Jumaat, 13 November 2015

Mahahir, Anwar bersatu kembali di penjara?

Di tengah-tengah asakan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, veteran DAP membangkitkan persoalan sama ada nasib Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan berakhir di penjara.
Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang membangkitkan sama ada Mahathir akan mengikut jejak langkah musuh politiknya sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Adakah Mahathir akan berakhir dalam sel sebelah Anwar di penjara selepas kenyataan mengejutkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak?” soal Lim.
 Salleh kelmarin berkata berkata jika idea Mahathir bahawa gaya hidup mewah boleh digunakan sebagai bukti rasuah, maka bekas perdana menteri itu sendiri mungkin akan masuk penjara.
Beliau berkata keluarga Mahathir sendiri terlibat mengamalkan gaya hidup mewah.
Mahathir sebelum ini pernah berganding mentadbir negara ini sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sehinggalah Anwar dipecat pada 1998.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, Lim juga membangkitkan kemungkinan gandingan baru Anwar-Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia daripada pelbagai masalah politik, ekonomi dan urus tadbir.

PAS tak perlu tandatangan perjanjian baharu, kata Azmin kepada Amanah

 Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak melihat keperluan PAS Selangor menandatangani perjanjian baharu dengan Pakatan Harapan kerana semua pihak bersetuju berpegang kepada dasar serta manifesto bersama Pakatan Rakyat terdahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 November, 2015. 
 Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak melihat keperluan PAS Selangor menandatangani perjanjian baharu dengan Pakatan Harapan kerana semua pihak bersetuju berpegang kepada dasar serta manifesto bersama Pakatan Rakyat terdahulu.

 Tidak ada keperluan untuk PAS Selangor menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan di negeri itu kerana wujud perjanjian sedia ada yang dibentuk melalui gabungan terdahulu, Pakatan Rakyat (PR), kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Amanah, dalam satu kenyataan hari ini berkata, PAS Selangor berjanji berpegang kepada dasar dan manifesto bersama PR untuk bersama-sama meneruskan pentadbiran negeri.
"Oleh itu, mengikut pandangan MB Selangor, perjanjian baharu antara PAS dan Pakatan Harapan adalah tidak perlu," kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad.

"Amanah menerima baik pendirian MB yang kerajaan Selangor bukan kerajaan Pakatan Harapan seperti kerajaan Pulau Pinang atas sebab keterlibatan PAS dalam kerajaan Selangor. "Namun, Pakatan Harapan tetap diiktiraf dan mempunyai tempat di dalam pentadbiran negeri Selangor," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan antara Amanah dengan Azmin semalam, yang membincangkan isu kerajaan negeri Selangor serta perkara lain yang berkaitan.
Pakatan Harapan adalah pakatan pembangkang yang baharu, terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, selepas pakatan sebelum itu, Pakatan Rakyat, yang termasuk PAS, diisytiharkan terkubur.
Walaupun Pulau Pinang mengakui ia kini kerajaan Pakatan Harapan, Azmin sebelum ini berkata, pakatan pembangkang baharu itu tidak akan memberi kesan kepada negeri yang di bawah pentadbirannya.
Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam, berkata Amanah juga mengalu-alukan kenyataan menteri besar Selangor itu yang perjanjian rasmi antara semua parti komponen dalam Pakatan Harapan sedang disediakan.
Beliau turut merujuk kepada satu kenyataan baru-baru ini oleh bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa, yang mendakwa terdapat usaha dalam PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

Jakim tak ikut Perlembagaan, Putrajaya tiada kuasa atas Islam, kata ahli Umno

Menurut Perkara 3(11), yang menyentuh hak setiap kumpulan agama menguruskan hal ehwal agamanya sendiri adalah berkaitan hak orang bukan Islam, dan ini bermakna Yang di-Pertuan Agong juga tidak berhak bercakap mengenai Islam bagi pihak seluruh negara kecuali pemerintah negeri membenarkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 November, 2015. 
Menurut Perkara 3(11), yang menyentuh hak setiap kumpulan agama menguruskan hal ehwal agamanya sendiri adalah berkaitan hak orang bukan Islam, dan ini bermakna Yang di-Pertuan Agong juga tidak berhak bercakap mengenai Islam bagi pihak seluruh negara kecuali pemerintah negeri membenarkan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak berperlembagaan dan Putrajaya tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam, kata seorang ahli akar umbi Umno, mengulas perdebatan yang berlangsung ketika ini mengenai kerelevanan pihak berkuasa agama itu.
Bekas setiausaha bahagian Bandar Tun Razak Barisan Nasional (BN) Zaharin Mohd Yasin berkata, atas dasar ini, beliau menyokong saranan anak bekas timbalan perdana menteri, Tawfik Ismail, supaya Jakim dimansuhkan.
Katanya kedudukan "menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama", yang kini dipegang Datuk Seri Jamil Khir Baharom, juga perlu dihapuskan.

"Saya setuju Jakim perlu dimansuhkan. Ia bertentangan dengan Perlembagaan, yang menyatakan agama perlu berada di bawah bidang kuasa tunggal setiap pemerintah negeri. "Kerajaan pusat tidak perlu terlibat langsung dalam Islam atau pengurusannya. Ia tidak berperlembagaan dan akhirnya, mereka hanya akan mempolitikkan agama. Ia perlu berada di bawah Majlis Raja-Raja sahaja.
"Walaupun sekiranya DAP memerintah Malaysia satu hari nanti, dan ia membubarkan Jakim, tidak mengapa – tindakan itu selaras Perlembagaan," kata Zaharin, yang lebih dikenali dengan nama pena Sang Kelembai, kepada The Malaysian Insider.

Menteri terlibat dalam ‪‎skandal YaPEIM‬


JAMIL KHIR GUNA WANG YaPEIM BIAYAI PERJALANAN KE LUAR NEGARA BERSAMA ISTERI, MAIN GOLF DAN LAWATAN KE PUSAT MEMBELI-BELAH DENGAN JUMLAH KESELURUHAN RM 410, 978.56

National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini tampil dengan pendedahan yang paling mengejutkan berkaitan skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dimana wang yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalah gunakan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Y.B Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.
Mengikut dokumen yang NOW perolehi, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri beliau Datin Seri Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti satu rombongan ke Amerikat Syarikat bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014.
Lawatan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dikatakan melewati bandar Washington D.C, Minnesota dan Iowa.
Walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan ‘Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM’, berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat bersuka ria dan langsung tiada unsur amal jariah.
Di antara pembayaran yang telah dibuat adalah seperti berikut:-
1. Golf – keraian Menteri
2. Jamuan Promosi / keraian VVIP ( flower Chocolates and Fresh Fruits)
3. Jamuan Makan – keraian Menteri
4. Cenderahati Menteri
5. 22, 23, 26 & 27 Mei 2014 (GROUP: VVIP) USAGE TO LEESBURG OUTLET + OT
Berdasarkan semakan kami, Leesburg Corner Premium Outlet merupakan sebuah Pusat Membeli-belah “upscale outlet” barangan berjenama yang terletak di Washington DC yang dikunjungi oleh rombongan Menteri Hal Ehwal Islam sebanyak 4 hari dimana perbelanjaan pengangkutan sahaja mencecah RM 5,908.35.
Lebih mendukacitakan lagi, pembayaran bagi perbelanjaan-perbelanjaan oleh Menteri dan rombongannya ini dibuat melalui institusi dibawah kawalan YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang mana duit tersebut adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin.
Lembaga Pengarah PEMANGKIN adalah Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu pemimpin Wanita UMNO yang berpengaruh di YaPEIM manakala Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil merupakan pengerusi PEMANGKIN. Kedua-dua individu inilah yang dilantik oleh Dato’ Seri Jamil Khir sebagai Presiden dan Pengerusi serta Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perjalanan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dianggarkan sebanyak RM 410, 978. 56.

Media bohong isu air, MB ambil tindakan undang-undang

SHAH ALAM, 12 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada media yang melaporkan pembohongan dalam isu kenaikan tarif air.
IMG_6667Beliau berkata, hal itu kerana Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan persetujuan untuk menaikkan sebarang kenaikan tarif air kepada penduduk negeri itu.
“Saya kecewa kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab seakan Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan tarif air. Saya kesal ucapan penggulungan saya diputar belit sebahagian media yang merosakkan imej Kerajaan Negeri.
“Ini satu pembohongan. Oleh itu, kerana fitnah ini, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang,” katanya dalam penggulungan peruntukan pembangunan Belanjawan Selangor 2016, di Sidang Dewan Negeri, di sini.
Mohamed Azmin turut membacakan hansard dewan jawapannya semalam yang menjawab soalan Sulaiman Razak (BN-Permatang) dan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) dalam sidang dewan itu.
Beliau turut mencabar pihak media dan Adun terbabit supaya memberikan bukti kenyataan Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan kadar tarif air itu.
“Dalam hansard dewan ini, saya menyatakan setiap pengambilalihan syarikat pastinya mempunyai implikasi kos untuk memastikan ia efisyen dan bertanggungjawab serta holistik. Namun, pendirian Kerajaan Negeri memastikan sebarang kenaikan tidak membebankan pengguna.
“Tidak ada saya menyebut bersetuju menaikkan tarif air. Kedua, itu sebab Kerajaan Negeri mengambil keputusan hasil Akta Wasia supaya industri air tidak diswastakan, malahan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri.
“Kita percaya Kerajaan Negeri boleh menguruskan dengan baik. Jika ada keperluan untuk naikkan tarif itu, kita tentukan selepas Kerajaan Negeri mengambil alih semua syarikat,” katanya.
Beliau berkat,a Air Selangor sedang meneliti dan mengenal pasti kesan implikasi dua syarikat dengan bertanggungjawab.

SRC: Lagi ‘wayang politik” Najib – Pas

Perdana Menteri dikatakan tidak serius berhubung siasatan dana derma RM2.6 bilion dan SRC International kerana sehingga kini dua saksi penting belum dipanggil.
Tuan-Ibrahim_najib_1mdb_600PETALING JAYA: Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersetuju diambil keterangan berhubung dana derma RM2.6 bilion dan SRC International daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekadar ‘wayang politik’.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan kenyataan itu kerana sehingga kini dua saksi penting iaitu Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil dan Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yasin masih belum dipanggil untuk disiasat SPRM.
Katanya, jika serius Najib sepatutnya membenarkan dua saksi itu disiasat kerana mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
“Jika Najib berminat untuk mendedahkan segala ‘kebenaran’, Pas menyarankan agar Perdana Menteri menggunakan segala kuasa yang ada untuk mengarahkan Nik Faisal dan Suboh Md Yasin untuk kembali ke Malaysia untuk disoalsiasat oleh SPRM.
“Jika ini semua tidak berlaku, maka kemungkinan besar ini semua hanyalah wayang politik seperti laungan Najib untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang tidak terjadi sehingga hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Blackout 505: 18 aktivis diarah bela diri

Bekas Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin, aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim dan Annie Ooi Siew Lan - lebih dikenali sebagai Aunty Bersih - adalah antara 18 aktivis diperintah membela diri di mahkamah, hari ini.
 Mereka berdepan dakwaan mengikut Seksyen 143 dan Seksyen 147 Kanun Kesekesaan, masing-masing berhubung menyertai perhimpunan disifatkan polis sebagai haram dan merusuh.
Semua 18 orang itu adalah sebahagian dairpada 33 aktivis yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut salah satu atau kedua-dua seksyen berkenaan.
Mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan di luar bangunan parlimen pada Jun 2013.
Daripada 33 tertuduh, hakim Abdul Rashid Daud mengarahkan 15 daripadanya dibebaskan.
Badrul Hisham - atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard - serta Adam Adli adalah antara aktivis yang menghadapi dua tuduhan.
Hakim memutuskan 22 Januari tahun depan untuk semua tertuduh tampil membela diri.
Himpunan berkenaan diadakan bagi mendesak pegawai dan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan kerana didakwa gagal menguruskan perjalanan pilihan raya dengan adil.

MUHYIDDIN TAK JADI DIPECAT?

Pulak? Sekejap tujuh, sekejap bukan tujuh...

Pening betullah dengan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor ini!!

Beliau sendiri yang dulu mengatakan ada tujuh pemimpin UMNO sedang disiasat dan akan diambil tindakan kerana kononnya parti sudah letih melayan pelbagai kenyataan mereka yang tidak sesuai di depan umum, hari ini lain pula cakapnya.

Siapa kata tujuh? Mungkin lebih...saya tidak tahu, katanya lagi.

Tidak pernah dalam sejarah, baik sebelum atau selepas diharamkan,  UMNO mempunyai Setiuasaha Agung yang merupakan ketua pentadbir parti yang suka cakap berbelit-belit dan berperangai sekalut ini.

Apakah dengan kenyataan ini bermakna lebih ramai ahli dan pemimpin UMNO akan diambil tindakan dalam mesyuarat MT akan datang nanti?
Siapa mereka?

Selain itu, Tengku Adnan juga mengatakan dakwaan bahawa Muhyiddin Yassin  akan dipecat menjelang Perhimpunan Agung UMNO ini hanyalah khabar angin semata-mata.

Saya tidak tahu siapa yang kata. Mungkin kamu dengar saja. Itu cuma desas-desus, tambahnya lagi.

Benarkah kenyataan terbaru Tengku Adnan ini?

Soalnya, adakah hanya Muhyiddin yang tidak dipecat dan terlepas daripada tindakan?

Bagaimana pula dengan Tun Mahathir Mohamad, Shafie Apdal dan yang lain-lain, apakah mereka turut tidak diambil tindakan dan dibebaskan sama?

Atau hanya Muhyiddin yang terlepas, tetapi yang lain-lain tetap dikenakan tindakan?

Politik bukan paksaan, tetapi pilihan - Prof Dr Agus


Parti Amanah Negara

KOTA BHARU - “Politik bukan paksaan, tetapi satu pilihan. Buatlah pilihan demi rakyat,” kata penganalisis politik, Datuk Profesor Agus Yusof mengulas hasrat Parti Amanah Rakyat (Amanah) mahu bertanding di Kelantan.
Menurutnya, lebih baik perkembangan politik sejak akhir-akhir ini diperhatikan sahaja bagi mengelakkan sebarang kontroversi dan provokasi timbul daripada kenyataan yang dikeluarkan.
“Bagi saya, politik kini semakin teruk. Namun, buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa.
“Insya-ALLAH balik dari Shanghai nanti saya akan ulas lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan menyatakan partinya akan meletakkan calon bertanding di negeri ini dan bersedia menggantikan pentadbiran Pas Kelantan pada PRU14 akan datang.
Mohamad berkata, langkah itu sangat penting untuk ‘menyelamatkan’ kerajaan Islam yang ditubuhkan Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tindak tanduk Husam dilapor kepada PAS Pusat - Che Abdullah


KOTA BHARU: PAS Kelantan akan membuat laporan kepada PAS Pusat terhadap tindak tanduk Adun Salor, Datuk Husam Musa yang berterusan mengkritik secara terbuka kerajaan negeri dan pimpinan parti.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pihaknya akan mengambil tindakan mengikut saluran ditetapkan parti.

“Dan tertakluk kepada PAS Pusat untuk mengambil apa-apa bentuk tindakan selepas ini.

“Bagi saya sebagai seorang pejuang demokrasi kebebasan bersuara tidak dihalang, kalau hendak bercakap cakaplah.

“Tetapi bagi orang yang sayang kepada parti dan jemaah biarlah mereka nilai dengan hati terbuka, boleh tengok sendiri kebenarannya,” katanya di sini.

Baru-baru ini ketika berceramah di Mulong, Husam dilaporkan mengulangi kecaman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kononnya PAS mahu membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor.

Malah beliau juga mengkritik secara terbuka kerajaan Kelantan di media sosial dan menerbit risalah khas yang diedar pada program anjuran PAN.

Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata rakyat yang tidak berpihak dan sayang kepada jemaah boleh tengok sendiri kebenaran segala dakwaan pemimpin terbabit.

Katanya, semakin banyak beliau bercakap lambat laun rakyat akan tahu kedudukan sebenar.

Mahfuz: Tiada rasional untuk Husam keluar PAS

Datuk Mahfuz Omar berpendapat, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa tidak akan keluar daripada parti Islam itu.
Malah, ahli Parlimen PAS Pokok Sena itu juga berkata, beliau juga melihat tiada rasional sekiranya Husam berbuat demikian.
Kata Mahfuz, berdasarkan pemerhatiannya, apa yang dilakukan Husam selama ini hanya untuk mengetahui ketelusan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan juga PAS.
"Saya tak fikir dia akan keluar (parti). Saya lebih melihat, dia nak ketelusan dalam pengurusan negeri khususnya dan parti (amnya). Itu apa yang saya dapat baca daripada kenyataan yang dilakukan. Tak lebih dari itu.
"Saya tak nampak apa rasionalnya dia nak keluar dari PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Selain itu, ditanya sama ada Husam masih lagi berteka-teki untuk keluar daripada PAS disebabkan baiah yang dilakukan sebelum ini, Mahfuz menafikannya.
Menurut Mahfuz, isu baiah bukan punca mengapa Husam masih lagi kekal bersama PAS.
"Saya tak fikir masalah baiah yang mengikat dia untuk tak keluar. Orang lain boleh keluar, tak akan dia tak boleh keluar. Saya lihat dia cuma mahukan ketelusan integriti dalam kerajaan negeri," kata Mahfuz.
Sehubungan itu, Mahfuz turut mencadangkan supaya kerajaan negeri Kelantan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam sekiranya pelbagai dakwaan yang dibuatnya sebelum ini tidak berasas.
"Kalau kerajaan negeri rasa apa yang dikatakan (Husam) salah dan tak betul, mereka harus ambil tindakan undang-undang pada Husam.
"Kerajaan negeri kena bersihkan nama mereka sama ada benar atau tidak apa yang didakwa Husam. Kalau tak benar, kena bersihkan imej kerajaan negeri dan Husam perlu diambil tindakan undang-undang. Ini soal integriti," ujarnya lagi.

RASUAH DAN UMNO

FAKTA !!!

"UMNO SEBUAH PARTI RASUAH. Imej UMNO yg ketiga ialah imejnya sbg parti yg galakkan RASUAH, parti yg korup, parti yg berkeliaran dgn buaya2 darat & yu2 laut yg tak segan silu menyapu DAN menelan segala projek DAN kontrak kerajaan DAN hak rakyat miskin tidak kira kaum"

"Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak shj org Melayu tetapi juga kaum bukan Melayu".

Tengku Razaleigh Hamzah, 4/4/2008

MITI gagal pertahan cadangan kawalan tembakau- MCTC

Langkah kawalan tembakau dalam Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPP) penting untuk menghalang industri tembakau daripada menggunakan mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) untuk menyaman kerajaan.

rokok-TPPAKUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia dipersoal apabila gagal mempertahankan cadangan asalnya untuk mengecualikan langkah kawalan tembakau dalam Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPP).
Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Molly Cheah berkata, perunding yang diwakili oleh pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam perjanjian tersebut didakwa tidak mempertahankan cadangan yang dibawanya sendiri dalam rundingan akhir di Atlanta, Amerika Syarikat.
“Langkah ini penting untuk menghalang industri tembakau daripada menggunakan mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) untuk menyaman kerajaan.
“Ini menunjukkan ia memberikan sedikit perlindungan kepada pihak industri daripada mengecualikan cadangan itu sepenuhnya,” katanya dalam satu sidang media pada Khamis.
Terdahulu, Malaysia telah membentangkan cadangan kawalan tembakau sepenuhnya dalam perjanjian itu semasa rundingan TPP ke-19 di Brunei pada Ogos 2013
Cadangan itu menyebut tembakau tidak boleh dilihat sebagai produk biasa dalam mempromosikan perjanjian perdagangan bebas tersebut.

Kit Siang seru sidang meja bulat kebangsaan atasi kemelut 1MDB


KUALA LUMPUR 12 NOV: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini menyeru semua pimpinan pelbagai pihak mengadakan sidang meja bulat peringkat kebangsaan bagi berbincang untuk menyelesaikan masalah di negara ini termasuk skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
ekonomiKatanya, mereka termasuk pemimpin dari kalangan masyarakat, agama, politik komuniti dan masyarakat sivil untuk mencari jalan penyelesaian demi memastikan Malaysia kembali bersaing dengan negara terbaik di dunia.
Beliau berkata, pimpinan parti pemerintah terbukti gagal menyelesaikan kemelut masalah, malah merekalah pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan Malaysia terjerumus dalam masalah.
“Malaysia mesti keluar masalah itu selepas sekian lama terperangkap dalam skandal ‘derma’ RM2.6 bilion dan skandal RM50 bilion 1MDB yang menyebabkan negara semakin terkebelakang.
“Kita harus mengembalikan keyakinan diri untuk bersaing dengan negara terbaik di dunia. Kita mesti mencari semula kehebatan kita sebagai rakyat Malaysia ,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu, berkata negara disibukkan dengan pelbagai krisis dan skandal yang gagal ditangani dengan baik menyebabkan pandangan dunia terhadap Malaysia pada dekad awal, berubah.
Pada masa ini, katanya, Malaysia jauh ketinggalan dari segi ekonomi, malah berkemungkinan diatasi negara lain dari Asia dan Afrika berikutan gagal bangkit dari krisis kewangan Asia pada 1990-an.

Skandal 1MDB: Media Melayu buat ‘pekak badak’ terhadap teguran Raja-raja Melayu

Rulers stmt 1mdbAhli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching kesal berikutan media berbahasa Melayu menggelapkan kenyataan Majlis Raja-raja Melayu mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sekalipun kenyataan itu sangat penting, beliau berkata teguran Raja-raja Melayu itu tidak mendapat liputan meluas dari kebanyakan media cetak arus perdana khususnya akhbar berbahasa Melayu.
Malah, katanya media tempatan berbahasa Melayu seolah-olah bersikap ‘pekak badak’ terhadap kenyataan Majlis Raja-raja Melayu itu yang mahu siasatan dibuat seberapa segera.
Justeru, Nie Ching berkata, DAP mengambil inisiatif mencetak 100,000 keping kenyataan itu untuk disebar kepada rakyat khususnya kawasan pedalaman yang kebanyakan dihuni penduduk keturunan Melayu.
1mdb campaign“Dengan ini, rakyat dari segenap lapisan akan memperoleh gambaran sebenar situasi yang menimpa negara,” katanya pada sidang media pelancaran kempen ‘Pantang Undur – Kempen Solidariti Bersama Kit Siang: Mana RM2.6 bilion’, hari ini.
Pada 6 Oktober lalu. Majlis Raja-raja Melayu membuat kenyataan yang meminta kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak terlibat.
Kenyataan dianggap sebagai teguran lantang kerana ia tidak pernah dibuat sebelum ini berikutan Majlis Raja-raja Melayu lazimnya hanya membuat kenyataan berkaitan kepentingan Melayu dan Islam.
Sebelum ini, Pakatan Harapan Johor termasuk Johor sudahpun memulakan kempen penerangan kepada rakyat dengan menyebar risalah pendedahan skandal 1MDB termasuk memuatkan kenyataan Majlis Raja-raja Melayu.

Harapan Amanah terhadap Belanjawan Johor 2016

dzulkefly
Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, pembangkang memuji pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana memperoleh RM400 juta pendapatan negeri dan merekodkan rizab tunai sebanyak RM2.76 bilion.
JOHOR BAHARU, 12 November:
Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menggesa kerajaan negeri itu memberi tumpuan dalam menangani masalah rakyat, khususnya perumahan dan hasil pendapatan per kapita di bawah Bajet Negeri Johor 2016.
Belanjawan negeri Johor 2016 dijadual akan dibahas di Dewan Undangan Johor pada 19 November ini.
Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, pembangkang memuji pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana memperoleh RM400 juta pendapatan negeri dan merekodkan rizab tunai sebanyak RM2.76 bilion.
“Dengan itu, Amanah negeri Johor menggesa kerajaan Johor untuk memperbanyakkan bilangan skim perumahan mampu milik dan juga menyemak harga siling bagi pemilikan rumah untuk warga asing,” katanya pada sidang media di Kelab South Chinese Press hari ini.
Turut hadir ke sidang media itu ialah Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.
Dzulkefly berkata, negeri itu mempunyai kedudukan kewangan yang baik dengan perolehan pendapatan negeri meningkat kepada RM1.5 bilion.
Keluaran Negara Kasar Johor bagi tahun lalu ialah pada 4.9 peratus, iaitu lebih tinggi daripada negara itu pada 4.7 peratus.
“Dengan itu, pendapatan per kapita rakyat Johor pada tahun lalu berada di tempat kesembilan selepas Melaka, Negeri Sembilan dan juga Pahang sebanyak RM25,302 atau pada purata RM2,000 sebulan.”
Jelas Dzulkefly, beliau berharap agar kerajaan negeri boleh merapatkan jurang pendapatan bagi rakyat dalam bajet negeri akan datang untuk tahun depan.
“Ini penting kerana kita perlu mengambil kira kos yang semakin meningkat dan juga nilai Ringgit Malaysia yang jatuh,” katanya.
Dalam pada itu, Dzulkefly menggesa agar kerajaan negeri menyemak semula harga siling pemilikan perumahan untuk warga asing terutamanya dari Singapura, kerana nilai mata wang ringgit yang jauh lebih kecil berbanding dengan Dollar Singapura.
Amanah Johor mencadangkan kenaikan harga siling minimum dari RM1 juta kepada RM1.5 juta hingga RM2 juta untuk menjaga kepentingan anak Johor.
“Kami juga ingin mencadangkan penambahan skim perumahan mampu milik di tanah milik kerajaan untuk membolehkan rakyat Johor yang sudah berkahwin di kalangan golongan muda untuk memiliki rumah sendiri,” katanya.

Siapa kata tujuh? Mungkin lebih, kata Ku Nan

Ku Nan
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menimbulkan teka-teki sama ada hanya tujuh pemimpin parti itu sedang disiasat atau lebih sekarang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengkritik parti.
PUTRAJAYA, 12 November:
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menimbulkan teka-teki sama ada hanya tujuh pemimpin parti itu sedang disiasat atau lebih sekarang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengkritik parti.
Beliau yang ditemui pemberita selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi Tahun 2015 di sini berkata, mesyuarat mengenai perkara itu sudah diadakan.
“Siapa kata tujuh? Mungkin lebih…saya tidak tahu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan siasatan terhadap tujuh pemimpin Umno yang didakwa mengkritik parti secara terbuka.
Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata tujuh pemimpin Umno sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.
Diminta mengulas lanjut mengenai jumlah pemimpin Umno yang disiasat pada masa ini beliau menjawab: “Dulu saya cakap tujuh, barangkali lebih. Saya tak tahu. Tunggu sajalah.”
Laporan media sebelum ini turut menyebut jawatankuasa yang dilantik sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden Umno sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.