Selasa, 24 November 2015

Salleh Man perlu nyatakan pendirian – Takiyuddin

Salleh perlu menyatakan pendirian dalam mesyuarat Pas Pulau Pinang yang akan diadakan Khamis ini.
Takiyuddin-Hassan_salleh-man_pas_600
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Salleh Man dipanggil untuk menghadiri mesyuarat Pas Pulau Pinang yang akan diadakan Khamis ini.
Ia bagi mendapatkan penjelasan terhadap kesetiaannya terhadap pimpinan kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia sejajar dengan pendirian pimpinan Pas Pusat yang memutuskan kerjasama dengan DAP dan tidak mengiktiraf PH, sepatutnya semua ahli Pas mamatuhi keputusan itu.
“ Pada hari ini kami menjemput Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang (Muhammad Fauzi Yusof) dan Setiausaha untuk memberikan taklimat.
“Keputusan kami ialah Salleh berjumpa dengan Pas Pulau Pinang pada 26 November dan menjelaskan tindakannya kepada mereka. Jadi kami serahkan kepada Pas negeri untuk memutuskan tindakan selanjutnya.
“Apabila Pas putuskan hubungan, Datuk Salleh Man sepatutnya patuh kepada keputusan itu,” kata Takiyuddin pada sidang akhbar di ibu pejabat Pas.
Pendirian Salleh mencetuskan kontroversi apabila dia berikrar untuk meneruskan sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Presiden PAS didesak berdebat dengan Husam dakwaan kerjasama dengan Umno

Bekas AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata, perdebatan adalah langkah terbaik menguraikan kekusutan ekoran dakwaan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berhubung kemahuan parti Islam itu menubuhkan kerajaan dengan Umno di Selangor tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015. 
Bekas AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata, perdebatan adalah langkah terbaik menguraikan kekusutan ekoran dakwaan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berhubung kemahuan parti Islam itu menubuhkan kerajaan dengan Umno di Selangor tahun lepas. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tampil ke depan berdebat dengan Datuk Husam Musa berhubung dakwaan mahu menubuhkan kerajaan dengan Umno di Selangor tahun lepas.
Bekas AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata, itulah langkah terbaik menguraikan kekusutan ekoran dakwaan itu.
"Sebagai pemimpin, Hadi perlu bersikap telus dan berterus terang dengan ahli dan masyarakat, sama ada benar usaha ke arah pembentukan kerajaan bersama Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor yang beliau usahakan pada 2014," kata Khalid dalam kenyataannya hari ini ekoran desakan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali agar beliau membuat penjelasan mengenai dakwaan itu.

Menurut ahli Parlimen Shah Alam itu, peristiwa 2008 berlaku 7 tahun yang lepas dan ianya sudah lama berlalu dan suasana sudah berubah. "Kalau masih ingin dibahas, tiada masalah. Tetapi yang lebih penting, adalah yang lebih semasa.
"Debat berhubung usaha pembentukan kerajaan PAS-Umno di Selangor pada 2014 perlu diadakan dengan kadar seberapa segera. Itu yang merupakan tumpuan dakwaan Husam.
"Supaya kesemuanya akan dengan itu menjadi jelas dan nyata dan tiada yang ditipu atau dilalaikan dengan kata-kata manis sambil usaha sebaliknya dilakukan,"'kata Khalid mengulas desakan Mustafa agar beliau menjelaskan mengenai peristiwa 2008 itu.

Mohd Amar: 'Gentleman'lah AMANAH...

Parti Amanah Negara (AMANAH) disarankan agar bersikap ‘gentleman’ dan tidak sesuka hati melabel PAS mempunyai ciri-ciri rangkaian pengganas Negara Islam (IS), kata Datuk Mohd Amar Abdullah.
"Dia (AMANAH) tak boleh ambil orang bawah cakap (dan kata) itu IS itu IS. Nanti saya kata dia sekular macam mana? Kalau nak melabel kita jangan begitulah.
 "Kena bersikap gentleman... Jangan nak melabel orang dan jangan ambil kira semua orang bercakap.
"Kalau ada pengaruh IS kenapa dulu dia terima bai'ah?" kata naib presiden PAS itu dalam sidang media di ibu pejabat PAS, hari ini.
Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof hari ini mendakwa anggota parti itu menjadi mangsa kepada ‘tindakan melampau’ ahli-ahli dan penyokong PAS.
Bercakap pada sidang media di Parlimen, MP Parit Buntar itu menyamakan tindakan mereka sama seperti ciri-ciri rangkaian pengganas IS.
Mujahid turut berkata anggota AMANAH dimaki hamun secara lisan dan juga di laman Facebook pada setiap hari.
Justeru, Mohd Amar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan mahu perkara itu dibuktikan terlebih dahulu sebelum tuduhan dibuat.
“Kalau kata ada (unsur) IS, sebab apa bukti IS nya? soal timbalan menteri besar Kelantan itu.
Mohd Amar turut mempersoalkan mengapa isu bai'ah talak dibangkitkan kini sedangkan ia adalah hak parti yang dipersetujui bersama oleh kepimpinan PAS.
Bahas bukan senyap
"Kalau dia (Mujahid) kata benda ini tak betul, dia sebahagian daripada perkara yang tak betul.
"Tak patut dia buat macam tu. Sepatutnya masa itu dia kena bahas, bangkang. Bukan senyap.
"Jadi kenapa sekarang bila dah keluar baru hendak bangkitkan? soal Mohd Amar lagi.

Rosmah dan Najib bersimpati sesama sendiri

Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau dan perdana menteri saling bersimpati apabila menjadi sasaran di media sosial. – Gambar fail AFP, 24 November, 2015. 
Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau dan perdana menteri saling bersimpati apabila menjadi sasaran di media sosial.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau bersimpati dengan Datuk Seri Najib Razak, susulan serangan-serangan yang dilemparkan di laman media sosial, dan suaminya itu pun turut sama bersimpati terhadap dirinya yang dijadikan sasaran untuk menjatuhkan kedudukannya sebagai perdana menteri.
"Bila saya tengok di media sosial, saya tanya (Najib) adakah ini mengenai saya? Adakah mereka cakap mengenai saya, tentang Rosmah ini?
“Kemudian dia (Najib) akan cakap, tidak. Ia bukan mengenai awak. Mereka nak jatuhkan saya (Najib) tetapi mereka tak dapat jatuhkan saya, kemudian libatkan isteri.

"Ia bukan mengenai awak, ia mengenai saya. Mereka nak jatuhkan saya melalui isteri," kata Rosmah, ketika berucap merasmikan klinik perundangan dan kebankrapan Wanita MIC hari ini. "Dia rasa simpati terhadap saya dan saya pun rasa simpati terhadap dia. Kami saling bersimpati."
Beliau berkata, disebabkan itu mereka sentiasa menjaga diri masing-masing.
"Itu yang menyebabkan kami sentiasa memastikan antara satu sama lain setiap masa. Jadi dia tidak akan tinggalkan saya, saya harap. Saya memahami dia, dan dia memahami saya.
"Jadi anda perlu tahu banyak perkara yang perlu kita belajar tentang politik. Bukan semasa kempen dan bercakap tentang politik tetapi apa yang penting ialah hubungan antara suami dan isteri terutama suami yang terlibat dengan politik."
Selain itu, Rosmah turut menasihati para isteri agar tidak mendengar sebarang cerita yang negatif tentang suami mereka sebaliknya menjalankan semakan apabila mendengar perkara yang tidak elok tentang pasangan mereka.

Umno nafi tak benar ahli bercakap tentang 1MDB, derma RM2.6 bilion

Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO itu menjelaskan ia menerima segala usul yang dibawa sama ada peringkat cawangan atau bahagian
Hishammuddin_umno_600
KUALA LUMPUR : UMNO menafikan dakwaan ia mengenakan sekatan kepada perwakilannya daripada membahaskan isu berhubung 1MDB dan RM2.6 billion yang dikaitkan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti itu bulan hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya menerima segala usul yang dibawa sama ada di peringkat cawangan dan bahagian parti itu.
“Takde. Tengoklah kita bersandarkan usul-usul kita dari bahagian dan cawangan. Nak bahaskan isu-isu lain, banyak saluran-saluran lain. Tugas saya untuk memastikan Perhimpunan Agung berjalan dengan lancar.
“Kita banyak lagi agenda lain yang kita bincangkan..yang kita dengar hari ini. Nasib dan masa depan orang Melayu umat Islam di negara kita. Itu tetap penting,” katanya pada sidang medianya selepas menutup Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya, chedet.cc yang mendakwa perwakilan parti itu cuba disekat daripada membahaskan isu mengenai skandal 1MDB dan dana derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Pada entri yang sama bekas Perdana Menteri itu menulisnya kononnya persidangan kali ini juga akan dibuat secara tertutup kepada orang ramai di mana tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiarkan.

Waran tangkap jika anak, isteri Azmin gagal beri keterangan polis esok

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberitahu sekiranya anaknya, Basheer gagal bekerjasama, waran tangkap akan dikeluarkan. Selain Basheer, isteri Azmin Shamsidar Taharin turut diarah memberi keterangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberitahu sekiranya anaknya, Basheer gagal bekerjasama, waran tangkap akan dikeluarkan. Selain Basheer, isteri Azmin Shamsidar Taharin turut diarah memberi keterangan. 

Anak lelaki Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang berusia 15 tahun dipanggil polis esok untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih sebelum ini. Menerusi akaun Twitternya petang ini, timbalan presiden PKR itu turut memberitahu sekiranya anaknya gagal bekerjasama, waran tangkap akan dikeluarkan.
Selain Basheer, isteri Azmin Shamsidar Taharin turut diarah memberi keterangan.

"Anak saya, Basheer dan isteri saya dipanggil polis esok untuk siasatan perhimpunan aman Bersih. "Sekiranya gagal hadir, waran tangkap," kata Azmin pada laman sosial twitternya @azminali hari ini.
Polis sebelum ini meminta anaknya hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur 9 November lalu walaupun anaknya akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun pada hari yang sama.
Menurut Azmin, Polis mengeluarkan Notis Seksyen 111 mengarahkan anaknya untuk dirakam keterangan kerana perhimpunan aman Bersih.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Gombak itu tidak menyatakan perhimpunan Bersih yang mana anaknya sebelum ini terlibat.
Namun polis menjelaskan anak lelaki Azmin dipanggil memberi keterangan berhubung pembabitannya dalam perhimpunan Bersih sejak September lalu dan bukan Julai seperti yang dilaporkan Bernama.

UMNO berhadapan ujian yang membimbangkan – Hishammuddin

Ahli-ahli UMNO juga seharusnya tidak boleh berterusan dengan sindrom penafian.
hishamudin
KUALA LUMPUR : UMNO kini berhadapan dengan ujian kepercayaan dan dugaan keyakinan yang meruncing serta membimbangkan.
Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn berkata ahli-ahli UMNO juga seharusnya tidak boleh berterusan dengan sindrom penafian.
“Perjumpaan kita hari ini (Konvensyen Pemerkasaan Ummah) merupakan perjumpaan yang penting demi survival perjuangan parti kita sekaligus menentukan jatuh bangunnya nasib anak bangsa, tanah air dan agama kita.
“Kerana keyakinan dan kepercayaanlah yang selama ini membolehkan UMNO berkelangsungan. Kita tidak mungkin berada di puncak kuasa jika tidak kerana keyakinan ahli dan rakyat kepada kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa.
Menurut Hishammuddin, secara realitinya, walaupun perpaduan dalam parti itu kuat, jika rakyat mahu menolak UMNO parti itu tetap tersungkur.
“Realitinya biar sekental mana pun ikrar dan sokongan kita kepada pemimpin parti, kepada Majlis Tertinggi atau Perwakilan tetapi jika rakyat tolak kita maka UMNO tetap akan tewas.

Umno pecat Hamidah; Muhyiddin dan Shafie selamat

Di tengah-tengah spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan digantung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa hanya seorang ketua wanita bahagian yang dipecat.
 Najib yang juga perdana menteri mengumumkan keputusan Majlis Tinggi Umno sebulat suara memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman atas alasan berkaitan displin parti.
“Majlis Tertinggi memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat sebagai ahli Umno kerana pelanggaran disiplin.
"Perkara lain juga turut dibincangkan tetapi tiada keputusan dibuat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen hari ini.
Hamidah dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut kepulangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga lantang membidas Najib dan pernah mendesak supaya beliau meletakkan jawatan.
Hamidah adalah juga ketua penerangan Wanita Umno dan bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).
Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie, selaku timbalan presiden dan naib presiden, tidak hadir pada mesyuarat yang bermula pada kira-kira pukul 6 petang itu.

Akhirnya Timbalan Presiden tak dapat rasmikan AGM sayap Umno 2015

Tidak seperti kelazimannya bagi setiap perhimpunan agung Umno, timbalan presiden Umno kali ini tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan bagi ketiga-tiga sayap parti itu yang dijadualkan bulan depan.
Jawatan itu disandang oleh Muhyiddin yang disingkir daripada kabinet baru-baru ini.
 Umno memecah tradisi dengan membenarkan ketua Wanita, Pemuda dan Puteri merasmikan perhimpunan agung mereka sendiri kali ini, kata Presiden Datuk Seri Najib Razak.
"Ini adalah cadangan daripada ketiga-tiga sayap parti. Inilah apa yang mereka mahu dan kami menghormati hasrat mereka," katanya.
Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat di Parlimen hari ini.
Lazimnya, timbalan presiden Umno akan merasmikan perhimpunan agung pergerakan masing-masing.
Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan berlangsung bermula 8 hingga 12 Disember.
Keputusan yang dicapai pada mesyuarat hari ini di bangunan sementara Parlimen dibuat tanpa kehadiran Muhyiddin yang juga timbalan presiden dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

PENGERUSI EKSEKUTIF NFC DIDAPATI TIDAK BERSALAH PECAH AMANAH: ADAKAH KERAJAAN BERSETUJU DANA PENTERNAKAN LEMBU DIGUNAKAN UNTUK MEMBELI KONDO MEWAH?


Saya tidak sedikit pun terkejut dengan keputusan mahkamah yang mendapati Dato’ Seri Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) tidak bersalah dalam satu pertuduhan pecah amanah menggunakan dana NFC sebanyak RM9,758,140 untuk membeli 2 unit kondominium mewah di One Menerong, Bangsar.
Saya akan menunggu perincian perbicaraan sebelum boleh membuat komen lanjut tetapi saya boleh mengagak tertuduh mengemukakan bukti bahawa pembelian tersebut telah diluluskan mengikut prosedur dan peraturan syarikat. Atas sebab itu, oleh kerana pembelian kondo tersebut telah diluluskan maka tidak berlaku sebarang pecah amanah.

Jika ini yang berlaku di dalam perbicaraan, ia memberi makna berikut:

1. Kelulusan itu diberikan sama ada di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah atau Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting) yang dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan sebagai mewakili Kerajaan Malaysia yang mempunyai saham istimewa di dalam NFC;

2. Wakil-wakil kerajaan di dalam Lembaga Pengarah hanya boleh memberi kelulusan pembelian kondominium tersebut dengan persetujuan dan arahan dari pegawai atasan kerajaan iaitu Menteri atau Ketua Setiausaha Kementerian;

3. Pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah meluluskan supaya NFC boleh menggunakan dana yang diberikan untuk penternakan lembu bagi tujuan membeli kondominium.


Dengan keputusan mahkamah ini, secara langsung pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi mesej bahawa ia tidak sedikit pun peduli dengan kemarahan rakyat mengenai skandal NFC ini yang menyebabkan Ketua Wanita Umno, Dato’ Seri Shahrizat Jalil terpaksa meletakkan jawatan.

Saya ahli Pas yang beramanah, kata Mahfuz


Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - "Saya Pas yang beramanah," demikian respon Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika disoal Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tentang kesetiaannya terhadap Pas.
Mahfuz yang merupakan Ahli Parlimen Pas berkata demikian ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2016 pada sidang Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.
"(Ahli Parlimen) Pokok Sena (Mahfuz) ini Pas atau Amanah? Saya selalu keliru sama ada Pokok Sena ini Pas, atau Amanah," soal Speaker sewaktu Mahfuz membahas usul tersebut.
Persoalan itu mengundang keriuhan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada hari ini.
Tidak melatah, Mahfuz menegaskan bahawa beliau masih berpegang teguh kepada parti Islam itu.
"Hendak jadi ahli politik, ahli Pas perlulah beramanah dalam menjalankan tugas," katanya ketika keriuhan di Dewan beransur reda.
Sementara itu, dalam  perbahasan Mahfuz, beliau mempersoal penggunaan alat berlainan dalam ujian cermin gelap kenderaan di negara ini.
Menurutnya, penggunaan alatan berlainan dalam ujian itu akan menyebabkan penghasilan keputusan  berbeza, sekaligus menyukarkan pengguna untuk mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap yang dibenarkan.

Husam mengadap PAS pusat 30 November ini

Dewan Harian PAS Pusat menetapkan Isnin depan sebagai tarikh baru kepada Datuk Husam Musa bagi menjelaskan antaranya teguran beliau terhadap kerajaan Kelantan yang diterajui parti itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pindaan tarikh itu dibuat ekoran masalah kesihatan yang dialami ADUN Salor ini.
 "Sepatutnya Husam hadir di hadapan Jawatakuasa PAS Pusat untuk beri penjelasan berhubung kenyataan yang dibuat beliau dalam ceramah pada 5 November lalu.
"Pada 17 November, kita telah utus surat tapi tak dapat respon dan kemudian kita dapat dimaklumkan melalui portal berita dan WhatsApp kata tarikh tersebut tak sesuai kerana berada di China.
"Saya telah hantar satu lagi surat pada 21 November dan saya telah email serta mesej melalui WhatsApp dan bagi enam tarikh untuk dipilih.
"Husam pilih 30 November," kata Takiyuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.
Husam yang juga bekas naib presiden PAS sebelum ini memberitahu sedia bertemu dengan Dewan Harian PAS Pusat bagi menjelaskan teguran yang dibuatnya.
Bagaimanapun, Husam memohon agar pertemuan itu ditangguhkan memandangkan beliau kini di China bagi mendapatkan rawatan kesihatan.
Jelas Husam, beliau berada di luar negara sejak minggu lalu dan tidak menerima sebarang surat tetapi masih boleh dihubungi melalui SMS, Whatsapp dan emel.
Husam dilaporkan mengikut jadual asal akan pulang ke tanah air kelmarin, namun atas nasihat doktor rawatan tersebut akan dilanjutkan kepada beberapa hari lagi.

Tol naik: Tak cukupkah lagi kerajaan Umno@Bn bebankan rakyat?

Tol naik
KUALA LUMPUR - Selepas kenaikan kadar tol baru-baru ini, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mempersoalkan tindakan kerajaan yang sekali lagi membenarkan lapan syarikat konsesi berbuat demikian pada tahun hadapan.
Mohd Hatta berkata, tindakan kerajaan itu bukan hanya mengejutkan malah menambah lagi beban rakyat tanpa henti.
Beliau turut yakin bahawa rakyat tiada pilihan dan terpaksa menanggung derita dalam diam memandangkan sebahagian pengguna jalan raya merupakan penyokong kerajaan.
"Sebelum ini sudah naikkan tol sehingga ada yang mencecah kadar 50 peratus (kenaikan pada 15 Oktober tahun ini, jika mahu naik lagi, saya tidak dapat bayangkan beban yang terpaksa dilalui rakyat," katanya ketika ditemui Sinar Online di pekarangan lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya semalam.
Lapan lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara  (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
Pada 15 Oktober lalu, kadar tol di beberapa lebuh raya di sekitar Lembah Klang sudah pun dinaikkan dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

SPRM nafi tawar ganjaran guna dana RM2.6 bilion

SPRM berkata ia menyedari terdapat maklumat palsu di media sosial yang mengatakan ‎ketua pesuruhjayanya mengisytiharkan RM2.6 billion dari akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digunakan sebagai sumbangan kepada rakyat yang menentang keganasan, dan menafikan ia benar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015. 
SPRM berkata ia menyedari terdapat maklumat palsu di media sosial yang mengatakan ‎ketua pesuruhjayanya mengisytiharkan RM2.6 billion dari akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digunakan sebagai sumbangan kepada rakyat yang menentang keganasan, dan menafikan ia benar. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pernah mengeluarkan kenyataan ‎ketua pesuruhjayanya mengisytiharkan RM2.6 billion dari akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digunakan sebagai sumbangan kepada rakyat Malaysia yang komited menentang keganasan. "SPRM menyedari penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial, kononnya SPRM menawarkan ganjaran atau pampasan menggunakan wang RM2.6 bilion, kes yang sedang disiasat SPRM.
"‎Maklumat yang sedang disebarkan ini adalah palsu, yang dipercayai dikeluarkan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Disebabkan, satu laporan polis dibuat SPRM mengenainya baru-baru ini. "SPRM juga berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran maklumat palsu ini, di mana secara langsung menjejaskan nama dan reputasi SPRM, kata kenyataan itu lagi.
SPRM turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dan pada masa yang sama tidak menyebarkan atau menghantar mesej terbabit kepada pihak lain.

Sekolah di S'wak reput, tidak selamat - Laporan Audit



Sebanyak 85.5 peratus sekolah di Sarawak mempunyai infrastruktur rosak teruk dan memerlukan pembaikan serta merta, kata Laporan Ketua Audit Negara 2014.
Menurut laporan itu, kerosakan yang dimaksudkan adalah seperti struktur kayu reput, struktur besi usang, struktur konkrit rosak, tanah mendap/tanah runtuh, sistem kumbahan rosak dan masalah serangan anai-anai.
Selain itu terdapat juga aduan laluan pejalan kaki rosak, bumbung/siling bocor, longkang rosak/tiada longkang dan sistem pendawaian usang.
Ia menyebut 127 daripada 145 sekolah berada dalam keadaan yang rosak teruk dan ada yang tidak selamat untuk diduduki.
Ia berkata beberapa blok di sekolah Lundu SK Sebako dan SK Jangkar didapati tidak selamat dalam pemeriksaan pada 10 Julai 2013 tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil setakat 31 Mac, 2015.
Pada Mac 16, juruaudit mendapati blok di SK Sebako itu dikosongkan untuk pengubahsuaian tetapi pelajar di SK Jangkar masih belajar di bangunan yang tidak selamat.
"Kementerian sepatutnya membina sebuah bangunan baru untuk menggantikan bangunan yang tidak selamat untuk memastikan keselesaan dan keselamatan kakitangan sekolah dan pelajar," petik laporan itu.

Kerajaan patut ambil iktibar kerugian RM500 juta

1MDBKUALA LUMPUR 24 NOV: Kerajaan Persekutuan disaran mengambil iktibar tindakan terpaksa menanggung kerugian lebih RM500 juta untuk membeli semula Hospital Pantai Holdings Berhad daripada syarikat Singapura, Parkway Holdings.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia berlaku pada 2005 selepas menyedari Hospital Pantai merupakan pemegang konsesi yang mengendalikan salah satu sektor strategik negara.
Katanya, kajian perlu dilakukan sebelum 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjual syarikat Edra Global Energy Bhd kepada syarikat asing China General Nuclear Power Corp.
“Akhirnya bila berlaku pertikaian, kerajaan terpaksa beli balik Hospital Pantai yang akhirnya memberikan keuntungan atas angin melebihi RM500 juta dan ini membimbangkan apabila kerajaan melalui jawatankuasa pelaburan asing membenarkan pemilikan penuh 100 peratus ke atas Edra.
“Ini bahaya kerana menyentuh sektor strategik. Adakah ada permainan akhirnya kerajaan membeli semula Edra mengakibatkan kita kerugian beratus juta ringgit nanti,” kata Mahfuz pada sidang media di Lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Kupu-kupu warnai Kongres PKR 28, 29 Nov ini


Kongres Nasional PKR 2015 akan diadakan selama dua hari mulai 28 November ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam dengan bertemakan "Bebas Rakyat, Bebas Anwar".
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata tema tersebut dipilih dengan mengambil kira krisis kepimpinan negara yang menyebabkan rakyat dibelenggu pelbagai dasar dan percukaian yang menekan rakyat.
"Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak jatuh menjunam dan telah hilang populariti di kalangan rakyat menyebabkan wujud keperluan mendesak untuk kepimpinan alternatif yang boleh membawa negara keluar dari musibah ini.
"Kepimpinan alternatif paling sesuai dengan keperluan mendesak itu tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata naib presiden PKR itu dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.
Justeru, Ahli Parlimen Pandan itu berkata PKR mengambil pendirian bahawa pembebasan rakyat daripada "kepimpinan tempang perdana menteri" berkait rapat dengan pembebasan bekas ketua pembangkang itu.
Pada sidang media itu juga Rafizi turut memperlihatkan logo kongres kali ini yang diilhamkan daripada "seekor kupu-kupu" berwarna-warni yang terbang bebas melambangkan kebebasan dan kepelbagaian dibawa PKR.
Kata Rafizi, kongres kali ini juga ada sedikit kelainan apabila parti itu akan menampilkan empat tokoh besar negara iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar; bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan seorang bekas pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terbesar akan mengumumkan kemasukannya ke PKR tidak lama lagi.

'PAS lancar perang ibarat IS ke atas anggota AMANAH'

Pas membawa fahaman sekiranya tinggalkan parti politik itu dengan memilih wadah perjuangan lain selain Pas seolah-olah telah keluar daripada Islam.

mujahid-rawa,amanah
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan beberapa pemimpin parti itu menjadi mangsa fahaman ala ekstremisme yang dibawa oleh Pas.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas membawa fahaman bahawa seseorang yang memilih wadah politik lain selain Pas akan digelar sebagai pengkhianat.
“Pemikiran ini menjadikan tinggalkan parti politik tertentu dengan memilih wadah lain selain Pas seolah-olah kita telah keluar daripada Islam. Inilah pelabelan murtad, sesat munafik dan tinggalkan jemaah yang dikuliahkan sebahagian pengkuliah dan penceramah.
“Corak pemikiran inilah yang membentuk gaya IS dan seumpamanya yang amat membahayakan masyarakat,” katanya di Parlimen pada Selasa.
Mujahid turut mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) kerana tidak serius dalam membendung penularan fahaman ekstremisme di negara ini.
“Saya amat sedih dengan JAKIM yang mendabik dada, kata mereka sebuah jawatankuasa untuk kemajuan dan kefahaman Islam di Malaysia tapi hingga hari ini tak ada apa-apa usaha untuk menangani (fahaman ekstremisme) secara berkesan.
“Walaupun dia jawab di Parlimen kita amal wasatiah…ikut pegangan ahli sunah, tapi isu ini bukan retorik…ia berlaku dengan jelas dalam masyarakat khususnya dalam masyarakat muslim,” katanya.

DAP gila meroyan – Pemuda Pas

Parti Islam itu menuduh DAP mencari pelbagai alasan untuk memburukkannya kerana dendam lama termasuk percanggahan dalam isu pemilihan jawatan Menteri Besar Selangor.
Ir-Khairil-Nizam-KhirudinPETALING JAYA: Kegagalan menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadikan bekas sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP, meroyan.
Dakwaan itu dibuat Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin.
Katanya selepas tujuannya tidak kesampaian, parti perkauman itu cuba mencari alasan lain untuk menyerang pucuk pimpinan parti itu termasuk melabel Pas bekerjasama dengan UMNO.
“Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu Pas bergabung dengan UMNO berbanding orang Pas sendiri, mereka pula yang lebih ghairah bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka.
“PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan Guan Eng yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden Pas dijatuhkan dalam muktamar lalu melalui rakan-rakan politiknya dalam Parti Amanah Negara sekarang telah menemui kegagalan,” katanya yang dipetik ismaweb.
Jelas Khairil Nizam lagi, serangan itu turut didorong dendam lama DAP terhadap Pas berhubung isu pemilihan Menteri Besar Selangor.
“Kini mereka mahu membuang Pas di Pulau Pinang dan Selangor. Sepanjang tujuh tahun difitnah, Pas kekal bersama mempertahankan kerajaan Selangor, berjuang mempertahankan kerajaan Perak yang digulingkan dan menyokong dasar-dasar positif kerajaan Pulau Pinang.
“Namun semua itu mereka padamkan daripada sejarah hanya kerana dendam selepas Pas menolak calon Menteri Besar Selangor pilihan DAP dan PKR,” katanya.

Tian Chua akan saman Zahid

Tindakan itu kerana Timbalan Perdana Menteri enggan menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada Tian Chua.
wan-azizah,zahid
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menuduh dia menjadi dalang pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan perkara itu setelah Zahid enggan menarik semula kenyataannya.
“Tian Chua akan ambil tindakan mahkamah kalau Zahid tidak tarik balik dakwaan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen pada Selasa.
Jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi, tidak wajar untuk menyalahkan anaknya kerana kehadiran anak sulung ketua pencerobohan Lahad Datu, Sabah itu telah diaturkan oleh penganjur.
“Ia sesuatu yang dipanggil oleh penganjur, bukan Izzah yang panggil,” katanya.
Zahid sebelum ini mendakwa Tian Chua merupakan dalang di sebalik penganjuran program yang diadakan di Filipina itu.
Tian Chua bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mendesak Zahid menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada beliau.
Zahid mempertahankan kenyataannya itu dan menegaskan tidak akan menarik balik kenyataan itu.
Izzah dalam satu kenyataan mengakui diadan Naib Presiden PKR, Tian Chua pada 9 November lalu telah berada di Filipina untuk bertemu pelbagai pihak berkepentingan di Filipina.

Mereka yang desak Najib berundur kumpulan yang kecewa – Ismail Sabri

Matlamat mereka bukannya untuk mendesak Najib berundur sebaliknya ingin memalukan ketua UMNO bahagian selepas kalah dalam pemilihan.
Ismail-Sabri-Yaakob_umno_600KUALA LUMPUR: Desakan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meletak jawatan bukan matlamat sebenar segelintir ketua UMNO cawangan.
Sebaliknya tindakan itu didorong pelbagai faktor termasuk kecewa selepas kalah dalam pemilihan peringkat bahagian.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpandangan tindakan itu dibuat bagi memalukan ketua bahagian mereka.
“Ini kumpulan kecewa dalam bahagian, jadi kadang-kadang tindakan yang dibuat itu bukan menentang Najib selaku presiden, tetapi hanya nak memalukan ketua bahagian dia.
“Kadang-kadang ianya merupakan isu dalaman…kumpulan-kumpulan ini ada yang kalah bertanding dengan Ketua Bahagian mereka, jadi kem yang kalah bertanding dalam bahagian masuk kem lain,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Graduasi Sijil Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) sesi 2014/2015 di Auditorium Felcra Berhad.
Ismail berkata demikian mengulas lanjut mengenai dakwaan Ketua UMNO Cawangan Kulai Jaya 2, Zainuddin Abdul Hamid bahawa akan ada lebih banyak gerakan besar-besaran akan dibuat di mana tujuh ribu UMNO cawangan di seluruh negara akan berbuat demikian selepas merasakan diri mereka tersisih.
Mengulas lanjut, Ismail yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata ancaman itu tidak menjejaskan parti.
Katanya, penolakan terhadap presiden parti itu memang biasa berlaku dan ia tidak boleh dijadikan ukuran bahawa UMNO semakin lemah.

Harta negara akan dilelong untuk selamatkan 1MDB – Rafizi

Penjualan Edra Energy membuktikan kerajaan rela menggadaikan keselamatan negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.
rafizi-ramli_1mdb_edra-energy_600
PETALING JAYA: Penjualan loji janakuasa Edra Energy kepada konsortium China-Qatar menunjukkan institusi-institusi kerajaan diheret untuk menutup hutang 1MDB.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, perkara itu pernah berlaku apabila aset-aset negara seperti tanah-tanah yang mahal dipindahkan kepada 1MDB.
“Kemudian kita terkejut bila dana dari institusi rakyat seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga terpalit dengan 1MDB.
“Terkini, kita terpaksa pasrah menerima keputusan songsang menggadaikan keselamatan dan kelangsungan pembekalan elektrik negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.
“Saya pasti selepas ini lebih banyak harta negara akan dijual dan dilelong kepada syarikat asing demi untuk menutup lubang hutang 1MDB,” katanya menerusi kenyataan media.
Edra Energy, anak syarikat 1MDB, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) secara tunai pada nilai ekuiti RM9.83 bilion, menjadikan perjanjian gabungan dan pembelian terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

1MDB jual aset IPP bercanggah dasar negara



Penjualan aset penjana tenaga bebas (IPP) di bawah anak syarikat Edra Global Energy Bhd kepada konsortium China - Qatar bertentangan dengan dasar negara yang mengawal aset strategik daripada dijual kepada syarikat asing.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, penjualan aset syarikat itu kepada konsortium asing akan membawa lebih banyak dagangan antara IPP dengan syarikat luar negara pada masa depan.
"Ini bertentangan dengan dasar negara yang selama ini menghalang aset strategik seperti pembekalan elektrik supaya tidak jatuh ke tangan syarikat asing dan tertakluk kepada had pegangan ekuiti asing sebanyak 49 peratus," tegas Naib Presiden PKR itu dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu hari ini.
Semalam Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjelaskan anak syarikat agensi pelaburan itu, Edra Global Energy Bhd, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 bilion.
Transaksi itu, kata Arul Kanda, dijangka selesai pada Februari 2016 juga mencatat kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, seperti dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei lalu.

Rafizi: Analisis Zuhdi tak realistik



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan analisis dibuat Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengenai hayat Pakatan harapan sebagai tidak berpanjangan sebagai "terpisah daripada realiti".
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya percaya gabungan politik yang menyatukan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu akan membentuk pakatan lebih kukuh melalui mekanisme perjanjian yang akan dibuat menjelang 2016.
"Analisis yang dibuat agak terpisah daripada realiti bahawa Pakatan Harapan sekarang belajar daripada kesilapan lalu dan kini akan ada mekanisme yang akan menjadikannya lebih kukuh.
"Kita (Pakatan Harapan) berdepan dengan Umno yang sangat lemah dan rakyat sedang beralih cita rasa dan rakyat sudah tahu kebaikan ada pembangkang yang kuat," katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Malaysiakini hari ini melaporkan, PPP membuat jangkaan jangka hayat Pakatan Harapan adalah lebih pendek daripada Pakatan Rakyat.
Pengarahnya Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata andaian itu dibuat berdasarkan kepada konflik antara parti komponen Pakatan Harapan.
"Berdasarkan kepada konflik yang berlaku antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan hari ini, ditambah lagi dengan masalah dalaman parti masing-masing, dijangkakan paling lama hayat Pakatan Harapan boleh bertahan ialah sebaik sahaja selepas PRU14 (pilihan raya umum ke-14).
"Malah PPP tidak menolak, kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal daripada PRU14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul," kata Mohd Zuhdi.
Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali juga memberitahu pemimpin AMANAH supaya berhenti mengkritik kerajaan negeri yang masih dianggotai oleh wakil dari PAS.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berpendapat, isu besar atau tidak analisis dibuat PPP itu tidak timbul namun menegaskan ia "tidak realistik".
"Malah analisis itu itu muncul ekoran masalah dalaman PAS sendiri," katanya.

Sindiran halus Amanah kepada PAS, budaya mengkafir punca ekstremisme ala Isis

Parti Amanah Negara memberi amaran sikap tidak bertolak ansur dalam kepelbagaian dan anggapan kebenaran hanya milik jemaah tertentu menjadi punca keganasan dan ekstremisme ala Isis, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015.  
Parti Amanah Negara memberi amaran sikap tidak bertolak ansur dalam kepelbagaian dan anggapan kebenaran hanya milik jemaah tertentu menjadi punca keganasan dan ekstremisme ala Isis, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini memberi amaran sikap tidak bertolak ansur dalam kepelbagaian dan anggapan kebenaran hanya milik jemaah tertentu menjadi punca keganasan dan ekstremisme ala Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) serta insiden seperti letupan di Paris.Kerisauan penularan ideologi itu dinyatakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin dalam kenyataan mereka di Dewan Rakyat.
"Asasnya ialah sebaran secara sedar atau tidak disedari beberapa doktrin di kalangan pengkuliah dan penceramah agama antaranya menganggap jemaah atau kelompoknya memiliki kebenaran mutlak lalu mewajarkan pelabelan sesat, munafik dan mengkafirkan sesama umat Islam yang bukan dari kalangannya.

"Fenomena takfiri ini adalah asas pemikiran Isis dan seumpamanya. "Memilih wadah politik lain dengan meninggalkan parti lama dianggap pengkhianat dan layak mendapat laknat malah memaksa supaya isteri diceraikan berpandukan kepada ikat janji yang dibuat," kenyataan mereka dipetik.
Walaupun tidak menyebut secara langsung, kedua-dua ahli parlimen itu dipercayai merujuk kepada parti lama mereka, PAS yang sinonim dengan budaya mengkafirkan Umno serta mereka yang dianggap mengasingkan agama serta politik.
Ia juga merujuk kepada tindakan PAS yang mensyaratkan pemimpinnya beraku janji menceraikan isteri mereka sekiranya bertindak keluar parti.
"Pemikiran ini menjadikan tinggalkan parti politik tertentu dengan memilih wadah lain seolah keluar daripada Islam. Inilah pelabelan murtad, sesat munafik dan tinggalkan jemaah yang dikuliahkan sebahagian pengkuliah dan penceramah.

Tawfik Ismail cadang dana RM1 bilion Jakim disalur bantu miskin bandar

Tawfik Ismail berkata peruntukan RM1 bilion Jakim lebih baik disalurkan untuk membantu menangani masalah kemiskinan bandar, serta masalah belia Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015. 
Tawfik Ismail berkata peruntukan RM1 bilion Jakim lebih baik disalurkan untuk membantu menangani masalah kemiskinan bandar, serta masalah belia Islam. 

Walaupun disiasat kerana menghasut berhubung kenyataan berhubung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tawfik Ismail mempertahankan kenyataannya agensi persekutuan itu bermasalah dan perlu bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu turut mengkritik peruntukan hampir RM1 bilion terhadap agensi itu yang menurutnya boleh disalurkan lebih baik dengan menangani masalah kemiskinan bandar.
"RM1 bilion boleh dimanfaatkan dengan baik bagi mengatasi masalah belia Islam dan mencegah mereka daripada menjadi mat rempit dan direkrut bagi mencetuskan masalah di dalam dan luar negara dan memberi lebih kehormatan terhadap hidup mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurutnya, agensi Jabatan Perdana Menteri itu perlu menjelaskan sebab ia menampilkan dirinya sebagai penentu utama amalan agama Islam di Malaysia sewaktu agama itu sendiri mempunyai pelbagai pandangan yang berlainan berkenaan amalannya. "Apakah undang-undang dari langit atau sekular yang memberikan Jakim kuasa bagi mendakwa Islam versi mereka merupakan satu-satunya versi Islam yang Muslim perlu amalkan sewaktu Malaysia mengiktiraf Amman Message yang menerima 8 mazhab Islam lain sebagai sah?
"Adakah Jakim mengutuk semua sebelum kita termasuklah pengasas negara ini sebagai hidup dalam zaman jahiliah? Ini bukan cara Melayu, tetapi cara fanatik asing agama yang menganggap sebarang bentuk sejarah dan amalan budaya sebagai dilarang," katanya.
Tawfik Ismail sebelum ini mengatakan Jakim patut dimansuhkan kerana jabatan agama tersebut tidak lagi relevan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 24 November, 2015.Tawfik Ismail sebelum ini mengatakan Jakim patut dimansuhkan kerana jabatan agama tersebut tidak lagi relevan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 24 November, 2015.
Menurutnya, Jakim kini seperti "kerajaan dalam kerajaan" kerana pengaruh mereka dalam hampir semua kementerian yang perkhidmatannya memberi kesan kepada hidup orang Islam dan bukan Islam.
"Terdapat pelbagai peluang buat Jakim menyalahguna kuasa jika ia diberi kuasa meluas menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh ke atas orang Islam, dan ini tidak membuat apa-apa dalam mengukuhkan integrasi nasional yang merupakan hujah utama terhadap kewujudan Jakim dalam hidup kita.
Polis kini menyiasat Tawfik atas dakwaan menghasut berhubung gesaannya supaya Jakim dimansuhkan.

Pengembaraan Jamil Khir tidak wasatiyah

Oleh Subky Latif
KISAH pengembaraan Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke negeri di atas angin – Amerika – dan rombongannya yang dikatakan perbelanjaannya ditanggung oleh YaPEIM dijangka diselesaikan di mahkamah.
    
Perbelanjaannya dikatakan untuk tiga orang dikatakan selama sembilan hari Mei lalu, dikatakan RM411 ribu.  Jumlah itu terlalu tinggi bagi menteri yang dipercaya memperkenalkan wasatiyah kepada kerajaan dan apa lagi bagi yayasan pembangunan berasaskan Islam.
     
Khalifah Umar Abdul Aziz tidak tergamak menyertai pengembaraan yang menelan belanja besar apa lagi dananya dari yayasan Islam, sebuah badan bermisi pembangunan ekonomi dan kebajikan Islam yang sasarannya adalah bagi membantu orang miskin dan anak yatim. Modal asal yayasan itu adalah dari amal jariah orang ramai seringgit  seorang sekali seumur hidup atau tiap-tiap bulan selagi hidup.
   
Wasatiyah ialah bersederhana. Ia adalah cara hidup Islam. Orang paling hebat menghayatinya Khilifah Umar Abdul Aziz yang belum ada bandingan berjaya membasmi kemiskinan dalam sistem ekonomi di alam ini sepanjang sejarah manusia.
   
Dipercayai Jamil Khirlah yang memperkenalkannya kepada Perdana Menteri Najib bagi menjadi panduan kehidupan semua termasuk cara  berbelanja.
   
Maka cara hidup Jamil Khirlah wajar menjadi contoh penghayatan wasatiyah itu. Orang tahu ia bukan cara hidup keluarga Perdana Menteri hinggalah dia ada menteri bernama Jamil Khir. Cara bagi mewasatiyahkan keluarga Perdana Menteri ialah Menteri Jamil Khir hidup berwasatiyah dulu. Bukan Jamil Khir mengikut budaya tidak wasatiyah Perdana Menterinya.
    
Jika yang didedahkan oleh Pengurusi NOW, Akmal Nasir tidak fitnah, belanja besar untuk pengembaraannya adalah satu perlanggaran kepada konsep wasatiyah yang indah itu, maka kedua-dua menteri dan yayasan berasas Islam boleh diibaratkan sebagai pawang memecah timba.
   
Maka menteri dan institusi yang yang dikaitkan mesti membuktikan ia bukan pawang memecah timba. Ia mesti dijelaskan kepada umum supaya dia tidak jadi pawang dan supaya YaPEIM tidak dianggap sama seperti lain institusi berduit yang ditubi oleh sekalian penyangak.

Menghadapi Cabaran & Apakah jenis Mesyuarat Agong UMNO ini?

Oleh Tun Mahathir
1.​ Dalam kehidupan manusia, menghadapi cabaran adalah perkara biasa. Sudah tentu jika sesiapa mencebur diri dalam bidang politik, lebih banyak cabaran akan dihadapi. Jika ingin terus dalam bidang politik semua cabaran ini mesti diterima. Mereka yang tidak sanggup menghadapi dan mengatasi cabaran adalah lebih baik tinggal sahaja bidang politik.
2.​Semasa saya jadi presiden UMNO dan Perdana Menteri cabaran tidak pernah berhenti. Sudah tentu ada percubaan menjatuhkan saya sebagai presiden UMNO.
3.​Diantara cabaran yang terbesar ialah apabila Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan untuk bertanding jawatan presiden UMNO. 4. ​Kita sudah terima sistem demokrasi dalam pemilihan pemimpin. Apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh adalah sah dalam sistem demokrasi. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh saya untuk mengelak dari dicabar olehnya.
5.​Maka Tengku Razaleigh dan ramai penyokong-penyokongnya berkempenlah di seluruh bahagian dan cawangan UMNO di seluruh Malaysia. Mereka bebas bertemu dengan ahli, cawangan dan bahagian-bahagian UMNO.
6.​Kedudukan Tengku Razaleigh sebagai Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan dalam kerajaan tidak terjejas. Demikian juga ramai menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO yang memihak kepadanya.
7.​Pengundian semasa mesyuarat agong UMNO berjalan dengan baik. Kerana terjatuh pada hari Jumaat, pengundian dihentikan dan kempen dapat diteruskan dikalangan perwakilan oleh penyokong Tengku Razaleigh.
8.​Perkiraan undi dibuat berkali-kali kerana ada yang tidak puas hati dengan keputusan. Hanya pada jam lapan malam barulah keputusan dapat diisytihar.
9.​Saya menang dengan kelebihan hanya 43 undi. Saya terima. Peristiwa yang berlaku selepas itu diketahui umum dan tidak perlu saya ulangi disini.
10.​Pada bulan Disember 2015 ini, Mesyuarat Agong UMNO akan diadakan.
11. ​Tidak akan ada apa-apa pertandingan. Tetapi entah kenapa usaha sedang dibuat oleh UMNO supaya perbahasan berkenaan perkara tertentu, khususnya 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Dato Sri Najib tidak boleh dibangkit.

Tahniah PAS Selangor, Takziah PAS Pulau Pinang

MUQADDIMAH

Saya baru selesai menonton video petikan ucapan YAB MB Selangor di DUN Selangor. Beliau ucapkan tahniah kepada PAS Selangor kerana menyokong perlantikan seorang Senator dari DAP. Sudah pasti ianya dianggap satu kepelikan dan oleh itu ucapan tahniah khas berhubung sokongan PAS Selangor dianggap perlu.

Saya turut ingin mengucapkan tahniah kepada PAS Selangor atas pendirian mereka. Saya yakin ada juga di kalangan pimpinan PAS yang tidak begitu selesa dengan pendirian PAS Selangor. Oleh itu keberanian dan keyakinan PAS Selangor mempertahankan tepatnya sikap mereka perlu disokong.

Pada masa sama berlaku pula pemecatan pemegang jawatan lantikan politik di kalangan ahli PAS Pulau Pinang. Saya ucapkan takziah kepada PAS Pulau Pinang atas pemecatan ini walaupun ada juga yang mengucapkan tahniah. Kononnya ianya atas sikap mempertahankan prinsip.

SATU PARTI DUA SENARIO

Ada yang melihat pada dua peristiwa ini dan berkata, “baiknya PAS, walaupun DAP pecat ahli PAS di Pulau Pinang, PAS sokong pula calon DAP sebagai Senator di Selangor”. Sebenarnya ianya bukan soal ‘baiknya’ atau sebaliknya dalam isu ini. Ianya persoalan pendekatan yang bukan sahaja berbeza tetapi bertentangan yang diamalkan parti yang sama! Sikap sebegini bukan sahaja mengelirukan masyarakat awam tetapi juga ahli parti PAS sendiri.

Samada perbezaan pendekatan ini adalah atas sebab perbezaan keadaan atau kefahaman, maka perlu ianya dinilai sendiri

a) PAS di Selangor

Di Selangor, PAS terus bersama kerajaan. Maka sikap bertolak ansur terhadap PKR dan juga DAP diamalkan. Politik matang demi menjaga ‘maslahah rakyat’ ini dialukan. Sudah pasti rakyat Selangor akan marah kalau PAS bertindak mengkhianati amanah pemerintahan yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada PR, termasuk PAS, pada Pilihan Raya 2013. PAS hampir melakukan pengkhianatan ini semasa krisis MB tempoh hari dan kemarahan rakyat terhadap PAS ketika itu masih lagi segar diingatan rakyat Selangor.

Amanah bersetuju dengan sikap YAB MB yang tidak bersedia mengenepikan PAS oleh kerana PAS sebahagian dari PR yang dipilih rakyat Selangor pada 2013. Namun perlu diingat, semasa krisis MB Selangor, PAS sanggup mengenepikan PKR dan DAP demi pertahankan TSKI.

Pernilaian terhadap apa yang merupakan kewajipan setelah menang jelas berbeza. Ada yang anggap perlu pertahan pilihan rakyat dengan dilibatkan semua parti yang menganggaotai PR, ada yang sebaliknya. Oleh kerana pernilaian berbeza ini, Amanah tetap berpendirian satu perjanjian perlu untuk mengikat PAS Selangor dalam kerjasamanya dengan Pakatan Harapan di Selangor.

Perjanjian ini wajar meliputi bukan sahaja kerjasama dalam kerajaan yang sama tetapi juga perjanjian untuk berkerjasama dalam PRU ke 14. Sudah pasti gerak-kerja ke arah pilihan raya perlu dimulakan dari sekarang. Dan sekiranya PAS tidak akan bersama membantu PH pada ketika itu, maka apa maknanya PAS dikekalkan dalam kerajaan dan ahlinya dilantik pada jawatan-jawatan lantikan politik?

Adalah benar, buat masa ini, PAS Selangor bersama kerajaan Selangor. Tetapi sehingga bila?

b) PAS di Pulau Pinang

Di Pulau Pinang PAS mempunyai hanya seorang ADUN. PAS sudah lama bersikap tidak bersama kerajaan Pulau Pinang. Walaupun pernah diberi peruntukan perlantikan jawatan politik yang jauh lebih tinggi dari yang layak berdasarkan satu kerusinya, PAS Pulau Pinang mengambil sikap tegas dan tidak mesra kerajaan Pulau Pinang. Di Pulau Pinang bukan sekadar DAP, tetapi PKR juga dimusuhi PAS. Kisah pilihan raya kecil Permatang Pauh masih segar diingatan sebagai bukti.

Walaupun tidak dinafikan Timbalan Presiden PAS, TITM telah mengarahkan jentera pilihan raya PAS turun membantu di Permatang Pauh, Presiden PAS sendiri memilih untuk tidak bersama. Presiden hanya muncul selepas Pilihan Raya kecil tersebut untuk bersama golongan PAS Pulau Pinang yang memulau Pilihan Raya kecil itu dan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Maka adalah agak pelik sekiranya ada pihak PAS yang membantah pemecatan ahli PAS dari jawatan lantikan politik di Pulau Pinang. Ehh, awak menentang kerajaan tetapi awak pula mahu diberi jawatan lantikan politik? Lainlah kalau jawatan guru atau pegawai yang bukan lantikan politik. Jawatan lantikan politik dilantik oleh kerajaan Negeri untuk membantu kerajaan Negeri. Kalau sudah tidak setuju dan tidak sokong, masaka masih ingin dilantik?

KEWAJARAN SATU PARTI DUA KEADAAN

Najib lantik 69 anggota Kabinet untuk keamanan Malaysia kata Menteri Umno

Perdana Menteri mempunyai hak prerogatif untuk menentukan bilangan menteri kabinet dan anggota pentadbiran kerajaan di bawah beliau.
Azalina-Othman-Said_najib_Barisan-Kabinet_600
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memerlukan 37 menteri dan 32 timbalan menteri dalam kabinetnya bagi memenuhi keperluan semasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dalam keadaan dunia tanpa sempadan yang serba moden, pelbagai cabaran dan tanggungjawab harus dipikul oleh kerajaan.
Katanya, ia juga demi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan sentosa.
“Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai latar belakang dan budaya. Sejak dari dahulu hingga sekarang, negara kita semakin berkembang dengan pesat dan maju.
“Maka kerana itulah kita tidak boleh semata-mata membandingkan bilangan menteri antara pentadbiran Perdana Menteri sekarang dan yang lepas-lepas,” katanya.
Jelas Azalina lagi, Najib juga mempunyai hak prerogatif untuk menentukan bilangan menteri kabinet dan anggota pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan beliau.
“Menteri dan timbalan menteri telah dilantik di bawah portfolio masing-masing untuk memastikan segala perancangan dan agenda yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya,” katanya.
Azalina berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyatakan mengapakah Najib memerlukan seramai 37 menteri dan 32 timbalan menteri.

CHAOS IN UMNO: PRO-NAJIB GROUP THREATENS TO 'RAMPAGE' AGAINST DIVISIONS CALLING FOR HIS OUSTER

A representative of the 81 Johor branch chiefs who called for the resignation of Umno president Najib Abdul Razak, has rejected claims that they were paid to do so.
“Those who say this are making baseless and irresponsible allegations. This is our own struggle.
CHAOS IN UMNO: PRO-NAJIB GROUP THREATENS TO 'RAMPAGE' AGAINST DIVISIONS CALLING FOR HIS OUSTER“We move through our own efforts, with the sole intention of upholding Malays and Malaysia,” their spokesperson Zainuddin Hamid said told a press conference in Johor Bahru last night.
The group also collected donations from those who attended as proof that none of them were paid to be there.
Earlier last night, Zainuddin and 80 other branch chiefs called for Najib’s resignation, claiming that the prime minister has caused enough damage to the party.
Representing eight out of 26 Johor Umno divisions, they also called for immediate party elections, which have been postponed several times.
'Ali Tinju's claims baseless'
Zainuddin , who heads the Bandar Pulai Jaya 2 branch, also rubbished the threat by the president of Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom, threat to rampage against Umno divisions seen to be “anti-Umno”.

Zainuddin said the threat by Mohd Ali – better known as Ali Tinju - was baseless since those who have called for Najib’s resignation are office bearers in Umno.
"He needs to remember that we are all valid Umno members who hold positions. We have the right to voice out what we feel we should at the branch level,” he said.
More than a 100 branch leaders from five states have so far called on Najib to resign as Umno president, amid corruption allegations against him in connection with the 1MDB scandal and the RM2.6 billion ‘donation’.
Najib has denied any wrongdoing and said he has never used public funds for private gains.

SON-IN-LAW DANIYAR TO BE NAJIB'S NEW 'JHO LOW': Disquiet over contract to renovate govt's office in New York

Mohd Ariff Sabri 

 SON-IN-LAW DANIYAR TO BE NAJIB'S NEW 'JHO LOW': Disquiet over contract to renovate govt's office in New York
I encourage readers to ponder this. Look at UMNO. What is at work there? Who have risen to the top? The less gifted, the manipulator, the corrupting few.
That represents present day UMNO. It represents all the inequities and all the unfairness of a system. How so?
Like so; those who become successful are those with political connections, those who are willing to be corrupted by the system.
Those who worked hard, those who did well in school, those who played by the supposed rules did not.
The chef representative of this group, is Najib Razak. He is part of the corrupting system. Did not work hard at school. Ever willing to corrupt and be corrupted by the system.
Let’s look at another of his corrupting ways, perfecting a reward system that favours the politically connected, did not do well in school etc.
The building for our permanent representative to the UN is located in New York. Its address is 313 E 43rd St, New York, NY 10017, United States. It’s also near to the permanent mission buildings of several other countries- Dutch, Armenia and so forth. It’s also near the Westin Hotel New York.
The building housing our permanent representative to the UN will undergo massive renovation works very soon. It will be a multimillion Dollar project. Unfortunately it is nothing near the RM2.6 billion figure. That is a pity- it would have been a good source to profit and earn gargantuan commissions.
Guess who will be the contractor?

Even this chicken feed business does not escape the attention of PM Najib. This small business has been ordered to be given to the PM’s son in law, Daniyar Nazarbayev. There was no tender, open or controlled open. I hope this news is not true. If it were, it affirms how insatiable and rapacious Najib is. Even small business he wants them all.
When Najib was there last September, the deal was inked. The whole building will be developed into a commercial complex. When the complex is redeveloped, the Malaysia permanent mission will get some floors while the rest will be owned by the developer- Daniyar Nazarbayev. The Malaysian developer style of business deal is applied; the developer gets 80%, the owner gets 20%.
Najib will continue to pillage the country in the name of Bumiputera economic agenda. How did Najib get to do this when the Indian Permanent Mission was not able to?
They were also planning to the same to their building. They were not getting the necessary approvals. Perhaps PM Modi did not play golf with Obama. Perhaps India does not have a Rosmah Mansor equivalent. Modi does not have a Daniyar Nazarbayev.
The people responsible for running New York must have been infatuated with the diplomatic skills of our Malaysian first couple.

Bekas timbalan presiden nafi PAS bertemu Umno untuk tubuh kerajaan perpaduan

Bekas timbalan presiden PAS Nashruddin Mat Isa berkata pertemuan dengan Umno hanya untuk membincangkan kemaslahatan politik.– Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015. 
Bekas timbalan presiden PAS Nashruddin Mat Isa berkata pertemuan dengan Umno hanya untuk membincangkan kemaslahatan politik.

Bekas timbalan presiden PAS, Nashruddin Mat Isa menafikan dakwaan Datuk Husam Musa terdapat rundingan kerjasama antara parti Islam itu dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan perpaduan pada 2008.
Menurut ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan  Global (GMMF) itu, pertemuan yang turut dihadiri bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hanya masalah politik kedua-dua parti Melayu itu.
“Setakat yang saya tahu, perbincangan adalah bagaimana untuk melihat masa depan pakatan politik antara PAS dan Umno ketika itu. Tidak pergi lagi kepada peringkat bincang kerajaan perpaduan dan sebagainya.

“Tidak ada bincang mengenai kerajaan perpaduan, yang kita bincang ialah bagaimana mencapai atau perbincangan yang berkaitan maslahat politik. Kerajaan perpaduan? Tiada dalam agenda,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. Sambil menyangkal dakwaan Husam, Nashruddin mengatakan bekas naib presiden PAS itu tiada dalam pertemuan itu.
“Beliau tiada dalam pertemuan tersebut. Saya pergi dalam pertemuan itu, tidak ada pun kita bincang pasal kerajaan perpaduan. Kita bincang maslahat politik, itu saja.
“Setiap kali kita bertemu, ia untuk kebaikan negara, bukan untuk kepentingan individu. Apatah lagi ia diputuskan pimpinan tertinggi parti.
“Jadi pertemuan in bagi saya bukan satu isu hendak dijadikan bahan untuk mempopularkan diri, tidak. Ia adalah keputusan parti, perbincangan demi maslahat. Lagipun, pertemuan ini sudah lama,” katanya.

MUHYIDDIN DISINGKIRKAN, NAJIB UNTUNG ATAU ZAHID MUDAH JADI "CENCARU MAKAN PETANG"?

Pemecatan atau penggantungan Muhyiddin Yassin yang tujuan utamanya untuk menghalang Timbalan Presiden UMNO itu berperanan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 8 - 12 Disember ini barangkali sudah terlalu sukar untuk dielakkan.

Berdasarkan kepada "bau yang semakin kuat dapat dihidu", Najib sebenarnya tidak mahu lagi Muhyiddin terus diberikan ruang atas platform UMNO untuk terus mengkritiknya dan kerajaan, khususnya berkaitan 1MDB dan wang derma yang semakin menghenyak imejnya di mata umum.

Mengawalkan tarikh mesyuarat MT dan mengadakannya di pula Parlimen yang ketat kawasan keselamatannya, matlamat besarnya tidak lain ialah agar sebarang tindakan terhadap Muhyiddin dapat diminimakan kesan protesnya.

Lebih-lebih lagi, bersekali dengan Muhyiddin yang digelar anggota Kumpulan Tujuh yang bakal diambil tindakan,  bertebaran juga "baunya" bahawa Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal juga akan turut dikenakan tindakan yang sama.

Maklumat yang diperolehi malam tadi turut mengatakan bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Hamidah Osman akan turut dikenakan tindakan kerana kritikan dan serangannya sejak sekian lama terhadap kepimpinan Najib.

Dalam jangka pendek, tindakan terhadap Muhyiddin tidak lain ialah untuk menghalangnya daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di majlis penggulungan di hari terakhir itu.

Begitu juga dengan Shafie, Najib turut tidak mahu bekas menteri itu turut berucap dalam majlis penggulungan kerana bimbang timbulnya kritikan yang tidak digemarinya.

Dengan ketiadaan Muhyiddin dan Shafie dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti, Najib beranggapan selamatlah beliau daripada sebarang kritikan dan serangan yang boleh menyebabkan mukanya bertukar menjadi kemerah-merahan seperti udang kena baru keluar dari ketuhar.

Malah, tidak mustahil perhimpunan kali ini sudah siap mahu diorkestrakan dengan segala macam ucapan pujian dan sanjungan yang kemudian melalui media arus perdana akan digambarkan seolah-olah Najib mendapat sokongan berterusan untuk menerajui negara ini.

Sekali imbas, tidak dinafikan memang Najib nampaknya lebih selamat melalui penyingkiran Muhyiddin berserta Shafie itu. Ini kerana Najib bukanlah pemimpin yang berani berdepan dan petah berhujah dengan musuh-musuhnya.

Beliau adalah elitis bangsawan yang hanya suka dipuji, dipuja dan dicium tangannya. Kalau bercakap pun, kegemarannya ialah sehala saja. Kebelakangan ini, Najib juga tidak mengadakan lagi sidang akhbar terbuka sebagaimana biasa di mana beliau boleh ditanya di mana dan apa saja.

Lihat bagaimana beliau melarikan diri daripada program Nothing2Hide tidak lama dulu semata-mata kerana takut untuk berhadapan dengan Tun Mahathir yang turut hadir untuk bertanyakan soalan kepadanya.

Oleh kerana Tun Mahathir bukan lagi berada dalam hireaki kepimpinan dan beliau mungkin boleh mengelak daripada bertembungnya dengannya, kini musuh utama yang mahu diketepikannya ialah orang nombor duanya sendiri.

Najib barangkali tidak bimbang berdepan dengan Muhyiddin dalam pemilihan, tetapi ketakutannya ialah untuk berhadapan dengan kebenaran. Sebab itu, menyingkirkan Muhyiddin ialah untuk mengelak bekas Timbalan Perdana Menteri itu melontarkan soalan dan memberi ucapan untuk bertanyakan memgenai kebenaran kepadanya.

Tetapi jika Najib fikir hanya dirinya saja yang untung di sebalik tindakan terhadap Muhyiddin, beliau harus berfikir lebih daripada sekali mengenainya. 

Untungnya Najib jika Muhyiddin disingkirkan hanyalah kerana dapat mengelakkan sebarang kritikan dan serangan dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini dan menukarnya sebagai medan puji dan puja terhadaapnya.

Gerakan Merah ancam ‘rusuhan’ di PWTC

Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal didakwa terlibat dalam gerakan mendesak Najib Tun Razak berundur oleh ketua-ketua UMNO cawangan.
ali tinju
PETALING JAYA: Gerakan Merah yang diketuai Ali Tinju mengancam mengadakan rusuhan sekiranya ketua-ketua UMNO cawangan membuat kecoh pada Perhimpunan Agong UMNO, bulan depan.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), dia akan melakukan apa sahaja bagi mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kumpulan itu.
“Saya akan mengetuai rusuhan di hadapan PWTC sekiranya ketua-ketua UMNO cawangan tersebut membuat kecoh untuk mendesak Datuk Seri Najib berundur.
“Saya juga akan bertanggungjawab untuk mempertahankan Presiden UMNO dari sebarang ancaman. Kalau apa-apa berlaku nanti jangan salahkan pihak Gerakkan Merah,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, dia mendakwa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dalang utama di sebalik desakan itu.
“Bekas Setiausaha Politik Muhyiddin, juga terlibat. Gerakan ini (cawangan yang mendesak Najib letak jawatan) didalangi oleh pemimpin tertinggi UMNO yang kecewa iaitu Muhyiddin, Shafie dan lain-lain.
“Mereka ini sedang mengumpul 3,000 cawangan untuk mendesak Najib letak jawatan,” katanya.
Katanya, ketua-ketua UMNO bahagian perlu bertindak segera dengan mengambil tindakan kepada ketua-ketua cawangan yang terlibat.
“Saya minta barua-barua Muhyiddin ini supaya berhenti mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, jika kamu tidak berhenti, kamu akan berhadapan kumpulan Gerakan Merah,” katanya.

Mampukah UMNO cawangan ubah pimpinan parti?

Jika dinisbah dengan 21,000 UMNO cawangan di seluruh negara, jumlah mereka yang menentang masih kecil tetapi ia memberi kesan kepada kekuatan parti itu
shahbuddin-,umno
PETALING JAYA: Penentangan UMNO cawangan terhadap pucuk pimpinan parti yang semakin meningkat tidak boleh dipandang ringan.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, meskipun nisbahnya dianggap kecil berbanding 21,000 jumlah UMNO cawangan di seluruh negara tetapi ia memberi impak besar kepada kekuatan parti khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Dari segi logik, memanglah daripada kira-kira 21 ribu Cawangan UMNO yang ada keseluruhannya, angka 200 atau 2000 sekali pun masih boleh dikira kecil jumlah atau peratusannya.
“Tetapi, dengan angka itu, yang harus difikirkan ialah bagaimana kedudukan UMNO dan BN untuk menghadapi PRU 14 akan datang? Makin selesa atau makin sukar?,” tulisnya di shahbudindotcom.
Katanya lagi, bermula dengan bantahan 13 UMNO Cawangan dari Bahagian Teluk Kemang, ia menunjukkan peningkatan apabila lebih banyak bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti, termasuk 10 UMNO Cawangan dari UMNO Bahagian Sepang.
Rentetan daripada itu, lebih banyak penentangan dibuat dan dirancang untuk diadakan secara besar-besaran daripada UMNO cawangan dari seluruh negara.
“Perjumpaan Ketua-Ketua Cawangan pada 27 November nanti yang masih dirahsiakan tempatnya, tentu saja menarik kerana ia berlaku selepas mesyuarat MT di Bangunan Parlimen esok (24 November) yang dijangka memutuskan pemecatan atau penggantungan dua pemimpin kanan UMNO iaitu Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal.
“Apakah selepas Muhyiddin dan Shafie dikenakan tindakan yang semata-mata kerana menegur untuk kebaikan, jumlah Ketua Cawangan yang berani tampil itu akan terus bertambah lagi?,” tulisnya.

7 ribu UMNO cawangan desak perubahan pimpinan parti

Mereka menafi ditaja pihak tertentu sebaliknya dibuat atas kepentingan parti dan orang Melayu
umno-johor
PETALING JAYA: 81 ketua UMNO cawangan dari lapan UMNO Bahagian Johor menyuarakan rasa tidak puas hati dan mendesak supaya perubahan dibuat dalam pimpinan tertinggi demi kebaikan parti.
Mereka mendakwa lebih banyak gerakan besar-besaran akan dibuat di mana tujuh ribu UMNO cawangan seluruh negara akan berbuat demikian selepas merasakan diri disisih.
“Kami tak mahu Presiden dan orang-orang Presiden menggadaikan masa depan kami,” kata Ketua UMNO Cawangan Kulai Jaya 2, Zainuddin Abdul Hamid.
“Berdasarkan maklumat risikan yang kami ada, sudah 200 cawangan bersama kami dan selepas perbincangan ada tujuh ribu lagi cawangan termasuk dari Sabah,” tambahnya.
Dia berkata semua cabang yang hadir bersamanya terdiri dari Bahagian Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Pagoh, Labis, Kulai, Segamat dan Kluang.
Mereka menafikan tindakan itu dibuat ekoran khabar angin kononnya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dipecat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu petang Selasa.
Mereka turut menafikan dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilaporkan dalam media semalam bahawa kesemua ketua-ketua cawangan yang ‘anti Najib’, didana oleh pemimpin tertentu.
“Ku Nan (Tengku Adnan) keluar kenyataan kata kami didana. Bagi kami itu adalah pembohongan.Kita tetap dengan perjuangan atas nawaitu kita sendiri.

Pertembungan kem Najib-Muhyiddin bakal berlaku dalam perhimpunan Umno Disember

Perhimpunan agung Umno pada 8 hingga 12 Disember ini akan melihatkan platform bagi kem Datuk Seri Najib Razak (kanan) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan pemimpin masing-masing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015. 
Perhimpunan agung Umno pada 8 hingga 12 Disember ini akan melihatkan platform bagi kem Datuk Seri Najib Razak (kanan) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan pemimpin masing-masing. 

 Perhimpunan agung Umno bulan depan akan menjadi medan pertembungan antara dua kem dalam parti Melayu itu, dengan satu kumpulan setia kepada Datuk Seri Najib Razak dan satu lagi bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyokong kritikannya terhadap dakwaan penglibatan perdana menteri dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib masih dalam “mode” bertahan, sementara Muhyiddin masih memberi desakan, berterusan membangkitkan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi presiden Umno itu.
Najib yang juga menteri kewangan merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

"Perhimpunan kali ini akan menjadi pertembungan hangat antara kem Najib dan kem  Muhyiddin,” kata bekas ketua Pemuda cawangan Keliang, Hulu Selangor, Moohamad Faizal Abdul Raub kepada The Malaysian Insider. "Ia akan menjadi platform kedua-dua kem untuk mempertahankan bos mereka."
Tiada usul agar Najib meletakkan jawatan akan dibangkitkan pada perhimpunan agung kali ini yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Walaupun Najib dilihat mempunyai sokongan majoriti ketua Umno bahagian, ahli akar umbi peringkat cawangan masih memberontak.
Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar berkata, perwakilan dan ahli menanti penjelasan daripada pemimpin mengenai kecelaruan dan kemelut yang berlaku.
"Perhimpunan kali ini ramai yang tertunggu dan tidak sabar mendengar ucapan daripada pemimpin, ramai pemerhati dijangka hadir kali ini.
"Semua ini disebabkan keadaan dan pergolakan dalaman yang berlaku dalam parti," kata Hamidi kepada The Malaysian Insider.
Gesaan beberapa cawangan kebelakangan ini menunjukkan bahagian-bahagian Umno sukar untuk mengawal ahli yang tidak berpuas hati terhadap Najib.
Ahli akar umbi kritikal terhadap kepimpinan Najib, menganggapnya sebagai liabiliti dan tidak melihat masa depan cerah jika beliau terus memimpin Umno.
"Rakyat mahukan peralihan, apabila merasakan tidak lagi relevan, ia sepatutnya digantikan," kata Ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana Rushdan Mohamed, salah seorang yang mendesak Najib letak jawatan baru baru ini.
Beliau berkata, pepecahan dalam Umno sudah tidak dapat dielakkan lagi, jika berterusan kesan lebih buruk dihadapi Najib seperti sabotaj daripada ahli sendiri yang tidak berpuas.
"Pepecahan parti tidak dapat dielakkan dan sabotaj parti memang tidak boleh dielakkan," katanya.
Senada dengan Rushdan, aktivis Umno Pokok Sena Ramli Yunus mengakui parti Melayu itu sudah berpecah, dan lebih parah lagi, ahli sendiri sudah tidak dapat mempertahankan Najib apabila bertemu rakyat.

Ketua cawangan Umno nafi dibiayai gesa Najib berundur


Jurucakap 81 ketua Umno cawangan dari lapan bahagian Umno di Johor yang menggesa pengunduran Datuk Seri Najib Abdul Razak, menafikan dakwaan bahawa tindakan mereka didalangi pihak tertentu.
Malah jurucakap tersebut, Zainuddin Hamid turut menafikan bahawa pihaknya dibiayai supaya menggesa Najib berundur daripada jawatan presiden Umno.
"Yang mengatakan kami didalangi mana-mana pihak dan dibiayai adalah kenyataan tak berasas dan tak bertanggungjawab.
"Kita perjuangkan atas nawaitu kita sendiri.
"Kami bergerak guna kudrat dan kemampuan kami sendiri atas niat pertahankan bangsa Melayu dan Malaysia," katanya dalam sidang media di Skudai, Johor Bahru malam tadi.
Malah sebelum sidang media bermula, mereka turut mengutip duit dari setiap individu yang hadir bagi membuktikan bahawa mereka tidak dibiayai.
Menjawab soalan, Zainuddin berkata, kebanyakan pihak yang dilihat anti-Najib merupakan merupakan ahli Umno yang sah, berjawatan serta berhak menyuarakan pendapat.
"Kami berhak menyuarakan apa yang nak kami sampaikan di peringkat cawangan," kata Zainuddin yang juga ketua Umno cawangan Bandar Pulai Jaya 2.

Wajarkah umat Islam bayar zakat kepada institusi tak amanah, soal mufti Perlis

 Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas persoalan orang ramai sama ada haram untuk membayar zakat terus kepada fakir miskin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015. 
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas persoalan orang ramai sama ada haram untuk membayar zakat terus kepada fakir miskin. 

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mempersoalkan kewajaran seseorang individu membayar zakat dan mengamanahkan harta awam dan anak yatim kepada institusi yang tidak dipercayainya. Posting di laman Facebook miliknya turut bertanyakan hukum institusi pengurusan zakat dan harta awam yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.
"Apakah hukum mereka yang diamanahkan menguruskan zakat serta harta awam namun tidak menguruskan dengan cara yang amanah dan wajar?

"Apakah wajar seseorang individu memberikan amanah seperti harta awam, anak yatim, zakat dan lain-lain kepada pihak yang beliau yakini tidak atau kurang amanah?" soal Asri. Persoalan itu katanya dibangkitkan susulan menerima pertanyaan bertalu-talu daripada ramai pihak yang mendesaknya supaya mengulas kenyataan pihak tertentu membayar zakat terus kepada fakir miskin itu berdosa.
"Memang, persoalan kewajiban bayar zakat kepada dan melalui ulul amri ada dibincangkan sarjana fekah. Ada perincian dan perbezaan pendapat.
"Namun sebelum mengulas soalan tersebut, sekurang-kurang dua soalan itu hendaklah ditanya dan dijawab terlebih dahulu," katanya.
Asri bagaimanapun berkata, sekiranya persoalan-persoalan itu dapat dijawab dengan memuaskan, dan yakin pihak rasmi zakat itu amanah dan telus, zakat hendaklah dibayar melalui mereka.
"Kerana mereka lebih tahu maslahat fakir miskin. Bahkan, enggan bayar kepada ulul amri tanpa sebab yang munasabah boleh berdosa kerana Allah memerintahkan kita taat kepada pemerintah dalam perkara yang makruf," katanya.