Jumaat, 11 Disember 2015

Negara bermasalah angkara Najib

Masalah hari ini berpunca dari skandal 1MDB, yang menurut Sanusi Junid angkara Najib tidak boleh mengawal kelakuannya.
Sanusi-Junid_najib_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Tokoh veteran UMNO menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diatas masalah yang dihidapi negara.
Bercakap di satu sidang media pada Khamis, bekas Menteri Besar Kedah Sanusi Junid mendakwa sebahagian besar masalah yang dihadapi hari ini berpunca dari skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menurutnya angkara Najib tidak boleh mengawal kelakuannya.
“Kita lihat Najib ini telah dikelilingi orang seperti Jho Low dan Riza Aziz yang merupakan penerbit filem ‘The Wolf of Wall Street,” kata beliau.
Katanya lagi, rakyat tidak perlu berhadapan dengan kenaikan kos hidup sekiranya 1MDB tidak wujud.
“Jika tiada 1MDB, kita tidak akan berhadapan dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak, tol dan barang-barang harian.”
Sanusi menegaskan kesetiaannya kepada UMNO, tetapi dalam nada yang meratap perubahan parti itu.
“Kita tidak mahu lihat UMNO jatuh, kerana kita sayang dengan jasa yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lepas.
“Kita tidak mahu disebabkan satu pemimpin, negara hancur,” kata beliau.

Pas serik pengkhianatan Umno - PJ Selangor

Iskandar Abdul Samad
SHAH ALAM - Pas Selangor memberi amaran agar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak diputar belit kononnya Pas sedia untuk bekerjasama dengan Umno.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menjelaskan bahawa, Abdul Hadi sekadar mengalu-alukan jika Umno ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
"Sebagai badan dakwah selain daripada sebuah parti politik, Pas mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin kembali kepada Islam.
"Oleh yang demikian ini tidak bermakna Pas akan berkerjasama dengan Umno," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau yang juga Naib Presiden Pas menegaskan di dalam kenyataan akhbar tersebut bahawa Pas ialah rakan Tahaluf Siyasi PKR.
"Keputusan ini telah dibuat di dalam Muktamar. Perlu diingat di Selangor, Pas membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP.
"Pas juga lebih arif tentang sejarah pengkhianatan Umno dari parti-parti lain.

RM2.6 B: DALAM MEMBELIT DAN BERBELIT-BELIT, JANGAN SAMPAI TERBELIT DIRI SENDIRI...

Sejak kecil kita selalu diingatkan agar sentiasa bercakap benar dan jangan sesekali cuba berbohong kerana kebenaran, walau bagaimana sekali pun cuba diselindung atau dibelitkan, tetap akan muncul akhirnya.

Dalam masa yang sama, kita juga selalu diingatkan bahawa orang yang berbohong mudah dikenali kerana jawapannya akan kelihatan berbeza-beza meskipun soalan yang ditanya adalah sama.

Orang yang banyak pengalaman berbohong atau kena bohong pula sering mengingatkan, apabila kita mula berbohong buat kali pertama, kita akan berbohong lagi buat kali kedua apabila pembohongan pertama tadi mula disedari kebenarannya atau tidak lagi menimbulkan kepercayaan.

Akibatnya, bohong kedua cuba ditutup dengan bohong ketiga dan seterusnya demi seterusnya sehingga akhirnya hidup dalam pembohongan sepanjang masa.

Para peguam pula selalu mengingatkan orang yang diwakilinya agar jangan sesekali cuba berbohong dalam memberi keterangan kerana ia akan membinasa diri serta lebih mungkin menghumban ke penjara kesudahannya.

Hakikatnya, dalam bentuk dan cara bagaimana sekali pun, pembohongan tidak akan kekal lama. Ia sama ada akan terbongkar atau disedari ramai akhirnya.

Dalam isu derma RM2,600 juta yang diterima Najib, dengan mengenepikan semua perkara lain seperti siapa nama penderma, apa kegunaannya atau di mana bakinya, sebaliknya untuk mengesahkan jumlah pendermanya sama seorang atau lebih pun nampaknya seolah-olah begitu ketara adanya ciri-ciri tidak bercakap benar itu.

Itu belum dikira lagi jawapan awal Najib yang mengatakannya sebagai fitnah, konspirasi, mahu mengambil tindakan undang-undang, malah memberi logik "kalau saya nak menyamun, takkan saya masukkan dalam akaun peribadi".

Dengan beberapa jawapan yang berbeza-beza, ramai yang mula teringat kepada pesan orang tua-tua mengenai perbuatan berbohong itu. Kalau seorang yang menderma, sepatutnya dari awal hingga akhir itulah jawapannya. Begitu juga kalau lebih daripada seorang, daripada awal lagi diberitahu sebegitu.

Kenapa susah sangat membezakan antara angka 1 dengan 2,3,4 dan sebagainya?

Pada peringkat awal, baik Najib Razak, Zahid Hamidi mahu pun lain-lain pemimpin UMNO yang mahu mempertahankan penerimaan wang itu, mereka seringkali membayangkan pendermanya hanya melibatkan seorang individu daripada Timur Tengah saja.

Malah Zahid Hamidi, tidak lama selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Seri Gading pada 22 Ogos lalu turut mengesahkan telah menemui wakil keluarga penderma terbabit yang merupakan ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanahnya.

Tetapi dua hari lalu Zahid mengatakan pula, penderma itu  bukan merupakan individu, sebaliknya mengatakan ia merujuk kepada pimpinan sebuah kerajaan.

Mula-mula didakwa individu, tetapi oleh kerana barangkali menyedari tidak mungkin ada Pak Arab kaya yang sanggup menderma sebanyak itu, maka ia kemudian dialih pula mewakili sebuah kerajaan.

Apabila Tun Mahathir berulangkali menyatakan kebanyakan negara Arab adalah kedekut berdasarkan pengalamanya meminta derma, termasuk untuk membina UIA, malah ada yang membalasnya dengan memberi kitab sahaja, jawapan seterusnya bahawa penderma dikatakan lebih daripada seorang pula.

Zahid dengan selamba mengatakan pendermanya adalah lebih daripada seorang.

Begitu juga dengan Najib, dengan mula-mula mengatakan penderma adalah seorang yang murah hati mahu melihat UMNO terus menang pilihanraya, namun dalam majlis taklimat presiden  baru-baru ini beliau ada menyebut derma itu diterima daripada kabilah-kabilah di Timur Tengah.

Kemelut ekonomi: Keluhan peniaga jualan merosot di PAU2015

peniaga
Orang ramai serta perwakilan mengambil kesempatan berkunjung di gerai jualan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 Disember:
Kemelut ekonomi yang melanda negara baru-baru ini sedikit sebanyak memberikan impak terhadap sektor perniagaan.
Ini dapat dilihat dengan keluhan para peniaga yang mengambil bahagian membuka ruang perniagaan ketika Perhimpunan Agung Umno 2015 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang memasuki hari keempat.
Tinjauan The Rakyat Post mendapati, kebanyakan peniaga menyatakan ketidakstabilan ekonomi negara sebagai punca utama kegagalan pihak mereka mendapatkan keuntungan besar dari hasil jualan produk.
Najib Ismail 1
Najib Ismail
Bagi penjual tekstil sutera, Najib Ismail, 30, berkata keadaan ekonomi sekarang adalah tidak begitu sesuai untuk mengharapkan keuntungan yang besar.
Katanya, peranan kepimpinan negara kini juga turut menyumbang kepada permasalahan yang dihadapi oleh negara.
“Kalau dibandingkan tahun-tahun lepas, perniagaan kami mampu mengaut keuntungan sebanyak RM5,000 ke atas pada hari ketiga, tetapi pada tahun ini walaupun perhimpunan sudah memasuki hari ketiga, keuntungan yang diperolehi hanya cukup-cukup makan sahaja.
“Modal yang diperuntukkan sama sekali tidak berbaloi dengan hasil jualan, namun apakan daya stok sudah ada dan kami harus meneruskan perniagaan. Dengan adanya cukai GST, segalanya mahal, tetapi apabila berniaga kami tidak boleh mengenakan harga yang terlalu mahal kerana memang tidak ada orang membeli.
“Saya harap untuk tahun seterusnya, kepimpinan dapat ditukar supaya rakyat dapat melihat kebolehan dan pencapaian orang lain pula,” katanya.
Ahmad Nazri Ismail
Ahmad Nazri Ismail
Pendapat itu turut disokong oleh pemilik Kelab Umno Terengganu, Ahmad Nazri Ismail, 44, yang memiliki booth menjual pakaian seragam Umno.
Baginya, peningkatan harga sewa tapak sejak tiga tahun lalu sememangnya beban yang tidak tertanggung bagi semua peniaga, ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang semakin sesak.
“Kalau dahulu, setiap kali datangnya Perhimpunan Agung Umno, perwakilan serta orang kenamaan yang datang berkunjung ke booth kami akan membawa keluarga mereka dan membeli pakaian kami untuk seisi keluarga, tetapi kini mereka pun datang sendirian, beli baju untuk mereka sahaja.

Perhimpunan Agung Umno hanya berdegar-degar

Oleh Hafizuddin Amir Bin Hasim
Perhimpunan Agung Umno kembali lagi.Untuk sayap Umno yang paling hambar dan lesu seperti Puteri dan Wanita dan sayap “one-man show” seperti Khairy Jamaludin dalam Pemuda, inilah satu-satunya platform utama mereka untuk cakap berapi selama beberapa hari sebelum kembali senyap sehingga Perhimpunan Agung tahun berikutnya.
Hasil daripada cakap berapi itu tidaklah ke mana sebaliknya hanya ditinggalkan dalam dewan sama seperti “goodies bag, flyers” yang diedarkan.
Untuk orang yang hendakkan sesuatu,di situlah tempatnya untuk menonjolkan diri demi publisiti. Tapi setakat itu sajalah. Semangat dan niat itu hanya membara di situ.
Bagi orang biasa di luar, sara hidup tetap semakin mencabar dan mikroekonomi negara terus merudum.
Hal ini bukan mainan persepsi seperti yang selalu dimainkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, serta Datuk Seri Salleh Said Keruk serta Datuk Seri Rahman Dahlan sebaliknya suatu realiti mencengkam.
Kalau tidak percaya tanya dompet anda sendiri. Harga barang dan perkhidmatan apabila meningkat sangatlah mendadak sehingga RM10-20 sekali naik. Lebih keji lagi kenaikan ini juga berlaku beberapa bulan sekali.
Kos sara hidup bukan meningkat saban tahun tapi saban bulan. Mungkin tidak lama lagi saban minggu malah saban hari.
Tetapi pimpinan Umno sebagai parti yang memerintah kerajaan terus memilih untuk tidak berfikir mengenai perkara ini sebaliknya hanya sedapkan hati yang “all is well” dan terus cakap berdegar-degar dalam Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Apa saja keresahan yang dibangkitkan adalah hasil keputusan dan dasar pimpinan terdahulu walaupun presiden Umno memegang tanggungjawab selama 6 tahun,bukan 6 hari.
Dalam konteks organisasi seseorang ketua menjadi muka kepada parti itu walaupun seorang tidak mewakili keseluruhan parti.

Taklimat Najib

Oleh Dr Mahathir Mohamad
Datuk Seri Najib Razak mendakwa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.
Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya pada waktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas perdana menteri lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar RM1 juta untuk sekeping. Duit ini daripada tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam kerajaan. Tak hutang.

Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam kerajaan saya pulangkan balik kepada kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.
Yang saya minta daripada Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU13 lebih buruk daripada (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dalam PRU12, setelah kemenangannya dalam 13 lebih buruk saya masih terus menyokongnya sebagai perdana menteri. Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.
Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Baru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya daripada Najib.
Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.
Tetapi kehilangan wang kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit kerajaan berbilion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila RM2.6 bilion tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.
Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, perdana menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun perdana menteri Malaysia tidak harus memiliki RM2.6 bilion.
Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan Umno menang dengan berkali lebih baik daripada Najib dalam PRU13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.
Kononnya duit ini didermakan penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada Umno tetapi sebagai “pemimpin” mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelaskan dari mana duit itu datang, menyembunyikan perbelanjaan.

Dana Asing RM2.6 bilion – seorang penderma atau lebih?

Pada mulanya pertemuan dibuat dengan seorang penderma, kemudiannya lebih dari seorang penderma, dan kini beberapa wakil yang mewakili penderma tunggal.
2.6b
KUALA LUMPUR: Berlaku kekeliruan sekitar sumber sebenar wang derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada mulanya pertemuan dibuat dengan seorang penderma, kemudiannya lebih dari seorang penderma, dan kini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pula beliau bertemu dengan beberapa wakil yang mewakili penderma tunggal.
“Hal ini telah dijelaskan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Pandangan saya tidak berbeza dengan kenyataan rasmi SPRM ,” kata beliau kepada wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Jumaat.
Ketika ditanya samada wakil-wakil itu mewakili seorang individu awam atau pemerintah, Zahid berkata hal itu lebih baik dijelaskan secara terperinci oleh SPRM.
Dalam satu temubual minggu ini, Najib juga menyebut beberapa orang penderma.
Sebelum ini, Zahid berkata beliau telah bertemu dengan penderma itu, dan dua hari lalu dipetik sebagai berkata kepada portal Agenda Daily bahawa wang itu diberikan oleh pimpinan pemerintah di Timur Tengah, dan bukan seorang individu awam.
Kenyataan SPRM sebelum ini berkata sumber wang itu dari Timur Tengah dan anggota penyiasat mereka telah menemui dan menemubual penderma itu.

Muyiddin: Hanya pemimpin bersih wajib ditaati

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan tentang ciri-ciri pemimpin yang wajib ditaati seperti dituntut dalam Islam.
“Pemimpin yang wajib ditaati ialah pemimpin yang taat kepada titah perintah Allah, amanah, jujur, berintegriti dan bersih, serta menjauhi perkara-perkara mungkar,” katanya.
Beliau mengulas ucapan dasar presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (gambar) yang menyebut umat Islam dituntut patuh dan taat kepada pemimpin.
Sementara itu, Muhyiddin juga menyentuh gesaan supaya timbalan presiden membantu presiden menjalankan tugasnya menjaga kesempurnaan parti.
Beliau berkata itulah yang dilakukannya selama ini, daripada menerajui jentera BN dalam pilihan raya, memastikan kelicinan pengurusan parti serta menangani permasalahan parti.
“Begitu juga ketika saya menjawat jawatan naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Amanah membantu presiden tidak pernah saya abaikan,” katanya dalam tulisan di Facebook hari ini.
Bagaimanapun, kata Muhyiddin, sebagai orang nombor dua dalam Umno, beliau juga juga bertanggungjawab kepada parti dan ahli-ahli.
“Saya banyak mendengar suara akar umbi mengenai pelbagai permasalahan yang berkait dengan kepimpinan parti.
“Maka tanggungjawab saya ialah untuk memberikan nasihat kepada presiden supaya mendengar suara ahli-ahli parti di akar umbi dan segera memperbetulkan keadaan.
“Sebaliknya saya disingkir, disisih malah dihalang daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai timbalan presiden,” katanya.
Pentas tak sama rata

GST: Perwakilan UMNO terima apa sahaja kerajaan lakukan

Seorang lagi ahli UMNO dari Perak, Mohd Nasir Abdullah berpendapat pelaksanaan GST langsung tidak membawa masalah malah menyelamatkannya daripada ditipu oleh peniaga- peniaga berbangsa Cina.
gst UMNO
KUALA LUMPUR: Perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April yang lalu dijunjung sebagai langkah kerajaan demi kebaikan rakyat.
Tinjauan FMT mendapati rata-rata ahli perwakilan UMNO yang ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-69 memberikan reaksi positif terhadap cukai GST enam peratus itu.
Noorshabila Aman dari Kedah berpendapat walaupun GST dimomokan sebagai membebankan rakyat, tetapi memandangkan kerajaan melaksanakannya untuk kebaikan rakyat maka harus diterima sahaja.
“Memang kadang-kadang orang kata ia beban pada kita, tetapi kerajaan kata baik sebab hasilnya akan dipulangkan pada rakyat. Jadi okaylah.
“Kita terima sahaja apa yang dia (kerajaan) buat untuk kita. Apa yang dia buat, mesti baik untuk kita. Kita terima sahajalah,” ujarnya kepada FMT.
Manakala, bagi perwakilan UMNO, Umailiah Saidinah yang berasal dari Semporna, Sabah, pelaksanaan GST diterima walaupun ia menyebabkan pembelian jumlah barang merosot.

Najib guna UMNO untuk ‘angkat’ diri sendiri

Oleh Adam Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Naib Tun Razak tidak seharusnya mengambil kredit atas kejayaan UMNO melahirkan ramai anak-anak Melayu yang berjaya di serata dunia untuk memuji diri sendiri.
“Saya setuju dengan ucapannya (Najib) bahawa UMNO telah berjaya memajukan negara. Sehingga ada Melayu dapat menjadi doktor pakar. Itu UMNO, bukan pemimpin UMNO.
“UMNO berjaya, tetapi jangan ambil kredit kejayaan UMNO seolah-olah itu kejayaan kita sendiri,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mendengar majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 oleh Najib di PWTC. Jelas Mantan Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu, beliau sendiri secara peribadi tidak pernah bertindak sedemikian.
“Saya pun tidak pernah ambil kredit,” katanya lagi.
Dr Mahathir sewaktu melangkah keluar dari Dewan Merdeka telah dikerumuni oleh penyokong-penyokongnya sambil diiringi lagu ‘Inilah Barisan Kita’.
Suasana menjadi hingar binggar hinggakan Dr Mahathir terpaksa meminta penyokongnya diam sebentar ekoran mengganggu beliau untuk bercakap dengan media.

DAP musuh utama Umno, bukan PAS, kata perwakilan Terengganu

Ahli Umno perlu melihat DAP sebagai musuh utama mereka, bukannya PAS, kata perwakilan Terengganu Datuk Din Adam ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2015. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Disember, 2015.Ahli Umno perlu melihat DAP sebagai musuh utama mereka, bukannya PAS, kata perwakilan Terengganu Datuk Din Adam ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2015. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Disember, 2015.Ahli Umno perlu melihat DAP sebagai musuh utama mereka, bukannya PAS, kata perwakilan Terengganu Datuk Din Adam.
Berucap membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata saranan Najib supaya parti Melayu itu menjalin hubungan dengan PAS adalah satu langkah yang baik.
"Apa yang disuarakan presiden untuk kita bentuk kerjasama dengan PAS, adalah satu langkah yang baik.

"Jangan pandang PAS sebagai musuh utama kita, kita kena lihat musuh utama adalah DAP," katanya pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno ke-69 hari ini. Menggunakan contoh Terengganu, beliau berkata, kebanyakan kerusi Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) ialah kawasan pendalaman.
"Kawasan bandar kita tak menang, menang 17 kerusi saja.

Umno sentiasa sakit dengan Pas, kata Nik Abduh

nik abduh
KUALA LUMPUR, 11 Disember:
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa Umno akan sentiasa sakit dengan Pas jika mereka terus buat salah dan zalim terhadap rakyat.
“Salah Umno bukan sikit. Banyak. Mengapa Umno banyak buat salah? Jawabnya, kerana Umno yang memerintah negara. Rosak kehidupan dalam negara hari ini adalah kerana polisi dan arahan daripada Umno. Cuba bagi peluang Umno tak memerintah. Sihatlah Umno.
“Umno hanya akan sihat dengan Pas jika mereka laksanakan Islam. Laksanakan Islam maknanya laksanakan keadilan yang menyeluruh. Keadilan tanpa Islam sebagai asas, di sisi umat Islam adalah palsu. Ia bahagia dalam murka Allah. Maka ia palsu sama sekali. Kepalsuan adalah musuh Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, ikut cara Barat tanpa rujukan kepada Islam adalah ditolak dan biarlah barat laksanakan keadilan cara mereka.
“Biarlah mereka bahagia cara mereka dan kita bahagia cara kita. Mereka bahagia hidup makan riba, hidup tolak ugama, hidup bebas berzina. Hidup membahagiakan diri mereka dengan membunuh manusia lain. Itu cara mereka.
“Cara Islam ialah keadilan mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah. Jaga ugama rakyat. Jaga nyawa rakyat. Jaga akal rakyat. Jangan maruah dan keturunan rakyat. Jaga harta rakyat. Jaga hak dan kebebasan rakyat. Jaga amanah rakyat,” katanya.
Nik Mohamad Abduh berkata, Umno campur adukkan antara cara agama dan Barat sepanjang pemerintahan mereka, maka mereka sakit dengan Pas dan Pas sakit dengan mereka dan sentiasa berbalah dan bertengkar.
“Hari ini Umno ajak Pas kerjasama atas dasar syariah. Jawapan Pas adalah sama; Umno akan sakit dengan Pas jika buat salah dan zalim terhadap rakyat. Umno akan sihat dengan Pas dan ‘beroksigen’ bila mereka laksanakan Islam.

Zahid bincang dengan IGP kenyataan Dr M di Kpg Baru

 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mendapatkan pandangan pihak berkuasa berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, yang mendesak penahanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA).
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar jika terdapat bukti yang kukuh mengenai perkara tersebut.
"Saya tidak tahu. Perkara itu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa, khususnya dalam isu ini, pihak polis," katanya pada sidang media bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di luar Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Ahmad Zahid dan Hishammuddin, adalah naib presiden Umno.
Dr Mahathir membuat gesaan itu semasa berucap di satu majlis di Kampung Baru Isnin lepas.
Sementara itu, mengenai isu derma RM2.6 bilion, Ahmad Zahid berkata perincian mengenai derma itu akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Umno alami defisit, kutipan derma politik hanya RM82 juta pada 2014

Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur merupakan ibu pejabat Umno. Penyata kewangan Umno berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan defisit, di mana parti pemerintah itu hanya menerima RM82 juta daripada hasil sumbangan dan derma politik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 Disember, 2015. 
Penyata kewangan Umno berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan defisit, di mana parti pemerintah itu hanya menerima RM82 juta daripada hasil sumbangan dan derma politik.
Dalam lampiran tambahan kepada penyata kewangan yang dilihat The Malaysian Insider, sumbangan itu dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu daripada dana bangunan parti tersebut yang berjumlah RM113,000 dan RM81,960,000 daripada "sumbangan diterima" tanpa penjelasan lanjut.
The Malaysian Insider melihat penyata kewangan yang dibentangkan pada perhimpunan agung tahunan parti itu semalam dan diedarkan kepada perwakilan sebagai sebahagian daripada dokumen untuk perhimpunan itu.

Akaun parti itu dipersoalkan sekumpulan ketua Umno cawangan yang menggelar diri mereka Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) kerana gagal mengambil kira sumbangan RM2.6 bilion kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak. Kumpulan itu baru-baru ini membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mahu pihak berkuasa menyiasat derma yang diberikan kepada Najib, yang mendakwa beliau mempunyai kapasiti sebagai presiden untuk memegang dana amanah parti.
GKCM juga berkata penyata kewangan Umno bagi tahun 2013 dan 2014 tidak menyebut RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah itu.
RM2.6 bilion dipindahkan secara berperingkat-peringkat antara 2013 dan Februari tahun ini, menurut The Wall Street Journal yang membuat pendedahan awal mengenainya pada 2 Julai tahun ini, memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.
Bahagian terbesar daripada dana itu – AS$681 juta – dipindahkan ke dalam akaun Najib di AmBank, Malaysia melalui syarikat British Virgin Islands dan Falcon Private Bank di Singapura, pada Mac 2013, sebelum pilihan raya umum ke-13 Mei tahun itu.
Selebihnya disalurkan antara Disember 2014 dan Februari tahun ini melalui entiti dikaitkan dengan syarikat yang diilhamkan Najib, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Najib menafikan mengambil dana daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi.
Keterangan beliau berhubung wang itu diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, yang juga turut mengakui sebelum ini yang mereka sudah bertemu penderma dari Timur Tengah itu.

Tidak Boleh Berucap, Muhyiddin Mengamuk Selepas Mesyuarat MT

muhyiddin marah

Kuala Lumpur – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan marah dengan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang memutuskan hanya Datuk Seri Najib Razak akan melakukan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2015, Sabtu ini.

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi, sejurus selepas mesyuarat khas tersebut Muhyiddin dikatakan menarik Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketepi sebelum menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul” jeritnya kepada Hishamuddin dengan nada berang sebelum beredar.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu, jeritan Muhyiddin itu di dengari oleh beberapa orang ahli (MT) lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Keputusan yang dibuat itu turut mengambil kira perasmian dan penggulungan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti hari ini hanya dilakukan ketua pergerakan masing-masing.

Sumber itu turut menjelaskan majoriti ahli MT merasakan adalah tidak wajar untuk membenarkan Muhyiddin memberikan ucapan memandangkan beliau telah melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip parti apabila mengadakan perjumpaan khas semata-mata untuk bagi mengutuk dan menyerang pemimpin tertinggi UMNO Isnin lalu.

Muhyiddin ketika berucap di dalam perjumpaan khas yang diadakan di Kampung Baru itu, sekali lagi membangkitkan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang jadi punca pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tidak cukup dengan itu, Muhyiddin juga dilaporkan sengaja enggan hadir pada sesi taklimat tertutup presiden dengan pemimpin pelbagai peringkat Selasa lalu walaupun berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai perkara itu.

“Kita dimaklumkan beliau (Muhyiddin) telah sampai ke PWTC, tetapi tidak masuk ke dalam Dewan Merdeka,” katanya sewaktu sidang media di PWTC semalam.

Menurut Zahid sehingga kini pihaknya tidak mengetahui mengapakah Muhyiddin bertindak sedemikian.

Desak Presiden letak jawatan: Seorang anggota UMNO berdepan tindakan dipecat

Desak Presiden letak jawatan: Seorang anggota UMNO berdepan tindakan dipecatKUALA LUMPUR: Seorang daripada sembilan anggota UMNO dalam bahagian Telok Kemang yang terlibat dalam perbuatan mendesak Presiden parti supaya berundur, akan menghadapi tindakan dipecat daripada parti.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mengesahkan perkara itu, berkata lelaki itu merupakan seorang anggota biasa di sebuah cawangan.

Katanya pemecatannya itu yang telah diputuskan oleh Lembaga Disiplin parti, perlu diperakukan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Bercakap kepada Bernama, Tengku Adnan berkata lapan lagi anggota, yang kesemuanya merupakan ketua cawangan di bahagian itu, telah dikenakan hukuman oleh Lembaga Disiplin mengikut tahap kesalahan masing-masing.

“Seorang ahli biasa akan dipecat tetapi surat belum lagi dikeluarkan kepada beliau sebab ia memerlukan perakuan Majlis Tertinggi.

“Lima ketua cawangan akan digantung dua penggal daripada menyertai pemilihan parti dan hilang jawatan mereka dalam parti, berkuat kuasa serta-merta. Lima orang ini telah dapat surat daripada Lembaga Disiplin.

“Tiga lagi ketua cawangan telah diberi surat amaran,” katanya.

Perwakilan Perak ‘diboo’ bangkit kisah silam Umno

Perwakilan Umno Perak Datuk Hamzah Mohd Kassim digesa menukar topik perbahasan apabila tindakan beliau mengimbas kisah silam Umno tidak disenangi ahli yang hadir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Disember, 2015.
Perwakilan Umno Perak Datuk Hamzah Mohd Kassim “diboo” perwakilan di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, kerana membangkitkan sejarah silam berhubung krisis kepimpinan yang pernah melanda parti berkenaan. Berbahas pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno ke-69 hari ini, Hamzah turut mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan kejayaan Umno hari ini bukan semata-mata kerana usaha beliau.
"Peristiwa paling getir dalam sejarah perjuangan Umno ialah pada 1987 akibat pergeseran dan perebutan kuasa antara 2 pasukan, iaitu Team A diketuai Dr Mahathir dan Team B diketuai Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah," katanya sekali gus menggamatkan dewan.

"Yang membolehkan Umno hidup semula, bukan semata-mata kehandalan seorang insan yang bernama Mahathir," katanya yang juga ketua Umno Bahagian Gopeng. Susulan itu, Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin menggesa beliau menukar topik.
"Tukar topik, perwakilan diminta bertenang, tukar topik ya," katanya kepada Hamzah.
Hamzah turut menyentuh perhimpunan yang disertai Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal bersama Dr Mahathir di Kampung Baru sehari sebelum perhimpunan agung bermula Isnin lalu.