Ahad, 8 November 2015

Bekas pemimpin PAS sahkan dakwaan Husam isu UG



Bekas pemimpin PAS Selangor Khalid Samad berkata dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor tahun lalu adalah benar.
"Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru," kata MP Shah Alam itu dalam rakaman ceramah Parti Amanah Rakyat (AMANAH) pada 6 November yang dimuatnaik di Youtube.
Khalid yang kini anggota jawatankuasa AMANAH berkata rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu.
Beliau berkata Abdul Hadi, Timbalan Presiden ketika itu Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali merancang untuk bertemu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo bagi membincangkan kerajaan perpaduan.
Rancangan itu terhalang ekoran plan berkenaan dibocorkan dan ahli jawatankuasa PAS menentangnya dan bersemuka serta bertanya terus terang dengan presiden di ibu pejabat parti, kata Khalid dalam majlis itu di Dungun.
"Kita ramai-ramai pergi jumpa Ustaz Hadi di Jalan Raja Laut di Pejabat PAS. Maka kita bersemuka, kita tanya terus terang. Diakui nak jumpa Pak Lah. Kita tak setuju," katanya.
Akhirnya, katanya, pertemuan tersebut dengan Abdullah dan Khir dihadiri beliau sendiri, Setiausaha Agung PAS ketika itu, Datuk Mustafa Ali dan Nasharuddin dan "kita tolak" cadangan kerajaan perpaduan itu.
Ia dipercayai bahawa Khalid merujuk kepada tempoh sejurus selepas pilihan raya umum ke-12, yang mana menyaksikan BN kalah majoriti kerusi di lima negeri termasuk Selangor dan perak.
Beliau mendakwa rancangan yang sama cuba dilakukan di Perak, seperti Selangor, PAS mendapat kerusi yang sedikit berbanding DAP dan PKR.
PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan di Perak dan Selangoor tetapi kerajaan Perak digulingkan pada 2009 ekoran ADUN PKR dan DAP melompat kepada BN.

Amanah Tidak Perlukan Fatwa Politik

Oleh Muhamad Faiz Fadzil 


Parti politik adalah kaedah (wasilah) bagi memperjuangkan Islam. Sebagai agama yang bersifat komprehensif, Islam perlu ditegakkan dalam pentadbiran. Bagi mencapai matlamat ini, perjuangan melalui demokrasi adalah kaedah terbaik dan kontemporari yang dibenarkan syarak.

Kewujudan pelbagai parti politik Islam bukanlah perkara asing dalam dunia haraki Islam sepertimana di Turki, Mesir dan Indonesia. Perjuangan sesebuah parti politik Islam sudah pasti berbeza antara negara-negara Muslim berdasarkan kepada waqi' atau realiti masyarakat dan demografi sesebuah negara. Justeru, Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan bagi meneruskan perjuangan Islam yang selari dengan waqi' negara ini.

Kemenangan AK Parti di Turki adalah kemenangan bagi Islam. Rakyat Turki yang selama ini ditadbir di bawah sistem sekular, telah kembali menerima sistem pemerintahan yang berpaksikan prinsip-prinsip Islam. Polisi menjaga kebajikan rakyat, meningkatkan ekonomi negara dan urustadbir yang baik dan bersih daripada amalan rasuah adalah prinsip-prinsip Islam yang diperjuangkan dan dilaksanakan oleh AK Parti.

AK Parti telah buktikan bahawa Islam mampu dilaksanakan tanpa nama Islam pada parti.
AMANAH telah menggariskan 3 prinsip utama perjuangan di samping amanah iaitu peduli, inklusif dan progresif. Jika prinsip-prinsip ini dapat diperjuangkan dan dilaksanakan dalam konteks Islam, maka AMANAH mampu menunjukkan perjuangan Islam sebenar dan sentiasa relevan kepada rakyat.
Islam bukan hanya pada pelaksanaan jenayah syariah, tetapi Islam merangkumi setiap aspek kehidupan dan pentadbiran negara.

Mementingkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, menghormati hak dan kebebasan setiap rakyat dalam orbit perlembagaan, meningkatkan ekonomi rakyat dan negara serta meletakkan prinsip urus tadbir baik dan bersih sebagai asas pentadbiran akan pasti melengkapkan prinsip-prinsip utama AMANAH yang memenuhi tuntutan syarak.

Menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dengan menguasai Putrajaya adalah 'gateway' kepada pelaksanaan dasar Islam.Justeru, sebarang fatwa politik atau amanat yang boleh membawa kepada polemik dan perpecahan rakyat perlu diketepikan. Islam bukan pada kulit tetapi pada isi, begitulah juga ia bukan pada nama tetapi pada pelaksanaan.

‘Zahid digesa kotakan janji kepada keluarga Anwar’

azizah
Dr Wan Azizah di sebalik penjara replika, selepas melancarkan Jelajah 'Mock Prison #BebasAnwar', hari ini.

KUALA LUMPUR, 8 November:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta mengotakan janjinya kepada keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya bekas Ketua Pembangkang itu dapat menjalani rawatan intensif fisiologi.
Menurut isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, desakan itu bukan pertama kali dibuat mereka, kerana Anwar masih belum menerima sebarang rawatan sehingga kini, selepas beliau menghubungi Jabatan Penjara beberapa hari lalu. 
“Besar harapan keluarga agar Anwar diberi rawatan asas fisioterapi, bagi mengurangkan kesakitan yang ditanggungnya di penjara,” katanya pada sidang media di kediamannya hari ini, selepas merasmikan pelancaran Jelajah ‘Mock Prison #BebasAnwar’.
Anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, keperluan bapanya untuk menerima rawatan asas fisioterapi bertujuan mengurangkan kesakitan dialaminya yang akan disusuli dengan pembedahan.
“Kami juga mahu pembedahan dilakukan di hospital luar negara, bukan di Malaysia, disusuli rawatan fisioterapi sebelum dan selepas pembedahan dijalankan,” katanya.
Anwar cedera di sebelah kanan bahunya beberapa tahun lalu, disebabkan tisu otot yang koyak sebelum dia dipenjarakan. 
Memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia pada Jumaat lalu, Anwar dilaporkan telah ditawarkan menjalani rawatan dan pembedahan di hospital kerajaan.
Rawatan yang ditawarkan itu adalah mengikut Akta Penjara 1995 (Akta 537) yang membenarkan Anwar dirawat di penjara, setelah disahkan panel perubatan.
Pada 10 Februari lalu, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun, selepas dia didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bersih 4: Anak MB Selangor dipanggil polis

bersih
Azmin bersama anak lelakinya, Basheer (belakang) ketika hadir di Perhimpunan Bersih 4, Ogos lalul. 
KUALA LUMPUR, 8 November:
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mendakwa polis mengeluarkan Notis Seksyen 111 untuk mengarahkan anak lelakinya yang berusia 15 tahun bagi direkodkan keterangan berkaitan dengan perhimpunan Bersih 4.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata anaknya diminta hadir di Balai Polis Daerah Dang Wangi pada 10 pagi esok walaupun menduduki peperiksaan akhir pada hari yang sama.
Beliau kemudian mendakwa anak lelakinya, Basheer menjadi mangsa kezaliman parti pemerintah.
“Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran Umno.
“Syukur anak saya Basheer berani,” kata Azmin dalam Twitternya.
The Rakyat Post cuba menghubungi Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah serta timbalannya, namun kedua-duanya tidak dapat dihubungi buat masa ini.

‘Tindakan kutuk Presiden seolah kritik bapa sendiri’ kata Mohd Amar

KOTA BHARU, 8 November:

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa berhubung rancangan parti itu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Jelasnya, maklumat yang diperolehi PAS tidak sama dengan apa yang dikatakan Husam.
“Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah, beliau (Husam) sedang mengumpul alasan-alasan untuk ‘mengenakan’ Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Cadangan Husam agar Presiden PAS berundur itu semua orang boleh buat, tetapi yang membimbangkan ialah masalah itu dicetuskan pihak lain (yang kalah masa Muktamar PAS lalu),” katanya selepas program Gotong Royong Mega di Taman Transit, hari ini.
Jelasnya, terserah kepada parti untuk mencari jalan penyelesaian dalam mesyuarat yang akan diadakan kelak.
Mengenai tindakan ke atas Husam, Mohd Amar berkata, hanya Jawatankuasa PAS Pusat yang boleh mengambil tindakan terhadap bekas Naib Presiden PAS itu.
“Di sini saya mahu jelaskan, cara kritikan secara terbuka yang dilakukan Husam tidak kena, termasuk menyerang parti dan Presiden parti.
“Almarhum Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini pernah berkata, parti ini seperti rumah tangga.
“Kalau kita nak mengkritik atau memberitahu sesuatu yang tidak memuaskan hati, gunalah saluran yang betul, sebab kadang kala perbuatan itu boleh mendatangkan kesan terhadap diri sendiri dan parti,” katanya.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, beliau yakin majoriti ahli PAS tidak dapat menerima kritikan secara terbuka.
“Parti ibarat keluarga dan Presiden ibarat bapa, kalau kita mengutuk Presiden, seolah-olah mengkritik bapa sendiri.

MIC makin hilang taring, tiada daya bantu kaum India - PSM

Post Pic
SEMENYIH: MIC kini semakin hilang taring dan tidak lagi berdaya untuk membantu masyarakat India di negara ini, kata Bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.
 
Maka tidak hairanlah mengapa nasib kaum itu tidak terbela dan terkebelakang dalam semua aspek, terutama ekonomi, ujarnya lagi.
 
Lebih memburukkan keadaan, MIC kini tidak boleh 'demand' dalam menuntut apa-apa dana untuk diagihkan kepada masyarakat India, memandangkan parti itu kalah teruk pada dua pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.
 
"Tapi hari ini MIC sendiri tidak kuat dia tidak boleh demand menuntut apa-apa daripada Barisan Nasional kerana dalam BN sendiri dia satu kumpulan yang lemah.
 
"Pengaruhnya sudah semakin lemah dan susah untuk dia mengembalikan kegemilangan mereka kerana banyak parti kecil kaum India, MIC pun sudah kalah banyak kerusi dalam Pilihan Raya yang lalu," katanya ketika ditemui Antarapos.
 
MIC diketahui umum sedang mengalami krisis dalaman selepas Jabatan Pendaftaran (ROS) membatalkan pemilihan parti pada 2013.
 
Keputusan ROS itu membawa kepada perebutan kuasa dan konflik berpanjangan dikalangan pimpinan tertingginya.
 
Mengulas perkara itu, Arutchelvan berkata masyarakat India langsung tidak terkesan dengan krisis MIC kerana masing-masing sibuk menguruskan kehidupan yang serba kepayahan.
 
"Hari ini kita tengok MIC pula terjerumus dengan masalah dalaman sebenarnya masyarakat India tidak kisah sebenarnya kalau tengok masyarakat India mereka mengetawakan apa yang berlaku pada MIC.
 
"Mereka tidak ambil krisis MIC itu serius kerana krisis itu tidak kena mengena dengan kehidupan mereka. Apa yang berlaku pada MIC tidak memberi sebarang impak pada masyarakat India," ujarnya.

PAS tak akan sudi, Amanah perlu terima hakikat - Azman Ujang


Post Pic

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) perlu terima hakikat bahawa PAS tidak akan menjalinkan hubungan dengan parti serpihannya itu.
 
Penganalisis politik, Datuk Seri Azman Ujang berkata buat masa ini Amanah hanya boleh bermimpi untuk berkerjasama dengan PAS termasuk di Selangor.
 
PAS sebelum ini berkali-kali menegaskan enggan mempunyai apa-apa hubungan dengan Amanah, sebuah parti yang pada mereka adalah pengkhianat.
 
Terdahulu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menyeru agar PAS Selangor dan Pakatan Harapan (PH) berganding bahu untuk mentadbir negeri itu.
 
"Setakat ini itu pendirian dia (PAS) walaubagaimanapun dalam politik tiada yang kekal (keputusan tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan), ia boleh berubah. 
 
"Setakat hari ini memang keputusan PAS tidak bekerjasama, jadi Amanah harus faham, mesti ada logik dia PAS tidak mahu kerjasama", kata Azman ketika dihubungi Antarapos.
 
Khalid yang juga bekas pemimpin PAS berkata jika parti Islam itu keluar daripada kerajaan negeri Selangor, ia akan merugikan PH dan hanya menguntungkan Umno Barisan Nasional (BN).
 
Kenyataan Khalid itu disokong Azman yang juga bekas Ketua Pengarang Bernama.
 
"Semestinya (tindakan mengeluarkan PAS daripada kerajaan negeri Selangor) akan menguntungkan Umno-BN. 
 

Tun M sindir Najib kerana kata ‘semuanya baik’


Mahathir

SHAH ALAM – Selepas disoal siasat pihak polis dua hari lalu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah berhubung kenyataan terbuka yang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan Bersih 4, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan ‘tidak serik’ dengan gangguan tersebut.
Malah kali ini beliau terus menyerang Perdana Menteri itu kerana menafikan bahawa negara berada di ambang krisis kewangan sedangkan nilai ringgit semakin menyusut kepada RM4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat yang boleh menjejaskan ekonomi negara.
“Ini adalah satu penurunan nilai yang besar, lambat laun akan menjejaskan perniagaan import atau pinjaman dalam Amerika dolar. Pasaran saham pula turun dengan kehilangan besar dalam permodalan pasaran. Sekali lagi ini tidak baik untuk ekonomi.
“Pertumbuhan ekonomi ketinggalan di belakang Indonesia dan Filipina. Ini tidak normal. Kita biasanya meninggalkan mereka jauh di belakang,” katanya dalam entri terbaru di blognya chedet.cc, pada Jumaat.
Beliau mengulas kenyataan Najib pada Rabu yang mengatakan Malaysia tidak akan mengalami krisis kewangan meskipun nilai mata wang negara terus jatuh.
Dalam pada itu, Dr Mahathir juga mempersoalkan jaminan Najib itu apabila timbul keperluan untuk menangkap pihak yang mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.
“Jika mereka mensabotaj sudah pasti perbankan dan kewangan Malaysia tidak akan baik. Ia akan menjadi disfungsi. Tetapi adakah benar semuanya baik. Ini tidak mungkin! Bank-bank dan sistem kewangan mungkin baik, tetapi terdapat juga petunjuk-petunjuk lain yang menunjukkan bahawa ekonomi tidak baik,” ujarnya.
Bekas Perdana Menteri turut mengulangi kritikannya bahawa skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion dalam akaun bank Najib dan penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen antara punca utama hilangnya keyakinan pelbagai pihak terhadap kerajaan.

Sudah tentu DAP lawan PAS di Selangor

Oleh Wan Ji Wan Hussin
Ramai akui selepas pilihan raya akan datang, tidak akan ada lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Jika Barisan Nasional kalah di Selangor, kerajaan yang bakal dibina adalah kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan Pakatan Harapan ini, sudah pasti terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara, tanpa PAS.
PAS bukan tidak diajak menyertai Pakatan Harapan. Namun, PAS sendiri yang menyatakan sikap tidak mahu bersama dengan Pakatan Harapan.
Mungkin disebabkan mereka tidak bersedia bersama dengan DAP, disamping kewujudan “rakan-rakan lama” dari Amanah. Ataupun, mungkin syarat yang dikenakan kepada PAS tidak dapat dilaksanakan, seperti tidak boleh ponteng mesyuarat Pakatan, tidak boleh “U-turn”, perbezaan dasar dan prinsip diselesaikan di meja rundingan dan sebagainya.
Dalam keadaan begini, bagi senario politik Selangor, tidak menjadi satu kesalahan bagi DAP bertanding di kerusi yang PAS bertanding. Ini kerana, DAP sememangnya salah satu parti yang bersama Pakatan Harapan, sedangkan PAS bukan Pakatan Harapan.
Justeru, DAP mahu lawan PAS itu adalah untuk menyelamatkan Selangor supaya tidak terlepas dari tangan Pakatan Harapan.
Lebih-lebih lagi, PAS adalah parti yang terawal menyatakan mereka akan bertanding di kerusi DAP. Sudah pasti, kenyataan itu dibalas DAP. Wallahu A'lam.

Jangan salahkan faktor luaran punca masalah negara, kata Kit Siang kepada Najib

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalah kerana terlibat dalam ‘sindrom penafian yang serius’ apabila enggan mengakui yang walaupun penurunan harga minyak memberi kesan besar ke atas kejatuhan nilai ringgit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015. 
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalah kerana terlibat dalam ‘sindrom penafian yang serius’ apabila enggan mengakui yang walaupun penurunan harga minyak memberi kesan besar ke atas kejatuhan nilai ringgit.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh "melepaskan tanggungjawab" dengan menyalahkan faktor luaran sebagai punca kepada masalah di negara ini, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, sambil memetik 5 faktor yang menurutnya menjadi penyumbang masalah.
Lim berkata, Najib bersalah kerana terlibat dalam "sindrom penafian yang serius" apabila enggan mengakui yang walaupun penurunan harga minyak memberi kesan besar ke atas kejatuhan nilai ringgit, krisis keyakinan yang berpanjangan dan kemelut politik di negara ini juga antara faktor utama yang menjejaskan ekonomi.
"Saya tidak fikir Najib akan dapat banyak simpati atau sokongan kepada cubaannya 'melepaskan tanggungjawab' dan menyalahkan faktor luaran untuk masalah di negara ini," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib malam tadi yang menggesa rakyat Malaysia tidak menuding jari kepada kerajaan semata-mata dalam mencari punca kemerosotan nilai ringgit, kerana katanya, faktor utamanya berbentuk luaran dan di luar kawalan kerajaan. Ringgit merupakan mata wang yang paling lemah di Asia tahun ini, mencapai nilai terendah dalam tempoh 17 tahun dan jatuh kepada lebih RM4 berbanding dolar AS pada masa ini.
Lim berkata, 2 faktor mengapa Najib tidak boleh mengalihkan tanggungjawabnya terhadap masalah negara kepada faktor luaran adalah: wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau dan skandal sekitar firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bangkang Sambil Nasihat, Nasihat Sambil Bangkang


Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Isu TPPA pun tak hangat, sebab DAP dan BN sokong TPPA. Isu RM2.6 bilion pun akan ditenggelamkan oleh isu Vape.

2) Isu GST dah mula nak basi walaupun rakyat sedang susah denga GST.

3) Isu 1MDB pulak macam Najib mula mengukuh kedudukan. Debat kejap jadi kejap tak jadi, last2 tukar orang.

4) PAS tak sokong 1MDB, tak sokong TPPA. DAP pulak tak sokong 1MDB tapi sokong TPPA. UMNO sokong 1MDB, sokong TPPA.

5) PAN pun tak bunyi sangat pasal TPPA. Duk bunyi hal PAS nak bergabung dengan Umno hari-hari.

6) Macam ni punya keadaan pembangkang, BN pecah lima team pun still boleh menang PRU14 nanti.

7) Rakyat dah mula nampak blok pemerintah dan blok pembangkang, sama je. Dua-dua bakal melingkopkan negara.

8 ) Maybe sebab tu PAS pon jadi pening. Nak jadi pembangkang pun tak kena, nak join pemerintah pon tak kena.

9) Last sekali menjadi pembangkang dan penasihat. Bangkang sambil nasihat, nasihat sambil bangkang.

Sekian

Mukhriz sedia undur diri

Mukhriz MahathirALOR SETAR - Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia mengundurkan diri dari jawatan Menteri Besar Kedah dan menyerahkan kepada mana-mana pemimpin tempatan yang dirasakan lebih popular dan mampu menyakinkan rakyat menjelang PRU14.
Beliau berkata, hal itu akan berlaku sekiranya rakyat di negeri ini sudah tidak lagi menyokongnya.
"Namun jika rakyat dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas PRU14 nanti," katanya kepada media di majlis anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.
Hadir sama,Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata,  saf (kepimpinan) perlu dirapatkan supaya apa sahaja yang dilakukan di peringkat negeri atau pusat mendapat sokongan semua pihak termasuk adun dan parlimen.
Beliau yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai viral yang dimuat naik oleh pemilik akaun Edisi Siasat yang menyebut 'Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno'.

'Tolak Bajet 2016 tak jejas gaji penjawat awam' - Mahfuz



MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menolak tanggapan kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan kakitangan kerajaan tidak akan menerima gaji bulanan mereka.
Beliau berkata bajet "anti rakyat" wajar ditolak bagi membolehkan belanjawan baru "pro rakyat dan negara" dibentang semula bagi melancarkan pengurusan kewangan negara supaya tidak membebani hidup rakyat.
"Salah faham kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan negara tidak boleh berbelanja dan kakitangan kerajaan tidak mendapat gaji adalah suatu yang salah. Menolak bajet perlu dilihat bahawa suatu bajet yang lebih baik diperlukan.
"Menolak bajet bermakna suatu bajet baru perlu dibentangkan semula," katanya dalam satu kenyataan.
Mengukuhkan hujahnya, Mahfuz mengemukakan bukti bahawa bajet tahun 2000 dibentang dua kali, kali pertama pada 29 Oktober 1999 oleh Menteri Kewangan ketika itu Tun Daim Zainuddin.
Bagaimanapun, Mahfuz berkata belum pun sempat Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskannya bajet tersebut, Parlimen dibubarkan pada 11 November 1999.
"Selepas PRU ke-10, Mesyuarat Pertama Parlimen ke-10 berlangsung pada 20-23 Disember 1999 selama 4 hari.
"Selepas upacara angkat sumpah, suatu peruntukan perbelanjaan untuk 2 bulan pertama tahun 2000 dibentang, dibahas dan diluluskan.
"Bajet baru tahun 2000 hanya dibentangkan pada 25 Februari 2000," katanya.
Sehubungan itu, Mahfuz berkata tiada masalah untuk pengurusan negara yang berjalan lancar dengan kakitangan kerajaan terus mendapat gaji bulanan seperti biasa sekiranya Bajet 2016 ditolak.

REZEKI (BUTIR BERAS) DARI UMNO ???

Agaknya sebelum UMNO wujud kat Tanah Melayu ini, mungkin tok nenek moyang kita tak makan nasi, kerana setiap butir beras yang kita makan adalah kerana UMNO.

BILA DAH MAKAN 'BERAS UMNO' inilah hasilnya...
SEMUANYA NAK BERSEMBAH JILAT UMNO !!!
Kalau tak jilat UMNO pasti hidup akan susah...

JANGAN LUPA.. "BN BERI NIKMAT"

Subsidi beras Super Tempatan ST15 pula TELAH DIHAPUSKAN !!

KALAU SUBSIDI RAKYAT BOLEH DIKURANGKAN & DIHAPUSKAN.. Kami juga mahu 'SUBSIDI' gaji & elaun pemimpin pun dikurangkan !!!..

p/s: Ada tak ulama-ulama UMNO berani buat kenyataan spt DRMAZA camni !!!.. MENGAPA 'mereka' takut lantang bersuara ???.. 'Mereka' takut Allah SWT atau boss mereka yg byr gajinya !!!

SATU LAGI percubaan KERAjaan perbodohkan rakyat !!!

Bila peruntukan dah takde, adakah yuran akan turun ??

YANG NAIK hanyalah hutang2 PTPTN yg korang pinjam utk belajar...

TAK NAK HUTANG.. jgn belajar tinggi2. Bila tak belajar tinggi2 mmg mudah jadi bodoh. Bila dah bodoh senang KERAjaan nak perbodohkan korang.. BN boleh kekal memerintah sampai KIAMAT !!!

NAMPAK TAK !!!

Antara Nyawa Dan Undi: Jual vape perisa ketum, syabu



BATU PAHAT – Pihak berkuasa di Johor telah mengesan penjualan perisa ketum dan syabu bagi rokok elektronik vape baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat ketika mendedahkan perkara itu berkata, penyalahgunaan perisa terbabit dibimbangi mewujudkan gejala sosial terutama dalam kalangan remaja pada masa akan datang.
Katanya, beliau telah menerima maklumat mengenai kegiatan terbabit daripada beberapa agensi yang mengesan kewujudan perisa tersebut berbanding perisa asal seperti mangga, coklat, kopi dan oren.
“Maklumat lanjut sedang dikumpul sebelum pihak terlibat membuat serbuan bagi membendung penyalahgunaan vape yang kononnya digunakan untuk mengawal ketagihan perokok terhadap rokok tradisi.
“Kita sudah menerima banyak maklumat mengenai vape berperisa ketum, syabu dan beberapa jenis bahan lain, cuma buat masa ini belum ada tangkapan terhadap peniaga yang menjual perisa terlarang tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Jom Kenal Ubat Anda peringkat negeri di sini semalam.

Why is Najib Razak still the prime minister?

Questions are being asked by all and sundry but the man with the answers remains silent
dyana
By Dyana Sofya
Recently, our social media timelines were flooded with complaints about massive toll increases, following the announcement that toll rates for 18 highways would be raised by significant amounts, with some going up by more than 100%!
Some have tried to rationalise the tolls by linking them to an overall effort to reduce traffic congestion in urban areas, yet this is not reflected by the fact that many of the increases affect highways that provide critical links to suburban areas with no proper public transport system. At the same time, the existing public transport infrastructure is hardly an efficient alternative, especially with the MRT and LRT extensions still under construction.
Worse, the Prime Minister even warned that if the toll rates are not raised, there would be less funds for other things, including the BR1M welfare payments. Is the Prime Minister effectively saying that highway-users are subsidising BR1M? What about those ineligible for BR1M but punished with the rising cost of living? I suppose they should just tighten their belts, wake up earlier or take alternative roads, going by our cabinet ministers’ logic.
If rising fuel costs, higher toll rates and the implementation of the 6% GST this year is not bad enough, the icing on the cake must surely be the performance of the ringgit, from just over 3.0 to the US Dollar two years ago to about 4.5 today and performed badly against many other currencies. This is one of the main reasons that petrol prices continue to increase – because we buy our oil in US dollars.
Yet instead of taking responsibility for our economic misfortunes, which many analysts including Bank Negara have attributed to the loss of public confidence following the multi-billion-ringgit 1MDB scandal and the Prime Minister’s suspicious personal financial transactions, the government continues to pull the wool over the rakyat’s eyes.
In the recent Budget 2016 presentation, the Prime Minister sang praises about how the GST will save the country from bankruptcy with an estimated RM39 billion worth of collections next year. Has he forgotten where this RM39 billion will actually come from? It’s not money out of thin air, it is from a tax on the rakyat. If GST did not exist, the RM39 billion would in fact be circulating within the economy and being productive instead being channelled to the government, which does not seem to be doing a good job keeping finances in order.
When the Mahathir era ended more than 10 years ago, many thought we had seen the end of crude and oppressive politics. Unfortunately, we have fallen deeper into the abyss.
This year, we have seen the suspension of The Edge and Sarawak Report, both of which have been unrelenting in their exposés of 1MDB.
Not too long ago, the government amended the Sedition Act to sharpen its claws, extending the maximum jail sentence to 20 years from three years and to establish a minimum three-year jail term. Laws have also been passed to allow the authorities the detain people without trial.

FREEING ANWAR MAY NOW BE THE ONLY WAY TO SAVE 'FAILED STATE' M'SIA FROM NAJIB'S DESTRUCTION

A shock revelation from respected PAS leader Husam Musa of a proposal on the cards to make him Malaysia's deputy prime minister, with Opposition leader Anwar Ibrahim the premier has reignited rumors of Prime Minister Najib Razak's imminent ouster.
"This was told to me by Saifuddin (before my ceramah) but this is the first time I have heard about this proposal. I am not contesting to become prime minister or deputy prime minister," Husam was reported as saying by a news portal.
Husam didn't specify which 'Saifuddin' spoke to him but it may have been Saifuddin Abdullah, a former Umno minister who recently crossed over to Anwar's PKR party and who is also forming an NGO with Najib's banker brother Nazir Razak. Another possibility is PKR's sec-gen Saifuddin Nasution.
For months, speculation has swirled of efforts to put together a united alliance or unity government to replace the decadent and corruption-riddled Najib regime.
However, Husam - the Salor assemblyman - is likely to be referring to a pact within the Opposition itself which needs to win the confidence of the dominant Malay electorate at the next general election, due to be called latest in 2018.
"I think Husam is referring to the Pakatan Harapan's power-sharing plan. His selection as DPM will help to calm the conservative Malay bloc while Anwar will appeal to moderate and more liberal voters. Obvioulsy, he will only be DPM and Anwar PM if Pakatan can beat Umno-BN in the general election," a political source said.
Why Umno warlords may have to make way for Anwar

Be that as it may, Anwar - who is now languishing in jail on trumped-up sodomy charges - may still stump the odds and become PM sooner than GE14.
Word in the political inner circles is that top power-brokers, including the likes of influential former premier Mahathir Mohamad, are eager to have Najib removed. But they lack confidence in current DPM Zahid Hamidi to take over the post.
Muhyiddin, the former DPM sacked by Najib allegedly to stem a corruption probe into the PM's prized 1MDB investment fund, is regarded as lacking oomph and credentials to lead critically-needed political, economic and social reforms.
Tengku Razaleigh, the Kelantan prince and Gua Musang MP, is favored by many - both within his Umno party and even by the Opposition to be care-taker PM. But Ku Li lacks support within Umno.
Infighting between factions led by Muhyiddin, Ku Li and Mahathir have also eroded their effectiveness against the Najib and Zahid camps. Zahid, while eager be PM, has allegedly refused to co-operate and has instead vowed to defend Najib as PM, unless his rivals agree to let him be PM ahead of Muhyiddin and Ku Li who have more senior claims to the topmost post.
"Anwar can only become PM if all the Umno warlords including Muhyiddin, Ku Li and Mahathir put aside their personal goals and let him take over as head of a caretaker government that they will still be in control of," said the source.
"It doesn't mean the Opposition will be in charge but they will be part of a unity government that will be dominated by the Umno-BN because the Umno-BN lawmakers still hold the majority seats of 134. But the message of Anwar being the new PM will send the mother of all messages around the world - that Malaysia is finally serious about reform. And this is the most critical factor needed to save Malaysia. The Ringgit and the economy are already downhill, Malaysia is already viewed by the international community as a failed state run by a corrupt rogue PM. Time is running out for us."
"If the Umno bigwigs want to stop the rot, they must acknowledge this and take a backseat - after all, they are still in control. So long as they agree to put in the reforms that Anwar will steer and spearhead with the agreement of all parties - especially Umno-BN, Malaysia can go back on the right path.
Still in jail

The United Nation’s Working Group on Arbitrary Detention, after a thorough and comprehensive study of the jailing of former Malaysian opposition leader, Anwar Ibrahim, has held that the decision to jail him for sodomy is politically motivated and called for the Malaysian government to immediately release him.
The working group was appointed by the United Nation’s Human Rights Council of which Malaysia is a member. Its five members are from Australia, Benin, Mexico, South Korea and the Ukraine and they decided unanimously that Anwar was a victim of a political conspiracy as he has alleged.
While the Malaysian government has defended the decision to jail Anwar, which was done early this year, it stated further that it could not and would not interfere in the decisions of the courts of law as they have no jurisdiction over the courts.
But the opposition coalition of Pakatan 2.0 has called on the Malaysian government to unconditionally release Anwar as they are hoping that he will be able to solve the 1MDB controversy and put the country back on track.
Therefore, there is now a growing momentum by not only Pakatan and its component parties, but by non-governmental organizations, pressure groups and civic bodies and individuals who are collectively putting pressure on the Barisan Nasional (BN) government to unconditionally release Anwar immediately.
Anwar jailed for being a threat
ss
In the last two general elections, the opposition coalition of Pakatan 2.0 have made great progress in breaking the dominant hold of BN on the nation and the working group by the UN held that his growing influence was the reason he was incarcerated by the BN government.

Antara Nyawa Dan Undi: Kalau haramkan vape, haramkan rokok juga, kata Khairy

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sepatutnya kerajaan mengharamkan sahaja kedua-dua rokok dan vape. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015. 
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sepatutnya kerajaan mengharamkan sahaja kedua-dua rokok dan vape.

Di tengah kehangatan isu rokok elektronik atau vape, seorang menteri Umno hari ini berkata Putrajaya perlu konsisten dalam pendiriannya terhadap gesaan ia diharamkan.
Menggunakan akaun Twitter beliau, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jika vape diharamkan, rokok juga perlu diharamkan.
Khairy berkata, terdapat banyak perdebatan mengenai kontroversi yang sedang berlangsung ketika ini.

“I favour strong regulation for both. But if going to ban one, ban both. Plus we've spent waay too much time on this (Saya menyokong peraturan ketat atas keduanya. Tetapi, kalau hendak haramkan yang satu, kena haramkan kedua-duanya. Lagi pun, kita dah banyak sangat buang masa bercakap isu ini),” tulisnya dalam satu tweet pagi ini. Ini menyebabkan seorang pengguna Twitter, Ibrahim Halim di akaun @ibrahimhalim13 mengatakan: "Quite rare to see a menteri like @Khairykj who say cigss should be banned too and not just vape" (Agak pelik untuk lihat seorang menteri seperti Khairy yang mengatakan rokok juga harus diharamkan, bukan saja vape).
Seorang lagi pengguna @ZikriMzd mencadangkan kerajaan mengharamkan kedua-dua rokok dan vape, lalu dijawab oleh Khairy, itulah yang beliau maksudkan.
"It's disappointing to see all the negative views on vape yet ciggs are sold openly (Mengecewakan mendengar semua pandangan negatif tentang vape tetapi rokok dijual secara terbuka)," kata Zikri. – Bernama

Antara Nyawa Dan Undi: Harga vape bakal diselaras

Seorang penjual peralatan vape di Shah Alam, Selangor. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Kementerian Kesihatan bakal menyelaraskan harga vape. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015. 
Seorang penjual peralatan vape di Shah Alam, Selangor. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Kementerian Kesihatan bakal menyelaraskan harga vape.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengeluarkan penyelarasan harga mengikut kepiawaian khusus untuk rokok elektronik atau e-rokok bagi memastikan keselamatan penggunanya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan dan Sirim Bhd bagi merangka garis panduan dan penyelerasan harga untuk e-rokok itu.
Katanya, kementerian tidak bercadang menyekat pengimportan vape ke dalam negara namun kerajaan harus memberi perhatian dari segi keselamatan dan kesihatan pengguna.

"Pengguna vape kini sudah capai lebih sejuta dan kita bukan nak halang mereka cuma nak cari jalan selamat untuk pengguna ini. "Kami tidak menyekat mereka (penjual vape), kalau dia tidak jual secara terbuka, dia akan jual dalam pasaran gelap juga. Jadi kita ingin mengelak perkara daripada berlaku, oleh itu kita sedang berbincang untuk mencari jalan penyelesaian," katanya selepas Lawatan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di Little India, George Town, hari ini.
Sementara itu, Ahmad Bashah berkata beliau berpuas hati dengan tinjauan harga barang di Kompleks Pasar Bayan Baru dan Little India.

Antara Nyawa Dan Undi: Kementerian Kesihatan tubuh j'kuasa khas isu vape

Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengendalikan isu berkaitan e-rokok yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
 "Ia dianggotai antaranya, wakil Bahagian Kawalan Penyakit, wakil bahagian Kesihatan Am dan pakar-pakar berkaitan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran program Gotong Royong Mega Peringkat Kebangsaan di Petaling Jaya hari ini.
Dr Subramaniam berkata mulai hari ini, sebarang kenyataan mengenai e-rokok akan dikeluarkan oleh jawatankuasa khas berkenaan dan beliau tidak akan lagi menjawab isu tersebut.
Sementara itu Dr Noor Hisham berkata jawatankuasa berkenaan akan mula bermesyuarat esok, bagi menentukan keputusan mengenai isu e-rokok.
Beliau berkata anggota jawatankuasa akan meneliti segala aspek secara lebih mendalam termasuk isu yang melibatkan perdebatan dengan peniaga vape.
Beliau berkata buat permulaannya, perbincangan akan diadakan dengan pihak dalam kementerian sebelum melibatkan pihak berkepentingan dalam industri.
"Kementerian Kesihatan akan menangani situ vape ini...apa yang kita boleh buat apa yang tak boleh buat," katanya.
Menjawab persoalan hanya ahli farmasi yang boleh menjual cecair vape yang mengandungi nikotin, beliau berkata ia adalah bertentangan dengan etika kesihatan.
"Ini adalah berkaitan dengan soal kesihatan. Tanggungjawab kita untuk pastikan kesihatan awam tidak terjejas, jadi bagaimana kita boleh menjual barangan yang boleh jejaskan kesihatan," katanya.
Kementerian Kesihatan, pada Khamis memulakan operasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin.

Antara Nyawa Dan Undi: Kerajaan perlu tegas, jangan politikkan isu vape, kata Rafidah

Tabiat menghisap vape semakin berleluasa di kalangan generasi muda. Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz hari ini menyeru kerajaan bertindak tegas dan tidak mempolitikkan trend tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015. 
Tabiat menghisap vape semakin berleluasa di kalangan generasi muda. Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz hari ini menyeru kerajaan bertindak tegas dan tidak mempolitikkan trend tersebut. 

Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape dikhuatiri akan berleluasa dan menjadi satu bentuk ketagihan baharu di kalangan golongan muda, kata Tan Sri Rafidah Aziz, memberi pandangan beliau terhadap desakan tindakan tegas diambil dalam menangani trend itu.
Beliau menggesa Putrajaya bertindak segera kerana ia melibatkan isu kesihatan awam yang tidak sepatutnya dipolitikkan.
"Kabinet mesti bertindak segera sebelum masalah ini menjadi berleluasa dan sebelum terlambat. Ini isu yang berkaitan dengan kesihatan.

"Dan kerajaan tidak seharusnya mempolitikkannya dan 'bermain politik' dengan isu kesihatan. "Ia sama seperti bersikap tidak berhati perut tentang potensi kesan kesihatan yang negatif daripada perbuatan merokok dan vape," kata bekas menteri itu dalam laman Facebook beliau, sambil menambah, Australia dan Singapura turut mengharamkan vape.
Pada 30 Oktober, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan Kabinet tidak mengharamkan vape.
Walaupun begitu, Kementerian Kesihatan berkata ia akan merampas cecair vape kerana kandungan nikotinnya dan setakat ini mengadakan serbuan di lebih 300 kedai vape seluruh negara.
Hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengumumkan jawatankuasa khas menangani kontroversi yang timbul dari vape dan kesannya kepada pengguna, di mana anak muda serta kanak-kanak sekolah juga turut terlibat.
Rafidah melahirkan rasa sedih apabila beberapa penyokong vape bercakap tentang “aspirasi anak muda” dan pada masa yang sama, tidak menyokong larangan ke atas vape.
“Adakah mereka ingin katakan, hanya kerana sesetengah anak muda sudah terjebak dalam menggunakan vape (dan mungkin menjadi penagih nikotin!), kita tidak boleh menangani isu ini?
“Ini sama seperti mengatakan, kalau ada orang muda yang ‘berkeinginan menjadi penagih dadah’, kerajaan perlu biarkan saja dadah itu digunakan.
“Kerajaan sebelum ini melakukan perkara yang betul dengan menguatkuasakan undang-undang yang sangat ketat ke atas pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah. Dan kita berjaya menyekat pengedaran dan salahguna dadah dari berleluasa,” katanya.

Antara Nyawa Dan Undi: BN hilang 1 juta undi jika terus ganggu peniaga vape, kata persatuan

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia Mohd Ridzuan Abdullah (kanan) dan Abdul Rani Kulop Abdullah selepas membuat laporan polis terhadap menteri kesihatan di Kuala Lumpur, hari ini. IKHLAS berkata menteri tidak ada hak mengarahkan tindakan terhadap peniaga vape. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 November, 2015. 
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia Mohd Ridzuan Abdullah (kanan) dan Abdul Rani Kulop Abdullah selepas membuat laporan polis terhadap menteri kesihatan di Kuala Lumpur, hari ini. IKHLAS berkata menteri tidak ada hak mengarahkan tindakan terhadap peniaga vape.

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini memberi amaran kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal hilang 1 juta undi pada pilihan raya umum akan datang jika peniaga rokok elektronik atau vape, yang terdiri daripada golongan anak muda, terus berdepan tindakan pihak berkuasa.
Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah memberi amaran itu selepas membuat laporan polis terhadap menteri kesihatan, tengahari ini.
“Kita mohon kerajaan pusat pastikan anak-anak muda ini terbela. Mereka berniaga. Kenapa hendak menyusahkan mereka?

“Kalau benda ini tak selesai, kerajaan ini akan hilang 1 juta undi. Ini yang akan berlaku,” katanya di depan ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Dalam laporannya, Ridzuan menggesa polis menyiasat Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam ekoran siri serbuan mengejut tanpa notis secukupnya ke atas pengusaha barangan berkaitan vape sebelum ini.
“Kami sebagai badan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan peniaga dan usahawan Bumiputera berasa amat kesal dengan tindakan Kementerian Kesihatan.
“Segala kerugian yang dialami peniaga perlu diambil tindakan dan kami memohon pihak polis membuka kertas siasatan terhadap (Dr) Subramaniam yang mengarahkan tindakan diambil terhadap peniaga vape,” laporan polis Ridzuan dipetik.
Turut mengiringi Ridzuan hari ini ialah “Raja Report Polis”, Abdul Rani Kulop Abdullah yang seperti biasa tampil seperti bekas diktator Libya, Muammar Gaddafi, dengan memakai beret merah, kaca mata hitam serta uniform ala tentera berwarna hitam.
Rani adalah presiden Majlis Jalinan Muafakat Malaysia (MJMM).
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya semalam mengakui tindakan kementeriannya terhadap ratusan kedai vape di seluruh negara sejak beberapa hari lalu dilihat agak terburu-buru.

'Bayar tol sehari RM15, ini benar-benar gila'


Tol

SHAH ALAM - "Ini benar-benar gila", itu luahan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen apabila 'dikenakan' bayaran tol RM15 hanya untuk perjalanan dari Mont Kiara ke Balakong dan dari USJ 1 ke Petaling Jaya Utara dan kembali ke lokasi asal.
Jumlah itu katanya hanya disedari selepas kad Touch 'n Go miliknya tertinggal di dalam beg isterinya.
"Saya terpaksa menghadiri tiga majlis penting pagi ini (semalam), jadi saya tiada masa bersenang. Oleh itu saya terpaksa melalui jalan bertol ini. Biasanya saya hanya guna kad  Touch 'n Go, tetapi  dengan cara itu saya tidak boleh mengesan perbelanjaan tol saya, kerana saya hanya 'zap' dan bergerak.
"Apabila saya terpaksa mengambil dompet saya dan membayar, saya mula perasan bagaimana banyaknya duit digunakan untuk membayar tol.
"Kalau dihitung ia mencecah RM15! Satu jumlah yang besar hanya untuk pergi daripada rumah ke tiga lokasi dan pulang semula ke rumah yang mana hanya mengambil masa 3.5 jam," luah Wong Chen di laman sosial Facebook miliknya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Rahman Dahlan melalui pengalaman itu sebelum memberi saranan yang pelik kepada masyarakat.
"Dengan mengambil kira bahawa purata penduduk di Kuala Lumpur menerima purata gaji sebanyak  RM3,000 sebulan. Bagaimana mereka boleh 'survive' hidup jika kos tol sebanyak RM15 sehari iaitu memakan 15 peratus daripada gaji bulanan. Di mana wang yang tinggal untuk membayar petrol, sewa rumah, makanana, bil telefon bimbit dan utiliti?

Kenapa Husam sabotaj parti sendiri? Soal PAS

SHAH ALAM : PAS Pusat hari ini mempersoalkan tindakan ADUN Salor, Datuk Husam Musa menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berniat untuk membentuk kerajaan campuran bersama Barisan Nasional (BN).
 
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata Husam tidak sepatutnya menyerang kerajaan negeri sementelah beliau sendiri adalah sebahagian daripadanya.
 
Post Pic Husam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) diberi kepercayaan oleh PAS untuk mewakili DUN salor.
 
"Dia (Husam Musa) menyerang kerajaan PAS Kelantan hingga orang Umno BN pun bertepuk tangan. Sedangkan dia adalah sebahagian dari kerajaan dan sebahagian dari masalah masalah yang telah berlaku" kata Ahmad Amzad dalam satu kenyataannya, hari ini.
 
Husam semalam mendakwa Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor, ketika krisis pelantikan menteri besar Selangor.
 
Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Bharu yang dikongsi di Facebooknya.
 
Dakwaan Husam itu disokong Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
 
Komplot itu turut membabitkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
 
Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan bertegas perkara itu tidak benar.
 
Ahmad Amzad dalam pada itu berkata selepas tewas dalam pemilihan PAS, Jun lalu, Husam dilihat semakin lantang mempersoalkan kepimpinan parti.
 

Husam perlu minta maaf pada Hadi, kata PAS

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa perlu meminta maaf daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Ujar parti itu, kenyataan Husam bahawa Hadi pernah mengaku berniat mahu mewujudkan kerajaan gabungan dengan Umno Barisan Nasional (BN) adalah fitnah.
 
PAS melalui laman web rasminya hari ini menegaskan Hadi melalui Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Shamsuri sudahpun menafikan dakwaan Husam sebelum ini.
 
"Tuduhan jahat ke atas Tuan Guru Presiden PAS oleh Datuk Husam Musa bahawa Tuan Guru Presiden mahu bekerjasama dengan Umno Selangor bersama beberapa ADUN PKR.
 
"Sebenarnya (dakwaan itu) telah pun dinafikan pada tahun lepas lagi melalui kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Tuan Guru Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri", kata PAS dalam laman web rasminya hari ini.
 
Ahmad Shamsuri juga sudah menjawab onjektif utama pertemuan antara Hadi dengan Mohamed Azmin Ali sebaik sahaja Timbalan Presiden PKR itu dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
 

BERITA BAIK dari KERAjaan !!!

RAKYAT JANGAN PANIK jika harga ubat naik TAHUN DEPAN.. BR1M kan baru jer dapat ratus2 ringgit.

Kalau kos ubat naik tahun depan sekalipun JANGAN RISAU. Menteri UMNO dah kata TAHUN DEPAN BR1M akan ditambah nilainya..

Mana ada terkesannya pun kan kan kan !!!

PENGUNDI BN MEMANG BANGSAT....

Keluarga, penyokong mahu Anwar dibedah di luar negara



Keluarga dan penyokong bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa bahawa pembedahannya perlu dijalankan di luar negara.
Mereka berkata mereka tidak mempercayai penjagaan kesihatan disediakan kepada Anwar, khususnya kerana Anwar akan diberi ubat pelali kerana dibius jika pembedahan ini dijalankan.
"Kami tidak percaya sistem itu kerana sistem itu boleh menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat rawatan asas seperti fisioterapi," kata peguam Anwar, R Sivarasa dalam sidangnya di Kuala Lumpur hari ini.
Menurutnya lagi, mereka tidak mempercayai sistem tersebut untuk mengadakan pembedahan di mana Anwar dalam keadaan lali akibat dibius dan sebagainya.
"Maka itu sebabnya kami kata ia memerlukan pembedahan besar perlu dilakukan, kemudian kami menuntut ia dijalankan di luar negara," katanya lagi.

SATU LAGI percubaan Najib perbodohkan rakyat !!!

 Bila ringgit naik gila vavi puji diri sendiri..
Bila ringgit jatuh salahkan orang lain...

Mmglah kebanyakan nilai matawang negara2 lain jatuh, TETAPI NILAI MATAWANG RINGGIT JATUH PALING TERUK..

"Ringgit falls as Asia's WORST-performing currency" - Businesstimes (29/1/2015)

ADA PAHAM KA Najib Razak !!!

Nak bg alasan tu biarlah BERFAKTA, bukannya cakap mcm tin kosong serupa machai..

MANA ADA PENYAMUN NAK MENGAKU DIRI PENYAMUN..

Adakah Najib sendiri 'ada telor' berani nak jawab segala persoalan mengenai RM2.6 bilion tersebut...

ATAU menteri2 dlm JPM yg akan menjawabnya ??!!!

Sama2 kita nantikan 3 Disember nanti..

Nurul Izzah: Selesai isu 1MDB, RM2.6b sebelum bahas TPP

Nurul Izzah Siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion perlu dimuktamadkan dahulu sebelum kandungan teks perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dibahaskan di Parlimen.

Demikian kata Ahli Parlimen Lembah Pantai), Nurul Izzah Anwar sambil menegaskan beliau akan meminta Parlimen menyelesaikan dua isu tersebut sebelum perjanjian perdagangan itu dibuka untuk perdebatan.

"Saya akan membawa dua usul ke Parlimen supaya siasatan PAC ke atas 1MDB dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas derma RM2.6 bilion kononnya untuk PRU13 diselesaikan terlebih dahulu sebelum membahaskan TPP.

"Isu-isu ini di penting, kerana ia akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya berharap Speaker akan membenarkan usul ini diteruskan dan dibahas di Parlimen," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas pendedahan semua kandungan perjanjian TPP kepada masyarakat umum oleh Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa (Miti), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR juga berkata, artikel perjanjian TPP yang dikeluarkan kerajaan Amerika Syarikat, New Zealand dan Malaysia menuntut negara ahli supaya patuh kepada Bab 26 mengenai Ketelusan dan Pencegahan Rasuah

"Malaysia juga perlu mematuhi Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC) dan APEC 2007 Prinsip Kelakuan untuk Pegawai Awam khususnya UNCAC Bab III," ujarnya.

Wan Azizah desak Putrajaya benar Anwar dirawat di luar negara

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sebelah sebuah sangkar yang ditutupi kain, ketika pelancaran Jelajah Mock Prison Bebas Anwar di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 November, 2015. 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sebelah sebuah sangkar yang ditutupi kain, ketika pelancaran Jelajah Mock Prison Bebas Anwar di Kuala Lumpur, hari ini. 

Ahli keluarga dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Putrajaya membenarkan bekas ketua pembangkang itu menjalani pembedahan di luar negara, sambil menambah, mereka tidak lagi mempercayai rawatan yang dilakukan di dalam negara. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa, ini kerana Anwar selama ini dinafikan rawatan fisioterapi asas bagi kecederaan bahunya.
"Kami mahu pengesahan, sekurang-kurangnya bagi mendapatkan rawatan fisioterapi asas. Sesi fisio adalah untuk mengurangkan kesakitannya dan menyiapkannya untuk prosedur pembedahan yang lebih baik.

"Ini pembedahan untuk menyelamatkannya, itulah sebabnya fisioterapi sebelum dan selepas pembedahan adalah penting," katanya pada majlis pelancaran "Jelajah Mock Prison #BebasAnwar" di Kuala Lumpur hari ini. "Kami tidak percaya dengan sistem di sini, malah peguam negara pun boleh ditukarkan tanpa pengetahuannya," katanya.

Membenarkan kebodohan

“Siapa agaknya yang membenarkan kebodohan, tidur terlentang dalam kehidupan, menjerit-jerit tentang kematian,‎ pekik lolongnya kosong…”
Begitulah petikan lirik lagu ditulis Abdullah Jones dalam album Meor Yusof Aziddin‎ yang bertajuk “Dari Rakyat Untuk Rakyat”.
Lagu ini amat sesuai dengan keadaan Malaysia dewasa ini.

Semakin hari “kebodohan” berleluasa di depan mata kita dan seolah-olah ianya “dihalalkan” begitu sahaja. Tidak dapat dinafikan “ramai” yang cuba menidakkan “kebodohan” itu akan tetapi ianya tidak begitu kuat kerana “suaranya” tidak digabungkan.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat agar tidak menyalahkan kerajaan semata-mata di atas kemerosotan nilai ringgit.
Ringgit merupakan matawang Asia paling lemah sejak beberapa bulan lalu, paling rendah sejak 17 tahun dan sudah pun mencecah melebihi RM4 berbanding AS$1.
Sudah pasti ianya memberikan kesan besar kepada rakyat Malaysia yang semakin hari “ditekan” dengan pelbagai kenaikan kos kehidupan sedangkan tahap gaji masih sama.
“Apa-apa pun yang berlaku, termasuklah kejatuhan mata wang, faktor-faktor besarnya berada di luar kawalan kita.
“Kita tak boleh salahkan kerajaan kerana lebih daripada 120 negara di dunia ini, nilai mata wang mereka juga jatuh.
“Ada yang lebih ketara kejatuhan nilai mata wang mereka,” kata Najib yang juga menteri kewangan ketika berucap pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-36 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) di Kuala Lumpur, malam tadi.‎
Memang benar kejatuhan matawang berlaku di mana-mana. Baht Thailand jatuh, begitu juga dengan Rupiah Indonesia.
Tetapi kita jangan lupa, nilai ringgit pada hari ini lebih rendah berbanding Baht. Mengapa ini berlaku?
Nilai ringgit tidak akan menjadi lebih lemah berbanding Baht jika kepimpinan Najib diyakini rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Dengan pelbagai skandal seperti syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, tidak akan ada sesiapa yang waras akan yakin kepada kepimpinannya.‎

Presiden Pas tidak lagi punyai matlamat?

Husam dan Mohamad Sabu berpaling arah terhadap kepimpinan parti kerana merasa terdapat konspirasi antara ahli UMNO dengan kerjasama ahli Pas
husam musa
PETALING JAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digambarkan sebagai seorang pemimpin yang tidak lagi mempunyai matlamat.
Perkara itu dinyatakan oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa apabila merasakan beliau tidak lagi tertahan dengan cara kerja yang dilakukan oleh Ab dul Hadi.
Memetik laporan dari sebuah laman portal, Husam menerusi ceramahnya di Pasar Kedai Mulong, Kelantan baru-baru ini meluahkan rasanya itu kepada orang ramai yang datang dalam ceramah berkenaan.
“Kaki sebelah duduk dalam Pakatan Rakyat, yang kaki lagi satu duduk dalam UMNO. Itulah tuan guru kita, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kalau nak bekerjasama pun, beritahulah, biar jelas. Panggil muktamar dan kawasan dan maklumkan kepada semua ahli bahawa Pas kini sudah bekerjsama dengan UMNO,” katanya.
Husam menjelaskan, beliau dan Mohamed Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu yang kini merupakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) menjadi seperti sekarang adalah disebabkan merasa terdapat konspirasi antara ahli UMNO dengan kerjasama ahli Pas.
“Ini adalah perkara benar sebab Presiden Pas pun dah mengaku pernah tawarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya masuk Pas.
“ADUN-ADUN Ini ditawarkan sebab nak buat kerajaan dengan UMNO di Selangor dan bila ADUN-ADUN ini laporkan kepada Presiden PKR yang kemudiannya mengesahkan pengakuan Abdul Hadi,”ujarnya.
Dalam pada itu, Husam menyatakan bahawa niatnya bukanlah untuk menghentam Abdul Hadi sebaliknya, hanya sekadar mahu Presiden Pas itu mengeluarkan kenyataan menafikan laporan yang dibuat oleh ADUN-ADUN PKR yang mendakwa telah dipujuk.

24 jam untuk MCA dedah dana dari ‘derma’ Najib atau…


najib2.6
KUALA LUMPUR 8 NOV: MCA diberi tempoh 24 jam untuk berterus-terang mengenai dana yang diterima dari derma RM2.6 bilion atau berdepan dengan laporan rasuah.
Jika tidak, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya akaun parti itu atau akaun peribadi pemimpinnya disiasat.
“Ke mana perginya dana yang didermakan kepada MCA itu? Berapa jumlah sebenar yang disalur kepada MCA?
Lip Eng“Adakah ia juga dimasukkan ke akaun peribadi pemimpin MCA atau ke akaun rasmi MCA? Jika masuk ke akaun peribadi, akaun siapa yang menerima dana itu?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Lip Eng berkata, ia berikutan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek minggu lalu mengesahkan ‘derma’ RM2.6 bilion disalur untuk membantu kempen parti komponen BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Katanya, bekas presiden MCA itu menyatakan kepada media bahawa Najib memaklumkan pemimpin parti komponen BN yang mereka akan mendapat bantuan kewangan.
“Ini aneh sekali kerana Timbalan Presiden Umno merangkap bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak tahu menahu tentang kemasukan derma itu,” katanya.
“Adakah sikap berdiam diri pemimpin MCA terhadap pendedahan Soi Lek itu merupakan isyarat mengesahkan penerimaan dana daripada sumber derma kepada Perdana Menteri?” katanya.

Hak bernegara, penyatuan dan halangannya

image_gallery
It is for the people to determine the destiny of the territory and not the territory determines the destiny of the people – Hakim Dillard.
CUBAAN untuk tidak bersama Persekutuan Malaysia bukanlah polemik baharu.
Ia sudah sekian lama muncul dan yang pertama seumpamanya sebelum pengisytiharaan Persekutuan pada 1963 yang dibawa Sultan Kelantan dan diputuskan sepuluh hari sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia.
Polemik itu muncul mutakhir ini, bukan dari Kelantan tapi dari Johor dan Sarawak. Pastinya, ia muncul bersebab, sebagaimana Sultan Kelantan pada 1963, begitu juga Gerakan Sarawak for Sarawakian dan suara putera Diraja Johor.
Merujuk kembali kursus Pengenalan Undang-undang Antarabangsa tentang hak bernegara, ia memfokus kepada cubaan dan usaha yang seumpamanya di Scotland dan Timor-Timor (kini Timor Leste). Dua entiti itu punyai azam yang sama, untuk menegakkan hak bernegara mereka tapi dengan proses yang sangat berbeza.
Secara ringkas, kedua-duanya mulai usaha untuk berkerajaan sendiri sejak 1970-an. Bezanya antara Scotland dan Timor-Timor; yang pertama diusahakan dengan proses demokratik manakala yang kedua melalui proses pertumpahan darah setelah proses demokratik dinafi.
flagBagi Scotland, juga Britain, suara rakyat merupakan nadi demokrasi, maka ia tidak dinafi meskipun terdapat usaha politik untuk mengelaknya. Lantas, referendum digubal bagi membenarkan rakyat menyuarakan hak mereka; sama ada mahu terus bersama atau berpisah. Usaha pertama gagal tanpa sebarang pertumpahan darah.
Usaha tak pernah berhenti dan ia digagaskan sekali lagi pada 2000; diberi pilihan sama ada diberi kuasa autonomi atau bebas merdeka, sekali lagi gagal untuk bebas sebaliknya rakyat Scotland memilih untuk mendapatkan hak autonomi dalam bidang kuasa tertentu.
Tahun lalu, nasionalis Scotland sekali lagi memgembleng usaha untuk merdeka juga melalui referendum rakyat; untung nasib mereka kekal; rakyat mengundi untuk kekal bersama.

Tolak Najib demi kepentingan nasional dari utamakan politik kepartian


Najib gagal
KUALA LUMPUR 8 NOV: Pakatan Harapan termasuk DAP mendahulukan kepentingan nasional melebihi keutamaan kepartian apabila berusaha menolak pentadbiran kerajaan sedia ada bagi mengelakkan negara terjerumus dalam krisis politik dan ekonomi yang berpanjangan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak harus dibiar memerintah sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bagi mengelakkan risiko ekonomi dan pembangunan negara.
Pakatan-HarapanJika DAP dan Pakatan Harapan hanya berminat dengan kekuasaan politik, katanya, mereka akan membiarkan Najib terus mentadbir sehingga PRU 14 kerana Perdana Menteri itu lebih mudah dikalahkan berikutan pelbagai skandal.
“Jika kita mementing kekuasaan, Pakatan Harapan tidak akan mengacau pentadbiran Najib kerana tidak mungkin ada Perdana Menteri yang lebih lemah daripada Najib untuk mengetuai PRU 14.
“Kita tidak mahu Malaysia menjadi negara gagal sedangkan kira-kira setengah abad lalu, kita dianggap antara negara yang berpotensi untuk menjadi antara terbaik dan paling berjaya di dunia.
“Kerana itu, kita sanggup bekerjasama walaupun dengan ahli biasa mahupun Ahli Parlimen UMNO BN demi menyelamatkan negara ini daripada dasar politik dan ekonomi yang buruk amalan pentadbiran Najib,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau merujuk usaha menolak pembentangan Bajet 2016 dan usul undi tidak percaya kepada Najib yang dilakukan pimpinan Pakatan Harapan sekalipun tidak begitu yakin pemimpin UMNO BN berani melakukannya.
Ketika DAP dan Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan tiga juta ahli UMNO dan 30 juta rakyat untuk menyelamatkan Malaysia, katanya, cabaran utama ialah sama ada pihak lain sedia melakukannya bersama-sama.
“Cabarannya, sama ada landasan politik baru boleh muncul di Malaysia dengan meletakkan kepentingan negara mengatasi pihak atau peribadi kepentingan!” katanya.

Takut hilang kuasa, Kadir Jasin ramal Najib tangguh PRU14

Datuk Seri Najib Razak tidak akan berundur dan tiada apa yang boleh dilakukan bagi menjatuhkan beliau sehingga PRU akan datang, menurut bekas pengarang kumpulan New Straits Times. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015. 
Datuk Seri Najib Razak tidak akan berundur dan tiada apa yang boleh dilakukan bagi menjatuhkan beliau sehingga PRU akan datang, menurut bekas pengarang kumpulan New Straits Times. 

Orang ramai perlu bersedia menghadapi kemungkinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba melambatkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana beliau dan penyokongnya takut kehilangan kuasa, kata wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin. Menulis dalam blognya, Kadir berkata Najib tidak akan berundur dan tiada apa yang boleh dilakukan bagi menjatuhkan beliau sehingga PRU akan datang.
PRU14 dijadualkan pada 2018.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu memberi amaran, rakyat Malaysia "jangan sekali-kali melakukan hal yang boleh dijadikan alasan Najib dan konco-konconya untuk tidak mengadakan PRU." Najib kini menerima tekanan berhubung dakwaan skandal kewangan melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan deposit RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, 2 isu yang turut menimbulkan hura hara dalam partinya, Umno.
"Sekiranya PRU diadakan, kita perlu melihat ke hadapan melepasi Najib dan hegemoni Umno/Barisan Nasional (BN)," tulis Kadir.
Katanya, rakyat perlu melihat ke satu era baharu di mana Umno dan BN bukan lagi tempat bergantung, kerana tidak lagi terangkum (incusive) dan peduli kepentingan rakyat di bawah kepemimpinan sekarang.
Mereka bertindak seolah-olah mereka “lord and master of the universe”, katanya.

Kadir (gambar, kiri), yang sering mengkritik pentadbiran Najib, berkata rakyat perlu memikirkan politik yang "lebih Malaysia, buta warna, berpaksikan kemanusiaan, ketamadunan dan keluhuran perlembagaan". Beliau juga menggesa rakyat bekerjasama dan mencadangkan gerakan non-partisan (yang tidak berpihak) ditubuhkan dengan menggabungkan penggiat dan pesara daripada segala aliran - politik, agama, profesional, cendekiawan, usahawan, pesara tentera dan polis, pemimpin pelajar, badan-badan bukan kerajaan dan sesiapa saja yang komited menyelamatkan Malaysia.
Kadir berkata, dunia kini "semakin tidak percaya" kepada Malaysia dan rakyat perlu menunjukkan mereka peduli dan "akan melakukan apa saja" demi menyelamatkan negara.
Kebijaksanaan semasa atau "conventional wisdom" pula, katanya, tidak lagi berkesan dalam membetulkan kerajaan kerana "Najib tidak berjuang di atas landasan yang sama".
"'Conventional wisdom' nampaknya tidak ada tempat dalam strategi dan tindak-tanduk beliau. Sebaliknya beliau bertindak di luar konvensyen dan kebijaksanaan semata-mata untuk menyelamatkan diri.
"Kita terpaksa akur kepada apa yang sedang berlaku, iaitu sesuatu yang belum pernah kita lalui sejak merdeka pada tahun 1957.
"Kita bermain bola di atas padang yang tidak rata, pengadilnya berat sebelah dan kedudukan gol diubah-ubah," katanya.

Utusan selar Pandikar ugut letak jawatan speaker

Utusan Malaysia hari ini membidas kenyataan letak jawatan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu debat antara ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negera (PAC) Tony Pua dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.
Awang Selamat menerusi ruangan pojok akhbar itu berkata tidak wajar Pandikar mengeluarkan kenyataan mahu meletak jawatan, apatah lagi ia merupakan kedudukan mulia di dalam Dewan.
"Mengapa Pandikar harus mengeluarkan kata-kata mahu meletakkan jawatan jika perdebatan itu diteruskan. Tanpa menyebut ungkapan itu sebenarnya sudah cukup menggambarkan ketegasan beliau.

"Sebagai Speaker, tidak sesuai untuk mudah memberikan kata dua, apatah lagi jawatan tersebut mulia dalam konteks Dewan Rakyat yang beliau sendiri anggap sebagai jantung demokrasi," katanya dalam edisi mingguan akhbar itu hari ini. Awang berkata, ini bukan kali pertama Pandikar membuat kenyataan tersebut kerana beliau pernah melakukan perkara sama sebelum ini atas alasan kecewa kerana tiada pembaharuan Parlimen.
Khamis lalu, Pandikar mengancam meletak jawatan sekiranya Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, berdegil meneruskan debat secara langsung di televisyen mengenai 1MDB bersama Arul.
Meskipun tidak menghalang perdebatan tersebut, Pandikar berkata, ia sewajarnya diadakan hanya selepas selesai siasatan PAC mengenai skandal syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu.
Sementara itu, Awang dalam tulisannya di akhbar milik Umno itu turut memuji Arul yang dilihat sebagai contoh pemimpin sebenar kerana berani menyahut cabaran dan tidak menyembunyikan diri.
Katanya, Arul melakukan tugasnya dengan baik sejak mentadbir 1MDB dengan memberi penerangan secukupnya, malah lebih bagus daripada ketua pegawai eksekutif (CEO) terdahulu.
"Awang angkat topi kepada Arul, beliau bukan sahaja proaktif dan berani dalam menjawab persoalan, malah tohmahan berkaitan isu 1MDB, hujah-hujahnya juga bernas dan menyakinkan.
"Walaupun bukan ahli politik, 'rating' Arul meningkat, sementara Pua merundum. Pemimpin dan ketua sebenar diuji ketika melalui detik sukar dan mencabar," katanya.

Anwar: Deepavali sebagai ingatan terus lawan kejahatan



Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih beliau kerana tidak dapat menyambut perayaan Deepavali tahun ini kerana terpaksa merengkok dalam penjara.
Anwar yang juga ketua umum PKR berkata meskipun jasadnya dipenjara namun fikiran beliau sentiasa bersama-sama mereka yang menyambut perayaan pesta cahaya itu.
“Tahun ini saya tidak dapat bersama-sama menyambut pesta cahaya (Deepavali). Tetapi yakinlah, fikiran saya, harapan untuk semua yang terbaik sentiasa bersama anda semua,” katanya dalam satu perutusan melaluu pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Anwar berkata perayaan Deepavali itu diraikan oleh penganut Hindu dengan kegembiraan dan penuh ketaatan di Malaysia dan juga di seluruh dunia.
Katanya, Deepavali adalah sebuah perayaan bagi meraikan perjuangan di antara perkara yang betul dan salah serta yang baik dan jahat.
“Perjuangan antara betul dan salah, dan yang baik dan jahat. Tidak kira apa halangan dan cabaran yang dihadapi oleh kita, yang baik akan sentiasa muncul berjaya pada akhirnya. Ingat ini, dan janganlah kiranya kecewa dengan halangan atau kegagalan sementara.
“Marilah kita mengukuhkan dan meneruskan perjuangan menentang kezaliman dengan semangat baru dan usaha,” katanya.

Najib’s son, Zahid’s daughter defend vaping

Nazifuddin praises young entrepreneurs' creativity, Nurulhidayah slams raids
vape nazim
KUALA LUMPUR: Two VIP children have defended the vape business against government raids on retailers and confiscations of vaping liquid compounds.
The prime minister’s son, Mohd Nazifuddin Najib, in a Facebook posting said that he was opposed to any plans by the government to ban vaping.
The deputy prime minister’s daughter, Nurulhidayah Ahmad Zahid, condemned confiscations and “threatening statements as if vaping is a crime”.
Two weeks ago, the Cabinet decided against a ban on vaping but on Thursday the health ministry began a crackdown on vaping because the liquid compounds contain nicotine, which is listed as a Category C poison under the Poisons Act to be sold only by registered medical practioners.
Nazifuddin said yesterday that he hoped the vaping business would continue to expand. “I do not agree if the use of vape is banned,” he said. “Many of the best vape products come from young local entrepreneurs who are creative and innovative, so I will give them encouragement.”
Nurulhidayah, in a Facebook posting, said the government should conduct research into the negative and positive aspects of vaping.
“There is no need for widespread confiscation and making threatening statements as if vape is a crime,” she said. Government action was hurting businesses, she said, adding that unlike tobacco cigarettes which contain up to 4,000 poisonous contents, vaping compounds were significantly less harmful.
Vaping is an alternative form of smoking in which liquid compounds are electronically heated and vaporised in e-cigarettes to simulate tobacco smoking.