Sabtu, 5 Disember 2015

Zahid dakwa terkena tempias kebencian terhadap Umno, dikatakan ‘kuat kipas PM’

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mempertahankan perdana menteri kerana prinsip kesetiakawanan selepas diberikan kepercayaan untuk membantu Datuk Seri Najib Razak. 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mempertahankan perdana menteri kerana prinsip kesetiakawanan selepas diberikan kepercayaan untuk membantu Datuk Seri Najib Razak.Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau turut terkena tempias golongan yang menanam kebencian mendalam terhadap Umno dan pemimpinnya terutama Datuk Seri Najib Razak sehingga dikatakan "kuat kipas", "kuat tolong" dan "kuat pertahankan perdana menteri".
Timbalan perdana menteri itu berkata beliau mempertahankan perdana menteri kerana prinsip kesetiakawanan selepas diberikan kepercayaan untuk membantu Najib.
"Jangan apabila kapal kena ribut atau dilanda gelombang, kita angkat dan tangkap nakhoda dan campak ke laut. Ini adalah sesuatu yang mengikut hukum agama sebab dalam perjuangan, sudah pasti setiap pemimpin akan mengalami ujian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan kepada 2,991 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Bagan Datoh di Bagan Datoh hari ini. Zahid, yang juga naib presiden Umno, meminta agar rakyat tidak terlalu membenci Umno serta pemimpinnya kerana mereka perlu sedar dan ingat jasa serta sumbangan parti keramat itu kepada mereka selama ini.
"Umno bukan hanya sebuah parti politik tetapi sebuah institusi sosial yang bukan hanya menterjemahkan agenda politik tetapi turut mewarnai pelbagai aktiviti sama ada dalam bidang pendidikan, agama, ekonomi dan sosial malah yang lebih penting, supaya negara kita menjadi lebih aman dan damai.

Anak muda akui terkesan kos sara hidup masa kini

fahimuddinSHAH ALAM, 5 DIS: Kenaikan tambang pengangkutan awam dan barangan keperluan harian memberi bebanan tambahan kepada rakyat yang berdepan kos sara hidup tinggi pada masa kini.
Tinjauan Selangor Kini dalam kalangan orang ramai khususnya anak muda mengakui perkara itu memberi kesan negatif terhadap rakyat yang sudah terkesan dengan pelbagai kenaikan sebelumnya seperti kadar tol, petrol dan diesel serta lainnya selain caj perkhidmatan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Fahimuddin Kassim, 24, berkata kerajaan perlu mengkaji semula kenaikan dilakukan ini kerana ia tidak selari dengan bebanan kos kehidupan tinggi dihadapi rakyat terutama di kawasan bandar.
“Lepas satu, satu naik. Ia mendatangkan kesusahan kepada rakyat terutama bagi mereka berpendapatan rendah dan sederhana.
“Anak muda yang baharu bekerja tentu menghadapi kesukaran dengan keadaan ini, ” katanya kepada Selangor Kini.
badrulBadrul Azhar Azni, 23, berkata, kenaikan terbabit jelas mendatangkan kesan kepada masyarakat terutama mereka yang menggunakan pengangkutan awam setiap hari.
hafiz“Segala perbelanjan akan terus meningkat dan ia mengecilkan kuasa membeli orang ramai.
“Pengangkutan awam antara penyelesaian terbaik mengurangkan kesesakan trafik dan menjimatkan kos. Tetapi kini ia bukan lagi pilihan terbaik kepada rakyat kerana kosnya semakin tinggi,” katanya.
Mohamad Hafiz Azizi, 16, turut bersetuju bahkan prihatin kepada golongan ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan bebanan ini selain bebanan sedia ada yang cukup menekan.
“Ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah pasti terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk menampung sebarang kenaikan.
“Kalau semuanya naik dan gaji masih kekal ditakuk lama, bagaimana rakyat boleh hidup harmoni” katanya.

Pemerintahan saya tak sama dengan Najib – Dr Mahathir

Najib mempunyai hutang RM42 bilion, dia buat syarikat sendiri dan dia jadi penasihat syarikat.
mahathir-najib
SENAWANG : Tun Dr Mahathir Mohamed menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai persamaan dengannya semasa menjadi Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sebaliknya mempersoalkan dakwaan yang dibuat oleh pihak terbabit.
“Apa yang Datuk Seri Najib buat dengan saya buat? Dia punya hutang RM42 bilion, dia buat syarikat sendiri. Dia jadi penasihat syarikat. Saya tak pernah buat.
“Macam mana orang boleh kata saya macam dia? Saya pun tak faham. Saya macam bapa dia, ya,” katanya pada Majlis Bicara Santai Bersama Mahathir Mohamad di sini pada Sabtu anjuran Anak Muda Negeri Sembilan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari salah seorang penonton yang bertanyakan mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ‘iras-iras’ kepimpinannya dahulu.
Dr Mahathir menambah, pemerintahan Najib juga berbeza dengan bapanya iaitu Tun Abdul Razak Hussein semasa menjadi Perdana Menteri.
“Bapa dia utamakan pembangunan orang Melayu. Saya masa jadi Perdana Menteri saya buat jalan, saya buat sekolah, kita buat klinik. Saya buat macam-macam di kampung.
“Tapi yang Najib buat hutang duit, sembunyi duit dalam dia punya akaun sampai RM2.6 bilion. Saya tak ada. Dalam akaun saya ada lah duit sikit. Tak sama,” jelasnya.

Dr Mahathir dakwa Najib diberi kuasa mutlak hingga ‘jual negara’

Memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara boleh menjual negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Disember, 2015.  
Memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara boleh menjual negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar langkah memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan baru-baru ini, katanya ia akan menyebabkan negara boleh dijual. Bekas perdana menteri itu berkata, kuasa mengisytiharkan darurat kini sudah dipindahkan daripada Agong kepada perdana menteri yang kini boleh menangkap sesiapa sahaja.
"Sekarang kuasa Agong sudah pindah kepada diri beliau (Najib). Beliau boleh isytihar darurat dan sesiapa yang dianggap bahaya boleh ditangkap," kata Dr Mahathir pada satu Wacana Anak Muda Negeri Sembilan di Senawang hari ini.

Beliau juga membayangkan risiko yang bakal dihadapi negara jika kuasa penuh diberikan kepada seorang perdana menteri atau raja, yang berkemungkinan menyebabkan masa depan negara terancam. "Jika kuasa mutlak diserah kepada orang tertentu, dan orang tertentu ditekan, pasti orang tertentu itu akan mudah menyerah kuasa kepada mereka yang menekan itu.
"Itu kesannya jika kita beri kuasa penuh kepada orang tertentu. Kalau beri kuasa penuh kepada perdana menteri atau raja, mereka boleh jual negara kita," katanya.
Sejarah membuktikan semasa zaman penjajahan dahulu, sekiranya kuasa mutlak diberi kepada pemimpin tertentu, negara dengan mudah akan diberi kepada orang lain, kata Dr Mahathir.
"Saya mula dengan zaman penjajah ke atas negara kita. Kita negeri Tanah Melayu yang amalkan pemerintahan monarki, raja berkuasa penuh.
"Dengan kuasa penuh, mereka ditekan dan akhirnya negara diberi kepada penjajah British. Sebelum itu, Siam. Kita dijajah Jepun dan British semula, sehingga sekarang," katanya.
Menurut Dr Mahathir, kuasa yang diberikan menerusi undang-undang tersebut kepada Najib akan membolehkannya mengisytiharkan darurat sewenang-wenangnya.
"Dia boleh isytihar darurat, kononnya ada 'security risk' (risiko keselamatan). Siapa-siapa yang dianggap sabotaj negara, boleh ditangkap.

Bukan tanggungjawab Umno selesaikan isu 1MDB, kata Hishammuddin

Umno tidak bertanggungjawab dalam isu 1MDB dan tidak akan menjelaskannya pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Disember, 2015.  
Umno tidak bertanggungjawab dalam isu 1MDB dan tidak akan menjelaskannya pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Umno tidak bertanggungjawab dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak akan menyelesaikannya walaupun kepimpinan parti itu digesa menjelaskan skandal berkaitan dana pelaburan negara itu pada perhimpunan agungnya minggu depan, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Katanya kepada akhbar New Straits Times (NST) dalam 1 wawancara, 1MDB adalah tanggungjawab kerajaan, dan ia kini sedang dalam proses menyelesaikan perkara itu.
Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya bagaimana parti itu mengendalikan polemik 1MDB dan "derma" RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri dan presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

"Umno tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu 1MDB, kerajaan yang bertanggungjawab. Saya realistik. Isu itu boleh diselesaikan dengan 3 cara. "Pertama, rasionalisasi 1MDB, di mana hutang syarikat itu perlu dihapuskan atau sekurang-kurangnya dikurangkan, tanpa ada pihak perlu membuat 'bail-out'," Hishammuddin dipetik sebagai berkata.
Langkah ke-2, katanya, melibatkan akauntabiliti dan yang ke-3, ketelusan.
"Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang menjalankan siasatannya dan Ketua Audit Negara akan membentangkan laporan akhirnya pada 17 Disember.
"Saya percaya kepada PAC dan Audit Negara. Saya berharap akan ada penghujungnya kepada masalah ini. Isu ini perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum."
Mengenai "derma" RM2.6 bilion itu, Hishammuddin berkata kepada NST, maklum balas yang diterima daripada akar umbi menunjukkan mereka memutuskan untuk memberi masa dan ruang kepada kepimpinan parti menjelaskan perkara itu.
Dalam 1 temu bual, bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam mendakwa Umno mengelak membincangkan isu seperti 1MDB, sumbangan politik dan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.
Beliau berkata Umno hidup dalam "dunia yang direkanya sendiri" jika ia fikir isu seperti itu tidak penting.
Musa menamakan isu tersebut, serta keputusan "tidak pernah didengari" tidak membenarkan Muhyiddin merasmikan perhimpunan sayap, sebagai alasan mengapa beliau percaya perhimpunan minggu depan akan menjadi salah 1 yang paling mencabar dan penting dalam sejarah negara.
Tetapi Hishammuddin berkata, perhimpunan agung itu akan berjalan seperti biasa, kecuali pemimpin sayap akan merasmikan perhimpunan mereka sendiri.

Rang undang-undang MKN masih boleh dihalang, kata Aziz Bari

Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara suatu penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan tetapi ia masih boleh dihalang, kata pakar perundangan Dr Abdul Aziz Bari. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Disember, 2015.  
Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara suatu penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan tetapi ia masih boleh dihalang, kata pakar perundangan Dr Abdul Aziz Bari.

Menyifatkan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) suatu penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, pakar perundangan Dr Abdul Aziz Bari berkata ia masih boleh dihalang daripada menjadi undang-undang walaupun diluluskan Dewan Rakyat Khamis lepas.
Pensyarah Universiti Selangor (Unisel) itu berkata ada 3 ruang pertahanan yang boleh diharapkan bagi mereka yang membantah rang undang-undang itu, bagi mencegah Malaysia menjadi sebuah negara polis dan diktator.
"Ruang pertahanan yang pertama ialah Dewan Negara.

"Ia boleh melewatkan rang undang-undang itu selama 12 bulan, membolehkan debat dan aktiviti mengetengahkan peruntukan kontroversi di dalamnya diadakan bagi memaklumkan kepada orang awam," Aziz memberitahu The Malaysian Insider. Bagaimanapun, beliau berkata mengikut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak ada kuasa menolak rang undang-undang itu yang menurutnya memberikan kuasa meluas kepada perdana menteri dan MKN dan boleh memberi kesan terhadap Perlembagaan.
Katanya, sekiranya rang undang-undang itu diluluskan Dewan Negara, ruang pertahanan seterusnya adalah Agong, di mana baginda perlu memberi perkenan mengikut Perkara 66(5) Perlembagaan.
Aziz berkata, walaupun Perkara 66(4A) Perlembagaan mengatakan sesuatu rang akan menjadi undang-undang sekiranya tidak mendapat perkenan Agong selepas 30 hari, ini sesuatu yang boleh diperdebatkan.
"Agong boleh memutuskan enggan menandatangani rang undang-undang itu dan ini akan mencetuskan krisis. Ini kerana pada 1994, Tun Dr Mahathir Mohamad meminda Perlembagaan membenarkan Parlimen tidak mengendahkan keputusan Agong.
"Tetapi apa yang menjadi masalah dengan pindaan 1994 itu ialah, ia tidak menerima perkenan Majlis Raja-raja seperti dikehendaki Perlembagaan.
"Justeru, timbul tanda tanya mengenai kesahihan pindaan yang dilakukan Dr Mahathir. Namun, dengan adanya krisis, ia membolehkan debat dibuka semula mengenai tindak-tanduk Dr Mahathir ketika pemerintahannya."
Aziz berkata, sekiranya Agong enggan campur tangan, rakyat Malaysia terpaksa bergantung kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan rang undang-undang itu tidak sah.
Beliau memberi amaran, sekiranya semua kaedah itu gagal menghalang rang itu daripada menjadi undang-undang, Datuk Seri Najib Razak mungkin akan membentuk "kepompongnya" sendiri dalam MKN sekiranya bimbang kehilangan kuasa.
Menurut rang undang-undang itu, MKN akan terdiri daripada perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri pertahanan, menteri dalam negeri, menteri komunikasi dan multimedia, ketua angkatan tentera, ketua setiausaha kerajaan dan ketua polis negara.

Musa Hitam salah tafsir sejarah Umno era Dr Mahathir, kata menteri

Tun Musa Hitam berkata keputusan Umno menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah parti itu walaupun di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Disember, 2015.  
Tun Musa Hitam berkata keputusan Umno menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah parti itu walaupun di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seorang menteri mendakwa bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam menyalah tafsir sejarah dalam kritikannya terhadap keputusan parti itu tidak membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan perhimpunan sayap minggu depan.
Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, walaupun benar Musa tidak “didiamkan” sewaktu persidangan agung ketika beliau menjadi timbalan presiden, ia kerana presiden ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang dengan tindak balas yang akan diterimanya.
“Gambaran yang Musa cuba wujudkan ialah Dr Mahathir lebih demokratik berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” tulis Salleh dalam blognya.

“Ini satu salah tafsir terhadap apa yang terjadi. Bukan bermakna Dr Mahathir tidak mahu mendiamkan Musa.

“Cuma Dr Mahathir bimbang untuk mendiamkan Musa kerana beliau dan Team B mempunyai sokongan 50% dalam Umno dan sekiranya Dr Mahathir cuba mendiamkannya, akibatnya mungkin akan terkena pada batang hidung sendiri dan akan memihak kepada Musa dan membantunya memperolehi lebih banyak sokongan.”

Dalam temuramah dengan The Malaysian Insider, Musa berkata sekatan Umno terhadap Muhyiddin pada perhimpunan agung minggu depan tidak pernah berlaku selama ini.

Musa berkata, walaupun pernah mempunyai pertikaian dengan Dr Mahathir pada lewat 1980-an, beliau masih dibenarkan merasmikan perhimpunan sayap, menyertai perbahasan dan membuat ucapan penggulungan. Tetapi Salleh berkata, Dr Mahathir akhirnya berjaya mendiamkan Musa, dengan membentuk Umno Baru dan tidak membenarkan Musa dan penyokongnya, termasuk Tengku Razaleigh Hamzah menyertainya.

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar mangkat - Al Fatihah

tunku jalil
Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim turut dikenali sebagai `putera rakyat'.

JOHOR BARU, 5 Disember:

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim mangkat di wad diraja Hospital Sultanah Aminah, di sini, hari ini.
Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada jam 7.10 malam. Jenazahnya akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah di Johor Baru esok.
Tunku Abdul Jalil adalah anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Beliau dilahirkan di Johor Baru, Johor pada 5 Julai 1990 dan kemudian dinobatkan sebagai Tunku Laksamana Johor di Muar pada 2012 oleh ayahandanya, Sultan Ibrahim sempena sambutan ulang tahun kelahiran Sultan Johor itu.
Putera raja itu turut ditauliahkan sebagai inspektor polis dan memegang jawatan itu dalam Ketua Kakitangan Diraja Istana Johor pada Oktober tahun ini.
Tunku Abdul Jalil adalah adik kepada Tunku Mahkota of Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Beliau yang menghidap kanser tahap empat dikenali sebagai “Putera Rakyat” kerana pendekatan semula jadi dan mesra terhadap semua bangsa penduduk Johor.  Sebuah Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor turut  dinamakan sempena namanya.

PRU14: Pasma umum sokong Pakatan Harapan

KEPALA BATAS - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) hari ini mengumumkan pendirian akan menyokong Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, Pasma merupakan pendokong Pakatan Harapan malah Pasma juga memberi kebebasan kepada ahli-ahlinya untuk memilih mana-mana parti dalam pakatan itu.
Phahrolrazi-Mohd-Zawawi. Phahrolrazi yang juga Adun Pengkalan Kundor, berkata pihak Pasma tidak akan menyokong parti pembangkang yang bersendirian seperti Pas.
"Tidak timbul isu bermusuh dengan Pas. Kita hanya tidak akan menyokong parti pembangkang yang bersendirian kerana kita berpegang kepada sistem pertandingan dua penjuru di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Pasma Kali Ke-2 di sini hari ini.

Beliau berkata, Pasma sentiasa bersedia menyokong dasar dan usaha Pakatan Harapan di negeri-negeri di bawah tadbirannya terutama Pulau Pinang.
Phahrolrazi turut mendesak kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil pendirian yang sama, seperti Kerajaan Pulau Pinang bagi menubuhkan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri. - Bernama

Pendekatan Malaysia terhadap Islam bahaya, kata Azmi Sharom

Pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom berkata, amat menakutkan khususnya bagi umat Islam, terutamanya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang memutuskan peruntukan dalam enakmen jenayah syariah Selangor, yang mengehadkan kebebasan bersuara, selari dengan Perlembagaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 5 Disember, 2015. 
Pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom berkata, amat menakutkan khususnya bagi umat Islam, terutamanya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang memutuskan peruntukan dalam enakmen jenayah syariah Selangor, yang mengehadkan kebebasan bersuara, selari dengan Perlembagaan

Cara agama dikendalikan di negara ini hari ini menampakkan satu bahaya yang jelas di mana perlindungan kepada rakyat yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan kini hanya menjadi satu ilusi, kata Dr Azmi Sharom. Ia amat menakutkan khususnya bagi umat Islam, terutamanya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang memutuskan peruntukan dalam enakmen jenayah syariah Selangor, yang mengehadkan kebebasan bersuara, selari dengan Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang itu.
Azmi merujuk kepada kes ZI Publications dan pengarahnya Mohd Ezra Mohd Zaid, yang memfailkan petisyen pada 2013 mencabar Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Ezra didakwa pada 2013 atas kesalahan di bawah seksyen itu kerana terlibat dalam penerbitan buku “Allah, Love and Liberty” (Allah, Cinta dan Kebebasan) yang ditulis Irshad Manji. "Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ezra seolah-olah memberi kuasa penuh kepada badan perundangan negeri membuat apa sahaja undang-undang yang mereka mahu di bawah nama Islam, walaupun ia sebenarnya merampas hak kita yang dilindungi Perlembagaan.
"Dari segi hak asasi manusia, ia sangat berbahaya. Apa yang berlaku sekarang ialah, perlindungan yang kita sepatutnya dapat kini menjadi ilusi," katanya pada satu forum mengenai Islam dalam Demokrasi Perlembagaan hari ini.
Katanya, sejak beberapa dekad yang lalu, keadaannya ialah "hanya satu versi yang betul" apabila berurusan dengan hal ehwal Islam di Malaysia.
Beliau berkata, mereka yang tidak bersetuju dengan versi ini berdepan kemungkinan akan dihukum.

Tun M answers questions on 1MDB

Tun M again asks where the RM2.6bil donation came from

Ku Li: Islam membangun tapi ‘tersalah letak’

Jangan kita termasuk perangkap mencipta suatu birokrasi agama, kata Ku Li.
tengku-razaleigh-hamzah-jakim
KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah membidas pembangun Islam di Malaysia dan ‘salah letak’ kedudukan agama itu dalam Perlembagaan, dengan merujuk kepada kerakusan pihak berkuasa agama.
“Nampaknya kita tidak pedulikan peruntukan (untuk agama-agama lain di Malaysia) dan mengambil jalan mudah dengan meletakkan Islam pada kedudukan bukan dalam konteks yang dihasratkan Perlembagaan,” katanya dalam ucapan di forum Islam dalam Demokrasi Berperlembagaan, anjuran G25 hari ini (Sabtu).
Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata keadaan ini, antara lain, mendorong kewujudan fatwa-fatwa tidak rasmi yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan oleh ulama-ulama lantikan sendiri.
Beliau mengeluh ulama-ulama bertauliah sering mendiamkan diri walau pun sebahagian besar orang-orang kebanyakan tidak selesa dengan fatwa-fatwa jenis itu.
“Kebiasaannya mereka memberi pandangan yang berlawanan berkenaan satu-satu perkara, seraya menyebabkan kekeliruan.
“Malahan juga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) marah apabila pandangan-pandangan yang meresahkan jabatan itu disuarakan di ruang awam. Amalan akademik, wacana dan perbincangan yang tak lapuk dek hujan nampaknya tidak digemari jabatan itu.
“Malang bagi kita kerana pendekatan ilmiah pasti menguja minat, terutamanya di kalangan muda-mudi, yang mahu menyingkap dan memahami Islam dengan lebih mendalam. Lebih mendukacitakan apabila masyarakat merasakan seolah-olah ada polis moral lantikan sendiri berkeliaran di sana-sini dan mencampuri kehidupan peribadi orang kebanyakan.”
Ku Li menegaskan kerajaan perlu melihat kembali bagaimana negeri-negeri Melayu mentadbir hal-ehwal Islam sebelum dan beberapa ketika selepas 1957, terutamanya majlis agama Islam yang dibentuk sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.
Beliau menjelaskan cara yang digunakan ketika itu telah mendirikan urustadbir Islam yang sistematik dan menghapuskan ketidakcepakan seperti kependuaan pengumuman agama dan percanggahan keputusan.

BERAPA RIBU BOLEH HADIR?

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin nyata sudah berani bangun untuk melawan berikutan sekatan yang dikenakan terhadapnya untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun ini.

Sebagai tindak balas atas larangan tersebut, beliau dijadual akan mengadakan suatu perhimpunan untuk menyampaikan amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada hari Isnin, 7 Disember jam 8.30 malam.

Dengan mengadakan perhimpunan itu, bermakna Muhyiddin akan terus mara ke hadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang dalam perjuangannya untuk berhadapan dengan Najib Razak yang semakin terhakis sokongan rakyat terhadapnya.

Siapa lagi dijangka hadir? Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal akan hadir sama?

Di sebalik sama ada hanya Muhyiddin yang hadir atau ada pemimpin lain akan turut serta, persoalan utama yang perlu diambil kira ialah berapa ramai dijangka boleh bersama-sama dalam perhimpunan itu nanti?

Lima ribu, sepuluh ribu atau lebih daripada itu? 

Adakah pula Najib Razak dan para penyokongnya hanya akan berdiam diri saja dan tidak melakukan sebarang usaha untuk menyekat kehadiran orangramai ke program tersebut?

Hudud: Umno tipu Pas

Husam Musa
KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Umno jelas menipu Pas apabila tidak memberi laluan kepada parti itu untuk membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Berucap selepas Majlis Pelancaran Buku Peringatan Orang Terpedaya di Gelanggang Seni, di sini, malam tadi, Adun Salor itu berkata, kegagalan Pas itu  disebabkan sikap pimpinannya yang terdahulu melanggar keputusan mesyuarat mengenai perkara itu.
“Kita boleh ditipu sebab kita tak pakai keputusan mesyuarat, kita telah tetapkan tidak boleh bawa sendiri (Rang Undang-undang Persendirian) Akta 355, sebab kalau kita bawa bukan Islam akan ‘celik’ mata, Majlis Raja-Raja masih masih  tidak lulus lagi.
“Kita juga nak ahli parlimen semua sokong khususnya BN yang mempunyai banyak kerusi, jadi jika dah bincang dengan BN, biarkan dia bawa (usul), tetapi kita gatal nak bawa sendiri, lepas tu jadi ke tidak sekarang?,” soalnya di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya.
Husam yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan turut mendakwa, jika sebelum ini Pas begitu bersemangat untuk melaksanakan hukuman ini, tetapi kini pimpinannya senyap apabila rang undang-undang itu gagal dibentangkan.
“Tak jadi kenapa senyap semua, dulu ceramah seluruh Kelantan, pinda enakmen hudud, dum dum dicanang sana sini, lepas itu bawa bulan  April kena tipu,  bawa bulan Jun, kena  tipu, bawa bulan Oktober ghaib, bulan November habis, Disember senyap,

Mat Sabu jurucakap DAP, kata PAS

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan Isis juga strategi DAP untuk terus memburukkan PAS yang kini dianggap musuh nombor satu DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Disember, 2015. 
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan Isis juga strategi DAP untuk terus memburukkan PAS yang kini dianggap musuh nombor satu DAP.

Kenyataan Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) hanya mengesahkan yang presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu bertindak sebagai jurucakap kepada DAP, kata parti Islam itu hari ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali berkata, ia juga strategi DAP untuk terus memburukkan PAS yang kini dianggap musuh nombor satu DAP.
Memetik sumber dalaman, Mustafa berkata, kenyataan Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sebenarnya tidak dipersetujui sebahagian besar pimpinan utama Amanah, tetapi beliau terus membuat kenyataan tanpa merujuk mereka.

Katanya, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding kepentingan Amanah, yang beliau sendiri sedar kini kehilangan “steam” dan momentum selepas hanya beberapa bulan ditubuhkan. "DAP di bawah Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
"Oleh itu, Mat Sabu cuba mengaitkan PAS dengan Isis untuk menakutkan pengundi Cina.
"Khabarnya, Mat Sabu juga mendapat jaminan Lim untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam PRU ke-14 akan datang, sama ada di bawah simbol Amanah atau DAP," katanya.

Pemimpin Pas Kelantan jangan takbur

Husam-600x360 KelantanTV
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata sikap dalaman manusia yang takabur dan sikap itu perlu dibuang sekiranya mahu kekal di Kelantan.

KOTA BHARU, 5 Disember:

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengingatkan pemimpin Pas di Kelantan supaya jangan terlalu takbur dalam ucapan ceramah dengan memberitahu bahawa Pas adalah sebuah parti yang kuat dan sudah lama dalam arena politik negara.
Beliau berkata, ada pemimpin negeri yang seolah-olah mengatakan parti lain tidak kuat sambil merujuk kepada dakwaan mengatakan parti Amanah adalah parti beg poli, sebelum ini.
Malah, katanya, pendekatan seperti itu bukan amalan Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dahulu.
“Saya mahu ingatkan diri sendiri dan iaitu kita kena ingat kata-kata Tok Guru apabila beliau memberitahu Pas Kelantan kuat tetapi tidak cukup kuat.
“Seperti di Kedah kita terlalu kuat tetapi tidak menang. Di Terengganu terlalu kuat sehingga kalah semula selepas menang seketika,” katanya.
Katanya, di Kelantan memang kuat tetapi kena juga berpakat dengan orang lain seperti mana dalam mesyuarat dahulu apabila Tok Guru mengatakan `galah kita panjang tetapi tidak cukup tiga inci untuk ambil buat kelapa’.
Jelasnya, perkara ini berkaitan sikap dalaman manusia yang takbur dan sikap itu perlu dibuang sekiranya mahu kekal di Kelantan.
“Di Kelantan kena ingat kita menang dulu bukan sebab Pas kuat tapi kita tambah dengan kekuatan org lain
termasuk kita dengan bukan Islam dan inilah yang mahu ditunjukkan oleh (Allahyarham) Tok Guru Nik Aziz.
“Umno dulu guna MIC dan MCA sebagai tongkat mereka selain parti-parti lain.
“Kalau Pas nak berjaya di Malaysia parti ini juga kena banyak tongkat. Kita patahkan tongkat Umno dan kita ambil alih untuk kita pula,” katanya dalam ucapan pelancaran buku Peringatan Orang Terpedaya di Dewan PPK, di sini, malam tadi.

Skandal RM2.6b: Najib sengaja pilih hari terakhir sidang dewan?

Datuk Hamidah Osman SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa sengaja memilih untuk menjelaskan isu RM2.6 bilion pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat bagi mengelak dipersoal oleh pembangkang.
Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, ia merupakan sebahagian daripada taktik Najib daripada terus ‘diserang’ dengan isu tersebut.
“Itu taktik beliau untuk meredakan isu tersebut daripada pertikaian hebat pembangkang. Dan kalau hanya itulah jawapan yang kami (rakyat) terima, kami memang hampa.
“Seluruh dunia sudah tahu isu RM 2.6 bilion, beliau tidak boleh mempersendakan kami sebegini,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Dewan Rakyat pada Khamis menyaksikan,  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Najib untuk menjelaskan isu berkaitan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Tindakan Zahid mewakili Najib itu bagaimanapun mengundang kritikan keras pembangkang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said‎ kemudiannya menjelaskan, ketidakhadiran Najib di Dewan Rakyat bagi menjelaskan sumbangan dana RM2.6 bilion pada hari tersebut kerana telah dinasihatkan Peguam Negara untuk tidak berbuat demikian.

Isu RM2.6 bilion serius, 3 minit tidak cukup, kata Dr Mahathir

 Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan Putrajaya yang mengambil masa hanya 3 minit membuat penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat sebelum ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Disember, 2015.  
Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan Putrajaya yang mengambil masa hanya 3 minit membuat penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat sebelum ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan Putrajaya yang mengambil masa hanya 3 minit membuat penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat sebelum ini.
Bekas perdana menteri itu menyifatkan hal tersebut sebagai suatu yang serius dan sewajarnya penjelasan dibuat secara terperinci.
"Itu menunjukkan beliau tidak menghiraukan ketidakpuasan hati orang ramai.

"Ia hal yang serius, jadi kamu sepatutnya jelaskan dengan baik, bukannya (dalam masa) 3 minit," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menghadiri program Wacana Anak Muda Negeri Sembilan di Senawang hari ini. Pada Khamis, penjelasan yang dinantikan di Dewan Rakyat berhubung wang yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib menjadi hambar apabila perdana menteri menyerahkan perkara itu kepada timbalannya.
Ahli Parlimen bukan sahaja tidak dibenarkan mengemukakan soalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, atau membahaskan jawapan yang diberikan, malah penjelasan itu keseluruhannya hanya mengambil masa 3 minit.
Dr Mahathir berkata, seluruh dunia mengetahui mengenai wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib itu, sambil mengulangi gesaan supaya nama penderma yang dikatakan menyumbang wang untuk tujuan politik itu didedahkan.
"Satu dunia tahu mengenai wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib. Kita nak tahu siapa penderma itu. Siapa dia dan datang dari mana?" soalnya.
Lebih mengecewakan Dr Mahathir, pada perhimpunan agung kali ini perwakilan dilarang bercakap isu sensitif seperti RM2.6 bilion dan juga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Yang hanya boleh berucap adalah presiden. Timbalan presiden tidak boleh berucap.
"Perwakilan juga dilarang daripada sentuh isu tidak disenangi presiden, contohnya isu RM2.6 bilion dan 1MDB," katanya.
Beliau berkata, situasi ini tidak mencerminkan demokrasi yang sudah lama wujud dalam Umno sehingga pelbagai sekatan dibuat.

Skandal RM2.6b: Kerajaan tak hirau rakyat


Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi memberikan jawapan atau penjelasan yang ditunggu-tunggu berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion di parlimen dalam masa tiga minit menunjukkan bahawa kerajaan tidak prihatin dengan kebimbangan rakyat mengenainya.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, isu ‘derma’ itu adalah penting dan memerlukan lebih banyak masa untuk menjelaskannya dengan baik.
"Ini menunjukkan bahawa dia tidak menghiraukan rasa tidak puas hati rakyat.
"Ia adalah satu perkara yang sangat serius, jadi dia perlu menjelaskan dengan betul, bukan dalam tiga minit," kata Dr Mahathir dalam satu sidang media di Senawang hari ini.
Jawapan atau penjelasan yang ditunggu-tunggu berhubung dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Najib Razak di Dewan Rakyat pada Khamis lalu dianggap sebagai antiklimaks.
Pertama, bukan sahaja Najib gagal tampil bagi menjelaskan sendiri apa sebenarnya yang berlaku, tetapi tanggungjawab itu diserahkan kepada ayam tambatan barunya, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kedua, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) berkata, ahli parlimen bukan sahaja tidak dibenarkan mengemukakan sebarang soalan tetapi mereka juga tidak boleh membahaskan jawapan atau penjelasan yang diberikan.
Ketiga, Ahmad Zahid ‘menjelaskan’ semuanya mengenai dana RM2.6 bilion itu dalam masa kira-kira tiga minit.
Katanya, dana di akaun Najib itu masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang secara terbuka.
Malah, Zahid berkata siasatan berhubung isu itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

'Saya tak macam Naib, tapi Tun Razak' - Mahathir

Walaupun sebelum ini pernah melobi supaya Datuk Seri Najib Razak diangkat sebagai perdana menteri, di mata Tun Dr Mahathir Mohamad anak Tun Abdul Razak Hussein itu langsung tidak memiliki persamaan dengannya.
Sebalikya, kata Dr Mahathir, beliau lebih hampir menyerupai Abdul Razak sendiri yang juga perdana menteri kedua Malaysia.
 "Apa yang Najib buat sama seperti saya? Dia ada hutang RM42 bilion, dia membuka syarikat sendiri (merujuk kepada 1MDB) dan menjadi penasihat.
"Saya tak pernah buat semua itu. Macam mana orang kata saya macam dia? Saya tak faham betul
"Tapi kalau macam bapa dia (Abdul Razak), ya," katanya disambut sorakan hadirin yang mendengar ucapannya di Senawang, Negeri Sembilan hari ini.
Pemimpin veteran berusia 90 tahun itu kemudian menjelaskan bagaimana Abdul Razak - dan beliau sendiri - memberi keutamaan kepada pembangunan orang Melayu.
"Masa saya menjadi perdana menteri saya buat jalan raya, sekolah dan klinik. Saya buat macam-macam (pembangunan) di kampung.
"Tetapi apa yang Najib lakukan adalah sembunyikan duit dalam akaun dia sampai RM700 juta. Saya tidak (begitu).
"Dalam akaun saya adalah sikit tapi tak sama jumlahnya,” katanya sambil disambut dengan tawa hadirin yang memenuhi dewan tersebut.
Najib kini menghadapi kritikan terhadap pelbagai isu, terutamanya yang berkaitan dengan idea 1MDB beliau serta dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun persendiriannya.
Bagaimanapun, Najib telah secara konsisten menafikan sebarang salah laku atau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Perdana Menteri juga mendakwa bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkannya.

Dr Mahathir: Najib rampas kuasa Agong, raja

Tindakan Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan merampas kuasa Yang Dipertuan Agong, dakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Akta itu juga, kata Dr Mahathir, MKN juga akan memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain mengurangkan kuasa raja-raja.
“Kuasa Agong sekarang telah dipindahkan kepada beliau (Najib).
 "Dengan kuasa itu, dia boleh mengisytiharkan darurat dengan mendakwa terdapat ancaman keselamatan. Siapa saja yang didakwa cuba sabotaj negara boleh ditangkap," katanya di majlis Bicara Santai Bersama Dr Mahathir di Senawang hari ini.
Proses pembentangan dan undian rang undang-undang itu didakwa dilakukan secara tergesa-gesa pada hari terakhir sidang parlimen kali ini.
Ia mendapat bantahan keras daripada wakil rakyat pembangkang hingga memaksa perbahasan berlarutan hampir enam jam, sebelum diluluskan melalui undi belah bahagi.
Ketika undian dijalankan rang undang-undang itu mendapat 107 undi menyokong manakala 77 undi menolak.
Dilulus undian majoriti
Antara hujah ketika perbahasan pembangkang adalah bahawa rang undang-undang itu menghakis kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.
Rang undang-undang itu antara lain, memberi perdana menteri - atas kedudukannya sebagai Pengerusi MKN - kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan daripada anggota majlis berkenaan.
Apabila pengisytiharan dibuat, pasukan keselamatan dibenarkan membuat tangkapan, mengawal pergerakan, menahan atau memindah suspek, menyita dan menggeledah, merampas atau memusnahkan harta serta mengetepikan inkues dikemukakan pihak berkaitan.
Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas rang undang-undang yang diluluskan secara undi majoriti Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.

Why I'm hard-hitting on Najib, says Tun M

Malaysia not ready for Wawasan 2020, says Tun M

Tun M talks on Umno politics

Bicara Negarawan Tun Dr. Mahathir - Edisi Senawang

Husam 'tembak' Nik Abduh: Tak sekolahkah?


Selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Harian PAS Pusat dan menyatakan untuk 'meletak senjata' buat seketika Datuk Husam Musa tetap garang dalam ceramahnya malam tadi.
Mendakwa mahu "membayar hutang" yang belum sempat dilunaskan sebelum ini, Adun Salor itu menghalakan kritikannya kepada beberapa pemimpin kanan Kelantan.
Mereka ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Exco Pembangunan Islam, Datuk Nassuruddin Daud.
Dalam 'buah kilas' yang disampaikan ketika ceramah di Kota Bharu itu Husam membidas Nassuruddin yang meletakkan hukum haram atas perbuatannya membuka rahsia kerajaan negeri.
Namun Husam berkata, teguran bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali jauh lebih keras.
"Tok guru tegur dan marah apabila Mustafa keluarkan kenyataan misi 16 September tidak akan berjaya. Beliau buat teguran terbuka ketika berceramah di Taman Melewar pada 2008 atau 2009.
"Ramai orang terkejut, kenapa tok guru marah sangat kepada Mustafa?
"Dia juga marah kepada (Datuk) Nasaruddin Mat Isa (bekas Timbalan Presiden PAS). Tok guru kata kalau nak berbaik dengan Umno, masuk Umno teruslah jangan heret PAS," kata Husam di depan lebih 500 hadirin di majlis pelancaran buku Peringatan Orang Terpedaya terjemahan Ustaz Rahimi Rashid.
Mula buat perangai
Adun Salor itu menyifatkan, qias digunakan oleh Nassuruddin seperti iblis yang ingkar perintah Allah apabila disuruh tunduk kepada nabi Adam.
"Qias ustaz (Nassuruddin) antara bongkar rahsia Rasullulah dan saya tegur kerajaan negeri tidak sama. Tak boleh buat qias seperti itu. Setakat saya belajar dengan gemuloh ayoh ambo (arwah ayah saya) dulu, itu orang yang guna qias iblis, iaitu apabila Allah suruh malaikat tunduk kepada adam, iblis kata tak nak.
"Alasan iblis, sebab Adam diperbuat daripada tanah, manakala iblis rasa lebih mulia dia dibuat daripada api. Padahal itu perintah Allah," jelas Husam.
Terdahulu, Nassurrudin yang juga Adun Meranti mengeluarkan kenyataan ketika sambutan 60 tahun PAS dengan menyifatkan Husam mula "membuat perangai" selepas ketiadaan Nik Aziz.
Sementara itu, Husam turut membidas kenyataan Ahmad yang disifatkan 'takbur' dengan kekuatan PAS Kelantan berbanding Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru ditubuhkan.
"Kita di Kelantan dulu berjaya kerana kita ada sifat tawaduk walaupun pada waktu PAS di negeri lain berasa sangat kuat. Sekarang pun saya dengar ucapan pemimpin PAS kebelakangan ini tak lari daripada 'kuat' semata-mata.
"PAS kuat, PAS parti yang paling lama, tertua. Orang lain tak kuat, PAS berpengalaman, parti oren parti poly bag, tak kuat... Saya nak ingatkan diri saya dan kawan-kawan - kalau kita nak menang lagi pilihan raya, kita kena ingat apa yang Tok Guru Nik Aziz kata, PAS ini kuat tapi tak cukup kuat," kata bekas exco kanan Kelantan itu.

Ku Li: New NSC powers a matter of expediency

Veteran MP points out that the Prime Minister already has to report to the Agong once a week.
Tengku-Razaleigh-Hamzah.najib
PETALING JAYA: The concentration of power in the hands of the Prime Minister to declare security areas under the National Security Council Bill does not necessarily sideline the monarchy, says Umno elder statesman Tengku Razaleigh Hamzah.
“It’s a question of expediency. After all, the Yang di-Pertuan Agong must still accept the advice of the Cabinet. In this instance, the Cabinet was thinking of expediency more than anything else. After all, the Prime Minister briefs the Agong once a week, which is according to practice,” he told reporters outside a forum held by G25 here today.
However, Tengku Razaleigh said that he would not yet consider the enhanced powers of the NSC to be an usurpation of the Yang di-Pertuan Agong’s role and power, not until he had seen abuses as had happened with the now-repealed Internal Security Act.
Tengku Razaleigh, who is MP for Gua Musang and the longest-serving member of Parliament, said: “People in civil society and from the Opposition are not very happy with it, but I personally feel that if the Bill is implemented and is not abused, they will be able to accept it.”
His comments were in response to the enhanced powers provided to the prime minister and the National Security Council under a Bill passed by the Dewan Rakyat on Friday. Opposition politicians have said the Bill provided the prime minister with dictatorial powers and were designed to ensure the ruling party would continue in power.
Tengku Razaleigh said: “Of course, if it has been designed for other purposes, there will be big question marks not just about our government today but also on the future of our country.”

Kit Siang gesa Dewan Negara veto RUU MKN 2015

Kit Siang berkata RUU itu diluluskan "secara terburu-buru" selepas dikemukakan "secara mengejut", kemudian "dibentang secara curi-curi" pada 1 Disember, bahkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional juga tidak dimaklumkan mengenainya sebelum itu.
kit siang
KUALA LUMPUR: Dewan Negara digesa supaya ‘veto’ (membatalkan) Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya RUU itu dihantar semula ke Dewan Rakyat untuk perbahasan lanjut.
RUU itu, yang memberikan kuasa-kuasa baharu yang luas kepada pemerintah, berjaya melepasi bantahan parti-parti pembangkang dengan undian 107-74 di Dewan Rakyat pada Jumaat yang bersidang pada larut malam.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengelar RUU itu “undang-undang yang merosakkan” dan “rampasan kuasa gandaan empat” menggantikan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri, dan autonomi Sabah dan Sarawak.
Beliau mahu Dewan Negara yang akan bersidang pada Isnin nanti sehingga 22 Disember depan memulangkan RUU itu ke Dewan Rakyat. Di samping itu, Kit Siang mahu Dewan Undangan Negeri Sarawak mengarahkan dua senator negeri itu iaitu, Dayang Madinah Tun Abang Openg dan Datuk Lihan Jok berkempen menentang RUU itu.
Dewan legislatif Sarawak juga akan mengadakan sidang mesyuarat terakhir tahun ini pada Isnin.
Kit Siang berkata RUU itu diluluskan “secara terburu-buru” selepas dikemukakan “secara mengejut”, kemudian “dibentang secara curi-curi” pada 1 Disember, bahkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional juga tidak dimaklumkan mengenainya sebelum itu.
Bacaan kedua dan ketiga RUU disegerakan pada Jumaat.

Wartawan veteran curigai MKN


Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Khamis didakwa untuk melengkapkan kuasa mutlak kepada perdana menteri untuk mengisytiharkan darurat.
Mengambil kira tranformasi MKN selama ini, Majlis Gerakan Negara (Mageran) merupakan badan pentadbiran negara pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei sekitar tahun 1969.
Mageran juga dipengerusi oleh bapa Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Jabatan Perpaduan Negara di bawah Mageran telah diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat pada masa itu.
Semasa pentadbirannya, Mageran membentuk prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia sehingga hari ini. Mageran dibubarkan pada 1971 seiring dengan pemulihan parlimen.
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berhujah bahawa penubuhan Mageran adalah "perkara yang baik".
"Ia telah ditubuhkan untuk membuat orang memahami bahawa dalam keadaan kecemasan, kerajaan perlu berurusan dengan perkara-perkara dengan cara yang drastik.
"Ia juga ditubuhkan untuk membina keyakinan rakyat terhadap kepimpinan," katanya.
Tindak balas kepada ancaman kabur
Malah, Zainuddin berkata Abdul Razak, adalah seorang pemimpin yang berjaya mendapat keyakinan daripada semua parti politik - kecuali DAP - melalui penubuhan Majlis Perundingan Negara ketika itu.
"Saya tidak tahu sejauh mana MKN akan dapat mencapai matlamat yang baru jika orang tidak dapat melihat keikhlasan dari segi pendekatannya," katanya.
Zainuddin juga percaya bahawa Najib sememangnya cuba untuk mengukuhkan kuasanya melalui MKN.
Menurut Zainuddin, tidak ada pemimpin yang berjaya untuk terus berkuasa tanpa beberapa manipulasi.
"Najib sedang cuba mengekalkan kedudukan dengan menunjukkan bahawa dia kononnya mengamalkan demokrasi dengan memberi contoh pihak yang tidak bersetuju dengannya boleh mengkritik, tetapi itu semua ejekan," tegas Zainuddin.
Sementara itu, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menegaskan Mageran ditubuhkan sebagai tindak balas kepada peristiwa sebenar - rusuhan kaum 13 Mei.
MKN yang baru pula, kata Kadir, seolah-olah tindak balas kepada sesuatu tahap yang tidak menentukan ancaman keselamatan.
"Tahap ancaman dipersoalkan untuk mewajarkan akta seperti itu. Juga, kerana peristiwa 13 Mei, banyak undang-undang dan peraturan yang telah diperkenalkan untuk memastikan keselamatan negara dan keselamatan rakyat.

Skandal RM2.6b: Dua setengah jam Najib disoal SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya menyoal siasatan Datuk Seri Najib Razak hari ini berhubung wang bernilai RM42 juta yang dimasukkan ke syarikat SRC International Sdn Bhd serta dana RM2.6 bilion di akaun persendirian perdana menteri.
Proses itu berlangsung di bangunan parlimen pagi tadi.
 Menurut sumber, beberapa pegawai kanan terlibat dalam proses mengambil keterangan berkenaan.
Najib adalah pemimpin tertinggi kerajaan pertama disoal siasat SPRM ekoran siasatan kes membabitkan rasuah setakat ini.
Sementara itu dalam kenyataan dikeluarkan SPRM, pegawai agensi antirasuah itu menghabiskan masa dua setengah jam bersama Najib.
Perdana Menteri telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM,” menurut kenyataan itu.
Isu dana itu mula didedahkan akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) dan laman sesawang Sarawak Report pada Julai lalu.
Najib kemudian mendakwa wang RM2.6 bilion itu adalah derma daripada hartawan Timur Tengah menjelang pilihan raya umum lalu. Ia kemudian disahkan oleh SPRM.
Bagaimanapun SPRM masih menyiasat kes berkenaan untuk memastikan ia bukan rasuah politik.

Husam bela Nurul Izzah

Adun Salor, Datuk Husam Musa, menggesa pemimpin kerajaan khususnya lelaki yang menyerang MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar supaya mempamerkan sifat kelelakian mereka.
Sambil merakamkan simpati kepada Nurul Izzah, Husam berkata, serangan berkaitan dakwaan mempunyai hubungan dengan anak pemimpin raja Sulu itu adalah perkara yang dibuat-buat.
"Ia perkara yang sengaja direka untuk menyerang untuk menyusahkan pembangkang, termasuk Nurul Izzah.
"Jadi saya minta, golongan lelaki yang menyerang (Nurul Izzah) itu mempamerkan sifat kelelakian.
"Janganlah kerana Nurul Izzah itu perempuan, mereka berani serang, tak patutlah," katanya kepada media selepas majlis penyampaiakn Kunci Rumah Sumbangan yayasan Darul hijrah, di kampung Manjor, Kuala Krai, semalam.
Nurul Izzah menjadi sasaran kritikan BN apabila gambanya bertemu dengan anak pemimpin Sulu, Jacel Kiram, tersebar dalam Facebook.
Gambar itu bertarikh 9 November.
Kata Husam, Nurul Izzah tetap diserang dengan sengit walaupun perkara itu bukanlah isu yang substantif.
"Katakan (misalnya) yang jumpa dengan anak bekas pemimpin Sulu itu adalah anak Datuk Seri Najib Razak, saya yakin dia tidak akan dilakukan seperti Nurul Izzah.
"Isu negara yang lebih besar adalah 1MDB, bagaimana negara diuruskan tetapi tidak menjadi satu kesalahan. (Mengapa) yang jadi salah adalah jumpa orang?
"Janganlah kerana Nurul Izzah itu perempuan, mereka berani serang, tak patutlah.
"Kalau berani mereka patut perbetulkan Najib, bukan Nurul Izzah," jelasnya.

Bukan Islam dalam Amanah boleh pegang jawatan penting, buat keputusan

Berlainan dengan PAS, ahli bukan Islam dalam Amanah boleh menjawat jawatan kanan sehingga ke peringkat membuat keputusan, menurut presidennya Mohamad Sabu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Disember, 2015. 
Berlainan dengan PAS, ahli bukan Islam dalam Amanah boleh menjawat jawatan kanan sehingga ke peringkat membuat keputusan, menurut presidennya Mohamad Sabu.

Orang bukan Islam boleh menjadi ahli penuh dan memegang jawatan membuat keputusan dalam Parti Amanah Negara (Amanah), dalam usaha parti baharu itu mereformasi politik Islam di Malaysia, kata presidennya Mohamad Sabu.
Katanya, ia sebahagian fokus Amanah dalam membawa politik dengan imej urus tadbir baik (good governance), amanah dan inklusif, selari dengan prinsip Islam.
Ia berbeza dengan parti Islam lain yang memberi tumpuan kepada isu aqidah dan pelaksanaan undang-undang Syariah, kata Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Imej Islam buruk kerana umatnya. Islam (dianggap) agama pembunuh, pencetus huru hara, aniaya wanita, diskriminasi agama lain dan sebagainya," katanya kepada The Malaysian Insider. "Kita mahu, bila Amanah muncul, ia disokong pelbagai pihak. Dan orang bukan Islam tidak gerun dan gentar lagi bila sebut Islam," kata bekas timbalan presiden dan bekas aktivis PAS itu.
Bagi merealisasikan hasrat ini, Amanah mengambil pendekatan terbuka kepada orang bukan Islam, berbanding PAS yang menerima orang bukan Islam hanya sebagai ahli tidak penuh dan boleh memegang jawatan dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sahaja.
Namun untuk menjaga kepentingan Islam sebagai dasar parti, Mat Sabu berkata presiden dan timbalan presiden Amanah hendaklah menghayati dan komited dengan ajaran Islam.
Mat Sabu dan sekumpulan pemimpin "progresif" meninggalkan PAS selepas kalah teruk dengan golongan konservatif dalam pemilihan parti pada Jun.
Mereka meninggalkan PAS setelah tidak bersetuju dengan kepimpinan baharu yang konservatif berhubung hala tuju parti.
Menurutnya, dari segi amalan, orang Jepun yang bukan beragama Islam, jika menerima Allah dan Rasul, boleh menjadi umat terbaik.

Selepas setuju tidak serang PAS, Husam bidas dokumen sulit dibocor

Datuk Husam Musa menafikan dakwaan Facebook pro-ulama PAS yang menuduh seorang kakitangan kerajaan Kelantan membocorkan maklumat kepadanya.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Disember, 2015. 
Datuk Husam Musa menafikan dakwaan Facebook pro-ulama PAS yang menuduh seorang kakitangan kerajaan Kelantan membocorkan maklumat kepadanya.

Walaupun dikatakan bersetuju tidak akan bercakap secara umum isu dalaman parti selepas pertemuan dengan Dewan Harian PAS baru-baru ini, Datuk Husam Musa menyerang lagi partinya dalam satu majlis di Kota Baru malam tadi.
Bekas naib presiden PAS itu dipercayai melakukannya susulan serangan terhadap beliau melalui akaun Facebook pendokong kumpulan pemimpin tertentu dalam PAS, El-Haraki.
Pada majlis pelancaran buku itu, Husam berkata ekoran surat yang diberikan beliau kepada Dewan Harian PAS Pusat dalam pertemuan mereka di Kuala Lumpur baru-baru ini, seorang kakitangan pejabat menteri besar (MB) Kelantan diserang dengan pelbagai tuduhan.

Beliau mendakwa, kakitangan pejabat MB berkenaan dituduh memberi dokumen kepadanya sehingga membolehkan beliau membuat surat berkenaan kepada PAS Pusat. Ekoran itu, Husam mempertikaikan bagaimana isi kandungan perbincangan yang dianggap sulit itu boleh dibocorkan kepada El-Haraki yang kemudiannya menyerang kakitangan pejabat MB itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu menegaskan, tidak ada pihak yang berjawatan dalam kerajaan PAS yang membekalkan sumber maklumat kepadanya.
Sebaliknya, katanya, sumber maklumat itu datang dari "jin yang turun kerana benci dengan hal-hal yang tidak menyenangkan berlaku di Kelantan".
Beliau mendesak MB Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, agar prihatin dengan serangan terhadap kakitangan pejabatnya itu.
"Pembelaan dan siasatan perlu dijalankan dengan penuh adil oleh pejabat MB Kelantan," kata Husam.
Bagaimanapun, The Malaysian Insider mendapati, status yang menyerang kakitangan pejabat MB Kelantan itu kini dibuang daripada akaun Facebook El-Haraki itu.

Vape, sisha kini haram di Pulau Pinang

Ia dibuat berdasarkan keputusan yang disepakati Panel Pakar Syariah (PPS) yang bermesyuarat pada 2 dan 3 Disember lalu
vaping Penang
PETALING JAYA: Penggunaan rokok elektronik atau vape dan sisha kini haram bagi umat Islam di Pulau Pinang.
Mufti Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata keputusan sepakat Panel Pakar Syariah (PPS) yang bermesyuarat pada 2 dan 3 Disember lalu itu sejajar dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Ogos lalu.
“Kita haramkan vape mengikut pandangan Islam serta kerana ia boleh menjejaskan kesihatan individu yang menghisapnya.
“Pengharaman itu juga kerana menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada umat Islam,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.
Vaping melibatkan proses pengewapan cecair campuran propilena glikol atau gliserin sayuran atau kedua-duanya dengan infusi nikotina pada tahap kemanjuran 6mg, 12mg, 18mg dan 24mg.
Nikotina dikaitkan dengan penyakit jantung dan saluran darah, kecacatan bayi sewaktu lahir, barah dan ketagihan.

Dewan Negara perlu sebulat suara halang pewartaan Akta MKN 2015

Syed Iskandar


Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada khamis yang akan dihantar ke sidang Dewan Negara sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk diwartakan bagi membolehkan ia berkuat kuasa sebagai satu akta baharu.
Pada hari pertama sidang Dewan Rakyat kali ini ia menjadi ucapan sepintas lalu perdana menteri tanpa sebarang maklumat terperinci sehinggalah ianya dibacakan buat kali pertama pada 1 Disember lepas.
Pembentangan dan kelulusan Rang Undang-undang MKN 2015 mempunyai implikasi perundangan yang amat besar kepada sistem perundangan negara kita.

Seksyen 5 (a) Rang Undang-undang MKN 2015 menyatakan dengan jelas, walaupun ada mana-mana undang-undang bertulis yang lain, MKN tetap mempunyai kuasa dalam menjalankan fungsinya termasuklah untuk mengawal dan menyelaras entiti kerajaan dalam operasi berkenaan dengan keselamatan negara. Manakala, Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN 2015 pula menyatakan majlis itu mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada mana-mana entiti kerajaan dalam perkara berkaitan keselamatan.
Kesan utama Seksyen 5 (a) ialah ia memindahkan kuasa mutlak ketua polis negara (KPN) yang mempunyai “command and control’’ terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang juga perdana menteri.
KPN sekalipun dilantik menganggotai ahli MKN kini kehilangan kuasanya terhadap pasukan PDRM sendiri yang diberikan di bawah Akta Polis 1967 kerana Seksyen 5 dimulai dengan proviso, “walaupun ada mana-mana undang-undang bertulis yang lain”, namun MKN tetap berkuasa mengatasi Akta Polis 1967 yang disebut secara halus sebagai entiti kerajaan.
Lebih teruk lagi, kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang diberikan oleh Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan dan disahkan sekali lagi oleh pelbagai klausa di bawah Seksyen 5, Akta Angkatan Tentera 1972 di mana setiap tindakan tertentu Majlis Angkatan Tentera (MAT) perlu mendapat perkenan/kelulusan/persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, sepertimana yang berlaku pada KPN dalam PDRM yang kehilangan kuasa “command and control” pasukan PDRM, ianya kini pula berlaku pada Panglima Angkatan Tentera dalam ATM yang ketika ini asalnya kuasa ada pada Yang di-Pertuan Agong kini di ambil alih oleh seorang ahli politik iaitu perdana menteri yang di lantik menjadi pengerusi MKN.
Justeru, Seksyen 5 (a) Rang Undang-undang MKN 2015 adalah ultra vires kepada Perlembagaan Persekutuan dan boleh diisytiharkan tidak sah sejak dari azali lagi (void ab initio) atas sebab ianya mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong yang menjadi pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan di bawah Artikel Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5, Akta Angkatan Tentera 1972.
Keanggotaan Panglima Angkatan Tentera sebagai ahli MKN di bawah Seksyen 6 (g) Rang Undang-undang MKN 2015 juga tidak bermakna apa-apa kerana kuasa diberi kepada pengerusi MKN untuk mengarahkan mana-mana entiti kerajaan berkaitan isu-isu keselamatan.
Justeru, sekali lagi jelas seksyen 5(a) adalah ultra vires Perlembagaan Persekutuan.
Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN 2015 pula mengesahkan kehilangan kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5 Akta Angkatan Tentera 1972 serta kehilangan kuasa KPN untuk mempunyai sepenuh “command and control of the police force” di bawah Akta Polis 1967.
Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN menyatakan MKN (pengerusi majlis) berkuasa mengeluarkan arahan kepada mana-mana entiti kerajaan berkaitan dengan keselamatan negara.
Tidakkah semua sedar yang Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan KPN disenaraikan dalam senarai 2 paling akhir dalam senarai keanggotaan MKN di bawah Seksyen 6 (g) dan (h) Rang Undang-undang MKN 2015.
Maruah PAT dan KPN di mana agaknya bila diletakkan dalam 2 terakhir daripada senarai 8 orang ahli majlis.

Adakah Malaysia menuju negara diktator?


PKR amat kecewa dengan lulusnya Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 di Parlimen semalam.
Walaupun rang undang-undang berkenaan membawa implikasi besar dalam konteks prinsip demokrasi, kedaulatan negara dan hak asasi manusia, namun ia dibawa dengan tergesa-gesa oleh kerajaan Umno-BN pada hari terakhir sidang Parlimen dan diluluskan dengan majoriti mudah.
Rang undang-undang berkenaan memberi kesan yang buruk kepada rakyat Malaysia kerana:

1. Perdana menteri boleh merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan 2. Perdana menteri diberikan kuasa tanpa had untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai "kawasan keselamatan".
3. Keseluruhan undang-undang bersifat terlalu umum, tidak jelas dalam kebanyakan takrifnya, serta bidang kuasa yang amat luas diberikan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk menentukan sesuatu sebagai isu keselamatan.
4. Kuasa yang luas diberikan kepada pasukan keselamatan untuk mengabaikan hak asasi manusia, kebebasan dan perlindungan untuk seorang warganegara biasa dalam "kawasan keselamatan"; hak jaminan perlindungan kepada seorang warganegara biasa dicabuli.
5. Terdapat peruntukan yang membolehkan penggunaan kekerasan munasabah dan “perlu” sedangkan “kekerasan perlu” tidak dijelaskan.
6. Terdapat kuasa mengetepikan inkues (siasatan kematian) terhadap anggota pasukan keselamatan dan orang yang dibunuh dalam kawasan keselamatan selagi majistret berpuas hati orang itu terbunuh dalam kawasan keselamatan akibat operasi dijalankan pasukan keselamatan untuk tujuan menguatkuasakan mana-mana undang-undang bertulis.
7. Rang undang-undang ini melindungi ahli Majlis Keselamatan Negara dan jawatankuasanya daripada apa-apa jenis tindakan prosiding sivil dan jenayah. Justeru menyebabkan mereka tidak dipertanggungjawabkan atau boleh didakwa atas tindakan mereka.
Malaysia tidak memerlukan rang undang-undang sebegini, apatah lagi wujudnya pelbagai undang-undang keselamatan yang lain.
PKR percaya ini percubaan terang-terangan perdana menteri ke arah pemusatan kuasa bagi dirinya dan boleh membawa Malaysia terjerumus sebagai negara diktator.

Politik takut senjata baru Umno

Faiz Fadzil


Umno merupakan parti politik tertua negara ini yang berjuang atas dasar perkauman Melayu dilihat tidak lagi mampu untuk membela nasib Melayu. Bagaimana hendak diharapkan dapat membela nasib kaum terbesar negara ini jika nasib timbalan presiden sendiri pun tidak mampu dibela 3 juta ahlinya.
Di samping itu, beberapa orang ahlinya yang lantang mengkritik dasar kerajaan dan Perdana Menteri turut dibuang. Krisis yang melanda Umno sekarang semakin parah dengan ruang demokrasi dillihat semakin tertutup.
Khurafat, Umno sahaja yang mampu membela nasib orang Melayu kini semakin diragui. Bagaimana hendak diharapkan Umno jika sasaran ekuiti Melayu dalam ekonomi negara sebanyak 30% di bawah dasar ekonomi baru masih gagal dicapai walaupun sudah lebih 40 tahun dasar ini dilaksanakan. Kadar pengangguran di kalangan anakmuda Melayu pula semakin meningkat.

Kenaikan harga barang dan terkini perkhidmatan pengangkutan awam seperti komuter dan ERL paling dirasai orang Melayu yang kebanyakannya terdiri daripada kelas menengah dan bawahan. Dianggarkan 40% pendapatan isi rumah orang Melayu di bawah RM2000 sebulan. Walaupun ramai ahli perniagaan ali baba dicipta Umno, namun ia tidak kekal lama dan tidak banyak membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu secara keseluruhan. Sudah ramai kontraktor Melayu kini menjadi dormant dan tidak mampu untuk berdaya saing, apatah lagi dalam keadaan krisis ekonomi sekarang.
Retorik Umno untuk mempertahankan keistimewaan Melayu juga semakin terhakis sekiranya TPPA dilaksanakan kelak. Usahlah diharapkan Umno untuk mempertahankan aset negara yang biasanya dikawal orang Melayu jika saham EDRA dijual kepada syarikat asing dan bukannya kepada TNB. Tiada penentangan Umno terhadap langkah 1MDB tersebut.
Kerana itu, Umno tidak lagi peduli hak dan kedaulatan negara ini, jauh sekali untuk melindungi hak dan kepentingan orang Melayu.
Rakyat kini mulai sedar akan keadaan ini. Umnoperlu mencipta satu senjata baharu dalam politik tanahir. Politik takut atau 'politics of fear' adalah pilihan terakhir untuk terus berkuasa. Pelbagai undang-undang zalim digubal seperti POTA, SOSMA dan yang terkini RUU Majlis Keselamatan Negara 2015 kononnya atas tujuan keselamatan negara.
Tiada langsung tanda-tanda keselamatan negara terancam. Maka, sudah tentu ada muslihat tertentu atau 'ulterior motive' RUU ini dibentangkan secara mengejut. Undang-undang baharu ini jika diluluskan dan dilaksanakan kelak akan memberikan kuasa mutkak kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan di mana pasukan bersenjata di bawah Majlis Keselamatan Negara akan mengawal penuh kawasan yang diisytiharkan. Ketika itu, tiada lagi kebebasan kepada rakyat di dalam sebuah negara yang merdeka.

Ambiga tiada hak bantah Rang Undang-undang MKN, kata Kayveas

Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas menyifatkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tindakannya sentiasa berubah-ubah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015. 
Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas menyifatkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tindakannya sentiasa berubah-ubah. 

Bantahan oleh bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga terhadap Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam adalah tidak relevan, kata Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas. Beliau menyifatkan Ambiga sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tindakannya sentiasa berubah-ubah.
"Rang Undang-undang MKN ini adalah yang dibahaskan dan diluluskan di peringkat Parlimen... jadi tidak ada siapa yang berkuasa termasuk dia (Ambiga) untuk mengkritik rang undang-undang itu.

"Dulu dia berjuang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi sekarang pula berjuang perkara lain," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi myPPP di Kuala Lumpur, hari ini. Kayveas mengulas laporan mengenai tindakan Ambiga menyerahkan satu memorandum bantahan kepada wakil kerajaan sejurus sebelum Rang Undang-undang MKN dibacakan di Dewan Rakyat semalam.
Memorandum melalui Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (Hakam) itu mendesak supaya rang undang-undang MKN ditarik balik serta-merta kerana didakwa peruntukannya bertentangan dengan prinsip demokrasi dan memberi kesan buruk kepada rakyat.
Undang-undang MKN dibahaskan di Dewan Rakyat semalam dan diluluskan setelah 107 ahli dewan menyokong manakala 74 menolak.
Pelaksanaan undang-undang tersebut bertujuan memperkukuhkan lagi mekanisme serta sistem operasi dalam menangani ancaman terhadap keselamatan negara.

Akta MKN boleh jadi senjata makan tuan


KALAU hasrat tersirat kerajaan meluaskan bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah bagi melindungi dan memperkukuhkan kedudukannya maka ia tentu amat berkesan.

Dengan mewujudkan sebuah akta agung (super act) untuk MKN, anggotanya akan memperoleh kuasa yang sangat luas sehingga boleh mengancam kebebasan sivil seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Demikianlah antara jawapan saya kepada soalan yang dikemukakan oleh pemberita sebuah portal berita bukan arus perdana mengenai cadangan akta itu.

Kalau tujuan akta ini adalah untuk memberikan kuasa yang lebih luas kepada pasukan keselamatan dalam menangani ancaman luar, keganasan bersenjata atau situasi darurat (macam serangan ke atas Sabah pada tahun 2013) negara kita sudah pun mempunyai undang-undang dan peraturan yang cukup.

Kita pernah melalui darurat komunis selama 12 tahun (1948-60) dan rusuhan kaum 13 Mei, 1969. Kita wujudkan undang-undang khas seperti Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menanganinya.

Tetapi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, sendiri yang memansuhkan undang-undang ini atas nama transformasi dan liberalisasi.
Andainya BN Kalah
Perdana Menteri tentu mengharap dan menjangkakan sokongan padu Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional.

Tetapi sebelum bertindak mengiakan rang undang-undang itu, mereka patut memikirkan kemungkinan undang-undang yang mereka wujudkan itu digunakan ke atas mereka sekiranya BN kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ramalan dan konsensus umum mengatakan BN akan kalah dalam PRU akan datang jika Mohd Najib terus menerajui kerajaan dan BN.

Seandainya itu berlaku, kerajaan yang menggantikan BN mempunyai alasan kuat menggunakan akta ciptaan BN itu untuk menyiasat, menangkap dan membicarakan anggota kerajaan yang ada sekarang.

Datuk, air kosong pun dikenakan GST enam peratus!

Selaku pengguna marhean yang hari-hari berbelanja membeli barang dan perkhidmatan, pelaksanaan GST, kenyataan seorang menteri baru-baru ini mencetuskan rasa tidak senang.
Noh Omar
Kehadapan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yang baru-baru ini tampil menyatakan restoran mamak tidak mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan, GST.
Mahu ke tak saya tergelak dengan kenyataan seumpama itu Datuk?
Bukan apa, saya kasihan kerana banyak perkara yang berlaku dalam negara dan Datuk tidak sedar. Mungkin kerana jarang makan di restoran mamak, maka Datuk pun kurang pasti sekali gus terkejut dengan respon orang ramai terutamanya pelajar di Unisel saban hari.
Saya pun sudah lama tidak bertandang ke restoran mamak. Tapi bukan kerana boikot, bukan tak suka, bukan rasis, cuma tak tahan dengan harga makanan yang makin mahal, kuantiti makin kurang.
Suka saya berkongsi pengetahuan tentang restoran mamak dan GST.
Di forum tempoh hari Datuk berjanji akan mengambil tindakan terhadap restoran mamak yang mengenakan GST. Selepas itu, Datuk bagitau restoran yang tidak berdaftar dengan nombor pendaftaran GST tetapi kenakan GST, akan dikenakan tindakan.

Pertama sekali, kita semua sedia maklum, perniagaan yang mencecah nilai ambang RM500,000 dan ke atas, diharuskan membayar GST. Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Noorul Hassan Saul Hameed, mustahil jika pulangan perniagaan sesebuah restoran mamak tidak mencapai purata RM1,100 sehari. Maka dengan perkiraan itu, restoran yang mempunyai pulangan niaga lebih dari nilai tersebut sudah pasti akan mengenakan GST.
“Bila kami daftar dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), ia secara langsung diterjemah dalam resit dan pelanggan perlu bayar. Kalau tidak kami pula yang kena tanggung,” kata beliau.
Tambahnya dalam satu perbualan ringkas, restoran mamak pun tidak dapat bertahan dengan kenaikan mendadak bahan mentah yang mencapai 100 peratus, sewa hartanah yang tinggi dan pelbagai kenaikan lain yang memberi kesan kepada peniagaan mereka.
“Untuk rekod, sejak semua kenaikan ini (termasuk GST), kira-kira 10 peratus perniagaan restoran mamak ditutup pernaigaan di seluruh negara,” katanya lagi.
Mengejutkan ke tak? Kalau selama ini kita fikir restoran mamak kenakan caj melampau, tetapi realitinya mereka turut terseksa.
Datuk perlu ambil perhatian survival restoran dalam keadaan ekonomi yang tertekan.
Oh ya, kembali kepada isu asal, jelas lagi terang sebahagian restoran mamak akan mengenakan GST, kecuali ada orang yang belanja kita makan free hari-hari, maka kita tidak sedarlah harga dan kesan cukai berkenaan.
Mungkinkah restoran mamak yang berlokasi benar-benar di hadapan pejabat Datuk di Tanjung Karang itu tidak mengenakan GST? Dan itu sebabnya Datuk tidak perasan selama ini?
Sekali lagi, kami di sini sudah cukup ’emosi’ dengan kenaikan dan pelaksanaan GST yang dikuatkuasa sejak 1 April lalu. Usahlah buat kenyataan yang menambahkan tekanan.
Datuk, ni saya nak bagitau maklumat bonus, harap jangan terkejut, di restoran mamak atau mana-mana restoran, air kosong pun dikenakan GST enam peratus!

Cerdik pandai jauhi Umno kerana pelampau, kata anak Tun Dr Ismail

Tawfik Ismail kata Umno sememangnya sentiasa dipimpin golongan liberal dan sederhana tetapi ia berubah di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menerajui parti ke arah konservatif agama dan fasisme politik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 5 Disember, 2015.Tawfik Ismail kata Umno sememangnya sentiasa dipimpin golongan liberal dan sederhana tetapi ia berubah di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menerajui parti ke arah konservatif agama dan fasisme politik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 5 Disember, 2015.
Umno kini melupakan asal usul liberal dan sederhana yang melakarkan kejayaan untuknya dan sedang dihancurkan golongan neo-fasis serta ekstremis diperkenalkan kepimpinan semasa, kata seorang bekas ahli Parlimen parti itu. Inilah sebabnya mengapa Umno gagal menarik anak muda Melayu yang terbaik dan bijak, sebaliknya ramai antara mereka menyertai parti seperti PKR dan PAS yang progresif, kata Tawfik Ismail, anak sulung Tun Dr Ismail Abdul Rahman, timbalan perdana menteri pada awal 1970-an.
Ia juga punca Umno mengasingkan bukan Islam dan rakyat Malaysia Timur, yang dulunya pernah menjadi sebahagian penyokong paling setia parti, kata Tawfik, 64, kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara.

Pemerhatian Tawfik dibuat beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung Umno, di mana semasa kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, pemimpin parti cenderung mencerca "liberalisme" dan mencetuskan kebimbangan terhadap tingkah laku anti-Islam oleh orang bukan Islam. Kedua-dua Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kuat menentang liberalisme.
Sifat mereka yang memusuhi ciri-ciri liberal seperti keterbukaan dan keterangkuman oleh pemimpin Umno, merupakan pengkhianatan terhadap hasrat orang terdahulu terhadap parti itu, kata Tawfik .

Umno sememangnya sentiasa dipimpin golongan liberal dan sederhana, katanya, tetapi ia berubah di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, presiden Umno kelima, yang dipersalahkan Tawfik kerana menerajui parti ke arah konservatif agama dan fasisme politik.
"Apa salahnya menjadi liberal dan sederhana? Tidak mungkin ia satu dosa kerana Umno sentiasa dipimpin golongan liberal dan sederhana. Cuma Dr Mahathir yang fasis," katanya.
"Adakah anda mahu mengutuk datuk nenek kami mengatakan mereka jahiliah? Mereka semua salah? Saya rasa anda melahirkan lebih ramai golongan radikal dengan menggalakkan pemikiran ekstremis," kata Tawfik .