Selasa, 1 Disember 2015

Kami sedang siasat SD Charles, ikrar IGP

Pihak polis tidak menolak dakwaan yang dibangkitkan dalam akuan bersumpah yang dibuat oleh Charles Suresh Morais, minggu lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bagaimanapun, katanya, menyoal Charles juga penting kepada siasatan seperti yang diamalkan dalam semua kes.
"Saya panggilnya pengecut kerana meninggalkan negara ini kerana adalah mengecewakan apabila seseorang membuat dakwaan seumpama itu dan kemudiannya menghilang begitu sahaja. Ini merumitkan dan melambatkan siasatan.
"Adalah penting bagi polis menyoalnya untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Kita juga ingin mengetahui kandungan di dalam pen drive yang didakwa itu dan jika terdapat sebarang asas berhubung dakwaan itu," katanya kepada Malaysiakini.
Dalam perkembangan yang sama, Khalid berkata beliau memahami Charles mungkin bimbangkan keadaan keselamatannya kerana mengaitkan orang yang berkuasa.
"Kami sedia tawarkan perlindungan kepadanya. Bagaimanapun, para pengkritik akan meragui niat kami ini juga.
“Pen drive dan Charles boleh berikan kami maklumat yang amat diperlukan untuk membantu siasatan kami.
"Jika tiada pen drive, apa yang ada adalah hanya dakwaan dan tidak ada bukti mencukupi untuk menjalankan siasatan menyeluruh," katanya.
Khalid juga menjelaskan bahawa apabila seseorang membuat dakwaan, siasatan juga perlu tertumpu kepada individu berkenaan.

Suami isteri saman polis dan kerajaan kerana kematian anak mereka

Sepasang suami isteri memfailkan saman kecuaian terhadap polis dan kerajaan berhubung kematian anak lelaki mereka yang juga anggota polis, yang ditembak rakan setugasnya di Cawangan Kawalan Keselamatan Istana Sultan Kedah, 3 tahun lepas. – Gambar fail Reuters, 1 Disember, 2015.  
Sepasang suami isteri memfailkan saman kecuaian terhadap polis dan kerajaan berhubung kematian anak lelaki mereka yang juga anggota polis, yang ditembak rakan setugasnya di Cawangan Kawalan Keselamatan Istana Sultan Kedah, 3 tahun lepas.

Sepasang suami isteri memfailkan saman kecuaian terhadap polis dan kerajaan berhubung kematian anak lelaki mereka yang merupakan anggota polis, yang ditembak rakan setugasnya di Cawangan Kawalan Keselamatan Istana Sultan Kedah, 3 tahun lepas.
Dalam kes saman itu, pasangan suami isteri, Md Sidek Salam, 63, dan Mayah Ibrahim, 62, selaku plaintif menamakan Lans Koperal Rosli Abu Hasan, sebagai defendan pertama dan isterinya, Azlin Rahman, 30, sebagai defendan ke-2.
Insp Mohd Yusnaidi Mohd Junoh dinamakan sebagai defendan ke-3 manakala ketua polis daerah Kota Setar, ketua polis Kedah, ketua polis Perak, ketua polis negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ke-4 hingga ke-8.

Saman itu difailkan pada 26 Ogos lalu melalui Tetuan Hazizah & Co dan media memperoleh saman berkenaan ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Noraini Abd Rahman hari ini. Mahkamah menetapkan 17 Febuari tahun depan untuk pengurusan kes.
Dalam pernyataan tuntutan itu, pasangan suami isteri itu mendakwa anak mereka Muhammad Sobri bertugas bersama Rosli di Pintu Pengawal Utama, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, pada 3 petang hingga 11 malam, 26 April 2012 dan itu adalah kali pertama mereka ditugaskan secara berpasangan.
Mereka mendakwa pada hari kejadian, Rosli menembak mangsa yang sedang bertugas di Pos Pengawal Kanan pada jarak dekat menggunakan senjata api Rifle M-16 dan pistol Walter P99, sekitar 5.45 petang.

Tentukan `peluru’ anda, kata Pas kepada Amanah

pas_logo_M
Dr Mohd Zuhdi berkata, apa yang melucukan adalah, hanya beberapa bulan selepas mereka (Amanah) keluar Pas, Pas tiba-tiba muncul menjadi militan? Menjadi ISIS? Kemudian mereka membangkitkan sejarah lama yang memperlihatkan keganasan Pas.

KUALA LUMPUR, 1 Disember:

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata Parti Amanah Negara (Amanah) perlu mengenal pasti dan menentukan “peluru” yang mereka mahu gunakan terhadap parti Islam itu.
Mengulas kenyataan yang dibuat Presiden Amanah, Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang mempersekutukan Pas dengan Gerakan Negara Islam Iraq dan Suriah (ISIS) dan pengganas, Mohd Zuhdi, berkata parti yang baru ditubuhkan itu dalam keadaan keliru untuk usaha untuk memberitahu rasional penubuhan mereka kepada ahli dan juga orang ramai.
“Sebelum ini, Pas dituduh bersekongkol dengan parti pemerintah, samada Umno atau Barisan Nasional (BN) atas nama kerajaan perpaduan, itu adalah pembunuhan kejam yang menjadi alasan Amanah ditubuhkan.
“Akhir-akhir ini, kepimpinan Amanah mula menyerang Pas apabila mengaitkan Pas dengan ISIS atau pengganas.
“Jika Pas dibelenggu dengan pemikiran ISIS, mengapa Pas juga dituduh mahu bekerjasama dengan kerajaan sebagai pendekatan yang bertentangan dengan ISIS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, PAS, sejak penubuhannya, telah bersikap terbuka dalam operasi dan hal ehwalnya atas nama demokrasi.

Buktikan kami dipengaruhi fahaman ISIS – Pas

Pas memecat ahlinya yang menyertai ISIS di Syria kerana percaya pertubuhan itu didalangi musuh-musuh Islam.
mat sabu
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dicabar membuktikan dakwaan Pas telah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Mohamad Sabu atau Mat Sabu membuat dakwaan itu kerana Pas dikata mengkafirkan orang Islam dari kumpulan yang berbeza dengan perjuangan parti itu.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tuduhan mengatakan Pas menyeleweng telah mengiyakan dakwaan bahawa Amanah ditubuh atas dasar yang yang salah.
“Mat Sabu dan rakan-rakan Amanah menuduh Pas mirip ISIS. Buktikan siapa dan mana ahli Pas yang mengkafirkan (musuh), itu cerita zaman 80-an dia nak hidupkan balik. Dia tidak ada isu (serang Pas).
“Kafir itu telah lama hilang dalam Pas dan apabila budaya ini disebut kembali oleh Amanah membuktikan Amanah ini hidup dalam zaman 80-an. Dia guna hujah yang UMNO guna masa zaman 80-an, malah UMNO sendiri sudah tidak pakai tiba-tiba dia pakai,” katanya ketika ditemui FMT di Lobi Parlimen pada Selasa.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, perjuangan Pas tidak pernah berubah dan mereka tetap dengan dasar parti yang telah ditetapkan sebelum ini.
Katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah beberapa kali menegaskan bahawa bahayanya ISIS yang perlu dibanteras.
Pendapat sama diutarakan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Prosiding PAC-1MDB: 'Kami telah jawab dengan sebaik mungkin' - Arul Kanda

Prosiding PAC-1MDB: 'Kami telah jawab dengan sebaik mungkin' - Arul KandaKUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy mengakui telah menjawab soalan-soalan yang diajukan panel Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dengan baik.

Arul juga menegaskan akan memberi penjelasan lebih lanjut di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada prosiding kali kedua yang dijadual pada 18 Disember.

"Saya juga telah diminta sama ada boleh datang kembali untuk memberi penjelasan lebih lanjut dan saya akan mengambil peluang tersebut untuk memberi penerangan dan penjelasan yang sewajarnya kepada PAC.

"Kita sentiasa mempunyai komitmen yang jelas...dan apabila kami dipanggil, kami menerima dengan terbuka peluang tersebut untuk hadir dan membentangkan cerita daripada pihak kami," katanya sejurus selepas prosiding pendengaran kali pertama di hadapan jawatankuasa tersebut.

Prosiding yang bermula pukul 11 pagi tadi berlanjutan selama hampir lima jam.

Arul tiba kira-kira pukul 10.23 pagi tadi di bangunan Parlimen sebelum sesi memberi keterangan di hadapan PAC yang bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu, Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin mengesahkan prosiding kali kedua keterangan Arul akan berlangsung pada 18 Disember depan.

Mesyuarat yang bermula pukul 11 pagi itu dipengerusikan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin yang turut dihadiri anggota jawatankuasanya.

"Ya, kami bersedia untuk prosiding ini," itu jawab ringkas Arul Kanda ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk prosiding kali ini.

BNM selesai siasat 1MDB – Zeti

Terdapat beberapa kemajuan dalam tindakan-tindakan yang sedang diambil yang berkaitan dengan beberapa kelulusan yang berikan BNM kepada 1MDB.
zeti,1mdbPETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) ‘telah mencapai kemajuan’ dalam siasatan terhadap syarikat pelaburan milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bercakap kepada media selepas majlis Leadership Energy Summit Asia pada Selasa, Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut sehingga proses itu selesai sepenuhnya.
“Kami telah menyelesaikan siasatan. Sekarang terdapat beberapa kemajuan dalam tindakan-tindakan yang sedang diambil yang berkaitan dengan beberapa kelulusan yang kami berikan kepada 1MDB,” kata Zeti.
Ditanya mengenai dua bekas pegawai tertinggi MDB yang dicari BNM untuk membantu dalam siasatan mereka, Zeti menjelaskan bahawa BNM tidak membuat apa-apa ‘komunikasi langsung’
“Kami tidak membuat sebarang hubungan terus dengan mereka lagi,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai dua individu itu.
Dua individu itu ialah Casey Tang Keng Chee, 50, dan Jasmine Loo Ai Swan, 42.
Tang dipercayai adalah antara perintis kepada penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang kemudiannya menjadi 1MDB.
Loo pula dilaporkan mula menyertai 1MDB pada 2011 bagi menggantikan Tang.
Kedua-duanya dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta kawalan Pertukaran Wang 1953.

Pengerusi PAC ‘lega’ 1MDB buat urusniaga dengan syarikat asing yang bereputasi

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Datuk Hasan Arifin berkata, jawatankuasa di bawah Parlimen itu berasa lega kerana 1MDB menjalankan urusniaga mereka dengan syarikat asing yang mempunyai reputasi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.  
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Datuk Hasan Arifin berkata, jawatankuasa di bawah Parlimen itu berasa lega kerana 1MDB menjalankan urusniaga mereka dengan syarikat asing yang mempunyai reputasi. 

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, jawatankuasa di bawah Parlimen itu berasa "lega" kerana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjalankan urusniaga mereka dengan syarikat asing yang mempunyai reputasi.  Katanya, PAC bagaimanapun akan memanggil semula Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy sekali lagi pada jam 9 pagi Jumaat 18 Disember ini bagi menyambung semula prosiding.
"Secara keseluruhannya, PAC lega 1MDB membuat urusniaga dan pelaburan luar negara dengan syarikat luar negara yang mempunyai reputasi," kata Hasan dalam kenyataannya selepas selesai prosiding bersama Arul petang tadi di Parlimen.

Sebelum ini, 1MDB dikritik berhubung urusniaga yang dijalankannya dengan syarikat asing, termasuk perjanjiannya dengan PetroSaudi International. Ia juga membuat beberapa pelaburan luar pesisir di Kepulauan Cayman, yang mengundang pelbagai kritikan.
Hasan berkata, PAC juga berpuas hati dengan semua keterangan Arul sepanjang prosiding hari ini yang berlangsung bermula jam 11 pagi hingga 5 petang ini.
Terdahulu, Arul yang ditemui pemberita di Parlimen selepas selesai prosiding PAC hari ini berkata, pihaknya turut berbesar hati untuk kembali menghadap jawatankuasa itu bagi memberikan penjelasan untuk kali ke-2.

Kursus pen drive: Bekas menteri sekolahkan AG dan IGP

 Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini memberi tunjuk ajar kepada Peguam Negara Mohamed Tan Sri Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam menangani kemelut pen drive.
Bagi AG, katanya, Apandi perlu berbincang dengan pendahulunya, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan kemudiannya menghantar pasukan penyiasat ke Amerika Syarikat untuk mengkaji kandungan pen drive itu.
"Adakah beliau telah melihat pen drive Charles (Suresh Morais) didakwa diterimanya daripada abangnya (Kevin Anthony Morais)?
"Peguam Negara tidak boleh begitu cepat untuk membakul-sampahkan dakwaan yang sebegitu serius. Beliau harus berminat dengan aduan itu dan bukannya sama ada Charles seorang bankrap atau tidak.
"Tidak ada keperluan untuk berbuih di mulut apabila seseorang membuat dakwaan ke atas pemimpin kita. Tidak ada keperluan untuk berkelakuan seperti seorang pembantu peribadi kepada Perdana Menteri.
"Tenang dan profesional pada setiap masa," katanya dalam blog yang dikemas-kini hari ini.
Rabu lalu, Charles mendedahkan akuan bersumpah kepada media yang mendakwa ada konspirasi dalam pembunuhan abangnya.
Beliau juga mendakwa memiliki sebuah pen drive yang memperincikan kes yang dikendalilkan oleh Kevin, seorang timbalan pendakwa raya kanan.
Ahli perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat mendakwa Kevin juga memberitahunya beliau mengendalikan kes-kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

SD Charles: Peguam sambut hari jadi hidang karipap ketika soal siasat polis

 Peguam Americk Sidhu yang genap 59 tahun hari ini menyajikan karipap dan pisang goreng kepada anggota polis yang mengasaknya selama dua jam berhubung akuan sumpah berkanun (SD) anak guamnya yang mengaitkan pembunuhan abangnya dengan individu berprofil tinggi.
"Menaip ambil masa," katanya kepada pemberita apabila masa yang panjang itu.
Menurutnya, pegawai-pegawai dari Bukit Aman, yang tiba di pejabatnya di Ampang pada jam 3 petang mengajukan beberapa "soalan umum" berhubung SD itu dan beliau bekerjasama dengan mereka.
"Tiada apa-apa untuk mengadu," katanya.
Pihak polis menjadikan Americk sebagai sasaran selepas anak guamnya Charles Suresh Morais kembali ke Amerika Syarikat di mana beliau telah menetap sejak 1984 selepas mendedahkan kandungan SD itu kepada media minggu lalu.
Beberapa badan perundangan membidas polis kerana menanggap apa yang dilakukan itu sebagai satu bentuk 'gangguan' terhadap Americk yang melaksanakan tanggungjawapnya sebagai seorang peguam.

Pembunuhan Kelvin Morais: Terpulang kepada KPN untuk panggil Gani Patail

nur jazlan (M)
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui tidak boleh menerangkan secara terperinci mengenai samada bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipanggil atau tidak untuk diambil keterangan.

KUALA LUMPUR, 1 Disember:

Samada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dipanggil atau tidak untuk diambil keterangan bergantung kepada siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
“Soal hendak panggil Gani atau tidak terpulang kepada siasatan polis. Saya tidak boleh terangkan di sini,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2016 Kementerian Dalam Negeri peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind Singh Deo samada kerajaan akan memanggil Abdul Gani untuk membantu siasatan terhadap kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais.
Ini ekoran pendedahan adik mendiang, Charles Suresh Morais, sebelum ini yang membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa memiliki pen drive (pemacu pena) yang dikirim Kevin, melalui syarikat kurier, sebelum beliau dibunuh.

‘Dari dulu semua presiden Umno pernah lakukan kesalahan’ - Ismail Sabri

Surat terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog semalam yang menyeru anggota dan pemimpin akar umbi Umno supaya menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak demi memastikan kelangsungan kemenangan parti pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) terus dibidas.
Bagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemimpin Umno termasuk yang terdahulu bukan bertaraf nabi dan tidak ada pemimpin yang maksum (sempurna) di dunia.
“Pemimpin Umno bukan bertaraf nabi, maksum tidak pernah melakukan kesalahan.
“Daripada dulu pun semua presiden Umno pernah melakukan kesalahan tetapi prinsip Umno untuk memperkuatkan parti kita selesaikan masalah dalaman dan kita setia kepada pemimpin, jadi barulah kita tidak berpecah, katanya pada sidang media Kongres Pemerkasaan Luar Bandar di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur.
Katanya, hanya dengan taat kepada pemimpin dan menyelesaikan masalah dalaman yang timbul dapat memperkukuhkan parti Melayu itu sendiri.
“Dari segi prinsip Umno dari dulu kita setia dan menyokong kepimpinan presiden, daripada dulu.
“Dalam Islam pun taat kepada Allah, Rasul pemimpin. Prinsip ini digunakan dalam Umno selama ini untuk memperkuatkan Umno,” katanya.
Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas surat terbuka Dr Mahathir yang berkata berkata hanya menolak Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno akan memastikan "bangsa, negara dan agama lebih selamat" dan "rakyat akan dapat nikmat".
Sementara itu, menurut Ismail, apabila terdapat pihak mulai mempertikaikan kepimpinan parti sedia ada, akar umbi Umno akan turut berbuat demikian yang akhirnya akan menyebabkan perpecahan parti.
“Kalau kita mula menentang kepimpinan, cawangan pun nak bercakap soal kepimpinan jadi akhirnya Umno berpecah. Akhinya Umno akan kalah apabila kita menggalakkan perpecahan di dalam ahli parti,” katanya.
Ismail berkata hanya segelintir sahaja ahli parti itu yang menentang dan sebahagian besar mereka menyokong penuh kepimpinan Najib.
“Apabila kita galakkan kondem (kutuk) pemimpin dan sebagainya jangan lupa, yang kondem mungkin sebahagian, yang pertahankan ada satu bahagian besar lagi,” katanya.

1MDB: Arul akan dipangil kali kedua oleh PAC

Pelbagai soalan telah diajukan oleh PAC dan Arul Kanda telah memberi segala penjelasan yang diperlukan secara sebaiknya kepada badan itu namun tidak boleh mendedahkannya kepada umum.
arul-kanda
KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy diumum akan dipanggil buat kali kedua untuk memberi penjelasan lanjut setelah baru sahaja selesai memberi keterangan pertamanya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Selasa.
Bagaimanapun tarikh baru untuk beliau beri penjelasan kedua kepada PAC masih belum diputuskan.
“Saya diminta datang kembali untuk memberi penjelasan lanjut. Saya akan guna peluang tersebut sebaiknya. Tarikh belum ditentukan, saya akan tunggu surat daripada urusetia PAC,” katanya kepada pemberita selepas selesai memberi penjelasan kepada PAC di Parlimen.
Katanya, pelbagai soalan telah diajukan oleh PAC dan dia telah memberi segala penjelasan yang diperlukan secara sebaiknya kepada badan itu namun tidak boleh mendedahkannya kepada umum.
Keterangan yang diberikan itu berhubung skandal yang berlaku dalam syarikat pelaburan tempatan, 1MDB.
“Rata-rata soalan itu membabitkan maklumat mengenai operasi kami dalam 1MDB sejak ia ditubuh hingga sekarang. Tetapi maklumat yang dikongsi dalam sesi siasatan tidak boleh dibincangkan.
“Apa yang penting ialah kerjasama penuh telah diberikan kepada PAC,” katanya.
Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin turut menyampaikan rasa puas hati beliau terhadap penjelasan yang dikongsi oleh Arul kepada pihaknya pada Selasa.

Peniaga vape di Muar diberi tempoh seminggu habiskan stok

Notis akan dikeluarkan kepada peniaga selain, denda yang boleh dikenakan kepada peniaga vape ingkar
Jamaludin A. Hamid
MUAR: Majlis Perbandaran Muar (MPM) memberi tempoh sebulan kepada peniaga vape di daerah itu agar menghabiskan stok bahan berkenaan di premis masing-masing sebelum pengharaman penjualannya pada 1 Januari tahun depan.
Yang Dipertuanya, Jamaludin A. Hamid berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis mengenai perkara itu dengan memberikan amaran mana-mana peniaga vape yang ingkar akan didenda serta lesen perniagaan boleh ditarik.
“Denda sehingga RM2,000 boleh dikenakan selain barang-barang mereka boleh dirampas. Sehingga tempoh itu mereka perlu menjual stok sedia ada atau mencari alternatif untuk menghabiskan stok.
“Larangan penjualan vape nanti akan dikuatkuasakan melalui Undang-undang Kecil Tred Perniagaan, Industri dan Profesion di bawah MPM,” katanya yang dipetik daripada Bernama.
Semalam (Isnin), kerajaan Johor memaklumkan akan mengeluarkan pekeliling baharu untuk mengharamkan penjualan vape menerusi undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam masa terdekat.

‘Wira vape’ membisu titah sultan tutup operasi

 Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas mengenai titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu larangan penjualan vape di negeri Johor.
“Tiada komen,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.
Ismail yang juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno sebelum ini lantang membantah arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mahu cecair perisa vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.
Katanya, ini kerana kebanyakan farmasi dimiliki oleh syarikat besar termasuk dari luar negara dan tindakan itu akan membunuh perniagaan vape anak muda tempatan.
Ismail Sabri berkata, beliau tidak seharusnya dicap sebagai rasis semata-mata kerana beliau menyuarakan kepentingan Melayu dan Bumiputera.
"Mungkin saya telah dicop rasis tetapi prinsip saya senang... kita bela kaum kita dan jangan tindas kaum lain. Selagi itu dilakukan, bagi saya tidak ada salah dengan apa yang saya lakukan,” katanya.
Alasan Ismail Sabri hari ini, adalah beliau tidak mahu mencampuri urusan Kementerian Kesihatan.
“Biar kementerian kesihatan (komen), nanti saya cross (campuri urusan) kementerian lain,” katanya dalam sidang media Kongres Pemerkasaan Luar Bandar di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur.

Putrajaya bentang rang undang-undang MKN, kembalikan kuasa Ordinan Darurat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menganggotai Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015, dan Putrajaya bentang rang undang-undang itu di Parlimen, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menganggotai Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015, dan Putrajaya bentang rang undang-undang itu di Parlimen, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.Putrajaya hari ini membentangkan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 di Parlimen, yang dilihat tujuannya hampir sama untuk mengembalikan kuasa di bawah Ordinan Darurat yang dimansuhkan pada 2012.
Majlis itu akan diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi dan turut dianggotai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Majlis itu juga diberikan kuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "kawasan keselamatan" jika dilihat ia menerima ancaman.

Di dalam kawasan keselamatan itu, pasukan keselamatan termasuk tentera dan polis dibenarkan menahan tanpa sebarang waran mana-mana individu yang dilihat mendatangkan ancaman. Rang undang-undang itu dibacakan kali pertama hari ini di Dewan Rakyat.

Periksa dulu kewujudan kertas pertuduhan Najib, kata Gobind

Polis mesti menentukan sama ada satu draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak wujud atau tidak, kata Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.Polis mesti menentukan sama ada satu draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak wujud atau tidak, kata Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.
Polis mesti menentukan sama ada satu draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sememangnya wujud atau tidak, sebelum menghina pemberi maklumat atau menafikan akuan berkanun (SD) mereka, sidang Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata demikian mengulas laporan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kewujudan draf kertas pertuduhan itu apabila isu tersebut timbul pada akhir Julai.
Bagaimanapun, perkara itu dibuktikan palsu oleh adik timbalan pendakwa raya Datuk Anthony Kevin Morais, Charles, yang dalam satu SD mengatakan, pembunuhan abangnya berkait dengan kertas pertuduhan yang beliau sedang rangka terhadap "seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi".

"SPRM mengatakan tidak wujud kertas pertuduhan dan ia membuat laporan menafikannya, tetapi Charles Morais kata ada," Gobind memberitahu Dewan ketika membahaskan Bajet 2016 di peringkat jawatankuasa. "Jadi, saya ingin tahu apa jadi dengan siasatan polis ini. Saya ingin tahu apa berlaku kepada laporan SPRM yang menafikan terdapat sehelai draf kertas pertuduhan."
Beliau juga bertanya sama ada Najib boleh dibenarkan terus mengekalkan jawatan sebagai perdana menteri jika draf kertas pertuduhan itu memang wujud, kerana pemegang jawatan itu mempunyai kuasa melantik peguam negara.
"Bolehkah kita mempunyai keadaan di mana ada siasatan terhadap perdana menteri tetapi dia masih kekal sebagai perdana menteri? Bolehkah kita mengharapkan satu siasatan yang bebas dan adil?" soal wakil rakyat DAP itu.
Charles berkata, draf kertas pertuduhan ke atas Najib, salinannya didakwa dikeluarkan laman web pemberi maklumat Sarawak Report, mempunyai singkatan nama Kevin di atasnya.
Dalam satu SD mengandungi 18 muka surat, Charles berkata 2 atau 3 bulan sebelum kematian Kevin, mangsa memberitahu beliau sedang mengusahakan satu kes yang melibatkan seorang pegawai kerajaan di peringkat sangat tinggi.
Pada 30 Julai, Sarawak Report memuat naik apa yang didakwanya draf kertas pertuduhan mengenai tuduhan rasuah terhadap Najib berhubung SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pelabur negara yang sarat hutang.
SRC International kini dimiliki Kementerian Kewangan yang diketuai Najib.

SPRM tiada kuasa mulakan pendakwaan kes rasuah

Kerajaan tidak bercadang berbuat demikian kerana penyiasatan dan pendakwaan sesuatu kes dijalankan berlandaskan prinsip 'check and balance'.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan diberikan kuasa memulakan pendakwaan kes rasuah secara penuh tanpa perlu merujuk Peguam Negara.
Perkara itu disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan yang menyifatkannya sebagai satu amalan setiap negara di dunia.
“Kerajaan tidak bercadang berbuat demikian kerana penyiasatan dan pendakwaan sesuatu kes dijalankan berlandaskan prinsip ‘check and balance’.
“Ia juga menjadi amalan hampir setiap negara di dunia ini bahawa keputusan untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding sesuatu kesalahan dibuat oleh Pendakwa Raya dan tidak dipengaruhi agensi penyiasatan,”
katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) di Dewan Rakyat, lapor Bernama.
Leong bertanya sebab-sebab kerajaan enggan memberi SPRM kuasa pendakwaan serta langkah-langkah untuk melindungi pegawai pendakwaan.
Low berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang mana prinsip pengasingan kuasa menjadi tunjangnya, maka adalah menjadi amalan yang diterima sebagai terbaik jika pihak yang membuat siasatan tidak memutuskan hasil
siasatan mereka sendiri.
“Walau bagaimanapun, bagi memudahkan urusan penelitian dan rujukan kertas siasatan, Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam Negara ditempatkan di ibu pejabat SPRM dan sebahagian besar negeri-negeri,” katanya.

Mahasiswa perlu kritis dan berani persoal skandal 1MDB

KUALA LUMPUR 13 February 2015. Interview with President & Group Executive Director 1MDB, Arul Kanda. NSTP/Yazit RazaliSHAH ALAM 1 DIS: Mahasiswa perlu kritis dan berani bertanyakan soalan berlegar difikiran rakyat mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS)3.0.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata walaupun Presiden Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menolak jemputan debat bersama beliau, namun ia terpulang kepada agensi itu memberikan penerangan kepada mahasiswa selepas dijemput dalam persidangan itu.

“Itu hak 1MDB untuk memberi penerangan walaupun sewajarnya Arul Kanda terima undangan untuk berdebat dengan saya yang disiarkan secara langsung supaya rakyat secara keseluruhannya dapat menilai dengan adil isu bersabit 1MDB.
1MDB“Apabila penerangan diberikan oleh sebelah pihak tanpa ada keberanian di pihak Arul Kanda untuk berdebat, ia memberi gambaran ada banyak perkara yang ingin disembunyikan,” katanya kepada Selangor Kini.
Rafizi turut khuatir khuatir persidangan itu adalah ‘persidangan syok sendiri’ oleh siswa yang setia membuta tuli kepada Umno-BN dan akhirnya gagal merungkai persoalan utama dipersoal rakyat.
Dalam laporan media, Pengerusi Biro Pendidikan Umno Malaysia, Senator Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata Arul Kanda akan turut serta dalam memberikan penjelasan mengenai 1MDB pada PEMANAS 3.0 yang berlangsung selama empat hari mulai Khamis ini.
Selain isu 1MDB, Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) adalah antara isu yang akan dibincangkan di hadapan 300 mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Label Charles pegecut: IGP berat sebelah, kata Ambiga

Kebebasan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dipersoalkan ekoran 'serangan peribadi' beliau terhadap peguam Americk Sidhu dan anak guamnya Charles Morais, katanya Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk S Ambiga.
 Khalid melabel Charles Suresh Morais sebagai pengecut kerana melarikan diri dari negara selepas membuat akuan bersumpah minggu lepas berhubung pembunuhan timbalan pendakwaraya Kevin Morais.
Charles, yang menetap di Amerika Syarikat lebih daripada tiga dekad, mendakwa bahawa Kevin mengendalikan kes yang melibatkan perdana menteri dan isterinya sebelum ditemui mati selepas disemen dalam sebuah tong dram pada September.
"Serangan peribadi terhadap Sidhu dan anak guamnya oleh ketua polis negara, selain kurangnya sensitiviti, menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan kebebasan di pihak ketua polis negara dalam menyiasat kes ini.
"Dalam keadaan ini, ia adalah penting bahawa ketua polis negara berundur dan membenarkan siasatan yang akan dilaksanakan oleh seseorang pegawai yang akan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya dalam satu kenyataan.
Charles disiasat berikutan cubaan mensabotaj demokrasi sementara polis akan menyiasat mengenai perkara itu hari ini.
Charles mendakwa Kevin menghantar kepadanya satu pen drive yang mengandungi maklumat penting berkaitan kes-kes yang dikendalikannya sebelum dibunuh, tapi Americk berkata beliau tidak tahu menahu mengenainya.

Bank Negara cari dua bekas eksekutif kanan 1MDB

1MDB KUALA LUMPUR - Bank Negara masih mencari dua individu yang pernah menyandang jawatan eksekutif kanan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953.
Satu notis mengenai Casey Tang Keng Chee, 50, dan Jasmine Loo Ai Swan, 42,dimuatkan dalam laman sesawang amaran penipuan bank itu sejak Julai lepas.
"Kami belum dapat menghubungi mereka secara langsung," kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada media selepas merasmikan Iclif Leadership Energy Summit Asia 2015 di sini hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang dua individu itu boleh menghubungi Bank Negara melalui talian 03-26988044 sambungan 8554/7610 atau membuat laporan di balai polis terdekat, kata laman sesawang itu, http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0302_seen.htm.  - Bernama

Vape - campur tangan sultan kerana k'jaan lemah

Presiden Centre For A Better Tomorrow (Cenbet), Gan Ping Sieu percaya tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengharamkan kedai vape di Johor adalah kerana kurang kemampuan kepimpinan negara menangani isu-isu kesihatan awam.
"Bahawa Sultan Johor terpaksa campur tangan dalam kontroversi vape adalah kerana kekurangan kepimpinan politik dalam menangani isu-isu kepentingan negara, dalam kes ini, peraturan yang berkaitan dengan kesihatan awam," kata Gan.
Beliau berkata sambutan positif daripada orang ramai berhubung titah itu membuktikan bahawa rakyat juga berkongsi mengenai kebimbangan sultan.
"Oleh kerana isu ini mendominasi perbualan negara, pembuat dasar menyeret kaki mereka dalam menanganinya.
"Kita lihat bagaimana pegawai-pegawai dari kementerian sama bercanggah antara satu sama lain [...] ada ahli politik mengambil kesempatan dan lebih teruk, kontroversi itu bersifat perkauman.
"Ini diburukkan lagi dengan kekurangan pimpinan politik bagi menangani kontroversi itu pada kadar segera," katanya.
Gan berkata, akhirnya, tadbir urus yang lemah menimbulkan kontroversi yang buruk dengan kemahuan politik yang lemah.
Katanya, semangat politik lemah pula dimanifestasikan dalam hubungan kaum semakin buruk manakala pihak fanatik pula menjadi semakin berani.

KEHADIRAN TUN M DI PAU 2015 DAN KEBUDIMANAN ZAHID HAMIDI

Tidak dipastikan sama ada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sudah menghantar surat jemputan atau belum kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Kali terakhir Ku Nan bercakap mengenainya ialah pada 26 November lalu dengan mengatakan masih mempertimbangkannya.

Dalam masa yang sama, Ku Nan juga membuat andaian awal bahawa Tun Mahathir berkemungkinan besar tidak menghadirinya berikutan pendiriannya yang kerap menghentam parti kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengatakan UMNO tetap akan menjemput Tun Mahathir untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO kerana parti tetap menghormatinya.

Hari ini, tanpa mengira beliau dijemput secara rasmi atau tidak, Tun Mahathir memperakukan kehadirannya dengan mengatakan jemputan terbuka Zahid Hamidi itu sudah memadai untuk beliau menghadirinya.

"Saya tak terima lagi surat jemputan, tapi saya anggap kenyataan Zahid itu sebagai suatu jemputan dan tak hantar jemputan pun saya tetap akan pergi," kata bekas Perdana Menteri itu lagi.

Soalnya kenapa Ku Nan dan ibu pejabat UMNO terlalu perlahan dalam membuat kerja? Bukankah menjemput bekas Presiden UMNO seperti Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi ke majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO merupakan suatu tradisi yang perlu dihormati dan dikekalkan?

Apakah Ku Nan sengaja melengah-lengahkan surat jemputan itu dengan harapan Tun Mahathir tidak menghadirinya?

Gobind: Khalid, kamu yang pengecut!

KUALA LUMPUR, 1 Dis- Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo membidas Tan Sri Khalid Abu Bakar apabila melabel Charles Suresh Morais sebagai pengecut kerana melarikan diri selepas membuat Akuan Bersumpah (SD) membabitkan individu berprofil tinggi.
Sebaliknya, Gobind menyifatkan Ketua Polis Negara itu sendiri sebagai pengecut apabila gagal mengambil tindakan terhadap anggota polis yang terlibat dalam kes-kes kematian dalam lokap.
Beliau memetik laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bahawa polis bertanggungjawab terhadap kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur di Johor tahun lalu.
“Saya nak tanya Ketua Polis, awak label orang sebagai pengecut, awak bagi tahu apa tindakan diambil terhadap kes dalam polis sendiri?.
“Kenapa tiada tindakan, adakah Ketua Polis kita berani nak cakap dengan keluarga si mati?,” soalnya ketika membahaskan peruntukkan bajet Kementerian Dalam Negeri hari ini.
EAIC dalam siasatannya mendapati Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, 25, ‘dibunuh’ anggota polis yang memukulnya di lokap polis di Sungai Rengit, Johor pada 3  November 2014.
Siasatan juga menemui bukti bahawa anggota polis membersihkan tempat kejadian daripada sebarang bukti selepas membelasah mangsa sebelum pegawai perubatan tiba.

‘Sampan bocor kerana Mahathir seperti kongsi gelap’

Surat terbuka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ahli dan pemimpin akar umbi Umno mendapat bidasan dari sebuah portal pro-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Cukuplah! Mahathir sudah menyatakan apa yang sepatutnya termasuk menganggap Umno akan kalah jika Najib terus menjadi presiden parti.
“Namun Mahathir juga tiada jaminan BN akan menang jika Najib berhenti menjadi presiden dan perdana Menteri.
“Ini semua hanyalah hipotesis Mahathir kerana menyaksikan sampan sedang bocor,” kata surat yang disiarkan di MyKMU.net.
Menurut penulis, adakah wajar penumpang sampan mendengar cakap Mahathir, orang yang bertanggungjawab membocorkan sampan itu.
“Adalah tidak adil Mahathir membocorkan sampan dan juga memberi jalan menyelamatkan sampan itu.. Ini dipanggil konflik kepentingan.
Surat itu juga membidas Mahathir yang didakwa mengunakan kaedah kongsi gelap demi kepentingan politiknya.
“Sikap Mahathir ini tidak ubah kaedah kongsi gelap yang membuat huru-hara di suatu kawasan sebelum menawarkan jalan mententeramkan keadaan,” katanya.
Penulis berkata Mahathir telah menyatakan pandangannya dan semua ahli parti juga megetahui pandangan bekas perdana menteri itu terhadap Najib.
Oleh itu, katanya, mungkin tiba masanya untuk Mahathir berdiam diri dan membenarkan ahli parti menentukan hala tuju mereka sendiri.
“Benarkan kami membetulkan sampan yang bocor ini mengikut kaedah kami sendiri.
“Asalkan Mahathir tidak membocorkan lagi sampan ini, insya Allah kami mampu menampal dan mendayung ke destinasi,” kata penulis mengakhir suratnya itu.

Harga Proton mahal kerana Najib, kata Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang ramai agar tidak terus-menerus mempersalahkan Proton Holdings Bhd (Proton) kerana perbezaan yang agak ketara harga runcit kereta keluaran tempatan itu di pasaran.
Sebaliknya, beliau yang juga adalah pengerusi syarikat pengeluar kereta tempatan itu mendakwa kerajaan adalah penyebab utama mengapa harga kereta buatan Malaysia ini mahal.
Mahathir berkata ia berikutan cukai yang dikenakan terhadap kereta tempatan itu terlalu tinggi dan tidak masuk akal sekali gus menyebabkan harganya melambung tinggi.
“Proton selalu dipersalahkan ekoran harga kenderaan yang mahal. Ia bukan salah Proton. Pihak kerajaan yang mahu mencukaikan kenderaan sehingga 300 peratus.
“Kerajaan mahukan pendapatan. Kita (Proton) bukan punca kepada harga kenderaan yang tinggi,” katanya pada sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton hari ini.
Selain itu, Mahathir juga mendakwa bahawa terdapat kempen yang menggesa agar rakyat tidak membeli kereta buatan Proton selain syarikat kereta nasional itu tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk mengeluarkan kereta hybrid.
“Terdapat kempen untuk rakyat Malaysia supaya tidak membeli kereta buatan Proton.
“(Juga) tiada peruntukan khas untuk kereta elektrik. Cukuplah agar kerajaan tidak menggalakkan rakyat di negara ini untuk membeli kereta import,” sindirnya.
Malah, pemimpin veteran itu berkata sehingga kini pihak kerajaan masih belum membuat apa-apa bayaran royalti terhadap kereta elektrik buatan Proton.
“Kerajaan mahukan kita buat sebuah kereta elektrik, setelah kita buat dan harumkan nama negara, kita masih tidak menerima apa-apa bayaran.
“Sebaliknya, kita pula keluarkan duit sendiri untuk menghasilkan kereta hybrid, dan kereta elektrik,” katanya lagi.
Proton ditubuhkan pada tahun 1983 dan adalah cetusan idea Mahathir.
Objektif adalah supaya syarikat itu dan masyarakat bumiputera mampu bersaing di peringkat global dan dapat membawa Malaysia pada tahap yang lebih tinggi secara keseluruhan.

'Tiada surat jemputan pun, saya datang AGM Umno' - Tun M

Dr M: AGM Umno tahun ini tidak seronok

PAU 2015: Mengapa Umno Takut Media?

TOL: KENAIKAN SEBANYAK 5% SETIAP 3 TAHUN

Mulai tahun depan 2016 KERAjaan Najib telah memutuskan kenaikan kadar tol bagi keempat2 lebuhraya milik kerajaan (PLUS, ELITE, LINKEDUA & KLBK) telah DITETAPKAN KENAIKAN SEBANYAK 5% SETIAP 3 TAHUN & SETERUSNYA !!!

Bayangkan konsesi PLUS telah dilanjutkan sehingga tahun 2038. Maknanya klu korang dpt hidup sehingga 2038 korang kena tanggung bayar tol KENAIKAN sbyk 21 PERATUS !!!

Tindakan ke atas 1MDB - ada perkembangan, kata Zeti

Terdapat perkembangan dalam tindakan Bank Negara ke atas 1MDB berhubung dengan kelulusan yang diberikan kepada dana negeri itu, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini.
 "Kita telah pun, seperti saya sebutkan, menyelesaikan siasatan dan kini terdapat perkembangan dalam tindakan-tindakan yang sedang diambil, berhubung dengan kelulusan yang kami berikan kepada mereka (1MDB)," kata Zeti kepada pemberita di Kuala Lumpur.
Beliau enggan mengulas lanjut kerana tindakan berkenaan masih dijalankan.
"Saya tidak boleh bincangkan statusnya sehingga ia selesai," kata beliau.
Bank Negara sebelum ini menyiasat 1MDBmengikut Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA).

Rakyat tidak mahu Perdana Menteri yang jadi bahan lawak

Negara dan parti boleh diselamatkan jika Najib Tun Razak berundur dalam waktu terdekat ini.
rushdan 1
PETALING JAYA: Ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mahu mempunyai Perdana Menteri yang menjadi bahan lawak di seluruh dunia.
Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Bahagian Sepang, Rushdan Mohamed berkata, rakyat akan menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana tidak mahu memiliki Perdana Menteri yang dihina oleh negara luar.
“Jika Najib terus menerajui UMNO dan BN, saya percaya rakyat akan menolak BN secara total dalam PRU-14 nanti.
“Siapa yang inginkan seorang Perdana Menteri dan Presiden parti yang dijadikan bahan ‘lawak’ dan dihina bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia mentertawakan kita,” katanya kepada FMT.
Katanya, tindakan ketua-ketua UMNO cawangan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan ketika ini sangat berkait rapat dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mahu parti terbesar itu terkubur dalam pilihanraya nanti.
“Disebabkan kemungkinan ini (UMNO kalah PRU-14) jugalah kami ketua-ketua Cawangan seluruh tanah air menyatakan secara terbuka supaya Datuk Seri Najib berundur.
“Kalau Datuk Seri Najib berundur dalam masa terdekat ini, kerosakan yang telah dilakukan beliau sempat diperbetulkan seterusnya membawa kejayaan kepada UMNO dan BN menang dalam PRU-14,” katanya.
Menerusi surat terbukanya kepada ahli UMNO yang disiarkan di blognya, Dr Mahathir meramalkan parti itu akan kalah pada PRU-14 berdasarkan kecenderungan UMNO yang dilihat mendukung kepimpinan Perdana Menteri dan melupakan perjuangan agama dan bangsa.

Pas yakin rampas kembali Kedah dan Terengganu – Nik Abduh

Keyakinan itu dilihat apabila Pas sudah mula diterima rakyat setelah menolak mereka UMNO dan Barisan Nasional
PAS
PETALING JAYA: Pas yakin akan merampas kembali negeri Kedah dan Terengganu yang pernah dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti selain, mengekalkan negeri Kelantan yang ditadbir sejak 1990.
Keyakinan itu disuarakan, Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz apabila menyatakan, aura parti Islam itu semakin diterima rakyat.
“Pas insyallah, akan memenangi PRU-14 nanti dan akan kembali menguasai negeri Terengganu dan Kedah selain terus mengekalkan kemenangannya di Kelantan. Pas juga akan menambah kekuatannya di beberapa negeri termasuk di pantai barat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa.
Jelas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, peluang Pas untuk menawan hari rakyat amat terbuka, setelah rakyat sudah mula menolak UMNO susulan daripada pelbagai kememelut yang dihadapi pada ketika ini, termasuklah skandal yang melibatkan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion.
“Selain saingan Pas iaitu UMNO yang semakin gagal menawan hati rakyat dengan persembahan semakin buruk, kami yakin rakyat Malaysia, terutama jentera dan kaki tangan kerajaan telah bersedia untuk menerima kehadiran Pas dalam pemerintahan di seluruh negara.

Konsesi lebuh raya buat rakyat rugi lagi

SHAH ALAM - Tiga sebab pengguna jalan raya dijangka menjadi 'biggest loser' dalam perjanjian baru antara kerajaan dan pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, tiga sebab itu adalah rakyat rugi dalam perjanjian baru ini, perjanjian baru konsesi tol akan ditambah 20 tahun lagi dan kerajaan rugi dalam perjanjian ini.
tol "Sebab pertama daripada jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin semalam, penstrukturan perjanjian kerajaan dengan Plus pada tahun 2011, langsung tidak menguntungkan rakyat. Mengikut jawapan timbalan menteri, kerajaan menurunkan kadar kenaikan tol dari 10% setiap tiga tahun kepada kenaikan tol 5% setiap tiga tahun.
"Perjanjian ini tidak bijak, kerana kadar tol tetap akan dibenarkan naik. Ini juga tidak menetapi manifesto BN yang menjanjikan penurunan tol antara bandar," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya lagi, sebab kedua, sepatutnya perjanjian tol Plus akan tamat tahun 2018.
"Rakyat telah menanti-nantikan penamatan tol lebuh raya utara selatan selama ini. Rakyat mengharapkan kerajaan membuat perjanjian baru yang menguntungkan rakyat, tetapi, akhirnya, ia tetap menguntungkan syarikat konsesi yang boleh mengutip tol selama 20 tahun lagi. Rakyat tetap rugi.
"Dan sebab ketiga, sudah jelas bahawa kerajaan berhasrat meningkat tol lebuhraya Utara Selatan tahun 2016. Tetapi kerajaan masih menyediakan RM593.3 juta ringgit dalam Bajet 2016 untuk pampasan tol.
"Peruntukan ini hanya akan bertahan beberapa bulan sahaja untuk melambatkan kenaikan tol. Maka, selepas duit tersebut habis, maka kadar tol tetap akan dibenarkan naik," katanya.
Dalam pada itu, Tze Tzin  berkata peruntukkan  pampasan tol diperolehi dari potongan peruntukan lain, terutamanya potongan bajet butiran 060700 Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sabah, Sarawak dan Labuan dan butiran 060800 Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia.
"Kedua-dua butiran ini dipotong RM529 juta berbanding bajet 2014. Ini bermaksud, demi membayar pampasan tol, penyelenggaraan jalan persekutuan dan butiran lain dipotong," katanya.

AG bantah usaha Abim halang k'jaan tandatangani TPPA


Jabatan Peguam Negara hari ini membantah permohonan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan dua NGO lain untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak boleh mendengar kes itu kerana ia bukan di bawah bidang kuasanya.
"Mahkamah tidak boleh membicarakan isu-isu perjanjian antarabangsa dan keputusan dasar," kata Shamsul.
Hujahan lanjut mengenai isu ini akan dibuat oleh peguam Hanif Khatri Abdulla pada 12 Januari akan datang.
Berikutan itu, beliau berkata, permohonan berkenaan akan didengar.
Permohonan berkenaan dibuat supaya Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah melarang Najib, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan kerajaan daripada meneruskan proses menandatangani TPPA sehingga semakan didengari dan diputukan mahkamah.

Jangan pentingkan diri, khidmat untuk rakyat, kata Rafidah kepada pemimpin

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz gesa pemimpin menjauhkan diri daripada kepentingan peribadi yang sempit dan sebaliknya fokus kepada berkhidmat untuk rakyat dan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz gesa pemimpin menjauhkan diri daripada kepentingan peribadi yang sempit dan sebaliknya fokus kepada berkhidmat untuk rakyat dan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menggesa pemimpin untuk menjauhkan diri daripada kepentingan peribadi yang sempit dan sebaliknya fokus kepada berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Beliau berkata Malaysia ketinggalan akibat isu tidak berkesudahan, ketidaktentuan yang dilihat dalam politik, dan pemimpin lebih berminat dengan kelangsungan politik mereka sendiri.
“Tiba masanya kita kembali kepada politik pembangunan – menggesa pihak berkepentingan melakukan apa yang perlu dilakukan bagi memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Politik yang melangkaui kepentingan sempit individu,” kata bekas ketua Wanita Umno itu dalam tulisannya di Facebook. “Negara mesti terus ditadbir dengan tanggungjawab dan baik.. jadi tahap keyakinan boleh ditingkatkan, dan kredibiliti dikembalikan, untuk membolehkan Malaysia mara ke depan ke arah status negara membangun.”
Rafidah berkata negara mempunyai semua ciri-ciri diperlukan untuk terus menarik pelaburan yang betul ke dalam sektor ekonomi utama yang boleh mendorong pertumbuhan.
Tetapi, rakyat Malaysia kelihatan seperti berada “dalam keadaan terawang-awang”, akibat tumpuan mereka kepada pertelingkahan politik dan drama berpanjangan, kata Rafidah.

Ahmad Maslan kata hanya 15 cawangan bantah Najib

Hanya 15 daripada 21,000 cawangan Umno membantah kepimpinan presiden Datuk Seri Najib Razak, kata ketua penerangan parti Datuk Ahamd Maslan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.Hanya 15 daripada 21,000 cawangan Umno membantah kepimpinan presiden Datuk Seri Najib Razak, kata ketua penerangan parti Datuk Ahamd Maslan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahamd Maslan berkata hanya 15 daripada 21,000 cawangan parti itu membantah kepimpinan presiden Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, 15 cawangan itu juga sebenarnya diketahui sebagai cawangan yang bermasalah.
"Ada sebab lain 'penentangan' mereka ini, tetapi kami anggap ini cabaran yang parti perlu hadapi.

"Dan daripada 191 ketua Umno bahagian, kami tidak pula mendengar ada yang menentang," katanya menurut laporan Utusan Malaysia hari ini. Beliau juga menggesa semangat kesepaduan di kalangan ahli diterjemahkan menjelang Perhimpunan Agung Umno pada 8 hingga 12 Disember depan.
Pada 28 November lalu, sekumpulan ketua Umno cawangan melancarkan gerakan memaksa Najib meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera supaya parti Melayu itu tidak “dirosakkan” dengan lebih teruk.
Menamakan gerakan itu sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka mahu presiden Umno itu segera meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti ketika ini.

Amanah ditubuh kerana PAS diresapi pemikiran Isis, kata Mat Sabu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa siasatan terperinci berhubung penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya ‘takfiri’ dalam PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa siasatan terperinci berhubung penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya ‘takfiri’ dalam PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.Mohamad Sabu mendedahkan di antara punca Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan kerana bekas partinya PAS sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Beliau yang juga presiden kepada Amanah menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya “takfiri” dalam PAS.
"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider merujuk kepada pemikiran Isis dalam PAS.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang “dikafirkan” halal darahnya untuk dibunuh. Mohamad juga mengesyaki terdapat badan lain yang membawa masuk pemikiran Isis sehingga tidak disedari pemimpin PAS sendiri.
"Adakah polis Malaysia tidak dapat mengesan perkara ini atau ada konspirasi bersama?
"Adakah fahaman ini masuk begitu saja atau ada badan lain menyusunnya," kata Mohamad yang bimbang ia dirancang musuh-musuh PAS sehingga parti Islam itu berpecah sebagaimana sekarang.
Pemimpin PAS sokong Isis
Mohamad berkata, budaya ini bukan saja bahaya kepada PAS bahkan juga menjadi bom jangka kepada keselamatan negara.
Bekas pemimpin PAS, Lotfi Ariffin (dua dari kanan) yang menyertai perjuangan di Syria dan terkorban di sana. – Gambar Facebook, 1 Disember, 2015.Bekas pemimpin PAS, Lotfi Ariffin (dua dari kanan) yang menyertai perjuangan di Syria dan terkorban di sana. – Gambar Facebook, 1 Disember, 2015.Misalnya kami dalam PAS sebelum ini tidak pernah diberitahu tentang pemergian sesetengah pemimpin pertengahan dalam PAS ke Syria dan Iraq untuk berjuang di sana.
"Tahu-tahu kami dengar ada ahli PAS berada di Syria dan mengangkat senjata di sana dan kemudiannya timbul cerita Ustaz Lotfi meninggal di sana," katanya merujuk kepada kematian bekas pemimpin PAS, Lotfi Ariffin di Syria.
Beliau menyebut, antara yang menulis dan memberikan sokongan awal kepada Lotfi selepas terbunuh ialah Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Jawatankuasa Pusat Zaharudin Muhammad.
Hadi tolak budaya takfiri
Mohamad yang pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tidak bersetuju dengan pendekatan takfiri ini.
"Apakah ia berlaku di luar kawalan beliau atau macam mana?" soalnya.
Mohamad dan pemimpin progresif PAS tewas secara berkumpulan dalam muktamar ke-61 di Kuala Selangor pertengahan tahun lalu menyebabkan Amanah dibentuk.

Kesal Yapeim membisu, NOW lancar jelajah 4 negeri

Forum pertama NOW merungkai skandai Yapeim diadakan pada 8.30 malam esok di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, menampilkan pengarahnya Akmal Nasir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015. 
Forum pertama NOW merungkai skandai Yapeim diadakan pada 8.30 malam esok di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, menampilkan pengarahnya Akmal Nasir. 

Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat mengenai skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) kini merancang siri pendedahan baharu berbentuk forum di 4 negeri. Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata forum tersebut dianjurkan bagi membolehkannya memberi penerangan jelas mengenai skandal itu kepada pencarum Yapeim.
Ia juga disebabkan sikap pihak Yapeim yang membisu dan tidak menjawab pendedahan yang dibuat NGO itu selama ini, kata Akmal dalam satu kenyataan hari ini.

"Pihak yang terbabit bukan sahaja tidak menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan, tetapi juga gagal memberi komitmen yang jelas untuk mengubah keadaan dan membuat penambahbaikan terhadap pengurusan dan pentadbiran institusi tersebut. "Malah, maklum balas yang diterima daripada orang ramai terutamanya pencarum menunjukkan mereka kecewa dengan pihak terbabit yang tidak menunjukkan rasa keinsafan terhadap teguran yang dibuat."
Jelajah penerangan diadakan bermula di Kuala Lumpur pada 1 Disember hingga 13 Disember.
Siri kedua akan diadakan di Alor Setar dan Padang Serai, Kedah, diikuti Jerai dan Merbok, Kedah.
Perak turut menjadi sasaran forum anjuran NOW itu, yang akan diakhiri di Johor dan Pahang.
Forum pertama diadakan pada 8.30 malam esok di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

DAP gesa Pandikar benarkan laporan NFC dibentangkan

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, panel bi-partisan sebelum ini sudah pun menyelesaikan penyiasatan mereka dan laporan akhir skandal tersebut lengkap pada hujung 2013 namun tidak dibentangkan susulan dikhuatiri mengganggu perbicaraan di mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015. 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, panel bi-partisan sebelum ini sudah pun menyelesaikan penyiasatan mereka dan laporan akhir skandal tersebut lengkap pada hujung 2013 namun tidak dibentangkan susulan dikhuatiri mengganggu perbicaraan di mahkamah.

 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan laporan skandal syarikat National Feedlot Corporation (NFC) dibentangkan susulan pembebasan bekas pengarahnya daripada tuduhan pecah amanah.
Beliau berkata, panel bi-partisan sebelum ini sudah pun menyelesaikan penyiasatan mereka dan laporan akhir skandal tersebut lengkap pada hujung 2013 namun tidak dibentangkan susulan dikhuatiri mengganggu perbicaraan di mahkamah.
"Kita tahu sekarang kes itu tamat. Peguam negara sudah menarik balik dakwaan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan membebaskannya daripada 2 pertuduhan pecah amanah," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

"Oleh kerana kes itu sudah diselesaikan di mahkamah, kami berharap speaker akan mengedarkan laporan PAC berkenaan NFC dalam sidang Dewan Rakyat, sama ada hari ini atau esok supaya tindakan selanjutnya boleh diambil," kata Pua.

Wartawan Al Jazeera dihalang masuk kerana jejas keselamatan negara, kata Zahid

Wartawan Al Jazeera yang menerbitkan laporan berbentuk penyiasatan mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dihalang daripada memasuki negara ini kerana dianggap Wartawan Al Jazeera yang menerbitkan laporan berbentuk penyiasatan mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dihalang daripada memasuki negara ini kerana dianggap Wartawan Al Jazeera yang menerbitkan laporan berbentuk penyiasatan mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tidak dibenarkan memasuki negara ini kerana tindakannya boleh memudaratkan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata dalam satu jawapan bertulis Parlimen hari ini, tindakan Mary Ann Jolley membuat laporan berkenaan kes berkaitan wanita Mongolia itu juga berupaya menggugat ketenteraman awam.
"Akta Imigresen 1959/63 memberi kuasa kepada ketua pengarah imigresen menyekat kemasukan mana-mana warganegara asing ke Malaysia setelah mempercayai individu berkenaan boleh membawa kemudaratan kepada keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian semalam yang bertanyakan alasan Jolley tidak dibenarkan masuk ke negara ini berdasarkan siaran melalui rancangan 101 East "Murder in Malaysia" pada September lalu yang melibatkan kes pembunuhan Altantuya. Wakil rakyat PKR itu juga bertanya adakah siasatan terhadap salah seorang yang disabitkan bersalah, Sirul Azhar Umar, ditutup sejak beliau melarikan diri ke Australia.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, siasatan ke atas kes yang melibatkan Sirul selesai dan hukuman sudah pun dijatuhkan Mahkamah Persekutuan.

KELICIKAN UMNO & KERAjaan BN !!!


Patutler di bawah pemerintahan Najib, UEM telah ambil alih PLUS..

KENAPA UEM ??? kerana UEM adalah hak milik penuh KHAZANAH & di dlm Board of Directors KHAZANAH pula ada penyangak2 UMNO.. antaranya;

1) Najib Razak - Chairman
2) Nazir Razak - Adik Najib
3) Ahmad Husni Hanadzlah (MP-BN Tambun)
4) Nor Mohamed Yakcop (bekas MP-BN Tasek Gelugor)

TAHUKAH ANDA..!!
Mulai tahun depan 2016 KERAjaan Najib telah memutuskan kenaikan kadar tol bagi keempat2 lebuhraya milik kerajaan (PLUS, ELITE, LINKEDUA & KLBK) telah DITETAPKAN KENAIKAN SEBANYAK 5% SETIAP 3 TAHUN & SETERUSNYA !!!

Bayangkan konsesi PLUS telah dilanjutkan sehingga tahun 2038. Maknanya klu korang dpt hidup sehingga 2038 korang kena tanggung bayar tol KENAIKAN sbyk 21 PERATUS !!!

Pengendali Lebuhraya PLUS berhak untuk menaikan kadar TOL sebanyak 5% setiap 3 tahun..

1) Tempoh konsesi PLUS SEPATUTNYA tamat pada tahun 2018 tetapi DILANJUTKAN LAGI sehingga 2038...

2) Perjanjian kenapa dilanjutkan adalah rahsia dan tak didedahkan kepada umum...

3) PLUS dimiliki oleh KERAJAAN... 2 pemegang saham terbesar adalah KWSP dan Kumpulan UEM..yang dikuasai oleh Khazanah Holding... DI MANA 'Board of Directors' terdiri oleh Najib Razak & adiknya Nazir Razak !!

Jadi. jelas disini.. KERAJAANLAH KAPITALIS BANGSAT.. yang menyusahkan rakyat.. bertopengkan slogan Rakyat didahulukan, Bila kerajaan sendiri memeras hasil rakyat, bermakna HARAM bagi rakyat terus menyokong kerajaan tersebut... dahlah rakyat juga membayar GST yg kononnya akan dipulangkan pada rakyat... sedangkan hasil GST digunakan untuk menampung ketirisan dan kelemahan pengurusan kewangan kerajaan..

Skandal 1MDB: Arul akan beri penjelasan pada mahasiswa

Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) adalah antara isu yang akan dibincangkan pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS)3.0 yang akan berlangsung selama empat hari mulai Khamis ini.
 Pengerusi Biro Pendidikan Umno Malaysia, Senator Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy akan turut serta dalam memberikan penjelasan mengenai isu itu kepada 300 mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang akan menghadiri persidangan berkenaan.
"Empat topik utama akan dibincangkan pada persidangan itu iaitu pendidikan, ekonomi, politik dan agama, selain beberapa taklimat bersama 1MDB dan sesi bersama menteri kabinet," katanya dalam sidang akhbar mengenai persidangan itu semalam.
Ibrahim berkata selain isu semasa, bicara tokoh muda bersama Ketua Pemuda Umnno, Khairy Jamaluddin serta taklimat agropreneur muda oleh Reezal Zahidi akan turut diadakan.
Persidangan kali ini yang bertemakan ‘Mahasiswa Arkitek Masa Hadapan’, akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan akan ditutup oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad ini.
Sempena persidangan itu, konsert Sarjana Pesona Bintang yang akan disertai 20 institusi pengajian tinggi dari seluruh negara akan turut diadakan pada Jumaat ini di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, katanya.
Ibrahim berkata konsert itu yang bertujuan menonjolkan bakat mahasiswa, bukan saja dalam bidang profesional malah dalam bidang seni persembahan, akan turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
- Bernama

Kalau tidak malu buatlah

A Shukur Harun


Sebuah hadis Nabi Muhamad yang sangat mengesankan, yang sentiasa saya ingat:
“Kalau tidak malu, buatlah!”
Menurut mufassirin – pengkaji dan pentafsir hadis – hadis ini sangat powerful, diucapkan Nabi Muhammad dengan nada yang sangat tegas lebih sekadar ingatan, tetapi 1 amaran keras.

Untuk mengingatkan umatnya, mereka hendaklah memiliki rasa malu, menjaga maruah dan amanah, kerana malu itu ialah ciri amanah. Jika tidak ada rasa malu, maka tidak ada amanah dan tidak ada maruah. Malah, malu itu sendiri adalah ciri iman. Tanpa malu, bermakna tidak ada iman.
Nabi Muhammad mengucapkan “kalau kamu tak malu, buatlah” ini kira-kira 1,400 tahun lalu, tetapi tetap segar di kalangan umatnya yang memegang teguh akan sistem nilai dan moral Islam, maka mereka akan selamat.
Ketika mengingat semua ini, saya terkesan pula akan sebuah dialog yang sangat menarik dalam drama “Hamlet” karya pujangga Inggeris, William Shakespeare yang dituturkan Hamlet, watak utama drama tersebut, kepada rajanya. Dialog itu berbunyi:
“Tuanku, jika tuanku kehilangan harta, sebenarnya Tuanku tidak kehilangan apa-apa. Jika Tuanku sakit, sebenarnya Tuanku hanya kehilangan separuh saja daripada apa yang Tuanku miliki, tetapi jika Tuanku hilang nama baik, bermakna Tuanku hilang segalanya.”
Raja Inggeris itu memegang bahu Hamlet dan mengucapkan terima kasih.
Dialog emas ini selalu saya ingat terutama pada masa ini ketika suhu dunia politik begitu memuncak, ketika anggota masyarakat banyak memperkatakan bagaimana begitu ramai orang besar terlibat dalam politik dan hal kemasyarakatan hilang rasa malu, hilang nama baik atas pelbagai sebab.
Ada yang terjebak dalam kes tidak amanah, salahguna kuasa, penyelewengan, melakukan pembaziran yang semuanya meruntuhkan nama baik golongan yang melakukannya malah merosakkan masyarakat.
Ini menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan, memandang rendah, kecewa, hampa, marah dan pelbagai reaksi lagi terhadap golongan yang melakukan ini.
Malangnya, golongan yang tidak ada rasa malu ini tidak berusaha untuk memelihara nama baik mereka, tidak merasakan apa-apa, jauh sekali rasa malu, malah seolah bersedia melakukannya lagi.
Inilah menyebabkan, saat ini, saya merenung kembali akan hadis Nabi Muhammad yang sangat mengesankan itu.
Sementara itu dialog dalam drama William Shakespeare juga menampilkan akan pentingnya menjaga nama baik, kerana tanpa menjaga nama baik, seseorang itu hilang segalanya, biarpun setinggi mana kedudukan dan pengaruhnya.
Saya memetik tulisan Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengenai hal ini. Tulisnya:
“Saya tertarik dengan kata-kata Sayyid Qutb- sebelum dihukum gantung sampai mati- dalam suratnya kepada adik perempuannya, Aminah Qutb. Surat itu kemudian dijadikan risalah kecil yang dinamakan Afrah al-Ruh.
Kata Aminah Qutb: “Semasa usia saya 20-an saya pernah bermimpi berbicara dengan Sayyid Qutb dalam keadaan saya sedang membaca surat tersebut. Antara yang beliau sebut dalam suratnya: “Apabila kita mencari sudut baik dalam jiwa manusia kita akan dapati di sana kebaikan yang banyak yang barangkali mata kita tidak dapat melihatnya pada awal pandangan”
Beliau menyebut lagi: “Sesungguhnya kejahatan itu bukanlah sesuatu yang mendalam di jiwa insani sehingga ke peringkat yang kita bayangkan kadang-kala. Ia hanyalah kulit keras luaran yang diguna manusia untuk menghadapi kehidupan demi untuk bertahan.
Apabila mereka beriman maka tersingkaplah kulit keras luaran itu, zahirlah buah manis yang menyelerakan. Buah manis ini hanya tersingkap kepada sesiapa yang mampu menjadikan manusia merasa aman di sisinya, dengan keyakinan terhadap kasihnya, dengan simpati yang hakiki atas masalah, kesakitan, kesilapan dan kebodohan mereka, dengan sedikit berlapang dada pada peringkat awal untuk menjamin merealisasikan itu semua. Ia lebih pantas daripada sangkaan kebanyakan orang.”
Maka, ingatan Nabi Muhammad- “Jika kamu tidak malu, buatlah” – seperti saya katakan tadi, adalah pesan yang mesti dipelihara umat Islam khususnya dan masyarakat umumnya jika mereka masih memikirkan maruah dan harga diri.
Berapa banyak diktator, pemimpin dan pembesar negara dalam sejarah tersungkur jatuh kerana membolot kekayaan yang entah mana datangnya, menyalahgunakan kuasa dan perbuatan keji yang lain.

Who cares where Muhyiddin is seated?

What the people want to know is whether he'll be able to speak during the Umno general assembly.
muhyiddin
Muhyiddin Yassin just cannot catch a break these days. The former Deputy Prime Minister and Umno strongman is a shell of his former eminent self. His seeming reluctance to grasp the brass ring as Mahathir Mohamad’s champion has made his late re-entry into the game something of a footnote.
While he still commands respect and loyalty from some grassroots leaders in his party, Muhyiddin is effectively powerless even though he retains his position as Umno Deputy President. We’ve been told that he’ll be allowed to sit beside the President, Najib Razak, as if that still matters. Indeed, the way things are going, even that can change in a day or two. Anything can happen between now and the day the assembly opens.
With the possibility of his sacking looming, Muhyiddin recently returned to his constituency of Pagoh to ask his constituents if they would still vote for him as an independent election candidate. Given the pride with which Johoreans regard Muhyiddin’s struggle for party and race, it is safe to assume that some, if not most, will follow him, but the idea of a Malay-majority Johor seat going to someone outside Umno is something the party still finds hard to grapple with.
Whether or not Muhyiddin retains his seat – as an Umno or independent candidate – is a question that can be answered only when the general election comes around. The more important question now pertains to the general assembly. Will Muhyiddin be allowed to address his party as Deputy President or even as a normal member of Umno, regardless of where he will be seated?
After being denied the traditional privilege of delivering the address at the joint opening of the Puteri, Youth, and Wanita Umno assemblies, Muhyiddin essentially has no role in the proceedings. And his absence from recent Umno Supreme Council meetings is a sign that the party will place a full stop to any attempt at stabbing Najib Razak in the back or front. After all, if you’re not with Najib, you’re against the party.

Sokong Anwar bukan sebab sudah insaf, kata Khairuddin

Beliau mahu menyatukan pemimpin Melayu yang semakin berpecah dan membangunkan negara yang kini di ambang kehancuran.
khairudin
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyokong supaya bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara bukan disebabkan sudah insaf atau disebabkan rasa bersalah.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu berkata, beliau mahu Anwar dibebaskan kerana ingin menyatupadukan pemimpin-peminpin Melayu yang dilihat semakin berpecah.
Selain itu, beliau mahu membangunkan semula negara yang dilihat di ambang kehancuran.
“Atas dasar inilah saya kata menyokong mana-mana usaha untuk membebaskan Anwar dari Penjara Sungai Buloh.
“Ia tiada kaitan dengan perasaan rasa bersalah ataupun insaf. Ini bukan isunya,” tulisnya di laman Facebook.
Beliau berkata demikian menafikan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa Khairuddin mungkin sudah insaf apabila menggesa kerajaan membebaskan Anwar dari penjara.
Mengulas lanjut, Khairuddin juga berkata, sudah masanya untuk semua pemimpin-pemimpin Melayu bersatu padu dan mengenepikan agenda bagi kepentingan politik masing-masing.
Beliau juga mahu cara pentadbiran negara yang progresif serta berdaya maju seperti ketika zaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah negara selama 22 tahun diwujudkan semula.
“Kita tidak harus toleh ke belakang tetapi kena pandang jauh ke hadapan untuk menyelamatkan negara ini dari terus terhumban ke lembah kehancuran.
“Bersatu hati secara jujur dan bertanggungjawab untuk kita sama-sama singkirkan semua pemimpin-pemimpin yang korup dan tidak amanah. Rasuah dan penyelewengan mesti dibanteras hingga ke akar umbi.
“Perpaduan ummah akan menguatkan semula kita secara bersama tanpa kira apa bangsa ataupun agama kita,” tegasnya.

Persoalan Ekstrimisme Dan Budaya ‘Takfiri’

MUQADDIMAH

Baru-baru ini YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah mengeluarkan kenyataan bersama YB Dato Raja Kamarul Bahrin berhubung masalah ekstrimisme. Dalam kenyataan tersebut Mujahid dan Raja Bahrin telah berusaha menjelaskan bahawa antara punca utama ekstrimisme adalah sikap ‘hanya kami betul, yang lain sesat’. Ini seterusnya membawa kepada budaya ‘takfiri’ ia itu menghukum dengan menyatakan kumpulan atau orang ini terkeluar dari Islam. Hasil dari itu maka akan menular sikap dan tindakan ekstrim sehingga menghalalkan penumpahan darah dan mungkin membawa kepada pembunuhan terhadap golongan yang berbeza pandangan.

Kenyataan mereka ini dispin sehingga ditokok tambah dengan apa yang tidak dinyatakan beliau. Tujuan di sebalik usaha spin ini ialah supaya isu yang ditimbulkan mereka berdua ditenggelamkan dan apa yang tidak dinyatakan sebaliknya menjadi isu perbahasan.

Saya ingin membawa balik perbincangan kepada apa yang telah dinyatakan Dr. Mujahid dan Raja Bahrin, dan bukan tokok tambah yang dibuat pihak lain. Pihak lain ini telah mensasarkan Dr. Mujahid dan oleh itu tulisan saya seterusnya menyebut Dr. Mujahid sahaja.

KESINAMBUNGAN USAHA ALMARHUM TG YUSUF RAWA

Saya melihat kenyataan Dr. Mujahid sebagai satu usaha untuk menghalang timbulnya kembali budaya takfiri yang pernah satu ketika dahulu menghantui gerakan Islam di Malaysia. Oleh itu usaha beliau bukan sebagai satu usaha memperlekehkan Almarhum ayahnya sendiri, seperti yang didakwa melalui media sosial; tetapi sebaliknya mempunyai kesinambungan terhadap usaha Almarhum.

Budaya ‘takfiri’ ini merupakan budaya yang telah mula bertapak di kalangan masyarakat Melayu satu ketika dahulu sehingga membawa bermacam-macam masalah dan angkara. Budaya ini telah dapat dikekang dan ditangani pengaruhnya hasil usaha gigih pimpinan PAS yang muncul bersama ‘kepimpinan Ulama’ pada tahun 1982.

Kumpulan ulama’ yang menerajui kepimpinan baru ini pada ketika itu terdiri dari Almarhum TG Yusuf Rawa, Almarhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor, Almarhum Ust Hassan Shukri, Almarhum Ust Yahya Othman, Ust Abdul Hadi Awang, Ust Nakhaie Ahmad dan ramai lagi. Mereka telah berjaya memperjelaskan usaha sebenar perjuangan Islam sebagai satu usaha memberi penerangan berhubung Islam sambil menyeru manusia kepadanya. Ia bukan usaha untuk menghukum manusia sebagai kafir, munafik, fasik atau sebagainya. Antara ungkapan yang dimasyhurkan pada ketika itu adalah “Duat laa Qhuda” atau “(kami) Duat bukan Qadhi”. Duat adalah plural kepada Da’i atau pendakwah.

Turut juga dipopularkan konsep “Muwajjahah Silmiyah” atau “berhadapan (dengan masyarakat) secara damai”. Adunan dua konsep ini, iaitu ‘Duat Laa Qhuda’ dan ‘Muwajjahah Silmiyah’ adalah antara rahsia kejayaan PAS meletakkan dirinya di arus politik perdana mulai tahun akhir 80an. Ia adalah juga rahsia kejayaan PAS membendung munculnya ekstrimisme dalam PAS sendiri.

KESAN PENOLAKAN PENDEKATAN ‘TAKFIRI’

Melalui penolakan pendekatan takfiri ini dan kepimpinan yang jelas fikrah mereka serta berhikmah, maka budaya takfiri dapat dibendung PAS dari terus menguasai gerakan Islam di Malaysia. Bagi PAS, ini telah membuka jalan kepada pendekatan yang lebih inklusif, saling berkerjasama antara kumpulan gerakan Islam dan parti politik pembangkang lain. Malahan, kerjasama dengan golongan bukan Islam juga dimulakan dengan adanya engagement atau perhubungan dengan persatuan pendidik dan guru-guru Sekolah Cina serta aktivis masyarakat berbangsa Cina yang lain sehingga terbentuknya Chinese Consultative Council (CCC). Ini semua berlaku dengan pesatnya pada pertengahan 80an.

Penolakan pendekatan menghukum dan takfiri ini juga telah memungkinkan usaha bersama Semangat 46 melalui Angkatan Perpaduan Ummah (1990), Reformasi melalui Gerak (1998), Barisan Alternatif (1999) dan seterusnya Pakatan Rakyat (2008 - 2015).

Oleh itu usaha untuk menghalang timbulnya kembali budaya menghukum dan takfiri seharusnya dialu-alukan dan tidak dibantah melalui penyebaran maklumat yang keliru dan mengelirukan.

SPIN DAN SERANGAN PERIBADI TERHADAP DR. MUJAHID

Malangnya kenyataan Dr. Mujahaid dispin sehingga dikatakan ianya kutukan terhadap usaha ayahnya sendiri. Ditambah lagi bahawa ianya kutukan terhadap golongan Syuhada’ Memali. Ditambah lagi bahawa kononnya ia mengaitkan PAS dengan Al-Maaunah dan sebagainya!

Sedangkan kenyataan beliau langsung tidak menyentuh peristiwa-peristiwa tersebut! Dan sikap Dr. Mujahid terhadap syuhada’ Memali adalah sepertimana sikap Almarhum ayahnya, bahawa mereka adalah mangsa politik rakus UMNO/BN dan mereka telah gugur sebagai syuhada’. Mereka dibunuh dalam keadaan diserang dan bukan menyerang, terus berada dalam rumah mempertahankan diri dan hak mereka.