Jumaat, 4 Disember 2015

Lakonan Najib dapat ‘pujian’

Tweet NajibSHAH ALAM, 4 DIS: Selepas diserang dengan desakan meletak jawatan dan pertanyaan ‘mana RM2.6 bilion’, halaman facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dihujani pengalaman pahit netizen yang menjadi mangsa gara-gara 47 peratus pengundi negara ini membiarkan diri mereka tertipu dengan lakonan Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu (PRU-13).
Tinjauan Selangorkini mendapati gesaan supaya Najib bertaubat dibuat para komentar bermula apabila Najib memuatnaik status yang menyatakan kekaguman beliau terhadap lakonan Allahyarhamah seniwati Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail yang meninggal dunia baru-baru ini.
“Saya masih ingat lakonan Seniwati Mariani dalam filem seperti Labu Labi dan banyak lagi. Semoga roh Allahyarhamah dirahmati. Al-Fatihah,” tulis Najib.
Status yang dimuatnaik pada 1 Disember itu dibalas dengan gesaan supaya beliau bertaubat kerana menekan kehidupan rakyat apabila menaikkan harga barangan keperluan termasuk mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Saya masih ingat lakonan Datuk Seri sebelum PRU. Janji macam-macam turun, sekarang semua naik. Semoga Datuk Seri taubat sebelum terlambat. Al-Fatihah,” tulis para komentar.
Selangorkini mendapati hampir kesemua daripada 6,598 komentar pada status terbabit turut menulis mengenai perkara sama dan berlarutan hingga ke hari ini.
Bagaimanapun, Selangorkini menjangkakan reaksi orang ramai itu tidak akan memberi apa-apa tindak balas terhadap Najib sama seperti kenyataan bekas Ketua Bahagian Umno di Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan kepada sebuah portal bahawa Najib memiliki ‘kulit yang tebal’.

RUU MKN: Cubaan terbaru Najib lindungi diri

MB AzminSHAH ALAM, 4 DIS: Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 jelas merupakan percubaan ‘tak tahu malu’ pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melindungi kepentingan peribadinya.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata MKN langsung tidak berkaitan dengan soal keselamatan negara, sebaliknya hanya bertujuan memanjangkan hayat politik Najib yang semakin lemas di lautan skandal.
Katanya, tindakan itu juga nyata tidak berpandukan perlembagaan dan mencabul kebebasan asas rakyat.
“Cukuplah kita dibebani dengan pelbagai jenis undang-undang menindas, janganlah ditambah lagi dengan undang-undang zalim yang jelas bertentangan dengan proses demokrasi dan institusi kerajaan berperlembagaan.
NAJIB_MKN“Undang-undang ini hanya akan membawa kita kepada satu jalan iaitu jalan menuju pemerintahan diktator,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 sekitar jam 10.52 malam, selepas dibahas lebih enam jam.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, Najib tidak patut bertopengkan alasan keselamatan negara bagi melindungi salah lakunya dan menekan pihak lawan sama ada dari dalam dan luar parti.
Katanya, semua pihak termasuk Ahli Parlimen, parti politik, dan orang awam mesti menolak rang undang-undang ini kerana ia jelas menyekat suara hati rakyat dalam membezakan antara salah dan betul.
“Adakah kita dipilih oleh rakyat untuk menggubal undang-undang yang memberi kuasa kepada badan Eksekutif untuk menginjak-injak hak asasi dan kebebasan rakyat?
“Bukankah kita sudah bersumpah untuk melindungi Perlembagaan Persekutuan dan menegakkan Rukun Negara demi memastikan negara ini maju di bawah kedaulatan undang-undang dan demokrasi,” katanya.

SIAPA PULA PATUT DIPECAT?

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan bahawa Tun Mahathir Mohamad akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Katanya, Tun Mahathir telah memberi jawapan mengenai kehadirannya bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Apabila Tun Mahathir memberi jawapan mengesahkan kehadirannya, bermakna bekas Perdana Menteri itu telah menerima jemputan secara rasmi daripada UMNO.

Jika beliau tidak menerima jemputan rasmi, tidak mungkin Tun Mahathir dapat memberi jawapan yang mengesahkan kehadirannya itu. Hanya setelah ada jemputan, barulah jawapan boleh diberikan sama ada dapat hadir atau sebaliknya.

Begitulah logiknya.

Sebelum ini Tun Mahathir mengatakan beliau tetap akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun ini walaupun kerap dan berterusan mengkritik Perdana Menteri, Najib Razak.

Sama ada dijemput atau tidak, kata bekas Perdana Menteri itu, tidak menjadi hal kepadanya kerana Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi turut membuat jemputan terbuka kepadanya.

Zahid Hamidi membuat jemputan terbuka itu sebagai reaksinya  kepada kenyataan Ku Nan yang memberitahu UMNO sedang menimbang sama ada mahu menjemput atau tidak Tun Mahathir serta membayangkan kemungkinan bekas Perdana Menteri itu memilih untuk tidak menghadirinya berikutan pendirian kerasnya  terhadap Najib sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun,  isu jemputan kepada Tun Mahathir nampaknya tidak lagi berbangkit memandangkan UMNO sendiri sudah membuat jemputan rasmi kepada negarawan itu dan Ku Nan juga mengesahkan sudah mendapat jawapan balas mengenainya.

Hakikatnya Tun Mahathir dan UMNO begitu sukar dipisahkan, bukan saja kerana tempoh berkuasanya yang paling lama, tetapi juga kerana pelbagai sumbangan serta kejayaan mengkagumkan yang dibawanya kepada negara.
Tetapi cuba kita lihat isi kandungan surat tunjuk sebab yang ditandatangani oleh Ku Nan kepada Hamidah Osman yang menyebut mengenai kesalahannya kerana menganjurkan program Bicara Negarawan bersama Tun Mahathir di Ipoh pada 16 Mei 2015 lalu.

RUU MKN didakwa rampas hak Agong isytihar darurat

Dr Dzulkefly Ahmad
SHAH ALAM – Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN) yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam didakwa bukan sahaja melanggari bahkan merampas hak Yang Dipertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat seperti termaktub dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan itu hanya memberikan kuasa terlalu besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali gus membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.
“Adakah Kabinet telah benar-benar membahaskan rang undang-undang ini dahulu? Adakah pihak Raja-Raja telah dirujuk atau mereka telah dikesampingkan dalam hal ini? Rakyat mesti bangkit untuk bertindak bagi menangani pencabulan kuasa Raja-Raja dan Perlembagaan Persekutuan ini.
“Ia mendedahkan ruang kepada salah guna kuasa seperti hari ini tentang salah guna kuasa Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan Akta Kesalahan Keselamatan [Langkah-Langkah Khas] 2012 (Sosma),” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya, hari ini.

RUU MKN diluluskan Dewan Rakyat malam semalam melalui undian suara dengan majoriti ahli Parlimen menyokong.
Seramai 107 ahli Parlimen menyokong, manakala 74 ahli Parlimen menolak RUU itu diluluskan ketika sesi pengundian belah bahagi dilakukan.
RUU yang dibentangkan hanya dalam tempoh dua hari itu memberikan kuasa kepada anggota MKN yang diketuai Perdana Menteri untuk mengarahkan penahanan mana-mana individu tanpa waran apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.

Kaki bodek, otak udang - Khairuddin ajak akar umbi lawan MT

Tahanan penjara selama dua bulan gagal mematahkan semangat Datuk Khairuddin Abu Hassan daripada beliau terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan para penyokongnya.
Dalam Facebook beliau melemparkan pelbagai cemuhan khususnya berhubung tindakan Umno yang menghalang timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada berucap kepada perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan.
“Saya selaku bekas naib ketua Umno bahagian merasa amat malu dengan kepimpinan parti pada hari ini yang telah memimpin parti seolah-olah ia hak 'bapa' mereka punya!” katanya.
Khairuddin mempersoalkan sehingga bila kepimpinan Umno akan terus menipu ahli-ahli dan mengecam anggota Majlis Tertinggi Umno sebagai "kaki bodek", “minda lemah” dan "otak udang".
Bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan itu menggesa semua ahli parti supaya menentang sekeras-kerasnya keputusan mesyuarat MT lalu yang amat tidak adil kepada Muhyiddin.
“Umno semakin gila babi!
“Ini petanda jelas kalangan kaki bodek, minda lemah dan otak udang yang menduduki kerusi-kerusi MT adalah di antara yang sedang merosakkan parti ini.
“Kita tidak seharus takut pada golongan bangang ini. Semua keputusan bodoh mereka mesti ditentang. Ini penting untuk selamatkan masa depan parti Umno yang kita sayangi,” katanya.
Khairuddin, yang kini dibebaskan atas ikat jamin, berkata beliau sering berdoa agar anggota MT disepak keluar kerana semua mereka ibarat 'lembu dicucuk hidung' dan tidak layak untuk memimpin.
“Setiap ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi jangan memberikan walaupun satu undi kepada mereka pada musim pemilihan akan datang sekiranya kita mahu jaminkan parti Umno terus relevan di hati sanubari rakyat,” katanya.

Penjelasan derma RM2.6 bilion di Parlimen tidak mencukupi, kata naib presiden Umno

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015. 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal melihat penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak di Parlimen sebagai tidak mencukupi dan menggesa supaya kebenaran ditegakkan. Beliau berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat.
"Penjelasan, penerangan tentang perkara ini perlu, itu saya katakan daripada awal perlu ada penjelasan.

"Tidak mencukupi hanya penerangan seumpama itu di Parlimen kalau pun sudah dijelaskan," kata Shafie kepada pemberita dalam satu program di Pulau Selakan, dekat Semporna di Sabah hari ini. Berdasarkan penjelasan timbalan perdana menteri, Shafie berkata masih terdapat persoalan yang belum terjawab memandangkan ia masih dalam siasatan dan terdapat kes yang sedang berjalan di mahkamah.
"Jadi masih ada kes lagi sama ada kes di mahkamah atau perlukan siasatan, jadi perlu penerangan jelas seperti perbahasan, yang penting adalah kebenaran," katanya.
Isu wang derma RM2.6 bilion dalam akaun Najib mencetuskan kontroversi.

Nurul Izzah Dibuli Ahli Parlimen BN

"Apa nak panjangkan lagi isu Nurul Izzah"

'Polis Pun Tak Tahu Kesalahan Tian Chua'

Mahathir dan Isteri sahkan hadir AGM Umno

Mustahil Negara Boleh Capai Wawasan 2020 - Rafizi Ramli

Noh Omar Tak Tahu Kedai Mamak Ada GST

Sekolah agama percuma??? Boleh percaya ka ni???

Org tak makan dah janji2 palsu BN=Barang Naik tu... yg Najib Razak janji masa pru lepas pn BANYAK LAGI tak ditunaikan.... ckp nk kurangkn kadar tol... la ni bukan ngan kadar tol je naik... tambang kenderaan perkhidmatan awam pn naik... habis barang2 lain naik.... kene plak GST... pastu subsidi rakyat plak dihapuskn..... subsidi universiti DIKURANGKAN.. pastu timbul scandle 1mdb... pastu timbul isu RM2.6b secara magicnye disumbatkan dlm akaun beliau... haa.. nk bangkitkn ape lg ye?... banyak ni...

UMNO jadi bahan tawa seluruh dunia

Buat kali pertama dalam sejarah kepimpinan, seorang Timbalan Presiden UMNO tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti dan hak membuat penggulungan.
Bahasa,-Khairuddin-Abu-Hassan,-UMNO.PETALING JAYA : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan beliau amat malu dengan kepimpinan UMNO kini kerana telah memimpin parti itu seolah-olah milik peribadi.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu berpendapat parti itu menjadi bahan tawa satu dunia kerana buat kali pertama dalam sejarah kepimpinan, seorang Timbalan Presiden UMNO tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti dan tidak diberikan hak membuat ucapan penggulungan pada sesi penutup Perhimpunan Agung UMNO.
“Apakah kehadiran Timbalan Presiden UMNO hanya sekadar ‘pak pacak’ dan ‘tunggul’ saja sepertimana yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sampai bila kepimpinan hari ini nak perbodohkan keseluruhan ahli-ahli umno? Apakah ahli-ahli UMNO akar umbi nak peluk tubuh melihat gelagat kepimpinan bangang ini yang sedang membuatkan UMNO semakin tidak popular? Puak-puak ahli majlis tertinggi UMNO kini adalah kaki bodek minda lemah otak udang,” katanya menerusi status di Facebook miliknya.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan keseluruhan ahli-ahli UMNO supaya menentang larangan berucap sekeras-kerasnya kerana ia tidak adil kepada Timbalan Presiden parti itu.

Bila PM tak berani jawab isu RM2.6b, inilah peluang TSMY

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran menggunakan kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi menjelaskan isu RM2.6 bilion sebagai peluang kepada dirinya.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata, inilah ruang luas yang patut diambil oleh Muhyiddin untuk menjadi Presiden Umno menggantikan Najib.
"Bola kini di kaki TS Muhyiddin – apakah beliau mahu terus menjadi mangsa atau bangkit menjadi PM?," ujar Tuan Ibrahim.
Menurut Tuan Ibrahim, jika Muhyiddin memilih untuk bangkit, maka beliau harus berhenti bermain isu yang memperlihatkan beliau sebagai mangsa.
"Beliau perlu menumpukan perhatian kepada pengumuman langkah-langkah yang bakal beliau ambil jika beliau ialah PM di saat rakyat kian tersepit dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga secara mendadak yang turut dirasai ahli-ahli Umno biasa," katanya.
Tuan Ibrahim kemudiannya menyenaraikan beberapa perkara yang boleh dijanjikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu;
1.     Mengurangkan kadar kenaikan KTM, yang baru dinaikkan sebanyak 58 peratus pada 2 Disember 2015.
2.     Mengurangkan kadar kenaikan LRT, yang baru dinaikkan 102 peratus pada 2 Disember 2015.
3.     Mengurangkan kadar kenaikan ERL, yang bakal dinaikkan dari RM35 ke RM55 pada 1 Jan 2016.
4.     Menghalang kenaikan tol Plus pada tahun depan dan berjanji menyemak semula segala perjanjian konsesi lebuhraya.
5.     Menghidupkan semula subsidi elektrik, minyak masak dan beras ST15.
6.     Membongkar misteri penderma dan asal-usul RM2.6 bilion.
7.     Mendedahkan hasil siasatan ke atas 1MDB.
8.     Mengurangkan pembelanjaan Jabatan Perdana Menteri dan memulangkan bajet pendidikan setara dengan peruntukan di 2015.
9.     Tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan.

Awak kat mana?, Rafizi soal Najib

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, melalui akaun Facebooknya, melampirkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disunting sambil memaparkan tajuk ‘mana RM2.6 bilion?’ diikuti slogan ‘awak kat mana’ kepada presiden Umno itu. – Gambar dari Facebook, 4 Disember, 2015. 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, melalui akaun Facebooknya, melampirkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disunting sambil memaparkan tajuk ‘mana RM2.6 bilion?’ diikuti slogan ‘awak kat mana’ kepada presiden Umno itu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini bertanya "awak kat mana?" kepada Datuk Seri Najib Razak merujuk kepada lirik lagu popular Singapura disebabkan kegagalan perdana menteri hadir di Parlimen semalam untuk memberikan jawapan kepada kontroversi derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Rafizi, melalui akaun Facebooknya, juga bertanya "mana RM2.6 bilion?" dalam kempen berterusannya sejak pembentangan belanjawan persekutuan Najib dan menambah akan mula bertanya "awak kat mana" kepada presiden Umno itu.
Ayat itu ialah lirik lagu penyanyi popular Singapura, Taufik Batisah berjudul "Awak Kat Mana".

Catatan Facebook itu disertakan bersama gambar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir untuk menjawab isu itu bagi pihak Najib semalam, dengan gambar kerusi kosong perdana menteri bersebelahan menteri dalam negeri itu. Potongan itu disertai dengan logo syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ayat "Awak Kat Mana".
Rafizi juga berkata, seluruh Malaysia menunggu "Pahlawan Bugis", untuk hadir ke Parlimen – merujuk kepada gelaran yang digunakan Najib sebelum ini.
"Malangnya Pahlawan Bugis bersembunyi di belakang timbalan perdana menteri dan penerangan hanya 3 minit.

Vape haram di Pulau Pinang

vape
Penggunaan E-rokok atau peranti vape telah dikuatkuasakan sebagai 'haram' di Pulau Pinang, menurut pengumuman Majlis Fatwa negeri hari ini.
KUALA LUMPUR, 4 Disember:
Penggunaan E-rokok atau peranti vape telah dikuatkuasakan sebagai ‘haram’ di Pulau Pinang, menurut pengumuman Majlis Fatwa negeri hari ini.
Ketika mengumumkan fatwa melarang penggunaannya di kalangan umat Islam, Muftinya, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, keputusan itu dibuat oleh panel pakar-pakar Syariah yang mendapati penggunaannya mendatangkan mudarat kepada pengguna.
“Penggunaan vape adalah (dianggap) boros untuk umat Islam,” katanya yang dipetik The New Straits Times hari ini.
Pada Ogos lalu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan di Facebook, juga mengumumkan keputusan yang sama selepas mengadakan ‘Irsyad’ mengenai perkara itu.
‘Irsyad’ adalah panduan agama yang dikeluarkan Pejabat Mufti.
‘Irsyad’ bertujuan menangani pelbagai isu-isu yang berkaitan dengan amalan dan perspektif Islam mengenai perkembangan semasa.
“Antara sebab-sebab yang paling popular (untuk penggunaannya) adalah vape berfungsi sebagai pengganti rokok sebenar.
“Sebab untuk ini menjadikan ia kelihatan seolah-olah ‘halal’, yang membawa kepada penggunaan meluas rokok elektronik,” katanya dalam entri hari ini.
Zulkifli juga turut menggariskan bahawa vaping hampir sama dengan merokok yang menyebabkan ketagihan.
“Pakar juga menyatakan bahawa vape lebih memudaratkan kesihatan berbanding rokok.

Pengikut Facebook gesa Muhyiddin desak Najib letak jawatan semasa perhimpunan Umno

Dapat dilihat di dalam gambar ini anak Melayu Johor yang menentang penubuhan Malayan Union kerana percaya  masa depan negara ini harus bebas daripada kongkongan dan campur tangan asing, tulis Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akaun Facebooknya. – Gambar Facebook, 4 Disember, 2015.  
Dapat dilihat di dalam gambar ini anak Melayu Johor yang menentang penubuhan Malayan Union kerana percaya masa depan negara ini harus bebas daripada kongkongan dan campur tangan asing, tulis Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akaun Facebooknya. 

Penyokong atas talian Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesanya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar meletak jawatan sekiranya diberikan peluang untuk berucap pada perhimpunan agung parti itu minggu hadapan. Hasrat itu dinyatakan sebahagian besar mereka yang meninggalkan komen di laman Facebook Muhyiddin pada posting bekas timbalan perdana menteri itu berlatarbelakangkan gambarnya bersama gambar perarakan Umno menentang Malayan Union.
“Dapat dilihat di dalam gambar ini anak Melayu Johor yang menentang penubuhan Malayan Union kerana percaya  masa depan negara ini harus bebas daripada kongkongan dan campur tangan asing.

“Sejarah membuktikan anak Johor pantang berundur mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah mereka,” tulis Muhyiddin di laman Facebook rasminya pagi ini. Muhyiddin turut meminta pengguna Facebook memberikan cadangan apa yang perlu beliau sampaikan sekiranya dibenarkan berucap pada Perhimpunan Agung Umno bermula 8 Disember ini.
Pengikutnya di Facebook meninggalkan lebih 700 komen dan hampir 10,000 tanda “LIKE” hanya selepas beberapa jam Muhyiddin menulis posting itu.
"Saya mahu Najib Razak berundur," tulis seorang pengguna Facebook Azhier Farhan di laman Facebook Muhyiddin.
"Minta Datuk Seri Najib letak jawatan," kata Dzulhilmi Zainuddin di laman sama.
"Yang penting Najib undur Tan Sri," tulis seorang pengguna Facebook dengan nama Hj Fadilah Hj Dillah.
Sementara Afnan Shah pula menulis: “Tan Sri cakap pasal 1MDB bagi penerangan setelusnya kepada para perwakilan dan isu RM2.6 bilion.

Skandal RM2.6b: Najib terdesak sembunyi sesuatu, kata penganalisis

Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan percaya Perdana Menteri Datuk Najib Razak mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan apabila beliau menyerahkan tanggungjawab membuat penjelasan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion di Dewan Rakyat, semalam kepada timbalannya.
"(Ini) memberi gambaran bahawa Najib benar-benar mahu menyembunyikan sesuatu," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau berkata, dirinya yakin peguam negara memberi nasihat yang betul kepada Najib untuk tidak bercakap mengenai isu berkenaan bagi mengelakkan perkara subjudis, namun ketepatan nasihat itu adalah persepsi awam.
Katanya, masyarakat belum mempercayai sepenuhnya AG baru itu lagi.
"Rakyat tidak lupa bahawa bekas peguam negara disingkir pada hari yang sama pengkritik Najib di kabinet dipecat dan peguam negara sekarang masih kurang dipercayai," kata Wan Saiful.
Oleh itu, katanya, tidak tampil memberi penjelasan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya, semalam menyaksikan Najib terlepas "peluang keemasan".
"Dengan tidak hadir di Parlimen untuk berdepan dengan pengkrritiknya secara peribadi, Najib gagal untuk mengubah persepsi orang ramai berhubung isu itu," katanya.
Seorang lagi penganalisis, Wong Chin Huat memberitahu Malaysiakini bahawa apa yang berlaku semalam menunjukkan bahawa Najib tidak mengambil berat berhubung persepsi orang ramai lagi.
"Dengan ahli parlimen kelab penyokong BN begitu jinak dan pemberontakan sesuatu yang mustahil dan beliau boleh meluluskan apa-apa sahaja di Parlimen, mengapa beliau perlu peduli dengan persepsi orang ramai?" soalnya.
Ditanya sama ada sikap tidak peduli Najib terhadap persepsi orang ramai adalah kerana pilihan raya umum akan datang masih jauh lagi, Wong berkata, ia tidak semestinya begitu.
Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah kerana Najib masih boleh berharap untuk memenangi pilihan raya selagi pembangkang gagal bersatu untuk meraih undi dalam jumlah yang besar.
"Jika pembangkang boleh menang 60 peratus, maka BN dan Umno mungkinakan tinggal dengan 30 hingga 40 peratus daripada kerusi dan lebih banyak pemberontakan akan berlaku.
"Tetapi kemungkin itu berlaku adalah bergantung kepada kegusaran orang Melayu?" katanya.

Kerana kritik Najib, Zaid didakwa ganggu orang awam

Peguam menegaskan tulisan blog Zaid ditujukan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak tetapi anakguamnya itu didakwa kerana "mengganggu orang awam".
zaid,najib
KUALA LUMPUR: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim didakwa hari ini (Jumaat) berhubung ucapan beliau yang dikatakan menyeru penyingkiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Beliau didakwa kerana “membuat penyataan yang jelik” dengan “niat untuk menyakitkan hati orang lain”, dibawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pendakwaan itu berhubung-kait dengan ucapan bertajuk “Rally Behind Tun Dr Mahathir Mohamad” yang dimuatnaik di laman blog peribadi pada 2 September.
Sekiranya didapati bersalah, seksyen itu membawa hukuman denda RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari satu tahun, atau kedua-duanya.
Zaid mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dibacakan kepada beliau dalam Bahasa Malaysia di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jagjit Singh Bant Singh.
Selepas pendakwaan dibacakan, peguam Zaid Puravelan Muthu Raman membantah saman itu.
“Bahagian mana dalam teks itu (ucapan Zaid) yang dikatakan telah menimbulkan ‘gangguan’? Keseluruhan teks atau hanya perkataan ‘jelik’? soal Puravelan.
“Pendakwaan itu menyatakan beliau (Zaid) mempunyai niat untuk mengganggu orang awam. Tetapi keseluruhan teks itu ditujukan kepada seorang individu iaitu Perdana Menteri.”
Hakim Jagjit menetapkan 22 Januari sebagai hari sebutan untuk mendengar bantahan awal.
Ikat jamin tidak dikenakan kerana kes ini merupakan kes saman.

'Bayangkan MKN di tangan PM di ambang penyingkiran'

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) menyatakan kebimbangan terhadap kelulusan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang didakwa memberi kuasa besar besar kepada perdana menteri.
Kumpulan pemikir itu berkata pemberian kuasa itu di tangan seorang perdana menteri boleh memberi kesan buruk.
“Bayangkan jika seseorang yang memegang jawatan itu dalam proses ditendang keluar daripada tampuk kekuasaan oleh partinya sendiri atau pengundi.

“Saya bimbang beliau boleh guna akta ini untuk semata-mata kekal berkuasa,” kata Pengarah Eksekutif Ideas Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan hari ini.
Wan Saiful juga mengkritik anggota Dewan Rakyat daripada BN yang didakwa menghampakan rakyat dengan menyokong rang undang-undang itu.
Beliau dalam masa yang sama menggesa kerajaan menarik balik undang-undang itu, yang baginya terlalu memusatkan kuasa di tangan perdana menteri.
“Jika kerajaan tidak tarik balik, senator-senator di Dewan Rakyat harus tunjukkan bahawa mereka berguna dan menolak rang undang-undang itu,” katanya.
Dewan Rakyat semalam meluluskan rang undang-undang MKN secara tergesa-gesa dengan undi suara majoriti, tanpa sebarang pindaan.
Rang undang-undang itu antara lain, memberi perdana menteri, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.
Undang-undang baru ini diperkenalkan ketika kedudukan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri terus dicabar pelbagai pihak.

NOW belum yakin integriti Yapeim pulih dengan peletakan jawatan

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir berpendapat peletakan jawatan 2 pegawai tertinggi dalam anak-anak syarikat Yapeim ‘belum memulihkan moral dan integriti Yapeim’ kerana mereka masih lagi kekal dalam Lembaga Pemegang Amanah Yapeim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015. 
Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir berpendapat peletakan jawatan 2 pegawai tertinggi dalam anak-anak syarikat Yapeim ‘belum memulihkan moral dan integriti Yapeim’ kerana mereka masih lagi kekal dalam Lembaga Pemegang Amanah Yapeim.

 Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir menyambut baik keputusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menerima peletakan jawatan 2 pegawai tertinggi dalam anak-anak syarikatnya susulan skandal perbelanjaan meragukan yayasan itu akhir-akhir ini.
Namun, Akmal berpendapat peletakan jawatan itu "belum memulihkan moral dan integriti Yapeim" kerana mereka yang meletak jawatan itu masih lagi kekal dalam Lembaga Pemegang Amanah Yapeim.
"NOW menyambut baik pengumuman Yapeim yang Datuk Awang Malek Awang Kechil iaitu presiden dan pemimpin Wanita Umno Kelantan Datuk Siti Zaleha Hussin iaitu timbalan presiden Lembaga Pemegang Amanah meletakkan jawatan mereka dalam semua anak syarikat Yapeim.

"Ismail Mat Nasib iaitu suami kepada Siti Zaleha juga melepaskan jawatan yang disandangnya sebagai felo Yapeim. "Namun, status jawatan-jawatan yang disandang Wan Johan iaitu anak kepada Siti Zaleha yang dikatakan sebanyak 6 jawatan masih tidak dijelaskan," kata Akmal dalam satu kenyataan hari ini.
Akmal turut menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan kedudukan kewangan Yapeim yang meragukan.
Katanya, dalam tempoh 3 tahun perbelanjaan Lembaga Pemegang Amanah meningkat sebanyak 7 kali ganda.
"Penyata kewangan bagi tempoh berakhir 31 Disember 2013 menunjukkan jumlah perbelanjaan bagi perbelanjaan Lembaga Pemegang Amanah bagi 2012 sebanyak RM498,725 dan 2013 sebanyak RM665,316.
"Manakala penyata kewangan bagi tempoh berakhir 31 Disember 2014 dan juga anggaran perbelanjaan bagi 2015 menunjukkan perbelanjaan Lembaga Pemegang Amanah bagi 2014 adalah RM2,617,264 dan 2015 dianggarkan sebanyak RM3,500,000," katanya.

Najib yang BERANI...

- TAK DATANG forum 'Nothing To Hide'
- TAK DATANG ke Persidangan Anti Rasuah A'bangsa (IACC)
- TAK PERLU Timb. Presiden UMNO Muhyiddin berucap di PAU
- TAK HADIR Dewan Jawap Skandal RM2.6B
- JABAT TANGAN & tersengih2 dgn Perdana Menteri Israel.

WAJIB jilat Najib sampai mati..

Perdana Menteri M'sia PALING KUAT BOHONG PADA RAKYAT DALAM SEJARAH MALANGSIA!!!

Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup" - Najib Razak

Betul ke BOHONG ??!!!

Harga tiket bulanan naik 125% ??!!! (naik RM60)

Dana Asing RM2.6b: Pembangkang tak puas hati Zahid beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Biarpun kerajaan sudah menjelaskan mengenai dana RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak pembangkang masih belum berpuas hati dengan penerangan berkenaan.
 
Menurut Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, pembangkang sememangnya kecewa dengan penerangan itu biarpun telah dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat awal hari ini.
 
"Saya tidak terkejut langsung malah saya tidak ambil serius, apabila beberapa minggu lalu dia (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata bahawa ‎dia akan menjawab segala soalan mengenai RM2.6 bilion ini, malah kenyataan hari ini bukan kenyataan beliau. 
 
"Datuk Seri Zahid datang ke Parlimen untuk membaca kenyataan peribadi Perdana Menteri tak sama macam YB Nurul Izzah tadi walaupun dia menggunakan peraturan dewan yang sama tetapi Nurul Izzah kenyataan dia sendiri PM tadi kenyataan dibaca oleh TPM seolah-olah jawapan bagi kelakuan kerajaan", katanya di luar Dewan Rakyat.
 
Perkara sama turut disuarakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
 
Beliau menggesa Najib memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai isu tersebut.
 
"Tidak ada apa-apa pun penjelasan, jawapan itu telah memberi kehampaan kepada kami, kerana kami tunggu begitu lama. Hari ini hari terakhir di Parlimen, kita dijanjikan jawapan tapi jawapan bukan merupakan jawapan. Ini satu helah, subjudis, langsung tidak memuaskan", katanya.
 
Zahid hari ini memikul tanggungjawab untuk memberikan penjelasan mengenai isu dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dihadapan semua Ahli Parlimen.
 
Beliau dalam pada itu memberitahu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menasihatkan Najib untuk tidak memberikan sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak kerana ia 
masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hishammuddin: Umno tak tergugat kerana Muhyiddin


KUALA LUMPUR – Apa jua tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan dapat memecahbelahkan perpaduan parti itu, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurut Hishammuddin, Umno pernah melalui krisis seumpamanya sebelum ini yang melibatkan pemimpin utama parti dan ranjau itu berjaya dilalui parti berkenaan.
‎"Apa bezanya Muhyiddin dengan Datuk Onn Jaafar (Presiden Umno pertama), Tun Dr Ismail Datuk Abdul Rahman (Timbalan Presiden Umno pada tahun 1951), Tun Musa Hitam (Pemangku Setiausaha Agung Umno), dengan Tun Hussein Datuk Onn (Ketua Pemuda Umno pertama)?
"Datuk Onn keluar daripada parti. Tun Dr Ismail letak jawatan apabila tidak sefahaman dengan Tunku Abdul Rahman,” katanya.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan diminta mengulas mengenai krisis dalaman yang melanda Umno ketika ini susulan pengguguran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, Julai lalu.
‎Sementara itu mengulas mengenai Umno Johor, Hishammuddin turut menyatakan ‎rasa kagum dengan tampuk kepimpinan parti yang masih lagi berpegang kepada tunjuk ajar pemimpin sebelumnya.
"Saya bangga menyatakan nilai-nilai Umno Johor masih diwarisi oleh mereka. Sekarang Umno Johor dipimpin oleh Datuk Seri Khalid Nordin,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengingatkan ahli parti untuk meneruskan penyatuan tanpa memberi peluang kepada pembangkang untuk menyerang Umno.
Beliau juga berharap perwakilan dan ahli parti terus komited memikul amanah yang diberikan oleh parti kepada diri masing-masing.
“Saya minta pada Perhimpunan Agung Umno kali ini, kita balik semula kepada perkara yang selalu dibincangkan iaitu masa depan umat Melayu, umat Islam dan orang Melayu.
“Dalam masa yang sama, dalam konteks kita merupakan parti terbesar BN yang akhirnya akan menentukan nasib kaum lain di bawah konteks BN,” ujarnya.

Tian Chua: Apa lagi polis mahu?

 Polis sekali lagi merakamkan kenyataan ahli Parlimen Batu Tian Chua susulan pertemuan Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan bekas ketua penceroboh Sulu Jacel Kiram di Manila baru-baru ini.
Tian Chua tiba di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada pukul 11.10 pagi ini, setelah dipanggil berbuat demikian pada awal minggu.
“Saya tidak banyak ingin jelaskan kerana pertemuan Nurul dengan Jacel tidak ada sebarang unsur jenayah.
“Kalaupun ada, (hanya) kesilapan persepsi, Nurul telah meminta maaf dan perkara ini tidak patut dipanjangkan.
“Apa lagi mereka nak buat?” kata Tian Chua kepada pemberita sebelum masuk ke Bukit Aman.
Peguam Tian Chua, Sivarasa Rasiah berkata polis memanggil Tian Chua susulan beberapa laporan polis dibuat terhadap pemimpin kanan PKR itu,
“Kami tidak ada apa-apa hendak disembunyikan,” kata Sivarasa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menuduh Tian Chua sebagai ‘dalang’ yang mengaturkan pertemuan antara Nurul Izzah dengan Jacel.

Mahkamah arah Papagomo bayar Anwar RM800,000

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan supaya blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Datuk Rohana Yusof yang mengetuai panel tiga anggota menolak rayuannya berhubung jumlah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati beliau bersalah kerana memfitnah bekas ketua pembangkang itu.
 Katanya, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa fakta Papagomo dan Wan Muhammad Azri adalah orang yang sama melalui bukti oleh rakan-rakan blogger.
"Oleh itu, mahkamah mendapati tidak ada kesilapan dalam fakta-fakta itu dengan keputusan tersebut. Dengan ini, mahkamah juga mendapati bahawa memorandum rayuan Wan Muhammad Azri tidak menyatakan yang dia merayu mengenai jumlah yang perlu dibayar itu.
"Justeru, kami dapati tidak ada alasan yang munasabah untuk mengganggu keputusan hakim Mahkamah Tinggi berhubung jumlah itu. Dengan ini, mahkamah menolak kedua-duanya," katanya.
Sidang bersama adalah hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hamid Sultan Abu Backer dan hakim Datuk Varghese George Varghese.
Di samping itu, Wan Muhammad Azri, yang tampil seorang diri tanpa diwakili peguam, juga diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos RM10,000 kepada Anwar.

Muhyiddin: Sejarah buktikan anak Melayu Johor pantang berundur

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memetik kebangkitan orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946, yang turut membawa kepada penubuhan Umno, dan mengisytiharkan bahawa anak Melayu Johor pantang berundur.
Seorang anak Melayu Johor, Muhyiddin menggunakan contoh tersebut ketika meminta maklum balas mengenai apakah mesej yang wajar beliau sampaikan di perhimpunan agung (AGM) Umno minggu depan, seandainya berpeluang untuk berucap.
Melalui Facebook, Muhyiddin menyiarkan gambar Harold McMichael yang berlatar belakangkan anak-anak Melayu Johor yang menentang Malayan Union, ketika dia dipanggil mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, di Johor Bahru pada tahun 1946.
"Dapat dilihat di dalam gambar ini anak Melayu Johor yang menentang penubuhan Malayan Union kerana percaya bahawa masa depan negara ini harus bebas daripada kongkongan dan campurtangan asing.
"Sejarah membuktikan anak Johor pantang berundur mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah mereka.
"Sebagaimana yang tertulis dalam sejarah, Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Baharu. Saya telah menjadi ahli Umno sejak 45 tahun yang lalu," katanya.
Muhyiddin berkata, beliau menerima banyak permintaan daripada akar umbi supaya menyampaikan sedikit amanat sempena perhimpunan agung Umno 2015 yang menurutnya, merupakan satu perhimpunan penting bagi Umno.
Ini walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang juga presiden Umno, mengumumkan minggu lalu bahawa Muhyiddin tidak akan merasmikan AGM Wanita, Pemuda dan Puteri.

SKMM siasat pengendali Facebook ‘Najib letak jawatan’

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat orang di belakang “LetakJawatan”, satu laman Facebook popular yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatan. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat orang di belakang “LetakJawatan”, satu laman Facebook popular yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatan. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat orang di belakang “LetakJawatan”, satu laman Facebook popular yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatan.
Admin LetakJawatan Joe Haidy Sulaiman, 45, sedang disiasat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana adalah kesalahan menerbitkan apa-apa yang lucah, palsu, mengugut atau menyinggung untuk tujuan menyakiti, salah guna, mengugut atau mengganggu sesiapa.
Joe Haidy memberitahu The Malaysian Insider beliau dipanggil ke ibu pejabat SKMM untuk disoal siasat pada Selasa, dan kemudiannya polis mengikutnya ke rumah dan merampas komputer riba serta modemnya.

"Saya disoal siasat selama 3 jam kerana dakwaan memfitnah Najib melalui LetakJawatan," katanya. Katanya, kenyataan memfitnah yang dipersoalkan adalah dari posting blog dimuat naik di LetakJawatan, mengatakan Najib pernah ditangkap khalwat dengan penyanyi/pelakon popular, Ziana Zain.
Joe Haidy mengesahkan yang beliau menulis tentang perkara itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau percaya pihak berkuasa bertindak terhadapnya kerana pernah menghantar emel kepada Najib 2 minggu sebelum itu, menyampaikan kebimbangan pengikut Facebooknya.

Tun M kena ingat pesanan sendiri dahulu - Hishammuddin

KUALA LUMPUR -Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semula pesanan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kepentingan untuk mempertahankan presiden seperti yang pernah disebut olehnya pada suatu ketika dahulu.
Menurutnya, sewaktu memangku jawatan sebagai pemimpin parti, Mahathir sendiri pernah menekankan ahli dan pimpinan parti itu tentang peranan presiden dalam sesebuah pertubuhan.
Hishammuddin Tun Hussein Hishammuddin memetik ucapan dasar Mahathir pada Perhimpunan Tahunan Pemuda dan Wanita Umno yang berlangsung pada 1 Julai 1976.
“Umno tidak wujud untuk pemimpinnya, mereka hanya wujud untuk sementara. Mereka akan pergi dan akan digantikan dengan (pemimpin) yang baharu. Tetapi pemimpin dan kepimpinan adalah penting bagi sesebuah pertubuhan.
“Sementara pemimpin tidak perlu dipertahankan kerana semata-mata ia pemimpin, ia juga tidak harus dilemahkan dengan sengaja. Tidak ada kebaikan dan kepimpinan yang lemah, seperti mana tidak ada manfaat daripada pertubuhan yang lemah".
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, survival parti bukan terletak di tangan ahli atau suara majoriti di dalam sesebuah parti, sebaliknya hanya ditentukan rakyat sendiri.
Selain itu, katanya, survival parti juga diukur berdasarkan usaha dilakukan dalam meneruskan perjuangan parti.
“Kita kena kerja kuat. Ambil langkah satu persatu dalam satu-satu masa. Yang penting, kita perlu jaga rumah tangga kita sendiri dulu.
“Hanya kerana seorang dua (ahli Umno) lantang bersuara, tidak semestinya mereka mewakili suara majoriti dalam parti. Kita ada berjuta ahli, tidak semestinya suara mereka mewakili semua ahli Umno,” katanya.

Naik turun tren, poket sapu kosong

Saranan kerajaan menggunakan kenderaan awam demi elak kesesakan jalan, kenaikan tol, petrol yang dimansuhkan subsidi seperti tidak relevan kerana pengguna pengangkutan awam pula dilihat berbelanja lebih daripada pengguna kenderaan sendiri.
pengangkutan-awamNaik turun komuter, kemudian bas sampai pejabat, di pejabat luang masa sembilan jam, balik naik bas, naik komuter. Sampai di rumah, bawa kereta untuk ambil anak-anak dari rumah pengasuh. Jauh rumah sendiri dan pengasuh hampir 10 kilometer dan terpaksa bayar tol kerana ikut jalan pintas, terpaksa kejar masa. Sekembali di rumah, tergesa-gesa siap sedia hantar anak ke kelas tusyen, lima kilometer jauhnya. Tunggu di pusat tusyen dua jam kerana tidak mahu ulang alik, kemudian patah balik, lima kilometer lagi.
Secara rawak, berapa agaknya si bapa atau ibu ini belanja pada masa dan tarikh sama tahun lepas dan apa pula belanjanya pada hari ini? Berapa banyak kenaikan dari segi harga pengangkutan awam dan tol dan bahan api?
Rata-rata ramai mengeluh sebaik berada di atas jalan raya, meter belanja diaktifkan, kini ia menjadi dua hingga tiga kali ganda mahalnya sehingga memakan jumlah yang signifikan daripada gaji.
Semalam, dalam perjalanan pulang dari pejabat beberapa rakan dalam rangkaian laman kelas sosial Whatsapp berkongsi isu ketidakpuasan mereka terhadap kenaikan caj pengangkutan awam.
Ada juga yang siap berkongsi gambar tiket perjalanan mereka pada dua hari berturut tetapi harga yang terpapar pada tiket amat berbeza, naik lebih 100 peratus! Clap, clap, clap!
tiket-bulanan
tiket-KTM

“Mana nak cari duit ni? Mesti menteri akan mencadangkan supaya warga kota mencari kerja tambahan untuk tanggani masalah kewangan, atau guna cari jalan lain (jalan kaki?) untuk elak bayar tambang tinggi, atau kenaikan dibuat untuk kebaikan rakyat dan sebagainya. Inilah jawapan klise mereka, jawapan yang sudah basi!,” keluh seorang rakan yang nampaknya tersangat marah dengan kenaikan pengangkutan awam saban hari.

PERMINTAAN MUHYIDDIN

Ini adalah tulisan yang dipetik daripada laman Facebook Muhyiddin Yassin yang secara terbuka meminta sesiapa saja yang mempunyai pandangan atau pendapat agar dapat menyalurkannya secara jujur dan ikhlas kepada beliau demi kebaikan bersama. 

Gambar di belakang saya ini diambil ketika Harold McMichael dipanggil untuk mengadap DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Sultan Sir Abu Bakar di Johor Bahru pada tahun 1946.

Dapat dilihat di dalam gambar ini anak Melayu Johor yang menentang penubuhan Malayan Union kerana percaya bahawa masa depan negara ini harus bebas daripada kongkongan dan campurtangan asing.

Sejarah menbuktikan anak Johor pantang berundur mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah mereka.

Sebagaimana yang tertulis dalam sejarah, UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Baharu. Saya telah menjadi ahli UMNO sejak 45 tahun yang lalu.

Saya menerima banyak permintaan daripada akar umbi supaya saya menyampaikan sedikit amanat sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 yang merupakan satu perhimpunan penting bagi Umno.

Seandainya saya berpeluang untuk berucap, apakah perkara-perkara penting yang anda fikirkan wajar saya sampaikan kepada para perwakilan dan pemimpin UMNO?

Mohon anda berikan pandangan dengan sejujur dan seikhlas hati.

#adaberani?
Muhyiddin Yassin.

Lawak Jumaat: Najib tidak takut dengan sesiapa – Hishammuddin

Naib Presiden UMNO menegaskan sepupunya tidak takut dengan sesiapa kerana beliau sangat tenang dalam mengendalikan apa jua keadaan.
hishamudin
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang berani menghadapi apa jua isu serta cabaran semasa.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Presiden UMNO itu tidak takut dengan sesiapa kerana beliau sangat tenang dalam mengendalikan apa jua keadaan.
“Malah kita lihat pemimpin Syria dan Libya gagal untuk mempertahankan negara mereka, sebaliknya negara kita masih kukuh dan mampu bertahan di bawah kepimpinan Perdana Menteri,” katanya yang dipetik daripada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin dalam blognya bahawa Najib tidak pernah berani atau tegas.
Terdahulu, Hishammuddin dalam ucapan perasmian Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) berkata akademi yang mengambil sempena nama arwah bapanya Tun Hussein Onn itu mampu manjadi institusi yang melahirkan pemimpin UMNO pada masa depan.
Beliau percaya akademi itu berupaya menjadi medan terbaik untuk membina ideologi UMNO dan memberi pemahaman yang jelas tentang perjuangan sebenar parti tertua negara ini.
“Saya mahu AKHI menjadi institusi yang akan melahirkan kepemimpinan UMNO yang mampu mempertahankan wadah perjuangan parti dan negara pada masa depan.

Tambang naik, beban rakyat bertambah..pemimpin terus bermewah..!!

Satu demi satu, tambang perkhidmatan pengangkutan awam dinaikkan. Antara alasannya, semakan harga telah lama tidak dibuat dan harga tambang yang dinaikkan itu masih lebih murah berbanding dengan kadar yang termaktub dalam perjanjian konsesi.
 Kelmarin diumumkan pula kenaikan tambang sehala perkhidmatan ERL dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 bermula Januari depan kepada RM55 iaitu kenaikan sebanyak 57 peratus daripada tambang semasa.
Sebelum ini kadar tambang bagi perkhidmatan KTM diumumkan naik antara 20 peratus hingga 140 peratus dan kenaikan bagi tambang LRT, Monorel dan RapidKL pula antara 40 peratus hingga 102 peratus.
Sebelum itu lagi, kadar harga tol juga telah dinaikkan antara 25 peratus hingga 80 peratus. Harga tambang bas pun turut dinaikkan. Selain itu, harga runcit petrol juga dinaikkan pada hampir setiap bulan.
Data kepenggunaan isi rumah yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan perbelanjaan untuk tujuan pengangkutan pada tahun 2000 ialah 12.6 peratus dan pada tahun 2009 naik kepada 13.1 peratus.
Maka saya percaya ia boleh mencecah kepada 22.2 peratus pada tahun 2015 berikutan trend kenaikan yang sedang berlaku sekarang.
Saya juga yakin bahawa kerajaan akan mengumumkan lebih banyak lagi kenaikan harga termasuk tarif air dan elektrik yang hanya akan menambahkan lagi beban rakyat.
Kenaikan kadar tambang atau harga ini amat tidak patut sama sekali. Sepatutnya kerajaan menyelesaikan dahulu isu mutu perkhidmatan pengangkutan awam.
Saya melihat tidak banyak penambahbaikan yang berlaku ke atas sistem pengangkutan awam. Kerajaan sepatutnya mengekang kenaikan pelbagai kos sara hidup.

Musa Hitam: Tak disekat berucap ketika lawan Dr M

Bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam berkata Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai perdana menteri dan presiden Umno, tidak menyekatnya daripada berucap di perhimpunan agung (AGM) Umno ketika beliau bertegang urat dengan Dr Mahathir pada tahun 1986.
Musa berkata demikian sebagai merujuk kepada percubaan untuk menyekat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada berucap di AGM Umno minggu depan.
 Beliau dipetik dalam satu temubual dengan Malaysian Insider sebagai berkata adalah sesuatu yang pelik apabila pemimpin nombor dua Umno tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap, dan menambah beliau tidak berdepan sekatan sedemikian walaupun bertegang urat dengan Dr Mahathir sewaktu menjadi timbalan presiden.
"Ia tidak pernah didengar. Walaupun terdapat pertarungan antara dua orang utama, saya rasmikan majlis itu.
"Dan semasa perhimpunan agung, saya duduk sebagai timbalan presiden tanpa sesiapa membantah atau cuba menghalau saya keluar," Musa dipetik sebagai berkata dalam temubual tersebut.
Pada ketika itu, kata Musa, beliau dibenarkan berdebat dan menjadi orang kedua terakhir menyampaikan ucapan penggulungan, mengikut tradisi Umno.
Musa pada ketika itu meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri kerana tidak sebulu dengan Dr Mahathir tapi kekal sebagai timbalan presiden Umno.
Julai lalu, Muhyiddin digugurkan daripada kabinet bersama dengan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, ekoran pendirian kritikal mereka terhadap Perdana Menteri Najib Abdul Razak mengendalikan isu 1MDB.

Skandal RM2.6B: Dua bekas hakim tak bersetuju dengan hujah 'subjudis'


Dua bekas hakim Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dengan hujah subjudis yang dikemukakan oleh pihak kerajaan sebagai sebab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab soalan di Parlimen berhubung RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya oleh seorang penderma dari Timur Tengah.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini berkata perkara subjudis tidak timbul sama sekali, kerana isu itu tidak didengar di mana-mana prosiding mahkamah.
"Sesuatu siasatan (yang berjalan terhadap sesuatu perkara), bukan satu prosidng kehakiman. Peraturan mengenai subjudis wujud untuk mencegah perbicaraan oleh media atau dengan cara luaran yang lain supaya hakim dan juri tidak akan dipengaruhi oleh faktor-faktor luar dalam membuat penghakiman atau keputusan," kata Mohamad Ariff kepada Malaysiakini.
Menurutnya, apabila sesuatu isu telah memasuki domain awam dan terdapat minat kepentingan awam yang mendalam untuk mencari kebenaran terhadap perkara itu, maka tidak ada isu subjudis jika tidak ada prosiding kehakiman mengenai perkara itu yang sedang berjalan.
Isu sebenar dalam kes ini, kata Mohamad Ariff ialah kebebasan dan akses kepada maklumat mengenai perkara yang mempunyai kepentingan awam.
Mohamad Ariff, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi, menolak prosiding menghina mahkamah yang dibawa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) terhadap peguam Fahda Nur Ahmad Kamar berhubung kenyataan beliau mengenai pengambilalihan industri air, ketika mewakili kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, seperti ia dilaporkan dalam Harakah.
Beliau memutuskan bahawa mahkamah perlu berhati-hati dalam menggunakan prosiding menghina untuk menyekat kebebasan bersuara dan dalam memetik Lord Denning, beliau berkata "komen yang adil tidak subjudis terhadap perbicaraan yang adil".
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said mengumumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang bangun bagi pihak Najib dalam menjawab soalan berhubung derma RM2.6 bilion di Parlimen, memetik subjudis sebagai sebab Najib tidak datang sendiri untuk menjawab perkara itu .
Azalina, juga seorang peguam berkata, Najib telah dinasihatkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya tidak menjawab perkara itu di Parlimen kerana ia akan menjadi subjudis untuk berbuat demikian.

BN janji sekolah agama percuma jika rampas kembali Selangor...dah lama perintah Malaysia tak percuma pun...!!!

Sekolah agama akan jadi percuma di Selangor jika Barisan Nasional memerintah negeri itu, kata pengerusi BN Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015. 
Sekolah agama akan jadi percuma di Selangor jika Barisan Nasional memerintah negeri itu, kata pengerusi BN Selangor.

Barisan Nasional (BN) Selangor menjanjikan sekolah agama percuma buat rakyat jika berjaya merampas semula negeri terkaya itu dari tangan gabungan pembangkang.
Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berikrar akan meyakinkan rakyat tentang janji mereka itu.
“Kalau BN memerintah, kita janji sekolah agama ini semua percuma. Tak payah bayar macam sekolah kebangsaan.

“Bagaimanapun perkara penting, kita kena meyakinkan rakyat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini. Ahli Parlimen Tanjung Karang itu percaya ia boleh dilakukan kerana dalam politik tiada yang mustahil.
“Yang penting ialah kita hendak yakinkan rakyat bahawa kerajaan BN kalau memerintah, kita akan lebih baik daripada pembangkang,” kata bekas menteri itu.
Gabungan pembangkang PKR, DAP dan PAS berjaya menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) pada 2008.
Pada PRU13 lalu, BN masih gagal untuk merampas kembali Selangor daripada gabungan PKR, DAP dan PAS.

Persidangan Dewan Rakyat ditangguh, luluskan 8 rang undang-undang

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 19 Oktober lepas ditangguhkan pada 12.40 tengah malam tadi hingga ke tarikh yang akan ditentukan kemudian pada tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 19 Oktober lepas ditangguhkan pada 12.40 tengah malam tadi hingga ke tarikh yang akan ditentukan kemudian pada tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 19 Oktober lepas ditangguhkan pada 12.40 tengah malam tadi hingga ke tarikh yang akan ditentukan kemudian pada tahun depan. Sepanjang persidangan 25 hari itu, beberapa rang undang-undang diluluskan termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 yang memperuntukkan RM267.22 bilion untuk perbelanjaan kerajaan.
Rang Undang-undang Perbekalan 2016 diluluskan Selasa lepas selepas dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa sejak 26 Oktober. Sebelum itu, rang undang-undang itu yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lepas, diluluskan di peringkat dasar pada 16 November lepas.

Ia kemudian dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama 9 hari bermula 17 November. Rang undang-undang lain termasuk Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015, Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Kewangan 2015, Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 dan Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2015.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini juga meluluskan usul menggantung Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang daripada persidangan selama 6 bulan pada 22 Oktober lepas selepas tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf tanpa syarat berhubung tuduhannya terhadap yang dipertua Dewan Rakyat.
Dalam masa sama, Dewan Rakyat turut membincangkan usul jerebu merentas sempadan yang melanda negara dan rantau Asia Tenggara baru-baru ini.
Selain itu Dewan Rakyat turut meluluskan usul Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Dr M: Dulu Umno diisytihar haram, sekarang apa perlu ROS buat?

 Dr M: Dulu Umno diisytihar haram, sekarang apa perlu ROS buat?
Tun Dr Mahathir Mohamad terus menjadikan isu RM2.6 bilion sebagai sasarannya dengan mengimbas semula ketika Umno diisytiharkan haram semasa beliau adalah presiden parti.
Beliau menimbulkan isu berkenaan sebagai mengulas dakwaan bahawa jumlah wang yang amat besar yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum lalu adalah untuk Umno.
Jika itu adalah kesnya, Mahathir, yang mengetuai parti Melayu itu selama lebih dua dekad, berkata Akta Pertubuhan menetapkan bahawa semua urus niaga kewangan perlu dilaporkan.
"Tidak ada bukti bahawa ini telah dilakukan. Ia melanggar Akta Pertubuhan.
"Umno diharamkan pada masa saya. Sebab-sebabnya langsung tidak serius.
"Umno tidak melapor dan bertindak bagi mendapatkan semula wang itu dan melaporkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS). Apakah kata undang-undang yang perlu mereka lakukan?" soalnya.

Dewan lulus akta baru MKN beri Najib kuasa ‘besar’

Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan undi suara majoriti, tanpa sebarang pindaan.
Kerajaan secara tergesa-gesa meluluskan rang undang-undang itu ketika melalui peringkat dasar, jawatankuasa dan bacaan ketiga sepanjang enam jam hari terakhir Parlimen bersidang
Ia mendapat bantahan keras daripada wakil rakyat pembangkang hingga memaksa perbahasan berlarutan hampir enam jam, sebelum diluluskan melalui undi belah bahagian.
Pembangkang menuntut undi blok semasa peringkat jawatankuasa tetapi dikalahkan dengan 107 undi menyokong manakala 77 undi menolaknya.
Antara hujah keika perbahasan pembangkang adalah bahawa rang undang-undang itu menghakis kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.
Rang undang-undang itu antara lain, memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.
Di bawah zon keselamatan, pasukan keselamatan akan dibenarkan untuk membuat tangkapan, mengawal pergerakan, menahan atau memindah suspek, menyita dan menggeledah, merampas atau memusnahkan harta serta mengetepikan inkues dikemukakan pihak berkaitan.
Tindakan mereka hanya boleh dicabar jika mahkamah memutuskan ia dilakukan dengan "niat jahat".
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, rang undang-undang itu perlu bagi memudahkan perkongsian risikan serta tindak balas secara bersepadu oleh pasukan keselamatan negara terhadap sesuatu ancaman.
Beliau pada masa yang sama, menafikan tuduhan pembangkang kononnya rang undang-undang tersebut digubal untuk merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong atau bagi memperluaskan kuasa perdana mMenteri.

Ayuhai orang kampung, kepadamu kami merayu

Ke hadapan warga desa yang jauh di mata. Apa khabar kalian di sana? Semoga sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga, anak cucu, dan ayam itik masing-masing hendaknya. Kami di bandar ini baik-baik saja. Masih teguh menghadapi hari-hari muka.
Arakian maka baru saja tiba ke perkhabaran kami akan kisah kenaikan harga tol dan tambang pengangkutan awam. Ini bakal berlaku sedikit masa saja lagi, bahkan ada yang sudah pun berlaku. Kenaikannya pula bukan sedikit, malah ada yang mencecah dua tiga kali ganda.
Tambang kami berulang alik pergi kerja semakin mahal. Tak kiralah naik kenderaan apa pun, duit tetap kena keluar untuk bergerak dari rumah ke tempat kerja. Minyak harganya tidak menentu, tambang bas dan kereta api mahal mengejut. Lebuh raya yang sepatutnya menjimatkan masa menjadi penjara berjam-jam lamanya. Harga tolnya pula semakin meninggi.

Ini menyesakkan rongga dada kerana meski kos sara diri semuanya naik belaka, gaji kami sama sahaja. Gaji menteri dan orang politik boleh pula naik menggila. Kami tak hairan kerana mereka sendiri yang luluskan kenaikan gaji mereka. Ada waktunya kami tidak makan tengah hari. Kalau makan pun sedikit sekali. Ya lah, antara makan dan pengangkutan ke tempat kerja, mestilah kos ke tempat kerja diutamakan. Bak kata orang Jawa, ‘ora cucul, ora ngebul’. Tak kerja, tak makan. Ironinya begitu tebal sekali.
Harga barang di bandar juga mahal-mahal belaka. Itu belum dikira soal kain baju dan belanja keluarga. Cuba kalau ada anak 3. Seorang ke sekolah menengah, lain belanjanya. Yang tengah di sekolah rendah, juga lain belanjanya. Anak yang kecil perlu dibayar pengasuhnya, duit juga. Belum dicampur serakah si isteri mahu borong tudung Fareeda.
Belum dikira kalau yang menjadi ketua keluarga itu, ibu tunggal pula.
Kerajaan tidak peduli kami
Rintihan kami ini kerajaan tidak peduli. Mudahnya kerana kami ini warga minoriti. Nilai undi kami di sini, bagai sebutir pasir di kaki para menteri.
Kalau naik harga barang, tol, air dan api dan kami melalak sampai pagi, hampir pasti suara kami langsung tidak didengari. Kerajaannya naik takhta dan kekal merajalela bukan kerana undi kami di ibu kota. Bahkan sebenarnya yang menentukan mereka berkuasa ialah undi kalian di kampung dan desa.
Justeru kami di bandar ingin merayu bantuan kalian. Kami kian terdesak dan tiada tempat lagi untuk kami mengadu nasib. Tiada lagi rasa segan dan malu. Ayuhai orang kampung, kepadamu kami mengadu.
Tolonglah jangan disokong kerajaan ini lagi.

Gerakan serpihan Umno bentuk gabungan baru?

Umno_Ketua_Bhg_L
Ketika persidangan Perhimpunan Agung Umno 2015 semakin hampir, terdapat pergerakan serpihan Umno yang terdiri daripada ketua-ketua cawangan dilihat muncul membentuk satu suara.
JOHOR BAHARU, 4 Disember:
Ketika persidangan Perhimpunan Agung Umno 2015 semakin hampir, terdapat pergerakan serpihan Umno yang terdiri daripada ketua-ketua cawangan dilihat muncul membentuk satu suara.
Difahamkan gerakan yang dikenali sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), sedang aktif dalam mendapatkan sokongan terhadap memorandum yang mengandungi resolusi untuk meminta Presiden Umno disingkirkan, pelaksanaan pemilihan parti tahun depan dan juga menghentikan semua tindakan disiplin terhadap ahli-ahli parti yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan.
Menurut sumber parti yang terlibat dalam aktiviti pergerakan itu, berkata GKCM mempunyai sokongan utama daripada ketua-ketua cawangan Umno Johor yang selari terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Gerakan ini juga mempunyai logo sendiri dengan singkatan BKB dan juga maklumat yang disalurkan kepada kumpulan WhatsApp.
“Dipercayai bahawa singkatan tersebut adalah ‘Berani Kerana Benar’ (berani kerana kebenaran), frasa yang berkait rapat dengan bekas pemimpin nombor dua negara dan semasa Timbalan Presiden Umno,” katanya yang membuat pendedahan kepada The Rakyat Post.
Sumber itu berkata, sokongan yang kuat terhadap pergerakan itu disebabkan oleh sentimen dari ketua-ketua cawangan Umno Johor kerana Muhyiddin berasal dari negeri ini.
“Jelas sekali ini menjadi topik hangat di kalangan ahli Umno negeri,” katanya.
Pergerakan GKCM pada mulanya dilihat sebagai menyokong Muhyiddin.
Gerakan ini dipercayai muncul selepas rasa tidak puas hati dalam parti, berikutan pemecatan Muhyiddin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada kerajaan pusat pada akhir Julai lalu.
Kedua-dua pemimpin kanan Umno itu dipercayai digugurkan jawatan dalam kerajaan kerana pendirian kritikal terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Umno ‘diktator’ jika sekat perbezaan pendapat, kata Musa Hitam

Umno bukan parti “diktator” yang sekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad, wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung, kata bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Disember, 2015.Umno bukan parti “diktator” yang sekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad, wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung, kata bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Disember, 2015.
Umno bukan parti “diktator” yang menyekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung akan datang, kata Tun Musa Hitam. Bekas timbalan presiden Umno itu berkata, menjadi satu kesilapan jika Tan Sri Muhyiddin Yassin disekat dan berpura-pura seolah-olah isu 1MDB, derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak penting untuk perwakilan berdebat mengenainya.
"Dibimbangi ia akan mewujudkan perbezaan dalam parti.

"Tolonglah, sebuah parti yang demokratik akan sentiasa ada perbezaan pandangan dan pendapat, jika tiada itu (parti) diktator. Saya kata buat ini, baik tuan. Saya kata itu, baik tuan," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di kediamannya di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau berkata, bukan cerminan imej sebuah parti berkuasa jika Umno melarikan diri dan menganggap isu berbangkit tidak penting.
"Dalam mesyuarat agung kali ini, mereka kata isu 1MDB tidak penting, isu pecat Muhyiddin tak penting, isu perbalahan Dr Mahathir tidak penting, mungkin mereka ini hidup dalam dunia mereka sendiri.
"Kita melarikan diri, ini bukan lambang sebuah parti berkuasa," kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Perhimpunan 8 Disember ini dilihat penting kerana pergolakan dalaman Umno, beberapa sekatan juga dikenakan bagi menghalang isu sensitif dibangkitkan.
Tidak disekat berucap ketika lawan Dr Mahathir
Turut menerima kesan, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno kerana lantang membidas Najib berhubung isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion apabila dihalang daripada merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.
Musa berkata, perhimpunan agung Umno pada minggu depan menyaksikan pertama kali dalam sejarah tradisi parti diabaikan.
Katanya, sesuatu yang pelik apabila pemimpin nombor 2 Umno tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap dan menambah beliau tidak berdepan sekatan sedemikian walaupun bertegang urat dengan Dr Mahathir sewaktu menjadi timbalan presiden parti Melayu itu.
"Ia tidak pernah didengar. Walaupun terdapat pertarungan antara dua orang utama, saya rasmikan majlis itu.
"Dan semasa perhimpunan agung, saya duduk sebagai timbalan presiden tanpa sesiapa membantah atau cuba menghalau saya keluar," katanya.
Musa menceritakan, pada ketika itu beliau dibenarkan berdebat dan menjadi orang kedua terakhir menyampaikan ucapan penggulungan, mengikut tradisi Umno.
Musa pada ketika itu meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri kerana tidak sebulu dengan Dr Mahathir tapi kekal sebagai timbalan presiden Umno.
Berbeza dengan setengah pihak yang takut dengan kritikan bakal dibuat Muhyiddin, sebaliknya Musa yakin sesuatu yang positif akan terhasil kerana ia akan memperlihatkan keterbukaan dan demokratiknya Umno itu.
Muhyiddin juarai isu rakyat
Musa berkata, isu dibangkitkan Muhyiddin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan ia bukan kesalahan jika mahu bercakap bagi pihak rakyat.
"Saya nampak risalah sedang beredar, mengatakan tentang dosa Muhyiddin, seperti mendedahkan 1MDB. Jika lihat senarai baik-baik, kamu akan kata, 'oh Tuhan, dia buat kerja baik. Ini isu yang rakyat soalkan’.

Najib amat tenang, bukan takut, kata Hisham

Bercanggah dengan kenyataan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin bahawa beliau tidak pernah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu takut, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussien malam tadi sebaliknya berkata bahawa presiden Umno itu adalah seorang pemimpin yang amat tenang.
 Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata beliau tidak fikir Najib takut sama sekali.
"Beliau amat tenang," kata Hishammuddin kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Jaya malam tadi.
Hishammuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Kadir dalam blognya yang berkata beliau tidak pernah melihat Datuk Seri Najib Razak sebegitu takut sejak mengenalinya secara peribadi hampir separuh abad.
"Realitinya, Mohd Najib tidak pernah berani atau tegas. Beliau naik kerana licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya," kata Kadir (gambar) dalam blognya.
Hishammuddin sebelum ini dalam ucapannya menyentuh mengenai kriteria pemimpin masa depan Umno dan beliau menekankan pentingnya menjadi berani dan jujur ​​dalam berdepan dengan kritikan dan juga ancaman.

Hutang negara RM623 bilion bukti Najib gagal sebagai PM

KUALA LUMPUR 3 Nov- Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan yang melebihi RM600 billion membuktikan Datuk Seri Najib Razak gagal sebagai Perdana Menteri dan menteri kewangan kata Ahli Parlimen Kapar, G. Manivanan.
Katanya, kenaikan kadar hutang yang amat drastik dan mendadak dalam tempoh singkat pemerintahan Najib Razak merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima.
“Beliau gagal sebagai PM dan menteri kewangan untuk menjamin hutang negara berkurangan. Ini menunjukkan ketidakcekapan mentadbir, ketidakcekapan mengurus ekonomi dan kewangan negara oleh beliau,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani memberitahu setakat 30 September 2015, hutang kerajaan berjumlah RM623.3 bilion meliputi hutang domestik, hutang dijamin kerajaan dan hutang PFI.
Manivanan berkata, tidak mustahil hutang negara ini mencecah  RM 1 trillion sekiranya negara masih ditadbir oleh pemimpin yang tidak tahu mengurus tadbir negara.
“Kalau sekarang (hutang) kita dah menjangkau RM600 billion, untuk menyentuh RM 1 trillion dengan ketidakcekapan, ketidakmahiran beliau untuk mengurus, benda ini akan menjadi realiti,” ujarnya.
Katanya, kerajaan kini membebankan rakyat dengan menaikkan harga barang, tambang pengangkutan awam, harga petrol dan memansuhkan subsidi bagi menampung jumlah hutang yang ditanggung mereka.

Persatuan, peniaga kumpul sejuta tandatangan bantah pengharaman vape

Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah (tengah) bercakap di persidangan tentang vape hari ini mengatakan akan mendapatakan sejuta tandatangan untuk membantah pengharaman vape. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 3 Disember 2015. 
Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah (tengah) bercakap di persidangan tentang vape hari ini mengatakan akan mendapatakan sejuta tandatangan untuk membantah pengharaman vape. 

Mendakwa 41% daripada 11 juta pengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu adalah golongan muda, Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mahu mengumpul sejuta tandatangan bagi membantah usaha mengharamkan penjualan vape. Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan ke kawasan Parlimen Segamat, Johor bagi mengumpul sejuta tandatangan itu.
"Isu pengharaman (penjualan vape) ini, Ikhlas lihat beri kesan kepada golongan belia dan anak muda yang menjadi pengundi.

"Oleh itu, kita akan turun padang dan jumpa seluruh peniaga untuk mendapatkan tandatangan," katanya pada sidang media bersama wakil peniaga vape di seluruh Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. Katanya, beliau memilih Parlimen Segamat untuk memberi signal kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam agar tidak sewenang-wenangnya menyokong keputusan dalam isu vape ini.
"Majoriti pengguna vape adalah golongan belia. Menteri kesihatan, beliau (Subramaniam) meroyan sangat. Beriya sangat hendak haramkan vape ini.
"Ikut dasar kerajaan pusat, janganlah pihak tertentu nak haramkan vape, beliau hendak ikut. Menteri berkenaan memang tidak sokong dasar-dasar kerajaan yang sedia ada."
Untuk memperoleh sejuta tandatangan sejuta pengundi, pihaknya menyasarkan 6 bulan untuk merealisasikannya.
"Bagi permulaan, kami akan turun padang dan ke negeri Johor terlebih dahulu," katanya yang turut memberitahu akan ke setiap premis peniaga vape di negeri berkenaan kerana ramai pengguna juga tertumpu di sana.
Sementara itu, wakil Peniaga Vape Seluruh Malaysia, Azwan Abdul Manas menggesa kerajaan mengawal selia perisa bernikotin vape.

Hishammudin Rais dihalang keluar negara

Aktivis politik Hishamuddin Rais dihalang sewaktu mahu menaiki pesawat ke Seoul, Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Beliau hanya dimaklumkan oleh pegawai imigresen bahawa dia dihalang kerana mempunyai kes baru.
Bingung dengan kes apa yang dimaksudkan oleh pegawai tersebut, beliau menggesa agar kerajaan menjelaskan atas alasan apa dia dihalang.
 “Saya dihalang untuk keluar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya nak ke Seoul Korea pesawat jam 11.30 malam.
“Sebab apa saya dihalang itu, saya nak tanya kerajaan Malaysia kenapa Hishamuddin Rais dihalang keluar dari negara ini, kerajaan kena jawab,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Katanya, beliau ke Korea atas jemputan sebagai pemantau program hak asasi di sana selama dua hari.
“Saya ke Korea atas jemputan sebagai pemantau program hak asasi di korea. Acara itu pada hari Sabtu dan Ahad.
“Bila halang saya, saya tidak dapat jalankan tugas saya,” katanya.
Jelasnya, pada tahun 2013 dan 2014 beliau telah pergi ke London tanpa sebarang sekatan.
Menurutnya lagi, antara kes yang sedang dihadapinya dalam masa terdekat ialah perlu menghadiri perbicaraan kes Akta Hasutan pada Januari tahun depan.