Rabu, 25 November 2015

Adik dakwa kematian Kevin Morais ada kaitan siasatan pemimpin tertinggi

Dia mendakwa mendiang Kevin memberitahu perkara itu ketika berbual menerusi telefon dalam bahasa Malayalam kerana takut perbualan mereka dirakam
kelvin
KUALA LUMPUR – Kematian mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan siasatan rasuah melibatkan pemimpin tinggi dan isterinya.
Abang kepada mendiang, Charles Morais membuat pengakuan dalam akuan bersumpah yang mendakwa adiknya yang mati dibunuh pada September lalu sedang menyiasat kes melibatkan seorang pemimpin dan isterinya.
“Tiga bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dua memberitahu saya bahawa pemimpin itu adalah ‘lelaki dahsyat’ dan isterinya adalah lebih dahsyat ,” katanya sambil menambah mereka berdua berkomunikasi dalam bahasa Malayalam sepanjang perbualan telefon itu.
“Kevin takut perbualan kami ‘dirakam’, oleh itu kami bercakap dalam bahasa ibunda kami,” katanya.
Charles berkata, dia juga ‘sangat tidak puas hati’ dengan laporan bedah siasat oleh Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, laporan pertama mendapati Kevin kemungkinan mati kerana lemas.
“Ini membuatkan saya ketawa kerana hanya ada satu baris dalam laporan itu. Ia tidak menjelaskan lebih lanjut,” katanya.
Oleh itu, dia memfailkan perintah mahkamah untuk bedah siasat kali kedua. Pengurusan kes itu akan ditetapkan pada 4 Disember depan.
Pada 28 September lalu, seorang anggota tentera dan enam lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh Kevin.
“Saya tidak percaya Kevin telah dibunuh kerana dia mendakwa kakitangan kerajaan terlibat dengan rasuah.
“(tetapi) Saya percaya dia mati kerana dia ‘tahu terlalu banyak’ mengenai perbuatan jenayah oleh mereka yang berkedudukan tinggi.

Where is the body now?

Too many questions remain unanswered

Charles: Why the statutory declaration

"There is an ulterior motive", says Charles

Who killed my brother?

Ketua UMNO cawangan nafi tuduhan Ku Nan, anggap fitnah

Walaupun tidak puas hati dengan Presiden parti, ketua-ketua UMNO cawangan tidak sanggup membuat kecoh pada PAU.
Rushdan-Mohamed_Tengku-Adnan_umno_600
KUALA LUMPUR: Dakwaan ketua-ketua UMNO cawangan akan membuat rusuhan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan pada 8 hingga 12 Disember adalah fitnah dan pembohongan besar.
Ketua Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa terdapat 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU nanti.
“Dakwaan Ku Nan (Tengku Adnan) bahawa ketua-ketua cawangan akan buat kecoh di PAU itu fitnah yang amat jahat dari Ku Nan.
“Apa motif dan faedahnya kita nak buat kacau, tak perlu.. sebab yang hadir itu semua kawan-kawan kami semua.
“Kenapa kita nak buat sesuatu, yang boleh memudaratkan.. Tidak ada faedah kami nak buat kecoh kat sana,” katanya kepada FMT.
Memetik laporan Sinar Harian, Ku Nan berkata 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU untuk mendesak Presiden berundur.
Ku Nan berkata mereka dibayar dengan duit dan diupah untu membuat kecoh di PAU.
Mengulas lanjut, Rushdan berkata ketua-ketua cawangan tentunya tidak akan melakukan perkara yang boleh memburukkan parti mereka sendiri.
Katanya, mereka hanya ingin mendesak supaya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.
“Kami ketua-ketua cawangan tidak akan melakukan perbuatan seperti itu (buat rusuhan di PAU)… tak wajar.

Polis buang masa siasat anak Azmin

Polis buang masa siasat anak Azmin
Lateefa ketika ditemui pemberita selepas keluar dari IPD Dang Wangi bersama Azmin dan ISteri serta dua anaknya.
KUALA LUMPUR - Polis didakwa hanya membuang masa menyiasat anak lelaki Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 4.0.
Peguamnya, Lateefa Koya berkata, banyak lagi kes jenayah yang lebih penting untuk polis menjalankan siasatan.
"Tetapi mereka (polis) membuang masa mendapatkan notis, waran tangkap dari
majistreet hanya untuk menyiasat seorang budak yang tidak bersalah dan ibu bapanya dalam rangka supaya mereka boleh terus ganggu pemimpin pembangkang atau aktivis kerana mempertikaikan kerajaan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau menemui pemberita bersama anak  guamnya selepas selesai memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi (IPD), Kuala Lumpur.
Menurut Lateefa, anak lelaki Azmin itu hanya ditanya lima soalan mengenai penglibatannya dalam himpunan Bersih.
"Soalannya tidak banyak dan saya tidak melihat kepada apa-apa jenayah atau sebagainya.
"Tapi untuk anak guam saya hanya lima soalan yang merujuk kepada sama ada beliau berada di perhimpunan, siapa yang bawa dia ke perhimpunan, kenapa pakai t-shirt Bersih dan sebagainya," katanya.
Beliau turut mendakwa remaja itu mempunyai hak untuk berhimpun susulan keputusan kerajaan menerimapakai Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang turut menggariskan hak untuk berhimpun.
"Dia mempunyai segala hak untuk berhimpun dalam perhimpunan aman kerana kita telah menerima CRC.

Azmin cabar Umno berhadapan, jangan ugut keluarga

MB AzminKUALA LUMPUR, 25 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mencabar Umno supaya berhadapan dengan beliau tanpa menekan keluarganya hingga memaksa memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Dengan wajah tenang, Azmin tiba di perkarangan IPD Dang Wangi pada jam 3.00 petang bersama isteri, Shamsidar Taharin dan anaknya, Mohd Basheer yang perlu memberikan keterangan ekoran kehadiran mereka dalam Perhimpunan Bersih 4, pada Ogos lalu.
“Umno jangan ganggu keluarga khususnya anak saya. Mereka harus berdepan dengan saya dan jangan cuba mengugut dengan menekan isteri atau anak saya.
“Saya cabar Umno mari berdepan dengan saya dan kita boleh menangani masalah ini dengan baik,” katanya.

Kongsi rahsia TPP yang mati dibunuh dengan polis, kata IGP


Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta adik mendiang Kevin Anthony Morais memberikan butir-butir yang terkandung dalam pen drive berhubung siasatan timbalan pendakwa raya itu sebelum pembunuhannya.
"Saya cadangkan dia kongsi maklumat dengan kami supaya tindakan yang dapat diambil.
"Kita tidak boleh bertindak jika kita tidak mempunyai maklumat mengenai rahsia Kevin,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurutnya, enggan mendedahkan maklumat adalah juga satu perbuatan jenayah.
"Jika dia (adik) mengetahui bahawa kesalahan tertentu berlaku tetapi enggan mendedahkannya, dia juga lakukan satu kesalahan," katanya.
Ketika ditanya sama ada polis akan merakam kenyataan daripada Charles Suresh Morais berikutan pendedahannya dalam akuan sumpah berkanun (SD), Khalid menjawab: "Ya, nampaknya, kita perlu panggil dia."
Dalam SD itu, Charles mendakwa pen drive itu dihantar kepadanya sebelum abangnya dibunuh.
"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.
"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah itu.
Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar, di pejabat peguamnya di Kuala Lumpur Charles ditanya mengapa beliau tidak menyerahkan pen drive itu sebagai bukti kepada pihak polis untuk menyiasat pembunuhan Kevin.

Perlu bedah siasat kedua Kevin Morais, elak kes dibuang, kata abang

Charles Morais, abang mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Morais berkata beliau mahu bedah siasat kedua dijalankan ke atas adiknya kerana hasil prosedur pertama tidak jelas, pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 November, 2015.Charles Morais, abang mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Morais berkata beliau mahu bedah siasat kedua dijalankan ke atas adiknya kerana hasil prosedur pertama tidak jelas, pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 November, 2015.Abang kepada mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Morais berkata beliau mahu bedah siasat kedua dijalankan ke atas adiknya kerana hasil prosedur pertama tidak jelas.
Charles Morais berkata punca kematian yang dinyatakan kemungkinan disebabkan lemas, dan ini akan membuatkan mereka yang didakwa dalam kes pembunuhan Kevin dibebaskan.
"Punca kematian ringkas (one liner), kemungkinan lemas. Tiada sebarang bekas pada badan.

"Saya ingin ketawa. Pertuduhan itu akan dibuang," katanya pada sidang akhbar di pejabat peguamnya Americk Sidhu. Enam lelaki didakwa berhubung pembunuhan Kevin, manakala ahli patologi Dr R Kunasegaran didakwa bersubahat.
Mayat Kevin ditemui dalam tong dram berisi konkrit itu dalam parit di Taman Subang Mewah, USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas penculikannya pada 4 September.
Charles berkata apa yang membimbangkan ialah penemuan kabur pada laporan bedah siasat pertama, menjadi alasan beliau memfailkan permohonan di mahkamah pada Isnin untuk prosedur kedua.
Bagaimanapun, tanpa diketahui Charles, adiknya Datuk Richard Morais, pada hari sama menuntut mayat Kevin dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur tanpa memberitahu mana-mana ahli keluarga.
Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Disember untuk pengurusan kes permohonan Charles bagi menjalankan bedah siasat kedua.

Azmin Ali cabar UMNO bersemuka

Isteri Azmin dan anaknya berumur 15 tahun disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 4.0.
azmin-aliKUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mencabar UMNO bersemuka denganya dan jangan menjadikan keluarganya sebagai sasaran untuk menyiasat Perhimpunan Bersih 4.0.
“Saya minta UMNO jangan ganggu keluarga dan anak saya. Mereka patut bersemuka dengan saya bukan gunakan anak saya. Saya cabar UMNO berdepan dengan saya secara terus,” katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Azmin tiba bersama isterinya bagi menemani anak mereka berumur 15 tahun yang dipanggil polis untuk memberi keterangan kerana hadir di Perhimpunan Bersih 4.0.
Mereka ditemani Peguan Latheefa Koya dan Radzlan Jalalluddin dari PKR.
Azmin berkata, perbuatan mengganggu keluarganya itu menunjukkan UMNO berada dalam situasi terdesak.
“Lebih 500,000 peserta yang hadir di Dataran Merdeka tetapi anak dan isteri saya yang menjadi sasaran.
“Ini menunjukkan UMNO dalam keadaan terdesak dan kita akan terus berjuang menentang ketidakadilan oleh UMNO,” katanya.
Isterinya, Shamsidar dan anaknya, Mohamad Basheer Noor Alhaq disoal siasat sejam setengah mengikut Seksyen 4 (2) (F) Akta Perhimpunan Aman (APA) kerana membawa anak bawah umur ke perhimpunan.

Ali Tinju pembohong, kaki fitnah – Ketua Cawangan UMNO

Dakwaan Ali Tinju kononnya akan berlaku kekecohan yang dibuat oleh ketua-ketua cawangan UMNO semasa PAU berlangsung nanti tidak berasas dan dianggap sebagai pembohongan
ali-tinju
PETALING JAYA: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan panggilan Ali Tinju dilabel sebagai seorang yang `pembohong’ gara-gara membuat dakwaan kononnya ketua-ketua cawangan UMNO akan membuat kecoh pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung pada bulan depan.
Ketua Cawangan UMNO Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata, Ali Tinju tidak perlu mengancam untuk mengadakan rusuhan kerana ketua-ketua cawangan UMNO tidak akan melakukan perkara-perkara seperti yang didakwa.
Katanya, ketua-ketua cawangan UMNO hanya ingin mendesak Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur kerana mereka tidak lagi mempercayai kepimpinannya lagi.
“Ali tinju ini sememangnya pembohong besar… Ali tinju kaki fitnah.
“Saya masih ingat dalam Facebook dulu hari-hari dia (Ali Tinju) bantai saya sebab saya desak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.. Namun selepas itu puji…. Dia ni lalang,” katanya kepada. FMT.
Rushdan mendakwa, kumpulan yang didalangi Ali Tinju itulah yang sebenarnya sering menimbulkan kekecohan dan membawa masalah kepada UMNO.
Katanya, ketua-ketua Cawangan UMNO tidak pernah membuat kecoh tetapi hanya menyuarakan pandangan untuk tidak mempercayai kepimpinan Najib.
“Yang sebenarnya, Ali tinju.. Baju Merah ini yang suka buat kecoh.
“Kita mana ada buat kecoh. Kita buat sidang media pun dalam keadaan aman.. Kita cuma menyatakan tidak percaya kepada Najib lagi..
“Bukan macam Ali Tinju,, kaki pembohong dan mengampu,” katanya.

'Kevin beri saya maklumat siasatan individu berpengaruh' kata adik lelaki

Adik lelaki Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh, Charles Suresh Morais, mendakwa bahawa beliau memiliki pen drive yang diberi oleh abangnya sebelum beliau menghilangkan diri.
 "Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.
"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah berkanun hari ini.
Menurut Charles, abangnya memberitahunya pada Ogos lalu bahawa beliau akan mengirimkan sesuatu kepadanya. Pendrive itu tiba pada Oktober.
Mayat timbalan pendakwa raya itu ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor pada bulan September.
Charles hari ini membacakan sebahagian daripada SDnya pada sidang media di pejabat peguamnya Americk Sidhu, di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, Kevin sebelum dilaporkan hilang sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.
Beliau juga mendakwa bahawa adiknya, Datuk Richard Morais, juga bersekongkol dengan ‘seseorang’ yang mengawal “permainan” yang membabitkan pembunuhan Kevin.
Dakwanya, atas alasan itu, Richard menuntut jasad Kevin daripada rumah mayat pada hari yang sama beliau memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kali kedua.

TPPA : 30 peratus peniaga IKS bakal gulung tikar

ParlimenKUALA LUMPUR, 25 NOV: Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia meramalkan 30 peratus daripada 650,000 peniaga akan ‘gulung tikar’ dalam tempoh dua tahun selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dipraktikkan.
Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar berkata, TPPA jelas menyebabkan ekonomi tempatan merosot dan memberi kesan negatif kepada pengusaha IKS tempatan.
“Menerusi TPPA, pelabur asing diberi layanan sama dengan apa diberikan kepada pelabur tempatan dan menerima perlindungan lengkap dalam industri.
“Mereka juga mendapat kebebasan penuh bagi menghantar keluar segala keuntungan diperoleh daripada perniagaan di Malaysia yang mana kerajaan tidak boleh mengenakan sebarang halangan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata TPPA akan menyebabkan peniaga IKS bersaing sama rata dengan pihak luar.
Beliau berkata, gambaran kerajaan terhadap TPPA adalah berbeza daripada realiti apabila pelabur dan peniaga akan terjejas apabila perjanjian itu dimeterai.
“Pemimpin kita berhujah mengenai TPPA seolah-olah ia perjanjian perdagangan bebas (FTA).
“Kita harus membezakan antara FTA dan TPPA kerana TPPA adalah mengenai kelulusan membenarkan pelaburan bebas di mana pihak luar mendapat hak sama rata dengan pelabur tempatan,” katanya.

Kevin kendali kes PM, Rosmah; 'AKM' di kertas pertuduhan

 Dakwaan draf kertas pertuduhan ke atas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan tandatangan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morias, kata adiknya.
Dalam akuan sumpah berkanun (SD) hari ini, Charles Suresh Morais berkata ketika melihat dua halaman kertas pertuduhan di laman web itu pada 30 Julai, beliau mengenali singkatan (initials) 'AKM' iaitu ringkasan tandatangan abangnya di satu daripada kertas itu.
"Selepas melihat draf ini sekali lagi, saya dapati bahawa satu daripadanya telah dipinda dan mempunyai tandatangan singkatnya.
"Selepas meneliti kertas pertuduhan itu secara terperinci, saya dapati ada tandatangan abang saya, Kevin bersebelahan pindaan itu. Saya biasa dengan tandatangan dan singkatan yang digunakannya," kata Charles dalam dalam SD.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu.
Charles dalam akuan bersumpahnya berkata beliau sentiasa berhubungan dengan Kevin, termasuk membuat dua atau tiga panggilan telefon sebulan dan saling bertukar e-mel.
Beliau juga mendakwa bahawa dua hingga tiga bulan sebelum pembunuhan Kevin pada September lalu, abangnya meberitahu bahawa beliau sedang mengendalikan kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam SD itu, adiknya itu juga mendakwa bahawa Kevin yang telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada dalam kedudukan yang tidak memberangsangkan.
“Katanya perbualan telefonnya mungkin diintip dan berhati-hati dengan apa yang saya katakan. katakan. Itulah sebabnya sebahagian besar perbualan kami biasanya dalam bahasa Malayalam,” katanya.
SPRM sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.

PAC: Former 1MDB CEO to be called again for proceedings

PKR: Wakil DAP boleh undi ikut suara hati di S'gor

'Sekatan media pada AGM Umno belum muktamad'

Jamil mahu jawab isu YaPEIM di mahkamah

'TPPA akan jejaskan pengusaha tempatan'

MP: Projek bauksit speaker 'tidak rasional'

Di Malaysia, panda dilayan lebih baik daripada...

Muhyiddin: Tiada siapa boleh diamkan saya

Menteri enggan ulas soalan politik kertas Pendidikan Moral SPM

Maria Chin 'perempuan sial' kata Ibrahim Ali

Peluk Hadi: PERKASA tegur Husam

'Umno hanya pecat pemimpin lantang atau rasuah' - Abe Him

Hanya pemimpin hebat dipecat dari Umno, kata Ibrahim

PERKASA menyifatkan hanya pemimpin yang hebat sahaja dipecat daripada Umno.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata demikian ketika mengulas isu pemecatan bekas Ketua Wanita Umno bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman dari parti semalam.
Kata Ibrahim lagi, berdasarkan senario politik parti itu, mereka yang dipecat kebiasaannya adalah mereka yang lantang mengkritik parti ataupun terlibat dengan politik wang.
"Macam Hamidah, bagi saya itu sudah takdir sebab manusia ditimpa musibah (dalam Umno) hanya dua perkara satu betul-betul dia buat salah, politik wang dan satu lagi kerana dia pemimpin hebat.
"Apatah lagi kalau dia bercakap lebih, menegur, mengkritik, tak dinaikkan pangkat dan dipecat maknanya dia pemimpin hebat," katanya.
Mengulas lanjut, bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata dalam perjuangan parti tidak ada istilah menghargai pengorbanan seseorang pemimpin itu walaupun mempunyai jasa yang besar kepada parti.
Semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Hamidah dipecat dari parti itu atas alasan berkaitan disiplin.
Hamidah sebelum ini dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut kepulangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.
‘Pribumi menjelang 2020, realiti, retorik dan cabaran’
Beliau juga lantang membidas Najib dan pernah mendesak supaya beliau melepaskan jawatan kerana terpalit dengan isu RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Hamidah adalah bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).
Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata, PERKASA akan mengadakan persidangan agungnya yang ke-6 pada bulan depan di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur.

Diamkan Muhyiddin? KJ kata 'tidak', Zahid ketawa kecil



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan terdapat cubaan untuk mendiamkan mana-mana individu semasa Perhimpunan Agung Umno yang bakal diadakan bulan depan.
Beliau mengulas sama ada keputusan Majlis Tertinggi bahawa ketua pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri merasmikan perhimpunan agung mereka sendiri sebagai usaha untuk 'menutup mulut' timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Ini tidak ada apa-apa hasrat atau niat untuk mendiamkan sesiapa. Cuma kita rasa bahawa tahun ini lebih sesuai perasmian di peringkat sayap (oleh ketua pergerakan masing-masing), itu sahaja," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi, yang juga hadir dalam sidang media itu, bila ditanya soalan yang sama, beliau berkata tiada niat untuk berbuat demikian.
"Mungkin mereka ada niat, tapi saya tidak fikir begitu," katanya yang ketawa kecil.
Khairy menjelaskan bahawa permintaan untuk merasmikan persidangan sayap Umno itu datang daripada beliau sendiri termasuk ketua Wanita dan Puteri.
"Perasmian tidaklah jadi sesuatu perkara yang tertulis dalam perlembagaan (parti), ataupun peraturan mesyuarat.

Apa dosa saya sehingga dihalang rasmikan sayap Umno, soal Muhyidin

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi Umno yang menghalang buat pertama kalinya seorang timbalan presiden daripada berucap merasmikan mesyuarat sayap Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015.  
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi Umno yang menghalang buat pertama kalinya seorang timbalan presiden daripada berucap merasmikan mesyuarat sayap Umno. 

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menghalang buat pertama kalinya seorang timbalan presiden daripada berucap merasmikan mesyuarat sayap Umno. "Apalah dosa saya lakukan terhadap Umno sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada timbalan presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?
"Atau apakah ada mereka yang cukup takut dengan apa yang akan saya ungkapkan di hadapan anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seseorang pemimpin," katanya yang juga ahli Parlimen Pagoh.

Meskipun dihalang, Muhyiddin berkata beliau tetap akan terus bersuara dan tidak akan mengalah dalam menyatakan pendiriannya. Melalui posting di laman Facebook miliknya, Muhyiddin berkata, beliau menghormati keputusan MT Umno itu, namun turut mengingatkan mereka tiada sesiapa yang boleh mendiamkan dirinya.
"Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam Umno bukanlah untuk mempertahankan individu,tetapi, untuk membela agama, bangsa, dan negara yang tercinta," katanya.
Beliau berkata, sejak 6 tahun lalu, sebagai timbalan presiden Umno, beliau menyampaikan amanat kepada perwakilan sayap Umno yang datang daripada seluruh negara dengan penuh tanggungjawab.
"Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar Umno terus gagah meredah cabaran zaman.
"Nampaknya saya tidak lagi berpeluang untuk menyampaikan amanat saya dalam majlis yang amat bermakna buat saya sebagai timbalan presiden," katanya.
Muhyiddin mendakwa, beliau dimaklumkan ada pihak tertentu yang mahu menghalangnya daripada berucap.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilaporkan berkata, keputusan untuk tidak membenarkan Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri parti Melayu itu atas permintaan pengerusi sayap.
Zahid berkata, keputusan itu dibuat ahli MT Umno demi menghormati permintaan pengerusi sayap parti Melayu itu.
"Itu permintaan pengerusi sayap. MT hormati permintaan pengerusi sayap," kata Zahid kepada pemberita, selepas berucap merasmikan Majlis pemangkaian pangkat bersekutu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kepada pemimpin muda di bawah Kesatria Muda Keselamatan (KMK), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Adakah saya dipecat kerana bersama Dr Mahathir, tanya Hamidah Osman

Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman mengetahui beliau dipecat parti menerusi media semalam. – Gambar web, 25 November, 2015. 
Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman mengetahui beliau dipecat parti menerusi media semalam. 

Pemimpin Umno Perak yang dipecat, Datuk Hamidah Osman tidak tahu punca sebenar pemecatan beliau daripada parti dan akan berbincang dengan penyokongnya terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan. Ketua Wanita Umno Gopeng yang dipecat malam tadi selepas mengkritik pemimpin Umno secara terbuka berkata, beliau akan membuat sidang media Jumaat ini untuk mengumumkan pelan masa depannya.
"Saya hanya tahu mengenai hal ini malam tadi selepas media menghubungi saya.

"Saya belum menerima sebarang makluman rasmi dan belum jelas punca keputusan ini dibuat," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini. "Saya dapati ia agak ganjil kalau saya dipecat kerana bersama Dr Mahathir kerana dia juga ahli Umno.
"Bagaimana saya boleh dipecat sedangkan penceramahnya tidak," katanya.
Bekas ketua penerangan wanita Umno itu menambah beliau percaya hanya “orang kecil” sepertinya akan berdepan dengan tindakan disiplin kepimpinan parti.
Pada Mei, Hamidah menganjurkan majlis Bicara Negara di Hotel Tower Regency, Ipoh yang menjemput Dr Mahathir berucap dan mempertikaikan Najib mengenai syarikat pelaburan kerajaan yang sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Bekas perdana menteri itu lantang menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai dana kontroversi itu dan berkata penggantinya tidak boleh dimaafkan kerana kehilangan RM42 bilion melalui pelaburan kerajaan itu.
Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zamry Abd Kadir berkata timbalan Hamidah akan menjawat sementara ketua Wanita bahagian Gopeng yang kini kosong.
“Kebiasaan dalam parti untuk timbalan mengisi jawatan ketua bila jawatan itu kosong,” katanya selepas mempengerusikan majlis exco kerajaan negeri di Ipoh hari ini.

NAJIB KIAN KALUT, KENAPA HANYA NAIB PRESIDEN NO 1 DAN NO 3 JUMPA MEDIA? MANA NAIB PRESIDEN NO 2?

Kejanggalan demi kejanggalan dan kekalutan demi kekalutan terus berlaku dalam UMNO. Selagi Najib Razak yang penuh masalah berada di tempatnya, selagi itulah UMNO, bahkan negara terus menjadi bahan ketawa.

Mula-mula mesyuarat MT diadakan di Bangunan Parlimen dan kemudian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri seperti kelazimannya. 

Tahun ini, hanya ketua sayap akan merasmikan perhimpunan masing-masing.

Selepas itu, diumumkan pula bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini akan diadakan secara tertutup dan petugas media yang membuat liputan turut dihadkan.  

Sebarang ucapan dan perbahasan tidak boleh lagi dilaporkan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya dan perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan ia bertujuan mengelakkan banyak salah lapor oleh media.

Serentak dengan itu, beliau juga mengumumkan bahawa dua Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang akhbar setiap hari pada sebelah petangnya untuk menjelaskan mengenai perjalanan perhimpunan dan bersoal jawab dengan pihak media.

Kenapa tiba-tiba Najib dan UMNO takut dengan media sehingga walaupun PAU diadakan di Dewan Merdeka yang serba moden dan canggih, tetapi dengan menjadikannya tertutup seolah-olah ia sedang bersidang dalam gua saja keadaannya?

Fitnah Khianat: Nurul Izzah mahu saman Khalid, Ismail Sabri

Tindakan itu dilakukan ekoran sesetengah pemimpin di dalam kerajaan yang telah mengaitkan Nurul Izzah dengan tindak-tanduk cuba mengkhianati negara
nurul-izzah,khalid-bakar,ismail-sabri
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang merupakan pemimpin kerajaan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memberitahu, dua individu berkenaan adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan ekoran sesetengah pemimpin di dalam kerajaan telah mengaitkan dirinya dengan tindak-tanduk cuba mengkhianati negara.
“Saya akan berbincang dengan pihak peguam untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap individu dan pemimpin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen pada Rabu.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah juga menjelaskan, dia akan bertemu dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis (esok).
“Saya akan bertemu mungkin esok kerana saya ada mendapat panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Aman,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nurul Izzah menjelaskan, tindakan Datuk Seri Azalina Othman Said yang berhasrat untuk membawanya kepada Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen adalah satu tindakan yang tidak wajar.
“Peristiwa ini berlaku di luar Dewan Rakyat. Jadi, kalau Azalina hendak tambah lagi satu peristiwa yang mengecam ahli Parlimen pembangkang silakan, senarainya panjang,” katanya lagi.
Nurul Izzah dikecam ekoran pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak perempuan kepada Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu, ketika kunjungannya ke Filipina baru-baru ini.

Polis siasat anak dan isteri, Azmin kata Umno terdesak

Polis hari merakamkan kenyataan daripada anak dan isteri Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan pembabitannya dalam perhimpunan BERSIH pada Ogos lalu.
Azmin dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun bersama isterinya, Shamsidar Tahrin tiba di IPD Dang Wangi sekitar jam 3.00 petang.
Mereka juga turut ditemani oleh lebih 50 penyokong.
 Bercakap kepada wartawan sebaik saja tiba di perkarangan balai polis itu, Timbalan Presiden PKR mencabar kerajaan Umno-BN agar berdepan dengan beliau dan tidak mengganggu anggota keluarganya.
"Saya minta Umno tidak mengganggu kelauarga saya dan anak saya sebaliknya mereka harus berdepan dengan saya dan bukannya dengan anak saya.

"Saya cabar Umno untuk berdepan dengan saya," katanya.
Menurutnya, tindakan polis memanggil anaknya hari ini adalah tindakan terdesak Umno-BN.
"Ada lebih 500 ribu berhimpun di Dataran Merdeka mengapa mereka hanya menyasarkan anak dan isteri saya. Ini satu petunjuk bahawa Umno terdesak.
"Kami akan teruskan usaha lawan kezaliman dan kemungkaran yang berlaku dalam Umno," katanya.
Polis sebelum ini meminta anak Azmin hadir di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 9 November lalu walaupun anaknya akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun pada hari yang sama.
Menurut Azmin, polis mengeluarkan Notis Seksyen 111 mengarahkan anaknya untuk dirakam keterangan kerana perhimpunan BERSIH.
Bagaimanapun, tarikh itu ditangguhkan.

UMNO kini tidak lagi ikut tradisi – Ku Li

Tun Musa Hitam yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, masih diberikan peluang oleh Presiden (Dr Mahathir) ketika itu untuk merasmikan sayap-sayap dalam parti.
Tengku-Razaleigh-Hamzah_umno_600
KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat sayap-sayap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang, dilihat bertentangan dengan amalan parti itu.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sejak parti itu ditubuhkan, ia merupakan kali pertama berlaku di dalam UMNO apabila Timbalan Presiden tidak dibenar merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti.
“Kali pertama amalan ini berlaku, Timbalan Presiden UMNO tidak diundang untuk merasmikan mesyuarat pemuda, wanita dan puteri,” katanya kepada FMT ketika ditemui di Parlimen pada Rabu.
Mengulas lanjut, veteran UMNO itu yakin bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO sudah memikirkan kesan dan akibat jika membenarkan Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap-sayap.
“Barangkali sudah difikir tentang implikasi kerana lari dari tradisi yang biasanya Timbalan Presiden akan merasmikan mesyuarat,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Tengku Razaleigh turut menyatakan keputusan MT UMNO itu mungkin akan memeranjatkan sesetengah orang, kerana bertentangan dengan amalan biasa.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa ketika Tun Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau masih diberikan peluang oleh Presiden UMNO ketika itu (Dr Mahathir) untuk merasmikan mesyuarat sayap-sayap dalam parti.
“Tun Musa Hitam berhenti sebagai Timbalan Perdana Menteri, dari kerajaan pimpinan Mahathir, dia dibenarkan berucap rasmikan sayap. Walaupun tidak jadi Timbalan Perdana Menteri tapi dia masih benarkan untuk merasmikan,” ujarnya lagi.
Muhyiddin sebelum ini seolah-olah disenarai hitam dari pimpinan parti itu setelah lantang dalam memberikan kritikan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dijadualkan berlangsung pada 8 Disember hingga 12 Disember ini.

Muhyiddin: Tiada siapa boleh diamkan saya

 Timbalan Presden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menghormati keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti semalam yang memutuskan beliau tidak dibenarkan merasmikan persidangan sayap-sayap parti sebagaimana lazimnya.
Namun katanya, dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkannya.
“Saya juga ingin mengingatkan mereka bahawa dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkan saya.
“Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam Umno bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tak Masuk Akal: Pembangkang kecewa usul bahas petisyen isu bauksit, ditolak

Pembangkang kecewa usul bahas petisyen isu bauksit, ditolakKUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen Pembangkang dari Pahang kecewa di atas keputusan Speaker Dewan Rakyat untuk menolak petisyen bagi mendesak Kerajaan Pusat supaya menggantungkan lesen pengeksportan bauksit buat sementara, dibahas.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, menyifatkan keputusan yang diambil Speaker Dewan Rakyat sebagai tidak munasabah.

"Kesan alam sekitar terhadap warga Kuantan amat buruk memandangkan ujian sampel air di sungai di Kuantan oleh Jabatan Alam Sekitar sendiri mendapati kandungan merkuri berada di Kelas 5 yang boleh mengakibatkan penyakit serius.

"Atas sebab itu, kami meminta supaya lesen pengeksportan digantung," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tambah beliau, lesen pengeksportan bauksit yang wajar digantung sementara dan bukan lesen perlombongan bauksit kerana jika lesen perlombongan yang digantung, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab boleh melakukan perlombongan haram.

"Dengan ketiadaan kegiatan pengeksportan, permintaan juga akan menurun dan seterusnya menghapuskan keperluan untuk mendapatkan bekalan," jelas Fuziah  lagi.

PAS persoal kenapa 1MDB jual Edra dalam keadaan rugi

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa 1MDB rugi apabila melepaskan Edra Global Energy Berhad (Edra) kepada syarikat asing, China General Nuclear Power Corporation (CGN Group). – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015.  
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa 1MDB rugi apabila melepaskan Edra Global Energy Berhad (Edra) kepada syarikat asing, China General Nuclear Power Corporation (CGN Group).

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) rugi apabila melepaskan Edra Global Energy Berhad (Edra) kepada syarikat asing, China General Nuclear Power Corporation (CGN Group). Beliau mahu tahu kewajaran di sebalik jualan tersebut jika ia dibuat semata-mata bagi melunaskan hutang 1MDB selama ini.
"Mengikut maklumat yang diberikan 1MDB kepada awam pada 3 Jun 2015, 1MDB melabur hampir RM12 bilion membeli aset penjana kuasa (RM8.5 bilion dalam Powertek,  RM2.3 bilion dalam KLPP,  RM1.2 bilion dalam Jimah),  dan ini tidak ditambah lagi dengan RM6 bilion hutang lapuk.

"Dan penjualan kepada CGN pada RM9.83 bilion. Bukankah perbezaan RM2.17  bilion itu kerugian? "Jika ya, mengapa penjualan ini diraikan sebagai kejayaan? Ia boleh disebut sebagai kejayaan jika 1MDB dapat mengurangkan hutangnya menggunakan keuntungan yang dijana sendiri.
"Ia juga boleh disebut sebagai kejayaan jika 1MDB mendapat untung daripada penjualan tersebut. Ini tidak. 1MDB mengurangkan hutangnya dengan menjual aset pada kadar merugikan," katanya dalam kenyataan.

Saya akan berdepan Jawatankuasa Parlimen dengan hati terbuka - Nurul Izzah

Saya akan berdepan Jawatankuasa Parlimen dengan hati terbuka - Nurul IzzahKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersedia untuk berdepan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung isu pertemuan beliau dengan anak perempuan kepada penceroboh Sabah, Jamalul Kiram III, Jacel Kiram, sekiranya usul untuk merujuk beliau diluluskan.

"Saya akan berdepannya dengan hati yang terbuka," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Selain itu, Nurul Izzah turut menyatakan bahawa beliau akan berbincang dengan pihak peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap individu yang telah mengaitkannya dengan tindak tanduk mengkhianati Negara.

"Ini termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta anggota kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," kata beliau.

Menurutnya lagi, beliau akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi nanti.

Pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata, usul untuk merujuk Nurul Izzah itu tersenarai dalam aturan mesyuarat di sidang Parlimen hari ini dan ia dibuat mengikut Perintah Tetap 27(3) dan 80 untuk merujuk naib presiden PKR itu kepada jawatankuasa berkenaan.

"Perincian usul tersebut telah menyatakan bahawa pertemuan tersebut telah dilihat bertentangan dengan angkat sumpah sebagai ahli Parlimen dan sumpah setia Nurul Izzah kepada Malaysia.,

"Tindakan Naib Presiden PKR itu dianggap suatu penghinaan kepada Majlis Mesyuarat yang turut mencemarkan nama baik dan imej Dewan Rakyat," katanya di Parlimen.

Azalina berkata, keputusan itu akan memberi peluang kepada Nurul Izzah untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu berhubung pertemuannya dengan Jacel.

Menurutnya, gambar Nurul Izzah bersama seorang anggota keluarga diraja Sulu terkenal itu yang bertanggungjawab dalam pencerobohan ke atas Lahad Datu merupakan "isyarat yang nyata terhadap ketidaksetiaan kepada negara".

Skandal Lembu-Kondo: PKR cabar NFCorp dedah minit mesyuarat

 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencabar NFCorp mendedahkan minit mesyurat ahli lembaga pengarah dan mesyuarat agung tahunan yang memberi kelulusan kepada urusniaga RM49.75 juta. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 November, 2015.  
 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencabar NFCorp mendedahkan minit mesyurat ahli lembaga pengarah dan mesyuarat agung tahunan yang memberi kelulusan kepada urusniaga RM49.75 juta. 


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencabar National Feedlot Corporation (NFCorp) mendedahkan minit mesyurat ahli lembaga pengarah dan mesyuarat agung tahunan (AGM) yang memberi kelulusan kepada urusniaga RM49.75 juta. Beliau semalam mendakwa Putrajaya memberikan kelulusan retrospektif (tarikh dikemudiankan) ke atas pembelian 2 unit kondominium di Bangsar dan pemindahan RM40 juta kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC), yang dakwanya membolehkan pengerusi NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail bebas daripada tuduhan pecah amanah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Rafizi juga berkata beliau meneka yang kelulusan retrospektif itu diberikan wakil kerajaan dalam NFCorp selepas urusniaga berlaku.

"Orang ramai perlu diberikan hak untuk melihat sendiri bagaimana proses membuat keputusan NMLC menjadi anak syarikat selepas dana itu dipindahkan tanpa kebenaran," katanya. Skandal NFCorp bermula 2011 selepas pendedahan dibuat bahawa projek itu tidak mempunyai kemajuan sedangkan menerima pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan.
Salleh didakwa pecah amanah pada 2012 selepas pendedahan dibuat yang dana NFCorp digunakan untuk membeli 2 kondominium di One Menerung, Bangsar.
Kerajaan sebelum ini bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap NFCorp kerana kegagalannya membayar bunga dan asas pinjaman mudah itu.

Zunar terima anugerah kebebasan media antarabangsa

 Kartunis satira politik tanah air Zunar menerima Anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa 2015 daripada Committee to Protect Journalists (CPJ) di New York, semalam. – Gambar Facebook, 25 November, 2015.  
Kartunis satira politik tanah air Zunar menerima Anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa 2015 daripada Committee to Protect Journalists (CPJ) di New York, semalam. 

Kartunis satira politik tanah air, Zunar menerima Anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa 2015 daripada Committee to Protect Journalists (CPJ) di New York, semalam. Tahun lepas, kartunis dengan nama sebenar Zulkiflee Anwar Alhaque menerima Anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial daripada Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).
Dalam kenyataannya, Zunar berkata anugerah yang diterima daripada kartunis lagenda Garry Trudeau itu ditujukan kepada semua peminat karyanya.

"Saya ingin mendedikasikan anugerah ini kepada semua peminat, penyokong dan rakyat Malaysia, serta warga dunia yang sentiasa berdiri teguh menyokong saya sepanjang masa," katanya. Karya Zunar yang kerap mempersendakan kerajaan tidak disenangi Putrajaya apabila karya terkininya "Sapuman - Man of Steal" disiasat di bawah Akta Hasutan.
Tahun lepas, pengendali laman web beliau turut disiasat polis di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.
Sehingga kini, 7 karya beliau diharamkan dan dirampas polis, antaranya adalah "Conspiracy to Imprison Anwar", "Pirates of Carry-BN" dan "Rose in Kangkong Land".
"Ia tanggungjawab dan hak saya selaku warganegara mendedahkan rasuah, salah laku dan ketidakadilan. Undang-undang seperti Akta Hasutan bermakna melukis kartun adalah satu jenayah.
"Kerajaan Malaysia adalah kerajaan kartun, kerajaan kartun, kartun untuk kartun - maaf Abraham Lincoln," katanya dalam ucapan sewaktu menerima anugerah itu.

Gugur tuduhan skandal NFC, Peguam Negara patut beri penjelasan


KUALA LUMPUR 25 NOV: Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali perlu memberi penjelasan terbuka mengenai keputusan menggugurkan pendakwaan terhadap Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Sedangkan, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menolak cubaan Salleh untuk menggugurkan pendakwaan terhadapnya.
“Dengan menggugurkan pendakwaan itu, adakah Apandi mahu menunjukkan bahawa Peguam Negara terdahulu, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak melakukan kerja dengan baik dan tersilap mendakwa Salleh?
Dr-Mohamad-Salleh-Ismainfc“Pihak pendakwaan juga tidak membantah tawaran untuk Salleh dibebas. Adakah Apandi bersetuju untuk memberi Salleh pembebasan? Apakah alasan untuk berbuat demikian?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Salleh dikenakan dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965 pada Mac 2013 tetapi dibebas semalam selepas Pejabat Peguam Negara menggugurkan semua pertuduhan selepas peguam belanya membuat permohonan.
Pada 12 Mac 2012, Salleh, 66, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah RM9,758,140 melalui empat cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Salleh juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan RM40 juta melalui satu cek, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009, ke akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd yang beliau dan seorang anaknya adalah pemilik syarikat.
Nie Ching berkata, Apandi juga perlu memberi penjelasan sama ada tindakan undang-undang diambil terhadap NFC bagi memperoleh semula pinjaman RM250 juta kerana syarikat itu sepatutnya membayar semula jumlah itu dari 2012 hingga 2028.

PAU: Umno belum putuskan Muhyiddin berucap atau tidak, kata Ku Nan

muhyiddin
Majlis Tertinggi Umno masih belum memutuskan sama ada untuk membenarkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berucap di dalam Perhimpunan Agung Umno Disember depan.
KUALA LUMPUR, 25 November:
Majlis Tertinggi Umno masih belum memutuskan sama ada untuk membenarkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berucap di dalam Perhimpunan Agung Umno Disember depan.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara tersebut tidak dibincangkan di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang diadakan di Parlimen pada Selasa.
“Nanti kita putuskan, kalau dapat ilham nanti kita bagitau. Semalam tidak ada dibincangkan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.
Mengulas mengenai liputan media sewaktu ucapan dasar Presiden dan pergulung, Tengku Adnan menjelaskan perkara itu juga masih belum diputuskan.
“Kita tengah fikirkan, tapi selalunya kita bagilah. Kita belum dapat ilham. (Pergulungan juga) nanti kita putuskan, belum dapat ilham,” katanya.
Terdahulu,  Tengku Adnan menjelaskan tiada liputan media dalam perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2015.
Kata Tengku Adnan, dua orang Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang media untuk mengupas apa yang berlaku dalam perhimpunan agung itu.
“Ya, sebab kamu orang sebahagian media terutamanya online suka spin (pusing cerita). Kami tidak suka apa yang dilakukan itu diputar belitkan dalam keadaan yang salah. Majlis Tertinggi putuskan dalam mesyuarat , no.
“Kita telah putuskan media bagi sidang media setiap hari. Media tidak dibenar berlegar merata-merata kawasan persidangan. Kita juga tidak akan pancarkan apa yang berlangsung dalam Dewan Merdeka pada skrin,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.

MP PAS terkilan, panda dapat layanan lebih baik daripada rakyat

Seorang ahli parlimen PAS melahirkan rasa terkilannya bahawa panda gergasi di Zoo Negara mendapat layanan lebih baik daripada kebanyakan rakyat negara ini.
"Menguruskan pusat pemuliharaan panda bukannya murah. Panda dilayan dengan baik di bumi bertuah ini," kata Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian selepas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamin Samuri mendedahkan kepada Dewan berhubung kos yang ditanggung oleh kerajaan dan Zoo Negara bagi memelihara binatang berkenaan.
"Kos operasi dan penyelenggaraan adalah RM2.25 juta setiap tahun yang ditanggung oleh Zoo Negara.
"Kerajaan telah membayar RM6.94 juta sebagai yuran pemuliharaan kepada China sejak 2014 seperti yang ditetapkan dalam perjanjian antara kedua-dua negara," katanya.
Menurut Perjanjian Pemuliharaan Antarabangsa Malaysia-China, dua ekor panda itu akan tinggal di Malaysia selama 10 tahun.
Hamin juga berkata Malaysia akan membayar AS$600,000 (kira-kira RM2.52 juta) sebagai yuran pemuliharaan ke China untuk dua anak panda kembar yang dilahirkan pasangan panda itu yang akan ditanggung oleh Zoo Negara.
Ahmad Baihaki, seterusnya bertanya, "Adakah wang yang dibelanjakan untuk pandaitu mencapai objektif negara untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Zoo Negara dan Malaysia?"
Hamin berkata, Zoo Negara mencatatkan peningkatan pengunjung sebanyak 20 peratus.
Manakala, manfaatnya, kata beliau boleh dilihat dari segi diplomatik di mana nilai dagangan RM200 bilion dicatatkan antara Malaysia dan China.

RM2.25 juta kos operasi selanggara panda di Zoo Negara

 RM2.25 juta kos pengoperasian pasangan panda gergasi China, Xing Xing dan Liang Liang dan penyelenggaraan Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) ditanggung  Zoo Negara setiap tahun. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015.  
RM2.25 juta kos pengoperasian pasangan panda gergasi China, Xing Xing dan Liang Liang dan penyelenggaraan Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) ditanggung Zoo Negara setiap tahun. 

RM2.25 juta kos pengoperasian pasangan panda gergasi China, Xing Xing dan Liang Liang dan penyelenggaraan Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) ditanggung  Zoo Negara setiap tahun.Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri berkata RM6 juta kos konservasi turut ditanggung  Zoo Negara untuk dibayar kepada pihak China sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian Malaysia-China tahun lepas.
" Kerana panda gergasi betina, Liang Liang  melahirkan seekor anak panda pada 15 Ogos lepas, sumbangan yuran konservasi sebanyak AS$600,000 (RM2.5 juta) akan diberikan sekali sahaja kepada China selepas anak panda tersebut berusia setahun," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Baihaki ingin mengetahui tentang kos sewa dan sara hidup pasangan panda gergasi sejak kedatangannya dari China pada tahun lepas. Hamim berkata kemasukan pasangan panda gergasi itu selain mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, ia juga menggalakkan aktiviti penyelidikan konservasi.
"Ia juga menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara apabila dalam sektor pelancongan, pengunjung ke Zoo Negara bertambah 20% iaitu daripada
588,000 orang pada 2013 sehingga 700,000 orang pada 2014," katanya. – Bernama

Media tidak dibenar buat liputan perbahasan PAU 2015

ku nan 1
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tiada liputan media dalam perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2015.
KUALA LUMPUR, 25 November:
Tiada liputan media dalam perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2015, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Kata Tengku Adnan, dua orang Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang media untuk mengupas apa yang berlaku dalam perhimpunan agung itu.
“Ya, sebab kamu orang sebahagian media terutamanya online suka spin (pusing cerita). Kami tidak suka apa yang dilakukan itu diputar belitkan dalam keadaan yang salah. Majlis Tertinggi putuskan dalam mesyuarat , no.
“Kita telah putuskan media bagi sidang media setiap hari. Media tidak dibenar berlegar merata-merata kawasan persidangan.
“Kita juga tidak akan pancarkan apa yang berlangsung dalam Dewan Merdeka pada skrin,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.
Mengulas mengenai ketiadaan seorang lagi Naib Presiden parti, Datuk Seri Shafie Apdal, Ku Nan berkata Shafie tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi pada Selasa.
“Kita ada dua sekarang lagi seorang semalam tak ada, nanti kalau dia balik ajaklah sekali.
“Sekarang ini kita letak dua sahajalah, sebab semalam dia tak datang. Nanti Shafie balik, saya tanya kalau dia nak pegi boleh pegi,” katanya.

Pemecatan Hamidah bukti penyokong Najib terdesak

Pemecatan Hamidah itu jelas menunjukkan Pergerakan Wanita UMNO sudah berani tidak seperti ketua-ketua mereka
najid,kadirPETALING JAYA: Pemecatan bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman daripada jawatan dan ahli UMNO boleh disimpulkan seperti sebuah peribahasa `pukul anak sindir menantu’.
Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin berkata, pemecatan itu jelas menunjukkan satu lagi contoh keterdesakan penyokong-penyokong Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sangat setia kepadanya.
“Mereka tidak berani bertindak ke atas pengkrtik Mohd Najib yang lebih `power’ macam Dr Mahathir, Muhyiddin dan Shafie.
“Jadi mereka memangsakan seorang lagi ahli Pergerakan Wanita,”
Sambil menyindir, A. Kadir Jasin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Bhd berkata, ramai ahli Pergerakan Wanita kini telah berani sebaliknya, ketua-ketua mereka tidak seperti itu.

Ahli MT cadang Muhyiddin dipecat

Cadangan itu bagaimanapun dikatakan ditolak sebahagian besar Ahli MT.
muhyiddin_mykmu_umno_600PETALING JAYA: Beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO dikatakan telah mencadangkan kepada pucuk pimpinan UMNO supaya memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat MT pada Selasa.
Cadangan itu bagaimanapun tidak diterima oleh sebahagian besar Ahli Majlis Tertinggi yang mahu Muhyiddin dikekalkan.
Dakwaan itu dibuat oleh blog pro-UMNO, MYKMU yang memetik sumber dalaman.
“Isu pemecatan Timbalan Presiden UMNO ada dibincangkan setelah dibawa oleh beberapa orang ahli MT namun ditolak oleh mesyuarat MT,” tulis blog itu.
Mesyuarat MT semalam memutuskan memecat Ketua Wanita Bahagian Gopeng yang juga bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman.
Hamidah didapati bersalah kerana melanggar disiplin parti kerana tindakannya mengkritik kepimpinan parti dan terlibat secara langsung dalam forum yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemerhati politik meramalkan Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal dipecat bagi mengelak konflik yang lebih teruk pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Erdogan dan BJ Habibie

Oleh Abd Shukur Harun
Ketika memikirkan keinginan yang menggunung di kalangan rakyat, khususnya umat Islam, untuk menyaksikan kemunculan pemimpin dunia baru bukan saja di rantau ini, bahkan dipelbagai belahan dunia, saya segera teringat 2 sosok yang sangat menarik dan menjanjikan – Recep Tayyip Erdogan dan BJ Habibie.
Erdogan yang kini muncul sebagai presiden Turki setelah menang dalam pemilihan umum di negaranya dan BJ Habibie, bekas presiden ke-3 Indonesia, kiranya tampil sebagai pemimpin dunia baru yang diharapkan.
Walaupun Habibie sudah tidak lagi berkuasa setelah meletakkan jawatan secara terhormat, tetapi beliau mengukir sebuah legasi kepimpinan yang mempunyai saham besar dalam membangun peradaban Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia.
Sementara Erdogan pula, dengan segala keberanian dan kebijaksanaannya mampu menjadi pemimpin harapan dunia Islam seluruhnya, setelah pemimpin dunia Arab yang terkepung dengan pelbagai masalah tidak mampu muncul sebagai pemimpin yang diharapkan. Erdogan yang memimpin AK Parti daripada mula lagi ketika ia berada di pentas politik, walaupun tidak menjanjikan pembentukan sebuah “negara Islam”, tetapi apa yang dilakukannya sebagai perdana menteri hingga sebagai presiden Turki ialah melaksanakan Islam sebagai nilai hidup rakyat Turki.
Ia tidak menampilkan sebarang label atau jenama Islam dalam pemerintahannya, tetapi berjaya membawa pendekatan Islam dalam kehidupan rakyat Turki.
Ketika saya berkunjung ke Angkara ddulu, di sana ada gambar Mustafa Kemal Attaruk, bapa sekular Turki tergantung di dinding parlimen di situ.
Hal ini pernah ditanyakan kepada Erdogan, mengapa gambar Attaturk masih tergantung di sana. Lalu Erdogan menjawab:
“Itu hanya gambar, ia tidak lebih dari gambar. Yang penting kami melaksanakan Islam secara bertahap di negara kami.”
Ini sebuah jawapan yang memancarkan kebijaksanaan pemikiran pemimpin baru dunia Islam itu.
Banyak ciri Islam yang ditampilkan pimpinan Erdogan sejak beliau dan partinya berkuasa. Antaranya suara muazzin berkumandang semula, rangkaian madrasah terkemuka Imam Khatib begitu subur sekali di Turki, muslimat dibenarkan memakai pakaian menutup aurat, bukan saja di institusi pengajian tinggi bahkan di jabatan kerajaan dan semua tempat.

Harga diri ‘Ulama’ dengan ilmu mereka dan pemerintah dengan kuasa

Oleh DR ABDULLAH FARJULLAH
HARGA diri / maruah pernah disebut sebagai penguasaan akal terhadap nafsu serakah yang cenderung kepada kekurangan dalam segala aspek hidup. Ia juga ditafsirkan sebagai penggunaan sesuatu tindakan dan sebagainya yang menghiasi diri seseorang dengan meninggalkan sesuatu yang tidak baik yang boleh menjejas harga diri tersebut.
Atau ia juga dikatakan sesuatu yang bersifat akhlak yang terpuji serta menjauhkan perkara yang melibatkan perilaku yang negatif.

Hakikatnya harga diri itu seperti yang pernah dijelaskan oleh al-Marhum Ibnu Qaiyim al-Jauziyyah ialah menjauhkan segala perkara keji sama ada yang melibatkan perkataan, akhlak atau perbuatan manusia. Beliau menegaskan bahawa harga diri itu ialah apabila seseorang itu memiliki sifat-sifat kemanusiaan sejati dan jauh dari sebarang sifat kebinatangan dan Syaitan.
Justeru dalam diri manusia itu terdedah kepada tiga bentuk elemen, dua daripadanya negatif dan satu lagi bersifat positif.
Adapun yang bersifat negatif: Pertama, yang membawa kepada sifat syaitan seperti takabbur, sombong, bongkak, hasad, meninggi diri, cenderung kepada kejahatan, suka membuat gangguan dan kerosakan serta menipu. Kedua, iaitu yang menyeru kepada sifat kebinatangan seperti suka mengikut nafsu syahwat yang tidak baik.
Ketiga, yang menyeru kepada sifat ketuhanan seperti suka berbuat baik, memberi dan menerima nasihat, melakukan kebajikan, berilmu dan patuh kepada kebenaran.
Selanjutnya Ibnu Qaiyim menegaskan lagi, hakikat tanda sebenar seseorang itu memiliki harga diri/ maruah yang baik ialah sentiasa merendah diri, memiliki sifat-sifat ketuhanan dalam diri dan yang tidak ada harga diri ialah mereka yang tidak merendah diri dan selalu kalah di hadapan sifat-sifat kebinatangan dan syaitan.
Para ‘ulama’ Islam dari dahulu hingga ke hari ini telah menggariskanpanduan kepada kita hari ini, bahawa setiap sesuatu itu terdapat harga dirinya tersendiri, setiap orang mesti memiliki dan bersifat dengannya agar menuju manusia yang bermaruah, di mana maruah atau harga diri itu pula diibaratkan sebagai tanah yang subur yang mengeluarkan pokok yang tumbuh dari benih yang baik.

Bajet 2016: ‘Kegagalan Dibanggakan’

MUQADDIMAH

Saya tidak berpeluang untuk membahas bajet di Parlimen kali ini di peringkat dasar. Akan tetapi banyak dari apa yang perlu dinyatakan telah dinyatakan. Namun ada beberapa isu yang mungkin saya ulas dengan cara yang agak berbeza. Dan sambil sidang Parlimen berehat sempena perayaan minggu ini, saya ambil kesempatan untuk menulis apa yang ingin saya sampaikan.

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET

Kami terpaksa duduk diam selama 2 jam mendengar ucapan pembentangan bajet oleh PM. Bila ianya berakhir dan sambil PM mula duduk, tiba-tiba hampir kesemua Ahli Parlimen Pembangkang berdiri memegang plakard yang tertulis atasnya, “Mana RM 2.6 Billion?” PM jelas kelihatan tersentak oleh kerana tidak disangkanya tindakan sebegitu rupa oleh pihak pembangkang. Dia mungkin telah bersedia untuk melihat pembangkang menjulang buku Bajet alternatif Pakatan, seperti yang telah dilakukan sebelum ini, tetapi plakard itu sesuatu yang jauh berbeza.

Sebenarnya, secara terus terang saya nyatakan, saya hairan mengapa dia terkejut dengan tindakan kami. Ini adalah ISUNYA yang berlegar di minda rakyat selama ini dan ini adalah SOALANNYA yang perlu dijawab. Maka dia sepatutnya sudah menjangkanya. Akan tetapi, berada dalam singgasananya, sambil hanya dikelilingi oleh tukang bodek, dia langsung tidak sedar betapa rakyat dah naik sesak nafas oleh semua isu ini.

Mendengar ucapan pembentangan tersebut saya membuat kesimpulan bahawa kerajaan BN tidak mengetahui apa maksudnya ‘tata kelola yang baik’ atau apa itu pentadbiran yang berjaya, khususnya dari sudut ekonomi. Kegagalan dibanggakan sebagai kejayaan dan saya dah mula sangsi samada BN faham apa itu kerajaan berjaya dan cirinya.

Akan tetapi, untuk memendekkan cerita, saya putuskan untuk menamakan Bajet 2016 sebagai bajet “Kegagalan Dibanggakan”. Saya akan jelaskan sebabnya melalui empat contoh yang jelas lagi bersuluh seperti yang berikut.

Kegagalan Dibanggakan (1) – GST

Sambil saya mendengar PM membentangkan ucapan bajet, saya terkejut dengan pengakuannya bahawa kalau tidak disebabkan kerana kutipan GST, kerajaan tidak akan mempunyai duit untuk membayar gaji kakitangan kerajaan! Terus saya terfikir, adakag dia faham apa sebenarnya yang dia sebut?

Sudah pasti ianya pengakuan jelas di atas kegagalan dirinya sendiri dalam mentadbir. Kegagalan untuk melaksanakan dasar-dasar yang memungkinan hasil diperolehi dari sumber selain dari poket rakyat. Terkejut saya apabila ianya bukan sekadar tidak diakui sebagai satu kegagalan tetapi sebliknya disanjung sebagai satu ‘kejayaan’ kerajaan. Mengikut lojik songsang mereka, ianya membuktikan bahawa kerajaan betul dan bertindak tepat mengenakan GST walaupun ditentang pihak pembangkang.

Ditegaskan bagaimana GST telah mendatangkan hasil tambahan sebanyak RM 21 Billion kepada kerajaan dan bagaimana ia berjaya menampung berkurangnya hasil minyak dan gas. Hakikat bahawa ianya hasil dari rakyat dan bukan dari pertambahan produktiviti atau keuntungan dianggap tidak releven oleh mereka! Mana-mana badut sekali pun akan mampu menambahkan hasil dengan menaikkan cukai! Maka apa yang layak dibanggakan?

Apabila disebut bahawa GST menyebabkan inflasi dan kenaikan kos kehidupan bagi rakyat biasa, maka dijawab 160 negara mengamalkan sistem cukai GST! Adakah itu menjawab soalan inflasi dan kesannya? Soalannya mengenai inflasi yang disebabkan GST, BUKAN berapa negara mengenakan GST! Bagaimana untuk brerhujjah dengan orang sebegini terfikir saya. Lain ditanya, lain pula yang dijawab!

Apabila dihujah ianya tidak adil mencukai orang yang berpendapatan sekadar cukup untuk menyara hidup mereka, sekali lagi isu 160 negara disebut kembali. Adakah itu bermakna ianya adil? Sekali lagi isu yang ditimbulkan tidak dijawab. Isunya keadilan dan bagaimana GST yang merupakan sistem pencukaian bersifat regressif, mencukai walaupun yang miskin, BUKAN berapa negara mengutip GST!

Adalah mungkin wajar, untuk disimpulkan bahawa lojiknya ialah negara perlukan sesuatu untuk dibangga dan dipestakan, maka mengapa tidak GST!

Kegagalan Dibanggakan (2) - Pembayaran BR1M

JANGAN TERKEJUT, MUNGKIN HANYA NAJIB SEORANG SAJA BERUCAP DI PENUTUP PAU 2015 KALI INI?

Kebimbangan Najib Razak terhadap Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini atau PAU 2015 ialah meliputi dua perkara - perasmian mesyuarat sayap-sayap dan ucapan penggulungan pada hari terakhir perhimpunan.

Dalam mesyuarat MT  semalam, di sebalik Muhyiddin tidak diambil sebarang tindakan, Najib berjaya menyekat suara Timbalan Presiden UMNO itu daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri dengan memutuskan ketua sayap masing-masing merasmikannya.
Najib memberi alasan bahawa tindakan itu diputuskan kerana kononnya ia adalah kehendak serta permintaan ketua-ketua sayap tersebut dan MT hanya menunaikan sahaja.

Adakah betul MT menunaikan kehendak ketua-ketua sayap atau sebenarnya ia merupakan kehendak Najib yang terpaksa dipatuhi oleh ketua-ketua sayap?

Tetapi dengan menyekat Muhyiddin berucap merasmikan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri itu, ia secara langsung mengesahkan ketakutan Najib terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri yang sudah dipecatnya itu.

Apakah yang menyebabkan Najib begitu takut dengan suara Muhyiddin dalam PAU 2015 kali ini? 

Kerana 1MDB? Kerana derma RM2,600 juta? Atau kerana pelbagai isu menyaluti dirinya yang semakin melemahkan UMNO jika dibangkitkan satu persatu oleh Muhyiddin akan membangkitkan protes senyap terhadapnya?

Apa pun isunya yang menyebabkan Najib takut dengan Muhyiddin, kesimpulannya ialah beliau takut dengan kebenaran?

Dengan Muhyiddin tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan serentak ketiga-tiga sayap itu, bukan saja simpati terhadapnya terus melonjak, tetapi yang paling ditunggu-tunggu sekarang ialah ucapan penggulungannya pada hari terakhir PAU 2015 nanti.

Walaupun bertembung tokoh besar, Akmal kata dia bukan Rafizi

Pengarah NOW Akmal Nasir bercakap kepada media di ibu pejabatnya di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 20 November, 2015. Akmal Nasir berkata ingin menumpukan pada pendedahan daripada menyertai politik buat masa terdekat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015. 
Pengarah NOW Akmal Nasir bercakap kepada media di ibu pejabatnya di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 20 November, 2015. Akmal Nasir berkata ingin menumpukan pada pendedahan daripada menyertai politik buat masa terdekat. 

Walaupun baru 29 tahun tanpa kedudukan atau kerusi di Dewan Rakyat, Akmal Nasrullah Mohd Nasir atau Akmal Nasir mendapati dirinya kini bertembung dengan seorang menteri kanan, iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Pertembungan beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal agama itu menyebabkan beliau dibandingkan dengan pemimpin PKR, Rafizi Ramli.
Sebelum menjadi ahli Parlimen, Rafizi terkenal apabila mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp) dan bertembung dengan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di mana suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail adalah pengerusi eksekutifnya.

Bagaimanapun semalam, Mohamad Salleh dibebaskan mahkamah dari sebarang salah laku jenayah yang melibatkan wang bernilai RM49.7 juta. Akmal, pemuda lepasan ijazah bidang sains dan aktuari dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat boleh dianggap sebagai pemimpin PKR termuda pernah memegang jawatan sebagai ketua cabang Johor Baru.
Bagaimanapun, usia begitu muda tidak pernah menghalang Akmal, pemuda kelahiran Kuala Lumpur, untuk menceburi arena politik, malah menganggap ia satu kelebihan.
Apatah lagi dengan pendedahan mengenai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) benar-benar menaikkan nama pemuda itu.
Menurut Akmal, beliau mula berjinak dengan dunia politik selepas kembali ke tanah air setelah menamatkan pengajiannya di luar negara pada 2009.
Anak pegawai polis yang menetap di Johor Baru itu memulakan kerjaya politiknya dengan bekerja di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor selama 2 tahun setengah.
"Saya pun tidak menjangka akan 'terjebak' dalam dunia politik. Saya memilih sains aktuari kerana diberitahu bidang tersebut amat diperlukan negara, namun apabila saya kembali ke Malaysia dengan keadaan semasa negara ketika ini, saya berazam membantu mana yang boleh (masuk politik).
"Saya sertai pejabat penasihat ekonomi negeri pada 2010 apabila Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan menjadi ketua eksekutif di sana," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Sekat Muhyiddin hanya tambah popularitinya

 Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang setiap sayap Umno akan dirasmikan ketua masing-masing, dan bukan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya dapat mengekalkan suasana positif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015. 
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang setiap sayap Umno akan dirasmikan ketua masing-masing, dan bukan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya dapat mengekalkan suasana positif. 



Tindakan menghalang Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada merasmikan perhimpunan Pemuda dan Wanita Umno pasti akan menambah simpati, populariti dan mengangkat maruahnya ke taraf lebih tinggi, kata bekas menteri penerangan Datuk Zainudin Maidin.
Bekas ketua pengarang Utusan itu berkata populariti itu bukan sahaja daripada ahli Umno, tetapi juga pembangkang dan kalangan rakyat berbilang kaum seluruh negara, katanya dalam tulisan blog beliau hari ini.
"Pertanyaan popular ialah kenapa Najib mahu menutup mulut timbalan presiden untuk menyempurnakan amalan tradisi zaman-berzaman yang tidak melanggar perlembagaan parti?

"Sokongan beratus bahagian Umno nampaknya tidak memberikan keyakinan, kekuatan dan keberanian kepada Najib untuk menghadapi Muhyiddin seorang," katanya. Sekatan ini juga, katanya, menghakis lagi kewibawaan Najib sebagai presiden Umno dan menyebabkan semakin ramai rakyat sedar beliau tidak segagah keterampilannya.
"Ketua Pemuda, Puteri dan Wanita Umno janganlah membisu, sebaliknya mestilah mengesahkan dakwaan Najib yang mereka sendiri mahu memecahkan tradisi Umno bagi membuktikan Najib benar-benar King of Money," katanya.
Namun kata Zam, walaupun disekat daripada merasmikan mesyuarat itu, Muhyiddin akan mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan ucapannya bagi meneruskan tradisi zaman-berzaman.
"Inilah konklusi yang dapat dibuat saya setelah mengemukakan kemungkinan sekatan itu akan berlaku dalam perbualan dengan Tan Sri Muhyiddin di Cafe saya, Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 Putrajaya baru-baru ini," katanya.

Siasatlah, saya tak gentar – Tawfik Ismail

Dia dilaporkan akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya supaya JAKIM dimansuhkan.
tawfik
KUALA LUMPUR: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfik Ismail tidak gentar sekiranya disiasat kerana kenyataannya supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhkan.
Tawfik berkata, sebagai warganegara beliau berhak menyuarakan pandangannya dan tetap dengan pendiriannya itu.
“Saya masih lagi tunggu untuk dipanggil…Saya diberitahu mereka akan siasat saya jadi saya tunggu saja.
“Saya tidak ada apa-apa yang saya sembunyi, saya tetap dengan pendirian saya,” katanya kepada FMT selepas Majlis Sulan Azlan Shah Law Lecturer di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Sebelum ini sebuah portal melaporkan polis akan memulakan siasatan selepas laporan dibuat terhadapnya di Shah Alam.
Tawfik dilaporkan akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948, yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tawfik yang juga ahli G25 berkata, JAKIM masih dilihat tidak mempunyai peranan dan perlu dibubarkan.
Malahan Tawfik meminta JAKIM dan penyokongnya supaya menjawab kepada orang ramai mengapa jabatan itu merampas kuasa sultan dalam hal ehwal agama.

Artikel di blog, menantu Najib tuntut MP DAP mohon maaf

 Daniyar Kesikbayev - menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - menuntut Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri memohon maaf berhubung artikel di blognya yang menyebut tentang Kesikbayev.
Artikel bertajuk 'Faulty rewards system and changeable governments' telah diterbitkan di blog MP itu, 'Sakmongkol AK47'.
Ia telah diterbitkan semula oleh Malaysia Chronicles di bawah tajuk: "Son-in-law Daniyar to be Najib's new 'Jho Low': Disquiet over contract to renovate gov'ts office in New York."
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Noorhajran Mohd Noor, Daniyar menuntut artikel itu dikeluarkan dan permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.
Katanya, artikel itu tidak benar, berniat jahat, tidak berasas dan pembohongan yang bertujuan untuk merosakkan reputasi anak guamnya Daniyar Kesikbayev dan nama baik keluarganya.
Daniyar berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

PM’s son-in-law threatens lawsuit against Opposition MP

Daniyar Kesikbayev’s law firm says Mohd Ariff Sabri’s “lies” are “malicious, baseless” and demand an apology within 48 hours, failing which legal action will be taken against him.
lawsuitPETALING JAYA: The son-in-law of Prime Minister Najib Razak has threatened to take legal action against Opposition MP Mohd Ariff Sabri for making “malicious” and “baseless” allegations about him in a recent article.
According to a report in The Star Online, Daniyar Kesikbayev’s law firm Messrs Noorhajran Mohd Noor has demanded the article be taken down immediately and an apology issued by Ariff Sabri within the next 48 hours, failing which legal action will be taken against him.
The allegations against Kesikbayev were made in the MP’s latest posting on Sakmongkol AK47 titled: “Faulty Reward System and Changeable Governments” published on Tuesday.
The article was also picked-up by Malaysia Chronicle under the title: “Son-in-law Daniyar to be Najib’s new ‘Jho Low’: Disquiet over contract to renovate Govt’s office in New York.”
In the piece, Ariff Sabri alleges that a multi-million dollar renovation project was awarded to Kesikbayev for a building in New York housing Malaysia’s permanent representative to the United Nations.
In commenting about the contents of the article, Kesikbayev’s law firm, in a statement issued yesterday also said: “It is malicious, baseless and the lies are intended to harm the reputation of my client Mr Daniyar Kesikbayev and the good name of his family.”
“The words written by Mohd Ariff Sabri is intended to make representations, publishes imputations intending to harm or knowing or having reasons to believe that such imputations will harm the reputation of Mr Daniyar Kesikbayev,” it added.
Kesikbayev, who is also known as Daniyar Nazarbayev is married to Najib’s daughter Nooryana Najwa.

Najib sedar kenyataannya tidak lagi dipercayai – Zam

Presiden UMNO menggunakan nama ketua sayap UMNO berhubung keputusan menggantikan peranan Muhyiddin pada Perhimpunan Agung UMNO bulan depan kerana tahu kenyataannya tidak lagi dipercayai
Zainuddin-Maidin_najib_muhyiddin_600
PETALING JAYA : Keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggantikan peranan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ketua-ketua sayap UMNO dibuat kerana didorong perasaan takut.
Beliau juga dikatakan berselindung dengan keputusan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi, kononnya ia dibuat pemimpin berkenaan.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, hakikatnya Najib menyedari sebarang kenyataan darinya tidak dipercayai ahli UMNO.
Ulasnya lagi, Presiden UMNO itu terpaksa meminggirkan peranan orang nombor dua dalam parti kerana khuatir Muhyiddin akan menggunakan pentas berkenaan untuk mendedahkan segala-galanya.
Dalam keadaan sekarang katanya, ucapan beliau memang ditunggu bukan setakat ahli UMNO tetapi semua rakyat.
“Halangan kepada Muhyiddin untuk berucap pastinya akan menambah simpati, populariti dan mengangkat maruahnya kepada taraf yang lebih tinggi tidak sahaja kepada ahli UMNO, tetapi juga pembangkang dan kalangan rakyat berbilang kaum di seluruh negara,” katanya.
Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam berkata, sokongan beratus-ratus UMNO bahagian juga tidak memberikan keyakinan kepada Najib untuk menghadapi Muhyiddin.
“Sekatan ini juga menghakiskan lagi kewibawaan Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan menyebabkan semakin ramai rakyat sedar bahawa beliau tidak segagah keterampilannya.