Jumaat, 6 November 2015

MAHATHIR TERUS MEMENINGKAN KEPALA NAJIB

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir  Mohamad akhirnya diambil keterangannya oleh pihak polis pagi tadi berikutan beberapa tindakannya dalam mendesak Najib Razak meletakkan jawatannya.

Antara tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir ialah membuat beberapa dakwaan terhadap Najib seperti "mencuri wang", "merasuah pemimpin UMNO" dan sebagainya.

Malah untuk menunjukkan kesungguhannya menyingkirkan Najib, Tun Mahathir juga turun ke perhimpunan Bersih 4 sebanyak dua kali.

Namun demikian, tidak diketahui atas kesalahan yang mana beliau disiasat dan diambil keterangannya itu.

Bagaimanapun, Tun Mahathir memilih untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak polis yang menemuinya selama kira-kira 45 minit di pejabatnya di Yayasan Al Bukhary itu.

Dengan memilih tidak menjawab pertanyaan pihak polis itu, Tun Mahathir kini seolah-olah menyerahkan kepada pihak polis, atau secara tepatnya kepada Najib yang sedang memimpin kerajaan, untuk mengambil apa-apa tindakan seterusnya kepada beliau.

Ini kerana yang menjadi sasaran sebenarnya dalam semua serangan Tun Mahathir itu ialah Najib sendiri.

Itu terpulang kepada mereka, katanya sambil ketawa.

Apa agaknya tindakan yang akan diambil oleh kerajaan atau Najib terhadap Tun Mahathir selepas ini?

Menyoal siasatnya lagi dan lagi sehingga Tun Mahathir sedia membuka mulutnya?

Bagaimana jika setiap kali polis datang untuk mengambil keterangannya, Tun Mahathir masih enggan juga menjawabnya?

Adakah Tun Mahathir akan terus didakwa di mahkamah?

Beranikah Najib berbuat demikian dan sediakah beliau menghadapi risiko daripadanya?

Mungkinkah pula Tun Mahathir tidak diambil apa-apa tindakan akhirnya?

Atau Tun Mahathir sekali lagi sedang memeningkan kepala Najib untuk membuat pilihan?

Akibat hutang 1MDB... KHAZANAH NEGARA TERGADAI !!!

Satu lagi bala besar akan melanda jika 1MDB berjaya membatalkan peraturan had pegangan asing dalam industri strategik penjanaan elektrik semata2 untuk menutup lubang hutangnya.

PENTADBIRAN NAJIB CADANG HAPUSKAN HAD MAKSIMUM EKUITI ASING DEMI MENUTUP HUTANG 1MDB ???

TAHUKAH ANDA.. 1MDB yang berusaha menurunkan liabiliti hutangnya, mahu menjual sayap perniagaan penjanaan elektriknya..

Arul told: Don’t kill yourself defending Najib

Amanah strategist Dzulkefly Ahmad says the 1MDB chief should know his limits.
arul najib
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara Strategy Director Dzulkefly Ahmad has an advice for 1MDB chief Arul Kanda Kandasamy: know your limits in trying to defend Prime Minister Najib Razak and in protecting 1MDB from allegations of wrongdoing.
Speaking to FMT today, Dzulkefly said Arul wasn’t party to the many “dubious dealings” of 1MDB that went on before he joined the company and could therefore speak with a “clearer conscience.”
“As much as he wants to curry favour with Najib or polish his apple, if he is truly smart, he should know his limit in trying to defend his boss and shouldn’t kill himself in the process,” he said.
He pointed out that some publications as well as himself and many other public figures had already listed questions that required Arul’s candid answers. “He can’t be bullshitting in the glare of the entire nation and the world, especially not to the discerning and enlightened lot,” he said.
Referring to the proposed debate between Arul and PKR Secretary-General Rafizi Ramli, Dzulkefly said he was certain that Arul would try to “wriggle out with lame excuses, knowing that Rafizi is an able debater who has a lot of business savvy with his high-end corporate finance experience.”
If Arul had nothing to hide, he added, he should, “in Najib’s and Barisan Nasional’s best interest,” take the opportunity to “openly defend 1MDB, thrash and trounce Rafizi, and shame all of 1MDB’s critics.”
“But mark my words,” he said, “Arul will dare not debate Rafizi because he knows too well that he can’t defend the indefensible.”

Kecederaan bersifat kronik, Anwar perlu dibedah


 Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - Panel yang merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menunggu keputusan sama ada bekas ketua pembangkang itu perlu menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan kronik pada bahu kanannya.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan berkata, Anwar mengalami kecederaan di bahu kanan beberapa tahun lepas akibat koyakan otot bahu.
Kecederaan itu dialaminya lama sebelum beliau dijatuhi hukuman.
Kementerian itu berkata, seperti yang diperuntukkan Akta Penjara 1995 (Akta 537), satu panel perunding kanan kerajaan dilantik untuk memeriksa dan merawat Anwar ketika beliau berada di penjara.
Berdasarkan dapatan panel itu, kecederaan pada bahu kanan Anwar bersifat kronik dan ini disahkan melalui pengimejan, kata kenyataan itu.
Mengenai syor panel berkenaan, kementerian itu berkata ahli fisioterapi mengajar Anwar beberapa senaman untuk dilakukannya setiap hari di penjara.  
"Beliau diperiksa dalam jarak kekerapan tertentu bagi menilai kekekuatan ototnya dan berdasarkan dapatan itu, Anwar telah beralih kepada set senaman seterusnya. Ini adalah kaedah standard dalam terapi bagi seseorang yang mengalami keadaan serupa," menurut kenyataan itu.
Kementerian tersebut berkata, panel perunding berkenaan menjemput tiga lagi perunding ortopaedik, yang merupakan pemimpin pendapat dalam bidang itu, untuk memberi pendapat kedua serta mengundang seorang pakar bedah ortopedik pilihan Anwar untuk memberi pendapat ketiga.  

Debat 1MDB perlu diteruskan, rakyat nak tahu


SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat debat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli perlu diteruskan.
Namun Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, adalah lebih baik sekiranya debat itu dilakukan selepas siasatan terhadap 1MDB selesai.
Debat 1MDB perlu diteruskan, rakyat nak tahu "Bagi saya, debat ini patut diteruskan dan Arul boleh juga berdebat dengan sesiapa. Jika Rafizi nak berdebat pun...tapi bagi saya lebih baik Tony Pua (berdepan Arul). Jangan halang dia (Tony Pua) nak berdebat.
"Walaupun saya setuju debat diteruskan untuk merungkai isu-isu yang ada tapi disebabkan siasatan ke atas 1MDB masih berjalan, sepatutnya tidak sesuailah untuk berdebat. Biar kes itu diselesaikan dahulu baru berdebat," katanya kepada Sinar Online.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua sebelum ini mencabar Arul untuk berdebat namun Speaker Dewan Rakyat memutuskan beliau tidak boleh berdebat secara terbuka mengenai 1MDB kerana statusnya sebagai ahli PAC yang sedang menyiasat syarikat itu.
Sehubungan itu, Rafizi diumumkan Pakatan Harapan sebagai calon pengganti namun Arul mengeluarkan kenyataan pada hari sama menolak untuk berdebat dengan alasan menghormati keputusan Speaker.
Mengulas lanjut, Azizuddin berkata, debat itu wajar diteruskan kerana rakyat mahu mengetahui isu yang berkaitan 1MDB.
"Tapi jika nak berdebat, saya rasa elok juga sebab rakyat nak tahu perkara itu. Namun, sekiranya tiada halangan, Speaker pun tak halang, siapa-siapa pun tak halang, silakan debat.
"Cuma pada pandangan saya, lebih baik tunggu hingga keputusan siasatan (PAC). Selepas itu, debatlah, jika ada yang tidak setuju dengan keputusan dan sebagainya," katanya.
Sementara, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat menyifatkan tindakan Arul menolak tawaran debat itu tepat bagi mengelakkan terlibat dengan permainan politik Pakatan Harapan.
"Keputusan Arul ini tepat kerana calon yang memanggil beliau berdebat sebelum ini bukan Rafizi tapi Tony Pua. Jadi, kenapa tukar kepada Rafizi? Jika Arul masih lagi meneruskan debat, seolah-olah dia dipermainkan Pakatan (Harapan) kerana yang ajak berdebat lain tapi apabila dah dipersetujui, mereka tukar pendebat.
"Apabila pendebat ditukar, mereka menyalahkan Arul pula. Ini satu tindakan provokasi Pakatan dan penuh politiking terhadap 1MDB yang dibuat Pakatan, sama ada mereka (Pakatan) sebenarnya jujur untuk berdebat atau cuma ingin menghangatkan isu 1MDB sahaja," katanya.

Jika semua baik, mengapa ada didakwa sabotaj sistem kewangan, soal Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan ekonomi negara berada dalam keadaan baik sedangkan dalam masa yang sama terdapat individu ditangkap atas alasan mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015. 
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan ekonomi negara berada dalam keadaan baik sedangkan dalam masa yang sama terdapat individu ditangkap atas alasan mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.

 Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan, jika ekonomi negara berada dalam keadaan baik, mengapa terdapat individu yang ditahan Putrajaya kerana "mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara".
Bekas perdana menteri itu berkata demikian mengulas laporan dalam akhbar berkaitan kerajaan yang menyatakan negara ini tidak menuju ke arah satu krisis kewangan.
"Lapan orang terkemuka, termasuk perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak), memberitahu kita, semuanya dalam keadaan baik.

"Sekiranya segalanya dalam keadaan baik, mengapa timbul keperluan menangkap orang kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan di negara ini? "Jika mereka mensabotaj, maka sesungguhnya, perbankan dan kewangan Malaysia tidak berada dalam keadaan menjadi baik. Ia akan jadi tidak berfungsi," tulis beliau dalam posting terbaru di blognya hari ini.

MP PAS akan sokong undi tidak percaya kepada PM - Mustafa Ali



KUALA LUMPUR: Penjelasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti mengambil sikap berkecuali dalam Bajet 2016 dengan alasan-alasan yang dinyatakan, tetapi, akan menyokong usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno adalah tepat dan selari dengan keputusan parti.

Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berata, seperti yang disebut Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak, masalah 1MDB dan isu-isu berkaitan telah menyebabkan susah untuk mempromosikan Malaysia.

Menurutnya, semua masalah itu berkait dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak termasuk derma RM2.6 bilion yang sudah menjadi jenaka dunia.

"Saya yakin ahli Parlimen PAS akan melaksanakan keputusan parti yang telah dibuat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Hadi Awang tidak boleh jadi syaitan bisu - MSO

Selepas hampir 20 jam Husam Musa mendedahkan presiden Pas Abdul Hadi Awang ada niat dan merancang untuk menubuhkan kerajaan Selangor gabungan Pas bersama Umno serta menjmput sama PKR, Abdul Hadi masih diam membisu.


Hadi perlu jawab kenyataan Husam.
Sehingga ini tidak ada apa-apa kenyataan balas daripada Abdul Hadi atau wakilnya. Mungkin beliau tidak ada dalam negara atau pun belum mendengar ceramah Husam malam tadi?

Husam malam tadi menerusi ceramahnya di Kedai Mulong, Kota Bharu mencabar Abdul Hadi supaya menafikan apa yang didedahkan itu. Apakah apabila Hadi membisu dakwaan Husam itu benar?

Bagaimana pun Pesuruhjaya Pas Selangor menafikan wujud pakatan Pas bersama Umno untuk menubuhkan kerajan di Selangor. Pesuruhjaya Pas itu menafikan dakwaan Husam sambil berkata tidak ada keperluan bagi Pas berbuat begitu, berpakat dengan Umno. Sebalik katanya kalau ada dia tidak bersetuju.


Mungkin Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak tahu menahu kerana perkara itu di luar pengetahuannya. Husam dakwa Abdul Hadi mengakui sendiri rancangan berkenaan dan pengakuan Hadi itu didengari sama oleh beberapa pemimpin lain.

Dalam pada itu MB Selangor Mohamed Azmin Ali mengakui tidak tahu menahu hal itu dan minta wartawan bertanyakan kepada Husam atas alasan Husam yang membangkitkan perkara itu. "Saya tidak mahu campur itu urusan Pas," kata Azmin dipetik.

Sama ada Pesuruhjaya Pas Selangor atau pun Azmin tidak wajar untuk mereka mengulas perkara itu apa lagi menafikan apa yang didedahkan Husam. Orang yang berhak dan bertanggungjawab menjawab kenyataan Husam ialah Abdul Hadi Awang. Husam semasa membuat pendedahan itu tidak hirau apakah ia akan dimarahi ataupun tidak.

Penjelasan atau penafian daripada orang lain termasuk Setiausaha Agung maupun Pengarah Pilihan raya Pas, ia tidak sama dengan jawaban dari Abdul Hadi sendiri. Pendeaahan Husam itu juga perlu diselesaikan kerana kalau ia benar atau tidak ia menjejaskan imej presiden yang juga menjadi timbalan presiden Ulama dunia. Seorang bertaraf ulama dunia tidak boleh berbohong.

Apakah akan ada kluk klik macam ikan keli dalam besen lagi mengenai hal ini? Kita tunggu. Tanpa menjawab dakwaan Husam orang akan menuduh Abdul Hadi sebagai syaitan bisu.

MSO

Berkecuali: Pas tidak ‘amanah’

Dakwaan itu dibuat ekoran pendirian berkecuali parti Islam itu berhubung undi tidak percaya terhadap Bajet 2016.
pas ulama, raja bahrinPETALING JAYA : Parti Amanah Negara (Amanah) menuduh Pas telah menghampakan amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.
Dakwaan itu dibuat ekoran pendirian berkecuali parti Islam itu berhubung undi tidak percaya terhadap Bajet 2016.
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah berkata, rakyat tidak menghantar wakil mereka ke Parlimen untuk membisu dalam isu penting.
“Bersuaralah setuju atau tidak dalam pengundian Bajet 2016 pada 16 November ini untuk memelihara maruah dan membuat pendirian.
“Seorang wakil rakyat yg menjalankan tangunggjawab kepada rakyat. Mereka yang berkecuali dalam isu ini gagal menjalankan tangungjawab kepada agama dan rakyat dalam menghalang penyelewengan dan kezaliman yang berterusan,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa sekiranya bajet ditolak akan berlakunya ‘government shutdown’ atau penutupan kerajaan di mana gaji pekerja kerajaan tidak akan terbayar.
Mengulas lanjut, Raja Bahrin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, apabila negara menghadapi masalah yang tidak nampak penghujung penyelesaiannya, semua pihak memerlukan sedikit pengorbanan.
“Setiap ubat selalunya pahit sekejap rasanya tetapi kebaikan jangka masa panjang adalah banyak manafaatnya.
“Oleh itu, kami meminta semua pihak perlu berkorban sekejap untuk menyelamatkan negara dari kerosakan berterusan,” katanya.

Kerajaan perpaduan: BN tak tahu tapi masih terbuka


Mohd Shamsuddin Lias

SHAH ALAM - Adun Sungai Burong daripada BN, Datuk Mohd Shamsuddin Lias menjelaskan BN Selangor juga tidak tahu wujud perbincangan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan di negeri itu, seperti yang didakwa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.
"Saya tak tahu, mungkin bincang dengan pemimpin BN yang lain. Tapi kita terbuka sekiranya ada hasrat menjurus ke arah itu (kerajaan perpaduan), " katanya.

Husam dilaporkan mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Bharu yang dikongsi di Facebooknya, hari ini.
Malah beliau mendakwa pengakuan itu dibuat bukan kepada dirinya sahaja sebaliknya ada pemimpin lain.

Sementara itu, Pas Selangor hari ini menegaskan parti itu tidak pernah berbincang dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tidak ada keperluan untuk Pas bekerjasama dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Husam berubah sejak tak lagi jadi 'orang penting' kata Pas

Husam MusaSHAH ALAM - Pas menyifatkan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mula berubah sikap sejak tidak lagi menjadi 'orang penting' dalam parti ditambah pula selepas tewas dalam pemilihan lalu.

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, sebelum ini Husam tidak pernah menjadi penyerang parti namun kini lantang mengkritik.

"Sejak bila Husam jadi penyerang Kerajaan Pas Kelantan? Pernah dia berbuat demikian sebelum ini?

"Sejak Allahyarham Tok Guru Nik Aziz tidak menamakan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan menggantikan beliau. Sejak Tok Guru Nik Aziz merestui keputusan agar Husam tidak lagi menjadi exco kerajaan Kelantan.

"Sejak Tok Guru Nik Aziz tidak lagi termakan dengan percubaan melaga-lagakannya dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas).

"Sejak beliau kalah pemilihan di muktamar. Sejak itu Husam berubah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini Husam dilihat menyindir kerajaan Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyatnya tanpa memikirkan keadaan ekonomi rakyat ditambah masih ada beberapa tunggakan yang belum dilunaskan.

Terbaharu, Husam mendedahkan pula kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Ahmad Amzad dalam kenyataan sama berkata, pihaknya tidak tahu tujuan serangan Adun Salor itu yang masih ahli Pas terhadap Kelantan sedangkan beliau adalah sebahagian daripada masalah yang berlaku itu.

"Saya tak tahu apa tujuan Husam. Dia menyerang kerajaan Pas Kelantan hingga orang Umno pun bertepuk tangan. Sedangkan dia adalah sebahagian dari kerajaan dan sebahagian dari masalah yang telah berlaku.

"Dia menyerang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang cuma mewarisi pentadbiran sebelumnya. Masalah yang Husam bangkitkan itu berlaku sejak Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar dan orang yang paling diberi kepercayaan oleh Allahyarham adalah Husam sendiri.

Dr M: Poor Malaysia. No honour, accountability or pride.

Eight prominent people, including Prime Minister Najib Abdul Razak, told the media on Wednesday that “the country was not facing a financial crisis”.
mahathir,-malaysia
KUALA LUMPUR: If everything is fine in Malaysia, as the newspapers reported on Wednesday, former Prime Minister Mahathir Mohamad wants to know why there’s a need to arrest people for “sabotaging” the banking and financial systems in the country. “If they have sabotaged the banking and financial systems in Malaysia, surely they would not be fine,” he pointed out in his latest blog posting. “They would be dysfunctional.”
He was commenting on eight prominent people, including Prime Minister Najib Abdul Razak, telling the media on Wednesday that “the country was not facing a financial crisis and it’s not going to go into financial crisis”.
But is it true that everything is hunky-dory, that everything is fine? asked Mahathir. “It can’t be!”
“The banks and the financial system may be fine, but there are other indicators to show that the economy was not fine.”
The ringgit was down at USD1 to RM4.30, he reminded the “optimists”. “That’s a big drop in value and it’s bound to affect the import business and loans in USD.”
He noted that the stock market was also down with a big loss in market capitalization. “Again this would not be good for the economy.”
The economic growth is lagging behind those of Indonesia and the Philippines, he pointed out. “This is not normal. We use to leave them far behind us.”
Everyone complains of increases in the cost of living, said Mahathir. “The toll rates are up, rice prices are up, there’s GST, cost of production and services, transport, wages for servants, unemployment of graduates etc. etc are all high, reducing the purchasing power of everyone.”
There is a loss of confidence in the government precipitated by the 1MDB scandal, he continued. “There’s an inability to service debts, even as there’s disappearance of money, and cash turns up in the private accounts of the Prime Minister and subsequently disappears, there’s an inability to explain USD100 million, the Budget 2016 monetary gifts, shrinking national resources, the questionable use of EPF monies and KWAP funds, and hardly any Foreign Direct Investments.:”
So, all cannot be well, stressed Mahathir. “Who is responsible? “
“It cannot be some nonentity!”

MTEM desak Putrajaya dedah analisis kos-manfaat TPPA secepat mungkin

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Mohd Nizam Mahshar bercmengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di pejabatnya, hari ini. Beliau berkata, semakan awal erhadap dokumen akhir TPPA mengesahkan kebimbangan berkenaan akses kepada ubat mampu milik yang akan menjadi sukar selepas ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 6 November, 2015. 
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Mohd Nizam Mahshar bercmengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di pejabatnya, hari ini. Beliau berkata, semakan awal erhadap dokumen akhir TPPA mengesahkan kebimbangan berkenaan akses kepada ubat mampu milik yang akan menjadi sukar selepas ini.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini mendesak Putrajaya mendedahkan analisis kos-manfaat serta analisis kepentingan negara berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sesegera mungkin selepas dokumen itu didedah kepada umum semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Mahshar berkata, ini kerana semakan awal mereka terhadap dokumen akhir perjanjian itu mengesahkan kebimbangan mereka berkenaan akses kepada ubat mampu milik yang akan menjadi sukar selepas ini.
Bercakap mewakili Badan Bertindak Bantah TPPA, beliau berkata, penelitian terhadap Bab Hakcipta Intelek TPPA mendapati, syarikat farmaseutikal kini boleh mendesak agar paten ubat mereka dilanjutkan melebihi tempoh piawai 20 tahun.

Pemanjangan tempoh paten ini katanya akan melambatkan kemasukan ubat generik ke dalam pasaran. "Ia membolehkan syarikat ubat mendesak pelanjutan terma paten melangkaui tempoh piawai 20 tahun bagi mengganti rugi sebarang tempoh 'tak munasabah' yang diambil pejabat paten atau pihak berkuasa ubat-ubatan dalam meluluskan permohonan paten atau kelulusan geran pemasaran, serta sebarang kelewatan pihak berkuasa kesihatan dalam memeriksa yang ubat-ubatan tersebut selamat, berkesan dan berkualiti baik.
"Pelanjutan paten tentu sekali melengahkan kemasukan ubat generik murah ke dalam pasaran," katanya pada sidang media di pejabat MTEM petang ini.
Pada masa sama, perjanjian itu juga membolehkan monopoli pasaran diteruskan sekiranya sesuatu ubat itu didapati boleh digunakan bagi merawat penyakit selain daripada tujuan asal ia dicipta, kata Nizam.

Laporan DPP dipindah: Polis, SKMM serbu Malaysiakini



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis menyerbu Malaysiakini berhubung laporan berkaitan perpindahan timbalan pendakwa raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Lebih 10 pegawai dan anggota SKMM dan polis menghabiskan kira-kira tiga jam di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya bagi menyoal pihak pengurusan dan editorial sejam jam 5 petang tadi.
Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan memaklumkan bahawa mereka disiasat mengikut Seksyen 499, Kanun Keseksaan berhubung dakwaan fitnah jenayah.
Selepas merakamkan kenyataan dan menyoal-siasat Gan, mereka juga merampas sebuah komputer milik syarikat.
Sebelum ini, SKMM juga telah merakamkan kenyataan daripada Ketua Pengarang KumpulanMalaysiakini Steven Gan dan seorang wartawan berhubung laporan yang disiarkan Isnin lalu.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan seorang pendakwa raya SPRM yang terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting secara mengejut dipindahkan hari ini.
Memetik sumber, Malaysiakini berkata pegawai itu adalah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi.

Jangan pinggir kebajikan rakyat - Husam Musa

TPP: Rakyat Susah Akses Ubat Murah

MTEM Tetap Bantah TPP

Inside Story: Why does the West need Sisi?

Nurul Izzah Anwar - Sacrifice (3:32)

Nurul Izzah Anwar - Malaysia's Most Wanted

Gugurkan semua tuduhan bermotif politik, kata BERSIH



Kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH menuntut supaya semua pertuduhan dan pendakwaan bermotifkan politik terhadap pemimpin parti pembangkang dan aktivis masyarakat dihenti dan digugurkan.
“BERSIH mengutuk tindakan menggunakan undang-undang secara sewenang-wenangnya dengan tujuan politik bagi menafikan hak membantah.
“Semua pertuduhan mesti digugurkan segera lantaran ia bertentangan dengan hak asasi manusia untuk berhimpun dan membantah secara aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebagai contoh, kata mereka, Akta Hasutan masih digunakan secara bebas oleh parti pemerintah untuk membendung aktiviti politik sesiapa sahaja yang menentang mereka.
Ia juga digunakan untuk menakut-nakutkan orang ramai.
“Ini pula dilakukan setelah berkali-kali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk memansuhkan Akta tersebut dan memungkirinya.
“Pendakwaan terpilih yang dilakukan pihak pemerintah adalah langkah menjenayahkan hak membantah, dan ia terus disalahgunakan tanpa sebarang bantahan daripada perdana menteri,” katanya.

Skandal Hartanah: Mengapa kekalkan Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara? – soal Rafizi

rafizi ramli (m)
Rafizi berkata, dia akan terus memberi fokus kepada isu dan kepincangan Mara dalam menjaga kebajikan anak-anak Melayu/Bumiputra.

KUALA LUMPUR, 6 November:

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menjelaskan kepada rakyat mengapakah Tan Sri Annuar Musa masih dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi penggal yang baru sedangkan pendedahan setakat ini menunjukkan beliau tahu mengenai pembelian hartanah melibatkan dana Mara di Australia.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, Annuar bagaimanapun tidak mengambil sebarang tindakan segera untuk merungkainya, sehinggalah perkara ini didedahkannya dan juga media Australia pertengahan tahun ini.
Menurutnya lagi, Ismail Sabri juga perlu menjawab kenapa sehingga kini mantan Pengerusi Mara pada ketika pembelian itu berlaku iaitu Datuk Seri Idris Jusoh, sehingga sekarang masih belum dipanggil atau disiasat kerana semua ini berlaku di bawah pengawasan beliau.
“Saya akan terus memberi fokus kepada isu ini dan kepincangan Mara dalam menjaga kebajikan anak-anak Melayu/Bumiputra.
“Skandal ini tidak boleh ditutup dengan penamatan kontrak dua orang pegawai tinggi Mara,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah Ahli Parlimen Pandan itu lagi, sekalipun penamatan kontrak perkhidmatan dua pegawai tinggi Mara iaitu Datuk Abdul Halim Rahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Mara Inc dan Datuk Mohammad Lan Allani (Pengerusi Mara Inc) adalah tepat tetapi ia adalah tindakan yang paling ringan yang diambil oleh Mara dan tidak menyelesaikan apa-apa.

Kempen "Mana RM2.6BILION?"

Beberapa bulan telah berlalu sejak pendedahan The Wall Street Journal tentang wang RM2.6 bilion dikatakan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Sehingga hari ini seluruh rakyat Malaysia masih tercari-cari, terpinga-pinga dari siapa, untuk apa, kepada siapa dan ke mana wang RM2.6 bilion tersebut?

Perdana Menteri sendiri mengakui duit RM2.6 bilion tersebut diterima beliau dari seorang penderma dari Timur Tengah. Timbalan Perdana Menteri maju setapak lagi dengan mengatakan beliau sudah bertemu wakil penderma tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] juga mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan wang tersebut malah menyatakan akan memanggil Najib memberikan keterangan.

Masa berlalu tetapi statusnya masih sama. Najib belum dipanggil memberikan keterangan. Siapa penderma, untuk apa diderma, kenapa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib masih belum terjawab. Pertanyaan-pertanyaan Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat setiap hari menyentuh isu tersebut tetapi tiada sebarang jawapan diberikan.

Bertolak daripada tarikh pembentangan Bajet 2016 di mana sebahagian Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tidak termasuk Ahli Parlimen "Penasihat" mengangkat plakad "MANA RM2.6 BILION?" di dalam Dewan Rakyat, maka saya merasakan adalah wajar kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan integriti dan urus tabdir negara menggerakkan dan meneruskan kempen "MANA RM2.6 BILION?" ini sehingga jawapan dan penjelasan berkaitan isu tersebut diberikan oleh Kerajaan.

Ayuh bersama-sama kita tukar profile facebook kita kepada profile Kempen "MANA RM2.6 BILION?'.

ADUN tak setuju naik gaji sila tulis surat kata Mohd Amar



Polemik berkaitan kenaikan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terus meletus.
Kali ini, wakil rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan kenaikan elaun diminta menulis surat kepada kerajaan negeri bagi menolaknya.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah dilapor berkata demikian selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan oleh Harakahdaily semalam.
Beliau mengulas kritikan keras ADUN Salor dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) yang menolak kenaikan elaun ketika rakyat terhimpit beban kos sara hidup.
Husam berpendapatan kenaikan itu boleh ditangguhkan untuk beberapa bulan kerana keutamaan harus diberikan kepada usaha menyelesaikan beberapa bayaran tertunggak negeri.
Beliau membangkitkan isu tunggakan 16 bulan guru di Yayasan Islam Kelantan (YIK), tunggakan bayaran pencarum kifalah serta tunggakan dividen peserta Ladang Rakyat.
Ambil kira kewangan negeri
Sementara itu, Nik Amar juga dilapor sebagai berkata kenaikan elaunnya, menteri besar dan exco kerajaan negeri wajar dengan keadaan semasa.
Katanya, kenaikan saraan baru itu diambil berdasar kedudukan kewangan kerajaan negeri.
“Kalau dikira peringkat awal Menteri Besar menolak elaunnya dinaik sehingga RM18,000 sebulan, beliau meminta dipotong kepada RM15,000.
“Elaun anggota exco dan menteri besar sudah menjadi peraturan pentadbiran lebih tinggi berbanding dengan wakil rakyat biasa.
“Kalau elaun menteri besar, timbalan menteri besar dan anggota exco sama dengan Adun, jadi elaun wakil rakyat kena lebih rendah lagi,” beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar web PAS itu.
Harakahdaily melaporkan Husam turut mempersoalkan mengapa pemimpin kerajaan itu turut mengambil kesempatan dinaikkan elaun seperti wakil rakyat biasa.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 2 November lalu meluluskan meminda Rang Undang-undang Enakmen Saraan Anggota-Anggota Pentadbiran dan ADUN 1980 (Pindaan 2015).
Ia membabitkan kenaikan elaun menteri besar daripada RM12,800 kepada RM15,000 sebulan, timbalan menteri besar, (RM8,800 kepada RM13,000), exco serta speaker DUN, (RM6,000 kepada RM10,000) dan ADUN (RM4,600 kepada RM8,000).

'DAP sasar 8 kerusi kerana kurang yakin dengan PAS' - Khalid Samad



Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad menolak hujah bahawa rancangan DAP untuk bertanding di lapan kerusi PAS di Selangor mencerminkan kurangnya keyakinan terhadap rakan komponen baru mereka.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata DAP telah hilang keyakinan sama sekali terhadap kemampuan PAS.
Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali yang mendakwa DAP berbuat demikian kerana tidak yakin bahawa parti serpihan PAS AMANAH mampu mempertahankan kerusi berkenaan.
“Kalau ingin menilai kenyataan DAP secara serius, saya tidak akan mengatakan bahawa ia menunjukkan kurangnya keyakinan DAP terhadap kemampuan AMANAH. Sebaliknya saya akan katakan bahawa DAP telah hilang keyakinan sama sekali terhadap kemampuan PAS!
“Ini adalah kerana semua kerusi yang disebut adalah kerusi yang telah dimenangi PAS pada 2013. Tetapi DAP sekarang menganggap bahawa PAS tidak lagi mampu mempertahankan kerusi-kerusi berkenaan.
“Ini adalah kerana DAP melihat bahawa PAS, melalui kenyataan dan pendiriannya yang mutakhir, telah kehilangan undi dan sokongan bukan Melayu,” katanya dalam tulisannya di blog AMANAH.
Beliau juga mengingatkan PAS tentang apa yang berlaku pada pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004, di mana parti itu tewas di semua kerusi DUN yang ditandingi di Selangor.
“Sikap bersendirian PAS hari ini, memungkinkan kembali senario 2004, di mana PAS dan DAP tidak ada persefahaman dalam pilihanraya.

Dr Mahathir serahkan nasibnya kepada polis

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi ini didatangi sepasukan polis untuk merakamkan kenyataannya dipercayai berkaitan kritikan yang dibuatnya terhadap Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 November, 2015. 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi ini didatangi sepasukan polis untuk merakamkan kenyataannya dipercayai berkaitan kritikan yang dibuatnya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat keputusan sama ada untuk menahannya berikutan siasatan yang sedang dijalankan ke atasnya berkaitan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, bekas perdana menteri dan presiden Umno itu berkata, walau apa pun siasatan yang sedang berjalan, beliau tidak berhasrat meninggalkan parti Melayu itu.
"Terpulang kepada mereka (polis)," katanya kepada wakil media hari ini sebelum meninggalkan pejabatnya kira-kira pukul 1.15 tengah hari ini.

Beliau juga mengetepikan soalan wartawan yang bertanya sekiranya beliau takut akan ditangkap, dengan mengatakan sekali lagi "terpulang kepada mereka". Beliau juga menjawab mengatakan "Saya tidak tahu" apabila ditanya di bawah peruntukan undang-undang mana beliau sedang disiasat.
Terdahulu hari ini kira-kira jam 10.40 pagi, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Persekutuan Bukit Aman tiba di pejabat Dr Mahathir bagi merakamkan kenyataannya dipercayai berkaitan kritikan yang dibuatnya terhadap Najib, khususnya ketika perhimpunan Bersih 4 Ogos lalu.
Mengenai soal siasat polis hari ini, Dr Mahathir berkata pihak polis bertanya kepadanya soalan tetapi beliau memutuskan untuk tidak menjawab.
"Mereka bertanya soalan dan saya kata, saya tidak akan menjawab. Saya tidak menapis apa-apa," katanya.

MB tak tahu usaha kerajaan Umno-PAS di S'gor



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, beliau tidak tahu tentang wujudnya usaha untuk menubuhkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno di negeri itu.
Selain itu, Azmin berkata, beliau juga tidak mencampuri urusan parti lain.
"Saya tak campurlah. Itu politik parti lain.
"Saya tak tahu... Saya tidak tahu-menahu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan ADUN Salor Datuk Husam Musa yang mendakwa PAS merancang untuk menubuhkan kerajaan bersama Umno di Selangor.
Ditanya lagi mengenai kenyataan Husam itu, timbalan presiden PKR itu berkata:
“Kena tanya Datuk Husamlah. Saya tidak tahu. Saya tidak didedahkan kepada maklumat itu. Jadi, kamu kena tanya Datuk Husam," katanya.
Husam dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Dalam video ucapan yang dimuat naik di Internet pagi ini, Husam mendakwa Hadi mengaku mengajak dua atau tiga ADUN PKR menyertai PAS bagi membentuk kerajaan negeri bersama Umno.
Walaupun tidak menyatakan tempoh masa berkenaan, ia dipercayai merujuk keadaan semasa krisis menteri besar Selangor ketika PKR mahu menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bila dah gelap hati mata duitan, yg terang2 HARAM nak dihalalkan.

APA NAK HERAN, klu bapak segala maksiat ARAK & JUDI pon boleh dpt kelulusan dari KERAjaan BN.. Inikan pula anak2 cucu cicitnya vape..

Biar haram sekalipun janji KERAJAAN DAPAT UNTUNG CUKAINYA !!

Ini namanya teknik dua dalam satu.
India rampas Melayu halang. HIDUP MELAYU !!... Dapat sokongan orang muda...

India cadang kenakan cukai. Proses nak cukai untuk vape pun di kaji. KERAJAAN JUGA YANG UNTUNG. Nampak tak mainannya? Rakyat jugak yang kena...

Dlm UMNO, halal HARAM SAMA2 BANTAI !!!

Akhirnya, satu per satu tukang fitnah keluar Pas kata Nasrudin Hassan


Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mendakwa tukang fitnah dalam Pas akhirnya telah keluar parti selepas melemparkan fitnah setiap hari.

Menurutnya, meskipun dilanda fitnah terutama melibatkan dakwaan menyertai Umno, Pas masih tetap bertahan hingga hari ini di bawah kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ratib Pas nak masuk Umno 33 kali, Pas nak bergabung dengan Umno 33 kali, Tuan Guru Haji Hadi nak bawa Pas masuk Umno 33 kali, Pas bekerjasama dengan Umno 99 kali, setiap kali selepas sarapan pagi dan makan malam.

"Kesannya, seorang demi seorang peratib ini keluar Pas namun Pas kekal dengan prinsip perjuangan Islamnya dan Tuan Guru selaku Presiden Pas terus konsisten dengan wibawanya sebagai pemimpin Pas," tulisnya dalam kemaskini status di Facebook, hari ini.

Terbaharu, Pas dikaitkan mahu kerjasama bersama Umno susulan keputusan parti itu yang mengambil sikap berkecuali daripada menyertai cadangan menolak usul Bajet 2016 di Parlimen.

Kartunis cabar 9 tuduhan bawah Akta Hasutan

Kartunis karya satira Zunar memfailkan permohonan untuk mencabar sembilan pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Permohonan itu difailkan bagi pihaknya oleh peguam Eric Paulsen dan Latheefa Koya ketika perkara itu disebut hari ini.
Latheefa memberitahu Malaysiakini, cabaran itu membangkitkan persoalan perlembagaan berkaitan Akta Hasutan.
 Persoalan itu sama ada kurangnya niat untuk membuktikan pendakwaan bawah akta itu bertentangan dengan Perkara 5 perlembagaan berkaitan perbicaraan adil dan perkara 8 (kesetaraan di sudut undang-undang) dan perkara 10 (kebebasan bersuara).
Katanya, isu kedua sama ada hak-hak asasi boleh dianggap sebagai jenayah.
Beliau membangkitkan kes Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman serta kes pensyarah zmi Sharom sama ada Mahkamah Persekutuan tidak terkhilaf membuat keputusan.
Zunar didakwa susulan sembilan tweet yang dibuat April lalu berkaitan sabitan kes liwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Zunar, mahkamah sama akan turut mendengar kes hasutan terhadap Paulsen dan anggota Dewan Undangan Negeri Padang Serai.

Saya sedia berdepan Jamal bila-bila masa, kata pemimpin DAP



Adun Sekinchan Ng Suee Lim berkata kenyataan beliau untuk menukar nama perkampungan Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam kepada nama Cina merupakan gurauan sahaja.

Pemimpin DAP Selangor Ng Suee Lim tidak gentar dengan sidang media yang akan diadakan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos petang ini, berhubung kenyataannya mengenai nama perkampungan Bagan Nakhoda Omar (BNO) di Sabak Bernam semalam.
Menurut ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan itu, kenyataannya semalam, yang mencadangkan nama kampung itu ditukar kepada nama Cina, hanya gurauan semata-mata untuk mengambil perhatian Dewan.
"Itu cuma lawak sahaja. Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali) pun tahu saya berlawak.

"Tidak mengapalah, ini politik. Kalau Jamal hendak buat sidang media, buatlah. Saya biasa di kawasan Sekinchan di Sabak Bernam," katanya kepada pemberita di lobi DUN Selangor di Shah Alam hari ini. "Saya sudah lawan dengan 3 orang. Dulu saya lawan Khir Toyo, sekarang saya lawan Noh Omar. Dan saya akan berdepan dengan Jamal bila-bila masa. Tidak ada masalah," katanya merujuk kepada bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar.
Jamal yang juga merupakan ketua perhimpunan "baju merah" dijadualkan mengadakan satu sidang media pukul 4 petang sebagai bantahan kepada cadangan Ng menukar nama perkampungan itu yang menurut Ng majoritinya terdiri dari nelayan Cina.
"Dia hendak cakap saya rasis? Terpulanglah, ini politik. Hendak gelar saya rasis biar dia gelar. Saya akan lawan mereka di mana-mana juga. Tidak ada masalah.

Najib tak letak jawatan biarpun Bajet 2016 ditolak kata Pas


Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tidak akan terjejas malah akan terus berkuasa walaupun ahli Parlimen pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya terhadap Bajet 2016.
Demikian kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sambil menegaskan penolakan belanjawan negara itu hanya akan menjejaskan penggajian penjawat awam dan menyusahkan rakyat.
“Sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu.
“Akan tetapi langsung tidak mengancam kedudukan Perdana Menteri mahupun BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah. Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng pada Ahad menyifatkan keputusan Pas yang tidak menyokong usul penolakan Bajet 2016 menunjukkan bahawa parti Islam itu mahu bekerjasama dengan BN.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau kesal dengan tindakan Pas menolak usul terbabit yang sekaligus dilihat menolak undi tidak percaya Pakatan Harapan terhadap Perdana Menteri itu.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga berkata walaupun Pas sedar bahawa Bajet 2016 ‘pembuka laluan’ kepada kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang lebih tinggi pada belanjawan akan datang, namun rakyat tidak perlu menjadi mangsa politik dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Isu vape serlah sikap hipokrit BN -Amanah

Pemuda Amanah menuduh kerajaan bersikap bermuka-muka dalam menangani isu melibatkan anak muda sekaligus meningkatkan kebencian rakyat terhadap BN.
Shazni-Munir_vape_600
PETALING JAYA : Tindakan kerajaan dalam isu vape menimbulkan cemuhan dan kebencian rakyat khususnya anak muda kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Naib Ketua (Politik) Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithin berkata, tindakan kerajaan dalam isu itu juga menyerlahkan sikap hipokrit BN dalam menangani isu melibatkan anak-anak muda.
Katanya, ini ditambah dengan sikap ‘senyap’ mufti yang selama ini sering memberi komen dalam isu-isu tertentu.
“Tindakan kemuncak kerajaan untuk terus menyita kedai vape sebagaimana yang telah dikeluhkan oleh Haqim Arshad (peniaga vape) dan telah viral di laman-laman sosial menunjukkan sikap ‘bermain wayang’ kerajaan terhadap anak muda dan rakyat secara keseluruhannya.
“Bermula dengan fatwa pengharaman vape oleh mufti, kemudian sokongan terbuka Menteri Kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap pengguna vape..
“Dan kini tindakan drastik untuk menyita kedai vape tersebut sebagaimana yang didakwa oleh Haqim Arshad. Semua ini mengundang cemuhan anak muda dan rakyat yang meluat dengan tindakan kerajaan seolah-olah mempermainkan mereka,” katanya.
Isu vape menjadi ‘panas’ apabila Kementerian Kesihatan menjalankan operasi besar-besaran merampas dan menyita barangan vape termasuk cecair perasa kerana di seluruh negara.
Tindakan itu bertentangan dengan keputusan Kabinet sebelum itu yang membenarkan vape terus dijual.
Tindakan Kementerian Kesihatan itu diambil mengikut Akta Racun kerana dipercayai memberi kesan kepada kesihatan pengguna vape kerana ada perasa yang mengandungi nikotin.
Tindakan itu membangkitkan kemarahan pengguna vape kerana penjualan rokok dibiarkan tanpa tindakan sedangkan rokok lebih bahaya berbanding vape yang belum terbukti memberi kesan negatif.

MB Terengganu timbang lantik Hadi penasihat k'jaan Umno/Bn

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mempertimbangkan melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan BN itu.
“Tiada masalah. Saya pernah jumpa Hadi sebelum jadi MB dan kami ada berbincang.
“Beliau beri beberapa pandangan positif (berkaitan kerjasama tidak memihak dan pentadbiran).
 “Ia gambarkan kesediaan PAS membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita,” beliau dilapor sebagai berkata oleh New Straits Times.
Razif berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam konvensyen Umno Terengganu semalam.
Beliau berkata penting untuk mempertimbangkan pandangan politik pelbagai pihak dan menerima apa yang memberi manfaat kepada orang ramai.
Hadi pada 1 November berkata partinya sedia bekerjasama dengan BN dalam isu-isu pentadbiran.

PAS Selangor sangkal dakwaan Husam wujud cadangan kerjasama PAS-Umno

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad nafi wujud perbincangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, seperti didedahkan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad nafi wujud perbincangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, seperti didedahkan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Tiada sebarang perbincangan antara PAS dan Umno mengenai penubuhan kerajaan perpaduan seperti yang didedahkan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa di ceramahnya semalam, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.
Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, tidak ada keperluan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana situasi sedia ada parti Islam itu masih dalam keadaan terkawal.
"Apa perlu kita tubuh kerajaan perpaduan dengan Umno? Umno pun orang dah tak mahu," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Beliau sebaliknya berkata, dakwaan Husam presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor kemungkinan diputarbelitkan media. "Umno sekarang berada dalam keadaan tertekan, buat apa kita tubuhkan perpaduan dengan kerajaan dan parti yang tidak diterima lagi oleh orang," katanya.
Semalam, Husam mendedahkan dalam ceramah beliau di Kota Baru, Kelantan, Hadi mengaku pernah merancang kerjasama tersebut dengan Umno pada tahun lepas ketika krisis pertukaran menteri besar di Selangor.

Tak perlu soal Mahathir lagi, kata peguam



Peguam Haniff Khatri Abdullah berkata tidak ada sebab bagi polis untuk terus mengambil keterangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mereka berbuat demikian di bangunan Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur hari ini.
"Kemungkinan untuk polis datang semula ambil keterangan Tun M kita tak tahu dan berpandukan kepada apa yang pihak polis rasa sesuai.
"Tapi bagi kami, kami percaya tidak ada sebab untuk polis datang lagi sebab segala perkara yang perlu dinyatakan dan yang hendak dinyatakan telah dibuat,” katanya di luar bangunan itu.
Haniff juga menjelaskan Mahathir hari ini hanya disiasat secara umum dan tidak spesifik kepada isu tertentu yang memakan masa 45 minit.
Beliau juga mengesahkan bekas perdana menteri itu disoal berhubung beberapa perkara, termasuk kehadirannya pada perhimpunan BERSIH 4, di ibu negara hujung Ogos lalu.
Haniff bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung peruntukan undang-undang mana yang digunakan ke atas anak guamnya.
Katanya, polis boleh mengambil tindakan berdasarkan keterangan sedia ada.
"Sekiranya ada apa-apa tindakan yang perlu diambil polis boleh buat keputusan dengan keterangan sedia ada.
"Tun diwakili oleh tujuh peguam, tiga daripada mereka berada bersama-sama ketika beliau diambil keterangan.
"Pihak polis diketuai Superintendan Azham Othman bersama dua pegawainya merakam percakapan beliau dari jam 11 pagi hingga 11.45 pagi," katanya.
Haniff berkata, Dr Mahathir memberi kerjasama penuh semasa keterangannya diambil namun mengambil pendekatan untuk tidak menjawab beberapa soalan selepas dinasihati peguamnya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, Mahathir akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah.
Ini adalah berkaitan dengan kenyataannya semasa perhimpunan BERSIH 4, di mana Mahathir membuat dua penampilan pada 29 Ogos dan 30 Ogos dan menuduh pemimpin Umno menerima rasuah.

Mahathir enggan jawab soalan polis



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian untuk tidak menjawab soalan yang diajukan kepada beliau ketika pihak polis mengambil keterangannya pagi tadi.
"Mereka ( polis) bertanya soalan, saya berkata, saya tidak akan menjawab," kata Mahathir sambil ketawa ketika diajukan soalan pemberita selepas selesai sesi soal jawab dengan polis.
Mahathir Mohamad pagi tadi diambil keterangan oleh tiga pegawai polis dari Bukit Aman dan beliau telah disoal siasat polis selama 45 minit yang bermula sekitar jam 11.00 pagi.
Malah ketika diminta mengulas sama ada pihak polis akan mengambil tindakan terhadap beliau, ini jawab veteran Umno berusia 90 itu "Itu terpulang kepada mereka ."
Mahathir juga menolak spekulasi bahawa beliau berkemungkinan akan sekali lagi keluar Umno dalam usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
"Tidak, itu parti saya ," dia menjawab sambil ketawa," kata Mahathir di Bangunan Yayasan Al -Bukhary di Kuala Lumpur.

PERGHH...MEMANG TERBAIKLAH PENGERUSI PAC YANG BAHARU INI!!

Ketika arwah Jamaluddin Jarjis masih hidup, Hasan Ariffin tidaklah begitu dikenali dan hanya merupakan pemimpin peringkat negeri Pahang dengan jawatan tertinggi yang pernah dipegangnya ialah Timbalan Menteri Besar Pahang sahaja.

Beliau juga tiada apa-apa pencapaian gemilang dalam pentadbiran kerajaan  mahu pun politik yang membolehkan namanya diingati serta dijulang. Beliau tidaklah sesetia dan mengiyakan apa saja seperti Hang Tuah dan tidak juga seberani melawan arus seperti Hang Jebat.

Wataknya lebih kurang seperti Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu saja - jarang benar disebut dan dipeduli orang, ada tidak begitu menambah, tiada pun tidak banyak mengurang.

Tetapi itu dulu. Sekarang setelah menjadi Ahli Parlimen Rompin mengambil alih tempat arwah Jamaluddin Jarjis dan dilantik pula menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC yang berdepan tanggungjawab menyiasat 1MDB, Hasan nampaknya sudah lain macam.

Jika kenyataan awalnya sebaik dilantik mengetuai PAC ialah dengan mengatakan kedudukan Tony Pua akan ditentukan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu berikutan kelantangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bercakap mengenai 1MDB dan meskipun tiada apa-apa yang terjadi selepas itu, kecondongannya sudah mulai dapat dirasai.

Kemudian apabila timbul isu debat Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy, Hasan yang pada mulanya agak terbuka dengan mengatakan beliau tidak kisah dan menyerahkan sepenuhnya kepada Ahli Parlimen DAP itu membuat keputusan, tetapi sikapnya mula berubah apabila Speaker tidak membenarkannya serta mengancam untuk meletakkan jawatan jika debat itu berlangsung juga.

Hasan malah mentafsirkan keputusan Speaker itu bahawa selagi kekal dalam PAC, Tony Pua bukan saja tidak boleh mengambil bahagian dalam debat dengan Arul Kanda, bahkan turut tidak boleh bercakap lagi mengenai 1MDB sama ada di luar Parlimen atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai syarikat bermasalah dan sarat hutang itu.

Semalam pula, setelah Tony Pua memilih untuk terus kekal dalam PAC dan mengundur diri daripada berdebat, Hasan mengatakan Tony Pua juga tidak dibenarkan lagi menyebut tentang 1MDB walau di dalam Parlimen sekali pun.

Walaupun jelas dalam arahan Speaker sebelum ini bahawa sebagai anggota PAC, Tony Pua hanya tidak boleh mengambil bahagian dalam debat mengenai 1MDB kerana bimbang menjejaskan proses siasatan jawatankuasa Parlimen yang dianggotainya, tetapi menjadi haknya untuk bercakap dalam Parlimen, tetapi tafsiran Hasan seperti melebihi maksud Speaker sendiri.

Melarang Tony Pua menyebut mengenai 1MDB dalam Parlimen juga bertentangan dengan kenyataan Shahrir Samad, bekas Pengerusi PAC yang mengatakan Ahli Parlimen pembangkang itu masih bebas untuk bercakap tentang 1MDB asalkan tidak bertindih dengan laporan dan penyiasatan yang diketahuinya sebagai anggota PAC.

Kerajaan Umno/Bn Terengganu sedia bekerjasama dengan Pas

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu sedia pertimbangkan untuk menjadi negeri pertama berkolaborasi dengan Pas sekiranya parti itu berhajat menjalin kerjasama di peringkat negeri.
Ia susulan daripada tawaran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedia menjadi penasihat kerajaan BN bagi menyelesaikan masalah dihadapi negara ketika ini.
Terengganu sedia bekerjasama dengan Pas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengalul-alukan tindakan Pas itu, namun menetapkan syarat supaya ia perlulah menetapi kehendak kedua-dua pihak sambil menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah termasuk kemungkinan menempatkan mereka bersama-sama kerajaan negeri demi kepentingan rakyat.
Bagaimanapun, pihaknya akan mendapatkan pengesahan daripada presiden Pas terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu sebagaimana dilaporkan media sebelum ini.
“Kalau bersetuju mungkin Kerajaan Negeri Terengganu boleh menjadi negeri pertama mengadakan kolaborasi tersebut tetapi kita dengar dulu apakah kehendak daripada pihak pembangkang ini.
“Sekiranya menepati atau tidak ada perkara yang pelik-pelik, kita boleh terima,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Primula Beach Hotel, di sini, semalam.
Dalam laporan media sebelum ini, Pas bersedia bertindak sebagai penasihat bagi membantu Kerajaan BN mentadbir negara dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.
Memetik laporan media terbabit, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya.
Ahmad Razif turut mendedahkan pernah berjumpa dengan Abdul Hadi apabila dilantik sebagai Menteri Besar sebelum ini sebagai mengambil pandangan semua pihak termasuk pembangkang bagi mempertingkatkan urus tadbir negeri yang lebih baik.
“Dalam kita menguruskan negeri ini, kenapa kita tidak boleh ambil pandangan-pandangan positif. Ini untuk kebaikan rakyat,” katanya.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Jailani Johari; Setiausaha, Datuk Muhammad Pehimi Yusof dan Ketua Penerangan yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen Umno Terengganu 2015, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

PAS tetap lawan Umno - Timb Presiden

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN


 
MATLAMAT perjuangan PAS ialah memperjuangkan sebuah negara yang terlaksana di dalamnya nilai hidup Islam. Inilah matlamat sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan PAS.  Maka apa jua gerak kerja PAS ialah bagi mencapai hasrat tersebut.

Di atas asas inilah, PAS menyertai pilihan raya kerana dengan kekuasaan akan memudahkan pelaksanaan segala sistem dan dasar yang menepati matlamat tersebut.

Di atas dasar itulah juga, PAS menubuhkan Pasti, kerja Amal dan pelbagai program parti. Semuanya usaha dan jihad bagi menegakkan agama Allah di atas muka bumi. Di atas inilah PAS berusaha membuang Umno daripada tampuk pemerintahan kerana kerosakan yang dibawanya dan juga budaya rasuah yang sudah berakar tunjang di setiap pelosok pentadbiran negara.

Di samping menyertai pilihan raya, PAS juga membantah melalui demonstrasi,  menyerahkan memorandum, mengadakan dialog dan berhujah sama ada di dalam dan luar parlimen dan dewan undangan negeri. Maka inilah kaedah berpolitik dalam Islam. Ketika perang, kita berperang dengan beradab -  tempat ibadah,  wanita dan kanak-kanak tetap dijaga. Pada waktu kita tidak berperang,  kita menggunakan kaedah lain termasuklah mendesak,  menasihat,  berdemonstrasi dan juga berhujah. Ini kerana Islam dibina di atas asas nasihat sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أَمِينٌ

"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu." (Surah al-A’raf: 68).

عن تميم بن أوس رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( الدين النصيحة ، قلنا : لمن يا رسول الله ؟ قال : لله ، ولكتابه ، ولرسوله ، ولأئمة المسلمين وعامتهم ) رواه البخاري ومسلم

Dari Tamim bin Aus radiallah anhu: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Agama adalah nasihat, kami berkata: Kepada siapa?  Beliau bersabda: Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menasihat boleh dalam bentuk menegur tindakan kerajaan yang bertentangan dengan syarak atau mengemukakan cadangan penyelesaian dari kaca mata Islam.  Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab yang telah dijalankan oleh hampir semua parti politik.

Nasihat dan teguran yang berpandukan al-Quran, Hadis dan pandangan para ulama adalah sebahagian dari tanggungjawab syarak yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW.  Maka bilamana Presiden menjelaskan PAS akan terus menasihati kerajaan ia bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem politik Islam. Perkataan nasihat sebenarnya satu adab rendah diri keperibadian Presiden PAS sebagai salah seorang ulama terkemuka di dunia. Beliau tidak meletak darjat dirinya lebih tinggi daripada orang lain.

Apa yang lebih penting ialah matlamat perjuangan bagi menegakkan sebuah masyarakat yang terlaksana nilai-nilai Islam dapat dicapai melalui apa jua kaedah yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Inilah yang ditegaskan berulang-ulang kali oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kalau Umno mengubah dasar perjuangan dari kebangsaan kepada Islam, maka kita akan sanggup bubar PAS. Ini bermakna dalam perjuangan PAS, soal mendapatkan kekuasaan tidak menjadi matlamat, ia hanya alat bagi mencapai matlamat bagi pembentukan negara Islam.

Najib mesti hadir di Parlimen jelaskan skandal, kata Kit Siang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu hadir di Parlimen pada 16 November menjawab persoalan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sumbangan RM2.6 bilion dan rombakan Kabinet, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu hadir di Parlimen pada 16 November menjawab persoalan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sumbangan RM2.6 bilion dan rombakan Kabinet, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu hadir di Parlimen pada 16 November untuk memberi penjelasan penuh kepada wakil rakyat mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dan rombakan Kabinet, kata Lim Kit Siang.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, tarikh tersebut merupakan hari terakhir penggulungan Bajet 2016 peringkat menteri dan ia akan menyediakan platform untuk Najib menjawab soalan ahli Parlimen pembangkang mengenai isu berkenaan.
Lim mendakwa, "pentas" kini tersedia apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Azalina Othman Said berkata sebelum ini, kerajaan akan menerangkan mengenai sumbangan RM2.6 bilion itu pada 3 Disember, hari terakhir persidangan yang sedang berlangsung ketika ini.

"Saya menyeru kepada Najib supaya menunjukkan lebih hormat kepada tradisi, konvensyen, prosedur dan amalan Parlimen berbanding menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Parlimen, dan tidak membiarkan jadual dibuat Azalina yang tidak mengikut peraturan Parlimen. "Sebaliknya, beliau (Najib) perlu berada di Parlimen untuk menjawab ucapan ahli Parlimen mengenai dua skandal besar iaitu 1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion pada hari terakhir menteri membuat penggulungan pada 16 November," kata Lim.
"Najib perlu jelaskan apa yang beliau hendak sembunyikan hingga beliau tidak berani datang ke Parlimen untuk memberikan pertanggungjawaban penuh berhubung dua skandal besar itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Mahathir jumpa polis hari ini berhubung kritikan terhadap Najib

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan bercakap dengan polis hari ini berhubung siasatan berkaitan kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan bercakap dengan polis hari ini berhubung siasatan berkaitan kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiasat kerana kemungkinan melakukan kesalahan fitnah, akan bercakap dengan polis hari ini ketika pihak berkuasa menyiasat kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pegawai khas kepada Dr Mahathir, Sufi Yusof menerusi teks pesanan ringkas berkata pemimpin paling lama berkhidmat itu akan bertemu polis hari ini.
Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa membuka beberapa kertas siasatan susulan laporan yang dibuat terhadap Dr Mahathir.

Siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu berkaitan kesalahan memfitnah. Dr Mahathir, 90, ketika ini giat berkempen menyingkirkan Najib, malah sebelum terjadinya skandal pembiayaan dikaitkan dengan perdana menteri yang menyemarakkan ketegangan politik dan membawa beribu penunjuk perasaan anti kerajaan mengadakan perhimpunan di ibu negara. – Bloomberg,

Hadi akui mahu bentuk kerajaan dengan Umno di Selangor, dakwa Husam

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan secara terbuka, presiden PAS mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa “melepaskan bom” malam tadi dalam ceramahnya apabila mendedahkan secara terbuka, presiden PAS mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Katanya, "konspirasi" antara 2 parti Melayu itu menjadi punca perpecahan dalam PAS sebelum ini sehingga melahirkan kumpulan serpihan yang membentuk parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).
Husam berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengakuan tersebut ketika ditanya secara beramai-ramai oleh beliau sendiri dan rakannya dalam PAS.

"Presiden kita sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai," kata Husam dalam ceramahnya di Kota Baru malam tadi, yang pertama selepas sekian lama berehat kerana sakit. "Saya jadi begini, Mat Sabu jadi begini, adalah kerana konspirasi orang Umno dengan kerjasama orang PAS," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang kini presiden Amanah.
Sehubungan itu, Husam mencabar Hadi menafikan perkara itu, yang didakwanya berlaku sekitar tahun lepas dalam proses pertukaran menteri besar di Selangor, jika apa yang didedahkannya itu tidak benar.
"Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.
Husam berkata dalam perancangan itu, Hadi mengaku membuat tawaran kepada beberapa Adun PKR untuk mencukupkan bilangan bagi menubuhkan kerajaan negeri dengan Umno.
Ia berlaku ketika Pakatan Rakyat ketika itu menghadapi krisis berhubung pertukaran menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lepas.
Bagaimanapun, katanya, perkara ini dimaklumkan oleh Adun PKR berkenaan kepada parti mereka.
Husam berkata, perancangan kerjasama dengan Umno itu tidak berhenti setakat itu saja walaupun gagal ia selepas ditolak akar umbi PAS.
Sekarang, katanya, Hadi melontarkan pula idea baharu kepada umum, iaitu untuk menjadi "penasihat kepada kerajaan" sebagai kesinambungan daripada usaha kerjasama ini.
"Niat di hati sudah ada, tetapi kerana rakyat jelata tidak boleh terima lagi, bila campak (idea) penasihat, bagaimana?," soalya dalam ceramah itu.
Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Hadi baru-baru ini yang dilaporkan berkata, PAS bersedia menasihati kerajaan BN menguruskan masalah berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, dengan syarat Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.
Hadi juga pernah berkata sebelum ini, PAS tidak mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur tetapi mahu beliau menghabiskan penggalnya sebagai perdana menteri dan parti itu bersedia membantu kerajaan dalam dasarnya.
Husam dalam ceramahnya berkata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pernah berkata, sukar untuk menambah bilangan menteri dalam kerajaan buat waktu ini kerana bilangan 39 menteri sudah terlalu ramai.
"Nazri beritahu, tak usah masuklah, menteri sudah penuh. Sebab itulah timbul idea lantik jadi penasihat yang bertaraf menteri," kata Husam.
-TMI

Tolak Bajet 2016 hanya susahkan rakyat, kata PAS

Tidak mungkin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan letak jawatan walaupun Bajet 2016 ditolak, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Tidak mungkin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan letak jawatan walaupun Bajet 2016 ditolak, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Undi tidak percaya terhadap Bajet 2016 di Dewan Rakyat hanya akan menyusahkan rakyat, kerana sekiranya ia berjaya, ia hanya akan mengakibatkan "government shutdown", kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mempertahankan pendirian parti tidak akan mengundi untuk menolak bajet itu, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan meletak jawatan walaupun sekiranya bajet itu ditolak majoriti ahli Parlimen.
Sebaliknya, beliau berkata, Malaysia akan mengalami masalah sama seperti "government shutdown" di Amerika Syarikat pada 2013 di mana kakitangan kerajaan ada yang terpaksa mengambil cuti sementara ada terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa mengetahui bila gaji mereka akan dibayar.

"Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya tidak boleh dibayar akibat tindakan itu, tetapi langsung tidak mengancam kedudukan perdana menteri mahupun Barisan Nasional (BN) yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah. "Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak," kata Tuan Ibrahim.

Husam Musa: Ceramah Isu Semasa Bakpo Ambo Nnanyo


Saifuddin Nasution: Ceramah Isu Semasa Bakpo Ambo Nnanyo


PENDEDAHAN PANAS DATO HUSAM MUSA