Isnin, 9 November 2015

KALAU TIBA2 NAJIB BUAT 'SURPRISE' umum LETAK JAWATAN PM sambil teresak2 menangis sambil peluk Rosmah... apakah perasaan anda ???


JANGAN TERBUAI DENGAN VAPE, ISU SEBENAR NEGARA IALAH NAJIB

Entah sampai bila isu vape ini akan terus berlarutan berikutan satu demi satu isu berkaitan dengannya sentiasa saja muncul di hadapan kita.

Bermula dengan Mufti WP sudah mengisytiharkannya haram, kemudian kabinet membuat keputusan bertentangan dengan tidak mengharamkannya, menteri yang tidak berkaitan membuat pengumuman mengenai vape dan selepas itu Kementerian Kesihatan pula membuat serbuan kepada kedai-kedai yang menjual vape berhubung kandungan nikotin dalam perisanya.
Ia kemudian bertukar menjadi isu perkauman dan politik apabila kononnya ramai pengusaha vape adalah Melayu dan timbul pula dakwaan yang entah kajian daripada mana bahawa gangguan terhadap vape akan menyebabkan BN kehilangan sejuta sokongan pengundi muda dalam pilihanraya akan datang.

Adakah untuk mengekalkan kuasa, BN akhirnya bukan saja perlu menghalalkan vape, bahkan juga perlu membenarkan semua perbuatan lain yang menjadi kesukaan anak-anak muda tanpa memikirkan kesan buruk atau halal haramnya?

Kemudian ada pula sebuah kementerian mengeluarkan kenyataan mahu menetapkan harga vape yang seragam, manakala menteri yang lain pula mahu kreativiti anak Malaysia dikenali di peringkat dunia kerana perisa vape yang berbagai dan macam-macam.

Selain menteri-menteri berbeza pendapat sesama sendiri, Timbalan Menteri Kesihatan, Hilmi Yahya pula mengakui tindakan pasukan penguatkuasa kementeriannya melakukan serbuan adalah tindakan yang dianggap drastik.

Kenapa Hilmi memilih mengecam pasukan penguatkuasa kementerian sendiri berbanding bercakap mengenai keburukan vape kepada generasi muda serta kandungan nikotinnya?

Selain itu,  ditubuhkan juga sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Kesihatan mengenai vape ini.

Bukankah isu vape ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui kerjasama dan mesyuarat pelbagai agensi dan kementerian sebelum sesuatu keputusan yang konkrit diambil?

Kenapa semua orang yang berkuasa bercakap dengan nada yang berbeza sedangkan berada dalam kerajaan yang mendukung aspirasi yang sama?

Tidakkah semua kenyataan yang berlarutan dan berbeza-beza ini kelihaan mengarut saja keadaannya?

Tidakkah juga seolah-olah semua isu berkaitan vape bagaikan sengaja direka dan ditimbulkan untuk menutup isu sebenar yang sedang melanda negara?

Kenapa Najib diam tidak berkata apa-apa berkaitan vape secara terbuka?

Apakah isu vape ini semata-mata bertujuan untuk melekakan rakyat dan membuatkan mereka lupa seketika daripada menumpukan perhatian kepada permasalahan sebenar berkaitan Najib, 1MDB, derma RM2,600 juta dan sebagainya?

PAS jadi penasihat musuh, soal Mujahid



Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas PAS yang didakwa cuba mengelirukan ahli akar umbi parti dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Terengganu.
"Bagaimana boleh anda jadi penasihat kepada musuh?" soal Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa.
Katanya, ahli parti sentiasa diberitahu bahawa PAS sebagai sebuah parti politik perlu memenangi kerusi bagi merebut Putrajaya.
"Ini adalah sesuatu yang sangat asas.
"Ahli-ahli PAS sentiasa diberitahu bahawa parti perlu melaksanakan pembaharuan yang lebih efektif di negara ini dan bukannya menjadi penasihat kepada BN atau Umno," kata Mujahid kepada Malaysiakini.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 6 November lalu yang berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik Hadi sebagai penasihat kerajaan negeri BN.
Hadi berkata PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam isu-isu pentadbiran dan sedia menasihatkan Umno serta tidak menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahmad Razif berkata, PAS telah menunjukkan kesediaan untuk membuka pintunya untuk mula bekerjasama dengan BN dan Umno.

PERKASA: Suka atau tak, Cina dan India pendatang



Suka atau tidak, orang Cina dan India di negara ini asalnya “pendatang” di negara ini, kata kumpulan pendesak Melayu PERKASA.
Ketua penerangan kumpulan itu, Hassan Basri Muhammad berkata demikian mengulas permintaan MIC supaya penggunaan perkataan pendatang diharamkan.
“Apabila presiden MIC meminta supaya kerajaan mengharamkan perkataan 'pendatang' yang kononnya mengguris hati bangsa Cina dan India jelas menunjukkan betapa dangkalnya beliau dan mereka cuba hendak mengubah sejarah 'pendatang," kata Hassan.
Dalam kenyataan hari ini, Hassan juga mengingatkan bahawa sejarah akan sentiasa kekal sebagai sejarah.
Presiden MIC Datuk S Subramaniam dalam ucapannya dalam Perhimpunan Agung MIC ke-67 menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan perkataan itu kerana ia mengguris hati kaum Cina dan India.
Mengulas isu itu, Hassan percaya ia timbul kerana ada sesetengah pihak daripada kalangan orang Cina dan India “cuba untuk menjadi jaguh”.
Ia sekali gus didakwa mencabar dan mempertikaikan Perlembagaan Negara.

Azmin: Tiada masalah, anak saya sedia beri keterangan

Yapiem Biayai Kempen PRK Rompin?

Vape: Bimbang Jadi Alat Hisap Dadah

Masjid Negara Jawab Viral Isu Bilik Wuduk VVIP

Ambiga: Saya tak pernah sangka Tun M turun BERSIH

Ambiga: Kedaulatan undang-undang dalam masalah

'Najib bukan PM terbaik yang kita ada'

'Kegusaran Najib, punca rakyat tak yakin masa depan negara’

'Saya letak jawatan jika rakyat tak sokong' - Mukhriz Mahathir

K'jaan Umno-PAS: Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tak tahu - Ku Nan

PAS tolak cadangan kerjasama dengan Pakatan Harapan

'Bekas ketua wanita Umno didakwa seleweng dana'

Lima langkah selesaikan skandal 1MDB, ‘derma’ Najib


Najib-1mdb-320
KUALA LUMPUR 9 NOV: Jika Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) yang baru, Datuk Hasan Arifin tidak pasti bagaimana mahu mengendalikan skandal kewangan yang besar, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mungkin boleh memberi tunjuk ajar.
Pertama-tama yang bakal dilakukan Ahli Parlimen Gelang Patah itu jika menyandang jawatan berkenaan ialah memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail untuk memastikan sama ada draf pertuduhan terhadap Najib benar-benar wujud atau sebaliknya.
Ia juga untuk menyiasat sama ada pemecatan Gani yang hanya tiga bulan dari tarikh persaraan, adalah akibat langsung dari faktor draf pertuduhan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan ‘derma’ RM2.6 bilion itu.
apandi-aliKedua, Kit Siang akan memanggil Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebelum pendengaran PAC dimulakan bagi memastikan tiada perubahan polisi berlaku berkaitan siasatan kedua-dua skandal mega berkenaan.
Selain itu, beliau juga mahu mengetahui sebab musabab Apandi menolak cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendakwa 1MDB atas kesalahan berkaitan kewangan dan tertanya-tanya sama ada Gani akan bersetuju untuk berbuat demikian jika masih memegang jawatan itu.
Ketiga, Kit Siang mahu memastikan PAC mengenal pasti penderma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib sedangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meragui ia datangnya dari negara Arab yang sukar menghulur dana walaupun untuk penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Selain mahu memastikan jumlah sebenar ‘derma’ yang nilainnya lebih lagi, beliau yakin pemimpin DAP akan didakwa dan dipenjara jika melakukan perbuatan sama walaupun dalam jumlah kecil sekalipun, malah pasti dilabel sebagai pengkhianat negara.
Keempat, beliau mahu tahu ke mana derma itu sebenarnya disalur kerana jumlah itu jauh melebihi had kewangan yang dibenarkan untuk kempen pilihan raya iaitu RM200,000 untuk kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) RM100,000.
Dengan 222 kerusi Parlimen dan DUN (505), maksimum perbelanjaan yang dibenarkan ialah RM44.4 juta untuk Parlimen manakala DUN (RM50.5 juta), menjadikan nilai keseluruhan RM94.9 juta.

GST: Jawapan Parlimen bongkar pembohongan Najib, Ahmad Maslan


gst
KUALA LUMPUR 9 NOV: Pembohongan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkaitan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terbongkar secara tidak sengaja.
Teo Nie ChingIa berikutan jawapan bertulis Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin kepada soalan Parlimen berlawanan dengan kenyataan mereka sebelum ini.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Chieng, berkata jawapan bertarikh 21 Oktober lalu itu menyatakan 70 peratus barangan dan perkhidmatan di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak mengalami kenaikan akibat pengenalan GST.
Sedangkan, katanya Najib pada pembentangan Bajet 2015 menyatakan hanya 56 peratus daripada 532 item dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus dan hanya 354 barangan naik harga tetapi kurang 5.8 peratus.
Beliau berkata, Ahmad Maslan pada Mei tahun lalu pula memberi jaminan tiada kenaikan terhadap 48 peratus barangan manakala 42 peratus barangan lagi dijangka turun, hanya 10 peratus mencatat peningkatan harga.
GST“Daripada 446 barangan, harga 350 barangan di Semenanjung, Sarawak (283) dan Sabah (304) naik. Hanya 82 barangan dan perkhidmatan di Semenanjang, Sarawak (128) dan Sabah (109) mencatat penurunan harga,” katanya merujuk jawapan Hamzah.
Pada kenyataan media hari ini, Nie Chieng kesal kerana Ahli Parlimen pembangkang berulang kali mengingatkan Najib supaya tidak memandang ringan kesan negatif pelaksanaan GST kepada rakyat tetapi langsung tidak diendah.
“Malah, pembangkang pula dituduh memutar belit isu GST. Akhirnya, jelaslah pembohong sebenar adalah Najib, bukan kita,” katanya.
Persoalannya, kata beliau, sama ada Najib sanggup mengakui kesilapannya dan melaksanakan Belanjawan Alternatif yang dirangka Pakatan Harapan dengan memansuh GST berikutan rakyat sedia kala dibebani kenaikan kadar tol dan kejatuhan nilai ringgit.

Wakil rakyat Pakatan dakwa lombong bauksit Kuantan cemari air

Sumber air minuman dari Bukit Sagu dan Bukit Goh, Kuantan kemungkinan besar tercemar dengan logam berat akibat aktiviti industri bauksit yang tidak terbendung, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2015.Sumber air minuman dari Bukit Sagu dan Bukit Goh, Kuantan kemungkinan besar tercemar dengan logam berat akibat aktiviti industri bauksit yang tidak terbendung, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2015.Sumber air minuman dari Bukit Sagu dan Bukit Goh, Kuantan kemungkinan besar tercemar dengan logam berat akibat aktiviti industri bauksit yang tidak terbendung, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Fuziah yang juga pengerusi Gabungan Menentang Pencemaran Bauksit berkata pihaknya mendapati terdapat aktiviti mencuci tanah yang mengandungi bauksit di kawasan hulu sungai.
"Tinjauan saya semalam di Bukit Sagu dan Bukit Goh mendapati terdapat aktiviti mencuci tanah mengandungi bauksit di kawasan hulu sungai yang merupakan sumber air diambil untuk rawatan di loji air Bukit Sagu dan loji air Bukit Goh," katanya dalam satu kenyataannya semalam.

Fuziah berkata, perlombongan bauksit di Pahang kini mencapai tahap membimbangkan dan menimbulkan kemarahan penduduk Kuantan khasnya kerana pencemaran. Semua laluan lori yang membawa bauksit menjadi merah, apatah lagi di kawasan sekitarnya.
Katanya, selain daratan menjadi merah, pantai di sekitar Kuantan juga berubah menjadi merah apabila air hujan melalui kawasan bauksit dan turun ke pantai melalui sungai atau aliran air hujan.
“Suasana juga menjadi hiruk-pikuk dengan kemalangan sering berlaku apabila masing-masing berebut untuk mendapatkan manfaat daripada permintaan tinggi bauksit dari China.
“Bauksit kebanyakannya dibawa terus dalam bentuk tanah merah dari tempat ia diambil dan dihantar terus ke kapal yang menunggu di pelabuhan. Pencemaran air ialah tahap baharu kepada pencemaran yang berlaku akibat kegiatan ini,” katanya.
Lokasi sumber air yang diambil untuk rawatan di loji Bukit Sagu (water intake point) ialah di Sungai Batu di titik ia bertembung dengan Sungai Rong.
Manakala di kawasan huluan Sungai Rong pula terdapat aktiviti mencuci bauksit yang melibatkan benteng dibuat di sungai itu, kata Fuziah.

Universiti terpaksa cari alternatif selepas dana dipotong kerajaan Umno/Bn

Universiti tertua di negara ini, Universiti Malaya (UM) terpaksa menjana pendapatannya daripada sumber lain seperti menceburi perniagaan perladangan untuk menangani pengurangan penerimaan dana pada tahun depan.
Pihak pengurusan UM memberi jaminan yuran pengajian pelajar mereka tidak akan dinaikkan kerana mereka mempunyai pendapatan lain daripada anak syarikatnya.
UM mengadakan usahasama dengan institusi awam dan swasta termasuk Universiti Antarabangsa Wales Malaya (IUMW) dan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC).

"Yuran universiti hanya menyumbang kepada peratusan kecil terhadap perbelanjaan mengurus universiti (OPEC), tiada keuntungan besar yang boleh diperoleh daripada kenaikan yuran pelajar. "Pihak pengurusan juga sudah mula melabur secara konservatif dalam beberapa sektor yang menguntungkan, iaitu dalam perniagaan perladangan untuk bertahan pada masa akan datang.
"Setakat ini, 30% daripada perbelanjaan mengurus UM dibiayai melalui aktiviti perniagaan," kata pentadbiran universiti tersebut dalam satu kenyataan.
Antara 20 universiti awam di Malaysia, UM akan paling teruk menanggung pengurangan dana, dengan pemotongan sebanyak 27.3% atau RM175 juta, ia dikurangkan kepada RM463 juta, selepas Bajet 2016 mengumumkan kira-kira RM13.378 bilion diperuntukkan kepada institusi pendidikan tinggi pada tahun depan.
UM berkata ia juga akan memikirkan kebarangkalian membuka program ijazah perubatan kepada pelajar asing, disebabkan permintaan yang tinggi untuk kursus berkenaan.
"Terdapat permintaan tinggi dalam pendaftaran bagi program ijazah perubatan dan pihak pengurusan ingin menawarkannya kepada pelajar asing. Langkah ini juga akan menjadi sebahagian usaha mengantarabangsakan universiti."
UM berkata mereka juga bekerja keras untuk menjana pendapatan yang lebih bagi perbelanjaan pengurusan universiti.
"UM mahu menjana 50% daripada perbelanjaan mengurus manakala baki 50% itu datang daripada peruntukan kerajaan.
"Malah sebelum pengumuman itu (Bajet 2016), kami sangat berjimat dan cekap dalam membelanjakan peruntukan disediakan kerajaan setiap tahun," katanya sambil menambah penggunaan utiliti seperti elektrik dan air dengan berhemat menjadi sebahagian amalan universiti itu.
Pengagihan bajet tidak konsisten
Sementara itu, Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) menyatakan kebimbangannya berhubung pengagihan peruntukan kepada semua universiti awam, dengan mengatakan pemotongan itu tidak konsisten dengan prestasi dan kecemerlangan universiti.
"Tetapi kebimbangan utama kami ialah Malaysia sebagai ahli penandatangan Unesco sebenarnya terlepas pandang mengenai syor (recommendation) bagi institusi pendidikan tinggi," kata Setiausaha Agung PKAUM Aznijar Ahmad Yazid.
"Perkara 14 berkata ia kewajipan kerajaan untuk menyokong penuh operasi universiti, dengan mengurangkan pembiayaan ia akan memberi kesan kepada operasi universiti dan bertentangan dengan syor Unesco itu," katanya merujuk kepada Perkara 14 dalam Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (Unesco) mengenai pembiayaan pendidikan institusi pengajian tinggi sebagai perkhidmatan awam.
"Apa yang rasional (di sebalik pemotongan ini)?," soalnya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata jumlah wang yang diberikan kepada universiti berkurang sejak 2010 dan banyak universiti beroperasi menggunakan cara mereka sendiri untuk menampung perbelanjaan.
"Bahagian yang akan paling terjejas adalah persekitaran pembelajaran.
"Pihak universiti perlu mengurangkan keperluan sumber manusia dan mengubah suai rancangan pembangunan untuk beroperasi. Ia memberi kesan kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, keupayaan penyelidikan dan operasi universiti," katanya sambil menambah ia akan menjadi sukar untuk menaik taraf kelas atau kakitangan kerana mereka tidak lagi boleh pergi ke kursus dan persidangan.
Aznijar juga menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini sebagai tidak bertanggungjawab, sambil menambah ia bukan tugas universiti untuk mencari wang.
Sebelum ini, Idris berkata pengurangan itu akan menjadikan universiti awam kurang bergantung kepada kerajaan.
"Ia sangat tidak bertanggungjawab. Ia seperti ibu bapa meminta anak mencari wang mereka sendiri walhal ia tugas mereka membiayai anak.

Tony Pua: ‘Kenapa saya perlu dilabel pendatang pula?’


Tony Pua

SHAH ALAM – “Istilah ‘pendatang’ mungkin menjadi sebahagian daripada fakta sejarah susur galur nenek moyang saya, tetapi kenapa saya perlu dilabel sebagai ‘pendatang’ pula?” demikian ujar  Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Tony berkata demikian untuk membalas kenyataan Pengarah Biro Tata Negara, Datuk Raja Arif Raja Ali yang dipetik sebagai berkata, istilah ‘pendatang’ hanya bermaksud untuk menggambarkan asal-usul rakyat Malaysia tertentu.
Tony menerusi akaun Facebooknya hari ini tampil mengkritik kenyataan Raja Arif dengan menyatakan bahawa ahli Parlimen DAP itu adalah rakyat Malaysia memandangkan beliau lahir dan menetap di negara ini.
“(Istilah) ‘pendatang’ tidak boleh digunakan untuk menggambarkan sebarang kaum di Malaysia hari ini. Saya dilahirkan di negara ini selepas merdeka dan tidak pernah menetap di negara lain,” tegas Tony seperti yang dipetik menerusi sebuah porting di akaun Facebooknya.
Raja Arif pada sebuah sidang media baru-baru ini dipetik sebagai berkata, tidak salah menggunakan  istilah ‘pendatang’ untuk menggambarkan orang Cina dan India di negara ini kerana istilah tersebut datang dari fakta sejarah.

'Kegusaran Najib, punca rakyat tak yakin masa depan negara’ - Ambiga



Kegusaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kehilangan kuasanya telah menimbulkan 'keadaan jauh lebih berbahaya' daripada pentadbiran sebelumnya. Ini menyebabkan orang ramai putus asa dan tidak lagi yakin dengan masa depan negara.
Ini adalah pengamatan Presiden, Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini pada majlis pelancaran buku himpunan artikel oleh lapan akademik yang berjudul 'Malaysia Pasca Mahathir: Sedekad Cabaran?
"Masyarakat kini lebih tertekan berbanding 10 tahun lalu. Di mana-mana saya pergi, mereka bertanya apa yang sudah berlaku dengan negara ini.
"Sebabnya adalah gusar kehilangan kuasa yang ada pada hari ini, menyumbang kepada kebobrokan keadaan sekarang dan ini menjadikan ia jauh lebih berbahaya berbanding tahun-tahun sebelumnya.,” katanya.
Dari aspek ekonomi, beliau menegaskan bahawa jurang antara golongan miskin dan kaya semakin luas.
"Penyelesaian kerajaan untuk masalah ini menjadikan rakyat amat bergantung kepada bantuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya memberi kuasa kepada mereka," katanya.

PAC digesa panggil peguam negara dalam siasatan 1MDB dan dana asing RM2.6 bilion

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin perlu menyiasat wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan memanggil bekas dan peguam negara sekarang, kata ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata, PAC patut memanggil bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memberi keterangan kepada panel, tentang syarikat milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) atas dakwaan salah laku kewangan.
Gani juga perlu ditanya apakah benar adanya draf kertas pertuduhan rasuah terhadap Najib berkaitan dengan 1MDB, dan adalah ia menjadi sebab penyingkiran beliau sebelum bersara, kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Pengganti Gani, peguam negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali, juga perlu dipanggil sebagai saksi untuk mengetahui sama ada beliau dipanggil ekoran perubahan mendadak dalam siasatan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun Najib. Dakwaan draf kertas pertuduhan terhadap Najib dilaporkan Sarawak Report dan Malaysiakini, yang berkaitan dengan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, yang kini dimiliki Kementerian Kewangan.
Apandi bagaimanapun kemudiannya menafikan kewujudan draf kertas dakwaan itu.
Lim berkata, Apandi juga perlu diminta untuk menjelaskan mengapa beliau menolak cadangan Bank Negara Malaysia untuk mendakwa 1MDB kerana melanggar undang-undang kewangan.
"Adakah Gani akan bersetuju dengan cadangan Bank Negara untuk mendakwa 1MDB jika dia masih Peguam Negara dan berbeza dengan Apandi Ali?" Ahli Parlimen Gelang Patah berkata.
PAC juga perlu mendedahkan identiti penderma sebanyak RM2.6 bilion untuk Najib, dan juga apa dana yang dibelanjakan.
Walaupun Najib menafikan mengambil wang dari 1MDB untuk kepentingan peribadi, beliau tidak menjelaskan dari manakah sumber dan untuk apakah wang itu.

Inilah spesis menteri kayu yang ingin merosakkan generasi muda secara halus..!!

Di sebalik kontroversi dan pertikaian sama ada kerajaan harus mengharamkan vape, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu produk vape Malaysia dikenali di seluruh negara.
Katanya, beliau mahu anak muda dan usahawan Melayu/bumiputera untuk terus menghasilkan perisa yang terbaik tanpa menggunakan bahan terlarang.
“Saya ingin melihat produk vape Malaysia dikenali di seluruh dunia dan yang lebih membanggakan adalah hasil kreativiti anak-anak muda Melayu/bumiputra,” katanya di Facebook hari ini.
Vape menjadi topik hangat selepas Kementerian Kesihatan memilih menyerbu kedai yang menjual cecair yang mengandungi nikotin, bahan terkawal yang memerlukan permit untuk menjual dan menganggapnya sebagai e-rokok.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kesan e-rokok adalah sama seperti menghisap rokok.
Serbuan itu dibidas pelbagai pihak termasuk rakan-rakan kabinet, terutamanya selepas mesyuarat jemaah menteri Jumaat lalu memutuskan bahawa vape tidak akan diharamkan buat masa ini.
Sementara itu, Ismail berkata, beliau yakin penjualan vape akan terus dibenarkan walau bagaimanapun akan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang akan dikeluarkan.
“Saya berharap usahawan muda vape akan gunakan kesempatan ini utk mengembangkan perniagaan mereka.
“Manakala pengusaha perasa vape terus kreatif dalam menghasilkan perisa yang terbaik tanpa menggunakan bahan terlarang,” katanya.

RINGGIT JATUH LAGI !! DAH CECAH RM4.42...

SETERUSNYA TAK MUSTAHIL CECAH RM5.00 !!!

"SERANGAN DR MAHATHIR PUNCA RINGGIT JATUH" -Ahmad Maslan

"MAINAN POLITIK PUNCA RINGGIT JATUH" - Najib Razak

Tak heran pon Malaysia MAKIN JAHANAM...
Jika ini berterusan, tak mustahil negara kita akan muflis dengan peningkatan kadar inflasi yang mendadak...

Masih gah nak laungkan Hidup Melayu di PWTC ??

AMANAH tegur S'gor: Jangan ada wanita simpanan

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengikuti dengan penuh minat desakan yang dibuat oleh salah seorang perwakilan konvensyen DAP Selangor terhadap kerajaan negeri Selangor.
Beliau mendesak supaya PAS dikeluarkan dari kerajaan negeri Selangor dan sekiranya tidak, maka DAP perlu keluar!
 Desakan ini telah diberikan liputan luas oleh media dan ia mendatangkan bermacam-macam reaksi rakyat Selangor.
Walaupun ia bukan satu resolusi yang diluluskan secara rasmi dan hanya desakan seorang perwakilan, ia digambarkan seolah-olah keputusan muktamad DAP.
AMANAH melihatnya sebagai luahan peringkat akar umbi yang tidak berpuas hati dengan suasana yang dianggap terumbang-ambing antara Pakatan Harapan dan ‘Pakatan PKR-PAS’.
Namun demikian, desakan untuk mengeluarkan PAS secara mengejut tidak akan menguntungkan semua kecuali Umno dan BN.
Status kerajaan negeri
Antara kegusaran peringkat akar umbi adalah status kerajaan negeri itu sendiri. Kerajaan apakah yang memerintah negeri Selangor?
Dulu ia kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP yang memerintah berdasarkan manifesto Pakatan Rakyat Selangor.
Sekarang Pakatan Rakyat sudah tidak wujud dan yang wujud adalah Pakatan Harapan. Tetapi yang memerintah Selangor bukan kerajaan Pakatan Harapan kerana PAS bukan sebahagian dari Pakatan Harapan.
Sedangkan PAS merupakan sebahagian dari kerajaan dengan adanya tiga exco dan seorang timbalan speaker. Maka apa pula hubungan Pakatan Harapan dan PAS?
Oleh itu kedudukan dan status kerajaan Selangor perlu diperjelaskan dan diselaraskan supaya ia tidak lagi dilihat sebagai sebuah ‘kerajaan dua gabungan’ yang tidak saling memperakui satu sama lain.
Iaitu, pertamanya gabungan Pakatan Harapan antara PKR, DAP serta AMANAH dan keduanya ‘Pakatan PKR-PAS’.
Suasana ‘anamoli’ atau kepelikan ini perlu diatasi supaya paling kurang, kerajaan Selangor dilihat bersatu dan kukuh dengan identiti yang jelas dan tersendiri.
Bukan lagi sebagai kerajaan dua gabungan yang satunya rasmi dan satunya tidak. Dikhuatiri ia akhirnya digambarkan bagaikan suami yang mempunyai isteri yang sah dan pada masa sama seorang wanita simpanan.
Oleh itu satu penyelesaian perlu difikirkan dan dikemukakan untuk supaya ‘anamoli’ ini ditamatkan.
Cadangan
AMANAH melihat bahawa persoalan status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor boleh diselesaikan dengan dirasmikan hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan PAS.

Hala tuju Pakatan Harapan, MB Selangor jumpa AMANAH Khamis

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mahu mengadakan pertemuan dengan pimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khamis ini untuk berbincang dengan pelbagai isu, khususnya membabitkan kerajaan negeri Selangor.
Ia antaranya termasuk menyelesaikan tuntutan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya Pakatan Harapan menandatangani perjanjian bersama kerajaan Selangor.
"Itu cadangan dia (Khalid). Saya akan bertemu dengan pimpinan AMANAH pada hari Khamis ini.
 "Untuk berbincang mengenai semua perkara (termasuk) macam mana nak lawan Umno-BN," katanya kepada pemberita selepas sidang media di ibu pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di ibu negara hari ini.
Dalam tulisan di blognya, Khalid yang juga pengarah komunikasi AMANAH berkata, kerajaan Selangor kini bukan lagi sebuah kerajaan Pakatan Harapan mahupun Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya kerajaan negeri menjelaskan tentang kedudukan kerajaan Selangor kini yang digambarkan sebagai "suami yang mempunyai isteri yang sah dan turut ada wanita simpanan".
Justeru beliau mencadangkan supaya status dan kedudukan kerajaan negeri diselesaikan dengan memberitahu secara rasmi hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan PAS.
Katanya lagi, perjanjian itu tidak akan menjejaskan kedudukan Pakatan Harapan Selangor mahupun PAS negeri itu.

Tuan Ibrahim pertahan Abdul Hadi kekal presiden

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tetap mempertahankan kedudukan Datuk Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas yang dilihat masih relevan walaupun pelbagai kecaman terhadapnya.
Tuan Ibrahim berkata, Abdul Hadi juga telah menerima mandat majoriti ahli Pas melalui pemilihan dalam muktamar tahun ini.
"Dalam Pas kita melalui muktamar, kalau dilihat muktamar baru-baru ini Presiden mendapat undi yang paling tinggi, ini bermakna majoriti ahli Pas hendakkan Hadi sebagai presiden mereka.
"Jadi soal untuk saya ganti Hadi ini tidak timbul, dan bagi saya, presiden kekal relevan dan masih mampu untuk menjalankan tugas dan diterima oleh seluruh ahli Pas," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyarankan agar orang luar parti untuk tidak masuk campur urusan mereka.
"Yang keluar parti tidak perlulah komen apa yang berlaku dalam Pas," katanya.

K’jaan perpaduan S’gor: Saya bukan ahli PAS, kata Azmin

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengelak daripada menjawab dakwaan sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawarkan jawatan MB bagi kerajaan perpaduan yang diterajui oleh parti itu dan Umno.
Ketika disoal pemberita, Azmin sebaliknya hanya berkata, isu kerajaan perpaduan di negeri itu tidak timbul dan beliau bukan merupakan ahli PAS.
"Tak timbul (isu kerajaan perpaduan).
"Saya bukan ahli PAS. Saya tak duduk dalam mesyuarat PAS," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media di ibu pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Kuala Lumpur.
Diasak mengenai kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mendakwa beliau yang memberitahu Dr Hatta Ramli tentang hasrat Hadi untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, Azmin hanya berkata:
"Dia (Khalid) nak sebut nama saya nak buat macam mana," katanya.
Selain Khalid, bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa juga mendakwa Hadi cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas, minggu lalu, Husam berkata Hadi sendiri mengaku perkara itu apabila ditanya ramai-ramai oleh ahli PAS.
Semalam, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi cuba menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor tahun lalu adalah benar.
Katanya, rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor bermula pada 2008 lagi.
Khalid juga berkata, Azmin yang juga timbalan presiden PKR juga mengesahkan perkara itu dengan memberitahu Dr Hatta yang ketika itu merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat.

`Saya tidak tahu tentang kerajaan perpaduan’ – Ku Nan

Beliau bersumpah tidak mengetahui mengenai dakwaan yang dibuat oleh Husam baru-baru ini
husan dan ku nan
KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan beliau tidak mengetahui dakwaan yang dibuat oleh Datuk Husam Musa berhubung langkah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya tak tahu. Saya mana tahu. Wallahi, wabillahi, watalallahi,” jawabnya ringkas.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Husam sebelum ini bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam pada Jumaat lepas.
Terdahulu, dalam ucapannya di Majlis KL Eco City’s Strata Office Tower, Menteri Wilayah Persekutuan itu menyeru orang ramai agar berfikir menggunakan otak untuk menerima sesuatu maklumat.
Ini kerana, katanya pada masa ini orang ramai boleh menggunakan `hujung jari’ mereka untuk mencipta segala fitnah di media sosial.
“Semua orang mula menggunakan `hujung jari’ mereka untuk mencipta segala fitnah dan sebagainya.
“Tolonglah, apa-apa yang anda dapat, baca..kita semua dicipta oleh tuhan. Tolonglah fikir menggunakan otak,” katanya.

Mohd Amar: Semua masalah dalaman PAS salah Hadi?



Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kemelut dalaman yang melanda parti Islam itu kini bukan disebabkan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebaliknya, Mohd Amar berkata masalah tersebut berpunca daripada sikap anggota parti itu sendiri terutama pemimpin yang tewas dalam pemilihan di muktamar PAS Jun lalu, lapor Sinar Harian hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan mempersoal sama ada permasalahan yang dikatakan berlaku dalam PAS terbukti disebabkan pemimpin nombor satu PAS itu.
"Cadangan semua orang boleh buat, tetapi adakah semua masalah yang berlaku di dalam PAS ini, salah presiden?
"Atau adakah masalah ini dicetuskan oleh ahli-ahli PAS terutamanya yang kalah dalam pemilihan baru ini, bukan Presiden yang menjadi masalah," katanya seperti dilapor dipetik akhbar itu.
Mohd Amar mengulas saranan supaya Hadi memberi laluan kepada kepimpinan baru yang boleh membawa perubahan kepada PAS dan tanggungjawab itu boleh digalas kepada Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sebelum ini, bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa lantang menyerang Hadi dengan mendakwa presiden PAS itu cuba membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno termasuk di Selangor.
Dalam laporan itu juga, Mohd Amar turut mempersoal mengapa Husam yang juga naib presiden membuat teguran ketika ini dan bukan sebelum muktamar.

PAS tolak syor kerjasama dengan Pakatan Harapan - Mohd Amar



PAS menolak keras cadangan bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Selangor melalui satu perjanjian rasmi, bagi menyelesaikan kontroversi status dan kedudukan kerajaan negeri itu, tegas Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
"Menteri besar Selangor (Mohamed Azmin Ali) dah cakap tidak ada Pakatan Harapan di Selangor. PAS kekal dengan pendirian kita untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan AMANAH.
"Hubungan kita dengan PKR sahaja, tak lebih dari itu. Kita (PAS) sebahagian daripada kerajaan Selangor dan tidak ada masalah apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Mohd Amar mengulas cadangan Parti Amanah Negara (AMANAH) bahawa persoalan status dan kedudukan kerajaan Selangor boleh diselesaikan melalui satu perjanjian kerjasama rasmi antara Pakatan Harapan dan PAS.
Ahli Jawatankuasa AMANAH, Khalid Samad berkata pendekatan itu perlu bagi mengelakkan kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau PAS Selangor terjejas di negeri itu dan kedudukan kedua-duanya diiktiraf serta hubungannya menjadi rasmi melalui perjanjian itu.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilapor berkata tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.
Timbalan Presiden PKR itu berkata mesyuarat majlis tertinggi PKR telah meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.
Diminta mengulas berhubung langkah Azmin yang mahu berbincang pimpinan AMANAH Khamis ini, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata pihaknya mengambil pendirian tunggu dan lihat.

4 HUJAH SYARAK TOLAK VAPE





Kritikan awal Kongres Rakyat terhadap teks TPPA




Sekretariat Kongres Rakyat sedang meneliti teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang kini dikeluarkan pada 5 November 2015 melalui portal Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI).

Dalam penelitian awal kami menemukan pernyataan "lebih berat dari yang dijangka" sebagai respons beberapa NGO di beberapa negara yang menyertai TPPA apabila teks akhir TPPA didedahkan.

Teks akhir TPPA yang dapat dilihat dalam portal MITI meliputi 30 bab itu maseh memerlukan konsultasi publik yang melibatkan pelbagai pihak seperti kumpulan gerakan pengguna, NGO alam sekitar dan hak manusia, badan kesihatan, kesatuan pekerja, pertubuhan agama, dewan perniagaan serta pakar ekonomi.

Kami menggesa supaya teks yang sangat panjang dan mengguna bahasa teknikal undang-undang itu hendaklah dipermudahkan supaya dapat difahami masyarakat umum.

Pihak kerjaan tidak boleh merasa sudah menunaikan tanggungjawabnya dengan mendedahkan teks itu kerana rakyat hanya diberi masa 3 bulan untuk memahami isi perundingan yang sangat teknikal itu sedangkan perundingan itu sendiri mengambil masa lebih 5 tahun untuk disepakati dan dilakukan dalam penuh kerahsiaan.

Walau bagaimanapun , kami memandang serius terhadap laporan dan komen beberapa pakar di beberapa negara yang menyertai rundingan TPPA bila mereka melakukan analisis teks akhir TPPA yang didedahkan.

Suatu rumusan nampaknya mereka sepakati terhadap teks itu, TPPA adalah satu perjanjian 12 negara yang lebih parah dari yang dijangka.

Dari maklumat yang bocor sebelum ini, sedikit maklumat diperolehi mengenai perjanjian tersebut. Namun bila satu bab demi satu bab diteliti, ternyata 500 wakil perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang mewakli korporat besar telah berjaya menjamin kepentingan mereka diperkukuhkan, akan tetapi kepentingan awam diketepikan.

Wakil korporat besar ternyata mendapat akses dan faedah maksimal dari TPPA manakala orang awam tidak tahu apa-apa.

Dari isu perubahan cuaca hingga keselamatan makanan, kawalan terhadap internet sehingga akses kepada ubatan, TPPA didapati suatu "malapetaka" kata Nick Dearden dari Global Justice Now.

Perjanjian ini bakal memberi tekanan kepada kadar upah pekerja, lambakan barangan makanan yang tidak selamat dari luar, meningkatkan harga ubatan yang genting untuk menyelamatkan nyawa.

Hadi terlalu bebas beri kenyataan tanpa berbincang - Husam

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terus mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlalu bebas dalam mengulas sesuatu isu, tanpa persetujuan pemimpin parti yang lain.
 
Hadi juga katanya sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan ia amat tidak disenangi kebanyakan pemimpin dalam PAS.
 
"Semua kenyataan ini menggambarkan seakan Presiden (Hadi Awang) bebas sebebasnya membuat apa jua kenyataan yang bersifat dasar dan pendirian PAS tanpa melalui proses mesyuarat yang sewajarnya atau mengambil kira pandangan dan perasaan ahli peringkat akar umbi," ujarnya menerusi satu kenyataan medianya, hari ini.
 
Husam hari ini dipersoal Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berhubung tindakannya yang dikatakan menyerang partinya sendiri.
 
Ia berikutan kenyataan Husam bahawa Hadi pernah mengakui berniat untuk mengusahakan PAS agar bergabung dengan Umno BN.
 
Husam juga mempersoalkan adakah beliau yang berubah atau PAS kini hilang arah dalam mengatur hala tuju politiknya.
 
Husam menambah beliau sangsi dengan percaturan politik PAS apabila parti itu enggan menyertai Pakatan Harapan (PH) dan hanya berminat untuk berkerjasama dengan parti lain selain Umno BN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
 
Sangsinya tiba ke tahap kemuncak apabila PAS dikaitkan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), baru-baru ini.
 
"Saya dalilkan berdasarkan respon PAS Selangor menerusi kenyataan Pesuruhjayanya yang menolak hubungan dengan Perkasa, hampir sebaik sahaja foto Presiden Perkasa memeluk Presiden Pas menjadi viral.
 
Jika tindakan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) menjalin hubungan dengan Perkasa telah diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat, tentulah Pesuruhjaya PAS Selangor (Datuk Iskandar Abdul Samad) tidak akan mengeluarkan komen menentang arus itu.
 

Anak kepada Tun Dr Ismail mahu Jakim dimansuhkan

Tawfik Ismail, anak sulung bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman bercakap mengenai allahyarham bapanya ketika ditemubual di rumahnya, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 November, 2015.Tawfik Ismail, anak sulung bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman bercakap mengenai allahyarham bapanya ketika ditemubual di rumahnya, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 November, 2015.
Pada zaman dulu, ketika Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) belum ditubuhkan, Putrajaya tidak memberitahu rakyat Malaysia beragama Islam bagaimana untuk mengamalkan kepercayaan mereka, dan tiada siapa memandang serong terhadap umat Islam yang membela anjing. Dan Tawfik Ismail, anak sulung bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, mahu masa itu dikembalikan.
Langkah utama adalah dengan membubarkan semula Jakim, kata Tawfik, dalam satu temu bual sempena pelancaran "Drifting into Politics", buku yang mengandungi tulisan allahyarham bapanya semasa pembentukan negara, disunting beliau sendiri bersama ahli akademik Ooi Kee Beng.

Jakim dicipta pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan ia seolah-olah bertugas tanpa tujuan selain campur tangan dalam kehidupan peribadi rakyat Malaysia, kata Tawfik kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail. "Saya rasa Jakim perlu dimansuhkan. Saya tidak fikir Jakim perlu wujud. Apa yang kerajaan takut? Anda mempunyai 13 mufti dengan 13 fatwa yang berbeza dan 13 cara berlainan untuk mendalami (agama).
"Apakah tujuan Jakim? Sijil halal? Yang boleh pergi ke Kementerian Kesihatan, kementerian perdagangan. Apa lagi yang Jakim lakukan? Cetak Al-Quran? Kita mempunyai seorang menteri komunikasi," kata bekas ahli Parlimen berusia 64 tahun itu.
Jika ada yang mahu mengatakan Jakim sangat diperlukan "melindungi" kesucian agama Islam, tegas Tawfik, Agong, Sultan, imam (ulama) dan mufti mampu menggalas tugas itu.
"Jakim adalah badan penasihat kepada kerajaan, tetapi daripada segi Perlembagaan ia benar-benar tidak mempunyai peranan. Islam terletak di bawah kuasa Sultan di setiap negeri, dan ia tidak ada kena mengena dengan kerajaan,” katanya.
Ditanya apakah bidang kuasa kehidupan umat Islam, yang kerajaan campur tangan, Tawfik mengatakan "tiada apa-apa".

Peranan Islam dalam sebuah negara moden

Sayhmi


Islam adalah agama yang mengajar umatnya keamanan dan kesederhanaan. Jika ia tidak kelihatan seperti itu pada hari ini, ia bukan kerana ajaran Islam tetapi tafsiran yang dibuat oleh mereka yang nampaknya mentafsirkan ajaran Islam yang bersesuaian dengan kehendak mereka sendiri.
Islam berbeza daripada agama monoteistik yang lain; Agama Yahudi dan Kristian, kerana ia tidak mempunyai sistem paderi atau “priests”. Umat Islam percaya golongan Ibrani dan paderi Kristian mengubah agama asal dan mereka sesekali tidak akan mengubah ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
Tetapi dengan pengetahuan mereka dalam ajaran Islam, ulama, seolah-olah mempunyai kuasa sedemikian ke atas umat Islam di mana banyak daripada mereka cenderung untuk menggunakan pengaruh mereka yang agak besar untuk mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri. Mereka sama seperti paderi agama lain.

Ulama awal merupakan golongan yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang selain daripada bidang teologi Islam. Hari ini ulama politik atau “political ulama” hanya berpengetahuan tentang bahagian-bahagian tertentu daripada ajaran Islam yang seolah-olah menyokong pandangan politik mereka. Banyak yang menyalahtafsirkan dan memutarbelitkan Islam untuk menghalalkan fahaman politik mereka. Antara yang sering kedengaran adalah hanya ulama yang boleh memerintah sebuah negara demokrasi walau apa pun.
 Mereka itulah ulama politik yang menolak segolongan yang berpengetahuan dalam bidang yang tidak berkaitan dengan agama kerana takut golongan itu mungkin mencabar kuasa mereka. Walaupun umat Islam pada awal adalah ulama besar yang hebat dalam matematik, sains, sosiologi dan juga astronomi, namun umat Islam pada hari ini secara umumnya ketinggalan dalam kebanyakan bidang tersebut. Mereka juga seharusnya juga dianggap tidak berpengetahuan dalam Islam.
Setiap kali cubaan dibuat untuk membawa negara-negara Islam ke tahap pembangunan seperti di negara bukan Islam, wujud kumpulan Islam akan muncul menuntut agar "kembali kepada Islam." Kumpulan-kumpulan ini biasanya ganas dan sering mengisytiharkan jihad terhadap umat Islam lain yang cuba untuk membuat perubahan di negara ini.
Oleh sebab rata-rata negara Islam mundur, tidak berusaha mengubah diri mereka sendiri sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran, mereka cenderung untuk bergantung semata-mata kepada bantuan Ilahi, diketuai oleh ulama sesat.

Kami non-partisan, tumpuan pada mengukuhkan institusi, kata G25

G25 berkata, pihaknya menyampaikan pendirian tidak memihak mana-mana parti politik kepada mereka yang mengadakan dialog dengan mereka, termasuk pemimpin berpengaruh seperti Raja-raja Melayu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 November, 2015. 
G25 berkata, pihaknya menyampaikan pendirian tidak memihak mana-mana parti politik kepada mereka yang mengadakan dialog dengan mereka, termasuk pemimpin berpengaruh seperti Raja-raja Melayu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Kumpulan pesara kakitangan awam Melayu ternama yang menggalakkan kesederhanaan, G25, malam ini mengatakan, ia akan kekal non-partisan dan tidak memihak mana-mana parti politik, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada memperbaiki institusi Malaysia.
G25 berkata, pihaknya menyampaikan pendirian itu kepada mereka yang mengadakan dialog dengan mereka, termasuk pemimpin berpengaruh seperti Raja-raja Melayu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kami percaya walaupun kuasa politik boleh berubah dari semasa ke semasa, badan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan agensi kawal selia dan perkhidmatan awam mesti kekal bebas untuk mewujudkan keyakinan dalam profesionalisme dan kesinambungan sistem pentadbiran.

"Kami menyatakan perkara ini dengan jelas kepada pemimpin berpengaruh yang kami temui, termasuk Raja-raja, Dr Mahathir dan Muhyiddin," kata G25 dalam satu kenyataan malam ini. Ia mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons kepada laporan yang memetik ahli G25, Tawfik Ismail, dalam satu temu bual yang diterbitkan hari ini di mana beliau mendedahkan Dr Mahathir dan Muhyiddin pernah bertemu G25 dan cuba mendapatkan bantuan mereka menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
G25 berkata, pandangan yang dinyatakan Tawfik dalam temu bual itu adalah pendirian peribadinya, dan mengulangi yang tumpuan utama kumpulan itu adalah mencapai kesederhanaan dalam Islam.
"Objektif ini dapat direalisasikan dengan cara yang terbaik apabila negara bergerak ke depan dengan pembaharuan yang meluas, bukan sahaja dalam pentadbiran agama, tetapi juga dalam keseluruhan sistem tadbir urus.
"Oleh itu, kami menyokong perubahan dan pembaharuan yang akan mengukuhkan institusi undang-undang dan peraturan dan standard tadbir urus yang menegakkan prinsip-prinsip asas integriti, ketelusan dan akauntabiliti."
Dalam temu bual itu, Tawfik berkata beliau juga memberitahu Dr Mahathir dan Muhyiddin, G25 tidak akan mengambil pendirian yang berat sebelah tentang Najib yang ketika ini tertekan untuk menjelaskan skandal yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Kritikan Husam terhadap Hadi terkesan pada Pas

Husam‎ Musa dan Hadi Awang
KOTA BHARU - Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam‎ Musa membuat kritikan terbuka terhadap presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah tidak wajar kerana ia memberi kesan kepada parti.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Husam sepatutnya‎ menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan. 
"Tidak kena mengkritik atau menyerang parti dan presiden secara terbuka. ‎Kita selalu sebut kita ada saluran.
"Tok Guru (Allahyarham Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah
sebut parti umpama rumah tangga dan kita tidak boleh bercakap isu rumah tangga‎ di kedai kopi," katanya.  
Beliau berkata, demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Gotong Royong Mega Peringkat Negeri Kelantan di Taman Transit Panji di sini,‎ hari ini.
Mohd Amar mengulas dakwaan Husam sebelum ini bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan‎ perpaduan di Selangor.
Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai ‎Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam Jumaat lepas.
Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Husam agar parti menggantikan presiden sedia ada, Mohd Amar berkata ia bukan jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda Pas. - Bernama

Mohd Amar kata Husam tidak patut kritik Abdul Hadi secara terbuka

Ceramah Perasmian Pejabat Amanah Marang, Terengganu