Rabu, 11 November 2015

NGO buat laporan polis gesa vape diharamkan

Dua badan bukan kerajaan (NGO), Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (Jam'iyah) dan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) hari ini membuat laporan polis mendesak supaya e-rokok dan vape diharamkan sepenuhnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 11 November, 2015. 
Dua badan bukan kerajaan (NGO), Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (Jam'iyah) dan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) hari ini membuat laporan polis mendesak supaya e-rokok dan vape diharamkan sepenuhnya.

Sebuah pertubuhan Islam dan sebuah kumpulan pelobi anti-rokok hari ini menggesa Kabinet menterbalikkan keputusannya untuk tidak mengharamkan vape, mengisytiharkan sokongan mereka terhadap tindakan keras Kementerian Kesihatan mengekang trend itu yang sesetengah pihak percaya boleh menjadi alternatif kepada merokok. Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (Jam'iyah) dan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) berkata, menghisap vape atau rokok elektronik mempunyai kesan yang buruk kepada masyarakat.
"Kami meminta Kabinet mengkaji semula (keputusan), Kabinet salah kerana tidak mengharamkan vape.

"Kami mahu kerajaan melalui Kementerian Kesihatan menjalankan tugasnya dan akhirnya kami mendesak supaya e-rokok dan vape diharamkan sepenuhnya," kata Presiden MCTC Dr Molly Cheah kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Wakil Jam'iyah, Shaari Ahmad Junid membuat laporan polis bagi pihak kedua-dua organisasi itu.
Laporan itu menggesa pihak polis mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba menghentikan tindakan yang diambil kementerian terhadap peruncit vape.
Pada 30 Oktober, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di laman Facebook beliau, Kabinet memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.
Walaupun begitu, Kementerian Kesihatan membuat serbuan di lebih 300 kedai vape di seluruh negara dan merampas cecair vape kerana kandungan nikotinnya yang dipercayai boleh menjejaskan kesihatan.
Jam'iyah dalam kenyataannya berkata, ia berdiri teguh atas keputusan Majlis Fatwa dan Mufti Wilayah Persekutuan yang menghisap vape adalah haram, sama seperti menghisap rokok.
Katanya, prinsip kawalan yang disyorkan Kabinet sangat sukar untuk dilihat sebagai mekanisme mengawal tingkah laku masyarakat dalam Malaysia yang mencapai bilangan 4.6 juta perokok.
"Kejayaan mengekang tabiat merokok hingga hari ini masih belum mencapai objektif yang memberangsangkan, walaupun pada dasarnya, sasaran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, Malaysia bebas daripada tabiat merokok pada 2045.

Untung suku ketiga Petronas jatuh 91 peratus

Petronas hari ini melaporkan keuntungannya jatuh 91 peratus pada suku ketiga akibat harga minyak mentah dunia yang lemah.
Reuters melaporkan Petronas membuat keuntungan bersih sebanyak RM1.4 bilion pada bulan Julai-September berbanding RM15.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Ia adalah suku ketiga berturut-turut keuntungan bagi Petronas tahun ini terus merudum.
 Perolehan bagi suku itu jatuh sebanyak 25 peratus kepada RM60.1 bilion daripada RM80.4 bilion setahun lalu, kata syarikat itu pada taklimat pendapatannya di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, portal Utusan Online memetik Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, syarikat telah menjangka kemerosotan keuntungan itu berdasarkan paras harga minyak yang rendah sepanjang tahun ini.
Katanya, Petronas masih tidak perlu melaksanakan langkah pembuangan pekerja berikutan kemerosotan prestasi kewangan berkenaan.
Wan Zulkiflee juga berkata, berdasarkan harga minyak dunia yang rendah sepanjang tahun ini, syarikatnya hanya akan membayar dividen kepada kerajaan sebanyak RM16 bilion untuk 2016, berbanding RM26 bilion yang dibayar tahun ini.

Sering tukar kenyataan tunjuk tahap ‘profesionalisme’ polis, kata Azmin

Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang sering berubah, menunjukkan sejauh mana tahap profesionalisme anggota polis, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2015.  
Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang sering berubah, menunjukkan sejauh mana tahap profesionalisme anggota polis, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. 

Kenyataan Ketua Polis (CPO) Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang sering berubah, mengenai penyertaan anak lelaki Mohamed Azmin Ali dalam perhimpunan Bersih, menunjukkan sejauh mana tahap profesionalisme anggota polis, kata menteri besar Selangor itu. Katanya, kenyataan seperti tidak tetap pendirian itu dikeluarkan ketua polis Kuala Lumpur, dan bukannya "polis tempatan di kampung."
"Polis asyik tukar kenyataan. Kenyataan dibuat CPO, bukan polis tempatan di kampung," kata Azmin kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata, anaknya Basheer akan hadir ke balai polis pada 25 November untuk direkodkan kenyataannya.  Pelajar berusia 15 tahun itu sebelum ini dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyertaannya terhadap Bersih 4.
Tajuddin berkata, pihaknya meminta agar Azmin tidak mempersoalkan tindakan polis memanggil anaknya, kerana remaja itu gagal hadir sejak Julai untuk memberi keterangan.
"Beliau mengatakan anak saya dipanggil 3 bulan lalu pada Julai, sedangkan Bersih berlangsung pada 30 Ogos, beliau tunjuk betapa profesional pasukan polis kita," kata Azmin.
Tajuddin bagaimanapun kemudiannya menukar kenyataannya, dan mengatakan Basheer dipanggil sejak September dan bukannya Julai.
"Segala kekhilafan amatlah dikesali," katanya, dalam satu kenyataan.

Shafie dukacita siasatan 1MDB, RM2.6 bilion ‘dilambatkan’

Pihak yang terlibat menyelesaikan dua isu perlu mengambil tindakan tegas bagi menamatkan krisis keyakinan dan pentadbiran terburuk dalam sejarah Malaysia.

shafie-apdal_1mdb_600_1PETALING JAYA : Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini giliran Datuk Seri Shafie Apdal mempertikai kelewatan pihak berkuasa menyelesaikan siasatan terhadap 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
Katanya, tindak-tanduk melambatkan proses penyiasatan amat mendukacitakan apabila pasukan penyiasat dirombak, ahli-ahlinya dipecat atau ditukar jabatan malah di dalam keadaan tertentu ada yang dinaikkan pangkat untuk digantikan dengan ahli-ahli yang baharu.
Beliau berkata, keadaan itu telah menambahkan kekalutan dan memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap keikhlasan kerajaan dalam menyelesaikan dua isu tersebut.
“Krisis keyakinan yang sedia ada hanya dapat diselesaikan jika kebenaran dipertemukan.
“Sepertimana yang dititahkan oleh Majlis Raja-Raja, kebenaran hanya boleh diraih jika kepimpinan dan badan badan kerajaan menyempurnakan amanah secara telus, berkredibiliti dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada 7 Oktober lalu, Muhyiddin membangkitkan persoalan mungkinkah ada tangan ghaib yang cuba menutup kesalahan pihak-pihak tertentu yang menyebabkan siasatan 1MDB hampir tergendala.
Beliau berkata, pada awalnya kerajaan kelihatan serius menyiasat bagi menyelesaikan kemelut itu tetapi kemudian menjadi makin perlahan dan kini hampir tergendala.

ANTARA NAJIB/ROSMAH DENGAN MAHATHIR/HASMAH, SIAPA LEBIH MEWAH?

Tidak sia-sia Perdana Menteri, Najib Razak melantik Salleh Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Beliau nampaknya sentiasa saja cuba menjawab apa juga serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap "bosnya" itu, meskipun kadangkala hujahnya jauh tersasar dan  seperti "asal ada  jawapan"  sahaja.

Malah melihat caranya menjawab dan "spin" hujah, Salleh juga sepatutnya diberikan jawatan tambahan sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan yang bagaikan sudah kurang menyerlah sejak kebelakangan ini.

Seolah-olah yang penting bagi Salleh bukan sama ada hujah dan faktanya boleh diterima atau tidak, tetapi beliau mesti dilihat ke depan dalam mempertahankan Najib.

Dalam mengulas cadangan Tun Mahathir bahawa mahkamah sepatutnya menerima gaya hidup mewah sebagai bukti wujudnya elemen rasuah, Salleh sebaliknya berkata, jika cadangan tersebut diterima ia mungkin menyebabkan kehidupan bekas Perdana Menteri itu sendiri berakhir di penjara.

Ini kerana, katanya, keluarga Tun Mahathir sendiri terpaksa membuktikan mereka tidak mengamalkan rasuah berdasarkan gaya hidup yang dijalani jika perkara itu dilaksanakan atau terpaksa dihumban ke penjara.

Cuba mempertahankan hujahnya lagi, Salleh berkata, cadangan itu juga akan membuatkan sesiapa tidak selamat lagi kerana boleh ditangkap dan didakwa hanya berdasarkan kereta yang dimiliki atau rumah yang mereka tinggal.

Dalam hal ini, barangkali kerana terlalu ghairah ingin mempertahankan Najib sehingga Salleh tidak menyedari bahawa kakitangan awam yang mengamalkan gaya hidup tidak sepadan dengan pendapatan mereka memang terdedah kepada pemantauan dan penyiasatan pihak berkuasa.

Maka, cadangan Tun Mahathir itu tidak ada yang peliknya, cuma ia perlu diperkukuh dan diperkemaskan lagi, bukan saja melibatkan kakitangan bawahan tetapi juga pegawai atasan dan pemimpin politik termasuk Perdana Menteri dan ahli kabinetnya.

Selain itu, untuk Salleh mengatakan Tun Mahathir mungkin turut sama dipenjara berikutan cadangan itu adalah juga tidak tepat kerana sepanjang 22 tahun berkuasa, beliau dan isterinya, Tun Siti Hasmah tidak pernah sama sekali dikaitkan dengan kehidupan mewah, membeli perhiasan mahal, boros berbelanja, membeli pakaian yang gemerlapan, kenduri-kendara yang gemilang atau yang seumpamanya.

PEGUAM NEGARA ARAH SPRM SOAL NAJIB SEBELUM AKHIR TAHUN...HMMMMM....!!

Sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita atas talian, Peguam Negara, Apandi Ali  mahu SPRM menyoal Perdana Menteri, Najib Razak dan melengkapkan siasatan berkaitan anak syarikat 1MDB iaitu SRC International dan derma RM2,600 juta sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, beliau mengeluarkan arahan itu kerana mengambil serius kebimbangan orangramai mengenainya.

Kata Apandi yang dilantik penghujung Julai lalu sebagai Peguam Negara dalam pertukaran kontroversi menggantikan Gani Patail, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan Najib bersetuju mengenai keperluannya untuk disoal oleh SPRM.

Peguam Negara itu juga menegaskan, SPRM perlu menyerahkan hasil siasatan itu kepadanya "dengan apa cara sekali pun" kerana beliau sudah memberikan masa yang mencukupi untuk tujuan itu.

Kemelut berkaitan 1MDB dan derma yang diterima Najib bukan saja menimbulkan kebimbangan orangramai kerana ia melibatkan beberapa penyingkiran, pemecatan dan seolah-olah bermain dengan masa, malah Majlis Raja-Raja turut melahirkan kerisauan yang sama dengan menggesa siasatan dipercepatkan dan diambil tindakan kepada sesiapa yang terlibat dengan segera.

Dalam derma sebanyak RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib itu, sejumlah RM42 juta daripadanya  didakwa diterima daripada SRC International yang mendapat pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP.

Mat Sabu: UMNO Bila-Bila Masa Boleh Jatuh, Tiba-Tiba Ada Orang Nak Bagi Tongkat Baru

Mat Sabu: Rakyat Sekarang Berada Dalam Keadaan Cukup-Cukup Teruk

Yapiem: Tiga Individu Didakwa Terima Gaji Lebih RM155,000

Isu Vape: Rafidah Tolak, Ismail Sokong, Subra Kunci Mulut

Dr M: Kes mahkamah tidak patut ikut 'keinginan peribadi' AG

DAP mahu edar 100,000 risalah 1MDB di luar bandar

Mahathir: Tawfik tidak boleh dipercayai, berniat jahat

Salleh: Jika rakyat mahu Najib kekal bagaimana?

'Saya ambil risiko, saya sedia dipancung' - Tun M

'Gaya hidup mewah cukup jadi bukti rasuah'

Tukar Najib, bukan tukar Umno

Amirudin tampil Korupsi Kuku Besi selepas 2.6 Bintang

Dewan Ulama tunjuk jalan keluar pada Husam

Peguam negara perlu dakwa 1MDB kerana berbohong, kata Amanah

Ketua Biro Undang-undang Parti Amanah Negara Mohamed Hanipa Maidin berkata peguam negara perlu menimbang semula kes terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana menipu bank pusat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2015.Ketua Biro Undang-undang Parti Amanah Negara Mohamed Hanipa Maidin berkata peguam negara perlu menimbang semula kes terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana menipu bank pusat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2015.Terdapat alasan bagi satu pertuduhan dikenakan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana menipu bank pusat, kata ketua biro undang-undang Parti Amanah Negara Mohamed Hanipa Maidin hari ini, menggesa peguam negara menimbang semula kes terhadap syarikat itu.
Ahli Parlimen Sepang itu berkata, tindakan peguam negara membersihkan 1MDB daripada sebarang kesalahan sebelum ini hanya dalam konteks Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 berkaitan tidak mendedahkan maklumat atau membuat pendedahan maklumat tidak lengkap kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendapat kebenaran membuat pemindahan wang ke luar negara.
Tetapi, ia tidak bermakna 1MDB tidak bersalah daripada jenayah penipuan yang membuatkan firma pelaburan negara itu boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pada pandangan saya, 1MDB jelas melakukan kesalahan jenayah menipu di bawah Kanun Keseksaan dan dengan itu, peguam negara, dengan penuh hormat, bertindak salah apabila tidak mendakwa 1MDB. "Peguam negara seharusnya mendakwa IMDB di bawah seksyen 417 atau 418 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan menipu dan hukuman yang perlu dijalankan," katanya.
Bank pusat itu berkata, ia membatalkan 3 kebenaran untuk pemindahan oleh 1MDB dari 2009 hingga 2011 disebabkan pendedahan maklumat tidak lengkap atau tidak tepat.
Hanipa berkata, kenyataan BNM itu membawa maksud wujud "penipuan di pihak 1MDB".
"Yang dikatakan penipuan itu berlaku ketika 1MDB memberi pendedahan tidak tepat dan tidak lengkap, membawa kepada kebenaran secara haram diberikan kepada 1MDB untuk membuat pemindahan wang luar negara berjumlah AS$1.83 bilion.
"Daripada segi undang-undang, soalan yang penting untuk membuktikan wujud pembohongan ialah adakah BNM akan memberi kebenaran yang relevan itu sekiranya ia mengetahui dari awal, maklumat diberikan IMDB itu tidak tepat dan tidak lengkap?," soalnya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bulan lalu menjelaskan, keputusannya tidak meneruskan pertuduhan terhadap 1MDB yang membuat pendedahan maklumat tidak tepat, ialah kerana bank pusat tidak mendapatkan maklumat mencukupi dari firma tersebut bagi membuktikan ia melanggar undang-undang.

Perkara biasa pembangkang tolak bajet, kata Pakatan Harapan kepada PAS

Ketua whip Parlimen ketiga-tiga parti Pakatan Harapan berkata, gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sebelum ini, termasuk PAS, pernah mengundi menolak bajet kerajaan, jadi ia bukan perkara baharu. Pada 23 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2016 yang bertemakan “Mensejahterakan Hidup Rakyat” di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2015. 
Ketua whip Parlimen ketiga-tiga parti Pakatan Harapan berkata, gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sebelum ini, termasuk PAS, pernah mengundi menolak bajet kerajaan, jadi ia bukan perkara baharu. Pada 23 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2016 yang bertemakan “Mensejahterakan Hidup Rakyat” di Dewan Rakyat.

 Mengundi untuk menolak bajet kerajaan adalah perkara biasa dalam demokrasi, kata barisan pembangkang Pakatan Harapan hari ini, berikutan keputusan PAS enggan menyokong undi menolak Bajet 2016 di Dewan Rakyat.
Membidas keputusan parti Islam itu, ketua whip Parlimen ketiga-tiga parti dalam gabungan itu berkata, gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sebelum ini, termasuk PAS, pernah mengundi menolak bajet kerajaan, jadi ia bukan perkara baharu.
"Penolakan Bajet oleh pihak pembangkang adalah amalan biasa dalam sistem demokrasi berparlimen. Ia bukan merupakan perkara yang aneh mahu pun baharu.

"Ia pernah dilakukan Pakatan Rakyat termasuk ahli Parlimen PAS sebelum ini," kata Datuk Johari Abdul (Sungai Petani-PKR), Anthony Loke (Seremban-DAP) dan Khalid Samad (Shah Alam-Amanah) dalam satu kenyataan bersama hari ini. "Sikap berkecuali seperti yang dicadangkan PAS tidak wajar diambil pihak pembangkang dewasa ini."
Ini kerana, bajet itu merupakan pelaksanaan dasar kerajaan yang diketuai Barisan Nasional (BN) yang tidak dipersetujui, kata mereka, sambil menambah ia bukan sahaja tentang mendapatkan peruntukan kewangan tetapi juga mengenai keutamaan yang diberi dalam menggunakan wang rakyat.
"Oleh itu, ianya ditolak dan ditentang. Sikap berkecuali tidak akan membantu rakyat terbanyak dan menjadikan kehadiran di Parlimen tidak bermakna," kata mereka.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dipetik Sinar Harian berkata, wakil rakyat parti itu tidak akan menyokong gesaan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mengundi menolak bajet di Dewan Rakyat.
"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

Kenapa spesis2 LEMBUmno suka curi & rasuah ???

KERANA umno skrg (Umno baru) adalah UMNO HARAM !!!.. Parti UMNO 'asal' telah TELAH DIHARAMKAN PADA 4 FEBRUARI 1988 oleh Mahkamah Tinggi Malaysia.

Dr Mahathir gesa tangani rasuah ‘sembunyi-sembunyi’ sebelum parah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebagai insan yang memimpin negara ini selama bertahun-tahun lamanya, analisisnya sendiri mendapati terdapat 2 peringkat rasuah di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 November, 2015. 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebagai insan yang memimpin negara ini selama bertahun-tahun lamanya, analisisnya sendiri mendapati terdapat 2 peringkat rasuah di negara ini. 

Rasuah secara sembunyi-sembunyi harus dikesan dan dihalang daripada menjadi rasuah yang diberi secara terang-terangan, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata sebagai insan yang memimpin negara ini selama bertahun-tahun lamanya, analisisnya sendiri mendapati terdapat 2 peringkat rasuah di negara ini.
"Ada rasuah secara sembunyi-sembunyi dan ada rasuah diberi secara terang-terangan," kata Dr Mahathir pada Simposium Memerangi Rasuah Malaysia 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata rasuah secara sembunyi berlaku apabila seorang pegawai yang korup tahu bahawa perbuatan itu salah dan ia merupakan satu kesalahan untuk melakukan perbuatan itu, lalu melakukannya secara sembunyi-sembunyi tanpa orang lain mengetahuinya "Jika ini tidak ditangani, rasuah secara terang-terangan akan berlaku di mana ia kelak menjadi hakikat kehidupan, sesuatu yang berlaku dan anda menerimanya.
"Anda tidak perlu menentangnya kerana semua orang memberi dan semua orang menerima dan ada juga kadar khas... bagi kerja ini, anda memberi sebanyak ini dan untuk kerja itu, anda memberi sebanyak itu.

Zaid gesa AG, berterus terang sebab sebenar dilantik


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yakin keputusan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai peguam negara menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail bukan dibuat secara spontan.
Justeru, bagi membersihkan namanya, beliau menyarankan Apandi supaya menjelaskan sebab sebenar di sebalik pelantikan itu.
"Sebab sebenar tidak diketahui. Itulah yang seluruh negara mahu tahu. Mengapa beliau dipilih?” soal Zaid ketika dihubungi oleh Malaysiakini.
Zaid berkata pelantikan Apandi pada 27 Julai dibuat pada masa yang sangat kritikal dan ramai yang melihat keputusan itu bukan melalui "proses biasa".
Pelantikannya dilihat sebagai satu tindakan mendadak ketika pasukan khas yang pada masa itu diketuai oleh Gani sedang menyiasat skandal firma pelaburan negara, 1MDB yang sarat hutang.
Tidak sampai seminggu memulakan tugasnya, Apandi dilapor mengarahkan pasukan petugas berkenaan dibubarkan dan pihak berkuasa yang menyiasat diminta menjalankan tugas masing-masing secara berasingan.
"Berdasarkan semua itu, wawancaranya akan lebih bermakna sekiranya beliau menjelaskan isu sebenar," kata Zaid.
"Saya tidak peduli sama ada beliau menyokong Umno atau tidak," katanya.

Anwar: Apa berlaku kepada Saravanan, debat 1MDB?

Sementara menunggu perbicaraan kes saman sivilnya, bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengikuti perkembangan isu-isu semasa dengan bertanya mengenai keadaan politik negara dan dunia.
Anwar bertanya apa yang berlaku kepada Datuk M Saravanan dan diberitahu bahawa Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu dikalahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk SK Devamany dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden MIC.
Bulan ini, ketua umum PKR itu memasuki tempoh lapan bulan menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Sungai Buloh, selepas didapati bersalah dalam kes liwat II.
Walaupun Anwar sibuk bertanya soalan, kira-kira empat anggota Jabatan Penjara memerhati rapat manakala penyokongnya cuba bersalam dengannya.
Bekas timbalan perdana menteri itu berada di mahkamah kira-kira selama 15 minit dalam saman fitnah RM100 juta terhadap bekas rakan tenisnya yang kini adalah presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S Nallakaruppan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ucapan Selamat Deepavali
Kes itu bagaimanapun tidak diteruskan hari ini kerana peguam Nallakaruppan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan sakit.
Anwar, yang sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh, juga bertanyakan tentang keadaan politik semasa, terutama mengenai isu 1MDB dan sama ada debat yang hangat diperkatakan menjadi kenyataan.
Isterinya yang juga adalah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku pada sesi Parlimen semasa dan debat yang tidak menjadi itu.

Politik Gedebe: "Isteri Husam didakwa terima ugutan bunuh"


Ketika ketegangan Datuk Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh.
Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu.
Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama.
Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak.
“Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan,” kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH).
Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berhubung perkara itu.
Sementara itu keganasan nampaknya tidak terhad kepada keluarga Husam saja kerana Salahuddin sendiri mengalami 'cabaran' yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan AMANAH di Kelantan.
Pagi tadi, kata Salahuddin, salah satu tayar kenderaan pacuan empat rodanya ditoreh dipercayai dengan benda tajam.
Menurut bekas Naib Presiden PAS itu, beliau bersama rakan pada awalnya tidak menyedari sabotaj tersebut sehinggalah kenderaan yang mereka naikinya hilang kawalan dan hampir merempuh sebuah motosikal.
Bagaimanapun, Salahuddin berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyifatkan ia cuma “kerja budak-budak nakal”.
Katanya, tayar ditoreh itu adalah yang berada di bahagian kiri depan kenderaannya.

Hidup mewah bukti rasuah, Dr M akan ke penjara - Salleh



Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata jika cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa gaya hidup mewah digunakan sebagai bukti rasuah berlaku, maka bekas perdana menteri itu yang mungkin berakhir di dalam penjara.
"Jika ini cara sistem undang-undang baru itu dikuat-kuasakan, maka Mahathir sendiri tidak akan selamat berdasarkan gaya hidup mewah keluarganya sendiri yang terpaksa membuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan rasuah atau tidak akan dihumban ke penjara," katanya dalam satu catatan di blog hari ini.
Salleh berkata, cadangan Mahathir sama seperti menganggap seseorang itu adalah bersalah sehingga dan melainkan jika beliau boleh membuktikan dirinya tidak bersalah.
"Jika begitu cara sistem perundangan kita, maka tiada siapa akan selamat lagi.
"Anda boleh ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara hanya kerana ada yang mendakwa anda mengamalkan rasuah hanya berdasarkan kereta yang dimiliki atau rumah yang anda tinggal," katanya.

'Amanah bukan parti menumpang' - Bang Mat

TUMPAT – Parti Amanah Negara (Amanah) bukanlah parti yang menumpang Pas tegas presidennya, Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu Malah kejayaan Pas selama ini juga kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah atas usahanya kerana beliau bersama Pas dan membina  parti Islam Pas itu selama 37 tahun.

“Kita tak tumpang Pas, kejayaan Pas selama ini kejayaan bersama.

"Saya baru tinggalkan Pas empat bulan, jadi selama ini 37 tahun saya telah bina Pas, kejayaan Pas selama ini kami yang buat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas program Santai Pagi Bersama Presiden di dataran Wakaf Bharu bersebelah Pasar Wakaf Bharu, pagi tadi.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini berikutan kenyataan Mat Sabu, Amanah sedia mengantikan Pas mentadbir  Kerajaan Kelantan pada PRU 14.

Mengulas kesediaan Amanah menggantikan Pas, Mat Sabu berkata, ia bukan satu mimpi selepas melihat sokongan rakyat pada parti Amanah.

“Tak mimpi... tak mimpi… kami akan melihat perkembangan sokongan, setakat ini sokongan sangat hebat,” katanya.

Dalam ceramahnya di Pasir Mas kelmarin, Amanah mempertimbangkan untuk meletakkan  calon PRU 14 di Kelantan sekaligus berusaha mengambil alih kepimpinan Pas Kelantan.

Hasrat itu bagi menyelamatkan Kelantan kerana mendakwa Pas negeri itu terpalit dengan pelbagai isu dan masalah.

Husam keluar PAS atau tidak, jawapan 13 Nov


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hanya akan menjawab sama ada beliau akan meninggalkan parti itu atau tidak pada majlis dialog yang dianjurkan pihaknya pada 13 November ini.
ADUN Salor itu berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamed agar beliau meninggalkan parti itu selepas lantang mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mahfodz juga mencadangkan Husam menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).
“Saya akan jawab dalam majlis dialog Demo Tanya Ambo Jawab,” katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini.
Husam sebelum ini mendedahkan bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Pendedahan itu dibuat melalui sebuah rakaman video ceramahnya di Pasar Kedai Mulong, Kota Bharu yang dikongsi di Facebook beliau, Jumaat lalu.
Husam akan mengadakan majlis dialog Demo Tanya Ambo Jawab pada 13 November ini di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Bharu sekitar jam 9.00 malam.

Pakatan Harapan terima Pas di Selangor

Gabungan PKR-DAP-Pas telah bekerja dengan baik semenjak pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
wan-azizah,pakatah-harapan
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan menerima Pas untuk terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wah Ismail.
Beliau menegaskan, perkara itu telahpun dipersetuju PKR dan DAP.
“Kita (PKR dan DAP) terima Pas dalam kerajaan Selangor kerana Exco Pas dipilih orang rakyat.
“DAP juga telah menegaskan mereka menyokong kerajaan pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, ” katanya ringkas ketia ditemui di Mahkamah Tinggi pada Rabu.
Presiden PKR itu berkata, gabungan PKR-DAP-Pas telah bekerja dengan baik semenjak pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Gabungan ini berjalan dengan baik dan kita terimanya,” katanya.
Penjelasan Wan Azizah itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Parti Amanah Rakyat (Amanah) dan pemimpin tertinggi DAP yang sebelum ini mendesak Azmin menerima kerajaan Selangor sebagai Pakatan Harapan.

Ahli UMNO rasuah bukan parti – Tun M

Keadaan dalam UMNO sudah berubah apabila orang menyertai UMNO untuk mendapatkan sesuatu bukan memberi sumbangan kepada parti dan negara.
ambiga-mahathir
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan UMNO dengan menegaskan parti itu tidak mengamalkan rasuah tetapi pemimpin dan ahli UMNO yang rasuah.
Bekas Presiden UMNO lebih 20 tahun itu berkata, UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan negara dan pernah dipimpin oleh pemimpin yang baik.
Namun, katanya, keadaan itu sudah berubah apabila orang menyertai UMNO untuk mendapatkan sesuatu dari UMNO bukan memberi sumbangan.
“UMNO bukan parti rasuah. Orang dalam UMNO yang melakukan rasuah. UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan negara.
“UMNO pernah dipimpin oleh mereka yang baik tetapi sekarang orang masuk UMNO untuk dapat sesuatu dari parti bukan memberi sumbangan. Mereka inilah yang rasuah,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Simposium Malaysia Perangi Rasuah 2015 pada Rabu.
Bekas Perdana Menteri membuat penjelasan itu apabila ditanya pandangan beliau mengenai dakwaan sistem di Malaysia telah dicemari rasuah.
Mengulas kenyataan Datuk S Ambiga yang menyokong beliau jika mahu menukar sistem secara keseluruhan bukannya hanya menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Mahathir berkata, menjatuhkan Najib tetap menjadikan keutamaannya.
“Keutamaan saya ialah untuk menjatuhkan Najib. Dan kerana itu saya menyertai Perhimpunan Bersih 4.
“Manakala yang selainnya, terpulang kepada majoriti untuk membuat keputusan. Bukan saya yang tentukan,” katanya.

Yapeim didakwa bayar tiga beranak RM81,700 sebulan

NOW mendakwa selain menjadi Timbalan Presiden, suami pemimpin Wanita UMNO Kelantan turut dilantik menjadi fellow dan anak lelakinya turut terbabit dalam yayasan itu
NOW
KUALA LUMPUR: National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa jumlah elaun untuk pemimpin Wanita UMNO Kelantan dan keluarganya di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, (Yapeim) mencecah hampir RM1 juta setahun.
Secara purata mereka dikatakan memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.
Dalam dakwaannya, Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata wanita berkenaan yang juga merupakan timbalan presiden yayasan berkenaan secara langsung menyandang sebanyak tujuh jawatan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM45,500.00 sebulan.
“Anak lelaki kepada pemimpin wanita UMNO Kelantan itu turut terlibat secara langsung dalam yayasan itu dan memperoleh pendapatan sebanyak RM31,200 sebulan.
“Selain, suaminya pula telah dilantik sebagai fellow dengan pendapatan RM5,000 sebulan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan,” ujarnya dalam sidang media di NOW Center pada Rabu.
Jelas Akmal lagi, pihaknya hairan bagaimana anggota tertinggi yayasan berkenaan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan derma, pinjaman serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam memperoleh pendapatan begitu tinggi.
Selain, yayasan itu juga dipantau oleh Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Mampukah Perdana Menteri dan Menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada yayasan itu apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan gagal menjalankan tanggungjawab mereka,” ujarnya lagi.

4 pegawai kanan yayasan Islam peroleh RM2j setahun



NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendakwa empat individu dalam di sebuah yayasan naungan kerajaan memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun.
Pengarahnya, Akmal Nasir berkata secara purata mereka didakwa memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.
Akmal mendakwa berkata dua daripada mereka adalah pengerusi dan timbalannya, manakala dua lagi adalah suami dan anak kepada orang besar di yayasan berkenaan.
"Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh pengerusi adalah RM73,000 sebulan.
"Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh timbalan pengerusi dan keluarganya yang telah dikenal pasti pula adalah sebanyak RM81,700.00 sebulan,” ujarnya dalam sidang media di NOW Center di Kuala Lumpur hari ini.
Jelas Akmal lagi, pihaknya hairan bagaimana anggota tertinggi yayasan berkenaan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan derma, pinjaman serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam memperoleh pendapatan begitu tinggi.
Selain, yayasan itu juga dipantau oleh perdana menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Mampukah perdana menteri dan menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada yayasan itu apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan, gagal menjalankan tanggungjawab mereka,” ujarnya lagi.

Tolak Bajet 2016 ganti usul tidak percaya terhadap Najib

Jika bajet ditolak, Perdana Menteri terpaksa membentangkan bajet alternatif atau meletak jawatan dengan membentuk Kabinet baharu atau membubarkan Parlimen untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
johari-abdul
PETALING JAYA: Penolakan Bajet 2016 di Dewan Rakyat oleh ahli parlimen pembangkang boleh menggantikan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana, usul undi tidak percaya terhadap Najib yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan dibahaskan oleh kerajaan.
Perkara itu ditegaskan oleh Pakatan Harapan melalui kenyataan media bersama oleh Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul, Ketua Whip Ahli Parlimen DAP, Loke Siew Fook dan Ketua Whip Ahli Parlimen Amanah, Khalid Abd Samad.
Mereka menegaskan, penolakan bajet itu akan memaksa Najib membentangkan bajet alternatif atau meletak jawatan dengan memberi peluang pembentukkan Kabinet baharu.
“Kami sudah bersedia menghadapi dua kemungkinan ini,” katanya.
Pilihan ketiga, Najib boleh membubarkan Parlimen untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU14) selepas meluluskan bajet untuk tempoh tiga bulan.
“Penolakan bajet harus dilihat sebagai peluang keemasan untuk membetulkan bajet yang membebankan rakyat. Sekiranya bajet baru dikemukakan, mungkin akan dapat memasukkan pindaan seperti yang diingini. Kadar GST dapat disifarkan, pembasmian rasuah dapat diutamakan, usaha kronisme dapat ditamatkan dan sabsidi serta bantuan yang lebih bermakna kepada rakyat dapat dilaksanakan,” kata kenyataan itu.
Mereka juga menafikan penolakan bajet akan menyebabkan berlaku ‘government lock-down’ iaitu keadaan di mana kerajaan tidak dapat berfungsi.

ISMAIL SABRI - SIBUK-SIBUK TENTANG VAPE, LOW YAT 2 APA CERITA?

Tulisan ini bukan sangat tentang vape, tetapi lebih mengenai perlakuan seorang menteri, Ismail Sabri Yaakob yang nampaknya lebih berminat tentang vape berbanding tugas hakikinya di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Walaupun sebelum ini sudah banyak yang menegur dan mengecamnya, termasuk daripada kumpulan pro Najib dan kerajaan sendiri, apabila begitu pantas mengumumkan keputusan kabinet tidak mengharamkan vape, sedangkan Kementerian Kesihatan atau Kementerian Belia dan Sukan yang sepatutnya berbuat demikian, tetapi Ismail Sabri nampaknya tidak mengambil iktibar daripadanya.

Beliau malah kelihatan seperti mempunyai keghairahan luar biasa terhadap vape ini, bahkan kenaikan harga rokok sehingga RM17 sekotak pun tidak kedengaran nasihatnya agar rakyat mengurangkan tabiat tidak berfaedah itu.

Hari ini beliau bersuara lagi melahirkan tidak setujunya  dengan keputusan terbaru Kementerian Kesihatan yang hanya membenarkan cecair perisa vape mengandungi nikotin dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar sahaja.

Menyifatkan keputusan itu sebagai menggemparkan, beliau juga menganggap ianya bakal membunuh perniagaan anak-anak muda tempatan, khususnya Melayu di negara ini kerana mendakwa kebanyakan farmasi dimiliki oleh syarikat-syarikat besar, termasuk dari luar negara.

Apakah yang membuatkan Ismail Sabri begitu ghairah untuk memperjuangkan vape ini berbanding meningkatkan kemudahan jalan dan lampu-lampu di luar bandar atau memberi lebih tumpuan menjaga kebajikan mereka yang ada kaitan dengan Risda atau Felcra misalnya?
Kenapa beliau hanya melihat kepentingan vape dari sudut perniagaan dan trend anak-anak muda bandar dan tidak meneliti dari sudut negatifnya yang jauh lebih rakus kepada semua golongan muda negara ini?

Bukankah bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Mohd Najib Abdul Aziz turut melahirkan kebimbangan terhadap vape ini dengan menyifatkan penggunaannya yang berleluasa bagaikan membuka jalan kepada penyalahgunaan dadah secara terbuka.

'Fatwa' yang dikeluarkan Ismail Sabri memang ada beza...

"Industri vape perlu dipertahankan demi 'kehendak & aspirasi' anak muda.. KERANA IA MEMBERI FAEDAH & MANFAAT DALAM KEHIDUPAN MEREKA" - Ismail Sabri Yaakob (30/10/2015)

Allahuakhbar !!! Hidup UMNO !!! Hidup & Mati Bersama Vape..