Selasa, 8 Disember 2015

Khairuddin akan terus lawan rasuan Najib

Muhyiddin tidak kelihatan di taklimat presiden‎ Umno

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak kelihatan untuk program taklimat Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bersama perwakilan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur malam ini. Bagaimanapun, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dilihat menghadiri taklimat tertutup berkenaan.
Bekas menteri Kabinet yang digugurkan Julai lalu tiba pada 8.15 malam dan turut kelihatan bersalaman dengan perwakilan.

Najib tiba pada 8.50 malam diiringi paluan kompang dan teriakan "hidup Najib" bersama-sama naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Selain itu, Najib turut dilihat diiringi pucuk pimpinan tertinggi dan pimpinan sayap parti Melayu itu.
Turut kelihatan ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sumber rapat dengan Muhyiddin turut memaklumkan kepada The Malaysian Insider timbalan presiden Umno itu tidak menghadiri taklimat tertutup berkenaan.
Taklimat itu diadakan bersempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-69 di PWTC yang dijadualkan bermula esok dengan perasmian sayap-sayap Pemuda, Wanita, dan Puteri Umno.
Muhyiddin sebelum ini bersama-sama Shafie masing-masing merupakan timbalan perdana menteri dan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah digugurkan dalam rombakan Kabinet Najib pada Julai.

Skandal 1MDB: Pengakuan Muhyiddin bukti kesahihan dakwaan pembangkang

PULAU PINANG 8 DIS: Pengakuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan pembangkang bukan membuat fitnah.
Merujuk ucapan Muhyiddin di Kampung Baru malam tadi berhubung skandal itu, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan itu sebagai perakuan kukuh betapa pembangkang tidak menyebar fitnah.
1mdbJusteru, beliau berkata, kenyataan Timbalan Presiden UMNO itu membersihkan nama pembangkang yang sebelum dituduh Najib sebagai penyebar fitnah terhadap skandal 1MDB melalui media tempatan kawalannya.
“Ucapan Muhyiddin di Kuala Lumpur semalam mematahkan tuduhan Najib bahawa pembangkang hanya menabur fitnah mengenai skandal berkenaan,” katanya pada ceramah “Solidrati bersama Lim Kit Siang dan Mana RM2.6 billion” di Batu Uban di sini, semalam.
Sebelum ini, Najib terpalit dengan pelbagai skandal termasuk penyelewengan dana 1MDB dan derma RM2.6 bilion hingga isu itu mendapat perhatian pada peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri itu juga tidak hadir ke sidang Parlimen bagi menjawab isu berkenaan sebaliknya menugaskan Datuk Seri Zahid Hamidi membuat kenyataan tiga minit.
Dalam pada itu, Kit Siang menyuarakan sokongan padu terhadap cadangan Muhyiddin supaya Najib berundur bagi membenarkan siasatan dilakukan tanpa sebarang campur tangan.
Selaras dengan desakan pembangkang, katanya, Muhyiddin mencadangkan Najib mengambil cuti sebagai Perdana Menteri berikutan penangguhan siasatan terhadap 1MDB bagi memastikan Najib tidak campur tangan.
“Muhyiddin juga bersetuju dengan pembangkang bahawa jika Najib tidak terlibat, beliau boleh meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri semula,” katanya.
Kit Siang juga bersetuju dengan persoalan yang dibawa Muhyuiddin berkaitan kenyataan tiga minit Zahid hingga mengundang kemarahan pelbagai pihak sama ada pembangkang mahupun penyokong kerajaan.
“Muhyiddin bertanya soalan tepat: Mengapa tidak Perdana Menteri sendiri menjelaskan skandal terbabit, mengapa timbalannya pula yang berbuat demikian?” katanya.

Laporan Bernama dedah bilangan ‘penderma’ RM2.6 bilion?


1mdb skandal
KUALA LUMPUR 8 DIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta berhenti berpura-pura mengatakan siasatan berkaitan derma RM2.6 billion masih berjalan sedangkan keputusannya sudah siap.
“Mereka tidak boleh lagi berselindung di sebalik alasan kononnya siasatan masih dijalankan kerana Bernama baru saja menyatakan keputusan siasatan derma RM 2.6 bilion itu sudah siap.
“Namun, agensi berita nasional itu sekadar memberitahu derma itu untuk Umno dan Barisan Nasional tanpa menjelaskan kenapa ia diberi,” kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Berikutan itu, beliau pada kenyataan media, hari ini mendesak Najib mendedahkan indentiti penderma dan tujuan derma RM2.6 billion berkenaan dimasukkan ke akaun peribadinya.
Beliau juga mempersoal bilangan sebenar individu dari Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion itu berikutan laporan Bernama menggunakan ayat: “Para penderma, penderma-penderma dan kenyataan-kenyataan daripada mereka’.
Sebelum ini, Najib menyatakan derma itu sumbangan individu dari Timur Tengah dan bukannya untuknya tetapi bagi keperluan UMNO BN. Ironinya, dana itu tidak ada dalam penyata kewangan 2013 dan 2014
“Terus terang sahaja bahawa wang dalam akaun Najib dideposit oleh individu tertentu kerana si penderma itu memang berniat supaya wang itu masuk ke akaun peribadi Najib. Bukankah senang begitu?” kata Lip Eng.

Tak ke mana pun amuk Muhyiddin Yassin

Oleh AHMAD AMZAD HASHIM
MUHYIDDIN Yassin, Shafei Afdal dan lain lain buat perhimpunan 5,000 orang semalam di Padang Kelab Selangor konon berkobar kobar nak ubah Umno yang dah terlalu rosak. Mahu Najib direhatkan.sok Umno nak mula perhimpunan Agong. Kita ringkaskan dengan panggilan PAU.

Apa itu PAU? Semua perwakilan sekali lagi akan jadi pak sanggup tukang angguk kepada paymaster mereka. Dah kena 'PAU' semuanya.

Saya bukan nak memperlekehkan Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdhal. Atau Tun Mahathir serta Ahmad Said yang kuat menyokong mereka. Mereka mungkin tak lekeh. Pendekar semua tu.
Tapi rata-rata perwakilan Umno memang lekeh pun. Mereka akan jadi burung kakak tua. Retorik ke laut. Janji nak tranformasi dah sejak bila? Semakin buruk adalah jadinya hingga kita catat rekod dunia hodohnya urus tadbir di Malaysia dengan skandal memalukan 1MDB dan derma ke akaun peribadi RM2.6 Billion yang pecah rekod dunia.

Hangat-hangat tahi ayam.

Tengoklah esok.

Tak ada apapun yang akan berlaku.

Muhyiddin Yassin, Shafie Afdhal, Tun Mahathir, cuma akan jadi bahan ketawa sahaja di mata rakyat. Konon orang sekeliling akan setia dokong perjuangan mereka.

Kena 'PAU' juga esok lusa.

Orang orang seperti Ahmad Said yang konon akan gegarkan Terengganu. Nak menentang 'kemungkaran' Umno Terenggganu? Tak ada pun...Sejuk macam musim hujan.

Pemimpin Umno sampai bila-bilapun takkan berjaya baiki Umno yang Tun Mahathir sendiri dah banyak tahun kata Umno berpenyakit buruk sudah sampai ke usus. Tak boleh diselamatkan dah. Dia doktor. Dia tahu apa dia cakap. Macam bila doktor beritahu kanser dah tahap empat...

Zahid Hamidi yang kini orang nombor dua dalam Umno. Bukankah dia dulu bagai tulang belakang kepada Anwar Ibrahim? Kena 'PAU' juga.

Ini pula generasi baru pemimpin Umno yang jadi perwakilan. Dalam kepala sejak mula langkah berpolitik, sudah dilingkungi kawan-kawan kroni yang mencongak projek mana, komisyen berapa, kereta baru, rumah besar?

Prinsip, dasar, perjuangan hanya retorik untuk membuai perasaan sahaja.

DEB sejak 1970 setiap tahun dibelanjakan ratusan billion dengan pelbagai Rancangan Malaysia (RM) Pertama, Kedua, Ketiga sampai sekarang dah RM ke sebelas. Angka-angka petunjuk utama kedudukan orang Melayu, jurang antara kaum, jurang antara penduduk bandar dan luar bandar, jurang antara yang miskin dengan yang kaya, tidak jauh bezanya dengan berpuluh tahun yang lalu. Rancangan Malaysia (RM) hanyalah Ringgit Malaysia untuk Umnoputra dan Alibaba yang memperkudakan status bumiputera.

Majoriti usahawan Melayu yang gigih, berwibawa, pengalaman puluhan tahun, rekod cemerlang penyiapan dengan tempoh masa dan kualiti. Mereka tetap juga tersisih. Kena berpuas hati dengan sekadar jadi subkontraktor kepada kontraktor utama dari kalangan kroni. Itupun dengan “akurjanji” macam-macam kepada si fulan dan si fulan. Lagi teruk jadi sub atas sub atas sub...

Kekayaan negara berlegar dalam kalangan beberapa peratus elit yang rapat dengan Umno-BN.

RM2.6 bilion : Isu Besarnya Ialah Penerima Dan Wang yang DIterima

Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Perakuan SPRM yang menyatakan sudah bertemu dengan penderma yang memasukkan wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri menimbulkan persoalan kenapa tidak diumum siapa penderma tersebut? Apa yang sukar untuk SPRM dan PM Najib mengumumkan nama dan negara asal penderma tersebut? Datuk Zahid TPM pun dalam penjelasan di Parlimen dalam tempoh tiga minit tidak pun menyebut nama penderma RM2.6 bilion tersebut. Jadi dari mana rakyat boleh dapat tahu dan bila rakyat nak diberitahu?

2. Persoalan pokok isu ini bukan sekadar nama penderma tetapi isu besarnya ialah penerima dan jumlah wang RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun peribadi penerima iaitu Najib PM Malaysia. Jika wang tersebut untuk Umno atau negara kenapa dimasukan ke dalam akaun peribadi. Ini yang mesti diperjelaskan oleh SPRM yang melakukan siasatan.
3. Persoalan kedua ialah ke mana wang tersebut diguna dan dibelanjakan oleh PM Najib selepas dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau? Berapa jumlah yang belanjakan dan berapa baki wang tersebut? Adakah baki wang tersebut masih berada dalam negara dan di dalam akaun siapa dan bank mana baki tersebut berada? Ini semua mesti dijawab oleh SPRM yang menjalankan siasatan.
4. Jawapan juga diperlukan dari siasatan SPRM ialah apakah motif derma tersebut kepada akaun peribadi PM Najib? Jangan hanya sekadar meyimpul pada rakyat yang SPRM sudah bertemu dengan penderma tersebut. Jangan lah di waktu rakyat mula simpati, hormati dan percayai, SPRM pula bertindak untuk melindungi. SPRM adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bukannya Suruhanjaya Penderma Rosmah Mansor.
SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA!

Rang Undang Undang MKN-"Rompakan" Kuasa Yang DiPertuan Agong di siang hari!

1. Rang Undang Undang (RUU) MKN 2015 adalah usaha desperado terakhir Perdana Menteri mengkonsolidasi kuasa beliau bagi melindungi pengaruhnya yang semakin hari semakin tipis. Cuma kali ini tindakannya nampak lebih berani dengan melanggar Perlembagaan Persekutuan dan "merompak" kuasa Yang DiPertuan Agong ('YDPA') yang diperuntukkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

2.  MKN dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat dalam keadaan gopoh dan tergesa gesa tanpa Ahli Ahli Parlimen diberi ruang masa yang mencukupi untuk mengkaji dan berbahas dalam keadaan mereka sibuk membuat persiapan bagi berbahas Belanjawan 2016 di peringkat dasar dan jawatankuasa.

3. Kegopohan BN untuk meluluskan MKN dapat dilihat apabila ada usul dibuat oleh Ahli Parlimen Bagan ( YAB Lim Guan Eng ) untuk merujuk RUU MKN itu kepada Jawatankuasa Pilihan ( Select Committee ) bagi  diteliti lebih mendalam , ia ditolak oleh Timbalan Speaker meskipun usul tersebut adalah satu yang wajar dan paling munasabah dan dibuat mengikut prosedur yang betul dan tepat.

4. Kalau dilihat partipasi ahli ahli Parlimen BN yang berbahas RUU tersebut, bukan sahaja jumlah pembahas mereka jauh lebih kecil daripada pembahas pembahas daripada blok pembangkang , malahan tidak keterlaluan kalau dikatakan mereka ( BN ) nampaknya tidak begitu selesa untuk mempertahankan RUU MKN tersebut. Jelas mereka tidak ada hujah jauh sekali hujah yang kuat untuk menyokong undang undang yang rapuh.

5. Apabila tiba giliran Menteri iaitu Dato Seri Shahidan Kassim menjawab perbahasan , jelas beliau terkial kial untuk meyakinkan ahli ahli Parlimen malahan mungkin dirinya sendiri apakah justifikasi MKN digubal dengan merampas kuasa YDPA. Sebagai Menteri yang tidak berlatar belakang undang undang , saya amat simpati melihat beliau cuba mempertahankan satu RUU yang mempunyai implikasi Perlembagaan yang amat besar dan mendalam. Bagi saya dengan jawapan yang beliau berikan ia meyakinkan lagi untuk kita menolak RUU MKN tersebut.

6. Menteri cuba meyakinkan Dewan kononnya RUU ini bukan diwujudkan kerana wujudnya darurat maka sebab itulah , kata Menteri, ia diwujudkan di bawah Artikel 74 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan dan bukan Artikel 149 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.  Apabila Menteri ditegur bahawa tiada apa apa yang istimewa tentang Artikel 74( 1 ) kerana ia hanya memperuntukkan bahawa kuasa Parlimen untuk membuat undang undang yang terletak di bawah bidangkuasa Parlimen , saya lihat Menteri terpaksa akur jawapan beliau itu tidak ada apa apa nilai.

7. Bila Menteri ditegur juga sebenarnya Artikel 74 ( 1 ) tidak boleh dibaca bersendirian sebaliknya wajib dibaca dengan Artikel 74 ( 3 ) Perlembagaan Persekutuan sekali lag saya lihat, hujah Menteri yang bersandar kepada Artikel 74 Perlembagaan bukan sahaja tidak membantu beliau malahan ianya kelihatan begitu dangkal sekali.

8. Semasa berbahas saya nyatakan bahawa memang benar undang undang ini digubal bukan dalam waktu darurat namun peruntukkan peruntukkan di dalam MKN adalah jelas peruntukkan peruntukkan yang hanya wujud dan boleh wujud  dalam undang undang yang digubal semasa darurat. Kerana itulah , bagi kami ahli ahli Parlimen pembangkang, jika Kerajaan ingin gubal undang undang seperti MKN itu ia hendaklah dibuat di bawah Artikel 149 atau 150 Perlembagaan Persekutuan.

Amanah inklusif hindari 'perang saraf' pecah belah ahli

Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) menyeru semua ahli tidak termakan dengan cubaan jahat untuk memecah-belahkan Parti Amanah Negara (Amanah) daripada mana-mana pihak yang tidak senang dengan kewujudan parti baharu yang bersifat inklusif ini.

Ketuanya Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan, Awan menyokong sesiapa sahaja yang memimpin Amanah asalkan memenuhi ciri-ciri pemimpin Islam iaitu amanah, berintegriti, berakhlak mulia dan dapat menyatukan semua ahli.

Bagi beliau, kepelbagaian pemikiran dan pendekatan dalam Amanah membayangkan kekuatan parti baru itu dan bukannya punca kelemahan sesuai dengan sifat dan pendekatan inklusifnya.

“Ahli Amanah tidak boleh termakan dengan perang saraf pihak tertentu yang tidak senang dengan kehadiran Amanah yang semakin dirasai masyarakat.

“Awan akan memberi sokongan padu kepada semua pimpinan yang ada. Mereka mempunyai kekuatan yang berbeza dan saling menampung antara satu sama lain,” katanya

Terdapat dakwaan mengatakan Amanah terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan presidennya Mohamad Sabu, timbalan presiden Salahuddin Ayub dan naib presiden Hasanuddin Mohm Yunus.
Penyokong Mohamad dikatakan terdiri daripada ahli Syiah di Malaysia dan bekas aktivis PAS.

Salahuddin pula dikatakan membawa penyokong daripada bekas aktivis PAS dan bekas ahli Umno Johor manakala Hasanuddin dikatakan membawa ahli Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan bekas aktivis PAS.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali pula menyifatkan Mohamad sebagai jurucakap DAP.

Bagi Dr Mariah, semua membawa kekuatan masing-masing untuk menjadikan Amanah parti yang kuat dan disertai oleh semua pihak sesuai dengan ciri-ciri inklusifnya yang ditetapkan dari hari pertama penubuhannya yang menghimpunkan semua pihak.

Dr Siti Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja turut berkata, Amanah telah memilih pemimpin yang muttaqin dan membawa mesej Islam Rahmatan Lil Alamin (rahmat untuk semua).

Amanat Qaradhawi : Negara Islam jangan biar Turki sendirian

Oleh A.SHUKUR HARUN 


Negara umat Islam dan umat sendiri jangan membiarkan Turki berseorangan dalam menghadapi pembulian Rusia dan Syria.Ini amanat daripada Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam perutusannya kepada negara umat Islam di tengah ancaman pemboikotan ekonomi Rusia terhadap negara Turki.

Tindakan Rusia ini berikutan tindakan Turki menembak jatuh kapal terbang pejuang Russia di semppadan Turki – Syria, kawasan yang sedang bergolak sekarang ini. Rusia memihak kepada rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Turki mendakwa kapalterbang Rusia yang ditembaak jatuh itu berada di sekitar satu kilometer di kawasan Turki dan Turki mempunyai bukti akan hal ini.

Dalam satu perutusannya dari Qatar, Dr. Yusuf Al-Qaradhhawi berkata:

“Adalah menjadi kewajipan negara Islam dan umat Islam menyokong dan membantu produk dan ekonomi Turki.

“Umat Islam juga perlu berdiri teguh bersama Turki dalam isu-isu terkini.

“Persatuan UIama Sedunia menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan untuk bersama-samaa dengan Turki dalam isu terkini dan wajib menyokong produk Turki, membantu ekonomi negara itu dalam apa jua bentuk, sebagai merealisasikan persaudaraan kemanusiaan dan amal yang sama,” kata kenyataan itu yang dilaporkan oleh agensi berita Turki Anatolia.

Kenyataan Al-Qaradhawi itu selanjutnya berkata:

“Persatuan Ulama Sedunia mengikuti perkembangan terkini akan keadaan kekacauan di Syria dan apa yang dilakukan oleh zionis Israel di Palestin.

“Kejadian minggu lalu, iaitu pencerobohan ruang udara Turki, adalah adalah satu provokasi Syria dan Rusia yang memaksa Turki menembak jatuh jet pejuang Rusia dan cuba menarik Turki ke medan peperangan, sehingga berlaku pemboikotan Rusia ke atas barangan Turki.

“Persatuan ulama sedunia meminta masalah ini diselesaikan dengan baik dan cara diplomatik.
“Umat Islam perlu berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian tegas Turki dalam isu-isu umat Islam, terutama isu Syria yang berdepan dengan pimpinan zalim, Bahar Al-Assad yang telah membunuh ribuan rakyat dan menghalau jutaan yang lain.

Perkongsian Mazlan Aliman di kedah

1. Resolusi yang dapat saya buatkan disini, saya amat yakin Pas akan berganding bahu dengan Umno. Cuba lihat balik statement Najib hari ini.

2. Kebanyakan statement Presiden PAS berunsur kan maklumat dari Zuhdi. Kalau nak lihat pemikiran Hj Hadi banyak berunsur kan pemikiran Zuhdi.

3. Pas Penang, Kelantan dan Tganu memang dah ready utk bersama Umno kerana peluang cerah utk memerintah Negeri.

4. Pas berpecah 2.
A. Kumpulan TITM yg masih mahu menentang Umno.
B. Kumpulan Nik Abduh, Tantawi sudah bergerak kearah Umno.

5. Perbincangan MB di 3 Negeri iaitu Kedah, Tganu dan Kelantan. Umno hanya bersetuju menyerahkan MB kepada Kelantan dan Nik Amar sebagai MB.

6. Kajian Pas sedang berlangsung utk menilai sejauh mana sokongan atau tentangan akar umbi terhadap perpaduan Umno-PAS. Jalan mudah menghadapi tentangan ialah menawarkan jawatan kepada penentang.

7. Nik Amar dan Iskandar Samad bergaduh kerana perpaduan dgn Umno. Iskandar menolak Tahalluf Siasi dgn Umno kerana beliau percaya Selangor akan tumbang jika ini berlaku.

8. Hj Hadi yakin kemenangan PRU hanya boleh di capai dengan sokongan besar bangsa Melayu hasil kerjasama Pas-Umno.

Pemimpin Dan Macai

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Rosak imej seseorang pemimpin itu jika bersikap seperti macai. Tak kira daripada blok pemerintah, mahupun blok pembangkang. tak kiralah samada daripada blok Islamis, mahupun sekularis dan nasionalis.

2) Bersikap seperti macai adalah seperti mengutip cerita bertaraf kedai kopi lalu diguna sebagai hujah untuk menjatuhkan seseorang. Bersikap seperti macai juga adalah membuat tuduhan bodoh dan tak masuk akal.

3) Lebih teruk, bersikap macai adalah melabel orang lain tanpa hak dan hujah yang betul. Bersikap macai juga adalah menyokong semberono akan sesuatu tanpa berfikir dengan logik akal, rasional, syariat dan tatasusila.

4) Dengan itu kita dapat lihat banyak kenyataan pemimpin politik yang tidak matang, adalah bersifat macai. Termasuklah para menteri yang kuat mengampu tanpa segan silu menunjukkan sifat macainya kepada umum.

5) Dalam politik pembangkang, sifat macai ini selalunya sebati dengan para penyokong. Jarang kita lihat pemimpinnya bersifat macai melainkan ada seorang dua yang baru mengenal politik.

6) Amat malang ada pemimpin lama pembangkang yang bersifat macai, menuduh orang tanpa hujah dan bukti yang kukuh. Lontaran tuduhan itu hanya bersifat untuk disambut oleh para macainya yang berupa bloggers dan facebookers.

Akar umbi Umno buat laporan RoS tentang derma RM2.6 bilion

Sekumpulan ahli akar umbi Umno membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden parti, lapor Malaysiakini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2015.  
Sekumpulan ahli akar umbi Umno membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden parti, lapor Malaysiakini. 

Kumpulan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) hari ini membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. 
Jurucakap kumpulan berkenaan, Kamarul Azman Habibur Rahman memberitahu The Malaysian Insider, laporan yang dibuat sekitar jam 3.30 petang tadi bagi membolehkan RoS menjalankan siasatan kerana wang berkenaan tidak dicatatkan dalam penyata kewangan Umno.

"Menurut seksyen 14 (d) Akta Pertubuhan 1966, Umno hendaklah menghantar kunci kira kira bagi setiap tahun kewangan kepada pendaftar pertubuhan. "Malangnya wang RM2.6 billion ini tidak tercatat dalam kunci kira kira dua tahun yang disebutkan. Laporan ini kami buat atas kepentingan Umno," katanya, dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.
"Ini adalah kerana jumlah wang ini tidak dimasukkan dalam penyata tahunan kewangan Umno semasa PAU 2013 dan 2014," katanya, merujuk kepada Perhimpunan Agung Umno.
Kamarul berkata, jika benar Najib mengaku menerima wang sejumlah itu, menurut Perlembagaan Umno fasal 27.2, setiap harta hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama pemegang amanah parti Melayu itu.
"Menurut fasal 28, akaun Umno hendaklah diaudit oleh firma audit yang diiktiraf  kerajaan Malaysia," katanya.

Muhyiddin akan dikenakan tindakan – Ahmad Zahid

SSR_8621
Ahmad Zahid berkata, itulah kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat keputusan bukan sekadar untuk penyelesaian jangka pendek.

KUALA LUMPUR, 8 Disember:

Umno akan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika Timbalan Presiden parti itu didapati melakukan perkara melampaui batasan.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika didapati benar beliau bertindak melampaui batasan, maka terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan untuk tentukan tindakan yang akan diambil.
“Kalau kita masih mahu mendukung (menyokong) sesiapa yang melakukan tindakan melampaui batasan supaya dia dikekalkan, maka tunggulah ketikanya akan berlaku kebobrokan (keburukan) dalam kepimpinan, dan ini akan menyebabkan kesukaran dalam mana-mana organisasi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama editor kanan Bernama yang diketuai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Mokhtar Hussain, sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 yang bermula hari ini sehingga Sabtu nanti.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi Muhyiddin dan penyokongnya, tindakan melakukan provokasi terhadap kepimpinan parti mungkin tidak dianggap sebagai melampaui batasan, “tetapi tentunya interpretasi ini pelbagai.”
Ditanya mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap Muhyiddin yang dilihat telah melampaui batasan, Ahmad Zahid berkata, itulah kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat keputusan bukan sekadar untuk penyelesaian jangka pendek.
“Ini dapat diselesaikan dengan memperlihatkan terdapat ketelusan dan beberapa pengurusan isu yang tidak ada agenda disembunyikan.
“Rakyat semakin celik dan mereka mahu tahu kedudukan perkara sebenarnya,” katanya.
Mengenai Majlis Tertinggi Umno yang dikatakan sukar untuk mengambil tindakan terhadap Muhyiddin, dengan usul perlu dibuat pada Perhimpunan Agung Umno untuk mengambil tindakan itu, Ahmad Zahid berkata:
“Usul harus diberikan notis, tapi kita tidak dapat menghalang, jika ada di kalangan jurucakap yang menyarankan hal sedemikian. Tentunya sebagai sebuah parti dinamik, suara akar umbi akan didengar.
“Tindakan yang akan diambil (terhadap Muhyiddin), jangan dipersalahkan kepada kepimpinan, jika ia berlaku,” katanya.
Menyentuh mengenai langkah parti mengubah tradisi kali ini dengan perasmian ketiga-tiga sayap dilakukan ketua pergerakan masing-masing, Ahmad Zahid berkata, ia tidak harus dianggap sebagai sekatan (kepada Muhyiddin).

Muhyiddin langgar batasan, boleh hilang jawatan, kata Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, terdapat kes yang kukuh untuk dibawa kepada jawatankuasa tatatertib berikutan gesaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya presiden Datuk Seri Najib Razak ‘berehat’ sementara sambil menunggu siasatan terhadap skandal kewangan yang didakwa melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma RM2.6 bilion selesai. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Disember, 2015.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah "melampaui batas" dalam ucapan khas yang dibuatnya di hadapan penyokongnya di Kuala Lumpur malam tadi, kata setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.Katanya, terdapat kes yang kukuh untuk dibawa kepada jawatankuasa tatatertib berikutan gesaan Muhyiddin supaya presiden Datuk Seri Najib Razak "berehat" sementara sambil menunggu siasatan terhadap skandal kewangan yang didakwa melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma RM2.6 bilion selesai.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan, Muhyiddin berisiko kehilangan jawatannya sebagai timbalan presiden parti.

"Kita mempunyai struktur yang jelas dalam parti. Saya sudah melihat ucapan itu, sehingga jam 3 pagi semalam. Dan mengikut perlembagaan kita, ia sesungguhnya melampaui batas," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra. Semalam, Ku Nan berkata, Muhyiddin bebas berucap kepada penyokongnya asalkan beliau "tidak melampaui batas".

Ambiga: Akta MKN boleh ditarik balik

Hakam: MKN 2015 lagi zalim daripada SOSMA dan POTA

Muhyiddin: I have only good intention, no malice

Ucapan Muhyiddin dirujuk ke Jawatankuasa Khas UMNO

Shafei Adpal: Saya Pun Boleh Beri Amaran Kepada Setiausaha Agung

Jangan Ingat Pecat Orang Kita Jadi Kuat - Shafei Adpal

Tun M insists Najib must step down

Who is really power crazy Ku Nan?

A power crazy person is a person who obstructs the truth, not a person who seeks it
ku nan
The gloves are officially off.
Forget niceties and formalities, tis the season for labels and name calling.
After sacked Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin’s event on Monday night – in which urged his former boss, Prime Minister Najib Razak to take a “rest” until investigations into 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and the RM 2.6 billion in the latter’s personal accounts were completed – Najib’s loyalists have hit back.
According to a report by The Malaysian Insider, Umno secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor said Muhyiddin and his backers might be “power crazy” with their open criticism of Najib.
“I don’t know what they are trying to do, maybe they are power crazy (gila kuasa),” he told reporters at the Umno general assembly.
“Suddenly they are talking about calls to ask the president and the PM to resign and all of that,” said Tengku Adnan.
“It was agreed in the Supreme Council meeting that criticism should be aired in the party and not outside,” he said.
How ironic.
A leader from the “loyalty over intelligence” Cabinet is suggesting that Muhyiddin is power crazy.
Muhyiddin has been called a lot of names over the years, but surely the honour of “power crazy” as the public sees it, rightfully belongs to someone else.
A power crazy person will not seek the truth as Muhyiddin has done, he would seek to obstruct efforts to get it. He would seek to stifle dissent and empower himself.
Tengku Adnan should ask himself these questions, to which the public know the answers too:
Who is the person who has refused to tell the truth or explain the RM 2.6 billion issue?
Who heads the government of the day which has blocked whistleblower websites and suspended dailies?

Shafie Apdal mahu tuntut hak berucap di PAU

Beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan esok (Rabu).
Shafie-Apdal,umno
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak akan berdiam diri pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan esok, sebaliknya akan membangkitkan isu beliau dan Timbalan Presiden UMNO yang dilarang berucap.
Ujarnya, beliau akan berbuat demikian, sekiranya Pemuda, Puteri dan Wanita mahukan ketua masing-masing berucap sekaligus merasmikan persidangan sayap-sayap itu.
“Mesyuarat esok kita masih tidak dengar sebarang cerita. Sehingga kini agenda mesyuarat esok masih belum didedah, cuma apa yang saya dengar adalah akan dibincangkan sama ada boleh berucap atau tidak.
“Jika Wanita, Puteri dan Pemuda minta untuk berucap, maka saya juga mahu hak yang sama diberikan kepada saya dan Timbalan Presiden (berucap pada penggulungan) ” katanya dalam satu sidang media di Seri Hartamas pada Selasa.
Perhimpunan Agung UMNO kali ke-69 dijadualkan bermula pada Selasa hingga Sabtu ini.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu menjelaskan situasi yang dialami oleh UMNO kini jauh berbeza dan adalah sukar menyatakan sama ada parti itu masih mempunyai harapan untuk membela nasib bangsa Melayu.

Nazri cabar Muhyiddin, Shafie letak jawatan dan lawan

Selagi Muhyiddin dan Shafie masih memegang jawatan dalam UMNO, sukar bagi Nazri Aziz untuk menyerang mereka berdua.
nazri-aziz_muhyiddin_shafie_600
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mahu Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin and Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal meletakkan jawatan kerana mereka telah melanggar kepercayaan parti.
Selagi mereka bersembunyi di sebalik jawatan masing-masing, Nazri berkata, sukar untuk beliau menyerang Muhyiddin dan Shafie.
“Kita pilih Timbalan Presiden untuk membantu Presiden, bukan menghentam Presiden.
“Saya tak suka ahli UMNO bantai pemimpin. Masalah saya ialah dia tak letak jawatan. Kalau saya serang Tan Sri Muhyiddin saya juga sama dengan mereka sebab dia masih pemimpin.
“Nak serang Shafie juga sama. Jadi letak jawatan. Jangan tunggu nak kena buang, nak raih simpati. You letak jawatan kita boleh lawan,” kata beliau kepada FMT hari ini.
Nazri memberi komen balas terhadap ucapan Muhyiddin di Kampung Baru semalam, dimana bekas Timbalan Perdana Menteri itu meminta Datuk Seri Najib Tun Razak supaya “berehat” dari semua jawatan semasa siasatan berkenaan 1MDB dan derma RM 2.6 bilion dijalankan.
Nazri berkata semua ahli kabinet, kecuali Muhyiddin dan Shafie, telah bersetuju untuk memberi ruang dan masa kepada Najib menyelesaikan dua isu itu.
“Saya juga jumpa Datuk Najib. Menteri lain juga jumpa Datuk Najib. Kita semua concern perkara ini. Tapi yang minta beliau berehat cuma mungkin dua orang. Yang lain terima dan beri peluang beliau selesaikan masalah. Inilah demokrasi,” kata beliau.
Dalam hal berkaitan, Nazri turut menerangkan betapa Muhyiddin yang telah dipecat dari kabinet Julai lalu tiada isi untuk membuat ucapan penggulungan.

Tindakan Muhyiddin tidak wajar – Puteri Umno

SSR_1558
Mas Ermieyati (tengah) berkata, dalam apa jua keadaan, Puteri Umno akan terus memandang ke hadapan untuk melakukan yang terbaik buat parti.

KUALA LUMPUR, 8 Disember:

Puteri Umno menyifatkan tindakan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sebuah majlis di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam, sebagai tidak wajar.
“Untuk mengadakan atas kapasitinya itu sebagai Timbalan Presiden, saya rasa tidak wajar dalam keadaan ini,” kata Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, selepas perasmian program Puteri DIAN (Daulat Islam untuk Agama dan Negara), hari ini.
Menurutnya, dalam keadaan sebegini, adalah tidak wajar untuk mengadakan majlis sedemikian dengan kenyataan Muhyiddin yang dianggap cukup ‘pedas’ untuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Puteri Umno berpandangan, dalam apa jua keadaan, sayap parti itu akan terus memandang ke hadapan untuk melakukan yang terbaik buat parti.
“Tetapi, apa pun kehidupan perlu diteruskan dan malam ini kita akan ada Taklimat Presiden dan kita menunggu bagaimana ucapan Presiden malam ini.
“Esok, Puteri akan bersidang dan saya harapkan usul akan dibahaskan dengan baik oleh pembahas-pembahas,” kata Ahli Parlimen Masjid Tanah itu.
Semalam, Muhyiddin menggesa Najib berehat seketika, bagi memberi laluan kepada siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga sumbangan dana politik RM2.6 bilion.
Majlis itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan beberapa pemimpin Umno lain.

PAS nafi ada tanda mahu kerjasama dengan Umno

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya kekal dengan dasar Islam, yang bercanggah dengan dasar pragmatisme dan nasionalisme yang menjadi dasar perjuangan Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2015.
PAS hari ini menafikan menunjukkan isyarat menggalakkan ke arah permuafakatan dan kerjasama antara parti itu dan Umno seperti didakwa Datuk Seri Najib Razak semalam. Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya kekal dengan dasar Islam, yang bercanggah dengan dasar pragmatisme dan nasionalisme yang menjadi dasar perjuangan Umno.
"Tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan Umno yang sejak ditubuhkan sehingga kini masih menjalankan penindasan dan kezaliman terhadap ahli dan kepimpinan PAS.

"PAS tidak akan jadi penyelamat kebobrokan dalam Umno-Barisan Nasional (BN). "Kenyataan Najib di saat kemelut yang melanda dalaman mereka sekarang hanyalah satu usaha mengalih isu sebenar yang sedang melanda perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan.
Tuan Ibrahim turut memberi contoh penindasan Umno di 2 negeri iaitu Kelantan dan Terengganu yang menurutnya dinafikan hak royalti minyak mereka.
"Kelantan terus ditekan sehingga hasil petroleum disedut, namun royalti yang ditandatangani terus dinafikan. Terengganu, di saat PAS menang, terus dinafikan hak royalti," katanya.
Malah, enakmen Jenayah syariah Kelantan yang dijanjikan akan disokong terus dinafikan dan sehingga kini tidak dapat dibentangkan di sidang Parlimen, katanya.
"Apakah PAS akan percaya di saat Umno tertekan mereka mencari PAS?" soalnya.
Najib dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen di Kuala Lumpur, malam tadi berkata, PAS menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu.
Antara contoh kecenderungan PAS untuk bekerjasama itu katanya, ialah tindakan PAS yang tidak menolak Rang Undang-undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat ketika ia ditolak pembangkang lain pada 16 November lalu.
"Dalam pengundian bajet mereka tidak menyokong langkah tolak bajet. Walaupun mereka tidak undi pihak kita, tetapi mereka tidak tolak bajet. Ini tanda-tanda yang saya anggap sebagai menggalakkan," katanya.

PAS S'gor anggap Najib 'bermimpi di siang hari'

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Abdul Razak bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan parti pemerintah itu adalah satu 'mimpi di siang hari'.
 Katanya, ini kerana beberapa perkembangan yang disebut perdana menteri itu bukan satu petunjuk kepada sikap PAS yang sebenar.
"Datuk Seri Najib patut sedar dari mimpi dan menyelesaikan masalah dalaman Umno terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, jangan digunakan PAS untuk menutup masalah Umno.
"Seluruh dunia telah mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin, malam tadi," tambah ahli exco Selangor itu.
Perdana menteri, dalam satu temubual televisyen malam tadi, mendakwa PAS menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu.
Najib juga dilaporkan sebagai berkata antaranya ialah langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lepas, menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.
Mengulas lanjut, pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata Umno kini berhadapan dengan satu krisis dalaman yang serius seperti tahun 1998 dan tahun 1988.
Iskandar yang juga ADUN Chempaka berkata, Umno telah melakukan terlalu banyak "dosa" terhadap PAS terutamanya kepada akar umbi parti Islam itu.
"Ahli-ahli PAS atau keluarga mereka dinafikan pelbagai peruntukan atau bantuan yang sepatutnya diterima sebagai warganegara yang sah di negara ini," katanya.

Salleh: Najib luluskan projek NFC pada 2007


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak telah memberikan kelulusan untuk projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd ketika menjadi timbalan perdana menteri.
Pengerusi syarikat itu Datuk Mohamad Salleh Ismail berkata kelulusan itu dibuat oleh Najib pada satu masa di tahun 2007.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam saman NF Corp terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan pengendali Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd.

Peguam Negara tarik balik tuduhan NFC

 Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memutuskan untuk menarik balik tuduhan terhadap pengarah syarikat National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail kerana tidak ada bukti yang mencukupi.
Sebelum ini Jabatan Peguam Negara menarik balik tuduhan terhadap Mohamad Salleh selepas mengkaji surat representasi yang dikemukakan oleh peguam itu pada 4 November lalu.
"Saya mengikuti amalan dipraktikkan oleh bekas bos saya (bekas Peguam Negara) Tan Sri Abu Talib Othman.
"Jika terdapat lebih daripada 90 peratus bukti, maka kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran buku Proses Litigasi Jenayah: Edisi Ketiga di Kelab Diraja Selangor di Kuala Lumpur hari ini.
Apandi ketika ditanya mengapa memutuskan untuk menarik balik tuduhan terhadap Mohamad Salleh, katanya, beliau bersetuju bahawa bukti yang diberikan tidak mencukupi.
Tambahnya, pihak mahkamah biasanya mengkaji semula sesuatu kes jika peguam mengemukakan bukti dan sekiranya representasi itu wajar, pihaknya akan tunduk kepada perkara tersebut.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir berkata pihak pendakwaan telah menarik balik tuduhan terhadap Salleh di bawah Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

Umno kena ingat ‘dosa’ kepada PAS

umno-dan-pas-565x376SHAH ALAM, 8 DIS: PAS mengingatkan Umno supaya tidak bermimpi di siang hari dalam soal kerjasama kedua-dua parti dengan merenung kembali ‘dosa’ dilakukan Umno terhadap akar umbi parti itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beberapa perkembangan disebut Datuk Seri Najib Tun Razak bukan petunjuk kepada sikap PAS sebenar.
Sebaliknya, selaku Presiden parti, Najib perlu sedar dari mimpi dan menyelesaikan masalah dalaman mereka terlebih dahulu yang kini berhadapan konflik melibatkan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yaasin.
“Jangan digunakan PAS sebagai “smokescreen” menutup masalah Umno. Seluruh dunia mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Timbalan Presiden Umno, malam tadi.
“Ternyata Umno berhadapan dengan krisis dalaman serius seperti 1998 dan 1988,” katanya yang juga dalam satu kenyataan.
Najib dalam satu kenyataan menyifatkan langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lepas menggambarkan tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.
Pesuruhjaya PAS Selangor menjelaskan, sudah tentu mustahil bagi akar umbi PAS untuk memaafkan Umno tambahan parti itu hanya mencari mereka apabila tertekan.
“Ahli PAS atau keluarga mereka dinafikan pelbagai peruntukan atau bantuan yang sepatutnya diterima sebagai warganegara yang sah di negara ini.
“Penjawat awam condong PAS diberi amaran, diugut atau dipindahkan. Gerai-gerai peniaga-peniaga yang menyokong PAS dirobohkan. Aktivis PAS ditahan malah ada yang meninggal dunia akibat tahanan tersebut.
“Kelantan dianaktiri sejak penubuhan kerajaan PAS yang pertama dalam 1959 manakala kerajaan PAS Terengganu dinafikan hak kepada royalti petroleum,” katanya.

Sosma khusus perangi pengganas disalahguna, apa lagi MKN

najib-popularSHAH ALAM, 8 DIS: Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdedah disalahguna pemerintah sepertimana Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang digubal khusus bagi menangani ancaman keganasan.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata keraguan itu dikukuhkan lagi apabila sejarah membuktikan kerajaan mempunyai kecenderungan menggunakan akta tertentu seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memberikan tekanan politik terhadap ahli politik pembangkang.
“Ini bahaya. Kita sudah lihat akta digubal dengan tujuan spesifik menangani pengganas pun boleh disalahgunakan untuk tangkap pengkritik Perdana Menteri.
“Apatah lagi undang-undang bersifat menindas ini, sudah tentu rakyat dalam bahaya dan demokrasi kita tidak akan lagi wujud kalau Perdana Menteri diberi kuasa begitu besar,” kata Tian Chua kepada Selangor Kini.
Jelasnya, Rang Undang-undang yang baru diluluskan di Dewan Rakyat itu jelas menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyedari bahawa majoriti rakyat tidak lagi berpihak kepada beliau.
“Dia juga sedar, dia tidak boleh menjelaskan isu skandal kerana rakyat tidak percaya dan untuk menyelamatkan diri, pelbagai cara digunakan, tetapi sejarah membuktikan tidak ada diktator yang boleh lawan kekuatan rakyat.

Ku Nan: Muhyiddin mungkin 'gila kuasa'

Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak faham kenapa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mensasarkan Presiden Datuk Seri Najib Razak.
“Akhirnya hendak minta letak jawatan.
“Saya pun tak faham. Mungkin gila kuasa,” katanya yang juga menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau menegaskan Umno mempunyai stuktur dan kenyataan berkaitan hal ehwal dalaman tidak perlu dibawa keluar.
“Saya dah cakap, jangan melampaui batas,” katanya.
Setelah dibataskan dalam perhimpunan agung Umno, Muhyiddin semalam bercakap kepada penyokongnya dalam sebuah majlis khas di ibu negara.
Beliau terus melontarkan kritikan terhadap kepimpinan Najib dan isu-isu berbangkit dalam negara, terutamanya dalam kes 1MDB.
Beliau menegaskan bahawa pihak menjadi “barah dan nanah” dalam Umno mesti ditolak selain membacakan gesaan di Internet supaya Najib berundur daripada jawatannya.

'Kenapa derma RM2.6b tiada dalam penyata Umno?'

 Sekumpulan ketua cawangan Umno membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status kewangan parti itu.
Menamakan diri sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka membangkitkan kenapa derma RM2.6 bilion yang diterima presiden parti Datuk Seri Najib Razak tidak disebut dalam penyata kewangan 2013 dan 2014.
“Kami meminta supaya RoS membuat siasatan apakah status wang tersebut kerana presiden Umno telah menyatakan dan mengakui bahawa beliau menerima sejumlah wang yang bernilai RM2.6 bilion ini,” kata jurucakap GKCM Kamarul Azman Habibur Rahman.
Ketua Umno Taman TKK di Teluk Kemang, Negeri Sembilan, itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di pejabat ROS, Putrajaya, sebentar tadi.

Najib ada peluang ketepi Zeti......

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpeluang mengetepikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam tempoh beberapa bulan akan datang selepas 16 tahun beliau menerajui Bank Negara.
Sebelum ini Zeti secara terbuka membuat kenyataan, skandal yang membabitkan perdana menteri dan syarikat pelaburan negara (1MDB) menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.
Ketika pelabur mengambil sikap menunggu siapakah yang bakal dilantik Najib - yang juga menteri kewangan - menggantikan Zeti pada Mei ini, sesetengah pihak bimbang tokoh yang dipilih itu tertakluk kepada pengaruh politik.
"Sebarang petanda campur tangan dalam pelantikan gabenor baru akan menggagalkan komitmen kerajaan untuk tidak mengganggu keputusan dasar kewangan selain mengurangkan keyakinan pelabur," kata pengurus dana PineBridge Investments, Anders Faergemann.
Firma itu mengendalikan pelaburan bernilai AS$77.7 bilion di seluruh dunia.
Pelabur asing melilhat "Zeti sebagai sepasang tangan yang diyakini" dan akan mencari pengganti yang mempunyai pengalaman dan pendekatan sama sepertinya.
Dilantik pada 2000 oleh perdana menteri yang menolak gesaan yang inginkan tokoh bebas, Zeti memperoleh kuasa dan autonomi di bawah pentadbiran Najib dengan mandat untuk memastikan dasar kewangan negara stabil.
Fokus itu teruji tahun ini dengan nilai ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun selepas skandal kewangan 1MDB ditimbulkan menyeabkan pelabur kian bimbang.
Kedua-dua pihak - Najib dan 1MDB - secara konsisten menafikan mereka melakukan sebarang salah laku.
"Mengekalkan keyakinan pelabur, mengawal kerapuhan ringgit dan menyokong pertumbuhan akan menjadi cabaran terkini gabenor baru Bank Negara," kata pakar ekonomi Bank of America Merrill Lynch berpangkalan di Singapura, Chua Hak Bin.
Pejabat Perdana Menteri tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap permohonan mendapatkan reaksi bagi isu ini.

Putrajaya nafi Mara kehabisan dana pendidikan

Putrajaya menafikan dakwaan Majlis Amanah Rakyat sudah kehabisan dana untuk memberi pinjaman pendidikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2015.  
Putrajaya menafikan dakwaan Majlis Amanah Rakyat sudah kehabisan dana untuk memberi pinjaman pendidikan. 

Putrajaya menafikan dakwaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sudah kehabisan dana untuk memberi pinjaman pendidikan.Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan sentiasa memastikan dana Mara mencukupi dalam membantu pelajar Bumiputera.
Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah dalam sesi soal-jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Ibrahim mendakwa kehabisan dana adalah faktor ramai pelajar Bumiputera sejak kebelakangan ini tidak dapat menerima penajaan Mara untuk meneruskan pengajian. Kepada soalan lain Ibrahim, katanya sejak tahun 2010 hingga Oktober tahun ini, Mara  menaja seramai 125,800 pelajar Bumiputera termasuk dari Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung untuk pengajian dalam negara.
Sementara itu menjawab soalan Senator Rahimah Mohamad yang ingin tahu tindakan terhadap pelajar tajaan Mara yang didapati menyimpan gambar lucah kanak-kanak ketika belajar di luar negara, Nanta berkata Mara tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara itu kerana tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan. – Bernama

Siapa penderma murah hati RM2.6 bilion, Guan Eng soal Najib


Datuk Seri Najib Razak mengaku semalam beliau menerima derma RM2.6 bilion daripada individu dari Timur Tengah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2015. 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini meminta perdana menteri mendedahkan nama individu "baik hati" yang memasukkan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak menjelang perhimpunan agung Umno esok.

Lim juga bertanya bagaimana Najib berjaya menarik individu pemurah menderma tanpa mengenakan sebarang syarat.

"Siapa yang sukakan beliau sehingga tahap itu?" soal beliau, sambil menambah Najib juga tidak cukup terkenal di peringkat antarabangsa berbanding bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Malah sehingga hari ini, orang ramai masih lebih mengenali Dr Mahathir.  Namun, besar kemungkinan mereka akan tahu tentang PM yang mendapat sumbangan besar, tetapi mungkin bukan namanya," kata Lim sinis.

Dalam temu bual di TV3 malam tadi dengan bos media arus perdana, Najib mengakui menerima RM 2.6 bilion, yang katanya adalah sumbangan.

Beliau berkata, wang itu dipindahkan ke dalam akaun peribadinya "semata-mata kerana ia adalah hasrat penderma dan juga kerana derma itu dibuat atas kapasiti peribadi".

Dilaporkan semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menemu bual penderma dari Timur Tengah itu.
Bagaimanapun, identitinya masih menjadi misteri.

Lim berkata perkara itu tidak beretika dan identiti penderma harus didedahkan, sambil menambah para pelabur juga bertanya siapakah individu itu.

"Malah presiden Amerika Syarikat juga tidak begitu bernasib baik. Mengapa Najib bernasib baik manakala rakyat Malaysia tidak?"

Shafie bidas Ku Nan tak hormat Muhyiddin sebagai timbalan presiden

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti yang dipilih 3 juta ahli. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 8 Disember, 2015. 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti yang dipilih 3 juta ahli.

Datuk Seri Shafie Apdal hari ini membidas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana tidak menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih secara demokratik 3 juta ahli parti Melayu itu.
Naib presiden Umno itu mengingatkannya jawatan yang dipegang Tengku Adnan hanya lantikan dan berbeza dengan Muhyiddin yang dipilih menerusi pemilihan parti.
"Seumpama bila setiausaha agung bagi amaran timbalan presiden supaya jangan 'cross the line'.

"Dia (Muhyiddin) timbalan presiden, kamu (Tengku Adnan) setiausaha agung. Muhyiddin itu diundi untuk dilantik," kata Shafie dalam wawancara bersama media atas talian di pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi. Shafie mempersoalkan tindakan Tengku Adnan yang mahu orang menghormati institusi parti tapi beliau sendiri tidak menghormati pemimpin Umno.
"Budaya apa ini, kamu minta orang hormat, hormat lah," katanya.
Tengku Adnan yang dikenali sebagai Ku Nan semalam memberi amaran kepada Muhyiddin agar tidak melampaui batasan ketika berucap pada perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang berlangsung atau bakal berdepan tindakan disiplin.
Muhyiddin dalam ucapannya semalam meneruskan serangan ke atas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan menggesanya berehat daripada jawatan perdana menteri sehingga selesai siasatan terhadap skandal dihadapinya, membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma peribadi RM2.6 bilion.

Saya, Muhyiddin banyak minta penjelasan 1MDB dalam Kabinet, kata Shafie

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mengakui beliau dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sering membangkitkan persoalan berhubung 1MDB semasa berada dalam Kabinet, malangnya ia tidak berjawab. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 8 Disember, 2015. 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mengakui beliau dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sering membangkitkan persoalan berhubung 1MDB semasa berada dalam Kabinet, malangnya ia tidak berjawab.

Datuk Seri Shafie Apdal hari ini menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak meminta maklumat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika menjadi timbalan perdana menteri, sebaliknya mendedahkan banyak pertanyaan mereka berdua tidak terjawab.
Naib presiden Umno itu berkata, Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran, banyak bertanya dalam Kabinet berhubung 1MDB.
Malah secara peribadi, beliau banyak membangkitkan berkenaan model perniagaan syarikat pelaburan bermasalah itu dengan Petrosaudi, kata bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu.

"Kami banyak tanya. Saya pun ada tanya (presiden 1MDB) Arul Kanda (Kandasamy) tetapi dia tidak jawab. "Saya tanya apa model perniagaan antara 1MDB dengan Petrosaudi yang membolehkan kita melabur sampai RM2 bilion lebih. Banyak lagi kami tanya," kata Shafie dalam satu wawancara dengan media atas talian di pejabatnya di Hartamas, Kuala Lumpur hari ini.
Selain model perniagaan, Shafie juga berkata mereka banyak bertanya mengenai isu pembelian tanah oleh 1MDB di Pulau Pinang dan Klang.
"Ada pertanyaan, minta penjelasan, apa sebab beli tanah di Pulau Pinang harga jauh tinggi. Terdesak sangatkah kita nak beli tanah itu?
"Pasal apa kita nak beli tanah? Tanah di Klang, di Pulau Pinang, bukan sikit harga dia," katanya.
Menurut Shafie, sepanjang tempoh berada dalam Kabinet sebelum disingkir pada Julai lalu, hanya sekali Arul hadir ke Kabinet dan memberikan penjelasan serta taklimat mengenai 1MDB.

CADANGAN NAJIB UNDUR SEMENTARA, TIDAK TERANGSANGKAH ZAHID MAHU MENYOKONGNYA?

Antara perkara yang dibangkitkan oleh Muhyiddin Yassin dalam butiran amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman semalam bagi menggantikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang tidak dibenarkan ialah mencadangkan agar Perdana Menteri, Najib Razak bercuti rehat seketika sementara siasatan mengenainya berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta diselesaikan.

"Saya ingin mencadangkan agar Perdana Menteri berehat seketika. Biarlah siasatan berjalan dengan bebas, telus dan adil serta jangan timbul persepsi beliau campurtangan dalam siasatan.

"Ambillah cuti sehingga kes selesai. Jika siasatan mendapati Perdana Menteri tidak bersalah, baliklah semula dan sambung tugas seperti biasa.

"Dengan itu, saya percaya nama Perdana Menteri dan imej UMNO dapat dibersihkan", tegas Timbalan Presiden UMNO itu sambil diiringi tepukan gemuruh orangramai.

Sebagaimana yang disebut juga oleh Muhyiddin bahawa cadangan itu bukan ada apa-apa niat tidak baik terhadap Najib, sesungguhnya sesiapa pun dapat merasakan ia memang suatu cadangan yang ikhlas demi kebaikan Perdana Menteri, UMNO dan juga negara.

Terlihat bahawa Muhyiddin melontarkan cadangan itu terbit daripada pancaran jiwanya yang mahukan kebaikan serta penyelesaian yang akhirnya dapat diterima baik oleh semua pihak.

Ini kerana, walau  bagaimana sekali pun cuba dinafi dan disanggah, hakikatnya selagi Najib masih duduk di kerusi Perdana Menterinya, keraguan serta kesangsian orangramai terhadap kebebasan, ketelusan, keadilan dan elemen campurtangan sukar sekali mahu diketepikan.

Dengan mencadangkan sedemikian, tiada apa-apa yang berubah kepada kedudukan Muhyiddin. Beliau tetap dengan situasinya yang ada sekarang - sekadar Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya, yang mungkin meraih sedikit kenaikan dalam takuk kedudukan ialah Ahmad Zahid Hamidi yang meningkat daripada Timbalan Perdana Menteri kepada Pemangku Perdana Menteri.

Najib sedang selesaikan masalah yang disebut Muhyiddin ampu Ku Nan

UMNO kecewa kerana Muhyiddin membangkitkan perkara sama berulang kali sedangkan masalah itu sedang diselesaikan Najib.
tengku-adnan_muhyiddin_umno_600
KUALA LUMPUR: Semua perkara yang dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada program ceramahnya di Kampung Baru telahpun cuba diselesaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Perdana Menteri cuba menyelesaikan masalah 1MDB dan dana RM2.6 billion sedikit demi sedikit.
“Pada saya perkara-perkara yang mereka utarakan itu semua perkara-perkara yang telah pun disebut berkali-kali, berulang kali dan sebenarnya Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO telah pun menyelesaikan separuh daripada masalah-masalah yang dibangkitkan,” katanya ketika ditemui di PWTC.
Tengku Adnan juga berkata, UMNO sangat kecewa dengan tindakan Muhyiddin yang meluahkan tidak puas hati kepada perkara sama berulang kali.
Muhyiddin membuat ucapan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru selepas beliau tidak dibenarkan berucap merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO.
Dalam ucapannya, Muhyiddin menyerang Najib dan menggesa agar pihak yang membuat ‘nanah dan barah’ dalam parti perlu berundur.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut memberikan ucapan menghentam Najib di samping meneruskan desakan supaya Najib berundur.
Program itu menerima sambutan hebat dan turut dihadiri beberapa nama kontroversi termasuk Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datuk A. Kadir Jasin, Anina Saadudin, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Mujahid ajak PAS Pulau Pinang: Debatlah kalau berani

Tindakan PAS Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa disifatkan sebagai "tidak budiman" (gentleman).
Menurut Mujahid, tindakan PAS negeri juga melambangkan parti berkenaan tidak mampu menghadapi isu berkenaan secara bersemuka.
 “Mereka berselindung di sebalik laporan polis tanpa bersedia untuk berdebat dengan saya (mengenai) perkara asas yang saya sebutkan (sehingga) melahirkan fahaman ekstrem," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Mujahid sebelum ini didakwa membuat kenyataan mengaitkan PAS dengan pemikiran gerakan pelampau seperti Negara Islam (IS) dan al-Maunah.
Ekoran dakwaan itu PAS Pulau Pinang meminta Mujahid - juga Naib Presiden AMANAH - menarik balik kenyataan yang dibuatnya.
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata kenyataan Mujahid berniat jahat kerana PAS terlibat mempromosikan demokrasi dan keamanan sejak ditubuhkan pada 1960-an.
Mengulas lanjut, Naib Presiden AMANAH itu berkata PAS Pulau Pinang sekadar berselindung di sebalik laporan polis dan tidak bersedia berdebat bagi mendapatkan kebenaran mengenai isu berkenaan.
“Mereka (PAS) gagal memahami jalur pemikiran ekstrem yang berpunca daripada perspektif ideologikal,” tegas Mujahid.

Amanah khuatir akta MKN diguna untuk selamatkan populariti Najib

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yakin akta baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 digubal tergesa-gesa dan dikhuatiri bertujuan menyelamatkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang semakin jatuh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2015. 
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yakin akta baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 digubal tergesa-gesa dan dikhuatiri bertujuan menyelamatkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang semakin jatuh. 

 Menyifatkan akta baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 bercanggah dengan undang-undang, Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa hari ini, ia diwujudkan kerana mempunyai muslihat tertentu.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, ia dibuat secara tergesa-gesa dan dikhuatiri digubal memandangkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin jatuh.
"Tiada kerajaan saja-saja buat undang-undang dan saja-saja hendak letak dalam almari atau letak dalam peti. Ia hendak diguna pakai.

"Berkemungkinan dia (Najib) melihat populariti semakin merudum," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada satu sidang media di ibu pejabat parti di Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur. Katanya akta itu, yang rang undang-undangnya diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini, dilihat tiada keperluannya memandangkan tiada sebab kukuh ia perlu digubal.
Malah katanya, negara kini hidup dalam aman damai.
"Persoalan timbul ialah, mengapa tidak ada angin tiup, tiba-tiba pokok bergoyang? Malaysia sekarang aman. Tiada isu serangan mana-mana pihak. Alhamdulillah.
"Kita semua masih terkawal tetapi tiba-tiba rang undang-undang sebegini rupa, yang bercanggah Perlembagaan dengan merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong, digubal dengan begitu tergesa-gesa," katanya.

Tiada ruang ‘kumpulan serpihan’ dalam Umno, kata Zahid

Tiada ruang kumpulan serpihan dalam Umno, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2015.  
Sehari selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama ahli di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di Kuala Lumpur malam tadi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran tiada ruang untuk "kumpulan serpihan" dalam parti Melayu itu.
Berucap merasmikan pertandingan akhir Pidato Piala Presiden Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Zahid yang juga naib presiden berkata, kumpulan serpihan itu sebenarnya merosakkan parti.
"Apabila menyatakan dan melontarkan pandangan untuk memperkukuhkan parti dengan mewujudkan kumpulan kecil, sebenarnya orang ini yang merosakkan parti.

"Kalau mahu parti kukuh jangan ada serpihan dalam parti, kita perlu bersama,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.  Muhyiddin malam tadi bersama Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan bersama ahli parti Melayu itu, susulan larangan yang dikeluarkan Majlis Tertinggi (MT) untuk beliau berucap merasmikan mesyuarat agung sayap yang dijadualkan berlangsung malam ini.
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah dalam rombakan Kabinet Najib dipercayai berkaitan kritikan terbuka mereka berhubung pengurusan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Susulan program malam tadi, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga dikenali sebagai Ku Nan berkata, pihaknya sudah memperolehi video ucapan Muhyiddin dalam program “Bersama Timbalan Presiden Umno” malam tadi dan ia akan diteliti jawatankuasa khusus parti untuk mengkaji sekiranya wujud perlanggaran daripada aspek perlembagaan parti.

Perjumpaan Muhyiddin semalam hanya bangkitkan isu lama, kata Salleh Keruak


Penceramah perjumpaan semalam mengetengahkan isu lama yang sama dan  dibangkitkan sejak setahun lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2015.  
Penceramah perjumpaan semalam mengetengahkan isu lama yang sama dan dibangkitkan sejak setahun lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. 
 
Penceramah pada "Majlis Bersama Timbalan Presiden Umno” semalam  mengetengahkan isu lama yang sama dan  dibangkitkan sejak setahun lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata sebenarnya tiada apa yang baharu apabila penceramah hanya memperkatakan tentang perkara yang pun mereka sudah perkatakan banyak kali.
"Sebagai contoh, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang ditugaskan menyiasat derma RM2.6 bilion,  mengeluarkan kenyataannya hari ini, dan kenyataan berkaitan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) juga dikeluarkan lebih daripada sekali,"  katanya.

"Yang jelas mereka tidak begitu berminat dengan jawapan sungguhpun mereka menyatakan mereka mahukan jawapan. Tetapi apabila jawapan diberikan, mereka tidak mengendahkan jawapan itu dan berterusan bertanyakan soalan sama berulang-ulang kali," katanya. Dalam blog itu, Salleh turut mengulas cadangan dibuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis itu supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) digunakan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Untuk mencadangkan Sosma digunakan ke atas Najib merupakan perbuatan menyalahgunakan undang-undang anti keganasan itu. Dalam cara apakah 1MDB atau RM2.6 bilion merupakan perbuatan keganasan?," soal Salleh.
"Mula-mula mereka melaungkan ia adalah rasuah. Kini mereka mendakwa ia adalah keganasan. Mereka tidak lagi konsisten dalam kenyataan mereka," katanya.

Najib Terdesak: Umno akan siasat ucapan Muhyiddin semalam, kata Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan, hasil siasatan jawatankuasa khusus terhadap video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dirujuk ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi bagi tindakan lanjut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2015. 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan, hasil siasatan jawatankuasa khusus terhadap video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dirujuk ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi bagi tindakan lanjut.

Video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis “Bersama Timbalan Presiden Umno” di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi akan diteliti jawatankuasa khusus parti untuk mengkaji sekiranya wujud perlanggaran daripada aspek perlembagaan parti.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hasil siasatan jawatankuasa itu kemudiannya akan dirujuk ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi (MT) untuk tindakan lanjut.
"Saya semalam dengar dia (Tan Sri Muhyiddin) punya ucapan, saya juga mengenal pasti wajah-wajah yang turut hadir. Saya beri (rakaman video) kepada jawatankuasa khusus untuk buat penelitian, dan kemudian kita akan bawa ke perhatian Lembaga Disiplin parti dan MT untuk buat keputusan," katanya.

Beliau berkata Muhyiddin tidak seharusnya membawa hal ehwal dalaman parti itu ke pengetahuan umum, sebaliknya menggunakan platform yang betul untuk menyuarakan pandangannya dalam isu-isu yang dibangkitkan. "Dia (Muhyiddin)  bersetuju dalam Majlis Tertinggi. Dia kata akan akur dengan apa yang diputuskan dalam MT, jadi akurlah," kata Tengku Adnan.
Malam tadi, Muhyiddin menghadiri majlis berkenaan untuk menyampaikan ucapannya selaku timbalan presiden parti, selepas tidak dibenarkan membuat ucapan perasmian ketiga-tiga sayap parti dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 esok.
Turut hadir pada majlis itu ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota veteran parti Tan Sri Aziz Yassin. – Bernama

Dr Mahathir: Sudahkah Najib serah duit RM2.6b kepada Umno?

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengemukakan soalan terbaharu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung derma RM2.6 bilion.
Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Mahathir, selagi soalannya itu tidak dijawab, beliau tidak akan puas hati kerana suaranya mewakili rakyat.
"Sudahkah Datuk Seri Najib menyerahkan RM2.6 bilion ini kepada Umno? Saya nak tanyalah. Ini saya rasa bukan jenayah. Saya tanya sahaja.
"Kalau tak serah lagi, duit itu ada di mana? Untuk apa? Buat apa? Selagi tidak boleh terangkan kepada saya, saya tak puas hati. Rakyat semua nak tahu," ujarnya ketika berucap pada Majlis Bersama Timbalan Presiden Umno di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.
Turut hadir pada majlis itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Malah Mahathir turut memberitahu kehadirannya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), minggu ini juga untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan itu.
"Sepatutnya dalam Mesyuarat Agung Umno dalam penyata kewangan tahun lepas dan tahun sebelumnya disebut di dalamnya Umno telah menerima derma dari DS Najib sebanyak RM2.6 bilion. Siapa yang ingat ada dinyatakan dalam penyata kewangan (sebelum ini)?
"Kali ini pun saya nak dengarlah.‎ Sebab itu saya nak pergi ke mesyuarat agung Umno," katanya.
Menurutnya lagi, Bendahari Umno perlu menjelaskan kedudukan kewangan parti.
"Mengikut peraturan, bendahari Umno mesti jelaskan kedudukan kewangan Umno.
"Saya nak tahu ada tak RM2.6 bilion (dalam penyata kewangan Umno). Kalau tak ada, di mana wang itu?," tanyanya.

Zeti’s deputies, five others tipped to replace her

There’s precedent that a Deputy Bank Negara Governor goes on to become Governor of Malaysia’s central bank.
zeti_bnm_600
KUALA LUMPUR: Bloomberg has run snapshots of the eight people most likely to succeed Bank Negara Governor Zeti Akhtar Aziz when she leaves at the end of April next year. “Zeti is already preparing to leave,” reported Bloomberg. “Zeti was Deputy Governor when she took over in 2000.”
She has been with Bank Negara three decades.
According to Bloomberg, Zeti declined to say whether any of her three deputies would succeed her. “Given precedent, they have been included in the snapshots.”
Whoever is chosen as her successor will have “very big shoes to fill,” said Wellian Wiranto, an economist at Oversea-Chinese Banking Corp. in Singapore. “This is especially so since the global environment remains uncertain and Malaysia is deemed relatively vulnerable to swings in global investor sentiment — in part due to domestic political rumblings.”
The snapshots:
Awang-Adek-Hussin
Awang Adek Hussin, ambassador to the US
Speculation is rife that the former Deputy Finance Minister has been approached by Prime Minister Najib Abdul Razak to replace Zeti. Bloomberg said that it obtained the tip from three people who claimed to be in the know and requested anonymity.
Awang has a PhD in economics from the University of Pennsylvania’s Wharton School — Zeti’s alma mater.
He worked at the central bank for more than a decade from 1985 in departments including economics and banking regulation, and later became an assistant governor. He was appointed US Ambassador in 2014.

Mohd Irwan Serigar Abdullah, Secretary-General at the Treasury, Ministry of Finance

Mohd-Irwan-Serigar-AbdullahIrwan started his government career in the Economic Planning Unit (EPU) in 1984 and in 2003 joined the Finance Ministry, where he has held various positions.
Irwan has a PhD in economics from the International Islamic University Malaysia and holds a masters of science in energy management and policy from the University of Pennsylvania. He also sits on the boards of state oil company Petroliam Nasional Bhd. and one of Malaysia’s biggest pension funds.
Irwan, as well as the three Bank Negara deputy governors, are part of the central bank’s board of directors.

Muhammad-Ibrahim-Muhammad
Muhammad Ibrahim Muhammad, Deputy Governor, Bank Negara
He joined the central bank in 1984 and has been deputy governor since June 2010. He oversees international reserve management, and money market and foreign exchange operations. He has served in areas from banking supervision and regulation to insurance and offshore banking.
Muhammad was previously managing director at Danamodal Nasional Bhd, a bank recapitalization agency created during the Asian financial crisis in the 1990s.
He has a master’s degree from Harvard University.

Nor Shamsiah Mohd Yunus, Deputy Governor, Bank Negara

Nor Shamsiah joined the central bank in 1987.
Nor-Shamsiah-Mohd-YunusShe’s a Certified Practicing Accountant and was involved in policies to strengthen the banking system during the Asian financial crisis and in the development of regulation and guidelines for the financial sector.
She also helped formulate the Malaysian financial sector’s 10-year master plan through 2010. She became deputy governor in 2010 and oversees areas including banking, insurance, financial intelligence and enforcement.

Sukhdave-Singh
Sukhdave Singh, Deputy Governor, Bank Negara
He joined Bank Negara Malaysia in 1986 and was promoted to deputy governor in 2013.
He has served in the economics department, headed monetary policy research and was director of the monetary assessment and strategy department.
He has a PhD in monetary and international economics from Vanderbilt University. He has represented the bank at global macroeconomic and monetary-policy forums and chaired Southeast Asian task forces on regional exchange rate and currency cooperation.

Abdul-Wahid-OmarAbdul Wahid Omar, former banker and currently Minister in the Prime Minister’s Department
He joined the Cabinet in 2013 and heads the Economic Planning Unit (EPU).
Wahid, the son of a factory worker who grew up in poverty, earned his British accounting degree through a government scholarship.
Wahid has held top management positions in several government-linked companies and was chief executive officer of Malayan Banking Bhd., the country’s biggest lender.
“Two past CEOs of Maybank and an EPU member went on to become central bank governors,” noted Bloomberg.
Ismee Ismail, Tabung Haji CEO since 2006 and 1MDB director. Tabung Haji has RM58 billion in assets.
Noor Azlan Ghazali, member of the Monetary Policy Committee of Bank Negara.
Noor Azlan, vice-chancellor of Universiti Kebangsaan Malaysia, worked with Najib’s predecessor Abdullah Ahmad Badawi and served on the National Economic Action Council and in the EPU.
Noor Azlan has a master in public administration from Harvard University and a PhD in economics from the University of Nebraska-Lincoln.

Ucapan Muhyiddin tidak salah – Zainuddin

Berucap di luar merupakan cara terhormat bagi Muhyiddin yang telah dianiaya dan merupakan satu strategi bijak.
zam,muhyiddin
PETALING JAYA : Ucapan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru adalah tidak salah memandangkan Timbalan Presiden itu telah dilarang untuk berucap di Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, memberikan ucapan di luar daripada platform rasmi (PAU) merupakan cara terhormat bagi Muhyiddin yang telah dianiaya dan ia dilihat sebagai strategi bijak yang telah dimaklumkan oleh Muhyiddin kepadanya ketika bertandang ke cafe milik beliau di Putrajaya baru-baru ini.
“Bahawa lain-lain pemimpin UMNO juga tidak akan diberikan peluang untuk berucap tidak boleh mengesahkan larangan kepada Muhyiddin.
“Kepada umum yang cerdik sudah terang lagi bersuloh kerana matlamatnya adalah untuk menutup demokrasi bagi Muhyiddin,” katanya menerusi entri terbarunya dalam zamkata.blogspot.my.
Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam menambah, langkah untuk menyekat Muhyiddin berucap ternyata satu keputusan yang tidak bijaksana malah telah memberi kelebihan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
“Kehadiran Muhyiddin ke Perhimpuan Agung UMNO hari ini tentunya dengan aura yang lebih besar kepada kepada rakyat dan kepada perwakilan UMNO walaupun mereka berada dalam keadaan tertekan dan tak boleh bertepuk tangan tetapi beliaulah suara berani rakyat yang sanggup mengorbankan dirinya demi untuk kebenaran dan demokrasi.
“Perwakilan UMNO tidak akan meneriakan ‘Hidup Muhyiddin’ seperti teriakan palsu kepada Najib hari ini, tetapi di dalam hati seluruh perwakilan UMNO dan rakyat seluruh negara memberikan teriakan yang sama di dalam hati di samping bergabung atas kematian demokrasi dalam UMNO sempena dengan Perhimpunan Agung UMNO hari ini,” jelasnya.