Jumaat, 27 November 2015

Edra sale a bid to clean up the books?

Amanah's Dzulkefly demands an answer from the PM's Department.
dzulkefly-ahmad_1mdb_edra-energy_600
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara Strategy Director Dzulkefly Ahmad has demanded an assurance from the government that the sale of 1MDB’s 13 power assets was not an attempt to “clean up the books” and to let off those responsible for the state-owned company’s losses when it acquired those assets.
Speaking to FMT, he said the government had yet to answer the question of whether the accounting involved in the recent sale would be done in such a way as to write off the losses.
Addressing Minister in the Prime Minister’s Department Mah Siew Keong, he said, “Would the minister be able to promise the rakyat that the wrongdoings of all the perpetrators will not be forgotten when the accounting is made?”
Dzulkefly congratulated Mah for his prompt response to a question he had posed earlier on whether the government had promised nuclear power projects to China General Nuclear Power Corp (CGN) with its takeover of 1MDB’s Edra Global Energy Bhd.
Mah’s response was that the RM9.83 billion deal signed by 1MDB and CGN had nothing to do with any nuclear power project in Malaysia.
“But only time will tell,” Dzulkefly said.
“While I commend his immediate response to my inquiry, the test of the pudding is in the eating. So let’s wait and see. The rakyat will be more than willing to give the government a big applause if that is truly the case.”
He also commented on 1MDB’s statement about the Edra sale being a “vote of confidence” in the Malaysian economy. He said 1MDB had no reason to be so “elated” because it should remember that it failed to list Edra on the stock exchange.

Peguam menantu Najib buat laporan polis terhadap Sakmongkol

peguam
Peguam bela, Noorhajran Mohd Noor berkata kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
KUALA LUMPUR, 27 November:
Peguam kepada menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Daniyar Kesikbayev membuat laporan polis berhubung artikel yang ditulis Ahli Parlimen DAP-Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri di blognya, Sakmongkol AK47, yang dianggap mempunyai dakwaan tidak benar, berniat jahat dan tidak berasas.
Peguam bela, Noorhajran Mohd Noor berkata, firma guamannya telah diarahkan oleh anak guamnya, Daniyar untuk membuat laporan polis terhadap Ariff Sabri yang menulis artikel bertajuk ‘Faulty Reward System and Changeable Goverments’ pada 24 November lalu.
“Kandungan blog ini telah mengatakan bahawa satu projek besar tanpa melalui proses tender telah diberikan kepada Daniyar melibatkan projek ubah suai pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) wakil Malaysia di New York.
“Penulis blog tersebut mendakwa bahawa ia diberikan dengan memakai konsep perniagaan pemaju di Malaysia bakal membawa pulangan sebanyak 80 peratus kepada Daniyar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Katanya, artikel itu menyebut pada September lalu semasa Perdana Menteri berada di New York ‘the deal was inked’ telah membawa maksud kontrak ini telah dimeteraikan.
Mengulas lanjut, pada hari yang sama sebuah portal, Malaysia Chronicle didakwa telah memuat naik artikel bertajuk ‘Son-in Law Daniyar To Be New Jho Low: Disquiet Over Contract To Renovate Govt’s Office in New York’ di mana nama bekas ahli Umno itu serta pautan blognya tertera dipermulaan artikel tersebut, yang mengesahkan punca asal beritanya.

Sabah ‘dilihat’ miskin gamatkan perbahasan AMK

KONGRES PKR 2015 - 1PETALING JAYA, 27 NOV: Suasana perbahasan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) gamat seketika apabila perwakilan Sabah, Fandi Abdullah tampil dengan ucapan bersemangat membidas Barisan Nasional (BN) hingga menjadi punca negeri dibawah bayu itu ‘dilihat’ miskin.
Beliau mendakwa, kemiskinan dihadapi rakyat Sabah ekoran kegagalan sistem pemerintahan BN yang hanya mengutamakan kroni.
“Sabah tidak miskin tapi dimiskinkan dengan satu sistem dimana UMNO-BN mementingkan kaum kerabat.
“Kami tidak mahu UMNO di Sabah Tunggu PRU-14 ini janji anak muda Sabah, kami akan gembleng tenaga untuk hapuskan mereka,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh pemerhati.
Katanya, puluhan tahun BN di Sabah menyaksikan jurang kemiskinan di semakin lebar dan meningkat.
“Pemimpin UMNO tidak turun kelapangan. Apa sebenarnya keperluan Sabah? Mereka tahu hanya jaga kepentingan kroni di Sabah,” katanya.

Selangor sedia jadi perintis program Caruman Wanita

WANITA SELANGORPETALING JAYA, 27 NOV : Selangor bersedia menjadi perintis bagi pelaksanaan program Caruman Wanita untuk mengiktiraf penglibatan golongan terbabit di negeri termaju itu.
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Dr Daroyah Alwi, berkata ia selaras dengan konsep kebajikan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk manfaat wanita keseluruhannya.
“Kita bersedia membuat percubaan atau permulaan di Selangor dan apabila berjaya, maka ia boleh dilaksanakan di negeri lain sebaik memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Kita akan laksanakan perkara terbaik untuk wanita demi kelestarian sejagat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada penggulungan Kongres Nasional Wanita KEADILAN di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.
HIJRAH SELANGORPada masa sama, katanya program HIJRAH Selangor yang memberi skim mikrokredit perniagaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat didominasi golongan wanita.
Sebelum ini, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mencadangkan program Caruman Wanita Malaysia dilaksanakan khusus untuk membantu suri rumah.
Progran caruman sebanyak RM50 sebulan itu disasarkan kepada mereka berpendapatan kurang RM1,500 bagi melindungi wanita jika ditimpa musibah.

Kevin Morais serah sebahagian harta kepada gereja

Dua adiknya turut dinamakan penerima harta dan harta itu termasuk hartanah di London.
morais-brothersPETALING JAYA: Mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Morais menamakan Gereja Our Lady of Lourdes di Ipoh, Perak dan dua adiknya sebagai pewaris harta.
Datuk Richard Dilaan Morais, adik kepada Kevin Morais mengesahkan perkara itu selepas menerima salinan wasiat daripada seorang peguam dari firma guaman di Ipoh.
Salinan yang sama juga dihantar ke gereja tersebut.
Memetik laporan sebuah portal, seorang lagi pewaris yang dinamakan ialah David Morais.
“Prosedur wasiat akan melalui proses yang sewajarnya. Harta yang disebutkan dalam wasiat termasuk hartanah di London.
“Gereja di Jalam Silibin pula adalah gereja di mana kami membesar di Ipoh dan juga dinamakan sebagai penerima harta,” ujar Richard.
Richard juga mengesahkan bahawa mayat Kevin telah dibakar pada hari Isnin lalu selepas dituntut dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur.
“Abu mayat masih disimpan sementara menunggu pengebumian yang akan diadakan di Gereja Our Lady of Lourdes kelak,” katanya.
Ditanya tentang dakwaan adiknya, Charles, beliau menggesa pihak polis menyiasat segera perkara itu.

Rakyat keutamaan, atasi agenda peribadi - Wanita PKR

ZURAIDAH KONGRES
PETALING JAYA, 27 NOV : Parti pembangkang perlu meletakkan rakyat sebagai keutamaan mengatasi agenda peribadi untuk menyelamatkan negara daripada Barisan Nasional (BN).
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, berkata tindakan saling mencabar antara satu sama lain hanya menzahirkan sikap kebudak-budakan dalam suasana politik yang kian rapuh.
“Dalam proses membina dan menerajui pakatan pembangkang, Wanita KEADILAN berharap semua parti belajar dan mengimbas semula perjuangan kita untuk mencapai sepakat melalui kematangan politik.
“Misi bersatu memenangi Putrajaya lebih penting, oleh itu kita harus menjaga batas dalam berkomunikasi dan terbuka melalui perbincangan aktif bagi merealisasikan perlawanan satu lawan satu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Konvensyen Nasional di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.
Zuraida turut mengingatkan perjuangan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhempas pulas menyatukan pembangkang dalam satu gagasan.
“Walaupun jasadnya dipenjarakan, namun idealismenya harus terus menjalar dan meresapi setiap sanubari rakyat supaya tiada lagi penindasan berlaku ekoran kecetekan ilmu dalam politik,” katanya.
Kongres kali ke-11 itu adalah bagi memilih perwakilan di samping berbahas berkenaan pelbagai isu semasa dan parti.

Tangkap abang saya di bawah Sosma, kata Richard

 Sambil melabelkan abangnya sebagai "penjenayah negara", Datuk Richard Morais yang berang mahu Charles Suresh Morais yang membuat akuan sumpah berkanun (SD) Rabu lalu, ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).
Beliau juga melahirkan kejutan bahawa polis masih belum bertindak dan menggesa mereka untuk menjejaki abangnya itu dan mencadangkan perintah ekstradisi jika abangnya itu telah kembali ke Amerika Syarikat, di mana beliau menetap sejak tahun 1984.
"Saya percaya... dan awak boleh petik saya, jika dia telah melarikan diri, Datuk (Richard) akan bercakap kepada perdana menteri untuk mengekstradisinya.
"Saya akan gunakan kenalan saya untuk mengekstradisi dia pulang ke negara ini... Dia masih seorang rakyat Malaysia," katanya.
Richard juga merancang untuk membuat laporan polis terhadap abangnya, seorang pemilik hotel yang berpangkalan di Altanta, esok.
Wasiat Kevin
Beliau juga mendedahkan alasannya menuntut mayat abang mereka, timbalan pendakwa raya kanan Kevin Anthony Morais yang mati dibunuh untuk upacara pembakaean sedangkan ada yang menuntut agar bedah siasat kedua dijalankan.
"Saya tidak boleh biarkan lebih lama, jasadnya dibiarkan di sana (di rumah mayat) selama 70 hari kerana dia (Charles).
"Ini adalah memalukan bagi membiarkan jasad Kevin sekian lama hanya berdasarkan pertimbangan awak (Charles). Awak tidak memiliki Kevin. Kita semua tidak memiliki Kevin. Dia sudah mati, kita patut bakarnya lama lalu," katanya.
Berhubung dakwaan Charles dalam SD itu, Richard menolaknya bukan kerana kaitannya dengan orang-orang seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tetapi hakikatnya bahawa dakwaan itu tidak benar.
Ditanya mengenai motif di sebalik keputusan Charles membuat SD itu, Richard tidak menolak kemungkinan kerana insentif wang yang terlibat.
"Saya rasa orang ini sudah dibayar. Dia sepatutnya saya kerana mengambil jasad itu, mengapa buat semua ini dan rosakkan reputasi Kevin? " soalnya.

Pemuda PKR lulus usul bebaskan anak muda belenggu kos sara hidup

Perwakilan PKR Kelantan, Mohd Khairul Amin berkata, kerajaan memeras rakyat, RM19 sehari melalui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta pemotongan subsidi pelbagai barangan keperluan rakyat. Beliau berkata demikian ketika mencadangkan usul pada Kongres Nasional Pemuda PKR ke-11, di Dewan Sivik MBPJ, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 27 November, 2015. 
Perwakilan PKR Kelantan, Mohd Khairul Amin berkata, kerajaan memeras rakyat, RM19 sehari melalui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta pemotongan subsidi pelbagai barangan keperluan rakyat. Beliau berkata demikian ketika mencadangkan usul pada Kongres Nasional Pemuda PKR ke-11, di Dewan Sivik MBPJ, hari ini.

Usul membebaskan anak muda daripada cengkaman dan beban kos sara hidup melanda negara adalah antara 5 usul diluluskan pada Kongres Nasional Pemuda PKR ke-11, hari ini. Usul itu dicadangkan perwakilan Kelantan, Mohd Khairul Amin dan dibahaskan Mohd Hairul Amin dari Perak.
Khairul berkata, kerajaan memeras rakyat, RM19 sehari melalui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta pemotongan subsidi pelbagai barangan keperluan rakyat.

"Pada masa sama kos barang meningkat naik. Harga petrol tidak menentu, kadar tol naik dan dilaporkan akan naik lagi tahun depan. "Semua ketidaktentuan ekonomi ini beri kesan terus kepada rakyat," katanya ketika membawakan usul itu.
Katanya, menyedari perkara itu, Pemuda PKR berpendapat kerajaan perlu mengambil tindakan bersifat "down to earth" untuk memastikan rakyat diselamatkan daripada terus terhimpit dengan kos hidup membebankan.
Sementara itu, 4 lagi usul diluluskan tanpa sebarang bantahan.
Usul membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan tanpa dibahaskan.
"Pelbagai usaha direkayasa Umno-Barisan Nasional (BN) untuk memusnahkan politik Anwar. Hakikatnya rakyat celik mengenai fitnah ini," kata Perwakilan Pemuda PKR Pahang Mohd Mustaqim.
Selain itu, Pemuda PKR meluluskan usul menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan yang dicadangkan Sallehudin Kiddin, perwakilan Hulu Langat.

Dua lagi usul diluluskan ialah memperkukuh pakatan pembangkang serta bersolidariti dengan perjuangan rakyat Sabah dan Sarawak.

JDT keluar dokumentari sejarah bola Johor

'Kami terbakar, Najib terbakar sama'

Gopeng Umno Wanita hit by spate of resignations

Ramai Penjawat Awam Putrajaya Nak Lari ke Selangor

Artikel di blog, menantu Najib cabar MP DAP kemuka bukti

Nurul Izzah: Harap Isu Bergambar Dengan Jacel Kiram Selesai

Nurul Izzah: Probe over Sulu princess only at initial stage

Kepimpinan UMNO tersesat – A. Kadir Jasin

Mereka telah mengabaikan tugas apabila membenarkan parti diperkudakan oleh Perdana Menteri dan konco-konconya
kadir-jasin
PETALING JAYA: Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa, kepimpinan UMNO telah tersesat apabila menjadikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) seolah-olah mesyuarat Kabinet.
Katanya, perkara itu berlaku apabila mereka gagal membezakan antara parti dan kerajaan.
Malah, perkara sama yang turut berlaku apabila mereka juga tidak dapat membezakan antara Presiden UMNO dengan Perdana Menteri.
“Akibatnya mereka mengkhianati amanah dan mengetepikan asas serta dasar perjuangan parti dan hukum-hakamnya,” katanya menerusi blog kadirjasin.blogspot.my.
A. Kadir yang merupakan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Bhd mendakwa, kepimpinan UMNO telah mengabaikan tugas dan hak istimewa parti itu sebagai sebuah parti yang berkuasa dengan membenarkan ia diperkudakan oleh kerajaan khususnya Perdana Menteri dan konco-konconya.
“Mereka lupa bahawa UMNO mendahului kerajaan. Sebelum ada kerajaan, UMNO sudah ada. Kerajaan laku selama lima tahun sahaja, tetapi, UMNO laku sepanjang masa selagi mendapat sokongan orang Melayu,” ujarnya.
Tambah beliau, apa yang berlaku itu jelas menunjukkan bahawa Ahli Majlis tertinggi, Pengerusi-pengerusi Perhubungan Negeri, ketua-ketua dan Ahli Jawatankuasa Bahagian mempunyai pemikiran yang dangkal kerana membenarkan semua itu berlaku.
Katanya, mereka akan menyalak dengan membuat pendedahan sekiranya tersepit dan membuat cerita serta helah kononnya apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan UMNO.

Demokrasi dalam Umno sudah berkubur, kata Hamidah

Demokrasi dalam Umno sudah terkubur, kata Hamidah
IPOH - "Demokrasi dalam parti telah berkubur", demikian kata bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Othman berhubung pemecatannya yang diputuskan Majlis Tertinggi Umno, Selasa lalu.
Menurut beliau, meskipun menerima perkara itu dengan hati terbuka namun dirinya kesal kerana pemecatan terbabit dilakukan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Prosedur yang sebenarnya adalah setelah ada pertuduhan maka saya akan diberi surat tunjuk sebab dan selepas itu akan dibawa mengadap lembaga disiplin parti.
"Dan di situlah (Lembaga Disiplin parti) apa sahaja pertuduhan patut dibincangkan namun itu tidak dibuat (prosedur), tiba-tiba saya dipecat," katanya.
[Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Hotel Impiana, di sini, hari ini.
Terdahulu, lima pemimpin Wanita Umno Bahagian Gopeng yang diketuai Timbalan Ketua Wanita, Bendahari, Setiausaha, Ketua Penerangan dan AJK meletak jawatan daripada Umno selepas kecewa dengan pemecatan Hamidah. 
Mengulas lanjut, Hamidah berkata, sehingga kini beliau masih tidak menerima surat pemecatan daripada Umno dan hanya mengetahui tentang perkara itu melalui media.
"Belum dapat kecuali bulan Mei lepas, itu pun surat tunjuk sebab selepas ada pihak menuduh saya sebagai penganjur kepada Diskusi Bicara Negara dimana Tun Mahahthir adalah penceramahnya," katanya.
Beliau berkata, dirinya tidak menolak pemecatannya itu merupakan salah satu usaha untuk menutup mulut ahli Umno yang lantang mengkritik.

Saya mangsa balas dendam UMNO – Hamidah Osman

Beliau mendakwa dijadikan 'kambing hitam' kerana UMNO tidak berani mengambil tindakan kepada pemimpin lelaki yang lebih lantang mengkritik.
hamidah-umno
IPOH: Datuk Hamidah Osman yang tidak puas hati sebab dipecat mendakwa, beliau menjadi mangsa balas dendam pucuk pimpinan UMNO kepada beberapa pemimpin lelaki yang lantang mengkritik parti itu.
Katanya, pucuk pimpinan UMNO tidak berani mengambil sebarang tindakan kepada pemimpin-pemimpin lelaki itu dan menjadikan beliau sebagai ‘kambing hitam’.
Katanya, beliau dipilih menjadi mangsa hanya kerana seorang ahli UMNO Wanita yang dianggap lemah.
“Saya yakin dijadikan kambing hitam. Mungkin kerana ‘tidak dapat tanduk, telinga yang dipulas’. Cuma mungkin mereka melihat saya sebagai seorang wanita,” katanya dalam sidang media di Hotel Impiana pada petang Jumaat.
Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng itu mengingatkan agar pimpinan parti tidak terus menekan dan menghalang Wanita daripada bersuara.
“Tetapi saya hendak ingatkan. Jangan tekan sangat, kalau tekan sangat akan melantun,” katanya.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad sering mengkritik parti dan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Nurul Izzah hormati keputusan Sabah, berusaha bersihkan namanya

Nurul Izzah Anwar menghormati keputusan Sabah untuk menghalangnya memasuki negeri itu selepas gambar bersama Jacel Kiram dikritik ramai. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 27 November, 2015. 
Nurul Izzah Anwar menghormati keputusan Sabah untuk menghalangnya memasuki negeri itu selepas gambar bersama Jacel Kiram dikritik ramai. 

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini berkata, beliau menghormati keputusan Dewan Undangan Negeri Sabah menghalangnya daripada memasuki negeri itu, tetapi menegaskan dirinya bukan seorang pengkhianat negara. Pada masa sama, beliau berkata keputusan itu juga mennyebabkannya berasa amat kecewa dan sedih kerana sudah memohon maaf setelah mengguris perasaan rakyat Sabah berhubung gambarnya dengan Jacel Kiram, anak perempuan pengganas Sulu Sultan Jamalul Kiram III yang dimuat naik di Facebook.
"Apa pun mungkin, saya menghormati keputusan Dewan Undangan Negeri Sabah walaupun ia benar-benar menyakitkan saya, saya suka negeri itu.

"Apa pun yang berkenaan, saya akan berusaha sedaya upaya untuk untuk membersihkan nama saya susulan terdapat tuduhan tidak berasas yang dibuat. "Sudah tentu, tidak ada asas kepada dakwaan pengkhianatan. Saya sudah memfailkan saman semalam, saya bukan pengkhianat kepada Malaysia, saya sayangkan negara saya dan saya menyatakan yang akan mempertahankan kedaulatan Sabah, sebagai sebahagian daripada Persekutuan," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur sebelum memberi keterangan mengenai perkara itu.

Hamidah beri amaran kepada Najib ‘jangan bakar negara’

Beliau tidak akan merayu keputusan itu sebaliknya akan meminta penjelasan parti sebab dipecat.
Hamidah-Osman_najib_umno_600
IPOH: Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman memberi amaran kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang dipecat kerana didakwa melanggar disiplin parti, meminta Najib yang juga Perdana Menteri supaya tidak terus membakar negara jika tidak mahu diri sendiri terbakar.
“Jangan bakar negara, kalau kami terbakar, dia (Najib) juga akan ikut terbakar,” katanya dalam sidang media di Hotel Impiana di sini pada Jumaat.
Hamidah berkata, walaupun menerima keputusan parti tetapi dia masih kabur sebab dipecat.
“Sehingga hari ini saya masih belum mendapat apa-apa surat. Hanya tahu melalui berita di televisyen. Saya masih kabur mengapa saya dipecat,” ujarnya.
Beliau yang mengenakan berbaju kurung berwarna merah-warna rasmi bagi wanita UMNO- bertegas tidak akan merayu kepada pucuk pimpinan sebaliknya akan menghantar surat memohon penjelasan sebab sebenar beliau dipecat.
Hamidah berkata, beliau memang menerima surat minta penjelasan berhubung Program Bicara Negara yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mei lalu.
“Saya telah menjawab. Hakikatnya saya bukan penganjur. Saya telah menjawab kepada Setiausaha Agung.
“Sepatutnya saya diberi surat tunjuk sebab dan perlu menghadap Lembaga Disiplin. Segala pertuduhan perlu dibincangkan,” katanya.
Hamidah sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Wanita Umno dan Exco Kerajaan Negeri Perak.

Pengumuman calon pilihan raya cuma tindakan nakal, kata Mat Sabu

Parti Amanah Negara (Amanah) belum membuat sebarang perbincangan mengenai pilihan raya dan kedudukan calonnya, kata presidennya, Mohamad Sabu, dalam satu temu bual khas, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zulkifli Sulong, 27 November, 2015.Parti Amanah Negara (Amanah) belum membuat sebarang perbincangan mengenai pilihan raya dan kedudukan calonnya, kata presidennya, Mohamad Sabu, dalam satu temu bual khas, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zulkifli Sulong, 27 November, 2015.
Parti Amanah Negara (Amanah) belum membuat sebarang perbincangan mengenai pilihan raya dan kedudukan calonnya, kata Mohamad Sabu. Presiden Amanah itu berkata, sebarang pengumuman mengenai kerusi yang hendak ditandingi dan calon parti itu dianggap bukan pendirian rasmi mereka.
"Kalau ada pengumuman calon mana-mana pemimpin parti, ia bukan keputusan rasmi parti lagi dan sesetengahnya boleh dianggap sebagai pengumuman nakal saja," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Dalam wawancara khasnya bersama The Malaysian Insider, Mohamad berkata sehingga kini Amanah memberikan fokus kepada pembentukan parti di peringkat pusat, negeri, kawasan Parlimen dan cawangan serta pendaftaran ahli parti. "Kita juga menumpukan kepada kerja memperkenalkan Amanah, mencarikan pejabat dan belum lagi bincang hal pilihan raya," katanya.
Beliau mengulas beberapa berita yang timbul kononnya parti ditubuhkan 3 bulan lalu itu sudah memutuskan calonnya termasuk di Parlimen Gombak yang diwakili timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Nurul: ‘Mengapa saya di halang ke Sabah?’

nurul izzah
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bersama peguamnya, R.Sivarasa tiba sebelum masuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang menghalang dirinya dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki negeri itu.
Menurutnya, selepas gambar beliau bersama Jacel Kiram tersebar, jelas ianya menimbulkan kemarahan rakyat terutamanya Sabah dan keluarga mangsa yang terkorban di Lahad Datu.
“Saya minta maaf dan kesal tetapi perkara ini sudah dijelaskan program tersebut adalah terbuka yang dianjurkan Institut Demokrasi di Asia, Pejabat Timbalan Presiden Filipina dan Datuk Bandar Filipina,” katanya ketika ditemui media di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama peguamnya, R.Sivarasa kira-kira 3.35 petang tadi bagi memberi keterangan berhubung perjumpaan dengan Jacel Kiram.
Nurul Izzah berkata, bersedia memberikan kerjasama bagi membersihkan namanya daripada tuduhan yang tidak berasas.
“Saya akan memberikan gambar tersebut kepada polis untuk siasatan,” katanya.
Beliau ketika ditanya mengapa gambar tersebut diambil, Nurul Izzah menegaskan ianya sebagai menghormati tuan rumah.
“Perkara yang sama apabila Najib Tun Razak (Perdana Menteri) bergambar dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu,” katanya.
Pada 9 November lalu tersebar gambar Nurul Izzah bertemu Jacel Kiram yang merupakan anak perempuan kepada bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.
Tindakan Nurul Izzah bertemu Jacel yang ada kaitan dengan pencerobohan di Lahad Datu, adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

Menjangkau 70 tahun, Umno perlu lebih terbuka, kata naib presiden

Datuk Seri Shafie Apdal berasa tidak wajar keputusan tiada ucapan daripada timbalan presiden dan naib-naib presiden ketika Perhimpunan Agung Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2015. 
Datuk Seri Shafie Apdal berasa tidak wajar keputusan tiada ucapan daripada timbalan presiden dan naib-naib presiden ketika Perhimpunan Agung Umno. 
 
Meskipun menghormati keputusan ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) yang menetapkan tiada ucapan daripada timbalan presiden dan naib-naib presiden ketika perhimpunan agung parti Melayu itu berlangsung awal bulan hadapan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, tindakan itu adalah tidak wajar.
Beliau yang digugurkan daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, Umno tidak hanya dimiliki seseorang ahli sebaliknya hak 3 juta ahlinya yang bersama-sama mempertahankan perjuangan parti itu.
"Dalam menghormati keputusan Majlis Tertinggi yang diadakan baru-baru ini, saya berpandangan adalah tidak wajar ketetapan yang dilakukan oleh barisan Majlis Tertinggi yang secara terang menidakkan tradisi yang menjadi amalan Umno selama ini di mana ucapan timbalan presiden di dalam perasmian sayap-sayap itu ditiadakan.

"Saban tahun Mesyuarat Agung Umno yang diadakan setahun sekali ini biasanya akan menghimpunkan ahli-ahli Umno dari semua peringkat akar umbi dari seluruh pelusuk negara. "Adalah menjadi kebiasaan juga bagi ahli-ahli Umno ini untuk mendengar ucapan, pandangan, dan harapan bukan hanya dari presiden parti, bahkan suara akar umbi, termasuk timbalan presiden parti, naib-naib presiden dan juga para perwakilan,” kata naib presiden Umno itu melalui laman Facebook miliknya, semalam.
Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu berkata, beliau juga menghormati kehendak pemimpin-pemimpin sayap yang mahukan perasmian dilakukan oleh ketua mereka, namun mempersoalkan rasional tiada penggulungan oleh timbalan presiden dan naib-naib presiden ketika penggulungan.

Pengharaman vape perlu diiringi pengharaman penjualan - Mufti Kedah

Pengharaman vape perlu diiringi pengharaman penjualan - Mufti Kedah
ALOR SETAR: Kerajaan disaran supaya mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) dan shisha stick agar sejajar dengan keputusan bahawa hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram.

Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata selaras dengan keputusan pengharaman itu, kerajaan juga perlu mengambil kira perkara yang menyumbang kepada aktiviti berkenaan.

"Dalam Islam diharamkan arak bukan untuk minum saja, penjualan, pelesenan, penyediaan, semua diharamkan apabila kita menyumbang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lalu memutuskan hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.

Syeikh Muhamad menjelaskan keputusan itu diambil setelah dibincangkan dengan teliti dan diberi penerangan khusus daripada pihak farmasi, serta berpandu ayat al-Quran.

"Ia hanya mendatangkan kemudaratan khusus kepada generasi yang akan kendalikan urusan pentadbiran negara pada masa akan datang, bukan sahaja orang Islam tapi semuanya," katanya.

Putus dengan PAS jangan berangan nak perintah Kedah, kata perwakilan AMK

Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali berkata, sekiranya PKR memutuskan hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 27 November, 2015. 
Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali berkata, sekiranya PKR memutuskan hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis. 

Pemuda PKR Kedah menggesa agar parti itu terus bekerjasama dengan PAS. Menurut Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali, sekiranya putus hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan negeri jelapang padi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis.
"Lanskap politik Kedah cukup berbeza, tidak sama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Kalau putus dengan parti PAS, jangan berangan kita hendak perintah negeri Kedah.

"Berapa ribu pondok di Kedah, kebanyakannya ahli PAS. Mereka semua pengundi PAS," Ridhwan memberitahu ahli parti di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Meskipun begitu, Ridhwan menegas sikap hormat-menghormati perlu diteruskan di antara kesemua parti terutamanya PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Soal hormat, kita hormat adik bongsu kita (Amanah), parti sahabat kita (PAS) tetapi adik bongsu kena dengar juga cakap abang long (PKR)," katanya.
Beliau turut bersetuju dengan ucapan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggesa agar kerjasama dikukuhkan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
"Saya setuju dengan ucapan timbalan presiden tadi. Biarlah PKR tentukan hala tuju PKR. Itu jelas. Ada sesetengah pimpinan tu berserah. Macam harum manis.
"Tetapi realitinya PKR kena tentu masa depan parti sendiri, bukannya orang lain.
"Ini belum sebut lagi soal kerusi, isu itu lambat lagi, tetapi ia akan berlaku sekiranya pimpinan kita, pimpinan Pemuda PKR memandang remeh hal ini," katanya yang turut menyifatkan agihan kerusi pada masa akan datang akan menjadi isu serius.

Bakar kami, Najib juga ikut terbakar, kata Hamidah

Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang dipecat parti pada Selasa lalu mengingatkan presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak agar tidak terus ‘membakar’ negara.
Katanya, beliau telah menyampaikan amaran itu kepada Najib menerusi pesanan teks ringkas (SMS) namun tidak dibalas.
 "Jangan bakar negara, kalau kami terbakar, dia (Najib) juga akan ikut terbakar," kata Hamidah pada sidang medianya di Ipoh hari ini.
Hamidah yang ditemui lengkap berbaju merah warna rasmi Umno. Katanya, beliau juga tidak akan merayu kepada pucuk pimpinan sebaliknya akan menghantar surat memohon penjelasan tentang sebab sebenar dipecat.
"Sehingga hari ini saya masih belum mendapat apa-apa surat. Hanya tahu melalui stesen televisyen. Saya masih kabur mengapa saya dipecat," katanya.
Kata Hamidah, beliau hanya menegur Najib yang didakwa terpalit dengan 1MDB dan juga isu derma bernilai RM2.6 bilion dan ia bukan ditujukan kepada Umno.
Tegur presiden bukan parti
Hamidah turut mempertikaikan, adakah dengan menegur presiden beliau terus dipecat dari parti.
“Saya jelas, saya tegur Najib berdasarkan konteks individu. Saya tegur presiden Umno bukannya parti.
“Bila (saya) tegur (dia) cakap nak runtuh kan parti. Kita tegur sebab apa yang dilakukan presiden itu buat parti runtuh.
“Saya cakap terus terang, saya suarakan presiden untuk undur. Bukan serang parti dan kenapa harus hukum saya,” katanya.
Bagaimanapun beliau menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan menegaskan akan meneruskan perjuangan namun bukan di pentas politik.
“Saya terima lapang dada, hati terbuka dan ada hikmah. Namun perjuangan saya demi negara (dan) rakyat. Mungkin di pentas berbeza dan bukan politik,” katanya.

Azmin: AMK, Wanita penuhi aspirasi rakyat tawan Putrajaya

KongresPETALING JAYA 27 NOV: Pimpinan Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mempunyai tanggungjawab besar untuk menggalas harapan dan memenuhi aspirasi rakyat bagi menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Dalam ucapan perasmian Kongres Nasional AMK dan Wanita KEADILAN ke-11 pagi ini, Mohamed Azmin berkata, kedua-dua sayap itu perlu mengatur strategi ampuh untuk menawan Putrajaya kelak.
“Langkah mendesak ialah untuk melaksanakan program perkaderan di kalangan anak muda supaya mereka menghayati idealisma perjuangan parti serta menjadi penggerak di akar umbi.
“Tatkala pentadbiran Putrajaya sedang bergelut dengan krisis kepimpinan; kegawatan ekonomi yang memberi kesan langsung kepada rakyat dan kecelaruan dasar yang menghakis keyakinan pelabur dan masyarakat perniagaan.
“Wanita dan AMK perlu bersedia untuk menonjolkan kepimpinan dan menggarap seluruh kekuatan, memupuk perpaduan di kalangan rakyat merentasi politik partisan untuk membawa negara keluar dari kegelapan kepada pencerahan,” katanya di Dewan Sivik MBPJ.
azmin 1Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, KEADILAN mempunyai aset Wanita yang dipimpin oleh Ketuanya, Zuraida Kamaruddin dan Haniza Talha yang membawa pencerahan dalam masyarakat supaya kepentingan dan hak wanita turut dibicarakan oleh golongan lelaki senada dengan “He for She Campaign” anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Inilah sumbangan KEADILAN kepada Malaysia. KEADILAN menyediakan kepimpinan yang wibawa untuk masa depan negara.
“Kecekalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memimpin KEADILAN daripada sebuah parti yang kecil sehingga muncul sebagai parti dominan dalam politik negara harus menjadi iktibar kepada Wanita,” katanya.

‘Mahathir, jangan nak suruh rakyat mengganas’ - Pemuda Umno

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat juga boleh mengadakan protes ganas di jalanan sebagai cara untuk membantah sekiranya sesebuah kerajaan itu tidak adil.
 “Kebelakangan ini, Tun Mahathir setiap saat suruh orang berdemo, itu adalah nasihat yang tidak baik kepada rakyat oleh seorang ayah,” katanya dalam satu kenyataan.
Dr Mahathir yang membuat kenyataan itu dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2015 pagi ini kemudian menjelaskan beliau berucap secara umum dan bukannya dalam konteks Malaysia.
Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang Razlan daripada mengkritik bekas perdana menteri itu.
“Bila sudah aman, nak suruh demontrasi, nak suruh ke jalanan, nak suruh ganas, bila tak aman, apa pula nak dikata?
“Mana ada pemimpin yang nak tengok rakyatnya hidup dalam ketakutan selain dari mereka yang sengaja nak puaskan hati sendiri,” katanya.
Razlan juga mengingatkan bahawa Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya, di mana kerajaan yang dilantik setiap lima tahun.
“Bila sudah lepas mengundi, buat kerja bangunkan negara, kalau tiap kali kita asyik nak berdemo sahaja, bila nak maju?” soalnya.

Mahathir: No party should rule forever

PKR Congress: More progressive policies needed for women

Larang pimpinan PKR, KM, Umno Sabah bacul

Azmin: I'm happy we can stand together to oppose UMNO/BN

Azmin: Civil servants want to work with Selangor instead of Putrajaya

Azmin: PKR, DAP and Amanah unite against Umno-BN

Azmin: I'm proud of my son

Shafie Apdal: Umno doesn't belong to a single person

Hamidah: Ada lebih lantang, kenapa saya dipecat?

Nurul Izzah: Saya Kesal Diharamkan Masuk Sabah

Nurul: I respect Sabah state assembly decision

Jual Harta Negara Nak Tutup Lubang 1MDB..!!!

MANA hero-hero pembela Melayu Umno atau NGO-NGO mereka untuk pertahankan kedaulatan dan kepentingan negara !!!!

Lelongan sudah bermula dek kerana 1MDB.

Dulu Najib kata..
1MDB merupakan satu plan perniagaan yang amat bijak.

1MDB Beli Rm 18 Bilion
1MDB Jual Rm 9.83 Bilion
1MDB Rugi Rm 8.17 Bilion..

BIJAK TANG MANA kalau berniaga rugi !!!

Dulu puak sana selalu berhujah cakap.. "1MDB beli IPP untuk turunkan tariff elektrik, kita tak mau kroni jaa yang pegang IPP, bagilah 1MDB yang menjadi pemilik bagi IPP. Bila 1MDB beli IPP barulah tarif elektrik negara dapat turun"

Laa ni nak turun macam mana? Semua asset IPP 1MDB dah jual dekat negara China ??

'Bukan Jawatankuasa Disiplin UMNO yang pecat saya' - Hamidah

'Bukan Jawatankuasa Disiplin UMNO yang pecat saya' - HamidahIPOH: "Pemecatan saya tidak dilakukan dengan adil."

Itu dakwaan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman yang turut menyifatkan dirinya 'kambing hitam' UMNO.

Jelasnya, Jawatankuasa Disiplin UMNO tidak pernah mengeluarkan sebarang surat yang memerlukannya tampil memberikan penjelasan.

"Saya mendapat surat Mei lalu meminta saya memberi penjelasan kerana saya didakwa membawa Tun Dr Mahathir.

"Sejak saya dipecat Selasa lalu, saya langsung tidak mendapat sebarang surat berkenaan penjelasan pemecatan saya. Jadi saya rasa ini tidak adil.

"Kalau mengikut prosedur, saya perlu dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin; saya perlu beri penjelasan, ini tidak," jelas Hamidah.

Justeru, beliau mendakwa tindakan pecat ke atas dirinya tidak dilakukan oleh Jawatankuasa Disiplin.

AMK mantapkan pergerakan demi masa depan perjuangan

nik 1PETALING JAYA 27 NOV: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berazam untuk membina pasukan lebih mantap dan berwibawa demi masa depan perjuangan reformasi negara ini, kata Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad.
AMK katanya lagi turut berikrar untuk berada di barisan hadapan perjuangan selari dengan kepercayaan dan harapan rakyat.
“Kita mesti saling membantu, bergabung tenaga untuk mencapai perkara yang lebih besar, berpandukan asas perjuangan yang telah digariskan.
“Pada masa sama kita harus memahami bahawa perbezaan dalam parti sememangnya banyak sejak mula ditubuhkan.
“Ini kerana latar belakang anggota yang pelbagai, malah hampir semua pernah melibatkan diri dalam protes jalan raya,” jelas Nik Nazmi.
Namun katanya, AMK perlu menguruskan perbezaan pendapat dalam parti secara bijak dan kebebasan perlu dijamin.
Tambah beliau, parti mempunyai disiplin dan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi serta tidak semua yang diyakini baik mesti dicapai segera.

Wanita KEADILAN seru pengundi wanita tolak Umno BN

WanitaPETALING JAYA 27 NOV: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ternyata gagal melaksanakan polisi mesra wanita termasuk menonjolkan peranan menteri wanita walaupun lebih 50 tahun memerintah.
Lebih malang kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKW) dalam Bajet 2016 dipinggirkan dengan kemerosotan keseluruhan sebanyak -11.58%.
“Tahun demi tahun kerajaan Umno BN terus tidak berdaya memartabatkan kehidupan wanita Malaysia.
“Begitu juga KPWKM tidak berdaya mempertahankan pendirian dan polisi yang diangkat,” kata Zuraida.
Oleh itu katanya, ini masa terbaik untuk menyeru pengundi wanita negara ini agar menolak kerajaan Umno BN lebih-lebih lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpalit dengan pelbagai skandal besar termasuk derma RM2.6 bilion.
“Inilah cabaran unggul bagi Wanita KEADILAN untuk berusaha menyalurkan fakta dan menyebarkan maklumat kebenaran yang sekiranya dibiarkan ia akan menyulitkan masa depan anak dan cucu cicit kita,” kata Zuraida dalam ucapan bahas di Kongres Nasional AMK dan Wanita ke-11, hari ini.

Pecat Hamidah: Lima AJK Umno Gopeng letak jawatan

Lima ahli jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Gopeng mengumumkan perletakan jawatan mereka daripada parti hari ini.
 Pengumuman itu dibuat pada sidang media bersama bekas ketua wanita Umno bahagian itu Datuk Hamidah Osman yang dipecat Umno minggu lalu.
Menurut ahli jawatankuasa bahagian Gopeng, Kalsom Abdul Hamid, beliau terkilan dengan pemecatan Hamidah dan yakin bahawa ketuanya itu tidak bersalah.
“Saya sayang Datuk (Hamidah), jadi bila dengar dia dipecat saya terkilan dan sedih.
“Saya bersama dia sudah 25 tahun. Dia tidak bersalah, itu yang terlampau sedih (lepaskan jawatan),” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Ipoh. Petang tadi.
Sebelum ini Presiden parti Datuk Seri Najib Razak yang juga perdana menteri mengumumkan keputusan Majlis Tinggi Umno sebulat suara memecat Hamidah atas alasan berkaitan displin parti.
Hamidah dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut kepulangan bekas perdana menteri Tun Dr MahathirMohamad.
Beliau juga lantang membidas Najib dan pernah mendesak supaya beliau meletakkan jawatan.

DI SEBALIK KELUHAN AKAR UMBI, APA KATA JIKA NAJIB DAN MUHYIDDIN SAMA2 UNDUR DIRI?

Berbual dengan kawan-kawan lama yang menjadi pemimpin UMNO di peringkat  bahagian dan cawangan kadang-kadang menyerlahkan hakikat sebenar kedudukan parti itu di peringkat akar umbi dan beban yang sedang mereka hadapi.

Jika pemimpin bahagian dan cawangan itu jenis yang kritikal, lantang bersuara dan tidak terlalu taksub kepada pemimpin, luahan hati mereka mungkin boleh diketahui ke mana arahnya serta lebih terbuka sifatnya.

Kalau pun mereka itu tidak termasuk dalam golongan yang berani menyatakan pendirian sebagaimana beberapa Ketua UMNO Cawangan yang secara terbuka mendesak Najib Razak meletakkan jawatan baru-baru ini, sekurang-kurangnya mereka tetap tidak takut mengatakan bahawa  masa depan UMNO agak sukar dan kelam dalam pilihanraya akan datang.

Tetapi tentu mengejutkan apabila pemimpin UMNO bahagian dan cawangan yang kerap mempertahankan parti serta pemimpin, bukan saja secara terbuka, malah juga melalui tulisan di laman sosial masing-masing, rupa-rupanya turut mempunyai sisi berbezanya.

Ramai rakan-rakan dalam UMNO yang saya temui dan berbual sambil minum kopi dengan mereka, malah sebahagiannya yang kerap menonjol dengan sokongan terbuka,  rata-ratanya juga tidak yakin lagi UMNO ada masa depan dalam pilihanraya akan datang selagi Najib Razak masih mengetuai parti dan kerajaan.

Umno gagal kemuka alasan kukuh pecat baki 6 pemimpin, dedah sumber

Beberapa ahli Majlis Tertinggi Umno melahirkan kebimbangan perpecahan lebih teruk akan berlaku jika tindakan terhadap 7 pemimpin parti termasuk Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin diambil, apatah lagi dengan bibit perpecahan juga sudah kelihatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2015.  
Beberapa ahli Majlis Tertinggi Umno melahirkan kebimbangan perpecahan lebih teruk akan berlaku jika tindakan terhadap 7 pemimpin parti termasuk Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin diambil, apatah lagi dengan bibit perpecahan juga sudah kelihatan. 

 Gagal kemuka alasan kukuh dan tidak sepakat punca Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bertemu pada 24 November lalu tidak memecat 6 baki pemimpin parti, dedah sumber.
Ahli Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas mengesahkan tidak menerima sebarang laporan terhadap 7 nama pemimpin seperti dikatakan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bagaimanapun menjelaskan MT memiliki kuasa mutlak.
"MT berkuasa mutlak dalam perlembagaan untuk mengambil apa-apa tindakkan termasuk pemecatan.

"Proses pun terpulang kepada MT. Lembaga Disiplin (LD) duduk bawah kuasa MT. Terpulang kepada MT sama ada nak guna LD atau tidak," kata Megat Najmuddin kepada The Malaysian Insider. Tengku Adnan yang juga setiausaha agung sebelum ini mengatakan 7 nama pemimpin sedang dalam perhatian dan berdepan tindakan disiplin.
Antara nama pemimpin ialah bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal.
Penjelasan Megat Najmuddin menunjukkan proses tindakan disiplin ke atas 7 pemimpin Umno itu tidak perlu melalui mereka, sebaliknya MT boleh membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada LD.
"Kita tak ada kuasa 'original' macam mahkamah.
"Kuasa kita datang daripada MT. Tapi kalau guna kita, adalah 'buffer' sikit. Itu sahaja," katanya
Sumber parti memberitahu The Malaysian Insider, isu tindakan disiplin terhadap 7 nama pemimpin Umno berada dalam agenda dalam mesyuarat di Parlimen namun ahli MT gagal mencapai kata sepakat.
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli MT berhubung cadangan tindakan disiplin, terdapat juga yang menentang langkah itu.

Tumbangkan UMNO, pastikan pertandingan satu lawan satu – Azmin

Azmin mengatakan bahawa Pas akan menyelesaikan isu-isu dengan Pakatan Harapan dan tetap dengan agenda bersama iaitu menumbangkan UMNO
Azmin-Ali-pkr_600
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menjelaskan, beliau hanya mahu adanya pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) sebagai usaha untuk menyatukan rakyat.
Menjawab soalan mengenai kenapa Pas tidak termasuk dalam parti gabungan Pakatan Harapan (PH), Azmin berkata, beliau yakin bahawa mereka mampu untuk menyelesaikan isu-isu dengan Pakatan Harapan seperti yang mereka pernah lakukan dalam PKR.
“Apa yang penting ialah kita mahu pertandingan satu lawan satu. Ini adalah isu biasa di seluruh dunia – ada pakatan yang berbeza dengan agenda masing-masing.
“Saya percaya bahawa kita akan dapat menyelesaikan isu-isu ini dan bersatu untuk bersama dalam agenda bagi menjatuhkan UMNO,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Kongres Nasional PKR pada Jumaat.
Awal hari ini, seorang penganalisis politik berkata, persengketaan yang dilihat antara Pas dan Pakatan Harapan akan berlarutan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Pakatan Harapan adalah pakatan pembangkang baru yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas yang wujud daripada serpihan kumpulan Parti Amanah Negara (Amanah).

AMK: Pengundi dah tak lihat lambang parti semata-mata

PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengingatkan perwakilannya bahawa pengundi hari ini lebih kritikal dan tidak lagi hanya melihat lambang parti semata-mata.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pengundi hanya akan memberi kepercayaan sekiranya parti-parti pembangkang tersusun dengan baik.
Nik Nazmi Nik Ahmad "Pengundi tidak akan teragak-agak menghukum keegoan kita. Tambahan  jika kita gagal menunjukkan kesediaan mengambil alih kepimpinan negara," katanya ketika menyampaikan ucapan Dasar pada Kongres Nasional AMK 2015, di sini, hari ini.
Mengambil contoh nasib pembangkang di Singapura yang tewas kepada PAP, beliau tidak menolak kemungkinan pembangkang di negara ini turut menerima nasib sama jika masih tersangkut pada nostalgia lama.
"Selepas berjaya memenangi beberapa kerusi dalam pilihanraya sebelum ini, pembangkang masuk pilihanraya lalu dengan lebih tersusun, satu lawan satu.
"Pada masa sama, PAP menjadikan penggal lalu sebagai tempoh perbaiki diri. Hasilnya, rakyat kembali beri kepercayaan kepada PAP dan pembangkang tewas teruk walau ceramah anjuran mereka dihadiri pulihan ribu penyokong," katanya.
Justeru itu, menurutnya untuk memastikan kemenangan milik pembangkang, mereka tidak boleh hanya berpuas hati dengan mentadbir Pulau Pinang dan Selangor.
"Kita tidak boleh berpuas hati hanya dengan menghalang Umno-BN daripada memperoleh majoriti dua pertiga.
"Kita mesti meletakkan misi yang lebih tinggi iaitu menang dan mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Tidak ada pilihan kedua," katanya.
Katanya lagi, model kerjasama Pakatan Rakyat (equal partnership) masih belum cukup sempurna, terlalu longgar dan samar.
Beliau juga menggesa agar pengumuman pertandingan kerusi secara unilateral dihentikan serta merta.

Semua masalah negara salah UMNO – Nik Nazmi

Sistem demokrasi negara ini disalah guna termasuk oleh Tun Mahathir dan melahirkan pemimpin yang buruk seperti Najib Tun Razak.
Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_600
PETALING JAYA: Semua masalah utama yang dihadapi negara ketika ini adalah salah UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Katanya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyalahkan UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap apa yang berlaku di negara ini.
Katanya, sistem demokrasi negara juga disalah guna sehingga melahirkan pemimpin yang buruk seperti Najib.
Nik Nazmi berkata, walaupun kenyataan Dr Mahathir terhadap Najib benar, namun Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga terlibat dalam salah guna demokrasi.
“Dr. Mahathir berkata pemimpin yang buruk lahir daripada sistem demokrasi yang disalah guna.
“Justeru itu, kita harus sedar bahawa Perdana Menteri yang kita miliki pada hari ini sebenarnya lahir daripada sistem demokrasi yang telah disalah guna, termasuk oleh Dr. Mahathir sendiri,” katanya.
Dia berkata demikian dalam ucapan Perasmian Kongres Angkatan Muda Keadilan pada Jumaat.
Nik Nazmi mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak tidak mempercayai Dr Mahathir kerana beliau bertanggungjawab menjadikan demokrasi di negara ini tempang.
“Jadi rakyat Malaysia jangan tersilap mempercayai Dr. Mahathir sekali lagi. Kita boleh berterima kasih kepada beliau kerana bercakap tentang kebebasan bersuara, kepentingan ketinggian undang-undang (rule of law) dan melawan rasuah serta salah guna kuasa yang ada kini.

Tindakan UMNO terhadap Muhyiddin beri persepsi buruk pada parti- ISMA

Keputusan itu akan menyebabkan persepsi masyarakat terhadap UMNO berubah dan boleh membawa kepada tafsiran yang pelbagai.
muhyiddin-najib-isma
KUALA LUMPUR: Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) mengkritik tindakan UMNO berhubung keputusan supaya perasmian mesyuarat sayap-sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO dilakukan oleh ketua sayap dan bukannya Timbalan Presiden yang seperti lazimnya.
Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, tindakan itu hanya menyumbang kepada pelbagai persolan dan memberi persepsi buruk terhadap UMNO.
“Masyarakat awam mungkin akan pandang luar biasa dan ia boleh membawa tafsiran-tafsiran yang berbeza…mungkin itu boleh jejaskan persepsi umum kepada UMNO,” katanya kepada FMT selepas merasmikan Kuala Lumpur Summit 2015.
Abdullah Zaik juga berpendapat, sekiranya UMNO tidak memberi penjelasan kepada akar umbi, ia akan hanya menambah beban kepada UMNO.
Katanya, tindakan itu akan hanya menyebabkan wujud rasa marah penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO dan kepimpinannya.
“Tindakan itu telah meninggalkan tafsiran-tafsiran kenapa dan apa?… Dan semua itu mungkin tak dapat dijawab oleh secara tuntas.
“Bila persoalan itu dibiar berlegar, saya rasa ia akan menambah beban kepada UMNO, beban yang sangat banyak,” ujarnya.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Muhyiddin tidak akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO pada bulan hadapan.
Sebaliknya, beliau menyatakan majlis perasmian mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO tahun ini akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Husam sahkan temui Pas Isnin ini

SHAH ALAM – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini mengesahkan beliau akan menemui Jawatankuasa Harian Pas untuk memberi penjelasan mengenai dakwaannya terhadap presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin ini.
Husam berkata, beliau menerima jemputan itu daripada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi pesanan Whatsapp sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air pada minggu lalu.
Husam Musa “Saya telah memberikan tarikh 30hb November ini untuk pertemuan itu. Masa yang ditetapkan ialah 2 petang, di pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut dan saya akan hadir Insya-ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Pas mengeluarkan surat arahan kepada Adun Salor itu untuk tampil ke Dewan Harian Pas Pusat, 24 November lalu.
Takiyuddin berkata Husam perlu memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataan beliau yang dibuat kepada umum sebelum ini.
Husam dalam laporan sebelum ini mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor pada 2008.
Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam pada 6 November lalu.
Tindakan itu telah menimbulkan rasa kurang senang sehingga Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengajak Husam untuk bersemuka dalam majlis terbuka bagi mendapatkan penjelasan berhubung kritikan tersebut.

Tidak ada parti harus perintah selama-lamanya, kata Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tidak ada parti yang harus memerintah selama-lamanya dalam sebuah negara demokrasi.
Katanya, demokrasi yang baik adalah sistem dua parti di mana pembangkang cukup kuat untuk mengambil alih dan menawarkan alternatif kepada rakyat.
"Cara terbaik adalah untuk negara ini yang mempunyai dua parti politik; ini akan memastikan satu atau yang lain akan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan," katanya pada ucaptama semasa Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2015.
"Pembangkang yang lemah tidak akan berkesan dalam memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa," kata beliau.
"Bagi tadbir-urus yang baik, pembangkang mesti kuat dan mampu menawarkan alternatif. Tiada pihak harus memerintah selama-lamanya," katanya.
Menurutnya, demokrasi juga tidak akan berjaya sekiranya sesebuah negara itu tidak memahami konsep sistem itu dengan baik.

Penjualan aset 1MDB kepada China langkah terdesak Najib

PETALING JAYA - PKR mendakwa penjualan aset strategik penjana kuasa Edra Global Energy kepada China dengan nilai RM 9.87 bilion sebagai langkah terdesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, penjualan tersebut adalah langkah untuk menebus hutang milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB "Ini merupakan langkah yang sangat tidak patriotik memandangkan pemilikan syarikat penjana kuasa merupakan kepentingan nasional.
"Beliau telah melutut dan menagih kepada kuasa asing. Penjualan Edra Global Energy kepada China juga kelihatan berkaitan dengan persoalan keselamatan Laut China Selatan dimana China secara agresif mendakwa memiliki Laut China Selatan di dalam ruang “Nine-Dash-Line”," katanya dalam ucapan perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita, hari ini.

Mohamed Azmin turut mendakwa, Sidang Kemuncak Asean baru-baru ini gagal membentuk muafakat Asean berhubung dengan keselamatan Laut China Selatan yang mengancam kestabilan rantau ini.
"Adalah suatu tragedi, Asean mempunyai doktrin ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) yang dicetuskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak tetapi dicabuli oleh puteranya sendiri kerana Najib menikus di depan kuasa asing," katanya.
Menyentuh soal, Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP), Mohamed Azmin berkata, ia perlu dibahaskan secara terbuka demi untuk melindungi kedaulatan negara.
"Namun, Putrajaya gagal menampilkan kepimpinan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka dan bermaruah," katanya.

Nik Nazmi: Jangan silap percayai Mahathir lagi


Rakyat tidak harus tersilap dengan mempercayai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi, kata Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurutnya, Dr Mahathir secara aktif menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang, rakyat tidak harus melupakan ‘dosa-dosa lampau bekas perdana menteri itu.
“Jadi rakyat Malaysia jangan tersilap mempercayai Dr Mahathir sekali lagi. Kita boleh berterima kasih kepada beliau kerana bercakap tentang kebebasan bersuara, kepentingan ketinggian undang-undang dan melawan rasuah serta salah guna kuasa yang ada kini.
“Namun kita tidak akan lupa siapa yang menjadikan demokrasi negara ini tempang, melemahkan elemen semak dan imbang. Kita tidak akan lupa siapa yang bertanggungjawab ke atas satu demi satu skandal kewangan mega terawal negara.
“Kita tidak akan lupa siapa yang memfitnah dan menyeksa Anwar Ibrahim. Kita tidak akan lupa siapa pemimpin ketika rakyat diseksa kerana bangkit menuntut reformasi,” kata Nik Nazmi pada ucapan dasar beliau di kongres Pemuda PKR hari ini.
Ketua Pemuda PKR juga memilih membidas Dr Mahathir.
“Dr Mahathir berkata pemimpin yang buruk lahir daripada sistem demokrasi yang disalah guna.
“Justeru, kita harus sedar bahawa perdana menteri yang kita miliki pada hari ini sebenarnya lahir daripada sistem demokrasi yang telah disalah guna termasuk(oleh) Dr Mahathir sendiri,” katanya.
Beliau juga berkata tanpa teragak-agak bahawa semua masalah utama yang ada di Malaysia memang adalah salah Umno dan BN.
Malah, katanya, Dr Mahathir sekarang ini yang juga menyalahkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemuda PKR beri amaran, jangan umum tanding kerusi sesuka hati

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berucap pada Kongres Nasional 2015 di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Beliau berkata sudah sampai masanya parti-parti pembangkang mencapai konsensus menubuhkan ‘Kabinet bayangan’ bagi menggambarkan keseriusan mentadbir Putrajaya – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 27 November, 2015. 
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berucap pada Kongres Nasional 2015 di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Beliau berkata sudah sampai masanya parti-parti pembangkang mencapai konsensus menubuhkan ‘Kabinet bayangan’ bagi menggambarkan keseriusan mentadbir Putrajaya

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini memberi amaran terhadap kesemua parti dalam Pakatan Harapan agar tidak mengumumkan pertandingan kerusi pilihan raya akan datang sesuka hati. "Secara peribadi, saya berpendapat, sudah tiba masanya parti-parti pembangkang mencapai konsensus untuk menubuhkan ‘Kabinet bayangan’ bagi menggambarkan keseriusan kita mentadbir Putrajaya.
"Kita sudah tampil sejak Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dengan belanjawan alternatif dan manifesto bersama. Kabinet bayangan adalah langkah ke hadapan yang perlu kita laksanakan seterusnya.

"Pengumuman pertandingan kerusi secara unilateral, harus dihentikan serta-merta," kata ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada ucapan dasar Ketua Pemuda PKR di Kongres Nasional 2015 di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Namun beliau menafikan kenyataan itu merujuk kepada tindakan DAP pada akhir Oktober lalu.
"Kita sekarang dah ada Pakatan Harapan. Jadi sebarang pengumuman nak bertanding kena buat menerusi Pakatan Harapan. Saya cakap semualah," kata Nik Nazmi apabila ditemui pemberita.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, segala keputusan akan dibuat selepas perundingan bersama dalam Pakatan Harapan.

AMK perlu perkemas gerak kerja depani perjuangan parti

nik nazmiPETALING JAYA, 27 NOV: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) perlu menyusun semula pergerakan mereka supaya lebih mantap dalam menyelusuri perjuangan parti.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kontroversi yang berlaku dalam dua pemilihan lalu perlu dijadikan pengajaran supaya tidak berulang di masa hadapan.
“AMK perlu memulakan konvensyen di peringkat negeri yang sudah bersedia.
“Satu jawatankuasa khas akan dibentuk menentukan mekanisme terbaik dalam pelaksanaannya.
“Kita berharap proses ini akan memantapkan lagi AMK di peringkat negeri sekaligus menjadi inisiatif terbaik untuk mengukuhkan pendemokrasian dalam parti,” katanya dalam ucapan dasar Ketua AMK pada Kongres AMK 2015 di Dewan Sivik MPSJ, hari ini.
Jelasnya, segala perbezaan pandangan perlu diuruskan secara baik demi memperkukuh kedudukan parti dalam arus politik negara.

Tunggu kami tawan Putrajaya, Azmin beritahu penjawat awam

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berucap pada Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Beliau meminta penjawat awam yang memohon berpindah ke Selangor bersabar sehingga parti pembangkang menawan Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 27 November, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berucap pada Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Beliau meminta penjawat awam yang memohon berpindah ke Selangor bersabar sehingga parti pembangkang menawan Putrajaya. 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mendedahkan terdapat banyak permohonan penjawat awam dari Putrajaya yang mahu berpindah bekerja di negeri terkaya itu. Tanpa memberitahu berapa jumlah permohonan, timbalan presiden PKR itu berkata penjawat awam tidak perlu berbuat sedemikian, sebaliknya menunggu pembangkang menawan Putrajaya kelak.
"Kita amat bersimpati dengan penjawat awam yang terpaksa bekerja di bawah rejim Putrajaya yang korup. Rejim yang abaikan kepentingan rakyat.

"Hari ini Selangor terima banyak permohonan daripada penjawat awam di Putrajaya untuk pindah berkhidmat di Selangor. "Seperti saya nyatakan sebelum ini, tidak perlu pindah ke Selangor, biar kami pindah ke Putrajaya," kata Azmin pada ucapan timbalan presiden di Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Gombak itu berkata, keinginan pertukaran disebabkan kerajaan Selangor dilihat lebih mengiktiraf penjawat awam berbanding Barisan Nasional (BN) di Putrajaya.
"Pengalaman saya di Selangor meyakinkan saya penjawat awam setia kepada nilai dan etika profesional.
"Apabila mereka diberikan ruang, diberi peluang dan pengiktirafan, mereka akan menjalankan kerja dengan cemerlang untuk kemajuan negeri.
"Selangor beri bonus 1 bulan setengah, berbanding Putrajaya yang hanya bagi elaun khas RM500," kata Azmin .

Penjawat awam mahu khidmat di Selangor, bukan Putrajaya - Azmin


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hari ini mendedahkan bahawa ramai kakitangan awam yang memohon pemindahan dari Putrajaya untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri Selangor.
“Hari ini kerajaan Selangor terima banyak permohonan dari penjawat awam di Putrajaya untuk berpindah (dan) berkhidmat di Selangor.
“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tidak perlu pindah ke Selangor, biar kami pindah ke Putrajaya,” kata Azmin selaku timbalan presiden PKR pada kongres pemuda dan wanita parti itu di Petaling Jaya hari ini.
Antara faktor, populariti kakitangan awam memilih Selangor, kata Azmin adalah kerana kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan mereka.
Sebagai perbandingan, beliau berkata, Putrajaya tidak mendengar pandangan kakitangan awam tetapi lebih mengutamakan penasihat asing, sebaliknya.

PKR terus kerjasama dengan PAS, iktiraf Amanah dalam Pakatan Harapan

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berucap pada Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 2015 di Petaling Jaya, Selangor, hari ini. Beliau optimis kerjasama dengan PAS akan berjaya walaupun tidak mempunyai kerjasama secara rasmi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 27 November, 2015. 
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berucap pada Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 2015 di Petaling Jaya, Selangor, hari ini. Beliau optimis kerjasama dengan PAS akan berjaya walaupun tidak mempunyai kerjasama secara rasmi. 

PKR akan meneruskan kerjasama dengan PAS untuk melawan Umno dan Barisan Nasional (BN) demi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Mohamed Azmin Ali. Pada Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 2015, beliau yang juga timbalan presiden turut bersama pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"PKR menyambut kelahiran Amanah dan menerima dalam keluarga besar kita.

"PKR akan meneruskan tahaluf siyasi dengan PAS dan kerjasama dengan PSM serta parti-parti politik di Sabah dan Sarawak dan NGO yang menjuarai hak serta agenda rakyat," kata Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dalam ucapan perasmian timbalan presiden. Sementara itu, pada sidang media Azmin optimis kerjasama dengan PAS akan berjaya walaupun tidak mempunyai kerjasama secara rasmi.
"Saya optimis dengan Pakatan Harapan bersama PKR, DAP, Amanah dan kita akan teruskan tahalusf siyasi dengan PAS.
"Yang penting kita mahu menjamin satu dalam satu (dalam pilihan raya). Jadi perkara ini kita boleh bincangkan secara bersama walaupun dalam 2 platform berbeza.
"Dan ini juga berlaku dalam negara maju," katanya yang menegaskan apa yang penting matlamat utama pembangkang menjatuhkan Umno dan BN.
Semasa ucapannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu juga mengingatkan anggota parti terutamanya Wanita dan Pemuda agar terus fokus dalam mengatur strategi untuk memenangi pilihan raya akan datang.
"Semangat dalam perjuangan adalah satu faktor yang penting, tetapi harus diingat perjuangan adalah maraton.

Ketokohan WAWI setara kecekalan Aung San - Azmin

PETALING JAYA, 27 NOV : Kecekalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memimpin KEADILAN daripada parti kecil sehingga muncul dominan dalam politik negara harus menjadi iktibar kepada anggota wanita.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, berkata ketokohan Wan Azizah adalah setara dengan kecekalan pemimpin ulung Myanmar, Aung San Suu Kyi.
“Kejayaan parti National League for Democracy di bawah Aung San menambah bukti betapa besarnya sumbangan wanita dalam pembangunan demokrasi.
“Sementara semangat dalam perjuangan adalah faktor penting, harus diingat perjuangan adalah marathon.
“Kita harus punya tenaga, kegigihan, kesabaran, disiplin bagi menyusuri liku, ombak dan onak duri serta gelombang tsunami perjuangan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.
Pada masa sama, Dato’ Menteri Besar Selangor itu turut menggesa pimpinan Wanita dan AMK mengatur strategi ampuh dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Katanya, langkah mendesak adalah melaksanakan program dalam kalangan anak muda supaya menghayati idealisma perjuangan parti dan menjadi penggerak di akar umbi.
“Pimpinan Wanita dan AMK mempunyai tanggungjawab besar untuk menggalas harapan dan memenuhi aspirasi rakyat.
“Tatkala pentadbiran Putrajaya bergelut dengan krisis kepimpinan, kegawatan ekonomi dan kecelaruan dasar yang menghakis keyakinan pelabur dan masyarakat perniagaan, Wanita dan AMK perlu bersedia menonjolkan kepimpinan dan menggarap kekuatan, memupuk perpaduan di kalangan rakyat merentasi politik partisan untuk membawa negara keluar daripada kegelapan kepada pencerahan,” katanya.

Azmin: Blok pembangkang perlu bekerjasama

MB AzminPETALING JAYA, 27 NOV: KEADILAN menegaskan pendirian mereka untuk terus bekerjasama dengan parti komponen Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) disamping meneruskan tahaluf siyasi bersama PAS dalam menentang Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, berkata pembangkang perlu memastikan pertembungan satu lawan satu dalam PRU-14 meskipun terdapat percanggahan mutakhir ini.
“Walaupun ada perbezaan, kita mahu jamin pertembungan satu lawan satu.
“Walaupun ada dua platform berbeza, ia masih boleh dibincangkan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kongres KEADILAN AMK dan Wanita di Dewan Sivik MBPJ, di sini, hari ini.
Selain PAS, KEADILAN juga akan meneruskan kerjasama politik bersama PSM serta parti politik di Sabah dan Sarawak dan NGO yang menjuarai hak serta agenda rakyat.
Katanya, hanya dengan muafakat utuh tanpa dibelenggu prejudis serta prasangka yang menebal, pembangkang mampu mencapai kemenangan.
Jelasnya, muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH akan terus dibina di atas prinsip dan solidariti untuk menentang UMNO-BN seperti ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas yang bersidang pada 11 Oktober 2015 lalu.

Pascal: Interpol buru suspek pembunuhan, tapi polis bebasnya

Pascal Najadi, anak pengasas Ambank yang mati dibunuh Hussain Najadi mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa Malaysia boleh melepaskan dalang yang disyaki di sebalik pembunuhan jejam bapanya dengan alasan tidak mempunyai bukti yang cukup.
Pascal berkata, suspek itu, Lim Yuen Soo tidak akan berada senarai merah Interpol jika bukti tidak mencukupi.
"Jika anda lihat syarat-syarat untuk meletakkan seseorang di senarai merah Interpol, keperluan untuk sesiapa sahaja berada dalam senarai adalah sangat tinggi.
"Negara yang meminta Interpol mengeluarkan notis merah mesti membuktikan bahawa kertas pertuduhan sudah tersedia dan bahawa hukuman penjara minimum sekurang-kurangnya satu tahun dan perkara-perkara undang-undang lain wajib dipenuhi oleh negara pemohon," kata Pascal kepada Malaysiakini dalam temu bual dari Moscow.
Katanya, Interpol tidak memandang ringan notis merah dangan memberi contoh bagaiamana badan itu menolak permintaan polis Malaysia untuk meletakkan Editor, Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dalam senarai berkenaan kerana ia bermotifkan politik.
Pascal berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Zainuddin Ahmad pada 2 November lalu bahawa polis berjaya mmintas Lim yang telah berada dalam senarai Interpol sejak tahun lalu tetapi kemudian memutuskan untuk membebaskannya.
Zainuddin berkata Lim dilepas selepas tahanan lapan hari kerana kekurangan bukti dan setelah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Pascal berkata hakikat bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang apa-apa perkembangan yang penting dalam kes bapanya adalah satu "penghinaan".
"Sejak pembunuhan pada tahun 2013, polis Malaysia membuat kenyataan jelas bahawa Lim Yuen Soo adalah dalang yang membayar RM20,000 kepada pembunuh itu," katanya.