Rabu, 18 November 2015

BAJET GAGAL DITOLAK TAPI NAJIB TETAP TIDAK SELAMAT

Meriah dan seronok benar puak-puak pro Najib Razak apabila Bajet 2016 gagal ditolak di Parlimen dalam pengundian pada malam Isnin lalu. Gembiranya mereka seolah-olah kemenangan 128 -74 itu merupakan petanda Najib akan mampu bertahan sehingga hari kiamat layaknya.

Sebenarnya gagalnya bajet itu ditolak bukanlah perkara yang pelik dan menghairankan kerana BN sedia dimaklumi mempunyai jumlah 134 Ahli Parlimen berbanding 222 keseluruhannya. Pembangkang hanya mempunyai 87 Ahli Parlimen saja, itu pun termasuk Pas yang memang diketahui lebih condong kepada UMNO dan BN sejak kebelakangan ini. Seorang lagi iatu Khalid Ibrahim pula Bebas.

Pembangkang tidak risau mereka kalah dalam pengundian itu kerana sedar angka 87 jumlahnya lebih sedikit daripada 134. Malahan budak sekolah rendah pun tahu 134 lebih besar daripada 87. Bagi mereka, kalau kalah ia perkara biasa, jika menang luar biasa.

Tetapi yang risau akan kalah dalam pengundian itu ialah BN sendiri. Bukan saja Zahid Hamidi memberi amaran akan memerhatikan satu demi satu arah sokongan Ahli Parlimen BN ketika pengundian itu, bahkan Najib sendiri ketika tiba daripada lawatan ke Turki pada malam Isnin itu, tidak pulang ke rumah sebagaimana kebiasaannya, sebaliknya terus pergi ke Parlimen untuk melakukan undian.

Aduh, sampai begitu sekali risau hatinya? Dan sampai begitu sekalikah angka kecil mampu menakutkan angka yang lebih besar?

Kenapa bimbang sangat walaupun sudah sedia mempunyai angka 134 daripada 222 jumlah Ahli Parlimen? Tidak yakin dan percayakah dengan pendirian Ahli Parlimen BN sendiri?

Kesimpulannya, kejayaan BN mempertahankan Bajet 2016 daripada ditolak bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Jauh sekali untuk berkokok dan berkepak seolah-olah ia suatu kejayaan yang besar.

Ia tidak lebih umpama menangnya motorsikal apabila berlumba dengan basikal.

NOW: Fungsi YaPEIM makin mengelirukan

NOW AKMALSHAH ALAM, 18 NOV: Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir membidas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa kursus kahwin Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Paris bagi memerangi gejala lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender.
Melalui status yang dimuat naik di laman Facebook, beliau mempersoalkan fungsi yayasan berkenaan yang disifatkannya makin mengelirukan.
“Buat kursus kahwin di Paris guna duit YaPEIM untuk atasi LGBT? Apa fungsi yayasan ni? Makin keliru,” katanya.
Memetik laporan portal The Malaysian Insider, Asyraf Wajdi mempertahankan perbelanjaan yayasan berkenaan untuk program kursus kahwin bernilai hampir RM290,000.
yapeim mengelirukanKatanya, yayasan itu tidak mempunyai sebarang isu penyelewengan sebaliknya menjadi perhatian kerana persepsi negatif sesetengah pihak.
Asyraf Wajdi berkata, perkara itu dapat dilihat berdasar laporan audit agensi itu yang tidak menunjukkan sebarang unsur penyelewengan.
Beliau menegaskan, menteri tidak mempunyai sebarang kuasa dalam soal operasi YaPEIM kerana semuanya tertakluk kepada pengurusan dan lembaga pemegang amanah agensi itu.
Akmal dalam satu sidang media pada 13 November lalu mendakwa lawatan Jamil Khir bersama rombongan ke Amerika Syarikat dengan perbelanjaan RM410,978 dan dibayar YaPEIM.
Memetik invois yang dibilkan kepada Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang diperolehnya, beliau mendakwa lawatan ke Washington DC, Iowa dan Minnesota daripada 21 hingga 29 Mei 2014 itu membabitkan aktiviti golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah.
Jamil Khir dalam reaksi balas mendesak Akmal meminta maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang kerana mengaitkan beliau dengan dakwaan salah guna wang yayasan kebajikan.
Sehingga kini, Akmal bertegas dengan pendirian untuk tidak memohon maaf sebaliknya bakal berdepan saman ganti rugi atas fitnah dan tuduhan jahat berjumlah RM10 juta.

'Derma' RM2.6 bilion: Semua benar, rakyat silap dengar?

KUALA LUMPUR: Kalau 'derma' RM2.6 bilion boleh diterima baik, maka SPRM khasnya perlu mencadangkan agar perubahan takrif rasuah perlu dibuat semula agar semua dapat 'menikmatinya' seperti Datuk Seri Najib Razak.

"Insya Allah Malaysia akan dikenali sebagai negara penderma paling ramai selepas ini," ujar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam yang menyatakan bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) boleh melakukan sumbangan kepada ahli politik atau parti politik sebagai pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR)  telah memberi gambaran seolah-olah ini adalah jalan keluar bagi beliau untuk menjelaskan tuduhan RM42 juta yang dikatakan dialirkan daripada SRC International ke akaun persendirian beliau.

Nampaknya, Najib kini percaya bahawa perkataan ‘derma’ dapat menutup segala-segalanya sepertimana kontroversi ‘derma’ misteri RM2.6 bilion yang berakhir di dalam akaun persendirian beliau yang tidak dapat mengugat kedudukannya dalam Umno mahupun BN meskipun beliau terpaksa berdepan dengan serangan bengis Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pendek kata, jika terdapat ketidakteraturan kewangan, ‘derma’lah jalan keluarnya kerana ini amalan yang boleh diterima Umno dan BN.

Bukan itu sahaja, semalam Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa pihak polis juga tidak dapat mengesan dua bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia, Datuk Yusof Annuar Yaacob selain Jho Low.

Bani Melayu dan maruah Melayu

Kebelakangan ini kita selalu mendengar orang menyebut perkataan “maruah”. Istilah ini ditambah pula dengan kata nama Melayu untuk menjadi “maruah Melayu”.
Apa sebenarnya maruah? Apa sebenarnya maruah Melayu?
 Maruah dari pemahaman kita merangkumi kehormatan kita. Harga diri kita. Nama baik kita. Dan budi akhlak kita. Pemahaman kita tentang maruah saya rasa cukup jelas dan tuntas.
Tetapi siapakah Bani Melayu ini? Bagi saya, takrif Bani Melayu ini sering menimbulkan permasalahan besar. Hakikatnya ada pelbagai bentuk Melayu. Ada pelbagai jenis Melayu. Untuk memasukkan semua Bani Melayu dalam satu bakul pasti mustahil. Tidak masuk akal semua Melayu itu sama.
Malah salah satu sebab yang menjadikan Malaysia menuju ke longkang negara gagal ialah sikap dan nilai mereka yang mengaku sebagai Bani Melayu – nilai, sikap dan maruah yang berbeza-beza.
Untuk saya di Tanah Melayu ini ada Melayu asal, ada Melayu celup, ada yang nak jadi Melayu, ada Melayu DEB, ada Melayu nak jadi Arab, ada Cina mengaku Melayu, ada India mengaku Melayu, ada Melayu hitam legam. Hakikatnya tidak ada kesepakatan siapakah Melayu ini.
Saya Bani Melayu dari darah Orang Asli Biduanda – suku Jakun. Mengikut surah arwah nenek saya – bezanya kami dengan Orang Asli hanya kami menerima Muhamad sebagai Tok Penghulu. Perkataan penting dari surah arwah nenek saya ialah Tok Penghulu. Itu sahaja. Khalas. Period.
Dari segi pemerhatian empiris hari ini, ada pelbagai jenis malaon yang cuba mengaku Melayu. Ini berlaku kerana Bani Melayu di Malaysia ini dikatakan ada “hak istimewa”. Apa benda yang “istimewa” jika jadi Melayu?
Hak istimewa ini pastilah yang bersangkutan dengan projek, kontrak, kerja, jawatan, pangkat atau biasiswa. Semua ini bersangkutan dengan ekonomi. Ekonomi ialah tentang harta dan pendapatan, tentang kaya dan miskin, tentang punca-punca ekonomi.
Dalam istilah kiri – manusia ini tergolong dalam kelas tertentu. Justeru ada Melayu kaya berharta – ada Melayu setinggan di Kampung Chubadak. Jika ada pelbagai bentuk Melayu apakah semua Bani Melayu sama? Apakah maruah mereka sama?
Bani Melayu juga manusia – sama saperti Bani India , Bani China, Bani Iban atau Bani Dayak. Wajib diakui bahawa setiap bani memiliki budaya dan nilai masing-masing. Nilai ini lahir dari keadaan dan budaya setempat.
Dalam masa yang sama semua bani dalam dunia ini – tidak kira dimana mereka berada, dari benua mana mereka tinggal, dalam iklim apa mereka membesar – mereka akan memiliki nilai-nilai yang sejagat yang dikongsi oleh anak semua bangsa dari negara semua benua.
Sebagai insan manusia – kita memiliki nilai hormat menghormati satu sama lain. Kita berterima kasih kepada yang membantu. Kita bertegur sapa, berbudi bahasa untuk mengenal hati dan budi. Kita memperlihatkan nilai baik kepada sesama manusia.
Nilai baik yang kita tunjukkan akan membawa pulangan baik. Kita sebagai penghuni alam ini akan menjauhkan diri dari bencana yang menyusahkan wujudiah kita. Ini sikap azali manusia.
Kata-kata, ucapan dan berita tentang maruah Bani Melayu ini menjadi heboh sesudah BERSIH 4. Gabungan NGO BERSIH berjaya membawa 500,000 anak semua bangsa turun berdemo di jalan raya menuntut Perdana Menteri Muhamad Najib Bin Abdul Razak meletak jawatan.
Gabungan BERSIH bukan dimiliki oleh Bani Melayu atau Bani Cina. BERSIH adalah milik anak semua bangsa. BERSIH adalah gabungan NGO dari semua bani.
Kejayaan BERSIH membawa keluar 500,000 warga Malaysia ini telah ditakrifkan sebagai mencabar pemimpin Melayu, sebagai mengguris hati Melayu, sebagai menghina maruah Melayu. Heboh-heboh ini kita dengar sesudah kejayaan protes jalan raya BERSIH 4. Heboh ini berpanjangan hingga ke saat ini.

'Kejayaan memihak saya dalam isu k'jaan perpaduan' - Husam

ADUN PAS Datuk Husam Musa percaya kebenaran memihak kepadanya selepas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar beliau melafazkan sumpah talak untuk membuktikan dakwaannya.
 Husam mendakwa Hadi mahu bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor sewaktu krisis menteri besar tahun lalu dan bersedia menceraikan isterinya jika dakwaan beliau benar.
Dalam kenyataannya hari ini, bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu memberikan anologi perlawanan gusti yang memerlukan dua pihak yang terlibat.
"Cabaran TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) agar saya bersumpah 'solo', saya kira adalah petanda kejayaan saya.
"Kalau gusti sebagai analogi, jika lawan sudah meminta pesaingnya bergusti seorang diri, fahamlah penonton apa konsekuennya," katanya.
Husam berkata adalah mustahil boleh ditentukan siapa pemenang hanya dengan menumbuk bayang seorang diri, sedangkan regunya hanya menonton di luar tali.
"Saya tidak berniat memalukan presiden saya, tetapi hanya ingin menonjolkan satu fakta sepanjang perundingan belakang tabir antara PAS - Umno sejak Tok Guru (Nik Aziz) masih hidup lagi.
"Jemputan untuk saya masuk gelanggang gusti se orang diri tanpa regu sudah cukup untuk menjadi penutup isu ini dengan kebenaran memihak pada saya.
"2014 - Presiden PAS ada mencadangkan kerajaan Pas-Umno dibentuk di Selangor dengan tiga Adun PKR menyertai PAS. Noktah," kata Husam lagi.
Pada Ahad, Hadi yang juga MP Marang menafikan wujud rancangan membentuk kerjasama tersebut sewaktu krisis menteri besar Selangor berlaku.
Beliau juga mencabar Husam yang bersedia menceraikan isterinya berbuat demikian jika dakwaannya itu tidak benar.

Pakatan Harapan bakal rangka dasar bersama



Pakatan Harapan akan mengumumkan rangka kerja dasar dan perjanjian bersama pada konvensyen pertamanya yang dijadualkan pada 9 Januari, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebelum ini, pakatan pembangkang yang ditubuhkan pada 22 September itu dibidas kerana gagal merangka dasar bersama dan perjanjian bersama .
Apabila ditanya sama ada gabungan itu menghadapi kesukaran untuk merangka dokumen bersama seperti yang dialami Pakatan Rakyat, Wan Azizah berkata banyak isu yang perlu diselesaikan.
“Ada perkara yang tidak disenaraikan di dalam perjanjian dan dasar bersama Pakatan Rakyat, sebelum ini,” katanya.
Oleh itu, menurutnya, gabungan baru itu perlu mengambil kira semua ini semasa menyediakan rangka kerja dasar dan perjanjian bersama.
“Pakatan Harapan dijadual bermesyuarat selepas sidang Dewan Rakyat ditangguhkan pada 3 Disember ini untuk membincangkan kerjasama itu,” katanya.

Pas tiada hak bantah pemecatan JKK di Pulau Pinang - Prof Dr Mohd Azizuddin

azizuddin (L)
Penganalisis politik UUM, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan kerana ia sememangnya sudah disebut-sebut sebelum ini.

KUALA LUMPUR, 18 November:

Pas tidak boleh menghalang dan membantah keputusan Kerajaan negeri Pulau Pinang memecat semua ahli parti berkenaan dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan kerana ia sememangnya sudah disebut-sebut sebelum ini.
Menurutnya, selepas Pas tidak lagi menganggotai Pakatan Harapan (PH) selepas terbubarnya Pakatan Rakyat (PR) maka sudah perkara tersebut sudah dijangka akan berlaku.
“Jadi Pas sudah tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri dan macam mana ahli boleh dilantik sebagai JKKK?
“Sudah pasti kerajaan negeri akan melantik mereka yang terdiri daripada ahli Parti Amanah Negara (Amanah) ataupun ahli Pas yang mengisytiharkan diri mereka menyokong Amanah.
“Namun begitu, situasi terbaharu ini dilihat bakal memburukkan lagi hubungan antara kedua parti berkenaan yang sudah sememangnya buruk selama ini,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bahawa ahli Pas di Kepala Batas tidak meletak jawatan seperti yang didakwa sebaliknya dipecat.

Salleh Man akan jumpa PAS negeri beri penjelasan

Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man akan mengadakan pertemuan dengan PAS negeri bagi memberi penjelasan berhubung pendiriannya menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 November, 2015.  
Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man akan mengadakan pertemuan dengan PAS negeri bagi memberi penjelasan berhubung pendiriannya menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man akan mengadakan pertemuan dengan PAS negeri bagi memberi penjelasan berhubung pendiriannya menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Salleh berkata beliau menerima segala keputusan yang akan dibuat oleh PAS negeri berhubung perkara itu.
Minggu lepas, beliau mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh, dan Ahad lepas PAS kawasan itu mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Mohd Salleh berikutan kenyataannya yang jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui DAP dan bertentangan dengan pendirian PAS pusat.

Salleh, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), berkata beliau akan terus menjalankan tugas yang diamanahkan sehingga tamat tempoh, termasuk sebagai YDP MAIPP. – Bernama

Dana Anak Yatim & Miskin: Yapeim Akui Dokumen NOW Betul

Skandal 1MDB: Khairuddin ikrar terus berjuang

'Keadilan ditegakkan' dalam kes Khairuddin, Chang' - Tun M

Husam sedia debat isu Kerajaan Umno PAS di Selangor

PAC explains why Jho Low has not been called

PAC chief: RM2.6b not linked to 1MDB

'Cari makan', quips PAC's Hasan on not calling PM

Pua Government not taking PAC reports seriously

Salahuddin: Ada yang iri hati kejayaan Amanah

SHAH ALAM - Perkembangan pesat Parti Amanah Negara (Amanah) yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah pencapaian yang boleh dibanggakan walaupun baru berusia hanya dua bulan, kata Timbalannya Salahuddin Ayub.
Salahuddin berkata,  selain itu pemimpin- pemimpin kanan  Amanah  telah diberikan penghargaan menyertai pelbagai forum sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa.
Salahuddin Ayub ‎"Perkara ini  membuktikan bahawa Amanah telah diiktiraf sebagai sebuah entiti politik yang penting.
"Di samping itu, pihak sekretariat pula sedang bekerja keras memproses permohonan keahlian yang telah mencapai 50 ribu disamping menunggu 150 ribu borang keahlian yang telah diedarkan ke seluruh negara. Hasrat untuk Amanah mencapai 100 ribu ahli sebelum akhir tahun ini akan menjadi kenyataan insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata pencapaian Amanah yang menyakinkan ini dengan berteraskan dasar Islam yang berwajah "Rahmat Untuk Semua" disamping pendekatan yang Progresif, Inklusif dan Peduli , ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju kehadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan.
"Mungkin kerana inilah ada golongan atau pihak yang rasa resah dan iri hati dengan kewujudan dan kejayaan Amanah.
"Cubaan paling lucu dan nakal ialah melagakan gaya kepimpinan saya dan Mohd Sabu. Kononnya saya pro PKR dan Mohd Sabu terlalu pro DAP. Amat menjengkelkan bukan? ," ujarnya.
Katanya, kekuatan pihaknya  praktikkan dalam Amanah ialah kebertanggungjawapan secara kolektif.
"Kami padu dalam melaksanakan keputusan parti dan tidak bersikap "kluk-klek". Presiden Amanah tidak besar kepala dan gemar membuat keputusan sendiri. Jawatankuasa Nasional pula bebas menegur pimpinan tanpa ancaman," katanya.
Katanya lagi, berbekalkan pengalaman puluhan tahun dipersada perjuangan, beliau  dan Mohd Sabu waras membaca pelbagai permainan politik murahan seperti mana yang berlaku kini.
" Insya-ALLAH  Amanah walaupun usianya masih baru mampu untuk membaca kilat ikan di air," katanya.

Teruskan saja, nikahlah, kata Guan Eng mengenai kerjasama PAS-Umno

DAP hari ini berkata, PAS wajar "bernikah" dengan Umno, memandangkan parti Islam itu nampaknya kini sudah "bersama" Umno.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata demikian ketika ditanya pandangannya berhubung kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menolak cadangannya supaya PAS dan Umno bergabung secepat mungkin.
“Saya tidak pernah kata mereka perlu bergabung. Mereka sudah pun bersama,” katanya kepada pemberita hari ini di bilik mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Memandangkan mereka sudah bersama, nikah sajalah. Apa tunggu lagi? Tapi itu tidak bermakna yang mereka perlu bergabung.” Nik Amar dilaporkan berkata, Lim tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan PAS perlu bergabung secepat mungkin dengan Umno, serta perlu belajar menghormati orang lain dan berdiam diri, daripada mengeluarkan kenyataan merepek.
Semalam, Astro Awani memetik pemimpin PAS itu sebagai berkata: “Saya nasihatkan dia supaya diam dan jangan cakap merapu kerana saya lihat kebelakangan ini, Lim menjadi tidak logik dan sombong dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Lim berkata, Nik Amar boleh melakukan serangan peribadi jika itu yang beliau mahu, dan tindakannya itu hanya akan membuktikan beliau sudah kering idea.
Bagaimanapun katanya, DAP tidak akan melakukan perkara sebegitu.
Beliau kemudiannya memetik komen dibuat Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 2 hari lepas yang mengatakan buat masa kini sudah tidak banyak perbezaan antara Umno dan PAS.
Asri berkata kerjasama antara 2 parti politik itu boleh berlaku kerana pendirian mereka sudah tidak banyak berbeza kini.
Katanya lagi, perbezaan tunggal hanyalah pada nama serta perbezaan pemakaian songkok dan kopiah.

Husam setuju debat dengan Mustafa Ali...jangan madah berhelah pulok..!!!

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini menyatakan persetujuan berdebat dengan pengarah pilihan raya parti itu Datuk Mustafa Ali, yang disifatkan sebagai guru politiknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 November, 2015.  
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini menyatakan persetujuan berdebat dengan pengarah pilihan raya parti itu Datuk Mustafa Ali, yang disifatkan sebagai guru politiknya.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini menyatakan persetujuan berdebat dengan pengarah pilihan raya parti itu Datuk Mustafa Ali, yang disifatkan sebagai guru politiknya. "Saya setuju debat dengan siapa saja, termasuk Cikgu Pa. Sedikit sebanyak, adalah juga pengalaman saya berdebat lebih kurang.
"Berpeluang berdebat dengan guru politik sehebat beliau tentunya satu penghormatan pada saya," kata Husam dalam satu kenyataan.
Semalam, Mustafa dilaporkan mengajak Husam bersemuka dengannya dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Beliau turut mencadangkan pertemuan itu perlu melibatkan penyertaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, yang turut dikaitkan Husam sebagai salah seorang pemimpin PAS berjumpa dengan Umno sebagai usaha menyatukan 2 parti itu beberapa tahun lalu. Bercakap dalam 1 sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu pada Isnin, Mustafa mencadangkan majlis tersebut diadakan di Kota Baru dan mana-mana pihak boleh bertindak sebagai penganjur serta moderatornya.
Menurut Husam dalam kenyataannya hari ini, isu pertemuan PAS-Umno pada 2008 itu akan kekal dalam sejarah, dan terpulang kepada pengundi Selangor menilainya.
Arah tuju perbincangan dalam perjumpaan 2008 itu bagaimanapun kini berubah, kerana katanya, perundingnya berjaya diubah.
"Tetapi, fakta adanya perundingan di saat tidak munasabah seperti itu, akan kekal sampai bila-bila," katanya menjawab cadangan Mustafa mengadakan debat dengannya.

Rosmah Mansor adalah Penaung PEMANGKIN.. Hurmmm pusing punya pusing berbalik kat ORANG TU gak...

PERSOALAN.. (Sampai skrg tak dijawab)
Kenapa kursus kawen di Amerika yang kena bayar adalah Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin (PEMANGKIN) bukannya JPM ???

Itu yang Akmal Nasir & National Oversight & Whistleblowers (NOW) , Admin dan umat Islam khasnya dan rakyat amnya persoalkan... !!

ALASAN TERBAEK dari Lebai Asyraf cuba bela Lebai Jamil.


Sebagai 'role model' pemimpin harus didahulukan & dijadikan contoh !!!

Dicadangkan pada Jamil Khir dan Asyraf Wajdi.. kalo nak buat kursus kawen di Amareeka, London, Paris atau di planet Marikh sekalipun semata2 untuk bendung LBGT seperti yg didakwa.. baik buat untuk MP UMNO dulu... LEBIH AFDHAL dan nampak spesisnya... pompuan tetapi perwatakan macam lelaki...

Penjelasan Yapeim tidak bermakna bagi rakyat - Rafizi

Rafizi
KUALA LUMPUR - Penjelasan yang diberikan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berhubung dana yang digunakan menteri tidak akan meredakan kemarahan rakyat.
Ini kerana, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Rafizi Ramli persoalan sekarang bukan dari mana wang itu datang sebaliknya ke mana dana itu dibelanjakan.
Kata Rafizi lagi, sebagai salah sebuah yayasan kebajikan orang miskin, Yapeim mesti sentiasa mengambil pendekatan yang betul.
Menurutnya lagi, setiap sen yang disumbangkan oleh orang ramai seharusnya disalur terus kepada orang miskin sebelum dibelanjakan oleh Yapeim sendiri.
Ditanya mengenai tindakan saman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Rafizi berkata, itu merupakan hak Jamil Khir untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Apabila yayasan ini dilihat boros dan membelanjakan wang secara berlebih-lebihan. ia sudah jadi soal moral. Sekarang ini, Jamil Khir ingin mengambil jalan mahkamah dan undang-undang, itu hak dia.
"Tetapi dia masih tidak dapat jawab soal moral yang dikemukakan oleh Akmal (Pengarah Strategi Now, Akmal Nasir) dan juga rakyat," katanya ketika ditemui Sinar Online di pekarangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Yapeim telah mengeluarkan sejumlah RM 453 juta bagi tujuan program pembangunan sosioekonomi dan dalam tempoh tersebut, sumbangan amal jariah melalui skim pemotongan gaji dan skim pemotongan lain hanya berjumlah RM 334 juta.
Sementara itu, katanya, sejumlah RM 118 juta lagi adalah jumlah penambahan dari Dana Perniagaan Yapeim.

Duit Anak Yatim: Yapeim akui dokumen NOW betul, kesal dengan pendedahan

Yapeim mengaku dokumen yang digunakan NOW dalam dakwaannya terhadap lawatan Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke luar negara adalah betul tetapi tidak mengandungi dokumen sepenuhnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 November, 2015.  
Yapeim mengaku dokumen yang digunakan NOW dalam dakwaannya terhadap lawatan Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke luar negara adalah betul tetapi tidak mengandungi dokumen sepenuhnya. 

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hari ini mengaku dokumen yang digunakan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dalam dakwaannya terhadap lawatan Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke luar negara adalah "betul tetapi tidak mengandungi dokumen sepenuhnya". Pengarah undang-undang Yapeim Datuk Mohd Naser Disa berkata, siri dakwaan Pengarah NOW Akmal Nasir itu bersifat "separuh masak" kerana tidak "mendapatkan penjelasan Yapeim sebelum membuat kesimpulan".
"Dokumen itu dokumen yang betul, tetapi tak mengandungi dokumen sepenuhnya.

"Daripada RM440,000 yang didakwa digunakan membiayai lawatan menteri ke Iowa dan Minnesota, menteri sebenarnya hanya pergi ke Washington DC saja," katanya kepada pemberita selepas mengiringi ketua pengarah Yapeim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, pagi ini. Menurut Naser, Yapeim tidak risau akan reputasi mereka tetapi lebih risaukan perasaan penerima sumbangan Yapeim yang kini tertekan dengan dakwaan tersebut yang juga menjejaskan industri pajak gadai Islam Ar-Rahnu.
"Apa yang NOW buat sekarang ini menjejaskan penerima (bantuan Yapeim). Ia juga boleh menjejaskan industri Ar-Rahnu," katanya kepada pemberita.
Naser juga memberitahu wartawan, Jamil sendiri sebenarnya membayar semula sebahagian daripada perbelanjaan yang dibayar Yapeim bagi lawatan itu.
"Contohnya, perbelanjaan RM440,000 itu, dia (Akmal) tidak mengambil kira jumlah yang dibayar balik menteri," katanya.
Ditanya jika pihak Yapeim boleh memberikan perincian jumlah yang dijelaskan Jamil itu, Naser berkata perkara itu sudah dijelaskan dalam kenyataan media Yapeim semalam (17 November).
Namun, semakan The Malaysian Insider mendapati, Yapeim sehingga kini belum pernah mengumumkan jumlah yang didakwa dibayar semula Jamil itu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Yapeim Datuk Abibullah Samsuddin dalam laporannya menggesa polis bertindak terhadap NOW yang didakwa "mencuri" dokumen Yapeim dan "memutarbelitkan fakta bagi memfitnah" Yapeim dan Jamil.

Pengerusi PAC: 1MDB tak berkait dengan dana asing RM2.6 bilion

Sumbangan RM2.6 bilion ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan negara, 1MDB, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin.
 "Saya mesti katakan bahawa 1MDB dan RM2.6 bilion adalah perkara yang sama sekali berbeza," kata Hasan kepada pemberita pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Apabila ditanya bagaimana beliau membuat kesimpulan itu, Hasan berkata ini dinyatakan dalam laporan awal Ketua Audit Negara yang menyiasat 1MDB.
Bagaimanapun, sebelum ini Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata pihaknya tidak akan menyiasat sumbangan RM2.6 bilion itu dan membiarkan Bank Negara berbuat demikian.

Saya nak cari makan juga, kata pengerusi PAC


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, badan itu tidak perlu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan berhubung isu 1MDB.
"Tak perlu," kata Ahli Parlimen Rompin itu apabila ditanya media mengenai langkah selanjutnya yang diambil PAC menyiasat kes syarikat tajaan kerajaan itu.
Apabila diasak lebih lanjut, Hassan berkata: "Janganla, saya pun nak cari makan juga."
Kenyataan itu dibuat apabila beliau dimaklumkan Pengerusi PAC terdahulu Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui mungkin memanggil Najib membantu siasatan isu 1MDB jika dirasakan perlu.
Dalam kenyataan media selepas itu, Hasan berkata terdapat salah faham terhadap penggunaan “ayat cari makan” dalam sidang medianya hari ini.
Beliau menyifatkan mana-mana portal berita, termasuk Malaysiakini, yang menyiarkan kenyataan itu sebagai tidak beretika.

Tiada keperluan panggil Najib, Jho Low untuk siasatan 1MDB ampu Pengerusi PAC

Kenyataan Hasan Ariffin itu bercanggah dengan kenyataan yang dibuat bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini.
hassan-ariffin,najib-razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu dipanggil untuk disiasat dalam skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Tidak perlu pada masa ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin di Parlimen pada Rabu.
Ahli Parlimen Rompin itu berkata, jutawan Low Taek Jho (Jho Low) juga tidak akan dipanggil memandangkan nama jutawan itu tidak ada dalam skop siasatan PAC.
“Kita kena tengok terlebih dahulu kerangka kerja sama ada dia perlu dipanggil atau tidak dalam isu ini (1MDB). Sehingga kini, pihak polis sendiri tidak tahu di mana dia berada,” katanya.
Kenyataan Hasan mengenai keperluan Najib dipanggil untuk disiasat itu bercanggah dengan kenyataan yang dibuat bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini.
Sebelum ini, Nur Jazlan berkata, PAC mungkin akan memanggil Najib bagi membantu siasatan berhubung kes pelaburan dan hutang yang dibuat oleh 1MDB.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda akan dipanggil untuk siasatan PAC pada 1 Disember manakala bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi telah diarahkan hadir pada 25 November ini.

PAC mengaum tapi tiada gigi – Tony Pua

Badan itu tidak mempunyai sebarang hak untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan atau kegiatan salah laku kementerian-kementerian yang telah disiasat.
tony-pua_pac_600
KUALA LUMPUR: Kuasa dan pengaruh yang ada pada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) amat mengecewakan di mana segala siasatan yang dilakukan oleh PAC tidak diambil serius oleh pihak kerajaan.
Anggota PAC, Tony Pua berkata, badan itu tidak mempunyai sebarang hak untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan atau kegiatan salah laku pihak yang telah disiasat.
“PAC hanya berhak memanggil, menyoal dan menyiasat badan-badan atau kementerian-kementerian yang didapati terlibat dalam rasuah, itu sahaja.
“Kita boleh siasat tetapi tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan. PAC hanya menghulurkan laporan siasatan kepada Parlimen dengan harapan ia diberikan kepada kementerian,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga kesal apabila banyak keputusan hasil siasatan, mesyuarat dan analisis yang dibuat oleh PAC seolah-seolah dibuang begitu sahaja.
“Mengikut rekod, apa sahaja yang dibangkitkan PAC tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan. Kita boleh mengaum, tetapi tidak mempunyai gigi,” katanya lagi.
Sebelum itu, Tony Pua bersama Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012, siri 2 yang dibentangkan di Parlimen pada 1 Oktober 2013 berkenaan lima unit loji insinerator di Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Cameron Highlands, Pulau Tioman, dan Wilayah Persekutuan Labuan yang menelan belanja RM187.74 juta gagal beroperasi secara optimum.

'Cari makan' - DAP tuntut Ketua PAC letak jawatan

Ahli parlimen DAP menuntut supaya Datuk Hasan Arifin meletakkan jawatannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira Wang Negara (PAC) kerana mengeluarkan kenyataan memalukan 'mahu cari makan' hari ini.
 Pada sidang akhbar petang ini, Hasan berkata beliau “pun nak cari makan juga” ketika ditanya wartawan sama ada PAC akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk siasatan kes 1MDB.
"Ini kelakuan Ketua PAC? Ia sangat memalukan," kata Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), selepas membaca artikel Malaysiakini bertajuk ‘Saya nak cari makan juga, kata pengerusi PAC’
"Jika ini adalah benar, pengerusi PAC mesti letak jawatan kerana adalah jelas sekarang bahawa Pengerusi PAC tidak bebas," kata Gobind ketika membahaskan Bajet 2016.
"Bolehkah kita bayangkan apa tanggapan ini kepada orang ramai? Adakah ini standard seorang Ahli Parlimen kita ada sebagai pengerusi (PAC) yang mengetuai jawatankuasa yang begitu berkuasa?
"Bolehkah kita hanya duduk dan biarkan sahaja? Ini sangat memalukan," kata Gobind.
Dalam kenyataan media selepas itu, Hasan berkata terdapat salah faham terhadap penggunaan “ayat cari makan” dalam sidang medianya hari ini.
Beliau menyifatkan mana-mana portal berita, termasuk Malaysiakini, yang menyiarkan kenyataan itu sebagai tidak beretika.

Perjuangan diteruskan, kata Khairuddin dalam misi tegak ‘kebenaran’ dalam skandal 1MDB

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berikrar meneruskan perjuangan beliau walaupun ditahan sejak 8 September. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2015.    
Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berikrar meneruskan perjuangan beliau walaupun ditahan sejak 8 September. 

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berikrar meneruskan "perjuangan" beliau walaupun ditahan sejak 8 September, kerana didakwa membuat laporan polis di luar negara terhadap firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bercakap kepada media selepas dibebaskan dengan ikat jamin hari ini, Khairuddin berkata  "perjuangan menegakkan kebenaran akan diteruskan hingga ke akhirnya".
"Misi ini akan disempurnakan" katanya sebaik sahaja muncul dari mahkamah rendah Kuala Lumpur selepas ahli keluarganya membayar wang ikat jamin.

Khairuddin bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai "misi" beliau.  Beliau berkata, keadilan kini terlaksana dan mengucapkan terima kasih kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin kerana menegakkan kedaulatan undang-undang.
"Mereka yang berkuasa boleh mengatakan apa sahaja yang mereka mahu tetapi paling penting adalah keputusan mahkamah dan saya berterima kasih kepada Allah" kata beliau sebelum dibawa pergi kenderaan pacuan 4 roda berwarna hitam.

Kenapa gaji penasihat khas lebih tinggi berbanding PM..??

Mengapa Putrajaya membayar gaji yang lebih tinggi kepada penasihat khas kerajaan berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, soal Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 November, 2015.  
Mengapa Putrajaya membayar gaji yang lebih tinggi kepada penasihat khas kerajaan berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, soal Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong. 

DAP hari ini mempersoalkan rasional di sebalik tindakan Putrajaya membayar gaji yang lebih tinggi kepada penasihat khas kerajaan, berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, dalam bajet terkini di bawah Jabatan Perdana Menteri, gaji Penasihat Khas Hal Ehwal Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melebihi RM27,000 sebulan.
Begitu juga gaji Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan di Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Ini lebih tinggi daripada pendapatan Najib RM22,826 sebulan, kata Liew. "Mengapa gaji mereka lebih tinggi daripada PM?" soalnya.
Duta Khas ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu juga menerima RM27,000 sebulan, kata Liew.
Pengarah pendidikan politik DAP itu juga meminta Putrajaya mendedahkan jika ia melanjutkan kontrak sementara beberapa duta dan perwakilan khas itu.
"Kontrak Samy Vellu sampai Disember 2014. Adakah ia akan dilanjutkan?," soal Liew.
Beliau juga bertanya jika kontrak bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting dan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing sebagai utusan khas dilanjutkan, kerana mereka sepatutnya tamat baru-baru ini tetapi peruntukan untuk mereka masih tersenarai dalam bajet Jabatan Perdana Menteri.
Ong merupakan utusan khas perdana menteri ke China manakala Tiong utusan khas bertaraf menteri ke Asia Timur.

Skandal 1MDB: ‘Individu yang dicari bukan PDRM, tetapi BNM dan SPRM’ - KDN

jazlan 1
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya tidak mengesan individu-individu berkenaan kerana tiada laporan dibuat.
KUALA LUMPUR, 18 November:
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan ahli perniagaan, Jho Low dan beberapa individu lain yang berkaitan dengan 1MDB.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya tidak mengesan individu-individu berkenaan kerana tiada laporan dibuat.
“Mereka itu dikehendaki oleh Bank Negara (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukannya polis. Dan Interpol tidak menerima laporan daripada BNM atau SPRM untuk mencari mereka.
“Itu bermakna tiada kes untuk dibuka,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.
Kata Jazlan, jawapan yang diberikan di dalam Dewan Rakyat jelas kerana tiada arahan yang meminta pihaknya mencari individu yang disebut.
Mengulas lanjut perkara itu, Jazlan mengingatkan ahli Parlimen pembangkang supaya tidak menyalahgunakan kebebasan di Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.
Tegasnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas ahli Parlimen PKR-Kelana Jaya, Wong Chen kerana melanggar kebebasan yang telah diberikan.
“Saya mahu ingatkan Wong Chen yang beliau boleh dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen kerana membuat tuduhan tidak berasas pada individu yang tidak terlibat.

Skandal 1MDB: Tiada keperluan panggil Najib - Pengerusi PAC

1MDB: Tiada keperluan panggil Najib - Pengerusi PAC
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Hasan Arifin tidak memberi penjelasan lanjut berkenaan keputusan itu.

"Tiada keperluan untuk itu (panggil Najib)," kata Hasan ringkas.

Ditanya, kenapa PAC tidak memanggil ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, kata Hasan ia perlu melalui kerangka kerja perundangan.

"Selepas kita panggil di peringkat eksekutif syarikat, kemudian kita lihat jika kita ada keperluan untuk panggil individu lain.

"Tidak, kita perlu lihat kepada kerangka kerja perundangan sama ada dia terlibat atau tidak berkenaan dengan 1MDB," katanya.

PAC sebelum ini telah mengeluarkan arahan kepada Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk hadir memberi penerangan pada 1 Disember ini.
Sementara itu, bekas Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB pula, Datuk Shahrul Azral Ibrahim perlu hadir memberi penerangan kepada PAC pada 25 November ini.

SPRM: Siasatan RM2.6 bilion ambil masa, libatkan transaksi, saksi luar negara

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dana politik RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengambil masa kerana ia melibatkan transaksi dan saksi di luar negara.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan mengenai kes itu kerana siasatan baru berjalan beberapa bulan sedangkan ada kes yang mengambil masa sehingga 9 tahun untuk diselesaikan.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan SPRM bagi menentukan jika terdapat kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Selain itu, Najib akan dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan dan perdana menteri mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut, katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa berkaitan Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, malam tadi. Razali berkata walaupun siasatan masih belum selesai, SPRM mengeluarkan kenyataan dana RM2.6 bilion itu adalah derma dan bukannya daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata kebiasaannya SPRM tidak membuat sebarang pengumuman mengenai hasil siasatan kes yang belum selesai.
"Dalam kes ini (RM2.6 bilion) jangan kata boleh buat (pengumuman) pula, siasatan tidak boleh dikongsi kecuali dengan kebenaran AG (peguam negara) dan pesuruhjaya SPRM. Pengumuman terpaksa dibuat kerana derma yang dimaksudkan bukan daripada 1MDB," katanya.

BAKI AKAUN SEMASA KERAjaan.. Kini dah tinggal RM5 bilion SAHAJA !!! HUTANG NEGARA makin bertambah.. Kini RM852.8 bilion SAHAJA !!!

MASIHKAH ANDA INGAT Idris Jala yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah kata.. "Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019".

ADAKAH disbbkan faktor penyusutan akaun semasa negara beberapa tahun kebelakangan ini salah satu cara nak penuhkan balik kantong negara balik dgn kadar cepat & efisien adalah dgn KUTIP GST DARIPADA RAKYAT ???

20 UMNO cawangan desak Najib letak jawatan

Desakan itu dibuat susulan kegagalan Perdana Menteri menyelesaikan isu negara khususnya 1MDB.
20cawangan
KAJANG: Sebanyak 20 cawangan UMNO Bahagian Sepang mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
Tindakan itu dibuat susulan kegagalan Najib menyelesaikan isu negara khususnya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mereka turut menggesa supaya Perdana Menteri diganti dengan Timbalan Presiden UMNO mengikut kedudukan terkini atau mengadakan pemilihan semula parti.
“Isu 1MDB menjadi barah yang merosakkan dan melemahkan UMNO, semakin dibiarkan kemelut dalam syarikat ini, maka semakin lemah dan rosak UMNO yang mudah diserang dan ditohmah oleh pembangkang. 1MDB menjadi modal dan alat untuk melemahkan UMNO.
“Ini amat mengecewakan, kami tidak mahu parti UMNO dijadikan milik seseorang bukan milik peribadi Najib kami harap supaya isu tersebut diselesaikan sebelum UMNO ditolak akan datang,” kata jurucakap yang juga ketua Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed.
Antara cawangan UMNO yang hadir sidang media malam tadi ialah Kampung Meranti, Rista Villa Perdana, Admiral, Taman Desa Dengkil, Dengkil Pekan, Pinggiran Cyber , Kampung Sungai Rasau, Kampung Limau Manis, Semarang, Boundry Permai, manakala yang lain tidak hadir namun bersetuju mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.
Mengulas lanjut, Rushdan berkata, sebagai rakyat Malaysia mereka malu mempunyai seorang Perdana Menteri yang dihina oleh negara luar.
Katanya, jika Perdana Menteri tidak meletakkan jawatan, UMNO dan Barisan Nasional akan hilang lebih banyak undi orang Melayu pada PRU 14.
Kesemua 20 ketua UMNO cawangan itu bersedia berdepan tindakan disiplin parti kerana membuat desakan demi membawa kebenaran.
“Kami sedia untuk diambil tindakan, kami tak mahu disoal anak cucu apa anda lakukan untuk pertahankan UMNO yang dimusnahkan oleh pemimpin,” katanya.
Sebelum ini, 13 Ketua Cawangan UMNO Teluk Kemang turut membuat desakan yang sama terhadap Najib.

Jamil Khir mahu kemaafan atau RM10 juta, soal pengarah NOW

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir mempertahankan pendedahan mengenai skandal yang melanda Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kerana hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pemberi maklumat bagi mencegah kemungkaran. Akmal turut membidas tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang menuntut ganti rugi am RM10 juta sebagai ganti rugi atas fitnah, tuduhan jahat terhadap menteri itu.
"Pendirian saya tetap sama, kenapa saya perlu minta maaf? Saya tidak ambil duit YaPEIM.

"Jamil Khir hendak minta kemaafan saya ataupun 10 juta ringgit?" soalnya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Akmal memberitahu, beliau diberi masa 2 hari untuk meminta maaf terhadap pendedahan mengenai pembiayaan YaPEIM dalam satu rombongan Jamil bersama isteri ke Amerika Syarikat menelan belanja RM290,000 dengan menggunakan dana saluran melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin).
Akmal sekali lagi mendakwa tindakan saman ini hanyalah untuk mengalih perhatian daripada beliau selaku menteri bertanggungjawab untuk menjawab perkara berbangkit.
"Jika benarlah pendedahan-pendedahan yang saya buat tidak berasas, lebih elok beliau membuat penjelasan terbuka dengan bukti-bukti yang kukuh.
"Namun sekiranya Jamil Khir meneruskan rancangan tindakan saman, beliau bukan sahaja berhadapan dengan saya seorang, tetapi juga dengan 588,930 pencarum YaPEIM," katanya.
Akmal menerima surat tuntutan daripada Jamil petang semalam.
Jamil mengemukakan surat tuntutan terhadap Akmal satu kenyataan yang mendakwa beliau menggunakan wang YaPEIM untuk membiayai perjalanan ke luar negara.
Surat tuntutan itu dikemukakan melalui firma guaman Tetuan Adnan Sharida & Associates dan dialamatkan ke Pejabat NOW di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi.