yang amat dalam terhadap UMNO.

Pas sedia maafkan UMNO

Bersikap terbuka dan memaafkan pihak lain merupakan ciri-ciri perjuangan Pas.
Takiyuddin-Hassan_pas_umno_600
KUAlA LUMPUR: Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Pas bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO.
Katanya, Pas bersedia untuk melakukannya kerana ia merupakan ciri-ciri yang ada dalam perjuangan parti dan ia bukan perkara baru dalam perjuangan parti Islam berkenaan.
“Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini. Ini bukan perkara baru, ramai pemimpin lain masuk dalam Pas, mereka ada kedudukan baik, diterima hati terbuka dalam kalangan ahli.
“Sebelum ini ramai pemimpin-pemimpin dari parti lain termasuk UMNO sendiri yang masuk dalam Pas dan punyai kedudukan dengan baik dan diterima dengan hati terbuka oleh Pas.
“Itu dalam kalangan ahli dan sekarang ini datang parti pula jadi kita akan laksanakan perkara yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangam Agung Perkasa pada Ahad.
Mengulas lanjut. Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, perpaduan yang diperjuangkan oleh Pas selama ini adalah berdasarkan syariat seperti mana yang dinyatakan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pas-UMNO hanya boleh kerjasama di luar bidang politik

Kedua-duanya mempunyai ideologi yang berbeza dan mustahil untuk bekerjasama bagi menghadapi PRU14.
Ibrahim-Ali_umno_pasr_600_1
KUALA LUMPUR: Pas dan UMNO tidak mampu mengadakan kerjasama politik kerana kedua-duanya mempunyai fahaman idealogi dan perjuangan yang berbeza.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebaliknya berkata, UMNO dan Pas hanya boleh bekerjasama dalam perkara-perkara yang tidak melibatkan politik.
“Kalau UMNO dan Pas bersatu lebih baik, tetapi saya tidak fikir wujud kerjasama politik antara UMNO dan Pas sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“UMNO nasionalis, Pas parti Islam. Pas tidak mudah untuk pimpinannya membawa madah bekerjasama. Realitinya ada halangan,
“Saya harap Pas dan UMNO bekerjasama di luar isu politik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan ke-6 Perkasa pada Ahad.
Jelasnya, berbeza seperti ahli UMNO, halangan daripada ahli-ahli Pas juga tidak memungkinkan kerjasama politik kedua-dua parti itu akan berjaya.
“Sukar untuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan kerjasama politik kerana keputusan bukan hak mutlak Presiden, berbeza seperti UMNO, ahli-ahli mereka menurut kata presiden,” katanya.
Ibrahim berkata, kedua-dua parti itu sepatutnya melakukan apa yang dilakukan DAP dan MCA yang bekerjasama dalam isu-isu tertentu.
“Kami kemukakan cadangan menubuhkan Majlis Ukhwah Islamiah Nasional (MUIN) yang terdiri daripada Pas, UMNO dan NGO Melayu Islam lain, seperti apa yang dilakukan MCA dan DAP melibatkan isu-isu tertentu,” katanya.

PAS pilihan Perkasa pada PRU14 jika progresif, kata Ibrahim Ali

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (tengah) dan Tan Sri Sanusi Junid (kanan) pada Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa ke-6 di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini. Ibrahim menegaskan, Perkasa tidak memberikan sokongan kepada mana-mana pihak dengan semberono atau membuta tuli. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Disember, 2015. 
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (tengah) dan Tan Sri Sanusi Junid (kanan) pada Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa ke-6 di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini. Ibrahim menegaskan, Perkasa tidak memberikan sokongan kepada mana-mana pihak dengan semberono atau membuta tuli. 

PAS berpotensi menjadi pilihan Perkasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya parti Islam itu berubah menjadi parti progresif, kata Datuk Ibrahim Ali. Ibrahim dalam ucapan dasar bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa ke-6 di Pusat Islam, Kuala Lumpur berkata, sekiranya Umno, parti yang pernah disokong pada PRU13 lalu masih gagal memperbaiki partinya, Perkasa tidak lagi akan menyokong mereka.
"Namun Perkasa tidak memberikan sokongan kepada mana-mana pihak, waima Umno, Barisan Nasional (BN) atas dorongan emosi dengan perkiraan semberono atau prinsip membuta tuli.

"Oleh sebab itu, pendirian Perkasa dalam PRU14, akan kami tentukan berdasarkan kajian terperinci dalam PRU14 kelak. Kita mempunyai 2 pilihan, antara Umno dan PAS yang sudah memutuskan ikatannya dengan DAP," kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu. Ibrahim berkata, menjelang PRU14, sekiranya PAS tidak lagi beretorik, sebaliknya menjadi parti progresif dan menunjukkan kemampuan untuk membela hidup dan mati orang Melayu, parti Islam itu adalah pilihan mereka.
"Pada masa sama Umno, kita beri tempoh hingga 2017. Masa itu kita akan tengok kerana 2 parti ini mewakili Melayu dan Islam," katanya.

PAS sedia maaf, lupakan kesalahan Umno - Takiyuddin Hassan

PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Setiausaha agung PAS itu berkata ini kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.
Malah, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.
 "Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.
"Ini bukan perkara baru, ramai pemimpin lain masuk dalam PAS, mereka ada kedudukan baik, diterima hati terbuka di kalangan ahli, sekarang ini antara parti kita akan laksanakan perkara sama," kata Takiyuddin.
Beliau berkata kepada pemberita pada mesyuarat agung tahunan PERKASA ke-6 di Kuala Lumpur hari ini.
Proses penjelasan
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada anggota parti itu berhubung hasrat kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.
"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu.
"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tambah Takiyuddin lagi, prinsip perjuangan PAS adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka.
"Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.
"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas kebaikan orang Islam."
Takiyuddin bersama-sama pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan PERKASA, hari ini.

RUU MKN: Apa pendirian MCA menjelang debat esok?

Dewan Negara dijadual membahaskan rang undang-undang kontroversi Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok, tetapi pendirian MCA berhubung perkara itu masih kurang jelas.
Ditanya perkara itu, Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon tidak memberikan jawapan langsung, sebaliknya meminta pihak media mengikuti perbahasan itu esok.
“Majlis presiden MCA dan senator-senator kami sudah bermesyuarat. Kami akan suarakan pendirian MCA pada perbahasan Isnin.
“Senator-senator kami masing-masing akan bentangkan pendirian MCA sewaktu debat dan kami juga sudah bawa perkara ini ke kabinet,” kata timbalan menteri pendidikan itu katanya di Kepong hari ini.
 Ditanya lagi sama ada MCA akan mengundi menolak undang-undang itu, Chong sekali lagi meminta wartawan menunggu perbahasan esok.
Ditanya sama ada MCA membenarkan senatornya mengundi pilihan sendiri, beliau terus mengulangi jawapan sebelumnya.
Sebagai anggota kabinet, Chong tidak dapat mengambil bahagian dalam perbahasan itu susulan konvensyen bahawa semua menteri dan timbalan menteri terikat dengan pendirian bersama kerajaan dan tiada pandangan individu dibenarkan.
Rang undang-undang itu ditolak kumpulan aktivis yang bimbang dengan penganugerahan kuasa kepada perdana menteri untuk mengingstiharkan sesebuah kawasan keselamatan dan kemudian membuat tangkapan.
Kerajaan mempertahankan undang-undang itu demi membolehkan tindakan segera diambil bagi membendung keadaan kecemasan.

2016 ARMAGEDDON FOR M'SIA: ONLY THE SULTANS CAN STOP 'DICTATOR' NAJIB NOW


I thought I should share this note I got from a dear old Malaysian friend and contemporary after I responded to his message for Christmas and the Near Year (2016). I asked him to tell me what is happening in our country which used to be an oasis of racial harmony (apart from May 13, 1969) and a high-flying geese economy. I wanted his professional views because being some distance away from negara ku tersayang, he can be balanced and less angry than I. Here is it is for your consideration and comment. –Din Merican
Dear Din,
On Politics, Race and Religion
The current scene and trends are troubling. The use of draconian laws to silence everyone who does conform has become most common; nothing shocks anymore. The latest effort to silence Farida of G25 is a step too far. The passing of the NSC bill is a most far reaching action. Its membership establishes Ketuanan Melayu in both name and practice. Najib has essentially staged a coup in order to hang on at all costs. He has bought over the UMNO Party chiefs with presumably the proceeds from the “donation”. They are silenced.

The Pinkees
The NSC composition also sends another message: it is a one race body. It would seem that advocates of Ketuanan and the Ugama purists in JAKIM are  now the hand maidens aiding him to buy over the older generation of rural dwellers. The seduction and co-option of  PAS President Ustza Hadi  Awang further closes the circle.  Nothing now stands in the way of acquiring total power.
I am quite pessimistic about GE 14.  The Pakatan Harapan have blown their chances with their petty squabbles. The so-called strategists in Parti KeADILan Rakyat (PKR)  and Democratic Action Party are going to sell the store by agreeing to further gerrymandering – they are totally naïve in believing that additional seats if created will come way. Here the first time  politician Dr. Ong Kian Meng and his boys are to blame.

This latest cryptic call to plan ahead beyond 2020 is also ominous. It smacks of constitutional changes not of economic adjustment. Civil society is much too weak to provide checks and balances while media have been muted. Those who naively believe that Barack Obama or the United States will apply pressure are mistaken. The US are content to leave the man in power so long as he locks up a few of the ISIS types and indulges in remaining on their side over the South China Sea issues.
The Economy Stupid

MIC pantau kerjasama Umno-PAS

Presiden MIC S Subramaniam berkata beliau tidak menentang kerjasama Umno-PAS selagi tidak menjejaskan perhubungan dengan parti komponen BN yang lain.
“Ini penting.
“Kita tidak menentang sebarang kerjasama pilihan raya ada kedua-dua parti itu,” kata anggota parlimen Segamat itu kepada media di Kepong hari ini.
Beliau juga berkata, buat masa ini, MIC masih memantau keadaan.
Ditanya sama ada kerjasama itu akan menguntungkan MIC, Subramaniam berkata perkara itu memerlukan penelitian terlebih dahulu.
Isu kerjasama itu bersemarak semula selepas kedua-dua presiden parti itu – Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hadi Awang – dilihat mesra dalam sebuah acara alumni Universiti Al-Azhar minggu lepas.
Selain sama-sama terlibat merasmikan dan menyampaikan ucap utama, kedua-dua pemimpin itu juga menjadi perhatian dengan pakaian sedondon merah jambu.

Perginya Pejuang Islam: Surat istimewa untuk adik Hasif

Dia kehilangan lima ahli keluarga termasuk ibu bapa dalam kejadian mati lemas di Air Terjun Belukar pada Sabtu.
keluarga_maut_600
PETALING JAYA: Tragedi lima sekeluarga yang mati lemas di Air Terjun Belukar di Hulu Terengganu pada Sabtu menyayat hari rakyat seluruh Malaysia.
Dalam kejadian itu, Abdul Halim Samian, 44, isterinya, Nurul ‘Adilah@Salaiwati Awang, 39, serta tiga anak mereka iaitu Nurul ‘Arifah, 16, Nurul Hidayah Aina, 11, dan Nurul Izah, 10, meninggal dunia.
Bagaimanapun, anak bongsu pasangan terbabit iaitu Mohd. Hasif, 9, terselamat kerana berada di daratan ketika kejadian.
Mereka sekeluarga menetap di Puncak Alam, Selangor dan ketika kejadian, mereka sekeluarga pulang bercuti di kampung Nurul Adillah.
Kejadian yang meruntun jiwa itu mendapat perhatian ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Hasif yang kehilangan ahli keluarga dalam sekelip mata.
Surat daripada Ahmad Saifuddin Yusof lepada Hasif paling mendapat perhatian pengguna laman sosial yang berkongsi kesedihan Hasif.
Wahai anakanda Hasif, hidup ini adalah perjuangan. Anakanda akan hidup sendirian walaupun ramai yang menghulurkan kasih sayang.
Walaupun dunia ini penuh gegak gempita, anakanda akan tetap kesunyian sendiri tanpa suara ibu, tanpa suara ayah, tanpa suara kakak. Tiada lagi gelak tawa usik mengusik.
Pakcik pernah kehilangan ibu di waktu kecil, ayah masih ada ketika itu, kakak abang masih ada ketika itu. Tanpa ibu, lebih separuh hidup kita akan sunyi. Ini realiti dan pakcik telah alami. Pakcik tidak mampu membayangkan andai di saat itu pakcik kehilangan semuanya.
Perjuangan hidup anakanda baru bermula. Kuatkan diri dengan solat. Janji dengan abah umi, solat mesti jaga. Jangan lagi liat.
Isi hidup anakanda dengan membaca apa sahaja. Kenapa pakcik kata begitu? Apabila kita asyik membaca, kita akan kurang bercakap. Mengapa mesti kurang bercakap? Bercakap akan mudah disalahfahami. Apabila orang salah faham, orang akan marah kita. Kita rasa sedih dan mungkin akan menangis. Umi tidak ada untuk memujuk kita lagi. Walaupun ada orang lain. Ia tetap tidak sama, tetap tidak sama.
Hasif mesti bertahan. Makan apa sahaja yang dihidang. Apabila kita memilih makanan, orang akan mencebik, mereka mungkin senyum, dalam hati kita tidak tahu. Tahan sahaja, lama-lama baik sahaja.
Fokus hidup Hasif pada sekolah. Ia ibarat rumah kedua. Guru dan rakan ibarat keluarga sendiri. Bantu rakan yang memerlukan. Selalu bantu guru. Hormati mereka selagi mampu. Ringankan tulang membantu cikgu-cikgu Hasif.

Awan mendung buat kerjasama Umno-PAS - Tok Him

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menjangkakan kerjasama politilk antara PAS dan Umno sukar menjadi kenyataan.
Ibrahim berkata, ini kerana Umno merupakan parti nasionalis manakala PAS adalah parti Islam.
"Kalau Umno dan PAS bersatu lebih baik, tetapi saya tidak fikir wujud kerjasama politik antara Umno dan PAS sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Umno nasionalis, PAS parti Islam. PAS tidak mudah untuk pimpinannya membawa madah bekerjasama. Realitinya ada halangan," katanya.
Bagaimanapun bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu berharap kerjasama antara dua parti itu akan tetap berlaku di luar lingkungan politik.
"Saya harap PAS dan Umno bekerjasama di luar isu politik," katanya, ketika sidang media selepas perasmian mesyuarat agung PERKASA di Pusat Islam di Kuala Lumpur hari ini.
Wakil PAS turut hadir bersama-sama perwakilan Perkasa dalam perasmian yang dilakukan oleh Tan Sri Sanusi Junid.
Mereka adalah Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.
"Walaupun wakil PAS hadir, PERKASA sekarang ini sejak dulu tidak memihak mana-mana parti politik.
"Kita nak tengok PAS mampu jadi parti progresif, menjadi harapan rakyat, Bumiputera, Melayu, Islam boleh menjamin kelangsungan survival negara," kata Ibrahim.

PERKASA sindir Umno sibuk dengan Krismas

Datuk Ibrahim Ali hari ini menyindir Umno susulan ketiadaan wakil parti Melayu itu di persidangan agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Sebaliknya presiden pertubuhan itu memuji PAS kerana menghantar wakil ke persidangan hari ini dengan diwakili, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali.
 Ibrahim berkata ketiadaan wakil Umno di persidangan pertubuhan itu kali ini mungkin terlalu sibuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Natal, Jumaat depan.
"Kita telah menghantar surat jemputan kepada Umno dan kemudian hantar jemputan melalui tangan kepada setiausaha agung dan ketua penerangan Umno kerana bimbang apabila wakil PAS datang mereka cakap mereka tidak dijemput.
"Mungkin Umno sibuk nak sambut Krismas," katanya semasa ucapan aluan di Persidangan Agung Tahunan Ke-6 PERKASA pagi ini.
Katanya, beliau telah menghantar jemputan kepada semua parti politik untuk hadir kecuali DAP, namun yang hadir ialah parti myPPP, PAS dan Parti Ikatan Rakyat Malaysia (IKATAN).
"Kita jemput semua parti-parti politik untuk hadir (persidangan Agung Tahunan PERKASA), kecuali DAP," katanya.

Keretakan Pakatan Harapan punca kerjasama PAS-UMNO

MCA sedia terima pas asalkan PAS mendukung idealogi BN

Kenaikan harga barang kelengkapan sekolah membebankan

Harga barang di Pasar Besar Dungun naik sekali ganda

Wira PERKASA Perak desak Najib undur

Desak Najib berundur satu tanggungjawab, kata selebriti Soo Wincci

Soo Wincci tidak menyesal dengan tindakan memuat naik videonya yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana berasa ia satu tanggungjawab yang perlu dilakukan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Disember, 2015.Soo Wincci tidak menyesal dengan tindakan memuat naik videonya yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana berasa ia satu tanggungjawab yang perlu dilakukan.
Aktres Malaysia dan penyanyi Soo Wincci menjadi tajuk utama berita baru-baru ini selepas penaja menarik balik tajaan konsert solo pertamanya selepas video beliau menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri menjadi viral. Mahukan konsertnya diteruskan, bekas ratu cantik itu menggunakan dananya sendiri untuk konsert pada 31 Oktober yang berjaya menarik ramai hadirin di stadium termasuk penyokong pembangkang dan penyanyi terkemuka Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Melihat kembali insiden itu 2 bulan kemudian, pemenang Miss World Malaysia 2008 mengatakan tidak menyesal mengeluarkan video menuntut Najib meletakkan jawatan ketika perhimpunan Bersih 4 pada akhir Ogos berlangsung walaupun ia menyebabkan banyak masalah.

Katanya, kontroversi melanda Najib dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan segera. Menurut aktres itu, masalah yang melanda Malaysia pada hari ini hanya disebabkan oleh seorang individu iaitu Najib. "Ia hanya mengenai individu dan isu pemimpin adalah penting. Ia bukan mengenai parti, ia adalah mengenai pemimpin.
“Kita hanya perlu tukar pemimpin. Saya fikir kita semua mempunyai hak. Kita tidak mahu pemimpin yang mengawal kita. Jangan sampai masa (masalah lebih buruk timbul) kita menyalahkan orang lain," kata Wincci, 30, dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Pelajar jurusan undang-undang University of Reading (United Kingdom) yang menempa nama sebagai penyanyi di Taiwan itu menggesa rakyat Malaysia bersuara demi masa depan negara.
"Kita dilahirkan dalam budaya Asia yang tidak suka menyuarakan pendapat. Tetapi pada akhirnya, kita menyalahkan pemimpin. Yang penting masalah selesai," katanya.
Tetapi penyanyi itu mengatakan kritikan terhadap kerajaan tidak seharusnya “terlalu agresif” dan setiap orang perlu bersedia berdepan dengan tindakan kerana bersikap vokal.
Wincci turut mendedahkan selepas video menuntut Najib meletakkan jawatan tersebar, beliau mendapat tawaran daripada beberapa parti politik untuk menyertai mereka.

Najib ulangi jerat Tun Abdul Razak 1973

Oleh LANJUSOH
UMNO buat sekian kali selepas lemas menghulur tangan bagi menjalin semula persahabatan dengan PAS. Parti itu lupa peristiwa PAS ditendang keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 1977.
Krisis 1977 sehingga mengundang Mageran berselindung di sebalik impian Umno bertapak di Kelantan. Pengkaji sejarah Dr Mustapha Ahmad berkata kesilapan besar dilakukan Dato’ Mohd Asri apabila menyertai gabungan dengan BN pada 1974.
“Ia berbeza dengan kerajaan campuran 1973. Apabila PAS menyertai BN kuasa tawar menawar semakin hilang. Pemimpin PAS ketika itu terpesona dengan tawaran jawatan menteri di peringkat pusat,” katanya di sini. Mohd Asri merupakan tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai BN pada 1973.
PAS sebenarnya tidak memerlukan pergabungan dengan Umno ketika itu kerana di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan mempunyai kuasa majoriti.
PAS memiliki 22 kerusi berbanding Umno (13 kerusi).
Namun bibit-bibit awal ke arah itu dirintis Tun Abdul Razak Hussein selepas tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Di sebalik tragedi berkenaan ada sarjana melihat usaha terhormat Tun Razak bagi menyingkir Tunku Abdul Rahman di kerusi Perdana Menteri.
Hussein ketika membentang Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 antara lain menyebut “saya mengakui rang undang-undang ini mengandungi implikasi politik dan menyentuh demokrasi,” Ketika pengundian rang undang-undang berkenaan ahli-ahli parlimen PAS yang diketuai Mohd Asri menentang.
Berikutan itu mereka dikenakan tindakan kerana Fasal 14 Perlembagaan BN menyebut parti itu boleh memecat keahlian anggotanya yang mengundi menentang rang undang-undang berkenaan.
Bermula saat itu PAS ditendang keluar BN. Mungkinkah sejarah hitam terbabit mahu dibiar berulang semula selepas Umno kembali bertenaga setelah mendapat “syufaat” PAS.
Najib kelihatan semakin deras mengatur gerak kerja ke arah itu. Sedangkan Umno di bawah kepemimpinannya dibelit isu 1MDB, GST, tol dan banyak lagi.
“Adakah perlu PAS memberi tali hayat lagi kepada Umno sekarang,” ujar seorang veteran Umno.
Najib ulangi jerat Tun Abdul Razak 1973 Gerakan merai kejayaan selepas menang besar di Pulau Pinang pada PRU 1969.
Ustaz Ahmad Yakob dan PAS di Kelantan bertambah baik.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata hubungan antara kerajaan tidak pernah putus sejak 1990 berdasar sistem federalisme.
Oleh itu beliau menegaskan PAS Kelantan tidak pernah membincangkan hubungan atau kerjasama politik dengan Umno.

PAU 2015 berlalu, masalah Umno terus parah

Oleh Roslan SMS
PERHIMPUNAN Agung Umno 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya. Umno mengadakan PAUnya kali ini dalam keadaan ia berhadapan dengan dua krisis besar dan ternyata ian tamat tanpa tandatanda krisis berkenaan boleh reda dalam waktu terdekat.
Krisis pertama adalah krisis keyakinan rakyat terhadapnya. Ini ekoran kegagalan Umno sebagai parti tulang belakang kerajaan dalam menyelesaikan beberapa permasalahan kritikal yang menjejaskan penghidupan rakyat.

Rakyat jelata begitu terkesan dengan kenaikkan kos hidup yang mencengkam rumahtangga masing-masing. Harga barangan dan perkhidmatan naik menggila sedangkan upah dan pendapatan tidak banyak berubah. Pergantungan kerajaan pada GST untuk menampung kelompongan hasil berpunca dari kejatuhan harga minyak mentah dunia telah mencurahkan hasil baharu namun atas kenestapaan rakyat yang terpaksa menderita menanggungnya.
Kegagalan Umno sebagai teraju kerajaan dalam mengemukakan penyelesaian sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat telah mengakibatkan rakyat jelata termasuklah orang-orang Melayu mula hilang kepercayaan dan keyakinan pada Umno. Jika selama ini majoriti berdiri teguh di belakang Umno hari ini tidak lagi. PAU 2015 berlalu, masalah Umno terus parah Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Merdeka Centre hanya 31 peratus pengundi Melayu yang kekal taat berpuas hati pada kerajaan yang diterajui Umno, sedangkan pada Januari tahun lalu tahap keyakinannya berada pada paras 52 peratus.
Jika kajian Merdeka Centre ini boleh dijadikan penanda aras ini bermakna Umno berada dalam situasi yang sangat mencemaskan.
Krisis kedua adalah krisis dalaman yang melanda Umno sejak timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naibnya Dato’ Seri Shafie Apdal memilih untuk mengkritik kepimpinan presidennya, Dato’ Seri Najib Tun Razak secara terbuka.
Isu skandal 1MDB dan penyaluran dana sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib dicungkil dan didedahkan secara terbuka sehingga kedua-dua mereka dilucutkan dari jawatan kabinet yang disandang masingmasing.

Amalan politik matang mampu jalin perpaduan - Nasrudin Hassan

Nasrudin Hassan
Perpaduan dan penyatuan dalam kalangan umat Islam di negara ini dapat dicapai sekiranya setiap pihak berlapang dada dan mengamalkan prinsip  politik matang.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, penyatuan umat Islam akan menyebabkan musuh agama ini berada dalam keadaan tidak senang duduk malah pada masa kini, pihak berkenaan juga dilihat giat merencanakan perancangan bagi memecahbelahkan masyarakat Islam agar saling bercakaran.
“Politik matang menuntut semua pihak berlapang dada dan mampu duduk semeja serta berdiri sepentas bagi membincangkan isu -isu bersama khasnya perkara yang boleh menyatukan umat Islam.
“Mereka (musuh Islam) berpesta apabila umat Islam bercakaran dan pastinya mereka tidak senang duduk apabila umat Islam bersatu dengan ikatan yang kukuh iaitu Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, politik fasa baru negara pada masa kini meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah supaya melaksanakan hukum Islam dan keadilan kepada semua kaum.

Jangan jadikan isu perpaduan agenda utama - Fatah Harun

Mana-mana pihak tidak perlu menjadikan perpaduan Pas dan Umno sebagai isu utama dalam sebarang penganjuran program di masa depan.
Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, semua pihak mempersoalkan tindakan Profesor Madya Datuk Mohd Fakhrudin Abdul menjadikan perpaduan Pas dan Umno sebagai agenda utama pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia.
Menurutnya, sepatutnya soal perpaduan membabitkan mana-mana parti politik diserahkan kepada golongan politik.
“Mereka perlu membuat langkah pertama dengan menyatupadukan ratusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara.
“Pertubuhan ini perlu berjuang membabitkan pertubuhan yang menggunakan nama Islam,” katanya.
Fatah yang juga bekas Adun Bukit Tuku berkata, harapan mereka menjadikan program tersebut umpama tidak mengetahui latar belakang Pas dan Umno.
Beliau menyokong pandangan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan perpaduan kerana politik tidak akan membawa sebarang perubahan.
Realitinya penyokong Pas  tidak mudah lupa dengan kezaliman Umno kepada penyokong Pas sejak sekian lama.

Pas, Umno perlu bersama demi orang Melayu - Dr Fuad Othman

Umno-Pas
Pas dan Umno perlu ketepikan perbezaan dan cari persamaan untuk bekerja bersama di masa hadapan.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Fuad Othman berkata, ia perlu dilakukan demi kepentingan Islam dan orang Melayu di negara ini.
Menurutnya lagi, sepatutnya, kerjasama itu bukan sahaja dihulurkan kepada Pas, malah turut disuakan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) dan juga PKR.
“Sekiranya semua pihak ikhlas demi kepentingan Islam dan Melayu, mereka perlu berbuat demikian.
“Umat Islam perlu mencari jalan penyatuan, bahkan ajak sekali mereka yang ada dalam PKR dan Amanah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Bagaimanapun katanya lagi, kerjasama tersebut perlulah disertai dengan perjanjian persefahaman bagi mengelakkan sebarang perselisihan di kemudian hari.
“Sekiranya penggabungan ini berlaku atas dasar penyatuan ummah dan tiada niat tersirat, ia pastinya suatu perkara yang dialu-alukan,” ujarnya lagi.

Kuasa dan kedudukan Najib masih kukuh

Pengguguran Muhyiddin, ketidakmampuan Tun M menjatuhkan Najib dan rasionalisasi hutang 1MDB menjadikan beliau kekal berkuasa.
najib-umno_600
PETALING JAYA: Kuasa dan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih kukuh dan ini dibuktikan dengan sokongan padu yang diterima beliau pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 baru-baru ini.
“Dengan itu kita juga mengesahkan bahawa Najib akan kekal berkuasa dan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) iaitu pada 2018.
“Antara lain yang turut memperlihatkan bahawa Perdana Menteri itu masih mempunyai kawalan penuh adalah menerusi pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri selain tidak membenarkan Timbalan Presiden parti itu berucap pada perhimpunan berkenaan berikutan tindakan beliau mempersoalkan Najib,” lapor Utusan Malaysia.
Akhbar itu memetik laporan analisis sebuah firma penyelidikan bebas antarabangsa, Financial Times (FT) Confidential Research.
Menurut analisis berkenaan, kedudukan Najib juga dilihat masih kukuh apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini berjaya menurunkan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 turut gagal berbuat demikian terhadap Perdana Menteri walaupun dengan pengaruh politiknya.
“Meskipun Najib masih menghadapi tentangan dalaman di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor yang ada kumpulan pro-Muhyiddin, namun kumpulan anti-Najib itu semakin lemah dan telah kehabisan pilihan.
“UMNO akan mengadakan pemilihan parti pada pertengahan 2018 dan kita melihat tiada kemungkinan bahawa Najib akan digulingkan,” kata laporan analisis itu.

Zahid yakin penentang kerjasama dalam PAS tunduk kepada Majlis Syura

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi optimis dengan keserasian kerjasama antara Umno dan PAS yang kini menurutnya berada di peringkat persefahaman walaupun belum menjurus kepada "pendekatan politik dengan ikatan organisasi".
Bercakap kepada Mingguan Malaysia dalam wawancara eksklusif, naib presiden Umno itu juga percaya mereka dalam PAS yang tidak bersetuju dengan kerjasama itu akan diurus menerusi Majlis Syura.
"Saya cukup yakin chemistry (keserasian) sudah wujud dalam pemimpin PAS dan Umno, walaupun kedengaran ada suara-suara menolak daripada PAS.

"Oleh kerana kita faham mereka mempunyai sistem syura yang cukup kuat, suara-suara yang tidak setuju ini akan bersetuju pada akhirnya. "Saya yakin Umno tidak akan menghadapi masalah kerana kita sejak dahulu memang menghulurkan tangan untuk ini dilaksanakan bersama," katanya yang juga timbalan perdana menteri seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini.
Perbincangan tentang penyatuan kembali hangat diperkatakan selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir bersama di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 17 Disember lalu.
Multaqa itu kemudian meluluskan resolusi penubuhan jawatankuasa bagi menyatukan 2 parti Melayu itu.

Ulama dan profesional `kuasa ketiga’ bantu pemimpin PAS dan Umno


Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan ManTimbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan ManPAS setuju satu garis panduan dan muzakarah berterusan diadakan yang dipelopori dikalangan ulama dan profesional, sebagai 'kuasa ketiga' membantu pemimpin parti yang mempunyai fahaman politik dan ideologi berbeza, demikian pandangan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Saya setuju dengan saranan untuk mencadangkan 'kuasa ketiga' untuk membincangkan isu-isu yng dibangkitkan kepada pemimpin yang tidak hanya terbatas kepada perkara menyentuh agama semata-mata,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta menjawab balas cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki pada majlis penutupan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, Jumaat lalu.
Dr. Asyraf menyarankan, perlu satu garis panduan dan muzakarah berterusan, dipelopori oleh ulama yang berperanan sebagai kuasa ketiga bagi membantu pemimpin negara yang mempunyai fahaman politik dan ideologi yang berbeza.
Aysraf dipetik sebagai berkata, ulama yang seharusnya memandu pemimpin dan negara kerana apabila ulama itu bercakap melangkaui mana-mana parti politik dan tidak terikat dengan mana-mana ideologi politik.
Tuan Ibrahim juga berkata, ‘kuasa ketiga’ itu bukan hanya terdiri di kalangan ulama sahaja malah perlu ditawarkan kepada kumpulan profesional yang mahir dalam bidang masing-masing untuk mencari jalan tengah kepada isu-isu berbangkit dikalangan pemimpin politik.

Umno, PAS perlu gabung jadi satu parti

Peristiwa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang berada di atas satu pentas di Kuala Lumpur minggu ini menjawab pelbagai persoalan yang sebelum ini tidak begitu jelas.
Dalam hal kerjasama di antara 2 parti Melayu itu, Umno kelihatan lebih jujur berbanding PAS.
Ketika Hadi dan beberapa pemimpin lain masih berdolak-dalik tentang kerjasama di antara 2 parti itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendedahkan sudah 2 tahun Umno dan PAS bekerjasama.

"Kerjasama berlaku, (ia) bukan mimpi... tidak tepat (kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), itu tidak betul. “Kerjasama berlaku 2 tahun dah,” kata pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan itu seperti dilaporkan Bernama.
Mungkin tidak semua pemimpin dalam PAS yang tahu dan dilibatkan dalam hal bekerjasama dengan Umno ini.
Maka tidak hairanlah mengapa ramai di antara pemimpin kanan PAS keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
Umno dan PAS kini sama
Ketika ucapan penggulungan pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini, Najib seolah-olah seperti seorang pemimpin PAS.
Beliau sudah mula menggunakan perkataan-perkataan Arab dalam ucapannya.
Sebelum bersalaman dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecatnya daripada Kabinet pada Julai, Najib menggunakan istilah seperti “syura”.
Dalam menawarkan kerjasama bersama PAS, Najib juga menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk “menghalalkannya”.
Berucap semasa merasmikan Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, presiden Umno itu turut membacakan ayat daripada surah Al-Imran dalam al-Quran bagi menyokong kenyataannya.
"Islam menganjurkan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah dan sebaliknya, betapa bahayanya apabila kita umat Islam terjebak dalam kancah perbalahan.

Apakah pertandingan 1-lawan-1 akan untungkan PAS?

Sama ada pertandingan 3 penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (khasnya Amanah dan DAP) dan PAS dalam Pilihanraya ke-14 (PRU14) boleh dielakkan, tidak bergantung kepada kehendak subjektif Pakatan Harapan atau PKR, tetapi perhitungan PAS.
Ahad lalu, Malaysiakini memaparkan wawancara Rafizi Ramli, setiausaha agung PKR bersama beberapa orang pemimpin parti itu. Rafizi menyeru para pengundi bukan Melayu supaya faham dan hargai usaha gigih parti itu cuba mewujudkan sebuah persepakatan pilihanraya (electoral pact) yang merangkumi Pakatan Harapan dan juga PAS.
Secara ringkasnya, alasan yang dikemukakan  Rafizi termasuklah:

1) Pengundi atas pagar Melayu prihatin terhadap isu ekonomi seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan bukan perkembangan politik. 2) Akan, imej PAS yang “Islamik, suci (innocent) dan sangat kuat bersama Melayu (very strong with the Malays)” menarik hati pengundi atas pagar Melayu. Kalau mereka tolak Umno, mereka akan mengundi PAS.
3) Parti Amanah Negara tidak cukup kuat untuk menggantikan PAS malah tidak dikenali  sesetengah pengundi Melayu.
Jika berlaku pertandingan 3 penjuru, maka Pakatan tidak akan menang, malah, Amanah akan dihapuskan.
Apakah perhitungan dan ikthiar “murni” PKR ini berhasil?
Jawapannya terpulang kepada PAS – apakah bersepakat dengan Pakatan Harapan itu menguntungkan PAS sendiri? Sudah tentu PAS tidak akan ingin merugikan diri untuk menguntungkan PKR, apatah lagi Amanah dan DAP?
PAS mempunyai 4 pilihan:
a) Bersepakat dengan Pakatan Harapan (pakat Harapan, lawan Umno)
b)Bersaing dengan BN dan Pakatan Harapan (tiga penjuru, lawan Umno dan Harapan serentak)
c) Bersaing dengan BN dan Pakatan Harapan pada permukaannya tetapi dengan persefahaman sulit dengan Umno (3 penjuru, lawan Harapan, pakat sulit dengan Umno)
d)Berpakat dengan Umno secara terus terang (pakat Umno, lawan Harapan)
Secara rasionalnya, pilihan PAS kebarangkalian besar akan ditentukan melalui 3 sebab:
1) Pencapaian matlamat ideologinya
2) Peluang kemenangan kerusi perundangan
3) Peluang berkongsi kuasa dalam pemerintah Persekutuan dan Negeri
Apakah matlamat ideologinya? Dalam sejarah 3 dekad ini, PAS cuba mencapai 1 keseimbangan di antara (a) pembinaan negara Islam atau Daulah Islamiyah (pewujudan undang-undang jenayah syariah yang meluas rangkumannya termasuk hukuman Hudud dan Qisas boleh dilihat sebagai 1 versi yang sudah dicairkan) dan (b) penrealisasian “Islam untuk semua”/”negara berkebajikan” yang mengajak pengundi bukan Muslim untuk turut jatuhkan pemerintahan  Umno/BN.
Selepas kekalahan sepenuhnya golongan pragmatis dan kemudian tertubuhnya Amanah, pilihan PAS menjadi jelas sekali ialah kembali ke arah negara Islam dengan tekanannya kepada perlaksanaan hukuman Hudud.
Kalau tidak teguh berjuangkan hukuman Hudud, mengapa Datuk Seri Hadi Awang harus biar PAS berpecah? Ini sudah menjadi legasi peribadi Hadi.
Sekalipun PAS kecundang dalam PRU14 sepertimana PAS Terengganu pimpinannya dalam PRU11 (2004), sekurang-kurangnya Hadi boleh belakan kegagalannya sebagai pengorbanan untuk agama.
Berbanding dengan Pakatan Harapan yang lebih mementingkan inti (Maqasid Syariah) daripada bentuk (hukuman Hudud), Umno yang sudahpun mengkaji bersama dengan PAS tentang perlaksanaan kanun Kelantan itu sekurang-kurangnya memberikan harapan.
Ingat Amanat Hadi yang sudahpun menolak “Perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan-peraturan jahiliyah” seawal 1981?
Daripada segi ideologi, pilihan paling rasional untuk PAS ialah D (pakat Umno, lawan Harapan) manakala pilihan paling tidak rasional ialah A (pakat Harapan, lawan Umno).
Daripada segi perkongsian kuasa eksekutif, berpakat dengan Umno akan memberikan PAS serta-merta dana pembangunan di Kelantan dan jawatan lumayan bukan sahaja di kabinet persekutuan tetapi juga di badan berkanun, syarikat berkaitan pemerintah (GLC) dan yayasan/NGO tajaan pemerintah terutamanya yang berkaitan dengan Islam.
Ini jauh lebih baik daripada jawatan peringkat negeri, pihak berkuasa tempatan dan kampung di Selangor dan Pulau Pinang.
Sebaliknya, PAS tidak mungkin dapat apa-apa selepas PRU14 jika Pakatan Harapan sangat berjaya.
Peluang PAS untuk menyertai pemerintah campuran akan wujud jika Pakatan Harapan dan BN tidak mempunyai majoriti yang kukuh.
Maka, daripada segi kuasa eksekutif, pilihan paling rasional untuk PAS juga adalah D (pakat Umno, lawan Harapan) manakala pilihan paling tidak rasional tetap A (pakat Harapan, lawan Umno).
Akan tetapi, “rezeki” daripada aspek ideologi dan kuasa eksekutif tidak mencukupi untuk PAS berpakat dengan Umno. PAS mesti mengambilkira “kos”nya daripada segi kemenangan kerusi parlimen/DUN.
Kalau pakatan rasmi Umno-PAS ditolak dan dihukum pengundi, maka segala yang boleh dicapai  PAS dalam pakatan ini mungkin hilang selepas PRU14.
Dalam perhitungan kemenangan kerusi perundangan, parti biasanya bukan sahaja ingin memaksimakan kemenangannya. Jika terwujud lebih daripada pesaing, parti juga mungkin berminat memaksimakan kekalahan pesaing terdekatnya dengan tujuan untuk mengurangkan pesaing.
Satu contoh yang baik ialah pilihanraya kecil Batu Sapi, Sabah pada tahun 2010. PKR enggan berkompromi dengan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk mencapai persetujuan 1 lawan 1 terhadap BN.

Najib has ‘something to hide’ on NSC

The DAP veteran queries why an ex-RMAF officer was denied the right to speak at a public forum on the NSC.
lim-kit-siang,najib
KUALA LUMPUR: Suspended Gelang Patah MP Lim Kit Siang suspects that Prime Minister Najib Abdul Razak has “something to hide” on the proposed National Security Council (NSC). “Clearly there’s a lot that Najib was trying to hide.”
“That’s why a retired Air Force officer was instructed by the Royal Malaysian Air Force (RMAF) Chief Jen Roslan Saad not to speak at a forum on Friday on the National Security Council (NSC) Bill 2015.”
Lim, also DAP Parliamentary Leader, described the “ban” as most undemocratic and deplorable. “What could RMAF’s former policy and legal adviser, Lt. Col (Rtd) Mohamad Daud Sulaiman possibly reveal at the forum on the NSC Bill?” asked Lim. “How could his presence at the forum endanger national security?”
It would appear that Najib and his advisers feel such intense “national insecurity” that they are afraid of their own shadows and are prepared to go all out to undermine the democratic and human rights of Malaysians, added Lim. “The NSC Bill is a double ‘national insecurity’ move, caused by Najib’s sense of insecurity and would cause insecurity to Malaysians living in areas declared as ‘security areas’.”
DAP, pledged Lim, would always keep alive the principles and goals which had kept the party going for the past five decades, “never for any personal advancement or material gain, but to see the realization of our principles and ideals and most important of all, the Malaysian Dream”.

POLITICAL EARTHQUAKE IN M'SIA: UMNO-PAS COALITION INEVITABLE - MAJOR REALIGNMENT OF POWER LOOMS

POLITICAL EARTHQUAKE IN M'SIA: UMNO-PAS COALITION INEVITABLE - MAJOR REALIGNMENT OF POWER LOOMS
A coalition between UMNO and PAS is very likely to take shape following Prime Minister Najib Razak’s speech at UMNO General Assembly recently, as well as Najib and Hadi Awang’s joint appearance in pink Baju Melayu at the Regional Conference (Multaqa Serantau) for Al-Azhar Graduates yesterday.
The UMNO-PAS merger is part of a series of “once-in-a-generation” political earthquakes, aftershocks and realignments in 2015 and beyond.
On the one hand, in the aftermath of clean sweep of the conservative faction at the PAS Muktamar elections on 6 June, the progressives formed Parti Amanah Negara on 16 September. Pakatan Rakyat ceased to exist and a new coalition Pakatan Harapan was formed on 22 September.
Before the actual split, internal debate within PAS was focused on two issues:
1) Whether Islam is for the well-being of all or merely for Muslims; and 2) Whether to work with a corrupt UMNO or to work with other progressive parties opposing UMNO’s rule.
On the other hand, Najib suffered irreparable loss of credibility as a result of the series of scandals involving the RM2.6 billion donation, 1MDB, poor management of the economy and the GST fiasco. An UMNO-led by Najib is a Titanic on the way to doom.
In the course of that journey, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin was sacked for sticking his neck out to question the integrity of Najib. And the chairs on the deck of the Titanic were reshuffled.
More realignment is expected to happen.
First, despite Najib’s hold on UMNO leaders, the same cannot be said about UMNO grassroots. For Muhyiddin and others who were sidelined by Najib, it's the end of the road within UMNO but there is a huge space outside UMNO as millions of Malaysians, especially Malay voters, are upset with Najib and the party he led over corruption and poor management of the economy.

Bila penyamun menipu & cakap berbelit2..

Tak pernah ada satu penyamun pun di dunia ni nak mengaku dirinya seorang penyamun.

"UMNO dipenuhi lebih ramai ORANG BODOH.." PENYOKONG UMNO LAGI LAH BODOH !!!

Benarkah MAJORITI rakyat M'sia lebih suka internet slow mcm siput babi, dgn alasan sbb murah ??!!

TAHUKAH ANDA, TERKINI.. bagi suku ke-3 2015, internet Malangsia 2 KALI LEBIH LEMBAP 'SLOW' drpd Thailand & lebih slow dari Sri Lanka.

Senator veteran ATM makan ‘gaji buta’- Ali Tinju

Ali Tinju menasihati Tan Sri Anwar agar berehat jaga cucu kerana gaya pemikiran beliau cetek dan gagal membela nasib bekas tentera.
ali-tinju
PETALING JAYA: Ali Baharom menyelar Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor yang memberi amaran tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadapnya jika terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan dengan membuat kenyataan perkauman.
Anwar merujuk kepada kenyataan berbaur perkauman melibatkan peniaga Cina di Kota Raya yang dibuat oleh Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju baru-baru ini.
Ekoran itu, Ali Tinju berkata Anwar bukan sahaja tidak mempunyai hak untuk menghukumnya malah mendakwanya memakan gaji buta sejak dilantik menjadi senator di Parlimen apabila langsung tidak turun padang untuk membantu bekas tentera yang terbeban dengan kos sara hidup masa kini.
“Siapa dia (Anwar) nak hukum saya, dia presiden, saya presiden, jaga rumah masing-masing.
“Dia tak buat kerja, kalau dia tak ikut arahan Perdana Menteri (sebagai senator) supaya turun padang, lawat bekas tentera buat aktiviti untuk akar umbi, bermakna dia gagal dan saya anggap dia makan gaji buta,” katanya kepada FMT.
Tambahnya, Presiden PVATM itu juga telah gagal membela nasib bekas dan balu-balu tentera di Parlimen sejak dilantik sebagai senator mewakili bekas tentera.

Kes Ali Tinju: "Jangan salahkan saya" kata Peguam Negara

 Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali menolak dakwaan MCA bahawa dia perlu dipertanggungjawabkan atas tindakan Mohamad Ali Baharom mengadakan protes di komleks Kota Raya semalam.
Kata Mohamad Apandi, kenyataan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun tidak adil kerana rakaman video mengenai perlakuan Mohamad Ali di Plaza Low Yat tidak memadai untuk mendakwanya di bawah Akta Hasutan.
"Apabila saya minta kalau ada sesiapa mempunyai bukti lain (mengenai insiden itu) mereka menunjukkan saya video sama," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.
Kelmarin Chew mendakwa Mohamad Apandi tidak menakwa Mohamad Ali - atau Ali Tinju - walaupun membuat kenyataan menghasut di Plaza Low Yat pada Julai lalu.
Kata Chew, Mohamad Ali sekali lagi mengadakan protes berbaur perkauman di luar kompleks Kota Raya kerana Mohamad Apandi menggugurkan semua tuduhan hasutan terhadapnya.
Mohamad Apandi berkata, tanpa bukti mencukupi beliau tidak boleh dipersalahkan.

Jangan ganggu rumah orang lain – Ali Tinju

alitinju
Ali Tinju menafikan PVTM dibubarkan tahun lalu, kerana sehingga kini, persatuan itu masih aktif dan berdaftar.

KUALA LUMPUR, 20 Disember:

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor (PVTM), Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju menyelar tindakan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) melemparkan pelbagai dakwaan tidak benar terhadapnya.
Mohd Ali menafikan PVTM dibubarkan tahun lalu, kerana sehingga kini, persatuan tersebut masih aktif dan berdaftar.
“PVATM diingatkan untuk tidak mengganggu rumah orang lain dan saya mahu Presidennya membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Tindakan mereka ini sudah menjejaskan nama baik saya dan melampau,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Sehubungan itu, beliau memberi tempoh seminggu kepada PVATM untuk memohon maaf dan jika gagal berbuat demikian, ia akan dibawa ke mahkamah.
Semalam, PVATM memberi amaran tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju, sekiranya beliau terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.

Tindakan tatatertib menanti Ali Tinju – PVATM

Ali tinju
Tindak-tanduk Ali Tinju (tengah) disifatkan telah memberi imej tidak baik kepada veteran ATM secara menyeluruh, selain bercanggah prinsip dan amalan veteran ATM di negara ini.

KUALA LUMPUR, 19 Disember:

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju, sekiranya beliau terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.
Menurut Majlis Eksekutif PVATM, ini memandangkan Ali Tinju atau nama sebenarnya, Mohd Ali Baharom sering membuat kenyataan menyentuh sentimen perkauman yang dilihat boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.
Tindak-tanduk Ali Tinju itu juga disifatkan telah memberi imej tidak baik kepada veteran ATM secara menyeluruh, selain bercanggah prinsip dan amalan veteran ATM di negara ini.
“Sentimen perkauman yang dilaung-laungkan Ali Tinju boleh menjejaskan usaha pucuk pimpinan negara dan kerajaan untuk terus menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik dan agama di negara ini.
“Tindakan tidak bertanggungjawab Ali Tinju perlu dibendung dan dihentikan segera, sebelum perkara yang tidak diingini berlaku,” demikian menurut PVATM dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mohd Ali sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi melalui beberapa tindakannya, termasuk insiden ‘senaman punggung’ di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga dan demonstrasi jalanan sewaktu insiden Low Yatt berlaku.