Selasa, 10 November 2015

HUTANG KERAJAAN BN & HUTANG NEGARA DAH MAKIN MENCANAK BERTAMBAH sejak Najib jadi PM !!!

Tak sabar rasanya nak capai target RM1 trilion, RM1,000,000,000,000

Sebelum GST dilaksanakan beriya2 KERAjaan mengatakan dgn pelaksanaan GST hutang dpt kurangkan hutang negara RM30 bilion setahun.

TETAPI slps GST dilaksanakan KENAPA HUTANG NEGARA TERUS BERTAMBAH ??!!!

KENAPA PM kita suka bohong !!!

TAK LAMA LAGI TPPA pula !!!

KENAPA PM kita suka bohong !!!

Sebelum GST dilaksanakan beriya2 KERAjaan mengatakan dgn pelaksanaan GST hutang dpt kurangkan hutang negara RM30 bilion setahun.

TETAPI slps GST dilaksanakan KENAPA HUTANG NEGARA TERUS BERTAMBAH ??!!!

Amanah sedia ganti Pas – Mat Sabu

Langkah mengantikan Pas adalah bagi `menyelamatkan' kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
amanah-pas
PASIR MAS:Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, langkah itu diambil bagi `menyelamatkan’ kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima Amanah). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan),” katanya yang dipetik dari Bernama.
Mat Sabu berkata, pada masa ini, Amanah akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Sekarang hal PRU-14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak… kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana,” katanya.

Menteri 'kantoi' taja Himpunan Baju Merah?


'Baju merah' mulai banjiri Padang Merbok

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mendakwa seorang timbalan menteri di jabatan perdana menteri ‘kantoi’ apabila mengesahkan Felda bertanggungjawab menyelaraskan program Himpunan Warga Felda pada 16 September lalu, iaitu hari yang sama berlakunya perhimpunan Baju Merah di ibu negara.
Beliau berkata, berdasarkan jawapan kepada Parlimen baru-baru ini, keseluruhan peserta warga Felda yang menyertai program tersebut dianggarkan seramai 10,000 orang meliputi 10 wilayah Felda seluruh negara kecuali Sabah.
“Umum mengetahui 16 September 2015 adalah merupakan Himpunan Baju Merah. Adakah Himpunan Warga Felda sengaja dianjurkan pada hari yang sama untuk ramaikan Himpunan Baju Merah?
“Ini bermakna satu wilayah menghantar 1,000 orang dan ini juga menunjukkan bahawa seramai 10,000 orang warga Felda telah menyertai Himpunan Baju Merah baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dalam jawapan bertulis kepada Parlimen memaklumkan Felda telah menyelaraskan satu program komuniti Felda iaitu Himpunan Warga Felda bersempena sambutan hari Malaysia pada 16 September 2015, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.
Menurut jawapannya, program tersebut telah disertai oleh semua NGO di dalam Felda termasuklah Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), dan Kami Anak Felda (KAF).
Mengulas lanjut, Nie Ching selaku Penolong Setiausaha Publisiti DAP juga kesal apabila Felda terpaksa menanggung kos sehingga RM925,000 untuk menganjurkan program tersebut, sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk kepentingan awam dan bukannya untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Penganalisis: Pas tahu PKR lebih perlukannya

SHAH ALAM – “Pas tidak merasakan wujud keperluan untuk membuat perjanjian dengan Pakatan Harapan”, demikian reaksi penganalisis politik apabila ditanya berhubung cadangan kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan di Selangor.
Ini kerana menurut Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, hakikatnya Pas sedar yang lebih memerlukan parti itu kini adalah PKR.
 Sivamurugan Pandian “Persoalannya sekarang, adakah DAP (sekali pun) akan mahu perjanjian itu wujud kerana parti itu menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan parti Islam tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan oleh Parti Amanah Negara (Amanah) berhubung perjanjian antara Pakatan Harapan dengan Pas demi menyelesaikan kontroversi status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dikemukakan bekas pemimpin parti Islam itu, Khalid Samad ditolak kerana Pas sudah tiada hubungan dengan DAP mahupun Amanah.
"Kita (Pas) tiada hubungan dengan DAP, parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama pakatan harapan untuk bergabung semula.
"Dan keduanya kita tidak menerima parti Amanah, jadi saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar, realiti sebenarnya DAP tidak akan bersama Pas dan Pas tidak akan bersama DAP, jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," katanya kepada Sinar Online sebelum ini.

Kawal vape akan bunuh perniagaan Melayu kata menteri Umno..bunuh rakyat dengan asap vape tak pe eh..?

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meminta supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji semula cadangan agar cecair perisa vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.
Beliau berpandangan, sekiranya ia dilaksanakan, peniaga vape yang kebanyakannya dimiliki oleh anak muda Melayu akan mengalami kerugian.
Menulis di Facebook, Ismail berkata, ini kerana kebanyakan farmasi dimiliki oleh syarikat besar termasuk dari luar negara dan ia akan membunuh perniagaan vape anak muda tempatan.
"Di farmasi bermakna, peniaga-peniaga vape tidak lagi boleh berniaga sebab farmasi dimiliki syarikat-syarikat besar termasuk syarikat luar negara. Tindakan ini tentu sahaja akan membunuh perniagaan vape yang kebanyakan dimiliki oleh anak-anak muda Melayu.
"Oleh itu saya berharap KKM dapat mengkaji semula cadangan baru ini dengan mengambil kira kerugian yang bakal dialami oleh peniaga-peniaga vape yang terpaksa menutup perniagaan mereka.
"Saya berharap KKM dapat duduk berbincang dengan peniaga-peniaga vape bagi mecari kaedah penyelesaian yang ‘menang-menang’ dan dalam masa yang sama menyegerakan dan memperkenalkan peraturan yang lebih jelas kepada semua komuniti sama ada kepada pengguna, penjual dan pengusaha perisa (vape)," katanya.
Ismail yang juga ahli parlimen Bera adalah menteri yang sering bersuara mengenai isu vape.
Vape menjadi topik hangat selepas KKM memilih menyerbu kedai yang menjual cecair yang mengandungi nikotin, bahan terkawal yang memerlukan permit untuk menjual dan menganggapnya sebagai e-rokok.

HASAN MALEK BAKAL DUTA KEMBOJA?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya Hasan Malek sekarang ini sejak digugurkan daripada kabinet dalam rombakan yang dilakukan Najib Razak pada 28 Julai lalu?

Sejak digugurkan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan memang kelihatan mendiamkan diri dan tidak banyak memunculkan dirinya.

Barangkali beliau kini lebih banyak menumpukan masanya kepada keluarga serta menjaga kawasan Parlimennya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Semasa menjadi menteri, Hasan terkenal dengan beberapa kenyataan kontroversi yang antaranya, "jangan makan ayam jika harganya mahal", "bersyukur dengan kenaikan harga bahan api" dan "kenaikan harga gula dan tepung adalah untuk kesejahteraan rakyat."

Tetapi perkhabaran terbaru mengatakan Hasan bakal dilantik sebagai duta ke negara Kemboja tidak berapa lama lagi.

Beliau dikatakan akan memulakan tugas barunya itu sebaik saja duta yang ada sekarang berakhir tempoh perkhidmatannya.

Perlantikan sebagai duta itu turut menjadi perbualan di kalangan bekas-bekas pegawai tinggi dan anggota pentadbiran kerajaan yang berbual sesama mereka sejak kebelakangan ini.

Mereka menganggap perlantikan itu mungkin suatu penghargaan atas khidmatnya sebagai menteri selama ini.

Selain Hasan, beberapa orang orang politik sudah dilantik sebagai duta yang antaranya bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Zaharin Hashim di Indonesia dan  mantan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussain di Amerika Syarikat.

Tahap kematangan berpolitik golongan muda membimbangkan - Pensyarah

Tahap kematangan berpolitik golongan muda membimbangkan - PensyarahKUALA LUMPUR: Tahap kematangan politik dalam kalangan golongan muda adalah membimbangkan kerana kebanyakan daripada mereka belum mempunyai pengetahuan politik yang mencukupi.

Pensyarah Kanan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata kebanyakan daripada mereka hanya bertindak sebagai pasukan sorak atau penyokong atas pagar dengan sekadar membaca, melihat dan mendengar di laman-laman sosial seperti Facebook dan YouTube.

Beliau turut mempersoalkan sama ada golongan muda membuat justifikasi yang tepat hanya dengan merujuk kepada media sosial sebagai sumber pengetahuan politik.

Menyedari hakikat bahawa golongan ini 'berdarah muda' dan sentiasa menganggap mereka betul, Noor Sulastry Yurni berkata adalah lebih baik sekiranya mereka memantapkan ilmu dalam bidang berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai senario politik negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel Persidangan Kepimpinan Wanita Muda ASEAN 2015 (AYWLC) di sini, hari ini.

Menurut pensyarah sosiologi itu, kebanyakan daripada golongan belia yang sentiasa mahukan perubahan dalam landskap politik negara atas alasan sudah muak dengan parti pemerintah, sebenarnya belum mempunyai pengetahuan politik yang mencukupi.

"Sebagai contoh, ada yang marah apabila GST (cukai barang dan perkhidmatan) dilaksanakan hanya kerana ia melibatkan Barisan Nasional sebagai parti yang memerintah, sedangkan ada antara mereka sendiri tidak tahu maksud GST.

3 wartawan portal berita disoal siasat polis

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata 2 daripada wartawan yang disoal siasat polis hari ini berhubung laporan berita dikatakan berunsur fitnah berkaitan pertukaran timbalan pendakwa raya SPRM adalah daripada Malaysiakini dan seorang The Star Online. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2015.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata 2 daripada wartawan yang disoal siasat polis hari ini berhubung laporan berita dikatakan berunsur fitnah berkaitan pertukaran timbalan pendakwa raya SPRM adalah daripada Malaysiakini dan seorang The Star Online. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2015.
Tiga wartawan portal berita tempatan disoal siasat polis hari ini berhubung laporan berita dikatakan berunsur fitnah berkaitan pertukaran timbalan pendakwa raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata dua daripada mereka adalah wartawan Malaysiakini dan seorang wartawan The Star Online.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

"Serbuan dibuat di pejabat kedua-dua portal berita itu pada pukul 2 petang hingga pukul 4.30 petang, sebelum mereka meninggalkan pejabat," katanya ketika dihubungi Bernama. Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah komputer riba, satu unit CPU komputer, satu unit pendrive dan beberapa salinan dokumen berkaitan kes itu.
"Barang-barang rampasan itu dihantar ke forensik SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk dianalisis," katanya.
Jumaat lepas, Malaysiakini dan The Star Online disiasat polis dan SKMM berikutan penyiaran artikel mengenai pertukaran DPP SPRM itu.
Siasatan itu susulan satu laporan polis oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara pada 3 Nov. – Bernama

Pas tolak cadangan Amanah

Parti Islam itu berpendapat perjanjian kerjasama dengan PH tidak perlu kerana ia masih bekerjasama dengan PKR
amanah selangor
PETALING JAYA: Pas menolak cadangan untuk menandatangani perjanjian kerjasa sama dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan situasi yang berlaku sekarang bukan satu masalah besar kerana parti Islam itu masih menjalinkan kerjasama dengan PKR walaupun telah memutuskan tahaluf siyasinya dengan DAP.
“Kerajaan Selangor berjalan dengan baik dan PAS berpuas hati dengan perjalanan sekarang. Rasanya tiada apa yang perlu di selesaikan di Selangor kerana tiada masalah besar,” katanya ringkas sewaktu dihubungi FMT.
Jelas Tuan Ibrahim lagi, semua pihak termasuk pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) di Selangor perlu memberikan sokongan kepada kerajaan negeri sedia ada kerana kepimpinan kini merupakan hasil kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
“Semua pihak perlu menyokong kerajaan negeri yang ada, kerana pemerintahan sekarang hasil mandat rakyat dalam PRU ke-13 lalu,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad meminta supaya satu perjanjian kerjasama dibuat antara PH dan Pas di Selangor bagi mencari penyelesaian kemelut dalam pentadbiran negeri.

M’sia buat pencapaian terbaik di dunia dalam pembinaan lapangan terbang ??

 
M’sia buat pencapaian terbaik di dunia dalam pembinaan lapangan terbang ?? KAH!! KAH!! KAH!!..


'Banjir kilat' dalam & luar KLIA2 satu pencapaian terbaik di dunia dalam pembinaan lapangan terbang ?? KAH!! KAH!! KAH!!..


Asal aja UMNO/BN sentuh PASTI JAHANAM !!!


Satu persatu malapetaka negara kita dapat. Mcmaner negara nak berkat klu pemimpin negara kerjanya SONGLAP duit rakyat aja..


Bila negara ditimpa musibah kekurangan kantong negara RAKYAT JADI MANGSA BAYAR GST !!!

HEBAT negara Islam Malaysia..

ADA..
- DUA KILANG ARAK terbesar di Asia tenggara
- PUSAT JUDI KASINO terbesar di dunia (dlm kategori jumlah pekerja : seramai 13,000 pekerja)

HIDUP UMNO !!! HIDUP MELAYU !!!

Halal HARAM sama-sama balun... Janji dpt menjana ekonomi negara lebih kukuh & stabil..

RAKYAT IKAT PERUT...PEMIMPIN BUNCITKAN PERUT..!!!