“Saya bukan petualang.”
Itu kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mentertawakan soalan daripada wartawan selepas buku kecil ‘Saya Bukan Petualang’ yang tertera gambar Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, diedar kepada perwakilan di Perhimpunan Agung Umno 2015 hari ini.
“Saya bukan petualang. Saya Naib Presiden Umno.
“Saya adalah Ketua Perhubungan Umno Kedah, apabila kita mengambil alih kerajaan negeri.
“Saya menghabiskan hampir setiap bulan di Sarawak, tidur di rumah-rumah panjang, memastikan parti membentuk kerajaan, menjadi petualang tidak pernah dalam fikiran saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Laman Media, di PWTC di sini hari ini.
Shafie berkata terdapat keperluan untuk melihat hasil perhimpunan ini.
“Saya berharap rungutan rakyat dilihat, dari segi kehidupan mereka, kos pengangkutan, tetapi kita mesti bukan sahaja mendengar tetapi menyediakan penyelesaian, pada akhirnya mereka akan mendapat keselesaan dan kemudian kita akan mendapat sokongan rakyat,” katanya.
Ketika ditanya mengenai permohonan maaf, beliau berkata, “mengapa perlu saya memohon maaf, saya tidak berbuat jahat.”
Apabila ditanya sama ada beliau akan mendengar dari Lembaga Disiplin Umno, beliau berkata, “apa kesilapan yang telah saya lakukan untuk mendengar daripada mereka?”
“Adakah hanya kerana saya membangkitkan isu? Ia hanya pendapat saya dan kemudian mereka meminta saya tidak bercakap di Perhimpunan Agung Umno di mana cara yang kita ikut selama ini,” jelasnya.
Beliau berkata Umno kini pada abad ke-21 dan ia adalah penting bagi parti itu untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh rakyat.