Rabu, 9 Disember 2015

Najib Dan Penderma 2 6 bilion

PAU 2015: Suasana Kecoh Antara Penyokong Muhyiddin, Media

TIADA PILIHAN LAIN SELAIN DEDAH NAMA PENDERMA BUDIMAN RM2,600 JUTA

Sekiranya Najib Razak tidak mengelak dan berani berdepan di Parlimen pada 3 Disember lalu untuk menjawab isu derma RM2,600 juta yang diterimanya, pastilah Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini memberi lebih kelegaan kepadanya.

Tetapi, oleh kerana Pahlawan Bugis itu memilih untuk menjadi pengecut, bahana wang derma yang banyak misteri itu akan berterusan menjadi beban kepadanya.

Tindakan menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi membacakan kenyataan 3 minit mengenai wang itu di Parlimen bukan saja suatu kesilapan, bahkan menolak sebarang soalan serta perbahasan mengenainya, lebih menampakkan ketidakmatangan Najib dalam berpolitik dan menguruskan persepsi rakyat.

Alasan subjudis yang dinasihatkan oleh Peguam Negara dan kemudian ditolak oleh dua bekas hakim berikutan tiada sebarang kes dibawa ke mahkamah, juga menunjukkan seolah-olah dalam lingkungan yang rapat dengan Najib sendiri mahukan beliau terus terbeban dengan isu wang RM2,600 juta itu.

Jika Najib berani menjawab dengan jujur dan berterus-terang di Parlimen tempohari, bukan saja Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal serta ramai yang lain tiada ruang lagi untuk terus bercakap mengenainya, perjalanan PAU tahun ini tentu lebih tenang bagi Najib untuk menumpukan kepada pelbagai isu lain berkaitan rakyat jelata.

Malah, dalam PAU kali ini juga, baik di dalam Dewan Merdeka mahupun di luarnya, pasti lebih bergema suara memuji dan menyanjungnya.

Namun oleh kerana semua itu tidak berlaku, maka tidak dapat dielakkan lagi daripada orangramai terus bercakap, berbisik-bisik, bersosek-sosek dan berspekulasi mengenai derma RM2,600 juta itu.

Lebih dari itu, jawapan Najib dalam majlis taklimat Presiden malam semalam juga hampir tidak menjawab pertanyaan ramai mengenai wang derma itu. Lagi-lagi difahamkan Najib bercakap mengenai keperluan dana dalam politik, semua Presiden UMNO sebelumnya juga memperolehi dana politik, derma diterima daripada penderma Timur Tengah, penderma adalah ikhlas berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan dan sebagainya.

Itu bukanlah jawapan yang dimahukan sebenarnya. Isu pokok mengenai derma tetap tidak dijawab. Oleh kerana Najib telah terlepas beberapa peluang seperti dalam Parlimen dan majlis taklimat Presiden sebelum ini, beliau sewajibnya mengambil peluang untuk berterus terang ketika perasmian PAU 2015 pada hari esok.

Dengan semua pemimpin tertinggi, Ketua-Ketua Bahagian, perwakilan, bekas-bekas pemimpin, termasuk Tun Mahathir hadir ketika majlis perasmian itu, Najib mesti menggunakan peluang tetsebut bukan saja untuk berterus terang, bahkan juga bagi membersih dan melonjakkan namanya.

Tidak sukar melakukannya. Hanya yang diperlukan oleh Najib ialah mendedahkan siapakah penderma budiman yang murah hati lagi ikhlas sehingga sanggup menderma sebanyak RM2,600 juta itu tanpa mengharapkan sebarang balasan daripadanya.

Persoalan akan terus bermain di fikiran ramai selagi nama penderma tidak didedahkan. Jika sudah didedahkan, bolehlah diketahui siapakah manusia budiman itu, berapa jumlah kekayaannya, apa perniagaannya, rekod dermanya sebelum ini bagaimana dan seumpamanya lagi mengenai penderma itu.

Media, security, police clash at Umno AGM

Chaos erupts as Muhyiddin Yassin enters and exits the building resulting in security personnel roughing up members of the media as both shout at each other.

polis-tumbuk_600KUALA LUMPUR: The situation at the Umno General Assembly (PAU) turned chaotic today when media personnel were pushed, insulted and kicked by members of the People’s Volunteer Corps (Rela) and police officers on duty at the scene.
The violent scuffle erupted when Umno deputy president Muhyiddin Yassin entered the Wanita Umno meeting hall at the Putra World Trade Centre (PWTC) here today.
It is believed the trouble started when members of an anti-Muhyiddin group started arguing with the leader’s supporters.
Members of Rela and police officers then pushed everyone towards the stairs at the fourth floor, including media personnel who were there to cover the event.
FMT’s own reporters witnessed one local photographer being kicked by a Rela officer at the stairs. The photographer however remained calm.
When Muhyiddin was exiting the building, members of the media were once again man-handled by Rela and police officers as everyone hastily cleared a path for the sacked deputy prime minister.
Shouts were exchanged between security and media personnel and several members of the media were heard shouting back: “We are only doing our job. Stop pushing.”
It was then that several security personnel dressed in light blue shirts made their way to the area. One reporter was violently grabbed and pushed to the side and shouted at by the officer who said: “I am a police officer. Do not cause any provocation here.”
At the same time, a local photographer nearly got into a fight with an officer dressed in a dark blue police uniform and the two were heard shouting at each other.
The scuffle died down after other media personnel intervened and tried to calm down both parties.
 



Mufti Perlis selar tokoh agama diam isu rakyat

Dr Maza turut mengkritik orang agama yang tidak menzahirkan marah mereka apabila penyiasat kepentingan awam diganggu dan diambil tindakan.
maza-G25
PETALING JAYA : Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyelar tokoh-tokoh agama di negara ini yang tidak bersuara dalam isu penderitaan rakyat disebabkan kenaikan kos sara hidup.
Sebaliknya, tokoh-tokoh agama itu menasihatkan rakyat supaya ‘jangan pertikai, bersyukur dengan keadaan yang ada’ (berhubung kenaikan kos sara hidup).
Beliau berkata, reaksi yang diberikan tokoh-tokoh agama itu menimbulkan kebimbangan dan pertanyaan apakah sebenarnya hakikat Islam.
Asri atau lebih dikenali Dr Maza membangkitkan isu itu bagi mengulas kontroversi melibatkan cadangan yang dibuat oleh kumpulan bekas pegawai kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai G25.
Antara cadangan G25 bagi menambah baik pentadbiran Islam di negara ini termasuk memansuhkan hukuman khalwat
Dr Maza berkata, tokoh agama langsung tidak meluahkan kemarahan apabila penyiasat kepentingan awam diganggu dan diambil tindakan.
Tetapi sebalikya, beliau berkata, tokoh-tokoh agama marah apabila pengintip khalwat diganggu.
“Apa yang lebih menarik lagi ialah tidak kelihatan reaksi tegas tokoh-tokoh agama ketika ada pihak menyebut dokumen-dokumen penting sekalipun ada membabitkan kepentingan awam tidak boleh didedahkan.
“Akaun peribadi sekalipun dipersoalkan oleh awam tidak boleh didedahkan. Laporan-laporan siasatan penting kepada awam tidak boleh didedahkan. Sesiapa yang mendedahkan patut diambil tindakan. Tidak pula kedengaran dalil agama membantah hal ini.

Muhyiddin tidak gentar sebarang tindakan disiplin Umno

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar dengan sebarang kemungkinan tindakan disiplin yang bakal dihadapinya malam ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Disember, 2015.  
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar dengan sebarang kemungkinan tindakan disiplin yang bakal dihadapinya malam ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Disember, 2015.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar dengan sebarang kemungkinan tindakan disiplin yang bakal dihadapinya malam ini.
Isyarat itu dinyatakannya sewaktu beliau sekadar menggelengkan kepala ketika ditanya tentang perkara itu sewaktu berjalan menuju ke keretanya di pintu masuk Dewan Tun Razak Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, petang ini.
"Adakah Tan Sri takut kena tindakan disiplin malam ini?" demikian soalan yang dilontarkan kepadanya daripada pemberita yang berkerumun dan bergelut dengan anggota Rela yang mengawal petugas media daripada mendekati Muhyiddin.

Pagi ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat Umno tidak seharusnya gopoh dalam mengambil tindakan terhadap timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya berlaku pelanggaran perlembagaan parti. Naib presiden Umno itu berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum sebarang tindakan diambil terhadap Muhyiddin.
"Saya tidak fikir ia perlu bergopoh-gapah. Daripada segi tindakan dan kebijaksanaan, presiden menjadi keutamaan.
"Kami dengar suara akar umbi dan perwakilan dan kita akan serahkan keputusan yang dibuat waktu bila sekalipun, untuk presiden tentukan.
"Bukan kerana kami mahu supaya tindakan itu dilakukan dengan bangga, tetapi kami merasakan beberapa perkiraan perlu diberi keutamaan.
"Agar sekali air bah, sekali pantai berubah," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini yang turut dihadiri seorang lagi Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pemilihan parti jalan keluar krisis Najib-Muhyiddin, kata perwakilan Pemuda Johor

Krisis antara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini semakin berlarutan sudah pasti akan terlerai pemilihan dijalankan, kata perwakilan Pemuda Umno Johor Mohd Zahid A Rahman. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Disember, 2015.Krisis antara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini semakin berlarutan sudah pasti akan terlerai pemilihan dijalankan, kata perwakilan Pemuda Umno Johor Mohd Zahid A Rahman. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Disember, 2015.Perwakilan Pemuda Umno Johor Mohd Zahid A Rahman berkata parti Melayu itu harus kembali kepada akar umbi dan mengadakan pemilihan secepat mungkin supaya mereka boleh memilih pemimpin.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pagoh itu berkata, krisis antara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini semakin berlarutan sudah pasti akan terlerai apabila pemilihan dijalankan.
"Dengan krisis kepimpinan sekarang, jalan keluar antaranya ialah pemilihan parti perlu disegerakan, sebab hendak hadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), perlu kepimpinan menerajui parti," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider, hari ini.

"Dengan timbalan presiden dan seorang lagi naib presiden mempunyai ruang yang terhad, tiada dalam kerajaan dan ia akan beri kesan kepada gerak kerja menghadapi PRU14," katanya merujuk kepada Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang digugurkan daripada Kabinet pada Julai. Muhyiddin juga merupakan ketua Umno Bahagian Pagoh.
"Kita kembalikan kepada akar umbi untuk pilih siapa pemimpin yang dapat ambil tanggungjawab itu," katanya.
Zahid merupakan pembahas pertama untuk Mesyuarat Agung Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pagi tadi.
Cadangan itu turut diutarakannya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
"Bila ini semua berlaku tiada pihak boleh disalahkan, itu pilihan cawangan ke peringkat pusat," katanya, merujuk kepada proses pemilihan dalam parti.

Gambar Muhyiddin, Tun M ‘hilang’ di PAU

Apa yang berlaku pada PAU kali ini seolah-olah memboikot Muhyiddin dan Dr Mahathir.
umno-piv_pau_1
KUALA LUMPUR: Padah menentang pemimpin nombor satu UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima nasib dipulaukan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke-69 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Muhyiddin bukan sahaja tidak dibenarkan berucap merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti, malah gambar beliau langsung tidak kelihatan di setiap penjuru di PTWC.
Agak janggal apabila gambar pemimpin nombor dua tidak kelihatan tetapi gambar-gambar pemimpin lain berselerakan di PWTC.
Nasib sama juga berlaku kepada Dr Mahathir, negarawan terbilang yang menerajui negara dan parti selama 22 tahun.
Berbeza dengan Mantan Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Gambarnya terpampang dan dicetak besar di PWTC.
umno-piv_pau_
Muhyiddin, mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya dalam isu kontroversi syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga wang derma RM2.6 bilion.
Manakala, Dr Mahathir pula secara lantang mendesak agar Najib meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.
Dr Mahathir turut mendakwa, sekiranya Najib terus memimpin negara, maka akan berlaku krisis ekonomi yang semakin teruk ekoran pelabur-pelabur luar negara hilang kepercayaan terhadap Najib.
Ketua-ketua sayap UMNO mendesak kerajaan menyelesaikan segera isu kontroversi supaya sokongan rakyat tidak terhakis namun berikrar terus menyokong kepimpinan Najib.
Perhimpunan Agung UMNO berlangsung pada 8 Disember hingga 12 Disember ini.

Dr Asri: Isu khalwat marah, kepentingan awam tidak


Mufti Perlis menyindir pihak yang mengkritiknya kerana mengeluarkan kenyataan selari dengan sekumpulan Melayu ternama (G25) dalam isu penguatkuasaan undang-undang syariah.
Tanpa menyebut kesnya secara jelas, Datuk Dr Asri Zainul Abidin membangkitkan isu berkaitan kepentingan awam apabila terdapat pihak menyebut dokumen penting tidak boleh didedahkan.
“Akaun peribadi sekalipun dipersoalkan oleh awam tidak boleh didedahkan. Laporan-laporan siasatan penting kepada awam tidak boleh didedahkan.
“Sesiapa yang mendedahkan patut diambil tindakan. Tidak pula kedengaran dalil agama membantah hal ini,” katanya.
Beliau dipercayai merujuk kontroversi kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebuah lagi kontroversi apabila seorang pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (Sosma) selepas membuat laporan polis berkaitan isu 1MDB di pelbagai negara.
“Mungkinkah atas alasan bersangka baik dalam harta awam tapi tidak dalam hal peribadi rakyat yang lemah?
“Ramai orang agama marah bila pengintip khalwat diganggu tapi tidak menzahirkan marah apabila penyiasat kepentingan awam diganggu dan diambil tindakan,” tulisnya di Facebook hari ini.
Beliau mungkin merujuk kepada pemindahan keluar pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kontroversi sekitar isu 1MDB.
Kelmarin, G25 menuntut sebuah jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi membincangkan pindaan atau pemansuhan beberapa undang-undang syariah.
Ia dilaporkan termasuk hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang menurut mereka melanggar hak kebebasan dan privasi individu seseorang seperti termaktub dalam perlembagaan.
Ketika kecoh isu gesaan pemansuhan hukuman pada pesalah khalwat di rumah, Asri tampil mengingatkan berhubung larangan mengintip kesalahan orang lain.
Pandangan Asri itu dilihat bertentangan dengan seorang lagi mufti kanan Tan Sri Dr Harussani Zakaria daripada Perak yang menyarankan G25 bertaubat kerana cadangan mereka boleh membawa kepada murtad.
Kemas kini pentadbiran agama

Zaid tells Muhyiddin to forget Umno, start afresh

Former law minister says Muhyiddin Yassin will be sacked from his party any day now and advises him to join the Opposition and restore democracy to the people.
Zaid-Ibrahim_muhyiddin_umno_600
PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin will be sacked from his party any day now and should therefore get ready to put Umno behind him and join the Opposition, said former law minister Zaid Ibrahim.
“Don’t be sentimental, forget Umno and start afresh,” Zaid advised the sacked deputy prime minister, while reminding him that loyalty in Umno was only skin-deep and that party members would continue supporting their president, Prime Minister Najib Razak, as there was no mechanism to democratically depose of him.
He pointed to past Umno members like Musa Hitam, Tengku Razaleigh and Anwar Ibrahim and said while they enjoyed a strong support base whilst in Umno, this support “melted away” once they were on the war path with the party president.
Dissecting the culture of Umno, Zaid said, “The party’s members are fascinated by Presidents and other leaders who are ruthless and who have as much money as they do power—no one has those attributes more than Najib does.”
He said others who enjoyed similar popularity were Zahid Hamidi, Nazri Aziz and Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pemuda UMNO bawa usul kos sara hidup, untuk apa?

Selepas semua orang puas mengadu mengenai kenaikan harga, kini giliran Pemuda UMNO pula, tetapi apa motif disebaliknya kalau tiada apa yang akan berlaku.
COMMENT
Khairy-Jamaluddin_umno_kos_600
Nampaknya selepas semua orang ‘membuat bising’ mengenai kenaikan harga dan kos sara hidup, Pemuda UMNO tidak mahu dilihat ketinggalan.
Bercakap sahaja pun, bukan bertindak atau terjun dalam aksi melakukan sesuatu perubahan, maka sesiapapun boleh berbuat demikian.
Mungkinkah ucapan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menggesa pemerintah menghentikan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan bakal memberi impak?
Kemungkinan besar tidak.
Menurut laporan, Khairy menegaskan rakyat sudah tidak boleh menerima lagi pelbagai kenaikan harga yang membebankan kos sara hidup mereka.
“Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini.”
“Enough is enough,” katanya, yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Samalah seperti rungutan mak cik saya, jiran belakang rumah, uncle yang bawa teksi, pengawal di sekolah anak, pekerja di stesen petrol, rakan-rakan dan kenalan yang lain.
Oleh kerana status Khairy selaku Menteri dan Ketua Pemuda UMNO, kekesalannya akan disiarkan di muka utama akhbar, di bawa secara langsung di kaca televisyen dan dilapor sepanas-panasnya di laman portal.
Apakah dengan rungutan Pemuda UMNO ini, kerajaan bersedia untuk mengubah polisi yang telah ditetapkan atau dilaksanakan?
Apakah harga tambang pengangkutan awam akan dikurangkan? Atau caj kenaikan tol akan dirombak semula? Atau kerajaan akan memberi penyelesaian yang lebih menyeluruh dan adil supaya boleh dinikmati oleh seluruh rakyatnya?
Jika perkara itu berlaku, saya boleh melihat betapa cerah peluang Pemuda UMNO memenangi hati rakyat.
Tidak mustahil kebergantungan UMNO akan berubah daripada pemimpin veteran yang berpengalaman kepada yang dark, tall and handsome.

Persidangan Wanita UMNO kecoh bila Muhyiddin datang

Berlaku tolak menolak antara penyokong Muhyiddin dan pegawai keselamatan dewan.

muhyiddinKUALA LUMPUR: Keadaan di pintu masuk Dewan Merdeka tempat berlangsungnya persidangan sayap Wanita UMNO kecoh dengan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keadaan mula tegang apabila penyokong Muhyiddin yang mengiringinya bertembung dengan pihak keselamatan yang menjaga pintu masuk dewan.
Sejurus Muhyiddin memasuki dewan, berlaku insiden tolak menolak antara pihak keselamatan dengan penyokong Timbalan Presiden UMNO itu.
Muhyiddin tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira jam 3 petang, Rabu dengan ditemani isterinya, Puan Sri Norainee Abd Rahman bagi melawat sayap-sayap UMNO yang bersidang pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 terdiri daripada, Pemuda, Puteri dan Wanita.

Zahid Hamidi dedah penderma RM2.6 bilion

Individu yang dimaksudkan itu bukan seseorang tetapi sebuah pimpinan kerajaan yang mempercayai UMNO mampu memperjuangkan Islam.
zahid-hamidi_najib_umno_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan individu yang menderma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, individu yang dimaksudkan itu bukan merujuk kepada seseorang tetapi adalah pimpinan sebuah kerajaan.
Katanya, derma itu diberikan kerana mempercayai UMNO yang mampu membawa Islam dan menentang mazhab lain selain Sunnah Wal Jamaah.
“Orang yang beri ini bukan individu. Tetapi saya tidak mahu menyebutkan (sebab perkara tertentu).
“Pimpinan kerajaan itu telah memberikan jumlah dana yang lebih besar dan banyak kepada negara Islam yang lain.
“Kenapa perlu dipertikaikan keikhlasan itu? Dan negara itu tidak minta kontrak atau projek daripada kita.
“Patutnya kita berterima kasih kerana negara itu tidak minta apa-apapun.
“Kebolehpercayaan kepada UMNO sebab UMNO boleh membawa Islam, kerana UMNO menentang mazhab-mazhab di luar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini harus difahami dan kita harus menghargai.
“Kita mempertikaikan seolah-olah kita boleh dan mampu untuk mencari. Dahlah kita tak mencari, kita pertikaikan orang lain yang membuat,” katanya yang dipetik daripada temubual bersama AgendaDaily dan BNBBC.
Zahid berkata, sejak awal isu derma RM2.6 bilion ditimbulkan, beliau konsisten dengan pendiriannya menyakini Perdana Menteri.
Ini kerana, katanya, semua parti politik memperoleh dana politik.
“Seharusnya kita membantu, bukan mempertikaikan. Sudahlah kita tidak membantu, kita mempertikaikan pula orang yang memperolehi dana berkenaan dan mengagihkan untuk memperkuatkan parti,” katanya yang mengakui telahpun menemui wakil penderma itu.

Rahman: Tindakan boleh diambil terhadap Muhyiddin kerana langgar disiplin


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan boleh dikenakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau melanggar peraturan disiplin Umno dan bukannya kerana isu yang dibangkitkan.
"Saya bersetuju kalau tindakan diambil... tapi bukan kerana pertanyaan tentang 1MDB ataupun RM2.6 bilion, itu bukan masalah.
"Yang kita ambil tindakan adalah soal disiplin parti sebab sebelum ini Majlis Tertinggi Umno (MT) telah beri arahan kepada presiden dan timbalan presiden supaya tidak lagi membincangkan soal ini di luar dan (sebaliknya) gunakan platform MT sebagai landasan untuk bertanya," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melawat laman media perhimpunan agung Umno 2015, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu berkata MT Umno adalah badan tertinggi dalam parti dan sebarang arahan yang dikeluarkan oleh badan itu perlu dipatuhi.
Abdul Rahman berkata Muhyiddin perlu hadir pada mana-mana sesi perhimpunan Umno 2015 bagi melihat sokongan para perwakilan terhadap presiden parti yang amat memberangsangkan.
Katanya hal ini penting untuk Muhyiddin mengetahui situasi sebenar.

Muhyiddin hadir di persidangan Pemuda UMNO

Muhyiddin muncul di perhimpunan 3 sayap UMNO

PAU 2015: Muhyiddin, Shafei Disambut Laungan Takbir

Muhyiddin and Shafie show up at Umno assemblies

Laungan 'Hidup Tan Sri' sambut kedatangan Muhyiddin

Laungan ‘Hidup Tan Sri’ bergema sebaik saja Muhyiddin tiba diPWTC

 Kemunculan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di perhimpunan Pemuda mengejutkan banyak pihak tetapi dalam masa yang sama mendapat sambutan penyokongnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 Disember, 2015.
Kehadiran mengejut Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di saat perhimpunan Pemuda berlangsung menimbulkan kekecohan. Laungan "Hidup Tan Sri" turut bergema di perkarangan dewan semasa bekas timbalan perdana menteri itu masuk kira-kira jam 3 petang.
Muhyiddin ketika tiba turut diiringi dan dikerumuni petugas media dan anggota Pemuda Umno.

Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini memutuskan untuk menghalang Muhyiddin daripada merasmikan perhimpunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri. Secara tradisinya, timbalan presiden Umno akan merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti.

'Hidup Tan Sri!" sambut kedatangan Muhyiddin


Kemunculan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Dagangan Dunia Putra menjadikan suasana 'hangat' apabila orang ramai dan petygas media berpusu-pusu untuk melihatnya.
Bekas timbalan perdana menteri itu memasuki bangunan berkenaan melalui pintu masuk Hotel Seri Pacific sebelum menunju ke Dewan Tun Dr Ismail yang menjadi tempat Perhimpunan Pemuda Umno berlangsung.
Penyokongnya kemudian melaungkan kata-kata "Hidup Tan Sri!" berkali-kali.
 Beberapa ketika sebelum itu Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba lebih awal.
Malaysiakini tidak dibenarkan memasuki dewan berkenaan, manakala skrin televisyen yang biasanya menyiarkan perkembangan persidangan melalui kamera litar tertutup tidak membuat sebarang liputan.
Biasanya Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno diberi kepercayaan merasmikan persidangan tahunan sayap Umno membabitkan pemuda, wanita dan puteri.
Bagaimanapun kelaziman itu berakhir hari ini apabila beliau tidak dibenarkan membuat ucapan perasmian sayap parti berkenaan.
Bekas Menteri Besar Johor itu juga dipercayai tidak diberi ruang membuat ucapan penggulungan di slot terakhir perhimpunan - satu lagi amalan tradisi yang ditukar kali ini.
Selepas menghabiskan masa kira-kira 30 minit, Muhyiddin kemudian beralih ke Persidangan Tahunan Puteri Umno dan dilaporkan ada hadirin melaungkan "Hidup Tan Sri!" di dalam dewan berkenaan.
Dalam perjalanan beliau dari Dewan Tun Dr Ismail ke Dewan Tun Hussein Onn, keadaan agak kelam-kabut sedikit sehingga ada antara petugas media terpijak kaki perwakilan yang duduk di lantai.
Salah seorang daripada mereka ialah Nurul Azwa, 25.
"Sakit juga kaki dipijak orang, tapi tak apalah. Saya sokong Tan Sri Muhyiddin," katanya yang mengaku datang dari Johor.

Gambar Muhyiddin, Dr Mahathir tidak kelihatan di lobi PWTC

Gambar pemimpin Tun Abdullah Badawi, Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan skala besar dapat dilihat jelas di perkarangan lobi Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-69. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Disember, 2015.
Dalam lambakan poster dan gambar pemimpin yang ditampal di setiap tingkat dinding lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tiada langsung gambar Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad.Hanya satu gambar kecil yang berada di satu sudut menunjukkan Muhyiddin duduk bersebelahan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Berbeza dengan pemimpin lain seperti Tun Abdullah Badawi, Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai gambar berskala lebih besar dan dapat dilihat jelas di perkarangan lobi.

Hanya gambar sesetengah pemimpin seperti  Najib, Zahid, Abdullah dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempunyai gambar yang besar diletakkan di tempat strategik dan dapat dilihat semua perwakilan setiap sayap. Lobi yang sarat dengan gambar poster besar di tingkat bawah kini menjadi tumpuan ribuan ahli Wanita Umno yang datang dari seluruh negara.
Ribuan ahli akar umbi Wanita Umno ditempatkan di lobi untuk menyaksikan ucapan perasmian sayap Wanita yang disampaikan Datuk Seri Shahrizat Jalil pagi tadi.
Muhyiddin pada Julai digugurkan daripada Kabinet selepas lantang mengkritik syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Turut digugurkan daripada Kabinet ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.
‎Muhyiddin yang disekat daripada merasmikan perhimpunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri pada Isnin berucap di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menyampaikan amanat kepada ahli-ahli Umno.
Mengikut tinjauan secara rawak The Malaysian Insider, hanya dua gambar Muhyiddin yang jelas kelihatan di perkarangan lobi dan satu potret Dr Mahathir di koridor di tingkat 4 bangunan PWTC.
Gambar Zahid yang menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri pada Julai terdapat sebanyak 6 gambar.

Maksiat paling besar yang tidak diendahkan

Oleh  Dr Marzlee Malik
Maksiat paling besar di zaman ini ialah berkaitan harta dan pecah amanah serta rasuah. Ia melibatkan dana awam dan kepentingan rakyat teramai.

Boleh kita nak intip akaun peribadi PM dan menteri-menteri?  Apakah intipan hanya untuk khalwat sahaja? Apa kata para mufti sekelian? Bukankah Rasulullah SAW melarang pegawai kerajaan yang dilantik menerima duit selain gaji dan peruntukan dari mereka?

Bukankah di dalam Sahih Bukhari ada diriwayatkan bahawa Ibn Lutaybiyah, amil zakat di zaman Nabi SAW diperintahkan memulangkan derma dan hadiah yang telah diberikan kepadanya kerana kedudukan beliau sebagai pegawai kerajaan dan pemungut hasil negara?

Bukankah Saidina Omar melarang para gabenor dan pembesar zamannya mempunyai rumah mewah, kenderaan mewah dan pakaian-pakaian mewah?

Apakah isu tatakelola yang melibatkan amanah dan keadilan bukan dalam hukum hakam Syariah?

Mengapa mengambil Islam secara terpilih? Hanya isu khalwat dan skodeng sahaja?

Politik Melayu Semakin Pelik ?

Oleh WARGA PRIHATIN
Menjelang Perhimpunan Agung UMNO, banyak berita kontroversi dari isu PELIK disiarkan. Antaranya samada wajar Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden yang telah dikeluarkan dari kabinet dijemput dan diberi peluang bercakap di perhimpunan itu. Juga kontroversi samada Tun Mahadhir wajar dijemput ke Perhimpunan itu selaku Mantan Presiden.

Menjelang perhimpunan tidak rasmi bersama Tan Sri Muhyidin Yasin di Kelab Sultan Sulaiman juga tersiar berbagai ulasan yang pelik, baik dari pihak penyokong Presiden mahupun di pihak TS Muhyidin sendiri. Akhirnya perhimpunan itu berlangsung juga. Begitu ramai yang hadir mendengar ucapan DS Muhyidin dan Tun Mahathir. Sudah semakin nyata belahan perpecahannya.
Sesungguhnya FENOMENA PELIK ini telah berlarutan sekian lama sebelum ianya terzahir sebagai sesuatu yang anih dan penuh tanda tanya.
PELIK apabila berbulan-bulan Presiden dan Timbalannya tidak bertegur sapa (pemerhati).
PELIK apabila wang derma parti masuk ke akaun peribadi Presiden dan Perdana Menteri (Muhyidin)
PELIK apabila TS Muhyidin tidak tahu menahu isu 1MDB dan derma 2.6 Billion (Muhyidin)
PELIK apabila TS Muhyidin tidak bertanya dan mendapat pencerahan langsung secara tertutup, bahkan bercakap di majlis umum (DS Najib dan penyokong)
PELIK apabila Timbalan Perdana Menteri dan ramai yang terlibat mempertikai dan menyiasat isu 1MDB dipecat (Pemerhati).
PELIK apabila anggota PAC dilantik ke jawatan dalam kabinet sehingga urusan PAC terhenti (Pemerhati)
PELIK apabila institusi Timbalan Presiden tidak dihormati sehingga tidak dibenarkan berucap dan merasmikan sayap parti seperti biasa (Muhyidin)
PELIK bila TS Muhyidin tergamak bercakap tentang parti dan melondehkan salah laku Presidennya di majlis terbuka DAN melalui media, padahal ia boleh disampaikan melalui saluran tertutup (Shahrir Samad)
PELIK..PELIK..DAN PELIK.

Chegubard dipanggil polis sebaik meninggalkan mahkamah

Aktivis PKR itu kelihatan lebih garang dengan susulan laporan demi laporan dan pendakwaan demi pendakwaan yang dikenakan keatasnya.
Badrul-HishamPETALING JAYA: Sebaik meninggalkan mahkamah seusai pendengaran pertuduhan kes himpunan ‘haram’, Badrul Hisham Shaharin diminta melapor diri ke IPD Dang Wangi kerana ada laporan polis dibuat terhadapnya.
Di blognya, aktivis PKR itu kelihatan lebih garang dengan susulan laporan demi laporan dan pendakwaan demi pendakwaan yang dikenakan keatasnya.
“Kepada Peguam Negara kamu sedang memulakan langkah dengan salah. Gaya bodek kamu dengan menggali kes yang tidak sepatutnya sebenarnya mempercepatkan ‘tergulingnya’ bos yang kamu bodek itu,” tegas beliau di dalam blognya, pada Selasa.
Beliau perlu melapor diri ke IPD Dang Wangi pada Khamis ini.
Badrul tampil ke hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa untuk dibacakan pertuduhan selepas dituduh menjadi penganjur himpunan Blackout 505 di Kelana Jaya, pada 25 Mei lalu.
Ini merupakan kali kedua beliau didakwa di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis sebelum menganjurkan himpunan.
“Pertuduhan yang berkaitan akta perhimpunan aman ini merupakan pertuduhan semula yang mana saya telah dilepaskan sebelum ini.
“Saya mengaku tidak bersalah dan saya tegaskan pertuduhan ini merupakan pertuduhan terpilih dan berniat jahat,” katanya.
Perbicaraan ditetapkan pada 16 Mac. Seksyen 9 APA membawa hukuman denda RM10,000 sekiranya didapati bersalah.
Selain Badrul, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad turut didakwa dibawah seksyen yang sama buat kali ketiga. Kes beliau dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dwi fungsi Amanah

Oleh Abd Shukur Harun


Parti Amanah Negara (Amanah) kini sudah berumur 3 bulan, dengan keahlian hampir mencapai 100,000 orang – sebuah parti yang sedang berkembang dan sudah dirasakan kehadirannya di mana-mana.

Politik memang mengenai kuasa – politic is about power – dan Amanah sendiri tentunya akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk mendapatkan kuasa hingga ke Putrajaya.

Namun kehadiran Amanah – sebagai parti politik yang bernuansa Islam dan juga memiliki ciri-ciri sebuah gerakan Islam, mendukung dwi fungsi besar.

Iaitu sebagai parti politik, dalam masa yang sama sebagai gerakan Islam generasi ke-2 yang mempunyai visi untuk mengubah world-view Islam daripada pandangan yang jumud, beku, terperangkap dengan pemikiran tradisi yang hingga keadaannya menutup ruang Islam sebagai "Rahmatan Lil Alamin" – Islam sebagai rahmat seluruh alam. Ertinya di sini, Amanah mempunyai visi pencerahan Islam supaya Islam itu dilihat terbuka, ramah, peduli rakyat, tidak bersifat menghukum dan melabel. Lebih daripada segalanya, Amanah mempunyai visi menghantar Islam, dari segi pendekatannya, sebagai agama agung, wasatiyyah dan menjadi penyelesai masalah manusia. Ini diungkapkan al-Quran secara amat jelas.

Di sinilah Amanah diamanahkan supaya mengadakan pencerahan dari segi pendekatan, sedangkan dasar-dasar asas Islam kekal dipertahankan.

Dengan keupayaan para tokoh agama dan intelektual yang berfikiran dinamik di dalam Amanah, saya kira, visinya dapat direalisasikan.

Beberapa bulan lalu, para tokoh ini mengadakan Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah 2015 (Nunji’15) – wacana yang menuju kepada fikah Malayzi (fikah yang mengambil pendekatan realiti masyarakat Malaysia).

Ketika berucap di perasmian Nunji ’15 Ogos lalu itu, Pengarah Nunji ’15, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa menekankan 8 perkara yang menjadi sebahagian daripada perjuangan Harapan Baru, yang kini Amanah.
Lapan perkara itu ialah:
1. Bagi memposisikan diri sebagai sebuah parti Islam baharu dalam politik negara ini, Harapan Baru menganjurkan satu seminar yang dipanggil Nunji’15 pada Ogos lalu.

2. Ia dinamakan sebagai Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah, sebagai merujuk kepada “kebangkitan baharu” dari sudut pemikiran Islam yang inklusif.

3. Kami memilih tema “Islam dan Konsep Kenegaraan” bagi merungkaikan masalah perlaksanaan Islam dalam kerangka sebuah negara serta perundangan yang ada.

4. Ia antara lain membincangkan tajuk penetapan kaedah fikah dalam operasi setempat dan lokal. Ia juga akan melihat aspek cabaran menyediakan suasana perlaksanaan syariah serta bagaimana perpindahan konsep kewarganegaraan dari kerangka fikah klasik kepada realiti konsep warga negara dapat dilakukan.

Ahli UMNO perlu taat setia pada pemimpin selagi mereka tidak fasik sembang Puteri

Tindakan menjatuhkan pemimpin boleh membuka pintu fitnah yang lebih besar.

Mas-ErmieyatiKUALA LUMPUR: Ahli UMNO perlu sentiasa taat setia kepada pemimpin selagi mereka itu tidak fasik.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ketaatan dan kesetiaan merupakan asas penting dalam politik orang Islam.
“Ahli Sunnah Wal Jama’ah menegaskan kepentingan untuk sentiasa setia dengan pemimpin yang ada selagi pemerintah tidak melakukan kefasikan secara terbuka,” katanya menerusi ucapan dasarnya di persidangan Puteri di Himpunan Agung UMNO 2O15 di PWTC pada Rabu.
Katanya, tindakan menjatuhkan pemimpin boleh membuka pintu fitnah yang lebih besar.
Jelasnya, sebagai golongan yang mempunyai amanah dan tanggungjawab yang besar, UMNO harus bersedia untuk melakukan teguran demi kewujudan sebuah organisasi dan negara yang benar-benar berfungsi dan mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
“Kesetiaan tersebut bukanlah pula bermakna kesetiaan membuta tuli.
“Hanya dengan kesetiaan kepada pemimpin dan sentiasa memikirkan kebaikan yang lebih besar, kewujudan sebuah organisasi seperti UMNO atau kerajaan akan terus berlangsung,” katanya.

Benarkah RM2.6 bilion dibelanjakan untuk UMNO?

Raja Nong Chik mengakui Najib Tun Razak telah memberitahu wang RM2.6 bilion dibelanjakan untuk parti.
najib-syed-ibrahim
PETALING JAYA: Benarkah dana RM2.6 bilion yang didakwa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak didermakan penderma dari Timur Tengah telah dibelanjakan untuk UMNO?
Persoalan itu dibangkitkan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Ibrahim Syed Noh berdasarkan kenyatan-kenyataan yang dibuat pemimpin UMNO.
Katanya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengakui Najib memberitahu bahawa beliau membelanjakan semua dana RM2.6 bilion untuk parti.
“Apakah ada kemungkinan ramai daripada kalangan pimpinan UMNO yang telah perolehi habuan dan ‘durian runtuh’ daripada dana RM2.6 bilion itu sehingga memberi sokongan padu kepada Presidennya?,” soal Syed Ibrahim.
Syed Ibrahim berkata persoalan-persoalan yang dibangkitkan Datuk Seri Shafie Apdal juga menguatkan lagi tanggapan bahawa wang derma itu digunakan untuk parti.
Dia memetik soalan yang dibangkitkan Shafie iaitu “Beliau (Najib) perlu membuktikannya. Berapa orang yang terima duit ini? Kalau untuk UMNO, kenapa tak dibincangkan dalam Majlis Tertinggi UMNO, apa kegunaan dan ke arah mana kita guna duit ini.”
Syed Ibrahim berkata, apakah tidak mungkin perbuatan Najib itu termasuk di bawah mana-mana daripada tiga kesalahan rasuah yang diketahui seperti meminta/menerima rasuah, menawar/memberi rasuah dan/atau menyalahguna jawatan/kedudukan.
“Lebih malang lagi, ini telah mengakibatkan krisis keyakinan kepada Najib sebagai Perdana Menteri, justeru telah menjejaskan imej, ekonomi dan politik negara.
“Kemuncaknya, rakyat yang menanggung beban sedangkan rakyat sewajarnya menerima keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan.
“Atas sebab itu, seperti yang telah didesak pelbagai pihak, saya menggesa siasatan ke atas dana RM2.6 bilion diselesaikan segera “without fear or favour”, tanpa campur tangan politik dan kuasawan.
“Saya juga mendesak Najib berundur.”

Ruang bersuara dalam UMNO makin sempit

Mereka yang lantang bersuara untuk menegur dipecat atas kesalahan yang cukup samar
muhyiddin_mukriz_hamidah_umno_600
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Tun Mahathir tidak menafikan, ruang untuk bersuara dalam UMNO sudah semakin sempit.
Sebuah laman portal melaporkan, Mukhriz melihat terlalu banyak sekatan yang dikenakan oleh UMNO sejak kebelakangan ini.
“Kita semua nampak ramai pemimpin UMNO dikenakan tindakan disiplin dan dipecat atas kesalahan yang cukup samar.
“Yang bersuara untuk menegur pun kena tindakan, jumpa pemimpin yang mengkritik kepimpinan UMNO pun kena pecat macam Ketua Wanita Gopeng, Datuk Hamidah Osman,” katanya.
Mengulas mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz berharap agar UMNO memberi ruang kepada Timbalan Presiden parti itu untuk berucap pada persidangan kali ini.
“Sudah menjadi tradisi UMNO sejak dulu lagi Timbalan Presiden ada ruang untuk berucap dan saya harap tradisi itu dapat diteruskan.
“Apapun terserahlah kepada kepimpinan UMNO. Kalau rasa tindakan yang diambil itu boleh menguatkan parti, silakan,” ujarnya.

PKR cabar Khairy letak jawatan jika serius bantah kenaikan harga


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Khairy Jamaluddin Abu Bakar perlu membuktikan kesungguhannya membela nasib rakyat dengan meletakkan jawatan bagi membantah dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Disember, 2015.  
PKR menggesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar meletakkan jawatan jika benar-benar serius membantah siri kenaikan harga barang dilakukan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, pengakuan Khairy yang mendakwa sering bersuara tentang kenaikan harga barang dalam mesyuarat Kabinet tetapi tidak membantah walau sekali pun pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membuktikan beliau sebenarnya mempertahankan Najib dalam perkara itu.
"Sebab itu, saya berharap Khairy berhenti daripada cuba meraih simpati rakyat di gelanggang sendiri seperti di perhimpunan agung Umno.

"Jika beliau betul-betul mahu membela rakyat dan ada maruah, beliau sepatutnya meletakkan jawatan dengan kadar segera sebagai bantahan kepada dasar-dasar pentadbiran Najib yang beliau sendiri akui menekan rakyat. "Saya percaya jika beliau meletakkan jawatan, tindakan itu boleh menggoncang kedudukan Najib dan mempercepatkan lagi beliau turun daripada kerusi perdana menteri," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi yang juga naib presiden PKR turut menggesa menteri belia dan sukan itu menyatakan sedikit sokongan kepada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang mengkritik operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

Puteri Umno serang Nurul, dakwa 'tangisan palsu'

Pertemuan kontroversi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan 'puteri Sulu' Jacel Kiram dibangkitkan kembali dalam perhimpunan agung Puteri Umno hari ini.
Ketua sayap itu Mas Ermieyati Samsudin mendakwa pembangkang adalah musuh dalam selimut yang berpura-pura menangis apabila kerajaan mahu mengambil tindakan.
“Mereka ini pelakon,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di ibu negara hari ini.
Mas Ermieyati (gambar) juga berkata rakyat Malaysia tidak harus melupakan bagaimana pasukan keselamatan yang melindungi negara daripada penceroboh “dihina”.
Nurul pada 3 Disember berkata beliau begitu sebak sehingga air matanya menitis ketika menerangkan kepada Dewan Rakyat berhubung pertemuannya dengan Jacel.
Bapa Jacel, Jamalul Kiram III, mengisytiharkan dirinya sultan Sulu dan menyerang Sabah pada 2013.
"Saya menangis untuk rakyat Malaysia," kata anggota parlimen Pantai itu ketika ditemui di bangunan parlimen.
Melalui undi blok, Dewan Rakyat meluluskan usul mengheret Nurul ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Parlimen kerana berjumpa dengan Jacel.

BERAPA KALI MAU BOHONG !!...

Nak sedapkan hati rakyat dikatanya ringgit jatuh hanyalah sementara..

TETAPI setiap kali kamu kata sedemikian TERBUKTI RINGGIT TERUS JATUH BERTERUSAN HINGGA KINI RM4.32 berbanding US$1.

Ini sebahagian kenyataan pengampu KERAjaan yg dpt Admin senaraikan.. Antara lain spt dari kenyataan dari;

- Kata pakar Pong Teng Siew (Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research S/B).. "Kelembapan ringgit hanya sementara" -12/8/2015.

- Kata Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, BPMB.. "Kejatuhan ringgit bersifat sementara" -9/5/2015.

LIDAH BIAWAK UMNO BERBELIT ...

[FAKTA No.1]
AKU JANJI BN PRU 13 Najib Razak janji harga kereta turun sampai 30 peratus..
Mahathir pula ikrar mau naikan harga..

[FAKTA No.2]
Dulu kata AKAN kekalkan harga w'pon ringgit susut..
Skrg ni plok kata timbang naikkan harga kerana ringgit merosot..

TAK KIRA NAJIB MAHUPON MAHATHIR, ASAL AJA DARI UMNO SEMUANYA PEMBELIT & KAKI PEMBOHONG MENIPU RAKYAT !!!

Inilah harapan rakyat bakal PM Malaysia selepas Najib..


Syukur.. Bila BN Menang RAKYAT SEKARANG DAH SEMAKIN SENANG GILA2..

subsidi gula dan petrol dah dihapuskan, mkn kat kedai mamak tak kena GST, tol pon dah murah giler2.... Peh mana nak dapat weh KERAjaan gila camni..

Selesaikan isu 1MDB, RM2.6 billion – tegas Pemuda UMNO

Najib Tun Razak mengakui imej pentadbirannya tercalar disebabkan isu 1MDB dan dana RM2.6 billion.
Khairy-Jamaluddin_najib_1mdb_600KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO menggesa agar isu kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion diselesaikan segera.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, jika isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion tidak diselesaikan, ia akan menyebabkan berlakunya defisit keyakinan dalam kalangan rakyat.
“Isu-isu yang kini menjadi cabaran besar kepada parti dan semakin mengakibatkan berlakunya defisit keyakinan di kalangan rakyat perlu terus dijernihkan tanpa kompromi,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Pemuda UMNO.
Khairy juga menyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyedari bahawa isu-isu itu telah mencalarkan imej pentadbirannya.
“Presiden parti sendiri tersangat sedar betapa isu-isu seperti 1MDB dan derma politik telah mencalarkan imej pemerintahan, baik di dalam negara begitu juga di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
Pada masa sama, Menteri Belia dan Sukan itu turut berharap agar usaha-usaha untuk menjernihkan keadaan dan siasatan yang dilakukan tidak berhenti malah diteruskan hingga selesai.
“Pemuda berharap agar usaha-usaha ini tidak terhenti, sebaliknya diteruskan sehingga mencapai noktah penyelesaian yang hakiki.
“Isu 1MDB bukan hanya menuntut pengurangan hutang yang ditanggung tetapi sama penting adalah meyakinkan rakyat bahawa tiada penyelewengan yang berlaku. Defisit keyakinan di kalangan rakyat perlu ditangani,” jelasnya.

MKN: PM cabar kuasa Agong sebagai ketua negara?

PAS mengajak seluruh rakyat sama ada secara individu atau organisasi untuk membantah penubuhan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, penubuhan MKN dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan apabila ia disifatkan suatu bentuk tindakan untuk mengatasi kuasa yang dipunyai oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Jelasnya, yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, kuasa diberikan kepada Perdana Menteri (PM) melalui MKN untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan adalah serupa dengan kuasa Agong untuk mengisytiharkan kawasan darurat.

"Perkara ini boleh difahami berdasarkan Seksyen 18-36 berkaitan kawasan keselamatan yang jelas sekali berbentuk pentadbiran darurat seperti yang dinyatakan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, MKN juga bakal mempunyai kuasa untuk mengawal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedangkan Agong adalah merupakan pemerintah tertinggi ATM, tetapi peranan Agong terhadap MKN atau kuasa Baginda ke atas Majlis tersebut langsung tidak dinyatakan.

"Saya juga khuatir dengan kuasa yang terlalu besar diberikan kepada badan eksekutif khususnya kepada PM, ia bakal mencetuskan lebih banyak salah guna kuasa dan mengurangkan kuasa atau peranan badan kehakiman.

"Justeru semakin menghakis konsep pengasingan kuasa di negara ini menyebabkan pentadbiran negara akan menjadi semakin tidak berkesan," katanya.

Pemuda Umno gesa Putrajaya hentikan kenaikan harga barang, perkhidmatan

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menegaskan Putrajaya tidak seharusnya menaikkan lagi harga barangan dan perkhidmatan kerana rakyat sudah lagi tidak mampu menanggung beban peningkatan kos kehidupan.
Dalam ucapan dasar ketua Pemuda sempena perhimpunan sayap itu pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Khairy berkata, pihaknya turut membantah kenaikan harga tol selepas ini.
"Awal tadi saya menyebut, jangan kata Pemuda populis. Kalau populis, kita akan suruh hapuskan GST (cukai barang dan perkhidmatan) dan batalkan semua kenaikan ini. Namun Pemuda bertanggungjawab. Kita memahami keperluan itu semua.

"Namun pada masa sama, apabila rakyat semakin terhimpit dengan segala kenaikan ini, kita tidak boleh diam membisu saja. "Kami tidak minta dimansuhkan itu dan ini, tetapi Pemuda ingin memberitahu kepimpinan parti dan kerajaan, cukuplah! Hentikan semua kenaikan ini. Jangan ada kenaikan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian di hadapan perwakilan Pemuda Umno.
Perhimpunan Agung Umno ke-69  berlangsung hari ini dengan perasmian sayap Pemuda, Wanita, dan Puteri dirasmikan secara berasingan oleh pemimpin masing-masing, memecah tradisi dan amalan mereka sebelum ini yang lazimnya akan dirasmikan timbalan presiden Umno.
Ini susulan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti Melayu itu yang melarang Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat sayap.
Khairy dalam ucapannya berkata, segala kenaikan itu harus dihentikan kerana ia ibarat "mencurah minyak ke dalam api" terhadap kemarahan rakyat.
"Mungkin ada yang tertanya-tanya, ketua Pemuda ahli jemaah menteri. Tidakkah beliau bersuara dalam Kabinet? Ingin saya tegaskan di sini pendirian saya sama di dalam dan di luar Kabinet.
"Bila ada pembentangan yang menambahkan beban, saya sentiasa bersuara untuk cuba elakkan kesengsaraan terhadap rakyat.
"Sebagai contoh, tol lebuh raya. Terpaksa dinaikkan kalau tidak kerajaan kena bayar pampasan RM500 juta. Saya selaku ketua Pemuda mengingatkan Kabinet tentang akujanji BN. Kalau terpaksa naikkan tol, jangan sampai tol antara bandar seperti Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur dinaikkan. Itu janji kita.
"Dan pada hari ini saya ingin tegaskan, Pemuda bantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk 2 lebuh raya antara bandar ini, mahupun mana-mana lebuh raya sekalipun," katanya.
Beliau berkata, meskipun sebagai pemimpin beberapa "langkah pedih" terpaksa diambil, namun hakikatnya rakyat sudah tidak lagi boleh menerima kenaikan itu.
"Walaupun kita faham beberapa langkah pedih terpaksa diambil tetapi hakikatnya, rakyat sudah tidak boleh terima lagi dan sudah sampai ke 'breaking point'.

Wanita mahu Umno perangi komplot antikerajaan


Wanita sedar wujud gerakan dan komplot yang ingin menjatuhkan kerajaan, termasuklah melalui campur tangan orang asing, kata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Katanya, kerajaan perlu menentang sekeras-kerasnya gerakan atau komplot itu tanpa mengambil kira mereka dari kumpulan mana atau parti apa.
"Tugas ini tidak mudah. Ada kalanya keputusan yang tidak popular perlu dibuat demi menyelamatkan negara.
"Ketika ini, pengorbanan perlu dilakukan demi memastikan rakyat terus dapat menikmati kehidupan yang aman dan damai," kata Shahrizat dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Wanita Umno 2015.
Shahrizat juga berkata, keganasan tidak mengenal agama dan ia menjadi ancaman kepada semua, seolah-olah ia mengekori manusia di mana saja.
Katanya, keganasan itu semakin mengejutkan dengan pelbagai episod yang merencatkan peluang dan perancangan dunia untuk maju.
"Ambillah iktibar dengan apa yang berlaku di Iraq, Mesir, Paris, Syria, Yaman, Mali dan negara-negara lain.

Tegur dan bertanya bukan menderhaka, kata Khairy

 Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berharap usaha meleraikan kemelut 1MDB dan derma RM2.6 bilion tidak akan terhenti kerana ia mengakibatkan berlakunya defisit keyakinan di kalangan rakyat jika tidak segera dijernihkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Disember, 2015.
Menegur dan bertanya dalam tata etika parti bukanlah bermaksud menderhaka, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan menegaskan sayap itu akan terus bersuara tanpa melampaui batasannya. Khairy berkata, pihaknya mengharapkan usaha meleraikan kemelut syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik bernilai RM2.6 bilion tidak akan terhenti meskipun Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sudah disoal siasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 2 jam.
"Di samping itu, isu-isu yang kini menjadi cabaran besar kepada parti dan semakin mengakibatkan berlakunya defisit keyakinan di kalangan rakyat perlu terus dijernihkan tanpa kompromi.

"Presiden parti sendiri tersangat sedar betapa isu-isu seperti 1MDB dan derma politik mencalarkan imej pemerintahan, baik di dalam negara begitu juga di peringkat antarabangsa. "Presiden parti meminta diberikan masa untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi.  Pemuda mengakui kesungguhan  presiden dalam usahanya untuk merungkai segala permasalahan yang berlingkar pada masa ini," kata Khairy ketika berucap dalam mesyuarat perasmian sayap Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Menteri beliau dan sukan itu berkata, meskipun terdapat perkembangan positif dalam isu berkenaan, Pemuda Umno mengharapkan ia dapat diselesaikan secara mutlak.
"Jelas, sudah ada perkembangan positif dalam meleraikan kemelut. Namun Pemuda berharap agar usaha-usaha ini tidak terhenti, sebaliknya diteruskan sehingga mencapai noktah penyelesaian yang hakiki.
"Isu 1MDB bukan hanya menuntut pengurangan hutang yang ditanggung tetapi sama penting adalah meyakinkan rakyat tiada penyelewengan yang berlaku. Defisit keyakinan di kalangan rakyat perlu ditangani.
"Maka, Pemuda akan terus bersuara untuk rakyat. Pemuda tetap menghormati tataetika parti dan tidak melampaui batas dalam menyampaikan pandangan dan teguran, namun tiada siapa yang boleh menutup mulut Pemuda dan menidakkan tanggungjawab kita untuk terus menyuarakan rasa hati rakyat."
Tambahnya, berpaksikan kebenaran, Pemuda Umno akan menzahirkan nurani dan suara hati rakyat.
"Yang hitam akan tetap hitam, yang putih akan tetap putih. Kebenaran akan sentiasa menjadi paksi. Itulah peranan Pemuda, menzahirkan nurani dan suara hati rakyat dari dalam parti.

'Ini cara Shafie Apdal berjuang'

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menegaskan bertahan dalam parti adalah caranya berjuang.
Menurutnya, sekiranya ada contoh pemimpin-pemimpin lain yang meletakkan jawatan hanya kerana berbeza pendapat dengan presiden parti, itu merupakan cara masing-masing berjuang.
"Adakah dengan saya meletakkan jawatan dalam parti saya dianggap mengutamakan parti? Kerana mengutamakan partilah, saya pertahankan parti.
Shafie Apdal "Setiap individu ada cara masing-masing berpolitik. Saya tak bolehlah ikut. Ini cara Shafie Apdal. Kita ada cara masing-masing," katanya pada sesi wawancara bersama media.
Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata, bekas pemimpin negara, Datuk Onn Jaafar keluar Umno apabila tidak sefahaman dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana tidak sehaluan dengan Tun Dr Mahathir menunjukkan mereka meletakkan parti sebagai keutamaan.
Mengulas soal perbezaan Umno dulu dan sekarang, Shafie berkata, pada zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau bebas menegur presiden.
"Zaman dulu saya boleh tegur Tun Mahathir dalam pengagihan kerusi di Sabah. Pak Lah pun saya tegur dan saya ada minta beliau cepatkan penyerahan jawatan kepada Najib.
"Saya tidak minta Pak Lah letak jawatan tetapi beliau fahamlah," katanya.
Ketika imej Umno kini sedang terumbang-ambing, Syafie menegaskan akan setia dalam parti dan ketika ditanya mengapa berbuat demikian sedangkan parti sudah terjejas, beliau menjawab bahawa parti itu tidak bersalah.

Tan Sri Muhiyiddin - Umno Totok Telah Sirna....

1. Semalam, apabila melihat kerusi Timbalan Presiden kosong, semasa sesi Taklimat Presiden menjelang bermulanya PAU, membuktikan Tan Sri Muhiyiddin Yassin memencilkan diri daripada Parti. Umno Totok telah sirna.
2. Muhiyidddin memutuskan silaturahim dengan perwakilan Umno yang datang daripada seluruh pelosok negara, kecuali Sarawak. 
3. PAU parti saban tahun, sebenarnya selain mendengar berbagai ucapan, berbagai lentingan, berbagai jenaka, berbagai kontraversi, juga sebagai wadah silaturahim antara ahli parti dan pemimpin. Muhiyiddin melepaskan peluang itu, apabila beliau tidak hadir pada sesi taklimat Presiden.
4. Sebagaimana kita tahu, pada malam sebelumnya (malam Isnin), di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur, Timbalan Presiden itu mengadakan perhimpunan beliau sendiri yang disertai oleh mantan Presiden dan Perdana Menteri terlama- Tun Dr Mahathir bersama dengan salah seorang Naib Presiden yang sedang ada "feud" dengan Presiden- Datuk Shafie Apdal. 
5. Pada perjumpaan itu, inti sari ucapan daripada mereka yang berucap, hanya satu- DS Najib Razak wajib meletakkan jawatan, dengan berbagai andaian yang bersifat meneka-neka.
6. Ketidak hadiran Muhiyiddin, mungkin, beliau telah menghidu, taklimat Presiden, akan meliputi kupasan, berkaitan dengan ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu malam sebelumnya. Untuk menghindar, tindakan booo daripada perwakilan yang hadir, merupakan punca utama beliau tidak menghadirikan diri.
7. Taklimat Presiden, menurut beberapa AMT, jika melihat kepada gerak badan para perwakilan, taklimat Presiden diterima dengan lapang dada, termasuk isu panas 1MDB dan wang RM2.6bilion.

It’s grassroots vs division leaders, says Umno rebel

Anti-Najib feelings are so widespread that there's every chance of Umno members causing BN's defeat in the polls.'

PETALING JAYA: There is every chance that enough Umno members will vote against the party in the next general election to cause the defeat of Barisan Nasional, according to a rebel grassroots leader.
Faizal Abdul Raub, who recently quit all his executive positions in Umno’s Hulu Selangor division, claims that the majority of party members at the grassroots are against the leadership of Prime Minister Najib Razak.
He told FMT today that he based his assessment on postings on social media, especially Umno WhatsApp groups, as well as on his own informal research.
According to him, most grassroots members had decided to take the side of Deputy Umno President Muhyiddin Yassin against the party president. “Only the division leaders are supporting Najib,” he said.
“What has become an issue is that the division leaders are preventing the grassroots from openly criticizing Najib and his company by threatening to have them sacked if they speak up.”

Rakyat Sabah semakin tidak percaya Najib

Kontroversi 1MDB dan dana RM2.6 bilion telah menghakis kepercayaan rakyat Sabah kepada Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak telah menyebabkan kepercayaan rakyat Sabah terhadap pemimpin itu semakin terhakis.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengakui rakyat di Negeri Bawah Bayu itu sudah mula mempersoalkan kontroversi yang dikaitkan dengan pemimpin nombor satu negara.
“Agak berkurangan (kepercayaan). Apabila saya turun ke bawah (menjelajah kawasan) banyak suara-suara di bawah yang menyatakan rasa kurang yakin.
“Banyak isu yang menyebabkan Najib hilang kepercayaan rakyat negeri Sabah, antaranya isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 1MDB, dan juga kurangnya peluang pekerjaan,” katanya dalam satu sidang media di Seri Hartamas pada Selasa.

PAU 2015: Soap opera or reality show?

We're about to find out whether anything of substance will come out of the Umno general assembly.

At last, after much fanfare and enough drama to fill an entire season of House of Cards, the Umno Annual General Assembly 2015, better known as PAU 2015, is here. This year’s PAU is tipped to be one of the most controversial yet, what with the party’s deputy president stripped of the traditional privilege of officiating the meetings of the Youth, Wanita, and Puteri wings and the president himself facing a rebellion from the grassroots.
It makes you wonder why Malaysians are so fond of TV serials. After all, we’ve had daily, live, riveting entertainment for years now, but the stakes have been raised for this season, so to speak. While it has been made official that Muyhiddin Yassin will not be allowed to speak at PAU 2015, he took matters into his own hands and addressed a largely Umno group at Kelab Sultan Sulaiman Tuesday night effectively staking his claim as candidate for Umno President at the next party polls in 2018.
Add to this the mounting discontent amongst Umno’s branch leaders and you can see why political observers are looking forward to PAU 2015. In years past, it was little more than custom to hear some questionable remarks, a little nationalist chest beating, some less-than-coherent defence of the above and be done with it, but the controversies of this year have created an almost explosive situation within Umno itself.
Umno has long been a party of patronage, and by that extension, loyalty, but the Prime Minister’s demand for absolute, unquestioning loyalty has already led to resignations and indignant statements from grassroots leaders. Many have speculated that the attempt two weeks ago to impose a media ban was prompted by the fear that anti-Najib speeches at the assembly would go viral online.

Hamidah nasihat Najib beri penjelasan kepada perwakilan UMNO

Jawapan diberikan oleh Presiden UMNO membolehkan perwakilan balik dengan berlapang dada dan membuat penjelasan kepada akar umbi.
Hamidah-Osman_najib_umno_600
KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 boleh menjadi pentas terbaik untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab semua isu yang dikaitkan dengannya terutama 1MDB dan dana RM2.6 billion.
Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, penjelasan itu bagaimanapun bergantung kepada Najib sekiranya beliau merasakan berada di pihak yang benar.
Katanya, dengan jawapan diberikan oleh Presiden UMNO itu, ia membolehkan perwakilan balik dengan berlapang dada dan membuat penjelasan kepada akar umbi.
Hamidah yang telah berada dalam UMNO sejak 33 tahun lalu berkata, setiap kali PAU diadakan, segala penjelasan dan polisi pucuk pimpinan itu akan dibawa kepada kawasan dan akar umbi.
“Ini (PAU 2015) adalah platform terbaik kepada beliau untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Jika beliau tidak membuat demikian, ini menampakkan Najib sebenarnya terlalu banyak perkara yang diselindungkan,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Hamidah yang dipecat baru-baru ini turut mengulas ‘perang’ antara Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Strategi Muhyiddin gagal, Najib terus disokong Umno, kata pengampu

Pemimpin dan perwakilan Umno yang menyertai taklimat tertutup presiden parti malam tadi berkata, Datuk Seri Najib Razak menerima sokongan padu dan mendakwa hanya segolongan kecil sahaja yang bersama Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Disember, 2015. 
Pemimpin Umno berdiri di belakang Presiden Datuk Seri Najib Razak malam tadi, sehari selepas perhimpunan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru, Kuala Lumpur, memungkinkan perjalanan perhimpunan agung tahunan yang lancar bermula hari ini.
Himpunan itu menyaksikan kritikan dilemparkan terhadap Najib namun ia merupakan hanya suara sebahagian kecil kumpulan penentang dalam parti Melayu itu, kata pemimpin Umno.
Kepimpinan tertinggi parti itu turut mengkritik Muhyiddin kerana menyertai himpunan berkenaan, dengan seorang anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata beliau "meragui" nasib pemimpin nombor 2 parti itu pada masa akan datang.

Pemimpin dan perwakilan Umno yang menyertai taklimat tertutup presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi berkata, mereka yang hadir turut memberikan tepukan gemuruh kepada presiden yang juga perdana menteri apabila beliau memberikan respons terhadap isu yang dibangkitkan Muhyiddin dalam perhimpunan sebelumnya. Taklimat yang secara tradisinya diadakan menjelang setiap Perhimpunan Agung Umno (PAU) itu merupakan platform di mana presiden menyampaikan sebarang amanat saat akhir kepada perwakilan bahagian, yang merupakan pemimpin peringkat pertengahan parti.
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, isu yang dibangkitkan termasuk berkenaan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan persoalan menyelubungi dana RM2.6 bilion, diterimanya daripada penderma Timur Tengah.
Namun, rata-rata perwakilan yang hadir membangkitkan persoalan ketiadaan Muhyiddin dalam sesi berkenaan dan nasibnya di dalam parti selepas himpunan di Kampung Baru.
Anggota MT Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata Najib berada dalam situasi sukar apabila menyentuh soal Muhyiddin.

'Saya bersuara kerana tak mahu kubur saya dikencing' - Shafie

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata beliau terus bersuara mengenai isu-isu rakyat kerana tidak mahu mereka yang diwakilinya nanti kencing di atas kuburnya.
"Saya wakil rakyat, bukan wakil diri saya. Kalau saya wakil diri saya, saya diam la, saya nak jawatankan, tapi (sebagai) wakil rakyat, takkan saya nak diam, kerana banyak soalan rakyat tanya.
 "Saya tak nak nanti saya dah meninggal dunia, kubur saya dikencingkan. (Saya tak mereka berkata) apa jenis wakil rakyat Semporna ini. Dia tak buat apa-apa untuk rakyat atau negara," kata Shafie dalam satu temu bual di pejabatnya di Mont Kiara semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bekerjasama dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kecewa kehilangan kedudukannya dalam kerajaan.
Shafie dan Muhyiddin telah digugurkan daripada kabinet Julai tahun ini kerana mengkritik 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan beban hutang syarkat tersebut.
Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu berkata beliau tidak kecewa dipecat kerana perdana menteri mempunyai hak untuk memilih anggota kabinetnya.
Bagaimanapun, Shafie berkata, beliau juga mempunyai hak, sebagai naib presiden Umno, untuk terus menyuarakan pandangannya mengenai isu-isu rakyat.
Dan beliau merancang untuk bercakap lebih lagi semasa perhimpunan agung Umno yang bermula hari ini.

Shafie: Buktikan RM2.6b digunakan untuk Umno

Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu membuktikan bahawa sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya, telah digunakan untuk Umno, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal.
"Beliau perlu membuktikannya. Berapa orang yang terima duit ini? Kalau untuk Umno, kenapa tak dibincangkan dalam Majlis Tertinggi Umno, apa kegunaan dan ke arah mana kita guna duit ini.
 "Mungkin cara dia menggunakannya. Dia beranggapan dia presiden, maka ia untuk kebaikan Umno," kata Shafie dalam satu temu bual di pejabatnya di Mont Kiara di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada menerima RM2.6 bilion dari sumber asing itu, sesuatu yang boleh diterima.
Katanya, ia bukannya persoalan sama ada boleh diterima atau tidak, tetapi ia adalah persoaalan mengenai akauntabiliti.
Najib telah berkata RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik kepada Umno dan program tanggungjawab sosial korporat.
Bagaimanapun, Shafie yakin bahawa RM2.6 bilion itu tidak ada dalam penyata akaun parti.
"Jumlah itu tidak ada dalam penyata akaun (Umno). Memang tak bentang pun.
"Ia tidak masuk ke dalam akaun Umno. Ia masuk dalam akaun beliau (Najib). Jadi, saya pasti ia tidak dalam akaun Umno," katanya.
Shafie yang digugurkan sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah pada bulan Julai, berkata beliau juga telah membangkitkan perkara itu dalam kabinet.
Bagaimanapun, katanya, beliau hanya diberitahu bahawa wang itu datang dari seorang "penderma Arab" dan setakat itu sahaja.

NAJIB TAK DIPEDULI?

Di peringkat antarabangsa...tidak berapa lama sebelum ini.
Di dalam negara...malam tadi.
Kasihan pula rasanya, walaupun pernah ada RM2,600 juta...

Muhyiddin dakwa Umno nafikan hak beliau

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan nasibnya berbeza dengan Tun Musa Hitam walaupun sama-sama tidak sehaluan dengan perdana menteri masing-masing.
Katanya, walaupun beliau masih timbalan presiden namun haknya telah dinafikan.
"Saya masih timbalan presiden yang sah tetapi dihalang daripada menjalankan fungsi saya sebagai timbalan presiden. Saya tidak dibenarkan lagi mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti dan mesyuarat pengurusan BN," katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya, malam tadi.
MT Umno bakal memutuskan peluang untuk Muhyiddin berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU), malam esok dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi.
Muhyiddin Menurutnya, seperti yang disebut Tun Musa, walaupun berbeza pendapat, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menghalang beliau bersuara ketika perhimpunan.
"Jika berlaku perbezaan atau percanggahan pendapat di dalam parti tidak mengapa. Seperti yang disebut oleh Tun Musa Hitam, membenarkan perbezaan pendapat adalah lambang sebuah parti yang demokratik.
"Tun Musa membuat kenyataan bahawa Tun Mahathir tidak pernah menghalang beliau daripada berucap dalam perhimpunan agung. Walaupun beliau telah meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri, beliau masih merasmikan persidangan sayap-sayap Umno dan berucap dalam sesi penggulungan PAU 1987," katanya.
Beliau mempertikaikan penafian haknya walaupun kedudukannya sebagai orang nombor dua parti.
"Saya tidak bermaksud untuk bercakap bagi pihak diri saya tetapi saya bersuara bagi pihak institusi timbalan presiden parti yang mesti dihormati. Kalau kita boleh hormat kepada institusi presiden, mengapa kita tidak boleh hormat kepada institusi timbalan presiden?
"Bayangkanlah, jika insitusi nombor dua parti pun tidak boleh bersuara, apa lagi hak yang ada pada ahli-ahli di akar umbi. Saya bimbang lama kelamaan demokrasi akan terkubur di dalam Umno," katanya.

‘Majlis eksklusif’ presiden Umno

Saya percaya pelayar Internet sudah baca, tengok dan dengar apa yang Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad kata di perhimpunan besar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam.
Muhyiddin kata, perdana menteri “berehat” sepanjang siasatan 1MDB dan derma/sedekah RM2.6 bilion berjalan supaya tidak berlaku campur tangan dan gangguan.
Dr Mahathir kata, Datuk Seri Najib Razak wajib letak jawatan demi selamatkan negara, rakyat jelata dan Umno daripada krisis yang lebih parah.

Saya kata, mesej dan isyarat cukup jelas. Cabaran terhadap Najib dan konco-konconya tambah kuat dan Muhyiddin tak keseorang lagi.  Menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) “eksklusif” mulai esok, Presiden Umno (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Najib Razak, kata Malaysia bukan negara gagal.
Setuju. Malaysia bukan “failed state”. Sebaliknya, kalau kita banding dengan negara bekas tanah jajahan lain, kita sangat berjaya.
Tapi bawah pemerintahan eksklusif Najib pahlawan Bugis (dia yang kata) sudah banyak tanda yang Malaysia akan jadi negara gagal. Timbangkan hal berikut:-
1. Ekonomi tumbuh sederhana antara 4 hingga 5% setahun. Jurang pendapatan antara kaum dan dalam kaum tambah luas. Pengangguran naik. Nilai ringgit merudum. Kos sara hidup melonjak. Jumlah isi rumah miskin bertambah.
2. Di antara September tahun lepas dan September tahun ini, pengangguran naik 22%. Jabatan Perangkaan anggar seramai 460,600 orang tak ada kerja.
3. Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar kata, seramai 161,000 lulusan universiti umur di antara 20 dan 24 tahun tidak ada kerja.
4. Duit kita dah jatuh 26% banding duit Amerika dalam masa setahun.
5. Bukannya perdana menteri tidak tahu bila nilai ringgit jatuh, harga import naik. Boleh kata semua barang makanan utama macam beras, gula, gandum, jagung, daging dan susu kita import.
6. Nak berniaga pun susah. Bukan saya kata. Felda Global Ventures (FGV) yang kata. FGV bukan calang-calang syarikat. Syarikat ladang nombor 1 di dunia.
7. Itu pun tidak mampu hendak teruskan rancangan beli ladang Eagle High di Indonesia kerana harga minyak kelapa sawit jatuh dan ringgit merudum.
8. Najib pun tahu “economy is in a mess” (ekonomi dalam keadaan kacau-bilau). Dia pun tahu nasib rakyat jelata di bawah pemerintahannya lebih buruk. Malapetaka luar biasa pun banyak.
Dalam keadaan terdesak dan tertekan inilah Najib dijangka bercakap pasal perpaduan Melayu, setia kepada ketua dan Umno sebagai parti Islam sederhana dalam ucapan perasmiannya.
"Perpaduan Melayu" sebab Umno parti Melayu dan ramai orang Melayu masih boleh dikotak-katikkan.

Skandal 1MDB, RM2.6 bilion, Muhyiddin jadi bisik-bisik PAU 2015

Ibarat acara tahunan yang disaksikan warga kota Kuala Lumpur saban tahun, gelombang merah putih ahli dan perwakilan Umno membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk berhimpun dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-69 berslogankan perjuangan sejak penubuhannya pada 11 Mei, 1946 iaitu demi agama, bangsa dan tanah air.
Umno kini memasuki usia 7 dekad dan tidak dapat dinafikan sebagai satu-satunya parti pasca merdeka yang terus menjadi kerajaan pemerintah Malaysia, ia mengalami evolusi bermula dengan perjuangan memerdekakan negara daripada penjajah British, pengharaman pada 1988 dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi mampu terus kekal memerintah sehingga hari ini.
Pucuk pimpinan Umno juga pernah bercakaran dan bertelagah secara terbuka pada 1986 yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu dicabar Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hingga berlakunya perpecahan Team A dan B yang membawa kemunculan Semangat 46, tetapi parti itu gagal bertahan.

Sekali lagi, parti terbesar orang Melayu ini, mengharungi gelora badai apabila Dr Mahathir memecat timbalannya, Anwar hingga munculnya PKR yang kini memerintah kerajaan Selangor. Begitulah liku utama sejarah hitam menelusuri perjalanan Umno namun tidak pernah dalam sejarah parti ini, presidennya berdepan masalah krisis keyakinan sebagai perdana menteri seperti Datuk Seri Najib Razak yang turut jadi sasaran pembangkang dan dalam Umno sendiri.
Kini pada usia 69 tahun, Umno sekali lagi berdepan pergeseran dalam parti membabitkan presiden dan orang nombor 2 parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, segala-galanya berpunca daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hasil cetusan idea Najib sendiri yang pada awalnya diilhamkan sebagai syarikat dana kekayaan negara tetapi kini jadi syarikat sarat hutang mencecah RM46 bilion.
Banyak sudah diperkatakan mengenai 1MDB dan bagi ahli Majlis Tertinggi (MT) mereka seakan terpaksa mengiakan dan mempertahankan Najib walaupun berdepan krisis keyakinan ahli akar umbi dan rakyat susulan penyingkiran Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet, Julai lalu.
Selain digasak veteran Umno seperti Dr Mahathir, Tun Musa Hitam, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Sanusi Junid yang berterusan mengkritik pentadbiran Najib, presiden kelima Umno itu juga terpaksa berdepan golongan liberal Melayu seperti G25, menyaksikan politik Umno kini berada di landasan ke kanan dengan terang-terangan menggunakan percaturan kaum dan agama bagi menarik sokongan orang Melayu.