KUALA LUMPUR, 15 Disember:

Sudah tiba masanya bagi ahli akademi mengatasi peraturan `menjijikkan’ dan bangkit menentang penindasan di negara ini, kata Pergerakan Akademik Malaysia (MOVE).
Pengerusinya, Prof Dr Wan Manan Wan Muda, berkata tuduhan hasutan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Dr Azmi Sharom membangkitkan suara hati di kalangan ahli akademik.
“Kami menganggapnya sebagai pelanggaran kebebasan ahli akademik dan hak ahli akademik untuk mengulas dalam lingkungan kepakaran dan kajian mereka,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Berpakaian jubah ahli akademik, Wan Manan mewakili 30 ahli akademik dan penyokongnya untuk mempamerkan penyatuan kepada Prof Dr Azmi pagi ini.
“Jika ahli sarjana tidak boleh bersuara (mengulas dan menyatakan pandangan), di mana lagi harus kami lakukan?
“Kini, mereka (kerajaan) perlu bimbangkan tindak balas kami mengenai tekanan melampau dan penindasan. Mereka perlu bimbang bahawa pelajar dan ahli akademi bergabung bersama,” tambahnya lagi.