Jumaat, 18 Disember 2015

No GE14, if NSC Act enforced, says Matthias Chang

The government was already laying the groundwork needed to get public support for the National Security Council Bill.

KUALA LUMPUR: The National Security Council (NSC) Bill is a method, a reverse coup d’etat, and if passed, there may be no General Election in 2018.
This was the claim made by senior lawyer Matthias Chang who ventured at a forum on the NSC Bill on Friday that the proposed legislation was the Najib Abdul Razak-led government’s way of a “reverse coup d’etat” which will ensure it remains in power.
“Normally a coup d’etat refers to a military seizing power but a reverse coup d’etat was when the government takes all the power for themselves,” he said. “It (the government) knows that 80 per cent of the key people in key institutions are against them.”
“So, to prevent those people who have authority from exercising power (against the government), they cannot be allowed to take any action that will be a threat to the power structure.”
The “people”, clarified Chang, are the police and military who under the Bill, will no longer answer to the Council of Rulers, but to the Prime Minister instead.
Despite being a strong opponent of the proposed legislation, Chang theorized that no matter what, it will be enacted as the government has already laid out the groundwork to win public opinion. This, he cautioned, will be done through a “false flag operation”.
“All these objections will mean nothing if tomorrow a huge explosion takes place right in Kuala Lumpur. A man-made assassination.”
National Human Rights Society President, Ambiga Sreenevasan one of the speakers at the forum, agreed with Chang. She added that it would not be a surprise if once the NSC Bill was enacted, the 2018 General Election was postponed indefinitely.
“He can declare emergency whenever he wants,” said Ambiga. “He can use that as an excuse to stop the next GE from taking place.”
“It’s his way of remaining in power,” she told reporters on the sidelines of the forum.

Pesara tentera dihalang bercakap mengenai rang undang-undang MKN

Pengerusi bersama hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo, memberitahu hadirin, Leftenan Kolonel (B) Mohamad Daud Sulaiman diarahkan TUDM supaya tidak menjadi ahli panel dalam forum bertajuk ‘Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara – rantaian arahan dikompromi?’. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 18 Disember, 2015. 
Pengerusi bersama hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo, memberitahu hadirin, Leftenan Kolonel (B) Mohamad Daud Sulaiman diarahkan TUDM supaya tidak menjadi ahli panel dalam forum bertajuk ‘Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara – rantaian arahan dikompromi?’. 

Angkatan Tentera Malaysia bertindak menghalang seorang pegawai bersara daripada bercakap pada sebuah forum mengenai Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN), undang-undang kontroversi yang menurut kumpulan masyarakat sivil akan meletakkan pasukan tentera di bawah kawalan perdana menteri. Penganjur forum itu berkata, Leftenan Kolonel (B) Mohamad Daud Sulaiman menerima arahan pada saat akhir untuk tidak berucap pada program anjuran Majlis Peguam itu di Kuala Lumpur malam ini.
Daud, bekas penasihat undang-undang dan dasar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dijadualkan menjadi ahli panel pada forum bertajuk "Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara – rantaian arahan dikompromi?".

Rang undang-undang itu diluluskan Dewan Rakyat dan akan dibahaskan di Dewan Negara pada sesi kali ini. Pengerusi bersama hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo, memberitahu hadirin, Daud diarahkan TUDM supaya tidak menjadi ahli panel untuk program itu malam ini.

PAS, pergilah bersatu dengan Umno......

Riesya H

Alhamdulillah, sudah terang lagi bersuluh. Resolusi sudah dibuat. Resolusi bukan daripada sebarang resolusi. Bukan daripada rakyat marhaen. Ini resolusi dari sekalian barisan mufti, kadi, hakim dan pemimpin.
Hakim dan pemimpin bukan sebarang pemimpin. Ini pemimpin keluaran Universiti Al Azhar, Mesir yang tersohor itu. Resolusi menyeru Umno dan PAS untuk bersatu.
PAS, pergilah bersatu

Jangan diremehkan resolusi dari orang besar, berjubah besar dan berserban besar sebegini. Jangan pula dihina presiden PAS. Bukan sebarang presiden, tetapi presiden bertaraf naib ketua ulama antarabangsa.
Jangan juga dihina perdana menteri yang sudah mencemar duli turun berbaju sedondon meraikan martabat presiden PAS.
PAS, pergilah bersatu
Kawan di sana sudah lama menunggu. Tidak manis membuat orang menunggu. Bak kata pepatah orang tua, jangan ditunggu lama-lama, nanti berputih mata.
PAS, pergilah bersatu
Demi nama Melayu. Demi nama Islam. Demi nama Bumiputera.
Usah dihiraukan bab RM2.6 bilion. Usah dirisaukan bab 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Usah dirisaukan bab rang undang-undang. Usah dirisaukan bab Akta Pencegahan Keganasan (Pota).
Usah dirisaukan bab negara yang bakal bankrap. Atau rakyat hidup merana macam kucing kurap. Mencari rezeki dengan getah sekerap. Sekadar rezeki agar anak tidak merempat.
Usah dirisaukan bab rakyat Kelantan yang belum ada rumah, dek hanyut dibawa banjir. Usah dihiraukan banjir bakal melanda lagi.
Usah dihiraukan keluhan graduan yang masih menanam anggur, menjual burger untuk hidup. Atau terbeban berfikir membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).
Usah dihiraukan rakyat yang terseksa. Angkara kos hidup yang tak kenal siapa. Demi nama Melayu, usah dihiraukan itu semua.
Janji Melayu di sana diselamatkan. Ingatlah, mereka di sana sedang nazak. PAS, pergilah bersatu. Umpama hulubalang penyelamat yang membawa talian hayat.
PAS, pergilah bersatu
Bersama parti Melayu bersekutu. Mana tahu, untung sabut, PAS jadi laku. Dapat sebarang 2 atau 3 jawatan menteri besar. Atau pun 5 atau 6 jawatan menteri dan timbalan menteri. Atau 5 atau 6 duta. Atau menjadi pengarah jabatan agama.
Apalah yang nak disayangkan dengan jawatan beberapa Exco di Selangor, atau penasihat agama di agensi kerajaan negeri. Setakat gaji RM28,000, kawan sana mampu memberi lebih dari itu. Bukan setakat sebiji, hendakkan 3 biji BMW pun bisa diatur.
PAS, pergilah bersatu
Usah dirisaukan pengikut yang beberapa kerat itu. Pandai-pandailah mereka nak hidup atau membawa diri.
Yang pasti, ada wala’un-wala’un yang sanggup terjun kelautan api. Demi arahan pimpinan yang suci. Pimpinan yang sering bermimpi berjumpa Nabi. Mana boleh diingkari sesuka hati ataupun pemimpin yang berjubah berserban. Mana bisa di biarkan berseorangan. Yang pasti, akan ada yang sehidup semati.
PAS, pergilah bersatu

Kuala Lumpur turut haramkan vape

DBKL kini tidak lagi menerima permohonan daripada peruncit, sekali gus, mengharamkan penjualan bahan alternatif kepada rokok itu di Wilayah Persekutuan, kata Pengarah Jabatan Pelesenan dan Peniaga Kecil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ibrahim Yussof. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015. 
DBKL kini tidak lagi menerima permohonan daripada peruncit, sekali gus, mengharamkan penjualan bahan alternatif kepada rokok itu di Wilayah Persekutuan, kata Pengarah Jabatan Pelesenan dan Peniaga Kecil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ibrahim Yussof.  

Pihak berkuasa di Kuala Lumpur tidak lagi akan mengeluarkan lesen kepada peniaga rokok elektronik atau vape, sekali gus mengikut jejak langkah Johor dan Kelantan.
Pengarah Jabatan Pelesenan dan Peniaga Kecil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ibrahim Yussof berkata, ia kini tidak lagi menerima permohonan daripada peruncit, sekali gus, mengharamkan penjualan bahan alternatif kepada rokok itu di Wilayah Persekutuan.
"DBKL tidak akan menerima sebarang permohonan daripada peniaga vape dan tidak akan mengeluarkan lesen. Baru-baru ini, permohonan seorang peniaga ditolak," kata Ibrahim dalam mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ibrahim berkata, pengurusan tertinggi DBKL masih lagi sedang membincangkan apa yang perlu dilakukan dalam kes peruncit sedia ada. Pihak berkuasa Johor sebelum ini mengharamkan penjualan vape selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengarahkan penutupan kedai vape berkuat kuasa 1 Januari.
Di Kelantan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood dilaporkan berkata, 350 pengusaha di negeri itu mempunyai tempoh 14 hari, bermula 16 Disember, untuk menutup perniagaan mereka.
Susulan serbuan oleh Kementerian Kesihatan di kedai-kedai vape bulan lalu, Pertubuhan Entiti Vape Malaysia mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai cara-cara mengawal selia penjualan dan penggunaan rokok elektronik.
Tetapi, tidak dapat dipastikan hasil mesyuarat itu kerana negeri-negeri dilihat membuat keputusan berbeza berhubung vaping atas arahan pihak berkuasa tempatan masing-masing.

Pusat latihan golf YaPEIM telah ditutup

Tinjauan mendapati pusat latihan golf tersebut telah dikunci dan tiada lagi peralatan simulator golf melainkan hanya meja dan kerusi
input-yapeim
PETALING JAYA: Pintu kaca premis yang didakwa menempatkan simulator golf milik agensi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berkunci, manakala kandungannya telah dikosongkan kecuali beberapa perabot dan sampah-sarap.
Krew FMT turun ke Menteri Business Park pada Jumaat untuk melihat sendiri simulator yang diuar-uarkan oleh National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW).
Hanya seorang penjaga tempat letak kenderaan yang berada di situ.
“YaPEIM ini macam nak buang duit,” kata Ishak Awang Kechik, yang menjaga kawasan itu sejak 13 tahun lepas.
“Saya tengok tiap-tiap hari, orang yang nak datang (ke pusat latihan) itu tidak ada. Cuma pekerjanya sahaja ada…dalam dua, tiga orang,” katanya.
Menurut Ishak lagi, Pusat Latihan Input Golf itu telah ditutup antara bulan Jun dan Julai lalu, serta peralatan-peralatan sukan juga telah dipindahkan dan premis itu terbiar kosong.
Sementara itu, penghuni bangunan berhampiran yang enggan dikenali mengesahkan dakwaan Ishak.
“Pusat Latihan itu dah tutup dalam pertengahan tahun lalu,” katanya.
Pada Khamis, Pengarah NOW Akmal Nasir mendakwa hasil penelitian penyata kewangan berakhir 31 Disember 2014 mendapati agensi YaPEIM iaitu Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn Bhd (INPUT) memiliki peralatan simulator golf.
Pada hari yang sama, Kelab Penyokong Yayasan yang dipercayai diwujudkan di Facebook untuk memberi penerangan isu-isu YaPEIM berkata simulator golf itu sebahagian daripada skim untuk mengumpul dana.

‘Proton Mahathir lebih bermasalah daripada 1MDB Najib’

Berbanding dengan Proton, firma pelaburan 1MDB, idea bermasalah cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah ancaman jauh lebih kecil, kata sebuah portal pro-Umno.
Dari segi model perniagaan yang tulen, Mykmu.net menyifatkan idea Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan Malaysia sebagai negara pembuat kereta sudah hancur lebih teruk dari MDB.
“Kegagalan 1MDB mungkin hanya akan merugikan kerajaan beberapa bilion. Kerajaan lebih banyak rugi dalam isu Proton, Perwaja, Forex dan MAS berbanding 1MDB,” katanya.
Bagi Najib, portal itu berkata "kesilapan terbesar" perdana menteri adalah bersetuju dengan permintaan Mahathir agar Proton dijual kepada tokoh perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari.
Najib, kata artikel itu sepatutnya membenarkan idea Proton diambil alih oleh syarikat kereta yang sudah terkenal dengan syarat mengekalkan vendor dan pekerja sedia ada.
Jika ini dilakukan, Mykmu berkata, sungguhpun negara menutup jenama Proton namun industri automotif negara kekal berkembang dan industri-industri hiliran Proton kekal mempunyai perniagaan.
“Malangnya, Najib tiada keberanian politik menolak cadangan Mahathir kerana tidak mahu dituduh sebagai perosak jenama Proton,” katanya.
Menurut portal itu, walaupun Proton ditutup sekarang, Syed Mokthar masih akan mendapat keuntungan kerana aset, terutamanya tanah yang dimiliki oleh Proton, teknologi dan rangkaian perniagaan sedia ada akan kekal milik jutawan itu.
“Namun apabila ini berlaku kerajaan akan menanggung beban politik besar dari segi ekonomi, pekerjaan dan industri automotif,” katanya.

Najib kata "saya faham kos sara hidup rakyat"....tapi laki bini terus bermewah..!!!

Kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan bagi meringankan beban rakyat.
najib,ringgit
PETALING JAYA: “Saya amat memahami isu kos sara hidup rakyat,” itulah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jelasnya, Kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan bagi meringankan beban rakyat. Namun atas faktor-faktor tertentu, kenaikan harga sesetengah barangan tidak dapat dielakkan.
“Pertama sekali, adalah faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara.
“Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan Kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30bilion pada tahun hadapan.
“Maka sukarlah untuk Kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi,” tulisnya di blog.
Katanya lagi, apabila pendapatan negara berkurangan, para pelabur akan menjual Ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.
“Kesannya, nilai Ringgit kita menguncup menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal. Jika dilihat, trend Ringgit kita hampir selari dengan trend harga minyak,” jelasnya.
Disebabkan kenaikan beberapa harga barangan, Najib menyatakan ada pihak tertentu cuba menyalahkan Kerajaan semata-mata.
Walhal Kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran.
“Contohnya, Kerajaan telah mengumumkan diskaun-diskaun khas pengangkutan awam baru-baru ini.
“Kerajaan juga sedang meneliti langkah-langkah lain yang perlu dan mampu dilakukan oleh kita,” katanya lagi.

Adun Meru pertahan Umno ‘halau’ petugas PAS keluar pusat pemindahan banjir

Dr Rani menziarahi salah seorang mangsa banjir yang berehat dalam khemah yang disediakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru sebelum petugas PAS diarahkan keluar dari situ. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015. 
Dr Rani menziarahi salah seorang mangsa banjir yang berehat dalam khemah yang disediakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru sebelum petugas PAS diarahkan keluar dari situ.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman, mempertahankan kenyataannya semalam yang petugas PAS di sebuah pusat pemindahan banjir di Meru, Klang diarahkan keluar dari pusat itu oleh Umno melalui ketua bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah.
Beliau berkata demikian mengulas penafian oleh timbalan Faizal, Datuk Saroni Judi, yang dilaporkan hari ini berkata, dakwaan itu tidak benar dan hanya salah faham, kerana kedua-dua pihak sedia maklum tempat itu perlu dikosongkan bagi persiapan majlis perkahwinan Sabtu ini
"Demi Allah, saya berkata benar. Memang saya sendiri diarahkan berbuat demikian. Allah saksi saya, dan ada juga orang lain yang jadi saksi.

"Faizal menarik tangan saya ketepi ketika lawatannya ke situ dan membuat arahan itu. Dia membuatnya dengan cara baik dan meminta maaf terlebih dahulu.  "Dia kata, itu arahan pihak atasan kerana sekolah itu di bawah kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri. Ia disaksikan sendiri penyelaras Umno DUN Meru, Mukhris Jaafar," kata Dr Rani kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, beliau menolak kenyataan Saroni yang menafikan dakwaan mereka menghalau petugas Unit Amal yang membantu mangsa banjir di Dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru pada Rabu.
Menurut Dr Rani, mereka memang tahu dewan itu akan digunakan untuk kenduri kahwin Sabtu ini dan sudah sedia untuk berpindah sebelum tarikh itu.
"Kami menggunakan dewan sekolah ini sejak Ahad lalu sebagai pusat perpindahan kerana Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedang dibaik pulih.
"Namun selepas ini, kami tidak akan lagi menggunakan dewan sekolah di bawah kerajaan pusat, tetapi akan menggunakan dewan sekolah agama dan masjid sebagai pusat perpindahan banjir, selain Dewan MPK," katanya.

Komponen BN tolak hudud, Umno diam sahaja?

Muzakarah
SHAH ALAM – Tindakan parti komponen BN seperti MCA yang terang-terangan menolak pelaksanaan hudud akan terus dibiarkan bagi memastikan kerukunan perhubungan antara Umno dengan rakan-rakannya.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa,  pemimpin-pemimpin tertinggi Umno juga akan berdiam diri mengenai isu itu.
“Saya tidak fikir mana-mana entiti di dalam Umno akan membantah perbuatan parti komponen mereka ini. Bahkan pimpinan tertinggi Umno pun pasti akan berdiam diri bagi memastikan rumah tangga BN aman damai.

“Justeru, pengundi-pengundi Umno dalam pilihan raya umum yang lepas sudah tentu dapat membuat penilaian yang terbaik, parti mana baik untuk umat Islam di negara ini,” katanya dalam kemas kini status di Facebook.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sekali lagi menghulurkan 'tali silaturahim' kepada Pas selepas berbuat demikian pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu.
Namun MCA yang merupakan rakan komponen Umno dalam Barisan Nasional menegaskan, Pas perlu menggugurkan agenda hudud jika mahu menyertai gagasan itu.

Protes ‘panas’ Ali Tinju - hanya 20 peserta hadir

Gerakan Merah isytihar Kompleks Kota Raya ‘panas’ petang ini

Peniaga tutup kedai bila tahu Ali Tinju datang

Mohd Ali meminta orang ramai memboikot Plaza Kota Raya selama setahun sebagai pengajaran kepada peniaga di situ.
ali-tinju
ali-tinju2KUALA LUMPUR: Para peniaga di Plaza Kota Raya di sini bertindak menutup kedai setelah mendapat tahu sekumpulan ahli Gerakan Merah datang ke tempat mereka.
Tinjauan FMT ke plaza berkenaan mendapati, hampir semua premis di bangunan berkenaan tutup dan hanya beberapa peniaga sahaja menjalankan aktiviti seperti biasa.
Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom ketika ditemui berkata, kehadirannya ke plaza berkenaan adalah sebagai respon terhadap kes seorang individu yang dilaporkan dikurung di dalam sebuah bilik kecil selepas enggan membeli telefon bimbit dari sebuah kedai di situ.
“Hari ini kita tahu ada seorang pembeli yang ditipu oleh peniaga. Jadi kami bangun untuk bela nasib mereka dan rakyat,” kata Mohd Ali yang juga dikenali sebagai Ali Tinju.
Bagaimanapun, Mohd Ali yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) menafikan kehadirannya ke plaza berkenaan untuk membuat huru-hura.
“Kami datang bukan untuk buat rusuhan, tidak pernah bawa api perkauman. Tiada perkauman, tiada pergaduhan. Saya datang hendak bela nasib rakyat,” katanya.
Mengulas lanjut, Ali meminta orang ramai supayamemboikot plaza berkenaan selama setahun.
“Saya beri teguran dan nasihat kepada segelintir kaum Cina. Bukan semua ada yang baik. Saya menyeru semua rakyat berbilang kaum boikot Kota Raya buat seketika.
“Boikot bagi mereka faham dan ambil tindakan berubah dari masa ke semasa. Kalau kita beli di sini (Kota Raya) maka peniaga bermegah dan hebat,” tegasnya.
Mohd Ali bagaimanapun dilihat tidak memasuki ke dalam plaza berkenaan sebaliknya, hanya berkeliaran di luar bangunan itu.

Protes ‘panas’ Ali Tinju - hanya 20 peserta hadir


Demonstrasi 'Gerakan Merah' yang didakwa "panas" seperti yang berlaku di Plaza Low Yat, Julai lalu akan berulang di Kompleks Kota Raya pada petang ini tidak menjadi kenyataan seperti yang dirancang.
Sebaliknya, hanya kira-kira 20 orang daripada gerakan tersebut yang hadir.
Pihak penganjur kemudiannya mengantikan protes itu dengan sesi sidang media dengan puluhan anggota polis serta media yang berada di kawasan berkenaan.
Pemimpin gerakan itu yang juga adalah Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom menyalahkan pihak media kerana didakwa memperbesarkan isu pihaknya ingin mengadakan "lawatan" ke kompleks membeli-belah tersebut.

"Bukan nak buat rusuhan. Itu salah. Saya sangkal sekerasnya. Kami tak pernah buat rusuhan dan nyalakan api perkauman dan kami perjuang nasib rakyat yang kecewa yang kena tipu," katanya.
Selain itu, ditanya mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengatakan kemungkinan perhimpunan petang ini "panas" seperti di Low Yat, Ali atau dikenali sebagai Ali Tinju berkata:
"Panas? Mana ada panas? Yang panas bila media keliling sekarang ini. Itu yang panas," katanya.
Bela rakyat, bukan gaduh
Ali berkata, kehadirannya pada petang ini hanyalah untuk menegakkan keadilan kepada pengguna yang tertindas oleh peniaga.
Katanya, gerakannya itu akan membela semua pengguna yang tertindas tanpa mengira kaum.
"Saya sebenarnya datang nak berjalan-jalan. Tak terfikir pun nak ke kedai tersebut sebab saya tahu tribunal pengguna dah ambil tindakan.
"Tak ada perkauman. Tak ada pergaduhan. Saya datang nak bela nasib rakyat bukan untuk pergaduhan," katanya lagi.
Sementara itu, Ali juga meminta supaya orang ramai memboikot Kompleks Kota Raya berikutan kejadian melibatkan pelanggan yang dikurung kerana enggan membeli telefon bimbit.
Kursus hormati pengguna
Malah, beliau juga mencadangkan supaya semua peniaga dihantar kursus oleh pihak kerajaan supaya lebih menghormati pengguna.
"Saya minta kerajaan panggil semua peniaga untuk pergi kursus. Supaya mereka tahu bagaimana nak hormat pengguna. Jangan fikir orang hang meniaga ini sudah kaya.
"Saya beri amaran, jika berulang lagi, kami orang Melayu akan bangun dan tentang sekerasnya peniaga Cina dalam Malaysia. Tetapi bukan semua (peniaga Cina), segelintir sahaja yang suka tipu dan belit fakta. Ini salah disisi undang-undang negara," katanya.
Sebelum sidang media itu, tinjauan Malaysiakini mendapati rata-rata kedai di dalam kompleks membeli-belah itu tutup.

MCA: Ali Tinju 'angkuh' kerana AG


MCA hari ini mempersalahkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung ikrar Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju untuk menjadikan Kompleks Kota Raya di ibu negara ‘panas’.
"Tidak dinafikan bahawa keberanian Ali Tinju untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi berbaur hasutan adalah kerana tindakan Peguam Negara yang menggugurkan semua tuduhan terhadapnya di sebalik apa yang dilakukannya di luar Plaza Low Yat.
"Dengan mengisytiharkan tiada kes terhadapnya, pihak berkuasa mengizin atau merestui tindakannya tutur katanya yang berbaur perkauman dan menjadikannnya angkuh," kata Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.
Beliau berkata, jika Peguam Negara tidak menggugurkan tuduhan hasutan terhadapnya, Ali Tinju akan berfikir dua kali untuk menganjurkan demonstrasi jalanan.
Chew berkata demikian ketika mengulas rancangan Ali Tinju untuk mengadakan satu lagi protes di luar kompleks membeli-belah Kota Raya petang ini sebagai tindak balas terhadap seorang peniaga telefon bimbit yang didakwa menipu dan mengurung pelanggannya.
Walaupun Ali berjanji akan menyelesaikan isu itu tanpa keganasan, namun Presiden Persatuan Tentera Melayu Veteran itu bagaimanapun berkata bantahan berkenaan akan menjadi "panas" seperti kejadian di Low Yat pada Julai lalu.
Tinjauan Malaysiakini menunjukkan bahawa banyak kedai-kedai di kompleks membeli-belah ditutup kerana takut dengan protes tersebut.

UMNO, Pas boleh disatukan oleh pihak ketiga

Pihak ketiga mampu pecahkan kebuntuan UMNO-PAS.
Datuk-Dr-Asyraf-Wajdi-DusukiPETALING JAYA: Langkah mahu menyatukan UMNO dan Pas hanya boleh dilakukan oleh pihak ketiga.
Demikian pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Menurutnya, dalam prinsip Islam apabila terdapat kecelaruan dan berpecah belah, pihak ketigalah yang harus campurtangan dan memberikan idea yang berasas.
“Orientasi Al-Azhar ini wasatiyyah (atau) kesederhanaan, (dan) secocok dan seiring dengan pendekatan di Malaysia yang membangunkan Islam, dan dalam konteks inilah saya kira (alumni) Al-Azhar boleh (jadi pihak ketiga).
“Saya (ambil) kira wibawa alumni Al-Azhar ini. Hari ini kita tahu Malaysia mempunyai ribuan alumni Al-Azhar ini kerana ia adalah institusi yang (berusia) lebih 1,000 tahun,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup Multaqa Serantau anjuran Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 pada Jumaat seperti dilapor sebuah laman portal.
Asyraf menambah, perpaduan yang ingin dicapai bukan sekadar retorik untuk menang pilihanraya dan kepentingan politik jangka pendek, sebaliknya, ia mengenai Islam sebagai tunjang, dengan orang Melayu menjadi pasak kestabilan dan keamanan dalam negara.

KERJASAMA UMNO DENGAN PAS LEBIH UNTUK SURVIVAL NAJIB

Sehingga kini Najib Razak adalah satu-satunya Perdana Menteri yang dikenalpasti paling banyak melakukan tawaran kerjasama politik kepada pelbagai pihak dalam negara ini.

Kepada pengundi bukan Melayu, beliau pernah menawarkan kerjasama melalui slogan 1Malaysia dan " I help you, you help me" tetapi kedua-duanya gagal membuahkan hasil di mana sebaik saja keputusan PRU 13, kekecewaan Najib dapat dirasakan apabila menyifatkannya sebagai tsunami Cina.

Najib juga menawarkan kerjasama lebih khusus kepada pengundi India melalui hubungan dengan Hindraf dan kemudian melantik pemimpin utamanya sebagai timbalan menteri untuk menjaga kepentingan kaum itu.

Hubungan itu juga berakhir dengan kekecewaan sehingga P Waythamoorthy meletakkan jawatannya dan kembali menjauhkan diri daripada Najib kerana berpendapat banyak janji-janji yang diluahkan tidak ditepati.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, setelah memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal daripada kerajaan berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya serta membelasah semua pengkritiknya, di majlis penggulungannya beliau menghulurkan salam perdamaian dengan alasan demi perpaduan dan pengukuhan parti.

Di dalam perhimpunan itu juga, Najib menawarkan salam kerjasama dengan Pas yang selama ini dimusuhinya. Semalam pula dalam majlis alumni Al Azhar yang turut dihadiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang di mana kedua-duanya berpakaian sedondon baju Melayu berwarna merah jambu, Najib sekali lagi menawarkan kerjasama sambil memetik ayat-ayat suci Al Quran, surah 103 Ali-Imran yang menekankan mengenai perpaduan dan berpegang kepada tali Allah.

Dalam konteks kononnya berjiwa besar ingin berdamai dengan pengkritiknya dalam UMNO dan kemudian menawarkan pula kerjasama dengan Pas, yang mana satukah menjadi  keutamaan Najib - mencari perdamaian dalam UMNO atau bekerjasama dengan Pas?

Apakah dengan menyatakan ingin berdamai itu, Muhyiddin dan Shafie akan terus dikekalkan kedudukannya  dalam UMNO atau kedua-duanya tetap akan disingkirkan selepas ini?

Tanpa menunjukkan tanda-tanda susulan mahu berdamai dengan musuh dan pengkritiknya dalam UMNO, apakah kerjasama dengan Pas hanya sebagai "galang ganti" untuk memudahkan tindakan diambil diambil terhadap Muhyiddin dan Shafie?

Salam kerjasama yang dihulurkan Najib kepada Pas dengan menggunakan alumni Al Azhar dan mungkin turut sama melalui peranan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang kini diberikan jawatan CEO Yayasan Kesederhanaan Global, kini pantas disambut dengan tertubuhnya sebuah jawatankuasa ke arah itu.

Terlihat seolah-olah ingin cepat benar kerjsama itu mahu dijadikan kenyataan.

Kerjasama ini, walaupun sekali imbas memperlihatkan keinginan lebih di pihak Najib, tetapi tidak dinafikan Pas juga memerlukannya demi masa depan dan kepentingan politiknya.

Masih ada dokumen 1MDB belum diserah

Tony Pua KUALA LUMPUR - Kegagalan Ketua Audit Negara menyiapkan laporan siasatan terhadap  1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang dijadual kerana masih terdapat beberapa dokumen yang belum diserah pihak pengurusan syarikat terbabit.
Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua mendedahkan perkara itu kepada pemberita hari ini.
Menurut beliau, Ketua Audit Negara dijangka menyiapkan laporan penuh dan membentangkan kepada PAC pada Februari tahun depan.
"Kami (ahli PAC) diberitahu, mereka (Jabatan Audit) baharu sahaja menerima daripada 1MDB dan masih menunggu beberapa dokumen lain yang belum sampai.
"Sebab itu, laporan kepada PAC tidak dapat dibentang dan dijangka siap lebih kurang bulan Februari tahun depan," katanya kepada pemberita di luar bangunan Parlimen.
Ditanya adakah kemungkinan tarikh itu akan ditunda lagi, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, tunggu dan lihat.
Hari ini, PAC menyambung prosidingnya bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy.
Prosiding yang dipengerusikan oleh Datuk Hassan Ariffin itu turut memutuskan yang Arul tidak akan dipanggil lagi dalam sesi akan datang.
Menurut ahli PAC daripada PKR, Wiliam Leong, antara dokumen yang masih belum diserah termasuklah maklumat akaun syarikat tersebut.

Multaqa lulus 7 resolusi, seru Umno-PAS bersatu


Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini memuktamadkan tujuh resolusi yang antaranya menyeru kerjasama politik antara PAS dan Umno.
Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia, Prof Madya Datuk Mohd Fakhrudin Abdul berkata, seruan itu penting kerana boleh membawa kepada perpaduan umat Islam yang lebih baik dan harmoni.
"Multaqa Serantau memutuskan tujuh resolusi, iaitu mengajak umat Islam agar bersatu, menjaga adab dalam berbeza pendapat, mewujudkan satu jawatankuasa penaja untuk mengadakan pertemuan berkala antara PAS-Umno," katanya yang dipetik portal Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Mohd Fakhrudin berkata, perpaduan antara PAS dan Umno ditekankan dalam resolusi ini kerana sudah tiba masanya umat Islam bertaut sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW.
"Umno dan PAS perlu bekerjasama demi kebaikan ummah, perbezaan ideologi politik harus diangkat sebagai kelainan pendekatan.
"Ia tidak semestinya dileburkan menjadi satu namun perbincangan dan dialog secara efektif dan berterusan harus dilakukan agar wujud keakraban hubungan dan pandangan. (PAS-Umno) hadapi cabaran, tentang ideologi barat dan ideologi asing," katanya yang dipetik poratl itu.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa ucapan perasmian multaqa itu menawarkan hubungan kerjasama Umno bagi membentuk hubungan rapat dengan PAS dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan.
"Al-Quran dengan jelas menggariskan prinsip-prinsip perpaduan. Seperti ayat 103 surah ali-Imran menyatakan kita harus berpegang teguh kepada tali Allah," katanya.
Najib berkata, ini bermakna bahawa ia bukan satu pilihan tetapi adalah wajib untuk semua umat Islam untuk mematuhinya.
Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang berlangsung selama tiga hari itu berakhir hari ini.

Penganalisis percaya penentang Najib tak akan berhenti

Penentang Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam parti akan terus bersuara walaupun diancam dengan tindakan disiplin termasuk digantung keahlian kerana berasa mereka tidak akan kehilangan apa-apa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015.  
Walaupun mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden Umno pada perhimpunan agung parti itu minggu lepas, pemberontakan dalaman terhadap Datuk Seri Najib Razak dijangka tidak akan segera berakhir, kata penganalisis politik.
Penentang Najib dalam parti itu akan terus bersuara walaupun diancam dengan tindakan disiplin termasuk digantung keahlian kerana mereka tidak akan kehilangan apa-apa, penganalisis berkata, menunjuk kepada 5 pemimpin cawangan di Selangor yang secara terbuka menggesa Najib meletak jawatan pada malam Rabu lalu.
Penganalisis politik Dr Bridget Welsh berkata pemberontakan itu berterusan kerana adanya polarisasi dalam Umno berhubung kepimpinan Najib, disebabkan percubaan presiden parti itu meminggir dan mengetatkan kawalan ke atas mereka yang berbeza pendapat.

"Mereka yang menentang beliau tak rugi apa-apa. Mereka tidak boleh diturunkan daripada kedudukan dan percaya yang mereka sedang menyelamatkan Umno dan negara daripada kepimpinan Najib. "Mereka tidak mungkin akan mengubah pandangan walaupun taktik mereka mungkin berubah. Mereka sedang ditolak keluar daripada Umno dalam persaingan kepimpinan yang berterusan," kata Welsh, seorang profesor dalam bidang sains politik di Universiti Ipek, Turki.
Dr Lim Teck Ghee, pengarah eksekutif Pusat Inisiatif Dasar, berkata walaupun penentang Najib kelihatan seperti hanya kumpulan minoriti, pandangan yang sama sebenarnya mungkin wujud di kalangan cawangan atau bahagian yang dari luarannya menyokong Najib.
Dia berkata mereka tidak menonjolkan diri kerana bimbang dipinggirkan atau diketepikan dalam sistem naungan yang diamalkan parti itu.
“Tetapi beberapa pemimpin peringkat akar umbi- mungkin kerana mereka berada jauh dari pusat kuasa - lebih lantang bersuara dan lebih tinggi etikanya.

Dr M: Kami ingin lihat Umno-PAS bergabung, tapi...

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai masalah sekiranya Umno bergabung dengan seteru ketat politik mereka, PAS.
Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, masalahnya adalah dengan kepimpinan Umno.
"Kita suka jika Umno dan PAS bergabung tetapi masalahnya adalah kepimpinan Umno," kata Mahathir yang dipetik oleh portal The Star hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ‘suasana mesra’ di antara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Mahathir pengkritik paling lantang Najib, sebelum ini, memberi amaran bahawa Umno bakal tumbang pada pilihan raya akan datang jika Najib kekal menerajui parti Melayu itu.
Beliau menuduh Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan banyak melakukan kesilapan khususnya berkaitan dengan isu 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Najib menafikan sebarang salah laku itu dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya.
Semalam, perdana menteri dan Hadi berkongsi pentas yang sama pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Kuala Lumpur.

Pertubuhan Ikhlas mahu cabar pengharaman vape

Ikhlas akan memfailkan injuksi di mahkamah bagi membela nasib peniaga vape
IKHLAS
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (Ikhlas) akan mencabar peraturan negeri-negeri yang mengharamkan penjualan rokok elektronik itu di mahkamah.
Perkara itu dinyatakan oleh Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah yang memberitahu, pihaknya akan memohon tindakan injunksi terhadap negeri Kelantan dan Johor bagi menghalang tindakan dikenakan terhadap peniaga vape.
“Kita akan bawa ke mahkamah dan tuntut ganti rugi kerana memberikan tempoh yang singkat kepada peniaga vape.
“Kita juga akan pastikan peniaga dapat berniaga seperti biasa,” katanya menerusi sidang media bersama pengusaha-pengusaha Vape di Kelab Sultan Sulaiman di sini pada Jumaat.
Ridzuan menegaskan, pihaknya akan memfailkan injunksi itu minggu depan.
Pihaknya menyamakan tempoh henti jualan yang singkat kepada peniaga vape oleh negeri-negeri berkenaan kepada penindasan rejim Israel terhadap orang Islam.
“Cara mereka macam Israel. Memang kejam sangat. Logik ke, mereka dah berniaga tiga, empat tahun minta tutup dalam dua minggu atau sebulan.
“Memang zalim sangat. Lebih zalim daripada Israel. Janganlah buat macam ni. Anak-anak Melayu yang berniaga. Kalau bangsa lain buat, kita berani buat (tindakan) ke?” katanya.

Gerakan Merah rancang berhimpun di Kompleks Kota Raya petang ini

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom (satu dari kanan) berkata, perhimpunan ‘Gerakan Merah’ pada jam 4 petang ini di hadapan Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur sebagai simbol mempertahankan hak pengguna terbabit sebagai pengguna yang teraniaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015. 
Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom (satu dari kanan) berkata, perhimpunan ‘Gerakan Merah’ pada jam 4 petang ini di hadapan Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur sebagai simbol mempertahankan hak pengguna terbabit sebagai pengguna yang teraniaya. 

Susulan kejadian seorang pelanggan dikurung selama 4 jam kerana enggan meneruskan pembelian telefon bimbit yang harganya secara tiba-tiba mencecah RM10,000, Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) Mohd Ali Baharom mengisytiharkan akan mengadakan satu perhimpunan bagi menuntut penjelasan berhubung isu itu. Perhimpunan yang digelar "Gerakan Merah" itu dirancang diadakan pada jam 4 petang ini di hadapan Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur.
Ali yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata, perhimpunan itu sebagai tanda mempertahankan hak pengguna terbabit sebagai pengguna yang teraniaya.

Memandangkan peniaga tersebut daripada kaum Cina dan pengguna itu seorang Melayu, Ali berusaha menjelaskan dan menegaskan perhimpunan itu tidak berunsur perkauman. "Bukan isu perkauman. Tidak. Gerakan Merah tidak ada buat isu perkauman. Apa yang perkauman? Saya mempertahankan hak pengguna.
"Jika hak pengguna itu dicemari peniaga-peniaga tidak berdisiplin yang membelakangi undang-undang negara, kita mahukan kepastian dan keadilan kepada hak pengguna," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Siasat Noor Farida cetuskan lebih banyak bahaya, kata aktivis perundangan

Penyelaras Kempen Lawyers for Liberty Michelle Yesudas (dua dari kiri) berkata, tindakan polis menyiasat Datuk Noor Farida Ariffin berbanding bertindak ke atas lelaki yang mengancam beliau sebagai sangat ‘memalukan’.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015. 
Penyelaras Kempen Lawyers for Liberty Michelle Yesudas (dua dari kiri) berkata, tindakan polis menyiasat Datuk Noor Farida Ariffin berbanding bertindak ke atas lelaki yang mengancam beliau sebagai sangat ‘memalukan’. 

Tindakan polis menyiasat Datuk Noor Farida Ariffin kerana menghasut tetapi tidak bertindak ke atas lelaki yang memberikan ancaman rogol kepadanya, hanya akan membuka pintu kepada lebih banyak ancaman dan gangguan terhadap jurucakap G25 itu, kata kumpulan peguam hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) hari ini. Kumpulan itu berkata, sangat “memalukan” apabila polis menyiasat tokoh terkemuka orang Melayu itu kerana kenyataan dikeluarkannya berbanding ugutan rogol oleh pengguna Facebook bernama Shahrul Nizam Ab Rahim.
"Keputusan pihak berkuasa menyiasat Noor Farida berkenaan kenyataannya berbanding ugutan serangan seksual Shahrul Nizam, sangat mengejutkan serta memperlekehkan idea (yang sering kali dilaungkan kerajaan) yang Akta Hasutan 'diperlukan' untuk melindungi keamanan dan kesejahteraan negara ini.

“Ini kerana siasatan itu kini boleh digunakan pengkritiknya untuk 'menghalalkan' kempen awam yang mengganggu dan mengancam beliau,” kata penyelaras kempen LFL Michelle Yesudas dalam 1 kenyataan hari ini. Susulan kenyataan Noor Farida mencadangkan penilaian semula undang-undang syariah termasuk berkaitan khalwat, Shahrul memuatnaik catatan menerusi akaun Facebooknya yang dia akan memecah masuk rumah wanita itu, berbaring di atas katilnya dan “mencubanya”.
Terdahulu, jurucakap kumpulan pesara kakitangan kerajaan Melayu itu mengeluarkan kenyataan di sebuah forum awam tentang undang-undang khalwat yang perlu penilaian semula bagi menghalang pengawasan moral terhadap kehidupan peribadi orang Islam.

Negara tidak perlukan PM ultra-Melayu tetapi ultra-rakyat Malaysia


Malaysia tidak memerlukan Perdana Menteri yang mengamal sikap ultra terhadap mana-mana kaum di negara ini, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
“Yang rakyat perlukan bukanlah ultra-Melayu, ultra-Cina, ultra-India, ultra-Iban atau ultra-Kadazan tetapi ultra-Rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR. 27 NOVEMBER 2014. Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. NSTP/ Effendy Rashid.“Kenapa harus Perdana Menteri mempersoal sama ada ada beliau harus jadi ultra Melayu atau tidak?” katanya pada ceramah di Parit Buntar di sini, semalam.
Persoalan itu dibangkitkan Kit Siang berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agong UMNO (PAU) khamis lalu bertanya adakah perlu bagi Presiden UMNO menjadi ultra atau pro-Melayu.
Justeru, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyifatkan persoalan berkenaan sebagai bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang diasaskan Najib.
“Adakah Najib sudah lupa dengan konsep yang dipeloporinya itu? Yang bermatlamat untuk melahirkan rasa cinta terhadap negara mengatasi sentimen perkauman dan agama?” katanya.
Pada April 2009, Najib mengambil langkah populis dengan mengumumkan konsep 1 Malaysia kononnya untuk memperkukuh hubungan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Namun, sejak akhir-akhir ini dilihat konsep berkenaan tidak dibawa Najib dalam PAU kerana membenarkan ucapan berbaur perkauman dibuat perwakilan parti itu.

Najib dan wajib!


Najib Razak, PM Malaysia sedikit masa dulu menegaskan Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, dan hari ini menyedari bahawa petunjuk Al-Quran dengan begitu jelas mengariskan perpaduan ini, sehingga orang biasa seperti dia dapat memahami.Najib berkata demikian ketika merasmikan  Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia sambil membaca ayat quran dar surah Ali Imram bagi menyokong ucapannya.Katanya lagi, Ini bukan pilihan, ini wajib.

Bila mana Allah perintah, hukumnya adalah wajib.Sekarang baru Najib sedar makna perkataan wajib cuma kesedarannya masih boleh disoal, apakah kesedaran kepada wajib itu hanya untuk perpaduan umah sambil bagaimana pula penerimaan banyak lagi perintah wajib dalam quran termasuk hudud, termasuk perintah menutup aurat dan perintah menjaga waktu solat serta menjaga pergaulan antara lelaki perempuan ajnabi.Apakah ini juga wajib dan perlu diseru  kepada semua umat Islam?

Najib perlu buat lebih lagi kalau betul betul dia mahu menjadikan perkara wajib itu sebagai carahidup umat Islam hari ini terutama umat Islam yang berada dalam Umno.Kita tahu pegangan carahidup kepada umat Islam yang ada dalam PAS secara umumnya mengikuti syariat keseluruhannya dan bersungguh sungguh menyokong hudud tanpa belah bagi dan tanpa alasan, tetapi bagaimana penerimaan umat Islam dalam Umno.

Banyak aspek wajib yang perlu diperjelaskan oleh Najib bukan setakat  perpaduan umat merujuk kepada perpaduan PAS dan Umno sahaja dan lebih jelas lagi perpaduan umat Islam sebaik baiknya boleh dicapai menerusi membentukan jemaah Islamiah yang satu dan mega bermaknanya tidak seharusnya ada PAS dan Umno serta penyatuan kedua duanya sebaliknya usaha perlu digembelingkan untuk membentuk satu jemaah Islamiah yang besar, mega dan satu untuk semua umat Islam.Untuk tujuan itu,pembubaran PAS dan Umno perlu dahulu di usahakan bersama dengan mengambi kira kesemua perkara wajib yang ada dalam carahidup Islam.
Dengan kata kata lain penyatuan PAS dan Umno hanya menuju kepada pematuhan wajib seperti dimaksudkan Najib dengan terbentuknya sebuah jemaah Islamiah mega dan satu dan mengumpulkan kesemua umat Islam di dalamnya.Kalau PAS dan Umno masih diasingkan dengan ideologi yang berbeza maka jangan mimpi perkara wajib itu dapat dipatuhi.

Putrajaya perlu hormati kebebasan bersuara, batal Akta MKN

Oleh Hanipa Maidin
Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 dengan 104 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengundi menyokong rang undang-undang tersebut.
Memandangkan Rang Undang-undang MKN tersebut antara lain mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, maka ia bukan sahaja mempersoalkan kuasa Agong tapi ia lebih daripada mempersoalkan kuasa dan budi bicara baginda iaitu merampas sama sekali kuasa ketua negara itu.
Oleh itu jika kita mengambil kira seksyen 3 (1) (a), (b), (d) dan (f) Akta Hasutan 1948, maka tindakan semua ahli Parlimen BN yang menyokong Rang Undang-undang MKN tersebut adalah jelas melakukan kesalahan menghasut di bawah Akta Hasutan. Malahan saya berani menyatakan termasuk yang melakukan kesalahan tersebut adalah Speaker dan timbalan Speaker Dewan Rakyat yang membenarkan Rang Undang-undang MKN dibentangkan dan dibahaskan dalam Dewan Rakyat.
Akta Hasutan tidak memberi kekebalan kepada mana-mana ahli Parlimen hatta ketika mereka melaksanakan tugas mereka berbahas di dalam Dewan Rakyat. Malahan Akta Hasutan juga tidak mengambil kira niat seseorang.
Di dalam kes Pendakwa Raya lawan mendiang Karpal Singh, Mahkamah Rayuan memutuskan kenyataan mendiang yang menyatakan Almarhum Sultan Perak boleh disaman dalam kes rampasan kuasa Perak adalah menghasut kerana mendiang didakwa mempersoalkan budi bicara Sultan berkaitan isu pelantikan menteri besar.
Jika kita bersandar kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Karpal tersebut, adalah jelas yang dilakukan oleh ahli Parlimen BN pada 3 Disember 2015 ketika meluluskan Rang Undang-undang MKN yang lalu adalah lebih dahsyat lagi.
Rang Undang-undang MKN 2015 bukan sahaja mempersoalkan kuasa atau budi bicara Agong di dalam Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya Rang Undang-undang MKN tersebut merampas sama sekali kuasa dan budi bicara baginda dan diberi kuasa dan budi bicara tersebut kepada perdana menteri. Lebih jelas lagi pelanggaran Akta Hasutan 1948.
Menteri menyatakan dalam Parlimen Rang Undang-undang MKN dapat perkenan peguam negara, maka bagi saya Peguam Negara juga sebagai pihak yang menasihati Kerajaan dalam penggubalan RUU tersebut juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

Jika gagal bayar hutang negara RM627.5 bilion, dana dalam KWSP lebur?


Simpanan hari tua dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin ‘lebur’ jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menjelaskan hutang tertunggak yang ditanggung negara.
Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham membuat pendedahan itu dengan merujuk maklum balas Menteri Kewangan yang menyenaraikan KWSP sebagai antara pemiutang.
KWSP1“Wang yang dipinjamkan KWSP adalah wang rakyat, rakyat bakal alami kerugian besar jika Kerajaan BN gagal lunaskan hutang itu,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Malaysia menangung hutang RM627.5 bilion dengan 97 peratus daripadanya hutang domestik dan selebihnya iaitu tiga peratus hutang asing bernilai RM18.80 bilion.
Tidak menolak kemungkinan negara menuju muflis, beliau berkata tindakan mencetak wang bagi membayar hutang berkenaan pula dikhuatiri mencetuskan masalah lain.
“Kita tidak mahu jadi Zimbabwe. Suatu masa dulu maju dan mencetak wang sesuka hati tetapi kini tidak bernilai langsung,” katanya dan menambah mata wang negara itu satu-satunya tidak diterima di seluruh dunia.
Justeru, Koo Ham menyeru rakyat mendesak Kerajaan BN supaya telus mengurus dana awam bagi mengelakkan wang rakyat terus-terusan digunakan bagi kepentingan pihak tertentu.
“Segala simpanan yang dikumpul dari jerih payah rakyat bakal dirompak jika Kerajaan BN gagal melunaskan hutangnya dan memilih secara sembarangan mencetak wang untuk melunaskan hutang,” katanya.

Disiasat bawah Akta Hasutan, G25 akan bekerjasama jika dipanggil polis

Jurucakap kumpulan G25 Datuk Noor Farida Ariffin masih belum dimaklumkan pihak polis berhubung laporan yang mengatakan beliau akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menggesa semakan semula terhadap undang-undang syariah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015.
Jurucakap kumpulan G25 Datuk Noor Farida Ariffin masih belum dimaklumkan pihak polis berhubung laporan yang mengatakan beliau akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menggesa semakan semula terhadap undang-undang syariah.  Farida berkata kepada The Malaysian Insider, beliau bagaimanapun akan memberikan kerjasama sekiranya pihak berkuasa itu memanggilnya untuk membantu siasatan.
"Saya tidak faham mengapa gesaan untuk semak semula undang-undang syariah perlu disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Jangan sasarkan penyampai, kalau ada masalah, selesaikan masalahnya (don't shoot the messenger, if there is any problem, settle the problem)," katanya.  Farida turut menegaskan tiada perkara yang ingin disembunyikan pihaknya.
"Sekiranya polis panggil untuk membantu siasatan, saya akan bekerjasama."

Pasar raya Aeon Big di Seremban ditutup

Rangkaian pasar raya besar Aeon Big yang terletak di Rahang, Seremban akhirnya ditutup setelah beberapa bulan khabar angin mengenainya tersebar. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015. 
Rangkaian pasar raya besar Aeon Big yang terletak di Rahang, Seremban akhirnya ditutup setelah beberapa bulan khabar angin mengenainya tersebar.

Tiga tahun selepas Aeon Co Ltd, peruncit terbesar di Jepun, mengambil alih Carrefour Malaysia, peruncit besar Perancis, dalam perjanjian bernilai hampir RM1 bilion, cawangan Aeon Big di Seremban menutup operasinya.
Pasar raya besar itu, antara 28 rantaian kedainya di seluruh Malaysia, terletak di Rahang, di pinggir bandar Seremban, di mana terdapat juga pasar raya besar utama lain termasuk Giant, Tesco, Mydin dan Econsave.
Notis mengenai penutupan pasar raya berkuat kuasa 31 Disember itu dipaparkan di luar premis.

"Para pelanggan yang dihormati, terima kasih atas sokongan anda selama 5 tahun ini. Kami berpindah untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada anda," menurut notis itu.
Para pelanggan mengambil kesempatan membeli-belah membeli barangan dengan harga murah pada penjualan penghabisan stok di Aeon Big, Rahang. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015. 
Para pelanggan mengambil kesempatan membeli-belah membeli barangan dengan harga murah pada penjualan penghabisan stok di Aeon Big, Rahang. 

Tidak diketahui berapa ramai kakitangan yang terlibat dengan penutupan itu tetapi mereka yang bercakap kepada The Malaysian Insider berkata, mereka diberi pilihan untuk berpindah ke outlet di Putrajaya.
Beberapa kakitangan menerima tawaran itu tetapi ramai mengambil keputusan meninggalkan syarikat itu.
G Priya, 24, berkata dia tidak mempunyai pilihan selain meletak jawatan.
"Kami diberi pilihan pindah ke Putrajaya tetapi ia terlalu jauh untuk saya," katanya ketika ditemui di luar outlet itu.
"Sedih apabila ia ditutup. Sekarang saya kena cari kerja lain. Sebab, kalau pergi Putrajaya, tidak berbaloi dari segi ekonomi untuk berulang-alik ke sana setiap hari."
Beliau berkata, cawangan di Rahang itu tidak jauh dari kawasan perumahan di mana dia tinggal.
Priya berkata, dia pertama kali mendengar tentang penutupan itu pada September lalu.
Seorang lagi staf pasar raya itu yang enggan namanya disiarkan berkata, dia juga sudah meletak jawatan.
"Saya tidak ambil tawaran untuk pindah ke Putrajaya," katanya.
Seorang juruwang yang tidak mahu dikenali berkata, penutupan itu tidak begitu menyusahkan kerana kakitangan diberi pilihan.
"Kami diberitahu, kakitangan akan dipindahkan ke kedai lain," katanya sambil melayan  pelanggan.
Katanya, pekerja dijanjikan elaun perjalanan jika mereka mengambil keputusan untuk terus bekerja dengan syarikat itu.
"Saya tidak pasti berapa banyak, tetapi saya dengar ia berdasarkan jarak," katanya sambil menambah dia membuat keputusan untuk menerima tawaran syarikat untuk berpindah.

Masalah Kewangan: Bajet 2016 mungkin disemak semula...!!!

Bajet 2016 berkemungkinan akan disemak semula sekiranya harga minyak dunia kekal di bawah paras AS$48 (RM206) setong untuk jangka panjang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar Wahid dilaporkan Utusan Malaysia hari ini berkata, harga minyak mentah dunia kini berada pada sekitar AS$10 (RM43) berbanding AS$48 setong, yang merupakan harga digunakan untuk merangka Bajet 2016.
"Jika harga minyak dunia itu terus kekal rendah dan menjadi sesuatu yang normal pada tahun depan, mungkin kajian perlu dilakukan semula,” beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Wahid bagaimanapun menjangkakan harga komoditi itu tidak akan kekal rendah terlalu lama kerana syarikat pengeluar minyak sudah tentu akan mengalami kerugian dan seterusnya menghentikan operasi pengeluaran minyak. Beliau dilaporkan berkata, berdasarkan prinsip ekonomi, sekiranya pengeluaran minyak dikurangkan, ia akan mengurangkan bekalan minyak, sekali gus menaikkan semula harga komoditi tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Januari lalu turut menyemak semula Bajet 2015 ekoran kejatuhan harga minyak dunia melebihi 50%.
Putrajaya sebelum itu merangka Bajet 2015 berdasarkan harga minyak lebih AS$100 (RM430) setong, namun menyemak semula bajet itu berdasarkan harga minyak AS$55 (RM237) setong.
Sejak 2 minggu lalu, harga minyak jenis Brent berlegar di bawah paras AS$40 setong.

PAC-1MDB: Media dilarang masuk Parlimen pada prosiding kedua Arul Kanda

PAC-1MDB: Media dilarang masuk Parlimen pada prosiding kedua Arul Kanda
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meneruskan prosiding buat kali kedua terhadap presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy di sini hari ini.

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan masuk ke Parlimen untuk membuat liputan prosiding tersebut yang bermula pukul 9.15 pagi tadi.

Pihak media juga dimaklumkan tiada sidang media akan dilakukan oleh Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin, sekali gus media tidak dijemput untuk membuat liputan prosiding tersebut.

Menurut sumber, larangan kepada pihak media untuk akses masuk ke Parlimen dibuat selepas Hasan mengesahkan tiada sebarang sidang media akan dilakukan pada prosiding kali ini.

Malah, wartawan Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang berpejabat di bangunan Parlimen juga tidak dibenarkan masuk.

Pada 1 Disember lalu, Arul dipanggil buat kali pertama untuk memberi keterangan kepada PAC.

Laporan Akhir Ketua Audit Negara 2015 berkaitan 1MDB yang dijadual diserahkan kepada PAC semalam juga ditangguhkan.

Umno Kapar nafi halau petugas PAS, dewan diguna untuk majlis kahwin

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Saroni Judi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen Kapar. Beliau menafikan ahli parti menghalau petugas PAS yang membantu mangsa banjir dan menyifatkan ia hanya satu salah faham. – Gambar Facebook, 18 Disember, 2015. 
Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Saroni Judi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen Kapar. Beliau menafikan ahli parti menghalau petugas PAS yang membantu mangsa banjir dan menyifatkan ia hanya satu salah faham. 

Umno Bahagian Kapar menafikan dakwaan mereka menghalau petugas PAS yang membantu mangsa banjir di Dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru di Klang pada Rabu, kata timbalan ketuanya, Datuk Saroni Judi. Beliau sebaliknya berkata, dakwaan tersebar di media sosial kononnya ahli parti itu menghalau Unit Amal PAS keluar dari dewan adalah tidak bena kerana dewan berkenaan perlu dikosongkan bagi persiapan majlis perkahwinan Sabtu ini.
Apa yang berlaku, katanya menurut akhbar Berita Harian, cuma salah faham kedua-dua pihak dan ia dakwanya diputar belit kerana perkara itu sudah dimaklumkan kepada pemimpin PAS kawasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman.

"Pemilik majlis menempah dewan melalui pihak SMK Meru sejak beberapa bulan lalu. Esok (Jumaat) kerja persiapan untuk perkahwinan akan dimulakan. Sudah pasti persiapan perkahwinan memerlukan masa untuk disiapkan.

Mufti Perak: Dr M juga pernah minta saya satukan Pas-Umno



Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memintanya supaya mencari jalan bagi menyatukan PAS dan Umno.
Katanya, beliau menerima cadangan Dr Mahathir itu dan terus berjumpa dengan PAS dan Umno.
Dan hasil pertemuan itu ada 'sinar', kata Harussani dalam laporan Sinar Harian.
"Saya juga telah diminta dulu oleh Dr Mahathir, beliau sendiri suruh cari jalan agar dapat menyatukan (PAS-Umno)," katanya.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak juga ada berbincang dengan beliau perkara sama.
"Alhamdulillah saya pernah menemui orang ini dan semuanya, bersetuju untuk dapat kita bersatu, insya-Allah," kata Harussani kepada pemberita ketika ditemui di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 semalam.
Ketika diminta mengulas mengenai erti 'ada sinar' itu, mufti Perak itu berkata perkara itu mungkin boleh dibawa ke meja perbincangan lagi.
"Saya lihat ada titik pertemuan mungkin caranya boleh dibincangkan kemudian.
‎"Alhamdulillah saya merasakan ada kesedaran di antara ahli-ahli politik kita dalam negara kita baik dari segi Umno atau PAS, mereka semuanya bersemangat Islam semuanya," katanya.
Polemik antara kesepaduan PAS dan Umno muncul semula selepas perdana menteri yang juga merupakan presiden Umno 'menghulurkan tangan' untuk menjalinkan kerjasama antara kedua parti itu semasa Perhimpunan Agung Umno lalu.
Najib mengulangi pelawaan tersebut semasa berucap di multaqa serantau itu semalam.

PAS tidak sanggup menjadi 'Pak Sanggup' Umno



PAS adalah sebuah parti Islam, dasarnya adalah al-Qur'an, Hadis, Ijma dan Qias, bangun atas jalan Tarbiyyah, Dakwah dan Siyasah. PAS bergerak dan beroperasi untuk mendapat sokongan melalui prinsip dakwah yang jelas dan tegas, tidak dipengaruhi oleh sebarang faktor melainkan ia disandarkan kepada dasar PAS itu sendiri.

PAS boleh bertahaluf dengan sesiapa sahaja diatas titik perjuangan yang sama asalkan ia tidak merugikan Islam dan pasti akan memutuskannya jika ia merugikan Islam dan dasar parti. Semua parti boleh diterima PAS dan PAS juga boleh menerima semua huluran persahabatan dengan syarat terima atau hormati dasar yang diperjuangkan oleh PAS.

Diatas prinsip dakwah dan akidah, PAS sama sekali tidak akan menjuzuk-juzukkan kebenaran, kerana tiada lagi selepas kebenaran melainkan kesesatan, tiada tawar-menawar antara hak dan batil dalam menggunakan apa cara untuk mencapai matlamat perjuangan PAS, sekalipun dengan hanya satu perbuatan atau satu kalimah dari kebatilan.

Maksud Firman Allah SWT:

"Katakan (Wahai Muhammad) kebenaran itu dari Tuhanmu, maka barang siapa yang mahu (kepada keimanan) maka hendaklah ia beriman dan barang siapa yang mahu (kepada kufur) maka ia menjadi kafir". (Al-Kahfi : 29)

Kebenaran itu tetap dipertahankan dan PAS tidak akan tunduk dengan sebarang tawaran, ancaman dan caci maki manusia yang tidak bersetuju dengannya. Kita sambut huluran tangan sesiapa jua, dan kita lepaskan kembali diatas prinsip yang satu iaitu Islam, sesiapa yang sanggup menerima PAS, mesti sanggup untuk menerima dasar PAS sebagaimana PAS menerima huluran tangan sesiapa selagi ia tidak gelincirkan dasar perjuangan PAS.

Jika hubungan PAS dan DAP terputus, bukan makna PAS akan menyambut huluran tangan Umno, tangan pemimpin Umno pernah basah berlumuran dengan darah pemimpin dan amilin PAS, tangan pemimpin Umno pernah memberkas jasad pemimpin dan amilin PAS, PAS ingat semua tu. Namun atas prinsip Islam, PAS menolak untuk kerjasama dengan Umno bukanlah diatas sebab dendam, tetapi masih tetap diatas prinsip yang tegas iaitu Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah Malaysia, peluru Umno sentiasa meluru kepada PAS dan selama lebih 50 tahun itulah juga Malaysia tidak pernah merasai tertegakkanya hukum Allah SWT secara menyeluruh, malahan diburukkan lagi dengan sikap buruk pemimpin Umno yang rakus.

Harussani gembira jika Pas bersama UMNO

Maksud bersatu itu bukanlah merujuk dari segi parti tetapi bersatu dalam mencari perpaduan
harussani
PETALING JAYA: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dikatakan akan menjadi individu paling gembira sekiranya langkah mewujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas menjadi kenyataan.
Penulis blog, Zabidi Saidi atau lebih dikenali sebagai Awang Zabidi berkata, perkara itu dilihat jelas apabila Harussani menerusi sidang media selepas menyampaikan kertas kerjadi Multaqar Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia ada menyatakan bahawa ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 dan ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini lebih ke arah untuk bersatu.
Katanya, apa yang dimaksudkan kedua-dua pemimpin parti itu bukan bermaksud bersatu dari segi parti tetapi bersatu dalam arah mencari perpaduan.
“Harussani pada tahun 2008 pernah menyatakan kepada Abdul Hadi menerusi perbualan telefon meminta parti Islam yang diterajuinya itu menjalin kerjasama perpaduan dengan UMNO.
“Dalam perbualan itu Abdul Hadi telah mencadangkan kepada Harussani supaya berunding dengan Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang berkenaan perkara itu tetapi ia tidak dipersetujui oleh Ahmad kerana DAP telah menawarkan kerusi Menteri Besar kepada Pas menyebabkan cita-cita Harussani itu terbantut.
“Akhirnya ternyata Pas menjadi MB (Menteri Besar) remote control oleh DAP yang merugikan orang Melayu. Oleh itu, usaha Najib Razak (Perdana Menteri) membawa kabilahnya bergabung dengan kabilah Haji Awang perlu diberi perhatian serius oleh orang Melayu dan Islam,” Tulisnya diblog catatanzabidi.blogspot.my pada Jumaat.
Dalam pada itu Zabidi menjelaskan, Harussani ada berkata, UMNO dan Pas perlu menumpukan kepada usaha mencari titik persamaan sekiranya benar-benar ingin merealisasikan agenda perpaduan yang diharapkan.

Adakah ini langkah terdesak untuk cover PM Najib ???

Memang berbaloi-baloi cadangan perlantikan PAC baru ini oleh Najib Razak sebelum ini telah membuahkan hasil sungguh lumayan..

Najib Pujuk Hadi Bersatu

Najib: Perpaduan Bukan Pilihan Tapi Perintah

Najib saran lima syor capai perpaduan ummah

Jangan berpecah belah kerana ideologi politik - Najib

Kerjasama Umno-PAS: Cahaya di hujung lorong makin terang, kata Asyraf

Umno perlu tonjolkan perlaksanaan perpaduan - Mahfodz

Forum : Berapa rakyat perlu bayar untuk 1MDB?

Parti Bermaruah yang Memartabatkan bangsa Melayu!

Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu.

Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga.
Begitulah hujjah yang digunakan oleh orang UMNO. 

Tidak, orang lain tidak buat begitu. Yang buat begitu setakat ini hanya Najib seorang.

Najib kan pahlawan Bugis? Tapi bukan pahlawan Bugis yang memenangkan bendahara Wah Ahmad dalam perang saudara Pahang dalam tahun 1880an.Orang Pahang kena ingat perkara ini.

Najib jaga orang Melayu kan? Melayu itu kanak2 sepanjang zaman yang mesti dijaga. 
Untuk jaga orang Melayu mesti banyak wang sebab orang Melayu mahu sekurang2 RM50 bila mahu menyertai PAU. Dan untuk menang PRU mesti banyak wang. Kalau tidak macam mana hendak beli pengundi? Bagaimana hendak jaga Islam kalau tidak ada wang.

Jika pemikiran seperti ini menjadi keperangaian kedua orang Melayu, maka habis lah Malaysia.
Tidak mengapa duit YAPEIM hilang, ianya untuk Islam dan orang Islam. Ambilah duit banyak mana pun dari perbendaharaan, asalkan pengambil nya Melayu, untuk orang Melayu konon, untuk Islam konon.

Pemikiran anarki seperti ini jangan dijadikan budaya Melayu hari ini.

Saya telah menyebut mengenai suatu teknik lihai yang digunakan oleh mereka2 yang tidak boleh menjawab apa2 lagi. Teknik ini disebut prospective blackmailing- yakni menyatakan secara terlebih dahulu, perkara buruk yang dilakukan oleh encik x hari ini, akan dilakukan oleh encik y dimasa hadapan. Oleh yang demikian, adalah lebih baik, semua orang kekal dengan encik x.  encik y , dua kali lima juga.

Bila masa UMNO tolak hudud? – Md Alwi

UMNO tidak pernah menolak hudud sebaliknya yang menolaknya adalah sebahagian daripada ahli Pas yang kini telah menyertai Amanah
Untitled-1
PETALING JAYA : UMNO mempersoalkan sikap Pas mendesak penerimaan hudud sekiranya mahu meneruskan kerjasama.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad menyatakan, parti itu tidak pernah menolak hudud dan sebaliknya yang menolak adalah sebahagian daripada ahli Pas yang kini telah menyertai Parti Amanah Negara (Amanah)
“Bila masa UMNO tolak hudud..Dr Mahfodz ni..sedar ke tak sedar??yang tolak hudud adalah sebahagian ahli Pas sendiri. Sekarang (mereka itu) dah masuk Amanah,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa UMNO perlu menerima hudud jika serius mahu kerjasama dengan Pas menjadi kenyataan.
Dalam pada itu, Md Alwi turut ditanya adalah parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) menerima hudud yang ingin dibawakan oleh Pas itu.
“Hudud tak kena kepada bukan Islam,” katanya ringkas.

Pas tidak mahu kerjasama dengan UMNO seperti ‘perpaduan penyamun’

Kerjasama antara dua parti itu perlu mengutamakan Islam, bukan berasaskan politik
amar
KUALA LUMPUR: Pas menegaskan parti Islam itu tidak mahu melihat kerjasama yang sedang diusahakan dengan UMNO diibaratkan seperti ‘perpaduan penyamun’.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerjasama sebegitu tidak akan kekal lama dan akhirnya akan kembali berbalah.
Katanya, sebarang kerjasama antara dua parti itu perlu meletakkan Islam sebagai kepentingan utama.
“Kedua-dua parti perlu ikhlas bila bercakap tentang perpaduan. Kena letak kepentingan Islam mengatasi segalanya dan bukan asas pollitik.
“Kalau ingin bekerjasama kerana politik, perpaduan itu tidak akan ke mana. Ia mungkin menjadikan dua parti itu bersatu seketika namun selepas itu bergaduh balik. Akhirnya jadi perpaduan penyamun,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi sempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 pada Khamis.

MCA, parti lain janganlah cemburu - Umno Kelantan

KOTA BHARU – MCA atau mana-mana parti komponen BN tidak perlu cemburu atau salah sangka dengan penyatuan umat Islam jika benar Pas mahu bekerjasama dengan Umno, kata Ketua Penerangan BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad.
Muzakarah Menurutnya, semua pihak dinasihatkan untuk bercakap mengikut sempadan, tidak biadab dan tidak menyimpan rasa curiga kepada penyatuan itu kerana masyarakat Islam selama ini tidak pernah merasakan perkara yang sama dan menghormati orang bukan Islam.
“Orang Islam baik Umno mahu pun Pas tidak pernah ada usaha memaksa orang Cina jadi Melayu atau memeluk Islam. Perpaduan orang Islam di Malaysia akan membawa kepada kebahagiaan untuk semua kaum. Huru-hara Islam, maka huru-hara semua orang di Malaysia.
“Jika orang Melayu bersatu, ia akan bawa faedah yang besar juga kepada orang bukan Melayu. MCA tidak perlu curiga, kaya orang Melayu, kaya juga orang lain di Malaysia ini, dan sebaliknya. Berpeganglah kepada toleransi sedia ada yang telah membuktikan kejayaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang didakwa sebagai berkata, pihaknya tidak akan masuk campur dalam sebarang urusan melibatkan pendamaian Pas dan Umno.
Katanya, jika Umno berhasrat membawa Pas menyertai BN, MCA mahu ia dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk dibincangkan dan pihaknya tidak akan bersetuju jika Pas masih tetap mahu melaksanakan hudud.

Umno dan PAS disaran cari titik persamaan, kata Harussani

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dinasihati supaya mencari titik persamaan antara parti supaya dapat merealisasikan kerjasama mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2015.
Umno dan PAS harus menumpukan kepada usaha mencari titik persamaan antara 2 parti Islam terbesar itu, sekiranya mereka benar-benar ingin merealisasikan agenda perpaduan, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Selain itu, katanya kedua-dua pihak juga disaran agar mengenepikan fahaman politik masing-masing demi memastikan kepentingan negara dapat diberi keutamaan.
"Apa yang diucapkan PM (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak) atau Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kedua-duanya lebih ke arah untuk bersatu.

"Bukan bermaksud bersatu dari segi parti, tetapi bersatu dalam arah mencari perpaduan... dan mudah-mudahan (usaha ini) akan berjaya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kertas kerja di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini. Selain itu, katanya jika usaha perpaduan dalam kalangan pemimpin atasan berjaya, sudah pasti rakyat bawahan juga akan mengikut jejak langkah mereka dan berusaha mengelakkan sebarang perpecahan.

Terdahulu, ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk "Perpaduan Ummah dan Kepentingannya Dari Perspektif Ulama", Harussani menegur golongan ulama di negara ini yang tidak melaksanakan peranan mereka seperti sepatutnya.
Beliau berkata ulama hari ini sepatutnya menjadi tempat panduan dalam semua hal dan peka memberi nasihat sebaiknya terutama dalam hal membangunkan semula kekuatan dan perpaduan Islam.

J/kuasa untuk temukan pemimpin PAS, Umno di satu pentas


Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan PAS dalam satu pentas yang sama.
Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti menyatakan persetujuan itu ketika cadangan dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibunegara malam tadi.
"Ini merupakan langkah positif, pihak rabitah (alumni) akan membincangkan perkara ini, berdasarkan pengalaman yang kita ada, Insya-Allah kita mampu tubuhkan jawatankuasa itu.
"Saya yakin jawatankuasa itu nanti mampu mengadakan pertemuan seperti hari ini sekerap mungkin berdasarkan kemampuan yang ada.
"Kami akan mengenal pasti "tokoh-tokoh yang akan dibawa dalam jawatankuasa itu, yang mana mereka harus bebas daripada kepentingan mana-mana parti politik," katanya ketika ditemui media selepas forum berkenaan.
Turut hadir sebagai ahli panel forum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Besar Kelantan, yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Nasharudin Mat Isa.

Najib petik surah ali-Imran tawar kerjasama PAS-Umno


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah sekali lagi menawarkan hubungan kerjasama Umno bagi membentuk hubungan rapat dengan PAS dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan.
Najib ketika berucap sebelum merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini berkata Islam menggalakkan perpaduan dan mengingatkan bahaya terlibat dalam perbalahan.
"Islam menganjurkan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah dan sebaliknya, betapa bahayanya apabila kita umat Islam terjebak dalam kancah perbalahan.
"Al-Quran dengan jelas menggariskan prinsip-prinsip perpaduan. Seperti ayat 103 surah ali-Imran menyatakan kita harus berpegang teguh kepada tali Allah," katanya.
Najib berkata, ini bermakna bahawa ia bukan satu pilihan tetapi adalah wajib untuk semua umat Islam untuk mematuhinya.
"Berpegang kepada tali Allah, bukan berpegang kepada tali lain, tali manusia ataupun tali-tali biasa tetapi tali Allah.
"Janganlah kamu semua berpecah-belah, maknanya melarang kita daripada berpecah-belah
"Oleh itu, saya yang mewakili kabilah saya (Umno) dan Tuan Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang mewakili kabilahnya, mari kita berpegang kepada ayat ini.
"Ini bukan pilihan, ini wajib. Bila mana Allah perintah, hukumnya adalah wajib," katanya.
Minggu lalu, Najib juga menghulurkan salam perdamaian kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno.
Sementara itu, Najib juga melahirkan keyakinannya bahawa Malaysia tidak akan menjadi seperti negara-negara di Asia Barat, di mana umat Islam berperang sesama mereka.
“Insya Allah, Malaysia tidak akan terjebak seperti negara-negara itu, sungguh pun Islam mewajibkan perpaduan, serta sikap saling tolong menolong ataupun ta’awwun.
“Islam juga meraikan perbezaan pandangan, apatah lagi jika berkait dengan urusan dunia. Perpaduan itu sangat penting untuk umat, persoalan yang lebih kritikal adalah bagaimana untuk membina perpaduan itu,” katanya.