Sabtu, 21 November 2015

34 ketua cawangan Umno dari 5 negeri desak Najib letak jawatan

34 ketua cawangan Umno desak Najib letak jawatan
Mohd Isa (tiga dari kiri) mewakili 33 ketua cawangan yang hadir mendesak Presiden Umno meletak jawatan‎.

PORT DICKSON - Seramai 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Presiden Umno.
Kenyataan dibuat di hadapan media oleh ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin selepas kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah menghadiri sesi suai kenal serta mengadakan mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam bermula kira-kira 3 petang di sini, hari ini.
Menurut Mohd Isa, mereka sebulat suara mendesak Presiden Umno meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu dalam memimpin parti nombor satu Melayu itu.
Menurutnya, semasa peralihan jawatan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan yang begitu tinggi.
“Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan Umno.
“Melalui mesyuarat ini juga, kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap timbalan presiden, naib presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli Umno yang tampil membuat kritikan kepada parti,” katanya pada sidang media berkenaan, hari ini.
Mohd Isa juga mendakwa mereka sudah mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain dari seluruh negara dan bercadang mengadakan himpunan besar-besaran akhir bulan depan berhubung perkara berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, lokasi penganjuran masih belum ditetapkan.

Pas macam anak dara sunti, jual mahal – Idris Ahmad

idris ahmad
Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad, berkata kekuatan Pas adalah kepada dasar Islam yang dibawa dan sejak daripada dahulu sudah terbukti.
KOTA BHARU, 21 November:
Pas berikrar akan terus mempertahankan Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan tidak akan sesekali menyerahkan kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Naib Presidennya, Ustaz Idris Ahmad, berkata kekuatan Pas adalah kepada dasar Islam yang dibawa dan sejak daripada dahulu sudah terbukti.
“Alhamdulillah…sehingga kini kita masih memerintah. Pada 1959 dahulu kita pernah memerintah Kelantan dan Terengganu iaitu hasil sokongan yang diberikan oleh tok-tok guru pondok pada waktu itu hinggalah sekarang.
“Kini dengan landasan terbaik yang diletakkan oleh Almarhum Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kita yakin penyokong akan terus istiqamah,” katanya.
Menurutnya, semua guru pondok yang hebat di Kelantan adalah penyokong Pas dan merekalah yang menjadi nadi kekuatan dan keutuhan parti itu di Kelantan.
“Semua tok guru pondok yang hebat dan berpengaruh berada di belakang Pas.
“Disebabkan itulah kita tidak akan benarkan Amanah mengambil alih Kelantan daripada Pas. Kalau mereka cuba rampas cuba bawakan senarai pusat pengajian pondok yang menyertai mereka,” katanya ketika verandah Sempena 60 Tahun Pas Kelantan, malam tadi.
Dalam perkembangan sama, Idris menegaskan Pas sebenarnya tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung dengan Umno sebagaimana yang dihebahkan sebelum ini.
Katanya, ia bukan bermakna Pas perlu bergaduh dengan Umno hanya disebabkan tidak mahu bergabung, sebaliknya hubungan mereka seperti biasa.
Tegasnya, seperti dalam parlimen apabila Pas mengambil sikap berkecuali bukan bermakna menyokong kerajaan.
“Pas ini macam anak dara sunti…Ramai orang berkenan sebenarnya tapi kita jual mahal. Jadi jangan tuduh sebarangan…jangan kata Pas ni parti inklusif dan tidak bercampur dengan orang lain. Ada juga gerakan Islam yang cuba memujuk kita sertai Umno tetapi jangan bimbang kerana pada Mesyuarat Pas Pusat kita sudah putuskan tidak akan bersama.

'Layan Husam buang masa, biar meroyan' kata menantu Hadi

"Layan Husam buang masa. Tunggu sahaja beliau serah bukti kepada Dewan Harian PAS Pusat. Kalau biar dia meroyan sorang-sorang," kata Zaharudin Muhammad dalam posting di Facebook beliau hari ini.
 Sambil memuat naik beberapa keping gambar, Zaharudin berkata, disebeabkan Datuk Husam Musa tidak muncul seperti dirancangnya pada hari ini, dia menganggap kenyataan bekas exco kanan Kelantan itu mengenai "penyelewengan" sebagai "fitnah".
"Oleh kerana Husam tak dapat bawa bukti (hingga) hari ini maka saya anggap itu adalah fitnah dan karenah Husam tak perlu dilayan lagi," tulis beliau.
Sebelum ini media sosial menjadi medan kedua-dua tokoh itu berbalas hujah secara terbuka mengenai isu pembalakan di Kelantan.
Husam yang juga ADUN Salor pernah mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.
Zaharudin pula melalui posting Facebook menuduh anak didik bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu cuba menjatuhkan kerajaan Kelantan.
“Demi Allah! Saya akan lawan Husam selepas ini demi selamatkan Kelantan. Cukup saya melihat Kedah dijatuhkan oleh puak-puak Phahrolrazi dengan fitnahnya.
“Saya menyeru rakyat Kelantan bersama-sama mempertahankan Kelantan,” tulisnya.
Bye bye Husam
Tarikh hari ini kemudian ditetapkan untuk Zaharudin bersemuka dengan Husam bagi membentangkan hujah mengenai isu berkenaan.
Bagaimanapun Husam pada semalam memaklumkan dia sedang berada di China dan meminta semua pertemuan membabitkan dirinya ditangguhkan.
Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata beliau sudah memaafkan Husam walaupun dia dianggap "lebih teruk daripada Firaun".
"Yang penting saya sayangkan Kelantan seperti saya sayangkan negeri saya sendiri. Justeru apabila Husam seolah-olah mendakwa adanya berlaku penyelewengan, maka saya minta bukti. Jika ada saya bersama Husam (akan) menentang penyelewengan tersebut. Kalau tidak Husam kena hentikannya.
"Apabila saya minta Husam buktikan berlakunya penyelewengan, dia ajak dialog isu Kedah dan Terengganu. Bila saya bagi tarikh 21 (November), dia kata tak ajak (secara) rasmi dan label saya lebih teruk daripada Firaun.

'Setahu saya, DAP tidak tolak TPP' - Dr Zuhdi

KUALA LUMPUR - Rakan parti Amanah, DAP didakwa tidak menolak sebarang rundingan berkaitan Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPP).
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, DAP tidak pernah lantang menyuarakan tentangan secara jelas terhadap TPP.
Katanya, ia dapat dilihat menerusi reaksi DAP yang agak hambar setiap kali isu TPP dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat.
Mohd Zuhdi Marzuki "Di antara parti yang kuat menentang TPP ini adalah Pas, saya dimaklumkan DAP pula menyokong TPP.
"Ini (DAP sokong TPP) saya dengar melalui khabar angin yang diperoleh daripada outpost Parlimen dan ia mungkin boleh disahkan oleh DAP sendiri," dakwanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari ini.
Lebih kurang 52 NGO berkumpul bersama pada hari ini untuk menyatakan tentangan terhadap rundingan perjanjian perdagangan antara 12 negara itu.
Perjanjian tersebut dirunding antara Amerika Syarikat (AS), Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.
Dalam pada itu, Zuhdi menegaskan, Pas sentiasa konsisten menentang TPP yang dianggap menindas ekonomi dan kedaulatan negara.
Zuhdi berpendapat, tentangan tersebut dilakukan demi memastikan dasar dan ekonomi negara tidak dieksploitasi oleh negara besar seperti AS.

Dr Zuhdi dakwa Husam mahu 'kocak' solidariti Pas

KUALA LUMPUR - Konflik yang membabitkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa didakwa hanya untuk mengocakkan semula solidariti yang ada dalam Pas, namun ia dilihat tidak mampu menjejaskan parti.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki, Pas adalah sebuah parti paling kukuh meskipun parti lain dalam negara bergolak kerana permasalahan yang dihadapi dalam parti.
Zuhdi Marzuki "Pas masih kekal solid (kukuh). Walaupun Pas (dahulu) berpecah dengan beberapa ahlinya telah keluar dari Pas dan menubuhkan parti baharu, Pas kini kekal sebagai sebuah parti yang kuat," katanya ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari ini.
Lebih kurang 52 NGO berkumpul bersama pada hari ini untuk menyatakan tentangan terhadap rundingan perjanjian perdagangan antara 12 negara yang melibatkan Amerika Syarikat (AS), Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.
Dalam sidang Dun Kelantan 8 Oktober lalu, Husam telah menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkan tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.
Antara yang disentuh adalah permohonan aktiviti pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang oleh sebuah syarikat melalui proses rundingan terus dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Rayu Kerajaan Kaji TPP

Umno Kena Sedia Gugur Separuh Ahli

KEDAULATAN NEGARA BUKAN DI TANGAN NAJIB

UMNO PERLU BERSEDIA HILANG AHLI

Terpulang kepada Pengerusi PAC - Tony Pua

Dr Zuhdi: Pastikan tiada 'penghijrahan' penyokong DAP ke kerusi milik PAS

Apa jenayah Nurul Izzah, Tian Chua soal Zahid Hamidi

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mempersoalkan apakah kesalahan Nurul Izzah Anwar sehingga Putrajaya ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015. 
Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mempersoalkan apakah kesalahan Nurul Izzah Anwar sehingga Putrajaya ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. 

PKR hari ini membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengatakan akan menyerahkan kertas siasatan berhubung pertemuan Ahli Parlimen Pantai Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram kepada peguam negara untuk tindakan lanjut. Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mempersoalkan apakah kesalahan Nurul Izzah sehingga Putrajaya ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
"Perkara ini tidak ada benda pun. Kita hendak tahu adakah tindakan Nurul Izzah ini ada melibatkan jenayah?

"Adakah kita sudah buat tindakan berunsur jenayah itu yang kita nak tanya kepada Zahid Hamidi," katanya yang lebih dikenali sebagai Tian Chua ketika dihubungi The Malaysian Insider mengulas keputusan Putrajaya yang mahu mengambil tindakan undang-undang selepas beberapa keping gambar yang memaparkan pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel dimuat naik ke laman Facebook dan menjadi viral. Chua juga di antara yang didakwa bersama dengan Nurul Izzah ke Filipina sebagai sebahagian delegasi PKR dalam beberapa pertemuan di negara itu.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/manila-atur-pertemuannya-dengan-anak-sultan-sulu-kata-nurul-izzah#sthash.c9Kx0Fyj.dpuf
> Chua yang juga ahli Parlimen Batu berkata beliau dan anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri tidak mengetahui pertemuan mereka turut dihadiri Jacel.
"Isu pokoknya kalau kerajaan begitu prihatin mengenai soal pencerobohan ini, mana kertas daripada Interpol untuk tangkap pengganas yang kita pun tidak tahu?

Pemimpin Amanah Terengganu dakwa diserang anak pemimpin PAS

Laporan polis yang dibuat Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya. – Gambar The Malaysian Insider, 21 November, 2015. 
Laporan polis yang dibuat Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya.

Ketika Parti Amanah Negara (Amanah) meningkat popular, pemimpin akar umbinya di kubu kuat PAS di Terengganu mendakwa diserang anak pemimpin parti Islam itu. Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria memberitahu The Malaysian Insider, bapanya membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan keluarganya selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya.
Miqdad, anak saudara kepada isteri presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya, pemuda berkenaan datang untuk menyerangnya.

"Ketika itu saya tiada di rumah," kata Miqdad yang juga timbalan ketua Pemuda Amanah Terengganu
Bapa kepada Miqdad, Zakaria Abdul Rahman menulis dalam laporan polisnya menceritakan seorang pemuda yang juga anak seorang pimpinan PAS Terengganu datang ke rumahnya di perkarangan Masjid Rusila.
"Saya memberitahu beliau anak saya tiada di rumah. Kemudian lelaki itu menjerit dengan sekuat hati dengan mengatakan perkataan 'munafik' dan menyebabkan beberapa jiran saya lain turut terdengar jeritan itu," kata Zakaria dalam laporannya di Balai Polis Marang.

"Selepas itu lelaki tersebut terus beredar dari rumah saya untuk mencari anak saya. Saya bimbang akan keselamatan saya dan ahli keluarga saya. Saya takut terjadi apa-apa di kemudian hari." Dalam respon melalui Facebook, Miqdad bagaimanapun memaafkan pemuda berkenaan dan berharap kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Aktivis, NGO bangkitkan isu 1MDB, hak asasi semasa pertemuan dengan Obama

Aktivis sosial membangkitkan tuduhan rasuah membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kesannya terhadap institusi awam yang terlibat dalam siasatan membabitkan syarikat sarat hutang itu pertemuan bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama selama sejam hari ini. – Gambar Reuters, 21 November, 2015. 
Aktivis sosial membangkitkan tuduhan rasuah membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kesannya terhadap institusi awam yang terlibat dalam siasatan membabitkan syarikat sarat hutang itu pertemuan bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama selama sejam hari ini. 

Aktivis sosial mengenal pasti rasuah sebagai isu mustahak di Malaysia yang memberi kesan kepada institusi awam dan hak asasi manusia sepanjang pertemuan bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama selama sejam hari ini. Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel membangkitkan tuduhan rasuah membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kesannya terhadap institusi awam yang terlibat dalam siasatan membabitkan syarikat sarat hutang itu.
Obama memahami dan memberi tumpuan khusus mengenai agenda anti rasuah adalah sangat penting baginya, kata Cynthia.

"Dalam maklum balas, beliau menerangkan mengenai nilai TPP di mana ia membantu meningkatkan ke satu tahap tinggi, sebagai contoh dalam terma tender terbuka dan perolehan," katanya, merujuk kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang bakal ditandatangani. "Beliau juga mengulas mengenai ruang demokratik dan halangan ke atas media daripada melaporkan isu 1MDB," tambahnya.
Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, beliau memberitahu Obama sejak pertemuan terakhir mereka pada April tahun lepas, rekod hak asasi manusia di Malaysia semakin merosot.
Aktivis-aktivis lain membangkitkan bagaimana cara siasatan ke atas 1MDB dihalang, kata Ambiga yang juga presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).
"Kesimpulannya, kami membuat rumusan rasuah adalah isu paling bermasalah dan tanpa ragu menggugat hak asasi manusia," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Menurut Ambiga, Obama juga membuat kenyataan secara terbuka menghargai kerja yang dijalankan aktivis di Malaysia dan cabaran yang dihadapi mereka.
Selain itu, Ambiga juga ada membangkitkan mengenai pemenjaraan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinafikan rawatan khusus dalam penjara terhadap kecederaan dialaminya.
"Saya juga membangkitkan mengenai laporan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB yang menggesa pembebasan Anwar," katanya.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah memberitahu Obama, gerakan demokratik di Malaysia terjejas teruk akibat dasar-dasar Datuk Seri Najib Razak.

DAP semakin goyah di Pulau Pinang? – Khairuddin

DAP dinasihatkan supaya tidak sombong dan angkuh apabila berkuasa kerana kuasa yang diperolehi itu bukan hanya dengan dokongan bersendiri.
Mohd-Khairuddin_pas_dap_pkr_penang_600
PETALING JAYA: Beberapa insiden politik yang berlaku di negeri Pulau Pinang termasuk pakatan pembangkang itu tidak lagi akan menikmati undi ahli-ahli PAS dikatakan akan menjadi tanda-tanda DAP goyah di negeri itu sekali gus tumbang dalam pilihan raya akan datang.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media merujuk kepada tindakan lima ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengambil sikap berkecuali ketika Adun UMNO Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mengemukakan usul bahawa semua projek penambakkan tanah di Pulau Pinang perlu melalui proses bantahan awam sebelum kelulusan diberikan.
“Ketua Menteri Pulau Pinang menganggap mereka yang berkecuali ini sebagai “bersama Umno”, lalu mendesak Presiden PKR “menilai dengan teliti” keputusan lima Adun parti itu yang berkecuali.
“Sebelum ini Lim Guang Eng sangat lantang mengkritik PAS yang mengambil sikap berkecuali dalam undian kelulusan Bajet 2016 di Parlimen,” katanya.
Beliau juga mengungkitkan perasaan Adun Penanti juga dari PKR yang meluahkan rasa terkilan dan kekecewaannya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam sidang DUN kerana tidak menjawab banyak persoalan yang beliau bangkitkan berkaitan pembangunan di Dun Penanti yang berada dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili Presiden PKR.
“Usahlah disangka cerah hingga ke petang. Ingatlah juga kebarangkalian hujan di tengahari. Usahlah sombong dan angkuh apabila berkuasa sedang kuasa itu diperolehi bukan hanya dengan dokongan bersendiri,” nasihat Khairuddin kepada DAP.

Dua pemimpin Hizbut Tahrir Malaysia ditahan

umar dan hakim
Umar Hussein (kiri) dan Abdul Hakim Othman (kanan) .
KUALA LUMPUR, 21 November:
Polis Kuala Lumpur mengesahkan dua aktivis Hisbut Tahrir Malaysia ditahan awal pagi semalam selepas terlibat dalam himpunan protes di Putrajaya dan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak pada awal November lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, kedua-dua individu itu dikenali sebagai Abdul Hakim Othman dan Umar Hussein ditahan awal pagi semalam.
Menurutnya, aktivitis dan jurucakap badan bukan kerajaan itu ditahan sehari mengikut Seksyen 105 Kanun Procedur Jenayah.
“Kedua-dua individu itu ditahan bagi membantu siasatan susulan protes dan himpunan bagi membantah kehadiran Presiden Amerika ke ibu negara.
“Mereka kemudiannya dibebaskan awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Tajuddin berkata, susulan himpunan yang diadakan di ibu negara hari ini, pihaknya akan menjalankan siasatan kerana ianya sudah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Menurutnya, walaupun himpunan tersebut tidak mendapat kebenaran namun ianya tetap diteruskan pengajur.
“Kita akan menjalankan siasatan berhubung himpunan di ibu negara hari ini.
“Setakat ini, polis tidak menerima sebarang ancaman yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Serpihan PAS tidak mampu bertahan - veteran




KOTA BHARU: Veteran PAS menyifatkan mana-mana parti serpihan yang lahir daripada parti itu semuanya tidak mampu bertahan lama dan akhirnya “berkubur” kerana tidak ada keikhlasan dalam perjuangan.

Antaranya Hamim, Berjasa, Akim dan Islah tidak mampu bertahan lama kerana penubuhan parti itu lahir berasaskan perasaan kecewa.

Bekas Bendahari PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata semua parti serpihan yang lahir daripada PAS tidak mampu bertahan lama kerana kewujudannya tanpa ada keikhlasan.

“Saya berada dalam  perjuangan bersama PAS sejak 57 tahun lepas dan pernah melalui pengalaman di bawah kepimpinan Datuk Ishak Lotfi, Datuk Mohd Asri dan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

“Ujian yang paling besar dalam perjuangan ialah tidak sabar sehingga ada pemimpin yang kecewa keluar dan menubuh parti baru.

“Sebab itulah kita kena istiqamah dan bersabar. Istiqamah waktu susah dan senang. Sepanjang 57 tahun bersama PAS saya menempuh pelbagai pengalaman suka dan duka,” katanya pada  pada slot bicara khas sempena sambutan 60 tahun PAS Kelantan di Medan Ilmu malam tadi.

Bersih 2.0 kepada Obama: Jangan jadi hipokrit, berdakwah ‘kebebasan’ tapi sokong Najib

Dalam surat terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, Bersih 2.0 menggariskan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menuduhnya memperlekehkan pilihan raya dan mekanisme Parlimen untuk mempertahan ‘pemerintahan rasuahnya’, menggunakan kad kaum dan agama dan membungkam pengkritik. – Gambar Reuter, 21 November, 2015. 
Dalam surat terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, Bersih 2.0 menggariskan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menuduhnya memperlekehkan pilihan raya dan mekanisme Parlimen untuk mempertahan ‘pemerintahan rasuahnya’, menggunakan kad kaum dan agama dan membungkam pengkritik.

Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama hari ini beliau tidak boleh mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia tetapi pada masa sama menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Malaysia. Dalam surat terbuka kepada Obama yang bertemu badan bukan kerajaan (NGO) dalam mesyuarat tertutup awal hari ini, Bersih 2.0 menggariskan dakwaan terhadap Najib, menuduhnya memperlekehkan pilihan raya dan mekanisme Parlimen untuk mempertahan “pemerintahan rasuahnya”, menggunakan kad kaum dan agama dan membungkam pengkritik.
“Pemerintah AS tidak boleh dan tidak perlu menjadi terlalu sinis apabila berdakwah tentang demokrasi dan hak asasi manusia dan pada masa sama menyokong pemimpin autokratik seperti Najib hanya kerana kepentingan ekonomi dan geopolitik.

“Hipokrasi seperti ini bukan sahaja menjejaskan autoriti moral AS dalam hal ehwal dunia, tetapi menjejaskan demokrasi dan hak asasi manusia dan menyumbang kepada ketidakstabilan politik kepada negara diperintah dengan secara kuku besi dan dunia secara keseluruhannya,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Bersih 2.0 berkata, kerajaan Malaysia menindas hak rakyat yang berbeza pendapat dengan menyasarkan pemimpin pembangkang dan pemimpin NGO dengan menggunakan Akta Hasutan 1948, yang melanggar Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan juga Perlembagaan Persekutuan.
Najib juga dikatakan melakukan "jenayah" untuk mengelakkan daripada undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Hasil pilihan raya juga didalangi "penggunaan dana yang tidak terkawal" daripada "orang asing yang meragukan" atau syarikat berkaitan kerajaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka, kata Bersih 2.0.
Sementara itu, siasatan ke atas dana AS$700 juta Najib menjadi lumpuh apabila dia menggantikan Peguam Negara, penggubal undang-undang dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dipilih, dan pegawai-pegawai penyiasat diganggu, kata Bersih 2.0.

Polis mahu tahu tujuan perjumpaan Izzah-Jacel

Setakat ini tiada laporan polis dibuat atau tidak berhubung tindakannya (Nurul Izzah), tetapi polis berhak memanggilnya jika ada keperluan.
Khalid-Abu-Bakar_nurul-Izzah_jacel-kiram_600
PETALING JAYA: Kerajaan berhak mengetahui sebab pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram kerana ia berkaitan isu keselamatan negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak memerlukan laporan untuk memanggil Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung pertemuan dengan musuh negara.
“Kita semua sedia maklum Jamalul Kiram III merupakan orang yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, jadi kita ingin tahu juga apa sebab dia (Nurul Izzah) pergi berjumpa Jacel, anak perempuan Jamalul.
“Setakat ini saya tidak dimaklumkan ada laporan polis dibuat atau tidak berhubung tindakannya (Nurul Izzah) tetapi kita tidak memerlukan laporan polis, jika kita rasa perlu memanggilnya, kita akan panggil,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tindakan Nurul Izzah menemui Jacel yang bapanya mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.
Khalid berkata PDRM juga akan memantau perkembangan hasil pertemuan antara kedua-dua pihak tersebut.
Pada 9 November yang lalu, Jacel memuat naik empat gambar dalam akaun facebooknya yang memaparkan pertemuannya dengan Nurul Izzah.
Nurul Izzah pula mengakui bertemu dengan Jacel apabila berada di Filipina bersama Anggota Parlimen Batu Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR untuk bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.

Vape Bawa Masalah Kesihatan Bukan Ekonomi


PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata perbincangan mengenai vape perlu memberi fokus terhadap isu kesihatan dan bukan kepada masalah perniagaan.
Presiden MMA Dr Ashok Zachariah Philip berkata rokok elektronik tidak akan memberi kesan  dengan cepat dan berikutan itu penggunanya tidak boleh mendakwa mereka selamat apabila menggunakan vape.
"Kerosakan jangka panjang terhadap organ akan mengambil masa selama 15 hingga 20 tahun untuk berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ramai mendakwa cecair yang digunakan pada vape "selamat" kerana ia hanya bahan pewarna dan perasa selain sejumlah kecil nikotin dan propylene glycol.
Jelas beliau, hakikatnya bahan-bahan itu tidak selamat untuk disedut ke lapisan tisu halus paru-paru.
Beliau memberi contoh kayu manis yang boleh diambil melalui makanan tetapi akan membawa kesan tidak baik apabila dihisap asapnya.
"Semua bahan tambahan ini perlu dikaji dan disahkan selamat sebelum sebarang dakwaan dibuat," katanya.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan mengharamkan vape dan rokok elektronik selain merampas cecairnya.

CERDIK, TAK BERAPA CERDIK ATAU TERLEBIH CERDIK?

Susulan beberapa pendedahan oleh Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW berkaitan perbelanjaan YaPEIM di luar negara, termasuk menganjurkan kursus perkahwinan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya berkata, program yang diadakan di Paris  itu ialah bagi  menjimatkan kos. 

Katanya, dari segi ekonomi memang menjimatkan kos pelajar luar negara kerana mereka tidak perlu pulang ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri kursus tersebut.

"Apabila kita buat di luar negara dan kita kumpulkan 150 untuk menghadirinya, belanjanya memang sedikit. Itulah keuntungannya," jelas beliau.

Cerdik, tak berapa cerdik atau terlebih cerdik kenyataan seperti itu?

Sebagaimana yang didedahkan oleh NOW sebelum, kos untuk kursus perkahwinan di Paris itu yang katanya termasuk untuk memastikan pelajar tidak terpengaruh dengan budaya LGBT telah menelan belanja sebanyak RM290 ribu sedangkan bayaran untuk menghadiri kursus perkahwinan di Malaysia adalah di bawah RM200 seorang.

Dengan kos sebanyak RM290 ribu bagi 150 peserta, berapa belanjanya untuk tiap seorang peserta?

Adakah ia lebih murah daripada RM200 tadi?

Perlu dan terdesak sangatkah kursus perkahwinan diadakan untuk pelajar-pelajar di luar negara? Sudah berapa ramai pula yang terlibat dengan LGBT?

‘TPPA ibarat menjual negara’

bantah TPPA
Pengerusi Bantah TPPA, Mohd Nizam Mahshar (baju hitam) ketika berucap selepas mengetuai demonstrasi aman di hadapan Stesen LRT Ampang Park, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 November:
Kesediaan kerajaan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh diibaratkan seperti menjual negara.
Pengerusi Bantah TPPA, Mohd Nizam Mahshar berkata apabila perjanjian tersebut ditandatangani, ia sekaligus akan menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara untuk membuat pilihan.
“TPPA akan meletakkan kepentingan negara dan syarikat asing di atas kepentingan Malaysia serta syarikat-syarikat tempatan.
“Tidak ada kepastian bahawa ia akan memberikan impak yang positif lebih daripada kesan negatif yang akan dihadapi oleh rakyat.
“Kami tidak menolak perdagangan dengan negara luar tetapi mendesak kerajaan supaya membuat pilihan yang bijak dengan tidak menandatangani TPPA,” katanya selepas mengetuai demonstrasi aman di hadapan Stesen LRT Ampang Park, di sini hari ini.
Demonstrasi berkenaan bermula pada sekitar 2 petang di Masjid Asy‑Syakirin, KLCC sebelum bergerak ke Stesen LRT Ampang Park.
Lebih 150 peserta dari 52 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti politik seperti Pas, PKR, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Amanah Negara dan Perkasa hadir memberikan sokongan.
Dalam pada itu, Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid menjelaskan bawaha TPPA adalah merupakan alat Amerika Syarikat (AS) untuk menjajah Malaysia dan juga negara-negara lain.
Ujarnya, kehadiran Obama pada Sidang Kemuncak Asean kali ini juga sememangnya mempunyai kaitan dengan desakan AS supaya Malaysia menandatangani TPPA.
“TPPA adalah perjanjian bebas paling eksploitif, mencengkam dan menindas rakyat bawahan dan diguna oleh AS sebagai alat paling menyeluruh untuk menguasai 11 negara dalam agenda menyaingi China dan mendominasi 40 peratus perdagangan dunia.
“Oleh itu Malaysia akan terus terikat dan terdedah kepada eksploitasi AS apabila TPPA ditandatangani dan negara berkenaan akan mengguna seluruh kuasanya untuk mengambil kesempatan demi menjaga kepentingannya,” tegasnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar memberitahu TPPA akan memberikan kesan yang buruk ke atas ubat-ubatan dan juga hak cipta maklumat ke atas rakyat Malaysia.

Dialog Husam, Mustafa: 'Bola' di kaki Khalid



Mengakui "terkilan tetapi akur" terhadap arahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meminta bekas ahli parlimen parti itu, Khalid Samad, "membuat pencerahan" berhubung isu kerajaan perpaduan dibangkitkan Datuk Husam Musa baru-baru ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan beliau, Mustafa yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PAS mendakwa dia terpanggil untuk berdebat dengan Husam ekoran "fitnah dan pendustaan" dilemparkan terhadap parti berkenaan.
"Oleh kerana saya tahu, malah terlibat dengan peristiwa yang menjadi rujukan tentang pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS beberapa hari selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, maka saya berkewajiban untuk membuat penjelasan dan meletakkannya pada perspektif yang betul.
"Oleh itu, saya mohon Khalid Samad, jika beliau sanggup dan bersedia untuk membuat pencerahan tentang peristiwa ini," katanya.
Beberapa hari lalu Pemuda PAS Kelantan dilaporkan sedia membuka ruang menganjurkan majlis dialog antara Mustafa dan Husam berkenaan isu pertemuan pimpinan PAS - Umno pada 2008.
Khalid tak tertakluk
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya sedia menjadi pengajur atau moderator kepada majlis yang dicadang diadakan di Kota Bharu. Mereka juga mahu Khalid - kini Ahli Parlimen Shah Alam dilibatkan sama.
Khalid, kata Ahmad Fadhli, juga dikaitkan sebagai salah seorang pemimpin PAS yang berjumpa dengan pimpinan Umno ketika itu.
Mustafa yang kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS berkata, Khalid perlu menjelaskan empat perkara dalam penerangannya itu nanti iaitu:
  1. Siapa yang meminta untuk membuat perjumpaan
  2. Mengapa Khalid, Nasharuddin Mat Isa (ketika itu Timbalan Presiden PAS) dan Mustafa sanggup bertemu pemimpin Umno
  3. Apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu
  4. Apakah hasil daripada perbincangan berkenaan
Kata Mustafa, disebabkan Khalid bukan lagi ahli PAS, bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu tidak tertakluk kepada arahan setiausaha agung sebelum ini.

Pas lancar gerakan jadi ahli umur 13 tahun - Takiyuddin


Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU - Pas melancarkan gerakan menjadi ahli di usia muda dengan membuka keahlian seawal 13 tahun dalam misi memantapkan lagi perjuangan Islam di negara ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ia menggambarkan betapa kuat dan mantapkan perjuangan mereka dalam memartabatkan agama Islam di negara ini.
“Sejak ditubuhkan pada 1951 sehingga hari ini, keahlian Pas sudah mencecah 1.6 juta, dan kita sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ramainya ahli menzahirkan sejauh mana kekuatan kita.
“Ia juga akan menggambarkan betapa hebatnya perjuangan Islam di negara ini,” katanya dalam ucapan aluan sempena pelancaran gerakan menjadi ahli di awal usia di sini, kelmarin.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, gerakan menjadi ahli di usia muda dilancarkan buat pertama kalinya di negeri ini sempena Sambutan 60 Tahun Kerajaan Pas Kelantan di sini, malam tadi.
“Berdasarkan perlembagaan, lima syarat melayakkan seseorang menjadi ahli Pas, iaitu, Islam, warganegara, cukup umur mengikut hukum syarat (Pas menetapkan umur minimum menjadi ahli ialah 13 tahun) selain mengaku menerima serta taat kepada perlembagaan parti, peraturan, arahan dan keputusan parti dari masa ke semasa.

'DAP jangan menyibuk hal Umno-Pas' - Md Alwi


Md Alwi Che Ahmad

KOTA BHARU - DAP diingatkan agar tidak mencampuri urusan parti lain terutamanya usaha kerjasama antara Umno dan Pas.
Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, Pas atau mana-mana parti berhak bekerjasama dengan sesiapa sahaja kerana negara ini mengamalkan prinsip demokrasi.
“DAP sibuk kata Pas nak kerjasama dengan Umno, apa masalah DAP jika ia berlaku (kerjasama)? Dahulu DAP pun pernah kerjasama dengan Pas atau parti lain.
“Kita negara demokrasi, siapa nak buat kerjasama dengan siapa tidak menjadi masalah. BN terdiri daripada 14 parti komponen dan Umno adalah paling besar,” katanya.
Md Alwi memberitahu, kerjasama Pas dan Umno bukan untuk membentuk kerajaan tetapi sebagai parti yang bertanggungjawab, ia amat sesuai dengan prinsip Islam.
“Bekerjasama dalam hal buat kebaikan, itu prinsip Umno dan Pas serta semua orang Islam, apa yang patut buat bersama kita buat, namun ada juga yang tidak boleh buat bersama,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Md Alwi yang juga bekas Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan selepas PRU12, beliau pernah diminta mengatur pertemuan antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Abdullah tetapi tidak tahu tujuan pertemuan tersebut.

Pas ibarat bubur Asyura, ada kekuatan tersendiri - Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU – Pas mempunyai kekuatan tersendiri, walaupun ia tidak nampak dengan jelas,kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurutnya, dengan kekuatan tersebutlah menjadikan Pas sebagai sebuah parti yang matang dan sehingga kini boleh berdiri atas kaki sendiri walaupun dihimpit pelbagai kemelut dan cabaran.
“Pas ini boleh diibaratkan seperti buat bubur As-Syura. Banyak bahan-bahan yang diperlukan seperti jagung, gula, garam, daging. Tapi apabila masak, bahan-bahan tersebut langsung tidak kelihatan.
“Bila kita makan, semua bahan-bahan tersebut tadi kita dapat rasa,  walaupun secara kasarnya hanya nampak bubur syura sahaja dari luaran. Tapi kesedapan yang dirasai bukan disebabkan gula sahaja, bukan hanya kerana daging sahaja, tetapi disebabkan semua bahan yang digunakan,” katanya semasa menyampaikan ceramah pembukaan di Majlis Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan.
Menurutnya, Pas bukan parti yang mengamalkan politik kebudak-budakan, kerana kekuatan dalaman Pas ini diisi dengan tiga perkara iaitu dasar yang  diperjuangkan, keikhlasan dan jemaah kuat.
Beliau berkata, tidak ada siapa pun yang boleh mengatakan Pas kuat disebabkan individu ataupun kredibiliti seseorang.
“Tidak ada orang boleh kata, kerana aku lah Pas ini bagus, kerana aku lah Pas ini sohor, kalau tidak disebabkan ada aku, tidak bermakna lah Pas ini dan sebagainya. Itu tidak betul, sebab kita mempunyai peranan dan sumbangan kita masing-masing.
“Sebab itu saya ingatkan kita semua, kita letak jemaah di depan, dan dalam Pas, paling penting kita bergerak atas Majlis Syura. Kekuatan kita adalah jemaah, jangan kita rasa kita lebih. Sebab bila kita rasa kita lebih, punahlah kita, maka punahlah jemaah. InsyaALLAH kalau kita duduk dengan jemaah maka Allah akan bagi  pertolongan kepada kita,” katanya.

Pas akui ubah pendekatan dengan Umno

KOTA BHARU – Pas akui parti itu menggunakan pendekatan berbeza ketika berdepan dengan Umno, berbeza dengan amalan yang dipraktikkan sebelum ini.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, walaupun terdapat pimpinan Pas mengadakan pertemuan dengan Umno, ia bukan bermaksud Pas akan menjalinkan hubungan politik dengan parti itu.
Idris Ahmad “Takkan lah kita jumpa orang Umno kita tidak boleh bercakap, nak macam itu ke, takkan kita nak balik kaedah lama balik, kalu jumpa orang Umno, nak tindih bayang pun tidak boleh,”
“Pas ini ada dasar, kita ada Majlis Syura, kita ada AJK Pas pusat, Lajnah politik, jangan tuan-tuan runsing, tengok kepimpinan Pas minum kopi dengan orang Umno, terus kata nak masuk Umno,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ceramah Sambutan 60 tahun Pas Kelantan yang diadakan di Dataran Ilmu, di sini malam tadi.
Isu kerjasama Pas-Umno kini kembali hangat diperkatakan apabila bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendedahkan pimpinan parti itu mahu mewujudkan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke 12 (PRU-12).
Dakwa Husam, tindakan itu gagal setelah kerusi yang diperoleh tidak cukup untuk mewujudkan sebuah kerajaan.
Dalam ceramah tersebut, Idris turut mengesahkan tiada perbincangan khususnya agenda untuk bergabung dengan Umno dalam mesyuarat Majlis Syura minggu lalu.
“Sebab itu tuan puan, setakat hari ini, jangan runsinglah, mesyuarat terakhir minggu lepas majlis syura, jawatankuasa Pas pusat tak pernah bincang pun nak masuk Umno ini, tidak ada, malah kita tegaskan lagi sekali, kita dengan Umno ini tak ada apa,”katanya.
Idris berkata, mereka yang menyertai Pas bukan kerana ikutan mana-mana individu sebaliknya kerana dasar parti itu yang mahukan Islam dimartabatkan.
“Kalau ada pemimpin Pas yang dekat dengan Umno, dia seorang sahaja dekat dengan Umno. Sebab itu tuan-tuan jangan bimbang tidak ada orang pas yang nak masuk Umno ni,”katanya.

Kenapa diam Najib jumpa Netanyahu?

PETALING JAYA: Serangan terhadap Nurul Izzah Anwar kerana berjumpa dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram pada 9 November lalu dalam satu majlis rasmi menunjukkan sikap hipokrit pemimpin UMNO.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, pemimpin UMNO sebaliknya hanya diam membisu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
“Ini memperlihatkan sikap hipokrasi dan serangan terhadap Izzah hanyalah bermotifkan politik.
“Kerajaan sepatutnya menjawab pelbagai isu yang belum selesai seperti skandal 1MDB bukan mengalih perhatian kepada isu seperti ini,” katanya dalam kenyataan media.
Latheefa berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said supaya Izzah dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah tidak terpakai.
Ini kerana, katanya, perjumpaan itu tidak ada mengena dengan prosedur Parlimen dan berlaku di luar bidang kuasa Parlimen.
“Ini adalah perkara asas dan agak membingungkan apabila menteri yang bertanggungjawab tidak sedar perkara ini,” katanya.
Dia berkata, Izzah telah menerangkan perjumpaan itu diatur oleh penganjur dan majlis itu diturut dihadiri Datuk Bandar Manila dan Naib Presiden Filipina.

Ramai bertanyakan saya isu YAPEIM...

Oleh Maszlee Malik
Isunya senang sahaja, bukan masalah nak anjurkan kursus kahwin ataupun nak buat program untuk pelajar pelajar Malaysia Muslim di luar negara.Banyak pertubuhan Islam bukan Islam lain dah buat semenjak berpuluh tahun, tak habis belanja sampai ratusan ribu, dan tidak perlu melibatkan dana awam.
Jika tidak percaya cubalah tanyakan kepada IKRAM, ABIM dan Pas. Selama lebih tiga pulih tahun wadah wadah ini menganjurkan program-program untuk para pelajar Melayu Muslim di lur negara

Setahun sampai empat lima acara besar besaran yang melibatkan ratusan peserta dan memberikan manfaat kepada ramai pelajar Malaysia, hatta kepada bukan Islam pun. Tidak pula timbul isu perbelanjaan ratusan ribu. Isunya ialah mengapa perlu majlis-majlis anjuran YAPEIM itu melibatkan perasmian menteri?
Ini masalahnya bila program-program yang melibatkan agensi kerajaan dan juga badan badan rasmi kerajaan, ramai yang nak score points, terutamanya orang-orang yang ada jawatan yang ingin mendekati dan membodek orang politik. Termasuk juga pihak berwajib di negara-negara tersebut dan para pelajar yang menganjurkan.
Orang politik, pak-pak menteri pun suka sebab mau makan angin. Maka itulah penyebabnya berbelanja sampai ratusan ribu.
Jika menteri melawat, ada pakej lain yang kaki pengampu dan pembodek akan sediakan untuk menghiburkan pak-pak menteri. Jika tidak golf, pergi shopping, jika tidak shopping, pergi Casino, jika tidak casino, ke tempat-tempat liburan.
Maka dana awamlah yang akan digunakan. Untuk justifikasi, digunakan nama agama, untuk berdakwahlah, untuk fi sabilillah lah, untuk perangi maksiat liberal bagailah....yang sebenarnya mau free riding sahaja.
Isunya ialah budaya politik patronage yang berakar umbi dalam masyarakat Melayu Muslim di Malaysia.

Kenyataan Jawi sahkan pelantikan CEO MAIWP tak sah, kata pemimpin Amanah

 Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata pelantikan CEO MAIWP adalah bercanggah dengan undang-undang Akta 505, dan JAWI juga mengesahkan perkara yang sama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015.
Menegaskan isu pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang akan dibawa ke peringkat Yang di-Pertuan Agong, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata jawapan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) mengesahkan pelantikan itu bercanggah dengan undang-undang atau “ultra vires” Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505. "Jawapan pihak Jawi menyokong kenyataan saya sebelum ini. Mereka langsung tidak pertikaikan pelantikan tersebut bercanggah dengan undang-undang.
"Akta pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan terlalu jelas. Selagi akta tidak dipinda, maka MAIWP kena ikut undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider yang mempersoalkan lantikan dibuat sebelum pindaan akta berkaitan.

Jawi semalam mengakui Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 2013 yang dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 26 Jun, 2013 ditarik balik pada 8 Julai, 2013. Katanya, ia berikutan bantahan orang awam terhadap salah laku peruntukan seksyen yang terkandung dalam pindaan tersebut.
Namun menurut Jawi, MAIWP kini sedang membuat penambahbaikan RUU itu untuk membentangkannya semula di Parlimen.
"Kenapa tidak buat pindaan terhadap akta ultra vires seksyen 14(2) Akta 505, dan kemudian barulah membuat pelantikan CEO?" soal Hanipa lagi yang turut menyifatkan mesyuarat pada 2005 mengenai pelantikan sehingga pembentangan RUU pada 2013 adalah masa yang agak lama.
Hanipa bersama beberapa Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) yang lain akan meneruskan hasrat untuk mengadukan perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Saya sudah berbincang dengan beberapa ahli Parlimen Amanah dan kita akan terus dengan hasrat memorandum kepada Agong pada minggu depan hari Selasa atau Rabu.
"Saya juga menggesa Menteri di Jabatan Menteri yang bertanggungjawab ke atas MAIWP, iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom meletakkan jawatannya.

Beg Hermes Maira untuk kenduri Daniyar, Nooryana?


Dokumen mahkamah di Manhattan, New York, menyatakan beg tangan Hermes yang dibeli - dan tidak dibayar - Daniyar Kessikbayev dan ibunya Maira Nazarbayeva digunakan sebagai hadiah di majlis perkahwinannya dengan Noryaana Najwa Najib.
Maklumat yang terkandung dalam saman sivil difailkan Presiden Samilor Enterprise, Bella Belkin pada 18 November lalu menyatakan, Daniyar dan Maira sudah membeli tujuh beg Hermes dari kedai mereka tetapi enggan membayarnya.
Dokumen mahkamah yang diperoleh Malaysiakini menyebut: "Berdasarkan maklumat dipercayai, defendan (Maira dan Daniyar) menggunakan barang disenaraikan dalam perjanjian itu untuk kegunaan peribadi. Secara khusus, mereka menyimpan sebahagian daripada barangan itu untuk kegunaan sendiri dan yang lain diberikan sebagai hadiah semasa majlis perkahwinan Daniyar."
Daniyar berkahwin dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin Rosmah Mansor itu pada 28 Mac lalu di Kuala Lumpur, manakala majlis bertandang sebelah pengantin lelaki berlangsung pada 18 April di Almaty, Kazakhstan.
Dokumen mahkamah itu menyatakan, dengan mengambil beg tangan mahal tanpa membayarnya, defendan bertindak tidak adil terhadap Bella.
Justeru, Bella memohon pampasan daripada defendan, termasuk menuntut ganti rugi serta bayaran tertunggak bernilai AS$401,912.50 (RM1.72 juta) bagi tujuh beg Hermes yang dimiliki pasangan anak beranak itu.

Skandal 1MDB : Di Parlimen pun kerajaan asyik 'corner' - Rafizi

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akui bahawa meskipun sesi debat secara terbuka mengenai 1MDB yang disebut-sebut sebelum ini berjaya dilaksanakan, ia tetap tidak akan merungkai segala persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.
Menurutnya, debat bukan cara sesuai untuk menyelesaikan persoalan itu ekoran format debat itu sendiri.
rafizi ramli "Sebab itu dari awal lagi YB Tony Pua (Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) sebut nak tanya soalan. Kerana ada banyak soalan yang belum berjawab.
"Saya rasa debat lebih terkongkong, lebih kepada hujah yang umum. Jadi, kalau debat, memang tak berjawablah soalan-soalan itu.
"Malah kalau YB Tony dapat tanya 10 soalan itu pun , ia tetap tak akan berjawab.  Soalan itu sudah lima tahun kita tanya. Daripada Parlimen pun kami tak pernah dapat jawapan. Mereka ‘corner’ dan terus ‘corner’," katanya kepada Sinar Online, semalam.
Sebelum ini, Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda menolak untuk berdebat selepas calon debat asal, Tony Pua ditukar dengan Rafizi kerana Parlimen menolak penglibatan Tony Pua susulan kedudukannya dalam PAC.
Namun pada sesi penerangan perdana kepada ahli-ahli Umno baru-baru ini, Arul memberitahu beliau bersedia untuk memberi penjelasan kepada sesiapa sahaja mengenai 1MDB.
Ketika ditanya perkembangan debat itu, Rafizi memberitahu sehingga hari ini masih belum mendengar sebarang maklum balas dari Arul.

Rafizi: Takkan berjaya lawan BN dengan duit

SHAH ALAM, 21 NOV: KEADILAN menyifatkan cubaan melawan BN dengan duit tidak akan berjaya dan hanya kerja bodoh, kata Naib Presidennya, Rafizi Ramli.
“Soal duit tak menjadi pertimbangan dalam berpolitik. Saya tak tahu. Ini kali pertama saya dengar dakwaan ini.
undi-bn-end“Kami belajar daripada awal lagi iaitu jika cuba nak melawan Umno dengan duit, itu kerja bodoh. Tak akan menang.
“Mana kami nak korek? Soal beli (ahli Parlimen BN) dan duit ini memang tak pernah menjadi sebahagian pertimbangan dalam KEADILAN,” katanya yang dipetik Sinar Online.
Pada 20 November lalu, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali cuba membawa masuk RM8 bilion melalui Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan Investment (DEIG) untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak, sekali gus memancing Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan.
Rafizi yang juga Setiausah Agung PKR, berkata BN boleh menawarkan 10 kali ganda daripada jumlah itu jika Pakatan menawarkan sejumlah wang kepada Ahli Parlimen mereka.
“Cuba bayangkan jika kami mempunyai duit nak beli (ahli Parlimen BN), satunya kami nak pergi beli itu yang sudah pasti akan kena tangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kemudian, jika kami tawarkan wang berkenaan tentu BN boleh beri 10 kali ganda lebih tinggi. Jadi, kita memang tak akan menang,” katanya.
Penasihat Khas PMSP, Ramesh Rao dalam dakwaannya selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Mohamed Azmin, berkata dana berkenaan diperoleh melalui empat projek yang direka khas membabitkan Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS).
Katanya, maklumat yang diperoleh mendapati RM3 bilion dibawa melalui yayasan, manakala RM5 bilion pula dibawa melalui PKNS.

HAL EHWAL PELAJAR MALAYSIA LUAR NEGARA DIBAWAH YAPIEM / JAWI ???……..

Membaca tentang berbagai laporan mengenai kisah YAPEIM mengadakan berbagai kursus perkahwinan untuk pelajar di luar negara, terpanggil pula aku untuk mempersoalkan beberapa perkara yang berbangkit. Sebagai ‘orang tua’ yang pernah terlibat dalam ‘hal-hal sebegini’ suatu ketika dahulu amat memerlukan penjelasan. Sekurang-kurangnya untuk dapat dimengertikan oleh rakyat yang agak dangkal tentang isu-isu yang sebegini.
  • Membaca tentang laporan-laporan dan kenyataan yang diberikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (DS Jamil Khir Baharom) dan kenyataan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Paimuzi Yahya menampakkan bahwa seolah-olah hal ehwal pelajar luar negara telah berada dibawah YAPEIM dan bukan lagi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Atau apakah aku tidak sedar tentang pertukaran tanggungjawab ini?
  • Dari laporan-laporan yang dipaparkan menunjukkan bahawa kursus perkahwinan adalah amat penting diberikan kepada pelajar-pelajar. Aku tidak menafikan hakikat itu tetapi apakah kursus yang sedemikian menjadi keutamaan sehinggakan sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mengadakan kursus sedemikian rupa.
            Izinkan aku memetik kenyataan Pengarah JAWI, Encik Palmuzi Yayaha yang mengatakan bahawa, “Dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus perkahwinan……Apabila (kursus) dibuat di luar negara kita kumpulkan 150 orang dan penceramahnya dua atau tiga orang di mana belanjanya memang sedikit…..Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus),”
            Aku tidak menafikan kepentingan kursus-kursus perkahwinan sedemikian tetapi soalnya hendaklah mengikut ‘tertib’nya. Mengikut keutamaannya. Kita harus faham bahawa keutamaan yang diberikan tumpuan kepada pelajar ialah untuk lulus dengan cemerlang dalam bidang-bidang yang diceberu oleh mereka dan bukan memikirkan soal kahwin. Aku yakin jikalau ditanyakan keutamaan ibu bapa pelajar di Malaysia, pasti mereka mahukan anak mereka lulus dengan cemerlang dalam bidang-bidang kejuruteraan (Perancis dan German)
            Dan yang ‘memeningkan’ kepala kebanyakan takyat Malaysia ialah kenyataan ‘Tuan Pengarah Jawi’ yang mengatakan bahawa, ‘…..Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus)”. Apakah sampai begitu sekali pentingnya kursus perkahwinan sehinggakan sanggup memanggil pulang pelajar semata-mata untuk mengikuti kursus perkahwinan. Mungkin agaknya pemikiran aku sudah amat jauh menyimpang dari norma sebenar. Mungkin.

Hutang beg Hermes: Besan PM akan jawab

newyork
PETALING JAYA: Besan kepada Perdana Menteri, Maira Nazarbayev akan membuat kenyataan berhubung dakwaan dia enggan membayar selepas membeli beg tangan berjenama mewah, Hermes.
Kenyataan itu akan dibuat melalui peguamnya.
Perkara berkenaan dijelaskan Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor di laman Facebooknya.
“Berhubung laporan akhbar New York Post, saya dimaklumkan peguam Puan Maira Nazarbayev akan keluarkan kenyataan,” tulisnya dalam status yang dimuat naik.
Dalam laporannya, New York Post melaporkan Maira telah membeli beberapa beg tangan itu pada 2014 dan 2015 dengan harga AS$400,000, tanpa membuat bayaran.
Ketika usaha menuntut hutang dibuat, bekas adik ipar kepada Presiden Kazakhstan itu didakwa mengeluarkan kenyataan dengan mengaitkan statusnya sebagai besan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Awak tahu siapa anak saya? Dia menantu kepada Perdana Menteri Malaysia!
“Saya akan cederakan awak dan keluarga jika awak saman saya,” kata Maira sebagaimana yang dipetik daripada New York Post

Sambut Obama bermakna sokong Israel


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia.
Bantahan ini adalah berdasarkan dua pendirian songsang oleh pentadbiran Obama yang kami kecam iaitu sokongan AS terhadap Israel dan dominasi AS dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
PKPIM melihat sikap berat sebelah Obama dalam isu pergolakan di Palestin sebagai suatu kegagalan besar beliau sebagai seorang pemimpin dunia yang kononnya mengangkat prinsip keadilan sejagat.
Pada Ogos 2014, Obama meluluskan undang-undang yang bertujuan memberikan peruntukan tambahan sebanyak AS$225 juta dana awam untuk sistem pertahanan Iron Dome Missile Israel ketika konflik Gaza-Israel.
Bantuan dana awam AS sebanyak ini kepada Israel jelas suatu kezaliman terancang yang tidak harus didiamkan.
Konflik terbaru di Palestin khususnya di Tebing Barat yang masuk hari ke-50 hari ini pula tercetus akibat kebiadaban Israel menceroboh rumah ibadat kaum Muslimin di Baitul Maqdis.
Sehingga kini, angka korban di pihak Palestin meningkat sehingga mencecah 91 orang dengan 10,432 yang lain cedera dan 2,000 orang ditahan termasuk 800 orang kanak-kanak.
Jelas untungkan AS
Walaupun masyarakat dunia terang-terangan membantah kebiadaban Israel ini, Obama masih lagi mempertahankan kezaliman Israel terhadap Palestin.
Baru-baru ini, Palestin telahpun diterima sebagai negara anggota dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), dan ini menunjukkan secara jelas Israel kini memang sedang menjajah Palestin.

Hutang RM1.72 juta: 'Bukan PM, Rosmah kena komen'


Pembantu Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pihaknya tidak bercadang membuat sebarang kenyataan balas terhadap Bella Belkin yang mendakwa besan perdana menteri, Maira Nazarbayeva menggunakan nama pemimpin negara untuk membuat ugutan.
Menurut Datuk Rizal Mansor, dakwaan Bella itu yang dilaporkan New York Post semalam hanya memetik maklumat daripada sebelah pihak sahaja.
Tambahan pula tuduhan itu, katanya, dibuat terhadap Maira dan bukannya Datuk Seri Najib atau Rosmah.
Justeru, katanya, semua pihak perlu menunggu pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan.
“Kami tidak boleh beri respon apa-apa kerana kalau pihak yang dituduh itu adalah perdana menteri atau Rosmah, barulah saya boleh komen," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam Malaysiakini melaporkan Maira didakwa cuba mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan memetik hubungan anaknya dengan Perdana Menteri Malaysia.
Tunggu peguam
Memetik dokumen Mahkamah Persekutuan Manhattan, New York Post melaporkan Maira dituduh mengambil 12 beg tangan jenama Hermes bernilai AS$400,000 (RM1.7 juta) tanpa membuat bayaran sepatutnya.
Maira adalah bekas isteri hartawan baja Bolat Nazarbayev, yang juga adik kepada Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.
Dia dilaporkan memesan beg berkenaan daripada syarikat Samilor pada 2014 dan 2015.
Apabila Presiden Samilor - Bella - mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, Maria didakwa mengugut untuk mencederakan ahli korporat itu dan keluarga sambil mengatakan dia mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Malaysia.

Hutang RM1.72 juta: Tiada belas kasihan dari saya, kata besan Najib

Bella Belkin, seorang tokoh wanita yang cuba untuk mendapatkan bayaran untuk beg jenama Hermes yang dibeli oleh Maira Nazarbayeva, terkejut apabila wanita itu menggunakan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengugut bagi mencederakannya.
 Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh Malaysiakini, keluarga Bella diancam oleh Maira sekurang-kurangnya tiga kali sejak Jun tahun ini.
"Hasil ancaman Maira berulang kali ke atas Bella dan (suaminya) Edward Belkin, keluarga itu bimbangkan keselamatan mereka dan juga anak-anak mereka," petik dokumen itu
Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Daerah Selatan New York, ancaman pertama, yang mana nama Najib digunakan berlaku ketika perbualan telefon pada 16 Jun tahun ini.
Dokumen itu mendakwa Maira berkata: "Anda tahu siapa anak saya! Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia.
"Kamu tahu apa yang boleh kami lakukan ke atas anda dan keluarga anda? Saya akan cederakan anda. Saya akan cederakan anda dan keluarga anda jika anda menyaman saya.
"Tahukah anda apa yang boleh saya lakukan dan mampu lakukan? Anda tahu apa yang saya lakukan di Kazakhstan dan saya akan lakukannya di sini ke atas anda. "
Anak Maira, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib Nooryana Najwa.
Bella, yang juga Presiden Samilor Enterprises, cuba untuk mendapatkan semula bayaran bagi tujuh beg tangan Hermes bernilai AS$ 401,912.50 (RM1.72 juta) yang dibeli pada 15 September 2014 dan 20 Januari 2015.
Pemfailan saman itu dibuat melalui firma guaman Lark B Stumer & Associates kerana kata Bella, beliau percaya ancaman Maira adalah benar rekod wanita itu sebelum ini.
“Ugutan itu menakutan Bella kerana pada masa itu beliau baru mengetahui apa yang Maira mampu lakukan dan dituduh berbuat demikian di Kazakhstan.
"Berdasarkan latar belakang itu dan maklumat bahawa Maira adalah atau pernah menjadi penjenayah antarabangsa diburu oleh polis Kazakhstan dan Interpol untuk pelbagai jenayah, termasuk penculikan, mengancam mencederakan fizikal untuk mendapatkan dana daripada rakan perniagaan serta mengugut untuk memaksa orang lain memindahkan harta.
"Banyak artikel yang ditulis tentang Maira mendedahkan bahawa dia mempunyai keupayaan dan kecenderungan untuk menjalankan ancaman mencederakan secara fizikal terhadap Bella dan keluarganya," kata dokumen itu.
Redakan ketegangan
Tiga bulan kemudian, suami Bella, Edward menghubungi Maira melalui telefon untuk cuba meredakan ketegangan.

‘Terkilan tapi akur’, kata Mustafa lepas debat dengan Husam disekat

Datuk Mustafa Ali mengatakan beliau terkilan diarah tidak mengeluarkan kenyataan tentang pertemuan dengan Datuk Husam Musa oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, namun akur dengan arahan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015. 
Datuk Mustafa Ali mengatakan beliau terkilan diarah tidak mengeluarkan kenyataan tentang pertemuan dengan Datuk Husam Musa oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, namun akur dengan arahan tersebut. 

Walaupun sedikit terkilan dengan arahan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkait majlis bersemuka dengan Datuk Husam Musa, sebagai seorang ahli parti, Datuk Mustafa Ali mengatakan beliau akur dengan arahan itu. "Saya akui memang saya tidak memberitahu mana-mana pimpinan PAS, malah kapada sesiapa pun tentang hasrat untuk bersemuka dengan Datuk Husam.
"Saya tidak mewakili pimpinan PAS dan tidak juga mewakili Dewan Harian PAS.

"Saya mewakili diri saya sendiri sebagai seorang ahli PAS yang merasa terpanggil untuk berbuat sesuatu apabila melihat fitnah dan pendustaan dilemparkan sedemikian rupa," kata Mustafa dalam kenyataannya hari ini. Pengarah pilihan raya PAS itu sebaliknya meminta Khalid Samad, bekas ahli jawatankuasa pusat yang kini pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menerangkan apa yang berlaku.
Katanya, ini kerana Khalid tahu malah terlibat dengan peristiwa yang menjadi rujukan tentang pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS selepas beberapa hari selesai Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.
"Saya mohon Saudara Khalid Samad, jika beliau sanggup dan bersedia untuk membuat pencerahan tentang peristiwa ini.

PAS Terengganu gesa Husam berani berdepan jawatankuasa pusat

PAS Terengganu berharap bekas naib presiden Datuk Husam Musa berani berdepan jawatankuasa pusat, bagi membuktikan kebenaran dakwaannya dalam pertemuan Selasa ini, lapor Sinar Harian.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata, ia penting bagi memastikan ketidakpuasan hati atau masalah berkait diselesaikan di peringkat dalaman dan mengelak sebarang dakwaan tidak baik kepada parti Islam itu sendiri.
Menurutnya, keadaan itu lebih baik bagi Husam kerana ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengaku masih sayangkan PAS.

"PAS Kelantan memanggil beliau (Husam) secara individu untuk beri penjelasan namun tidak hadir. "Sekarang PAS Pusat tawar beliau bawa bukti hujah supaya boleh diambil tindakan, bukan guna media. Kalau guna media, sampai sudah tidak habis," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Menurut Sinar Harian, Satiful turut terkilan dengan sikap Husam serta mengakui tidak tahu apa yang diinginkannya kerana kerap mengeluarkan kenyataan tidak menguntungkan PAS.

Pemimpin tersasar landasan, makin ramai tinggalkan PAS

PAS melihat ramai ahlinya meninggalkan parti kerana haluan dan pendekatan parti tersebut semakin lari daripada apa yang dikehendaki mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015. 
PAS melihat ramai ahlinya meninggalkan parti kerana haluan dan pendekatan parti tersebut semakin lari daripada apa yang dikehendaki mereka. 

Semakin hari semakin ramai aktivis, anak didik dan petugas PAS yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mengangap haluan dan pendekatan parti itu sudah lari daripada yang mereka kehendaki dan perjuangkan selama ini. Kebanyakan yang meninggalkan PAS ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dalam aktiviti dengan pihak luar, dan tidak berpuas hati dengan pendekatan baharu parti itu yang dilihat lebih senang bersendirian.
Sikap tidak jelas hala tuju semasa dan dilihat mesra Umno, parti yang didoktrinkan sebagai musuh utama PAS selama ini, juga menjadi antara punca besar mereka tidak senang dengan parti sekarang.

Perasaan tidak puas hati itu kini turut melibatkan Harakah, lidah rasmi parti Islam itu. Awal bulan ini, ketua pengarangnya Taufek Yahya menghantar notis dua bulan untuk meletak jawatan kerana tidak lagi boleh bekerja di sana, ekoran perubahan pendekatannya.
Beliau akan meninggalkan media rasmi PAS itu mulai 1 Januari nanti, selepas tempoh notisnya tamat, setelah berpuluh tahun bekerja di sana.
Sebelum itu, beberapa wartawan akhbar rasmi PAS juga berbuat demikian kerana tidak senang lagi dengan pendekatan parti Islam itu.
Fenomena ini membayangkan dilema yang melanda akar umbi parti ketika ini, ekoran perpecahan dalam PAS yang menyaksikan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) oleh bekas pemimpin progresifnya yang lari meninggalkan parti.
Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub menjangkan sasaran 100,000 ahli akan dicapai menjelang akhir tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015.Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub menjangkan sasaran 100,000 ahli akan dicapai menjelang akhir tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015.
Timbalan presiden Amanah Salahudin Ayub memaklumkan, sehingga kini sudah kira-kira 50,000 mendaftarkan diri sebagai ahli Amanah. Beliau yang juga bekas naib presiden PAS, yakin sasaran 100,000 ahli menjelang hujung tahun ini akan berjaya dicapai, sambil menambah, 150,000 borang keahlian sudah diedarkan ke seluruh negara.
"Pencapaian Amanah yang meyakinkan ini berteraskan dasar Islam yang berwajah rahmat untuk semua, di samping pendekatan yang progresif, inklusif dan peduli.
"Ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju ke hadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Fenomena di Harakah juga berlaku di ibu pejabat PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Ada yang sudah meletak jawatan untuk bersama Amanah dan tidak kurang juga yang masih kekal bekerja dengan PAS tetapi menjadi 'harum manis' iaitu hijau di luar, oren di dalam.

Husam di China, minta tangguh pertemuan


ADUN Salor Datuk Husam Musa bersedia bertemu dengan Dewan Harian PAS Pusat bagi menjelaskan teguran yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS.
Namun beliau memohon agar pertemuan itu ditangguhkan memandangkan bekas exco Kelantan itu kini di China bagi mendapatkan rawatan kesihatan.
“Saya menghargai kesediaan Dewan Harian PAS Pusat memanggil saya untuk menjelaskan teguran saya terhadap perjalanan kerajaan Kelantan.
“InsyaAllah saya bersedia berbuat demikian,” kata Husam dalam kenyataannya hari ini.
Husam turut merujuk dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bahawa notis pertemuan itu telah dihantar kepadanya namun katanya, sehingga kini beliau masih belum lagi menerimanya.
Jelasnya, beliau berada di luar negara sejak minggu lalu dan tidak menerima sebarang surat tetapi masih boleh dihubungi melalui SMS, Whatsapp dan emel.
“Namun tidak satu cara pun saya dihubungi,” katanya.
Husam berkata, mengikut jadual asal, beliau akan pulang ke tanah air pada Ahad, 22 November ini, namun atas nasihat doktor rawatan tersebut akan dilanjutkan kepada beberapa hari lagi.
Husam turut meminta supaya pertemuan itu dibuat seminggu selepas beliau berada di Malaysia bagi keselesaan dan membuat sebarang persiapan terlebih dahulu.
“Ini untuk membolehkan masa dan keadaan yang lebih selesa bagi saya menyediakan apa-apa persiapan perlu.
“Saya yakin, ia bukan masalah besar kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meletakkan satu tarikh baru yang lebih selesa,” katanya.
Terbongkar
Sementara itu, Husam berkata, tindakan PAS melarang debat antaranya dan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali seakan ingin melindungi sesuatu daripada terbongkar.
“Melarang perdebatan saya dan bekas Setiausaha Agung (SUA) PAS yang dibuat dua atau tiga jam selepas persetujuan oleh Datuk Mustafa, seakan menunjukkan ada sesuatu yang hendak dilindungi dari terbongkar.
“Juga tiadanya penyelarasan keputusan di kalangan pimpinan tertinggi PAS dibuat,” katanya.
Terdahulu, Mustafa menyambut baik hasrat Husam yang menyahut cadangannya berdebat mengenai isu kepimpinan PAS mahu bergabung dengan Umno sejak pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun Takiyuddin berkata PAS melarang sebarang debat atau dialog yang dibuat di luar parti.

AMANAH sedia galas tugas JKKK PAS di Pulau Pinang

Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia memenuhi kekosongan jawatan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di Pulau Pinang sekiranya diberi kepercayaan untuk berbuat demikian.
"Kami sedia terima sebarang tugasan atau pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan dalam JKKK di Pulau Pinang.
"Saya juga percaya Dr Mujahid telah siapkan senarai calon yang sesuai bagi jawatan itu," kata setiausaha agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.
Beliau merujuk kepada Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar) yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat AMANAH serta pemimpin parti itu untuk Pulau Pinang.
Isu keanggotaan JKKK menjadi perhatian apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon pada 18 November lalu menjelaskan, ahli PAS yang memegang jawatan dalam agensi negeri berkenaan diminta melepaskan jawatan ekoran masalah hubungan antara PAS dan DAP.
Katanya, kekosongan itu akan digantikan dengan anggota parti AMANAH sesuai dengan kedudukannya sebagai rakan sekutu DAP dan PKR di peringkat kebangsaan yang membentuk Pakatan Harapan.
Rashid berkata kerajaan negeri mulakan proses menamatkan perkhidmatan anggota PAS kerana mereka tidak dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
Beliau berkata keputusan itu membabitkan 293 anggota JKKK. Setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 anggota.

Salleh Man tidak dipecat kerana setia


Salleh Man Mat Aji

GEORGETOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan memecat Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man daripada jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang atas dasar kesetiaan wakil rakyat itu terhadap kerajaan Pakatan Harapan, walaupun beliau masih anggota Pas.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang tidak bersikap pilih kasih kerana wakil rakyat Pas itu bersedia dan setia berkhidmat untuk kerajaan yang diterajuinya.
"Ya, memang beliau masih anggota Pas tetapi beliau sudi sokong kerajaan negeri Pulau Pinang sungguhpun ia kerajaan negeri Pakatan Harapan.
"Beliau juga sedia membela kerajaan negeri Pakatan Harapan dan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan. Saya rasa itu penting. Sekiranya sedia membuat kenyataan terbuka seperti ini, maka tidak timbul isu-isu sama ada beliau setia atau tidak.
"...selain Cekap, Bersih, Amanah, (wakil rakyat) mesti setia. Beliau telah pun menunjukkan kesetiaan dan menyokong dasar-dasar serta kepimpinan negeri termasuk menyokong saya sebagai ketua menteri," kata Lim pada persidangan Dun Pulau Pinang di sini, hari ini.

Pecat JKKK: Biar Pas Pusat jawab


Pas

SHAH ALAM - "Polemik Pas dan DAP berhubung situasi yang berlaku di Pulau Pinang adalah berbeza-beza, biar Pas Pusat yang bersuara tentang perkara ini, demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor," Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Beliau mengulas berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa memecat 300 ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri itu.
Ahmad Yunus berkata, pelbagai versi cerita yang wujud, jadi biar ada satu konklusif yang boleh diambil atau dilihat oleh Pas Pusat.
"Kerajaan Pulau Pinang dakwa (mereka pecat 300 AJK JKKK), wakil Pas di sana pula kata (mereka letak jawatan), jadi saya kira Pas Selangor tak perlu nak mempolimiknya lagi, realitinya dan versinya berbeza yang kita dengar hari ini.
"Lagipun isu ini berkaitan dengan Kerajaan Pulau Pinang, yang berhak jawab sekarang adalah Pas Pulau Pinang atau Pas Pusat," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis perasmian Temasya Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT): Budaya dan Warisanku di pekarangan Muzium Sultan Alam Shah, di sini sebentar tadi.
Kelmarin, kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang melalui Ketua Menterinya, Lim Guan Eng didakwa telah memecat 300 ahli Pas yang memegang jawatan dalam JKKK negeri itu atas alasan tidak memerlukan khidmat mereka yang tidak menyokong Pakatan Harapan.

Kenapa Pulau Pinang, tidak di Selangor juga

KUALA LUMPUR - Pas telah memutuskan menjadi pembangkang di Pulau Pinang, namun ramai penganalisis melihat Pas juga perlu berbuat demikian di Selangor.
Penganalisis politik berpendapat pendirian Pas itu perlu konsisten dan terpakai di semua negeri.
Pas Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata, Pas perlu menetapkan pendirian mereka untuk menjadi pembangkang di Selangor, atau menyertai sahaja pakatan baharu pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.
"Hakikatnya Pas adalah parti yang banyak membantu kedua-dua kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dan saya yakin jika Pas tidak lagi bersama mereka, Pakatan Harapan tidak mampu mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya akan datang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Semalam, Pas mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan DAP negeri itu yang memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan anggota Pas.   
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata ekoran tindakan itu Pas tiada pilihan lain dan perlu bertindak sebagai pembangkang kepada bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat yang membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sementara itu, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu adalah berdasarkan tindakan Pas yang tidak lagi mahu bekerjasama dengan mereka di peringkat Pakatan Harapan.
Beliau juga menegaskan bahawa tindakan Pas Pulau Pinang untuk menjadi pembangkang juga tepat selepas tindakan DAP itu.
"Anehnya, kenapa Pas tidak membuat keputusan yang konsisten dan mempertahankan prinsip mereka dengan turut mengisytiharkan diri mereka sebagai pembangkang di Selangor?," katanya. - Bernama