Selasa, 17 November 2015

NOW tak gentar saman RM10 juta menteri Umno



NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) tidak gentar walaupun dilayangkan surat saman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Ia berhubung pendedahan bahawa lawatannya ke Amerika Syarikat dengan perbelanjaan RM410,978 didakwa dibayar oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).
Surat saman itu disampaikan semalam dan menuntut penarikan balik dan permohonan maaf daripada Pengarah NOW, Akmal Nasir sebelum esok.
"Tuan hendaklah menarik balik semua kenyataan-kenyatan fitnah yang dikeluarkan kepada anak guam kami, memohon maaf serta berakujanji tidak akan mengulangi atau mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah ke atas anak guam kami,” petik surat tuntutan itu.
Akmal juga telah diminta untuk membayar RM10 juta sebagai ganti rugi.
Bagaimanapun, Akmal berkata, dakwaannya terhadap Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan menteri berkenaan adalah berdasarkan fakta.
Oleh itu, beliau tidak melihat keperluan untuk memohon maaf.
"Ini terutamanya kerana tiada pihak yang tampil menyangkal dakwaan saya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya yakin bahawa saya tidak salah mendedahkan kebenaran dalam usaha menyelamatkan dana YaPEIM," tambah beliau.
Akmal juga percaya bahawa saman itu hanya bertujuan mengalihkan perhatian daripada Jamil Khir yang bertanggungjawab untuk menjawab isu yang dibangkitkannya.
Menurutnya, jika dakwaan beliau sememangnya tidak berasas, maka adalah lebih baik sekiranya menteri itu dapat menerangkannya secara terbuka dan dengan fakta yang kukuh.
"Jika beliau memutuskan rancangan untuk menyaman saya, beliau bukan sahaja berdepan dengan saya tetapi perlu menghadapi 588,930 penyumbang YaPEIM," katanya.

Dasarnya baik, pelaksana dan pemimpin yang tidak jujur

Oleh Aspan Alias
Ketika negara sedang melalui zaman muram politik dan ekonomi tentulah usaha wajar dilakukan untuk melalui nya dengan tabah sambil mencari jalan bagi penyelesaiannya.
Untuk mencari penyelesaiannya, semua pihak wajar mencari jalan penyelesaiannya dan mengetahui sebab kenapa kita sampai menjadi begitu buruk dalam politik dan ekonomi sekarang ini.

Dalam ilmu pengurusan ada disebut, ‘we must understand the real problems up to specific even before we think how to solve it’. Lain-lain perkataan tidak akan terjumpa penyelesaiannya jika kita tidak memahami masalah sebenar yang membawa kita ke situasi yang sangat mencabar ini.
Selalunya bagi sesebuah negara masalah besar yang kita hadapi itu tentu lah ia bermula lama sebelum kita merasakan kesan buruknya. Ia bermakna kita telah berulang-ulang dan terus melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap negara kita begitu lama sebelum kita sedari yang situasi itu sudah menjadi barah kepada negara dan rakyatnya.
Salah satu dari penyebab kenapa kita menghadapi masalah perpaduan negara adalah dasar-dasar ‘economic and social re-engineering’ negara telah di perkosa dan tidak diperkayakan. Jika dasar yang gubal dahulu ialah untuk menjadikan rakyat di antara kaum berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sekarang ini diantara orang Melayu sendiri telah terdampar di kalangan orang Melayu sendiri sedang menghadapi masalah yang tinggi bertambah tinggi dan yang rendah bertambah rendah. Belum lagi kita ukur kedudukan orang Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain dalam negara ini.
Kita tidak akur kepada kenyataan jika bangsa yang dominan dimana-mana negara sekali pun jika kedudukan mereka ketinggalan dalam bidang ekonomi dan industri ia akan menggagalkan apa-apa sahaja dasar yang digubal, walau secantik mana pun dasar itu digubal. Sesebuah dasar itu wajar dilaksanakan dengan teliti dan tidak menyimpang dari asas dasar itu digubal. Lemah kedudukan kaum dominan sesebuah negara itu maka lemahlah negara dengan ketidakstabilan politik nya dan kadangkala membawa negara itu ke satu huru hara yang tidak terkawal.

Tebusan M'sia dipancung lepas PM tiba di Manila


Kumpulan pengganas Abu Sayyaf dilapor memancung kepala tebusan terakhir yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu.
Bernard Then dipancung hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Manila untuk persidangan dua hari Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier Genera Alan Arrojada mengesahkan jurutera 39 tahun itu dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.
Kejadian itu berlaku seminggu selepas mereka sebelum ini membebaskan seorang tahanan Thien Nyuk Fun, pengurus restoran Ocean King Seafood yang diculik bersama Then.
Kejadian dilaporkan oleh akhbar Singapura Straits Times.
Sementara itu, APEC ke-23 akan bermula esok, yang kebetulan akan turut membincangkan isu serangan pengganas di Paris pada Jumaat lepas.

Lokasi Jho Low, empat terlibat isu 1MDB tidak dapat dikesan - PDRM

Lokasi Jho Low, empat terlibat isu 1MDB tidak dapat dikesan - PDRMKUALA LUMPUR: Interpol Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan dan menentukan di mana jutawan dari Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low berada ketika ini, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu berkata ia memandangkan tiada siasatan yang dibuat oleh pihak polis terhadap jutawan itu di samping tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk meminta bantuan Interpol mengesan jutawan itu.

"Tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk minta bantuan Interpol kesan penama berkenaan," menurut jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut di Dewan Rakyat.

Selain itu, Interpol PDRM juga tidak dapat mengesan empat individu lain iaitu bekas Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia Datuk Yusof Annuar Yaacob.
Nik Faisal dan Low dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan SRC International manakala Tang dan Loo dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB.

PAS perlu jadi jantan, hentikan politik ‘geli-geli’

Oleh Zasyaf Ishak
Memang tidak banyak yang diharapkan dalam strategi pembangkang untuk tidak meluluskan Bajet 2016.Berdasarkan kiraan mana sekalipun, nampak jelas niat untuk memalukan Perdana Menteri tidak boleh berlaku dengan mudah.
Ini Malaysia.Politik kita bukan terkenal dengan integriti dan maruah.Tetapi apa yang lebih mengecewakan adalah pendirian politik parti berteraskan Islam, berkepimpinan ulama, juga mengambil pendirian yang cacamarba dan tidak matang.
Politik yang boleh diterangkan dengan mudah dengan budaya “geli-geli” orang muda; sangat memualkan. Atas dasar apa, PAS sebagai sebuah parti yang berpengalaman dan lama berada dalam politik Malaysia, mengambil pendirian “berkecuali” dan tidak bersama menentang Bajet 2016?
Ini strategi politik jenis apa?
Di mana kesungguhan dan istiqamah PAS dalam menentang sebuah kerajaan yang menzalimi rakyat?
Kenyataan kononnya wakil PAS yang terlibat dalam undian menolak Bajet 2016 akan dipanggil untuk memberikan penerangan.
Ini satu lagi politik “play safe” dan lakonan politik bertaraf amatur.
Jika benar, PAS mementingkan disiplin, wakil PAS ini wajar dipecat serta merta.
Itupun kalau PAS ada kesungguhan untuk berbuat demikian.
Permainan politik PAS ini bertaraf anak remaja yang tidak pasti akan kemampuan “kelakiannya”.
Disebabkan tidak pasti, yang boleh dilakukan hanya “geli-geli”.
Permainan politik seperti ini sifar maruah dan memalukan.
Tidak ada elemen kesungguhan dan keazaman. Tidak ada jiwa untuk bersama dalam membangkang kezaliman.
Jika benar, percaturan ini dilakukan bagi memberikan laluan kepada “unity government”, ianya masih tidak utuh dan kuat.
Jika benar “multaqa” dan jiwa politik PAS sudah bersama Najib, ianya wajar dipertonton melalui keputusan jelas memberi sokongan kepada Bajet 2016.
Atau ada “pengeras” yang belum dilunaskan bagi memungkinkan PAS menunjukkan kejantanan sebenar dalam politik.

Terima kasih kerana tolak Bajet 2016

Oleh Bersih 2.0
Tiga ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Nik Mazian Nik Mohamed (Pasir Puteh) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) mengundi menolak Bajet 2016, bersama 71 lagi ahli Parlimen daripada PKR, DAP dan Amanah.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada 74 orang wakil rakyat ini yang menyatakan pendirian mereka dengan tegas untuk bukan sahaja menolak bajet yang membebankan rakyat, malah menyatakan pendirian tidak percaya mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bersih 2.0 bagaimanapun kesal dan kecewa dengan pendirian dan sokongan 128 Ahli-ahli Parlimen yang melalui sokongan mereka terhadap Belanjawan 2016, menyatakan sikap tidak ada terhadap permasalahan akauntabiliti dan korupsi yang melibatkan perdana menteri.
128 orang ini termasuklah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang kedua-duanya begitu lantang mengkritik perdana menteri akhir-akhir ini. Sikap dan pendirian mereka menjadi petunjuk sokongan terhadap kepimpinan perdana menteri meskipun selama beberapa bulan akhir-akhir ini berhadapan begitu banyak skandal kewangan, termasuk dakwaan aliran tunai terkait syarikat bermasalah 1MDB ke akaun peribadinya yang turut menjadi tajuk utama laporan akhbar antarabangsa.
Walaupun Bajet 2016 diterima, namun kami masih berharap supaya usul undi tidak percaya yang dikemukakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dapat dibahaskan dalam sidang kali ini.

Kenaikan elaun KAFA manifesto bersama, Khairuddin patut tarik balik fitnah


SONY DSCKUALA LUMPUR 17 NOV: Tiada sebab Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap kenaikan elaun guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebagai perbuatan PAS ‘berbuat jahat’ kerana ia sebahagian manifesto Pakatan Rakyat Selangor.
Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San, berkata hal itu dipersetujui DAP dan PKR kerana ia sebahagian dasar bersama pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Katanya, Guan Eng pada Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 di sini, 15 November lalu tidak menyentuh kenaikan elaun guru KAFA, pemerkasaan institusi masjid mahupun penubuhan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor sebaliknya memetik kes di Kelantan.
Lau-Weng-San-01Sebaliknya, beliau berkata, Guan Eng hanya memetik contoh kes pembalakan di hutan simpan kekal di Kelantan yang dibongkar Adun Salor, Husam Musa hingga mengakibatkan banjir besar, setahun lalu.
“Inilah perkara jahat yang disebut Guan Eng berlaku di negeri yang dikatakan sebagai kubu kuat PAS hingga parti pembangkang UMNO pun tidak berdaya mendedahkan skandal itu.
“Bayangkan kalau DAP keluar dari Kerajaan Selangor, sudah pasti mekanisme pemantauan menjadi lemah, maka tiada sesiapapun boleh menolak kemungkinan berlakunya musibah sama,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman semalam yang menuduh Guan Eng melabel PAS ‘buat jahat’ dengan mengaitkannya dalam isu kenaikan elaun guru KAFA.
Justeru, Weng San menyeru Khairuddin supaya menarik balik fitnahnya terhadap Guan Eng dan memohon maaf atas tuduhan tidak berasas itu, apatah lagi kenyataan itu diterbitkan beberapa media berbahasa Melayu dan tersebar di Facebook.

Kerjasama untuk rakyat, bukannya bergabung dengan Umno-BN kata Mohd Amar

datuk mohd amar nik abdullah (M)
Datuk Mohd Amar berkata, kerjasama yang diwujudkan bukannya tanda Pas akan bergabung dengan Umno-BN kerana konsep Pas adalah jelas, tidak akan bergabung dengan BN.

KOTA BHARU, 17 November:

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menganggap tindakan sesetengah pihak khususnya DAP yang menyerang Pas kerana berkerjasama dengan Kerajaan Pusat sebagai `mainan politik’ sahaja.
Menurutnya, Pas berkerjasama hanya dalam hal yang membabitkan kepentingan rakyat dan masyarakat dan bukannya kerjasama di segi politik.
Katanya, kerjasama terbabit bukannya tanda Pas akan bergabung dengan Umno-Barisan Nasional (BN) kerana konsep Pas adalah jelas, tidak akan bergabung dengan BN.
“Unity Government (UG – kerajaan perpaduan) yang diwar-warkan itu tidak wujud. Itu masa (mantan Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi. Itu pun kerajaan tanpa pembangkang. Bukan Pas masuk BN.
“Ramai orang salah faham..UG itu sama dengan Konsensus Nasional yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu. Sama juga dengan cadangan Lim Kit Siang untuk berkerjasama dengan Umno..jadi apa masalahnya?”

APA AGENDANYA PULAK NI?

Apakah pengguguran nama Gabenor Bank Negara atau timbalannya dalam panel pelaburan tabung angkatan tentera ini ada kaitannya dengan apa yang dilakukan oleh Bank Negara terhadap 1MDB sebelum ini?

Kenapa nama Gabenor Bank Negara atau timbalannya mahu digugurkan secara tiba-tiba sedangkan tidak pernah kedengaran kehadiran mereka menimbulkan apa-apa masalah kepada tabung tersebut?

Makin selamatkah tabung angkatan tentera selepas ini atau akan menyebabkan ia lebih mudah dikorek dan akhirnya berlubang di sana sini?

Ahli Parlimen Pas tolak bajet diajak minum petang

Semasa sesi minum petang itu ahli Parlimen berkenaan akan diminta memberikan penjelasan tentang langkah mereka menolak Bajet 2016
Takiyuddin-Hassan,alhli-pas
KUALA LUMPUR: Tiga ahli Parlimen Pas yang mengundi menolak Bajet 2016 pada sesi pengundian belah bagi di Parlimen semalam akan diajak minum petang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah mengajak ahli Parlimen itu adalah bagi mendapatkan penjelasan, mengapa mereka bertindak demikian.
“Kita belum fikirkan lagi tindakan disiplin. Saya tidak rasa begitu. Jangan nampak ia satu perkara yang serius. Kita pergi minum kopi, panggil mereka minum petang tanya apa jadi semalam,” katanya ketika ditemui pemberita, di Parlimen pada Selasa.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyatakan perkara itu bukanlah satu kes besar sebaliknya, ia hanyalah isu kecil.
“Pada saya isu ini kecil sahaja, tidaklah sebesar mana. Lagipun tiga orang sahaja ia tidak beri kesan kepada parti,” ujarnya.
Dalam pada itu, Takiyuddin menafikan bahawa Pas kini semakin lemah apabila mengekang ahli Parlimennya untuk menyatakan pendirian.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, Pas memberikan kebebasan kepada mana-mana ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan pendirian masing-masing.

Hadi enggan ulas tak hadir undi bajet semalam


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas ketidakhadiran beliau ke Dewan Rakyat malam tadi bagi undian mengenai Bajet 2016 dilakukan.
Sebaliknya, beliau yang juga MP Marang hanya mengulangi bahawa bajet "sudah selesai" dan kemudiannya terus memasuki kereta dan meninggalkan pemberita di luar Kedutaan Perancis.
"Bajet sudah selesai, sudah selesai, sudah selesai," katanya ringkas.
Semalam MP Marang itu tidak hadir dalam pengundian bajet 2016 di Dewan Rakyat membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti mengenai Bajet 2016.
Semalam bajet itu diluluskan dengan 128 undi menyokong manakala 74 lagi menentang.
Dalam undian secara blok semalam, Abdul Hadi adalah salah seorang ahli parlimen PAS yang tidak hadir dalam dewan.
Tujuh wakil rakyat PAS mengambil pendirian berkecuali, manakala tiga yang lain dilihat 'menongkah arus' apabila melanggar arahan parti dengan mengundi menolak Bajet 2016.
Mereka ialah Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian).
Difahamkan bahawa semua ahli parlimen PKR dan AMANAH mengundi menolak bajet tersebut.
Semua ahli parlimen BN dan Bebas yang hadir mengundi menyokong bajet itu. Ia termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas - Bandar Tun Razak).

Anthony Loke: PAS yang isytihar perang dengan DAP

DAP menjawab saranan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli supaya parti dalam Pakatan Harapan mengelak berkonfrontasi dengan PAS kerana tidak beri manfaaat sedangkan objektif utama mereka untuk mengalahkan BN.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengisytiharkan "perang" terhadap parti itu.
 Katanya, ia ekoran PAS mengumumkan hasrat bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum ke-14.
"(Selain itu) serangan tidak berasas daripada PAS terhadap DAP juga boleh dilihat dari tuduhan liar presiden PAS yang mendakwa DAP cuba memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan untuk 'menghalalkan' perjudian dan arak kepada masyarakat beragama Islam," katanya.
Anthony Loke mengulas saranan Rafizi itu antara lain bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang, dan itu memerlukan Pakatan Harapan untuk melibatkan diri dengan PAS.
MP Pandan itu berkata Pakatan Harapan dan blok pembangkang boleh mencapai pendirian bahawa mereka mungkin tidak bersetuju terhadap dasar tertentu dan pandangan tertentu, tetapi tidak boleh lupa bahawa musuh utama mereka adalah BN dan Umno.‎
Dalam kenyataannya, Anthony Loke berkata semua parti dalam gabungan baru pembangkang itu perlu menyedari kepimpinan tertinggi PAS menyatakan hasrat terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan BN yang ditunjangi Umno.
"Bukti yang terbaru ialah keputusan PAS untuk tidak menolak Bajet 2016 di Parlimen semalam," katanya
Bagaimanapun, Anthony memuji keberanian tiga MP PAS Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh) yang berani menolak bajet 2016 bertentangan dengan hasrat PAS Pusat.

'Jelaskan projek 1MDB-DuSable, jangan sampai kami tanya Obama’

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen menggesa 1MDB dan DuSable Capital Management untuk berterus terang mengenai projek usaha sama loji kuasa solar 50MW di Kedah atau menghadapi risiko Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama diasak apabila beliau melawat Malaysia minggu depan.
 "Saya masih menunggu jawapan dari 1MDB-DuSable mengenai keuntungan AS$69 juta (RM300 juta) yang diperolehi oleh Yurus Private Equity Fund dalam masa kurang enam bulan," katanya, hari ini.
1MDB mengakui bahawa syarikat pelaburan negara itu menerusi unitnya 1MDB Synergy Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian usaha sama induk bersama Yurus PE Fund untuk membangunkan projek kilang solar pada bulan April 2014.
Yurus PE Fund diuruskan syarikat DuSable yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan dimiliki oleh Frank White, ketua mengutip dana politik untuk Obama.
"Saya harap semua jawapan berhubung soalan-soalan berhubung 1MDB dan DuSable boleh diberikan supaya kami tidak perlu berjumpa Obama untuk bertanyakan soalan-soalan yang memalukan ini," kata Wong pada sidang media di lobi parlimen.
"Demi diplomasi, saya tahu Sidang Kemuncak Asean adalah penting dan adalah mengenai isu-isu lain. Tetapi saya fikir ia adalah penting bahawa kami mendapatkan jawapan yang jelas daripada 1MDB dan DuSable supaya tidak memalukan Presiden Amerika Syarikat apabila dia tiba di Malaysia,” katanya.

Najib diingatkan tak guna CSR bagi alasan dana RM42 juta



Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak membela dirinya dengan mendakwa pemindahan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd ke akaun bank peribadinya sebagai 'tanggungjawab sosial korporat'.
"Saya tidak tahu pasti sama ada jawapannya di Parlimen adalah permulaan bagi mendakwa SRC berhak menyalurkan dana ke akaunnya, tetapi saya ingatkannya bahawa rakyat tidak akan anggap ini sebagai melucukan," kata Rafizi kepada Malaysiakini hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian ketika mengulas jawapan parlimen Najib, di mana perdana menteri mengakui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membekalkan wang kepada ahli-ahli politik untuk program CSR, seperti bantuan kepada mangsa banjir.
Menurut Rafizi, pemberian wang untuk program CSR oleh GLC adalah sesuatu yang baik, jika dana berkenaan disampaikan terus kepada penerima.
"Najib perlu berhati-hati jika beliau merancang untuk menyatakan bahawa pemindahan dana SRC ke akaun peribadinya adalah dalam kategori yang sama dengan program CSR lain oleh GLC kerana wang itu masuk ke akaun peribadinya daripada terus disalurkan ke penerima," katanya.
Najib didakwa menerima RM42 juta lewat tahun lalu, lepas dan awal tahun ini daripada SRC International yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan anak syarikatnya.
Perdana Menteri menafikan sebarang salah laku atau bahawa beliau menggunakan wang berkenaan untuk kepentingan peribadi.

Penjelasan skandal berkembar k'jaan cubaan ‘cuci habis’

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini membidas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berhubung penjelasannya mengenai isu 1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion di Parlimen semalam dengan menyifatkannya sebagai percubaan ‘cuci habis’.
 "Apa guna ada seorang menteri kewangan kedua jika beliau tidak dapat menjadi seorang gladiator Rom masuk ke gelanggang Coliseum seperti zaman dahulu untuk melawan singa?
"Jawapan Husni mengenai skandal berkembar mega itu adah cubaan ‘cuci habis’ yang memalukan, ia hanya membuktikan kerajaan Najib mempunyai banyak untuk disembunyikan daripada didedahkan berhubung derma RM2.6 bilion dan skandal mega RM50 bilion 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, Husni dilantik sebagai jurucakap kerajaan mengenai 1MDB sejak dua bulan lalu dan sepatutnya mempunyai masa yang mencukupi bagi membiasakan dirinya dengan segala kerumitan dalam memberi jawapan terhadap isu yang dibangkitkan ke atas syarikat pelaburan negara itu.
Malah, kata Lim, Presiden MDB Arul Kanda Kandasamy juga menyediakan ‘pentas’ untuk Husni melalui penjelasannya mengenai syarikat sarat hutang itu pada satu seminar Sabtu lalu kepada ahli-ahli Umno, badan bukan kerajaan yang berkaitan dengan parti itu serta agensi kerajaan.
Namun, menurutnya, Husni tidak akan terlepas daripada mengulangi penjelasan Arul Kanda di Dewan Rakyat dengan kehadiran ahli parlimen ‘agresif seperti wakil Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan wakil Pandan, Rafizi Ramli.

Adakah Rosmah Mansor penaung Pemangkin, soal NOW

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir membuat semakan latar belakang Pemangkin dan menemui satu laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 April, 2009 bertajuk ‘Bantu Anak Miskin, Yatim’ yang melaporkan mengenai majlis pelancaran yayasan itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 17 November, 2015. 
Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir membuat semakan latar belakang Pemangkin dan menemui satu laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 April, 2009 bertajuk ‘Bantu Anak Miskin, Yatim’ yang melaporkan mengenai majlis pelancaran yayasan itu.

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari membangkitkan persoalan adakah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor merupakan penaung kepada Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin), sebuah yayasan kebajikan untuk anak yatim.
Pengarahnya, Akmal Nasir membuat semakan latar belakang Pemangkin dan menemui satu laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 April, 2009 bertajuk “Bantu Anak Miskin, Yatim” yang melaporkan mengenai majlis pelancaran yayasan itu.
"Berdasarkan laporan tersebut, Rosmah dilantik sebagai penaung kepada Pemangkin. Majlis pelancaran tersebut dihadiri sendiri Datuk Seri Jamil Khir Baharom," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pada majlis itu, sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berjumlah paling tinggi sebanyak RM4 juta, dengan jumlah dana yang terkumpul ketika itu sebanyak RM5 juta. "Sumbangan terus daripada orang ramai juga dikutip melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang turut dilancarkan yang diberi nama Skim Sumbangan Amal Jariah untuk Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin.
Justeru, Akmal menggesa Jamil menjawab beberapa persoalan.
"Apakah rasional Rosmah dilantik sebagai penaung kepada badan yayasan yang menguruskan amal jariah anak yatim dan miskin?
"Adakah benar penubuhan Pemangkin adalah sebagai usaha menangani masalah anak yatim dan miskin?" soalnya.

PKR to seek netizens' help to track 5 for 1MDB probe

Opposition leaders sent greeting to France

Minister's 'RM10m' legal letter fails to rattle whistleblowe

3 wakil PAS undi tolak bajet akan dipanggil

‘Pembangkang akur Najib masih dapat sokongan jadi PM’

'Jamil tuntut RM10 juta? Saya takkan minta maaf'

Nik Abduh: Husam has made his decision

KENAPA LIDAH BIAWAK BERCABANG ???


WOWW !!.. si Jamil Khir katanya..

"Kadang-kadang nak makan pun teringat, adakah mereka juga makan macam saya.."


TERINGAT ??? Teringat camna tu !!!.. Teringat kat AMAREEKA ka atau PARIS !!!

Tengku Razaleigh sokong Bajet 2016, tetapi...



Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyokong Bajet 2016.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada beliau menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pemimpin veteran Umno itu enggan berterus terang.
"Tidak, ini bermakna kita menyokong program kerajaan untuk tahun (akan datang) seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang juga adalah Perdana Menteri," kata Tengku Razaleigh.
Beliau bagaimanapun membisu apabila diasak lanjut mengenai apa yang dimaksudkannya itu.
"Mengapa soalan-soalan ini? Terpulanglah kepada anda, okay?" kata Tengku Razaleigh kepada pemberita di lobi Parlimen.
Bagaimanapun, ahli parlimen Gua Musang itu sebelum ini pernah berkata undi bajet semalam menunjukkan bahawa Najib masih mempunyai sokongan kuat di kalangan wakil rakyat BN.
Bajet 2016 melepasi peringkat dasar malam semalam selepas undi blok menyaksikan 128 undi memihak manakala 74 lagi menentangnya.
Semua ahli parlimen BN yang hadir, termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengundi menyokong bajet itu.
Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Tengku Razaleigh dan Muhyiddin adalah antara tujuh pemimpin Umno yang sedang dipantau untuk tindakan disiplin kerana lantang membidas parti.

UG: Ratib Pilihan Raya Umum 14 kata Nasrudin



PEMERHATIAN teliti daripada perkembangan politik tanah air, Kita menyedari bahawa "Ratib UG" yang didendang oleh musuh politik dan musuh perjuangan PAS, akan terus diulang-ulang hingga PRU 14.

Usaha menjawab bagi pihak PAS bahawa UG telah disalahertikan maksudnya atau penegasan bahawa PAS tidak akan masuk Umno atau BN, akan tidak diendahkan oleh mereka walaupun Presiden PAS sudah puluhan kali menjelaskannya dalam ucapan atau dokumen rasmi parti. Apapun yang dihujahkan oleh PAS, mereka ini akan tetap meratib UG.

Mereka tetap tidak peduli, bukan kerana mereka tidak faham atau pekak, tetapi kerana mereka sangka ratib UG adalah senjata sulit mereka untuk mendapatkan pertolongan ghaib bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 sekaligus bertujuan untuk melemahkan PAS.

Justeru, tindakan yang perlu oleh seluruh saf kepimpinan PAS di pelbagai peringkat ialah meneruskan perjuangan ini dengan optimis, yakin dan berani mendepani arus persepsi yang direka dan dicipta oleh musuh.

Usah bimbang dan apologetik untuk meneruskan agenda suci perjuangan Islam yang didukung dengan prinsip dakwah yang efektif (berkesan), konstruktif (membina) dan inklusif (terbuka untuk semua).

Teruskan merangka strategi tanpa ralat untuk menghasilkan "blue ocean strategy" ke arah mewujudkan pasaran baharu dalam membina luas rangkaian sahabat atau rakan juang PAS. Lantas bertindak mengikut pelan tindakan yang telah ditetapkan tanpa terganggu dengan persepsi palsu, patuhi disiplin jamaah, usah sibukkan diri menjawab persoalan yang sengaja dicipta untuk mengalih perhatian kita.

Kebebalan mereka tidak akan berkesudahan dengan jawapan demi jawapan yang diberi. Pastinya mereka akan terus meratib sampai PRU 14 tanpa jemu.

Kita sedar, mereka mahu kita rasa takut dan gelisah dengan ratib UG yang mereka lakukan. Mereka mahu kita rasa lemah dan terikat dengan ratib UG yang berterusan. Lebih jelas mereka mahu supaya kita teragak-agak untuk melebarkan risalah perjuangan kita kepada pasaran baru di luar lingkungan sedia ada.

Dana YaPEIM: Untuk apa Jamil Khir tuntut ganti rugi RM10 juta?

Akmal Nasir enggan meminta maaf kerana yakin tidak bersalah dan pendedahan itu demi menyelamatkan dana YaPEIM.
jamir-khir,-akmal-yusof
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamil Khir Baharom diminta memberi penjelasan mengapa beliau mengemukakan tuntutan sehingga RM10 juta berhubung pendedahan penggunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk program di Amerika Syarikat.
Ketua Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir berkata, tuntutan ganti rugi RM10 juta di samping permohonan maaf yang diminta Jamil Khir itu amat mencurigakan.
“Saya pasti rakyat juga tertanya-tanya mengapa beliau (Jamil) bukan sahaja menuntut kemaafan saya dalam tempoh dua hari… tetapi juga bayaran ganti rugi sebanyak RM10 juta sedangkan saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pemberi maklumat bagi mencegah kemungkaran,” katanya dalam satu sidang media di pejabat NOW.
Akmal memberitahu dia telah menerima Surat Tuntutan daripada peguam Jamil Khir namun dia tidak akan memohon maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Katanya, dia tidak bersalah dan pendedahan yang dibuat itu hanyalah demi menyelamatkan dana YaPEIM.
“Saya dedahkan skandal ini demi menyelamatkan dana YaPEIM kerana ia melibatkan wang penyumbang dan penerima amal jariah termasuk lebih setengah juta pencarum bulanan dan juga mereka yang layak menerima bantuan YaPEIM seperti anak yatim dan miskin.
“Saya tegaskan bahawa tindakan saman ini hanyalah untuk mengalih perhatian kepada beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan,” jelasnya.
Katanya, Jamil Khir sepatutnya membuat penjelasan terbuka dengan bukti-bukti kukuh sekiranya pendedahan skandal YaPEIM itu fitnah.
“Sekiranya Jamil Khir meneruskan rancangan untuk menyaman, beliau bukan sahaja berdepan dengan saya, tetapi juga dengan 588,930 orang pencarum YaPEIM,” katanya.
Jamil Khir memberi Akmal tempoh sehingga Rabu ini untuk mengemukakan permohonan maaf.
Surat tuntutan itu telah dihantar beliau melalui peguam Adnan Seman @ Abdullah daripada firma guaman Tetuan Adnan Sharida & Associaes pada 16 November lalu.

3 wakil PAS undi tolak bajet akan dipanggil - Takiyuddin


Tiga anggota parlimen PAS yang melanggar arahan parti dengan mengundi menolak Belanjawan 2016 akan dipanggil memberikan penjelasan awal.
Bagaimanapun, kata setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan, tiada tindakan akan dikenakan pada mereka kerana ia hanya perkara kecil.
Bercakap di lobi parlimen, beliau berkata PAS melibat Belanjawan 2016 yang dibentangkan baru-baru ini sebahagiannya tidak islamik.
Tiga anggota parlimen PAS itu ialah Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian).
PAS mengambil pendirian berkecuali semasa pengundian bacaan pertama itu diadakan di Dewan Rakyat semalam.

Pemuda PAS K'tan sedia anjur dialog Mustafa-Husam

 Pemuda PAS Kelantan sedia menyediakan ruang menganjurkan majlis dialog antara Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berhubung isu pertemuan pemimpin PAS-Umno selepas pilihan raya umum 2008.
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya sedia menjadi pengajur atau moderator kepada majlis yang dicadang diadakan di kota Bharu dan mahu MP Shah Alam Khalid Samad turut sama terlibat.
Ini kerana, kata Ahmad Fadhli, Khalid yang juga pengarah komunkasi Parti Amanah Rakyat (AMANAH) juga dikaitkan sebagai salah seorang pemimpin PAS yang berjumpa dengan pimpinan Umno ketika itu.
"Kami bersedia untuk menyediakan ruang yang seluas-luasnya untuk kehadiran seramai mungkin hadirin yang berminat untuk mengikuti penjelasan isu ini secara langsung dari individu yang terlibat.
"Semoga ia menjadi majlis yang bermanfaat dan menghilangkan keraguan yang ditimbulkan berhubung tohmahan kononnya PAS berhasrat untuk bergabung dengan Umno," katanya dalam satu kenyataan.
Sinar Harian hari ini melaporkan Mustafa mengajak Husam bersemuka dengan satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan oleh bekas naib presiden PAS itu.
Laporan itu juga menyebut, beliau juga perlu melibatkan Khalid yang dikaitkan oleh Husam antara pemimpin PAS yang berjumpa dengan permimpin Umno dalam usaha menyatukan PAS dan Umno pada 2008.
"Kita bersemuka tiga orang ini supaya Husam boleh kemukakan apa yang dia tahu dan saya boleh memberitahu apa yang sebenarnya kalau hendak cakap tentang perjupaan 2008 itu," kata Mustafa seperti dilapor akhbar itu.

PKR juga diingatkan elak provokasi kepada Pas - Dr Khairuddin

Pas dan PKR saling memerlukan terutamanya ketika menghadapi BN dalam PRU.
Dr-Mohd-Khairuddin-Aman-Razali-At-Takiri-,pas-pkr
PETALING JAYA: Pas menyambut baik saranan sekutunya, PKR supaya DAP berhenti melakukan provokasi kepada parti Islam itu.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, selain DAP yang digesa berhenti menyerang Pas, perkara sama juga perlu dituruti pemimpin PKR.
“Bukan hanya DAP yang sepatunya mengelak daripada melakukan sebarang provokasi terhadap Pas bahkah juga PKR,” katanya kepada FMT.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mengingatkan, kerusi parlimen yang dimenangi PKR dalam pilihan raya umum (PRU) merupakan hasil kerjasama Pas menerusi jentera pilihan rayanya.
Malah PKR juga dikatakan tidak boleh lari daripada menggunakan jentera pilihanaya dari Pas dalam PRU akan datang.
“Sebahagian kerusi parlimen yang dimenangi PKR adalah menggunakan jentera pilihanraya Pas dan tentunya jika mereka mahu bertanding lagi pada PRU ke-14, maka PKR mereka memerlukan jentera pilihanraya Pas,” katanya.
Terdahulu, PKR menyifatkan serangan yang dibuat DAP terhadap Pas tidak memberi kebaikan kepada parti dan rakyat, malah menyukarkan pembangkang untuk menentang Barisan Nasiona (BN) dalam PRU akan datang sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih.

KEKASIH YANG PATUT DILUPAKAN

Pas kini bukan setakat bermain mata lagi, bahkan sudah mula berani hendak "berdating"  dengan UMNO walaupun masih malu-malu untuk mengakui mahu menjalin hubungan secara terbuka.

Selepas dua tiga kali "dating" barangkali dan kemudian memupuk keserasian, logiknya tidak mustahil jika kedua-duanya akan menikah dan membina kehidupan bersama.

Begitulah perumpamaan paling mudah untuk menggambarkan hubungan Pas dengan UMNO sekarang. Daripada beberapa perkembangan yang jelas menampakkan tidak mahu lagi bermusuh dengan UMNO seperti menyatakan tidak mahu berebut kuasa, berkecuali dalam menolak Bajet 2016 dan kadang-kadang lebih daripada UMNO memusuhi DAP serta mula menjauhi kekasih lamanya, Pakatan Harapan, Hadi Awang akan duduk sepentas dengan Najib Razak dalam program multaqa ulama serantau pada Disember nanti.

Selain beberapa kali kunjungan peribadi Najib terhadap Hadi Awang ketika di katil hospital, multaqa ulama ini adalah "dating terbuka"  yang pertama antara kedua-duanya.

Selepas ini mungkin tidak kekok lagi untuk mereka tampil bersama dengan lebih kerap lagi. Hanya jodoh yang menentukan "perkahwinan"  Pas dengan UMNO akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Jika berkahwin, hanya peredaran masa yang akan menjadi ujian sama ada perkahwinan itu akan bahagia atau berkekalan untuk tempoh yang lebih lama.

Tetapi jika tidak jadi juga berkahwin dengan UMNO, memang malang benar nasib badan Pas kali ini. Selain pernah bersama UMNO tidak lama dulu dan apabila berpisah kemudiannya, sama ada ketika bersendirian atau kahwin sekejap dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat, Pas memang menjadikan UMNO musuh nombor satunya.

Selain macam-macam yang diumpatnya, bahkan tuduhan kafir dan taghut juga dilemparkannya kepada UMNO.

Pas sedia kerjasama dengan UMNO – Haron Din

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR . - Pas tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan UMNO selagi ia bertujuan ke arah kebaikan dan bertunjangkan kebajikan.Menegaskan perkara itu, Mursyi­dul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, sebagai sebuah parti yang mendokong Islam, parti itu tidak boleh menolak apa sahaja perkara yang boleh mencapai dan memerlukan kepada pertolongan kerana ia merupakan suruhan Allah.
Walau bagaimanapun, jelas beliau, kerjasama secara khusus antara kedua-dua pihak masih belum dimuktamadkan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kebersamaan itu boleh berlaku bergantung kepada keadaan dan masa yang menentukannya.
“Adapun (kerjasama) secara khusus, sejauh mana kerjasama yang dikatakan itu berlaku atau akan berlaku, bergantunglah de­ngan perkembangan, namun buat sementara ini, sampai hari ini kita tidak membuat sebarang keputusan muktamad.
“Sejauh mana dan bagaimana untuk dilakukan kerjasama itu, mungkin keadaan menentukannya. Kedua-dua (parti) sememang­nya mungkin bekerjasama atau mungkin tidak bekerjasama, bergantunglah kepada sejauh mana kebajikan atau kebaikan yang boleh diterima demi mencapai ketakwaan kepada Allah,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berkata, Pas sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) selagi tindakan itu menguntungkan parti tersebut dan demi me­negakkan Islam.
Menurut beliau, Pas bukannya sebuah parti yang jumud dan disebabkan itu mereka akan be­kerjasama dengan semua pihak demi mempertahankan negara tidak kira kerajaan atau pembangkang.
Dalam pada itu, Haron turut mengingatkan semua ahli Pas termasuk mereka yang bukan lagi menjadi ahli Pas dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) agar tidak menyerang sesiapa sehingga melemparkan tuduhan dan fitnah.
Tokoh ulama berpengaruh itu berkata, walaupun episod kebersamaan antara mereka yang meninggalkan parti itu sudah tertutup, namun ia tidak bermaksud untuk mewujudkan permusuhan sebaliknya mengekalkan persahabatan.
“Saya menyeru ahli Pas jangan menyerang sesiapa, sama juga saya menyeru kepada bukan Pas supaya tidak menyerang Pas. Kenalilah siapa musuh kita yang sebenar dan kenalilah kawan berdasarkan hadis nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Berpada-padalah menya­yangi kawan kamu, mungkin satu hari dia akan menjadi musuh kamu dan berpada-padalah membenci musuh kamu kerana mungkin satu hari dia berubah menjadi kekasih kamu.”

BNM, SPRM didesak mohon Interpol cari lima individu berkaitan 1MDB

Jika gagal, Zeti dan Abu Kassim dianggar melanggar tugas fidusiari mereka untuk menyiasat skandal 1MDB tanpa rasa takut dan pilih kasih.
zeti_Abu-Kassim-Mohamed_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed didesak membuat laporan polis mengenai kehilangan lima individu yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen turut mendesak agar Zeti dan Abu Kassim memohon Bahagian Interpol Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjejaki lima individu berkenaan.
Lima individu itu adalah jutawan, Low Taek Jho (Jho Low), dua bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia, Datuk Yusof Annuar Yaacob.
“Jika mereka gagal bertindak sedemikian dalam masa 24 jam, akan dianggap sebagai melanggar tugas fidusiari mereka untuk menyiasat skandal 1MDB tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen pada Selasa.
Menurutnya, beliau percaya usaha untuk menjejak lima individu berkenaan adalah mudah kerana Jasmine Loo dikesan memiliki apartment mewah bernilai AS$4.5 juta di New York.
“Pada awal November, nama dia tersenarai sebagai penderma di ‘Black Ball’ iaitu sebuah pertubuhan pengumpul dana yang dianjurkan oleh penyanyi Alicia Keys.
“Lima individu ini bukannya bersembunyi di gua Tora Bora, tetapi mereka hidup di kawasan mewah,” katanya.

Skandal 1MDB: Polis tidak tahu dimana Jho Low berada

Bahagian Interpol tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak yang meminta mengesan dimana jutawan itu dan empat lain berada.
jho-low_1mdb_600KUALA LUMPUR: Bahagian Interpol Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan dan menentukan dimanakah jutawan berasal dari Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low kini berada.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis tidak dapat mengesan Jho Low kerana hingga kini tidak ada siasatan yang dibuat terhadap jutawan yang berasasl dari Pulau Pinang itu.
“Tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk meminta bantuan Interpol mengesan penama-penama berkenaan,” katanya dalam satu jawapan bertulis.
Selain, Jho Low, pihak polis juga tidak dapat mengesan dua bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia, Datuk Yusof Annuar Yaacob.
Zahid berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta kerajaan menyatakan di manakah Jho Low, Casey Tang, Jamine Loo, Nik Faisal Ariff Kamil dan Tusof Annuar Yaacob.
Nik Faisal gagal dikesan pada Julai selepas SPRM mula menyiasat syarikat itu. Dia dicari pihak berkuasa bagi membantu siasatan yang sedang berjalan ke atas wang RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Manakala, Casey Tang dan Jasmine Loo pula dicari oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

GLC salur dana kepada parti politik melalui CSR, kata Najib


Tiada dana tahunan khusus untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD) menyalurkan peruntukan kepada parti politik, sebaliknya ia disalurkan melalui tanggungjawab sosial korporat, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.Beliau yang juga perdana menteri berkata, sumbangan disalurkan kepada parti politik atau ahli politik meliputi pelaksanaan program seperti menyokong acara sukan sekolah, membantu mangsa banjir dan menjayakan majlis sambutan perayaan dan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.
"Syarikat milik kerajaan melalui MKD dan GLC tidak memperuntukkan dana tahunan khusus bagi sumbangan kepada ahli politik atau parti politik.

"Sebaliknya jika terdapat permohonan sumbangan daripada pihak berkenaan, ia dikendalikan seperti mana permohonan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan lain iaitu berdasarkan keperluan organisasi berkenaan dan ketersediaan baki peruntukan belanjawan CSR syarikat semasa permohonan diterima," kata Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen, hari ini. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung dana tahunan GLC yang disumbangkan kepada individu mahupun parti politik sejak 1981 hingga 2014 dan sama ada terdapat perancangan menghentikan sumbangan seperti itu.
"Jumlah sumbangan dalam sesuatu tahun bergantung kepada jumlah permohonan diterima dan keupayaan kewangan syarikat untuk menyediakan peruntukan bagi projek CSR," kata Najib dalam jawapannya.

Sokong Bajet 2016 tindakan tepat untuk rakyat, kata Khalid Ibrahim

Tindakannya menyokong Bajet 2016 di Parlimen semalam adalah tepat, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2015.Tindakannya menyokong Bajet 2016 di Parlimen semalam adalah tepat, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2015.
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakannya menyokong Bajet 2016 di Parlimen semalam adalah tindakan yang tepat. Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, beliau akan turun ke kawasannya dan menerangkan mengapa beliau mengundi untuk meluluskan bajet.
"Kawasan saya mengundi saya untuk melakukan perkara yang betul. Jadi saya melakukan perkara betul daripada perspektif saya. Saya boleh berjumpa pengundi di kawasan saya dan mengatakan ini yang saya rasa betul," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

"Saya tidak melakukannya bagi pihak orang lain. Saya lakukannya demi mereka." Bajet 2016 diluluskan malam tadi dengan undi belah bahagi dengan 128 menyokong, manakala 74 tidak menyokong.
Khalid dipecat keahlian PKR tahun lalu selepas tindakannya melaksanakan penstrukturan semula industri Air Selangor dan ia menjadikannya satu-satunya ahli Parlimen Bebas.

PAS-UMNO: “Kalau dah rapat sangat, nikah sajalah”

SUFI1443SELAYANG 16 NOV: Menyambut kenyataan Mufti Perlis bahawa PAS dan UMNO kini sudah tidak lagi banyak perbezaan, Lim Guan Eng mencadangkan kedua-dua parti itu agar cepat-cepat “bernikah”.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, jika kedua-dua parti sudah sama perjuangan dan kepercayaan politik mereka, mereka tidak perlu lagi berpura-pura.
“Mufti Perlis (Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin) telah berkata bahawa PAS dan UMNO sudah sama sekarang, yang berbeza hanya nama, dan berlainan kopiah dan songkok sahaja.
“Jadi tunggu apa lagi? Nikah sajalah,” katanya sewaktu merasmikan Pusat Komuniti DAP Taman Templer di sini petang tadi.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memetik tulisan Dr Asri dalam facebook beliau hari ini yang mencatatkan: “PAS hari ini hampir menyamai Umno daripada segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok saja.
“Itu pun bukan soal pokok. Jika PAS dan UMNO dapat menjadi sahabat baik yang berpesan kepada kebaikan dan kebenaran serta mencegah kemungkaran mungkin banyak manfaatnya.”
Kata Guan Eng, keadaan sudah berbeza kerana PAS suatu masa dahulu keras menentang perkauman tetapi sejak akhir-akhir ini, kenyataan pimpinan tertingginya mencerminkan ia rapat dengan UMNO dan Barisan Nasional yang mengamal politik perkauman.

Tuduhan ‘alkohol dan judi’ perlihat Hadi main politik gaya Umno


KUALA LUMPUR 16 NOV: DAP tidak pernah campur tangan dalam urusan berkaitan undang-undang Islam termasuk  kononnya mahu meminda aspek tertentu bagi membenarkan pengambilan alkohol dan judi terhadap umat Islam.
Hadi-PAS-UMNOMenolak keras dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Muda DAP (DAPSY), Muhammad Shakir Ameer, berkata DAP konsisten sejak penubuhannya menghormati Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
“Agenda DAP jelas. Kita tidak ada hasrat untuk membawa sebarang agenda keagamaan atau anti-keagamaan. Program kita tertumpu kepada nilai demokrasi, keadilan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Shakir AmeerSemalam, Abdul Hadi menyatakan PAS menentang DAP memperkenal pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana tidak mahu parti itu menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam.
“Kita halang DAP daripada pemilihan perbandaran, (kerana) orang Cina akan kuasai bandar. Kita takkan benar (kawasan) bandar dikuasai oleh DAP, (yang) menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam,” katanya dipetik.
Justeru, beliau berkata, Abdul Hadi perlu berhenti menyerang DAP dengan gaya Umno apabila menggunakan label perkauman semata-mata kerana terdesak untuk meraih keuntungan politik terutama sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.
Sebagai peneraju parti politik Islam, Muhammad Shakir, berkata Hadi sepatutnya lebih memahami sebarang kenyataan berbentuk perkauman bertentangan dengan ajaran Islam.
Beliau berkata, DAP memperjuang pilihan raya PBT kerana DAP percaya dalam amalan demokrasi dalam tadbir urus tempatan akan membantu kualiti kehidupan rakyat dalam setiap perkara aspek.
“DAP sentiasa berusaha memastikan urus tadbir yang cekap di setiap peringkat supaya ia memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira jika bangsa dan agama,” katanya.

Haron: Kerjasama khusus PAS-Umno biar keadaan tentukan



Mursyidul AM PAS Datuk Haron Din menegaskan kerjasama secara khusus antara PAS dan Umno boleh berlaku namun begitu ia ditentukan oleh keadaan dan perkembangan politik negara.
Walaupun PAS tiada masalah berkerjasama dengan Umno demi kebaikan dan kebajikan, tokoh ulama itu berkata setakat ini parti belum membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.
"Adapun (kerjasama) secara khusus, sejauh mana kerjasama yang dikatakan itu berlaku atau akan berlaku, bergantunglah dengan perkembangan namun buat sementara ini, sampai hari ini kita tidak membuat sebarang keputusan muktamad.
"Sejauh mana dan bagaimana untuk melakukan kerjasama itu, mungkin keadaan mementukannya. Kedua-dua (parti) sememangnya mungkin bekerjasama atau mungkin tidak bekerjasama, bergantunglah kepada sejauh mana kebajikan atau kebaikan yang boleh diterima demi mencapai ketakwaan kepada Allah," kata seperti dilapor akhbar arus perdana itu.
Laporan itu menyebut, Haron mengulas kenyataan Hadi bahawa PAS sedia bekerjasama dengan BN selagi tindakan itu menguntungkan parti dan demi menegakkan Islam sekaligus menyifatkan parti Islam itu bukan parti jumud dan sedia bekerjasama dengan semua pihak.
Isu kerajaan perpaduan timbul semula selepas bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Hadi cuba membentuknya dengan mahu bekerjasama dengan Umno di Selangor sewaktu krisis menteri besar tahun lalu. Bagaimanapun, Hadi menafikan dakwaan itu.
Akhbar itu juga melaporkan Haron menasihati anggota PAS atau bukan ahli dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) agar tidak saling menyerang sehingga melemparkan tuduhan dan fitnah.

Umno tidak wajar tolak pinangan PAS

Wan Ji Wan Hussin


Jika benar PAS gabung dengan Umno, ia sejarah berulang kembali yang menarik untuk direnungi. Namun, gabungan PAS dan Umno pada kali ini tidak boleh disamakan dengan sejarah dulu. Ini kerana, Umno dulu tidak sokong cadangan hudud PAS, sedangkan pada kali ini, pimpinan Umno sendiri yang mencadangkan “hudud” dibawa PAS ke parlimen.
Mufti Perlis menyatakan perbezaan PAS dan Umno sudah tidak ketara lagi, malahan kesamaan antara keduanya amat banyak sekali. Dari sudut pandang ramai pula, kelihatan dalam banyak isu yang melibatkan negara, ternyata PAS lebih ramah dengan Umno/BN, dan agak marah-marah dengan kalangan yang memusuhi Umno/BN.
Di awal terbinanya kerajaan Pakatan Rakyat antara PAS, PKR dan DAP, kelihatan Umno saja selalu menyebarkan propaganda kononnya DAP anti Islam dan anti melayu. Namun kini, propaganda yang sama dilaksanakan sebilangan besar pendokong dan sebilangan pemimpin PAS.

Jika dulu, suara PAS amat selaras dengan rakan PKR dan DAP dalam banyak isu. Hatta dalam isu hudud, Presiden PAS sendiri akui ia bukan keutamaan. Malah, menyatakan hudud dilaksanakan selepas wujud gaji minima. Pendapat presiden PAS itu, dikukuhkan lagi dengan kenyataan ramai tokoh, seperti Mufti Perlis dan Yusoff Al-Qaradawi. Namun, keadaan itu berbeza kini. Walaupun tidak wujud gaji minima lagi, PAS seperti menganggap perlaksanaan hudud adalah keutamaan.  Jika enakmen hudud Kelantan dinyatakan presiden PAS syarat perlaksanaannya selepas wujud gaji minima, sudah pasti tidak boleh dianggap salah, jauh sekali menuduh sebagai musuh Islam, jika tidak menyokong enakmen itu pada saat ini. Ini kerana, sampai hari ini gaji minima masih belum dilaksanakan.

"M'sia Lemas Ditimbun Pekerja Asing"... sebelum kemasukan lagi 1.5 JUTA PEKERJA BANGLA...

Bayangkan slps 1.5 JUTA PEKERJA BANGLA masuk... agak² apa tajuk akhbar ??

"Rakyat Malaysia mati ditimbun pekerja asing" ka... ??
atau KERAjaan BN terus kekal sampai kiamat ??

SERUPA TAPI TAK SAMA...

Mcm teringat jer ada manusia tu beriya2 mati2an ugut nak saman WSJ 'SELASA INI'.

ESOK DAH NAK MASUK SELASA KE-20 TAPI masih tak saman2 lagi.. Kenapa manusia tu tak saman WSJ dlm isu 1MDB hingga ke harini ???

SETIAP KALI SELASA menjelma ada saja alasan yg diberi.. bla bla blaaaa

Mustafa ajak Husam, Khalid semuka

Mustafa Ali
KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali mengajak Adun Salor, Datuk Husam Musa bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Naib Presiden itu.
Beliau turut mencadangkan pertemuan itu perlulah melibatkan penyertaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang turut dikaitkan Husam sebagai salah seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengan pemimpin Umno sebagai usaha menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun dulu.
“Oleh kerana nama-nama yang disebut itu, Nasharudin (Mat Isa), saya dan Khalid, saya cadangkan supaya diadakan satu majlis terbuka yang menampilkan tiga orang (iaitu) Husam, saya dan Khalid. Nasharudin tidak perlulah, dia tidak duduk dalam kepimpinan Pas sudah lama dah.
"Kita semuka tiga orang ini supaya Husam boleh kemukakan apa yang dia tahu dan saya boleh memberitahu apa yang sebenarnya kalau hendak cakap tentang perjumpaan 2008 itu,” katanya.
Mustafa mencadangkan majlis tersebut diadakan di Kota Bharu dan mana-mana pihak boleh bertindak sebagai penganjur serta moderator dalam  program terbabit.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di sini, semalam.
Beliau berkata, intipati pertemuan tersebut turut berkait dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil memberitahu bersedia untuk menceritakan secara terperinci sekiranya Husam dan Khalid bersemuka bersama-sama.
Beliau turut memberitahu, perkara didakwa Husam sebagaimana disiarkan Sinar Harian sebelum ini tidak tepat, antaranya melibatkan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjelaskan pertemuan itu bukan di hotel sebaliknya di salah satu kediaman Perdana Menteri ketika itu, Tun  Abdullah Ahmad Badawi iaitu selepas PRU12.
Bagaimanapun beliau mengakui, pertemuan dengan Abdullah dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo itu melibatkan   tiga pemimpin Pas iaitu beliau sendiri, Nasharudin dan Khalid.

Polis tak benar perhimpunan aman warga teksi Rabu ini



Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan aman warga teksi yang dijadual berlangsung di ibu negara Rabu ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata perhimpunan itu melanggar undang-undang, dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) kerana tidak mendapat kebenaran daripada tuan punya pemilik tempat.
Zainol berkata pihaknya telah menerima notis daripada Persatuan Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang bagi mengadakan perhimpunan itu di sekitar kawasan Kraftangan di Jalan Conlay, Padang Merbok, Masjid Negara dan Dataran Merdeka pada 6 November lepas.
"Notis yang dikemukakan mereka tidak dapat diproses kerana tidak disertakan surat kebenaran tuan punya tempat perhimpunan tersebut diadakan.
"Sekiranya perhimpunan itu diadakan, maka perhimpunan itu satu perhimpunan yang tidak mengikut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan semalam.
Antara objektif utama perhimpunan ini adalah untuk mendesak rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi 'Uberteksi' dan 'Grabcar' yang dilihat menjejaskan periuk nasi pemandu teksi.
Pada masa sama, Zainol menasihatkan agar pemilik permit teksi menentukan bahawa teksi mereka tidak digunakan bagi tujuan perhimpunan.
"Sekiranya teksi-teksi itu digunakan di dalam perhimpunan, maka polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada," katanya.
- Bernama

Hadkan petugas, speaker Dewan Rakyat minta pengamal media bersabar

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, keputusan mengehadkan jumlah petugas media daripada setiap organisasi terpaksa dibuat berdasarkan faktor keselamatan selain penyelenggaraan infrastruktur bangunan Parlimen lama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015. 
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, keputusan mengehadkan jumlah petugas media daripada setiap organisasi terpaksa dibuat berdasarkan faktor keselamatan selain penyelenggaraan infrastruktur bangunan Parlimen lama. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini meminta pengamal media yang bertugas di Parlimen supaya bersabar dan akur dengan peraturan untuk mengehadkan jumlah petugas daripada setiap organisasi bagi keselesaan semua pihak. Keputusan itu, katanya, terpaksa dibuat berdasarkan faktor keselamatan selain penyelenggaraan infrastruktur bangunan Parlimen lama.
"Saya harap pengamal media dan pegawai kerajaan yang bertugas di Parlimen dapat bersabar.

"Nanti bangunan lama siap sepenuhnya saya sendiri akan pastikan semua mendapat keselesaan ketika bertugas," katanya ketika mengulas keputusan Parlimen untuk mengehadkan petugas media di Parlimen bermula hari ini, yang dipertikaikan beberapa badan pengamal media di negara ini. Bercakap kepada Bernama, Pandikar Amin juga menyifatkan petugas media di Parlimen kini terlalu ramai sehingga sukar untuk mengenal pasti antara petugas media perdana dan portal.
Dalam pada itu, Pandikar Amin turut membidas kenyataan oleh ahli Parlimen pembangkang yang mendakwa keputusan tersebut adalah tindakan kerajaan untuk menyekat pengamal media daripada membuat liputan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2016 di Dewan Rakyat.
"Ahli Yang Berhormat itu sepatutnya faham, setiap hari beliau melihat keadaan di Parlimen ini. Janganlah dijadikan perkara ini sebagai isu untuk melagakan hubungan baik media dengan Parlimen," katanya.
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Amanah-Kuala Terengganu) hari ini mempertikai keputusan itu yang didakwa dibuat pada waktu mencurigakan memandangkan dewan bakal memutuskan berhubung rang undang-undang penting itu.

'Rokok elektronik, rokok biasa sama sahaja bahayanya' - Tun Mahathir

'Rokok elektronik, rokok biasa sama sahaja bahayanya' - Tun Mahathir
PUTRAJAYA: Penggunaan vape atau rokok elektronik sama sahaja bahayanya dengan rokok malah lebih memudaratkan  kerana kepekatan nikotin dalam cecair vape lebih tinggi berbanding rokok biasa.

Menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun begitu ramai yang kini beralih kepada vape hanya kerana tarikannya yang mempunyai pelbagai perisa.

Dalam nada menyindir, Dr Mahathir berkata kepelbagaian perisa yang ditawarkan itu merupakan cara pemasaran yang berjaya menarik ramai menggunakan vape.

“Percayalah, vape lebih bahaya malah lebih memudaratkan daripada menghisap rokok. Anda akan mendapat nikotin dalam bentuk pati dengan bau harum dan menarik serta rasa yang sedap.

"Itu cara pemasaran mereka," kata Dr Mahathir yang ditemui di Persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi Pencegahan Dadah Dan Penyalahgunaan Bahan Larangan (IFNGO).

Persidangan tersebut berlangsung di Putrajaya selama tiga hari mulai Isnin.

Dalam ucaptamanya, Dr Mahathir yang juga penaung IFNGO turut menyeru agar pendidikan mengenai bahaya dadah perlu bermula dari kecil untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai perkara tersebut.

Laporan Akhir 11 kerusi baru di Sarawak akan dibentangkan di Parlimen pada 2 Disember

Abdul Aziz Mohd Yusof (m)
Abdul Aziz menasihatkan mereka yang ingin mengambil bahagian di dalam pilihan raya yang akan datang perlu mendaftar sebelum akhir tahun ini kerana ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima bulan untuk daftar pemilih diwartakan.

KUCHING, 16 November:

Laporan akhir Suruhanjaya Pilihan Raya persempadanan baru dijangka akan dibentangkan pada 2 Disember ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata, hari itu akan menjadi hari kedua terakhir kerusi Parlimen dan apabila diluluskan, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk kerusi baru diwartakan.
“Kami telah memasukkan semua butiran yang diperlukan seperti yang diminta oleh mahkamah dan menyediakan laporan lengkap kepada parlimen,” kata Abdul Aziz selepas memberi taklimat ketika menghadiri majlis Pilihan Raya Negeri Pegawai SPR ke-11 di sini, hari ini.
Tiga bulan lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membatalkan notis cadangan itu, kerana tidak memasukkan butiran yang diperlukan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Yew Jen Kie mengisytiharkan notis persempadanan itu batal dan tidak sah selepas ia dilaksanakan dengan tidak mengikut Jadual Perlembagaan Persekutuan ke-13.
Sebaik sahaja diwartakan, Sarawak mempunyai 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 71 kerusi, menjadikan negeri ini mempunyai perhimpunan perwakilan tertinggi di negara ini.
Penggal semasa secara automatik tamat pada 19 Jun tahun depan, lima tahun selepas kerusi pertama diadakan pada 20 Jun 2011.
Mengikut undang-undang pilihan raya, pilihan raya mesti ditetapkan dalam masa 60 hari selepas tamat penggal dan pilihanraya negeri yang terkini akan diadakan menjelang Ogos jika perlu.
Bagaimanapun, pilihanraya negeri boleh diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina dan sebelum tamat tempoh penggal.
Pada Jun tahun ini, terdapat 1.1 juta pengundi berdaftar di negeri ini dan hanya 10 peratus daripada jumlah itu adalah pengundi baru.
Abdul Aziz menasihatkan mereka yang ingin mengambil bahagian di dalam pilihan raya yang akan datang perlu mendaftar sebelum akhir tahun ini kerana ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima bulan untuk daftar pemilih diwartakan.

PKR nasihat DAP, kurangkan konfrontasi dengan PAS

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata terlalu awal untuk menyamakan undi kepada PAS sebagai undi untuk Umno, ketika ditemui selepas pelancaran program sukarelawan PKR, Invoke, di Petaling Jaya malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 November, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata terlalu awal untuk menyamakan undi kepada PAS sebagai undi untuk Umno, ketika ditemui selepas pelancaran program sukarelawan PKR, Invoke, di Petaling Jaya malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 November, 2015.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tidak bersetuju dengan kenyataan DAP yang menyamakan 1 undi kepada bekas sekutu mereka PAS sebagai satu undi buat Umno dan Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kesimpulan itu terlalu awal dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana usia perpecahan Pakatan Rakyat (PR) pada masa ini hanya kira-kira 3 atau 4 bulan.
"PAS kini berada pada persimpangan dan mereka perlu merungkai hala tuju mereka dan saya maklum sesetengah kepimpinan tertinggi PAS berkelakuan tertentu tetapi secara umumnya PAS ada pengalaman hampir 60 tahun melawan BN.

"Secara umumnya saya rasa terlalu awal untuk membuat anggapan begitu. Kita baru saja 3 atau 4 bulan selepas pembubaran Pakatan. "Saya rasa kita perlu bermuhasabah dan orang ramai juga mempunyai peranan menyampaikan mesej kepada PAS," katanya di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.
Beliau juga menyimpan hasrat melihat DAP mengambil pendekatan lebih lembut terhadap PAS yang merupakan bekas sekutu mereka dalam PR.
"Saya kekal dengan pendirian ini yang berbeza dengan kepimpinan utama DAP iaitu tiada manfaatnya untuk kita terus berkonfrontasi dengan PAS.
"Ini kerana matlamat akhirnya adalah memastikan pertembungan 1 lawan 1 (dalam pilihan raya umum akan datang) dan ia hanya boleh jadi kenyataan jika ada sedikit  keterlibatan (PAS dan DAP)," katanya ketika ditemui selepas pelancaran program sukarelawan PKR, Invoke, di Petaling Jaya malam tadi.

Pembangkang gagal tolak Bajet Najib

Seramai 128 Ahli Parlimen bersetuju menyokong Rang Undang-undang Pembekalan 2016 dan 74 lain menolak.
pandikar-amin-mulia,najib-rzak,bajet-2016
KUALA LUMPUR : Usaha ahli parlimen pembangkang untuk menolak Rang Undang-Undang Pembekalan 2016 untuk bacaan kali kedua ditolak di Parlimen.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan, seramai 128 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong rang undang-undang berkenaan dan 74 tidak bersetuju selepas undian dibuat.
Pandikar Amin berkata, rang undang-undang itu akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan pada Selasa jam 10 pagi.
Sebelum ini pembangkang menyatakan niat untuk menolak Rang Undang-Undang tersebut sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Pas mengambil sikap berkecuali dalam undian itu namun tiga Ahli Parlimen bertindak menyertai ahli parlimen pembangkang lain membantah rang undang-undang itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan bahawa beliau dan dua Ahli Parlimen Pas yang lain mengundi untuk tidak bersetuju.
Katanya, dua yang lain adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad.
“Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat. Saya taknak bajet yang membebankan rakyat,” katanya.
Beliau turut diminta mengulas mengenai adakah tindakannya itu akan menyebabkannya dikenakan tindakan disiplin oleh Pas.
“Saya tak risau pasal saya tidak berbeza dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya bajet ini sangat tidak memberi kebaikan sepenuhnya kepada masyarakat dan rakyat negara kita,” jelasnya.

Hanya 3 ahli Parlimen PAS undi tolak Bajet 2016, dedah Mahfuz

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata beliau merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak Bajet 2016, manakala 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh). – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015. 
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata beliau merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak Bajet 2016, manakala 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh). 

Hanya 3 daripada 14 ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2016 hari ini semasa sesi pengundian belah bahagi (blok) dijalankan, dedah Datuk Mahfuz Omar. Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak bajet itu, 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).
"Saya undi minta bajet baharu. Kalau tidak silap ada 3 orang, saya, Pasir Puteh dan Kubang Kerian.

"Saya tidak tahu yang lain undi apa, pasal mereka duduk blok lain," kata Mahfuz ketika ditemui di lobi Parlimen sebaik selesai pengundian. Katanya, langkah menolak bajet dibuat kerana beliau tidak mahu membebankan rakyat.
"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat, saya tidak mahu bajet yang membebankan rakyat," katanya.
Semasa sesi pengundian berlangsung, 7 ahli Parlimen PAS tidak hadir.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan bacaan kali pertama rang undang-undang Bajet 2016 selepas kerajaan memperoleh 128 undi yang menyokong, sementara 74 lain menolak.
PAS sebelum ini sudah membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu.