Ahad, 22 November 2015

Saya bangkitkan soal memerangi rasuah dengan Najib, kata Obama

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sambil menegaskan tidak berniat untuk mencampuri siasatan yang sedang berjalan itu biarpun sudah pulang ke AS. – Gambar Reuters, 22 November, 2015. 
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sambil menegaskan tidak berniat untuk mencampuri siasatan yang sedang berjalan itu biarpun sudah pulang ke AS. 

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata beliau ada membangkitkan mengenai kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan membanteras rasuah dengan Datuk Seri Najib Razak, walaupun perdana menteri terlibat dengan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma AS$700 juta. Bagaimanapun, Obama enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Najib, sambil menegaskan tidak berniat untuk mencampuri siasatan yang sedang berjalan itu biarpun sudah pulang ke AS.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai siasatan berlaku walaupun pulang ke Amerika Syarikat, saya tidak akan mengulas apa-apa mengenai siasatan atau prosiding undang-undang yang sedang berlaku di negara asing ketika saya menjadi tetamu.

"Tetapi saya ada membangkitkan kepada perdana menteri, sama seperti saya berjumpa dengan ramai pemimpin di sini di Asia Tenggara, Afrika, Amerika Latin, dan mana-mana saya pergi, mengenai kepentingan ketelusan dan kebertanggungjawaban, kepentingan membanteras rasuah, di mana kesemuanya adalah halangan perkembangan, semua perkara itu, menyumbang kepada kemiskinan dan membantutkan pertumbuhan, "katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Obama berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai hasil perbincangan beliau dengan Najib mengenai "skandal dana pelaburan" itu, memandangkan beliau sudah berjanji semasa majlis dialog 2 hari lepas beliau akan membangkitkan isu ketelusan dengan perdana menteri.
Obama berkata, mana-mana negara yang berjaya menyelesaikan masalah rasuah akan segera memperbaiki kedudukan mereka, walaupun kekurangan sumber atau tidak mempunyai perairan.
Beliau juga memberi amaran mana-mana negara yang gagal menangani rasuah akan "gagal" tidak kira jika mereka memiliki sumber yang banyak.
"Saya juga menekankan kepada Najib mengenai kepentingan masyarakat sivil dan kebebasan media di negara-negara yang berkembang maju," kata Obama.

Skandal dana asing RM2.6 bil, Obama enggan komen

Isu RM2.6 bil, Obama enggan komen KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengaku ada membangkitkan mengenai kepentingan membanteras penyelewengan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai penyiasatan berhubung dana RM2.6 bilion dalam akaun Najib, Obama enggan memberi sebarang komen.

"Sebagai menghormati Najib, saya tidak memberi komen tentang siasatan di Amerika Syarikat dan sudah pasti saya tidak akan memberi komen bagi apa-apa siasatan yang mungkin dijalankan di sini.

"Namun saya ada bangkitkan kepentingan ketelusan dan akauntabiliti serta membanteras gejala korupsi dalam pertemuan saya dengan Najib sama seperti apa yang saya bangkitkan bila bertemu dengan pemimpin di serata dunia," katanya dalam sidang media merumuskan lawatannya ke Malaysia, hari ini.

Katanya, gejala begini membantutkan pertumbuhan mana-mana negara jika dibiarkan berleluasa.

Menurut Obama, jika masalah seperti ini dapat diselesaikan, negara terbabit mampu untuk terus maju.
Obama turut menyatakan beliau tidak mengharapkan setiap negara mengikut hala tuju Amerika Syarikat.

Obama kata harga ubat naik, mana komen menteri?


SERDANG - DAP membangkitkan soal 'kehilangan' Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed selepas isu harga ubat didakwa bakal naik selepas perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dimetrai.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selepas pengesahan kenaikan harga ubat dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin, tiada sebarang kenyataan balas dari mana-mana menteri.
"Kita bimbang bahawa jika setuju TPP, harga ubat akan naik. Kita tanya kerajaan BN tak mahu jawab.
"Tapi sekarang kita dapat jawapan daripada Obama. Beliau mengakui bahawa harga ubat akan naik.
"Setelah Obama cakap, saya tidak melihat sebarang respons daripada menteri-menteri. Tok Pa pun telah menghilangkan diri. Mana Tok Pa? Saya harap Tok Pa boleh jawablah," katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan Dapsy 2015, di sini, hari ini.
Kelmarin, Obama dilaporkan mengesahkan bahawa harga ubat di negara ini akan mengalami kenaikan selepas perjanjian TPP dilaksanakan ketika menjawab soalan penonton pada pertemuan dengan alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI).
Kenyataan itu dilihat bertentangan dengan jaminan Mustafa sebelum ini di mana beliau berkata, TPP tidak akan menyebabkan kenaikan kos perubatan dalam sektor farmaseutikal.
Susulan itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkara itu.
"Sekiranya isu-isu ini tidak mendapat penjelasan, saya rasa kita harus memberikan tekanan kepada kerajaan. Tak perlu kita beri tekanan kepada AS. Dia sudah tentu nak pentingkan rakyatnya. Itu biasa.
"Kalau soalan seperti ini tidak dapat dijawab dengan teliti, Saya rasa DAP tidak ada pilihan melainkan menentang TPP apabila dibahaskan di Parlimen," katanya.

Dapat dokumen YaPEIM secara tidak sah, NOW sedia beri kerjasama pada polis

akmal
Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata sehingga hari ini pihaknya masih belum dimaklumkan atau dihubungi oleh pihak polis berhubung perkara tersebut.
KUALA LUMPUR, 22 November:
National Oversight & Whistleblower (NOW) akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berkenaan mendapatkan dokumen Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) secara tidak sah.
Pengarahnya, Akmal Nasir berkata sehingga hari ini pihaknya masih belum dimaklumkan atau dihubungi oleh pihak polis berhubung perkara tersebut.
“Kita akan berikan kerjasama namun kenyataan rasmi mengenainya akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengatakan pihaknya telahpun memulakan siasatan ke atas NOW.
Jelasnya, ia susulan laporan polis yang dibuat Ketua Pengarah Eksekutif YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, Rabu lalu.
“Benar kita sudah memulakan siasatan. Atas salah guna atau kes menyalahgunakan kuasa dan ia di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujar Khalid.
Terdahulu, Abibullah dalam laporan polisnya menjelaskan bahawa tuduhan yang dikemukakan oleh NOW ke atas YaPEIM itu tidak berasas dan dokumen diperolehi kumpulan itu secara tidak sah.
Siasatan polis berkenaan merupakan tindakan terbaharu yang dihadapi NOW selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman fitnah terhadap Akmal berhubung dakwaan penyelewengan YaPEIM untuk membiayai lawatan menteri itu ke luar negara.
Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 19 November lalu dan dalam pernyataan tuntutan sebanyak 10 muka surat itu, Jamil Khir memohon perintah injuksi untuk menghalang defendan daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk fitnah.
Beliau turut menuntut ganti rugi am dan teruk, permohonan maaf secara terbuka daripada Akmal menerusi akaun Facebooknya, laman web NOW serta akhbar tempatan.

Gambar Nurul Izzah-Jacel bukan isu besar – Chegubard

chegubard
Chegubard mendesak Ahmad Zahid dedahkan tiga pemimpin pembangkang yang didakwa menjadi dalang pencerobohan di Sabah, dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR, 22 November:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu mendedahkan dalang pencerohan di Lahad Datu, pada 2013.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, perkara itu lebih penting daripada isu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bergambar dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram yang dipergunakan sepenuhnya beberapa pihak untuk kepentingan tertentu.
Menurut Badrul Hisham, Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu menyatakan kononya beliau sudah mendapat butiran tiga pemimpin pembangkang yang didakwa adalah dalang pencerobohan di Sabah, dua tahun lalu.
Bagaimanapun, apabila didesak, beliau agak panik dan mencari alasan dengan mengatakan sudah menyerahkan tiga nama itu kepada Peguam Negara dan akan mendedahkannya, selepas kes itu dibawa ke mahkamah.
“Kini, sudah hampir tiga tahun, tetapi Ahmad Zahid masih gagal dedahkan dan beliau jelas menjadikan isu Lahad Datu sebagai modal politik Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, tanpa mempunyai rasa simpati kepada mangsa dan bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi.
“Hingga kini, Ahmad Zahid menipu untuk mendedahkan nama tiga pemimpin pembangkang yang kononnya beliau tahu menjadi dalang (pencerobohan itu). Maka, yakinlah beliau akan terus mengelak, kerana beliau mengambil kesempatan politik terhadap apa yang terjadi,” katanya menerusi laman blognya hari ini.
Mengulas isu gambar Nurul Izzah dan Jacel, Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard memberitahu, perkara itu dijadikan isu, sehingga ada yang tampil membuat laporan polis.
“Sebenarnya, ia bukan satu isu besar jika ia dijelaskan secara betul, kerana gambar tersebut dirakamkan dengan permintaan Jacel Kiram, ketika mereka berdua bertemu dalam program anjuran Council on Philippine Affairs & The Asian Institute For Democracy.
“Program itu juga anjuran bersama Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filippina. Program ini diadakan khas untuk menyokong laporan UN Working Group on Arbitrary Detention yang menggesa pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jika ia salah, maka kesalahan itu sama tarafnya dengan pertemuan dan bergambarnya Perdana Menteri Malaysia dengan ketua negara haram Israel, yang mana mereka hadir bersama dalan satu persidangan,” tegasnya.

Wong Kah Woh ketua Pemuda DAP baharu

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning Wong Kah Woh hari ini menang sebagai ketua Pemuda DAP menewaskan lawannya Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin dalam pemilihan jawatankuasa Pemuda yang diadakan di Kongres Kebangsaan Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 22 November, 2015. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning Wong Kah Woh hari ini menang sebagai ketua Pemuda DAP menewaskan lawannya Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin dalam pemilihan jawatankuasa Pemuda yang diadakan di Kongres Kebangsaan Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning Wong Kah Woh hari ini menang sebagai ketua Pemuda DAP menewaskan lawannya Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin. Wong memenangi jawatan itu dengan 249 undi berbanding Yeo yang mendapat 156.
Yeo menerima keputusan itu dengan hati terbuka walaupun tewas.

Timbalan ketua Pemuda DAP pula dimenangi Wong King Wei dengan 247 undi berbanding lawannya yang meraih 158. Setiausaha Pemuda DAP pula dimenangi Lew Chee Kwan dengan 225 undi.
Manakala, Arul Kumar Jambunathan dan Liow Cai Tung pula menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua Pemuda DAP.
Pemilihan jawatankuasa Pemuda diadakan di Kongres Kebangsaan Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini.

Muhyiddin, Shafie Apdal ‘terselamat’ dari dipecat

Muhyiddin Shafie
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada hari ini menafikan dakwaan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan dikenakan tindakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti, pada Selasa ini.
Tengku Adnan berkata, siasatan terhadap kedua-dua pemimpin itu oleh Lembaga Disiplin parti masih berjalan dan Umno tidak akan mengenakan tindakan termasuk memecat atau menggantung ahlinya sesuka hati, lapor sebuah portal.
“Mesyuarat berkenaan yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini diawalkan kepada Selasa kerana masa yang semakin suntuk sebelum Perhimpunan Agung Umno 2015 bulan depan dan diadakan di Parlimen bagi memudahkan ahli MT yang kebanyakannya ahli Parlimen,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Berkhatan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan 2015 di sini, pagi ini.
Sebelum ini, timbul desas desus mengatakan Muhyiddin dan Shafie akan dikenakan tindakan termasuk dipecat atau digantung daripada parti itu pada mesyuarat MT Umno Selasa ini.

Tengku Adnan tolak spekulasi motif mesyuarat MT Umno diawalkan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 November memandangkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan kini berada di luar negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2015. 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 November memandangkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan kini berada di luar negara. 

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak spekulasi berhubung mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadual Selasa ini (24 November), sambil menyatakan ia didalangi pihak yang mahu mengeruhkan perpaduan parti. Beliau juga menafikan dakwaan mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 November memandangkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan kini berada di luar negara.
"Semua pihak dimaklumkan mengenai tarikh mesyuarat tersebut dan ia diawalkan untuk memberi masa bagi persiapan Perhimpunan Agung Umno pada 8 hingga 12 Disember nanti," katanya kepada media selepas Program Berkhatan Perdana Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Mengenai kertas siasatan oleh Lembaga Disiplin berhubung beberapa pemimpin parti, Tengku Adnan yang juga menteri wilayah persekutuan berkata siasatan masih berjalan dan apabila siap, laporannya akan diserah kepada MT untuk membuat keputusan. "Terserah kepada MT untuk mengambil tindakan atau tidak... ia hanya khabar angin," katanya. – Bernama

Tindakan Bangladesh usaha hapuskan Gerakan Islam


وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." [Surah Ali-Imran: 169]

Tindakan rejim Bangladesh di bawah Presiden Abdul Hamid melaksanakan hukuman mati kepada pimpinan Jamaat e-Islami Bangladesh adalah perbuatan kejam dan zalim.

Sekiranya dengan tindakan itu mereka menyangka akan melumpuhkan perjuangan Islam, kami di seluruh dunia mengimani bahawa itulah kemuncak kegemilangan perjuangan kami. Ia tidak akan sesekali mematikan Gerakan Islam sebagaimana ayat surah Ali Imran yang dinyatakan.

Dunia hari ini menjadi saksi, penggantungan mati Setiausaha Agung Jamaat e-Islami Bangladesh, Syeikh Ali Ahsan Muhammad Mujahid sebagai senarai rentetan usaha Kerajaan Bangladesh mengekang kebangkitan Islam di negara itu.

Kerajaan Bangladesh sebelum ini telah pun menggantung beberapa orang pimpinan Jamaat e- Islami seperti As-Syahid Syeikh Abdul Qader Mullah pada 12 Disember 2012 dan As-Syahid Kamaruzzaman pada 11 April tahun ini.

Mereka telah dihadapkan dengan tuduhan jenayah perang, sedangkan yang diperjuangkan mereka adalah tuntutan kemerdekaan dengan Pakistan pada tahun 1971. Inilah adu domba, fitnah dan usaha memburukkan imej Islam di sepanjang zaman sebagai tindakan mengekang kebangkitannya.

'Takkan jumpa orang Umno pun tak boleh cakap' - Naib Presiden PAS

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata walaupun terdapat pimpinan PAS mengadakan pertemuan dengan Umno tidak bermaksud parti itu akan menjalinkan hubungan politik dengan parti tersebut.
"Takkan lah kita jumpa orang Umno kita tidak boleh bercakap, nak macam itu ke, takkan kita nak balik kaedah lama balik, kalau jumpa orang Umno, nak tindih bayang pun tidak boleh.
 "PAS ini ada dasar, kita ada Majlis Syura, kita ada AJK PAS pusat, Lajnah Politik, jangan tuan-tuan runsing, tengok kepimpinan PAS minum kopi dengan orang Umno, terus kata nak masuk Umno," katanya dipetik dilapor Sinar Harian Online hari ini.
Laporan itu juga menyebut, PAS mengakui bahawa parti Islam itu menggunakan pendekatan berbeza ketika berdepan dengan Umno.
MP Bukit Gantang itu berkata demikian semasa ceramah Sambutan 60 tahun Pas Kelantan yang diadakan di Dataran Ilmu, di Kota Bharu malam tadi.
Isu kerjasama PAS-Umno kini kembali panas apabila bekas naib presiden Datuk Husam Musa mendakwa pimpinan PAS mahu mewujudkan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Husam mendakwa tindakan itu gagal setelah kerusi yang diperoleh tidak cukup untuk mewujudkan sebuah kerajaan.
Laporan itu juga menyebut Idris berkata dalam mesyuarat Majlis Syura minggu lalu, tiada perbincangan khusus berhubung agenda PAS untuk bergabung dengan Umno dan menyeru anggota PAS supaya tidak bimbang dengan perkara itu.

Pas Pulau Pinang berhentikan 783 JKKK

Tindakan itu diambil selepas kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng memecat 300 JKKK di Kepala Batas.
Fauzi-Mohd-Yusof,pas
PETALING JAYA: Pas Pulau Pinang memberhentikan 783 ahlinya daripada menganggotai Ahli Jawatankuasa dan Keselamatan Komuniti (JKKK).
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, arahan itu dikeluarkan berkuatkuasa serta merta, lapor Utusan Malaysia.
Tindakan itu diambil selepas kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng memecat 300 JKKK di Kepala Batas kerana enggan menyertai Pakatan Harapan.
Susulan itu, Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd Yusni Mat Piah mencabar kerajaan negeri memecat baki 783 ahli Pas yang menanggotai JKKK di seluruh negeri itu.
Pas telah umumkan menjadi pembangkang di Pulau Pinang kerana parti itu bukan sebahagian daripada kerajaan negeri Pakatan Harapan.

5000 Ketua UMNO cawangan rancang himpunan desak Najib berundur

Mereka mendakwa sudah mendapat sokongan kira-kira 5,000 ketua UMNO cawangan seluruh negara.
najib
PETALING JAYA: Ketua-ketua UMNO cawangan di seluruh negara merancang mengadakan perhimpunan besar-besar bulan hadapan bagi mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Ketua UMNO Cawangan Taman Port Dickson Utama, Mohd Isa Mohd Yasin berkata, kira-kira 5,000 ketua cawangan telah menyatakan sokongan itu dan yakin satu perempat ketua UMNO cawangan menyokong rancangan itu.
Katanya, mereka belum menetapkan lokasi perhimpunan itu.
“Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam UMNO kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua UMNO cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Mohd Isa berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama 34 ketua UMNO cawangan bagi mendesak secara terbuka Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO di Port Dickson, pada Sabtu.
Ketua UMNO cawangan itu dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah.
Mohd Isa berkata, 34 ketua UMNO cawangan itu sebulat suara mendesak Najib meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu.
Katanya, semasa peralihan jawatan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan tinggi.
“Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan UMNO.
“Kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Timbalan Presiden, Naib Presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli UMNO yang tampil membuat kritikan kepada parti,” katanya.
Sebelum ini, sebanyak 13 ketua UMNO cawangan di Teluk Kemang dan 20 ketua cawangan di Sepang membuat desakan terbuka agar Najib meletak jawatan.

Obama beritahu Najib kawal ketat berkaitan rasuah

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini mengesahkan bahawa beliau memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengawal ketat mengenai masalah rasuah.
Obama berkata beliau membangkitkan perkara itu kepada Najib, sama seperti bagaimana beliau dengan pemimpin lain di Sidang Kemuncak Asia dari Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin, mengenai kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan membanteras rasuah.
Menurutnya, jika perkara itu tidak dititikberatkan, maka pembangunan akan terhalang, pertumbuhan terbantut, dan menggalakkan kemiskinan, katanya.
"Saya tidak akan mengulas mengenai siasatan yang berlaku di Amerika Syarikat, saya tentunya tidak akan mengulas mengenai apa-apa siasatan atau prosiding undang-undang yang berlaku di negara luar sedangkan saya seorang pelawat," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

DAP tuntut penjelasan Putrajaya kerana kenyataan TPPA bercanggah Obama

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berucap semasa DAPSY National Congress 2015 di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang hari ini, mengkritik GST yang membebankan rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 22 November, 2015. 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berucap semasa DAPSY National Congress 2015 di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang hari ini, mengkritik GST yang membebankan rakyat. 

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengkritik Putrajaya dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan menuntut penjelasan berikutan percanggahan dengan apa yang diterangkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama. Lim berkata, sekiranya Putrajaya tidak menjelaskannya, DAP akan membantah sekeras-kerasnya perjanjian itu pada sesi Parlimen akan datang.
Katanya, Obama ketika lawatannya ke Malaysia mengakui harga ubat akan meningkat sebaik sahaja TPPA disahkan.

Namun sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berpendapat TPPA tidak akan menyebabkan kenaikan kos perubatan dalam sektor farmaseutikal. Mustapa berkata, Malaysia akan mengekalkan dasar sedia ada berkaitan sektor itu.
Lim berkata demikian ketika berucap di hadapan 400 orang perwakilan DAPSY yang hadir di Kongres Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini.
Ketua menteri Pulau Pinang itu menambah, tidak cukup dengan harga tol yang meningkat serta mata wang ringgit menurun, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menambahkan lagi beban rakyat Malaysia.
"GST tidak cukup celaka? GST sudah cukup celaka. Saya tahu kalau cakap macam ini mungkin kena dakwa macam Nurul Izzah.
"GST celaka, tambah dengan mata wang ringgit, harga minyak tak turun rakyat susah. Masuk lagi dengan TPPA.
"Harga ubat akan naik. Kita tidak mampu beli ubat, betul-betul hendak bagi kita mati," katanya.

Semua 20 universiti awam setuju haramkan hisap vape di universiti kata Menteri Pendidikan Tinggi

Semua 20 universiti awam setuju larang hisap vape di universitiKANGAR: Semua 20 universiti awam bersetuju agar penggunaan vape atau rokok elektronik dan rokok diharamkan di kampus masing-masing, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata keputusan itu dicapai bersama oleh Naib-naib Canselor di 20 universiti awam berkenaan yang bermesyuarat Jumaat lepas.

"Walaupun sebelum ini ada naib canselor yang mengumumkan pengharaman menghisap vape dan rokok dalam kawasan universiti, saya menyifatkan keputusan bersama ini adalah tepat kerana universiti adalah zon hijau.

"Dahulu, hanya rokok yang diharamkan dihisap (di universiti), sekarang kita perluaskan kepada vape atau rokok elektronik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) ke-6 di Dewan 2020 di sini, malam tadi.

Beliau berkata universiti diberi kuasa autonomi dan berhak menentukan hukuman atau tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut dan kerajaan tidak akan campur tangan.

Mengenai sukan dalam kalangan pelajar universiti, Idris berkata kerajaan menyediakan banyak insentif dan kemudahan selain pengecualian tertentu kepada atlet yang aktif untuk menggalakkan mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang sukan.

Malah, katanya, lebih separuh pingat yang diperoleh kontinjen negara dalam Sukan SEA disumbangkan oleh atlet dari kalangan pelajar terutamanya pelajar universiti.

Adakah demokrasi itu juga penyertaan politik?

Saufi Arif


Dalam kita memahami pengertian demokrasi, usah kita menolak kepentingan penyertaan politik sebagai satu elemen penting dalam menjalinkan demokrasi yang tulen.
Penyertaan politik yang bagaimana dimaksudkan? Adakah hanya dipelopori golongan “politician” pembangkang? Golongan kapitalis? Golongan elit? Kakitangan awam dan swasta? Mahasiswa? Masyarakat desa?
Kalau difahami secara konseptual atau literal, penyertaan politik adalah satu orientasi masyarakat untuk merubah. Pada masa yang sama, penyertaan politik dapat difahami melalui kegiatan masyarakat sivil dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan kerajaan melalui individu ataupun kelompok untuk bersifat mendesak perubahan untuk memperbaiki pembangunan demokrasi, ekonomi, politik serta taraf hidup masyarakat.

Penyertaan politik bukan hanya melalui pembuangan undi dalam peti, tetapi juga boleh diterjemahkan melalui demonstrasi, desakan melalui badan bukan kerajaan dan juga sukarelawan masyarakat. Penyertaan politik bukan hanya terjadi jika mana sesuatu hak itu atau akan dicabuli, jika hak itu tidak dicabuli maka tiada penyertaan politik berlaku dalam masyarakat sivil. Jika itu, maka ia adalah kepalsuan dalam proses pendemokrasian masyarakat. Dalam kata lain ialah, penyertaan politik memerlukan idealisme, aktivisme serta komitmen secara berterusan untuk menjaga “kuasa” masyarakat supaya tidak dipermainkan kerajaan. Disebabkan yang demikian, masyarakat sivil memiliki “kuasa” dalam menstrukturkan kehidupan pentadbiran yang masyarakat inginkan dalam sesebuah negara.
Dengan adanya “kuasa” masyarakat, maka secara tidak langsung pendemokrasian akan berlaku secara semula jadi. Dengan adanya “kuasa” masyarakat juga maka kerajaan dapat diwujudkan melalui pilihan raya.
Dengan ini dapat digambarkan, masyarakat sivil memiliki “kuasa” dalam menetapkan atau mengubah suasana demokrasi jika terdapat keperluan. Namun begitu, dalam menghadapi kerencaman permasalahan manusia, penyertaan politik tidak mendapat dokongan yang bersifat solid dalam lapisan masyarakat.
Tidak tahu di mana silapnya? Adakah kerana, masyarakat merasakan jika permasalahan itu tidak menjejaskan serba serbi kehidupan mereka maka mereka tidak perlu untuk “public participation”.

Obama harus ditahan kerana menghasut, hina Islam!

Amin Iskandar

Dalam lawatannya ke Malaysia kali ini, selain mempromosikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sempat bercakap tentang hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan perkahwinan sejenis.
Menjawab pertanyaan seorang belia biseksual dari Thailand tentang apakah seseorang patut dipenjarakan kerana mempunyai orientasi seksual berbeza, Obama berkata, ianya tidak seharusnya dilakukan.
Obama berkata, walaupun orang ramai mempunyai agama dan tradisi budaya mereka yang tersendiri, tiada siapa patut memaksa seseorang untuk berkelakuan mengikut cara tertentu.

Katanya, sesebuah negara seharusnya mengiktiraf perkahwinan bagi semua pihak termasuk perkahwinan sejenis.

Ironinya, Malaysia kini sedang memenjarakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ertinya di Malaysia, hubungan sejenis tidak dibenarkan dan pelakunya boleh dipenjarakan. Apa lagi untuk mengharapkan perkahwinan sejenis diiktiraf.
Jadi, kenyataan Obama agar negara perlu mengiktiraf perkahwinan sejenis bolehlah dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Sempat lagi untuk polis menahan Obama pagi ini sepertimana yang pernah dilakukan terhadap pemimpin pembangkang, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal media apabila didapati menghasut.
Jais perlu ambil tindakan terhadap Obama
Selain itu, mengiktiraf perkahwinan sejenis adalah bercanggah dan boleh dianggap sebagai menghina agama Islam.
Obama mengeluarkan kenyataan itu di Taylor's University di Petaling Jaya yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Bukankah sebelum ini Jais mempunyai “rekod cemerlang” menyerbu gereja kerana takut akidah umat Islam diganggu gugat?

MAKA CELAKALAH BAGI KAMU yang membawa bala kepada negara kami...


Wahai para pengundi Benjamin Netanyahu... Sujud syukurlah kamu di atas kehadiran bapak penjenayah seluruh alam ke Malaysia dengan membawa khabar berita baik... Lepas ni kalau sakit telan je pil kuda jer... Tak pon jangan sakit, terus mati je..

Adakan referendum dalam memutuskan TPPA

Kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke negara disambut dengan perhimpunan aman oleh pelbagai segmen rakyat termasuk Parti Amanah Negara bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan kerajaan Malaysia untuk menandatangani Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA).
 Kebimbangan rakyat Malaysia terhadap TPPA adalah berkaitan kehilangan kedaulatan Perlembagaan dan undang-undang negara ini di mana di bawah TPPA, sebarang pertikaian antara kerajaan dan syarikat asing terlibat, ia akan dibicarakan di tribunal antarabangsa yang dikenali Investor-State Dispute Settlement(ISDS).
Di mana undang-undang antarabangsa yang akan mengatasi undang-undang dan bidangkuasa mahkamah negara.
Sudah terdapat banyak 'precedent' kes yang telah dibawa ke tribunal ISDS dan di antaranya adalah kes Chevron terhadap Ecuador di mana keputusan Mahkamah Ecuador mendenda Chevron di atas kesalahan undang-undang alam sekitar telah dicabar di tribunal tersebut.
Keperitan hidup rakyat yang sedang bergelut dengan kenaikan harga barang akan bertambah derita di mana harga barangan yang diimport akan meningkat terutamanya ubat-ubatan.
Ini kerana penggunaan ubat generik selama ini pasti akan terhenti di mana rakyat perlu menggunakan ubat asli yang diimport dari Amerika Syarikat.
Kehilangan pekerjaan juga adalah satu lagi risiko besar kerana dibimbangi syarikat asing terlibat lebih cenderung mengupah pekerja asing yang pasti akan memberikan kesan buruk kepada sosio-ekonomi rakyat Malaysia.
Golongan khidmat profesional tempatan seperti peguam dan arkitek juga akan terkesan apabila terpaksa bersaing dengan profesional luar dalam pasaran terbuka ini.
Sesungguhnya TPPA adalah 'gateway' kepada penjajahan baru negara ini. Penjajahan 'colonial' Inggeris di Perak bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 yang telah membuka pintu kepada Inggeris menguasai ekonomi dan pentadbiran Perak.

Bagaimana Jakim belanja hampir RM1 bilion tahun ini..!

Ekoran perdebatan kerelevanan Jakim, aktiviti-aktiviti jabatan agama itu dibentangkan bersama kos hampir RM1 bilion yang diperuntukkan. 

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, timbul pelbagai persoalan mengenai apakah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) masih relevan dan bagaimana mereka membelanjakan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai setiap tahun. Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu menjadi tajuk perdebatan selepas anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tawfik Ismail mengatakan ianya perlu dimansuhkan kerana lebih banyak campur tangan kepada kehidupan peribadi umat Islam di Malaysia.
Kenyataan anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu menimbulkan perdebatan hangat berhubung peranan dan kerelevanan agensi yang menguruskan hal ehwal agama Islam itu.

Sebagai respons, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim lebih relevan pada hari ini kerana berdepan dengan Syiah, Islam liberal dan Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha enggan melayan permintaan The Malaysian Insider untuk wawancara tentang bagaimana wang dibelanjakan jabatan itu.
Sementara itu, pegawai perhubungan awam badan persekutuan memberitahu The Malaysian Insider mereka tidak mendedahkan sejarah kewangan Jakim atau akaun yang diaudit kepada umum.
Menurut Perbendaharaan, objektif Jakim boleh dibahagikan melalui 3 perkara utama:
a) mengembangkan Islam; b) menghasilkan pemimpin yang berkredibiliti; dan c) membentuk pengurusan sistem berdasarkan nilai dan etika Islam.
Bagi mencapai sasaran itu tahun ini, Jakim menerima peruntukan kira-kira RM819,074,900 daripada Bajet 2015. Pada tahun hadapan pula jumlah itu bagaimanapun dikurangkan kepada RM724,594,600.
Laman sesawang Perbendaharaan menunjukkan bagaimana dana ini digunakan tahun ini, termasuk “hasilnya” dan aktiviti polisi paling banyak menggunakan peruntukan daripada bajet Jakim.
Polisi = RM531,392,000

Dianggarkan sebanyak RM531,392,000 dibelanjakan tahun ini, dan antaranya menumpukan kepada mengawal usaha penyelewengan akidah umat Islam dan aktiviti mengancam keselamatan negara.
Antara objektif lain dalam kategori itu termasuk menyelaras dan menyeragamkan undang-undang Islam seluruh Malaysia; menguatkuasakan undang-undang syarak negeri; menerajui usaha penyelidikan isu semasa dalam bidang akidah, syariah dan falak dan muamalat serta menyelaras pengurusan pendidikan Islam sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat.
Berdasarkan jangkaan Perbendaharaan, Jakim melaksanakan pelbagai aktiviti mengikut daripada aktiviti polisi itu:
·      6 program diadakan di negeri, daerah dan peringkat antarabangsa;
·      10,000 pensijilian halal dalam dan luar negeri;
·      2,243 kajian dan pemantauan dilakukan;
·      35 program penyelarasan pengurusan dan pembangunan fatwa dalam dan luar negara;
·      10 program penyelarasan meningkatkan kualiti pendidikan.
Bagi tahun hadapan, RM486,772,000 diperuntukkan untuk aktiviti polisi dan dijangkakan hasil program kekal sama.
Pengurusan = RM125,223,600

Amanah syor Razman, Mujahid debat

Amanah syor Razman, Mujahid debat
PARIT BUNTAR - Amanah Parlimen Parit Buntar mengesyorkan satu program debat diadakan antara Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dengan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi menjelaskan kemelut isu pengkhianatan baiah dibangkitkan Pas.
Syor itu dikemukakan setelah Amanah Parlimen Parit Buntar membidas tindakan segelintir pemimpin Pas Perak menggunakan platform ceramah menyerang Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa secara terang-terangan di khalayak umum pada 10 November lalu.
Setiausahanya, Amran Abdullah berkata, maklumat itu mendedahkan satu program ceramah bertajuk ‘Baiah Yang Dikhianati’ dilangsungkan pada tarikh itu meliputi tiga lokasi iaitu di Pekan Batu Lima, Batu 13 Jalan Pantai Kuala Kurau dan Tebuk Haji Musa, Titi Serong.
Menurutnya, dalam program yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria itu, pihaknya terkejut dan kesal dengan sikap beberapa pimpinan Pas Perak yang mencemuh secara peribadi nama Dr Mujahid dalam ceramah dianjurkan.
“Saya difahamkan nama Dr Mujahid sering kali diulang-ulang sebagai pemimpin yang mengkhianati baiah oleh salah seorang pimpinan Pas dalam ceramah itu.
“Sebagai wakil rakyat Parlimen Parit Buntar, adalah tidak wajar nama Dr Mujahid diburuk-burukkan di hadapan rakyat, lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang wakil rakyat yang sudah melaksanakan tugas dengan cemerlang.
“Sewajarnya Pas lebih lunak membicarakan isu-isu semasa dan masalah negara terutama melibatkan keperitan hidup rakyat pada ketika ini, bukan menyerang wakil rakyat kawasan dilawati,” katanya pada sidang media, di sini.
Turut hadir Pengerusi Amanah Parlimen Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad dan Ketua Pemuda Amanah Parit Buntar, Hairulnizam Ishak.
Sementara itu, Hamdan mendesak perkara sebegini tidak berulang lagi memandangkan Pas sebagai parti memperjuangkan Islam tidak sewajarnya menggunakan platform ceramah untuk mencemuh pemimpin Amanah.
Menurutnya, hubungan pemimpin Amanah dan Pas kawasan Parit Buntar juga masih baik dan tidak bermasalah ketika ini.

Tok Guru mati, dia ‘brona’...


Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Pas menyelar tindakan sesetengah pemimpinnya yang hanya setia kepada parti itu ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih memimpin parti, sebaliknya mengkhianati perjuangan setelah ketiadaan pemimpin tersebut.
Tanpa menamakan pemimpin terbabit, AJK Pas Pusat, Datuk Nassuruddin Daud berkata, sewajarnya semua perlu mempertahankan perjuangan dibawa  arwah Tok Guru dan bukannya mengkhianati sesama sendiri selepas pemergiannya.
Menurutnya, pemimpin mahupun penyokong sepatutnya taat kepada Pas kerana asas perjuangan Islam menjadi pengukuhnya, bukannya mengikut dan sayangkan parti semasa arwah masih ada.
“Ada orang ni dia kuat Pas apabila Tok Guru ada , bila Tok Guru mati, dia 'brona' (bermasalah). Jangan, (ikut parti) bukan kerana Tok Guru, (tetapi) kerana ALLAH SWT.
“Kita turut Tok Guru sebab beliau perjuangkan perjuangan Islam. Jangan masa Tok Guru ikut, masa Tok Guru tiada kita khianat,” katanya dalam Ceramah Perdana Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan yang diadakan di Dataran Ilmu di sini, malam kelmarin.
Nassuruddin yang juga  Ketua Penerangan Pas Kelantan berkata, pemimpin terbabit sepatutnya  rasa malu dengan penyokong yang memberikan peluang menjadi pemimpin suatu masa dahulu.
“Ada  yang jual padi untuk derma kepada Pas, toreh getah derma pada Pas, jual pisang untuk Pas, tiba-tiba orang yang diberi amanah ini mengkhianati perjuangan kita,” katanya.
Dalam masa sama, Nassuruddin turut menyindir kumpulan tertentu dalam Pas yang sanggup menikam sesama sendiri tanpa menyedari, telah mendapat manfaatnya sebagai pemimpin.
“Pohon 60 tahun sudah banyak dapat hasilnya, termasuk yang khianat pun makan hasil ini juga, tetapi tidak sedar sampai hendak tebang pohon.

Kalau Umno Join PAN, Ok ?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Ada yang bertanya saya, bagaimana jika orang Umno tak mahu join Pas, tetapi mahu join Pan? Saya jawab, itu sudah bagus. Asalkan bukan Umno.
2) Mungkin orang Pas tak setuju dengan saya. Mereka tentu mahu orang Umno masuk Pas. Tetapi jika orang Umno itu tak suka sama Pas, its Ok lah to join Pan.
3) Soalan lagi, kalau begitu parti pengkhianat itu akan jadi kuat, kan? Saya jawab, Pan bukan parti pengkhianat. Ia adalah parti yang membawa aspirasi baru yang cuba untuk mengisi kekosongan yang Pas tidak mahu capai.
4) Pan tetap parti pengkhianat! Saya jawab, tidak. Yang khianat mungkin 18 orang pimpinan itu sahaja yang berpakat menubuhkan Pan.Itu pun hanya pada pandangan orang Pas.
5)Tetapi bagi orang Umno yang menyertai Pan, kita tidak perlu anggap ia pengkhianat. Mungkin Umno sahaja yang akan anggap ia khianat.
6) Pan akan bergerak sebagai parti arus nasional setelah habis generasi bekas pemimpin Pas yang memimpin Pan itu berlalu. Generasi seterusnya yang mengemudi Pan, tidak harus kita gelar pengkhianat.
7) Mungkin tahaluf siyasi dengan Pan generasi seterusnya boleh berlaku. Pan hari ini mungkin mesra Dap. Akan datang, belum tentu Dap akan mesra dengan Pan.
Sekian.

Husam tak timbulkan pertemuan PAS-Umno 2008, Khalid beritahu Mustafa

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad meminta supaya tumpuan diberikan kepada isu dibangkitkan Datuk Husam Musa tentang keinginan PAS membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2015.Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad meminta supaya tumpuan diberikan kepada isu dibangkitkan Datuk Husam Musa tentang keinginan PAS membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2015.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad meminta Datuk Mustafa Ali memberikan tumpuan kepada isu yang dibangkitkan Datuk Husam Musa, iaitu pengakuan Datuk Seri Abdul Hadi Awang PAS mahu membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor. Khalid yang kini berada di Arab Saudi, mengulas permintaan Mustafa agar beliau memberikan penerangan dalam isu pertemuan antara PAS dengan Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.
"Kes 2008 bukan yang ditimbulkan Husam. Tumpu pada isu Husam timbulkan dulu," kata Khalid kepada The Malaysian Insider.

Mustafa yang kini pengarah pilihan raya PAS, dalam kenyataannya semalam terkilan dengan tindakan parti Islam itu menyekat cadangan bersemuka dengan Husam tetapi akur dengan keputusan itu. Disebabkan itu, Mustafa meminta Khalid yang turut serta menemui pimpinan Umno memberikan pencerahan.
Mustafa yang sebelum ini setiausaha agung PAS, meminta Khalid memberikan pencerahan mengenai siapa yang minta berjumpa Umno dan mengapa mereka sanggup untuk berjumpa.
Husam ketika memberikan ceramah di Kota Baru, Kelantan baru-baru ini mendakwa presiden PAS mengaku mahu membentuk kerajaan dengan Umno di Selangor di samping mempelawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR termasuk Mohamed Azmin Ali menyertai parti Islam itu.
Husam juga mendakwa Mustafa dan Nasharudin ada berjumpa secara sulit dengan pimpinan Umno.
Ekoran itu, Mustafa mengajak Husam bersemuka bagi mencari pencerahan di samping mengajak Khalid untuk turut serta sebagai saksi dalam pertemuan itu.

Takiyuddin Hassan: Pemimpin PAS, peminat motor besar...ahli dan penyokong ikat perut..!!!

Ahli Parlimen Kota Baru dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semasa wawancara di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 28 Oktober, 2015. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 November, 2015. 
Ahli Parlimen Kota Baru dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semasa wawancara di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 28 Oktober, 2015. 

Tidak pernah terlintas di dalam fikiran meskipun sibuk dengan tugasan sebagai ahli politik, rupa-rupanya tertanam hasrat jauh di lubuk hati Datuk Takiyuddin Hassan untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi sehingga ke kota suci umat Islam, di Mekah. Bermula dengan motosikal berjenama Yamaha Virago 500cc, ahli Parlimen Kota Baru itu kini memiliki motosikal berjenama Honda Goldwing 1,800cc dan sering menyertai jelajah atau konvoi beramai-ramai sekiranya berkelapangan.
Takiyuddin yang mula menyertai PAS sejak tahun 1989, mengakui minatnya terhadap motosikal berkuasa tinggi dipupuk sahabat handai dan kenalan terdekat, dan setiausaha agung PAS itu turut percaya, dengan minat yang mendalam terhadap hobi menunggang beliau, akan dapat mengetepikan perbezaan politik.

Hakikatnya ternyata benar, apabila beliau turut berkongsi hobi dan minat yang sama dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, malah pernah berkonvoi bersama-sama pemimpin Barisan Nasional (BN) itu. Suami kepada Datin Hariza Yusoff, dan bapa kepada 5 cahaya mata itu juga berpegang kepada falsafah lama, mereka yang mampu menungang kuda akan mampu memimpin manusia.
“Minat saya ini mula-mula cuba-cuba motosikal kawan-kawan, kemudian saya bermula dengan motosikal biasa-biasa, ‘cc’ rendah, Yamaha Virago 500 cc, sekarang saya mempunyai motosikal dengan ‘cc’ yang paling besar, Honda Goldwing 1,800 cc,” kata Takiyuddin, dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, di Parlimen baru-baru ini.
“Motosikal ini pun kita ibaratkan sebagai kuda sekarang, lagipun kuasanya pun kita ukur menggunakan kuasa kuda,” kata Takiyuddin, berjenaka.
Kemalangan maut pelakon Indonesia
Datuk Takiyuddin Hassan (kanan) bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di konvoi promosi Tahun Melawat Kelantan 2012 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. – Gambar fail, 22 November, 2015.Datuk Takiyuddin Hassan (kanan) bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di konvoi promosi Tahun Melawat Kelantan 2012 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. – Gambar fail, 22 November, 2015.
Takiyuddin turut mendedahkan, beliau turut bersama-sama pelakon Indonesia, Sophan Sophiaan dalam satu konvoi di Indonesia pada 2008 di mana pelakon itu memimpin konvoi dan terjatuh dari motosikal yang ditunggangi akibat melanggar lubang sehingga mengakibatkan kematiannya. Insiden itu berlaku pada 17 Mei 2008, bersempena jelajah "Jalur Merah Putih 2008” dan mereka ketika itu sedang melalui wilayah Ngawi, di Jawa Timur menuju ke Kota Yogyakarta dalam rangka menyambut 100 tahun Kebangkitan Nasional.
"Saya suka hobi ini kerana bila kita menunggang motosikal kita tidak fikir perkara lain, kita fokus kepada tunggangan kita dan tidak kisah langsung berkenaan politik.
"Walaupun saya dengan Zahid berbeza ideologi, tetapi beliau menerima baik kehadiran saya,” katanya, merujuk kepada pertubuhan motosikal yang dinaungi naib presiden Umno itu, Superbikers Association of Malaysia (SAM).
Malah, Takiyuddin turut menggunakan khidmat rakan-rakannya dalam dunia permotoran berkuasa tinggi untuk mempromosikan pelancongan, ketika beliau merupakan ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan Kerajaan Negeri (Exco) Pelancongan di Kelantan, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payong, di Kelantan.
Dari Kedah ke Klang ke Kelantan

Kenapa Ustaz Zaharudin Kena Troll ?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Saya kenal ustaz Zaharuddin Mohammad dalam sebuah program anjuran sebuah NGO. Saya akui beliau hebat dan kemas berhujah.
2) Tetapi beliau masih muda dan perlu banyak untuk belajar mengenai cara berpolitik. Beliau perlu kurangkan persepsi yang mengaitkan beliau dengan TGHH dari segi corak mengatur politik.
3) Masih ramai pemimpin PAS lain yang turut berbapa-mertuakan TGHH, tetapi mereka tidak menonjol diri sehingga haters mendapat point untuk memburukkan TGHH. 4) Cabaran beliau terhadap Dato Husam dengan cara yang kurang adab sebagai orang muda dan sebagai menantu tok guru, membuatkan saya kurang gemar cara beliau.
5) Malah viral gambar beliau datang 'debat' sorang-sorang 'tanpa' Dato Husam, amat membuka ruang haters menembak dengan mesin-gun. Terlalu kebudak-budakan.
6) Jika serius beliau mahu berdebat dan mematahkan hujah Dato Husam, tentu majlis debat itu diadakan dengan lebih gemilang. Pasti dengan ada banner, backdrop, dewan yang meriah dan sebagainya selayak majlis penting.
7) Jika hanya mahu buat debat main-main, debat sekadar nak troll Dato Husam, debat sekadar nak timbulkan persepsi yang dato Husam penakut, saya rasa itu bukan level seorang yang pernah ada dalam Majlis Syura.
8 ) Tambahan sekarang zaman persepsi yang boleh disebar sekelip mata, dan dianjing serta diparodi secara memalukan, saya rasa beliau kena renung balik kesilapan yang beliau lakukan ini.
9) Jika serius berdebat, walaupun dah tahu Dato Husam mahu datang atau tak mahu datang, preparation kena kemas dan avoid untuk menjadi makanan kepada trollers secara mudah.
Sekian

INI SUDAH 'SAKIT' KUAT, MALAH MUNGKIN TIADA UBAT!!

Satu Malaysia sudah tahu Husam Musa pergi ke China beberapa hari lalu untuk berubat, malah berkenaan dengan debat ini juga sudah dijawabnya dengan panjang lebar bahawa mesti ada persetujuan kedua-dua belah pihak terlebih dahulu.

Mana boleh hanya satu pihak saja menetapkan tarikh, masa dan lokasinya. Mengikut jadual asal, bekas Naib Presiden Pas itu dijangka kembali ke tanahair pada hari ini (Ahad 22/11/2015).

Tetapi Zaharuddin Mohamad, menantu Hadi Awang ini tetap juga hadir di meja debat seorang diri pada tarikh yang ditetapkan sendiri iaitu semalam 21/11/2015. Kemudian siap ambil gambar dan letakkan di media sosial seolah-olah Husam takut berdebat dengannya.

Aduhh...ini sudah kes berat!! Malah mungkin tiada ubat yang mujarab untuk seseorang yang ada "sakit"  seperti ini.

Bayar zakat kepada pusat pungutan jika yakin ia amanah - Dr Asri

Ini kerana pihak bertanggungjawab terhadap zakat yang lebih tahu maslahat fakir miskin.
dr asri
PETALING JAYA: Umat Islam wajib membayar zakat kepada pusat pungutan zakat yang rasmi jika yakin ia telus dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ini kerana pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengutip zakat lebih tahu keperluan utama atau maslahat fakir miskin.
Katanya, seseorang itu berdosa jika enggan membayar zakar kepada ulul amri atau pihak yang bertanggungjawab tanpa sebab munasabah kerana Allah memerintahkan umat Islam taat kepada pemerintah dalam perkara yang makruf atau baik.
Beliau memberi peringatan itu susulan kenyataan yang mendakwa membayar zakat terus kepada fakir miskin itu berdosa.
Katanya, kewajipan bayar zakat kepada dan melalui ulul amri ada dibincangkan oleh sarjana fekah dan ada perincian serta perbezaan pendapat.
Namun, Asri berkata, dua pertanyaan perlu dijawab terlebih dahulu dan jawapan-jawapan itu akan menjawab persoalan pertama itu berkenaan bayaran zakat.
“Soalan pertama, apakah hukum mereka yang diamanahkan menguruskan zakat serta harta awam namun tidak menguruskan dengan cara yang amanah dan wajar?
“Dan soalan kedua, apakah wajar seseorang individu memberikan amanah seperti harta awam, anak yatim, zakat dan lain-lain kepada pihak yang beliau yakini tidak/kurang amanah?
“Jika kedua soalan ini dapat dijawab dengan memuaskan, maka mungkin soalan yang ditanya berikutnya itu terjawab ataupun boleh dicari jawapannya,” katanya.

RM1.5 juta hilang: Enam pegawai polis, kontraktor ditahan

3 M
Khalid berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan kegiatan jenayah, terutama membabitkan anggota polis.
Pegawai polis adalah antara enam individu yang ditahan, kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan peruntukan RM1.5 juta untuk projek pembaikan dan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, enam suspek itu terdiri daripada pegawai polis kanan dan rendah serta kontraktor projek berkenaan.
“Pagi ini, pihak kami telah berjaya menahan suspek keenam dalam kes salah laku melibatkan wang berjumlah RM1.5 juta oleh beberapa pegawai PDRM (Polis Diraja Malaysia).
“Kesemua suspek akan direman dan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media sempena Program Sunathon 2015, di Masjid Bukit Aman, hari ini.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan kegiatan jenayah, terutama membabitkan anggota polis.
Rabu lalu, The Sun Daily melaporkan, RM1.5 juta yang diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan dan penggantian pintu rintangan api serta sistem penghawa dingin di Menara 2, blok bangunan lama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, didapati hilang.
Sumber yang dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu memberitahu, dana itu telah dikeluarkan melalui beberapa transaksi menggunakan dokumen diubah suai yang mengandungi tandatangan dua pegawai polis dan seorang jurutera awam dari Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah dipalsukan.

Tak perlu belanja ratusan ribu ringgit ‘bodek’ menteri, kata penganalisis

Penganalisa Dr Maszlee Malik berkata tiada keperluan bagi sesebuah jabatan kerajaan menjemput golongan menteri ke program mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 21 November, 2015. 
Penganalisa Dr Maszlee Malik berkata tiada keperluan bagi sesebuah jabatan kerajaan menjemput golongan menteri ke program mereka. 

Dr Maszlee Malik mengatakan tiada keperluan bagi sesebuah jabatan kerajaan menjemput golongan menteri seperti dilakukan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Penganalisis Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, tindakan Yapeim melibatkan menteri merasmikan program yang diadakan dengan meriah dan membelanjakan ratusan ribu ringgit merupakan satu pembaziran.
"Isunya ialah mengapa perlu majlis-majlis anjuran Yapeim itu melibatkan perasmian menteri?

"Ini masalahnya bila program-program yang melibatkan agensi kerajaan dan juga badan badan rasmi kerajaan, ramai yang nak ‘score points’, terutamanya orang-orang yang ada jawatan yang ingin mendekati dan membodek orang politik,” kata Maszlee kepada The Malaysian Insider. Baru-baru ini Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendedahkan Yapeim membelanjakan RM290,000 untuk penganjuran program kursus perkahwinan di Perancis.
Menurut Maszlee, orang-orang politik dan menteri sememangnya suka dengan program-program sedemikian apatah lagi di luar negara kerana mahu “makan angin” dan ini penyebab kepada ratusan ribu ringgit dihabiskan.
Katanya, sekiranya menteri mengadakan lawatan, maka akan ada aktiviti mengampu disediakan pembodek untuk menghiburkan golongan itu.
"Jika tidak golf, pergi shopping, jika tidak shopping, pergi kasino, jika tidak kasino, ke tempat-tempat liburan," kata Maszlee dengan sinis.

HARI SELASA, DARI 'HARI SAMAN' MENJADI 'HARI PEMANCUNGAN'

Mesyuarat MT UMNO sudah sah akan diadakan pada 24 November ini di Bangunan Parlimen dan tidak di ibu pejabat UMNO seperti kebiasaannya. Tarikh ini adalah tarikh yang diawalkan daripada jadual asal yang ditetapkan pada 27 November.

Kelaziman mesyuarat MT UMNO yang biasanya diadakan pada hari Jumaat juga sudah bertukar kepada hari Selasa.

Agenda paling penting dalam mesyuarat kali ini ialah memutuskan pemecatan atau penggantungan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Tun Mahathir Mohamad dan empat yang lain yang dikenali sebagai "Kumpulan Tujuh", meskipun Tengku Adnan Tengku Mansor turut membayangkan jumlahnya mungkin lebih daripada itu.

Dengan demikian, jika sebelum ini  Selasa diingati sebagai "hari saman yang tidak menjadi kenyataan", kini Selasa juga nampaknya bakal dikenang sebagai "hari pemancungan" pemimpin.
Menerusi beberapa maklumat, antara tujuh pemimpin atau lebih yang diperkatakan akan diambil tindakan dalam mesyuarat MT kali ini, tiga daripadanya iaitu Muhyiddin, Shafie dan Tun Mahathir adalah 99 peratus pasti menerima hukuman, manakala selebihnya dipercayai dalam bentuk amaran saja.

Muhyiddin akan diambil tindakan kerana ingin menghalangnya daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada malam 8 Disember dan seterusnya berucap dalam acara penggulungan pada 12 Disember.

Najib yang kini diampu oleh para penasihat dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang berkepentingan dikatakan amat bimbang jika Muhyiddin selaku Timbalan Presiden menggunakan kedua-dua ruang itu untuk terus melontarkan persoalan dan kritikan berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang dipercayai mampu menimbulkan keresahan dalam parti.

Begitu juga dengan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO,  tujuan utamanya beliau diambil tindakan ialah untuk menyekat suara lantangnya daripada berkumandang berkaitan isu yang sama yang mungkin diambil kesempatannya dalam acara penutup Perhimpunan Agung itu.

Bagi Tun Mahathir pula, tindakan yang akan diambil terhadapnya tidak lain adalah bertujuan mengekangnya daripada terus bertemu dengan ahli-ahli akar umbi di seluruh negara untuk mengkritik Najib.

Selepas diambil tindakan, bekas Perdana Menteri itu akan dilayan dan dihadapi oleh Najib dan lain-lain pemimpin UMNO sebagai seorang musuh yang nyata atau setaraf seperti pemimpin-pemimpin pembangkang lainnya.

Dikatakan juga tiada apa lagi yang mampu menghalang Najib daripada meneruskan tindakan keras terhadap pengkritiknya dalam mesyuarat MT kali ini, terutama tiga pemimpin terbabit kerana yang diutamakannya kini hanyalah dirinya saja.