Sabtu, 19 Disember 2015

Tok Him: Kerjasama UMNO-Pas tidak mungkin terjalin

UMNO yang menjadi tulang belakang BN tidak akan mengkhianati MCA dan Gerakan yang secara terang-terangan menentang Hudud.
ibrahim,pas-umno
KUALA LUMPUR: Usaha UMNO menjalinkan kerajasama dengan Pas tidak akan terjalin dalam bentuk politik atas sebab tidak sehaluan dengan dasar tertentu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata demikian kerana percaya UMNO tentunya tidak akan menyokong pelaksanaan Hudud yang sedang diperjuangkan Pas.
Ini kerana UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) tentunya tidak akan mengkhianati MCA dan Gerakan yang secara terang-terangan menentang Hudud.
“Secara rasmi, saya kira UMNO tidak akan setuju dengan pelaksanaan Hudud yang dikehendaki Pas.
“UMNO adalah tulang belakang kepada BN. Dalam BN ada Gerakan dan MCA, maknanya saya tak percaya UMNO sedia hancurkan BN disebabkan isu Hudud.
“Oleh itu, saya rasa jalinan secara politik tidak akan berlaku,” katanya kepada FMT di Kelab Sultan Sulaiman.
Ibrahim Ali sebelum itu hadir dalam Persidangan Wira Perkasa Malaysia bersempena Persidangan Agung Perkasa Malaysia 2015, pada Sabtu di ibu negara.
Ibrahim Ali juga berpendapat Pas seolah-olah mahu menguji hati budi UMNO dalam menerima Hudud.
Pas, katanya bijak menggunakan UMNO di saat parti Melayu itu sedang mengalami krisis kepimpinan parti.
“Pas nak uji hati budi UMNO dalam isu hudud. Pas menunjukkan kemesraan kepada UMNO sebab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lemah.

AMANAH teruskan perjuangan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) adalah sebuah parti Islam yang memperjuangkan keadilan dan menentang kemungkaran. Ia adalah perjuangan yang bersiri dan bersambungan sehingga ke hari kiamat.
2. Perjuangan untuk menegakkan ma'ruf dan menentang kemungkaran akan berlaku setiap masa dan setiap ketika. Ada kalanya kita ditegur dalam perjuangan dan ada ketikanya kita menegur orang lain.
3. Kita mengkritik orang lain, dan kita menentang orang lain kerana mereka melakukan kesilapan dan kemungkaran. Kita juga tidak terlepas dari perkara sama. Maka sesama kita juga perlu tegur menegur. Inilah apa yang dipanggil muhasabah. Pesan memesan di atas perkara yang hak dan berpesan dengan kesabaran.
4. Kita jangan berasa gusar dengan perubahan politik dan suasana yang berlaku kepada musuh politik kita atau rakan kita kerana perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran tidak ada batas waktu dan ketika.
5. Ingat, ulamak-ulamak hebat dan muktabar muncul ketika negara Islam beroperasi ketika itu, sama ada kerajaan Islam berada di bawah kerajaan Umayyah atau Abbasiyah atau pun kerajaan pimpinan Uthmaniyyah Turki.
6. Imam-imam yang hebat, seperti Imam Syafie, Iman Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Nawawi, dan ulamak-ulamak muktabar yang lain, mereka menegakkan ma'ruf dan menentang kemungkaran tanpa mengira waktu, masa, zaman dan tempat.
7. Justeru itu, perjuangan parti AMANAH sentiasa berada di persada tanah air dan muka bumi ini terus bersifat menyeru kepada yang ma'ruf dan menentang kemungkaran dan sedia untuk dikritik oleh mereka yang tidak bersetuju dengan kita.

Wira Perkasa desak pemerintah batal perjanjian TPPA

Perjanjian TPPA tidak bawa keuntungan kepada rakyat dan negara
Irwan-Fahmi-Ideris,tppa
KUALA LUMPUR: Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pemerintah supaya menimbang semula Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang bakal dimeterai pada tahun hadapan.
Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris berkata tuntutan itu dibuat kerana pemeteraian TPPA merugikan rakyat dan negara.
Disebabkan itu, seramai 200 orang ahli Perkasa telah hadir dalam satu tunjuk perasaan di hadapan Kelab Sultan Sulaiman yang menuntut agar perjanjian TPPA itu disemak semula dan dibawa ke Parlimen.
“Kita minta kerajaan berterus terang isu TPPA dan minta kerajaan kaji semula apa yang ada daripada TPPA itu.
“Apa keuntungan negara? Adakah kita sebelum ini miskin? Ada perkara (yang) tak betul (pada tindakan pemerintah), seperti ada benda ditutup,” katanya kepada pemberita di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu.
Tunjuk perasaan itu merupakan acara sampingan Persidangan Wira Perkasa Malaysia bersempena Persidangan Agung Perkasa Malaysia 2015 di ibu negara, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, sayap Perkasa itu mahu pemerintah supaya membentang laporan penuh latar belakang perjanjian itu di Parlimen.

Sokongan Hadi terhadap Najib atasi keperluan sokongan pemimpin UMNO

Sokongan terbuka Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Datuk Seri Najib Razak termasuk mempertahan Perdana Menteri itu dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meninggalkan kesan besar terhadap landskap politik negara.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan sokongan tidak berbelah bahagi Abdul Hadi itu sebagai sesuatu yang kuat dan mengatasi sokongan yang diperlukan Najib daripada pucuk pimpinannya sendiri.
NAJIB_HADI_MULTAQA“Dengan sokongan Presiden PAS yang begitu kuat, Najib tak perlukan pemimpin UMNO atau menterinya sekalipun untuk pertahankan beliau,” katanya pada majlis makan malam di Selayang, baru-baru ini.
Mei lalu, Abdul Hadi menasihati Najib supaya tidak tunduk terhadap desakan supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, malah Hadi meminta Najib supaya terus kekal berkuasa.
Julai lalu, Abdul Hadi turut menolak dakwaan Wall Street Journal (WSJ) terhadap Najib berkaitan ‘derma’ RM2.6 billion yang kononnya disumbangkan seorang perderma dari Timur Tengah.
Terbaru, Abdul Hadi dan Najib semalam dilihat hadir bersama pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Kuala Lumpur dan antara agenda program tersebut adalah melihat UMNO dan PAS bersatu kononnya demi penyatuan ummah.
Menyatakan pendedahan terbaharu WSJ sebagai sesuatu yang mengemparkan di tengah-tengah kemelut skandal yang tidak henti-henti melanda kebelakangan ini, Kit Siang berkata:
“Pendedahan WSJ mengaitkan 1MDB itu bukanlah satu-satunya perkara mengemparkan. Lebih mengemparkan ialah sokongan Hadi yang seolah-olah menjuarai isu Najib, mengatasi yang harus dilakukan pucuk pimpinan Najib sendiri.”
Laporan WSJ itu menyatakan satu unit 1MDB memindahkan sekurang-kurangnya AS$850 juta melalui tiga urus niaga tahun lalu kepada sebuah syarikat berdaftar di Kepulauan British Virgin.

Hutang negara: Jangan sampai Malaysia menjadi Zimbabwe


Semua pihak patut risau bagaimana Kerajaan Malaysia mengendalikan hutangnya kerana rakyat Malaysia adalah pemiutang terbesarnya, kata Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.
Ia kerana, Penasihat DAP Perak itu berkata, wang simpanan yang dikumpul rakyat akan lenyap jika kerajaan Persekutuan tidak dapat membayar hutang atau mula mencetak lebih banyak wang Ringgit Malaysia secara berleluasa.
zim 20151128_183946Beliau berkata, Menteri Kewangan pada jawapan bertulis kepadanya mengakui sejumlah RM608.7 bilion yang dihutang kerajaan ialah hutang kepada institusi yang menjadi tempat simpanan wang rakyat.
Katanya, ia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM127.6 bilion, Unit Amanah Pencen (RM20.3 bilion), institut perbankan (RM148.8 bilion), syarikat insurans (RM30.3 bilion), institusi kewangan pembangunan (RM22.8 bilion) dan lain-lain (78.8 bilion).
“Ia wang simpanan rakyat. Rakyat Malaysia secara langsung akan mengalami kerugian besar jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu membayar semula hutang itu.
“Benar, kerajaan tidak akan bankrap kerana ada kuasa mencetak wang lebih banyak untuk bayar hutang. Namun jika ia berlaku, nilai ringgit akan turun. Simpanan rakyat akan ‘hilang’ kerana wang tidak bernilai lagi.
“Kita tidak mahu Malaysia berakhir seperti Zimbabwe yang pernah dipuji sebagai negara membangun yang berjaya tetapi apabila mula mencetak mata wang secara berleluasa, akhirnya ia tidak lagi bernilai,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Menyatakan mata wang Zimbabwe kini satu-satunya yang tiada nilai, kata Koo Ham berkata: “Semua usaha keras menyimpan wang akan lenyap jika kerajaan menambah hutang dan gagal membayar balik atau mencetak mata wang dengan berleluasa.

Penderma RM2.6 Bilion :SPRM Kena Kencing ,PM Najib beri Keterangan Palsu

1. Persoalan paling asas berkaitan Skandal RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Perdana Menteri, iaitu siapa yang ‘mendermakan’ wang tersebut nampaknya masih belum terjawab sehingga kini.

2. Rentetan siri penjelasan dan kenyataan yang dikeluarkan sama ada oleh pihak Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin menunjukkan percanggahan yang ketara.

3. Selepas Perdana Menteri gagal memberikan penjelasan secara telus kepada sidang Parlimen dan kepada ahli UMNO sendiri di dalam beberapa kesempatan, ‘skrip’ terbaru yang didendangkan secara ‘berduet’ oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ialah betapa wang RM2.6 bilion yang berada di dalam akaun peribadi Perdana Menteri adalah sumbangan politik yang disumbangkan oleh ‘penderma-penderma’ dari Timur Tengah.

4. Ini sekaligus bercanggah dan menimbulkan keraguan kepada beberapa kenyataan awal daripada pihak kerajaan yang sebelum ini cuba menggambarkan bahawa wang RM2.6 bilion tersebut datangnya daripada hanya satu sumber. Timbalan Perdana Menteri selaku Naib Presiden UMNO sewaktu berucap di dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Johor pada Ogos lalu dengan penuh yakin menyatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan wakil penderma tersebut yang memberikan sumbangan RM2.6 bilion kepada UMNO sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia di dalam usaha memerangi keganasan.

5. SPRM pula di dalam dua kenyataan berasingan pada awal Ogos mengesahkan bahawa wang RM2.6 bilion tersebut adalah sumbangan politik dan mereka telah memperolehi maklumat terperinci berkaitan dengan seorang individu yang dikenalpasti sebagai penderma tersebut. Bahkan, di dalam kenyataan terkini SPRM yang disiarkan di dalam akhbar the New Straits Times pada 7 Disember 2015, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki menyatakan bahawa SPRM telah pun mengadakan perjumpaan dengan individu penderma tersebut di sebuah Negara Timur Tengah baru-baru ini.

PAS perlu terima pinangan Umno

Oleh Faiz Fadzil


Pinangan presiden Umno dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2015 untuk bekerjasama dengan PAS seharusnya disambut baik dan diterima PAS. Sejarah PAS yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1974 menyaksikan PAS menjadi parti politik yang kuat ketika itu.

Umno yang kehilangan tongkatnya sekarang di mana MCA dan MIC sudah ditolak rakyat perlu dipimpin tangannya oleh PAS sebagai tongkat baharu. Tidak cukup untuk PAS yang selama ini hanya memberikan oksigen kepada Umno untuk bernafas semula. Umno memerlukan tongkat baharu untuk berjalan semula dan PAS adalah satu-satunya parti politik yang disebut presiden Umno untuk membantu mereka.

Umno sudah terdesak sekarang. Kebobrokan dalam pentadbiran negara memerlukan nasihat PAS. PAS dan Umno kini dilihat berpegang pada ideologi perjuangan yang sama. PAS kini sudah tiada halangan dalaman lagi untuk menerima pinangan Umno. Golongan yang menentang idea kerjasama dengan Umno ini telahpun keluar parti dan menubuhkan Amanah. Tiada lagi istilah pengkhianat terhadap Amanah kerana PAS boleh membuat keputusan segera menerima pinangan Umno tanpa halangan dalaman.

Pentadbiran negara sekarang yang diterajui Umno disokong PAS. Perhimpunan aman Bersih 4 bagi menuntut pemulihan pentadbiran negara ditolak dan diperlekeh PAS. PAS juga tidak mengundi di Parlimen bagi menolak Bajet 2016. Begitu juga keengganan mengangkat placard 'Mana RM2.6 bilion' di Parlimen. Propaganda PAS Pakatan Harapan kononnya dipimpin DAP juga disambut presiden Umno dalam ucapan dasarnya, walaupun ia tidak benar. Kedua-dua parti Melayu ini yang memainkan isu sentimen perkauman umpama pinang dibelah dua sudah sepadan untuk bersama dalam 1 bahtera baharu politik tanah air.

Keliru dengan pendekatan PAS

Oleh Kaki Kutu Keliru


Saya ahli PAS sejak di universiti. Aktif dalam jemaah PAS di pelbagai universiti. Semoga saya bakal masuk syurga kerana 'dipilih Allah' untuk tidak menjadi pengkhianat dan munafik. Takkan pilihan Allah ini ke neraka kan? Opss saya bergurau..

Ya, saya ahli PAS dan saya faham sangat objektif PAS, matlamat Pakatan Rakyat (PR) dan apakah hujah yang diguna pakai PAS untuk menghalalkan tahaluf siasi dalam Pakatan Rakyat. Yelah, orang lama. Senang faham. Juga kerana saya sudah biasa mendengar hujah pemimpin di semua peringkat tentang itu.

Persoalan saya kepada para ulamak dalam PAS, dengan mengharapkan respons balas segera, seperti nukilan dalam silibus usrah parti - bahawa setiap permasalahan parti, isu semasa dan nasional mesti ditangani segera - adalah seperti berikut:


1. Apa keputusan akhir tentang keabsahan tahaluf siasi dalam PR? Beberapa tahun lalu, beria benar ulama kita menghujani persoalan berbaur hasutan tahrim terhadap tahaluf itu. Sekarang semua senyap. Apa natijah ilmiahnya?

2. Atas dasar apakah tahaluf dengan PKR dikekalkan? Islamnya kah? Atau keadilannya? Atau kuasanya? Atau jawatan serta peluang mengajar di seluruh negeri kaya raya ini? Kalau dulu, beriya benar membantah kelompok tertentu di dalam parti yang digelar 'mengetum' bersama saudara Ibnu Ibrahim. Apa sayang itu kembali setelah Ibnu Ibrahim di penjara?

3. Persoalan kedua di atas, saya kemukakan kerana setahu saya PKR secara rasmi menolak pembentangan Hudud (KJS2) pindaan 2015 oleh kerajaan Kelantan. Ingat lagi hujah Wan Azizah yang dipangkah kemas oleh hulubalang ulama PAS?

4. Jika boleh berbaik dengan PKR, marilah kita sama-sama berbaik dengan Umno. Logiknya begitu. Setelah presiden PAS menghulur lengan kepada Umno, disambut pula presiden Umno atas dasar silaturahim lalu merangkul lengan itu, jangan pula PAS menyiku kasar. Dengan PKR yang menolak hudud masih berselimut bersama, apalah kiranya untuk mendekati Umno. Tentu dapat kuasa lebih besar berbanding hanya exco di Selangor. Ehhh kuasa itu untuk Islam jua. Bolehlah ulama PAS nanti bersama-sama dengan Jakim untuk menyebarkan Islam.

Ada kala kita ditegur, ada ketika kita menegur, kata Mohamad Sabu


Presiden Amanah Mohamad Sabu Presiden Amanah Mohamad Sabu
Sehari selepas berakhirnya kedua-dua Presiden PAS dan Umno berpakaian sedondon duduk di pentas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan pendiriannya untuk meneruskan perjuangan tanpa had masa.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Amanah sebagai parti Islam yang memperjuangkan keadilan dan menentang kemungkaran akan memastikan iltizam tersebut sentiasa berterusan sehingga hari kiamat.
“Perjuangan untuk menegakkan ma'ruf dan menentang kemungkaran akan berlaku setiap masa dan setiap ketika. Ada kalanya kita ditegur dalam perjuangan dan ada ketikanya kita menegur orang lain.
“Kita mengkritik orang lain, dan kita menentang orang lain kerana mereka melakukan kesilapan dan kemungkaran. Kita juga tidak terlepas dari perkara sama.
“Maka sesama kita juga perlu tegur menegur. Inilah apa yang dipanggil muhasabah. Pesan memesan di atas perkara yang hak dan berpesan dengan kesabaran,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut mantan Timbalan Presiden PAS itu, semua pimpinan, ahli, dan penyokong Amanah termasuk penyokong Pakatan Harapan dan serta seluruh rakyat negara ini tidak harus bimbang dengan situasi politik semasa.
“Kita jangan berasa gusar dengan perubahan politik dan suasana yang berlaku kepada musuh politik kita atau rakan kita kerana perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran tidak ada batas waktu dan ketika.
“Ingat, ulamak-ulamak hebat dan muktabar muncul ketika negara Islam beroperasi ketika itu, sama ada kerajaan Islam berada di bawah kerajaan Umayyah atau Abbasiyah atau pun kerajaan pimpinan Uthmaniyyah Turki.
“Imam-imam yang hebat, seperti Imam Syafie, Iman Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Nawawi, dan ulamak-ulamak muktabar yang lain, mereka menegakkan ma'ruf dan menentang kemungkaran tanpa mengira waktu, masa, zaman dan tempat,” jelasnya.

Politik Emosi Dan Sentimen

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Dr Maza bertemu Presiden PAS di Terengganu. Dalam Fb beliau, ramai tukang komen menghentam dan menyindir beliau kerana bertemu Presiden PAS. Sebelumnya Dr Maza hadir dalam program yang diistilahkan mereka sebagai Presiden PAS sedondon dengan Najib.

2) Dr Maza yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi, kadang-kadang membuatkan penyokong PAS berang, kadang-kadang buatkan Umno meradang. Kali ini tindakan beliau membuatkan penyokong blok Pakatan Harapan pula bengang.

3) Itu dalam bab politik. Jika dalam bab fikrah lain, beliau akan dituduh Wahabi, Muzabzib, Liberal, penyokong Comango dan sebagainya. Sesiapa yang bersama dengan Dr Maza, akan dilabel sama - Wahabi!

4) Lain pula dengan Presiden PAS. Nampaknya aura Presiden PAS lebih kuat berbanding Dr Maza. Presiden PAS tidak dituduh sebagai Wahabi kerana bersama Dr Maza, tetapi Dr Maza yang kena tuduh sebagai penyokong kezaliman (kerana merestui majlis sedondon itu) kerana bersama Presiden PAS.

5) Pernahkah anda sekalian mendengar Presiden PAS menghentam Wahabi, atau menghentam Dr Maza sebagai Wahabi? Malah ketika ditanya mengenai Wahabi kepada beliau, beliau menjawab dengan baik dan tidak ofensif terhadap Wahabi (sila rujuk jawapan beliau di Youtube). Almarhum Tuan Guru Nik Aziz juga ketika zaman mudanya pernah dituduh sebagai Wahabi.

Apakah ini cara layanan Umno terhadap PAS ..


Tidak pasal2 ptg itu kami Jabatan Amal diminta keluar dari Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru dan diminta meningalkan mangsa banjir serta membawa semua aset kami keluar dari sekolah.. termasuk le khemah2 yg sedang digunakan oleh mangsa banjir dlm dewan tersebut..
Pihak sekolah memaklumkan ada laporan tidak puas hati Puak UMNO Kapar yang melihat kami banyak membantu mangsa banjir disini.. padahal kami tak pernah halau atau marah mereka UMNO datang sini memberi bantuan dan sebagainya.. malah ketua bahagia mereka disambut baik bagi sama2 membantu meringankan beban banjir di sini.
Apakah ini cara layanan manusia terhadap bantuan manusia yang lain.. jika begini perangai UMNO maka sememangnya kamu amat jauh dalam menghayati konsep hubungan sesama manusia dan huhungan dengan Allah..

SABAR SAHABATKU DGN UJIAN walaupun dlm keadaan MARAH....

Shehdi Hazrik
Jabatan Amal Negeri Selangor

Jangan berpadu satu kaum sahaja – Azmin

Perpaduan dalam misi menyelamatkan negara perlu melibatkan seluruh rakyat Malaysia
zmin,malaysia
KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegur UMNO dan PAS bahawa perpaduan dan permuafakatan untuk menyelamatkan Malaysia perlu melibatkan seluruh rakyat.
Beliau menjelaskan semua kaum dan anutan perlu digerakkan supaya memainkan peranan.
“Jangan ambil sosok kaum kerana ini tidak membantu pembangunan negara. Kita mahu perpaduan semua rakyat Malaysia, soal perpaduan ini jangan diambil pertimbangan sesuatu kaum sahaja.
“Sekiranya Malaysia ingin maju kita mahu semua rakyat Malaysia bersatu-padu untuk menyelamatkan negara dan ekonomi itu pendirian yang harus diambil oleh semua pihak,” katanya kepada pemberita seusai Majlis Perasmian Agrofest 2015 peringkat negeri Selangor pada Sabtu.
Kenyataan Azmin itu sebagai respon terhadap kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Najib dalam ucapan perasmian majlis itu semalam sekali lagi mengajak PAS berpadu bersama UMNO, dengan mengambil sepotong ayat al-Quran sebagai rujukan untuk mewujudkan usaha ke arah penyatuan dua parti politik berkenaan.

‘Jangan gusar tentang perubahan politik sekarang’ - Amanah

Mohamad Sabu
SHAH ALAM – “Jangan berasa gusar dengan perubahan politik dan suasana yang berlaku kepada musuh politik kita atau rakan kita kerana perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran tidak ada batas waktu dan ketika,” demikian ujar Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.
Mohamad atau dikenali dengan Mat Sabu berkata, perubahan angin politik dalam negara bukanlah sesuatu yang harus dititikberatkan kerana ia berlaku di setiap waktu dan ketika.
“Perubahan politik berlaku setiap waktu dan ketika. Kadang-kadang pihak musuh menjadi kecil dan ada kalanya mereka menjadi besar.
“Kita mengkritik orang lain, dan kita menentang orang lain kerana mereka melakukan kesilapan dan kemungkaran. Kita juga tidak terlepas dari perkara sama. Maka sesama kita juga perlu tegur menegur. Inilah apa yang dipanggil muhasabah. Pesan memesan di atas perkara yang hak dan berpesan dengan kesabaran,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Rosakkan imej veteran ATM, Ali Tinju mungkin dikenakan tindakan

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Disember, 2015. 
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu. 

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu. Menurut Majlis Eksekutif PVATM, ini memandangkan Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom sering membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman yang dilihat boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.
Tindak tanduk Ali Tinju itu juga disifatkan  memberi imej yang tidak baik terhadap veteran ATM secara menyeluruh selain bercanggah dengan prinsip dan amalan veteran ATM di negara ini.

"Sentimen perkauman yang dilaung-laungkan Ali Tinju boleh menjejaskan usaha pucuk pimpinan negara dan kerajaan untuk terus menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik dan agama di negara ini. "Tindakan tidak bertanggungjawab Ali Tinju perlu dibendung dan dihentikan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," menurut PVATM dalam kenyataan hari ini.
Ali sebelum ini pernah mencetus kontrovesi melalui beberapa tindakannyatermasuk insiden 'senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih Datuk S Ambiga dan demonstrasi jalanan sewaktu insiden Low Yatt.
Menurut PVATM, Ali pernah berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) selama 8 tahun dan merupakan ahli persatuan itu yang berdaftar di cawangan Petaling, Selangor, namun tidak aktif.

KPN perlu lebih profesional keluarkan kenyataan seminar anti-kristian, kata bekas hakim

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu lebih profesional mengeluarkan kenyataan, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Disember, 2015. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu lebih profesional mengeluarkan kenyataan, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus.

Seorang bekas hakim kanan mengecam tindakan Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya tentang seminar anti-Kristian, berkata yang ketua polis negara itu sepatutnya bersikap lebih profesional dalam mengeluarkan kenyataan. Hakim bersara Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata Khalid perlu lebih berhati-hati kerana dia ialah pengawal kesejahteraan masyarakat apabila mengeluarkan kenyataan mengenai sebuah seminar yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabtu lepas.
“Dia perlu lebih professional dalam apa yang dikatakan. Dia sepatutnya memberikan gambaran yang ‘saya KPN, saya berkecuali dan saya mengawal kesejahteraan rakyat,” kata Hishamudin dalam sebuah forum yang dianjurkan Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid mempertahankan penglibatan polis dalam seminar itu dan berkata tidak ada salah sekiranya pegawai polis menghadiri atau membentangkan kertas kerja dalam seminar itu. Khalid berkata seorang pegawai polis dijemput memberikan pandangan dalam seminar bertajuk “Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi” yang diadakan di UiTM Melaka minggu lepas.
Pegawai polis membentangkan kisah daripada aspek keselamatan melibatkan kumpulan yang didakwa mempengaruhi dan memurtadkan orang Melayu.

Kerjasama Umno-PAS: Permainan politik jangka pendek – Tok Him

SSR_4952
Ibrahim tidak percaya Umno dan kepimpinan akan menyokong pelaksanaan hukum hudud yang dibawakan PAS.

KUALA LUMPUR, 19 Disember:

“Saya yakin tiada kerjasama politik antara Umno dan PAS. Ini adalah permainan politik jangka pendek,” kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar 2015 di ibu negara, Khamis lalu.
Ibrahim berkata, kerjasama itu tidak akan terjalin, kerana Umno merupakan tulang belakang Barisan Nasional yang mempunyai parti komponen MCA dan Gerakan yang membantah pelaksanaan hukum hudud.
Tambahnya, Presiden PAS juga perlu mendapatkan persetujuan daripada pucuk pimpinan parti, berbanding Umno yang hanya menyokong apa sahaja tindakan pucuk pimpinannya.
“Saya tidak percaya Umno dan kepimpinan akan menyokong hudud yang dibawa PAS.
“PAS juga sudah nyata dan jelas dasarnya dengan perjuangan Islam, termasuk hudud yang mesti disokong Umno,” katanya pada Persidangan Khas Tahunan Wira Perkasa Malaysia 2015, di Kelab Sultan Sulaiman, hari ini.

Hakim mesti berani, jangan gentar bersikap bebas, kata bekas hakim

Jawatan seorang hakim melibatkan kepercayaan orang awam dan amanah itu jangan sesekali dikhianati, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Disember, 2015. 
Jawatan seorang hakim melibatkan kepercayaan orang awam dan amanah itu jangan sesekali dikhianati, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus hari ini. 

Jawatan seorang hakim melibatkan kepercayaan orang awam dan amanah itu jangan sesekali dikhianati, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus hari ini. Bercakap kepada hadirin sebuah forum, beliau menggesa hakim-hakim agar berani mempertahankan kebebasan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab.
"Apa yang hakim mahukan? Mereka mahu dihormati atau dipandang enteng warganegara?

"Benar mereka perlu berhadapan eksekutif yang amat berkuasa, berkuasa melantik, menaikkan pangkat malah memecat hakim dalam kes tertentu," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan hadirin tentang cara melindungi hakim daripada dimangsakan dalam sistem sekarang.
Menurut Hishamudin, situasi itu tidak patut menjadi alasan buat hakim untuk tidak mempertahankan kebebasan mereka.
"Orang yang suka menurut perintah tidak patut menerima lantikan menjadi hakim.
"Kehakiman adalah kepercayaan awam dan ia jangan sama sekali dikhianati," katanya.

Sejarah mungkin berulang antara PAS dan Umno, kata Mahdzir

Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar berlangsung dalam suasana penuh kemesraan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Disember, 2015. 
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar berlangsung dalam suasana penuh kemesraan. 

Konsep politik sebagai “The Art of Possibilities” memungkinkan sejarah 40 tahun lalu berulang, iaitu kemasukan PAS dalam Barisan Nasional (BN), kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mahdzir Khalid. Malah beliau berkata, kecenderungan ke arah itu dapat dilihat sekarang melalui pertemuan 2 pemimpin utama parti itu melalui Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Kuala Lumpur, Khamis lepas.
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar berlangsung dalam suasana penuh kemesraan.

"Anything can happen (apapun boleh berlaku), politik memang macam itu, malah pada 1974 PAS masuk BN masa arwah Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri ke-2). "Kalau tengok apa berlaku hari ini, kecenderungan menuju ke situ, tapi tidak tahu macam mana nak jadi," katanya.         
"Dalam negara berbilang kaum, dalam pembentukan negara bangsa yang maju, perpaduan adalah nombor 1," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 230 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Padang Terap hari ini.
DAP, kata beliau, dilihat sudah pasti akan “panas punggung” dengan kerjasama baharu Umno dan PAS dan akan memberikan pelbagai alasan, jelas memperlihatkan penolakan parti itu kepada konsep perpaduan.

Agenda perpaduan Umno, PAS perkembangan positif untuk Islam, kata Ibrahim Ali

Persidangan Khas Tahunan Kali Ke-2 2015 Wira Perkasa Malaysia yang diadakan hari ini dirasmikan Naib Presiden Perkasa Syed Osman Syed Mansor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Disember, 2015. 
Persidangan Khas Tahunan Kali Ke-2 2015 Wira Perkasa Malaysia yang diadakan hari ini dirasmikan Naib Presiden Perkasa Syed Osman Syed Mansor.

Agenda perpaduan antara Umno dan PAS dilihat sebagai perkembangan positif ke arah menyelesaikan isu semasa yang melanda umat Islam di negara ini, kata Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata sudah tiba masanya pemimpin kedua-dua parti itu berbincang dalam platform sama ke arah mencari penyelesaian isu berkaitan umat Islam termasuk penghinaan agama Islam serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
"Silaturrahim sesama umat Islam adalah wajib yang merupakan tuntutan agama, saya percaya ini satu perkembangan yang baik sekiranya penyatuan PAS dan Umno menjadi kenyataan," katanya ketika menghadiri Persidangan Khas Tahunan Ke-2 2015 Wira Perkasa Malaysia hari ini.

Persidangan itu dirasmikan Naib Presiden Perkasa Syed Osman Syed Mansor, dan diadakan serentak dengan Persidangan Wiranita dan Wirawati Perkasa di lokasi berasingan hari ini. Ibrahim berkata hasrat penyatuan Umno dan PAS pernah disuarakan Perkasa menerusi cadangan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (Muin).
Muin membolehkan Umno dan PAS bekerjasama mencari penyelesaian berhubung isu yang menyentuh kedaulatan Islam dan institusi raja di negara ini, katanya.
Namun, katanya kerjasama itu tidak akan berlaku dalam konteks politik memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai perjuangan politik berbeza.

Kerjasama Pas, Umno wujud persaingan sihat kata Nik Abduh

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
SHAH ALAM - Kerjasama Pas dan Umno bukan satu titik temu antara dua yang bertarung, tetapi sebuah perlumbaan dan persaingan yang lebih sihat dan terbuka.
Ketua Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, semua parti politik berhak untuk berlumba mengotakan janji mereka.
Bagaimanapun, yang berhak mengadili dan menghukum keikhlasan dan ‘perlumbaan’ parti-parti politik itu hanyalah rakyat.
“Kerjasama masih di mulut. Langkahnya keikhlasan, kesungguhan dan keberanian bertindak untuk kepentingan agama dan rakyat.
“Politik menaburkan janji. Seperti bunga-bunga yang memutikkan buah. Semuanya indah. Tetapi yang meranum takkan sebanyak yang berguguran,” katanya menerusi petikan daripada muat naik status di Facebooknya, hari ini.
Jalinan kerjasama Pas, Umno kini menjadi topik hangat bualan rakyat sejak akhir-akhir ini.
Justeru itu, beliau menyeru semua jentera Pas untuk meneruskan amal dan jihad masing-masing demi memenuhi harapan negara.
“Berjuanglah demi melihat umat Islam yang semakin berpegang teguh pada tali ALLAH, lalu mereka bersatu padu dan tidak berpecah belah dalam membangunkan negara,” katanya lagi.

Moga 'perkahwinan' Umno dan PAS kali ini kekal, kata bekas pemimpin

Najib bersalam dengan Hadi di MultaqaNajib bersalam dengan Hadi di Multaqa

Bekas pemimpin Umno berharap, 'perkahwinan' yang bakal berlaku antara PAS dengan Umno akan kekal kali ini selepas melihat kecenderungan itu akan berlaku selepas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia.
Tamrin Tun Ghafar yang merupakan mantan ahli Umno selama kira-kira 40 tahun itu berkata, perpaduan tersebut diharapkan berpanjangan dengan kemungkinan tawaran jawatan kabinet kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya.
“Semoga perkahwinan ini berkekalan ke anak cucu serta Najib dan Hadi mempunyai kekuatan baru. Apa agaknya jawatan kabinet yang akan Hadi dan anak-anak buahnya dapat nanti?” sindirnya dalam kenyataan kepada Malaysia Dateline.
Menurut mantan Ahli Parlimen Batu Berendam itu, kerjasama antara Najib dan Hadi merupakan padanan yang sesuai memandangkan latar belakang masing-masing yang berkaitan dengan Arab.
“Seorang bekas murid Arab (Universiti) Al-Azhar dan seorang lagi bekas pelanggan Arab Malaysian Bank. Satu kombinasi yang mantap,” katanya merujuk kepada latar belakang pengajian Hadi dan kontroversi membabitkan Najib yang sebelum ini didedahkan oleh Wall Street Journal memiliki sejumlah USD700 juta iaitu kira-kira RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya di bank Arab Malaysian.
Ujar anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu, 'perkahwinan' Umno dan PAS juga memberi isyarat selamat tinggal kepada 12 lagi parti komponen BN serta hukum hudud yang ditekankan PAS sebelum ini.
“Bye bye MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak. Bye bye juga hukum hudud yang PAS perjuangkan selama ini,” katanya lagi.

PAS minta mereka yang tidak dijemput berucap di multaqa jangan cemburu

PAS meminta mereka yang tidak dijemput untuk memberikan ucapan di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia tidak cemburu dan irihati kepada presiden PAS yang dijemput berucap di majlis itu.
"Kita yang tidak dijemput, jangan cemburu dan irihati apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang bersahaja dan ilmiah yang memukau siapa yang mendengar," kata naib presiden PAS, Idris Ahmad ketika mengulas penyertaan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke majlis itu.
Bagi Idris, kehadiran Abd Hadi di pentas Multaqa Alumni Timur Tengah pada 17 Disember 2015, merupakan satu peristiwa yang bersejarah.
Idris Ahmad ... jangan cemburu.Idris Ahmad ... jangan cemburu."Datang dengan prinsip, berucap dengan prinsip, menampilkan diri dengan prinsip," kata Idris dalam satu kenyataannya.
Katanya, walau pun mereka tahu penganjur ada agenda tersendiri, tetapi Presiden PAS datang dengan penuh kesedaran dan untuk memikul tanggungjawab ummah di negara ini.
"Berucap bukan dengan skrip yang diatur, bukan diikat dengan syarat seperti kebanyakan penceramah yang muncul di kaca televisyen, tetapi berucap dengan penuh yakin untuk mengambil peluang di atas pentas yang disediakan," katanya.
Bagi Idris, ucapan yang diberikan Abdul Hadi "penuh bermakna memberi motivasi tentang peranan Islam untuk menjadi teras perpaduan serta memberi kritikan terhadap ideologi ciptaan manusia yang telah gagal membahagiakan manusia."
"Bagi mereka yang cemburu kepada kehadiran Tuan Guru Presiden di pentas Multaqa, mengharapkan Tuan Guru Presiden PAS menerima pelawaan Datuk Seri Najib untuk bersama dengan Umno.
"Tiba-tiba berlaku sebaliknya. Oleh kerana tidak ada modal untuk belasah Tuan Guru, maka baju sedondong yang dijadikan hujah, untuk memburukkan Tuan Guru Presiden. Saya cukup simpati dengan golongan ini," kata ahli parlimen Bukit Gantang itu.
Dahulu, katanya,  mereka fitnah UG (unity government) yang dilontarkan oleh Presiden PAS kononnya untuk bekerjasama antara PAS dan Umno, walau pun diterangkan bahawa UG ialah antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mengislahkan negara demi kepentingan rakyat.
"Dengan taqdir Allah SWT, idea Konsensus Nasional oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  cadangan Save Malaysia oleh Yb Lim Kit Siang yang bermatlamat untuk meletakkan kepentingan negara dan rakyat.

Sepentas PAS-Umno: Siapa beroleh manfaat

Oleh Dr. HARISAH MANTIK
Antara rakyat, Umno dan PAS siapa yang mendapat manfar hasil penampilan sepentas Umno-PAS?
Bagi menjawab soalan ini, mari kita uji penyataan berikut:
1. Apakah PAS dapat manfaat?
Umum mengetahui PAS ingin menegakkan Islam dan hudud di Malaysia. Dalam mengharapkan Umno membuka pintu untuk pembentangan Akta 355 di parlimen, PAS cuba berlunak dengan Umno dan sanggup menyingkirkan sahabat dalaman.

Soalnya, apakah Umno sanggup membuka pintu itu? Akhirnya 3 sidang parlimen berlaku dan Umno tidak mengotakan pun janji itu.
Agak mustahil untuk Umno mengotakan janji itu. Ini kerana kita tahu siapa pencuri duit terbesar dalam negara yang bernilai RM2.6 bilion. Maka tidakkah ia bakal memakan diri si pencuri?
Selain isu hudud, ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menunjukkan PAS risaukan kestabilan serantau.
Intipati ucapan Tuan Guru Abdul Hadi menyeru agar pintu kestabilan Malaysia tidak dibuka kepada orang asing yang mahu merosakkan Islam.
Namun PAS perlu menyedari hakikat, harapannya kepada Umno itu boleh disampaikan di luar pentas berkenaan.Bahkan pintu keselamatan dan kestabilan negara ini telah pun dibuka.
Apakah pintu keselamatan negara yang dibuka oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN)?
PAS perlu sedar kerajaan BN terlibat dalam perang di Yaman dan tentera kita telahpun berada di sana.
PAS perlu sedar, Umno-BN kekal dalam kedegilannya membuka pintu TPPA (Perjanjian Kerjasama Asia Trans Pasifik) yang mengancam kestabilan ekonomi negara.
Bahkan PAS telah menasihati Umno dalam hal ini dan jawapan kepada nasihat terabai itu pun umum ketahui.
PAS perlu sedar setiap tahun tentera Amerika Syarikat dan tentera Australia datang ke Malaysia untuk latihan bersama. Latihan bersama ini dibuat dalam suasana ruang muka bumi Malaysia dan saling mengenali aset sesama gedombokan itu. Inilah hasil kerja tangan Umno-BN
PAS juga perlu sedar, apabila terdesak, kestabilan dan keselamatan negara hanya memerlukan pengiktirafan Rang Undang-undang Majlis Tindakan Ekonomi (RUU MKN) 2015.

Batu Pahat, tempat lahirnya para radikal?

 Ali Markum bersama dengan potretnya semasa muda ketika ditemui di Batu Pahat, Johor. Dia memulakan berkecimpung dalam politik sebagai anggota Pemuda Umno selama 20 tahun. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Disember 2015. 
Ali Markum bersama dengan potretnya semasa muda ketika ditemui di Batu Pahat, Johor. Dia memulakan berkecimpung dalam politik sebagai anggota Pemuda Umno selama 20 tahun. 

Mesti ada sesuatu tentang Batu Pahat, Johor, tempat yang melahirkan ramai personaliti lantang dalam arena politik. Ada juga mengatakan ia tempat kelahiran radikalisme di Malaysia. Datuk Seri Onn Jaafar, Tony Pua, Teo Nie Ching dari DAP, Tan Sri Chua Soi Lek dan Dr Syed Husin Ali lahir atau dibesarkan di sini.
Ramai negarawan terdahulu dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kwan Yew juga bersekolah di sini.

Kerabat diraja turut menjadi sebutan, juga dengan sejarah mereka yang berwarna-warni yang dibuktikan dengan Putera Mahkota terkini. Rakyat Johor sememangnya bangsa yang sangat nasionalistik dan megah.
Muar dan Batu Pahat kelihatan bersih dan teratur, dengan rumah-rumah Melayu lama masih terpelihara baik, walaupun rakyat Johor juga kaya: kediaman besar, mewah tersergam di pinggir bandar kecil di sekitar Batu Pahat.
Penduduknya lemah lembut apabila berkata-kata dengan sifat kemelayuan.
Perbualan diakhiri frasa "...ekk" dalam percakapan harian rakyat Johor, dan wanita yang kami temui memakai baju kebaya sejak tahun 1960-an dan selendang, bukannya tudung.
Di sebalik semua keindahan asli Batu Pahat, bagaimanapun, ada sejarah pemberontakan dan radikalisme.
Bolehkah ini menerangkan keaktifan politik negeri dan penduduknya?
Bagaimanapun, penduduk Johor yang ditemui The Malaysian Insider menyimpan sejarah mereka dalam hati, sehingga sukar mencungkil kisah radikal daripada mereka.
Insiden Balai Polis Batu Pahat
Pada 16 Oktober 1980, lelaki berjubah putih disyaki pengikut kumpulan agama, menyerang Balai Polis Batu Pahat.
Mereka adalah pengikut yang kemudian dianggap sebagai ajaran sesat diketuai Ahmad Nasir Ismail yang mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi, memimpin umat Islam sebelum hari kiamat dan membersihkan dunia daripada segala kejahatan.
Kumpulan itu tinggal di Bukit Payung dan mengamalkan upacara keagamaan, silat dan percaya mereka adalah kebal.
Saksi Rohayah Rawi baru sahaja mula bekerja sebagai kerani di balai polis itu. Baru sahaja berkahwin pada ketika itu menceritakan hari serangan adalah hari yang mengubah hidupnya selama-lamanya.
"Saya tidak tahu apa itu yang membuat orang berfikir Johor adalah tapak radikalisme dan sama ada negeri melahirkan radikal.
"Apa yang saya rasa adalah Johor sentiasa menarik orang luar menetap di sini. Kami mempunyai keturunan Banjar, Jawa, China, semua orang yang agak gopoh, dan mungkin sangat aktif dalam komuniti mereka di kampung halaman dan apabila datang ke sini, mereka membawanya bersama (jenis aktivisme)."
Beliau juga berkata Johor menarik ramai ulama atau bomoh. Pada masa ini ada seorang yang dikenali sebagai Ustaz Salam, seorang warga Indonesia, yang dikatakan penipu dan ditangkap memancing semasa solat Jumaat.
"Kenapalah orang Melayu ni cepat terpengaruh?" soalnya.
Pengaruh asing
Orang Banjar, Bugis dan Jawa yang menetap di Johor mempunyai reputasi gerakan memberontak yang berhasrat memperoleh zaman keemasan dan terkenal dengan sikap suka berperang.
Kumpulan orang asing seperti ini adalah yang pertama menentang kumpulan dikawal komunis Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) di kawasan itu.
Ahli sejarah dan akademik Cheah Boon Kheng, menulis di dalam bukunya “Red Star Over Malaya” tentang perjuangan yang dihadapi rakyat Malaya di Batu Pahat.
Pada 1945, pertembungan antara kaum meletus di antara orang Melayu, yang melibatkan kumpulan anti-penjajah dipanggil tarekat Qadirriyah dan MPAJA.
Apa yang kelihatan seperti cara terbaik membuang penjajah dan Jepun di Malaya – satu pakatan di antara orang Melayu dan MPAJA – berakhir dengan pertumpahan darah.
"Kelakuan menyakitkan hati orang Cina dalam MPAJA dikatakan banyak berlaku," tulis Cheah.
Mereka mengenakan cukai membebankan dan dilaporkan menghina dan meremehkan penduduk kampung Melayu dan Cina.
Wanita dipaksa bekerja di dapur MPAJA dan dicabul. MPAJA juga dikatakan menyembelih babi di masjid-masjid, dan Melayu yang disyaki menjadi pengkhianat dibunuh tanpa bicara.
Cukup cukuplah, kata Kiyai Salleh dan ahli-ahli tarekat, yang terkenal di kalangan orang Melayu kerana kuasa ghaib yang kononnya dimiliki.
Kiyai Salleh, sufi atau mistik yang diakui kumpulan, dilihat sebagai orang yang boleh menggunakan kuasa ghaib untuk perjuangan Islam.
Beliau pemilik ilmu batin, ghaib, seni mempertahankan diri dan ilmu kebal.
Kiyai Salleh menjadi terkenal apabila berjaya membawa penentang Melayu menyerang MPAJA.
Menariknya, menurut penduduk tempatan, kehebatan Kiyai sebenarnya adalah daripada isterinya yang kuat semangat, Hajah Esah Abdul Rashid.
Hanya apabila beliau sedang berperang atau merancang sesuatu dengan kumpulan pejuang sahaja Kiyai Salleh bertindak sendiri.
Radikalisme atau nasionalisme?
Lemah, uzur tetapi masih bersemangat, Ali Markom, 71, merupakan bekas calon PKR bagi kerusi Parlimen Seri Gading, dan bekas ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Beliau melihat dirinya sebagai aktivis radikal.

Pimpinan tertinggi Umno, PAS sambut baik salam perpaduan Najib

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik salam perpaduan yang dihulurkan Datuk Seri Najib Razak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, kesediaan kedua-dua pemimpin parti Melayu itu bersalaman membuktikan wujud ruang memperbaiki kelemahan dalam kedua-dua parti itu.
"Dahulu, pimpinan Umno dan PAS saling memberi gambaran buruk sesama sendiri.

"Kini, Najib dan Hadi boleh berjabat tangan. Jadi, ia sesuatu yang amat baik untuk keamanan politik dan kesejahteraan negara," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini. Sementara itu, Ketua Penerangan Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut menyambut baik salam perpaduan kedua-dua parti itu.
Menulis di Facebook, Nasrudin menyambut baik perkara itu kerana menurutnya perpaduan adalah perintah Allah yang sangat sukar dilaksanakan penganut Islam.
Nik Abduh pula memanjatkan kesyukuran ke atas usaha itu dalam doa Jumaat di akaun Facebooknya semalam.

Lawan jadi kawan dalam politik

Tan Sri Adam A Kadir

Kuantan ialah kawasan Parlimen saya suatu masa dulu tetapi apabila berlaku persempadanan semula, ia menjadi kawasan Kuantan dan Indera Mahkota – dengan campur-tolak sana sedikit, sini sedikit.
Di dalamnya terdapat 3 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sejak 2 pilihan raya umum (PRU) lepas, kedua-dua kawasan Parlimen itu dimenangi PKR, sedangkan kawasan DUN Beserah, kampung saya, dimenangi PAS.
Di tempat lain di Pahang, kawasan Parlimen Temerloh yang pernah diwakili Tan Sri Sabaruddin, kini berada dalam tangan PAS. Sesiapa saja tidak salah jika membuat kesimpulan PAS semakin kuat di Pahang.

Untuk sekian lama, Kuantan dan Temerloh adalah kubu kuat Umno. Begitu juga Beserah. Kini sudah terdapat inisiatif daripada Umno untuk berbaik, malah berada dalam sebuah perahu yang sama dengan PAS. Tidak kurang daripada presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga perdana menteri, menyuarakannya.
Sudah lebih daripada sekali beliau menguar-uarkannya, maka sambutan daripada PAS agak kurang selantang Umno, malah setiap kali berjawab, jawapannya disusuli dengan ungkapan berawas-awas, diiringi pula dengan terma dan syarat.
Di Eropah, pembentukan kerajaan campuran adalah satu norma. Britain atau United Kingdom (UK) sendiri, yang terkenal sebagai raja sistem berparlimen, kerap kali mempunyai kerajaan campuran, termasuk kerajaan yang ada sekarang.
Henry Kissinger, pemikir politik, mantan profesor Harvard University dan setiausaha negara Amerika Syarikat (AS), pernah berkata semua kerajaan negara Eropah selepas Perang Dunia Kedua tidak “legitimate” (atau tidak sah) memandangkan tidak ada parti secara bersendiri mendapat undi lebih 50%. Itulah sebabnya kerajaan campuran ditubuhkan.
Di sini, selepas Barisan Nasional (BN)-Umno tidak mendapat 50% jumlah undi pada PRU lepas – walaupun jumlah kerusi lebih 50% – namun kemungkinan ia akan bertambah buruk semakin kelihatan mahu menjadi realiti.
Tidak ada orang lain yang lebih maklum tentang perkara ini daripada perdana menteri sendiri.
Dalam PRU 1999, beliau menang tipis kawasan Pekan dengan majoriti lebih kurang 200 undi. Justeru, usaha gigih politik dilakukan selepas itu melalui strategi gerrymandering, iaitu persempadanan semula dengan mengambil kira bilangan pengundi-pengundi yang pro dan kontra.
Selaras dengan itu, menjadi tanggungjawab beliau kini untuk memastikan defisit 50% undi itu bukan saja dapat disendalkan di situ, malah ditolak semula dengan kegigihan yang sama ke tahap tidak kurang 66.6%, atau dua-pertiga.

Kuasa veto Hadi bakal musnahkan PAS?

Ahmad Sayuti Bashiron
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menulis pada Khamis 10/12/2015 minggu lepas, pada perenggan ke-6,"PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi PKR dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat"

Tulisan TGHA tersebut tertera sebaik PM Najib Razak memberikan ucapan mengajak PAS & UMNO bersama berjuang "melewati ideologi" (atau fikrah) politik, demi untuk Islam dan Melayu. Seblum itu, TG melalui setpolnya mengarahkan tiada sesiapa pun dibenarkan memberikan response balas pada ucapan pelawaan Najib tersebut, melainkan daripada TG sahaja.


Tuan Guru yg dihormati,

Saya tidak berminat utk berikan response pada tulisan TG tersebut, terpulanglah pada apa pun ijtihad politik TG untuk bersama, berpeluk, perpentas, bermultaqa dan berpaduan bersama UMNO, Najib atau Rosmah, etc. TG sbg Presiden PAS lakukanlah apa sahaja yg dimahukan oleh Najib jika ianya menyakinkan TG, kerana saya kini, ijtihad siyasi saya ternyata telah berbeza dengan pendirian TG masa ini. Kita berlapang di situ.

Namun Tuan Guru,

Saya terpaksa coretkan rasa amat sedih, terkilan, terkejut, pada perenggan akhir tulisan TG tersebut yg benar-benar cuba memberikan persepsi sangat salah, mis-leading, atau lebih tepat "berbohong" dalam penulisan tersebut. Saya mohon maaf atas luahan saya ini TG.

Tindakan TG cukup berani melakar di ruang maya, menjadi tatapan satu negara, satu dunia, bahawa tindakan PAS putuskan hubungan dgn DAP itu adalah kononnya "keputusan syura tertinggi PAS", ie Muktamar 2015 pada 4-6 Jun 2015 lalu. Walhal TG sendiri tahu apa kebenarannya..!

Izinkan saya merujuk semula tulisan saya beberapa hari selepas Muktamar lepas, sbg kronologi kejadian;

[1] Sejak 2008 hinggalah 4/6/2015 (ie. hari pertama muktamar), ratusan kali TG nyatakan bahawa tahaaluf siyasi yg PAS lakukan bersama PKR/DAP itu cukup untungkan Islam, memberikan manfaat pada dakwah, suatu yg tidak pernah PAS kecapi sejak dahulu. TG berkata, PAS dan PKR/DAP diikat atas begitu banyak persamaan yg mahu dicapai dlm sistem demokrasi berpelembagaan di M'sia.

Bahkan TG menulis, yg membezakan approaches (mutaghayyirat) perjuangan PAS dan DAP hanyalah 5% sahaja, sedangkan 95% lagi adalah persamaan dlm perjuangan. Atas dasar itulah ketiga parti bekerjasama, walau Islam tidak diletakkan sbg matlamat ketiganya.

Itulah kenyataan TG sendiri sejak sekian lama. Bukan kenyataan ahli2 atau pimpinan bawahan. Itulah ijitihad PAS selama ini, pasca PRU12, 2008.

TG pasti ingat, setiap kali saya bertemu TG sama ada dalam permusafiran, jaulah, daurah, atau program dalaman, saya pasti  memanfaatkan masa itu utk bertanyakan sebanyak mungkin kemusykilan dan ilmu2 politik Islam dari TG secara semuka. Dan TG tak lekang bibir menerangkan pelbagai teory perjuangan dan permasalahan dunia Islam yg menguatkan keyakinan dan menjelaskan jalan dakwah buat saya.

Saya cukup bersyukur mendapat semua butiran mutiara itu.

Bahkan ilmu itu jugalah yg saya perturunkan pada setiap anak-anak usrah dan mad'u dalam siri tarbiyyah untuk fahamkan mereka apa sebenarnya yg diperjuangan oleh PAS dlm politik dakwah acuan demokrasi tersebut.

TG sendiri pasti ingat, apabila saya mengadu pada TG bahawa saya kerap "diserang teruk" hanya kerana mempertahankan pendirian2 dan keputusan tahaaluf siyasi yg TG dan PAS lakukan, khasnya dari puak2 yg menuduh TG sbg sesat, lari dari landasan Islam, boneka DAP, khasnya dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Hasan Ali, Ustaz Nasha, Perkasa, dan puluhan lain sekutu mereka.

Pesanan TG pada saya dlm satu jaulah musim sejuk, bersabarlah! Allah bakal ganjari amal yg enta lakukan, bahkan meminta saya terus melaksanakan peranan itu dgn tegas.

Tuan Guru yg dihormati,

[2] Kali terakhir sejak 7 tahun lepas, TG mengulangi kenyataan itu pada hari pertama Muktamar di Kuala Selangor, di mana TG meminta semua perwakilan, ahli, pimpinan, dan rakyat utk sama bangkit mempertahankan tahaaluf PAS dan PKR/DAP, atas puluhan manfaat yg menguntungkan Islam. Itulah Ucaputama Muktamar yg TG sendiri bacakan pagi itu. Laungan takbir mengirinya.

[3] Sebaik selesai ucaputama, TGHA dan seluruh perwakilan sama2 mengundi. Dan sudah pasti TG juga cukup maklum bahawa nama TG sendiri secara rasminya ditabalkan dalam "senarai chai" calon2 yg wajib dipilih oleh perwakilan apabila Dewan Ulamak PAS Pusat memaparkan senarai itu dlm halaman rasmi party, termasuk juga perwakilan dibekalkan "kertas chai" utk memudahkan perwakilan memilih nama-nama yg sudah mendapat restu "ulamak" tersebut.

[4] Malam hari pertama itu juga, pasti TG sudah mendapat maklum, bahawa semua nama dlm pilihan chai tersebut telah menang total, dan semua nama2 yg dianggap perosak dan pemusnah PAS (ie: dikatakan berselindung spt bongkah ais) oleh menantu TG sendiri, telah kalah semuanya, yg membawa erti semua susuk perosak tersebut bakal tiada lagi di keliling TG dan di dalam mesyuarat PAS.

[5] Dan saya yakin, TG masih ingat jelas pada esoknya, 5/6/2015 iaitu hari kedua muktamar, TG turun dari pentas bersama seorg chai yg baru menang, dan TG arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar utk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dgn DAP" itu.

Tuan Guru yg dihormati,

[6] Saya yakin, TG cukup faham, seperti ucaputama TG sendiri bahawa Muktamar adalah badan syura tertinggi dlm PAS melangkau semua keputusan2 lain dlm parti. Dan sejak Muktamar 2008 telah membuat satu keputusan yg sgt tegas, ie, wajib kekalkan tahaaluf siyasi sebab keuntungan dakwah untuk PAS yg begitu banyak. TG faham, dalam muktamar itu adanya segala macam bijak pandai dan cendekiawan agama, termasuklah ulamak dan Majlis Syura Ulamak, JK PAS Pusat, Dewan-dewan, dan juga hampir 2000 perwakilan yg merupakan pembuat keputusan utk parti. Mereka hadir dgn amanah ahli utk membuat keputusan, bukan dicucuk hidung atau dipaksa berdiam diri.

Tafsiran tahaluf siyasi Najib-Hadi pra-matang – Zahid

Pertemuan itu hanya langkah menyatukan penganut dalam membina imej agama Islam yang baik.
najib dan hadi zahid
PETALING JAYA: Masih terlalu awal mentafsirkan pertemuan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke arah tahaluf siyasi (kerjasama politik).
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak tafsiran pra-matang yang berlegar sekitar pertemuan itu, dan berkata interaksi dua presiden itu hanya langkah pertama untuk menyatukan penganut dalam membina imej agama Islam yang baik.
“Jangan tafsirkan dengan pelbagai tafsiran mengenai pertemuan berkenaan. Soal mengadakan tahaluf siyasi itu terlalu awal,” katanya, memetik laporan Bernama pada Jumaat.
Beliau berkata demikian mengulas pertemuan antara Najib dan Hadi di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibu negara, pada Khamis.
“Kita sokong langkah Perdana Menteri menghulurkan tangan kepada sesiapa sahaja yang mahu berbaik-baik dan menegakkan Islam dengan tidak mengenepikan agama lain.
“Kita hendaklah memberi gambaran baik mengenai Islam dan harus terjemah makna Islam sebenar agar yang bukan Islam faham dan hormati kita,” katanya.

Pas Pahang anggap Hadi beri nasihat kepada PM

Multaqa alumni Al-Azhar rintis perpaduan Pas-Umno
ROMPIN – Pas Pahang menyangkal sebarang persepsi atau spekulasi di media sosial berkaitan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar 2015, kelmarin.
Ketua Penerangannya, Nazri Ahmad berkata, sejak awal Tuan Guru Abdul Hadi telah menzahirkan pendiriannya mempamerkan kematangan berpolitik dengan memanfaatkan keluasan ruang lingkup dakwah Islam itu sendiri.
Menurutnya, tindakan menghadiri majlis berkenaan juga merupakan satu pilihan untuk menyampaikan teguran dan nasihat kepada pemimpin negara selain satu bentuk penghormatan penganjur kepada beliau serta Pas secara amnya.
“Pada saya pelbagai persepsi dan spekulasi negatif yang wujud di media sosial ini disebabkan kedangkalan pihak tertentu untuk memahami pengertian dakwah Islam itu sendiri yang begitu luas.
“Apabila tidak tahu maka ia dijadikan isu picisan seperti ini. Pada hal jika dilihat dari sudut lain, penganjur yang juga merupakan sebuah NGO menjemput Perdana Menteri untuk menyampaikan ucapannya dalam masa sama turut menjemput Tuan Guru Abdul Hadi yang pada saya itu merupakan satu penghormatan kepada dirinya serta Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kehadiran dua pemimpin utama parti yang mewakili golongan Melayu dan Islam iaitu Umno dan Pas di satu pentas yang sama dengan pakaian sedondon di Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar 2015.

Kerjasama Umno, Pas bukan perkara baharu - Md Shukri

ALOR SETAR – Kesediaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan tangan kepada Pas dalam soal perpaduan sesama Islam bukanlah sesuatu yang baharu.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, sebaliknya ia adalah denyut nadi komuniti Umno selama ini.
“Cumanya, kesediaan kumpulan minoriti dari Pas sama ada hendak menerima ajakan itu tidak berapa deras (laju).
Md Shukri Shuib Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM “Apabila kumpulan majoriti sanggup menghulurkan tangan untuk bersilaturrahim secara lebih kukuh, janganlah pula kabilah minoriti bertindak menyepak (menampar) tangan yang dihulurkan itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kemungkinan besar akan wujud ‘syaitan’ yang cuba menggagalkan usaha kerjasama antara Umno dan parti Islam itu.
“Mereka yang gemar melihat Pas dan Umno terus bercakaran kini mungkin hilang kewarasan apabila mendapati dua ketua kabilah Melayu dapat bertemu dan mesra.
“Saya jangka akan ada ‘operasi khas’ dari kalangan kabilah lain dalam pembangkang bagi melagakan kedua-dua tokoh Pas dan Umno itu,” katanya.
Penganalisis politik itu berpendapat Najib dan Abdul Hadi perlu kental berpaut pada usaha perpaduan dan tidak mudah terjebak pada agenda ‘syaitan’ jika hendak membina perpaduan serta Islam antara Pas dan Umno.
“Nasihat saya, jika ada segelintir anggota parti yang menolak kerjasama Pas dan Umno, maka usah dihiraukan perkara itu.
“Sebaliknya teruskan perjuangan silaturrahim itu kerana mereka yang gusar dengan usaha tersebut merupakan agen politik ‘syaitan’ yang cuba kekalkan legasi penjajah yang mahu melihat Melayu dan Islam berpecah,” katanya.
Sebagai usaha awal, beliau mencadangkan supaya Umno dan Pas dapat mengadakan acara kecil-kecilan secara bersama di akar umbi bagi meraikan kerjasama baik dan murni itu.
“Acara bagi menambat kemesraan kedua-dua parti di peringkat cawangan perlu mula digerakkan sekarang,” katanya.

Kerjasama Umno-Pas: Jangan kaitkan DAP - Guan Eng

Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta beliau tidak dikaitkan dengan kerjasama Pas dan Umno kerana ia adalah hal keluarga kedua-dua parti itu.
Beliau berkata, laporan polis dibuat oleh Pengarah Komunikasi Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri, Yap Lee Ying berhubung mesej palsu yang menggunakan akaun Twitter miliknya.
“Dari senarai mesej dalam akaun Twitter saya, mesej palsu tidak dipaparkan. Ini menunjukkan, saya atau Lee Ying sebagai admin yang menguruskan laman media sosial saya tidak pernah menulis perkara itu.
“Saya tidak pernah mengeluarkan mesej berhubung kerjasama Pas dan Umno. Janganlah kaitkan saya dalam hal ini. Saya tidak mahu masuk campur kerana ini hal keluarga Pas dan Umno,” katanya kepada media di sini, semalam.
Menurutnya, maklumat ini adalah palsu dan berniat jahat kerana cuba mengaitkannya dengan kerjasama yang dijalinkan Umno dan Pas.
“Saya tidak pernah keluarkan komen apabila Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tawar untuk adakan kerjasama dengan Pas. Bagi saya, itu hal mereka, jangan kaitkan saya dan DAP dalam hal ini,” katanya.
Guan Eng berkata, tindakan itu adalah taktik kotor sengaja mengheretnya dalam isu Pas dan Umno.
“Sejak perhimpunan agung Umno 2015, saya tidak pernah keluar kenyataan berhubung kerjasama kedua-dua parti itu. Saya hanya sebut MCA kerana ia salahkan saya apabila Umno dan Pas bekerjasama,” katanya.

Kekalkan Status Quo Jika Umno - PAS Bekerjasama

Oleh Zabidi Hj Said
Cubaan menimbulkan kembali sejarah perselisihan faham antara PAS dan UMNO hanya akan menjejaskan agenda perpaduan ketika ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.ebaliknya, kata beliau, kedua-dua parti itu perlu mula memandang ke arah permuafakatan supaya ia dapat menjamin kepentingan umat Islam di negara ini.

"Kenapa perlu gali dan selongkar segala isu-isu lama, yang hakikatnya generasi sekarang tak pernah ada dalam zaman itu, bahkan majoriti pemimpin sekarang tak ada dalam 'baggage' itu, sejarah itu.

"Kalau kita nak cakap soal perpaduan, permuafakatan itu yang paling penting. Kedua-dua pihak harus berlaku jujur dan ikhlas dan tak perlu lagi membicara soal kelemahan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menutup Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai sikap sesetengah pihak yang seolah-olah tidak senang dengan agenda perpaduan antara dua parti politik itu, dan sengaja menimbulkan kembali perkara-perkara yang menjadi titik tolak pertelagahan antara PAS dan UMNO.

Timbalan menteri itu berpendapat UMNO dan PAS masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri, dan adalah lebih baik kiranya kedua-dua parti politik itu menumpukan usaha untuk bergerak ke arah perpaduan seperti yang dituntut dalam syariat Islam.

Bagi saya, jika Umno dan PAS mahu bekerjasama dalam politik pada PRU akan datang, maka kekalkanlah status quo. Jika Umno menang 17 kerusi DUN dan PAS menang 15 kerusi DUN di Terengganu maka pembahagian kerusi tetap 17, 15. Maknanya PAS tidak boleh bertanding di 17 kerusi Umno sebaliknya biar Umno lawan Amanah atau PKR. Begitu juga Umno tidak boleh bertanding di kerusi PAs, biar PAS lawan Amanah atau PKR.

Analisis: Sukar untuk Umno-Pas bekerjasama dalam masa terdekat

mohd azizuddin mohd sani
Penganalisis politik UUM, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata Umno akan menghadapi tentangan daripada parti-parti komponen Barisan Nasional yang tidak bersetuju untuk menerima Pas ke dalam gabungan berkenaan.
KUALA LUMPUR, 19 Disember:
Kerjasama politik antara Umno dan Pas dilihat sukar untuk direalisasikan dalam masa terdekat kerana kedua-dua parti berkenaan menghadapi kekangan di peringkat dalaman.
Penganalisis politik UUM, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata Umno akan menghadapi tentangan daripada parti-parti komponen Barisan Nasional yang tidak bersetuju untuk menerima Pas ke dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, sekiranya Pas diterima masuk ke dalam BN mungkin parti tersebut akan diminta supaya menggugurkan perjuangan negara Islam dan juga pelaksanaan hukum Hudud di negara ini yang mana sudah pasti sukar untuk diterima oleh parti Islam berkenaan.
“Dalam Pas pula sudah pasti akan ada tentangan di peringkat akar umbi kerana masih ramai yang mengenang kepada pegangan Almarhum Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat yang menentang kerjasama dengan Umno sehingga ke akhir hayat beliau.
“Di samping itu akan timbul isu di Selangor sekiranya ada kerjasama dengan Umno yang mana apakah perlu dilakukan dengan kedudukan Pas dalam kerajaan negeri sedangkan telah ada hubungan dengan Umno.
“Oleh itu saya melihat buat masa sekarang Umno dan Pas masih belum boleh bergabung dalam satu komponen tetapi mungkin boleh katakan bergerak atas isu bersama seperti agenda Islam dan Melayu dan kekangan itu perlu diselesaikan dalam masa setahun dua ini sebelum menjelang pilihanraya akan datang samada untuk mengumumkan gabungan berkenaan atau bergerak secara berasingan untuk dapatkan persetujuan ahli dan parti komponen,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post di sini hari ini.

Laporan akhir 1MDB tangguh Februari 2016

PJ Utara MP Tony PuaLaporan akhir Ketua Audit Negara berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini akan hanya siap, pada Februari tahun depan.
Ahli PAC, Tony Pua, berkata punca kelewatan itu adalah kerana Ketua Audit Negara masih belum menerima beberapa dokumen tertentu.
“Kami diberitahu bahawa mereka (Jabatan Audit Negara) baru sahaja menerima beberapa dokumen tetapi masih belum mendapatkan dokumen lain yang dijanjikan kepada mereka,” katanya memetik laporan Malaysia Kini.

Bagaimanapun, katanya PAC tidak diberitahu apa dokumen yang masih hilang untuk melengkapkan laporan audit ke atas 1MDB itu.
“Kami dimaklumkan bahawa laporan itu akan siap, pada Februari,” katanya.
KUALA LUMPUR 13 February 2015. Interview with President & Group Executive Director 1MDB, Arul Kanda. NSTP/Yazit RazaliBeliau enggan mendedahkan jika Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang hadir pada pendengaran PAC hari ini ada menjelaskan sebab ketidakupayaan syarikat milik kerajaan itu mengemukakan dokumen terbabit.
Sebelum ini, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin, berkata laporan akhir Ketua Audit Negara dijangka dibentangkan kepada PAC, semalam.

Katanya, terdapat beberapa individu lain dalam senarai PAC untuk dipanggil semula termasuk bekas Presiden 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Ambiga: 'MKN undang-undang terburuk pernah saya lihat'



Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 merupakan undang-undang berbahaya kerana membenarkan kerajaan mengambil tindakan keras walaupun terhadap ancaman yang bersifat "tanggapan" dan "mungkin".
Diluluskan di Parlimen dua minggu lalu dan akan dibahaskan di Dewan Negara minggu depan, ia membolehkan pasukan keselamatan menggunakan kekerasan munasabah terhadap "ancaman yang bersifat tanggapan" dan ia sesuatu yang tidak boleh diterima, kata peguam kanan Datuk S Ambiga.
"Ia bahagian undang-undang yang paling teruk yang pernah saya lihat. Ini bukan mengenai keselamatan, ini adalah tentang rasa tidak selamat dan kuasa.
"Tentera berurusan dengan ancaman yang sebenar, ancaman yang berada pada kedudukan yang tinggi, bertindak terhadap musuh atau terhadap niat yang dimiliki musuh.
"Rang undang-undang MSN tidak menyebut tentang ancaman yang sebenar; ia hanya tentang sesuatu yang dianggap sebagai ancaman dan kemungkinan ancaman," katanya.
Bekas presiden Majlis Peguam itu juga mendakwa, di bawah akta yang dicadangkan itu juga, tentera boleh digerakkan walaupun ancaman tersebut bersifat ekonomi.
Pada 3 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan Akta MKN 2015 yang memberi kuasa meluas kepada majlis tersebut menangani isu-isu keselamatan negara.
Ia termasuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan keselamatan jika pihak berkuasa yakin terdapat kemungkinan ancaman keselamatan terhadap rakyat, wilayah, infrastruktur utama dan ekonomi negara.

Ringgit dijangka diniaga sehingga 4.35 berbanding dolar AS minggu depan


Ringgit dijangka diniagakan dalam julat antara 4.25 dan 4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan mata wang asing itu susut susulan kenaikan kadar faedah oleh AS. Ketua Penyelidikan Mercury Securities, Edmund Tham berkata terdapat kesan yang sedikit ke atas pergerakan pasaran susulan pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
"Berita mengenai kenaikan pasti berkenaan berlegar dalam pasaran sejak sekian lama dan pengumuman mengenainya memberi kesan kecil ke atas mata wang tempatan kita.

"Saya yakin tiada banyak pergerakan dalam tempoh dua minggu akan datang memandangkan pasaran masih memerlukan pemangkin untuk merangsang mata wang kita," katanya. Fed akhirnya mengakhiri era kadar faedah hampir kosong di AS yang bermula pada Disember 2008 ketika pasaran kewangan global dibelenggu krisis.
Peniaga berkata bagi minggu yang baru berakhir, ringgit berada dalam jajaran kecil berbanding dolar AS di tengah-tengah ketiadaan pemangkin baharu yang mendorong pelabur memilih dolar AS.
Bagaimanapun, mata wang serantau termasuk ringgit akan terus mengalami tekanan menurun disebabkan harga minyak mentah dan komoditi yang rendah dalam jangka pendek, kata peniaga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kerajaan akan menyemak semula Bajet 2016 jika harga minyak mentah terus kekal rendah.
Kerajaan merangka bajet tersebut berdasarkan andaian minyak mentah Brent akan mencapai purata AS$48 setong tahun depan, namun pada tengah hari Khamis, ia diniagakan sekitar AS$37 setong.
Harga minyak mentah Brent susut AS$1.26 kepada AS$37.19 setong disebabkan lebihan bekalan global.

Parlimen EU gesa siasatan skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion telus dan adil


Parlimen Kesatuan Eropah (EU) menggesa Putrajaya bersikap lebih telus dan adil dalam siasatan membabitkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. EU dalam resolusi mereka turut menggesa Putrajaya bersikap lebih adil terhadap isu membabitkan hak asasi manusia, serta menyuarakan kebimbangan mereka terhadap hak-hak komuniti lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) serta hak-hak asasi manusia di Malaysia.
"Melalui resolusi itu, EU menyertai badan global termasuk Transparency International dan media termasuk penyiasat dari Hong Kong, Singapura, Switzerland, United Kingdom, dan Amerika Syarikat (AS) supaya kerajaan Malaysia menggesa siasatan terhadap 1MDB.

"Berhubung dakwaan rasuah, EU menggesa agar ‘siasatan bebas dan adil’ dan kerajaan tidak seharusnya menekan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan media," kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim. Pemimpin DAP itu dalam kenyataannya berkata, resolusi itu memalukan negara dan jika tidak ditangani, Malaysia berisiko menjadi "negara pariah".
"Hari demi hari, skandal 1MDB yang tidak diselesaikan akan memberikan nama buruk kepada Malaysia di peringkat antarabangsa."
Resolusi itu turut menyentuh berhubung penggunaan Akta Hasutan 1948, serta sekatan perdebatan umum dan pengucapan bebas.
Selain itu ia menyentuh Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baru diluluskan di Parlimen sebelum ini.
"Di bawah Akta Hasutan sendiri menyaksikan sekurang-kurangnya 78 disiasat atau didakwa sejak awal 2014," kata resolusi itu.
EU turut membangkitkan penahanan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat pada Februari 2015 dan menurut mereka "pendakwaan berasaskan politik" serta mengakibatkan pendakwaan jenayah yang tidak mematuhi standard perbicaraan antarabangsa.
"Beliau turut dinafikan hak mendapatkan rawatan perubatan."

Rang undang-undang MKN buka jalan kepada rampasan kuasa terbalik, kata peguam

Peguam Matthias Chang mendakwa, perdana menteri boleh mengisytiharkan darurat dan menggunakannya untuk tidak mengadakan pilihan raya umum. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 18 Disember, 2015. 
Peguam Matthias Chang mendakwa, perdana menteri boleh mengisytiharkan darurat dan menggunakannya untuk tidak mengadakan pilihan raya umum. 

Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menjadi kontroversi ketika ini membuka jalan kepada sebuah "reverse coup d'etat" (rampasan kuasa terbalik) di mana kerajaan boleh mengawal tentera supaya ia dapat terus berkuasa selama-lamanya, peguam Matthias Chang memberi amaran malam ini. Beliau yang merupakan salah seorang pengkritik Datuk Seri Najib Razak mendakwa, perdana menteri boleh mengisytiharkan darurat dan menggunakannya untuk tidak mengadakan pilihan raya umum.
"Satu-satunya matlamat undang-undang ini ialah untuk membolehkan satu 'reverse coup d'etat' dilakukan. Hujah undang-undang dan bantahan kita terhadapnya tidak relevan," kata Chang yang sebelum ini ditahan di bawah undang-undang anti keganasan.

"Ini modus operandi kerajaan dan mereka tidak kira sama ada ia menyalahi undang-undang atau bertentangan dengan perlembagaan. "Di bawah rampasan kuasa biasa, tentera mengambil alih kerajaan. Tetapi dengan undang-undang ini, tentera diambil alih dan digunakan kerajaan," kata Chang pada sebuah forum mengenai rang undang-undang MKN di Kuala Lumpur malam ini.
Beliau pada September lalu ditangkap berhubung kempennya menentang firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Najib.
Najib ketika ini menghadapi tekanan agar meletak jawatan kerana skandal 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion.
Beliau menafikan terlibat dalam sebarang salah laku tetapi dalam masa sama cuba menutup mulut pengkritiknya.
Chang sebelum ini menemani bekas naib ketua bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan terhadap 1MDB dengan agensi anti pengubahan wang haram di beberapa negara.
Kedua-duanya kemudiannya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Perpaduan Melayu bukan sahaja hanya PAS dengan Umno

Mohd Sayuti Omar


Cadangan Al Alumni Azhar untuk menubuhkan jawatankuasa sebagai pihak ke-3 untuk membentuk platform penyatuan Umno dengan PAS, bukan perkara sukar dilakukan. Sebelum ini pun berbagai jawatankuasa atau pun entiti, dan individu  berusaha untuk menyatukan kedua parti berkenaan demi kepentingan bersama tetapi gagal.
Bahkan ada golongan agamawan termasuk mufti juga pernah berusaha ke arah itu, sehingga ada seorang mufti sanggup berkereta di waktu malam dalam hujan lebat semata-mata untuk melihat wujudnya kerajaan bersama di antara PAS dengan Umno pada tahun 2008, tetapi ia juga gagal.
Untuk merealisasikan kerjasama yang indah itu, ia bukan boleh diimplimen oleh jawatankuasa atau pun mana-mana pihak dengan menjadi mediator. Orang ke-3 hanya boleh menyata dan melaungkan keindahan natijah penyatuan itu.

Titik tolak akhir yang akan menentukan apakah kerjasama itu jadi, wajar atau tidak ialah ahli parti itu sendiri. Ahli yang berhak menyuarakan dan menentukan apakah agenda itu cukup penting atau sebaliknya. Mungkin pemimpin PAS yang sudah "segotel" (sepakat) bersetuju untuk bekerjasama dengan Umno. Tetapi penerimaan ahli masih belum terjawab.
Perlu diingatkan bilangan ahli berbanding dengan pemimpin jauh lebih ramai. Pemimpin PAS termasuk wakil rakyat tidak sampai 1,000 orang tetapi ahli yang menjadi pengundi dan berhak ke atas parti mereka melebihi 1 juta.
Mungkin pemimpin yang kini ada kedudukan atau pernah bersama minum sirap selasih dengan tokoh besar Umno sudah melupai kepedihan apa yang Umno lakukan kepada PAS, tetapi ahli di bawah mungkin masih mengingati dan merasai kepedihannya yang mencucuk hingga ke sum-sum.
Jika PAS sudah rasa terdesak untuk bersatu dengan Umno, jalan terbaik bagi PAS ialah memanggil muktamar khas menentukan agenda kerjasama ini. Mandat daripada ahli perlu diambil sepenuhnya.
Sebagai sebuah parti, sebarang resolusi penting perlulah daripada ahli yang membayar yuran. Keputusan sebesar itu, bekerjasama dengan Umno tidak boleh dilakukan secara ad hoc atau veto presiden.
Jawatankuasa yang dicadangkan itu, tidak berkeupayaan untuk merealisasikan kerjasama itu kalau setakat hanya meletakkan para pemimpin PAS dan Umno di atas satu pentas dengan memakaikan baju sedondon.
Perkara paling penting ahli parti itu kena difahamkan sedalamnya akan tujuan, matlamat dan faedah penyatuan itu. Jauh dari itu juga menggali apakah muslihat Umno dan juga pihak yang beria mahu menjayakannya. Janganlah membuat kerja sia-sia berulang kali.
Ingin saya sebut dan ulang lagi, kalau benar mana-mana pihak ingin memadukan Melayu dalam satu wadah dan fahaman demi kepentingan bersama, entiti atau kumpulan politik bukan diambil daripada Umno dan PAS sahaja. Ia juga haruslah ikut sama mengundang kumpulan politik lain, dalam hal ini PKR dan Amanah misalnya. Apakah dalam kamus pihak penganjur  PKR dan Amanah bukan parti Melayu dan Islam?

UMNO, PAS PERLU BUAT REFERENDUM SEBELUM JALIN KERJASAMA

Antara UMNO dengan Pas,  parti manakah  yang ingin sangat untuk bekerjasama?

Antara Najib Razak dengan Hadi Awang pula, siapakah yang paling mahu jalinan  kerjasama itu?

Siapakah yang lebih mendapat manfaat jika kerjasama itu menjadi kenyataan - Najib dan UMNO atau Hadi dan Pas?

Adakah kedudukan Melayu dan Islam benar-benar mendapat untung daripada kerjasama itu?

Barangkal soalan-soalan diatas adalah pertanyaan lazim mengenai kerjasama UMNO dengan Pas yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Walaupun mungkin  ramai yang mengatakan Najib yang lebih ke depan penonjolannya dari segi inginkan kerjasama itu, terutama bagi menyelamatkan survival politiknya, terdapat juga sebilangan yang lain menyatakan bahawa Pas juga perlukan kepada kerjasama tersebut untuk masa depannya.

Dalam konteks Najib dan UMNO, keperluan kepada kerjasama itu sangat mudah difahami berikutan serangan daripada Tun Mahathir Mohamad yang berterusan sejak sekian lama dan pelbagai isu yang melanda negara lebih memungkinkan parti itu bakal kehilangan kuasanya dalam pilihanraya akan datang ini.

Berdasarkan perkembangan semasa, hanya dengan menjalin kerjasama bersama Pas sahajalah yang memungkinkan Najib dan UMNO boleh terus kekal menggenggam kuasa.

Bagi Pas pula, perlunya kerjasama ini hanya dilihat untuk memulihkan imejnya yang berpecah dengan kumpulan progresif sehingga tertubuhnya Amanah dan juga berikutan keputusannya tidak mahu menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Hadi yang kepimpinannya paling dipertikaikan sejak kebelakangan ini sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kepada musuh-musuhnya bahawa Pas yang diterajuinya masih lagi menjadi buruan dalam penentuan kuasa dalam negara ini.