Khamis, 17 Disember 2015

Harussani: Ulama Sudah Tak Dipercayai

Najib, Hadi berpakaian merah jambu jadi tumpuan

Bangsa Melayu Tidak Akan Jadi Macam Arab - Hadi Awang

UMNO Dan PAS Tidak Akan Bertelagah - PM

Pas-Umno: Ulama Bimbang Peristiwa Lama Berulang

Ketua Dewan Ulama: Terima dulu hudud baru jalin kerjasama dengan Pas

UMNO perlu menerima hudud terlebih dahulu jika mahu hubungan kerjasama dengan Pas terjalin
Datuk Dr Mahfodz Mohamed
PETALING JAYA: UMNO perlu menerima hudud jika serius mahu meneruskan kerjasama dengan Pas.
Itu kata dua Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed sebagai peringatan kepada parti Melayu itu yang turut dijadikan sebagai syarat penting jika mahu hubungan kerjasama antara dua parti berkenaan menjadi kenyataan.
Menurut beliau, jika UMNO menolak pelaksanaan huku Islam itu, parti tersebut akan menerima nasib sama seperti DAP.
“Kalau awal-awal mereka tak nak hudud, Ma’assalamah,” katanya yang menggunakan frasa Arab bermaksud `selamat tinggal’.
“Dasar Islam, kita tak boleh tinggalkan. Kita pun ada syarat. Kalau nak, ada syarat.
“Salah satu sebab kita berpecah dengan DAP pasal dia tak nak hudud,” katanya yang dipetik dari themalaymailonline.com.
Menurut Mahfodz lagi, kerjasama antara Pas dan UMNO akan mengambil sedikit masa kerana pengalaman lalu membuatkan kedua-dua parti lebih berhati-hati.
“UMNO kena ubah dasar kepada Islam. Kita tak tolak [mereka] kita belum terima lagi. Perlu kepada perbincangan selanjutnya,” ujarnya.

Mari satukan ‘kabilah’ kita, kata Najib kepada Hadi

Najib menyeru UMNO dan Pas bersatu dan mengelakkan perpecahan.
najib hadi
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menyeru agar UMNO dan Pas bersatu, kali ini di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.
Kedua-dua tokoh itu berkongsi pentas dalam program perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season, di sini, pada Khamis.
.
Kata Presiden UMNO, Islam sendiri menganjurkan agar umatnya bersatu dan mengelakkan kancah perpecahan.
“Al-Quran dengan jelas menggariskan prinsip ini. Ia adalah perintah, bukannya pilihan.
“Maka saya ingin nyatakan; saya yang mewakili kabilah saya, Tuan Guru dengan kabilahnya, marilah berpegang dengan ayat (Al-Quran) ini,” katanya disambut tepukan sebahagian hadirin.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, Pas masih belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.
Menyifatkan ucapan Najib sebagai bagus, beliau juga menegaskan UMNO perlu menunjukkan keikhlasan mereka dari segi pelaksanaan.
“Belum terima, belum tolak. Kita tunggu dan lihat.
“Pas belum buat apa-apa keputusan, (tapi) seperti apa yang Tok Guru (Abdul Hadi) nyatakan, kena dekatkan lagi hubungan berdasarkan agama,” katanya ketika ditemui wartawan selepas perasmian.

Doakan ukhwah Hadi dan Najib berterusan – Asyraf Wajdi

Dalam pertemuan itu juga dilihat kedua-dua pemipin tertinggi itu dilihat mengenakan baju yang sedondon bewarna merah jambu
Asyraf-Wajdi-Dusuki_najib_hadi-awang_600
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta mendoakan agar ukhwah yang terjalin di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang berterusan walaupun berlainan ideologi politik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian berikutan kemesraan yang semakin terpancar di antara kedua-dua pemimpin tertinggi itu dalam satu majlis anjuran al-Azhar.
“Apabila dua pemimpin besar mewakili dua parti terbesar umat Islam Malaysia berkongsi pentas buat pertama kali dalam semangat ukhuwwah dan silaturrahim yang utuh.
“Marilah kita sama-sama doakan agar Allah memberkati dan merahmati seterusnya menyatukan hati-hati umat Islam di Malaysia agar perpaduan ummah dapat direalisasikan merentas ideologi,” katanya dalam status terbarunya di Facebook.
Dalam pertemuan itu juga kedua-dua pemipin tertinggi dilihat mengenakan baju yang sedondon warnanya iaitu warna merah jambu.
Najib dan Hadi duduk bersebelahan antara satu sama lain dalam perasmian sidang alumni al-Azhar di hotel Grand Season.

Kerjasama Pas-Umno: Cahaya di hujung lorong semakin terang

najib-hadi 1
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kiri) berbincang sesuatu dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) selepas merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar 2015 hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 Disember:
Kerjasama dan hubungan silaturrahim di antara Umno dan Pas seakan mempunyai ‘sinar’.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keadaan itu dilihat mampu memberi kebaikan kepada rakyat di Malaysia memandangkan kedua-dua parti tersebut bertunjangkan matlamat yang sama iaitu Islam.
“Bersama dan bersatu tidak bermakna harus mencairkan pegangan politik dan ideologi yang ada, yang kita hendak capai adalah kita bersetuju untuk tidak bersetuju dan yang paling penting adalah kita bersatu dalam memartabatkan agama kita Islam, kepentingan bangsa dan negara. Dalam hal-hal melibatkan kepentingan ini saya rasa kita tidak perlu berbalah.
“Saya melihat pada hakikatnya, antara Umno dan Pas tidak ada perbezaan kerana kedua-dua parti ini berjuang untuk Islam, satu mazhab iaitu mazhab Syafie dan Ahli Sunnah Wal Jamaah, menghadap kiblat yang sama, solat dengan cara yang sama dan membaca Al Quran yang sama, yang berbeza hanyalah dari segi pendekatan politik.
“Pendekatan politik ini tidak harus menjadi penghalang untuk bersatu dalam meletakkan kepentingan agama, kepentingan negara lebih utama dari kepentingan lain,” katanya ketika ditemui selepas selesai majlis Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia di sini hari ini.

Najib sekali lagi hulur salam perpaduan kepada Pas

multaqa 1
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bergandingan tangan bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua, kanan) selepas merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar 2015 hari ini.
Turut hadir Timbalan Syeikh Al-Azhar Profesor Dr Abbas Shouman (dua kiri), Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAG) Profesor Madya Dr Mohd Abdul Mukti (kiri) dan Presiden WAAG Indonesia bekas Menteri Agama Republik Indonesia Prof Dr Muhammad Quraish Shihab (kanan).
KUALA LUMPUR, 17 Disember:
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengulangi kesediaan untuk menjalankan kerjasama bersama Pas hari ini.
Malah, beliau menjelaskan bahawa langkah itu diambil seiring dengan saranan Al Quran di dalam surah Ali Imran yang menekankan mengenai pentingnya perpaduan di kalangan ummah.
“Islam menganjurkan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah dan sebaliknya betapa bahayanya apabila kita umat Islam terjebak dalam kancah perpecahan dan perbalahan. Petunjuk Quran dengan begitu jelas menggariskan prinsip perpaduan ini.
“Seperti mana ayat 103 surah Ali Imran yang disebutkan Datuk Seri Abdul Hadi, berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah. Pertamanya, apakah pengertian ayat ni, bermula dengan perintah, maknanya ini bukan pilihan, ini bukan option, ini wajib, bila Allah perintah, maka hukumnya wajib untuk kita berpegang kepada Allah, bukan berpegang kepada tali lain,” katanya di dalam ucapan perasmian di majlis Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia hari ini.
Pentas hari ini merupakan pentas pertama yang dikongsi bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Umno menghulurkan tali silaturrahim kepada Pas beberapa hari yang lalu.
Jelas Najib, Islam telah melarang umatnya dari berpecah belah dan itu diterapkan di dalam konsep perbezaan ideologi merentasi perpaduan yang cuba dibawa di dalam gelanggang politik Malaysia.
“Maka saya, yang mewakili kabilah saya dan Hadi yang mewakili kabilahnya, marilah kita berpegang kepada pengertian ayat ini (Ali Imran, ayat 103), seperti disebut tadi jangan kita pula jadi seperti negara-negara Islam yang lain.

WSJ dedah 1MDB pindah AS$850 juta ke entiti pesisir luar


Akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa 1MDB menghantar sekurang-kurangnya AS$850 juta tahun lalu kepada sebuah entiti pesisir luar yang dibentuk supaya ia kelihatan sebagai dana harta negara atau 'sovereign wealth fund’ yang dimiliki oleh Abu Dhabi.
Menurut WSJ, laporan berkenaan adalah berdasarkan kepada dokumen yang diteliti dan disemak oleh penerbitan berkenaan dan mereka yang biasa dengan perkara itu.
"Satu unit 1MDB memindahkan sekurang-kurangnya AS$850 juta melalui tiga urus niaga pada tahun lalu kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Kepulauan British Virgin dengan nama yang membuatnya kelihatan seperti dikawal oleh IPIC (International Investment Petroleum Co)”, menurut dokumen pemindahan itu yang dilihat oleh WSJ dan dua orang biasa dengan perkara tersebut.
"1MDB menghantar wang kepada 'Aabar Investments PJS Ltd' yang hampir menyerupai nama anak syarikat milik penuh IPIC iaitu Aabar Investments PJS menurut dokumen itu.”
Memetik mereka yang biasa dengan perkara itu, WSJ berkata eksekutif di IPIC dan Aabar yang menyiasat pemindahan itu memutuskan bahawa tiada satu pun daripada kedua-dua dana itu dimiliki oleh Abu Dhabi atau dikawal syarikat Kepulauan British Virgin.

Najib, Hadi sedondon berbaju merah jambu


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkongsi pentas pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini.
Bagi penyokong mereka, pasangan yang berpakaian baju Melayu merah jambu dan duduk bersebelahan antara satu sama lain di Grand Seasons Hotel memberi harapan kepada kerjasama di antara kedua-dua parti Melayu terbesar di negara ini.
Hadi dijemput untuk menyampaikan ucaptama manakala Najib pula untuk merasmikan majlis itu, yang memberi tumpuan kepada perpaduan umat Islam di seluruh wilayah tanpa mengira ideologi.
Ini selepas Najib, minggu lalu, menghulurkan perdamaian kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno ke-69.
Kebanyakan pegawai majlis itu juga memakai baju merah jambu yang dipilih sebagai warna tema untuk majlis berkenaan.

Unit Amal PAS dihalau keluar pusat pemindahan, silaturahim Umno ‘omong kosong’

Usaha membantu mangsa banjir di Meru, Klang tergendala semalam apabila Umno Bahagian Kapar, Selangor didakwa menghalau Unit Amal PAS yang membantu mangsa banjir ditempatkan di sebuah sekolah di sana. – Gambar The Malaysian Insider, 17 Disember, 2015.Usaha membantu mangsa banjir di Meru, Klang tergendala semalam apabila Umno Bahagian Kapar, Selangor didakwa menghalau Unit Amal PAS yang membantu mangsa banjir ditempatkan di sebuah sekolah di sana. Usaha membantu mangsa banjir di Meru, Klang tergendala semalam apabila Umno Bahagian Kapar, Selangor didakwa menghalau Unit Amal PAS yang membantu mangsa banjir ditempatkan di sebuah sekolah di sana.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman meminta unit itu agar meninggalkan kawasan itu kerana jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup.
Katanya, arahan supaya unit itu keluar dibuat Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah kepadanya kira-kira jam 2 petang semalam dengan alasan ia arahan "pihak atasan".

"Mula-mula datuk pegawai daerah, yang dipertua Majlis Perbandaran Klang, pegawai bomba dan exco terkejut dan tidak bersetuju dengan keputusan saya supaya kita berkemas petang semalam atas desakan Umno itu. "Ada yang hampir menangis dengan keputusan saya itu. Namun selepas itu, masing-masing nampak impak keputusan itu, atau 'the big picture' yang cuba saya ketengahkan," kata Dr Rani.
Pusat pemindahan mangsa banjir itu dibuka di sebuah sekolah yang ditadbir kerajaan persekutuan manakala Unit Amal ialah badan sukarela bawah PAS.
Sejak banjir melanda Selangor kelmarin, unit itu dengan kerjasama Dr Rani menjadi badan pertama yang menyediakan kemudahan untuk membantu mangsa banjir.
Sebanyak 52 keluarga mangsa dari Persiaran Hamzah Alang, Taman Sri Puteri, Taman Saujana, Taman Meru Utama, Taman Berkat dan Taman Bayu dipindahkan ke sekolah berkenaan.
Unit tersebut menyediakan khemah di dalam dewan sekolah itu bagi membolehkan mangsa banjir tinggal di situ dengan selesa dan menyediakan makanan untuk mereka 3 kali sehari.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melawat mangsa banjir itu semalam dikatakan melahirkan perasaan bangga dengan kemudahan disediakan untuk mangsa, menyatakan ia setaraf dengan apa dibuat di negara maju.

Najib, Mahathir, Hadi ada jumpa saya, cari titik pertemuan UMNO dan PAS - Harussani

Najib, Mahathir, Hadi ada jumpa saya, cari titik pertemuan UMNO dan PAS - HarussaniKUALA LUMPUR: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui dijemput untuk berbincang dan mencari kerjasama terbaik yang boleh dilakukan UMNO dan PAS.

Jelas Harussani, antara pemimpin yang pernah berbincang berkenaan perkara tersebut termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sekarang ini saya lihat, apa yang diucapkan Perdana Menteri (Najib Razak), Abdul Hadi kepada saya bahawa kedua-duanya menuju ke arah untuk bersatu.

"Walaupun mereka tidak mungkin bersatu dari segi parti, tapi bersatu dengan satu tujuan, bersatu dalam arah mencari perpaduan ummah. Mudah-mudahan ini akan berjaya.

"Saya juga telah diminta dulu oleh Dr Mahathir...minta saya supaya cari jalan, supaya dapat kita satukan (UMNO dan PAS).

"Alhamdulillah, saya telah temui orang-orang ini dan semuanya telah setuju untuk dapat kita bersatu padu," kata Harussani selepas menyampaikan ucapan selaku panelis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini hari ini.

Malah, Harussani berpandangan jika parti-parti politik yang memperjuangkan Melayu dan Islam berpecah, maka ketuanan Melayu dan Islam akan kecundang pada pilihan raya akan datang.

"Kita ada dalam dua tahun sahaja lagi, kalau kita berpecah, kita akan kecundang. Kalau kita bersatu balik, InsyaAllah kita dapat mempertahankan ketuanan orang Melayu di Malaysia ini.

"...kerana di situ juga duduknya kekuatan Islam. Kalau kecundang Melayu, kecundanglah Islam di negara kita ini, jadi habislah perjuangan kita," katanya.

Justeru, beliau mahu semua pihak berfikiran waras, bukan tujuan berpolitik sahaja, sebaliknya untuk kepentingan negara.

Multaqa alumni Al-Azhar ingin rintis perpaduan PAS dan Umno

Poster Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan hadir merasmikan acara. – Gambar ihsan Ismaweb, 17 Disember, 2015.
Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur diharap dapat merintis jalan ke arah penyatuan dua parti Islam terbesar, iaitu PAS dan Umno. Harapan ini dinyatakan Pengerusi Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, sesuai dengan seminar berkenaan yang akan membincangkan perbezaan pendapat dan ideologi politik yang sedang melingkari masyarakat Islam di negara ini.
Kesempatan itu, katanya boleh membuka jalan kepada perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan.

"Dalam konteks (tema Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi) ini, sebenarnya kita fokuskan kepada fahaman politik, kerana kita ambil kira, sebahagian besar umat Islam di negara ini cenderung kepada dua 2 parti politik Islam terbesar (PAS dan Umno). "Salah satu tujuan pertemuan ini untuk mendekatkan, hendak menanamkan semangat perbincangan dialog... dan mungkin apa yang berlaku ini dapat mempengaruhi masyarakat Islam di negara kita," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Forum 3 hari bermula Rabu anjuran Rabitah Alumni Al-Azhar Malaysia dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini dan dijangka dihadiri 900 peserta dari dalam dan luar negara.

Perpaduan Pas-Umno: Najib, Hadi akhirnya bertemu

multaqa
Datuk Seri Najib Razak tiba di majlis Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia 2015 diiringi Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
KUALA LUMPUR, 17 Disember:
Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang julung kali diadakan di sini diharap dapat merintis jalan ke arah penyatuan dua parti Islam terbesar, iaitu Pas dan Umno.
Harapan ini dinyatakan Pengerusi Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia, Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, sesuai dengan seminar berkenan yang akan membincangkan perbezaan pendapat dan ideologi politik yang sedang melingkari masyarakat Islam di negara ini.
Kesempatan itu, katanya boleh membuka jalan kepada perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan.
“Dalam konteks (tema: Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi) ini, sebenarnya kita fokuskan kepada fahaman politik, kerana kita ambil kira, sebahagian besar umat Islam di negara ini cenderung kepada dua dua parti politik Islam terbesar (Pas dan Umno).
“Salah satu tujuan pertemuan ini adalah untuk mendekatkan, nak menanamkan semangat perbincangan dialog…dan mungkin apa yang berlaku ini dapat mempengaruhi masyarakat Islam di negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Najib shares stage with Hadi at al-Azhar Conference

Al-Azhar Alumni: A New Beginning in Umno-Pas Ties

Umno umpama minta nyawa ketika sakaratul maut

Pas Kedah menyifatkan tindakan Umno yang menghulurkan tangan untuk berbaik dengan parti Islam itu umpama meminta nyawa pada masa Umno sedang menghadapi sakaratul maut.
Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, perhimpunan agung Umno minggu lalu turut menyerlahkan masalah besar yang sedang melanda parti berkenaan.
“Sekalipun Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan pelbagai ‘sekatan’ dalam perhimpunan itu bagi menggambarkan kononnya mereka tidak berpecah, namun ia tetap jelas kelihatan.
“Selain itu, terdapat satu pihak yang berkepentingan kelihatan menyokong Najib tetapi golongan yang lebih besar khususnya di akar umbi pula menyanggah presiden parti itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Muzakarah Menurutnya, Umno yang menjadi teraju utama dalam BN turut menjadi sasaran kemarahan rakyat akibat pelbagai skandal dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion, GST, cadangan kenaikan tol, penghapusan subsidi, perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) serta bebanan kos hidup yang semakin bertambah.
“Isu-isu itu secara tidak langsung menjadikan Umno kelihatan benar-benar sedang nazak dan kelemasan,” katanya.
Beliau berkata, Pas Kedah juga menyokong kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru supaya Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya.
“Seruan itu bertepatan dengan masanya, memandangkan banyak kehancuran yang berlaku dalam negara dan pelbagai derita yang melanda rakyat adalah angkara kegagalan Umno yang berpunca daripada tindakan mengetepikan syariah.
“Jika kepimpinan tertinggi Umno tidak bersedia menyahut seruan Pas, maka saya menasihatkan ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti itu dan sertailah Pas beramai-ramai,” ujarnya.
Beliau berkata, pelbagai saranan yang dilontarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Kongres Rakyat Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini juga menunjukkan keselesaan rakyat untuk bersama Pas dalam memperjuangkan nasib rakyat.

KETUA CAWANGAN TERUS BANGKIT DESAK NAJIB LETAK JAWATAN

Malam semalam lima Ketua UMNO Cawangan dalam Bahagian Gombak tampil menuntut Najib Razak meletakkan jawatan atas keyakinan imej buruknya sebagai Perdana Menteri lebih memungkinkan parti ditolak rakyat dan menerima kekalahan dalam PRU 14 nanti.

Lima cawangan terbabit ialah Delima Lembah Keramat, Taman Melawati, Kampung Kemensah Hilir, Jelatek Permai dan Lake View, Batu Caves.

Kemunculan lima cawangan ini adalah susulan langkah yang sama yang telah diambil oleh rakan-rakan mereka dari Teluk Kemang, Sepang, Puchong, beberapa cawangan di Johor dan lain-lain lagi sebelum ini.

Yang menariknya, keberanian lima cawangan dari Gombak ini  hanya beberapa hari saja selepas 9 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang diambil tindakan penggantungan selama enam tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana membuat desakan yang sama.

NOW persoal keperluan Yapeim wujudkan pusat sukan golf simulator

Pengarah Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) Akmal Nasir menunjukkan gambar pusat sukan golf simulator milik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 17 Disember, 2015.Pengarah Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) Akmal Nasir menunjukkan gambar pusat sukan golf simulator milik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 17 Disember, 2015.Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat mengenai skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) hari ini menuntut penjelasan berhubung keperluan agensi itu memiliki pusat sukan golf simulator yang dinamakan "Pusat Latihan INPUT Golf".
INPUT ialah singkatan bagi Institut Penyelidikan dan Perundingan Yapeim.
Pengarahnya Akmal Nasir berkata banyak persoalan timbul mengenai pusat sukan itu, memandangkan Yapeim berteraskan amal jariah sebagaimana penyataan misinya, iaitu "Membangun Ummah Melalui Beramal Jariah".

Beliau berkata, menurut laporan bajet yayasan itu bagi 2013, Kelab Sukan Korporat Yapeim mengadakan aktiviti permainan golf melibatkan kakitangannya dan agensinya, serta institusi luar, sebanyak 8 kali pada tahun tersebut. "Laporan bajet itu menyatakan, termasuk bagi tujuan aktiviti sukan korporat dan program permainan golf adalah mewujudkan Pusat Sukan INPUT Golf Simulator melalui INPUT Yapeim.
"Ini termasuk mengenal pasti kelab golf bersesuaian bagi tujuan dijadikan Pusat Kegiatan dan Latihan Sukan Korporat Golf," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat NOW hari ini.
Akmal turut menunjukkan kepada pemberita, bukti gambar yang mengesahkan pusat latihan golf itu, yang terletak di Mentari Business Park, Petaling Jaya, milik Yapeim.
Antara persoalan yang dibangkitkan NOW mengenai pusat sukan itu ialah, berapa kos pembelian dan penyelenggaraan peralatan golf simulator itu dari tempoh ia dibeli sehingga hari ini.
NOW juga ingin tahu kos pemilikan, pengurusan dan pentadbiran pusat sukan itu dan keperluan mewujudkan pusat berkenaan.

PAS Kedah: Umno berdepan sakaratul maut

Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi Tindakan Umno yang cuba berbuat baik dengan PAS seakan meminta nyawa ketika parti yang sinonim dengan perjuangan kaum Melayu itu sedang menghadapi sakaratul maut.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, berkata masalah besar yang sedang melanda Umno terus terserlah dalam perhimpunan agung parti itu, baru-baru ini.
“Walapun Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menggunakan pelbagai ‘sekatan’ dalam perhimpunan itu bagi menggambarkan kononnya mereka tidak berpecah, namun ia tetap jelas kelihatan.
“Selain itu, terdapat pihak berkepentingan kelihatan menyokong Najib tetapi golongan lebih besar khususnya di akar umbi pula menyanggah presiden parti itu,” katanya yang dipetik Sinar Harian, di sini, hari ini.
Fakhruddinn berkata, Umno terus menjadi sasaran kemarahan rakyat terutama terpalit dengan pelbagai antaranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), cadangan kenaikan tol, penghapusan subsidi dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
“Isu itu secara tidak langsung menjadikan Umno kelihatan sangatnazak dan kelemasan,” katanya.
Terdahulu, Umno menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan PAS bagi memastikan pentadbiran akan datang tidak jatuh ke tangan pembangkang pro-DAP.

Mengapa Akta MKN tiada dasar keselamatan negara?


Pemimpin agama di negara ini mahu Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan kerajaan baru-baru ini ditangguhkan atau dipinda supaya dasar keselamatan negara yang sepatutnya boleh digubal dan diikuti.
"Rang undang-undang itu mesti membenarkan tindakan undang-undang di mahkamah, supaya sebarang salah guna boleh disekat.
"Dalam demokrasi, kuasa seluas itu tanpa sekatan dan imbangan tidak boleh diberikan kepada sebuah entiti," kata Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) dalam satu kenyataan media.
Menurut kumpulan itu, rang udang-undang itu lebih tertumpu kepada memberi kuasa kepada perdana menteri dan penggubalnya benar-benar lupa untuk mensyaratkan MKN menghasilkan satu dasar keselamatan negara.
"Difahamkan bahawa kerajaan telah tidak mengeluarkan apa-apa dokumen mengenai dasar keselamatan negara sehingga hari ini," kata kenyataan itu lagi.
Ia ditandatangani oleh enam pemegang jawatan kumpulan itu iaitu presidennya Datuk Seri Jit Heng, timbalannya Datuk RS Mohan Shan, naib presiden Sebastian Francis, Sardar Jahir Singh, Daozhang Tan Hoe Chieow dan Setiausaha Agung Kehormat Prematilaka Serisana.
Sekiranya rang undang-undang MKN tidak digantung dan dasar keselamatan negara tidak digubal, badan agama itu mencadangkan agar anggota MKN diperluas bagi merangkumi perwakilan daripada parti-parti komponen BN.
Ini perlu termasuk menteri-menteri dari Sabah dan Sarawak supaya dasar keselamatan negara mengambil kira kepentingan semua, kata mereka.
"Jika rang undang-undang ini tidak digantung maka ia perlu dipinda untuk memasukkan menteri kabinet dari parti-parti komponen BN yang lain supaya dasar keselamatan negara boleh digubal dan diikuti," kata mereka.

Saham FGV jatuh: Pahang rugi hampir RM500 juta...


Kerajaan Pahang dikatakan menanggung kerugian hampir RM500 juta akibat kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV) ke paras terendah RM1.92 seunit.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK), Lee Chean Chung berkata, nilai saham yang dimiliki Kerajaan Pahang hanya bernilai RM349,440,000 susulan kejatuhan itu.
Ini bermakna, katanya, kerajaan Pahang menangung kerugian sebanyak RM478,660,000, ataupun 2.5 kali ganda Anggaran Perbelanjaan Mengurus (RM185.09 juta) Negeri Pahang untuk tahun 2015.
Untuk rekod, Kerajaan Pahang memiliki lima peratus saham dalam FGV atau menyamai 182 juta unit saham.
Kerajaan Pahang membeli saham itu pada 2013 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM829,954,466.25 dan ketika itu harga saham RM4.55 seunit.
Chean Chung berkata, peneroka yang telah membeli 800 unit saham dengan membayar RM3,580 semasa ia disenaraikan, terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2,024 kerana saham itu kini hanya bernilai RM1,536.
“Saya faham bahawa Felda merupakan aset penting dan sentimental bagi Pahang, dan kerajaan UMNO/BN membuat pelaburan saham berkenaan, mungkin dengan niat untuk menjana pendapatan.

MCCBCHST gesa rang undang-undang MKN ditangguh

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menggesa rang undang-undang kontroversi Majlis Keselamatan Negara (MKN) ditangguhkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2015.Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menggesa rang undang-undang kontroversi Majlis Keselamatan Negara (MKN) ditangguhkan.
Pemimpin agama negara ini turut menyuarakan pandangan mengenai rang undang-undang kontroversi Majlis Keselamatan Negara (MKN), dengan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menggesa ia ditangguhkan. Bersetuju dengan kebimbangan banyak pihak terhadap rang undang-undang yang semakin rancak dikritik itu, majlis itu berkata ia mempunyai akibat serius kerana kelihatan mengatasi peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan dan mengancam kebebasan awam.
"Jika rang undang-undang itu tidak ditangguhkan, maka ia perlu dipinda bagi memasukkan menteri Kabinet parti komponen Barisan Nasional lain supaya Dasar Keselamatan Negara yang sepatutnya boleh digubal dan diikuti.

"Rang undang-undang itu mesti membenarkan tindakan undang-undang di mahkamah, supaya sebarang salah guna boleh disekat. "Dalam demokrasi, kuasa seluas itu tanpa sekatan dan imbangan tidak boleh diberikan kepada sebuah entiti," kata MCCBCHST dalam satu kenyataan yang ditandatangani presidennya Datuk Seri Jit Heng, timbalannya Datuk RS Mohan Shan, naib presiden Sebastian Francis, Sardar Jahir Singh, Daozhang Tan Hoe Chieow dan Setiausaha Agung Kehormat Prematilaka Serisana.
MCCBCHST berkata, rang undang-undang itu sepatutnya digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), kerana peruntukan itu mengenai undang-undang terhadap perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan keganasan dirancang.
Katanya, rang undang-undang itu akan bertentangan dengan Artikel 150 (I) Perlembagaan Persekutuan dengan mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam mengisytiharkan darurat.
Rang undang-undang itu mencadangkan MKN, diketuai perdana menteri, dibenarkan mengisytiharkan kawasan keselamatan.

Najib bakal lenyapkan 105,382 ekar Tanah Rezab Melayu...


Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya. 

Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. 

Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR.

"PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi.

Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

"Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya.

Bagi Rafizi, kedudukan FGV ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.

PAU 2015: Siapa sepatutnya cakap, siapa sepatutnya dengar?

UMNO seperti ular yang sudah dicabut bisanya kerana hanya kami, pihak media yang menikmati keterujaan penyampaian berita walaupun sebenarnya tiada siapa (rakyat) yang kisah terhadap parti yang sudah hilang keMelayuannya.
PAU2015
Laungan ‘Hidup UMNO!’, ‘Hidup Melayu’, ‘Hidup Najib’ dan ‘Hidup PM’ antara zikir yang tidak putus-putus membarai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015.
Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bergema dengan laungan penuh bertenaga itu demi kelangsungan UMNO, sepanjang lima siang empat malam, dengan kepercayaan ia akan terus menjadi denyutan setiap ahli dan perwakilan yang hadir.
Ucapan semua perwakilan UMNO terutama sekali ketua pemimpin parti itu sendiri, Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dihadam sebagai mantera paling gah dalam kalangan pengikut UMNO yang masih setia dengan parti yang berusia 69 tahun (?) itu.
Kesetiaan yang ditunjukkan seolah-olah tiada pendua bagi UMNO dan Melayu, kalau ada sekalipun, ia lebih haram daripada yang haram. Begitu bersemangatnya 5,732 perwakilan yang menghiasi PAU 2015 kali ini.
Persoalannya, adakah semua itu semangat ikhlas dan bukan yang di’implan’, atau sekadar memberi harapan palsu kepada 3.52 juta ahli berdaftar dengan 21,502 cawangan di seluruh negara?
Kenapa saya berkata demikian, kerana saya merasakan lebih 5,000 perwakilan yang hadir itu tidak lagi mewakili lebih 3 juta ahli UMNO mahupun kaum Melayu lain di negara ini. Realitinya, parti itu seperti ular yang sudah tidak berbisa.

‘Salam dia hulur atas meja, bawah meja ada pisau’

bendera pas umno
Keputusan harus dibuat berhati-hati mengenai kerjasama politik melibatkan dua parti Melayu besar, Pas dan juga Umno.
KUALA LUMPUR, 17 Disember:
Keputusan harus dibuat berhati-hati mengenai kerjasama politik melibatkan dua parti Melayu besar, Pas dan juga Umno.
ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari berkata salam yang dihulurkan oleh Umno melalui presidennya, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini di Perhimpunan Agung Umno 2015 dikatakan diiringi pisau yang dipercayai merujuk kepada niat yang tidak baik.
“Kena hati-hati, salam dia hulur atas meja, bawah meja ada pisau.
“Dia berbohong (untuk menjalankan kerjasama tersebut),” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas atas kapasiti sebagai ADUN PKR Selangor mengenai kerjasama politik yang kerap disebut akhir-akhir ini.
Bagaimanapun jelas Yaakob, beliau bersetuju dengan konsep yang pernah dijelaskan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mengenai hubungan Pas dan Umno.
“Kalau macam arwah Nik Aziz itu saya setuju. Jika benar Umno nak berlandaskan Islam, sama juga dengan Pas…dua-dua parti bubar, tubuh parti baru.
“Buat parti baru yang berteraskan Islam,” katanya lagi.
Sementara itu, menurut ADUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha, pendirian Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sebelum ini sudah cukup jelas.
“Saya rasa itu sudah cukup jelas. Sebelum ini, Pas selalu kena buli dan kena tekan dengan Umno, tapi bila mereka dah nyawa-nyawa ikan, mereka nak hulur silaturrahim.
“Macam ada muslihat,” katanya.
Menurut Haniza, dalam apa perkara sekalipun, pimpinan atasan tidak boleh membuat keputusan sendiri tanpa mengambil kira pandangan akar umbi.

Pengkritik bimbang kebenaran makin jauh, laporan audit skandal 1MDB ditangguh

Laporan penuh yang dinanti-nantikan daripada ketua audit negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan tetapi itu mungkin bukan aspek paling penting dalam siasatan ke atas syarikat sarat hutang itu.
Ahli politik dan aktivis anti rasuah yang sudah lama mengikuti isu itu berkata laporan itu hanya sekadar mengikut skop diberikan kepada ketua audit kerana ini akan menentukan sama ada beliau boleh mendedahkan betapa teruknya skandal itu.
Satu lagi yang penting ialah adakah laporan itu akan didedahkan kepada umum, kata Cynthia Gabriel dari Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Ini akan membuktikan sejauh mana kejujuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau berkata tindakan akan diambil jika sememangnya ada salah laku dalam syarikat pelaburan negara itu. "Saya bimbang jika kita tidak berhati-hati, Laporan Ketua Audit Negara boleh menjadi pelindung kepada isu 1MDB dan akan digunakan kerajaan untuk berselindung di sebaliknya," kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
"Ini kerana bidang tugas yang diberikan kepada Jabatan Audit Negara yang saya khuatir adalah terhad dan tidak terperinci seperti sepatutnya," kata Rafizi, pengkritik utama 1MDB.
Laporan Bernama semalam memetik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin sebagai mengesahkan laporan ketua audit negara ditangguhkan. Ia sepatutnya dibentangkan kepada PAC hari ini.
Kesangsian umum
Siasatan 1MDB oleh agensi lain menimbulkan syak wasangka kerana penglibatan Najib dalam syarikat itu sebagai ketua lembaga penasihatnya.
Putrajaya membubarkan satu pasukan petugas khas pelbagai agensi yang terdiri daripada polis, Jabatan Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 Ogos lepas.
Pengkritik mendakwa pentadbiran Najib campur tangan dalam siasatan 1MDB walaupun kerajaan berkata agensi itu boleh terus menjalankan siasatan mereka sendiri.
Polis berkata, mereka hanya akan menyelesaikan siasatan mereka ke atas 1MDB selepas laporan audit negara lengkap.
Laporan ketua audit itu ditunggu-tunggu kerana kedua-dua kerajaan dan pembangkang menghormati jabatan itu dan kredibilitinya.
Laporan itu kunci kepada apa yang berlaku dalam 1MDB dan pengkritik berharap ia akan menerangkan bagaimana syarikat itu mengumpul hutang RM42 bilion walaupun baru 6 tahun beroperasi, kata Gabriel.
"Pelbagai tuduhan dibuat mengenai 1MDB dan di peringkat antarabangsa, terdapat siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram. Inilah sebabnya mengapa Laporan Ketua Audit Negara perlu didedahkan kepada umum."

Perjuangan secara aman pilihan Anwar

Oleh Lanh
MENGINSAFI bahawa Kongres Nasional PKR (KEADILAN) kali ke-11 pada 27-29 November lalu adalah yang pertama diadakan tanpa kehadiran Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya teringat apa yang pernah saya tulis mengenasi perjuangan beliau termasuk tuduhan kes liwatnya.
Ingatan itu semakin segar ketika menekuni kuliah Maghrib-Isyak di sebuah masjid di kampung saya di mana sang ustaz ketika membicarakan bab Fiqh Jinayah (Jenayah), mengingatkan jemaah bahawa antara kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud adalah menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
Sang ustaz menegaskan bahawa empat orang saksi itu mesti melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan perzinaan itu dengan beliau menggambarkannya bagaikan melihat 'gincu masuk ke dalam bekasnya' - kalau gincu 'terkeluar' dari bekasnya itu pun tidak boleh, kata sang ustaz membuatkan jemaah ketawa.
Demikian bukan mudah untuk menuduh atau mempersabitkan orang melakukan zina atau liwat; bagi penuduh yang gagal mengemukakan empat orang saksi itu, dia sudah melakukan kesalahan qazaf, dia boleh dikenakan sebatan 80 kali.
Anwar kini 'terpenjara' lima tahun di Sungai Buloh di atas tuduhan liwat, namun auranya tetap dirasakan ketika Kongres dan salah seorang pemimpin yang tanpa segan meluahkannya adalah Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau ketika Kongres AMK, berkata Anwar sentiasa prihatin akan AMK dan kerajaan negeri Selangor yang kini 'bermenteri-besarkan' pemimpin KEADILAN iaitu Azmin Ali. Namun Anwar langsung tidak mengadu tentang keadaan dirinya di penjara.

The best teacher Najib ever had

Mariam Mokhtar
Today, Malaysia is divided. We may have lived peacefully beside one another, despite being of different races and religions, but we are no longer tolerant of our neighbours. We eye one another with suspicion. Muslim parents tell their offspring not to befriend non-Malay children. It is shocking that some Malay teachers encourage disunity and seek to prevent Malays from fraternising with 'kafirs'
Tun Dr Mahathir Mohamad's Lessons Numbers One and Two: Lesson One is to keep the Malays ignorant, because they are Umno-Baru's powerbase, and a thinking Malay is a dangerous Malay. Lesson Two is to divide and rule.
When Mahathir was the Education Minister, between 1974 and 1978, English medium schools became Malay medium. It is shameful that Najib, who went to a Church of England school, cannot advise his Education Ministry officials, that speaking English is not unpatriotic, or that the cross on the walls of Mission schools will not convert Muslims to Christians, or that singing Christmas carols will not have the same effect.
Najib prefers to keep the Malay ignorant, so that his mind can be moulded to Najib's will.
Lesson Three: Few Malays would dare to question the ulamas, or Jakim, because of Islam.
The Department of Islamic Development Malaysia, Jakim, was Mahathir's creation. It succeeded the Islamic Affairs Division (BAHEIS) in the Prime Minister's Department, but in 1997, Jakim's dominance took off, to consolidate Mahathir's power.
Today, Najib uses Jakim to dictate, to Malays, how they should, or should not, live their lives. Thus, we have the dress code, the ban of non-Malays using certain words like Allah, the supermarket trolley debacle, and children, who attend boarding schools are converted, without the knowledge, or consent, of their parents.
Lesson Four: Grandiose projects, funded by the taxpayer, give cronies ample opportunity to charge unlimited commission, besides creating a fitting monument, to remind future generations of the Malaysian leaders.
Anyone who looks at the Petronas Twin Towers tends to associate it with Mahathir. People see this gleaming tower as Mahathir's handiwork, in his drive to "modernise" Malaysia.
Little wonder that when Najib said he was going to build the Warisan Merdeka Towers (now called KL118), Mahathir was furious. Why? Because Najib's monument will tower over the Twin Towers and dominate the KL skyline.
Lesson Five. Think of yourself, not the rakyat.

Dendam Umno masih membara di Kelantan

Oleh M FAQIH
SUDAH banyak kali diulangulang slogan mahu merampas Kelantan. Sejak Umno Kelantan dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1990 itulah slogan paling aula. Begitu juga ketika di bawah Tan Sri Annuar Musa, Tengku Razaleigh Hamzah dan sekarang Dato’ Seri Mustapa Mohamed. Mustapa dua kali mengepalai Umno Kelantan.
Pada akhir November lepas dijaja lagi Kelantan milik BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14. Ia dijadikan tema Konvensyen Umno Kelantan.
Menjelang PRU 1999 ketika Ku Li mengetuai Umno ditabur merata tempat baju T bertulis “Make Gaji Buto.” Selain itu terdapat sepanduk “Dekak 10 Taung Doh Demo Perintah Kelate
Tak Dok Gapo Satu Pun Demo Buak, Tok Malu Ke Make Gaji Buto.”
Banyak analisis akhbar harian turut memberi gambaran kemenangan PAS di Kelantan pada PRU 1990 dan 1995 kerana bantuan Parti Melayu Semangat 46.
Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dibentuk daripada kolaborasi PAS, Semangat 46, Berjasa dan Hamim.
Perpecahan APU pada 1997 dilihat banyak pihak memberi keuntungan berganda buat Umno dan BN. Ku Li membawa penyokongnya menyertai Umno secara en bloc ketika itu.
Bukan setakat berdepan penyertaan semula bekas Semangat 46 bersama Umno, sebaliknya kawan seperjuangan PAS pula memakai baju musuh.
Bekas ahli PAS menyertai parti Dendam Umno masih Pas Baru dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) kerana marah hubungan PAS-DAP menjelang PRU 1999.
Tentunya ramai masih ingat seorang ahli PAS Cawangan Kedai Mulong, ZainalAbidin Mat Yusoff menaik sepanduk bertuliskan “PAS Bukan Parti Islam.” Sepanduk itu direntang di jalan utama Kota Bharu-Machang.
Beliau dikatakan membantah keras usaha PAS mengadakan kerjasama dengan bukan Islam.
Malah bekas-bekas ahli PAS juga bergabung dalam gagasan dikenali Angkatan Insaf Rakyat (AIR). Pengerusinya, Hashim Othman pernah memberitahu AIR menyertai PRU 1999 bagi memastikan kerajaan PAS Kelantan ditumbangkan.
“Penyokong AIR akan menentang PAS habis-habisan selagi parti itu tidak memutuskan hubungan dengan DAP,” kata Hashim. Apa yang berlaku kira-kira 16 tahun itu berulang kembali sekarang.
Cuma mauduknya berbeza.
Sekarang bekas pemimpin PAS menubuh parti baru kerana kecewa PAS memutus hubungan dengan DAP.
Sedangkan dahulu ada ahli PAS meninggalkan perjuangan parti itu kerana PAS akrab dengan DAP. Gerakan yang berlaku sekarang biar pun diuar-uar mendapat sokongan meluas tetap mengulangi episod lama. Ia hampir serupa namun wajah yang berbeza.
Pas Baru, Islah, AIR dan Jati juga pernah mendakwa mempunyai pengikut yang ramai. Tidak jauh berbeza dengan apa yang didakwa PAN sekarang. Keyakinan Ku Li yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan menjelang PRU 1999 mahu merampas Kelantan angkara masalah dalaman PAS, diulang Mustapa sekarang.
Konvensyen Umno Kelantan dikatakan dihadiri lebih 2,000 perwakilan. Kesan gelodak media baru menyebabkan inti perbincangan pada konvesyen tersebut turut diecer di media baru.
Ketika mengejar impian PRU 14 milik BN, ada perwakilan bahagian dikatakan mahu mempertingkatkan tekanan kepada guru supaya menyokong BN. Strategik kuno itu bukan perkara baru di Kelantan. Guru menjadi mangsa politik Umno sejak 1990.
Deraan juga menimpa guruguru Kelas al-Quran Fardu Ain (Kafa). Mereka dikatakan sering menjadi sasaran Umno.
Arahan menghadiri program Umno bukan perkara pelik di Kelantan.

Legitimacy of the post-GE14 government

Will Najib fall back on the NSC if BN loses, as Kit Siang fears?
lim-kit-siang_najib_nsc_law_600
Suspended Gelang Patah MP Lim Kit Siang has raised the possibility that Prime Minister Najib Abdul Razak might fall back on the National Security Council (NSC) to declare a state of emergency should he crash out at the 14th General Election in 2018.
Lim referred to Najib’s speech at the just-concluded Umno General Assembly, in which the Prime Minister painted the choice in 2018 as between an Umno-led coalition government and one dominated by the DAP. Wanita Umno chief Sharizat Abdul Jalil screeched that she was not prepared to stand by and see the country handed over to the DAP. She literally had her sleeves rolled up.
Nevertheless, when the 2018 election is concluded, the losing party will have to concede defeat and congratulate the winning party. That’s assuming, of course, that both the election and its results are legitimate.
In the final analysis, however, the legitimacy – or lack thereof – of the post-2018 government will be determined by how it governs. If there’s no legitimacy, consumer sentiment would continue to be poor, there would be no investor confidence, risk factors would increase to send insurance rates up, the credit rating would go down, the ringgit would decline further, new loans would become expensive, banks would call in old loans, there would be no takers for government and company bonds, old bonds would become junk and the bottom would fall out of the stock market and properties. The list can go on and on into micromanagement details.
It’s said that we should cross the bridge only when we come to it.
The CIA may beg to differ and prefer to maintain its five strategies: a bullet can change the course of history; it’s always easier to predict bad happenings; it pays to have more than a healthy dose of paranoia; stoke latent hatreds to create enemies and flush them out; and engage in constant scenario-building because it’s better safe than sorry.
The future does not exist until it gets here, but that’s no reason for failing to plan or planning to fail. So, obviously Lim may be into some sort of planning for 2018 and post-GE14.
Lim may well keep the May 1969 riots in mind, considering that DAP and he have been accused of provoking the Malays into violence. Lim was in fact in Kota Kinabalu when May 13 broke out, but let’s not go there.

Ucapan Presiden UMNO

Oleh Tun Mahathir

1. Ucapan Presiden UMNO dalam perhimpunan Agung UMNO 2015 amat mengecewakan. Ia tertumpu dan terhad kepada mempertahan diri sahaja.
2. Presiden mendakwa, ia adalah Gentleman, berjiwa besar, berani, tidak bacul dan tidak akan undur.
3. Perjuangan parti dan kerajaan pimpinannya tidak disebut. Juga tidak ada penjelasan berkenaan dengan masalah seperti 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit yang terdapat dalam akaunnya di Arab Malaysian Bank yang perwakilan ingin tahu supaya mereka dapat terangkan kepada ahli-ahli lain dan orang ramai.
4. Ekonomi negara yang merosot, kejatuhan nilai Ringgit dan kesannya terhadap kos sara hidup dan kos import tidak diulas dan tidak ada cadangan bagaimana menangani masalah-masalah ini. Masalah yang disebabkan oleh GST juga tidak disentuh, hanya bagaimana kewangan Kerajaan diselamatkan oleh cukai berat yang dibebankan keatas rakyat ini.
5. Dasar pelajaran dan penggunaan bahasa pengantar yang tidak menentu tidak diulas.
6. Yang disentuh dan di tegaskan ialah bantuan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli-ahli kepada Presiden.
7. Bantuan yang disebut dalam perlembagaan sebagai peranan Timbalan Presiden dan Naib Presiden ditafsir semata-mata sebagai sokongan kepada Presiden. Sebenarnya bantu bermakna tolong. Dalam Bahasa Inggeris ia bermakna “assist” atau “help”. “Assistance” dan “help” bermaksud memberi pendapat dan nasihat berkenaan dasar dan tindakan yang dicadang oleh Presiden. Jika Presiden lemah, atau uzur maka Timbalan Presiden dan Naib Presiden perlu bantu. Jika Presiden salah, anggota lain perlu tolong betulkan.
8. Tetapi Presiden hanya menafsir bantu sebagai sokong. Demikian disebut dalam ucapan “kesetiaan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan “sebagai dipanggil kita datang, disuruh pergi kita pulang – Begitulah luhurnya prinsip kesetiaan dan ketaatan.” Itulah sahaja yang dikehendaki oleh Presiden.
9. Semua anggota parti di semua peringkat tidak perlu fikir, tidak perlu memberi apa-apa sumbangan tetapi apabila disuruh datang, datang disuruh pergi, pergi. Apabila Presiden suruh jahanamkan parti pun jahanamkan. Jangan soal, jangan tegur dan jangan bantah. Inilah dasar dan kehendak Presiden Parti.
10. Jika tidak patuh kepada arahan Presiden atau menuding jari kepada kesalahan Presiden maka tindakan diambil untuk menggantung atau menyingkir dari parti.
11. Ugutan dibuat untuk polis memanggil untuk disoal dan dituduh .
12. Saya bukan sahaja di soal oleh polis tetapi sekatan yang dibuat terhadap saya lebih teruk daripada pemimpin parti lawan.
13. Semua dewan ditutup bagi saya sehingga saya tidak dapat bertemu dan bercakap dengan orang UMNO atau orang ramai. Hotel diberi amaran akan tidak diberi bisnes kerajaan jika saya diterima berucap dalam dewan-dewan mereka.

Skandal 1MDB: Pengkritik harap Laporan Ketua Audit Negara akan dedah segala-galanya

Laporan penuh yang dinanti-nantikan daripada ketua audit negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan tetapi itu mungkin bukan aspek paling penting dalam siasatan ke atas syarikat sarat hutang itu.
Ahli politik dan aktivis anti rasuah yang sudah lama mengikuti isu itu berkata laporan itu hanya sekadar mengikut skop diberikan kepada ketua audit kerana ini akan menentukan sama ada beliau boleh mendedahkan betapa teruknya skandal itu.
Satu lagi yang penting ialah adakah laporan itu akan didedahkan kepada umum, kata Cynthia Gabriel dari Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Ini akan membuktikan sejauh mana kejujuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau berkata tindakan akan diambil jika sememangnya ada salah laku dalam syarikat pelaburan negara itu. "Saya bimbang jika kita tidak berhati-hati, Laporan Ketua Audit Negara boleh menjadi pelindung kepada isu 1MDB dan akan digunakan kerajaan untuk berselindung di sebaliknya," kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
"Ini kerana bidang tugas yang diberikan kepada Jabatan Audit Negara yang saya khuatir adalah terhad dan tidak terperinci seperti sepatutnya," kata Rafizi, pengkritik utama 1MDB.
Laporan Bernama semalam memetik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin sebagai mengesahkan laporan peguam negara ditangguhkan. Ia sepatutnya dibentangkan kepada PAC hari ini.
Kesangsian umum

Ketika 2015 hampir berakhir, Rafidah minta rakyat utamakan negara...tapi pemimpin gadai negara..!!!

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata semua pihak perlu berazam menjadi rakyat Malaysia yang mengutamakan kepentingan negara. – Gambar file The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015. 
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata semua pihak perlu berazam menjadi rakyat Malaysia yang mengutamakan kepentingan negara. 

Sempena tahun 2015 kini tiba ke penghujungnya, veteran Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta rakyat di semua peringkat, untuk berazam menjadi rakyat Malaysia yang mengutamakan negara apabila membuat resolusi Tahun Baru mereka. Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, semua pihak perlu berazam menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik, menghormati dan menerima kepelbagaian satu sama lain, dan memberi keutamaan yang tinggi kepada kepentingan negara.
"Tanpa negara kita, kita memang tidak bernegara... tanpa semangat kekitaan.

"Sekiranya kepentingan negara tergugat, kita sebagai anggota masyarakat pasti akan terjejas dan terkesan, secara langsung atau tidak langsung," katanya dalam posting terbaru di laman Facebook beliau. Rafidah juga berkata, mereka yang diamanahkan dan mendapat mandat untuk memimpin perlu berazam memberikan kepimpinan yang boleh menjadikan Malaysia lebih berjaya dan rakyat Malaysia sangat dihormati di dunia.
Beliau berkata, tidak kira di peringkat mana mereka berada, pemimpin harus memimpin dengan integriti, amanah dan bertanggungjawab, serta menunjukkan teladan yang baik.
"Mereka yang berada di dalam perkhidmatan awam perlu berazam berkhidmat dengan sangat amanah dan mengutamakan kepentingan umum melebihi segala-galanya.
"Mereka yang berada di dalam sektor perniagaan perlu berazam tidak mengeksploitasi pengguna, berusaha mematuhi etika dan tingkah laku pasaran yang tinggi dan mengimbangi tiga asas perniagaan mampan: keuntungan, manusia dan planet," katanya.
Rafidah berkata, rakyat akan berharap tahun baru membawa lebih keceriaan dan kegembiraan dan membuat resolusi menjadi lebih baik dan berbuat lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Sultan Perak: Jaga negara untuk generasi akan datang


Sultan Perak bertitah mereka yang diamanahkan dengan jawatan awam perlu menjadi 'penjaga keadilan' dan memelihara negara ini untuk generasi akan datang.
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, rakyat Malaysia hanya boleh dianggap sebagai penjaga keadilan "apabila kita sendiri mampu mewariskan negara kita ini kepada anak cucu kita dalam bentuknya yang asal - kalaupun tidak dalam keadaan lebih baik - yang kita pusakai daripada para bapa pengasas kita."
Baginda memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia, yang menjelaskan tentang warisan itu seperti berikut: "Adil di sisi undang-undang, legasi sebuah perkhidmatan awam yang cekap dan taraf kehidupan paling paling tinggi di Asia."
Baginda bertitah demikian ketika melancarkan buku bertajuk 'On Justice and The Nature Of Man' karangan ahli falsafah Islam terkenal, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, di ibunegara semalam.
Baginda juga menyentuh tentang kata-kata Tunku mengenai prinsip sebuah sesebuah negara berdaulat dan demokratik serta usaha memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
"Pada pengamatan beta, beliau menukilkan secara sempurna tentang hasil daripada tindakan kita sekiranya kita, sebagai Penjaga Amanah, menjunjung tinggi keadilan dalam semua aspek kehidupan kita, termasuk cara kita mentadbir negara kita," titah baginda.

Lagi ketua cawangan desak Najib letak jawatan

Jurucakap Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Hamdan Abdul Rahman berkata, tindakan 5 lagi ketua cawangan menuntut Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berundur bukan bertujuan melawan parti tetapi kerana sayangkan parti Melayu itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nabihah Hamid, 16 Disember, 2015. 
Jurucakap Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Hamdan Abdul Rahman berkata, tindakan 5 lagi ketua cawangan menuntut Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berundur bukan bertujuan melawan parti tetapi kerana sayangkan parti Melayu itu. 

Tidak gentar dengan tindakan yang bakal diambil lembaga disiplin Umno, 5 lagi ketua cawangan menuntut Presiden Datuk Seri Najib Razak berundur daripada jawatannya dalam satu sidang media malam ini. Mereka yang merupakan sebahagian Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berkata, tindakan mereka itu bukan bertujuan melawan parti tetapi kerana sayangkan parti Melayu itu.
Jurucakapnya Hamdan Abdul Rahman, yang juga ketua cawangan Umno Delima Lembah Keramat dalam bahagian Gombak, berkata mereka bukan melakukan sebarang jenayah.

"Kami bukan lakukan jenayah, kami sayangkan parti. Najib perlu letak jawatan sebagai presiden Umno. Pemilihan parti yang dijadualkan 2016 perlu diteruskan. "Tindakan terhadap pemimpin dan ahli Umno yang mengkritik parti perlu dihentikan kerana ini membunuh demokrasi dari dalam," katanya.
Hamdan, bersama 4 lagi ketua cawangan dan 10 ahli cawangan, bercakap kepada pemberita di Taman Melawati, Ulu Kelang.
Lima ketua cawangan tersebut adalah dari Delima Lembah Keramat, Taman Melawati, Kampung Kemensah Hilir, Jelatek Permai dan Lake View, Batu Caves.
Hamdan berkata, pihaknya akan menggembleng tenaga mengumpulkan lebih ramai ketua cawangan bagi menyertai usaha mereka.
Jelasnya, terdapat kira-kira 200 cawangan Umno di bawah kawasan Parlimen Gombak yang mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri itu.
"Kita (5 ketua cawangan Umno) yang berani berdepan. Kawan-kawan kita ramai juga yang kecewa, tapi ada masalah tertentu.
"Ketika ini, ramai pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang merosakkan sokongan parti, tetapi tindakan mereka direstui hanya kerana mereka orang presiden," katanya.
Hamdan turut mendesak Najib berundur bagi memberi laluan kepada pemimpin Umno lain yang lebih layak.
"Kami harap pemimpin Umno tidak menganggap kami sebagai pengacau. Kami bukan pengacau. Kami sayangkan parti," ulangnya.
Katanya, calon yang paling layak mengambil tempat Najib ialah Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BN Sarawak timbang semula kesetiaan jika Najib bersalah dalam skandal 1MDB

Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak BN akan menimbang semula kesetian kepada perdana menteri jike beliau didapati bersalah dalam skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015. 
Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak BN akan menimbang semula kesetian kepada perdana menteri jike beliau didapati bersalah dalam skandal 1MDB. 

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menimbang semula kesetiaan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak jika beliau didapati bersalah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Saya mungkin akan mempertimbangkannya. (Tetapi) sehingga itu, beliau tidak bersalah dan tidak melakukan sebarang kesilapan.
"Kesetiaan kami kepadanya sekarang ialah kerana beliau perdana menteri Malaysia dan ketua BN," kata Adenan dalam ucapan penggulungannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching hari ini.

Adenan juga berkata, Najib setakat ini tidak pernah didapati bersalah dalam semua tuduhan berkaitan 1MDB yang dilemparkan terhadapnya. Beliau berkata demikian kepada wakil rakyat pembangkang yang menyamakan sokongannya kepada perdana menteri dengan perbuatan menyokong dasar perkauman dan agama Umno serta dakwaan peranan yang dimainkan Najib dalam syarikat sarat hutang itu, termasuk persoalan "derma" RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Beliau berkata, hanya DAP yang membuat segala tuduhan, tetapi tiada sebarang sabitan kesalahan setakat ini.

Penjelasan 1MDB Najib Semasa Taklimat PAU 2015

Penjelasan Taklimat Najib Dana Asing RM2 6 Bilion