Khamis, 19 November 2015

NOW buat pendedahan baharu pembaziran YaPEIM esok

Pendedahan yang didakwa pembaziran dana YaPEIM itu akan dibuat pada satu sidang media Jumaat ini.
akmal-nasir,jamilPETALING JAYA: Walaupun disaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu penggunaan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), ia sedikitpun tidak menghalang Akmal Nasir membuat pendedahan terbaharu.
Pengarah National Oversight and Whistleblower (NOW) itu akan tampil membuat pendedahan terbaharu yang didakwa pembaziran oleh YaPEIM.
Pendedahan tersebut akan dibuat jam 11 pagi pada Jumaat ini.
Jamil Khir telah memfailkan saman terhadap Akmal Nasir kerana mendakwa memfitnahnya berhubung isu penggunaan dana YaPEIM.
Saman itu difailkan oleh peguamnya, Adnan Seman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam tuntutan saman itu, Jamir Khir menjelaskan Akmal menuduhnya sebagai seorang yang tidak jujur dan rasuah dengan menyalahguna jawatannya sebagai menteri dan menggunakan dana YaPEIM yang diperuntukkan untuk anak-anak yatim bagi tujuan peribadi.
Beliau menuntut ganti rugi di atas kerosakkan, permohonan maaf secara terbuka dan perintah injuksi bagi menghalang Akmal membuat apa-apa kenyataan mengenai dirinya.

Ditolak UMNO cawangan, Najib perlu muhasabah – Saifuddin

Kepimpinan Tertinggi UMNO diminta mendengar dan menghormati suara akar, bukannya menghukum mereka
saifudin
KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa UMNO cawangan yang mendesak Perdana Menteri meletak jawatan menjadi bukti, akar umbi parti Melayu itu menolak kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Pengarah Strategi PKR, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sepatutnya Presiden UMNO mengambil pendekatan dengan bermuhasabah dan bukannya menghentam mereka.
“Jadi kalau ada cawangan-cawangan yang bercakap begitu maka adalah lebih baik untuk ambil sikap muhasabah dan menilai pandangan mereka daripada menghantam mereka atau mendisplinkan mereka,” katanya selepas menghadiri Forum Maqasid Syariah.
Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO menjelaskan, hakikatnya keresahan peringkat bawahan semakin kuat apabila pucuk pimpinan tertinggi gagal menyelesaikan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
“Saya harap kepimpinan UMNO mengambil sikap berjiwa besar bahawa ini adalah suara akar umbi. Selama inipun pemimpin UMNO kata mereka menghormati suara akar umbi.
Terbaharu, sebanyak 20 cawangan UMNO Bahagian Sepang mendesak Najib meletak jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
Mengulas lanjut, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau tidak terkejut sekiranya desakan dari akar umbi umbi terus merebak keseluruh negara.

Rakyat diracuni konsep keburukan sebagai kebaikan

Ariff Sabri berkata, perkara yang paling merbahaya adalah apabila rakyat menerima kemungkaran yang berlaku sebagai suatu kebiasaan.
Ariff-Sabri_bn_umno_malaysia_600PETALING JAYA: Tidak ada perkara yang lebih menjengkelkan apabila kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak menjustifikasikan keburukan sebagai sesuatu yang diperlukan oleh rakyat.
Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, perkara yang paling merbahaya adalah apabila rakyat menerima kemungkaran yang berlaku sebagai suatu kebiasaan atau tabiat.
“Bila ini terjadi, mereka tidak akan peka dan menjadi lali selain menerima keburukan kerajaan Najib sebagai kebaikan,” ujarnya.
Katanya, kini rakyat tidak lagi memerlukan sebuah kerajaan yang jahat dan zalim sebaliknya sebuah pentadbiran dan kepimpinan yang baik.
“Sesuatu perkara mesti diperkata sebagai seadanya. Kejahatan mesti disebut sebagai kejahatan dan bukannya diselaputi dengan gula dan menyatakan ia sebagai kebaikan.
“Kerajaan Najib telah menjadi kerajaan yang tidak baik. Bila kita menyatakan perkara yang sebenarnya, bukanlah kita cari peluang untuk hanya mahu balun Najib,” ujarnya lagi.
Menulis di blognya, Sakmongkol, Ariff juga mendakwa kerajaan tidak akan berjaya melaksanakan sebarang projek yang dirancang untuk tahun 2016 memandangkan ia tidak lagi memiliki duit.
“Bajet 2016 yang dikemukakan disandarkan kepada andaian-andaian yang tidak boleh bertahan. Bajet 2016 hanya penuturan janji palsu kepada rakyat,” jelasnya.
Memberi contoh, Ariff menyatakan perbuatan Najib menipu rakyat dengan menyatakan kejatuhan nilai ringgit akan menjadikan ekonomi negara semakin baik.
“Sebagai sebuah negara yang mengimport banyak benda seperti makanan, alatan, jentera, dan lain-lain lagi yang kita tidak hasilkan, kita terpaksa membayar lebih untuk mendapatkannya,” katanya.

Ahli PAS diarah tidak keluar kenyataan selepas kritikan terbuka Husam

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat pada 24 November ini dan menjemput Datuk Husam Musa bagi menjelaskan dakwaan beliau di hadapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015. 
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat pada 24 November ini dan menjemput Datuk Husam Musa bagi menjelaskan dakwaan beliau di hadapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Ahli PAS diberikan "gag order" (larangan bercakap) yang menghalang mereka daripada mengeluarkan kenyataan terbuka tentang isu kontroversi berkaitan parti, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini, susulan kenyataan berterusan daripada bekas naib presiden parti Datuk Husam Musa.
Takiyuddin berkata, Jawatankuasa Pusat parti Islam itu akan bermesyuarat pada 24 November ini dan Husam akan dijemput bagi menjelaskan dakwaan beliau di hadapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kami tidak mahu isu dalaman dibincangkan secara terbuka," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Antara isu yang dibangkitkan Husam yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu ialah dakwaan yang dibuat ke atas kerajaan Kelantan dan juga dakwaan berkaitan pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno. Husam dalam satu ceramah baru-baru ini mendedahkan yang Hadi pernah cuba menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor ketika negeri itu dilanda kemelut berhubung pertukaran menteri besar baharu tahun lepas.
Hadi menafikan wujud sebarang rancangan seperti didakwa Husam.
Husam akhir-akhir ini lantang menyuarakan bantahan terhadap dasar kerajaan negeri dalam isu konsesi pembalakan, yang dipercayai menjadi salah satu faktor menyumbang kepada banjir paling buruk di negeri itu hujung tahun lalu.

TELUR PENYU SAJA PUN, KENAPA BERANG SAMPAI MAHU SAMAN-MENYAMAN?

Jika saman Najib Razak terhadap akhbar perniagaan The Wall Street Journal atau WSJ yang dijanjikan pada hari Selasa tidak diketahui bila akan menjadi kenyataan, nampaknya hari ini, Khamis boleh dianggap hari saman-menyaman bagi dua orang menteri.

Pertama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom akhirnya menunaikan janjinya untuk mengemukakan saman terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW, Akmal Nasir berhubung dakwaan penyalahgunaan dana anak-anak yatim YaPEIM untuk lawatannya ke Amerika Syarikat.

Beliau mengemukakan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta.

Yang kedua, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob yang berang dengan penyebaran gambar-gambarnya bersama  hidangan telur penyu di media sosial, mengancam unntuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Ketika sekeping gambarnya  bersama hidangan telur penyu tersebar luas minggu lalu, beliau menafikan turut memakan hidangan terlarang itu atas alasan kandungan kolesterolnya yang tinggi.

Katanya, beliau bukan saja menjauhi makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi, bahkan sentiasa memakan ubat penahannya berikutan kandungan bahan itu sudah sedia tinggi dalam badannya.

Selain itu, Ismal Sabri yang meletakkan beban menyediakan telur penyu tersebut di pihak penganjur yang meraikannya dan bukan atas permintaannya, turut mengatakan beliau tidak menyedari mengenai undang-undang larangan berkaitannya.

Bagaimanapun ketika isu tersebut hampir dilupakan dan tidak lagi diperkatakan, Pusat Lapangan Danau Girang, sebuah kemudahan penyelidikan dan latihan di Sabah tiba-tiba memuat-naik empat keping gambar Ismail Sabri dalam majlis makan malam di Sandakan itu dengan keterangan yang berbunyi, "merujuk kepada empat keping gambar yang dimuat-turun dari laman Facebook Walai Penyu Resort Libaran dan dikongsi oleh "Deadturtle Sabah", nampaknya telur penyu sebenarnya dimakan oleh orang yang sama menafikannya sebelum ini."

Jika sebelumnya  Ismail Sabri menafikan memakan telur penyu kerana kandungan kolesterolnya yang tinggi, tetapi dalam satu daripada empat keping gambar yang disiarkan itu jelas kelihatan kulit telur penyu terdapat dalam pinggannya.

132 daripada 191 bahagian Umno sokong Najib - Hishammuddin

Daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara, 132 menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menurut naib presiden Umno, kesimpulan itu dibuat berdasarkan resolusi setiap bahagian semasa mesyuarat agung masing-masing yang diadakan di antara 27 Julai dan 31 Ogos ini.
Hishammuddin, yang juga menerajui jawatankuasa resolusi Umno, berkata tiada satu pun bahagian yang menyatakan bahawa Najib perlu berundur, termasuk bahagian Sepang, di mana beberapa pemimpin akar umbi menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan, semalam.
"Saya yang menjaga jawatankuasa usul. Saya boleh sahkan, tiada usul menolak kepimpinan Najib dibawa ke perhimpuan agung bulan depan.
"Apa yang lebih penting adalah sama ada terdapat bahagian yang mengeluarkan resolusi tidak percaya terhadap kepimpinan Najib. Saya kata, tidak ada satu (pun)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen
Walau bagaimanapun, Hishammuddin yang juga adalah menteri pertahanan tidak memberikan sebarang jawapan apabila ditanya mengenai pendirian baki 59 bahagian lain itu.
"Tidak ada keperluan bagi mereka untuk mengeluarkan resolusi untuk menyokong (Najib)," katanya.
Najib ketika ini berdepan dengan kontroversi dalam isu membabitkan syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang dan ‘derma’ RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Beliau juga berdepan dengan bidasan pemimpin akar umbi yang lantang, terutama selepas beliau melakukan rombakan kabinet Julai lalu yang menyaksikan pengkritiknya, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal tersingkir.
Semalam, beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Sepang mendesak supaya Najib meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadapnya dan kredibilitinya yang dipersoalkan.
Selain itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini penyokong kuatnya tetapi kini bertukar menjadi penentang utamanya, turut menggesa supaya Najib meletak jawatan.

Mustafa tidak diberitahu debatnya dengan Husam dihalang

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali mengakui tidak dimaklumkan sesiapa berkenaan larangan bagi ahli parti mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk debatnya dengan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015. 
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali mengakui tidak dimaklumkan sesiapa berkenaan larangan bagi ahli parti mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk debatnya dengan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa. 

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali tidak dimaklumkan atau ditanya berhubung cadangan debat beliau dengan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa sama ada ia disekat atau turut diberikan “gag order” seperti dikatakan setiausaha agung parti.
Manakala, Husam pula ketika dihubungi hanya ketawa besar dengan arahan dikeluarkan Datuk Takiyudin Hassan di Parlimen terdahulu hari ini.
"Saya tidak diberitahu dan dihubungi sesiapa untuk membatalkan debat ini," kata Mustafa ketika dihubungi The Malaysian Insider mengenainya.

"Kah kah kah. Bila dia kata?" soal Husam pula ketika ditanya melalui pesanan WhatsApps mengenai “gag order” itu. Husam memberikan 2 senario kenapa perkara itu mungkin berlaku.
"Ia sama ada Cikgu Pa bersandiwara atau Cikgu Pa dan Takiyudin tidak sejalan," tulis Husam kepada The Malaysian Insider, merujuk panggilan mesra untuk Mustafa.
Mustafa hari ini membuat satu kenyataan rasmi dan disiarkan melalui lidah rasmi PAS, Harakahdaily yang beliau bersetuju bersemuka dengan Husam.
Dalam kenyataan itu, Mustafa berkata tajuk perdebatan mereka ialah mengenai tuduhan Husam yang presiden parti sejak pilihan raya umum (PRU) ke-12 tahun 2008 sudah berusaha membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno.
"Tugas beliau ialah untuk membuktikan tuduhan tersebut. Tugas saya ialah sebaliknya," kata Mustafa dalam kenyataannya itu.
Sebelum ini Husam dalam satu sesi dialog di Kota Baru mendakwa, Mustafa terlibat dalam rancangan PAS mahu bekerjasama dengan Umno.
Husam berkata, beliau pernah menghantar satu pesanan ringkas (SMS) kepada Mustafa dan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang ketika itu katanya sedang berunding dengan beberapa pemimpin Umno.

Patutlah.. MENGAPA Zahid dipilih Najib utk jadi TPM..

Korang kena HORMAT Penyokong Pendokong Israel laknatullah No.1 Amareeeka..

Korang kena tahu...
yg bg gaji kat korang.. UMNO !!
yg bg BR1M kat korang.. UMNO !!
yg bg BONUS kat korang.. UMNO !!
yg bg BARANG NAIK.. UMNO !!
yg bg TOL NAIK.. UMNO !!
yg HAPUS SUBSIDI GULA. UMNO !!
yg HAPUS SUBSIDI MINYAK.. UMNO !!
yg HAPUS SUBSIDI BERAS.. UMNO !!
yg HAPUS SUBSIDI ELEKTRIK.. UMNO !!
yg POTONG SUBSIDI MINYAK MASAK.. UMNO !!
yg POTONG BAJET 'U'.. UMNO !!

TAPI BAJET JPM YANG DITAMBAHNYA !!!

Saya masih sebahagian pentadbiran Pulau Pinang, kata wakil tunggal PAS

Datuk Mohd Salleh Man menegaskan beliau masih sebahagian daripada pentadbiran di Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015. 
Wakil rakyat tunggal PAS dalam dewan perundangan Pulau Pinang menegaskan beliau masih sebahagian pentadbiran negeri walaupun setiausaha agung parti itu mengisytiharkan ia kini di pihak pembangkang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man berkata, beliau baru sahaja membaca berita mengenai kenyataan setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan apabila pemberita menyerbu beliau di DUN Pulau Pinang bertanyakan hal itu.
Beliau berkata, Takiyuddin hanya mengumumkan parti itu kini pembangkang di Pulau Pinang tetapi tidak berkata apa-apa tentang wakil rakyatnya.

"Beliau tidak kata wakil rakyat pun sama. Beliau hanya menyebut parti. Ia tak sama," kata Salleh. Ditekan pemberita untuk mendapatkan menjelaskan, beliau berkata, "Bagaimana pula dengan keadaan di Selangor?"
PAS tetap sebahagian daripada pentadbiran Selangor, bersama PKR dan DAP, walaupun dengan terkuburnya Pakatan Rakyat selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP terdahulu tahun ini.
Tiada seorang pun daripada exco negeri PAS di Selangor meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, tidak seperti Pulau Pinang, kerajaan Selangor pimpinan PKR tidak mengumumkan ia sebuah kerajaan Pakatan Harapan.
Takiyuddin hari ini berkata, PAS kini sebuah parti pembangkang di Pulau Pinang selepas kira-kira 300 ahlinya yang memegang pelbagai jawatan di Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri itu dipecat baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, kerajaan negeri menghantar surat penamatan kepada mereka kerana pentadbiran memerlukan orang yang boleh bekerjasama dan menyokong kerajaan negeri serta dasar-dasarnya.
Salleh menegaskan beliau masih anggota kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, satu kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri selepas Salleh mengesahkan sokongannya kepada pentadbiran DAP.

Ahli UMNO desak Najib berundur bukan kumpulan pro-Muhyiddin

Kumpulan itu juga tidak mewakili majoriti akar umbi UMNO Bahagian Sepang tetapi lebih kepada memenuhi kehendak individu.
123
SEPANG:  UMNO Bahagian Sepang menafikan kumpulan yang mendesak  Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletak jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti adalah kumpulan pro-Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Bahagiannya, Datuk Marsum Paing berkata, desakan itu juga bukan menggambarkan kehendak akar umbi ahli UMNO Bahagian itu tetapi lebih kepada kehendak peribadi.
Katanya, beliau telah menerima aduan daripada ahli UMNO lain yang tidak berpuashati dengan tindakan kumpulan itu yang diketuai Rusdan Mohamad.
“Kumpulan tersebut tidak mewakili keseluruhan UMNO Bahagian sebaliknya bersifat individu.
“Saya telah menerima maklum balas daripada beberapa kepimpinan peringkat cawangan yang dilibatkan menyatakan rasa kesal dan kecewa terhadap tindakan yang dibuat oleh saudara Rushdan,” katanya pada sidang media pada Khamis.
Marsum berkata, selepas meneliti rakaman video sidang akhbar kumpulan itu, lebih banyak kekeliruan timbul.
“Saya telah melihat video di youtube kenyataan dan ia bersifat prejudis dan menggelirukan,” katanya.
Mengulas tindakan yang bakal diambil terhadap kumpulan itu, Marsum berkata beliau akan mengemukakan penuh laporan kepada kepimpinan tertingi parti itu dan menyerahkan kepada parti mengambil tindakan.
“Saya serahkan kepada parti untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Tiada usul tak sokong Najib di AGM Umno bulan depan - Hishammuddin

Tiada usul tidak menyokong kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan dibawa pada perhimpunan agung parti itu bulan depan, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata ini disahkan melalui usul yang dikemukakan oleh 191 bahagian, di mana tiada satu pun yang mengusulkan tentang perkara berkenaan.
"(Sebaliknya) usul yang diterima daripada 191 bahagian, terdapat 132 usul menyatakan secara khusus menyokong kepimpinan Najib," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata kesemua usul tersebut akan dibahaskan terlebih dahulu di Konvensyen Pemerkesaan Agenda Ummah anjuran Umno pada Selasa depan (24 November) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata sebanyak 738 usul telah diterima dengan 513 daripadanya akan dibentangkan di konvensyen berkenaan manakala 225 diterima tanpa bahas.
Hishammuddin berkata daripada 225 usul tanpa bahas itu, 132 daripadanya adalah mengenai menyokong kepimpinan Najib dan selebihnya menyentuh pelbagai isu.
Sementara itu, pengerusi konvensyen berkenaan, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata konvensyen itu akan mengetengahkan suara rakyat dari empat elemen iaitu agama, ekonomi, pendidikan dan wanita.
"Konvensyen tersebut akan dihadiri oleh wakil parti dan pihak berkepentingan antaranya cendekiawan, golongan ulama serta belia," katanya sambil menambah resolusi konvensyen akan dibawa ke persidangan agung Umno.

Umno Sepang: Tiada dalang, gerakan gesa Najib undur


Umno Bahagian Sepang menafikan wujud dalang di sebalik desakan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Malah, ketuanya Datuk Marsum Paing percaya ia tidak ada kaitan langsung dengan kumpulan penyokong Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya tidak fikir begitu sebab saya melihat bahawa kita sedang bekerja memperkukuhkan parti dan tidak nampak (ada) gerakan tersebut.
"Saya yakin semua Umno bahagian Sepang mempunyai hubungan yang akrab dan kalau kenyataan terluka kerana Muhyididn dipecat, itu (pandangan) peribadi tetapi cawangan tidak," katanya dalam sidang media di pejabat Umno Bahagian Sepang, hari ini.
Sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan parti itu di Sepang pada Selasa mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
Jurucakapnya Rushdan Mohamed, yang juga ketua Umno cawangan Rista Villa Perdana Putra,
berkata Najib perlu berundur kerana dakwaan skandal berpanjangan yang menjadikannya sebagai liabiliti.
Sambil menegaskan bahawa Umno bukan milik Najib, mereka berharap isu-isu tersebut boleh diselesaikan dengan segera, sebelum Umno dan BN ditolak dalam pilihan raya umum ke-14.
Mengulas lanjut, Marsum yang juga bekas ADUN Dengkil berkata desakan meletakkan jawatan yang melibatkan beberapa cawangan parti itu baru-baru ini prejudis dan mengelirukan.

Enggan jawab pelantikan CEO MAIWP, ahli Parlimen bawa isu kepada Agong

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin pada sidang Dewan Rakyat Selasa lalu membangkitkan isu pelantikan ketu pegawai eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang secara jelas bercanggah Akta 505 dan bercadang membawa perkara tersebut ke perhatian Yang di-Pertuan Agong. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015. 
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin pada sidang Dewan Rakyat Selasa lalu membangkitkan isu pelantikan ketu pegawai eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang secara jelas bercanggah Akta 505 dan bercadang membawa perkara tersebut ke perhatian Yang di-Pertuan Agong.

Kesal dengan keengganan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjawab isu pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin bercadang membawa perkara tersebut ke perhatian Yang di-Pertuan Agong. Hanipa berkata menteri dan timbalan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama di JPM tidak menjawab isu dibangkitkan meskipun sedar MAIWP melanggar undang-undang.
"Tindakan menteri dan timbalan beliau bercanggah dengan konsep kebertanggungjawaban (akauntabiliti) dan ketelusan (transparency) di Parlimen.

"Maka saya tidak ada pilihan selain membuat aduan isu ini kepada Agong dalam masa terdekat ini agar Tuanku dapat mengambil tindakan sewajarnya," kata Hanipa dalam satu kenyataan hari ini. Hanipa pada sidang Dewan Rakyat Selasa lalu membangkitkan isu pelantikan CEO MAIWP yang secara jelas bercanggah atau “ultra vires” Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505.
Membahaskan Bajet 2016 di peringkat jawatankuasa, beliau membangkitkan beberapa isu yang terletak di bawah bidang kuasa menteri hal ehwal agama iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Dalam perbahasan itu saya meminta menteri memberi penjelasan mengapakah MAIWP melantik CEO yang terang-terang melanggar atau ultra vires seksyen 14(2) Akta 505, iaitu apabila MAIWP melantik CEO yang bukan setiausaha MAIWP.

Pas yakin ganti UMNO pada PRU14

Kerjasama Pas dengan DAP dalam Pakatan Rakyat telah menakutkan orang Melayu mengundi mereka dan terpaksa memilih UMNO.
Khairuddin,pas-umno
PETALING JAYA: Pas yakin pengundi Melayu akan memberi sokongan kepada parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi menggantikan UMNO.
Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri apabila parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan dan memilih untuk bergerak secara bersendirian menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, DAP dan PKR telah berjaya menarik sokongan pengundi Cina, maka Pas perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan undi Melayu dengan slogan ‘Pas ganti UMNO’.
“Dengan Pas bergerak sendirian, orang Melayu Islam boleh beralih kepada Pas. Begitu juga Cina dan India yang tidak bersetuju dengan pendekatan DAP boleh beralih undi kepada Pas.
“Sepanjang Pas berada dalam Pakatan Rakyat tindakan DAP tidak membantu Pas untuk mendapatkan undi Melayu. Isu-isu agama yang dibangkitkan akan menjadikan Melayu terpaksa bernaung di bawah UMNO walaupun mereka tidak bersetuju dengan pelbagai penyelewengan yang dilakukan BN,” katanya kepada FMT.
PKR sebelum ini menggesa pakatan pembangkang supaya berhenti membuat provokasi sesama sendiri kerana itu menyukarkan pembangkang untuk menentang BN dalam PRU akan datang sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih.

PAS: Demi Memali, tiada kerjasama dengan BN

Peristawa Memali yang berlaku tiga puluh tahun lalu antara sebab mengapa PAS memutuskan tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan BN, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau turut memetik penegasan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan terus menjadi pembangkang dan tidak akan menyertai BN ekoran peristiwa itu.
"Peristiwa Memali ini tetap dikenang sebagai lambang kezaliman kerajaan Umno-BN ke atas pimpinan dan ahli-ahli PAS," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
"Sejarah sedih ini tetap tidak akan dilupakan walaupun kerajaan pernah mengeluarkan arahan melarang majlis memperingati peristiwa sedih ini," katanya lagi.
 Peristwa Memali berlaku pada 19 November 1985 sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri manakala Tun Musa Hitam pula selaku timbalannya dan menteri dalam negeri.
Tuan Ibrahim berkata hari ini adalah sambutan ke-30 tahun peristiwa di Kampung Memali, Baling telah mengorbankan 14 orang termasuk guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya kerana dianggap "bughah" atau penderhaka.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku atas alasan rekaan kononnya untuk menghapuskan penjenayah di bawah Operasi Angkara/Hapus yang dikatakan melibatkan 3,600 polis dari pelbagai unit dan dua kereta perisai.
"Meskipun 30 tahun sudah berlalu, kezaliman Peristiwa Memali ini akan tetap dituntut di akhirat. Pemimpin yang terlibat dan pasukan tentera yang menjadi alat kepada tindakan zalim ini mesti diadili.

Debat: Mustafa sudah ada tempat, Pas pula tak setuju


SHAH ALAM – Pengarah Pilihan Raya Pusat, Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan bahawa debat secara terbuka antara beliau dengan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sudah dipersetujui untuk diadakan di Kota Bharu dalam masa terdekat.
Perkara itu disahkan Mustafa sendiri dalam akaun Facebooknya hari ini dalam mesej yang ringkas. Sinar Online cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan butiran lanjut namun talian agak sibuk.
“Alhamdulillah, majlis bersemuka telah dipersetujui di Kota Bharu,” tulis Mustafa.
Semalam, Husam yang juga Adun Salor sudah bersetuju untuk berdebat secara terbuka dengan Mustafa termasuk sesiapa sahaja dalam isu pertemuan Pas dan Umno.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun ketika ditemui media di Parlimen hari ini berkata, parti itu tidak akan membenarkan debat itu berlaku.
"Saya sebagai Setiuasaha Agung ingin menjelaskan pendirian parti, kami (Pas) tidak membenarkan apa-apa pendebatan atau perbincangan isu ini di luar.
"Daripada parti dan kami tidak membenarkan mana-mana pihak cuba anjurkan perdebatan ini, " katanya.
Sebelum ini, Mustafa mengajak Husam bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Exco Kelantan itu mengenai pertemuan sebagai usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun lalu.

Husam diminta beri keterangan Selasa depan

Takiyuddin Hassan
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa akan dipanggil  oleh Dewan Harian Pas bagi memberi keterangan berhubung dakwaannya terhadap Presiden Pas 24 November ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan‎ berkata, notis pemberitahuan tentang perkara itu telah dimaklumkan kepada Husam minggu lepas.
"Kita wajibkan dia (Husam) datang, terpulang kepada dia, notis pemberitahuan telah dimaklumkan kepadanya.
"Mesyuarat itu akan diadakan pada jam 12 tengah hari, di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut," katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai pertemuan Husam dan Dewan Harian Pas pada 24 November ini, Takiyuddin berkata, Husam boleh membawa sebarang dokumen dan bukti berkaitan.
Dewan Harian Pas terdiri daripada Presiden Pas, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Ketua Pemuda dan pimpinan tertinggi Pas.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai debat terbuka antara Datuk Mustafa Ali dan Husam, Takiyuddin berkata, Pas tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.
"Saya sebagai Setiuasaha Agung ingin menjelaskan pendirian parti, kami (Pas) tidak membenarkan apa-apa pendebatan atau perbincangan isu ini di luar.
"Daripada parti dan kami tidak membenarkan mana-mana pihak cuba anjurkan perdebatan ini," katanya.
Sebelum itu, Mustafa mengajak Adun Salor itu bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan Husam mengenai pertemuan sebagai usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun lalu.

PAS larang debat terbuka Husam - Mustafa Ali



KUALA LUMPUR: PAS menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana pihak menganjurkan perdebatan atau perbincangan  secara umum yang membabitkan isu dalaman parti itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan juga menasihatkan kepada pihak yang terlibat dalam kemelut terutama yang membuat dakwaan terhadap parti dan pimpinan perlu membincangkan kemelut itu di peringkat parti.

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu dalam PAS yang didakwa oleh beberapa pimpinan parti itu mengenai isu kononya kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu PAS dan Umno bergabung di negeri Selangor.

Terkini, Ketua Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali dengan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa telah bersetuju untuk mengadakan satu perdebatan berkenaan isu tersebut.

Bercakap di hadapan pemberita di Lobi Parlimen petang ini, Takiyuddin telah mengeluarkan satu surat kepada Husam untuk hadir di hadapan Dewan Harian PAS pada 24 November ini.

"Di sini beliau boleh memberi penjelasan kepada Dewan Harian atas dakwaannya tersebut. Kita bagi peluang seluasnya untuk dia memberi penjelasan.

SUA: Hadi terlalu sibuk terlepas undian di Dewan Rakyat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlalu sibuk dengan urusan parti untuk hadiri sidang Dewan Rakyat yang mana meluluskan beberapa rang undang-undang kontorversi termasuk Bajet 2016.
"Beliau mempunyai banyak benda nak buat. Kadang kala beliau tidak ada dalam negara," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.
 Beliau berkata Hadi yang juga MP Marang, tidak dapat mengelaknya walaupun Dewan Rakyat dijadualkan untuk mengundi kerana beliau perlu perlu menghadiri urusan parti.
"Ia bergantung. Bila kamu ada perkara penting di luar parlimen, beliau tidak dapat mengelaknya," kata Takiyuddin.
MP Kota Bharu itu menjelaskan Hadi selalu menghadiri perbahasan bila beliau berkemampuan dan menafikan masalah kesihatan menjadi sebab tokoh PAS itu tidak hadir dalam perbahasan penting.
Tahun ini, presiden PAS itu terlepas untuk mengundi Rang Undang-undang Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan pindaan Akta Hasutan.
Beliau juga tidak kelihatan sewaktu Dewan Rakyat meluluskan bacaan kedua Bajet 2016 pada Isnin.
Hadi bagaimanapun enggan mendedahkan sebab mengapa beliau tidak hadir pada hari tersebit sewaktu bajet itu diluluskan pada peringkat dasar di mana 128 menyokong dan 74 menolak.

PAS isytihar jadi pembangkang di Pulau Pinang

PAS hari ini mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang.
Langkah itu diambil susulan hampir 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada PAS dipecat di negeri itu.
Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah kerajaan Pakatan Harapan itu tidak memberikan manfaat kerana mungkin tiada pengganti bagi membolehkan kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat.
 Takiyuddin juga berkata tidak dapat dinafikan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyumbang ke arah kemenangan DAP di negeri itu walaupun hanya mempunyai sebuah kerusi dewan negeri.
Dengan apa yang berlaku sekarang, kata Takiyuddin, PAS akan bertindak sebagai pembangkang di negeri Pulau Mutiara itu.
Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, beliau menafikan akan menyertai Umno, sebuah lagi parti pembangkang di Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon semalam menjelaskan anggota PAS yang memegang jawatan dalam JKKK, yang baru-baru ini melepaskan jawatan, sebenarnya dipecat.
Katanya, kekosongan itu akan digantikan dengan anggota parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH), yang juga sekutu baru DAP dan PKR di peringkat kebangsaan.
Rashid berkata kerajaan negeri telah mulakan proses menamatkan perkhidmatan anggota PAS itu kerana mereka tidak dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
Beliau berkata keputusan itu membabitkan 293 anggota JKKK. Setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 anggota.

Debat Mustafa-Husam bakal dedahkan duri dalam daging PAS

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, selaku orang kanan dan pakar strategi bagi presiden PAS sejak sekian lama, akan berdebat dengan Datuk Husam Musa, tokoh yang sentiasa mengungkit isu kerajaan perpaduan sejak 2008 lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015. 
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, selaku orang kanan dan pakar strategi bagi presiden PAS sejak sekian lama, akan berdebat dengan Datuk Husam Musa, tokoh yang sentiasa mengungkit isu kerajaan perpaduan sejak 2008 lagi.

.Persoalan sama ada benar atau tidak Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membawa PAS bersama Umno akan diketahui dengan mendalam apabila debat antara pengarah pilihan raya parti Islam itu Datuk Mustafa Ali dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa menjadi realiti.
Isu yang lebih dikenali dengan nama UG atau “Unity Government” (kerajaan perpaduan) yang menjadi duri dalam daging PAS sejak selepas pilihan raya umum (PRU) 2008, dijangka akan dibedah sepenuhnya melalui debat yang akan diadakan di Kota Baru, Kelantan, negeri yang diperintah PAS.
Debat ini dijangka akan memberikan penerangan lebih jelas berhubung isu ini apabila pihak-pihak terlibat secara langsung akan berdebat secara terbuka.

Mustafa, selaku orang kanan dan pakar strategi bagi presiden PAS sejak sekian lama, akan berdebat dengan Husam, tokoh yang sentiasa mengungkit isu UG sejak 2008 lagi. Bahkan boleh dikatakan, isu UG menjadi antara sebab pecahnya PAS kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipimpin bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Dalam kenyataan disiarkan Harakahdaily hari ini, Mustafa berterima kasih kepada Husam kerana menyambut baik cadangannya supaya diadakan majlis bersemuka untuk meleraikan beberapa kenyataan dan tuduhan beliau terhadap pimpinan PAS sebagaimana diketahui umum.
"Tajuknya ialah mengenai tuduhan beliau yang presiden PAS sejak PRU ke-12 pada 2008 sudah berusaha membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno.
"Tugas beliau ialah untuk membuktikan tuduhan tersebut. Tugas saya ialah sebaliknya," kata Mustafa dalam kenyataannya.
Menurut beliau, masa akan dicari dan satu tarikh sesuai dan dipersetujui kedua-dua pihak akan ditentukan.

Isu PAS-Umno Selangor, Husam cabar Hadi bersumpah

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersumpah talak isteri tegak dakwaan rundingan PAS dan Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015.  
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersumpah talak isteri tegak dakwaan rundingan PAS dan Umno. 

Selepas menyatakan kesanggupannya untuk bersumpah talak isteri demi menegakkan dakwaannya berkenaan rundingan antara PAS dan Umno, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa semalam mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang melakukan perkara yang sama bagi menafikan pendedahan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu berkata, cabarannya itu bukan bertujuan memalukan presiden parti, tetapi lebih kepada membuktikan ketelusan dan kebenaran kepada dakwaannya sebelum ini.
“Saya tidak berniat memalukan presiden saya, tetapi hanya ingin menonjolkan 1 fakta sepanjang perundingan belakang tabir antara PAS–Umno sejak Tok Guru (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) masih hidup lagi.

“Jemputan untuk saya masuk gelanggang gusti seorang diri tanpa regu sudah cukup untuk menjadi penutup isu ini dengan kebenaran memihak pada saya.  "2014 - Presiden PAS ada mencadangkan kerajaan PAS-Umno dibentuk di Selangor dengan 3 Adun PKR menyertai PAS. Noktah,” katanya dalam satu kenyataan semalam yang turut dimuatnaik di laman Facebook miliknya.
Sebelum ini, Hadi mencabar kesanggupan Husam bersumpah bagi membuktikan terdapat cadangan pembentukan kerajaan antara PAS dan Umno tahun lepas seperti didakwanya.
Husam menegaskan, dalam hal ini, kedua-dua pihak perlu bersumpah.
"Cabaran Hadi agar saya bersumpah solo saya kira adalah petanda kejayaan saya.
"Kalau gusti sebagai analogi, jika lawan sudah meminta pesaingnya bergusti seorang diri, fahamlah penonton apa konsekuennya.

Pendedahan skandal RM1.5 juta Bukit Aman

Audit dalaman di Jabatan Logistik PDRM menemui rekod perbelanjaan yang tidak wujud.
polisKUALA LUMPUR: Lebih RM1.5 juta peruntukan yang digunakan bagi kerja-kerja membaik pulih Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman didapati telah diseleweng.
Dalam pendedahan yang disiarkan akhbar The Sun, ia melaporkan duit berkenaan telah digunakan pada perbelanjaan yang tidak wujud.
Sumber dalaman akhbar itu memberitahu bahawa wang tersebut telah ditransaksi dan dilakukan oleh dua pengarah polis dan seorang jurutera awam Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui tandatangan palsu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib mengesahkan mengenai perkara itu dan satu laporan serta siasatan mengenainya sedang dilakukan.
“Siasatan telah dilakukan dan bermula sejak beberapa hari lepas. Kita telah melakukan kerja-kerja awal memandangkan satu kajian dan memerlukan dokumen yang berkaitan
“Apabila siasatan selesai dilakukan, kita akan mula memanggil mereka yang terlibat dan tidak akan menyembunyikannya. Kita tidak boleh mendedahkan butiran kes ini memandangkan siasatan masih berjalan.
Beberapa pendedahan dibongkar beberapa bulan lalu apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan audit dalaman di Jabatan Logistik Polis menemui kos untuk membaik pulih pintu kalis api dan juga sistem penghawa dingin adalah berjumlah RM500,000.
Namun tiada sebarang kerja-kerja dilakukan walaupun bayaran kepada kontraktor yang dilantik telah direkodkan.

"CARI MAKAN", "TAK CUKUP MAKAN" ATAU "MAHU LEBIH MAKAN"?

Siapa pun yang mengikuti rentetan kemelut berkaitan1MDB, pasti tidak dapat mengelak daripada bersetuju tentang perlunya ahli perniagaan Jho Low dipanggil untuk memberi keterangan untuk merungkai pelbagai isu berkaitan syarikat pelaburan bermasalah dan sarat hutang itu.

Ini kerana meskipun namanya tidak tertulis secara rasmi dalam 1MDB, tetapi seperti mana pernah dilafazkan oleh Khairy Jamaluddin, "cop jarinya tetap ada di seluruh tempat" melibatkan syarikat itu.

Lantaran itu, KJ pada 20 Mei 2015 lagi menegaskan perlunya Jho Low dipanggil untuk memberikan keterangan kerana beranggapan, penglibatannya terlalu besar untuk diabaikan.

Kenyaaan KJ itu kemudian disambut oleh Pengerusi PAC ketika itu, Nur Jazlan Mohamed pada 10 Julai 2015 yang mengatakan Jho Low akan dipanggil mengadap jawatankuasa bagi memberi keterangannya.

Menurut Nur Jazlan yang barangkali kerana ketegasannya itu telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 28 Julai 2015, meskipun nama Jho Low tiada dalam 1MDB tetapi kedudukanya tertulis dalam lembaga penasihat Terengganu Invesment Authority atau TIA berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara.

TIA adalah syarikat asal sebelum ia ditukar nama kepada 1MDB.

Namun apabila Hasan Ariffin dilantik mengetuai PAC, lenggok nadanya jelas berbeza dengan mengatakan tiada keperluan pula memanggil Jho Low memberi keterangannnya.

Selain mengatakan Najib Razak tidak perlu dipanggil untuk memberi keterangann kepada PAC, Hasan juga berkata, Jho Low turut tidak akan dipanggil kerana ia tiada dalam skop siasatan jawatankuasa itu.

Lepas kenyataan ‘cari makan’, pengerusi PAC enggan adakan sidang media lagi

Susulan kenyataan kontroversi Susulan kenyataan kontroversi
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini mengumumkan pihaknya tidak akan mengadakan sidang media lagi selepas ini, susulan kenyataan kontroversi "cari makan" semalam. Hasan berkata, beliau kesal dengan pihak media yang menyiarkan kata-kata beliau tersebut walaupun sudah memaklumkan supaya ia tidak dikeluarkan.
"Oleh itu, bermula pada Mesyuarat PAC Parlimen Malaysia pada 23 November, 2015 PAC tidak akan mengadakan sebarang sidang akhbar lagi.

"Jika ada sebarang maklumat yang hendak atau perlu diberitahu kepada media, akan dimaklumkan melalui kenyataan bertulis rasmi," kata Hasan dalam satu kenyataan di Parlimen hari ini. Hasan menyalahkan segelintir petugas media yang tidak menghargai usaha mewujudkan  suasana mesra ketika sidang media, serta mengulangi sekali lagi kenyataan beliau semalam sekadar gurauan.
"Saya dukacita kerana usaha mewujudkan suasana mesra di kalangan pengamal media tidak  dihargai segelintir petugas media," katanya.
Wartawan pada sidang media semalam berulang kali bertanya kepadanya jika PAC akan  memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan ke atas dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad.

Pendirian PBB terhadap Anwar calar kewibawaan Najib

NIK NAZMI NIK AHMAD_COURT OF APPEALKUALA LUMPUR 19 November- Pendirian Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa saudara Anwar Ibrahim adalah mangsa tahanan politik, telah mencalarkan kewibawaan Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pengisytiharan itu adalah memalukan terutama kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Pengisytiharan ini adalah berdasarkan penilaian Kumpulan Kerja tersebut yang mendapati Anwar telah dipenjarakan secara haram setelah melalui satu perbicaraan yang tidak adil dan tidak menghormati elemen-elemen asas perundangan.
“Oleh kerana Perdana Menteri gemar untuk memberikan ceramah kepada masyarakat antarabangsa berkenaan kesederhanaan dan kedaulatan undang-undang, pendirian PBB ini telah mencalar kewibawaannya,” kata Nik dalam kenyataan media.
Katanya, kecaman terhadap pemenjaraan Anwar semakin kuat di peringkat antarabangsa seperti Australia dan Amerika Syarikat yang menyuarakan kebimbangan terhadap layanan kepada Ketua Umum KEADILAN itu.
“selain itu terdapat juga pihak-pihak NGO seperti Amnesty International dan tokoh agamawan seperti Syeikh Yusuf Qardawi yang turut menyuarakan kerisauan.
“Sekarang ini ramai rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa yang berpendapat tegas bahawa perbicaraan Anwar hanyalah sandiwara pihak kerajaan dan sememangnya tidak punyai asas keadilan,” ujarnya.
Beliau menggesa negara-negara yang mempunyai hubungan baik dengan Malaysia supaya mengiktiraf pendirian PBB terhadap pemenjaraan Anwar.
“Tindakan ini penting bukan sahaja kerana beliau telah menjadi mangsa tahanan politik, tetapi beliau juga memerlukan rawatan pakar dengan kadar segera oleh kerana kesihatan yang semakin teruk,” katanya.

Sosma: Peguam Khairuddin saran TPM, IGP minta maaf

 Timbalan perdana menteri (TPM), ketua polis (IGP) dan peguam negara (AG) patut meminta maaf kepada bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, kata peguam Hanif Khatri Abdullah.
Hanif mewakili Khairuddin dan Chang, peguam dan bekas pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hanif berkata memohon maaf adalah pilihan terbaik memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan pertuduhan pada mereka bawah Seksyen 124L Kanun Keselamatan tidak tertakluk bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.
“IGP panggil mereka pengganas dan TPM kata penggunaan Sosma pada mereka berdua sebagai tindakan tepat.
“(AG Tan Sri) Apandi (Ali) semasa pengurusan kes berkata penggunaan Sosma adalah wajar,” katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan tuduhan mensabotaj perkhidmatan kewangan bukan bawah Sosma dan hakim memerintahkan Khairuddin dan Chang dibicarakan di Mahkamah Sesyen.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin memutuskan bahawa perkhidmatan kewangan tidak termasuk bawah Perkara 149 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang mana undang-undang Sosma digubal oleh parlimen.
Khairuddin dan Chang sebelum ini ditahan selepas membuat laporan polis di pelbagai negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, berkaitan isu 1MDB.

APA !!!.. BERDOSA tak bayar zakat melalui KERAjaan ??

Pandai lah sgt...
Rakyat jer kena tegur..
Rakyat jer yang salah..

BERDOSA juga ker nak tegur pemimpin songkok tinggi UMNO sekali... !!!

Rupa2nya kilang Proton terletak di Australia, BUKANNYA DI MALAYSIA..

SEBAB TU lah kerete Proton di sana lagi murah..

INGAT.. HARINI HARI KHAMIS !!!

Adakah si Jamil BERANI tunaikan kata2nya nak saman Akmal harini ???.. Sama2 kita nantikan...

Mcm teringat jer ada manusia tu beriya2 mati2an ugut nak saman WSJ 'SELASA INI'.

DAH SELASA KE-20 TAPI masih tak saman2 lagi.. Kenapa manusia tu tak saman WSJ dlm isu 1MDB hingga ke harini ???

SETIAP KALI SELASA menjelma ada saja alasan yg diberi.. bla bla blaaaa


SUHAKAM perlu diberi peranan aktif perbaiki indeks hak asasi

SUHAKAMKUALA LUMPUR, 18 NOV: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) perlu diberikan peranan lebih luas bagi membaiki kedudukan negara dalam pelbagai aspek khususnya melibatkan indeks dunia kebebasan media dan indeks dunia demokrasi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ketika ini negara berada pada kedudukan ke-65 daripada 167 buah negara bagi indeks Dunia Negara Demokrasi, ke-147 daripada 180 negara bagi indeks dunia kebebasan media dan ke-50 daripada 157 negara bagi indeks persepsi rasuah.
“Suhakam perlu diberikan peranan aktif bagi menjalankan program untuk memperbaiki ranking negara yang menyentuh hak asasi manusia, demokrasi, kebebasan media dan gejala rasuah tetapi apa yang berlaku kita tidak boleh bertanya.
“Takkanlah bertanya pun tak boleh. Kalau tanya ‘masuk dalam’, kena Akta Hasutan dan ada Pagoh digugurkan juga kerana bertanya,” kata Dr Wan Azizah ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat di sini, semalam.
Sebaliknya kata Dr Wan Azizah, tindakan kerajaan memotong peruntukan untuk SUHAKAM merupakan tindakan mengundur ke belakang yang memberi kesan negatif terhadap imej negara.
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana untuk SUHAKAM bagi 2016 sebanyak RM5.5 juta sahaja berbanding RM10 juta bagi 2015.

TPPA mungkin ditandatangani di New Zealand pada Februari 2016, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan terus memperbanyakkan perbincangan dengan pihak berkepentingan sehingga TPPA dibahaskan di Parlimen pada Januari supaya setiap orang memahami peluang dan cabaran di bawah TPPA. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 November, 2015. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan terus memperbanyakkan perbincangan dengan pihak berkepentingan sehingga TPPA dibahaskan di Parlimen pada Januari supaya setiap orang memahami peluang dan cabaran di bawah TPPA. 

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), mungkin ditandatangani di New Zealand pada Februari, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri New Zealand John Phillip Key semasa mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak Para Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-23 di Manila.
"John Key juga memaklumkan kepada saya, ada kemungkinan perjanjian ini ditandatangani di New Zealand pada awal bulan dua, sekiranya dalam konteks Malaysia, Parlimen memberi persetujuan kepada TPPA," katanya kepada pemberita di Manila, di mana kesemua 12 pemimpin negara terlibat TPPA bertemu buat kali pertama selepas teks perjanjian perdagangan itu dikeluarkan.

Mesyuarat itu dihoskan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama. Najib, yang juga menteri kewangan, berkata beliau menjelaskan kepada perdana menteri New Zealand mengenai proses ratifikasi Malaysia.
Beliau berkata kerajaan akan terus memperbanyakkan perbincangan dengan pihak berkepentingan sehingga TPPA dibahaskan di Parlimen pada Januari supaya setiap orang memahami peluang dan cabaran di bawah TPPA.

Bakpe jadi gitu Ustaz?

Oleh Ahmad Firdaus Mohd
Duk teringat tahun 2013. Teruja boh pertama kali buleh ngundi pilihan raya. Daripada skoloh lagi dok sabor nok ngundi.Waktu tu hangat dengan isu lembu duduk kondo. Memang penuh harapanlah harap-harap dengan ngundi boleh uboh Malaysia tercinta ni.
Waktu tu tiga orang tanding rebut kerusi P39 Parlimen Dungun, Wan Hassan (PAS), Datuk Rosli Mat Hassan (Umno) dan Mazlan Harun (Bebas).
Memang soheh doh ngundi Wan Hassan. Sebabnya Umno teruk ngat duk bahang pitih rakyat sokmo. Pasti doh dengan ngundi Wan Hassan kalau dokleh uboh Malaysia pn, paling kurang boleh lawan Umno kat parlimen.
Tahun 2015, Umno-BN masih memerintoh. Penyelewengan koho parok.
Isu 1MDB, RM2.6 billion, duit Mara, skandal dana anok yatim dan orang miskin (isu YaPIEM) dan banyok lagi.
Duit-duit yang puok Umno curi ni dok terkate banyoknye, orang kampung macam saya dokleh nok bayang banyok mane duit RM2.6 billion tu.
Nasib baik ngundi Wan Hassan bukan Rosli. Mesti dia lawan Umno.
Hidup rakyat koho susoh. Harga minyok takdop subsidi doh.
Kalau harga minyok naik, harga barang lain beng kabo lah, confirm naik lake. Tu dok cerite pasal harga tol naik lagi tu. Susoh boh.
Tengoh-tengoh susoh gini, kerajaan laksana pulok cukai GST.
Konon menteri bijok panda kabo ni untuk kebaikan rakyat. Tapi setakat beberape bulan hidup dalam rejim GST ni, rakyat koho sengsara bukan bahagia! Parok boh!
Nasib baik ngundi Wan Hassan bukan Rosli. Mesti dia lawan Umno.
Pembentangan bajet 2016 Datuk Seri Najib buat rakyat koho sakit hati. Peruntukan untuk universiti kene potong tapi peruntukan untuk Pejabat Perdana Menteri naik?!
Subsidi banyok kene potong termasuk minyok masok dan dana Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kene potong 95%. Parok boh!
Nasib baik ngundi Wan Hassan bukan Rosli. Mesti dia lawan Umno kat Parlimen.

Raja-raja Melayu berhak atas Islam, bukan Jakim, kata pakar Perlembagaan

Peranan menjaga hal ehwal Islam sepatutnya menjadi milik Raja-raja Melayu, kata pensyarah Universiti Selangor (Unisel) yang juga pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015.Peranan menjaga hal ehwal Islam sepatutnya menjadi milik Raja-raja Melayu, kata pensyarah Universiti Selangor (Unisel) yang juga pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015.
Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari terus berdebat mengenai sejauh mana relevannya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan menyangkal dakwaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah penjaga bagi agama Islam. Peranan itu sepatutnya menjadi milik Raja-raja Melayu, kata pensyarah Universiti Selangor (Unisel) itu memandangkan Perlembagaan Persekutuan menggariskan Raja-raja di setiap negeri mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama.
"Bertindak balas terhadap kenyataan ketua pengarah Jakim, saya ingin mengatakan apabila Perlembagaan menyatakan (kuasa ke atas) Islam dimiliki Raja-raja dan negeri, jelas sekali, mereka yang harus mempertahankan (Islam)," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Raja-raja perlu diberi peluang terdahulu dan kerajaan persekutuan membantu, bukannya merampas kuasa dan sumber mereka. "Ada sesetengahnya, termasuk pemimpin kerajaan mendakwa Raja-raja tidak mampu melakukannya. Untuk berlaku adil kepada mereka, soalannya, adakah kita memberikan mereka peluang dan sokongan?"
Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha, yang menafikan agensi Islam peringkat persekutuan itu bertentangan dengan Perlembagaan, mengatakan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas merujuk kepada JPM sebagai pihak yang mempertahankan Islam.
Seterusnya, JPM mengamanahkan kepada Jakim tugas mempertahankan Islam dan menegakkan ia sebagai agama persekutuan, kata Othman.
Bagaimanapun, Aziz berkata, beliau percaya kerajaan persekutuan mengambil peluang menggunakan Islam untuk kepentingan politik mereka sejak zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.
Aziz berkata, Tunku menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama, dan juga memulakan amalan memberi ucapan Hari Raya di peringkat nasional.

Peguam negara perlu dakwa 1MDB kerana berbohong

Terdapat alasan bagi satu pertuduhan dikenakan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana menipu bank pusat, kata ketua biro undang-undang Parti Amanah Negara Mohamed Hanipa Maidin hari ini, menggesa peguam negara menimbang semula kes terhadap syarikat itu.
hanipaAhli Parlimen Sepang itu berkata, tindakan peguam negara membersihkan 1MDB daripada sebarang kesalahan sebelum ini hanya dalam konteks Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 berkaitan tidak mendedahkan maklumat atau membuat pendedahan maklumat tidak lengkap kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendapat kebenaran membuat pemindahan wang ke luar negara.
Tetapi, ia tidak bermakna 1MDB tidak bersalah daripada jenayah penipuan yang membuatkan firma pelaburan negara itu boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Pada pandangan saya, 1MDB jelas melakukan kesalahan jenayah menipu di bawah Kanun Keseksaan dan dengan itu, peguam negara, dengan penuh hormat, bertindak salah apabila tidak mendakwa 1MDB.
“Peguam negara seharusnya mendakwa IMDB di bawah seksyen 417 atau 418 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan menipu dan hukuman yang perlu dijalankan,” katanya.
Bank pusat itu berkata, ia membatalkan 3 kebenaran untuk pemindahan oleh 1MDB dari 2009 hingga 2011 disebabkan pendedahan maklumat tidak lengkap atau tidak tepat.
Hanipa berkata, kenyataan BNM itu membawa maksud wujud “penipuan di pihak 1MDB”.
“Yang dikatakan penipuan itu berlaku ketika 1MDB memberi pendedahan tidak tepat dan tidak lengkap, membawa kepada kebenaran secara haram diberikan kepada 1MDB untuk membuat pemindahan wang luar negara berjumlah AS$1.83 bilion.

SALAHUDDIN: MOHAMAD SABU DAN SAYA


1. Perkembangan pesat Parti Amanah Negara (AMANAH) dewasa ini dengan mendapat liputan, perhatian dan sambutan masyarakat Malaysia dan antarabangsa, adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan walaupun baru berusia dua bulan.
Vice President of Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) Salahuddin Ayub answers a question during a dialog session at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall in Kuala Lumpur on October 2, 2013. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli2. Pemimpin kanan AMANAH telah diberikan penghargaan menyertai pelbagai forum dan pentas politik sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa yang membuktikan bahawa AMANAH telah diiktiraf sebagai sebuah entiti politik yang penting.
3. Pihak sekretariat pula sedang bekerja keras memproses permohonan keahlian yang kini telah mencapai 50,000 orang, di samping menunggu 150,000 lagi borang keahlian yang telah diedarkan ke seluruh negara. Hasrat untuk AMANAH mencapai 100,000 ahli sebelum akhir tahun ini, InsyaAllah bakal menjadi kenyataan.
4. Pencapaian meyakinkan dengan membawa dasar Islam berwajah ‘Rahmat Untuk Semua’, di samping pendekatan progresif, inklusif dan peduli ini, menjadikan AMANAH sandaran harapan ramai untuk terus maju ke hadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan.
5. Mungkin kerana inilah ada golongan atau pihak yang rasa resah dan iri hati dengan kewujudan dan kejayaan AMANAH. Cubaan paling lucu dan nakal adalah dengan cuba melagakan gaya kepimpinan saya dan Hj Mohamad Sabu. Kononnya saya pro-PKR dan Hj Mohamad Sabu terlalu pro-DAP. Amat menjengkelkan bukan?
6. Kekuatan yang kami praktikkan dalam AMANAH adalah kebertanggungjawaban secara kolektif. Kami padu dalam melaksanakan keputusan parti dan tidak bersikap “kluk-klek”. Presiden AMANAH bukan jenis besar kepala dan juga tidak gemar membuat keputusan sendiri. Jawatankuasa Nasional pula bebas menegur pimpinan tanpa ancaman.
7. Berbekalkan pengalaman puluhan tahun di persada perjuangan, saya dan Hj Mohamad Sabu waras membaca pelbagai permainan politik murahan seperti ini. InsyaAllah AMANAH, walaupun usianya masih baru, mampu untuk membaca sekilas ikan di air.

“Harapan Baru”

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden AMANAH

BAJET 2016: TAHNIAH KEPADA ANGGOTA PARLIMEN PAKATAN HARAPAN

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada seluruh anggota parlimen Pakatan Harapan dan beberapa anggota parlimen pembangkang yang lain kerana turut mengundi menolak bajet 2016.
2. Saya berbangga di atas pendirian yang telah diambil, khusunya oleh ahli-ahli parlimen daripada AMANAH. Usaha untuk menentang penyelewengan, rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa, perlu diteruskan dan digembleng sepenuhnya.
image (1)3. Di dunia ketiga dan di dunia Islam, kelemahan sangat nyata adalah kerana rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa yang berleluasa. Sehingga negara yang kaya akhirnya menjadi huru-hara dan rakyatnya tidak terbela ekoran diskriminasi yang melanda.
4. Sebaliknya negara seperti Scandinavia, walaupun hasil negara mereka agak kurang, tetapi rasuah negara berada pada tahap paling rendah. Maka negara dan rakyatnya muncul sebagai negara yang mempunyai taraf hidup yang begitu tinggi.
5. Oleh itu usaha memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa, perlu dilipatgandakan dan meyakini sepenuhnya bahawa inilah salah satu kaedah yang mampu membasmi kemiskinan dan ketidakadilan sosial di negara-negara dunia ketiga dan dunia Islam.

Selamat berjuang dan teruskan perjuangan.

“Harapan Baru”

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
18 November 2015

PAS, Saksikanlah Bagaimana Akhirnya Kamu Dipermainkan UMNO Dalam Isu Hudud!


Dah cakap banyak kali. Tapi modal dorang.

Sangka baik. Sangka baik. Kalau terjadi juga, balasan pasti akan tiba buat mereka.

Bagi aku, pemikiran macam tu sebenarnya bebal. Ko dah tahu si dia tu penipu yang kau nak berkerjasama dengan si penipu tu dah kenapa? Lepas tu dengan kau-kau sekali kena tipu. Tak terasa padan muka ke?

Baru-baru neh ramai juga yang pelik dengan pemikiran dan halatuju PAS. Dalam bajet berkecuali. Lepas tu isu YAPEIM sepatah haram tak berbunyi. Tak faham aku. Then ada permintaan dari geng2 PAS harap menghukum 3 ahli parlimen PAS yang undi tolak bajet 2016.

Whathefuck is that beb? Kenapa kau semua macam neh? Perjuangan 60 tahun melawan UMNO dicampak ke mana? Pengalaman bukan cikai-cikai. Baik yang mati, dipenjara, didakwa semua cukup. PAS melalui pelbagai jenis kepayahan dalam melawan UMNO. Tetapi PAS pada hari neh ialah.. apa yang aku tak faham. Aku taktau nak cakap macam mana.

Btw. Petikan berita dari Malaysiakini ini mendedahkan jawapan menteri di parlimen tau. Bagaimana PAS kena kencing setepek kaw2 dengan geng2 UMNO.

Yolah. Sangka baik la. Biar UMNO kencing dalam MULUT kau semua pun, tolongla sangka baik oke.

Beberapa anggota parlimen PAS membantah - akibatnya seorang diperintah keluar Dewan Rakyat - selepas seorang menteri mendedahkan bahawa kerajaan pusat tidak membawa cadangan pindaan undang-undang hudud ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian majlis itu sejak mula lagi.
Pengakuan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil rakyat PAS yang berkata kerajaan pusat pernah berjanji dalam jawatankuasa teknikal hudud untuk berbuat demikian sebelum pindaan dibawa ke Parlimen.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diarah keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sebab kerajaan tidak mahu mengikut apa yang telah dipersetuju dalam jawatankuasa teknikal.

Demo bantah kehadiran Obama Jumaat ini

Ia bagi menunjukkan kepada dunia rakyat Malaysia tidak senang dengan kehadiran Barrack Obama ke negara ini.
samm
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengadakan demonstrasi pada Jumaat ini untuk membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-27.
Ia akan diadakan selepas solat Jumaat bermula di Bangunan Tabung Haji berdekatan Kedutaaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, demondtrasi itu bagi memberitahu seluruh dunia kehadiran Obama ke Malaysia tidak disenangi.
Katanya, kehadiran Obama dijangka bagi memuktamadkan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TTPA) yang berat sebelah dan hanya memberi manfaat kepada syarikat transnasional negara itu.
“Perjanjian TPPA juga dikenali sebagai satu penjajahan baru terhadap tanahair yang turut akan menjejaskan kedaulatan negara, merompak hasil bumi dan satu pembulian ekonomi.
“Rakyat Malaysia juga tidak mengalu-alukan kehadiran Obama di atas polisi peperangan oleh pentadbiran Rumah Putih.
“Amerika perlu mendesak negara haram Israel menghentikan serangan terhadap Palestin dan Amerika juga harus menghentikan semua perang di mana Amerika terlibat secara langsung atau tidak langsung (dengan menggunakan proksi di sesebuah negara),” katanya.
Edy Noor berkata, demonstrasi bantahan itu turut akan disertai sekutu-sekutu SAMM dan orang ramai dijemput menyertainya.

Pakatan Harapan berhasrat terap maqasid syariah dalam dasar bersama

Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau optimis konsep maqasid syariah akan diterapkan dalam dasar bersama gabungan baharu pembangkang itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015.Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau optimis konsep maqasid syariah akan diterapkan dalam dasar bersama gabungan baharu pembangkang itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015.
Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah optimis konsep maqasid syariah akan diterapkan dalam dasar bersama gabungan baharu pembangkang itu. Bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu menyandarkan keyakinan itu berdasarkan prinsip muafakat yang sedia ada dalam Pakatan Harapan.
"Saya rasa maqasid syariah akan menjadi salah satu pendekatan penting yang kami akan terapkan dalam konteks kerangka dasar bersama Pakatan Harapan.

"Malah, ia sudah sedia ada dalam muafakat rakyat, maqasid syariah sudah ada di situ," katanya. Saifuddin berkata demikian sewaktu berperanan sebagai pencelah dalam forum “Maqasid Syariah: A National Agenda?” di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), semalam.
Selepas keluar Umno dan menyertai PKR pada awal Oktober, beliau diamanahkan sebagai setiausaha sekretariat Pakatan Harapan pada 19 Oktober lalu bagi menggubal dasar bersama dan perjanjian gabungan parti pembangkang itu.
Maqasid syariah adalah prinsip pentadbiran Islam yang menekankan kepentingan menjaga agama, nyawa, akal, kehormatan diri dan harta dalam pentadbiran.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad berkata prinsip maqasid syariah sentiasa mendasari perjuangan parti baharu itu.
Katanya, Amanah selaku parti Islam generasi kedua berazam menjadikan maqasid syariah sebagai disiplin ilmu yang utama.
"Maqasid syariah adalah pemacu kami mencapai tujuan tertinggi iaitu memakmurkan bumi dan menyejahterakan umat manusia.
"Pada akhirnya perkara yang kami ingin lakukan adalah mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan," katanya yang menjadi ahli panel forum itu.