Isnin, 14 Disember 2015

'Umno dah tak ada dahan nak berpaut'

PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya 'tidak ikhlas' menghulurkan tali silaturahim dengan Pas.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Umno sibuk bercakap soal perpaduan dengan parti Islam itu apabila parti itu dalam keadaan lemah.
"Bila Umno lemah, mereka sibuk cari kawan, bila dia (Umno) dapat sokongan itu, mereka (Pas) tidak akan hargainya.
"Bila dia (Umno) kuat, mereka tak pernah cakap isu ini, suka atau tidak, mereka akan menindas semula rakan-rakan yang bergabung dengan mereka termasuk Pas sendiri seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib minggu lalu yang mahu menjalin kerjasama dengan Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam yang sebenar.
Najib, yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas "disepak dan diterajang keluar" oleh rakan-rakan pembangkangnya.
Dalam pada itu, Nik Nazmi juga berkata, seruan Umno itu sebenarnya bukan untuk tujuan perpaduan, sebaliknya parti Melayu itu memerlukan 'dahan untuk berpaut'.
"2008 dan 2013 mereka hilang undi, sekarang mereka cakap lagi perpaduan.
"Saya tidak fikir ada manfaat untuk Pas bekerjasama dengan Umno apabila negara penuh dengan rasuah dan kos sara hidup yang semakin serius," katanya lagi.

Liong Sik saman balas Najib

Liong Sik mendakwa Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri telah menyalahguna mahkamah untuk menyamannya.
ling-liong-sik_najib_law_600
PETALING JAYA: Bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Ling Liong Sik memfailkan saman balas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peguamnya, Ranjit Singh mengesahkan saman fitnah itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.
Ranjit ketika dihubungi FMT berkata, Liong Sik mendakwa Najib sebagai Perdana Menteri telah menyalahguna mahkamah untuk menyamannya.
“Liong Sik juga menuntut ganti rugi di atas kerosakan,” katanya.
Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun mengesahkan menerima saman itu.
Najib memfailkan saman terhadap Liong Sik pada 27 Oktober lalu kerana mendakwa bekas Menteri Pengangkutan itu memfitnahnya.
Beliau juga memohon perintah injuksi bagi menghalang Liong Sik membuat kenyataan atau menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya.
Pada 3 Oktober, Liong Sik memberitahu media, beliau menyokong desakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib berundur kerana Perdana Menteri menggunakan wang rakyat untuk kepentingan sendiri.
Mahkamah menetapkan 11 Januari untuk pengurusan kes itu.

Keterbukaan Najib untuk kebaikan Umno

Muzakarah
ALOR SETAR - Keterbukaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menghulurkan tali silaturahim kepada Pas demi kepentingan perpaduan,  kata Ahli  Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri itu tidak lain adalah untuk kebaikan parti dan kini terpulang kepada pihak Pas untuk memberikan respons.
"Beliau (Perdana Menteri) dah bagi laluan untuk tujuan penyatuan sebab pada kita perpaduan adalah yang terbaik pada parti, kalau hadapi pilihan raya jadi keutamaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan pakaian sekolah dan penyerahan elaun kepada pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di sini, hari ini.  

Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2015 Khamis lepas berkata, Umno menghulurkan 'tali silaturahim' kepada Pas untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas "disepak dan diterajang keluar" oleh rakan-rakan  pembangkangnya.
Ketika diminta mengulas mengenai isu buku teks yang dikatakan tidak cukup di beberapa negeri di utara, Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata, buka teks sedang dicetak dan akan dihantar ke negeri terbabit.

‘Kedudukan lemah punca Umno kerjasama dengan PAS’

MOKH1172-L
Fahmi berkata, Umno mungkin terpaksa mengadakan beberapa rundingan dalaman yang amat sukar dan tidak menentu dengan hulubalangnya.
KUALA LUMPUR, 14 Disember:
Kedudukan lemah Umno telah mendorong parti itu menjalin kerjasama dengan PAS.
Pengarah Penerangan PKR, Fahmi Fadzil turut mendakwa, rasional di sebalik kerjasama itu disebabkan parti pemerintah itu kini bergelut dengan persengketaan dalaman.
Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Khamis lalu menghulurkan ‘tali  silaturahim’ kepada PAS, untuk bersama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam.
“Umno, Najib khususnya, menyedari sekarang jika persengketaan ini merebak, peluang Umno untuk menang dalam PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14), dengan jumlah sama kerusi yang dimenanginya pada PRU13 akan menjadi tipis.
“Tidak ada ‘tali  silaturahim’ dapat menangani asas-asas perkara itu, yang berkaitan dengan 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion,” katanya.
Fahmi merujuk sayap pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad dan dana politik AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke akaun bank Najib.
Dengan mendakwa banyak kerusi pemimpin utama Umno dimenangi menerusi majoriti undi kurang daripada 10 peratus, Fahmi berkata, inilah puncanya parti itu cuba memancing PAS.
“Tetapi, realitinya agak sukar, kerana PAS bertanding di banyak kerusi yang turut ditandingi Umno.
“Umno mungkin terpaksa mengadakan beberapa rundingan dalaman yang amat sukar dan tidak menentu dengan hulubalangnya, sesuatu yang Najib akan dapati ia tugas gentar kelak,” katanya.

Najib harus berani jawab di mahkamah tentang 1MDB

Nurul Izzah Anwar


Pada 28 Ogos 2015, PKR yang dipimpin Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 4 barisan pimpinan politik lain memfailkan 4 permohonan berbeza untuk pendedahan dokumen dalam mahkamah, sebagai kesinambungan kepada saman sivil untuk membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Langkah ini dilakukan selepas pendedahan Wall Street Journal dan Sarawak Report yang mendedahkan pengubahan wang haram, penyelewengan dan rasuah pilihan raya yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Saman sivil ini difailkan pada 12 Ogos 2015, dan menamakan Datuk Seri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak (Najib) dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai pemegang amanah Barisan Nasional (BN), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan.

Kami juga memfailkan sebuah afidavit pada 9 Disember 2015, yang mengandungi 15 persoalan utama yang sekiranya dijawab dengan bertanggungjawab, akan mendedahkan kebenaran. Antara soalan yang ditanya adalah:
1. Adakah Najib menyebabkan 1MDB mengeluarkan bon dengan syarat sungguh selesa kepada IPIC dan Aabar untuk mendorong mereka untuk membayar sejumlah US$681 juta (RM2.6 billion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?
2. Adakah sejumlah RM2.6 billion yang diterima digunakan Najib dan BN dalam PRU13 adalah bertentangan dengan Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, yang cuma membenarkan Najib dan BN membelanjakan RM94.7 juta sahaja?
3. Adakah pemberian BN dari segi kewangan, material, projek pembangunan dan janji-janji ketika kempen pilihan raya Sarawak berjumlah kira-kira RM256,195,699 dan kira-kira RM8,260,000 setiap kawasan Parlimen?
Persoalan-persoalan ini, dan banyak lagi perlu dijawab Najib. Rakyat Malaysia pada ketika ini masih lagi tidak diberikan jawapan, walaupun sesudah Perhimpunan Agung Umno 2015, ataupun ketika sidang Parlimen yang lepas di mana timbalan beliau memberikan jawapan acuh tidak acuh selama kurang 5 minit kepada skandal RM2.6 billion dalam akaun peribadi perdana menteri.
Jangan kita lupa, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari Kabinet setelah mempersoalkan skandal 1MDB.
Jangan kita lupa, dua orang pegawai SPRM yang ditugaskan untuk menyiasat 1MDB dan SRC International dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Jangan kita lupa, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dihentikan khidmat beliau, disusuli dengan kontroversi wujudnya kertas pertuduhan ke atas perdana menteri.
Dengan semua jalan seolah-olah tertutup dalam mencari kebenaran, PKR komited dalam menggunakan prosedur pendedahan mahkamah seperti yang tertakluk pada Peraturan Mahkamah 2012.
Langkah ini merupakan sebuah pecubaan bagi rakyat Malaysia untuk mendedahkan skandal terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan perdana menteri.

'Halalkan' RM2.6b bukti amal politik wang?

Sikap perwakilan Umno didakwa 'menghalalkan' perbuatan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima derma RM2.6 bilion membuktikan parti Melayu itu mengamalkan politik wang.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Umno sanggup menggadaikan prinsip parti dan meminggirkan kebajikan rakyat berbanding 'poket' setiap pimpinan bahagian parti itu.
"Sepatutnya pemimpin (Umno) perlu mempunyai kewibawaan dari segi moral, akhlak, (lebih-lebih lagi) bila bercakap tentang Islam dan sebagainya.
"Kalau mereka (perwakilan) terima wang, mereka diam, tanpa mengendahkan prinsip dan isu rakyat," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Beliau mengulas perbahasan ucapan dasar Presiden Umno oleh perwakilan Umno Pulau Pinang minggu lalu yang 'tidak kisah' presidennya mendapat dana dari mana sekalipun.
Perwakilan Umno Pulau Pinang itu berkata lagi, janji presidennya tidak lupa untuk mengagihkan peruntukan kepada semua bahagian Umno untuk tujuan parti.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata lagi, Umno kini sudah 'rosak' apabila majoriti ahli dan pimpinannya boleh menerima amalan songsang itu.
"Ini membuktikan parti Umno boleh dibeli dengan politik wang, ia sudah rosak hingga ke asasnya," katanya lagi.

Ribuan tandatangani petisyen desak Dewan Negara tolak rang undang-undang MKN

Petisyen menggesa para senator menolak Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 kerana ia akan memberi kesan negatif secara drastik kepada demokrasi dan keamanan negara. – Gambar amnesty.my, 14 Disember, 2015. 
Petisyen menggesa para senator menolak Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 kerana ia akan memberi kesan negatif secara drastik kepada demokrasi dan keamanan negara.

Satu petisyen menggesa Dewan Negara menolak Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 menerima lebih 21,500 penyokong sejak ia dilancarkan di laman web change.org pada 5 Disember.
Petisyen itu yang dikemukakan "Rakyat Malaysia", menggesa para senator menolak rang undang-undang itu kerana ia akan memberi "kesan negatif secara drastik kepada demokrasi dan keamanan negara kita".
Dibentangkan di Dewan Rakyat pada 1 Disember, rang undang-undang itu diluluskan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat pada 3 Disember, selepas kira-kira 6 jam perbahasan.

Rang undang-undang itu membolehkan sebuah majlis yang diketuai perdana menteri mengisytiharkan suatu kawasan keselamatan dan arahan penangkapan, carian dan rampasan hartanah di kawasan itu tanpa waran. Pengkritik berkata, ia memberi perdana menteri "kuasa seperti ketika darurat" ketika kuasa sebegitu hanya terletak pada Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kemas kini petisyen di laman web change.org 3 hari lalu, “Rakyat Malaysia” mengucapkan terima kasih kepada lebih daripada 21,000 penandatangan dan mengingatkan rakyat yang senat akan mula membincangkannya minggu ini.
Menggesa lebih ramai menurunkan tandatangan, kemas kini petisyen itu juga mencatatkan: "Kita tidak boleh kehilangan momentum dan kita mesti meneruskan usaha kami dalam berkongsi maklumat dan menyebarkan berita tentang betapa bahayanya MKN2015 ini."
Maklumat itu juga menyatakan ada usaha lain untuk melobi senator melalui surat bertulis dan menggesa rakyat bertindak.
"Kami ingin menonjolkan usaha pengguna bernama Laych K Koh, yang merangka e-mel rasmi, asalnya ditulis Amnesty International – yang boleh dihantar kepada senator secara peribadi melalui e-mel anda sendiri atau surat.

Anjur sidang media dikira perhimpunan haram?

Setiausaha Agung PSM dipanggil memberi keterangan kerana mengadakan sidang media pada 20 November membantah kehadiran Barrack Obama.
SU
KUALA LUMPUR : Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa pihak berkuasa bertindak melampau apabila aktiviti menganjurkan sidang media dikategorikan sebagai perhimpunan haram.
Setiausaha Agungnya A.Sivarajan membuat dakwaan itu selepas dia dipanggil polis kerana membuat sidang media pada 20 November lalu di hadapan Menara Tabung Haji bagi bantahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke negara ini.
“Selepas kita mendengar senarai soalan-soalan yang ditanya oleh polis, saya rasa ini adalah satu penemuan baru…di mana sekarang sidang media juga adalah perhimpunan haram.
“Memang tidak ada perhimpunan langsung pada masa tersebut. Hanya ada satu sidang media untuk memaklumkan bantahan kita terhadap kehadiran Presiden Obama. Dan kesemua soalan polis ditujukan kepada itu sahaja,” katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Sivarajan menambah, Akta Perhimpunan Aman 2012 juga tidak menyatakan i bahawa sidang media dikategorikan sebagai perhimpunan haram.
“Sidang media adalah sidang media. Ia bukannya bantahan, bukannya protes, bukan apa-apa yang boleh dikategorikan sebagai perhimpunan.

PLUS tunggu kelulusan kerajaan Umno@Bn untuk naik kadar tol 5% tahun depan

Plus Malaysia Berhad sedang menunggu keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar tol sebanyak 5% tahun depan, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015. 
Plus Malaysia Berhad sedang menunggu keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar tol sebanyak 5% tahun depan, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid.

 Plus Malaysia Berhad (PLUS) sedang menunggu keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar tol sebanyak 5% tahun depan, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid.
Beliau berkata kenaikan itu selaras dengan perjanjian yang menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak 5% setiap 3 tahun sekali bagi tempoh 2016 hingga 2038.
"PLUS tidak menaikkan kadar tol sejak 2005 lagi dan kenaikan itu wajar dilakukan disebabkan peningkatan kos operasi syarikat dari masa ke masa," katanya pada majlis penyerahan bantuan persekolahan anjuran PLUS di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Jerlun, hari ini.

Bagaimanapun, katanya keputusan kenaikan kadar tol tersebut bergantung kepada keputusan akhir kerajaan dan menurutnya kenaikan kadar tol akan dilakukan secara berperingkat dengan 68 sen bagi setiap kilometer. "Jika jarak perjalanan 100 kilometer, pengguna perlu membayar 70 sen sahaja, ia tidak membebankan mereka," katanya.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam 1 kenyataan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini memaklumkan PLUS berhak mengkaji semula kadar tol setiap 3 tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.
Katanya berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi tempoh 5 tahun dari 2011 hingga 2015.
Bagaimanapun Rosnah berkata kadar tol di Jambatan Pulau Pinang kekal sehingga 31 Dis 2038.

Najib tidak layak jadi PM kerana terima ‘derma’ RM2.6 bilion

 Datuk Seri Najib Razak tidak layak menjadi perdana menteri Malaysia kerana terlibat dalam kelakuan salah menerima RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, kata Tun Dr Ling Liong Sik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015. 
Datuk Seri Najib Razak tidak layak menjadi perdana menteri Malaysia kerana terlibat dalam kelakuan salah menerima RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, kata Tun Dr Ling Liong Sik.

Datuk Seri Najib Razak tidak layak menjadi perdana menteri Malaysia kerana terlibat dalam "kelakuan salah" ketika menerima RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, kata Tun Dr Ling Liong Sik dalam kenyataan pembelaannya terhadap saman presiden Umno itu ke atasnya.
Bekas presiden MCA itu, yang didakwa Najib kerana membuat kenyataan tentang sumbangan politik itu berkata, perdana menteri juga gagal mendedahkan identiti pendermanya, sumber dana itu atau bagaimana ia digunakan.
Dr Ling juga berkata, Najib mengaku menerima RM2.6 bilion sebagai derma pada 8 Disember tahun ini dan tidak menyalurkan wang itu ke akaun Umno.

"Plaintif menjelaskan, menjadi hasrat penderma supaya derma tersebut dibuat kepada plaintif secara peribadi dan, sumbangan itu didepositkan ke dalam akaun peribadi plaintif. "Ini bertentangan dengan kenyataan awal plaintif yang menyatakan semua dana politik mesti disalurkan ke akaun parti politik itu dan disertakan dengan suatu pengakuan penerimaan, bertujuan demi mencegah rasuah," kata Dr Ling.
Beliau memfailkan pembelaannya hari ini melalui firma guaman Tetuan Ranjit Singh dan Yeoh.
Bekas menteri pengangkutan itu turut mengaku tingkah laku dan perbuatan plaintif merupakan perkara berkepentingan awam yang mesti tertakluk kepada perbincangan awam dan terbuka kepada kritikan dan penelitian yang rapi.
Beliau berkata, pemindahan dana itu, kebanyakannya berlaku pada Mac 2013 sebelum pilihan raya umum tahun itu, menimbulkan persepsi perdana menteri tidak berlaku jujur atau terlibat dalam politik wang untuk membeli keputusan pilihan raya.
Dr Ling juga berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai pemimpin dahulu dan sekarang yang mengkritik Najib dan membuat kenyataan yang mencemarkan reputasi beliau tidak disaman kerana memfitnah.
Begitu juga, katanya, perdana menteri juga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendedahkan mengenai penyaluran dana ke dalam akaun beliau itu.

Hanya Di Malaysia 'Terbang' Lebih Muarah Dari Gunakan ERL..


Tan Sri Tony Fernandes berkata, adalah lebih murah untuk 'terbang' berbanding menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL) susulan pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam itu baru-baru ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu.

"Ia produk bagus tetapi terlalu mahal. Saya tidak faham. Penumpang AirAsia menaikinya tapi lebih murah lagi untuk terbang sekaang," tweet beliau pada Isnin.

Fernandes berkata, pihaknya menjadi tidak popular kerana sering kali menentang kenaikan kos dan meminta pemain dalam industri penerbangan supaya lebih efisien supaya mengurangkan beban orang ramai.

Pada 1 Disember, Express Rail Link Sdn Bhd berkata, tambang baharu untuk perjalanan sehala antara KL Sentral dan KLIA/KLIA2 meningkatkan kepada RM55 berbanding RM35 sebelum ini. 

PAS Guna Takfiri, UMNO Guna Perkauman Anti-DAP....

PAS menggunakan isu "takfiri" untuk menghentam parti AMANAH manakala UMNO pula memainkan isu perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH), demikian dinyatakan oleh Presiden AMANAH Negara, Sdra Mohammad Sabu di dalam majlis pelancaran Graha Amanah Melaka semalam.

PAS sebelum ini telah menggelar mereka yang meninggal parti itu sebagai "pengkhianat" malah ada pemimpin PAS yang menuduh mereka yang menubuhkan parti baharu sebagai terkeluar dari Islam yang layak dibunuh.


"Islam digambarkan agama yang ganas, suka kepada peperangan dan mudah membunuh orang menyebabkan calon Presiden Amerika, DonaldTrump menyatakan jika beliau menang beliau tidak akan izinkan orang Islam masuk Amerika," ujarnya.

Mohd Sabu meminta supaya fahaman takfiri tersebut tidak diizinkan bertapak dan menular di dalam negara ini kerana ia bertentangan dengan Islam sebagai rahmat sekalian alam.

Manakala UMNO pula memainkan isu perkauman dimana rakyat diugut untuk memilih samada UMNO BN atau Pakatan Harapan yang menurut Najib, didominasikan oleh "DAP yang anti-Islam".

"Isu perkauman dan isu agama akan dipergunakan habis-habisan di dalam menghadapi pilihanraya akan datang oleh UMNO untuk menyelamat diri mereka," katanya.

Justeru itu Mohd Sabu meminta semua pimpinan Amanah dan Pakatan Harapan supaya bekerja kuat dan bersungguh-sungguh untuk melawan hujjah Najib yang telah meletakkan racun perkauman yang amat dasyat kepada rakyat Malaysia.

Mohd Sabu turut Mohamad juga menyelar ucapan perwakilan Pulau Pinang pada perhimpunan Agung Umno 2015 yang berlangsung baru-baru ini.

"Dalam perhimpunan agung katanya jangan tanya mana presiden dapat duit, dari mana jangan tanya siapa yang beri, yang penting kita dapat duit untuk bergerak. Asalkan boleh bantu Melayu," kata Mohamad yang membidas kenyataan perwakilan Umno mempertahankan derma RM2.6 bilion dimasukkan akaun peribadi perdana menteri.

"Ini ucapan racun, fahaman Asabiyah ialah fahaman yang paling celaka. Pemikiran itu dimunculkan semula," tambahnya.

Apa yang disampaikan oleh perwakilan UMNO itu jelas bertentangan dengan hadith:

“Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman), bukan dari kalangan kami mereka yangt berjuang di atas dasar assabiyah dan, bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah’,

Penguatkuasa agama jangan ceroboh ruang peribadi


Isu yang dibangkitkan oleh G25 baru-baru ini tentang tangkapan khalwat perlu didasari atas beberapa konsep dosa dan apa yang dikategorikan sebagai kesalahan awam.
Islam amat tegas dalam soal dosa kerana ia adalah perosak kepada individu dan berpotensi untuk menjerumuskan masyarakat dalam kelalaian dan kealpaan terhadap ajaran Islam. Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu derhakai” (hadith riwayat ath-Thusi)
Dosa dinilai keburukannya dari sudut pelaku dan sejauhmana kesannya pada orang ramai. Pelaku dosa yang hanya merosakkan dirinya tak sama dengan pelaku dosa yang merosakkan dirinya dan orang ramai.
Rasuah dan merompak harta awam dan menyembunyikan kebenaran adalah contoh kategori dosa yang melibatkan kerosakan pada manusia terbanyak.
Kesan jangka panjang sesebuah perbuatan dosa juga hendaklah dipertimbangkan oleh pemimpin masyarakat dan penggubal polisi awam.
Berhubung hal ini Imam Al-Shabiti menyatakan:
“Memperhatikan kesan masa depan sesebuah perbuatan adalah antara perkara yang menjadi tuntutan untuk merealisasikan objektif Syara.”
Dosa atau kesalahan yang mengundang murka Allah juga dilihat dari sudut perbuatan sama ada dibuat secara Jahri (terang-terangan) atau Sirri (senyap dan diam-diam). Walaupun kedua-dua keadaan tetap satu dosa namun melakukannya secara terangan menambah satu lagi kesalahan iaitu 'mencabar' perintah laranganNya.
Tidak solat dalam diam adalah dosa namun mengisytiharkan solat itu tak berfaedah dan mengingkarinya secara terangan bagi seorang muslim adalah satu perbuatan mencabar Allah.
Rasulullah SAW bersabda, “Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, yang mana dia berkata, “Hai fulan, tadi malam aku telah berbuat begini dan begitu.”
Sebenarnya pada malam hari Rabb-nya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah tersebut.” (Muttafaq ‘Alaih)
Bagi Muslim piawaian dosa serta tanggungjawab pula hanyalah mengikut apa yang ditetapkan oleh syara. Kita tidak boleh paksa piawaian dosa ke atas penganut lain. Firman Allah SWT: ‘Tidak ada paksaan dalam beragama.’ (QS. Al-Baqarah: 256)
Jangan ceroboh ruang peribadi
Dosa boleh dianggap kesalahan umum apabila perbuatan seseorang sama ada Muslim atau bukan Muslim mencerobohi ruang awam dan membahayakan keselamatan atau merosakkan akhlak awam dan berupaya merosakkan prinsip masyarakat yang diterima ramai.
Bagi ruang peribadi atau sendiri kesalahan melakukan sesuatu perbuatan dosa tanpa pelaku menceroboh ruang awam, kesalahannya diperhitung kelak oleh Allah. Jika kita mengetahuinya maka hendaklah menasihati agar ia bertaubat dan memohon istighfar.
Rasulullah SAW bersabda: “Agama itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat”. Mereka (para sahabat) bertanya,"Untuk siapa, wahai Rasulullah?" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,"Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam kaum Muslimin atau Mukminin, dan bagi kaum Muslimin pada umumnya.”(hadith riwayat Muslim)

DHPP: Tiada pertemuan rintis perpaduan Pas-UMNO Khamis ini

DHPP berkata tiada pertemuan khas antara Hadi dan Najib bincang penggabungan.
najib hadi
KUALA LUMPUR: Tiada pertemuan antara Presiden PAS dan Presiden UMNO membincangkan perpaduan politik kedua-dua parti itu, nafi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Ketuanya, N Balasubramaniam berkata pertemuan antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya ada, hanyalah pertemuan peribadi dan bukan untuk membincangkan penggabungan.
“Hadi dan Najib hanya dijemput dalam satu program yang sama dan Najib merasmikan program itu,” kata Ketua DHPP, N Balasubramanian dalam satu sidang media di Madras Cafe, Jalan Ipoh.
Balasubramaniam berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi dalam Bernama TV yang berkata kedua-dua pemimpin parti utama Melayu itu dijadualkan bertemu di majlis anjuran Rabiah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia di Hotel Grand Season pada 17 Disember ini.
Sebelum ini, Hadi dalam satu kenyataan berkata Pas hanya akan membincangkan soal kerjasama sekiranya UMNO bertaubat dan kembali kepada Islam dari sudut politik, ekonomi dan sosial.
“Bagi kita, PAS tidak akan bergabung dengan UMNO dan ia juga telah dipersetujui oleh Hadi.
“PAS dan UMNO tidak boleh bergabung kerana ideologi antara kedua-dua parti adalah berbeza,” jelas Balasubramaniam.
Malah, DHPP berpendapat penggabungan dengan UMNO hanya akan merugikan Pas.
“Rakyat sudah tidak mempercayai BN/UMNO lagi kerana mereka sudah pandai memilih parti yang boleh jaga rakyat,” katanya.

Pelajar dakwa UM kenakan bayaran internet tahun depan

UMANY mendakwa pelajar hanya diberikan kuota lima gigabite dan penggunaan melebihi had itu akan dikenakan bayaran bermula Mac tahun depan.
UM
KUALA LUMPUR : Kesan pemotongan peruntukan bajet dalam sektor pendidikan kepada RM1.4 bilion didakwa telah menyebabkan Universiti Malaya (UM) mengenakan caj bagi perkhidmatan internet.
Presiden Universiti Malaya Association Youth (UMANY) Ho Chi Wang mendakwa, pihaknya mendapat maklumat daripada Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bahawa setiap pelajar hanya akan diberikan kuota sebanyak lima gigabite (gb) bermula Mac tahun hadapan.
Dia berkata, sekiranya kuota tersebut melebihi penggunaan, setiap pelajar akan dikenakan caj tambahan.
Ketika ini, semua pelajar UM menikmati penggunaan internet tanpa had secara percuma.
“Soalnya, adakah lima gigabite ini mencukupi untuk urusan penggunaan data dalam aktiviti seharian pelajar-pelajar? Jika diteliti, hampir 80 peratus maklumat diperolehi menerusi penggunaan internet.
“Sepatutnya, perkara ini perlu dibincangkan di pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mana mereka diberi mandat untuk menyuarakan segala bentuk permasalahan dan ini bukan permasalahan yang boleh dipandang ringan.

Muhyiddin terima isi hati seorang wanita atas tisu

Muhyiddin terima isi hati seorang wanita atas tisu
Gambar yang dikongsi Muhyiddin di laman Facebook miliknya. 
 
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkongsi sekeping gambar di Facebooknya yang menunjukkan sehelai tisu dengan nota yang diterimanya, pagi ini.
Melalui kapsyen gambar tersebut Muhyiddin memberitahu nota atas tisu itu diterimanya dari seorang wanita di sebuah kafe.
“Kepada YB Tan Sri Muhyiddin. Terima kasih banyak kerana mempertahankan kami ketika tiada siapa berani melakukannya.
“Kami semua untuk anda dan kami berdoa agar perjuangan anda tidak sia-sia. Semoga Tuhan memberkati anda dan negara kita,” bunyi mesej dari Amy itu.
Muhyiddin digugurkan dari Kabinet selepas lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Pemuda Amanah gesa para Senator tolak RUU MKN

Kesahan RRU itu meragukan serta 'merampas' kuasa Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan dibawah Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan
Mohd-Sany-Hamzan
KUALA LUMPUR : Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional akan berada di Dewan Negara dan memantau perjalan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara.
Ketuanya, Mohd Sany Hamzan menggesa para senator supaya menolak RUU itu kerana kesahannya yang meragukan serta ‘merampas’ kuasa Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan dibawah Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
“Memang benar, undang-undang ini digubal bukan dalam waktu darurat namun peruntukan-peruntukan di dalamnya jelas merupakan peruntukan yang hanya wujud dan boleh wujud dalam undang-undang yang digubal semasa darurat.
“Kerana itu Pemuda Amanah Nasional tertanya-tanya, jika Kerajaan Persekutuan ingin mengubal undang-undang yang bersifat ‘luar daripada situasi biasa’ mengapa ianya tidak digubal di bawah Perkara 149 atau 150 Perlembagaan Persekutuan?” kata Sany.
Perkara 149 memberi kuasa kepada pemerintah mengambil tindakan yang tertentu, walaupun tidak selaras dengan Perkara 5 (kebebasan diri), Perkara 9 (kebebasan bergerak), Perkara 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan) dan Perkara 13 (hak terhadap harta) Perlembagaan, untuk memberhentikan atau mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah yang memudaratkan orang awam.
Manakala Perkara 150 memberi kuasa kepada Agong untuk mengisytihar darurat, dan proklamasi itu hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Sany menyerahkan memorandum mereka kepada senator-senator PKR dan DAP, yang diwakili Syed Husin Ali, Siti Aisyah Shaik Ismail dan Chandra Mohan, pada Isnin.

Orang ‘sewel’ dan ‘gila’ saja perlu minta maaf kepada Najib

Muhyiddin dan Shafei Apdal tidak perlu meminta maaf kerana mereka telah berusaha memerangi rasuah serta penyelewengan.
khairuddin-abu-hassanPETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan hanya orang ‘sewel’ dan ‘gila’ saja yang perlu memohon maaf tanpa melakukan sebarang kesalahan.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang seharusnya meminta maaf kepada rakyat kerana tidak menjawab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion secara komprehensif, telus, konsisten dan meyakinkan.
Beliau berkata demikian merujuk kepada usaha mendesak Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon maaf kerana mengkritik Najib.
“Keseluruhan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi serta rakyat jelata kagum dengan pendirian Timbalan Presiden (Muhyiddin) dan Naib Presiden UMNO (Shafie) yang tidak akan memohon maaf terhadap Najib Tun Razak kerana tiada asas langsung untuk Tan Sri Muhyiddin serta Dato Seri Shafie Apdal berbuat demikian.
“Hanya orang ‘sewel’ dan ‘gila’ saja yang akan memohon maaf tanpa melakukan sebarang kesalahan ataupun kesilapan,” katanya dalam status terbaru di laman Facebooknya.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata ahli akar umbi UMNO dan rakyat sudah tidak mempercayai cerita daripada pentadbiran Najib yang gemar membuat kenyataan yang berubah-ubah berhubung isu derma RM2.6 bilion.
Katanya, tindakan penyokong Najib menganggap Muhyiddin dan Shafie sebagai pengkhianat setelah berusaha memerangi penyelewengan dalam UMNO disifatkan sebagai ‘gila’.
“Namun, keseluruhan ahli-ahli UMNO akar umbi serta rakyat jelata tidak bodoh dan tidak boleh diperbodohkan lagi!!
“Bak kata pepatah budak hingusan ‘flip flop’ Khairy Jamaluddin “enough is enough”!!,” tegasnya.

3 perkara orang ramai patut tahu tentang derma RM2.6b

 Terdapat tiga sebab kenapa rakyat Malaysia perlu tahu berkaitan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua tahun lalu.
Perkara itu diberitahu oleh peguam kanan Tommy Thomas kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Sebab pertama, kata Thomas, berkaitan sumber bayaran dan siapa individu yang membayar jumlah AS$680 juta itu.
“Kedua, apa yang berlaku kepada wang itu dan akhir sekali kenapa ia diberikan.
“Jawapan itu hanya boleh diperoleh jika Najib dibawa (ke ke kandang saksi) dan disoal balas,” katanya.
Thomas berhujah bahawa saman PKR berkaitan sumbangan itu patut dibicarakan dan tidak harus ditolak oleh mahkamah.

Skandal RM2.6b: Mahkamah tiada bidang kuasa dengar saman terhadap Najib, kata peguam

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tindakan undang-undang PKR berhubung RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, PKR tidak mempunyai locus standi untuk memulakan saman itu, kerana plaintif gagal menunjukkan mereka mempunyai kepentingan tulen dalam perkara itu atau hak mereka terjejas.
Hafarizam berkata pengisytiharan yang dipohon PKR mengandungi unsur jenayah yang berada di luar bidang kuasa mahkamah sivil.

Beliau berkata dakwaan dalam saman itu dibuat di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Kewangan Keganasan, Akta Pencegahan Rasuah, Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Pertukaran Matawang Asing. Pada Ogos, PKR memfailkan saman terhadap Najib dan 3 yang lain, dengan mendakwa undang-undang pilihan raya dilanggar dengan penggunaan wang sumbangan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun Najib.

Tahaluf siyasi Umno-Pas boleh jadi kenyataan‎ - Dr Samsul Adabi

Samsul Adabi Mamat
SHAH ALAM - Kerjasama antara Umno dan Pas kemungkinan hanya akan berlaku selepas PRU14.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tahaluf siyasi antara kedua-dua parti itu boleh terjadi, namun dengan adanya situasi menang-menang.
“Mengikut pandangan beberapa ahli politik perkara itu boleh direalisasikan, tiada masalah. Apa yang menjadi persoalan adalah bila dan bagaimana bentuk kerjasama itu.
“Berdasarkan tinjauan yang saya buat, Pas mungkin akan beri kerjasama kepada Umno selepas PRU14,  bermakna sokongan untuk membentuk kerajaan misalnya kalau tak cukup majoriti Pas boleh sokong,” katanya.
Bagaimanapun, Pas hanya akan bertahaluf siyasi dengan Umno dan bukan bermakna parti itu menyertai BN.
Katanya, bagi memastikan situasi menang-menang berlaku Pas juga perlu diberikan portfolio dalam kerajaan.
“Pas tidak akan bersama BN kerana dasar parti itu berbeza. Pas akan kekalkan perjuangan asal mereka untuk bentuk negara Islam dan laksanakan hudud.
"Kebarangkalian untuk Umno sokong perjuangan itu tinggi. Kiranya mereka tidak bergabung tetapi teman tapi mesra,” katanya.
Ditanya kenapa kerjasama itu hanya terjadi selepas PRU14, Samsul Adabi berpendapat, ketika ini Pas masih lagi menjalinkan tahaluf siyasi bersama PKR, maka berat untuk Pas memutuskan semata-mata mahu bersama Umno.
Menurut penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain pula, isu kerjasama antara Umno dan Pas bukan sesuatu yang baru kerana telah dibincangkan sejak dua tahun lalu.‎

Isu kerjasama bukan keutamaan - Idris Ahmad

Idris Ahmad
SHAH ALAM - Majlis Syura Pas tidak perlu membincangkan mengenai kerjasama dengan Umno kerana itu bukan perkara penting bagi parti itu.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, tiada persidangan akan dibuat badan tertinggi Pas itu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah jelas.
"Tiada keperluan untuk kita (Majlis Syura) bersidang tentang perkara itu (kerjasama dengan Umno) kerana ini bukan keutamaan parti dan bukan perkara penting.
"Lagipun isu ini bukan benda baharu, sudah beberapa kali disebut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Minggu lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam perasmian persidangan parti itu menghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk mereka bekerjasama.
Bagaimanapun, Abdul Hadi dalam responsnya berkata, Pas terbuka untuk bekerjasama dengan parti itu sekiranya Umno mahu kembali kepada landasan Islam sebenar.
Menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mahfodz Mohamed, Pas Pusat sudah mengadakan mesyuarat beberapa hari lalu dan perkara itu sudah dibincangkan.
"Kita sudah bincang dalam mesyuarat itu. dan apa yang dinyatakan Presiden itu disokong oleh semua yang hadir. Jadi kenyataan itu sudah jelas dan tidak perlu dibawa kepada Majlis Syura lagi," katanya.
Menurutnya, Majlis Syura akan bersidang sekiranya ada perkara baharu yang memberi kesan besar kepada parti.
Dalam satu temu bual bersama BernamaTV, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mendedahkan Najib akan bertemu dengan hadi dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.
Katanya, pertemuan itu satu perkembangan positif susulan tindakan Umno yang mahu menghulurkan silaturahim kepada Pas.

Pas tidak tolak kerjasama kerana ia perintah Allah – Tuan Ibrahim

Tuan-Ibrahim-Tuan-Man-L
Tuan Ibrahim berkata, Pas sanggup mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak namun kerjasama ini bukanlah bermakna Pas harus korbankan dasar dan perjuangan.

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2015:

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi yang memberi bayangan seolah-olah wujud dua orang yang menentang kerjasama Pas dengan Umno iaitu dirinya dan juga Naib Presiden, Datuk Iskandar A. Samad.
Menurut Tuan Ibrahim, beliau ingin mengingatkan Puad bahawa keseluruhan pimpinan Pas tidak pernah menentang sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak kerana ianya adalah perintah Allah.
Jelasnya, Pas menyatakan dengan tegas perlu penyatuan di atas landasan yang digariskan oleh Allah iaitu ‘bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.
“Inilah prinsip Islam yang menjadi pegangan Pas dan bersedia bekerjasama dalam menentang kemungkaran pemerintah, rasuah, salah urus tadbir negara, kezaliman, penganiayaaan, perjanjian yang tidak ditepati dan berat sebelah yang menyusahkan rakyat serta sistem federalisme yang tidak dilaksanakan.
“Atas dasar inilah Pas sanggup mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak namun kerjasama ini bukanlah bermakna Pas harus korbankan dasar dan perjuangan demi mencapai kemenangan politik pilihan raya sahaja,” katanya menerusi posting terbaru di akaun Facebooknya, hari ini.
Tegasnya, jalinan dan kerjasama hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat adalah sebahagian daripada sistem federalisme yang tidak boleh dicampuradukkan dan diklasifikasikan sebagai kerjasama politik antara dua parti.
Katanya, ada sebilangan pemimpin Umno yang keliru akan perkara ini, mungkin kerana telah biasa dengan sistem federalisme yang telah dirosakkan oleh Umno sendiri.
“Datuk Seri Najib telah menyatakan hasrat bagi melaksanakan pemerintahan negara berlandaskan syarak dan ini tentunya khabar gembira kalau ianya benar-benar lahir dari keinginan yang bersungguh-sungguh Perdana Menteri.

Nik Abduh sambut baik kerjasama dengan Umno, lapor akhbar pro-Umno

Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS sedia bersama dengan kerajaan dalam hal menegakkan ajaran Islam sebenar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015. 
Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS sedia bersama dengan kerajaan dalam hal menegakkan ajaran Islam sebenar.

Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyambut baik cadangan Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno yang menawarkan jalinan silaturahim antara parti Melayu itu dan parti Islam itu, menurut Utusan Malaysia hari ini. Nik Abduh dilaporkan berkata, PAS sedia bersama dengan kerajaan dalam hal menegakkan ajaran Islam sebenar dan ia membuka lembaran baru politik negara apabila kerajaan bersedia menerima pandangan daripada parti pembangkang demi kebaikan umat Islam negara ini.
"Kita menerima apa yang disebut perdana menteri kerana selama ini kita berada dalam padang politik yang tidak adil apabila cadangan pembangkang ditolak mentah-mentah kerana merasakan sudah cukup untuk mereka sahaja memerintah," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerjasama bersama Umno tidak akan mewujudkan blok politik baharu kerana PAS akan kekal sebagai pembangkang. Namun, katanya, PAS bersedia menjadi pengkritik atau pencadang kepada sistem pemerintahan kerajaan agar kelemahan yang ada dapat diperbaiki.
Najib sebelum ini dalam ucapan dasar presidennya pada Perhimpunan Agung Umno mengajak PAS bersama-sama membina dan membangunkan negara yang sempurna mengikut syariat Islam.
Ia mendapat reaksi positif daripada kalangan pemimpin Umno sendiri di mana pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerjasama antara 2 parti tersebut sebenarnya terjalin secara tidak langung sejak 2 tahun lalu.

Hospital Al-Islam: Berlengan panjang tak kompromi kebersihan


Ia adalah satu salah faham untuk mengatakan bahawa jururawat yang memakai pakaian seragam berlengan panjang meningkatkan risiko jangkitan, kata pengarah-Islam Al Specialist Centre Dr Ishak Mas'ud berkata.
Dr Ishak berkata, tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa berlengan panjang telah membawa kepada kadar jangkitan di hospital yang lebih tinggi, disebabkan oleh virus, bakteria atau kulat patogen.
Setakat ini, katanya, tiada bukti yang menunjukkan bahawa memakai pakaian seragam berlengan panjang mempunyai hubungkait dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi.
"Ia adalah satu salah faham," kata beliau.
"Malah di negara-negara yang lebih maju, di Eropah, tidak ada isu berkaitan pakaian berlengan panjang," kata Dr Ishak ketika ditemui di hospital di Kampung Baru, Kuala Lumpur minggu lalu.
Minggu lepas hospital swasta Pusat Khidmat Damai (Melawati) disimbah dengan cat putih, selepas seorang jururawat mendakwa hospital itu memecatnya kerana enggan memakai baju seragam berlengan pendek yang mendedahkan auratnya.
Hospital ini berkata jururawatnya memakai pakaian seragam berlengan pendek untuk mengawal risiko jangkitan, dan ia memecat Naziah Sauni Samat atas sebab disiplin.
Menurut Ishak, kawalan jangkitan boleh dilakukan walaupun jururawat memakai pakaian seragam berlengan panjang dengan mematuhi sepenuhnya garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai perkara itu.
WHO, jelas beliau, telah menyediakan satu garispanduan '5 Moments Hand Hygiene' yang perlu dipatuhi oleh semua jururawat dan kakitangan klinikal.
Garis panduan ini menyatakan bahawa tangan mesti dibasuh sehingga siku dan lengan pakaian seragam akan disinsing sewajarnya.
"Semua jururawat kami di sini mematuhi garis panduan itu," katanya sambil menambah selepas selesai prosdur mereka akan menutupnya semula.

Apabila bersama pesakit, kata Dr Ishak, juga tidak timbul isu dalam mematuhi garis panduan kawalan jangkitan yang sama yang memerlukan tangan mereka terdedah.
"Kami telah mengajar semua kakitangan kami pengetahuan asas mengenai konsep rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat (kecemasan).
"Ini terpakai kepada kedua-duanya ketika menjalankan tugas klinikal dan melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam di bawah keadaan terhad," jelas beliau.
Dengan pemahaman tentang konsep rukhsah (keringanan) dalam Islam, Ishak berkata, tidak akan ada isu aurat semasa melakukan atau menjalani prosedur klinikal, contohnya antara seorang doktor lelaki dan wanita yang bersalin.

Chegubard akan dedah projek RM16 juta tanpa tender

Dia sedang mengumpul bukti dan pengesahan dokumen untuk didedahkan pada Rabu ini.
chegubard-tenderPETALING JAYA: Ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa memiliki dokumen projek bernilai lebih RM16 juta tanpa tender di Selangor.
Bekas Ketua PKR Cabang Rembau itu juga mendakwa memiliki dokumen bagi projek menaik taraf Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan yang dianggarkan bernilai RM10 juta hanya untuk kerja-kerja mengecat.
Katanya, dia sedang mengemas kini peringkat akhir semua dokumen itu dan akan mendedahkan semua bukti pada Rabu ini.
“InsyaAllah Isnin akan finalise dokumen “projek” nilai lebih RM16j tanpa tender.. isu pintu gerbang dekat RM10j hanya untuk cat (face lift)..
“Kalau semua dokumen diperolehi dan dapt disahkan Rabu ini akan dedah bukti semua,” tulisnya di Facebook.
Chegubard berkata, majoriti rakyat menyampah dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetapi tetapi terdapat dua kategori pemimpin yang cuba mengagalkan misi pembangkang untuk menang pilihan raya akan dating.
“Pemimpin perangai lebih teruk daripada UMNO/ BN dan pemimpin yang menjadi ejen UMNO/BN,” katanya.
Dalam status yang sama juga, Chegubard mengulangi dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyokong Istana Selangor menarik balik gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gelaran itu ditarik balik oleh Dewan Diraja Selangor pada Disember 2014.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Selangor ke-70 pada Jumaat lalu.

Salam perdamaian Najib: Bila masa yang Muhyiddin bergaduh dengan Najib ?


Sejak PAU abis semalam, ramai yang memperkatakan tentang salam 'perdamaian' yang diunjurkan oleh Najib kepada Muhyiddin ..... konon nak menunjukkan betapa besarnya jiwa Najib -
"Saya Najib Razak sebagai presiden Umno memilih untuk berjiwa besar, saya memilih berjiwa besar menghulur silaturahim mengukuh Umno," - Mkini.
Standard Najib lah nak kena dia yang sebutkan ....supaya cai2nya tidak tersalah pilih ayat.
Saya memilih berjiwa besar ....... Hahahahaha..... lepas tu cai2 Najib pun akan ikut cue - Peeeeergh...... Besarnya jiwa Najib !
Kemudian di follow up dengan kenyataan dari Yang Mulia Tengku Adnan yang menuduh Muhyiddin sebagai angkuh kerana tidak menyambut salam perdamaian Najib dan bercemolot atas pentas.-
Mkini
Pandai diorang main game persepsi ni ....... Muhyiddin digambarkan sebagai degil, sebagai seorang rebel, pemecah perpaduan sementara Najib pula sebagai ...... errrr.... berjiwa besar (?)
Muhyiddin dimalukan dengan pemecatan jawatan, diserang peribadi, diboikot sepanjang PAU, diserang bagai .... alih2 di paksa salam perdamaian di atas pentas - kira settle lah ! ? ?
Perdamaian Bugis stail ? Marah pulak mereka yang berdarah Bugis .....
Paling tidak, tunjukkanlah sedikit keikhlasan tu...... offer balik jawatan Timbalan PM, kembalikan status quo seperti sebelum gaduh, itu baru dinamakan ikhlas mahu berdamai. Ada give and take.
Tapi saya terfikir pula ..... GADUH ? Bila masa pula Najib ngan Muhyiddin bergaduh ? Kalau Najib yang nak bergaduh dengan Muhyiddin, itu satu Malaysia dah nampak pun melalui tindakan2 yang dibuat terhadap bekas orang nombor duanya itu. Tapi bila masanya yang Muhyiddin ajak Najib bergaduh ?
Serius ..... cuba ingatkan balik apa yang pernah Muhyiddin serang Najib ?
Muhyiddin cuma TANYA mengenai 1MDB, minta JELASKAN tentang RM2.6 bilion dan kenyataan yang paling ganas sekali adalah yang terbaru di mana beliau meminta Najib berundur untuk SEMENTARA sehingga siasatan selesai. itu pun supaya rakyat dan dunia tidak memandang serong kepada hasil keputusan siasatan kelak. ( sebagaimana BIASA dilakukan dalam siasatan seumpamanya )
So ..... tang mana yang agresifnya Muhyiddin terhadap Najib ?
Adakah kerana tegas meminta penjelasan tentang 1MDB dan kerana tidak semudah itu menerima alasan Derma RM2.6 bilion maka ditafsirkan sebagai nak bermusuh ?
Apalagi tindakan permusuhan yang telah ditunjukkan oleh Muhyiddin terhadap Najib ? Tolonglah sesiapa beritahu ..... sebab saya sendiri pun geram dengan cara slow motion Muhyiddin ! Duk mencari2 juga sesuatu yang agresif di pihak Muhyiddin yang boleh saya hebahkan.... ada tak ?

KEINGINAN BEKERJASAMA DENGAN PAS MENUNJUKKAN UMNO BENAR2 LEMAH

Walaupun dikata macam-macam seperti sedang tersepit, hanya ingin berbaik ketika terdesak malah sehingga diumpamakan "biawak hidup" sekali pun, tetapi nampaknya UMNO tidak kisah dan begitu teringin untuk berbaik dan bekerjama dengan Pas.

Tidak cukup dengan Najib Razak melontarkan pelawaan untuk berbaik itu ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung baru-baru ini yang menunjukkan kesungguhan dan seolah-olah meminta restu para perwakilan, bahkan Mustapha Mohamad kemudian tampil seakan mengesahkan kemungkinan hubungan yang lebih rasmi terjalin berikutan kerjasama itu dakwanya,  sudah pun terjalin sejak dua tahun lalu lagi.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu menjustifikasikan hubungan UMNO dan Pas itu sudah wujud melalui kerjasama "G to G" antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam beberapa aspek kebelakangan ini dan kekerapannya menjejakkan kaki ke Kota Darul Naim, sesuatu yang didakwanya tidak berlaku sebelum Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar.

Sebenarnya, apakah yang boleh difahami daripada kesungguhan UMNO itu?

Ia tidak lain menunjukkan UMNO dalam menuju PRU 14 akan datang benar-benar dalam keadaan lemah dan tidak cukup kekuatan untuk menggapai kemenangan bersama-sama rakan komponen BN yang ada.

Di sebalik isu 1MDB dan derma politik yang diterima Najib, UMNO akhirnya secara tidak langsung mengakui sokongan pengundi Melayu makin terhakis terhadapnya.

Dengan pengundi bukan Melayu tidak lagi menjadi harapan dan pengundi Melayu pula disedari makin menjauhinya, satu-satunya sandaran UMNO untuk mengekalkan kuasanya ialah dengan pertolongan Pas.

Sejak bila UMNO mahu berbaik dan menjalin kerjasama dengan sesiapa ketika ia dalam keadaan kuat dan stabil?

Jika UMNO kuat dan gagah, apakah ia mahu berbaik dengan Pas, waima kononnya untuk kepentingan Melayu dan Islam sekali pun?

Persoalan kedua pula, bolehkah kerjasama UMNO dan Pas itu dijalin dalam masa terdekat dan sebelum pilihanraya ini?

Barangkali sukar untuk melihat kerjasama itu terjalin dalam waktu yang terdekat ini, tetapi kesediaan Pas untuk berbaik-baik dan saling berdekat dengannya serta dalam masa yang sama semakin menjauhi Pakatan Harapan, ia dianggap sudah memadai bagi UMNO.

UMNO tidak perlu hubungan yang formal dengan Pas sebelum PRU 14 kerana ia juga perlu menjaga perasaan rakan-rakan bukan Melayu yang bersama dengannya.

Mengapa AMANAH begitu penting?

AMANAH memainkan peranan sebagai jambatan bagi menghubungkan paradigma yang berbeza antara penduduk di bandar dan kampung.
Pakatan-HarapanOleh Shazni Munir Mohd Ithnin
Umum melihat Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai rejuvenasi atau proses meremajakan semula politik Islam dalam ruang demokrasi moden. Beban yang dipikul AMANAH pastinya bukan calang-calang anak rentetan kecamuk ekstrimisme yang sedang melanda dunia. ISIS bukan satu-satunya contoh. Spesis seperti Donald Trumph yang semakin membiak menjelaskan bahawa sikap ekstrim ini boleh menimpa sesiapa sahaja tidak mengira agama atau latar belakang kepercayaan.
Mendakwa sebagai sebuah parti Islam berwajah demokrat dan lebih terbuka, AMANAH pastinya mengundang pengharapan yang tinggi bagi penduduk bandar dan pinggir bandar yang lebih selesa melihat parti bernuansa agama berjuang dalam kerangka lebih terbuka dan menyeluruh. Rata-rata rakyat dalam konstituen ini merupakan golongan independen dan kritikal. Mereka lebih cenderung melihat perjuangan menuntut tatekelola yang baik (good governance), tidak rasuah, telus dalam pentadbiran dan bukti-bukti kejayaan daripada retorik politik sebagai elemen Islamik yang wajar ada pada sebuah parti Islam.
Di sisi yang lain, tempat-tempat yang bakal ditandingi AMANAH dalam pilihanraya umum akan datang sebahagian besarnya merupakan kawasan kampung dan pedalaman. Kebanyakannya masih melihat politik sebagai institusi kebajikan yang boleh membantu kehidupan mereka sehari-hari. Politik kebergantungan yang disuburkan UMNO telah tertancap kemas di minda. Mereka mungkin tidak terlalu memandang isu rasuah, penyelewengan kuasa dan kezaliman politik itu sebagai faktor yang boleh mempengaruhi pemberian undi meski mereka mengakui bahawa perbuatan-perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang buruk dan dilarang agama. Di sinilah duduknya dilema AMANAH sebagai sebuah parti Islam generasi baru.
AMANAH mahu kekal dilihat sebagai parti Islam yang mampu dipercayai oleh masyarakat madani sebagai berkemampuan tinggi untuk mentadbir negara. Justeru penting untuk AMANAH mengangkat kecemerlangan prestasi ‘dutanya’ di Parlimen, DUN, Majlis-Majlis Perbandaran/Daerah, JKKK, Ketua Kampung dan lain-lain agensi di negeri yang ditadbir koalisi Pakatan Harapan. Jika AMANAH mampu membuktikan prestasi pimpinan-pimpinan di setiap peringkat ini, maka kepercayaan dan sokongan warga bandar dan pinggir bandar pada AMANAH pastinya merupakan hal yang tidak lagi perlu digusarkan.
Namun demikian, kecemerlangan prestasi di setiap peringkat itu belum tentu dilihat penting untuk memperoleh undi di kawasan-kawasan kampung dan pedalaman yang akan ditandingi AMANAH kelak. AMANAH pastinya tidak akan mampu menandingi UMNO jika politik kebajikan berorientasikan wang dijadikan kayu ukur dalam perlumbaan politik. Kalau pun AMANAH cuba untuk ‘mengejar’ UMNO dalam permainan kebajikan ini, parti itu akan tetap tertinggal kerana kemampuan kewangan UMNO ternyata sangat kukuh, tambahan pula setelah menerima ‘derma pak Arab’ berjumlah RM2.6 billion yang telah pun diakui presidennya.

Akar umbi Umno percaya DAP musuh utama

Kebanyakan ahli akar umbi Umno percaya sepenuhnya apa yang dikatakan Presiden Datuk Seri Najib Razak yang DAP sebuah parti pembangkang yang meninggalkan sekutunya dalam mengejar matlamat mengawal kerajaan dan mengubah landskap konservatif Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015. 
Kebanyakan ahli akar umbi Umno percaya sepenuhnya apa yang dikatakan Presiden Datuk Seri Najib Razak yang DAP sebuah parti pembangkang yang meninggalkan sekutunya dalam mengejar matlamat mengawal kerajaan dan mengubah landskap konservatif Malaysia.

Apabila Datuk Seri Najib Razak mengilhamkan satu pakatan dijalinkan antara Umno dan PAS di perhimpunan agung Umno baru-baru ini, presiden parti itu menekankan kepada perwakilan bagaimana DAP ialah musuh sebenar orang Melayu.
DAP, menurut Najib dalam ucapan dasarnya pada Khamis, suka menguasai, angkuh, menyukarkan, anti Islam, anti Melayu dan anti Bumiputera.
Ketika beliau menghulurkan salam perdamaian kepada PAS, saingan tradisional Umno dalam merebut undi Melayu-Islam, Najib juga menggambarkan DAP sebagai sebuah parti pembangkang yang lazimnya meninggalkan sekutunya dalam mengejar matlamat mengawal kerajaan dan mengubah landskap konservatif Malaysia.

Tuduhan itu dibuat walaupun DAP banyak memberi publisiti kepada ahli Melayu barunya beberapa tahun kebelakangan ini dan turut meletakkan calon wanita muda Melayu pada pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014. Namun ahli akar umbi Umno yang ditemui The Malaysian Insider pada perhimpunan itu seolah-olah percaya sepenuhnya kepada apa yang Najib katakan mengenai parti pembangkang yang majoritinya kaum Cina itu.
"Kita ada 2 pilihan. Jika kita tidak memilih Umno, kita akan berada di bawah pemerintahan kerajaan yang anti Islam," kata Rosbadariah Abdullah, mengulangi ucapan Najib mengenai perkara itu.
Naib ketua Puteri Umno Ketereh itu berkata, orang Melayu akan hilang segala-galanya termasuk agama mereka sendiri, jika ia memilih pembangkang.
Ahli Umno Seputeh Che Hassan Che Johan berkata, DAP membenci orang Melayu dan cuba mempengaruhi kaum lain supaya menentang Umno supaya ia boleh mendapatkan lebih banyak undi.
Dia membandingkan elemen "pelampau" dan "perkauman" DAP dengan slogan 1Malaysia Najib, yang katanya merangkumi semua kaum.
Hamzah Samsudin, dari Tambun berkata, tidak seperti Umno, DAP "sangat ekstrem" dan tidak mahu berjuang untuk semua kaum.
"Tengoklah di Pulau Pinang. Mereka (kerajaan negeri pimpinan DAP) menindas kaum tertentu untuk kepentingan perniagaan dan keuntungan mereka sendiri."
Ahli Umno cawangan Taman Cheras Norsiah Mohd Noor berkata, percubaan DAP menarik orang Melayu hanya satu helah dan mendakwa, parti itu akan meninggalkan gabungan pembangkang apabila ia mempunyai cukup ahli Melayunya sendiri.
"DAP hipokrit dan mengamalkan double standard. Apabila kita bercakap mengenai isu Melayu, mereka menggelar kita rasis.
"Tetapi apabila mereka bercakap tentang isu masyarakat Cina, boleh."

Mustapa, Ahmad bentuk dimensi baru politik Kelantan

Cetusan atau rintisan kerjasama di antara kerajaan Pusat (baca Umno) dengan kerajaan Pas Kelantan (baca Pas) tampaknya diterima tidak sekata oleh sesetengah pemimpin Pas. Seakan ada perasaan takut dan ragu-ragu untuk sesetengah pemimpin Pas bagi mengakui bahawa telah berlaku kerjasama di antara kedua pihak.


Mereka mampu bentuk dimensi politik baru.
Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed bahawa kerjasama secara "G to G" antara kedua pihak sudah berlangsung dua tahun di Kelantan satu kenyataan agak mengejutkan dan dianggap sebagai negatif.

Kerjasama itu katanya tidak pernah berlaku sebelum ini, di zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi MB. Sebagai dalil kepada kerjasama itu kata menteri MITI itu, beliau beberapa kali telah mengunjungi Kota Darul Naim, menemui Ahmad berbincang untuk kemaslahatan negeri, manakala begitu juga MB Kelantan Ahmd Yakob beberapa kali berjumpa dengan Najib Razak. Mustapa menjadikan pertemuan "mahabbah" itu sebagai dalil berlaku kerjasama.


Mustapa membuat penjelasan itu sebagai menjawab kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang bermadah Umno mungkin bermimpi untuk bergabung dengan Pas. Kenyataan Tuan Ibrahim itu boleh dikonotasikan bahawa beliau menolak pelawaan Umno untuk bekerjasama. Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan Najib dalam perhimpunan agung Umno. Dan bagi Mustapa pula dia membuat pengakuan itu sebagai menafikan apa yang diragui Tuan Ibrahim.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu dari satu sisi dilihat bertentangan dengan arahan lisan Pas sebelum ini yang melarang mana-mana pemimpinnya bercakap mengulas "budi baik" Najib itu, melainkan hanya presiden yang berhak bercakap. Abdul Hadi Awang dengan jelas menyambut baik huluran salam Najib itu dengan memberi syarat teknikal, Pas boleh berkerjsama dengan Umno sekiranya Umno kembali kepada Islam. Apakah bagi Hadi bahawa Umno masih belum Islam syumul?

Kesetujuan Abdul Hadi dengan cadangan Najib itu sudah pun jelas sebelum ini apabila presiden itu berlunak dengan Umno dalam beberapa perkara, dan perkara ini diakui secara terang oleh Najib sehinggakan PM yang berjiwa besar tetapi pengecut itu sanggup melafazkan salam berkenaan. Sudah tentu kalau Najib tidak mendapat akses yang tepat berhubung perubahan politik Pas itu dia tidak akan membuat pelawaan itu kerana kesannya sangat buruk.

Apa yang dapat disuluhi daripada "percanggahan" dalam menerima dan mentafsir huluran salam Najib itu dan juga kenyataan yang berbeza antara timbalan presiden dengan presiden Pas itu ialah apa yang saya nampak, Tuan Ibrahim membuat kenyataan itu lebih kepada untuk tidak menimbulkan kekeliruan dan menenangkan orang Pas. Beliau seakan mahu menjaga dan perasaan hati orang Pas yang masih langsung tidak dapat menerima Umno. Kenyataan yang berbeza itu bagi saya sebagai satu testing dan juga ujian untuk melihat telatah orang Pas.

Biarlah, di sini saya tidak mahu melaga-lagakan percanggahan tangapan dan penerimaan huluran salam Najib itu yang mana sudah pasti dibuat dengan motif tertentu. Tetapi apa yang saya ingin ditarikkan di sini berhubung dengan kenyataan Mustapa tadi mengenai telah berlaku kerjasama antara Pas dengan Umno di Kelantan selama dua tahun.

Apa yang dijelaskan Mustapa itu memang perlu diakui semua pihak. Pendekatan diambil oleh Mustapa dengan Ahmad Yakob di Kelantan sesuatu dimensi politik baru yang belum pernah terjadi sebelum ini. Mungkin atas kesedaran demi untuk memajukan Kelantan dan membela nasib rakyat Kelantan yang sudah lama terbiar dan dibiarkan, maka  kedua mereka mengambil keputusan melakukan gencatan senjata politik dan berpolitik secara wastiyah.

Memang pun kerjsama secara "G to G" berlaku dan harus berlaku atas semangat federalisme. Tetapi apa yang dilakukan Mustapa dan Ahmad itu ternyata lebih luas dan jelas kepada rakyat. Manfaat bersama untuk rakyat sudah pun mulai dapat dilihat dan dirasai. Kelantan kini tidak lagi menjadi medan perang politik konvensional di anara Pas dengan Umno seperti dahulu.

Antara contoh yang boleh disebut di sini hasil berjalannya kerjasama itu, ialah pembinaan Lebuh Raya dari Kadok ke Ketereh, yang dibina oleh kerajaan Pusat. Projek itu sudah bertahun dirangka tetapi tidak pernah menjadi kenyataan kerana adanya dasar "apartied" yang diamalkan oleh pemimpin Umno sebelum ini.

Umno’s ‘scripted’ meet fell apart quickly

Party President and Prime Minister Najib Abdul Razak was literally forced by sentiments in the party to abandon his belligerence and offer a truce of sorts to his estranged deputy, Muhyiddin Yassin.
najib_pau_talk_600_1
The jury may no longer be out on the just-concluded Umno General Assembly. The meet is seen as having fizzled out the moment party President and Prime Minister Najib Abdul Razak was forced, in conjunction with his closing address, to offer a truce of sorts to his estranged deputy, Muhyiddin Yassin.
The sacked Deputy Prime Minister had nothing to lose. Najib walked up to Muhyiddin and extended his hand in a spontaneous, perhaps impulsive, act of reconciliation. Muhyiddin responded but did, in remarks carried later by the media, query the truce gesture and wondered aloud what it meant. Clearly, Muhyiddin has rejected Najib’s olive branch since any truce cannot be an empty gesture. That would be meaningless for the party.
The entire Umno Annual General Assembly had been scripted and stage-managed to create the public impression that it was Najib’s moment of triumph. Wanita Chief Shahrizat Abdul Jalil screeched at DAP while Najib blamed former party President and former Prime Minister Mahathir Mohamad as the bane of Umno.

Punca ‘pergaduhan’ Ismail Sabri dan Syed Hamid didedah

Ismail Sabri bertanyakan Syed Hamid isu kenaikan tambang pengangkutan awam dan meminta SPAD mengkaji semula kenaikan itu.
ismail-sabri-syed-hamidPETALING JAYA: Exco Pemuda UMNO mendedahkan punca perselisihan faham antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.
Menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebooknya, Nazir Hussin Akhtar Hussin menjelaskan, Ismail Sabri bertanyakan isu kenaikan tambang pengangkutan awam kepada Syed Hamid.
Katanya, Ismail Sabri juga bertanyakan kepada Syed Hamid jika SPAD boleh mengkaji semula kenaikan tambang itu.
“Tan Sri perlu bersifat terbuka. Tidaklah hanya bertanya soalan itu menjadi menteri bongkak, kurang ajar. Tan Sri wajar jawab (soalan Ismail Sabri).
“Tidak wajar hanya bertanya isu rakyat beliau (Ismail Sabri) dikecam begitu rupa. Jadi Tan Sri, betulkan keadaan ini,” katanya.
Kontroversi antara Syed Hamid dan Ismail Sabri tercetus ketika kedua-duanya bertemu di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.
Syed Hamid telah memuatnaik status di Facebook mendakwa seorang menteri sombong dan angkuh.
Tanpa menyebut nama, Syed Hamid berkata sikap menteri berkenaan memalukan kerajaan.
Nazir Hussin sebelum ini menerusi status di Facebook mempertahankan Ismail Sabri dan mendakwa Syed Hamid yang sebenarnya sombong dan bongkak.

Pemimpin pelajar sertai parti politik lain walaupun ‘dididik’ PAS di kampus

 Fahmi Zainol antara anak didik PAS ketika di Universiti Malaya yang mula memberontak apabila berasa parti Islam itu cuba ‘mengongkong’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015. 
Fahmi Zainol antara anak didik PAS ketika di Universiti Malaya yang mula memberontak apabila berasa parti Islam itu cuba ‘mengongkong’. 

Mereka berasal daripada satu jemaah dan tinggal di rumah sewa yang sama ketika belajar, namun 4 sahabat rapat ini memilih parti politik yang berbeza selain PAS, parti yang "mendidik" mereka ketika di kampus. Ketika di peringkat nasional, pemimpin progresif parti itu keluar dan membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), aktivis pelajar Khairul Najib Hashim, Mohammad Amar Atan, Fahmi Zainol dan Adam Fistival Wilfrid, anak didik PAS semasa di Universiti Malaya, menyatakan mereka berasa PAS seperti cuba "mengongkong."
"Kami anggap kampus adalah pusat latihan dan bereksperimen dalam kegiatan kami namun apabila PAS cuba mengongkong, kami mula memberontak," kata Khairul kepada The Malaysian Insider.

Parti Islam itu,  yang kini bersendirian kerana enggan menyertai parti pembangkang lain dalam Pakatan Harapan, mempunyai unit pengkaderannya sendiri di semua universiti dalam negara. UM adalah antara tapak kuat gerakan PAS sejak 1980an lagi apabila ia mula membuat jaringan di kampus selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan menyertai Umno pada 1983.
Aktivis pelajar Khairul Najib Hashim (kanan) adalah bekas presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang kini dilantik sebagai exco Pemuda Parti Amanah Negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015. 
Aktivis pelajar Khairul Najib Hashim (kanan) adalah bekas presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang kini dilantik sebagai exco Pemuda Parti Amanah Negara. 

Khairul, bekas presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Amar, presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 2014/2015 menyertai Amanah. Kedua-duanya kini dilantik sebagai exco Pemuda Amanah dan diberikan tugas penting oleh parti pecahan daripada PAS itu.
Fahmi, bekas presiden PMUM 2013/2014 bersama Adam menyertai PKR dan mendapat tempat dalam badan induk parti itu.

Umno burukkan DAP raih sokongan Melayu, alih perhatian

DAP dijadikan bahan momokan untuk menarik sokongan orang Melayu dan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu yang melingkari Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015. 
DAP dijadikan bahan momokan untuk menarik sokongan orang Melayu dan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu yang melingkari Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak. 

Beberapa penganalisis menganggap tindakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memburuk-burukkan DAP pada perhimpunan agung Umno tahun ini bertujuan mempergunakan parti pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat bagi mendapatkan sokongan di kalangan orang Melayu dan mengalihkan perhatian penyokongnya daripada kelemahan beliau. DAP adalah musuh pilihan Umno kerana PKR tidak dilihat sebagai ancaman, susulan pemenjaraan pemimpin de facto parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala PAS dilihat sebagai bakal sekutu, kata Ibrahim Suffian, pengarah eksekutif Merdeka Center.
"Keadaan ekonomi tidak berapa baik, perdana menteri dan partinya semakin kurang popular. Jadi, untuk mengembalikan sokongan terutama di kalangan penyokong utamanya, ia perlu menentukan lawan yang sangat berbeza daripada mereka.

"Di sini, DAP disasarkan sebagai momokan untuk mendapatkan sokongan Melayu kerana ia bertentangan dengan perjuangan Umno – DAP sekular, ia pendukung demokrasi yang lebih liberal, ia mahu lebih kesaksamaan bagi golongan minoriti, contohnya," kata Ibrahim. Dr Lim Teck Ghee, pengarah eksekutif Pusat Inisiatif Dasar berkata Najib juga cuba mengalihkan perhatian penyokong daripada kegagalan dirinya sendiri dengan memburukkan DAP.
"Menyasar dan memomokkan DAP, dan membuat dakwaan perkauman terhadap parti itu, juga merupakan tanda beliau terdesak ingin mengalihkan perhatian daripada kelemahannya sendiri dan kumpulan penentang yang beliau hadapi dalam parti," katanya.
Tetapi Ibrahim berkata, Umno juga perlu dipuji kerana menerangkan dengan jelas yang DAP, sebagai sebuah parti ialah musuhnya, bukan masyarakat bukan Melayu secara keseluruhannya.
Perhimpunan agung Umno minggu lepas menyaksikan tiada isu perkauman dan kenyataan sensitif disentuh, tidak seperti tahun lepas, di mana Najib memulakan ucapan dasarnya dengan mengingatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969.
Dr Lim Teck Ghee berkata, tidak mengejutkan ada pemimpin akar umbi bersetuju dengan dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang DAP bersifat perkauman, pelampau dan anti Islam, walaupun parti pembangkang itu berusaha menarik ahli Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015. 
Dr Lim Teck Ghee berkata, tidak mengejutkan ada pemimpin akar umbi bersetuju dengan dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang DAP bersifat perkauman, pelampau dan anti Islam, walaupun parti pembangkang itu berusaha menarik ahli Melayu.

Ketua Pemuda Khairy Jamuluddin pula memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu dan kedudukan raja-raja manakala Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim mendakwa seorang Cina di negeri itu cuba membakar al-Quran di dalam satu upacara sembahyangnya.