Khamis, 12 November 2015

Tarif Air: MB Selangor nak saman TV3


Kesal dengan laporan berkaitan tarif air Selangor, Azmin Ali tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman ke atas stesen televisyen TV3.
Menteri besar itu berkata beliau kesal kerana jawapan penggulungan yang diberikan di DUN Selangor itu telah diputar belit sebahagian media yang didakwa cuba merosakkan imej kerajaan negeri.
"Saya kecewa kerana ada media tidak bertanggungjawab yang telah melapor seolah-olah kerajaan negeri bersetuju menaikkan tarif air.
"Ini satu pembohongan, fitnah dan saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana media, khususnya TV3 sekiranya mereka terus membuat pembohongan ini," tegas Azmin dalam ucapannya di sidang DUN Selangor, di Shah Alam, hari ini.
Semalam juga, ADUN Permatang Datuk Sulaiman Razak dan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Batang Kali) bertanya mengenai pendirian kerajaan negeri dalam menjamin tiada kenaikan tarif dengan penstrukturan semula industri air.
Sempat sindir Khalid suka tweet
Sambil membacakan jawapan dari hansard, Azmin menafikan kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh beliau.
"Dalam mana-mana program atau skim penstrukturan ini pastinya akan memberikan implikasi kos. Untuk memastikan pengurusan air lebih efektif dan memberikan perkhidmatan yang bertanggungjawab dan holistik, namun pendirian kerajaan Selangor adalah untuk memastikan sebarang kenaikan tarif air tak akan membebankan pengguna dan rakyat Selangor.
"(Jadi) di mana saya sebut bahawa kerajaan negeri telah setuju naikkan tarif air? Ini satu pembohongan," katanya.
Azmin sekali lagi menegaskan, sekiranya ada keperluan untuk menaikkan kadar tarif, maka ia akan ditentukan setelah kerajaan negeri mengambil alih keempat-empat syarikat berkenaan.

Sudahkah Pihak Berkuasa Siasat Kekayaan Melampau Keluarga Najib?


Sudahkah Pihak Berkuasa Siasat Kekayaan Melampau Keluarga Najib?Apa agaknya komen pro Najib bila membaca kenyataan Tun Mahathir ini -
Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, seseorang yang mengamalkan rasuah tidak akan mampu mengawal dirinya daripada membelanjakan wang itu.
Ini kerana katanya, "tidak seronok jika kumpulkan wang berkotak-kotak dan kemudiannya mati
"Kita sudah boleh bayangkan reaksi mereka, contohnya .... Habis tu, semua orang yang kaya itu makan rasuah lah !? atau .... sukahati dioranglah nak belanja mewah ke apa ke, duit diorang !
Jadi rasanya perlu sedikit tambahan ayat supaya maksud Tun Mahathir di atas tidak dialihkan tumpuan iaitu - Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah yang melangkaui pendapatan sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.
Sebelum ini pun Tun Mahathir pernah berkata perkara yang sama seperti masa perjumpaan dengan satu NGO sebelum bulan puasa baru ni ( KLiK ) . Antara lain Tun berkata -
ff
Sepatutnya bila kita lihat seorang yang bekerja bergaji, tiba2 dia duduk dalam mahligai., Income Tax patut pergi periksa dia. Macamana dia buat duit ? Tapi Income Tax tak buat apa. Kita kena desak ... supaya Income Tax tanya pasala apa dia duit banyak sangat ?!
Daripada mana dapat duit itu ? Apakah dia bayar cukai ataupun tidak ? Ini kita kena tanya.. cara hidupnya tak macam cara hidup Perdana Menteri yang lalu.
Rakyat tertanya2 apakah ada sebarang perhatian serius dan tindakan susulan selepas kenyataan Tun itu ? Ada Income Tax buat siasatan ? Ada SPRM pergi soal Najib dalam hal ini ?
Malahan dalam lamanweb SPRM sendiri ada poster yang menarik ini -PM Najib seorang penjawat awam yang gajinya dibayar oleh kerajaan kan ?

NOW: Jamil Khir lantik dua individu sertai yayasan

NGO National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertanggungjawab melantik dua individu menyertai lembaga pemegang amanah sebuah yayasan Islam naungan kerajaan yang kini di bawah penelitian kerana masalah kewangan.
Pengarah NOW Akmal Nasir yang merujuk surat daripada Jamil Khir yang ditujukan kepada penaung yayasan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memohon kelulusan untuk melantik dua individu berkenaan, bersama-sama dengan 10 orang lain untuk tempoh 1Januari, 2014, hingga 31 Disember 2016.
Akmal juga memiliki surat di mana Jamil Khir melantik seorang individu sebagai pengerusi merangkap presiden yayasan itu.
Beliau hari ini juga mendedahkan timbalan pengerusi merangkap timbalan presiden yayasan itu.
Kedua-dua mereka, bersama-sama dengan anak timbalan pengerusi dan suaminya, didakwa mendapatkan hampir RM2 juta setahun daripada pelbagai jawatan yang mereka pegang dalam yayasan itu dan anak-anak syarikatnya.
Yayasan yang sepatutnya meningkatkan ekonomi umat Islam dan melaksanakan program-program kebajikan, menerima pembiayaan daripada sumbangan orang ramai dan juga geran kerajaan serta pinjaman.
“Adakah Jamil Khir Baharom sedia mengaku kemungkinan berlakunya pecah amanah, ketirisan dan salah guna kedudukan di agensi (itu) sedangkan beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab dan keseluruhan Lembaga Pemegang Amanah dilantik atas nasihat beliau?” soal Akmal dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga menyoal sama ada Jamil Khir berani mendesak Najib untuk memecat pengerusi dan timbalan pengerusi yayasan itu.
Semalam, NOW mendakwa empat individu dalam yayasan naungan kerajaan itu memperolehi pendapatan mencecah RM2 juta setahun.
Akmal berkata secara purata mereka didakwa memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.

Rakyat bagi amanah mereka pantau pengurusan wang amal jariah YaPEIM

Pegang 26 jawatan bergaji...

Tapi mereka dan ahli keluarga ambil elaun lebih RM154,000 sebulan, RM1.85 juta setahun.

Atas nama pembangunan Ekonomi Islam. Takbir !!!

TAWFIK TUN DR ISMAIL 'BUNUH' KESEDERHANAAN KUMPULAN G25

Siapa Tawfik Tun Dr. Ismail? 

Selain umum mengenalinya sebagai anak bekas Timbalan Perdana Menteri kedua yang agak disanjung ramai, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfik sebaliknya tidaklah begitu dikenali walaupun pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut selama sepenggal antara tahun 1986 hingga 1990.

Beliau barangkali dipilih sebagai calon untuk bertanding dalam pilihanraya untuk mengenang jasa dan sumbangan ayahnya atau kerana UMNO mahu melihat waris Tun Dr Ismail terus menyumbang untuk negara, tetapi sepertimana kata pepatah "kuah tidak selalunya tumpah ke nasi", Tawfik gagal menyerlah sebagai pemimpin politik yang diharapkan mewarisi darah perjuangan ayahnya.

Di Parlimen, walaupun beliau agak ramah dan suka berbual, tetapi penonjolannya di dalam Dewan boleh dikira gagal sebagaimana harapan UMNO terhadapnya. Lantaran itu, beliau hanya dijadikan Ahli Parlimen selama sepenggal sahaja tanpa sebarang rekod yang boleh menyebabkan namanya dikenang.

Selepas itu, namanya tidak lagi pernah di sebut di mana-mana, bahkan jika orang berselisih bahu dengannya pun, barangkali ramai yang yang tidak mengetahuinya sebagai bekas Ahli Parlimen dan anak kepada Tun Dr Ismail yang disanjung itu.

Hanya baru-baru ini saja, apabila Tawfik bercakap mengenai banyak perkara dalam temubual dengan media sempena penerbitan sebuah buku mengenai bapanya, tiba-tiba namanya sebagai anak Tun Dr Ismail disebut semula.

Antara yang disentuhnya dalam temubual itu ialah mengenai kepimpinan Najib, hasil pertemuan dengan Muhyiddin dan Tun Mahathir, kekecewaan bapanya dengan pemerintahan semasa serta mencadangkan pemansuhan Jakim.

Diketahui juga beliau kini turut menganggotai Kumpulan G25, sebuah kumpulan pesara awam Melayu ternama yang non-partisan, berjuang untuk mengukuhkan institusi serta menggalakkan kesederhanaan dalam Islam.

Selama ini yang selalu tampil bercakap dengan media atau memberikan kenyataan mengenai G25 ialah bekas diplomat, Noor Farida Ariffin, tetapi nampaknya seminggu dua ini nama Tawfik lebih menonjol dikaitkan dengan kumpulan tersebut berbanding Noor Farida.

Walaupun selepas itu Kumpulan G25 ada mengeluarkan kenyataan bahawa pandangan Tawfik dalam temubual itu adalah pandangan peribadinya, kaitan beliau dengan kumpulan itu tentu sukar dikikis. Orang akan terus mengaitkan G25 dengan Tawfik, lebih-lebih lagi apabila bercakap mengenai Muhyiddin dan Tun Mahathir, beliau turut mengaitkan kumpulan pesara itu.

Polis tak akan ‘membabi buta’ tangkap Dr M, kata Kadir

Meskipun Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa dirinya bersedia ditahan polis, namun bagi penyokong setia bekas bekas perdana menteri, Datuk A Kadir Jasin percaya pihak polis tidak akan berbuat demikian.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu berkata ini adalah di sebalik tindakan Mahathir yang mengeluarkan kenyataan yang menyukarkan kerja polis.
"Saya tidak fikir mereka akan tangkapnya. Terlalu tinggi harganya untuk menangkap Mahathir. Mungkin saya salah, tetapi saya tidak lihat bahawa polis akan membabi buta dan ghairah untuk menangkapnya," katanya pada satu persidangan mengenai rasuah di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Mahathir semalam bahawa beliau bersedia untuk menghadapi tuduhan berhubung kenyataannya semasa perhimpunan BERSIH 4 pada akhir Ogos lalu yang lantang membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal 1MDB.
Kadir juga berkata, beliau tidak menjangkakan sebarang tindak balas besar-besaran terhadap kerajaan sekiranya Mahathir ditangkap.
Ini kerana, katanya rakyat negara ini akan membiarkan orang lain melakukan apa yang mereka tidak suka dan tidak sanggup tampil mempertahankan hak mereka.
Tambahnya, beliau percaya bahawa perjuangan dirinya dan Mahathir akan tewas kerana berlawan di padang yang tidak sama rata.
Kadir tidak menyebut secara khusus perjuangan yang dimaksudkannya tetapi dipercayai merujuk isu 1MDB dan sumbangan dana politik RM2.6 bilion yang didakwa diterima oleh Najib.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku.

Peguam negara akui bertanding atas tiket Umno dalam PRU 1990

Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini.
“Ya, saya pernah jadi calon tetapi semua orang perlu diingatkan setiap suruhanjaya kehakiman, hakim mahkamah tinggi, hakim mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan perlu angkat sumpah untuk menegakkan undang-undang.
“Jadi berat sebelah apa yang mereka cakap ini?,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana Datuk Ariff Yussof, yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU pada 2004, kemudiannya dilantik sebagai suruhanjaya kehakiman pada 2008. Apandi berkata beliau sendiri dilantik sebagai suruhanjaya kehakiman pada 20013, iaitu 13 tahun selepas bertanding dalam PRU pada 1990 itu.
Peguam negara berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, yang mendedahkan beliau bertanding sebagai calon Umno pada 1990.
Apandi kemudian ketika menjadi hakim bagi satu kes di Mahkamah Tinggi Kelantan, diminta memberi respons terhadap permohonan melucutkan kelayakannya mendengar kes itu dengan alasan beliau akan berat sebelah.
“Saya menjadi calon untuk Umno pada PRU 1990 adalah situasi yang sudah lama, 14 tahun lalu,” tulis Apandi, ketika menolak permohonan berkenaan pada 18 April, 2004.
Dalam temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider yang disiarkan pada Selasa, Apandai menafikan beliau pernah memegang jawatan bendahari Umno Kelantan, meskipun pelbagai laporan menyatakan sebaliknya.
Apandi berkata jawatan rasmi tertinggi dipegangnya ialah ketua Pemuda Umno di bahagian Pengkalan Chepa, Kelantan.

Husam akui terima ugutan, syak kerana isu balak

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa terima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa terima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengakui beliau menerima ugutan daripada seorang lelaki melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri. "Ugutan seorang lelaki yang tidak dikenali diterima melalui panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon isteri saya pada petang Isnin lalu, 9 November.
"Ugutan itu ditujukan kepada saya," kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

Husam berkata, beliau membuat laporan polis di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Kota Baru pada hari yang sama bersama isterinya. "Berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri punca ugutan itu dibuat.
"Daripada 6 teguran utama saya, 3 adalah berkaitan pembalakan dan ladang,  khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan.
"Berdasarkan temubual persendirian saya, jika saya ditanya suspek utama, saya katakan perlukan siasatan pembalak yang ada kepentingan dengan kelulusan tebang habis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, walaupun beliau bimbang dengan ugutan itu namun akan meneruskan tugasnya.

Apa pilihan Husam, harum manis atau kelapa muda?


Husam Musa

SEJAK kebelakangan ini, nama bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semakin panas dek kerana ucapan ceramahnya pada 6 November lalu yang secara terang-terangan mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ekoran kelantangannya itu menyebabkan beliau ditunjukkan jalan keluar oleh Ketua Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed  yang secara jelas tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti Islam itu.
Sebelum ini Husam agak menyendiri selepas mengalami kekalahan dalam pemilihan Pas, namun rupanya beliau bukan membawa diri, tetapi mula menjadi pemerhati untuk melihat sendiri perjalanan Pas selepas perginya Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.
Munculnya Husam di kala Pas kini disisihkan oleh parti pembangkang lain menyebabkan ramai yang tertanya sama ada Husam akan mengikut langkah sahabat perjuangan yang menyertai parti Amanah.
Namun jangkaan ramai pihak yang beranggapan bahawa Husam akan membelakangi Pas tidak berlaku apabila beliau pada Oktober lalu menegaskan tetap setia dengan perjuangan Pas.
Susulan itu juga menyebabkan ramai pihak mula curiga dengan tindakan Husam seolah-olah sengaja mahu memburukkan parti sendiri.
Tindakan Husam itu membuatkan beliau kini dicop sebagai pengkhianat, parasit, perosak, tidak walak, dan pelbagai lagi ungkapan yang tidak enak didengar.
Ternyata kini rakyat tertanya-tanya adakah pemimpin Pas terlalu eksklusif sehingga langsung tidak boleh dijentik.
Serangan bertubi-tubi dari pemimpin parti sendiri membuatkan Husam tidak berdiam diri sebaliknya mempersoalkan kembali Pas yang berubah atau beliau yang berubah?

Minta Husam dedahkan siapa kena ugut - Kelab Penyokong Kerajaan


Minta Husam dedahkan siapa kena ugut

KOTA BHARU - Kelab Penyokong Kerajaan menggesa Adun Salor, Datuk Husam Musa mendedahkan senarai nama Adun yang dikatakan dipaksa termasuk menerima ugutan bakal dikenakan tindakan sekiranya menolak usul menaikkan elaun wakil rakyat seperti diluluskan sidang Dun baru-baru ini.
Setiausaha Kehormatnya, Datuk Adnan Mohd Zin berkata, pendedahan itu penting untuk memastikan dakwaan yang dibuat berasas atau mempunyai niat di sebaliknya.
"Implikasi dari dakwaan (Husam) itu memberi impak yang besar terhadap rakyat di negeri ini dan akan menimbulkan tanggapan negatif kepada kerajaan. Kenyataan itu juga secara jelas akan menjejaskan kredibiliti kerajaan yang memerintah.
“Husam perlu tampilkan mereka yang terlibat dan siapa yang melakukan ugutan bagi memastikan sama ada isu terbabit benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan,” katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, beliau dan kunjungan kelab berkenaan melakukan kunjungan hormat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bertemu Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim.
Dalam kunjungan itu, beliau turut melakukan perbincangan dengan Mazlan berhubung masalah jenayah di Kelantan dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Polis Kelantan menurunkan kadar jenayah di negeri ini.
Adnan dan rombongan turut membuat laporan polis berhubung isu terbabit di Balai Polis Kota Bharu dan meminta siasatan telus dapat dijalankan berhubung perkara itu.

Kedah: ‘Harum manis’ pertama gugur 19 November

ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah memberi gambaran bahawa ‘harum manis’ pertama akan gugur dalam masa terdekat.
Pengerusinya, Dr Ismail Salleh berkata, harum manis yang dimaksudkan ialah pemimpin dan ahli yang luarannya pengikut Pas tetapi dalamannya menyokong Amanah.
“Kita seolah dicabar untuk menunjukkan bukti bahawa wujudnya ahli Pas yang cenderung kepada Amanah.
Dr Ismail Salleh “Maka kita akan tunjuk bukti kepada mereka dalam bentuk gugurnya buah itu. Sekarang kita bagi mereka bau dulu bunganya,” katanya kepada media di Ibu Pejabat DAP Kedah, Jalan Putra, di sini, semalam.
Menurutnya, maklumat lanjut berhubung perkara itu akan didedahkan pada 19 November ini kerana terpaksa menunggu ‘harum manis’ tersebut masak sebelum boleh diambil dan kupas.
Difahamkan, gelombang pertama ‘harum manis’ itu adalah melibatkan lebih 300 ahli Pas Kawasan Pokok Sena.
Mengulas lanjut perkara itu, Ismail mengesahkan terdapat beberapa pemimpin besar dalam Pas Kawasan juga akan terlibat.
“Buat masa ini ia hanya melibatkan peringkat kawasan. Di peringkat negeri kita akan buat pada gelombang berikutnya nanti,” katanya.
Pas Kedah sebelum ini tidak bimbang dengan dakwaan wujudnya ‘harum manis’ yang dikatakan cenderung kepada Amanah walaupun masih bergelar ahli pas.
Timbalan Pesuruhjaya III, Muhammad Sanusi Md Noor turut mencabar Amanah untuk menunjukkan bukti jika benar terdapat ‘harum manis’ dalam parti Islam itu.
Pada perkembangan lain, Ismail turut menegaskan bahawa Amanah Kedah belum berbincang mengenai hasrat untuk bertanding di kawasan Pas.

PAN, jangan khianati bumi Serambi Mekah

Pembangunan Negeri Kelantan yang berteraskan Syariat Islam telah dilaksanakan dengan jayanya. Pendekatan aqidah Islamiah adalah kunci utama yang menaungi seluruh aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan di negeri Serambi Mekah ini. Melalui kefahaman aqidah Islamiah ini, ia berupaya membawa rakyat Kelantan kearah pengukuhan dasar pentadbiran yang berteraskan Islam di Kelantan.

Ini kerana pendekatan aqidah adalah pra-syarat utama dalam membangunkan diri serta masyarakat dan sudah tentulah masyarakat yang sejahtera ialah masyarakat yang berjaya pasakkan aqidah yang kukuh dalam jiwa dan pemikiran mereka.

Inilah yang telah diasaskan oleh Arwah Tok Guru semenjak beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar pada 21 Oktober 1990 setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan Kawasan Semut Api pada PRU tahun 1990.

Dasar pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang diasaskan oleh Tok Guru ialah Membangun Bersama Islam dengan tiga teras utama iaitu Ubudiah, Masuliah dan Itqan (UMI) diperkukuhkan dalam jiwa masyarakat.

Tok Guru semasa mempersembahkan Ucapan sempena Majlis Sambutan 20 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan pada 12 Zulkaedah 1431 bersamaan 20 Oktober 2010, di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu secara tegas menyatakan: “Dasar Membangun Bersama Islam kita perkenalkan apabila diberikan mandat oleh rakyat pada tahun 1990. Membangun Bersama Islam dengan maksud kita akan terus memacu pembangunan selari dengan landasan yang ditentukan oleh Allah SWT. Pembangunan perlu terus dilaksanakan kerana dunia ini dijadikan oleh Allah SWT untuk manusia, bukan untuk malaikat atau makhluk lain. Namun pembangunan yang kosong rohaninya hanyalah umpama pokok besar yang akarnya buruk dan reput. Daunnya sekalipun merimbun tidak akan lama menaungi, masanya tersemban jatuh sangat mudah. Di antara ajaran penting dalam Islam ialah dunia ini bersambung dengan akhirat dan ini tidak ada di dalam ajaran ideologi yang lain selain Islam. Oleh yang demikian, sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja”.

Mat Sabu hanya 'cakap-cakap kosong' kata PJ Pas Melaka


Kamarudin Sidek

MELAKA - Hasrat Presiden Amanah, Mohamad Sabu untuk menggantikan Pas dalam mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14 hanyalah sekadar 'cakap-cakap kosong'.
Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek menyifatkan mustahil untuk Amanah yang belum berusia setahun mampu mentadbir sebuah negeri.
“Saya belum jumpa sepanjang sejarah parti politik berusia setahun jagung bercakap nak tawan negeri dalam masa sepenggal kewujudannya, kecuali indah khabar dari rupa.
“Dulu kata nak tumbangkan BN tetapi hari ini buat kerja nak tumbangkan Pas. Rakyat pun keliru apa yang mereka hendak sebenarnya. Jadi saya serulah sesiapa yang terkeliru dengan dakyah Amanah supaya kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Menurutnya, sebagai pemimpin parti politik, Mohamad harus mengeluarkan kata-kata dan bertindak secara praktikal dan relevan.
“Dari awal, saya kata Amanah tidak konsisten dalam matlamatnya, malah tarikh nak tubuhkan parti pun dulu mereka cakap berbalik-balik.
“Amanah boleh sahaja nak bertanding di mana-mana kerusi Pas sebab kami tiada apa-apa perjanjian persefahaman dengan Amanah dan dalam konteks demokrasi pun semua parti berhak bertanding di tempat yang mereka berminat,” katanya.
Sementara itu, berhubung Amanah di Melaka, Kamarudin berkata, pihaknya tidak bimbang dengan kewujudan parti itu di negeri ini.

Saya tetap tegur walaupun nyawa jadi taruhan – Husam Musa

Teguran itu berlandaskan pegangannya untuk terus mengkritik sekiranya kerajaan negeri dan Pas membuat kesalahan.
husam
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa menegaskan beliau tidak akan berhenti membuat teguran mengenai kerajaan perpaduan walaupun keselamatan dirinya dan keluarga terancam.
Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, teguran itu dibuat berlandaskan pegangannya untuk terus menegur sekiranya kerajaan negeri dan Pas membuat kesalahan.
“Sungguh pun saya merasa gentar akan keselamatan saya dan keluarga, InsyaAllah saya tidak akan berganjak dari tugas saya membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Husam sebelum ini mengakui beliau menerima ugutan daripada seorang lelaki melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit isterinya Isnin lalu, yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salur berharap kerajaan negeri menimbang tegurannya dengan sebaiknya.
“Saya juga berharap pihak keselamatan menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh demi mengelakkan provokasi dan kejadian yang lebih buruk,” katanya lagi.
Husam telah membuat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu berhubung ugutan yang diterimanya.
“Berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri adalah punca ugutan itu diterbitkan.
“Dari enam teguran utama saya, tiga adalah berkaitan pembalakan dan ladang, khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan,” katanya.

Benarkah Husam pergi baik untuk PAS?

Dewan Ulama PAS sudah menunjukkan jalan keluar kepada Datuk Husam Musa selepas serangan terhadap presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kerajaan perpaduan dengan Umno.
Bagaimanapun jika perkara itu benar-benar berlaku, adakah ia akan benar-benar menguntungkan parti Islam itu?
Penganalisis politik sendiri berbeza pendapat tentang impak pada PAS jika Husam, yang dianggap anak didik ikon PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, keluar parti.
Prof Ahmad Atory Hussain berpandangan mana-mana parti politik memerlukan seseorang yang "radikal" bagi memastikan ia kekal relevan.
Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, jika semakin ramai golongan yang "lantang" meninggalkan parti, PAS akan dilihat dikuasai sesetengah golongan sahaja.
"Tinggallah PAS dengan golongan ulama yang konservatif.
"Bagi sesetengah pihak, ada yang suka orang yang agresif kerana penting bagi parti untuk dapatkan idea baru. Tapi saya lihat PAS tak begitu gemar orang yang mempunyai idea-idea baru,” katanya.
Atory juga melihat tindakan anggota parti itu keluar parti berlaku kerana usaha menjadikan PAS parti yang sesuai dengan peredaran semasa dilihat sebagai tindakan menentang.
Bekas pengajar berkaitan politik dan pentadbiran awam itu juga melihat keadaan yang melanda PAS kini sama seperti yang pernah berlaku dalam Umno.
"Kita bimbang trend ini berlaku dan akan menjadi seperti negara Arab yang mana golongan bijak pandai lari.
“Dan apa yang jadi di negara Arab sekarang, tinggal pak lebai yang memerintah,” katanya.
Ahli akademik 59 tahun itu juga menyatakan kebimbangan PAS menjadi sebuah parti pak turut jika Husam dan anggota parti yang sealiran dengannya mula meninggalkan parti Islam itu.
“Pandangan saya, semua parti sukakan orang yang yes man (pak turut). Lagi ramai yes man lagi bagus pada mereka," katanya sambil ketawa.
Duri dalam daging
Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berpendapat Husam wajar keluar daripada PAS kerana tidak lagi "sehaluan" dengan pendirian parti.

Husam: Saya tak gentar biar nyawa jadi taruhan


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin ugutan bunuh yang diterima oleh isterinya pada Isnin lalu sebenarnya ditujukan kepada dirinya.
Husam berkata ugutan yang dibuat melalui panggilan telefon dan sistem pesanan mesej (SMS) daripada pihak tidak dikenali itu mungkin berkaitan dengan tegurannya terhadap kerajaan negeri.
 Katanya, beliau sebelum ini telah membuat enam teguran kepada kerajaan negeri dan tiga daripadanya berkaitan isu pembalakan dan perladangan.
"Ugutan dari seorang lelaki yang tidak dikenali telah diterima melalui panggilan telefon dan SMS menerusi telefon isteri saya pada petang Isnin lalu, 9 November.
"Ugutan itu ditujukan kepada saya. Pada hari yang sama saya dan isteri buat laporan polis. Masing-masing di balai Jalan Tun Razak dan IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kota Bharu.
"Berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri adalah punca ugutan itu diterbitkan. Dari enam teguran utama saya, tiga adalah berkaitan pembalakan dan ladang khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan," katanya.
Walaupun menerima ugutan, ADUN Salor itu berkata beliau tidak akan berganjak dan akan terus memberi teguran walaupun nyawanya menjadi taruhan.
"Jika saya ditanya suspek utama, saya katakan perlukan siasatan pembalak yang ada kepentingan dengan kelulusan tebang habis.
"Sungguh pun saya merasa gentar akan keselamatan saya dan keluarga, insya Allah saya tidak akan berganjak dari tugas saya membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan," kata Husam lagi.
Sehubungan itu, beliau berharap agar kerajaan negeri mempertimbangkan tegurannya mengenai isu yang dibangkitkan bagi mengelak pertikaian berlanjutan khususnya kelulusan kawasan hutan simpan yang baru.

"Berbaik bukan makna tunduk" - Dewan Ulama Terengganu


Dr Abu Bakar Abdullah

KUALA TERENGGANU – Berbaik dengan lawan tidak bermakna tunduk kepada kehendak lawan.
Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah ketika menjelaskan dakwaan pihak tertentu berhubung Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan mengambil pendekatan berbaik dengan Umno.
Beliau memberitahu, tidak salah sekiranya pemimpin tersebut berbaik dengan lawan politik kerana kaedah itu boleh menjadi satu uslub dakwah yang boleh melembutkan hati lawan menerima dakwah Islam, sekali gus menarik mereka menyertai gerakan Islam.
“Sebagaimana Salahuddin al-Ayyubi yang menjadi panglima perang ketika peperangan salib yang merupakan peperangan paling lama dalam sejarah. Dalam suasana berperang itu, ketua perang di pihak kristian iaitu Raja Richard gering, tetapi Salahuddin menyamar dan pergi memberi rawatan kepada raja tersebut tanpa diketahui raja tersebut. Selepas Raja Richard tahu mengenai perkara itu, dia berasa malu dan meminta tenteranya berundur.
“Musuh tetap musuh tetapi kita perlu berlaku adil. Sikap adil adalah lebih hampir kepada taqwa dan pendekatan yang diambil presiden pun begitu. Kalau kita tidak bertegur sapa, macam mana kita hendak dakwah mereka (Umno)... apabila kita (berbaik), mereka akan terpengaruh dengan uslub kita.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan orang Umno yang sudah tidak suka kepada Umno akan pergi kepada Pas. Kalau kita terus menunjukkan sikap permusuhan, macam mana mereka mahu pergi kepada Pas,” katanya.
Menurutnya, kemungkinan uslub dakwah dilakukan Abdul Hadi itu tidak difahami sesetengah pihak, khususnya yang tidak berpuas hati dan sering mencari kesalahan pemimpin tertinggi Pas itu.
Sementara itu, mengulas dakwaan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang sekali lagi menyerang partinya apabila mendakwa Abdul Hadi mengaku pernah merancang bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor, beliau menjelaskan tidak timbul soal kerjasama dengan Umno.

'Tak boleh elak kemungkinan kerajaan Umno-PAS'

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali tidak menolak kebarangkalian ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
Penyelaras BN Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata kerajaan negeri sekarang ini juga sebenarnya sebuah “kerajaan perpaduan” antara DAP, PAS dan PKR.
Justeru, Mat Nadzari berkata, tidak mustahil bentuk sama boleh berlaku antara PAS dan Umno.
 "Kita tidak boleh menolak sebarang kebarangkalian kerana ia pernah berlaku sebelum ini.
“(Isu kerajaan) perpaduan PAS dan Umno kita akan akur kepada (pendirian BN) pusat,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Malah, kata Nadzari, keadaan semasa juga menunjukkan empat parti sedang bertelagah berkaitan status kerajaan negeri.
Beliau merujuk kemelut kerajaan negeri ketika PKR dan DAP membentuk gabungan baru dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).
PAS tidak terlibat dalam gabungan itu di peringkat nasional tetapi bekerjasama mempertahankan kerajaan di Selangor.
Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kelmarin dilaporkan berkata parti itu tidak pernah mengadakan perbincangan dengan PAS bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

BN Selangor akur jika pusat mahukan kerajaan perpaduan, kata penyelaras

Sekiranya ada arahan pusat, ada kemungkinan wujudnya kerajaan perpaduan Umno dan PAS di Selangor, kata Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Selangor Nadzari Ahmad Dahlan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.  
Sekiranya ada arahan pusat, ada kemungkinan wujudnya kerajaan perpaduan Umno dan PAS di Selangor, kata Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Selangor Nadzari Ahmad Dahlan. 

Penyelaras ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor Nadzari Ahmad Dahlan tidak menolak kebarangkalian wujudnya kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS di negeri itu, namun ianya terpulang kepada kepimpinan pusat parti.  Beliau berkata, situasi di Selangor hari ini menunjukkan kewujudkan kerajaan perpaduan antara DAP, PAS, dan PKR, dan tidak mustahil perkara seumpama itu boleh berlaku antara PAS dan Umno.
"Kita akur dengan keputusan pusat, apa yang dibuat pusat kita akan akur.

"Apa yang ada sekarang di Selangor adalah kerajaan perpaduan," katanya merujuk kepada kerjasama politik parti pemerintah negeri antara PKR, DAP, dan PAS susulan pembubaran Pakatan Rakyat.  "Bukan satu yang asing di Selangor wujudnya kerajaan perpaduan, sekarang yang ada bukan 1 parti tapi sudah 4 parti yang bertelagah," katanya lagi.
Adun Batang Kali itu berkata, perpaduan antara PAS dan Umno di negeri itu tetap terpulang kepada pendirian kepimpinan pusat.
"Kita tidak boleh menolak sebarang kebarangkalian kerana ia pernah berlaku sebelum ini.
"Jadi kita dah ada pengalaman, sama ada ia akan berlaku itu keputusan pusat," katanya, dan menambah, kepimpinan parti di peringkat negeri tidak seharusnya melangkaui kepimpinan di peringkat pusat berhubung perkara itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar sebelum ini menafikan dakwaan yang parti itu didatangi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan tahun lepas.
Katanya, idea itu sendiri "tidak logik" kerana kekurangan bilangan kerusi dalam kalangan wakil rakyat Umno.
Umno Selangor mempunyai 12 daripada 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sementara PAS mempunyai 15, sebelum 2 daripadanya menyertai kumpulan serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).
"12 tambah 15, jadi 27. Dengan 27 (kerusi) tidak boleh tubuhkan kerajaan.

Wanita UMNO dan keluarga dilantik dalam YaPEIM oleh Najib

Pelantikan terbabit dibuat oleh Najib selepas mendapat nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datu Seri Jamil Khir Baharom.
akmal-nasir,jamil
PETALING JAYA: National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendedahkan pemimpin Wanita UMNO Kelantan dan keluarganya dilantik di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pengarahnya, Akmal Nasir menyatakan perkara itu disahkan menerusi surat pelantikan Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bertarikh 30 Julai 2013 bagi tempoh pelantikan 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016.
Katanya,  menjadi persoalan  jika Jamil bersedia mengaku kemungkinan wujud pecah amanah, ketirisan dan salah guna kedudukan di YaPEIM.
“Beliau (Jamil Khir) merupakan Menteri yang bertanggungjawab dan keseluruhan Lembaga Pemegang Amanah dilantik atas nasihat beliau.
“Adakah beliau berani mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk memecat kedua-kedua individu tersebut dan ahli keluarga mereka daripada semua jawatan di YaPEIM termasuk kedudukan dalam Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM untuk menghentikan ketirisan yang berlaku di agensi berkenaan?,” soalnya menerusi kenyataan pada Khamis.

Husam tidak perlu akur kepada ulama naif

Oleh Mohd Sayuti Omar
Khabar pada malam 13 November (malam esok) Husam Musa akan berceramah di Kota Bharu Kelantan. Ceramah Husam ini merupakan kali kedua selepas ceramahnya di Kedai Mulong beberapa hari lalu yang telah mengejutkan khalayak politik apabila beliau mendedahkan cerita dalaman Pas yang melibatkan presiden parti tersebut bernama Abdul Hadi Awang.

Ceramah Husam itu sememangnya ditunggu-tunggu kerana sebelum ini beliau membisu walaupun Pas berkemelut ekoran tertubuhnya AMANAH. Husam beruzlah (menyunyikan diri) seketika tanpa mempedulikan politik kerana uzur.

Toh, sebaik pulih dari keuzuran Husam tidak menunggu lama untuk memainkan peranannya sebagai wakil rakyat dan ahli politik bagi membetulkan apa-apa keadaan yang dikira pincang pada akalnya dan perlu diperkatakan demi rakyat dan negeri.

Kerana isi ceramahnya malam itu terkena kena ke atas batang hidung presiden, ia menjadi kontroversi dan panas. Mereka yang mentaksubi Hadi dan menganggap dia adalah peribadi ulama sejati; sambil membela Hadi, membaling tuduhan kesat kepada Husam. Berbagai-bagai cacian dan nesta dilemparkan kepada Husam tanpa melihat kebenaran atau justifikasi apa yang didedahkan Husam.

Juak-juak dan para permuja Hadi marahkan Husam. Serban dan jubah Hadi telah menutup minda mereka untuk daripada melihat dunia secara realiti. Tidak menjadi masalah kalau "pahlwan lembu" yang membelasah dan membalun Husam dalam facebook dan media baru sebagai mempertahankan tindakan huduh Hadi. Tetapi apabila Ketua Dewan Ulama, Mahfodz Mohamad sendiri meminta Husam keluar Pas dan menyertai parti AMANH, ia dianggap sudah melampau. Mahfodz beranggapan Pas sebagai hak mak bapak dia.

Kebetulan malam esok Husam akan tampil di khalayak sekali lagi dalam majlis dialog bertajuk "Demo tanya ambo jawab" bertempat di Kota Bharu. Dispekulasikan Husam akan membalas kenyataan dan gesaan Mahfodz itu. Husam telah memberi jawaban yang dia akan mengulas gesaan Mahfodz itu malam esok dan menangguhkan ulasan dalam media massa.

Apakah pendirian dan sikap diambil Husam berhubung gesaan Ketua Dewan Ulama itu? Saya tidak fikir kalau Husam ikut melayani politik secara daif dan bebal begitu. Husam bukan seorang ahli politik yang dhaif. Untuk apa Husam keluar Pas sedang itu adalah parti yang disertainya. Husam tidak ada masalah dengan Pas dan juga begitu dengan Pas. Yang ada dosa dengannya ialah mereka yang menyimpan dendam kepadanya.

Timbalan Presiden PAS bimbang fitnah, perpecahan dalam parti

Oleh Arif Atan
Buat kesekian kalinya nada bimbang pimpinan kanan PAS terhadap situasi mutakhir yang melanda parti Islam itu dapat dilihat pada kenyataan Timbalan Presiden PAS hari ini.
Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli dan pimpinan tertinggi PAS supaya mengelak membuat sebarang kenyataan terbuka yang boleh mengundang fitnah dan salah faham dalam kalangan ahli dan masyarakat.

Turut memetik sabda Rasulullah SAW bermaksud, " Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur,  Allah melaknat  sesiapa yang mengejutkannya", beliau berkata, kenyataan berupa tuduhan hanya akan mengundang pelbagai persepsi tidak tepat yang akan membawa kesan dan dosa yang berpanjangan. “Lebih bahaya bila ia akan mengundang pelbagai tulisan yang hanya menyambung benih fitnah tersebut. Bukan itu sahaja, masa untuk parti bergerak ke depan juga terbazir.
“Parti mempunyai disiplin tersedia yang mesti difahami dan dipatuhi. PAS tidak menyekat sebarang kritikan atau komentar kepada pimpinan parti, namun mestilah mengikut saluran dan disiplin parti.
“Ahli parti yang melafazkan dirinya akan beristiqamah, bersama perjuangan parti sehingga mati dan menyayangi parti tidak wajar melukakan imej parti,” tegasnya.
Sehubungan itu,  Tuan Ibrahim menyeru ahli dan seluruh jentera PAS memberi fokus untuk memperkasakan parti, memperkemas jentera pilihanraya, menambah keahlian parti, berterusan menggerakkan daftar pengundi serta melaksanakan kebajikan bagi mengekalkan reputasi parti yang baik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Amanah jumpa Azmin bincang strategi menangi PRU14

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menghargai sokongan Parti Amanah Negara terhadap pentadbirannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menghargai sokongan Parti Amanah Negara terhadap pentadbirannya.

Parti Amanah Negara (Amanah) mengadakan perbincangan berkenaan strategi untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang bersama Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, kata setiausaha politiknya, Shuhaimi Shafiei.
Dalam kenyataannya hari ini, Shuhaimi berkata pertemuan itu berlangsung di pejabat Azmin di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pagi tadi.
"Kunjungan hormat Amanah ke Pejabat Menteri Besar diketuai Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

"Perbincangan pagi tadi bermula 8.45 pagi hingga 10.00 pagi dan berjalan secara sangat positif," kata kenyataan Shuhaimi. Malah beliau berkata, Azmin, yang juga timbalan presiden PKR turut menghargai sokongan Amanah terhadap pentadbirannya.
"Menteri besar menghargai sokongan bulat Amanah yang dinyatakan dengan jelas oleh presiden Amanah dalam pertemuan ini.
"Selain itu, perbincangan turut melibatkan pentadbiran semasa kerajaan negeri dan beberapa strategi memenangi PRU14 akan datang dibincangkan," tambahnya.
Selain Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, kunjungan tersebut turut disertai Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir; Pengarah Strategi Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Komunikasi Khalid Samad yang juga ahli Parlimen Shah Alam.
Media sebelum ini melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan hala tuju kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Harapan.
Ini berikutan “kekeliruan” status kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini dibentuk atas kerjasama politik melalui Pakatan Rakyat (PR).
Gabungan PKR, PAS, dan DAP itu kemudiannya diisytiharkan “terkubur” selepas pertelingkahan antara DAP dan PAS.

Keluar daripada Parti Pas dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq, betul atau retorik.

1. Sh Said Hawa, menantu menantu imam hassan al banna dan pengarang buku 'Jundullah' keluar Ikhwan Muslimin dan menubuhkan Parti Ikhwan Qutri tidak pernah dilabelkan
pengkhianat dan munafiq.


2. Sh Said Syaaban keluar Ikhwan Muslimin kerana berseliseh faham dengan Mustafa Masyhur tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

3. Dato Asri, Presiden Pas keluar Pas menubuhkan Hamim dan kemudian menyertai UMNO tidak pernah dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq.

4. Ustaz Nakhaei Ahmad keluar Pas dan menyertai UMNO tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

5. Hassan Adli 'Panglima Jihad Pas' keluar Pas pada 1974 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

6. Abu Bakar Hamzah, Ketua Pemuda Pas Ke-3 tinggalkan Pas pada 1974 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

7. Muhammad Nasir keluar Pas dan tubuh Parti Berjasa pada 1977 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

8. Puan Khatijah Sidek, Ahli Parlimen Wanita Pas pertama, Ketua Kaum Ibu Pas 1950an keluar Pas dan menyertai UMNO 1972 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

9. Hj Ahmad Fuad YDP Pas Pertama 1951-53 keluar Pas pada 1953 dan menyertai Parti Negara tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

10.Hj Ahmad Badawi tinggalkan Pas dan bersama UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

Rumusan Bajet 2016 - Rafizi Ramli

Ministry misled the people, says Nurul Izzah about TPPA

Apa Pilihan Husam, Harum Manis Atau Kelapa Muda?

Kisah dongeng tentang ‘Government Shutdown’


BAJET-2016-e1445848304529PANDANGAN kononnya undi tidak percaya atau penolakan terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat hanya menyusahkan rakyat, adalah kisah dongeng yang bertebaran kebelakangan ini.
Timbul juga kisah dongeng lain, kononnya ia akan mengakibatkan ‘Government Shutdown’ sehingga boleh mengganggu urusan harian rakyat termasuk gaji penjawat awam tidak boleh dibayar.
Dongeng seterusnya, jika Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 ditolak, kononnya bermaksud menolak atau membantah kenaikan gaji penjawat awam dan pencen pesara kerajaan, bonus, kenaikan had gaji minimum dan beberapa lagi manfaat dalam bajet itu.
Secara peribadi terkejut dengan kisah dongeng itu. Lebih terkejut apabila ia dilontar oleh seorang timbalan presiden sebuah parti politik yang memerintah sebuah negeri selama lebih 20 tahun.
dun-kelantanMengapa terkejut? Pastilah, kerana seorang timbalan presiden sebuah parti politik tidak memahami proses perjalanan demokrasi berparlimen sehingga melontar pandangan yang mengelirukan rakyat.
Sedangkan, dalam Demokrasi Berparlimen ala Sistem Westminster, jika Dewan Rakyat hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri sama ada melalui undi tidak percaya ataupun gagal meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan, beliau perlu sama ada meletak jawatan atau memohon kepada Yang Di-pertuan Agong untuk dibubar Parlimen.
Jika Yang Di-pertuan Agong menolak pembubaran Parlimen, Kabinet harus meletak jawatan dan Yang Di-Pertuan Agong akan melantik seorang Perdana Menteri baharu.
Andai situasi itu berlaku dan Najib memilih meletak jawatan, Kabinet baharu perlu mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 sekali lagi.
Jika berlaku pilihan raya umum ekoran Bajet 2016 ditolak, timbalan presiden itu patut belajar daripada bekas ketua penerangan partinya yang mengulas mengenai situasi Rang Undang-Undang Perbekalan 2000.
Justeru, menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bukan bererti hari kiamat bagi Malaysia.
Ia tidak akan mengakibatkan ‘Government Shutdown’.
Penjawat awam tidak perlu dicutikan atau tidak dibayar gaji. Ia tidak juga bermaksud menolak manfaat kepada rakyat yang disediakan di dalam dokumen itu.
Menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bererti memberi sedikit nafas baru kepada Malaysia. Jikalau Najib memilih untuk tidak meletak jawatan sekalipun, Yang Di-Pertuan Agong harus bubarkan Parlimen.

Kadar BR1M RM1,000 setahun, tanggung GST RM3,500 setahun

gstSETIAWAN 12 NOV: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membebankan rakyat kerana ia mengakibatkan mereka secara purata terpaksa menanggung cukai tambahan RM700 seorang setahun.
Ia bermakna, kata Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, seisi keluarga lima orang membayar cukai tambahan sebanyak RM3,500 berbanding penerimaa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM1,000 untuk seisi keluarga.
“Ini menunjukkan GST sebenarnya sangat membebankan rakyat Malaysia. Tambahan cukai sebanyak RM21 bilion ini sebenarnya ditanggung oleh rakyat,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Menyifatkan pelaksanaan GST tidak wajar, beliau berkata kedudukan kewangan rakyat tertekan kerana kadar hutang isi rumah negara sangat tinggi iaitu lebih RM940 bilion.
Katanya, setiap rakyat secara purata menanggung beban hutang RM31,000 seorang atau RM155,000 untuk seisi keluarga, malah satu kajian mendapati mereka menggunakan 50 peratus pendapatan bulanan untuk membayar hutang.
“Kedudukan kewangan rakyat meruncit kerana gaji atau pendapatan tidak naik tetapi harga barangan naik mendadak. Ada mengalami penurunan pendapatan kerana harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit menurun,” katanya.
Beliau berkata, harga barangan meningkat mendadak hingga ada kenaikan 300 peratus akibat pelaksanaan GST, selain akibat kesan kejatuhan nilai ringgit 40.8 peratus sejak Januari 2013.
Mendesak kadar GST diturunkan atau memperbanyak pengecualian barangan dari cukai itu, Koo Hamu juga mengesyor supaya peruntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu rakyat termiskin, ditambah.

Mengapa tergamak makan harta amal jariah?

oleh Lim Lip Eng
SAYA tertarik dengan pendedahan terbaru National Oversight and Whistleblowers hari ini tentang pemusatan kekayaan sebuah badan amal jariah kepada beberapa individu dan kaum kerabat mereka.
YapeimIni amat memeranjatkan. Saya tidak pernah menyangka sebuah yayasan yang berfungsi membantu umat Islam memajukan ekonomi mereka boleh dicemari skandal yang begitu jijik dan memualkan.
Pada saat rakyat seluruh negara sedang diperah keringat dan wang ringgit mereka dengan pengenaan cukai dan kenaikan kos sara diri, saya amat terkejut dengan pendedahan yang dibuat berkenaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Antara yang paling memualkan ialah pendedahan mengenai seorang pemimpin wanita Umno, yang menerima elaun untuk dua jawatan yang pada saya seolah-olah tidak ada banyak beza.
wanita umnoJawatan pertama ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, dan yang satu lagi berbunyi Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah. Kedudukan ini memberi pulangan elaun bulanan dan keraian bernilai RM15,000 setiap satu, secara bulanan.
Pening juga kepala memikirkannya. Bagaimanakah seseorang diperuntuk elaun keraian setiap bulan pada jumlah RM15,000? Apakah yang diraikannya setiap bulan sampai sebanyak itu? Malah, jumlah pulangan beliau setiap bulan mencecah RM45,000.

Lebih menarik lagi, anak dan suami pemimpin wanita Umno itu turut menerima pulangan bulanan daripada YaPEIM; menjadikan pendapatan setiap bulan keluarga tersebut mencecah RM81,700.
Si anak memegang jawatan pengarah di enam anak syarikat yayasan terbabit, dengan hasil mudah RM31,200 satu bulan.
Itu baru timbalan.
Presiden Lembaga Pemegang Amanahnya pula mempunyai sepuluh jawatan di pelbagai panel, jawatankuasa dan anak syarikat yayasan tersebut. Beliau membawa pulang pendapatan bulanan sebanyak RM73,000.
Hairan, kerana pada kedua-dua surat yang mengesahkan bayaran itu diluluskan ada tertulis: ‘Institusi Amal Jariah Anda’. Mungkin slogan ini boleh ditukar menjadi ‘Institusi Amal Jariah Kami dan Anak-beranak Kami’.
Tidak masuk akal sebuah yayasan berasaskan ‘amal jariah’ khusus buat pembangunan ekonomi umat Islam memberi keuntungan atas angin kepada ‘pemegang amanah’nya dengan jumlah yang begitu besar, hanya dengan kedudukan dan jawatan sebagai pemegang amanah.
Padahal kita semua sedia maklum, masih lagi ramai orang Melayu beragama Islam yang jenuh mencari rezeki mengais sesuap nasi untuk mandiri hari demi hari.

YaPEIM: JPM perguna institusi agama ‘halalkan’ seleweng dana

Yapeim
KUALA LUMPUR 12 NOV: Pendedahan mengenai penyelewengan dana institusi agama termasuk Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), bukan pertama kali berlaku di negara ini, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.
Beliau berkata ia mengingatkan kembali kepada penggunaan wang Lembaga Tabung Haji untuk membeli tanah pada harga RM188.5 juta yang memberi keuntungan atas angin RM184 juta kepada 1Malaysia Developemt Berhad (1MDB).
Zairi lKhir JohariSebelum ini, katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain pernah didakwa menggunakan wang zakat Wilayah Persekutuan untuk membiayai kos guaman.
“Jika semua agensi dan yayasan disiasat, lebih banyak penyelewengan kuasa akan dijumpai. Maka, tidak hairanlah apabila betapa banyak sekalipun institusi atas nama Islam ditubuh, umat Islam di negara ini tetap tidak terbela,” katanya.
Semalam, National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW) mendedahkan, sebuah keluarga pentadbiran atasan YaPEIM membolot 26 jawatan dengan jumlah gaji RM154,700 sebulan.
Seorang pimpinan wanita Umno Kelantan didakwa menerima gaji bulanan RM45,500 daripada tujuh jawatan yang disandangnya manakala anak lelakinya (RM31,200) dan suaminya (RM5,000), bermakna keluarga itu mendapat RM81,700 sebulan.
Seorang lagi pimpinan YaPEIM memperoleh pendapatan RM73,000.00 sebulan dengan memegang 12 jawatan.
Zairil menyifatkan bayaran kepada anak beranak itu umpama menggunakan Islam untuk menghalalkan penyelewengan, apatah lagi NOW mendedahkan sejumlah RM223,000 pernah disalur terus kepada pemimpin Wanita Umno itu pada kempen Pilihan Raya Kecil Rompin April lalu.

Tuduhan hasutan dikaji semula, ahli Parlimen pembangkang mungkin lepas, kata peguam negara

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau kini memulakan proses mengkaji semula tuduhan jenayahdan  menyasarkan untuk mengurangkan bilangan kes yang dibawa ke mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015. 
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau kini memulakan proses mengkaji semula tuduhan jenayahdan menyasarkan untuk mengurangkan bilangan kes yang dibawa ke mahkamah.

 Dalam bahagian ke-2 siri ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bercakap mengenai Akta Hasutan. Beliau memberitahu The Malaysian Insider, akta itu masih relevan tetapi kini sedang mengkaji setiap kes kerana beliau mahu 99% peluang mendapatkan sabitan sebelum membawanya ke mahkamah.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau sedang dalam proses mengkaji semula tuduhan dan penyiasatan berkaitan hasutan secara kes demi kes, dan besar kemungkinan akan menarik balik satu kes terhadap seorang anggota pembangkang "tidak lama lagi".
Apandi berkata, beliau baru sahaja memulakan proses mengkaji semula tuduhan jenayah, selepas menduduki pejabatnya selama 100 hari, dan kini menyasarkan untuk mengurangkan bilangan kes yang dibawa ke mahkamah.

"Saya sedang mengkaji semula, dan sebenarnya, ada satu kes terhadap seorang anggota pembangkang, wakil rakyat... Saya sedang mengkaji kes itu, dan kemungkinan besar akan menarik balik pertuduhan itu," Apandi memberitahu The Malaysian Insider dalam satu wawancara baru-baru ini. Walaupun beliau enggan mendedahkan identiti ahli pembangkang itu, beliau mengesahkan ia satu kes mahkamah yang sedang berlangsung.
Beliau berkata, pertuduhan menghasut ditarik balik apabila tidak jelas sama ada kesalahan itu dilakukan atau tidak.
"Sama ada ucapan itu bersifat menghasut atau tidak, ia boleh dipertikaikan. Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Jadi, ada keseimbangannya.
"Tetapi jika ia tidak berapa jelas, saya akan tarik balik (dakwaan). Kerana, pendirian saya ialah, saya mesti mempunyai kes dengan 99% kejayaan, barulah saya meneruskannya."
Beliau berkata ini akan membantu mengurangkan masa dan tenaga kerja yang dihabiskan untuk kes-kes yang akan akhirnya dibuang.
"Bukan sahaja kes di bawah Akta Hasutan. Saya mengkaji semua tuduhan jenayah lain. Contohnya, kes dadah," katanya, sambil menambah, ramai hakim menghubungi beliau untuk menimbang semula pertuduhan yang dihadapi keldai dadah, terutamanya yang berkaitan dengan pengedaran ganja.
Bagaimanapun, Apandi berkata beliau tidak fikir Akta Hasutan disalah guna, sama ada dalam kes ahli pembangkang tersebut atau secara umumnya.
Beliau berkata hasutan akan sentiasa menjadi satu perkara berkaitan persepsi dan akta itu masih relevan.

Tawfik: Dr M hilangkan lebih banyak wang daripada 1MDB


Ahli Tokoh Melayu Terkemuka (G25) Tawfik Ismail berkata negara kehilangan lebih banyak wang dalam projek-projek kesayangan Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding hutang RM42 bilion yang dikumpulkan oleh firma pelaburan negara, 1MDB.
Tawfik berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada Dr Mahathir ketika perjumpaan G25 dengannya antara bulan Mac dan April tahun ini yang bertujuan meraih sokongan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"(Dia) cakap lagi tentang wang yang didakwa hilang dalam 1MDB.
"Bagaimanapun, saya beritahu dia, jika kita menoleh kembali nilai semasa apa yang Dr Mahathir hilangkan semasa menjadi perdana menteri, saya yakin jumlah wang itu jauh lebih besar daripada apa yang didakwa hilang dalam 1MDB.
"Dia terdiam selepas itu," kata Tawfik dalam temu bual dengan akhbar New Straits Times, hari ini.
Mahathir semalam berkata, Tawfik, yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman adalah seseorang yang tidak boleh dipercayai dan mempunyai niat jahat.
Dr Mahahir juga semalam mengesahkan beliau mencadangkan penubuhan sebuah majlis yang dianggotai orang yang lebih berumur bagi membimbing perdana menteri dalam menerajui kerajaan.
Tawfik memberitahu NST bahawa beliau tidak menerima dengan baik cadangan itu dan memberitahu Mahathir bahawa tindakan berkenaan adalah tidak demokratik dan tidak mengikut perlembagaan.
"Perbincangan itu dipengaruhi dengan ketaksubannya untuk menyingkirkan Najib.
"Secara peribadi, saya rasa mungkin Dr Mahathir adalah seseorang yang mahu melakukan sesuatu mengikut caranya. Dia mahu kembali berkuasa," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Mat Sabu: Saya turut bina PAS selama 37 tahun


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata beliau antara individu yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan yang dikecapi PAS kerana turut terlibat dalam membina parti itu sejak 37 tahun yang lalu.
Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS itu menepis tanggapan bahawa pemimpin AMANAH menumpang kekuatan dan kejayaan PAS sebelum ini, lapor Sinar Harian hari ini.
"Saya juga punca PAS kuat tetapi AMANAH tidak menumpang kekuatan PAS. Kita tak tumpang PAS, kejayaan PAS ini kejayaan bersama.
"Saya baru tinggalkan PAS empat bulan. Jadi selama ini, 37 tahun saya bina PAS, kejayaan PAS selama ini kami yang buat," katanya seperti dilapor akhbar itu.
Mohamad menjawab kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang dilapor menganggap AMANAH dilihat ingin menumpang kejayaan PAS meletakkan asas Islam dan membina Kelantan dan tiada keperluan untuk menukar kerajaan baru.
Ia ekoran kenyataan Mat Sabu bahawa AMANAH bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mohamad bersama sekumpulan bekas pemimpin PAS bertindak menubuhkan AMANAH selepas disingkirkan pada muktamar di Kuala Selangor pada Jun lalu dan menyaksikan kepimpinan parti itu dikuasai pemimpin pro-ulama.
Akhbar itu hari ini juga menyebut, Mohamad mengulangi bahawa parti itu mampu menggantikan PAS di negeri itu dan menegaskan AMANAH "tidak bermimpi" memandangkan sokongan hebat oleh rakyat di negeri itu.
Dalam laporan itu juga, Mohamad berkata PAS ketika ini "tidak seperti dahulu" menyebabkan beliau menubuhkan parti Islam yang baru.

SPRM tunggu tarikh daripada Najib untuk disoal siasat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan tarikh yang sesuai untuk memberikan keterangan dalam siasatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim berkata dalam satu kenyataan hari ini, agensi itu sedang menunggu perdana menteri untuk memberikan tarikh itu.
"Kami menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk diambil keterangannya.

"Kami sekarang sedang menunggu tarikh untuk diadakan interview bagi membolehkan beliau menjelaskan isu yang berkaitan dengan penyiasatan ini," katanya. Abu Kassim mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam wawancaranya dengan The Malaysian Insider yang SPRM diberikan sehingga akhir tahun ini untuk mengambil kenyataan daripada Najib berkaitan derma RM2.6 bilion yang diterimanya.
Badan itu mensasarkan untuk menyelesaikan penyiasatan mereka ke atas SRC International, bekas syarikat milik 1MDB, menjelang hujung tahun ini mengambilkira mereka boleh menemui 2 pengarahnya yang kini berada di luar negara.

‘Majlis penasihat PM’ tidak berpelembagaan, kata pakar undang-undang

Pakar perundangan Dr Abdul Aziz Bari berkata, penubuhan majlis yang memberi nasihat kepada perdana menteri itu hanya akan memburukkan lagi sistem tadbir urus negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015. 
Pakar perundangan Dr Abdul Aziz Bari berkata, penubuhan majlis yang memberi nasihat kepada perdana menteri itu hanya akan memburukkan lagi sistem tadbir urus negara.

Majlis penasihat kepada perdana menteri seperti dicadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak mempunyai tempat di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kata pakar perundangan Dr Abdul Aziz Bari. Kata pensyarah Universiti Selangor (Unisel) itu kepada The Malaysian Insider menerusi emel, penubuhan majlis itu hanya akan memburukkan lagi sistem tadbir urus negara.
"Saya perlu mengatakan menteri (Datuk Seri Salleh) Said Keruak betul apabila mengatakan cadangan TDM (Dr Mahathir) untuk mempunyai majlis menasihati PM tidak mempunyai tempat di dalam Perlembagaan yang mengikuti sistem Westminster.

"Dr Mahathir pada asasnya melakukan apa yang orang Melayu kata 'tikus membaiki labu'," kata Aziz, merujuk kepada pepatah Melayu yang bermaksud membuat keadaan menjadi lebih buruk dengan cuba memperbaikinya tanpa pengetahuan yang betul. Aziz berkata, kedudukan badan mengawal kerajaan perlu dilakukan melalui sistem yang dikenali sebagai kerajaan bertanggungjawab, di mana perdana menteri tertakluk kepada persoalan dan usul keyakinan Dewan.
Semalam, Dr Mahathir mengakui mencadangkan kepada G25, kumpulan pesara kakitangan awam Melayu ternama yang menggalakkan kesederhanaan, yang perdana menteri perlu dinasihatkan majlis yang dilantik.
Beliau berkata ia adalah perlu memandangkan Kabinet dilantik perdana menteri dan berkemungkinan akan memberi persetujuan kepada semua keputusan beliau.
Tetapi Aziz yang menganggotai jawatankuasa DAP Selangor, memberi amaran kepada orang ramai yang Dr Mahathir mempunyai "tabiat mengganggu sistem".
Kerugian terbesar Dr Mahathir adalah melemahkan sistem melalui serangan terhadap badan kehakiman serta melemahkan Parlimen termasuk menghapuskan perkhidmatan Parlimen bebas pada 1993, kata Aziz.
Pada 1982, perdana menteri paling lama berkhidmat itu melantik speaker bukan yang dipilih di Dewan Rakyat iaitu Tun Mohamed Zahir Ismail, seorang bekas hakim mahkamah tinggi, kata Aziz.
Beliau mengingatkan orang ramai, Zahir juga adalah pengerusi tribunal yang menyingkirkan bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas pada 1988.
Aziz berkata sebelum Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1982, peguam negara berada di Dewan Rakyat dan tertakluk kepada soalan daripada ahli Parlimen.
Bagaimanapun, Dr Mahathir menghentikan amalan itu dan melantik penjawat awam, Tan Sri Abu Talib Othman sebagai peguam negara, kata Aziz.
"Ini adalah sebahagian daripada perubahan diperkenalkan Dr Mahathir yang secara sistematik melemahkan ‘semak dan imbang’, sekali gus mengecewakan semua inisiatif membawa mereka yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB (1Malaysia Development Bhd) ke muka pengadilan," kata Aziz.

BERSIH gesa Obama soal Najib tentang derma, 1MDB


Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama digesa mempersoal pelbagai dakwaan skandal melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang kemuncak Asean bulan ini.
“Kami minta persoalan penting itu, berkaitan 1MDB dan (derma) RM2.6 bilion, harus diajukan dan sudah tentu juga berkaitan pendakwaan di mahkamah terhadap aktivis sosial,” kata Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.
Jika persoalan itu tidak dibangkitkan, Obama hanya menghantar isyarat bahawa AS menyokong fahaman autoritorianisme untuk kepentingan geopolitiknya sendiri, tambah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat.
Dalam sidang media di ibu pejabat BERSIH di Petaling Jaya hari ini, Maria juga menggesa pemimpin serantau dalam sidang kemuncak Asean, yang akan berlangsung di ibu negara turun membangkitkan soalan kritikal kepada Najib.
Obama dijadual akan ke Turki, Filipina dan Malaysia dari 14 hingga 22 November ini untuk menghadiri beberapa sidang kemuncak.
Di Malaysia, Obama akan menghadiri sidang kemuncak Asean-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

'Najib guna polis, mahkamah bunuh lawan politik’


BERSIH dan Suaram hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan polis dan mahkamah untuk “membunuh lawan politiknya” menjelang pilihan raya umum akan datang.
 Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, trend itu adalah sesuatu yang tidak sihat dan perlu ditangani.
"Najib cuba memenangi pilihan raya akan datang dengan menggunakan mahkamah dan juga mensasarkan pemimpin-pemimpin politik,” kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat.
Dalam satu kenyataan bersama, Suaram dan BERSIH berkata 18 pemimpin pembangkang sedang disiasat kerana terbabit dengan protes dan mengeluarkan kenyataan berunsur ‘hasutan’.
“Tindakan sedemikian secara efektif bertujuan membunuh lawan-lawan politik dan juga bakal-bakal calon pilihanraya akan datang, selain merupakan sebuah upaya penindasan politik bagi menafikan hak membantah sepertimana yang dituntut dalam perhimpunan BERSIH 4.”
Jika sabit kesalahan, pemimpin pembangkang berkenaan akan hilang kelayakan bertanding pada pilihanraya akan datang.
Antara mereka adalah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
“BERSIH dan Suaram melihat ini sebagai satu taktik keji untuk mencantas lawan-lawan politik parti pemerintah, sekaligus membelakangkan proses demokrasi yang telah melantik mereka sebagai wakil rakyat di dewan legislatif masing-masing.
“BERSIH dan Suaram justeru menyatakan kebimbangan bahawa langkah-langkah licik yang diambil pihak kerajaan akan mengakibatkan negara mempunyai barisan pembangkang yang lemah, setelah tokoh-tokoh utama disumbat ke penjara atau hilang kelayakan bertanding,” kata mereka.
Penyelaras projek Suaram Dobby Chew berkata pertuduhan terhadap Chin kerana menganjurkan perhimpunan BERSIH 4.0 juga adalah bukti pendakwaan terpilih.
Beliau memberi contoh kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom tidak didakwa kerana menghasut kerana kekurangan bukti.
Ini adalah berhubung dakwaan kenyataan rasis yang dikelaurkan oleh Ali semasa rusuhan di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur pada bulan Jun.
"Adakah BERSIH diberikan layanan yang sama?" soalnya.

Husam perjelas ‘ugutan bunuh’ pada dialog malam esok

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa bakal menjawab segala persoalan berkenaan dirinya pada sesi dialog malam esok. – Gambar The Malaysian Insider, 12 November, 2015. 
Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa bakal menjawab segala persoalan berkenaan dirinya pada sesi dialog malam esok. 

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa hanya akan menjawab dakwaan beliau dan isteri menerima ugutan bunuh dalam sesi dialog malam esok, 13 November. Ketika ditanya The Malaysian Insider, apakah benar beliau menerima ugutan bunuh dan membuat laporan polis mengenainya, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan itu hanya menghantar semula poster dialog itu melalui WhatsApp.
Malam esok, beliau akan berdialog dengan orang ramai dalam majlis "Dialog: Demo Tanya, Ambo Jawab" yang akan diadakan di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Baru, Kelantan.

Dialog ini juga akan disiarkan secara langsung melalui televisyen Internet, Youtube mulai jam 9 malam. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahudin Ayub yang juga teman rapat turut mendakwa Husam memaklumkan kepada beliau yang isterinya, Datin Rohana Abd Rahman menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Dua hari lalu, menerusi panggilan telefon, beliau maklumkan isterinya menerima mesej berbaur ugutan bunuh.
"Beliau (Husam) berada di balai polis untuk membuat laporan polis," kata Salahuddin kepada sebuah portal berita.
Politik Kelantan semakin panas ekoran penubuhan Amanah dan pelancaran Pakatan Harapan di Kelantan beberapa hari lepas.
Tayar kereta dinaiki Salahudin meletup ketika dalam perjalanannya ke lapangan terbang Kota Baru yang dipercayai akibat perbuatan khianat kerana didapati kesan torehan pada tayar.
Pada dialog malam ini, Husam juga akan menjawab saranan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfudz Mohamad agar beliau meninggalkan parti Islam itu selepas tidak seiringan dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Rakan-rakan beliau sudah tinggalkan PAS dan menubuhkan Amanah, Datuk Husam pun sama seperti rakan-rakannya, dia tewas dalam pemilihan dulu.
"Kalau tak puas hati dengan Tok Guru (Abdul Hadi Awang) atau PAS, sepatutnya beliau sama-sama keluarlah mengasaskan Amanah. Tapi (Husam) tak (pula) keluar. Saya pun tak tahu apa strateginya," katanya sebagaimana dilaporkan satu portal berita.
Husam sebelum ini mencadangkan agar Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih tempat Hadi selaku presiden.
Ini kerana, banyak kenyataan dibuat Hadi dianggap seolah-olah “buang tabiat” dan mengelirukan ahli PAS seluruh negara termasuk kawasan yang diketuai, Kubang Kerian.
Husam juga mendakwa Hadi mengaku mahu membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor dengan cara memujuk ahli Dewan Undangan Negeri PKR menyertai PAS.

Amanah berbohong di Kelantan, kata Mohd Amar

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik mendakwa Parti Amanah Negara berbohong kerana pernah berjanji tidak mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan tetapi kini sebaliknya berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015. 
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik mendakwa Parti Amanah Negara berbohong kerana pernah berjanji tidak mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan tetapi kini sebaliknya berlaku. 

PAS Kelantan menyifatkan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak boleh dipercayai dan berbohong mengenai perjuangan mereka, lapor Sinar Harian. Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah membohongi rakyat kerana sebelum ini ghairah menabur janji tidak akan mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan.
"Mereka (Amanah) sudah tipu rakyat. Dulu kata nak jatuhkan Umno sekarang sudah mungkir janji, kacau Kelantan pula," katanya yang juga merupakan naib presiden PAS.

Beliau mengulas hasrat Amanah sebagaimana disuarakan presidennya Mohamad Sabu untuk mempertimbangkan meletak calon di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang. Tindakan itu katanya, sebagai langkah menyelamatkan Kelantan daripada terpalit dengan pelbagai isu dan masalah.
Ia perlu diambil kira PAS sebagai persediaan untuk mengukuhkan jentera parti bagi mempertahankan pentadbiran PAS di negeri itu, katanya.
Sebelum ini, Amar menganggap Amanah tidak memberi saingan kepada PAS Kelantan.
Beberapa hari lepas, Amanah memulakan gerakan mereka di Kelantan melalui pelancaran Pakatan Harapan yang turut disertai Mohamad.
Pelbagai program disusun dengan penyertaan ramai pimpinan daripada PKR dan DAP.

Lebai Malang

Oleh TS Muhammad Muhammad Taib

Setuju kita berpijak pada realiti. Realitinya orang dah tak suka pada Umno dan BN. Dalam pada itu ada pihak bertindak untuk melemahkan kumpulan dia dengan pendirian baru yang sangat ganjil.

Sepatutnya pemimpin2 ini memperkukuhkan pihak dia PR atau PH. Tetapi apa yg dilihat ialah sebaliknya. Mereka berikhtiar dan mencari jalan supaya pihak dia menjadi lemah.

Mereka pergi ke pihak musuh lalu berkata mereka boleh bekerjasama dgn pihak musuh.

Akhirnya pihak lawan hidup semula. Gagah semula. Pihak dia lemah balik & kurang dapat sokongan. Maka si cerdik terus tidak berkuasa.

Yang terus berkuasa terdiri dari si bebal dan sudah kurang idea.

Yang cerdik2 dan lebih berupaya kekal duduk di luar gelanggang.

Kita dengar semula pada cerita2 orang tua2

Lebai Malang.

Lebai Malang pergi kenduri ke hulu sungai bila air surut. Bila sampai kenduri dah selesai. Tak dpt makan. Makanan sudah habis.

Lalu dia cepat2 kayuh dgn sampan ke hilir sungai untuk pergi ke tempat kenduri lagi satu. Malangnya waktu itu air pasang.

Lebai Malang pun sampai lewat. Kenduri pun sudah habis. Makanan juga sudah tak ada.

Akhirnya Lebai Malang balik ke rumah. Kena marah oleh isteri.
"Mengapa abang tamak sangat?"
Buat pergi ke kedua2 kenduri? Makan kenduri yang satu cukuplah. Abang ni tamaklah.
Lebai Malang tamak. Nak pergi makan ke hulu sungai dan ke hilir sungai. Akhirnya dia rugi.

Lebai oh Lebai !!

Berpijaklah pada REALITI.

Realiti hari ini orang dah tolak BN.

Jangan di ulang kisah LEBAI malang. Tamak. Nak dapat faedah dari semua pihak. Akhirnya dia rugi.

Langkah Ust Hadi dekati Umno mengelirukan

Oleh Suhaimi Kassim

1. Sifat ulamak yang sebenarnya ialah menjauhi syubhat. Dia pula tidak boleh mendedahkan dirinya dengan melakukan perkara yang mengundang prasangka orang. Patut ke seorang ulamak mengeluarkan kenyataan kenyataan mengelirukan apatah kekeliruan di dalam hal ehwal kehidupan rezeki ini boleh mengundang kepada REDHA KEPADA MAKSIAT PEMBAZIRAN. Perkara mungkar WAJIB diingkari tetapi ustaz Hadi mengheret pengikutnya supaya berada di dua persimpangan. INGKAR DAN REDHA.

Hampir saban tahun belanjawan negara  yang dibentangkan oleh kerajaan UMNO BN  ialah DEFISIT. Setiap tahun juga kita mendapati ada sahaja penyelewengan dalam laporan audit. Sikap dan pendirian PAS ini akan menyebabkan penyelewengan wang dan khazanah negara bertambah subur. APAKAH HUKUMNYA 'memberi nafas' kepada mereka yang KHIANAT  akan amanah yang diberikan kepada mereka? Adakah dengan meredhai belanjawan ini, dia dan ahli-ahli PAS yang bersama dengannya akan terlepas daripada HISAB Allah SWT?

2. Pendekatan mendekati UMNO untuk tujuan islah pernah dilakukan oleh DSAI ketika masuk ke dalam UMNO. Bukan dia seorang sahaja yang mendekati UMNO, malah ramai dari kalangan sahabatnya dari ABIM dan JIM yang terlibat sama. Bagaimanakah kesudahannya? Jika dahulu, ramai pemimpin PAS yang memarahi  DSAI kerana masuk UMNO, adakah ustaz Hadi tidak boleh belajar daripada sejarah lama? Adakah beliau ingin mengulangi semula pengalaman PAS ditendang daripada UMNO 1978 ?

3. Menggunakan kaedah Qias pada perbuatan ustaz Hadi mendekati UMNO seperti perbuatan Nabi Musa dan Nabi Ibrahim adalah qias yang tidak kena pada tempatnya....  Ketika dua Nabi ulul azmi ini pergi berjumpa pemerintah, misi dakwah mereka adalah jelas dan tidak ada tindakan yang mengelirukan (sekejap menyokong dan sekejap membantah) Jika menyokong kerja baik dan membantah kerja mungkar, kita boleh setuju. Yang memeningkan  kepala orang ramai dalam masalah belanjawan, ia menyokong dalam membantah atau membantah dalam menyokong.... Adakah ini yang dimaksudkan dengan ISTIQAMAH MENUNU REDHA ALLAH?

4. Memang benar bahawa islam tidak berhasrat untuk memegang / merebut kuasa jika kuasa tersebut boleh berada di tangan mereka yang baik. Persoalannya, benar ke kuasa yang ada sekarang boleh kekal berada di tangan mereka yang soleh dengan pendekatan dakwah mengislahkan pembesar UMNO? Alasan MAHU MENGUBAH DASAR TETAPI TIDAK  MAHU MENGEKALKAN PEMERINTAH adalah satu kekeliruan besar yang tak sepatutnya dilakukan oleh ulamak yang bergelar faqih.