Rabu, 2 Disember 2015

Demokrasikan kembali Umno -GKCM

umnorebels puas hati jumpa Lembaga Disiplin

Habibur: We did this out of love for the party

Nasib 9 pemimpin akar umbi Umno diketahui dua minggu lagi

Lembaga Disiplin UMNO Double Standard

PAU: Timb Presiden tak berucap memang pelik

SHAH ALAM – Penganalisis politik melihat sejarah baharu akan tercipta sekiranya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak diberi ruang berucap pada sesi penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU), minggu depan.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Umno bergerak secara tradisi, namun apabila tradisi dipinggir, maka parti itu sedang berubah.
Muhyiddin Yassin “Sangat pelik kalau timbalan presiden tidak berucap. Dalam sejarah ini kali pertama timbalan presiden tidak dibenar berucap untuk perasmian sayap dan penggulungan.
“Walaupun dalam perlembagaan tidak sebut mesti ada ucapan timbalan presiden tapi selalunya parti bergerak berdasarkan tradisi. Parti tidak boleh pinggirkan tradisi itu.
“Dalam konteks ini, jika tidak dibenarkan berucap maka, ia sudah di luar daripada tradisi Umno,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Sebelum ini, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan Muhyiddin tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap Umno.
Difahamkan Muhyiddin juga sudah dimaklumkan beliau tidak terlibat dalam sesi penggulungan PAU kali ini.
Melihat senario semasa itu, Azizuddin berkata, sekiranya ‘mood’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini melibatkan sembilan ketua cawangan Umno Bahagian Telok Kemang dibawa ke perhimpunan nanti, suasana PAU minggu hadapan mungkin akan tegang.

Dana Asing RM2.6b: Kenapa Najib kena tunggu esok?


KUALA LUMPUR - "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai banyak peluang untuk menjelaskan isu RM2.6 bilion yang menjadi tanya tanya seluruh rakyat negara ini, namun mengapa esok baru beliau mahu jelaskan?".
Demikian persoalan yang dibangkitkan bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman apabila Jabatan Perdana Menteri (JPM) memutuskan semua persoalan mengenai isu dana RM2.6 bilion hanya akan dijawab di Parlimen esok.
"Saya tidak letak harapan tinggi pada Najib. Beliau mempunyai banyak saluran (sebelum ini) untuk bersuara, kenapa baru esok baru nak jelaskan?
"Lainlah macam kami, kami susah mahu dapat liputan. Nak kena panggil media dulu baru boleh bercakap," kata Hamidah dalam wawancara bersama Sinar Online di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dipetik sebagai berkata, JPM memutuskan agar semua persoalan berkaitan isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri itu dikumpulkan dan dijawab pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.
"Sekiranya perdana menteri menjawab hari ini dan esok satu lagi soalan dan kemudian satu lagi soalan, maka ini tidak akan berakhir," ujar Azalina.
Namun ketika ditanya sama ada Najib akan menjawab soalan-soalan itu pada hari tersebut, Azalina berkata: "Sama ada perdana menteri atau sesiapa sahaja dari JPM akan menjawab...ia masih prerogatif perdana menteri."

9 Ketua UMNO yang menolak Najib lakukan perkara benar – Muhyiddin

Muhyiddin berharap agar pihak Lembaga Displin tidak mudah menghukum penentangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
muhyiddin-umnoKUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya bahawa 9 Ketua UMNO Cawangan di Bahagian Teluk Kemang melakukan tindakan yang benar.
Malah, kehadirannya ke Ibu Pejabat UMNO adalah untuk memberikan sokongan moral kepada 9 Ketua UMNO yang dipanggil oleh Lembaga Displin.
“Saya datang untuk memberikan sokongan moral kepada mereka yang dipanggil Lembaga Displin UMNO.
“Saya percaya mereka nyatakan sesuatu yang benar,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.
Jelas bekas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau berharap agar pihak Lembaga Displin tidak mudah menghukum dan mempertimbangkan sebab akar umbi menentang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Apakah sebab dan keadaan itu timbul dan saya berharap mereka tidak mudah menghukum kerana hanya mereka menyuarakan suara yang berbeza,” ujarnya.
Jurucakap bagi 9 yang disiasat itu berkata, mereka tetap dengan pendirian mahu perubahan tampuk kepimpinan.
“Kita akan berpegang teguh dengan kenyataan yang kita buat, kita takkan merayu dan kita akan terus dengan perjuangan kita yang mana mahu Presiden melepaskan jawatan,” kata Ketua Umno Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman.
Beliau percaya parti Melayu itu akan terkubur jika Najib Razak terus mengemudi Umno.
“Jadi kita kekal dengan pendirian kita bahawa presiden perlu letak jawatan,” ujarnya lagi.

Bank Negara’s RM53.7 million penalty on AmBank commendable but insufficient

Dr Dzulkefly Ahmad

Bank Negara Malaysia (BNM) must be commended for finally being able to impose a hefty fine of RM53.7 million on the AmBank Group.
While the penalty may sound "punitive" enough in the Malaysian context, it pales in comparison to fines paid by JP Morgan to the tune of US$2 billion (RM8.45 billion) for Anti-Money Laundering (AML) violation. Similarly a sum of US$1.92 billion was imposed on HSBC for AML violation, too, in 2013. Incidentally, in both cases, many doubt its efficacy as a deterrent.
As the regulator of the financial and banking sector for the country, BNM must be relentless in going after wrong-doers. Not least, to turn around the fast-diminishing trust of both foreign and local investors in the transparency and financial governance of the local financial industry.

Following through the infamous revelation of the RM2.6 billion transferred to the personal accounts of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is also finance minister, back in July this year, one could not escape being oftentimes, angry for the many obvious "breaches" committed by the very-opaque 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Yet, BNM remained astonishingly muted then. AmBank had in July even bullishly denied that they were being investigated by BNM for alleged anti-money laundering activities.
The rakyat can now arguably breathe a sigh of relief. But is that really so? Not quite perhaps.
Beyond just exposition of "compliance breaches" (and now better elucidated as related to both Section 234 of the Financial Services Act (FSA) and Section 245 of the Islamic Financial Services Act, 2013), should the discerning public lay the issue to rest and be contented now that the culprits have been brought to book?
While AmBank has agreed with Bank Negara to a 4-year remedial programme to achieve best practice in good corporate governance while setting aside RM25 million for investment in infrastructure and retraining of staff, tax payers should now demand that a more convincing explanation on the crimes must be disclosed.

'Kenapa kami dilarang cakap demi kepentingan Umno'

'Kenapa kami dilarang cakap demi kepentingan Umno'
Kelihatan sekumpulan ahli Umno hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi memberi sokongan kepada sembilan ketua cawangan Umno yang dipanggil Lembaga Disiplin Parti, hari ini.
KUALA LUMPUR - "Kami tak rasa kami boleh digugurkan kerana kami bercakap perkara benar," demikian reaksi Ketua Cawangan Taman TKK, Teluk Kemang, Kamarul Azman Habibur Rahman.
Menurutnya, sekiranya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh bercakap perkara-perkara yang dirasakan benar, mengapa pihaknya tidak dibenarkan.
"Mengapa ahli seperti kami tidak boleh bercakap untuk kepentingan Umno.
"Kita akan tetap dengan pendirian bahawa kita mahukan perubahan Umno bagi menyelamatkan Umno bagi menghadapi pilihan raya akan datang," katanya ketika ditemui di Lobi Menara Datuk Onn, hari ini.
Kamarul Azman mendakwa, banyak perkara dilakukan oleh ketua bahagian tidak mendapat persetujuan dua pertiga daripada cawangan.
"Suara kami tidak pernah diminta oleh ketua-ketua bahagian untuk membuat sebarang resolusi atau keputusan.

Vape: Terengganu tunggu kajian Jabatan Mufti

Kerajaan negeri enggan mengikut langkah negeri lain sebaliknya menunggu kajian pakar daripada pelbagai bidang sebelum membuat keputusan
Muhammad-Pehimi-Yusof_vape_600
PETALING JAYA : Kerajaan negeri Terenggannu menunggu kajian yang dibuat Jabatan Mufti mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape sebelum mengambil keputusan mengenainya.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata kajian itu akan dilakukan oleh pakar yang berkelayakan dalam bidang pelbagai bidang untuk membantu Jabatan Fatwa Terengganu mengeluarkan fatwa mengenai penggunaan rokok elektronik itu.
“Buat masa sekarang, kerajaan negeri tidak akan mengikut langkah negeri lain yang mengharamkan penggunaannya dan sepanjang pengetahuan saya, Majlis Fatwa Kebangsaan juga belum mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu,” katanya yang dipetik daripada Bernama.
Kenyataan itu dibuat ketika beliau berucap pada sesi penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Terdahulu, dalam sesi perbahasan, Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi) mahukan penjelasan kerajaan berhubung penggunaan vape di Terengganu memandangkan ramai usahawan muda terbabit dalam penjualan rokok elektronik itu.
Kata Muhammad Pehimi, ketika ini peraturan penjualan vape adalah tertakluk kepada Akta Racun 1952 kerana ia mengandungi nikotin yang hanya boleh dijual farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

Johor kuat kuasa larangan vape bermula 1 Januari

Selepas tarikh berkenaan, mereka yang ingkar boleh dikenakan denda antara RM500 hingga RM2,000 selain barangan dirampas
vape haram
PETALING JAYA: Johor mengharamkan kegiatan penjualan rokok elektronik atau vape berkuatkuasa 1 Januari 2016.
Keputusan itu dibuat menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor pada Rabu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi berkata, peniaga yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976/(Akta 171) Undang-undang Kecil Bahagian Pelesenan.
Di bawah pengharaman itu, ia membabitkan larangan menjual dan menyimpan vape di premis perniagaan berdasarkan lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Mereka yang ingkar boleh dikenakan denda antara RM500 hingga RM2,000 selain barangan dirampas.
“Pelaksanaan undang-undang ini demi kesejahteraan masyarakat Johor dan kami juga mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor yang menyarankan perkara berkenaan baru-baru ini,” katanya pada sidang media di Kota Iskandar, Nusajaya.

TUNGGUL PUN ADA BAHAYANYA

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin membayangkan dirinya hanya ibarat tunggul di atas pentas dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Disember ini berikutan sekatan berucap yang dikenakan terhadapnya.

Katanya, setelah tidak dibenarkan berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun ini, beliau juga dimaklumkan tidak akan terlibat dalam ucapan penggulungan nanti.

Saya jadi tunggul saja duduk di atas pentas, ujar bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi.

Dalam hal ini, dengan menjadikan Muhyiddin sebagai tunggul, bermakna Najib Razak  tidak cukup keberanian untuk memecat atau menyingkirkan terus Timbalan Presiden itu daripada UMNO.

Yang berani dilakukannya hanyalah setakat menanggalkan satu demi satu peranan Muhyiddin yang kemudian memperlihatkan seolah-olah beliau umpama tunggul saja di mata umum.

Muhyiddin tidak perlu gusar dengan keadaan dirinya yang menjadi umpama tunggul itu. Ini kerana tunggul biasanya berasal dari pokok atau kayu yang kuat dan kukuh saja, manakala yang rapuh dan tidak berapa kuat tidak mungkin berupaya menjadi tunggul.

Menjadi kebiasaan juga tunggul mempunyai hayat yang agak lama sebelum dapat dimusnahkan sama sekali.

Sukar bagi Najib jelaskan isu ‘derma’ RM2.6b esok


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin mempunyai masa yang mencukup untuk meyakinkan pengkritiknya apabila beliau menjawab soalan mengenai isu ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya di Dewan Rakyat, esok.
Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini berkata, isu itu akan dijawab semasa sesi esok tetapi menyatakan bahawa sukar bagi ahli parlimen mendapat peluang bagi menyoal atau meminta penjelasan berhubung apa yang akan diperkatakan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, meletak agenda itu pada hari terakhir sesi Dewan Rakyat adalah tanda keengganan Najib untuk menjawap pengkritiknya.
"Sudah tentu masa yang tidak cukup untuk Najib jelaskan. Beliau tidak serius mahu menjawab soalan.
"Jika beliau serius, perkara itu tidak ditolak ke belakang hingga ke hari yang terakhir. Perlu ada lebih banyak masa diperuntukkan untuk sesi soal jawab," kata Wan Saiful.
Beliau berkata, Najib sepatutnya juga menawarkan dirinya untuk memberikan keterangan secara kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat 1MDB.
Menurut Wan Saiful, masa yang terhad diperuntukkan juga akan menyukarkan Najib untuk meyakinkan pengkritiknya.
"Menjelang esok, ia sudah menjadi terlalu lewat dan walaupun beliau memberikan jawapan yang jujur (tetapi) masih sukar untuk menyakinakan orang ramai.
"Dalam usaha untuk kekal berkuasa, beliau perlu meyakinkan ahli-ahli Umno tanpa menjadi liabiliti kepada parti, beliau juga perlu meyakinkan rakyat. Beliau tidak boleh hanya menyakinkan satu pihak sahaja," katanya kepada Malaysiakini.

Kalau Muhyiddin dapat rasa akan dipecat, mungkin benar akan berlaku – Ku Li

KU Li dan Ku Nan mengulas kenyataan Muhyiddin Yassin yang beliau sudah bersedia dipecat oleh UMNO.
kuli
KUALA LUMPUR: Sekiranya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat merasakan yang beliau akan dipecat sebagai ahli UMNO, perkara itu mungkin akan menjadi kenyataan.
Pandangan itu diberikan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dengan merujuk kepada kenyataan Muhyiddin bahawa beliau beliau akur sekiranya dipecat.
“Saya pun tidak boleh nak baca sikap dia (Muhyiddin), kalau itu perasaanya (apa yang dia rasa) mungkin itulah barangkali akan berlaku, ” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Rabu.
Sementara itu, nada berbeza diberikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila hanya mampu mengeluh setelah ditanya kenyataan Muhyidin hari ini yang menyifatkan dirinya akan dilayan seperti tunggul oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) semasa Perhimpunan Agung UMNO ( PAU) nanti.
Katanya, beliau tidak faham apa maksud sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri itu, malah mengakui pening kepala untuk melayan karenah Muhyiddin.
“Pasal apa dia (Muhyiddin) nak rasa macam tunggul. Saya pun tak tau macam mana nak komen lah. Saya pun tak reti lah.
“(Muhyiddin tidak takut dipecat) dia boleh cakaplah apa dia nak cakap. Saya tak nak komen, pening kepala,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa beliau akan hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ( PAU) dalam masa yang sama menzahirkan rasa sedihnya apabila MT UMNO melayannya seperti tunggul.
Malah beliau akur dengan keputusan parti sekiranya dipecat dari UMNO.

Ahli Umno lebih agresif bergaduh sesama sendiri

Ahli Umno lebih agresif bergaduh sesama sendiri berbanding menentang pembangkang, kata Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Disember, 2015.  
Ahli Umno lebih agresif bergaduh sesama sendiri berbanding menentang pembangkang, kata Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.


Sempena menjelangnya mesyuarat agung tahunan Umno minggu depan, seorang pemimpin bahagian hari ini berkata, ahli parti Melayu itu lebih agresif bergaduh sesama sendiri berbanding menentang pembangkang.
Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, ini memberikan peluang kepada musuh Umno menggunakan perpecahan dalam parti itu bagi menarik pengundi menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti.
Beliau juga melahirkan kekhuatiran parti itu akan kehilangan sokongan orang Melayu jika tidak ada usaha mengembalikan keamanan di kalangan pemimpin parti, yang berjuang atas pandangan yang berbeza.

"Hari ini ada pihak seperti seronok melihat sesama pemimpin Umno bercakaran sesama sendiri, mereka seolah-olah mahu menunggu kehancuran parti itu," katanya dalam posting terbaru di blog beliau hari ini. Beliau yang kesal dengan situasi itu memberi amaran kepada ahli Umno supaya tidak menjadi “api dalam sekam” kerana ia hanya akan menghancurkan parti.
“Kita tidak agresif serang pembangkang, sebaliknya kita lebih ghairah menyerang, mencerca dan mengutuk sesama kita (Umno).
“Saya harap jangan wujud parasit dalam parti yang cuba menangguk di air keruh. Ini yang akan melemah dan merugikan perjuangan Umno.”
Beliau juga tidak menafikan terdapat krisis keyakinan dan pencanggahan pendapat sesama pemimpin Umno yang menjadi faktor kepada kekeruhan dalam parti itu.
Katanya, semua pemimpin Umno sama ada yang memegang tampuk kuasa atau yang tidak memegang sebarang jawatan, perlu memikul tanggungjawab mengukuhkan parti.
“Semuanya bertanggungjawab dan memikul amanah jika benar mereka sayangkan parti dan ikhlas berjuang untuk rakyat, terutama orang Melayu.”

Nasib 9 ketua cawangan ditentukan Umno dua minggu lagi

IMG_20151202_155835
Antara Ketua Umno Cawangan di Bahagian Teluk Kemang yang hadir ke pertemuan dengan Lembaga Disiplin Umno, petang tadi.

KUALA LUMPUR, 2 Disember:

Sembilan Ketua Umno Cawangan di Bahagian Teluk Kemang selesai memberi penjelasan kepada Lembaga Disiplin parti itu, lewat petang ini.
Menurut Ketua Umno Cawangan Taman T.K.K di Teluk Kemang, Kamarul Azman Habibur Rahman, pertemuan tersebut berlangsung dengan baik dan kesemua mereka mendapat peluang memberi penjelasan berdasarkan kesalahan yang didakwa.
“Kalau ikut apa yag dimaklumkan tadi, keputusan akan dimaklumkan lagi dua minggu,” katanya yang mewakili sembilan ketua cawangan dipanggil hari ini.
Bagaimanapun, menurutnya, Lembaga Disiplin tidak memaklumkan tindakan yang bakal dikenakan kepada mereka.
Mereka dipanggil ke Lembaga Disiplin, atas kesalahan mengadakan sidang media pada 24 Oktober lalu yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan selaku Presiden Umno.
Malah, menurut Kamarul Azman, pihaknya sendiri tidak mengetahui tindakan mengadakan sidang media itu bertentangan dengan Perlembagaan Umno.
“Kami jelaskan bahawa sebenarnya Perlembagaan Umno ini tidaklah difahami semua ahli, sedangkan sebelum ini ada pihak-pihak lain meminta presiden dan naib presiden lepaskan jawatan,” ujarnya.
Beliau sekali lagi menegaskan, tindakan mendesak Najib melepaskan jawatan presiden dilakukan demi kebaikan parti dan juga atas dasar cintakan Umno.
“Kami terangkan kepada mereka (Lembaga Disiplin) bahawa kami tak pernah kaitkan presiden dengan salah laku dan sebagainya.

Kenapa Muhyiddin nak rasa seperti tunggul, soal Ku Nan

ku nan 1
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempersoalkan kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jadi 'tunggul' atas pentas dalam Perhimpunan Agung Umno minggu hadapan.
KUALA LUMPUR, 2 Disember:
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempersoalkan kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jadi ‘tunggul’ atas pentas dalam Perhimpunan Agung Umno minggu hadapan.
“Pasal apa dia (Muhyiddin) nak rasa mcm tunggul? Saya pun tak tau macam mana nak komenlah. Saya pun tak reti lah.
“Dia boleh cakaplah apa dia nak cakap. Saya tak nak komen. Ok bye…pening kepala,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.
Muhyiddin sebelum ini menyuarakan beliau ingin berucap dalam Perhimpunan Agung Umno seperti biasa tetapi dimaklumkan tidak dibenarkan berucap.
Beliau bagaimanapun menegaskan tetap akan hadir dalam perhimpunan itu.
Sementara itu, ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan terlalu awal untuk memberi respon mengenai perkara itu.
“Biasanya benda ni akan ditentukan bila PAU bersidang. Sekarang ini terlalu awal untuk komen.
“Saya pun tak tau apa yang ada dalam fikiran pemimpin,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin berkata haknya untuk berucap disekat dipercayai atas alasan bagi mengelakkan timbul kontroversi sepanjang perhimpunan.
Meskipun dihalang menyampaikan ucapan pada PAU 2015, beliau tetap akan hadir persidangan tahunan itu yang menjadi medan pertukaran pendapat di kalangan akar umbi dan pucuk pimpinan parti.

Saya sedia mati demi Mahathir yang tak menipu, kata Khairuddin

Tun Dr Mahathir Mohamad dituduh mendalangi komplot bagi menggulingkan perdana menteri manakala bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan pula dilabel sebagai orang suruhannya.
Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan beliau bertindak atas arahan Dr Mahathir tetapi menegaskan bahawa sanggup mengorbankan dirinya demi bekas perdana menteri itu kerana kagum dengannya.
"Apabila orang lihat saya, mereka sentiasa kaitkan saya dengan beliau (Mahathir). (Ini) tidak benar sama sekali.
"Berkaitan dengan perjuangan saya untuk mencari kebenaran terutamanya yang berkaitan dengan 1MDB, saya tidak pernah bincangkan walaupun satu perkara dengan Mahathir," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini.
Dengan jaket labuh hitam, ia menyerlahkan hakikat bahawa selama meringkuk dua bulan di penjara Sungai Buloh, berat badan bapa kepada empat anak itu benar-benar merosot.
Berseloroh dengan keadaan itu, katanya beliau bersedia ke penjara sekali lagi kerana ia adalah kaedah yang baik bagi mengurangkan berat badan.
"Saya sudah hilang 10 kilogram," katanya sambil gelak.
Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang telah ditangkap atas tuduhan mensabotaj sistem kewangan dan perbankan negara berikutan beberapa laporan yang dibuat kedua-duanya di luar negara terhadap 1MDB, idea bermasalah cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kedua-dua mereka kini dibebaskan dengan ikat jamin.
Sambil mengulangi bahawa beliau bukan ‘budak suruhan’ Dr Mahathir, Khairuddin, 53, menyifatkannya sebagai persepsi malang.

Saya biarkan Ku Li, Pak Lah lawan saya, kata Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluh bahawa dia tidak lagi mengenali tahu Umno hari ini yang menghalang timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada menyampaikan ucapan penggulungan.
Bekas presiden Umno selama 22 tahun itu berkata pada pemilihan parti sebelum ini, beliau tidak pernah menghalang Tengku Razaleigh Hamzah daripada menjelajah ke seluruh negara untuk mengkritik beliau, dan ini termasuk kepada Pak Lah ( Tun Abdullah Ahmad Badawi).
"Hari ini, kita ada presiden parti (Datuk Seri Najib Razak), bukan pada pemilihan (parti) tetapi menghalang orang daripada menyampaikan ucapannya. Ini bukan Umno saya kenali," katanya kepada pemberita.
"Mereka langgar tradisi parti."
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin hari ini bahawa dia dihalang daripada berucap pada sesi penggulungan perhimpunan agung Umno, minggu depan.
Sebelum ini, Majlis Tertinggi Umno juga memutuskan Muhyiddin selaku timbalan presiden tidak akan merasmikan sayap-sayap Umno tetapi sebaliknya ketua masing-masing akan berbuat demikian.

Dr M cemuh akta baru MKN, beri amaran pemerintahan diktator

 Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak senang dengan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara yang memberikan perdana menteri selaku pengarah operasinya kuasa yang terlalu berlebihan.
Mahathir mempersoalkan mengapa lebih banyak kuasa diperlukan dan menyuarakan kebimbangannya terhadap keperluan mendapatkan lebih lagi.
"Ini seolah-olah kita mempunyai pemerintahan diktator," katanya.
Ditanya sama ada Malaysia akan kembali ke zaman penjajah apabila negara mempunyai undang-undang yang menindas itu, Mahathir berkata, nampaknya seperti itu.
"Tidak ada demokrasi di bawah British, seolah-olah kita ini diperintah dari London," katanya.

Muhyiddin sokong ketua Umno cawangan, tidak kisah dipecat

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini bagi beri sokongan kepada 9 ketua Umno cawangan Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 Disember, 2015.  
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini bagi beri sokongan kepada 9 ketua Umno cawangan Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin hari ini. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke perkarangan Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi untuk memberikan sokongan kepada 9 ketua Umno cawangan Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin hari ini. Muhyiddin berkata, beliau tidak kisah sekiranya dirinya dipecat kerana datang ke PWTC hari ini kerana kehadirannya adalah untuk menegakkan kebenaran.
"Bagi saya, penting ialah perjuangan yang benar, saya rasakan saya dah bersedia menghadapi apa saja.

"Walaupun saya tidak mahu diri saya dipecat," katanya kepada pemberita. Semua ketua cawangan yang menamakan diri mereka Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) hari ini dipanggil kerana mengadakan sidang media tempoh hari, menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai presiden Umno.
"Saya datang memberikan sokongan moral kepada mereka yang dipanggil Lembaga Disiplin Umno.
"Saya percaya mereka menyatakan sesuatu yang benar," kata bekas timbalan perdana menteri itu yang menegaskan mereka turut mempunyai hak sebagai ahli, tidak kira jawatan.

PAU 2015 Platform Selamatkan Umno Daripada Hancur - Muhyiddin Yassin

Muhyiddin: I will be a tree stump on the stage

Muhyiddin: Saya ibarat 'tunggul' atas pentas Umno

Muhyiddin sedia dipecat, sokong kumpulan undur Najib

Tsunami Umno: Dah macam parti pasar, kata Hamidah

Hamidah: Tiada surat rasmi, saya masih ahli Umno

Dr Mahathir: Muhyiddin berhak berucap di PAU

'UMNO begitu mudah pecat ahli kerana mengkritik presiden'

Dr Mahathir pertikai MKN diberi kuasa 'melampau'

Dr Mahathir: UMNO sekarang tak ubah tersasar perjuangan

Muhyiddin gives 'moral support' to 7 branch chiefs

Telok Kemang Umno leaders have the right to voice their concerns, says Muhyiddin

Ucapan Muhyiddin tidak berkesan untuk parti

Ucapan Muhyiddin tidaklah terlalu berkesan dan memberikan pengaruh kepada sayap-sayap parti
muhyiddin
PETALING JAYA: Keputusan untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan persidangan serentak sayap-sayap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 merupakan langkah tepat bagi mengelak ia dijadikan platform untuk menghentam Presiden parti.
Malah, ucapan orang nombor dua dalam parti itu dianggap tidaklah begitu berkesan kerana sewaktu merasmikan persidangan sayap-sayap pada perhimpunan agung yang lalu, cadangan Muhyiddin supaya pemilihan UMNO diadakan pada tahun ini tidak diulas langsung oleh ketiga-tiga sayap berkenaan.
Perkara itu dibangkitkan oleh penulis blog Awang Zabidi.
Menurut Zabidi, Muhyiddin hanya akan menjadikan peluang untuk melepaskan geramnya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Presiden parti sekiranya diberi peluang untuk merasmikan perhimpunan ketiga-tiga sayap berkenaan.
“Dua hari lepas Muhyiddin menghentam Najib di Pagoh. Cuba bayangkan jika Muhyiddin diberi peluang berucap di perhimpunan agung UMNO, hentaman Muhyididn sudah tentu menimbulkan kemarahan para penyokong Najib.
“Maka suasana kecoh berlaku di dalam Dewan Merdeka. Justru itu lebih baik Muhyiddin tidak dibenarkan berucap termasuk sewaktu menggulung perbahasan,” tulisnya di blog berkenaan.
Jelas Zabidi lagi, UMNO boleh memberi ruang kepada Muhyiddin berucap tetapi ia akan menjadi sesuatu yang tidak manis apabila orang nombor dua dalam parti menghentam ketuanya sendiri dalam perhimpunan tahunan.

'Sokongan terhakis, pemimpin Umno ghairah bercakaran'


Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee bimbang parti itu akan hilang sokongan dan keyakinan orang Melayu sekiranya tiada sebarang usaha mendamaikan pemimpin bergaduh ekoran perbezaan pendapat di antara mereka
Menulis dalam blognya hari ini, beliau menegaskan musuh Umno termasuk pembangkang gembira untuk mengambil kesempatan di atas pepecahan dalaman parti itu dalam menghadapi menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan itu turut menyuarakan kekesalan terhadap pemimpin Umno yang sibuk berpolitik tetapi pembangkang semakin agresif menyerang parti terbesar orang Melayu itu.
"Hari ini ada pihak seperti seronok melihat sesama pemimpin Umno bercakaran sesama sendiri, mereka seolah-olah mahu menunggu kehancuran parti itu
"Kita tidak agresif untuk serang pembangkang, sebaliknya kita lebih ghairah untuk menyerang, mencerca dan mengutuk sesama kita (Umno)," katanya seperti yang dipetik dari blog Umno Cheras.
Dalam tulisannya juga, Syed Ali turut mengingatkan supaya tiada pemimpin Umno menjadi "parasit" dan menjadi "api dalam sekam" melakukan perbuatan "menangguk di air keruh" akan menghancurkan parti.
Beliau juga mengingatkan pengamal media sosial supaya lebih beretika, bertanggungjawab dengan tidak sengaja membesar-besarkan isu yang dianggapnya "tidak sebesar mana".
Apatah lagi, katanya, adu domba sengaja dicetuskan pihak berkepentingan supaya pemimpin Umno saling bertelagah sehingga boleh memudharatkan perpaduan parti.
Sehubungan itu, beliau berkata sepatutnya usaha telah dibuat untuk mendekatkan "hubungan longgar" semua pemimpin parti dan semua pihak perlu berperanan tersebut termasuk pemimpin yang berkuasa mahupun yang tidak berjawatan.
"Apabila jarak kemesraan semakin jauh, ikatan permuafakatan sudah longgar, maka berlakulah kata-mengata dan mencerca sesama sendiri yang akhirnya memberi kesan buruk kepada parti
"Semuanya bertanggungjawab dan memikul amanah jika benar mereka sayangkan parti dan ikhlas berjuang untuk rakyat terutama orang Melayu," katanya.

Muhyiddin seperti tunggul di pentas UMNO

Muhyiddin yang disingkirkan dari Kabinet pada Julai lalu menyatakan kejadian di dalam UMNO membuktikan bahawa ruang demokrasi di dalam parti itu semakin terkubur.
muhyiddinKUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa beliau akan hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ( PAU) dalam masa yang sama menzahirkan rasa sedihnya apabila Majlis Tertinggi (MT) UMNO melayannya seperti tunggul.
“Saya nak berucap, tetapi tidak boleh berucap. Malah tidak boleh terlibat dalam penggulungan. Hanya duduk di atas pentas sebagai tunggul.
“Orang lain boleh bercakap, saya tidak boleh bercakap. Timbalan Presiden tidak boleh bercakap,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang disingkirkan dari Kabinet pada Julai lalu menyatakan kejadian di dalam UMNO ini membuktikan bahawa ruang demokrasi di dalam parti itu semakin terhakis.
“Akar umbi UMNO hari ini mahu menunjukkan bahawa jika seorang Timbalan Presiden tidak boleh bersuara, bermakna akar umbi juga tidak dibenarkan bersuara,” ujarnya lagi.
Bagaimapun Muhyiddin menjelaskan beliau masih sayangkan UMNO dan tidak mahu dirinya dipecat, sebaliknya jika itu keputusan parti, beliau akur.
“Walaupun saya tidak mahu dipecat, tetapi jika mereka nak hukum saya, saya sedia terima,” katanya

‘Orang jahat tangkap Papa ke penjara' - luahan Nurul Hana

 Dia hanya berusia enam tahun, ketika anggota polis dengan balaclava menyerbu rumah mereka di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada malam 20 September 1998.
Dicengkam dengan rasa takut, Nurul Hana Anwar menyembunyikan diri di bawah meja. Apabila merayu kepada ibunya untuk memberi penerangan dengan apa yang berlaku, dia diberitahu untuk berdoa dan berpegang kepada Allah.
Keluarganya kemudian memberitahu bahawa ‘orang jahat’ telah mtangkap papa dan menyumbatkan ke dalam penjara.
‘Orang jahat’ yang dimaksudkan itu adalah tidak lain daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya, 18 sebelum kejadian hitam dalam hidupnya.
Dalam temu bual yang disiarkan menerusi Public Radio International (PRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Nurul Hana, kini 23 tahun dan adalah anak bongsu daripada enam beradik, mengakui kesukaran membesar tanpa bapanya yang meringkuk di dalam penjara.
Beliau telah menulis sebuah buku bertajuk 'Sayang Buat Papa yang dilancarkan pada bulan Ogos lalu.
Dalam buku itu, Nurul Hana menerangkan apa yang terjadi pada malam ayahnya ditangkap.
"Saya dikejutkan oleh bunyi bising dan kekecohan yang membuat saya keliru tetapi ingin tahu. Saya ingin tahu mengapa bunyi bising yang tidak dikenali itu berlaku pada lewat malam itu sedangkan semua orang harus tidur.
"Makcik yang menjaga saya dengan cepat mengunci pintu... Saya lompat keluar dari katil dan dengan cepat membuka pintu. Makcik cuba menghalang saya, tetapi dia sudah terlambat;.. Saya sudah di luar bilik."
Makan bersama
Adapun apa yang mendorong beliau untuk menulis, Nurul Hana berkata, dia mahu dunia untuk melihat bapanya dalam perspektif yang berbeza.
"Tiada siapa yang pernah menerbitkan cerita-cerita tentang ayah dari sudut pandangan keluarga... Orang biasanya melihat beliau sebagai seorang ahli politik. Saya hanya lihat dia sebagai ayah yang dihukum dengan tidak adil. Rakyat tidak pernah lihatnya sebagai seorang bapa atau datuk.
"Mereka tidak tahu bahawa dia mampu mendendangkan lagu-lagu untuk cucunya, atau perkara-perkara kecil seperti, apabila kita makan malam atau makan tengah hari, semua ahli keluarga mesti makan bersama-sama. Terutama pada bulan Ramadan, kami selalu berbuka puasa bersama."

Izzah: Persempadan semula SPR jadi talian hayat BN

Nurul IzzahKUALA LUMPUR 2 Nov- Proses Persempadanan semula negeri Sarawak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertujuan untuk membantu BN memenangi pilihan raya negeri, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Menurut Izzah, ia menyebabkan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)  bertambah tanpa melibatkan pertambahan kerusi parlimen dan ia bercanggah dengan Seksyen 7, Akta Pilihan Raya 1958.
“Ini menunjukkan bahawa SPR tidak berminat untuk melakukan tugas mereka secara adil dan saksama, tetapi masih lagi bekerja sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) ke 14.
“Apa yang dilakukan oleh SPR hanyalah untuk memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangkakan akan diadakan pada awal tahun 2016,” katanya pada kenyataan media.
Menurut Izzah, suruhanjaya itu tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu yang memutuskan Notis Persempadanan Semula adalah batal kerana tidak mengikut jadual ke 13 Perlembagaan Persekutuan.
“Apa yang dilakukan oleh SPR pada ketika ini adalah dikenali sebagai Gerrymandering. Ini membolehkan SPR melakar sempadan daerah undi supaya peluang kerajaan untuk memenangi kuasa tanpa perlu memenangi undi popular.
“Jelas sekali, persempadanan semula ini digunakan oleh SPR untuk memberikan sebuah talian hayat kepada Barisan Nasional,”

Pas Johor sedia bertanding kerusi PKR, DAP

Keputusan itu akan diteruskan jika Pas gagal berunding dengan PKR untuk pembahagian kerusi di Johor.
Datuk Dr Mahfodz Mohamed
PETALING JAYA: Pas Johor bersedia untuk bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kerusi itu termasuk milik PKR dan DAP.
Katanya, keputusan itu diteruskan jika perbincangan dengan PKR mengenai pembahagian kerusi gagal diteruskan.
Katanya, Pas Johor telah cuba menghubungi PKR untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang respon.
“Saya tahu agak sukar jika Pas bergerak sendirian tetapi tiada apa yang mustahil,” katanya dalam sidang media di Johor Bahru, lapor The Star Online.
Mahfodz berkata, pada PRU13, Pas bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 21 kerusi negeri tetapi hanya menang empat kerusi negeri tetapi tiada calon mereka yang hilang deposit.
Ditanya keputusan itu mungkn berubah di saat-saat akhir jika DAP berunding untuk mengelak pertandingan tiga penjuru, beliau berkata perkara itu agak mustahil.
Katanya, Pas bercadang untuk bertanding di kerusi DAP termasuk di Tangkak, Yong Peng, Stulang, Johor Jaya, Pekan nenas, Pengkalang Rinting, Labis, Bakri dan Tanjong Piai.

Umno jangan jadi parti pasar!

IMG_20151202_160102
Hamidah berkata, beliau belum mendapat hitam putih daripada Umno untuk memaklumkan pemecatannya pda minggu lalu.

KUALA LUMPUR, 2 Disember:

Umno perlu menjadi parti yang lebih berdisiplin, bukannya parti pasar, kata bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Majlis Tertinggi Umno memecatnya pada 24 November lalu, atas alasan melanggar disiplin parti.
“Jangan jadi parti pasar! Saya nak ingatkan Umno kini dah jadi macam parti pasar, jadi jangan jadikan parti ini parti pasar.
“Saya sehingga hari ini masih belum dapat hitam putih dari Umno mengenai pemecatan saya.
“Sebenarnya saya tidak kisah sangat dengan pemecatan ini, tetapi apa yang saya ingin tahu adalah, mengapa saya dipecat tanpa ikut tradisi atau prosedur yang sepatutnya.
“Saya nak tahu dan saya akan terus bercakap mengenainya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Umno di Menara Dato’ Onn, hari ini.
Beliau hadir untuk mendapatkan penjelasan berhubung pemecatannya dan pada masa sama untuk bersolidariti bersama sembilan Ketua Umno Cawangan di Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin hari ini.
Turut hadir ialah bekas Naib Ketua Wanita Umno Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin untuk memberi sokongan moral kepada ketua-ketua cawangan terbabit.
Jelasnya, kehadirannya itu bertujuan menyokong ahli akar umbi supaya berani bercakap benar, meskipun akan dikenakan tindakan disiplin oleh parti.
“Status saya masih belum disahkan lagi, 30 November lepas dan keputusan akan diberitahu pada 7 Disember ini, sama ada akan ada kes atau tidak.
“Hadir ke PAU (Perhimpunan Agung Umno) nanti saya akan beritahu kemudian,” katanya.
Hari ini, hanya tujuh daripada sembilan Ketua Umno Cawangan di Bahagian Teluk Kemang hadir bagi memberi penjelasan kepada Lembaga Disiplin Umno, atas dakwaan melakukan desakan secara terang-terangan supaya Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.

Balu PI Bala gagal saman RM2 juta Najib, Rosmah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor antara 7 responden dinamakan balu P. Balasubramaniam dalam cubaannya menyaman kerana sengsara hidup dalam buangan di India. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Disember, 2015. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor antara 7 responden dinamakan balu P. Balasubramaniam dalam cubaannya menyaman kerana sengsara hidup dalam buangan di India. 

Perjuangan balu saksi utama perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, cuba mengembalikan tuntutan saman RM2 juta kerana kesengsaraan dialaminya bersama keluarga selama 5 tahun hidup dalam buangan di India, kini tiba di penghujung jalan. Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan A. Santamil Selvi, balu mendiang P. Balasubramaniam, meminda kertas mahkamahnya.
Santamil mahu panel hakim mengubah permohonan terdahulunya untuk semakan keputusan Mahkamah Rayuan kepada permohonan mendapatkan kebenaran.

Panel 3 hakim dipengerusikan Tan Sri Raus Sharif berkata, permohonan Santamil membuat pertukaran itu tidak memadai untuk mahkamah menggunakan budi bicaranya. “Alasan yang dikemukakan peguam (mewakili Santamil) tidak memadai untuk kami menggunakan budi bicara membenarkan pindaan berkenaan,” katanya.
Raus juga memerintahkan kos RM10,000 dibayar kepada setiap seorang daripada 7 responden, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

PM bentang persempadanan semula bahagian p'raya S'wak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak di Dewan Rakyat, yang menyaksikan cadangan tambahan 11 bahagian.
 Najib berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesyorkan jumlah Bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak ditambah sebanyak 11 bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan 82 bahagian.
Katanya syor itu telah diwartakan untuk dikuatkuasakan pada 5 Dis 2014.
"Bahagian pilihan raya yang baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu," katanya ketika membentangkan usul berkenaan.
Katanya pertambahan bahagian pilihan raya ini akan dapat meningkatkan tahap perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk tempatan di Sarawak khususnya penduduk yang berada dalam kawasan bahagian pilihan raya negeri itu.
-Bernama
SPRM akui Najib sibuk tetapi berharap beliau segera memberi maklum balas dengan segera.
najib_sprm_src_600KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih‎ menunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak‎ untuk memberi respon mengenai syarikat SRC International Sdn Bhd dan dana politik sebanyak RM2.6 bilion.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, SPRM berharap Perdana Menteri akan memberi respon secepat mungkin.
“Semuanya terserah kepada beliau memandangkan beliau agak sibuk pada masa ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam gala Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, malam tadi.
Pada 12 November lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, ‎SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.
Beliau berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemubual Najib mengenai isu yang berkaitan dengan siasatan itu.
Najib pada hari yang sama, berkata beliau akan memberi kenyataan kepada SPRM ‎selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahunya bahawa beliau perlu memberi kenyataan kepada SPRM berhubung isu berkaitan dana politik supaya siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Sebelum itu, Mohd Shukri mengesahkan SPRM telah merakamkan kenyataan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho‎ Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin di luar negara, pada Ahad lepas mengenai syarikat itu dan dana politik sebanyak RM2.6 bilion.
Katanya, kenyataan itu dirakamkan oleh pegawai SPRM, sambil menambah bahawa beliau belum membaca kenyataan yang dibuat oleh Jho Low dan Suboh.
Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kenyataan tersebut.
SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
– Bernama
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/02/isu-src-international-sprm-tunggu-respons-pm/#sthash.9FRHIbVy.dpuf

Muhyiddin akan sertai protes 'wira' tuntut Najib berundur

 Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyertai penyokong sembilan pemimpin cawangan yang dihadapkan ke lembaga disiplin parti petang ini.
Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman yang dipecat minggu lalu dikatakan sedang menghimpunkan ahli-ahli parti untuk berkumpul di ibu pejabat Umno di PWTC untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap presiden Datuk Seri Najib Razak.
"Jom kita berkumpul hari ini pada 12.30 tengah hari untuk mempertahankan nasib sembilan pemimpin cawangan yang akan di bawa ke lembaga disiplin.
"Jangan hanya ulas di WhatsApp dan Facebook. Mari kita bersama-sama dengan wira yang sanggup korbankan jawatan mereka dan keahlian (parti) agar yang lain berani bersama," kata mesej Whatsapp yang diedarkan.
Satu lagi mesej Whatsapp yang disebarkan adalah bahawa Muhyiddin juga akan menghadiri perhimpunan itu.
Sembilan mereka itu adalah antara 13 pemimpin cawangan Telok Kemang Umno yang menggesa peletakan jawatan Najib pada bulan Oktober lalu.

'Rang undang-undang MKN beri PM kuasa besar’

 Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran bimbang rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dibentangkan di Parlimen, semalam akan memberi kuasa yang berlebihan kepada perdana menteri serta membahayakan kebebasan awam.
Pemimpin PKR itu berkata, rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat itu adalah suatu perkara yang patut dirisaukan oleh semua rakyat..
"Ia memberikan perdana menteri secara peribadi bersama lapan anggota Majlis Keselamatan Negara yang dicadangkan di bawah rang undang-undang itu kuasa baru dengan sewenang-wenangnya yang meluas dan berbahaya," kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.
Memetik fasal 18 (1) rang undang-undang, beliau berkata ia akan membolehkan perdana menteri untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di negara ini sebagai "kawasan keselamatan".
Pasukan keselamatan, termasuk Angkatan Tentera, akan diberi kuasa yang mutlak dalam kawasan keselamatan.
Lebih menonjol betapa seriusnya perkara itu, Surendran berkata tidak ada had yang ditetapkan kepada saiz kawasan yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.
"Sebahagian besar atau seluruh Malaysia boleh diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan," katanya.
"Di samping itu, Perdana Menteri sendiri selama-lamanya boleh melanjutkan jangka masa enam bulan awal pengisytiharan kawasan keselamatan."
Apa yang lebih luar biasa, beliau berkata, adalah bagaimana perdana menteri diberi kuasa yang besar untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan apabila ketenteraman awam adalah di bawah Menteri Dalam Negeri.
"Rang undang-undang itu memberi kuasa berlebihan di tangan perdana menteri. Ini tidak boleh diterima di bawah sistem demokrasi kita bahawa perdana menteri diberikan kuasa sedemikian."
Kerajaan, semalam membentangkan rang undang-undang itu, untuk memberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kuasa yang luasuntuk menangani isu-isu keselamatan negara.

Pejabat AG putuskan NFA bagi kes demo di gereja PJ


Pejabat Peguam Negara memutuskan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap penunjuk perasaan yang membuat bantahan di depan gereja di Taman Medan, di Petaling Jaya.
"Kertas siasatan telah lengkap dan telah diedarkan kepada pihak Pejabat Peguam Negara yang telah memutuskan kes tersebut di NFA (No Further Action)," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan dari Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) mengenai insiden protes di depan gereja itu.
Beliau berkata kerajaan memandang serius tentang kes-kes jenayah yang berlaku terutamanya kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara.
“Siasatan akan dijalankan tanpa mengira sama ada ia dilakukan oleh individu berpemgaruh atau sebaliknya,” katanya.
Polis sebelum ini memaklumkan bahawa insiden itu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman dan di bawah Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Pada 19 April lalu, kira-kira 50 penunjuk perasaan berkumpul di luar sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, menuntut supaya salib gereja berkenaan diturunkan kerana kedudukannya di tempat yang tinggi didakwa mengganggu umat Islam.
Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan sekurang-kurangnya lima daripada penunjuk perasaan itu adalah ahli Umno.
Antara mereka termasuk Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan juga bekas Ketua Wanita Umno Petaling Jaya Selatan, Munaliza Hamzah.
Abdullah kemudian mendakwa kehadirannya pada bantahan itu hanya sebagai menjadi pengantara di antara penunjuk perasaan dan oihak gereja
Ini bukan kali pertama Pejabat Peguam Negara dilihat melenggah-lenggahkan tindakan untuk mendakwa mereka yang menyokong pihak kerajaan.
Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara enggan mendakwa Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mengugut untuk membakar Bible bahasa Melayu.

Kenapa pengguna kena bayar lebih untuk perkhidmatan awam ??

1. Peningkatan kos alat ganti.
2. Peningkatan kos sara hidup.
3. Bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
4. Kenaikan TIDAK DAPAT DIELAKKAN..

Nilah alasan-alasan yang WAJIB rakyat terima dan hadam..
Sekian.. Terima Kasih..
Pengerusi SPAD..

Rakyat M'sia WAJIB berterima kasih kpd pengundi2 BN kerana tanpa mereka tambang LRT & monorail tak dapat naik..

JANGAN LUPA.. klu tak mau bayar lebih LRT & monorail mahal, SILA GUNA PERKHIDMATAN AWAM 'ALTERNATIF'..

Gabungan Ketua Cawangan gerak penyokong ke Ibu Pejabat UMNO

Ia bagi memberi sokongan kepada sembilan ketua UMNO cawangan di Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin UMNO
UMNO
PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) meminta ahli UMNO yang sependirian dengannya supaya berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat UMNO.
Seruan itu dibuat bagi menyuarakan sokongan kepada sembilan ketua UMNO cawangan di Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO.
Hebahan mengenainya dimuat naik di laman Facebooknya, meminta mereka yang bersimpati dan menyokong datang ke lokasi berkenaan pada jam 12.30 tengahari, pada Rabu.
Selain itu, sebagai simbolik, mereka juga diminta memakai baju berwarna putih.
“ Jika anda berkelapangan jom sokong pemimpin kecil yg berjuang utk rakyat ini… ada pemimpin tinggi umno yg perlekehkan Ketua2 Cawangan spt yg kena hadap lembaga disiplin ni… tp pemimpin tinggi ni lupa siapa yg letakkan mereka di situ… ‪#‎BeraniKeranaBenar,” tulis pengendalinya.
“Buktikan umno bukan parti yang bertunjangkan duit…bangkit anak melayu jangan biarkan bangla menguasai negara kita,” tulis Abu Adli.
Mereka berdepan dengan tindakan itu susulan sidang media pada 24 Oktober lalu yang mendesak supaya Presiden UMNO, Daguk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya meletak jawatan.
Selain, sembilan ketua UMNO cawangan bahagian berkenaan, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor turut dipanggil Lembaga Disiplin pada Rabu.

Apa jaminan UMNO menang jika Najib berundur?

Kemelut yang berlaku dalam UMNO sekarang ini bukanlah disebabkan faktor kelemahan kepimpinan Najib sebaliknya kegagalan ahli menjawab serangan pembangkang.
bung-mokhtar_mahaihit_najib_600
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, apakah jaminan UMNO akan menang dalam PRU-14 sekiranya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO akan kalah pada pilihan raya nanti sekiranya terus mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti.
Katanya, kemelut yang berlaku dalam UMNO bukan disebab faktor kelemahan kepimpinan Najib, sebaliknya kelemahan ahli parti dalam menyelesaikan isu rakyat dan menjawab segala tuduham pembangkang.
“Apa jaminan UMNO akan menang dalam PRU-14 sekiranya Najib Razak berhenti jadi PM?
“Isunya bukan terletak kepada kelemahan Najib sendiri. Kesemua ahli UMNO perlu berubah dan mempertahankan apa jua bentuk serangan dan fitnah dari pembangkang dan cuba menyelesaikan isu-isu semasa dengan cepat,” katanya kepada FMT.
Jelas Ahli Parlimen Kinabatangan itu, beliau yakin bahawa rakyat masih setia kepada UMNO.
Namun, katanya, apa yang perlu dilakukan ialah kesemua pemimpin UMNO harus turun padang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
Ditambah pula dengan kegagalan parti pembangkang membawa perubahan di negeri-negeri yang dimenangi mereka pada pilihan raya lepas.
“Kita telah melihat kegagalan parti pembangkang selama ini dan tidak ada apapun yang boleh dibanggakan di negeri-negeri mereka perintah.
“Dalam dua tahun ini adalah masa yang sesuai untuk UMNO menyusun strategi dan menyelesaikan kemelut yang berlaku,” katanya.

Lagi tekan TNB, lagi rakyat buka mata

Oleh Yasir Tamizi
Pada pandangan peribadi kita, sejak 2013 TNB selalu menjadi 'mangsa' dalam industri bekalan elektrik negara. Tak perlu kita imbas sampai 1993 zaman IPP dan Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Ani Arope, tokoh besar korporat dan rakyat, menerangkan dengan jelas dalam bukunya Memoirs of Tan Sri Ani Arope. Isu-isu berkaitan TNB sejak 2013 sampai 2015, zaman IPP China dan Datuk Seri Najib Razak, biar kita yang bangkitkan:

1. Apabila tarif elektrik naik, menteri naif cuba salahkan TNB. Katanya jangan asyik nak untungkan pemegang saham. Padahal tarif naik tu kesan daripada kos bahan api yang naik, yang disebabkan dasar kerajaan yang kurangkan subsidi bahan api. 2. Apabila harga minyak dunia turun, menteri naif cuba lagi nak salahkan TNB, katanya seolah-olah TNB yang kena pertimbangkan untuk turunkan tarif elektrik. Padahal yang semak tarif itu di bawah kuasa kerajaan, yang meluluskan tarif turun itu kuasa pada kerajaan.
3. Apabila umum projek loji janaelektrik baru, Project 3B (Jimah East). TNB masuk bidaan. Kerajaan tidak anugerahkan kepada TNB, tetapi beri kepada 1MDB, TNB tak dapat. Bila 1MDB tak mampu, siapa ambil Projek 3B? TNB.
4. Apabila kerajaan nak jual aset 1MDB, 5 loji janaelektrik Malaysia dan 8 loji di luar negara, TNB masuk bidaan. Peraturan tak membenarkan 100% milikan asing. Tapi kerajaan memberi kebenaran khas dan syarikat China berjaya membeli aset tersebut, TNB tak dapat. Malaysia sudah ada IPP China.
5. Baru-baru ini, kerajaan nak cukai lagi TNB, RM2,000 juta.
Kerajaan ingat TNB ini apa agaknya?
Mari kita ingatkan, TNB ini syarikat yang berkaitan kerajaan. Jumlah saham TNB 4 billion unit. Sebahagiannya dimiliki rakyat Malaysia melalui saham Khazanah. Sebahagian lain dimiliki pemegang saham, ada duit KWSP, Amanah Raya, PNB dan Tabung Haji.
Jika seorang memiliki 10,000 unit saham TNB, jumlah pemegang saham adalah seramai 400,000. Manakala TNB ada seramai 30,000 warga kerja.
Sebarang tindakan kerajaan yang tidak adil dan merugikan TNB, agaknya berapa ramai orang yang akan terkesan? 430,000 orang akan terkesan secara langsung (tidak termasuk keluarga). Kalau setiap orang ada 2 ahli keluarga, 860,000 orang terkesan secara tak langsung.
Ini pun tak termasuk lagi pihak berkepentingan tak langsung seperti, pencarum KWSP, Amanah Raya, pendeposit Tabung Haji dan ASB/ASN melalui PNB, berapa juta orang jumlahnya? Rumusannya, sangat ramai yang terkesan dengan tindakan-tindakan kerajaan kepada TNB sejak dua tahun lepas.

Hasrat Najib seperti tin kosong

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat, Ustaz Abdullah Husin menyifatkan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk meringankan beban rakyat seperti ‘tin kosong’.Menurut beliau, pemotongan subsidi elektrik sebanyak RM150 juta merupakan tindakan yang tidak dapat meringankan kos sara hidup penduduk Malaysia pada ketika ini.

Katanya, menerusi subsidi itu, pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh menikmati bayaran bil elektrik percuma jika kadar penggunaannya di bawah RM20. “Kita di Lajnah Pekerja dan Pengguna tidak nampak sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat dengan pemotongan subsidi elektrik yang diumumkan baru-baru ini.
“Bahkan ia akan memburukkan lagi kos sara hidup penduduk di negara kita. Pemotongan itu pasti mempunyai kesan cukup besar kepada pengguna khasnya,” katanya
Beliau yang juga Adun Puteri Wangsa berkata, dasar kerajaan seperti Dasar Transformasi Negara dan juga Rancangan Malaysia Ke-11 adalah retorik untuk mengaburi mata rakyat.
“Sedangkan pelbagai subsidi yang menjadi keperluan rakyat sebelum ini seperti petrol, gula dan beras Super Tempatan (ST) 15 juga telah dimansuhkan,” ujarnya.
Beliau menambah, pembinaan dua buah empangan di Sarawak untuk menjana tenaga elektrik juga tidak bermakna jika rakyat terus dibebani dengan kos hidup tinggi.
Empangan Bakun, katanya boleh menghasilkan kuasa hidro sebanyak 3,300 megawatt, manakala Empangan Balleh pula dijangka mengeluarkan 1,400 megawatt.

Kenyataan Najib tidak lagi dipercayai ahli Umno

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendedahkan bahawa kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak kini tidak lagi dipercayai oleh ahli-ahli Umno.
Menurut Zainuddin, perkara itu turut disedari oleh Najib sendiri sehingga mendorong Perdana Menteri yang juga Presiden Umno membuat keputusan menggantikan peranan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ketua-ketua sayap Umno.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana didorong perasaan takut yang ada dalam diri Najib sendiri, tetapi beliau berselindung dengan keputusan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam 24 November lalu yang kononnya dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti itu. “Hakikatnya Najib menyedari sebarang kenyataan darinya tidak dipercayai ahli Umno. Presiden Umno itu terpaksa meminggirkan peranan orang nombor dua dalam parti kerana khuatir Muhyiddin akan menggunakan pentas berkenaan untuk mendedahkan segalagalanya,” katanya.
Mendedahkan perkara itu dalam blognya, zamkata.blogspot. my pada 25 November lalu, Zainuddin berkata, dalam keadaan sekarang, ucapan Muhyiddin memang ditunggu bukan setakat ahli Umno, tetapi semua rakyat.
“Halangan kepada Muhyiddin untuk berucap pastinya akan menambah simpati, populariti dan Kenyataan Najib tidak lagi dipercayai ahli Umno mengangkat maruahnya kepada taraf yang lebih tinggi tidak sahaja kepada ahli Umno, tetapi juga pembangkang dan kalangan rakyat berbilang kaum di seluruh negara,” katanya.
Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam berkata, sokongan beratus-ratus Umno bahagian juga tidak memberikan keyakinan kepada Najib untuk menghadapi Muhyiddin.

Najib mungkir pelbagai janji pembangunan Pulau Pinang


KERAJAAN Persekutuan BN masih terus meminggirkan Pulau Pinang berikutan kegagalan memberi sebarang projek utama dalam Belanjawan Negara kebelakangan beberapa tahun ini.
Bukan sahaja janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat sebanyak tiga kali untuk membina sistem LRT untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, tidak langsung ditunaikan, malah permohonan kerajaan negeri untuk program tebatan banjir bernilai RM805 juta ditolak.
Guan_Eng_rumah_mampu_milik_Penang-650x400Permohonan projek baru rancangan tebatan banjir sebanyak RM805 juta dibuat baru-baru ini, berikutan janji Perdana Menteri akan bantu menyelesaikan masaalah banjir kilat tetapi malangnya ia masih tinggal janji kosong.
Yang lebih teruk lagi ialah kemungkinan besar Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang sebanyak RM150 juta dibatalkan sungguhpun sudah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
Ini sungguh tidak adil kerana membayar RM6.3 bilion setiap tahun dalam bentuk cukai dan duti kastam tetapi hanya dapat pulangan dua peratus sahaja. Harus ditekankan bahawa Pulau Pinang masih sebahagian Malaysia dan tidak patut dianaktirikan dan diabaikan sedemikian.
Di samping itu, keadaan kritikal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang penuh sesak, dan dijangka melebihi kapasitinya sebanyak 6.5 juta penumpang, tidak diberi perhatian serius.
Seharusnya projek pembesaran LTAPP diluluskan dengan segara untuk mengelakkan pandangan buruk ke atas LTAPP yang sesak seperti sebuah pasar malam.
Rancangan awal untuk membina hotel empat bintang ataupun apa-apa kompleks komersil di LTAPP pun dibatalkan dan hanya tempat letak kereta akan ditambah.
Diharapkan janji untuk membina satu kemudahan tempat letak kereta bertingkat untuk meningkatkan kapasitinya kepada 3,000 lot, khusus untuk memenuhi keperluan pengguna lapangan terbang, tidak tinggal janji kosong sepertimana janji manis Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen saya pada 24 November lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan: Jumlah penumpang yang dikendalikan di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Pulau Pinang sejak 2010 sehingga bulan September 2015 adalah seramai 29.6 juta penumpang. Jumlah ini merangkumi penumpang antarabangsa dan domestik yang berlepas ataupun mendarat di lapangan terbang tersebut. Untuk makluman YB Bagan, kapasiti sedia ada Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas adalah sebanyak 6.6 juta penumpang setahun. Manakala jumlah trafik penumpang yang dikendalikan di lapangan terbang tersebut pada 2014 adalah sebanyak 6 juta penumpang setahun.

Rasuah dalam PTD Cameron Highlands bukan khabar angin

cameron highlands
Petani dari Kampung Raja, Kaliyappan Perumal menunjukkan dokumen bertarikh 27 Ogos 2014 sebagai bukti bahawa pemaju hartanah cuba mengusirnya dari tanah yang diusahakannya.

BRINCHANG, 2 Disember:

Dakwaan rasuah dan berpakat dengan pemaju timbul selepas Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Cameron Highlands memusnahkan sebuah ladang, Khamis lalu.
Seorang petani dari Kampung Raja,  Kaliyappan Perumal, 33, mendakwa rasuah berleluasa di Cameron Highlands yang mencapai kadar yang endemik dan jika lewat ditangani akan menjadikannya mustahil untuk diatasi.
Bosan dengan ugutan bertahun dan desakan supaya membayar rasuah, Kaliyappan akhirnya memutuskan sudah tidak boleh lagi menahan karenah terbabit selepas ladang seluas 1.2 ekar miliknya dimusnahkan pihak berkuasa.
Dia mendakwa PTD cuba menghapuskan ladangnya bagi membolehkan pembangunan hartanah dijalankan.
Ketika memberitahu Rakyat Post semalam, dia menunjukkan dokumen bertarikh 27 Ogos 2014 sebagai bukti bahawa pemaju hartanah cuba mengusirnya dari tanah berkenaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen menolak kes pemaju hartanah itu dengan kos.
Kaliyappan mendakwa pemaju hartanah kini cuba mendapatkan tanah berkenaan dengan menggunakan pengaruh PTD.
“Keluarga saya sudah mengusahakan tanah ini selama 63 tahun.
“Selama itu, kami terpaksa membayar pegawai dari PTD untuk memperbaharui lesen operasi sementara (TOL) setiap tahun.
 “Saya membayar sekurang-kurangnya RM50,000 setahun kepada pegawai berlainan di sana,” katanya.
Petani itu berkata, dia tidak faham mengapa TOL itu tidak perbaharui ketika pejabat Menteri Besar sendiri sudah memberi pengesahan terhadap mengesahkan surat permohonan ibunya, Palaniamah Palaniandy, dengan satu surat sokongan bertarikh 14 Mac 2014.
Dia menunjukkan surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob iaitu Datuk Hamdan Hussin.
“Kerajaan mesti mengubah sistem di sini kerana pegawai tertentu mempunyai terlalu banyak kuasa.
“Rasuah dalam PTD bukan khabar angin. Ia benar-benar berlaku.
“Malah, saya sudah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua tahun lalu tetapi tiada tindakan diambil,” dakwanya.
Kaliyappan mendakwa, malah, beberapa pegawai berpangkat rendah di PTD memandu kenderaan pacuan empat roda.
“Bagaimana seorang kerani mampu memiliki kenderaan seperti itu? Sudah pasti ada yang tidak kena ketika gaya hidup mereka mengatasi jumlah gaji yang diperolehi. SPRM harus menyiasat perkara ini dari akar umbi.”
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa adalah mustahil untuknya membuktikan dakwaan itu kerana rasuah dibayar secara tunai dan tiada transaksi bank.

Saranan tubuh panel bebas, akses kes rasuah berprofil tinggi


Sebuah panel bebas dicadang ditubuhkan untuk menentukan prima facie sebelum kes rasuah berprofil tinggi yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dirujuk kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai pendakwaan.
Ini dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah (SCC), yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, dalam laporan SCC 2014.
Laporan, yang dikeluarkan di Dewan Rakyat semalam, memetik khususnya SRC International Sdn Bhd dan sumbangan politik RM2.6 bilion untuk mewajarkan keperluan bagi penubuhan panel tersebut.
Dalam laporan itu, SCC mencadangkan kepada Peguam Negara untuk menubuhkan sebuah panel bebas bagi meneliti kertas siasatan kes berprofil tinggi, seperti kes SRC International dan sumbangan politik RM2.6 bilion.
SPRM, katanya, perlu membentangkan hasil siasatan dan penemuannya kepada panel bebas itu untuk menentukan sama ada kes prima facie boleh diwujudkan, sebelum perkara itu dirujukkan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan.
Cadangan itu, katanya, mematuhi dengan mesej yang diberikan oleh Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober.
Dalam satu kenyataan bersama sebelum ini, Raja-Raja Melayu mengingatkan bahawa demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang.

Perang Umno besar atau kecil?


Tahulah Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal sudah banyak kali kata mereka tetap setia dengan Umno.
Tapi tidaklah sangka mereka berdua masih sokong kepimpinan parti (maknanya Datuk Seri Najib Razak) meskipun apa yang kepimpinan “dah buat kat” mereka.
Ini berdasarkan apa yang dikatakan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno, yang dilaporkan Bernama.

Ahmad dipetik sebagai berkata: “semua ketua bahagian Umno menyokong kepimpinan parti“. Beliau tidaklah sebut nama Muhyiddin mahu pun Shafei. Namun apabila kata “semua” ia membawa erti merangkumi ketua bahagian Umno Pagoh dan Semporna itu. Takkan ketua penerangan Umno lupa siapa ketua bahagian Pagoh? Siapakah ketua bahagian Semporna?
Atau mungkin beliau terlepas pandang? Atau selaku orang yang duduk dalam “inner circle “ Umno beliau tahu apa yang kita tidak tahu?
Namun tidak mungkin ada elemen “kaw tim” dan “kaw tow“. Muhyiddin dan Shafei, terutama si timbalan presiden, masih “menyerang“.
“But more about the Ahmad story later”.
Malam ini Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan merasmikan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, pusat pengkaderan Pemuda Umno.
Akademi dinamakan demikian sempena nama ketua pemuda Umno pertama.
Kapten Hussein ialah Allahyarham Tun Hussein Onn, ayah Hishammuddin. Semua tahu Allahyarham ialah bekas presiden Umno dan perdana menteri Malaysia ke-3.
Pembabitan cemerlang Allahyarham dalam bidang ketenteraan yang bermula dengan angkatan tentera Timbalan Setia Negeri Johor mendorong ramai tetap memanggilnya “kapten” walaupun selepas bersara daripada tentera dan menceburi politik.
Bercakap mengenai Hussein, “peristiwa” membabitkannya pada pemilihan Umno 1978 kerap dibicara dan dijadikan rujukan pengkaji dan pengamal politik.
Ketika itu, jika masih ingat, Hussein dicabar untuk jawatan presiden Umno oleh Sulaiman Ahmad yang lebih dikenali sebagai Sulaiman Palestin kerana “passion”nya terhadap isu Palestin.
Walaupun memegang jawatan ketua penerangan Umno waktu itu Sulaiman dilihat sebagai “bukan lawan” Hussein. Cabarannya dikatakan tidak “credible” dan tindakannya mencabar Hussein disifatkan sebagai “suicidal”.
Ada juga yang percaya Sulaiman adalah “proxy” pemimpin tertentu.
Allahyarham menewaskan Sulaiman dengan agak selesa. Meraih lebih 800 undi berbanding 250 yang diperoleh lawan. Kemenangan yang dijangkakan.

Orang Sabah tak benci orang Sulu kata Tian Chua

KUALA LUMPUR - Tian Chua (PKR-Batu) menepis dakwaan Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) bahawa rakyat Sabah membenci orang Sulu.
"Satu saya nak betulkan, menteri tak boleh kata orang Sabah benci kepada orang Sulu.
Tian Chua "Sebab orang Sulu itu ada juga sebahagian daripada masyarakat kita. Kita benci kepada pengganas, kita tidak benci orang Sulu," katanya ketika mencelah Nur Jazlan menjawab soalan yang dikemukakan pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat semalam.
Dalam sesi itu, Nur Jazlan mengaitkan kejadian berdarah pada tahun 2013 dengan insiden gambar Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bersama anak pengganas Sulu, Jacel Kiram di Filipinan baru-baru ini.
"Kita juga dah tahu bahawa  pengganas dah mengaku mereka nak tuntut Sabah. Jadi, saya pun tak tahu bagaimana pandangan YB, sebab ramai rakyat di Malaysia terutama orang Sabah memang begitu benci pada orang Sulu ini.
"Tapi Naib Presiden PKR (Nurul Izzah), boleh mengambil gambar dengan anak kepada pengganas Sulu yang sebenarnya menjadi musuh negara," katanya.
Pada 28 November lalu, Nur Jazlan dilaporkan berkata, kumpulan pengganas Sulu di selatan Filipina sedang merancang untuk melancarkan serangan 'balas dendam di Lahad Datu susulan kegagalan mereka menawan Sabah pada 2013.
Mengulas soal kenyataan yang dibuatnya itu, Nur Jazlan menegaskan tidak menyatakan bahawa pengganas telah mendarat di Malaysia.

PAS Perak Terasa Kuat, Tak Mahu Bersama Pakatan Harapan

Tiada Lagi Pakatan Rakyat Di Perak, Pas Sedia Berdiri Sendiri

IPOH: PAS Perak bersedia untuk meneruskan perjuangan secara bersendirian bagi menentang parti keramat Melayu, UMNO apabila parti itu mengumumkan kini berpecah dengan Pakatan Rakyat (PR) setelah rakan sekutunya, DAP dan PKR beralih arah ke Pakatan Harapan.

Kenyataan itu dibuat Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Razman Zakaria dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini.


Menurutnya, PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) dan beliau mengesa supaya PKR membuat keputusan sama ada mahu bersama dengan parti Islam itu atau bertindak sebaliknya.

“Kita tidak akan sama sekali menyertai Pakatan Harapan selagi PAN dan DAP terlibat dalam kerjasama itu.

“Jadi kita sudah bersedia untuk untuk bertanding menentang UMNO dan juga Parti Harapan, dan oleh sebab itu PKR perlu menyatakan pendirian mereka sama ada untuk bersama PAS atau Pakatan Harapan,” ujarnya.

Razman menjelaskan, PAS akan merebut 22 kerusi di Perak dan kini ahli jawatankuasanya sedang giat menilai kerusi yang berpotensi untuk dimenangi mereka.

Katanya, PAS Perak telah menubuhkan satu jawatankuasa khas melalui Lajnah Perpaduan Nasional bagi menilai calon kepimpinan dalam kalangan bukan Islam untuk diketengahkan pada PRU-14.

“Calon-calon bagi kerusi ini sudah ada dan majoritinya adalah bukan Islam.

“PAS negeri hanya memberi cadangan dan akur kepada segala keputusan PAS Pusat, dan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan terdapat pertarungan tiga penjuru,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menambah PAS akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Januari depan sebagai permulaan langkah awal menghadapi PRU-14.

“Kita akan buat perhimpunan ini di Bukit Gantang dan saya yakin program ini akan berjaya dengan jangkaann 10, 000 orang peserta,” kata Razman.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa PAS tidak mempunyai ahli dan lumpuh berikutan tindakan seramai 200 orang ahli PAS di Parit Buntar didakwa telah keluar dari parti tersebut.

MUHYIDDIN DIMINTA SAMPAIKAN AMANAT TERBUKA MELALUI RAKAMAN VIDEO

Meskipun Muhyiddin Yassin mengatakan beliau menghormati dan dapat menerima dengan terbuka keputusan MT UMNO yang tidak membenarkannya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini, tetapi masih kedengaran ramai yang tidak puas hati dengan perkara itu.

Ramai mengatakan tidak sepatutnya Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO dilarang merasmikan perhimpunan sayap-sayap itu kerana ia adalah tradisi yang sudah diamalkan sejak sekian lama.

Lagi pula, apa yang perlu Najib begitu bimbang dengan ucapan Muhyiddin di majlis perasmian sayap-sayap itu kerana UMNO tidak pun mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya tahun ini.

Dalam hal ini, bagi ramai kebanyakan orang, Tun Mahathir Mohamad ternyata jauh lebih "gentleman" dan tetap mempertahankan tradisi parti apabila  membenarkan Tun Musa Hitam merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda dan Wanita pada tahun 1987 walaupun ketika itu ada pertandingan dalam UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pula bergandingan dengan Tengku Razaleigh Hamzah melawan beliau yang berpasangan dengan Tun Ghafar Baba.

Berbeza dengan Najib, di sebalik tiada sebarang pertandingan dan pemilihan UMNO ditangguhkan sehingga tahun 2018, tetapi Muhyiddin sudah pun dilarang berucap bermula tahun ini iaitu kira-kira tiga tahun lebih awal daripada musim berebut jawatan.

Sekaligus ini memberi bayangan bahawa selagi Najib kekal di persada kuasanya, Muhyiddin jangan bermimpi untuk dapat peluang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri untuk tahun-tahun seterusnya atau berucap di mana-mana pentas parti yang lain.

Beberapa mantan pemimpin kerajaan dan bekas Ketua Pemuda UMNO yang saya temui turut berasa jengkel dan tidak faham dengan larangan yang dikenakan terhadap Muhyiddin itu.

Kata mereka, tindakan itu bukan saja memburukkan lagi imej Najib di mata umum kerana dilihat tidak terbuka, tetapi juga menyerlahkan sikap penakutnya yang kurang sesuai dengan masa serta  menunjukkan seolah-olah beliau masih ada dendam terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat kerana lantang mengkritiknya itu.

Dengan tidak ada ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden sebagaimana kelazimannya, ahli-ahli Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang berhimpun tahun ini boleh dikira tidak diberikan sebarang amanat oleh pemimpin yang lebih dewasa untuk mereka bahas, kupas dan bincangkan demi kelangsungan perjuangan yang lebih bermanfaat.

Sekadar ketua sayap masing-masing merasmikannya, ia tentu saja berbeza dari segi nada, nasihat, intipati atau teguran yang diberikan. Apabila ketua yang melakukan perasmian, selain menggariskan mengenai halatuju sayap itu, bahkan mungkin lebih menjurus kepada penonjolan populariti semata-mata.