Isnin, 16 November 2015

PELAN RASIONALISASI HUTANG 1MDB, TAPI ADAKAH IA RASIONAL KEPADA RAKYAT?

Keputusan siapa bakal memenangi tender membeli Edra Energy, syarikat milik 1MDB akan diumumkan tidak lagi. Ia merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB untuk mengurangkan hutangnya yang dianggarkan berjumlah RM42 bilion.

Aset Edra yang mahu dijual itu terdiri daripada lima loji janakuasa tempatan dan lapan di luar negara yang dinilai harganya oleh bank-bank kira-kira RM10 bilion.

Ada juga laporan yang menyebut penjualan itu mungkin sekitar RM12 hingga RM16 bilion. Bagaimanapun 1MDB membeli kesemua IPP itu dengan harga RM18 bilion, dengan antaranya dibeli pada harga lebih tinggi daripada nilai pasaran, terutama beberapa 1PP yang sudah hampir "tarikh matinya".

Tender untuk membeli Edra ditutup pada 6 November lalu dan keputusan siapa yang bakal memenangi dijangka akan diumumkan dalam waktu terdekat ini. 

Dipercayai empat pembida telah disenarai-pendekkan untuk memiliki Edra, yang antaranya ialah TNB dan syarikat usahasama China dengan Qatar.

Di atas kertas, terlihat seolah-olah syarikat luar negara berpeluang cerah memiliki aset 1MDB itu berikutan harga terbaik yang ditawarkan mereka. Ia kemudian diikuti dengan kesediaan kerajaan melonggarkan pegangan syarikat asing dalam mana-mana syarikat tenaga tempatan ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 100 peratus.

Sumber pemain industri tenaga menyebut, semua yang dilakukan itu hanyalah "wayang"  semata-mata kerana hakikatnya kerajaan memang mahu menjual loji janakuasa milik 1MDB itu kepada TNB tetapi tidak mahu terlalu berterus-terang kerana bimbang dilihat mahu menjadikan syarikat pembekal tenaga itu sebagai penyelamat.
Permainan itu tambah "menjadi"  apabila PKR melalui Rafizi turut membantah dan mengemukakan usul di Parlimen bagi membincangkan kelonggaran pemilikan asing yang dibuat kerajaan itu yang seolah-olah akan memberi kelebihan kepada syarikat usahasama China-Qatar memenangi tender membeli Edra.

Bantahan PKR berasaskan bahawa jika ia menjadi kenyataan, bermakna bukan saja aset negara telah jatuh ke tangan asing, bahkan juga memberi ruang kepada pihak luar menentukan kadar tarif elektrik negara.

Tolak bajet, Mahfuz kata undi untuk rakyat

Tiga ahli parlimen PAS melanggar arahan parti Islam itu dengan mengundi menolak Bajet 2016.
Mereka adadalah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Mazian Nik Mohamad dan Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah.
 Ketiga-tiga mereka tidak mematuhi keputusan PAS untuk berkecuali semasa pengundian bacaan pertama itu diadadakan di Dewan Rakyat, lewat petang tadi.
Ketika ditemui di lobi Parlimen, Mahfuz mempertahankan keputusannya.
"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat, saya tak nak bajet yang membebankan rakyat.
“Rakan-rakan lain mereka tidak mengundi menyokong bajet, jadi sama (dengan pendirian) parti berkecuali.
Ditanya sama ada beliau risau jika dikenakan tindakan kerana melanggar arahan, Mahfuz menafikannya.
“Saya tak risau pasal saya tak berbeza dengan keputusan (pucuk pimpinan parti).
“Bagi saya bajet ini, sangat tidak memberi kebaikan sepenuhnya kepada masyarakat dan rakyat negara kita. (Jadi) saya undi untuk rakyat,” kata Mahfuz.

BN luluskan lesen arak dan judi, mengapa PAS salahkan kami – Lim Guan Eng

lim guan eng (650X360)
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah menghalalkan arak dan judi untuk umat Islam.

KUALA LUMPUR, 16 November:

Lim Guan Eng menyoal Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengapa dia tidak mempersoalkan Umno mengenai isu arak dan judi.
Hadi berkata, Pas akan memastikan DAP tidak menguasai mana-mana bandar raya dan menghalang mereka daripada menghalalkan perkara yang diharamkan untuk orang Islam seperti arak dan judi.
“Mengapakah tidak mempersoalkan Umno dan BN (Barisan Nasional), mengapa beliau mempersoalkan kami,” katanya selepas merasmikan Pusat Komuniti dan Perkhidmatan DAP Taman Templer pada Selasa.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP tidak pernah menghalalkan arak dan judi untuk umat Islam.
Jelasnya, kerajaan Umno dan BN yang mengeluarkan lesen untuk perjudian.
“Ia adalah fitnah yang digunakan digunakan Umno.
“Apakah perbezaan di antara Pas dan Umno sekarang, Umno digunakan untuk menyalahkan kami tentang perjudian, tetapi siapa sebenarnya yang meluluskan lesen?
“Lesen judi diluluskan oleh BN jadi apa kaitan dengan DAP?” katanya.
Lim menambah, Pas berkelakuan sama seperti Umno yang hanya menyalahkan DAP.
“Ini adalah perbuatan munafik kerana mereka adalah orang-orang yang meluluskan lesen tersebut.
“Tidak ada perbezaan di antara Pas dan Umno lagi,” katanya.

Hadi dakwa Bajet 2016 mampu sejahtera rakyat, walau tak patuh syariat

Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, secara keseluruhannya, beliau melihat Bajet 2016 lebih kepada menyusahkan rakyat dan menyenangkan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015. 
Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, secara keseluruhannya, beliau melihat Bajet 2016 lebih kepada menyusahkan rakyat dan menyenangkan kerajaan.

PAS melihat kandungan Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pada 23 Oktober lalu mampu mensejahterakan rakyat, namun terdapat beberapa perkara yang tidak mematuhi prinsip syariat Islam, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun berkata, secara keseluruhannya, beliau melihat Bajet 2016 yang bertemakan "mensejahtera kehidupan rakyat" itu lebih kepada menyusahkan rakyat dan menyenangkan kerajaan.
"Secara keseluruhannya PAS melihat kandungan Bajet 2016 ini merangkumi kesemua elemen penting bagi pembangunan negara. PAS memperakui terdapat beberapa elemen bajet yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat.

"Bagaimanapun, PAS melihat terdapat ketidakpatuhan kepada prinsip syariat Islam yang agak ketara terutamanya dalam pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST )yang mengenakan cukai kepada golongan fakir dan miskin, justeru bajet ini dilihat sebagai 'bajet menyenangkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat'," katanya, dalam kenyataannya hari ini. Hadi berkata, PAS juga mendapati wujud sekurang-kurangnya 2 aspek besar pengurusan ekonomi negara yang sebenarnya boleh ditangani secara lebih berkesan, iaitu aspek kejatuhan nilai ringgit, dan aspek kos sara hidup rakyat.
"Bagi tujuan mengelakkan perlanggaran prinsip-prinsip syariat Islam di dalam Bajet 2016, PAS sebagai sebuah parti Islam yang bertanggungjawab, mengusulkan cadangan-cadangan penyelesaian kepada 3 masalah utama yang dikemukakan Bajet 2016 melalui penyelesaian kepada masalah kejatuhan harga petroleum dan kesilapan kerajaan Malaysia bergantung kepada GST sebagai sumber alternatif pendapatan negara.

Tujuh ahli Parlimen pembangkang sokong Bajet 2016..?

perdana menteri (L)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Dewan Rakyat bagi undian Rang Undang-undang Perbekalan 2016, malam ini. Foto TRP/ SM Amin

KUALA LUMPUR, 16 November:

Tujuh ahli Parlimen pembangkang menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2016 untuk dibacakan buat kali kedua.
Menurut sumber, ketika undian dibuat, seramai 121 ahli Parlimen Barisan Nasional hadir manakala pembangkang sebanyak 81 ahli Parlimen.
Bagaimanapun selepas undian belah bahagi dibuat, keputusan menunjukkan 128 ahli Parlimen bersetuju dengan rang undang-undang tersebut manakala hanya 74 ahli Parlimen tidak bersetuju.
Ahli Parlimen Pas-Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat mengatakan beliau bersama ahli Parlimen Pas-Pasir Puteh, dan ahli Parlimen Pas-Kubang Kerian mengundi menolak Bajet 2016.
“Saya tidak tahu yang lain undi apa sebab mereka duduk dekat blok lain.
“Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat. Saya tak nak bajet yang membebankan rakyat,” katanya.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika membaca keputusan berkata rang undang-undang tersebut akan di bawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan pada hari Selasa jam 10 pagi.

Najib lepasi ujian undi bajet pertama (128-74)



PARLIMEN | Pembangkang gagal untuk membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat semasa undi pertama mengenai Bajet 2016 dijalankan.
Bacaan pertama bajet itu diluluskan dengan 128 undi menyokong manakala 74 lagi menentang.
Najib dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir di Dewan untuk mengundi.
Undian peringkat dasar bajet itu dibuat melalui undi blok, selepas undi suara memihak untuk meluluskan bajet ke peringkat jawatankuasa.

Keluarga Anwar teruskan kritikan, tuntut hak fisioterapi intensif

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah berkata menafikan fisioterapi intensif kepada bekas ketua pembangkang itu satu bentuk seksaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015. 
Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah berkata menafikan fisioterapi intensif kepada bekas ketua pembangkang itu satu bentuk seksaan.

.Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meneruskan kritikan terhadap Kementerian Kesihatan yang sehingga kini didakwa menafikan fisioterapi intensif kepada bekas ketua pembangkang itu.
Anak sulungnya, Nurul Izzah membidas penafian tersebut, menyatakan ia satu bentuk seksaan terhadap bapanya yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
"Isu sebenar ialah mengapakah fisioterapi intensif yang disarankan dan diberi kepada Anwar semasa dimasukkan dalam hospital masih lagi dinafikan kepada beliau sehingga ke hari ini.

"Ini menyebabkan beliau mengalami kesakitan teruk dan akan memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR mendakwa, kementerian itu memberikan gambaran tidak tepat dalam kenyataannya yang dilaporkan Bernama pada 6 November lalu.
Katanya, kementerian itu dalam kenyataannya mengakui menyarankan panel doktor dan beberapa senaman yang akan diajar pakar fisioterapi dan boleh diamalkan dalam penjara.
Malah, ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa kementerian itu juga berbohong dalam kenyataannya yang menyatakan panel doktor tidak pernah menyarankan fisioterapi intensif kepada Anwar.
"Kenyataan ini amat mengejutkan, tidak bertanggungjawab dan pembohongan.
"Kenyataan ini bercanggah dengan laporan panel doktor yang menilai Anwar pada Februari, dan kedua dengan rawatan diberi kepada Anwar apabila beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Jun dan Julai untuk 4 hingga 5 hari," katanya.
Pada masa sama Nurul Izzah turut membidas ketua panel doktor merawat Anwar, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai, yang selama ini menafikan rawatan disarankan doktor dari Mac hingga hari ini.
"Apa yang dilakukan cuma menghantar seorang pakar fisioterapi ke Penjara Sungai Buloh sebanyak 10 kali, sehingga hari ini, untuk mengajar.

Salleh Man setia bersama saya – Guan Eng

Salleh Man menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang dan pentadbiran kerajaan negeri
lim-guan-eng_mohd-salleh_dap_pas_600SELAYANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Datuk Salleh Man berjanji untuk memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
Perkara itu disahkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila mengulas keputusan Pas kawasan Permatang Pauh yang bertindak memutuskan hubungan dengan Salleh yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang .
“Datuk Salleh Man telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau menyokong kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
“Beliau (Salleh) juga akan sokong kepimpinan saya sebagai ketua menteri dan akan membela ketua menterinya, itu yang dia sebut,” katanya.
Mengulas lanjut, Setiausaha Agung DAP itu berkata, beliau tidak mahu mencampuri urusan dalaman Pas kerana itu merupakan luar bidang kuasanya dan menyerahkan kepada parti Islam itu membuat penyelesaian.
“Yang lain hal keluarga dalaman Pas, saya tidak mahu masuk campur. Ini kena tanya Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komuniti DAP Taman Templer pada Isnin.

Pemuda PAS S'gor: Rakyat menilai gerak kerja kami


Pemuda PAS Selangor menegaskan rakyat menilai gerak kerja PAS di negeri itu yang mengembleng tenaga bersama-sama Menteri Besar Azmin Ali untuk menjayakan agenda kebajikan kerajaan negeri.
Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Halim berkata PAS mendokong dasar dan usaha kerajaan negeri termasuk bajet yang bertemakan "Membangun Smart Selangor Yang Peduli" dalam menitikberatkan kebajikan rakyat.
"Realitinya rakyat Selangor sendiri boleh melihat kesungguhan dan khidmat bakti yang dilakukan oleh exco-exco PAS bahkan khidmat bakti itu bukan sahaja dilakukan melalui saluran kerajaan semata-mata.
"Bahkan PAS di Selangor itu sendiri melalui ahli-ahlinya sentiasa menyantuni dan mendahului untuk gerak kerja memberi kebajikan kepada rakyat," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengecam tuduhan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa PAS akan "berbuat jahat" jika parti Islam kekal dalam kerajaan negeri dan menyifatkan tuduhan itu ibarat "orang gila yang bercakap tiada asas".
Semalam Lim berkata DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS "tidak buat jahat" dan bagi menghalang parti Islam itu melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat negeri itu.

Lebih baik Pas dan BN bernikah – Guan Eng

Satu undi yang diberikan oleh pengundi kepada Pas sama dengan memberikan satu undi mereka kepada BN
guan-eng-pas-bn
SELAYANG: DAP mencadangkan agar parti UMNO dan Pas `bernikah’ ekoran perjuangan kedua-dua parti itu dilihat hampir sama.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai sindiran terhadap kenyataan yang dibuat oleh Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin apabila menyarakan agar Pas bekerjasama dengan UMNO dengan lebih serius.
“Mufti Perlis sebut tidak ada beza Pas dan UMNO. Apa mufti cakap saya setuju. Walaupun tak guna istilah nikah, saya yang guna, tapi macam dia cakap kopiah dan songkok tak ada beza, saya rasa nikah saja.
“Jangan pura-pura. Maka pilihan raya akan datang satu undi Pas sama dengan undi BN. Buat apa sokong Pas. Sokong AMANAH, PKR dan DAP supaya kita boleh bawa perubahan dan selamatkan ekonomi negara,” katanya semasa berucap merasmikan pusat khidmat wakil rakyat DAP, Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer di Selayang pada Isnin.
Mengulas lanjut, Guan Eng kesal dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh kerajaan pimpinan DAP menghalalkan judi dan arak kepada orang Islam.
“Bila DAP pernah laksanakan arak dan judi atas orang Islam? Ada tak? Tak ada tapi pemimpin utama Pas boleh cakap.
“Ini satu fitnah jahat, bohong macam UMNO dan BN,” katanya.

Adun PKR bidas kerajaan Terengganu beri Umno jaga tanah orang Melayu

Pindaan Fasal 2 Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-orang Melayu yang diluluskan Julai lalu memasukkan Badan Perhubungan Umno Terengganu dan PR1MA sebagai badan yang kepadanya tanah orang-orang Melayu boleh dipindah milik, kata Adun PKR, Azan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015. 
Pindaan Fasal 2 Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-orang Melayu yang diluluskan Julai lalu memasukkan Badan Perhubungan Umno Terengganu dan PR1MA sebagai badan yang kepadanya tanah orang-orang Melayu boleh dipindah milik, kata Adun PKR, Azan Ismail. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar (PKR) Azan Ismail hari ini membidas langkah kerajaan Terengganu yang menamakan Umno dan agensi kerajaan persekutuan, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), sebagai penjaga tanah rizab Melayu dalam pindaan Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-orang Melayu yang diluluskan Julai lalu. Pindaan tersebut dibuat pada Mei lalu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dan diwartakan 2 bulan kemudian.
Pindaan Fasal 2 tersebut memasukkan Badan Perhubungan Umno Terengganu dan PR1MA sebagai badan yang kepadanya tanah orang-orang Melayu boleh dipindah milik.

Azan bimbang langkah dibuat kerajaan Terengganu itu akan membuka pintu kepada kerajaan negeri lain mengambil langkah sama. "Dengan pindaan ini, saya bimbang ia akan jadi contoh yang merbahaya dan membuka pintu kepada negeri lain untuk mengikut jejak tersebut," kata Azan yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Dalam rekod hansard DUN, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menjelaskan, langkah tersebut bertujuan melindungi tanah milik Umno dan memastikan ia kekal di tangan orang Melayu.

K'jaan 'berbohong' tentang kesihatan Anwar, kata peguam

Kementerian Kesihatan "berbohong" apabila ia mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dicadangkan menjalani "fisioterapi intensif" bagi kecederaan bahu yang berusia dua tahun, kata peguamnya Sivarasa Rasiah.
“Ini amat mengejutkan, tidak bertanggungjawab dan adalah sebuah pembohongan, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
 Katanya, keluarga Anwar tidak memilih cara pembedahan, seperti yang didakwa, tetapi memilih menjalani fisioterapi intensif yang terus dinafikan kepada beliau di penjara sehingga hari ini.
“Ini telah menyebabkan beliau mengalami kesakitan yang teruk dan akan memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan beliau.
“Penafian ini merupakan suatu bentuk seksaan, yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” katanya.
Menurut Sivarasa, Anwar perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan atau dibawa ke hospital sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk rawatan.
“Langkah sebegini pernah diberikan kepada beliau semasa beliau ditahan dipenjara buat kali pertama dari 1998 hingga 2004. Tidak ada sebab mengapa ianya tidak boleh dilakukan sekarang,” katanya.
Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang, berkata kenyataan kementerian kesihatan bahawa Anwar tidak memerlukan rawatan fisioterapi intensifrawatan bercanggah dengan pendapat doktor di Hospital Kuala Lumpur yang memeriksanya.
“Kenyataan Kementerian Kesihatan adalah amat tidak jujur, apabia menyatakan bahawa fisioterapi intensif tidak pernah disarankan ole doktor.
“Pakar ortopedik sangat mengesyorkan rawatan fisioterapi intensif dari permulaan, dan telah memberikan rawatan tersebut sepanjang Anwar berada di hospital.
"Sakit beliau semakin teruk kerana beliau telah dinafikan hak asasi untuk fisioterapi intensif sebagaimana yang ditetapkan oleh doktor."

Zaid Ibrahim disiasat menghasut kerana desak Najib letak jawatan

Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim disoal siasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya kerana menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 November, 2015.  
Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim disoal siasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya kerana menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya.

 Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini disoal siasat mengikut Akta Hasutan berhubung ucapannya kerana menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya.
Menurut bekas menteri Umno itu, ucapannya itu dilakukan beberapa hari selepas perhimpunan Bersih 4 pada 2 Septermber, 2015 di Royal Selangor Club di Kuala Lumpur.
"Saya hari ini dipanggil untuk disoal siasat di pejabat anak saya di Merchant Square selama 1 jam, Supt S Sahnmugamoorthy dari Bukit Aman," katanya kepada pemberita di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Bekas menteri yang memegang portfolio undang-undang itu berkata, pihak polis akan meneruskan penyiasatan lanjut esok di tempat sama. Ucapannya itu turut dimuat naik dalam blognya www.zaid.my bertajuk "Rally Behind Tun Mahathir Mohammad".
Apabila ditanya sama ada beliau akan menarik balik salinan ucapannya itu daripada blognya, Zaid berkata beliau tidak perlu berbuat demikian.
"Saya sangat terkejut ucapan saya itu dilihat sebagai satu hasutan.
"Saya fikirkan isi kandungan ucapan saya itu merupakan satu demokrasi – pemimpin boleh dikenakan pertuduhan, ditumbangkan dengan cara sah, melalui undi tidak percaya, tekanan masyarakat," katanya.
Ketika disoal siasat, beliau ditemani 2 peguamnya Americk Singh Sidhu dan Manjeet Singh Dhillon.

Umno T'ganu kini boleh ambil tanah rizab Melayu - Hanipa



Kerajaan negeri Terengganu dilaporkan telah meminda dan mewartakan undang-undang negeri yang membolehkan Umno Terengganu mengambil alih tanah rizab Melayu.
Menurut ahli parlimen Pakatan Harapan di Parlimen hari ini, pindaan kepada Seksyen 9 Enakmen Tanah Rizab Melayu Terengganu dibuat di DUN Terengganu pada Mei lalu.
"Sebagai seorang peguam, saya tidak pernah melihat undang-undang sebegini," kata Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin pada sidang akhbar di lobi parlimen.
Beliau diiringi oleh ADUN Bandar Terengganu Azan Ismail yang mendakwa dirinya adalah wakil rakyat tunggal yang membantah pindaan tersebut.
"Saya cadangkan anda tanya kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengapa sebagai pemimpin pembangkang Terengganu, beliau tidak membantah (pindaan) ini," kata Hanipa.
Azan mengakui beliau khuatir pindaan baru itu akan menyusul ke negeri-negeri lain.
"Saya bimbang dengan undang-undang baru ini, ia akan pendulu bagi membolehkan negeri-negeri lain juga membenarkan pemilikan tanah rizab Melayu dipindahkan kepada parti politik," katanya.
Sesalinan hansard DUN Terengganu yang dilihat oleh Malaysiakini menunjukkan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mempertahankan pindaan itu untuk melindungi kepentingan Umno.
"Kami mahu lindungi tanah milik Umno supaya ia kekal di bawah orang Melayu, kerana ahli-ahli Umno adalah orang Melayu," kata Razif di DUN Terengganu pada 14 Mei lalu.
Selain Umno Terengganu, pindaan juga membolehkan pemilikan tanah rizab Melayu dipindahkan kepada Perbadanan PR1MA.
Hanipa berkata beliau dan Azan akan mencabar pindaan itu di mahkamah.

Undi PAS sama dengan undi Umno, kata Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kesal dengan kenyataan pemimpin utama PAS yang menurutnya memainkan sentimen perkauman dengan menuduh partinya mahu menghalalkan judi dan arak kepada orang Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 16 November, 2015.  
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kesal dengan kenyataan pemimpin utama PAS yang menurutnya memainkan sentimen perkauman dengan menuduh partinya mahu menghalalkan judi dan arak kepada orang Islam.

 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kesal dengan kenyataan "pemimpin utama" PAS yang menurutnya memainkan sentimen perkauman dengan menuduh partinya mahu menghalalkan judi dan arak kepada orang Islam.
Menurutnya, DAP tidak pernah membincangkan isu menghalalkan arak dan judi ke atas orang Islam.
"Bila DAP pernah laksanakan arak dan judi atas orang Islam? Ada tak? Tak ada tapi pemimpin utama PAS boleh cakap macam itu.

"Ini satu fitnah jahat, bohong macam Umno Barisan Nasional (BN)-lah. "Lebih baik mereka nikah sahaja, supaya rakyat tahu pilihan raya akan datang satu undi PAS sama dengan satu undi Umno-BN," katanya sewaktu berucap di Selayang, petang ini.
Walaupun tidak menamakan pemimpin utama berkenaan, ketua menteri Pulau Pinang itu dipercayai merujuk kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang berkata parti Islam itu akan menghalang DAP menghalalkan jualan arak dan judi kepada orang Islam.
"Saya kesal satu parti politik yang cakap mereka lawan perkauman kini sama-sama dengan Umno memainkan isu perkauman," kata Lim sewaktu merasmikan Pusat Komuniti DAP Taman Templer.
Lim dalam ucapannya turut membidas Hadi yang sebelum ini berkata PAS tidak lagi mahu merebut Putrajaya daripada BN sebaliknya berhasrat mahu menjadi penasihat mereka.
"Kalau PAS hendak diperalatkan Umno BN itu hak mereka. Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak mahu jadi penasihat Umno BN tetapi PAS hendak ambil peranannya.
"PAS bukan lagi pembangkang tulen, ini celup punya pembangkang, mana ada pembangkang cakap mahu jadi penasihat kepada Umno BN," katanya.

Siasat penyelewengan dana YaPEIM bukan lencong tumpuan rakyat

SHAH ALAM, 16 NOV: Tuduhan mengaitkan DAP dalam pembongkaran penyelewengan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) oleh blog pro-Umno bertujuan melencong tumpuan rakyat.
yapeim1
Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Ng Tien Chee, berkata blog pro-Umno seharusnya mendesak pihak berkuasa menyiasat penyelewengan dana itu, bahkan menteri berkenaan dan kerajaan wajar memberi penjelasan terutama kepada pemberi sumbangan yayasan.
“Ia perlu bagi memastikan dana YaPEIM digunakan untuk membantu umat Islam dan tidak disalah guna bagi tujuan politik termasuk mengkayakan segelintir ahli Umno.
“Adakah pemimpin Umno turut menerima dana sumbangan orang ramai melalui potongan gaji bulanan kepada YaPEIM sebagai ‘derma’ kepada pemimpin sedangkan ia sepatutnya disalur untuk amal jariah.
“Jika ya, mungkin itulah yang memupuk semangat Perdana Menteri dalam isu derma RM2.6 bilion,” katanya dipetik Roketkini.
Terdahulu, National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendedahkan pentadbiran atasan YaPEIM membolot 26 jawatan dengan gaji RM154,700 sebulan.
Salah seorang daripada individu itu adalah pimpinan wanita Umno Kelantan yang didakwa menerima gaji bulanan RM45,500 daripada tujuh jawatan yang disandang, manakala anak lelakinya (RM31,200) dan suaminya (RM5,000) menjadikan pendapatan bulanan mereka RM81,700.

Ceria2kanlah hidup anda spt cerianya Najib tekan GST & tol terhadap ANDA..

Sediakanlah wang secukupnya bila nak JIHAD bayar tol demi memudahkan urusan mereka kutip duit2 korang semua

"If you think I'm LIAR... you should see my DADDY !!"

Sampai bila nak kelentong & kencingkan rakyat pasal 1MDB.. lagi lama kamu bertahan jadi PM & pertahan kebobrokan 1MDB, lagi banyaklah kebobrokan & penipuan kamu akan terbongkar satu persatu..

'Wang Yapeim RM 290,000 diguna untuk kursus perkahwinan di Paris'

BENARKAH WANG YaPEIM RM 290,000 DIGUNAKAN UNTUK PENGANJURAN KURSUS PERKAHWINAN DI PARIS YANG DIRASMIKAN OLEH DATO’ SERI JAMIL KHIR BAHAROM?

Saya terkilan dengan keengganan YB Dato’ Seri Jamil Khir Baharom untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan mengenai skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan sebaliknya masih meneruskan ugutan untuk menyaman saya.
Maka, disini saya tampil untuk pendedahan berikutnya mengenai bagaimana wang YaPEIM telah digunakan untuk penganjuran program di Paris, Perancis yang tidak mencerminkan matlamat kebajikan dan amal jariah.
Berdasarkan bukti yang diterima oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW), terdapat 2 buah program yang dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan’ telah diadakan secara berturut-turut di Paris pada hujung tahun 2014 dan awal tahun 2015.
Aktiviti pertama dibiayai menggunakan wang YaPEIM dikenali sebagai ‘Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah’ yang berlangsung bagi tempoh 20 Disember 2014 sehingga 28 Disember 2014 dengan jumlah kos RM 176,500.00.
Pembiayaan kedua pula dibuat atas nama ‘Program Transformasi Warga Santun (TAMRIN) Kelab Santun Eropah’ yang berlangsung bagi tempoh 29 Disember 2014 sehingga 3 Januari 2015 dengan jumlah kos RM 113,500.00.
Kedua-dua program ini dikatakan hanya melibatkan 100 orang peserta iaitu terdiri rakyat Malaysia yang belajar atau menetap di Paris.
Manakala, jumlah keseluruhan wang YaPEIM yang telah diambil dan dibayar melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) untuk kedua-dua program ini adalah RM 290,000.00.
Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan,
1. Benarkah kedua-dua program ini telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Jamil Khir Baharom?
2. Apakah kewajaran menggunakan wang YaPEIM bagi penganjuran Kursus Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan di Paris dengan kos RM 290,000 yang berlangsung selama 14 hari atau 2 minggu di Paris, Perancis?

AMANAH setia menanti 'orang terbuang' Kelantan

Walaupun Datuk Husam Musa memilih terus bersama PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan tetap berharap bekas naib presiden parti Islam itu akan bersama mereka tidak lama lagi.
Pengerusi AMANAH Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (berbaju hijau) berkata, beliau percaya selepas segala isu-isu yang dibangkitkan ADUN Salor terhadap kerajaan negeri selesai, Husam akan bersama AMANAH.
Sehubungan itu, bekas yang dipertua PAS Kota Bharu itu berkata, beliau bersama AMANAH negeri akan menunggu Husam dengan sabar untuk menyertai parti tersebut.
"Kita mohon dia keluar (PAS) dan bersama AMANAH dah lama dah. Tetapi mungkin kerana dia belum selesai agenda dia (dalam PAS) dan masih diperlukan dalam parti, jadi rakyat memahami hasratnya.
"Dan kami khususnya AMANAH Kelantan akan menunggu dengan sabar untuk dia bersama dan memimpin AMANAH," katanya kepada Malaysiakini.
Selain itu, bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu berkata, sebagai individu yang telah terlibat dalam politik lebih 40 tahun, Wan Abdul Rahim menganggap Husam sebagai aset yang disia-siakan oleh kerajaan negeri dan PAS.
Ia berikutan Husam dilihat "dipinggirkan" selepas pilihan raya umum ke-13 dan muktamar PAS Jun lalu.
"Dia itu seorang aset yang berharga bukan sahaja setakat di Kelantan tapi untuk seluruh negara.
"Lepas kenal dia berpuluh tahun, saya rasa rugi kepada PAS dan kerajaan negeri yang mensia-siakan bakatnya.
"Saya masih lihat Husam sebagai adik yang berjaya lahir dan membesar jadi dewasa dan mempunyai peminat yang ramai terutama anak muda di Kelantan dan di rantau," kata bekas setiausaha politik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu lagi.
Rakyat 'berselera'
Ditanya mengenai penerimaan rakyat Kelantan berhubung isu-isu yang dibangkitkan Husam terhadap kerajaan negeri, Wan Abdul Rahim berkata masyarakat negeri itu mengikuti perkembangan tersebut dengan penuh minat dan berharap supaya ia berterusan.

Kerjasama boleh berjaya, PAS kini menyamai Umno, kata mufti Perlis

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata PAS dan Umno tidak banyak berbeza pada hari ini yang membolehkan kerjasama antara kedua-dua parti itu mungkin akan berjaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015.Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata PAS dan Umno tidak banyak berbeza pada hari ini yang membolehkan kerjasama antara kedua-dua parti itu mungkin akan berjaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata PAS pada hari ini tidak mempunyai banyak perbezaan berbanding Umno dan kerjasama antara kedua-dua parti itu mungkin akan berjaya. Beliau berkata, kerjasama politik PAS dan Umno kali ini mungkin dapat mencipta kejayaan selepas melihat kepada idealisme 2 parti itu yang kini tidak jauh berbeza berbanding dulu.
"PAS hari ini hampir menyamai Umno daripada segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok saja.

"Itu pun bukan soal pokok. Jika PAS dan Umno dapat menjadi sahabat baik yang berpesan kepada kebaikan dan kebenaran serta mencegah kemungkaran mungkin banyak manfaatnya," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini. Asri berkata, sudah tiba masanya PAS menimbangkan untuk mengadakan kerjasama secara serius dengan Umno.
Asri berkata, idea yang diinginkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi untuk bekerjasama dengan Umno tidak mustahil dapat direalisasikan jika kedua-dua parti majoriti Melayu itu berusaha menjayakannya.
"Hari ini saya terfikir alangkah indahnya jika PAS dapat membaiki dan mengimbangi Umno dengan mewujudkan hubungan yang matang, tegas tapi mesra," katanya dalam tulisan di Facebooknya hari ini.
Reaksi mufti Perlis itu dipercayai susulan daripada kenyataan Hadi semalam mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras mengatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).
Hadi menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.

PAS hari ini hampir menyamai UMNO dari segala segi

Oleh Dr Maza

Hari ini saya terfikir, alangkah indahnya jika PAS dapat membaiki dan mengimbangi UMNO dengan mengujudkan hubungan yang matang, tegas tapi mesra.

Idea TG DS Abdul Hadi itu mungkin boleh direalisasikan. PAS dan UMNO saudara seakidah.

Jika kita fahami, mereka sebenarnya tidak jauh dari segi watak dan idealisme.

 PAS yang dulu mungkin jauh dari UMNO. PAS hari ini hampir menyamai UMNO dari segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok sahaja.

 Itupun bukan soal pokok. Jika PAS dan UMNO dapat menjadi sahabat baik yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran, serta mencegah kemungkaran, mungkin banyak manfaatnya. 


PAS telah mencuba bergabung dengan pakatan pembangkang berulang kali tapi nyata gagal. 


Gagal disebabkan sifat parti dan idealisme yang dipegang. 

PAS patut mencuba dengan UMNO secara lebih serius. 

Mana tahu, mungkin di sana ada kebaikan untuk umat dan negara.

PAS sahkan Hadi bersama Najib dalam multaqa Disember ini

PAS mengesahkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan yang dinamakan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 16 hingga 18 Disember depan.
Ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan ia bukti PAS mengamalkan pendekatan politik baru yang matang dan berani dan tidak patut diputar belit sebagai 1 bukti kerjasama antara PAS dan musuh politik mereka.
"Langkah berani menerokai seluruh segmen dakwah dan siasah. PAS tidak eksklusif seperti yang dituduh sesetengah orang," kata Sanusi, bekas setiausaha politik menteri besar Kedah ketika PAS memerintah Kedah pada 2008 hingga 2013.

"Ini politik matang dan berani, bisa berhadapan dengan sesiapa saja, di mana juga. Inilah PAS!" kata Sanusi dalam kenyataan, mengucapkan tahniah kepada Hadi ekoran penyertaannya.
Katanya, mereka akan bersama dalam persidangan bertema "Perpaduan Ummah Merentas Idealogi" itu, yang akan diadakan di sebuah hotel di Putrajaya. Beliau mengesahkan sebuah poster yang kini disebarkan di laman sosial, yang didakwa mengesahkan lagi kerjasama antara PAS di bawah pimpinan Hadi dengan Umno.
Hadi pada sidang media semalam mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras menyatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).
Beliau menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.
"PAS tidak akan masuk BN tapi akan ada kerjasama. Kerjasama itu biasa. Kita tidak terikat," katanya.
Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah seperti ketika berlaku pencerobohan negara asing ke atas Malaysia, daripada segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.
Menurut Sanusi, menyampaikan idea dan pandangan yang tegas dan berani berteraskan Islam dalam acara terbuka seperti ini ialah pendekatan baru dalam menyampaikan risalah kebenaran.
"Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor juga pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin. Ia menjadi sejarah hebat gerakan Islam Malaysia," katanya.

Putus Hubungan: Salleh Man tak kisah tindakan PAS kawasan

ADUN Permatang Pasir dan timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man tidak kisah dengan keputusan PAS Permatang Pauh memutuskan hubungan dengan beliau.
 Beliau yang juga yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) berkata akan meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu - salah satu DUN bawah parlimen Permatang Pauh.
"Sebagai ADUN kerajaan, saya akan terus berkhidmat kepada rakyat Permatang Pasir walaupun PAS kawasan (Permatang Pauh) putus hubungan (dengan saya)," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini petang ini.
Beliau diminta mengulas keputusan kawasan Permatang Pauh semalam untuk memutuskan hubungan dengan beliau sepertimana yang diumumkan oleh yang dipertuanya Omar Hassan.
Omar berkata keputusan itu dibuat susulan kenyataan Salleh yang jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan bertentangan dengan pendirian PAS pusat.
Sementara Parti Amanah Negara (AMANAH) pula menyifatkan keputusan PAS Permatang Pauh itu memberi kelebihan kepada parti serpihan PAS itu.
Permatang Pauh merupakan kawasan PAS yang paling lantang menghentam PKR sewaktu pilihan raya kecil parlimen itu berhubung isu hudud.
Malah Pemuda PAS Permatang Pauh pula memboikot kempen pilihan raya kecil itu pada April dan Mei tahun ini kerana PKR enggan menarik balik kenyataan mengenainya.

Krisis Hadi-Husam angkara Rafizi kata Shahrir Samad

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berpandangan kemelut yang timbul berpunca daripada Langkah Kacang yang diilhamkan bekas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
Husam Krisis
PETALING JAYA:UMNO tiada kena mengena dengan pergeseran yang berlaku antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa dalam isu kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO.
Pegerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, apa yang berlaku adalah masalah dalaman parti berkenaan dan ia tidak mempunyai kaitan dengan UMNO.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berpandangan kemelut yang timbul berpunca daripada Langkah Kajang yang diilhamkan bekas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
“Inilah hasil kejayaan Rafizi. Pakatan Rakyat berpecah. Sekarang ada Pakatan Harapan. Pas juga berpecah, sekarang ada Amanah. Ini tidak siapa nampak,” dakwanya.
Ahli Parlimen Johor Bharu itu berkata, kecelaruan ini berterusan hingga sekarang apabila Husam menuduh Hadi terbabit dalam kerjasama Pas dengan UMNO di Selangor.
“Dengan keadaan Barisan Nasional (BN) hanya 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, tiada asas untuk kerjasama itu. Lainlah kalau kita (BN) ada separuh kerusi,” katanya yang dipetik BNBBC.
Reaksi itu diberikan beliau susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Salor itu yang sanggup bersumpah untuk menjatuhkan talak kepada isterinya bagi membuktikan wujud rancangan kerja sama berkenaan.

Kerjasama Pas-UMNO bermanfaat kepada rakyat- Dr Asri

Jika Pas dan UMNO dapat menjadi sahabat baik yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran, serta mencegah kemungkaran, mungkin banyak manfaatnya.
Asri-Zainul-AbidinPETALING JAYA: Pas disaran membentuk kerjasama politik dengan UMNO memandangkan kedua-dua parti itu sudah ada keserasian dari segi watak dan idealisme.
Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, ia demi kebaikan rakyat dan negara susulan kegagalan parti Islam itu melakukan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Pembangkang.
“Pas telah cuba bergabung dengan pakatan pembangkang berulang kali tapi nyata gagal. Gagal disebabkan sifat parti dan idealisme yang dipegang. Pas patut mencuba dengan UMNO secara lebih serius. Mana tahu, mungkin di sana ada kebaikan untuk umat dan negara.
“Jika Pas dan UMNO dapat menjadi sahabat baik yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran, serta mencegah kemungkaran, mungkin banyak manfaatnya,” katanya menerusi status Facebook pada Isnin.
Malah, menurut Dr Asri ia juga akan memakbulkan hasrat Abdul Hadi yang pernah mengakui mahu menwujudkan satu hubungan yang matang di antara kedua-dua parti itu.
“Pas dan UMNO saudara seakidah. Jika kita fahami, mereka sebenarnya tidak jauh dari segi watak dan idealisme. Pas yang dulu mungkin jauh dari UMNO. Pas hari ini hampir menyamai UMNO dari segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok sahaja. Itupun bukan soal pokok,” katanya.

Ahli yang kekal, istiqamah dalam Pas akan selamat - Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh menyatakan Husam telah 'memilih' jalannya sendiri
husam
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Pas yang kekal dan sentiasa istiqamah dengan perjuangan parti dijamin akan selamat.
Perkara berkenaan dinyatakan oleh Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz apabila merujuk pendapatnya itu dengan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.
Menurutnya, Husam telah ‘memilih’ jalannya sendiri apabila berani membuat kenyataan terbuka yang mungkin pada dirinya dianggap sebagai satu tindakan yang betul.
“Datuk Husam bawa jalan dia, dia kenal saya, saya kenal dia, dia dah pilih jalan dia jadi kita lihatlah apa berlaku.

“Dalam Pas ini bagi kita yang kekal dan istiqamah itu akan selamat dengan Pas,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen pada Isnin.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai serangan demi serangan yang dibuat oleh Husam kepada kepimpinan parti itu termasuklah mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.
Husam juga menyatakan sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataan yang dibuat olehnya itu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut ditanya adakah Husam akan disingkarkan dalam parti itu.

“Tengok keputusan parti saya tidak terlibat,” jawabnya ringkas.

SPRM lancar buku rasuah menurut perspektif Islam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan buku "Islam and the Issue of Corruption" bagi mendidik dan memberi kefahaman mengenai rasuah menurut perspektif Islam.
 Buku tulisan bersama Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Mohamad Ezam Mohd Nor dan penasihat kepada Kementerian Sosial Indonesia Sapto Waluyo itu dilancarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull di Putrajaya.
Buku itu merungkai permasalahan rasuah menurut perspektif Islam dengan mengetengahkan tauladan dan kisah nabi dan para sahabat, selain menjelaskan transformasi SPRM sebagai sebuah agensi antirasuah di Malaysia.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali yang ditemui selepas pelancaran itu berkata SPRM menyambut baik penulisan buku ilmiah sedemikian, khususnya dalam memberi pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai isu rasuah.
"Penerbitan itu boleh dianggap satu daripada langkah pencegahan bagi memastikan masyarakat menyedari, memahami dan mengetahui implikasi rasuah sama ada dari aspek agama, masyarakat dan natijah rasuah kepada negara jika tidak ditangani," katanya.
Diterbitkan selaras dengan pelaksanaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP 2.0), ia akan diedarkan secara percuma oleh Bahagian Integriti dan Tadbir Urus Jabatan Perdana Menteri kepada pihak berkepentingan dalam usaha-usaha memerangi gejala rasuah seperti agensi kerajaan, perpustakaan pusat latihan kerajaan dan institusi pengajian tinggi yang terpilih.
- Bernama

SPRM enggan ulas siasatan terhadap SRC, RM2.6b

Mahkamah tangguh keputusan Anwar panggil Ramli Yusuff

Apakah ini tanda-tanda cempedak akan jadi nangka?


Saya menerima kiriman poster ini lewat malam tadi daripada seorang rakan. Program ini masih jauh lagi iaitu pertengahan Disember nanti tetapi sudah boleh dibayangkan bersamanya Najib Razak dan Hadi Awang dalam program itu pasti membuatkan media arus perdana meriah dengan laporannya.

Pas usul tiga cadangan kemaskini Bajet 2016

Tiga cadangan yang diusulkan kepada kerajaan itu adalah bagi mengelak daripada berlakunya pelanggaran prinsip-prinsip syariat Islam
hadi awang 2
PETALING JAYA: Pas mengusulkan tiga cadangan kepada kerajaan yang boleh digunakan pakai bagi mengemaskini Bajet 2016 dengan tujuan mengelak daripada berlakunya pelanggaran prinsip-prinsip syariat dalam Islam.
Menerusi kenyataan pada Isnin, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, cadangan-cadangan itu adalah penyelesaian kepada tiga masalah utama yang dikemukakan menerusi pengumuman bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan lepas.
“Pertama, kerajaan perlu menyelesaikan masalah kejatuhan harga petroleum dan kesilapan kerajaan Malaysia bergantung kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai sumber alternatif pendapatan negara.
“Ia termasuk cukai di atas simpanan syarikat dan korporat serta cukai perdagangan saham di bursa Malaysia,” katanya.
Abdul Hadi memberitahu, langkah kedua pula adalah bertindak menyelesaikan masalah kejatuhan matawang Ringgit dan menilai kesan kejatuhan itu kepada negara dan rakyat.
Kerajaan juga katanya, perlu melihat semula penggantian import untuk tempoh terhad dan meneliti semula kontrak-kontrak kerajaan.
Jelas Abdul Hadi lagi, langkah ketiga yang tidak boleh dipandang remeh adalah penyelesaian kepada masalah kenaikan kos hidup rakyat yang harus dilihat secara khusus terutama dalam kemelut pemilikan rumah.
Katanya, langkah berkenaan perlu dititik beratkan kerana ia dihadapi oleh sebahagian besar masyarakat pada masa ini.

'Sekatan bagi kurangkan liputan undi tolak bajet' - Raja Bahrin

 Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah percaya tindakan Parlimen menghadkan jumlah wartawan yang dibenarkan membuat liputan prosiding Dewan Rakyat bertujuan mengurangkan liputan apabila wakil rakyat mengundi menolak Bajet 2016.
Mulai hari ini, dengan peraturan baru-baru itu yang hanya tiga wartawan setiap agensi, termasuk jurugambar dan juruvideo, boleh menghadiri sidang Parlimen.
"Saya yakin ini dilakukan dengan sengaja dan sasaran mereka adalah sidang hari ini di mana mungkin ada sesuatu yang luar biasa bakal berlaku di Parlimen.
"Bajet mungkin ditolak. Malah, (ahli parlimen) BN juga mungkin berpaling tadah," kata Raja Bahrin pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Pengamal media ditapis di pintu masuk Parlimen hari ini dengan agensi yang menghantar lebih daripada tiga pemberita diminta pulang.
Larangan ini didakwa dikuatkuasakan kerana keterbatasan ruang di lobi Parlimen sementara.
Kebetulan, hari ini juga adalah hari terakhir perbahasan Bajet, dengan Kementerian Kewangan yang terakhir untuk menggulung.
Ahli Parlimen kemudiannya akan mengundi, dan jika diluluskan, bajet itu akan dibawa ke peringkat jawatankuasa pula.
Pembangkang merancang untuk mengundi untuk menolak bajet bagi menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah hilang sokongan majoriti di Dewan.

'Putus hubungan dengan Salleh papar belang sebenar PAS'

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan tindakan PAS Permatang Pauh memutuskan hubungan dengan wakil rakyatnya yang menyokong Pakatan Harapan Datuk Salleh Man sebagai "berita baik".
 Setiausaha AMANAH negeri itu Zahar Zainul berkata PAS kini telah mendedahkan belang sebenarnya di Pulau Pinang dan penyokongnya patut memikirkan pengganti kepada parti Islam itu dalam pilihan raya umum depan.
“Keputusan PAS Permatang Pauh putuskan hubungan dengan Salleh satu kelebihan bagi AMANAH,” kata Zahar kepada Malaysiakini.
Salleh, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dan yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, enggan mengulas perkara itu.
Yang dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan semalam mengumumkan keputusan itu setelah keputusan dicapai dalam mesyuaratnya Isnin lepas.
"Keputusan ini dibuat berikutan kenyataan Salleh Man (gambar) dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan bertentangan dengan pendirian PAS pusat," katanya kepada pemberita semalam.
Katanya, pendirian PAS pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, lapor Bernama.
Dalam kenyataan pada 2 Nov, Salleh mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Omar yang juga timbalan yang dipertua 2 PAS Pulau Pinang, berkata keputusan itu yang mendapat persetujuan PAS negeri, akan dimaklumkan kepada PAS pusat.

PAS Permatang Pauh putus hubungan dengan Salleh Man

Berjayakah Undi Tolak Bajet Hari Ini

PAS tak mahu DAP halalkan arak, judi kepada umat Islam - Hadi

Jangan campuri urusan Pas di Selangor - Muslimat

Pas
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan memberi amaran kepada pimpinan DAP supaya tidak mencampuri pentadbiran Kerajaan Selangor.
Beliau berkata parti itu tidak mempunyai hak untuk menghalang Pas untuk membawa dasar parti Islam itu ke dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Dia sepatutnya tidak boleh campur tangan dari sudut kerajaan sebab beliau merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, dan kita Kerajaan Selangor.
"Kita tiada sebarang masalah sama ada Pas, DAP atau PKR, kita boleh bekerjasama, kita boleh duduk semeja untuk berbincang," katanya kepada pemberita di SACC, di sini.‎
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini bahawa DAP perlu berada dalam Kerajaan Selangor bagi menghalang Pas melaksanakan 'dasar yang tidak baik' kepada rakyat di negeri itu.
Wan Hasrina juga berkata, DAP perlu menghormati agama Islam sebagai dasar parti Islam itu.
"Kalau ada usaha untuk menyekat Pas daripada menyuarakan dan memperjuangkan hudud dan sebagainya, itu perjuangan kita kerana dasar Pas," katanya lagi.

'Beberapa pemimpin Malaysia dalam senarai sasaran IS' kata Hisham

Beberapa pemimpin Malaysia dilaporkan berada pada senarai sasaran kumpulan pengganas Negera Islam (IS).
 Menurut The Star Online, ini berdasarkan laporan perisikan yang diterima oleh badan-badan keselamatan negara di negara ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam mendedahkan bahawa beliau adalah antara pemimpin yang menjadi sasaran kumpulan militan itu.
Maklumat itu telah dimaklumkan sebelum mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean bersama di Langkawi pada bulan Mac.
"Saya sahkan bahawa IS mensasarkan pemimpin-pemimpin kita, tetapi ancaman itu tidak akan menghalang kita daripada terus memerangi keganasan dalam negara dan rantau ini," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali di Kluang, Johor.
Hishammuddin percaya ancaman serta ugutan terhadap beberapa tokoh terkenal termasuk beliau itu dikeluarkan sejak sekian lama yang berkemungkinan hanya untuk tujuan menakut-nakutkan mereka.
Seorang pegawai Bukit Aman berkata antara yang menjadi sasaran termasuk anggota kanan kabinet.
"Kami dapat tahu tentang pelan induk mereka apabila menyoal anggota IS Murad Halimuddin (yang telah didakwa dan dipenjarakan).
"Murad berkata mereka mahu menculik pemimpin yang mereka anggap sebagai 'tagut'.
"Mereka juga mengancam untuk bertindak terhadap anggota polis dan tentera yang mereka dakwa sebagai penyokong pemimpin 'tagut," kata seorang pegawai Bukit Aman, yang tidak mahu namanya disiarkan.
Hishammuddin berkata, serangan pengganas di Paris adalah peringatan betapa bahayanya ancaman pengganas itu.

Budaya Santuni Guru

TS Muhammad Taib

Kita amat bersetuju dengan titah Tuanku ini.
Tapi realitinya ia tidak dilakukan oleh kita.
Lihat sahaja siapa yg dapat tempat di dada2 akhbar. Siapa yg diberi 'prominent' dan disanjung tinggi dalam media.
Slogan2 rasis dan perkauman jadi tajuk2 berita utama di dada2 akhbar. Kejayaan pendidik jarang diberi keutamaan di media2.
Kejayaan ciptaan2 sains tak disiar. Kejayaan2 petani2 di kampung2 jarang ada.
Yang banyak ada ialah kisah2 rogol, rompak, tipu, kahwin dua tiga etc. Cerita2 guru kurang malah semakin tak ada. Barangkali juga pembaca lebih berminat baca kesah2 rompak, tipu dll. Media pun siarkan kisah2 yg diminati pembaca.
Luar Negara
Di luar negara lain pula kisahnya.
Baru2 ini seorang calon Presiden Amerika Syarikat Hilary Clinton berkata Barat kini menanggung akibat apa yg mereka lakukan sebelum ini bila mereka membantu dgn membiayai menubuhkan AlQaeda dan ISIS pada suatu ketika dahulu untuk menentang seteru mereka Rusia dll.
Clinton berkata 'Apa yg kita tanam dahulu kita tuai hari ini'.
Maknanya dulu mereka menubuhkan AlQaeda tapi sekarang AlQaeda jadi musuh mereka. Dulu mereka tubuh ISIS tapi sekarang ISIS jadi musuh mereka.
Perang Dunia 1 & 2. 
Barat juga selepas Perang Dunia Pertama & Perang Dunia ke Dua secara sengaja menubuhkan negara Israel pada tahun 1948 di tengah2 negara Palestine di Timur Tengah.
Cadangan ini dibuat oleh (Lord) Balfour dari Britain dan disokong oleh Peranchis, US & sekutu2 mereka yg lain.
Lalu dengan persetujuan League of Nation (Kini Bangsa2 Bersatu) negara Israel ditubuh. Ramai orang Yahudi dari Eropah, Rusia, US dan lain2 pindah berpusu2  ke Negara baru mereka, Israel.
Mereka amat gembira kerana kini mereka mempunyai sebuah negara bernama Israel.
Mereka mula angkuh. Mereka anggap mereka lebih maju dan lebih berjaya. Mereka berjaya dalam bidang bank, surat khabar, insurance, perkapalan, media dan lain2. Mereka begitu berjaya dan berpengaruh di US, Britain, Peranchis dan di banyak negara di Eropah. Mereka juga meningkat pengaruh dalam bidang politik di US dan negara2 barat.
Bukan hanya begitu, malah negara mereka ini dipertahankan oleh kuasa2 besar dunia seperti US, Britain, Peranchis dan lain2.
Dari tahun 1948 hingga ke hari ini kawasan di Timur Tengah tidak pernah aman sejak negara Israel ditubuhkan.
Dengan sokongan negara2 Barat Israel mula bermaharajalela mengebom dan membunuh org2 Palestine dan orang2 Arab.
Berpuluh ribu orang mati. 
Negara2 lain di Timur Tengah seperti Syria, Iraq, Libya, Yeman dan lain2 juga mula semakin bergolak di atas campur tangan kuasa2 luar.
Akibatnya beratus  ribu pelarian lari dari negara mereka menuju ke merata tempat seperti Eropah dan US. Anak2 kehilangan ibu dan bapa. Keluarga berpisah.
AlQaeda dan Isis yang pada satu ketika jadi alat Barat menentang Russia dan bila Rusia tewas di Afghanistan kumpulan ini dibiarkan. Mereka jadi liar. Lalu mereka menjadi kumpulan extremis seperti 'polong tak bertuan'.
Ada yg pergi ke luar negara ke US, Britain, Peranchis dan lain2. Mereka inilah yang membuat kekacauan seperti di Peranchis pada hari Jumaat yg lepas.
Kuasa Barat banyak berada negara2 Timur Tengah. Mereka bunuh ramai pihak ISIS di Syria. Seperti juga Israel bunuh ramai orang Arab di Palestine.
Apa yg berlaku di Paris pada hari Jumaat lepas bukanlah cerita pelik sangat.
Negara2 barat mencipta masalah dengan mula2 sekali menubuhkan sebuah negara bernama Israel di tengah2 Timur Tengah. Kedua mereka banyak sponsor kumpulan2 seperti AlQaeda dan ISIS. Mereka juga pada suatu ketika bersahabat dengan pemimpin2 seperti Saddam Hussein (Iraq) dan Muamar Gadhafi (Libya). Akhirnya mereka jadi musuh dan akhirnya terpaksa dihapuskan.
Ini ibarat kita membela anak harimau. Bila anak harimau itu membesar ia tidak dapat dikawal.
Lalu kita kata harimau itu jahat.
Media barat seperti CNN dan BBC salahkan extremis Islam buat jahat di Peranchis. Mereka yang sebenarnya mencipta kumpulan penjahat ini. Merekalah mencipta AlQaeda dan ISIS.
Sekarang ini anak harimau yang mereka bela sudah menjadi besar. Harimau ini sudah pandai pergi ke negara mereka dan mula mengganas di sana.

Bajet susahkan rakyat, senangkan kerajaan - Hadi Awang

PAS telah meneliti Bajet 2016 seperti yang telah dibentang oleh YAB perdana menteri, yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015 baru-baru ini.
Berikutan dengan itu, sebuah jawatankuasa terdiri dari kalangan pakar yang mempunyai kepelbagaian latar belakang telah dibentuk oleh Lajnah Ekonomi dan Pengurusan Harta PAS serta Pusat Penyelidikan PAS (PPP) untuk meneliti kandungan bajet tersebut.
 Penelitian PAS terhadap bajet tersebut adalah dengan objektif paling utama, iaitu untuk memastikan agar perancangan dalam bajet tersebut tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam seterusnya kepentingan rakyat diberi keutamaan dalam kesemua aspek.
PAS juga meletakkan objektif penelitian bajet tersebut dengan hasrat agar dapat memberi cadangan dan penambahbaikan yang difikirkan perlu, khasnya dalam konteks membawa kesejahteraan serta mengurangkan bebanan rakyat.
Ke arah mencapai hasrat tersebut, PAS telah menyediakan sebuah dokumen bagi menjelaskan cadangan-cadangan PAS secara lebih spesifik berteraskan kepada prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam.
Dokumen ini akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia dalam tempoh terdekat dan akan disebarkan kepada umum selepas itu.
PAS berharap agar pihak kerajaan dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada cadangan-cadangan ini, serta memberi pertimbangan secara profesional demi kepentingan negara dan rakyat.
Kenyataan media ini bertujuan memberi makluman awal, secara ringkas kepada pihak media berkaitan maklum balas PAS terhadap bajet 2016.
Prinsip-prinsip Islam
Dalam menguruskan ekonomi termasuk berkaitan belanjawan oleh sesebuah pemerintah, PAS ingin menegaskan beberapa prinsip-prinsip penting yang dilihat tidak dijadikan panduan dalam menyediakan belanjawan negara kali ini:
(1) Harta negara tidak boleh berlegar dalam kalangan golongan kaya sahaja. Prinsip ini jelas dinaskan dalam al-Quran al-Karim pada ayat 7 surah al-Hasyr yang bermaksud:
“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”

'Bukan terdesak tapi strategi bertapak' - Amanah

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menolak kenyataan beberapa pemimpin Pas Selangor yang menyifatkan parti berkenaan ‘mengacau’ Pas kerana terdesak untuk mendapatkan kerusi bagi bertanding dalam pilihan raya akan datang di negeri ini.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, tindakan tersebut adalah strategi Amanah dalam berpolitik.
“Bukan terdesak, tetapi itu memang strategi kami untuk bertapak di negeri di mana kami mula.
Khalid Samad “Perkara ini saya rasa turut dilakukan oleh mana-mana parti politik dan tak ada parti politik yang tak mahu bertapak di tempat di mana mereka bermula,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, Amanah ada pendekatan sendiri dan mereka akan tentukan pendekatan dan pandangan yang lebih baik dan berpengaruh.
“Sebab itu kita tubuhkan Amanah sebab nak tunjuk kepada masyarakat cara berjuang politik Islam yang sepatutnya.
“Sambil itu kita boleh tunjukkan cara yang praktikal dan orang yang sokong kita kena buat macam mana parti politik lain buat iaitu menubuhkan kawasan, cawangan dan sebagainya," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, tidak timbul isu cemburu atau gila kuasa kerana apa yang dilakukan oleh Amanah adalah sebahagian daripada gerak kerja parti mereka.
“Takkan kita nak buat kawasan atau cawangan sendiri dianggap sebagai gila kuasa?
“Dalam soal berpolitik kita tak boleh menunjukkan cara yang sempit, sebaliknya kita kena tunjuk cara yang paling baik berkesan dan sesuai dengan keadaan semasa,” katanya.
Menurutnya, Pas sepatutnya menunjukkan rasa hormat dengan cara yang digunakan oleh Amanah dalam berpolitik, bukan mengkritik dengan mengatakan mereka terdesak atau cemburu.
“Biar kita berpolitik cara matang supaya dapat lihat perbezaan pandangan dan cuba manfaatkannya untuk kebaikan semua,” katanya.
“Pas ada cara mereka dan kami juga ada cara kami yang harus diteruskan dan dihormati,” katanya.
Khalid yakin sekiranya Pas menghormati Amanah, mereka pasti dapat bersama-sama menguatkan kedudukan pembangkang dan mencapai misi untuk menumbangkan Umno dan BN.
“Kita datang nak menyelamatkan keadaan berkenaan dengan satu kaedah yang akan dapat sokongan orang ramai dengan tujuan nak jatuhkan BN.
“Cara yang terbaik untuk Pas dan Amanah ialah saling menghormati antara satu sama lain dan mengukuhkan pembangkang dengan bekerjasama,” katanya.

Amanah pertikai Pas lantik Penyelaras Parlimen Tumpat


Wan Mohd Johari

TUMPAT – Parti Amanah Negara (Amanah) Tumpat kesal tindakan Pas Kelantan melantik Penyelaras Parlimen Tumpat bagi menggantikan tugas Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai PKR.
Ketua Penaja Amanah Tumpat, Wan Mohd Johari Wan Omar berkata, pelantikan itu nyata bertentangan dengan semangat kerjasama Pas dan PKR seperti yang digembar-gemburkan parti itu selama ini.
Katanya, tindakan Pas itu jelas tidak tidak menghormati PKR sebagai rakan sekutu tunggalnya buat masa sekarang.          
“Seperti yang kita sedia maklum, Pas menegaskan mereka masih bersama Pakatan Rakyat dan bekerjasama (bertahaluf) dengan PKR.
“Ini dibuktikan dengan beberapa siri kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pas sejak dari krisis sehingga meruntuhkan Pakatan Rakyat,” katanya.
Sinar Harian difahamkan, Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang juga Exco Kerajaan Negeri telah dilantik Pas Kelantan sebagai Penyelaras Parlimen Tumpat.
Wan Johari berkata, selain Penyelaras Parlimen Tumpat, Pas Kelantan juga telah melantik Naib Yang DiPertua Pas Kawasan Tumpat, Wan Roslan Wan Hamat sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Jajahan (JHET) bagi mewakili Ahli Parlimen Tumpat.
Beliau mendakwa, pelantik Wan Roslan yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar telah dibuat tanpa berunding dengan PKR.
Wan Mohd Johari memaklumkan pengumuman lantikan itu dilakukan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob merangkap  YDP Pas Tumpat pada 7 November lalu di Dewan Wisma I’badurrahman, Pejabat Pas Dun Pasir Pekan.

Syok sendiri 4

Umno bertanding di 121 kerusi di pilihan raya umum (PRU) ke-13 dan memenangi 72% atau 87 kerusi. 73 kerusi atau 68% daripada 107 kerusi dimenangi di Semenanjung manakala 14 daripada 14 kerusi dimenangi di Sabah.
Jika kejayaan ini diteruskan, Umno hanya memerlukan 25 kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan Malaysia di PRU14. 25 kerusi selamat ini ada di tangan PBRS (1) di Sabah dan PBB (14), SPDP (4), PRS (6) di Sarawak – 4 parti Barisan Nasional (BN) yang mencapai kemenangan 100% di PRU13.
Ada 8 kerusi lagi yang boleh dijadikan “buffer” berada di tangan PBS (4) dan UPKO (4) untuk menjadikan BN mempunyai 120 kerusi yang agak selamat daripada 157 kerusi yang ditandingi parti-parti kuat BN ini memasuki PRU14.

Pada hari ini, BN masih dalam keadaan agak selesa untuk mengekalkan kemenangan sekiranya Umno dapat mengekalkan prestasinya.Siapa yang memikul tanggungjawab terbesar menumbangkan BN?
Terdapat 65 kerusi goyah BN ditandingi SUPP (7), MCA (38), MIC (11), Gerakan (8) dan PPP (1). Pembangkang memenangi 78% atau 51 kerusi daripada 65 kerusi ini.
DAP membolot hak bertanding sebanyak 42 daripada 65 kerusi ini di PRU13, dan dijangka akan terus mengekalkan haknya ke atas kerusi ini di PRU14.
Ini bermakna 84% atau 42 kerusi daripada 50 kerusi yang ditandingi DAP di PRU13 adalah bertembung dengan parti-parti goyah di BN. Kerusi-kerusi juga diidamkan calon-calon PKR kerana kerusi ini mempunyai peratus kemenangan yang tinggi bagi calon bukan Islam daripada pembangkang.
Tugas DAP dillihat jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan PKR, yang terpaksa bertembung 79 atau 81% kerusi daripada 98 kerusi yang ditandinginya dengan parti-parti kuat di BN, dan PAS yang bertarung dengan parti kuat BN pada kadar 96% atau 70 daripada 73 kerusi yang ditandinginya di PRU13 yang lalu.
Ini bermakna sebenarnya tanggungjawab menewaskan BN dipikul sepenuhnya PAS dan PKR. Namun, nasib baik, PKR masih mengekalkan hubungan dengan PAS kerana ada di kalangan PKR yang dapat memahami untuk menumpaskan BN, pembangkang perlu menumbangkan Umno, dan PAS dan PKR melawan Umno di 120 kerusi daripada 121 kerusi Umno bertanding.

K'jaan bayar RM60 juta kepada firma AES, kata menteri Liow

 Kerajaan telah membayar RM60 juta sebagai fi perkhidmatan kepada dua syarikat yang menguruskan kamera lalu lintas Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sehingga 25 Ogos tahun ini, hampir RM27.2 juta dibayar kepada ATES Sdn Bhd, manakala RM32.9 juta dibayar kepada Beta Tegap Sdn Bhd.
Dalam jawapan bertulis kepada Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam), Liow berkata, daripada 23 September 2012 sehingga 30 September tahun ini, 2.144 juta saman dikeluarkan.
"(Ini) bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat," kata menteri itu.
Sistem AES disemak semula tidak lama selepas dibuat menerusi talian kerana rakyat berang dengan pelaksanaannya.
Semalam, Liow dipetik Bernama sebagai berkata bahawa saman AES masih perlu dibayar.
Beliau juga berkata kerajaan akan mengumumkan hasil kajian AES tidak lama lagi dan diselaraskan dengan sistem markah demerit (Kejara).
Pada masa ini, empat belas kamera AES sedang beroperasi.

Saifuddin Abdullah, kehidupan selepas Umno

 Datuk Saifuddin Abdullah gembira dengan kehidupannya kini yang dirasakan memberi lebih kebebasan untuk menumpukan tenaga kepada minat sebenarnya iaitu kesederhanaan dan pembaharuan politik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 16 November, 2015. 
 Datuk Saifuddin Abdullah gembira dengan kehidupannya kini yang dirasakan memberi lebih kebebasan untuk menumpukan tenaga kepada minat sebenarnya iaitu kesederhanaan dan pembaharuan politik.

Sejak meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) untuk menyertai PKR, Datuk Saifuddin Abdullah kini, seperti diakuinya sendiri, "secara teknikalnya, menganggur". Sedangkan kira-kira sebulan lalu, bekas ahli Umno itu akan menyambut tetamu ke pejabatnya di menara di Damansara Heights; minggu lepas beliau bertemu The Malaysian Insider untuk temubual ini dalam bilik yang sempit tanpa hiasan di ibu pejabat PKR di Merchant Square.
Bagaimanapun, perubahan suasana, kehilangan gaji bulanan dan label penganggur itu tidak dilihat menjejaskan Saifuddin, yang seperti biasa, terus santai dan ceria.

"Saya terima pencen daripada tugas saya sebagai timbalan menteri dan bekas ahli Parlimen, dan itu sudah cukup untuk saya dan keluarga. "Gaya hidup kami memang tidak pernah bermewah pun," kata Saifuddin dengan ketawa nakal.
Jelas kelihatan, Saifuddin tidak menyesal kerana meninggalkan Umno walaupun pernah memegang jawatan sebagai timbalan menteri dan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada kemuncak kerjayanya.
Ya, ada rakan sudah kurang menghubunginya, dan seorang atau dua pemimpin Umno menghinanya secara terbuka, katanya.
Tetapi sebagai ahli PKR, Saifuddin berkata, beliau mempunyai lebih banyak ruang dan kebebasan menumpukan tenaga kepada minat sebenarnya: kesederhanaan dan pembaharuan politik.
Saifuddin sentiasa dikenali sebagai seorang yang pro-moderat dan mengkritik kerajaan, walaupun ketika beliau masih berada di pihak pemerintah.
Sebagai bekas timbalan menteri pengajian tinggi, beliau pernah antara lain, mendesak pelajar diberi hak mengambil bahagian dalam politik, bersimpati dengan perhimpunan Bersih dan lantang bersuara menentang pembekuan pinjaman kerajaan persekutuan untuk universiti milik Selangor.
Tetapi sudah tentu, terdapat batasan dalam menyokong kesederhanaan dan perubahan apabila anda berada dalam parti Melayu yang memerintah – terutama yang semakin tunduk kepada pengaruh sayap kanan, kata Saifuddin.
Sekarang beliau berada di "sebelah satu lagi" bahagian politik, tiada apa yang boleh menghalang dan masyarakat lebih mudah menerima mesej beliau, katanya.
"Sebelum ini, apabila saya bercakap tentang perkara-perkara sebegini, orang Umno hanya akan memandang saya tanpa perasaan dan bertanya, 'apa yang anda katakan ini'?
"Orang-orang di atas pagar akan berkata, 'ya, saya setuju dengan apa yang anda katakan, tetapi, anda berada dalam parti yang salah. Saya tidak fikir banyak yang anda boleh lakukan dalam parti anda.'
"Sekarang, saya dapat merasakan, ya, penerimaan itu lebih baik dan orang ramai memahami dengan sempurna apa yang ingin saya katakan.

Sekolah agama swasta semakin popular di kalangan ibu bapa Islam

Sistem pendidikan bersepadu antara pendidikan agama dan akademik menyebabkan ramai ibu bapa memilih menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama swasta. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 November, 2015. 
Sistem pendidikan bersepadu antara pendidikan agama dan akademik menyebabkan ramai ibu bapa memilih menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama swasta. 

Sekolah agama Islam swasta semakin popular kerana lebih ramai ibu bapa Islam di bandar melihat ia sebagai "terbaik dalam pembelajaran 2 aspek" dari segi pendidikan akademik dan agama. Ketika ramai percaya mengasingkan dan mendidik anak-anak mengikut kaum dan agama adalah tidak sihat untuk masyarakat berbilang kaum di Malaysia, namun ibu bapa dan pendidik di sekolah ini menyangahnya, mengatakan mereka masih muda dan tidak mudah terpengaruh dengan ideologi pelampau, seperti Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Pelajar di beberapa sekolah ini juga agak fasih dalam bahasa Inggeris, terutamanya disebabkan oleh latar belakang keluarga mereka, di mana bahasa Inggeris digunakan di rumah.

Salah satu lagi faktor ialah tahap penglibatan ibu bapa yang begitu tinggi, dengan mengumpulkan dana untuk membantu tenaga pengajar dan aktiviti sekolah. The Malaysian Insider melawat 2 sekolah milik Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Ikram Malaysia, selepas mendengar tentang populariti sekolah persendirian Islam dalam satu forum baru-baru ini berhubung pendidikan swasta.
Rokiah Abdul Rahman (kiri) dan Zanariah Ibrahim (kanan) memilih Sekolah Agama Al-Amin di Gombak kerana jatuh cinta dengan sistem pendidikan yang ditawarkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 November, 2015.Rokiah Abdul Rahman (kiri) dan Zanariah Ibrahim (kanan) memilih Sekolah Agama Al-Amin di Gombak kerana jatuh cinta dengan sistem pendidikan yang ditawarkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 November, 2015.
Halimatul Mohamed, 48, berkata beliau memilih menghantar anak-anaknya ke Sekolah Al-Amin, Gombak kerana mahu mereka mempunyai keseimbangan dalam pendidikan agama dan akademik. "Sekolah ini seimbang, dan apabila kita mengikuti perkembangannya, kita jatuh cinta dengan sistemnya, di mana ibu bapa dan guru-guru bekerjasama untuk membantu pelajar supaya lebih cemerlang," katanya dalam satu temu bual bersama The Malaysian Insider.
Rakannya, Zanariah Ibrahim, 52, bersetuju dengan mengatakan lebih baik anak-anak mereka berada di sekolah selama 9 jam daripada berada di sebuah sekolah kerajaan di mana mereka hanya akan menghabiskan setengah hari tetapi kemudian terpaksa menghadiri kelas-kelas agama selama beberapa jam di lokasi yang berbeza.
"Ia memenatkan jika mereka perlu naik dan turun seperti itu. Ini jenis sekolah menyepadukan kedua-duanya, dan ia adalah mudah untuk ibu bapa yang bekerja," katanya.
Seorang lagi ibu, Rokiah Abdul Rahman, 58, berkata, tidak menyesal menghantar anak-anaknya dan juga berharap cucunya akan menghadiri sekolah seperti di Al-Amin.
Rokiah, alumni Sekolah Tinggi Perempuan Melaka menambah, satu keunikan di kalangan pelajar-pelajar sekolah-sekolah agama swasta adalah mereka kekal rapat walaupun selepas membesar dan berumah tangga.
Halimatul senada dengan Rokiah, sambil menambah terdapat juga satu ikatan erat antara ibu bapa dan guru, yang akan bersama-sama melaksanakan projek dan aktiviti.
"Pada hujung minggu, kami cuba untuk membantu guru dalam apa juga cara yang boleh.
"Sebagai contoh apabila mereka mempunyai bengkel SPM dan kelas tambahan, kami akan menyediakan makanan, supaya guru boleh menumpukan perhatian kepada pengajaran," kata Halimatul, yang belajar di Sekolah Convent Ipoh.
Pengetua Sekolah Menengah Al-Amin Norma Mohamad berkata, walaupun ramai yang memohon memasukkan anak ke sekolah ini, hampir separuh terpaksa ditolak kerana tidak lulus ujian saringan yang dilakukan pihak sekolah. – GambarThe Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 November, 2015 
Pengetua Sekolah Menengah Al-Amin Norma Mohamad berkata, walaupun ramai yang memohon memasukkan anak ke sekolah ini, hampir separuh terpaksa ditolak kerana tidak lulus ujian saringan yang dilakukan pihak sekolah. – GambarThe Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 November, 2015Pengetua Sekolah Menengah Al-Amin Norma Mohamad berkata, ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak mereka di sini, tetapi malangnya hampir separuh daripada permohonan yang diterima tidak diluluskan selepas ujian saringan kemasukan.
Kebanyakan ibu bapa yang berpendapatan sederhana, dan hanya sebilangan kecil daripada kategori berpendapatan rendah dibantu menggunakan dana sekolah bagi yang kurang bernasib baik.
Norma berkata, sekolah itu berpandukan kepada jadual ketat, yang memerlukan guru-guru untuk menyelesaikan sukatan pelajaran kerajaan pada Julai, selepas itu mereka akan memulakan kelas ulangkaji intensif.