Sabtu, 7 November 2015

Rakyat seperti hamba abdi pemimpin sahaja

Sekarang adalah zaman kita membayar cukai dari satu cukai ke satu cukai yang lain. Apabila kita membuat ‘complain’ terhadap cukai yang amat membebankan itu kita akan disuruh oleh pemimpin kita untuk mengendalikan kehidupan kita dengan baik dan praktikal.
Jika kita tidak larat membeli ikan jangan makan ikan. Itu kata seorang bekas Menteri kita. Seorang lagi Menteri yang masih muda tetapi agak ‘bongok’ telah meminta kita jangan marah dengan kenaikan tol. Jika tidak mampu membayar tol bangun pagi-pagi dan mulakan perjalanan ke pejabat awal pagi. Sikap pemimpin dari Sabah ini tidak lebih dan tidak kurang sikap orang yang suka melukah ditempat yang genting.
Dua hari yang lepas harga rokok melambung sebanyak 40 peratus. Ada pemimpin yang meminta kita menggunakan wang untuk rokok itu membeli makanan dan jangan menghisap rokok lagi. Kenyataan-kenyataan seperti ini amat menjemukan dan menjelekan kita mendengarnya.
Masalahnya cukai dinaikkan kerana kerajaan tidak pandai mencari sumber yang lain untuk negara. Sejak pentadbiran yang ada sekarang ini, kita dicukai kerana pemimpin kita hanya tahu dan nampak satu sumber sahaja untuk menambah pendapatan negara. Subsidi bahan api dan yang lain ditarik balik dan dalam masa yang sama kita dicukai tidak berpatutan. Jika pemimpin-pemimpin kita tidak tahu untuk mencari sumber kewangan yang lain, rakyat dijadikan seperti kerbau yang membajak di sawah sahaja. Rakyat yang membanting tulang dicukai dengan tinggi dan rakyat disuruh berjimat cermat dan kendalikan hidup dengan cara yang lain.
Jadi apa bezanya rakyat dengan kerbau yang membajak disawah tadi? Kerbau diarak ke sawah untuk bekerja ditengah panas terik dan akhirnya kerbau dibawa pulang dan diberikan makanan rumput kering yang mati. Kebanyakkan hasil sawah padi dicukai oleh kerajaan dan rakyat seolah-olah dijadikan hamba abdi.
Apabila ‘hamba abdi’ itu marah pemimpin-pemimpin yang mengutip itu mereka akan mengajar cara untuk hidup yang betul. Sebelum rakyat dicukai, rakyat sudah makan seperti kerbau makan rumput mati tadi, sekarang kita dicukai lagi. Hatta rakyat kini terpaksa berjimat dan mencari jalan untuk menambah pendapatan untuk mencukupi keperluan hidup dan selain dari itu untuk mencari sedikit wang lebihan untuk persediaan untuk dicukai yang bakal datang pada bila-bila masa sahaja dibawah pentadbiran Najib ini.

Anwar minta kerajaan jangan ganggu Tun M

Tun M tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanya soalan dan mengkritik Najb
anwar-mah
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya sebarang gangguan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan mereka yang lain dihentikan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau khuatir dengan siasatan yang dijalankan polis ke atas bekas Perdana Menteri itu, ekoran kelantangannya bersuara.
Jelasnya, Dr Mahathir tidak melakukan jenayah apabila bertanya soalan dan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Jika begini caranya Tun Dr Mahathir dilayan, hak demokratik rakyat Malaysia untuk menyoal dan mengkritik kerajaan berada dalam bahaya,” petik kenyataan beliau yang dikeluarkan melalui peguamnya.
Menurut Anwar, kerajaan sepatutnya menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Mahathir dan bukannya menyiasat beliau.
Pada Jumaat, bekas Perdana Menteri telah diambil keterangan oleh pegawai penyiasat daripada Bukit Aman.
Ketika ditanya mengenainya, beliau enggan mengulas lanjut.

Ali Tinju sedia berdepan dengan Subramaniam jika vape diharamkan

Mohd Ali yang tidak bersetuju dengan pengharaman penggunaan vape sedia untuk berdepan dengan Subramaniam bagi memohon agar ia tidak diharamkan
ali-tinju_subra_vape_600
PETALING JAYA: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan panggilan Ali Tinju menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam sekiranya kerajaan mengharamkan penggunaan vape.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu itu berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan Subramaniam yang mahu supaya penggunaan vape diharamkan.
Katanya, kerajaan perlu mengkaji balik cadangan itu agar ia tidak menimbulkan kemarahan daripada mana-mana pihak.
“Saya tidak setuju denganYB (Subramaniam) haramkan Vape. Mohon jasa baik supaya kaji balik
“Saya sedia berdepan dengan Menteri Kesihatan (Subramaniam) jika masih tidak halalkan vape,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Subramaniam berkata, kerajaan akan menimbang untuk mengharamkan penggunaan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.
Subramaniam memberitahu, kementeriannya mempunyai kuasa untuk menyekat penjualan cecair vape di bawah Akta Racun 1952.
Nikotin merupakan racun kumpulan C iaitu bahan yang memerlukan lesen jika mahu dikeluarkan atau dijual.

Dakwaan tanpa bukti, bertaubatlah Husam... - Pemuda Pas


Ir Khairil Nizam Khirudin

SHAH ALAM - "‎Banyak dakwaan yang dinyatakan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa  tidak dapat dibuktikan," itu respons Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berhubung dakwaan terbaharu bekas Exco Kelantan itu.

Terkini adalah dakwaan Husam terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‎berkaitan rancangan Abdul Hadi untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Khairil memberi contoh dakwaan Husam berkaitan Pemuda Pas yang kononnya menerima RM300,000 daripada tiga Exco Kelantan ketika menganjurkan Himpunan Fastaqim di Kelantan baru-baru ini. yang ternyata hanya dakwaan semata-mata.

"Husam selalu memetik sumber sekunder ketika membuat dakwaan, kalau diperhatikan tulisan Husam akan menulis (katanya) iaitu merujuk kepada orang kedua bukan dirinya sendiri.

"Dan semakan kami secara terperinci terhadap dakwaan Husam hanyalah dakwaan semata-mata, kerana tiada RM300,000 di dalam akaun yang dimaksudkan, itu saya sendiri yang semak," katanya kepada Sinar Online.

Oleh itu, Khairil mencabar Husam untuk melampirkan segala bukti dakwaan Husam terhadap Pas.

"Dia (Husam) ada bukti, bawa bukti, kami (Pemuda Pas) sanggup buat laporan kepada Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya Husam tampil dengan bukti di setiap dakwaanya.

"Sekiranya tidak, kami mengandaikan dakwaan Husam hanyalah dakwaan beliau semata-mata," katanya.

Ketua polis kecam akhbar Cina dakwa polis berat sebelah

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, kerana dikatakan mendakwa polis berat sebelah dalam tindakan mereka membanteras jenayah.
Khalid menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar itu, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu.
"Tiada pilih kasih dlm tindakan @PDRMsia terhadap jenayah ragut. Akhbar ini jgn lah cuba mengapi api kan pembaca!," tulis ketua polis itu dalam kapsyennya yang disertai “screenshot” artikel berkenaan.

Sin Chew meletakkan berita itu di akaun Facebooknya dengan kapsyen yang berbunyi: "Satu lagi kes ragut, tetapi kes ini diselesaikan dengan pantas." Portal Malaysiakini kemudiannya melaporkan akhbar itu meminta maaf kepada pihak polis berhubung posting itu, tetapi menyatakan bukan hasratnya menyatakan pihak berkuasa itu berat sebelah dalam kes tersebut.
"Status itu tidak bertujuan mempersoalkan sama ada polis berat sebelah dalam siasatannya. Ia bagi menunjukkan sikap positif polis dalam mengendalikan kes itu dan menyerlahkan kecekapan mereka.
"Ini terbukti apabila polis menyelesaikan banyak kes penting dalam tempoh yang singkat baru-baru ini," katanya.

Kertas siasatan Tun M hampir siap - polis

Police, MCMC come to Star's office

PAS Selangor: Umno tak lagi diterima, mengapa perlu bersatu?

DAP: Rizab Melayu susut di negeri BN, Umno harus malu

Ramai Ahli Parlimen tidak faham Perlembagaan Malaysia – Saifuddin

Mereka yang tahu tentang Perlembagaan Malaysia pula cuba menjadikan ia sebagai bahan untuk dimanipulasi
Saifuddin
PETALING JAYA: Ramai Ahli Parlimen kurang faham tentang Perlembagaan Malaysia termasuk dalam kalangan prokerajaan mahupun pembangkang.
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebagai contoh, ramai yang tidak tahu tentang Pasal 153 yang mengandungi tiga bahagian.
“Mereka hanya tahu Islam adalah agama rasmi.
“Bagaimanapun terdapat golongan yang faham tentang Perlembagaan dan mereka ini memanipulasi keadaan. Kita berada dalam situasi ini,” katanya pada forum anjuran Majlis Peguam Malaysia bertajuk ‘Merakyatkan Perlembagaan:Mengapa Saya Perlu Tahu Perlembagaan Malaysia?’.
Menurut bekas timbalan menteri pelajaran itu, pembentukan Perlembagaan bukan untuk mengehadkan sesuatu, sebaliknya perlu dilihat sebagai asas pembentukan negara.
Katanya, sejajar dengan perkembangan masa, Perlembagaan boleh dipinda bagi menjadikannya lebih baik.
“Setiap orang ada pandangan berbeza tentang Perlembagaan yang lebih baik. Ada yang berpandangan, lebih Islamik Perlembagaan, maka lebih baiklah ia,” ujarnya.

BERANI KERANA KASIH: SAYA BERUBAH ATAU PAS BERUBAH - HUSAM


I . ANDAI SAYA JADI PEGAWAI AKHBAR MB
Kenyataan Media
Kerajaan Kelantan yakin akan dapat menyelesaikan semua tunggakan dan isu-isu seperti berikut sebelum akhir tahun ini:
1. RM 14.6 juta tunggakan caruman guru YIK
2. RM 6.3 juta tunggakan bayaran kematian peserta skim Kifalah
3. Bayaran dividen peserta Ladang Rakyat bagi tahun 2015
Kerajaan juga sedang merangka pelan dan menyediakan dana yang mencukupi bagi menyiapkan semua baki rumah yang dihanyutkan oleh banjir pada akhir tahun lalu yang masih belum siap.
Menjelang bayaran pertama kenaikan elaun Adun pada Januari 2016, InsyaAllah semua isu-isu lebih mendesak yang disenaraikan di atas telah dapat diselesaikan, kecuali pembinaan semula rumah untuk mangsa banjir memerlukan tempoh lebih lama kerana pembinaan sedikit terhalang semasa musim tengkujuh.
Pada masa yang sama, keperluan semasa yang menasabah bagi setiap wakil rakyat juga perlu diambil kira bagi membolehkan mereka dapat berkhidmat dengan jayanya.
Apa yang dibangkitlan oleh YB Adun Salor sememangnya telah pun dalam pertimbangan Kerajaan.
Oleh itu, isu kenaikan elaun Adun yang boleh menjejaskan tanggung jawab kerajaan yang lain yang lebih mendesak tidak berbangkit sama sekali dan tidak perlu diperdebatkan lagi.
Di Bawah pentadbiran YAB Ustaz Datok Ahmad bin Ya'kub sebagai Menteri Besar, Kerajaan Kelantan tetap sensitif terhadap semua permasalahan rakyat sesuai dengan dasar Membangun Bersama Islam.
Sekian. Terima kasih.
Pegawai Media
Menteri Besar Kelantan
4 November 2015
---------------
Di atas adalah contoh kenyataan media yang saya akan tuliskan berkait isu kenaikan elaun Adun Kelantan, jika saya adalah Pegawai Akhbar MB.
II. SAYA BERUBAH ATAU PAS BERUBAH?
Saya melihat - Pas yang berubah.
Kalau berkait dengan parti - saya tetap berpendirian - dalam politik Malaysia Pas perlu berusaha menjadi 'kepala' dan bukan 'ekor' membawa Islam sebagai teraju pentadbiran, polisi, pendekatan dan dasar negara.
Di Terengganu, negeri Presiden PAS, satu masa dulu berslogankan PGU - Pas Ganti Umno. (Di Kelantan, Tok Guru tak pernah bawa slogan ini tetapi PAS Alhamdulillah kekal mentadbir Kelantan hingga saat ini)
Hari ini, Presiden PAS dijemput oleh MB Terengganu untuk menjadi 'Penasihat' ekoran kenyataan beliau : 'Kerjasama politik kita tak masuk kerajaan...' (Sinar Harian, 1 November 2015). 'Parti sedia bantu BN beri nasihat licinkan pentadbiran: Hadi' ( Sinar Harian, tarikh sama)
'Kita mahu jadi pembangkang yang menasihat sekiranya kerajaan sanggup menukar dasar dengan konsep Islam kita bukan pelahap untuk rebut jawatan', katanya. (sumber sama)
'Hadi: Ada orang cemburu hubungan PAS-UMNO' - Sinar Harian, 6 Jun 2015.
Sebagai ahli Pas berjawatan YDP Kawasan, saya sememangnya keliru dengan semua kenyataan Presiden saya kebelakangan ini.
Saya tidak berhajat untuk memetik semua laporan berita kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden saya.
Cukup saya balikkan pertanyaan Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat: Saya berubah atau Pas berubah?
Semua kenyataan ini menggambarkan seakan Presiden bebas sebebasnya membuat apa jua kenyataan yang bersifat dasar dan pendirian Pas tanpa melalui proses mesyuarat yang sewajarnya atau mengambil kira pandangan dan perasaan ahli peringkat akar umbi.
Saya dalilkan berdasarkan respon Pas Selangor menerusi kenyataan Pesuruhjayanya yang menolak hubungan dengan Perkasa, hampir sebaik sahaja foto Presiden Perkasa memeluk Presiden Pas menjadi viral.
Jika tindakan Presiden menjalin hubungan dengan Perkasa telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat, tentulah PJ Selangor tidak akan mengeluarkan komen menentang arus itu.
Ini semua menunjukkan kelainan Pas kini berbanding dulu. Saya berubah atau Pas berubah?
Pas dulu menentang perjuangan berbentuk assabiyyah atau perkauman melampau. Kini?
UG adalah contoh lain.
Sekian lama, satu-satunya pemimpin Pas yang mendendangkan lagu UG adalah Presiden PAS sendiri.
Pertama, adakah gagasan ini pernah diluluskan dalam mana-mana muktamar PAS?
Jika tidak, kenapa?
Menjelang muktamar 2011, Presiden telah menarik balik gagasan ini secara terbuka.
Menjelang muktamar baru lalu pula, dalam ucapannya di Singapura, Presiden mengulangi cadangan pembentukan Kerajaan UG.
Adakah beliau memasukkan gagasan yang beliau kemukakan semula itu dalam ucapan dasar bagi Muktamar baru lalu?
Kenapa gagasan yang begitu besar itu tidak dibawa kepada mesyuarat parti/Muktamar?
Saya berubah atau Pas berubah?
Kedua, selepas bertahun-tahun gagasan itu dijual, adakah ia berjaya dan menjadi kenyataan?
Parti mana yang telah menyambutnya?

Husam cadang Tuan Ibrahim ambil alih kepimpinan, hentikan kekeliruan PAS

Adun Salor Datuk Husam Musa mengatakan haru biru dalam PAS boleh dihentikan sekiranya kepimpinannya ditukar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 November, 2015. 
Adun Salor Datuk Husam Musa mengatakan haru biru dalam PAS boleh dihentikan sekiranya kepimpinannya ditukar.

 Masanya kini tiba untuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletak jawatan sebagai Presiden PAS dan memberi laluan kepada pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada parti Islam itu, kata seorang bekas naib presiden parti.
Katanya, Hadi perlu diganti jika ahli berhasrat melihat pengakhiran kepada "kekeliruan " dan "haru biru" yang menyelubungi parti itu ketika ini, dengan pucuk kepimpinannya disifatkan sebagai "buang tabiat".
Ini susulan beberapa kenyataan bercanggah dibuat kepimpinan parti mengenai pendirian pihaknya dalam pelbagai isu - daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga kerjasama dengan Umno dan kumpulan sayap kanan Melayu, Perkasa - yang membuatkan akar umbi parti keliru.

Bagi menyelesaikan keadaan itu pada kadar segara, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mencadangkan timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih pucuk kepimpinan PAS. "Saya menerima pandangan Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz supaya pemimpin-pemimpin PAS tertentu berundur dan berehat dan memberikan laluan kepada pemimpin lain.
"Saya sebagai ahli PAS beranggapan, pandangan itu munasabah," kata ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu ketika ditemui The Malaysian Insider di rumahnya baru-baru ini.
Hassan, seorang penceramah agama terkenal, sebelum ini mencadangkan agar sesetengah pucuk pimpinan PAS berundur.
Hassan sebelum ini berkata kepada Sinar Harian, PAS semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan.
Menurutnya, bagi memastikan ia kekal relevan, PAS memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).
“Dalam politik, kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk masuk sekali dalam parti.
"Ulama akan fikir dengan cara dia tetapi dari sudut hendak bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari bahagian akademik untuk bantu," kata Hassan.
Beliau juga menyarankan kepimpinan PAS sedia ada berehat dan memberi ruang serta peluang kepada golongan bawahan, terutamanya golongan muda dan profesional, dalam parti.

Geramm kecam serbuan polis, SKMM

Gerakan Media Marah (Geramm) mengecam keras tindakan polis dan Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat portal berita Malaysiakini dan The Star Online.
 "Kami memandang tindakan ini sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan media dan mencengkam kebebasan bersuara.
"Geramm membantah keras tindakan ini dan meminta pihak berkuasa menghormati hak media untuk melaporkan berita tanpa diancam dan tanpa berpihak serta membiarkan media bebas menjalankan tugas untuk memberikan maklumat kepada rakyat jelata," kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan itu merujuk kepada dua serbuan dua agensi penguatkuasa itu di pejabat Malaysiakini pada semalam, dan The Star hari ini.
Siasatan itu dibuat selepas Pejabat Peguam Negara membuat laporan kepada polis berhubung dua berita berasingan disiarkan portal terbabit.
Ia tertumpu kepada isu perpindahan seorang timbalan pendakwa raya yang ditempatkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pernah terbabit dalam siasatan anak syarikat 1MDB, SRC International.
Sehubungan itu, Geramm berpendapat tindakan agensi penguatkuasaan terhadap media berhubung kes yang memang menjadi perhatian rakyat, seakan memalit imej diktator dan kuku besi terhadap pihak berkuasa.

Jangan selektif ambil keterangan Dr Mahathir sahaja, kata Shafie

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tidak boleh hanya Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang disoal siasat polis sementara pemimpin yang lain melanggar undang-undang tidak disentuh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tidak boleh hanya Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang disoal siasat polis sementara pemimpin yang lain melanggar undang-undang tidak disentuh.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mempersoalkan mengapa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disoal siasat kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak dan firma pelaburan milik negara, tetapi tidak pemimpin lain yang melanggar undang-undang.
Bekas menteri itu, yang digugurkan daripada Kabinet selepas secara terbuka menyoal Najib berhubung dakwaan skandal kewangan, berkata Dr Mahathir adalah seorang negarawan yang perlu dihormati dan banyak berjasa.
"Saya berharap kalau kenyataan diambil terhadap tokoh seperti Tun, jangan pula ada tokoh lain yang melanggar undang-undang tetapi kenyataan langsung tidak diambil," kata Shafie ketika ditemui pada program Hari Diabetes Peringkat Daerah Semporna hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak boleh bersifat selektif dalam melakukan penyiasatan dan menjalankan undang-undang. "Perlu ada konsistensi dalam melaksanakan undang-undang yang ada. Tidak bolehlah selektif dalam kita melaksanakan tanggungjawab ini," katanya.

Hambat Mohd Najib Seberangi Rubicon

A Kadir Jasin 
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
SEPERTI Julius Caesar, Emperor Rom, yang membawa bala tenteranya menyeberangi Sungai Rubicon pada tahun 49 SM, kita di Malaysia pun sudah melakukan hal yang sama.
Tetapi janganlah kita berasa terlalu sombong, mendabik dada berkata: “Aku sudah menyeberangi Rubicon.”
Kita terpaksa menyeberangi Rubicon kerana Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak telah terlebih dulu menyeberanginya.
Julius Caesar Menyeberangi Rubicon
Beliaulah menyeberangi Rubicon apabila beliau merujuk kepada kebijaksanaan Bugis yang berbunyi, sekali layar terkembang pantang biduk surut ke pantai.
Dalam bahasa Bugis, "kualleangi tallanga natowalia" atau dalam bahasa Melayu Indonesia, lebih kupilih tenggelam (di lautan) daripada harus kembali lagi (ke pantai)". (Daripada blog http://ila-galigo.blogspot.my).
Oleh sebab sebahagian daripada kita kini menjejaki dan menghambat beliau maka kita juga terpaksa ikut menyeberangi Rubicon.
Kita juga terpaksa mengikrarkan apa yang Julius Caesar ikrarkan apabila tenteranya menyeberangi Rubicon. Kata Caesar: “alea iacta est.” Acuan tekan sudah dituang maka terpaksalah kita menerima bentuknya.
Kita sudah berusaha sedaya upaya mengubah keadaan demi menyelamatkan negara kita berlandaskan kebijaksanaan semasa (conventional wisdom). Tetapi kita gagal kerana Mohd Najib tidak berjuang di atas landasan yang sama.
Conventional wisdom nampaknya tidak ada tempat dalam strategi dan tindak-tanduk beliau. Sebaliknya beliau bertindak di luar konvensyen dan kebijaksanaan semata-mata untuk menyelamatkan diri.
Kita terpaksa akur kepada apa yang sedang berlaku, iaitu sesuatu yang belum pernah kita lalui sejak merdeka pada tahun 1957. Kita bermain bola di atas padang yang tidak rata, pengadilnya berat sebelah dan kedudukan gol diubah-ubah.

Berfikir Secara Tidak Konvensional

Dalam situasi itu, kita perlu memikirkan kemungkinan-kemungkinan berikut:

Amanah generasi kedua politik Islam di Malaysia, kata pengarah strategi

Pengarah strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu membawa pendekatan baru kepada politik Islam di Malaysia berbanding PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 November, 2015. 
Pengarah strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu membawa pendekatan baru kepada politik Islam di Malaysia berbanding PAS. 

Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa ia pejuang politik dan gerakan Islam generasi kedua dengan pendekatan baru yang berbeza dan lebih segar berbanding generasi pertama politik Islam di bawah PAS sebelum ini. Pengarah strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, generasi kedua gerakan Islam adalah gambaran paling tepat yang boleh diberikan bagi mencerminkan imej Islam yang dibawa Amanah, membezakannya dengan PAS.
"Generasi kami mengambil pendekatan maqasid syariah, sedangkan generasi sebelum kami mengambil pendekatan melaksanakan syariah secara langsung, seperti berjuang melaksanakan hudud secara langsung," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menamakan An Nahdah di Tunisia, AKP di Turki dan PKS di Indonesia sebagai antara generasi kedua gerakan dan parti Islam yang ada di dunia ini sebagaimana kedudukan Amanah di Malaysia. "Generasi kedua gerakan Islam pasca penjajahan ini lebih memberikan tumpuan kepada keadilan Islam dan 'good governance' kepada sebuah kerajaan yang ditadbirnya."
Amanah turut meletakkan diri mereka sebagai sebuah parti berimejkan Islam sepertimana PAS. Namun, ramai yang bertanya, apakah beza antara PAS dan Amanah.

Kertas siasatan atas Dr Mahathir hampir siap, kata polis

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiapkan dalam seminggu dua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiapkan dalam seminggu dua. 

Kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melibatkan dakwaan fitnah akan dihantar kepada pendakwa raya dalam tempoh dua minggu akan datang, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, menurut Astro Awani. Noor Rashid dilaporkan memberitahu media hari ini, kertas siasatan itu akan disiapkan "secepat mungkin, mungkin dalam satu atau dua minggu".
"Kita ada buka kertas siasatan terhadap Dr Mahathir berhubung beberapa insiden, termasuk perhimpunan Bersih 4.

"Dan, tujuan merakamkan keterangan Dr Mahathir pada semalam adalah sebagai usaha melengkapkan dan mengkaji siasatan, sebelum kita merujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya. "Kertas sisatan ini akan disiap secepat mungkin. Mungkin dalam seminggu atau dalam dua minggu," beliau dipetik berkata menurut portal badan penyiar itu.

Amirudin Hizadin, pemuda di sebalik lagu ‘Mana Hilang 2.6 Bintang’

Amirudin Hizadin dengan lagunya 'Mana Hilang 2.6 Bintang' semakin viral di YouTube terutamanya dengan rakyat yang bergelut dengan kos sara hidup. – Gambar YouTube, 7 November, 2015. 
Amirudin Hizadin dengan lagunya 'Mana Hilang 2.6 Bintang' semakin viral di YouTube terutamanya dengan rakyat yang bergelut dengan kos sara hidup.

 Amirudin Hizadin, nama di sebalik lagu di YouTube yang kini viral di Internet "Mana Hilang 2.6 Bintang", mungkin contoh unggul artis zaman milenia yang kelaparan.
Berkemeja ungu kotak-kotak, dengan seluar jeans ketat yang pudar, serta kasut 'sneakers' dan topi hitam bertenggek di atas kepalanya, Amirudin dengan sopan menolak memesan apa-apa ketika ditemui di sebuah kafe mewah di pusat membeli-belah berhampiran rumahnya di Cyberjaya.
Dengan botol air mineral diletakkan di antara kedua lututnya, Amirudin teragak-agak mengaku, "Saya pernah dihalau keluar dari sini sebelum ini, sebab gunakan wifi percuma tanpa memesan apa-apa makanan."

Ketika orang lain mungkin tidak akan berfikir panjang untuk membayar RM13 untuk secawan kopi, bagi Amirudin, 23, setiap ringgitnya dikira. Dan itulah asal-usul lagu yang digubah anak muda dari Kedah ini, yang menerima lebih 100,000 tontonan sejak beliau memuat naiknya ke YouTube Isnin lepas.
Lagu itu, katanya, lahir dari kekecewaan beliau kerana terpaksa membelanjakan kira-kira RM50 untuk mengambil pengangkutan awam ke Kuala Lumpur, dan kemudiannya lewat tiba untuk satu mesyuarat dengan seorang bakal rakan niaga.
"Untuk pergi ke KL, dari Cyberjaya, bermakna saya kena ambil bas, kemudian kereta api, dan kemudian transit ke satu lagi kereta api. Saya lambat sangat hingga akhirnya mesyuarat itu dibatalkan."
Pemuda itu, yang terlibat dalam "itu dan ini" sejak meninggalkan matrikulasi pada 2012, sedang memulakan perniagaan atas talian menjual baju-T yang mempaparkan ucapan dalam dialek Kedah seperti "Apa Khabaq".
Mesyuarat seperti itu penting baginya memandangkan perniagaannya baru bermula, dan masa dan wang yang dibazirkan itu terasa seperti satu tamparan hebat buatnya.
"Saya bersumpah, tidak mahu datang ke KL lagi. Tertekan dan kecewa, saya gubah lagu dan lirik Mana 2.6 Bintang itu dalam kepala saya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah," katanya.
Tidak semua lagu yang digubah Amirudin secara rawak akhirnya akan dirakamkan. Dan, merangka seni kata lagu dalam kepala sebenarnya merupakan hobi beliau - sesuatu yang dilakukannya setiap hari.
"Mungkin sambil berjalan-jalan, saya nampak seorang perempuan kelihatan seperti 'emo', sekejap itu juga saya buat lagu tentangnya.
"Kadang-kadang saya tulis dalam buku saya, atau rakan dalam telefon saya, atau kadang-kadang lupa terus tentangnya," kata pemuzik amatur itu.
Tetapi kali ini, Amirudin mengambil keputusan untuk berkongsi lagu Mana Hilang 2.6 Bintang itu dengan seluruh dunia, sebahagian besarnya kerana dia baru sahaja membuka akaun YouTube "profesional" sebagai sebahagian daripada proses "penjenamaan semula" beliau sempena perniagaan barunya.
Seperti kebanyakan bintang YouTube lain, proses rakaman lagu itu bermula di rumah Amirudin sendiri. Tetapi akibat keadaan kewangan yang ketat, "rumah" bagi peniaga muda ini ialah sebuah apartmen yang didiami bersama lapan rakan yang lain.
Ia sememangnya sesak dan sempit, dan dia terpaksa berkongsi bilik tidurnya. Tetapi ia agak selesa jika anda "kreatif" memaksimumkan ruang, akuinya.
"Memandangkan kami semua tinggal bersama, saya kena minta semua orang senyap apabila saya merakam lagu. Jadi, semua orang buat hal masing-masing sambil saya rakam lagu saya dalam almari pakaian," katanya sambil tersengih.
Tip itu dipelajarinya daripada seorang kawan di Kedah ketika melakukan demo: jika anda tiada peralatan rakaman profesional, apa yang anda perlukan hanya sebuah almari pakaian, beberapa biji bantal dan telefon.
"Saya letak telefon atas bantal dalam almari, tolak pakaian ke tepi – tujuannya untuk menyerap bunyi – dan main gitar saya. Ia sangat membantu dalam mencipta akustiknya."
Amirudin, yang bermain gitar sejak berusia 14 tahun, menyifatkan lagunya sebagai luahan rasa dari jiwanya.
2.6 Bintang = 2.6 Bilion?
Beliau juga menjelaskan, frasa "2.6 Bintang" yang disebutnya di dalam lagu itu tidak semestinya merujuk kepada sumbangan derma RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

UMNO CANNOT REMAIN IN DENIAL: MALAYSIA NEEDS A MUCH BETTER LEADER THAN NAJIB


dd
Never before in the history of Umno, has it fissured so deep all because of haughtiness, self-centredness, untruthfulness, corruption and pitiable leadership. The people apparently are losing faith in this 74 year-old party.
To those who have been loyal to the National Front Coalition (BN) - formed in 1973 - are now seeking for alternatives. Nevertheless, some critics still insist that there is nothing wrong with the present elected government. The “delinquency” on the main involves only one person and that person has to leave the stage for Umno and BN to be voted in come the next general election. To them BN is still the best political platform for all Malaysians at the moment but let not one man make this boat go under.
To others, they remark Umno has rotten to the core. Some leaders or sycophants are sweating hard to “cover the elephant carcass with a palm leaf”. The carcass here smells of too many scandals that are afflicting some leaders and state-owned business entities under the ruling coalition. The people just cannot condone this anymore. They want a change of government at the federal level. If matters involving corruption and abuse of power were not resolved before long and the culprits punished, the next general election would see the demise of BN.
There are many serious national issues that will resonate with the electorate. Money may not buy the people’s votes at all time, as politicians cannot cash-handle all voters. The people’s anger has now come to reach the brim and it’s now squirting like hot volcanic lava.
Nation facing deficit-trust
Of late, the country perceptibly has been facing a deficit-trust all because of the 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB), SRC International, the RM2.6b and RM45m that went into a personal account, the MARA overseas’ property-buying scam, Tabung Haji buying over 1MDB land at an inflated price, birthday and wedding bashes, deluxe jets and many other monetary and administrative deviances.
Despite all this, the people are seeing the revel going on to pull to bits those who want to uphold truth and justice and to stop the truth from being bared. But the people are aware of these muddy manoeuvres as not many would anymore listen to sneaky propagandas over TV3 or read the Utusan Daily.

The cost of living has risen all because of the ad hoc measures taken to implement the GST and drop in value of the Malaysian currency. Prices of import goods have skyrocketed. Serious inflation has set in. There is unemployment and also many underpaid wage earners who cannot make ends meet in life.
Those receiving BR1M may not know the nation’s figures of lost that have run into millions and billions. Some are contented with the little money they receive in the form of a small bonus, one small pay increment, book vouchers and so forth. Blame them not as they are innocent people who have been lullabied by mendacious leaders. When the money they receive is all expended they will realise that their hardship remains.
To those who are aware of what’s going on in the country will see things from a different perspective. They want to see the country not mired in all the wrong doings. To save the country is their earnest wish and this can be done at the expense of one man. No leader is indispensable when it comes to the survival of a nation. An ineffective leader must leave the scene.
The nation inflicted by many scandals

Penganalisis: Tidak perlu teruskan debat 1MDB


1MDB

KUALA LUMPUR - Debat antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB),  Arul Kanda Kandasamy dan wakil pembangkang tidak perlu diadakan jika Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) segera selesaikan siasatan mereka terhadap syarikat itu.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, faktor yang mendorong debat itu kerana rakyat menantikan jawapan lebih jelas daripada pihak terlibat dalam siasatan.
Menurut beliau, sekiranya debat itu masih diteruskan tidak banyak maklumat mampu diperoleh orang ramai kerana terikat dengan faktor siasatan.
“Saya rasa debat itu tidak perlu diteruskan kerana sudah pasti ada fakta-fakta yang tidak boleh didedahkan kerana mengganggu proses siasatan.
“Kalau debat itu masih diteruskan ia akan menjadi medan untuk menunjukkan siapa lebih handal berdebat dan akhirnya tidak memberi apa-apa faedah,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, lebih baik PAC tidak melengahkan prosiding mereka terhadap 1MDB dan segera membentangkan laporan itu di Parlimen.
Jelasnya, badan berkuasa lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis perlu selesaikan siasatan dengan segera.
“1MDB ialah isu besar negara melibatkan wang berbilion ringgit. Setakat ini, penerangan diberikan masih belum memuaskan kerana seperti ada halangan kepada Jawatankuasa Khas yang dibentuk sebelum ini.
“Sekarang PAC, Bank Negara, SPRM dan polis menyiasat hal yang sama. Jika debat itu hanya boleh bercakap mengenai hal yang sudah diketahui umum, rasanya tidak memberi faedah,” katanya.
Semalam, Arul Kanda membatalkan niat berdebat secara langsung susulan pembangkang menukar calon pendebat kepada Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

Vape: Ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan - Puteri UMNO

Isu Vape: Ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan - Puteri UMNO
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa dan pengguna rokok elektronik atau vape harus bertenang dan mengambil kira pendapat dalam semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan dan tindakan.

Pengerusi Biro Kesihatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Nur Faizah Ali berkata isu vaping dan merokok adalah 'dua isu yang sama tapi tidak serupa'.

"Vaping adalah sesuatu isu baru, kajian-kajian berkaitan dengannya agak terhad jika dibandingkan dengan tabiat merokok yang sudah lama bertapak di seluruh dunia.

"Ia (vaping) bukan sahaja boleh digunakan oleh perokok yang berniat untuk berhenti merokok, malah remaja dan kanak-kanak juga akan terikut dengan trend tersebut," katanya dalam kenyataan.

Rokok elektronik adalah satu alat elektronik yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok.

Dr Nur Faizah berkata merokok sudah sebati dalam masyarakat sejak sekian lama dan penyelesaiannya juga lebih rumit berbanding rokok elektronik.

"Kita dapat lihat pelbagai usaha kerajaan dalam menangani masalah ketagihan rokok antaranya kenaikan harga rokok sebanyak 40 peratus baru baru ini, dan juga penguatkuasaan zon larangan merokok yang lebih meluas," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya naluri golongan muda yang suka bereksperimentasi dengan trend terkini juga perlu diraikan. 
"Namun, nilai-nilai kebaikan dan kemudaratan perlu ditimbangtara secara objektif demi kemaslahatan masyarakat untuk jangka masa panjang," katanya.

Anwar pertahan Dr Mahathir, tak salah kritik 1MDB

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melakukan sebarang kesalahan apabila bertanya soalan dan mengkritik perdana menteri berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata bekas musuh politik beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam satu perutusan dari penjara yang disampaikan melalui peguamnya hari ini, bekas ketua pembangkang yang dipenjara kerana sabitan kes liwat itu berkata beliau bimbang mendengar Dr Mahathir disoal siasat polis semalam. "Saya amat bimbang dengan berita yang bekas perdana menteri Malaysia Dr Mahathir menjadi subjek penyiasatan polis dalam kes fitnah jenayah dan disoal pihak polis pada 6 November," katanya.

1.5 juta pekerja Bangladesh melebihi sasaran kuota buruh asing, kata MTUC

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan keperluan Putrajaya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, berkata pelaksanaan itu bertentangan dengan polisinya untuk hanya mempunyai 15% pekerja asing dalam tenaga kerja menjelang 2020.
Setiausaha agungnya N Gopal Krishnam berkata setakat ini sudah ada 2.1 juta pekerja asing yang didokumenkan dalam negara, sementara 4 juta lagi dipercayai pendatang tanpa izin.
Katanya, dengan kedatangan 1.5 juta lagi, pekerja asing kolar biru akan membentuk 20% daripada populasi itu.

“Mengapa perlu bawa masuk lebih banyak warga asing, terutama dari Bangladesh?” soalnya. Gopal berkata demikian sebagai respons kepada ucapan penggulungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Rabu, apabila beliau berkata Malaysia lebih suka pekerja asing dari Bangladesh kerana mereka lebih setia dan boleh dipercayai.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, 1.5 juta pekerja dari negara Asia Tenggara itu akan tiba di sini dalam tempoh 3 tahun akan datang.
Kementerian Dalam Negeri ialah pihak berkuasa yang mengendalikan pengambilan tenaga kerja asing.
Gopal berkata Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) menyatakan Malaysia berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sehingga 15% daripada jumlah keseluruhan pekerja.
Katanya, golongan muda Malaysia memilih bekerja di luar negara kerana gaji lebih rendah di sini dan kekurangan manfaat menarik yang disediakan kepada mereka.
Kira-kira 350,000 rakyat Malaysia keluar masuk ke Singapura setiap hari untuk bekerja kerana gaji di sana lebih baik selepas ditukar kepada ringgit, katanya.
“Ada juga 360,000 lagi rakyat Malaysia dengan status penduduk tetap di Singapura. Pasti ada alasan yang baik mengapa Singapura bergantung pada rakyat Malaysia,” katanya.

Ahli Umno Merbok diberi amaran hindari Dr Mahathir jika mahu selamat

Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan serangan terhadap kepimpinan parti Umno dan memberi amaran anggota Umno supaya menghindari bekas perdana menteri itu sekiranya tidak mahu menerima tindakan dari parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan serangan terhadap kepimpinan parti Umno dan memberi amaran anggota Umno supaya menghindari bekas perdana menteri itu sekiranya tidak mahu menerima tindakan dari parti.

 Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain, dilaporkan memberi amaran kepada beberapa ketua cawangan bahagian itu yang didakwa cuba menyerang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dakwanya, menurut akhbar Utusan Malaysia hari ini, gerakan itu diketuai seorang ketua cawangan yang pernah bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya lalu yang menjemput bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ceramah.
Tajul berkata, ahli parti harus menghindari majlis ceramah itu sekiranya mereka tidak mahu berdepan tindakan dari parti.

"Selain itu, saya juga meminta Dr Mahathir supaya berhenti daripada melakukan serangan demi serangan terhadap kepimpinan parti yang dilihat mendatangkan kesulitan terhadap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dalam memilih antara bapa dan bosnya. "Kami sayangkan Mukhriz dan karier politiknya. Tetapi pendirian kami tegas, sama ada tenggelam atau timbul, Umno Merbok tetap bersama kepimpinan presiden dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.
Dr Mahathir kini menjadi pengkritik utama pentadbiran Najib apabila berulang kali mendesak perdana menteri memberikan penjelasan memuaskan tentang operasi dana sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tekanan ke atas bekas perdana menteri ke-4 itu diperhebat apabila polis semalam bertindak menyiasat Mahathir, dipercayai berhubung kenyataannya pada himpunan Bersih 4 pada hujung Ogos lalu.

Pas Terengganu sedia kerjasama dengan Umno


KUALA TERENGGANU – Pas sedia menjalinkan kerjasama bersama Umno ke arah pentadbiran kerajaan yang lebih amanah, cekap dan telus bagi kepentingan rakyat.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, bagaimanapun, Pas tidak akan menjalinkan kerjasama politik selagi Umno tidak ubah dasar pentadbiran sebagaimana disyariatkan Islam.
“Pas sememangnya bersedia untuk jalin kerjasama bersama Umno jika ia memberi kebaikan dan mengutamakan kepentingan rakyat. Kita akan beri pandangan sekiranya terdapat tata kerja yang merugikan rakyat.
Hanafiah Mat “Mungkin ada perancangan kerajaan di peringkat keputusannya baik, tetapi di peringkat pelaksanaan tidak menepati apa yang sepatutnya dirangka,” katanya bagi mengulas kenyataan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Dewan Gamelan, Hotel Primula, kelmarin.
Hanafiah berkata, terdapat beberapa projek kerajaan yang dilihat membazir seperti pembangunan Tasik Kenyir, Monsun Cup, Bandar Baru Kijal dan beberapa lagi pembangunan dilihat tidak menguntungkan rakyat.
“Paling utama, kita mahu beri pandangan dalam urusan royalti minyak Terengganu yang merupakan anugerah ALLAH SWT kepada penduduk di negeri ini, di mana sepatutnya penduduk Terengganu mendapat manfaat besar dari hasil minyak itu,” katanya.
Hanafiah berkata, sepatutnya, rakyat Terengganu beroleh manfaat hasil royalti minyak itu sebaliknya ia ‘disedut’ dan negeri ini masih lagi antara negeri termiskin dalam Malaysia.
“Hasil royalti ini sepatutnya dapat dinikmati rakyat negeri ini, tetapi sehingga kini kita masih lagi tertanya-tanya mengenai perkara ini dan Terengganu masih lagi termasuk dalam kalangan negeri termiskin di negara ini.

Murah sangatkah harga diri pemimpin PAS?



KUALA LUMPUR: "Saya terkejut apabila bekas pemimpin tertinggi PAS mengatakan PAS akan dilantik sebagai penasihat yang bergaji menteri," ujar Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Jugteru, katanya kalau boleh tolong dengar dengan telinga dan hati yang terbuka apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS.

Beliau berkata, kenyataan Presiden PAS boleh didengari melalui rakaman penuh.

"Janganlah marah dengan PAS sehingga sanggup membuat tuduhan yang tidak berasas.

"Murah sangatkah harga diri pemimpin PAS?" tanya beliau lagi menerusi laman facebook.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, apabila hati sudah benci apa sahaja yang dibuat semua tidak kena.

Sebaliknya, kata beliau apabila hati sudah sayang, yang salah pun akan diperbetulkan dan berusaha untuk mencari hujah.

Menurutnya lagi, memang sukar untuk mendidik diri supaya menjadi manusia yang boleh berlaku adil kepada orang lain.

Timbalan Presiden PAS kata tak perlu kerjasama dengan BN



PAS berkata dakwaan bekas naib presiden parti itu Datuk Husam Musa bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan beberapa wakil PKR tidak benar.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu juga sudah dinafikan oleh Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar pada 2014.
Kata Tuan Ibrahim PAS juga tidak mempunyai sebarang keperluan untuk bekerjasama dengan Umno di Selangor.
“Kenyataan tersebut tidak betul sebab kita di Selangor tidak ada keperluan bekerjasama dengan Umno seperti yang didakwa oleh Husam," katanya kepada Malaysiakini semalam.
Husam dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas dilaporkan mendakwa Abdul Hadi mengaku pernah cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Usaha itu, kata Husam, cuba dijalankan dengan memujuk beberapa ADUN daripada PKR menyertai gabungan berkenaan.
Klip video ucapan Husan dimuat naik di Facebook pagi ini dan cepat dikongsi pengguna Internet.
Mungkin panggil Husam
Husam yang juga ADUN Salor tidak menyatakan insiden mana dimaksudkan dalam ucapannya itu.
Bagiamanapun, Husam dipercayai merujuk situasi ketika kerajaan Pakatan Rakyat berdepan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lalu.

Bajet 2016: Zahid perhati undi BN satu satu


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran kepada anggota parlimen BN agar tidak bersekongkol dengan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016.
Undi meluluskan Bajet 2016 akan diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Disember ini.
Katanya beliau tahu siapa Anggota Parlimen BN yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri kerana ia telahpun berjalan sejak tiga ke empat bulan yang lalu.
"Saya tahu anggota parlimen BN yang telahpun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan...saya akan perhati satu-satu undi mana-mana anggota parlimen (134 anggota BN) yang menolak Bajet 2016," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Hotel Primula Beach Resort di Kuala Terengganu, malam tadi.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Menteri Besar Terengganu.
Beliau berkata konspirasi itu turut menggunakan isu 1MDB, dana RM2.6 bilion dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ahli UMNO perlu mempertahankan ia dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan negara.
BN ada peluang
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, berkata Umno tidak pernah sunyi daripada berhadapan kemelut dan krisis sejak awal penubuhannya 69 tahun lalu termasuk ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Katanya dalam Umno pertukaran pucuk pimpinan itu adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang baru dalam politik parti yang menjadi tunjang BN itu.
"Kita diajar untuk taat kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan sokong pemimpin yang baharu, bukan cara Umno tikam dari belakang...setiap krisis kita perlu atasi bersama, bukan ketika senang sahaja kita bersama, semasa susah juga kita perlu bersama," katanya.

TPP: 80 peratus kebimbangan kami tepat - MTEM

KUALA LUMPUR - Badan Bertindak Bantah TPPA Malaysia (Bantah TPPA) mendakwa 80 peratus daripada kebimbangan NGO itu sebelum ini mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) itu merugikan rakyat dan negara adalah berasas serta tepat.
Pengerusinya, Mohd Nizam Mahshar berkata, berdasarkan kandungan perjanjian itu yang didedahkan semalam, beberapa perkara baharu ditemui dan ini menambahkan kebimbangan mereka.
TPP: 80 peratus kebimbangan kami tepat "Kajian kita ini berdasarkan semua perjanjian perdagangan bebas (FTA) sebelum ini, kita bukan petik dari langit, ini bukan andaian, dan bukan tekaan.
"Kita boleh kata 80 peratus (kebimbangan) Bantah TPPA itu betul, kerana ada beberapa perkara baharu, contohnya Syarikat Milik Kerajaan (SOE), sebahagian daripada perolehan kerajaan dan definisi pelaburan itu adalah baharu," katanya pada sidang media di Rumah Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (Mtem), Bangsar, di sini, hari ini.

Beliau mengulas pendedahan semua kandungan perjanjian TPP kepada umum oleh Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa (Miti) semalam.
Dalam pada itu, Mohd Nizam juga berkata, pendedahan dokumen itu turut mengesahkan bahawa 75 garis merah iaitu perkara yang memudaratkan negara yang diserahkan kepada Perdana Menteri tahun lepas adalah benar.

Nazif Najib tidak setuju pengharaman vape

Nazif Najib tidak setuju pengharaman vape
KUALA LUMPUR: Mohd Nazifuddin Najib menyatakan harapan agar industri vape dapat terus berkembang di Malaysia.

Inovasi dan kreativiti yang timbul dari industri ini juga perlu diiktiraf, kata anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang dikongsi di Facebook.

“Yang hebatnya, kebanyakan produk terbaik seperti perisa jus vape datang dari usahawan muda tempatan,” katanya yang juga merupakan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia.

Selain itu, beliau tidak setuju dengan pengharaman vape dan sebaliknya menyuarakan sokongan jika ia dilakukan dengan adab dan tatacara yang betul.

“Kita hanya perlu vape dengan bertanggungjawab dan beretika,” katanya di Facebook.

Beliau juga berkata vape masih kekal sebagai alternatif merokok.

“Ramai juga kenalan saya yang vape, malah ada yang telah berhenti merokok,” katanya.

'Subramaniam kena tanggung kerugian peniaga vape' - Naib Pemuda Umno Terengganu

'Subramaniam kena tanggung kerugian peniaga vape' - Dr NajmilKUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam perlu menanggung semua kerugian yang dialami oleh pengusaha dan perniaga vape yang terlibat dengan operasi yang dilakukan baru-baru ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, pihaknya sangat terkilan dengan tindakan dan perlaksanaan terburu-buru Kementerian Kesihatan yang menyerbu premis vape.

"Ia tindakan yang tidak wajar. Kementerian Kesihatan sepatutnya mengkaji mekanisma yang terbaik sebelum mengambil apa-apa tindakan. Sebarang langkah tergesa-gesa hanya menimbulkan kemarahan khususnya golongan muda.

"Pelbagai aspek perlu difikirkan sebelum sesuatu tindakan diambil memandangkan ia melibatkan penguna yang terdiri dari pelbagai latar belakang selain populasi vape semakin besar dan berkembang," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Khamis, KKM sudah memulakan operasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin.

Terdahulu, S. Subramaniam berkata, pihaknya telah diarah untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat menjual cecair bernikotin yang digunakan untuk rokok elektronik atau vape.

Kumpulan pengguna bantah kenaikan tambang pengangkutan awam, mahu panel kaji semula

Tambang LRT akan naik dari Disember 2, menambahkan beban pengguna. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 7 November, 2015. 
Tambang LRT akan naik dari Disember 2, menambahkan beban pengguna.

Kenaikan satu demi satu tambang pengangkutan awam beberapa bulan kebelakangan ini mendorong kumpulan pengguna mencadangkan agar Putrajaya menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelia tambang sistem pengangkutan serta menimbang keperluan dan asas sebarang kenaikan. Presiden Persatuan Pengguna Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) Ajit Johl berkata, kumpulan itu mahu kerajaan membekukan kenaikan itu kerana masanya yang tidak sesuai, sambil menambah, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak sepatutnya menjadi pihak berkuasa tunggal dalam membuat keputusan mengenai kenaikan tambang.
“Peranan jawatankuasa ini adalah untuk menubuhkan sebuah metodologi adil, saksama dan telus bagi tambang. Jawatankuasa itu akan mempunyai kuasa dalam semakan semula tambang dan SPAD perlu memberi tumpuan kepada mengawal selia industri.

“Ia sepatutnya menjadi sebuah jawatankuasa bebas kaji semula tambang yang melapor terus kepada Pejabat Perdana Menteri kerana pengangkutan awam, meliputi kereta api, bas dan teksi, adalah di bawah bidang kuasa pejabat itu,” kata Ajit kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata jawatankuasa itu juga perlu terdiri daripada semua pihak berkepentingan dan perlu menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menentukan asas kenaikan tambang.
"Jawatankuasa ini akan menetapkan KPI dan jika anda mahu menaikkan tambang, anda tidak sepatutnya menerima sebarang aduan. Jika ada aduan, saya minta maaf, anda tidak boleh menaikkan tambang. Ia perlu bebas dan telus," katanya.
Beliau juga mendakwa SPAD mempunyai terlalu banyak kuasa dalam menentukan tambang.
"Anda perlu satu badan mengawal selia SPAD, yang merupakan jawatankuasa semakan semula tambang dan kami menggesa perdana menteri segera menubuhkan jawatankuasa ini yang terdiri daripada semua pihak berkepentingan."
Kenaikan tambang bermula pada Mac tahun ini apabila SPAD mengumumkan kenaikan tambang teksi dan bas ekspres, masing-masing sebanyak 49% dan 22%.
Pada Isnin, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad mengumumkan kadar tambang baharu, meningkatkan harga daripada 11 sen bagi setiap kilometer, kepada 15 sen bagi setiap kilometer, 12 tahun selepas semakan terakhir.
Kadar kenaikan tambang baharu ini adalah adalah dari RM0/trip hingga RM7.10/trip (mengikut perjalanan stesen ke stesen) dan dikecualikan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) juga mengumumkan rasionalisasi tambang LRT dan monorel, yang akan menyaksikan tambang dikira mengikut jarak.
Tambang bagi LRT akan bermula dengan bayaran rata 70 sen dan 30 sen bagi 4km pertama.
Kadar ini berkurangan bagi setiap 5km hingga 24km, di mana kadarnya menjadi 10 sen.
Penumpang monorel akan dikenakan tambang bermula pada kadar 70 sen dan RM0.58 bagi 4km pertama dan RM0.37 bagi 5km seterusnya.
Tambang baharu bagi komuter KTM, LRT dan monorel akan berkuatkuasa pada 2 Disember.
Kenaikan tambang diumumkan selepas sebulan peningkatan kadar tol yang menyaksikan kenaikan antara 10 sen dan RM6 pada 12 lebuh raya utama di Lembah Klang.

NAJIB SELLING MALAYSIA TO SAVE HIS 1MDB SKIN? Don't dare allow foreigners to control strategic power assets, warns Rafizi

NAJIB SELLING MALAYSIA TO SAVE HIS 1MDB SKIN? Don't dare allow foreigners to control strategic power assets, warns Rafizi
PKR secretary-general Rafizi Ramli has raised the possibility that Prime Minister Najib Abdul Razak may lift the cap that prevents foreigners from owning majority stakes in the country's national power assets, out of desperation for funds to cover the 1MDB debts.
Rafizi said this in reference to the planned sale of Edra Global Energy, the energy sector arm of 1MDB, in order to raise funds to service its debts.
The Pandan MP took note of reports that Tenaga Nasional Bhd (TNB), the sole local bidder, had made an offer of around RM8 billion, which is Rafizi's estimated market price.
However, this offer is lower than that offered by foreign bidders, namely a consortium between China General Nuclear Power Corp Ltd and Nebras Power QSC.
"If 1MDB wants to reduce its debts, as promised by Najib, the sale of its assets must be made at higher than market value.
"Which is why I am worried that with the closest bidder, namely the consortium between the Chinese and Qatari giants offering RM10 billion, which is RM2 billion higher than the market price, Najib may find a way to allow the bid even though it goes against existing rules on the maximum foreign ownership," Rafizi (photo) said in a statement today.
By right, he said, the foreign bidders going for full ownership should have been rejected from the beginning, according to the government's rules.
Proposal to scrap cap made last month
He also noted that Energy, Green Technology and Water Minister Maximus Ongkili had last month revealed there were proposals to scrap the cap and allow 100 percent ownership, which is an indication that Najib may be pushing for this.

Debat 1MDB: Mujahid sedia ganti Rafizi

Mujahid sedia ganti Rafizi
Mujahid (enam, kiri) bersama pimpinan Pakatan Harapan dan penyokong angkat sepanduk 'Di mana RM2.6 bilion?', pada perhimpunan solidariti bersama Kit Siang, malam kelmarin,
 
GEORGETOWN - Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sedia untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy sekiranya mereka menolak Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.
Menurutnya, selain dirinya banyak lagi pemimpin Pakatan Harapan mahu pun Amanah sedia ‘berentap’ dengan Arul Kanda bagi merungkai persoalan mengenai skandal 1MDB.
Mujahid berkata, walaupun pelbagai alasan dan helah dilakukan untuk menggagalkan debat itu, namun rakyat boleh menilai apa yang cuba diselindungkan kerajaan dalam isu berkenaan.
“Kalau mereka menyekat Rafizi, saya dan wakil Amanah sedia menggantikannya, namun apa yang saya lihat sekarang mereka berusaha menghalang debat dengan pelbagai alasan,” katanya pada perhimpunan solidariti bersama Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Mujahid berkata, Arul Kanda sepatutnya tidak mencari alasan untuk tidak berdebat dengan Rafizi kerana kedua-duanya tiada kaitan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pemerhati: Pas dahulu bukanlah yang sekarang


Pas

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik berpandangan Pas bakal menjadi parti pembangkang yang memainkan peranan lebih besar berbanding parti lain di negara ini meskipun sekarang parti Islam itu dilihat agak berkecamuk.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, apa yang dilalui Pas hari ini hanya sementara sebagai proses peralihan.
"Apa yang berlaku sekarang dalam Pakatan Harapan meletakkan Pas di luar kerjasama itu. Situasi ini dinamakan sebagai peralihan dan ia memang seolah-olah menampakkan peranan yang berkecamuk tetapi Pas itu sendiri mempunyai dasar parti dan hala tuju yang jelas, jadi, tidak menjadi masalah kepada proses sementara ini.
"Kerana pada masa akan datang itu, kita dapat lihat Pas yang 'moderate' ini akan dapat memainkan peranan yang lebih besar kepada negara.
"Ketika peralihan ini, kita akan nampak tindakan Pas itu kadang-kadang bercelaru namun masih jelas dasar partinya," katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya lagi, Pas hari ini dilihat lebih bersederhana dan jauh berbeza dengan sejarah parti itu.
"Kita lihat perkembangan Pas hari ini yang bergerak ke arah lebih 'moderate'... lebih bersederhana. Ini berbeza dengan sejarah Pas yang terdahulu.
"Ini satu proses evolusi parti yang baik untuk Pas itu sendiri dan juga perkembangan politik negara," katanya.
Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, Pas kini dilihat lebih melihat isu berbanding hala tuju parti.
"Jika Pas mahu berperanan begitu (seperti pembangkang di luar negara), saya tak tahu sama ada boleh dikatakan Pas itu sudah matang ataupun tidak tapi nampak sekarang ini Pas lebih melihat kepada isu berbanding dengan parti itu ke arah mana dia nak bawa.

Jangan cagar maruah dengan vape

Impak yang sangat jelas boleh kita lihat dari ketagihan vape ialah ianya satu fenomena yang nyata melekakan, menyumbang kepada ketagihan, pembaziran wang serta boleh mengancam kesihatan dan nyawa
vape-smoke
Oleh Nur Afirah
Melihat kepada budaya merokok dan penggunaan vape yang kini semakin menular dalam kalangan belia wanita bahkan mahasiswi di Universiti Awam (UA), ia secara tidak langsung memanggil saya untuk memberi pandangan berhubung isu ini.
Alat elektronik yang kebanyakannya diimport dari China, United Kingdom, Filipina, Amerika Syarikat dan Korea ini telah dimonopoli penggunaannya oleh hampir satu juta golongan muda di Malaysia tidak kira lelaki mahupun wanita dan dianggap sebagai satu budaya yang `cool’ dan popular.
“Daripada hisap rokok, lebih baik hisap vape!”
Vape dikelaskan sebagai selamat dan jimat berbanding rokok, maka ia dikira boleh diambil oleh gadis mahupun wanita. Mereka pula tanpa segan silu menghembus kepulan asap tebal di khalayak ramai.
Percayalah, para lelaki meskipun perokok tegar sekalipun mengakui tidak menyukai melihat gadis menghisap vape, kerana menganggap gadis seperti ini tidak mempunyai pegangan serta tiada tarikan. Budaya ini juga tidak sinonim dengan wanita kerana ia bukanlah satu budaya ketimuran.
Impak yang sangat jelas boleh kita lihat dari ketagihan vape ialah ia satu fenomena yang nyata melekakan, menyumbang kepada ketagihan, pembaziran wang serta boleh mengancam kesihatan dan nyawa. Sekali gus, hilang nilai kewanitaan akibat merokok dan menggunakan vape itu.
Di mana sahaja, masyarakat semakin rakus, malah, semakin bangga berkongsi gambar di laman sosial yang kononnya mengikut trend. Hakikatnya, tanpa disedari telah hilang elemen serta ciri kesantunan dan kesopanan, serta menjejaskan imej wanita Islam yang cukup terkenal dengan adab sopannya.
Sebagai seorang wanita Islam, kita mesti meninggalkan perkara yang merosakkan. Sedarlah, andai kita rosak, bukan hanya diri kita seorang yang rosak, malah keluarga dan orang sekeliling turut menerima tempias akibat perbuatan sia-sia itu.
Usaha penganjuran Festival Vape baru-baru ini yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), berjaya mengumpulkan pengguna vape termasuk gadis bertudung. Hal ini dilihat mereka sedang meniru budaya orang bukan Islam, yang sebenarnya dilihat tidak bermaruah.
Budaya ini bukanlah satu proses kemodenan, apabila fenomena ini seolah-olah menggambarkan ia adalah normal. Mereka yang membantah pula dilabel sebagai seorang yang kolot dan menyekat hak individu walhal sudah jelas vape ini bertentangan. Islam mengharamkan semua perkara yang memabukkan dan memudaratkan diri.
Fenomena vape ini seolah memperkuda masyarakat mahupun pemimpin. Ramai golongan belia yang menceburi dalam bidang perniagaan industri vape pula dianggap membantu ekonomi negara.
Kita seharusnya cakna terhadap apa-apa serangan mendatang dan menunjukkan solidariti membantah sebarang penganjuran, sebagai contoh kempen ‘Right To Vape, Vape It Right’. Minat golongan muda terhadap budaya vape jelas terang tidak memberi faedah dan manfaat secara langsung dalam kehidupan, dan ia tidak perlu disokong.

Bajet 2016: Zahid ulang amaran, anggota Parlimen BN jangan bersekongkol dengan pembangkang

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sedang memerhati anggota Parlimen BN yang dipujuk pembangkang dan memberi amaran jangan bersekongkol dengan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sedang memerhati anggota Parlimen BN yang dipujuk pembangkang dan memberi amaran jangan bersekongkol dengan mereka. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran kepada Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) agar tidak bersekongkol dengan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016. Undi meluluskan Bajet 2016 akan diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Disember ini.
Katanya, beliau siapa Anggota Parlimen BN yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri kerana ia sudahpun berjalan sejak 3 ke 4 bulan yang lalu.

"Saya tahu Anggota Parlimen BN yang sudah pun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan... saya akan perhati satu-satu undi mana-mana Anggota Parlimen (134 Anggota BN) yang menolak Bajet 2016," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Hotel Primula Beach Resort semalam.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Menteri Besar Terengganu.

Beliau berkata konspirasi itu turut menggunakan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ahli Umno perlu mempertahankan ia dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan negara.
Zahid, yang juga naib presiden Umno, berkata Umno tidak pernah sunyi daripada berhadapan kemelut dan krisis sejak awal penubuhannya 69 tahun lalu termasuk ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Katanya dalam Umno pertukaran pucuk pimpinan itu perkara biasa dan bukan sesuatu yang baharu dalam politik parti yang menjadi tunjang BN itu.
"Kita diajar untuk taat kepada pemimpin yang dipilih rakyat dan sokong pemimpin yang baharu, bukan cara Umno tikam dari belakang... setiap krisis kita perlu atasi bersama, bukan ketika senang sahaja kita bersama, semasa susah juga kita perlu bersama," katanya.