Rabu, 4 November 2015

Suara mahasiswa terus cuba dipasung

Iqkram Ismail


Jika sebelum ini, saya pasti ramai yang pernah berangan-angan seperti saya untuk melihat alangkah indahnya memandangkan hampir 5 tahun negara kita ini ingin mencapai Wawasan 2020, taraf universiti awam di tanah air kita menduduki carta 10 kedudukan terbaik dalam senarai universiti terbaik dunia keluaran laporan Times Higher Education Review atau dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, contohnya.
Namun, angan-angan saya dan kalian semua ini semakin menuju kepada jalan kehampaan, melihat senario demi senario yang sudah dan sedang berlaku dalam proses pemandulan terhadap fungsi sebenar bagi sebuah institusi pengajian seperti yang sedang berlaku di kebanyakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini pada hari ini.
Baru-baru ini, sepupu saya yang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian awam di utara tanah air, memaklumkan melalui aplikasi whatsapp kepada saya, mengenai rakan mahasiswa beliau yang bakal dikenakan tindakan tatatertib daripada universiti kerana kononnya membuat kenyataan kritikan memburukkan pihak universiti di laman sosial Twitter.

Saya kemudian cuba mendapatkan maklumat lebih sahih berita yang baru disampaikan kepada saya ini. Tidak lama kemudian, sepupu saya menghantar pula imej mengenai surat pertuduhan yang dihadapi rakan sekampusnya itu. Suara mahasiswa terus dibungkam.
Kejadian yang berlaku kepada rakan kampus sepupu saya itu memang tidak diketahui umum. Carian di google juga tidak saya menemukan berita mengenai hal ini. Tidak seperti hal mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang digantung pengajian kerana berselfie di atas pentas ketika majlis konvokesyen baru-baru ini, yang lebih mendapat perhatian para pojok berita.
Mungkin mahasiswa tersebut bukanlah seorang aktivis mahasiswa yang aktif dalam membentuk jaringan solidariti bersama kumpulan mahasiswa di universiti awam lain, maka hal ini terus menjadi sepi, tanpa nilai berita.
Namun bagi saya, hal rakan mahasiswa sepupu saya yang dibungkam suaranya untuk bersuara di laman sosial Twitter, adalah satu hal yang sangat mendukacitakan bagi perkembangan hak bersuara bagi kalangan mahasiswa di tanah air.

Lans korporal dipenjara 9 bulan kerana simpan gambar Isis dalam telefon bimbit

 Seorang anggota TLDM dipenjara 9 bulan oleh Mahkamah Tinggi kerana memiliki telefon bimbit yang mengandungi imej berkaitan kumpulan pengganas Isis. – Gambar fail AFP, 4 November, 2015. 
Seorang anggota TLDM dipenjara 9 bulan oleh Mahkamah Tinggi kerana memiliki telefon bimbit yang mengandungi imej berkaitan kumpulan pengganas Isis.

 Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipenjara 9 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan memiliki telefon bimbit yang mengandungi imej berkaitan kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Zakariya Ahmad, 27, dan mengarahkan menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkap 19 Ogos.
Beliau berkata mahkamah bersetuju kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius, bagaimanapun mahkamah perlu mengambil kira faktor tertuduh mengaku bersalah diperingkat awal yang menjimatkan masa dan kos.

Mengikut pertuduhan, Zakariya dari Kepala Batas, Pulau Pinang didakwa melakukan perbuatan itu di bilik tetamu bangunan kem komandan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 9.05 pagi, 19 Ogos lepas. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda.
Sejurus selesai prosiding, Zakariya yang berkhidmat di Bahagian Pemerintahan, Pendidikan dan Latihan TLDM di Jalan Semarak, kelihatan menangis memeluk anggota keluarganya yang hadir di mahkamah.
Mengikut fakta kes, Zakariya mula berminat mengetahui perkembangan kumpulan pengganas Isis menggunakan akaun Facebooknya.

BERSIH nafi rekayasa kempen undi tak percaya PM



Kumpulan reformasi pilihan raya, BERSIH menafikan merekayasa kempen poskad yang menggesa ahli parlimen untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
“BERSIH mendapat maklum bahawa beberapa pempetisyen didapati sama ada tidak wujud di dalam daftar pemilih atau telah mengisi kawasan parlimen yang salah.
“BERSIH dengan tegas menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang penyelewengan di dalam proses mengisi petisyen atas talian tersebut.
“Ia telah dijalankan secara bona fide, dengan keyakinan bahawa mereka yang mengisi petisyen itu menyedari siapa wakil rakyat mereka dan di kawasan Parlimen mana mereka mengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BERSIH bulan lalu melancarkan kempen ‘Undi Tidak Percaya’ melalui poskad dan juga laman web DearYB.my dengan tujuan supaya orang ramai dapat menyampaikan hasrat mereka kepada wakil rakyat masing-masing untuk menyokong usul itu.
Ia mengedarkan 20 ribu poskad ke seluruh negara, manakala lebih 11,000 petisyen atas talian dicetak dan dikemukakan kepada ahli-ahli Parlimen, pada hari Isnin lalu.
Menurut BERSIH, laman web berkenaan direka dengan kepercayaan bahawa mereka yang mengisi petisyen itu mengetahui kawasan dan ahli parlimen masing-masing.
Mereka juga mengakui tidak mempunyai mekanisme untuk memeriksa-balas pendaftaran petisyen mereka dengan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Sebarang kekurangan di pihak BERSIH dalam merangka sistem laman web DearYB.my amat kami kesali.

Menteri sahkan perpindahan timb pendakwa raya SPRM, cuma dalaman



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mengesahkan timbalan pendakwa raya yang ditugaskan di Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan secara dalaman.
Kata Ahli Parlimen Batang Sadong itu, Ahmad Shazalee Abdul Khairi kini tidak lagi berkhidmat di bahagian berkenaan.
"Baru-baru ini beliau dinaikkan pangkat ke Gred L54 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman," katanya dalam penggulingan perbahasan Belanjawan 2016 di parlimen hari ini.
Menurut Nancy, perpindahan itu dibuat tanpa sebarang niat buruk dan tidak sepatutnya disalah tafsir.
Sebelum ini Malaysiakini ada menyiarkan laporan mengenai perpindahan Ahmad Shazalee yang sebelum ini berkhidmat di bahagian yang menyiasat isu syarikat SRC International.
Beliau juga terbabit dalam beberapa penahanan reman saksi utama siasatan kes berkenaan.
Kata Nancy, walaupun tidak lagi bertugas di bahagian operasi khas, Ahmad Shazalee masih ditempatkan bersama SPRM.
"Pejabat Peguam Negara meluluskan kenaikan pangkatnya dan membenarkan beliau terus berkhidmat di SPRM namun tidak lagi di bahagian operasi khas," katanya.
Nancy menjelaskan kenaikan pangkat itu tidak boleh dilaksanakan jika Ahmad Shazalee kekal di bahagian itu.
"Niat yang baik ini, bagaimanapun, disalah tafsir oleh sesetengah pihak," katanya.

Rakyat bukannya bodoh spt pecacai2 LEMBUmno yg HANYA TAU JILAT SAMPAI MATI..

TAHUKAN ANDA.. jumlah kedatangan pelancong asing ke negara kita telah merosot selama 6 bulan berturut2 pd tahun ini berbanding tahun lepas.

Tak sia2 Najib lantik 'badut sarkas' masuk dlm kabinet Najib..

DRAMA 1MDB: TONY PUA BUKAN PENAKUT, TUGASNYA DALAM PAC LEBIH PENTING

Harapan rakyat negara ini untuk menyaksikan debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berkaitan kemelut syarikat sarat hutang itu akhirnya tidak kesampaian dan terkubur di tengah jalan.

Setelah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berdebat tanpa syarat, pihak lain pula yang banyak "songeh" dengan mengeluarkan pelbagai pandangan, kemungkinan malah ugutan untuk meletakkan jawatan sekiranya debat itu berlangsung juga.

Semuanya menjadikan kedudukan Tony Pua dalam PAC sebagai alasan serta hujahan untuk memberi tekanan kepadanya.

Salleh Said Keruak yang pada awalnya membenarkan RTM menyiarkannya secara langsung, turut "korner baring" di saat-saat akhir dengan mengatakan siaran langsung melibatkan Tony Pua hanya akan diadakan jika beliau berundur terlebih dahulu daripada PAC.

Dengan Tony Pua terpaksa memilih antara berdebat atau kekal dalam PAC, beliau akhirnya memutuskan untuk tidak berdebat, sebaliknya kekal dalam PAC kerana peranan dan pengetahuannya selama ini berkaitan syarikat bermasalah itu dikira penting untuk terus mencari kebenaran berkaitan dengannya.

Dan Salleh sekali lagi "korner baring" dengan mengatakan tiada siaran langsung akan disediakan kerana katanya, siaran langsung hanya untuk Tony Pua dengan Arul saja.

Mula-mula ada siaran langsung, kemudian bertukar dengan syarat jika Tony Pua berundur daripada PAC, akhirnya bertukar dengan tiada sama sekali siaran langsung. Jika benar debat 1MDB penting untuk pengetahuan rakyat, apa salahnya diteruskan siaran langsung itu.

Patutlah Najib Razak suka dengan menteri macam ini...

Meskipun berdebat dengan Arul Kanda dianggap penting, tetapi melakukan tugas menyoal dan menyiasat 1MDB atas kapasitinya sebagai anggota PAC, tentulah jauh lebih penting bagi Tony Pua dan Pakatan Harapan.

Ingatan buat Husam: Gaji wakil rakyat hak rakyat - Naib Presiden Pas


Idris Ahmad

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Idris ‎Ahmad berpendapat, kerajaan Negeri Kelantan sudah mengambil kira pelbagai faktor sebelum menaikkan elaun Adun, Exco,Timbalan, Menteri Besar dan Speaker yang berkuatkuasa Januari tahun hadapan.

Katanya, adalah salah untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri Kelantan mementingkan diri dan tidak memikirkan mengenai kemaslahatan rakyat Kelantan sebelum memuktamadkan keputusan tersebut.

"Apa yang wakil rakyat dapat itu ‎untuk perbelanjaan rakyat jugak.

"Wang itu untuk rakyat sebagai contoh pegawai kerajaan, gaji itu mereka dapat semua. Kita (ahli parlimen dan Adun) ini  memang untuk diberi kepada rakyat. Iaitu untuk membantu rakyat yang susah dan sebagainya," katanya kepada Sinar Online di Parlimen hari ini.

Idris berkata demikian bagi mengulas kenyataan Adun Salor, Datuk Husam Musa yang menyindir kerajaan Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyatnya tanpa memikirkan keadaan ekonomi rakyat kini.

Dalam pada itu, Idris menyeru Husam supaya meneliti segala data yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan berkaitan isu rumah mangsa banjir.

"Teliti perangkaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri, rujuk data, ada progres daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu," katanya.

Putrajaya enggan jawab alasan guna Sosma tahan Khairuddin, Matthias

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nancy Shukry tidak menjawab pertanyaan penahanan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang Wen Chieh mengikut Sosma walaupun berkali-kali didesak ahli Parlimen pembangkang semasa sesi penggulungan Bajet 2016. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015. 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nancy Shukry tidak menjawab pertanyaan penahanan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang Wen Chieh mengikut Sosma walaupun berkali-kali didesak ahli Parlimen pembangkang semasa sesi penggulungan Bajet 2016. 

Putrajaya hari ini enggan menjawab tindakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang digunakan untuk menahan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nancy Shukry tidak menjawab pertanyaan tersebut walaupun berkali-kali didesak ahli Parlimen pembangkang semasa sesi penggulungan Bajet 2016.
Tindakan Nancy tersebut menimbulkan kekecohan dalam dewan apabila Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam.

Gobind mempertikaikan tindakan Nancy yang enggan menjawab soalan berkaitan dengan Sosma walaupun pada awalnya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyuruh beliau bertanya soalan tersebut kepada Jabatan Perdana Menteri yang mengendalikan hal ehwal undang-undang. "Semasa awal hari ini tadi, saya bangkitkan bertanya kepada menteri dalam negeri, saya bertanya mengapa ia digunakan kepada orang biasa.
"Tapi Zahid minta JPM jawab soalan saya. Tapi apabila tiba giliran JPM, mereka tidak menjawab. Ini bukan caranya, saya nak ingatkan menteri bahawa 2 orang sedang merana sekarang dalam penjara... ini isu sangat penting," katanya.
Nancy, menteri memegang portolio undang-undang di bawah JPM.
Semasa dalam sesi penggulungan, Nancy tidak menjawab dua soalan penting yang disoal, iaitu isu Sosma dan pemberhentian bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Drama Debat 1MDB: 20 adegan menarik yang anda perlu tahu

KUALA LUMPUR: Antara topik yang mendapat perhatian sejak beberapa hari ini adalah isu debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Nama-nama seperti Tony Pua, Arul Kanda Kandasamy dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia antara yang dikaitkan dalam isu ini.

Mari kita lihat apa yang diketahui setakat ini tentang debat ini.

1. Isu debat 1MDB dimulakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. Dalam tulisan di blognya, beliau yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mencabar Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk mengadakan debat secara langsung dan terbuka berhubung isu dalam 1MDB.

2. Menurut laporan CNBC, cabaran itu kemudian diterima oleh Arul Kanda dengan syarat Tony menarik diri daripada sebagai anggota PAC terlebih dahulu.

3. Syarat itu disifatkan tidak masuk akal oleh Tony. Dalam blognya, Tony mempersoalkan motif syarat sedemikian diberi, malah berpendapat ianya sebagai muslihat untuk melarikan diri.

4. Arul Kanda kemudiannya menukar pendirian dan bersetuju untuk berdebat tanpa syarat.

5. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hassan Ariffin, memberitahu pihaknya tidak punya masalah jika Tony Pua mahu terbabit dalam debat tersebut.

6. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu sesi debat dilakukan dan bukannya sesi soal jawab. Beliau mahu agar format debat itu ditentukan terlebih dahulu.

7. Tony Pua menyenaraikan 10 soalan untuk Arul Kanda di laman blognya.

8. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menegaskan debat tersebut bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 85 dan 23. Jika ingin diteruskan, Tony perlu menarik diri dari PAC, manakala Arul Kanda perlu digugurkan daripada senarai saksi dalam siasatan 1MDB.


9. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau lebih berminat untuk mengetahui hasil siasatan Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berbanding debat secara langsung antara Tony dan Arul.

10. Debat 1MDB dicadangkan diadakan di Studio 1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) tanpa penonton Jumaat 6 November, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

11. Tony Pua berkata beliau tidak akan membenarkan prosiding ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terganggu akibat penglibatannya dalam debat bersama Arul Kanda.

Semakin sukar promosikan Malaysia di pentas dunia, kata Nazir Razak

Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak berkata beliau mempromosikan Malaysia untuk masa yang lama dan ia tidak pernah menjadi lebih sukar daripada apa yang berlaku sekarang kerana 1MDB dan isu-isu yang lain. – Gambar fail Reuters, 4 November, 2015. 
Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak berkata beliau mempromosikan Malaysia untuk masa yang lama dan ia tidak pernah menjadi lebih sukar daripada apa yang berlaku sekarang kerana 1MDB dan isu-isu yang lain.

Mempromosikan Malaysia di pentas dunia sekarang menjadi lebih sukar kerana kontroversi membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan isu-isu lain, tegas Datuk Seri Nazir Razak.
Pada profil Instagram beliau, pengerusi CIMB Group itu menyiarkan gambar pada 1992 bersama rakan-rakannya di London, di mana beliau buat pertama kali mengikuti pameran bergerak mengenai pelaburan.
"Saya mempromosikan Malaysia untuk masa yang lama dan ia tidak pernah menjadi lebih sukar daripada apa yang berlaku sekarang kerana 1MDB dan isu-isu yang lain," katanya, sambil menambah beliau akan berkongsi pentas dengan Profesor Danny Quah pada Persidangan Tahunan Pelabur CIMB London di London, Isnin ini.

Nazir, yang merupakan adik bongsu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah berulang kali melontarkan kritikan ke atas syarikat milik penuh kerajaan itu yang dibebani hutang RM42 bilion dalam tempoh 6 tahun sejak penubuhannya. 1MDB adalah idea Najib dan perdana menteri juga menjadi pengerusi lembaga penasihat syarikat itu.
Najib juga dikritik susulan derma politik berjumlah RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.
Pengkritiknya, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesak beliau meletak jawatan manakala pembangkang baru-baru ini membentangkan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat.
Sabtu lalu, Nazir memberitahu Reuters ketidaktentuan politik yang dihadapi kerajaan pimpinan abangnya merupakan kebimbangan terbesar bagi pelabur asing yang melihat kepada Malaysia sebagai negara Asia Tenggara yang stabil satu masa dulu.

1MDB bukan punca utama nilai ringgit susut sembang Timb Menteri Umno


Alasan Tolak RUU Pisah Kuasa PM Membimbangkan

TPP: Tiga NGO Fail Semakan Kehakiman

Salleh Sahkan Debat 1MDB Di RTM Batal

Debat 1MDB diteruskan tanpa siaran langsung RTM

Dewan tolak pisah fungsi PM, Menteri Kewangan

Pandikar tolak tafsiran Peraturan Mesyuarat Pua

SUARAM wants justice on custodial death case in 2014

Pakatan unfazed with 1MDB live debate cancellation

Tony Pua out of 1MDB debate, opposition to field replacement

Debat 1MDB: Pengganti Tony Pua sudah dikenal pasti, nama akan diumumkan esok

Debat 1MDB: Pengganti Tony Pua sudah dikenal pasti, nama akan diumumkan esokKUALA LUMPUR: Pengganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam debat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy hanya akan diumumkan esok.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata calonnya sudah dikenal pasti dan namanya akan dirujuk di Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini.

"Keputusan akan diumumkan pagi esok di Parlimen," kata Saifuddin ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Pakatan Harapan di Parlimen, pada Rabu.

Selain itu, Saifuddin turut menyatakan bahawa mesyuarat tersebut turut membincangkan hal-hal berkaitan kerjasama pakatan pembangkang tersebut.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pada Rabu menegaskan Radio Televisyen Malaysia hanya menawarkan siaran langsung debat 1MDB diantara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

BONGKAR PEMBOHONGAN UMNO/BN !!

APA SUDAH JADI janji menteri penipu UMNO bhw nilai tambah prabayar akan kembali pd asal pd 1 NOVEMBER ini..

TIBA-TIBA slps Bajet2016 dibentangkan rakyat KENA TANGGUNG BAYAR prabayar GST pula sehingga akhir tahun depan (wpon dpt rebet).

KERAjaan cuba menipu & mengelirukan rakyat kononnya rakyat boleh dpt rebet prabayar-GST mulai 1/1/2016 hingga Dis. 2016.

FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU !!!

1) MENGAPA KERAjaan kena bayar rebet tersebut. Duit rebet tersebut itu dtg dari mana ?? Dari duit GST rakyat ka atau poket Najib ?

2) MANA JANJI KERAjaan pd 18 Okt. 2015 katanya kerajaan akan ambil tindakan terhadap telco yg masih teruskan kenakan GST pada prabayar slps 31 Oktober ini..!!

3) MENGAPA KERAjaan penakut bacul dgn taikun2 syarikat telco !!!

4) Ini bermakna rakyat akan berterusan bayar GST pada prabayar sehingga akhir tahun depan wpon ada rebet..

Ringgit jatuh sejak MEI 2013 lagi....Jangan bohong la....

Undi usul tak percaya OKTOBER 2015...
'gap' dua tahun tu..

Tiba2 nak kaitkan undi tak percaya punca ringgit jatuh..

Sikit2 nak kaitkan dgn pembangkang.
Sikit2 nak salahkan dgn pembangkang.

SALAH SENDIRI tak nak kaji...

Asal aja libatkan TOL.. mesti umno TOLol !!

Nampaknya Ahmad Maslan dah ada pengganti la oiiii..

Suruh rakyat pilih jalan alternatif ??
Ambil contoh.. Jln Cheras asal/ jln lama (sepatutnya jalan alternatif utk rakyat yg tak mahu bayar tol) tiba2 'convert' jd highway Cheras-Kajang.. apa cerita.. MANA ALTERNATIFNYA !!!

SYARAT UTAMA jadi menteri BN..

PM Should Clear His Name In Court

A Kadir Jasin
I HAVE resisted the temptation to comment on issues raised by the likes of (Datuk Seri Panglima) Salleh Said Keruak, (Datuk) Abdul Rahman Dahlan and (Datuk Seri) Mohd Nazri Aziz.

This is not because the issues they raised were uninteresting or irrelevant but rather the way they put forth their arguments baffles me. I am mortally fearful that their level of intellect far outstrips mine, being the country yokel that I am.

Furthermore, these men are extraordinary and plenipotentiary spokesmen of the Prime Minister, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak.

But when the Sabahan Salleh wrote in his blog on Nov 2, saying that former Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad had made serious allegations that Mohd Najib Razak had sabotaged the country’s banking and finance systems but failed to offer solid explanation, temptation took the better of me.


The Sabah Factor: Mohd Najib, Musa Aman (Sabah CM) and Salleh

Either Salleh has not been reading what Dr Mahathir had written in his blog and said in public or if he did, he didn’t understand. If the latter is the case, I won’t blame Salleh.

He could have difficulty comprehending what Dr Mahathir (the Prime Minister for 22 years) had written and said because the latter wrote and spoke simply and precisely whereas Salleh, being Canadian-educated and all, may be more familiar with the Shakespearean English.

For the record, Salleh was for a short period the Chief Minister of Sabah under Dr Mahathir. Could he have an axe to grind with his former boss?

My peasant response to Salleh is this. If indeed Dr Mahathir is big on allegations but small on details, he should tell us who is big on details.

Ask PM to Go to Court

My layman’s hunch is that man is none other than Mohd Najib himself. SRC International and 1Malaysia Development Berhad are his creation and his corporate play.

If indeed Dr Mahathir allegations, which are shared by the majority of Malaysians, are indeed farcical, Salleh should prevail on the Prime Minister to clear his name in the court of law instead of groaning and moaning about being unfairly tried in the court of public opinion.

Pas: Apa DAP mahu sebenarnya?

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas (DPP) mahu DAP memberikan penjelasan kepada rakyat tentang pendirian parti tersebut terhadap kerajaan Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

"Adakah mereka ingin menghancurkan kerajaan sedia ada dan memberikan laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa demi melunaskan dendam mereka kepada Pas atau mahu pertahankannya?" kata Naib Ketua DPP, Khairil Nizam Khirudin.

Khairil Nizam berkata, DPP menyokong kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang menegaskan bahawa Pas Selangor tidak akan tunduk kepada desakan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong.

"Pas kekal dengan pendirian sedia ada untuk terus mempertahankan kerajaan Selangor sehinggalah pilihan raya akan datang demi kepentingan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pas tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan dan permintaan untuk keluar dari kerajaan Selangor dan akan terus menyokong kepimpinan Menteri Besar sekarang.

"Pas menggesa agar Selangor tidak dikorbankan demi memenuhi hasrat pemimpin tertentu yang gagal melihat kepentingan rakyat berbanding dengan kepentingan politik mereka," katanya lagi.

Menurut beliau, Pas terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja secara matang termasuk PKR atau DAP mengenai masa depan Selangor.

Walaubagaimana pun, ianya terpulang kepada pendirian parti masing-masing untuk menghormati prinsip dan perjuangan yang lain.

3 NGO mohon halang kerajaan tandatangani TPPA


Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini memfailkan permohonan mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Permohonan berkenaan dibuat supaya mahkamah tinggi mengeluarkan perintah melarang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan kerajaan meneruskan proses menandatangani TPPA sehingga semakan didengari dan diputukan mahkamah.
Menurut Presiden Persatuan Teras Pendidikan dan Kebajikan Melayu Malaysia (Teras), Azmi Hamid yang ditemui selepas memfailkan permohonan itu berkata, TTPA merupakan alat perhambaan Barat terhadap negara ini.
Kata Azmi, perjanjian itu juga sekaligus menghapuskan kedaulatan negara.
"TTPA ini adalah penjajahan, juga perhambaan ke atas negara. Ini bermakna TTPA ini menghapuskan kedaulatan negara," kata Azmi dalam kenyataan hari ini.
Minta dedah kandungan
Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, perjanjian TTPA juga satu usaha untuk mengutamakan pihak luar berbanding kepentingan rakyat dan negara ini.
"Ia usaha untuk meletakkan terma-terma tertentu yang memastikan kepentingan luar lebih diutamakan daripada keperluan negara," katanya.
Satu lagi NGO yang membuat permohonan itu adalah Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS Malaysia).
Ketiga-tiga NGO itu diwakil peguam Haniff Khatri Abdullah.

Kematian Syed Azlan: Polis, k'jaan berdepan saman


Anggota parlimen Puchong Gobind Singh Deo akan memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bulan depan terhadap polis dan kerajaan susulan kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur dalam tahanan.
“(Kepada kerajaan) dalam kes ini, jangan pertikai. Jangan pertahankannya.
“Tunjukkan bahawa kita serius.
"Tunjukkan bahawa dalam kes ini, tindakan akan diambil terhadap pihak yang bersalah,” kata Gobind dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Beliau akan failkan saman itu pada minggu pertama bulan depan.
Butiran lanjut akan didedahkan kemudian, jelas wakil rakyat DAP itu.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dalam laporan dikeluarkan pada 30 Oktober lalu menyebut keganasan fizikal polis semasa siasatan telah menyebabkan kematian Syed Azlan pada 3 November 2014.

Nazir Razak: Sukar promosi M'sia dengan adanya isu 1MDB



Pengerusi CIMB Datuk Nazir Razak mengakui adalah sukar untuk mempromosikan Malaysia ketika negara dilanda skandal 1MDB dan isu-isu lain.
"Saya telah lama mempromosikan Malaysia tetapi tidak pernah tugas itu menjadi lebih sukar seperti sekarang kerana 1MDB dan isu-isu berkaitan," katanya dalam posting di Instagram.
Nazir berkata demikian menjelang ucapannya Isnin depan di Persidangan Pelabur CIMB di London di mana beliau akan bercakap mengenai politik dan ekonomi Asean.
Beliau juga memuat naik gambarnya di London pada tahun 1992 ketika menyertai program kempen jelajah menarik pelaburan pertamanya.
Nazir telah sekian lama begitu lantang mengkritik 1MDB yang diilhamkan abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Syarikat pelaburan negara 1MDB itu kini bergelut untuk membayar semula hutang US$11 bilion di sebalik tuduhan penyelewengan dananya.
Kenyataan Nazir itu jelas bercanggah dengan jawapan Najib di Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa iIsu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan asing ke Malaysia.
Malah menurut beliau, jumlah pelaburan asing sebenarnya telah meningkat.
"Isu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan ke Malaysia, malah perangkaan terkini menunjukkan para pelabur masih mempunyai keyakinan terhadap ekonomi Malaysia yang mapan," kata Najib yang juga adalah Menteri Kewangan.
Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, minggu lalu itu, katanya, Malaysia menerima sebanyak RM22.4 bilion dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada separuh pertama 2015, berbanding RM17.5 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pondan, 'balik tong san' hangatkan parlimen

‘Debat 1MDB, Pua hina PAC, Parlimen’ kata Shahrir Samad

PAS hanya jadi pemerhati debat 1MDB - Idris Ahmad


Post Pic


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat mengenai isu debat antara wakil Pakatan Harapan dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy bersabit kontroversi yang melanda syarikat strategik milik Kementeri Kewangan itu.
 
Menurut Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, parti itu mengikuti perkembangan debat tersebut tetapi tidak akan mengambil bahagian dan sekadar menjadi pemerhati sahaja.
 
"Nanti kita (PAS) tengoklah berlaku atau tidak (debat antara Tony Pua dan Arul Kanda).
 
"Tiada komen (pasal niat Speaker letak jawatan) pasal itu dia (Tan Sri Pandikar) pandangan sebagai seorang Speaker, dia ada hak.

Beza hati budi dan politik DAP dengan PAS

Post Pic
DAP tidak kira PAS masih mahu berperanan sebagai pembangkang dalam politik Malaysia. Bagi DAP yang penting, jika PAS tidak bersama Pakatan Harapan ia tetap musuh.
 
Oleh itu, bila bermusuh, DAP tetap berazam melemah dan memusnahkan kedudukan politik PAS. Hatta, ia tidak kekok untuk mengumumkan kesediaan untuk merampas lapan kerusi PAS di Selangor dalam PRU 14 kelak.
 
Sesungguhnya ini bukanlah sekadar satu gertakan politik tetapi DAP benar-benar yakin ia mempunyai pengaruh dan kudrat untuk menawan kelapan-lapan kerusi berkenaan. 
 
Lapan kerusi dewan undangan negeri Selangor dikuasai oleh PAS itu boleh ditawan oleh DAP, kata Pengerusi DAP Selangor Tony Pua.
 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, jika pertandingan tiga penjuru di antara PAS, DAP dan BN berlaku di lapan kerusi negeri berkenaan pada pilihan raya umum akan datang, DAP boleh muncul pemenang.
 
Lapan kerusi dimaksudkan oleh Pua itu adalah Seri Serdang, Dusun Tua, Taman Templer, Tanjong Sepat, Chempaka, Lembah Jaya, Paya Jaras and Meru.
 
Tony menegaskan bahawa perisytiharan itu bukan bermakna kerusi berkenaan mesti ditandingi oleh DAP kerana keputusan muktamad sama ada calon DAP, PKR atau Amanah yang dipilih akan diputuskan mesyuarat Pakatan Harapan.
 
DAP mahu buktikan PAS parti lemah
 
Bagi DAP yang lebih utama ialah untuk menekankan hakikat bahawa pengaruh politik PAS di Selangor dan juga banyak kerusi parlimen dan dewan undangan negeri di luar negeri itu sebenarnya lemah tanpa Pakatan Harapan. 
 
Justeru itu DAP menyerlahkan doktrin politiknya sebenar – if you are not with with us then you are against us (jika kamu tidak bersama kami bererti kamu memusuhi kami!)
 
Ungkapan ini pernah diluahkan oleh bekas presiden Amerika Syarikat, George Bush sebagai rentetan peristiwa pemusnahan Pusat Dagangan Dunia di New York dan sempena perisytiharan perang terhadap pengganas antarabangsa. 
 
Bagi Bush mana-mana negara yang tidak menyokong kempen anti-keganasan itu, dianggap memusuhi Amerika Syarikat dan kepentingannya. Justeru setiap negara perlu buat pilihan – sokong Amerika Syarikat atau pengganas. 
 
Demikian juga doktrin politik DAP yang diutarakan oleh Tony Pua dan mendapat sokongan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng. Tidak bersama Pakatan Rakyat bererti musuh bagi DAP.
 
Di peringkat ini, kempen DAP ialah meremehkan imej PAS dan mendedahkan kelemahannya yang dianggapnya masih bergantung pada DAP dan PKR ketika menawan kelapan-lapan kerusi berkenaan.
 
“Kami akan melakukan segala persiapan diperlukan bagi membolehkan kami bertanding di kerusi-kerusi berkenaan, bermula dengan Taman Templer.
 
“Sebagai langkah pertama, kami sudah melantik Edry Faizal sebagai penyelaras yang akan membuka jalan bagi membolehkan DAP bertanding di situ.
 

PKR selar Putrajaya ‘pilih bulu’ halang pembangkang ke sekolah, universiti

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selar sikap Putrajaya yang Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selar sikap Putrajaya yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia daripada PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyelar sikap Putrajaya yang "pilih bulu" kerana menghalang pembangkang memasuki sekolah dan universiti awam walaupun bukan bagi tujuan politik.
Nik Nazmi yang juga sxco pendidikan, pembangunan modal insan, sains dan teknologi Selangor itu berkata, beliau pernah berdepan situasi sedemikian walaupun ketika itu hadir atas kapasiti sebagai exco, bukan jawatan politiknya, ketua Pemuda PKR.
"Dasar halangan yang diamalkan kerajaan persekutuan ini jelas membuktikan demokrasi kian terhakis, mereka tidak profesional.

"Kerajaan amalkan 'double standard', kita bukan masuk (ke sekolah atau universiti awam) untuk berkempen politik tapi berwacana dan berbincang dengan pelajar, itu saja," katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam, hari ini. Nik Nazmi berkata, pelajar sepatutnya diberikan kebebasan berwacana dan berbincang mengenai sesuatu isu di universiti awam.
Beliau memberi contoh Universiti Selangor (Unisel), di mana kerajaan negeri mengadakan forum antara pemimpin Umno, PAS dan beliau sendiri hadir dalam forum anjuran universiti berkenaan, tahun lalu.
"Tahun ini kita cuba dapatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk pesta konvokesyen mereka (Unisel). Saya cuba dapatkan (Datuk Abdul) Rahman Dahlan, tetapi dia mungkin lebih suka Twitter.

Debat 1MDB diterus walaupun RTM batal siaran langsung - Saifuddin Abdullah



Pakatan Harapan akan meneruskan perdebatan dengan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, walaupun RTM memutuskan untuk tidak lagi menyiarkannya secara langsung.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat cara lain menyiarkan debat itu untuk tontonan umum.
"Jika RTM tidak mahu menjadi hos, ada Astro Awani dan yang lain," katanya pada sidang akhbar di pejabat pembangkang di Parlimen hari ini.
Menurutnya, sekretariat Pakatan juga telah mengenal pasti calon yang akan menggantikan ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam debat itu.
"Nama ini akan dibawa ke mesyuarat majlis presiden malam ini dan kita akan umumkan di Parlimen pada jam 11.30 esok," kata Saifuddin.
Sebelum ini, Pua yang juga adalah anggota Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) mencabar Arul Kanda berdebat dengannya secara langsung mengenai isu 1MDB.
Susulan cabaran itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata RTM sedia menyiarkannya secara langsung.
Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa Pua perlu berundur dari PAC terlebih dulu jika mahu berdebat.
Katanya, pembabitan Pua dalam debat itu boleh menjejaskan siasatan PAC ke atas 1MDB.
Berikutan arahan itu, Pakatan Harapan mengumumkan akan mendapatkan ahli parlimen pembangkang lain yang bukan anggota PAC bagi menggantikan Pua supaya debat yang dijadualkan Jumaat ini boleh diteruskan tanpa Pua berundur dari jawatankuasa berkenaan.

RTM batalkan siaran langsung debat 1MDB



Perdebatan secara langsung mengenai isu 1MDB yang dijadualkan Jumaat ini telah dibatalkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Ini kerana, katanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua tidak lagi akan berdebat.
"Tiada lagi (tawaran). Tawaran hanya untuk dua individu, Pua dan Arul. Apabila salah seorang mereka menarik diri, tawaran siaran langsung tiada lagi," katanya kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata tawaran debat secara langsung tidak akan dilanjutkan kepada pengganti Pua, walaupun Arul Kanda bersetuju.
"Kami bersetuju untuk beri kepada dua individu ini sahaja. Ini bukan debat antara dua parti, ini debat antara dua individu yang mencabar satu sama lain," katanya.
Sebelum ini, Pua yang adalah anggota Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) mencabar Arul Kanda berdebat dengannya secara langsung mengenai isu 1MDB.
Susulan cabaran itu, Salleh berkata RTM sedia menyiarkannya secara langsung.
Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa Pua perlu berundur dari PAC terlebih dulu jika mahu berdebata.
Katanya, pembabitan Pua dalam debat itu boleh menjejaskan siasatan PAC ke atas 1MDB.
Berikutan arahan itu, Pakatan Harapan mengumumkan akan mendapatkan ahli parlimen pembangkang lain yang bukan anggota PAC bagi menggantikan Pua supaya debat yang dijadualkan Jumaat ini boleh diteruskan tanpa Pua berundur dari jawatankuasa berkenaan.

Debat 1MDB: RTM hanya siarkan secara langsung debat Tony dan Arul sahaja kata Salleh

Debat 1MDB: RTM hanya siarkan secara langsung debat Tony dan Arul sahaja - SallehKUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan Radio Televisyen Malaysia hanya menawarkan siaran langsung debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diantara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

"Bukan menarik balik. Oleh kerana tidak ada perbahasan diantara mereka (Tony dan Arul Kanda) lagi, maka dengan sendirinya tidak ada lagi siaran langsung. Bagaimanapun, saya katakan ini tidak bererti RTM tidak akan mempunyai slot untuk forum-forum tertentu," kata Salleh, di Parlimen di sini hari ini.

Ditanya sama ada RTM akan menyiarkan secara langsung debat antara Arul Kanda dan pengganti Tony, jelas Salleh sesiapa sahaja yang akan mengganti Tony bukanlah isu utama.

"Ini bukan soal pengganti, ini bukan antara Pakatan Harapan, DAP dan 1MDB ... ini adalah di antara Tony dengan Arul Kanda. Jadi tidak berbangkit soal pengganti oleh kerana ini adalah dua individu yang telah mencabar satu sama lain," jelas Salleh.

Beliau pada masa sama turut memberi kebenaran kepada mana-mana stesen televisyen yang bersedia untuk menyiarkan siaran langsung debat tersebut.

SYARAT UTAMA jadi menteri UMNO@BN..


Putrajaya bodoh tidak iktiraf peperiksaan sekolah Cina, kata ketua menteri Sarawak

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata polisi Putrajaya yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina, bodoh dan tidak berasas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata polisi Putrajaya yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina, bodoh dan tidak berasas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menyelar polisi Putrajaya yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina, menggelar ia sebagai bodoh dan tidak berasas.
Adenan berkata, tidak masuk akal jika tidak mengiktiraf UEC kerana ia akan menyebabkan mereka yang pakar dan berbakat keluar atau berhijrah ke negara yang mengiktiraf kelayakan itu.
“Saya tidak peduli apa yang kerajaan persekutuan buat tetapi saya fikir itu bodoh.

“Saya bersedia untuk mempertahankannya,” katanya merujuk kepada pendidikan masih di bawah bidang kuasa persekutuan meskipun Adenan mengambil langkah menuntut ia semula di bawah Perjanjian Malaysia. Beliau berkata, Sarawak akan kehilangan banyak individu berbakat kepada negara seperti Singapura dan Taiwan, akibat daripada polisi itu.
“Negara lain akan ambil mereka.
“Sangat membazir. Bagaimana kita hendak sekat peluang mereka (dalam negara ini)?,” katanya pada program Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, hari ini.
UEC ialah peperiksaan standard yang perlu diduduki pelajar di semua 60 sekolah menengah persendirian Cina di negara ini.
Sejumlah besar universiti antarabangsa, termasuk Universiti Oxford, United Kingdom yang berprestij itu turut mengiktiraf kelayakan peperiksaan itu.

Enggan ke Parlimen: Apa kaitan Speaker dengan 1MDB?

Pandikar Amin berpegang dengan pendirian untuk tidak hadir ke Dewan Rakyat jika debat antara Arul Kanda dan Tony Pua berlangsung
Pandikar-Tony-Lim-1
KUALA LUMPUR: Keenganan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan debat syarikat pelaburan negara, 1MDB seolah-olah beliau juga terlibat dalam skandal berkenaan.
Persoalan itu dibangkitkan Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng susulan kenyataan beliau untuk tidak menghadiri sesi pada Isnin depan jika perbahasan antara Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berlangsung.
“Saya bertanya kepada Speaker untuk tidak bertindak seolah-olah seperti beliau juga terlibat dalam skandal tersebut. Sewaktu saya menjadi Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada tahun 90an, saya juga berdebat dengan seorang timbalan menteri, iaitu Datuk Ong Tee Keat, tetapi Speaker ketika itu tidak menghalang saya dari berdebat.
“Saya meminta Speaker untuk membiarkan perbahasan ini berlangsung supaya tidak wujud persepsi negatif ke atas anda,” kata Lim.
Bagaimanapun, Pandikar Amin mahu terus berpegang dengan pendiriannya demi menjaga integriti Dewan Rakyat dan PAC.
“Saya telah menyatakan syarat-syaratnya dan jika anda masih berkeras, maka saya tidak akan datang ke Parlimen pada Isnin depan,” katanya di Sidang Dewan Rakyat pada Rabu.
Pandikar Amin berkata demikian selepas Guan Eng mempersoalkan syarat yang dinyatakan menunjukkan Yang Dipertua Dewan Rakyat cuba menghalang orang ramai daripada mengetahui kebenaran skandal 1MDB.
Pandikar Amin juga berkata, walaupun terdapat duluan, ia tidak bermakna beliau perlu mengikutinya.
“Ini kerana saya mempunyai hak untuk membuat keputusan yang difikirkan sesuai sebagai Speaker Parlimen,” katanya.

Dakwa polis sebabkan kematian Syed Azlan – SUARAM

SUARAM menghantar memorandum mendesak Ketua Polis Negara bertindak segera terhadap pegawai dan anggota polis yang menyebabkan kematian si mati.
suaram
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendesak supaya mendakwa pegawai dan anggota polis yang menyebabkan kematian Syed Mohamed Azlan Mohamed Nur.
Penyelaras Projek SUARAM, Tarmizi Anuwar berkata, pihak polis perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Syed Azlan kerana ia berlaku ketika dalam tahanan polis.
Malah, hasil siasatan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasa (EAIC) telah mengesahkan kematian Syed Azlan pada 3 November 2014 disebabkan kekerasan polis ketika menjalankan siasatan terhadap si mati.
Katanya. dalam memorandum itu SUARAM membuat enam tuntutan kepada polis iaitu;
1. Membawa anggota polis yang terlibat dalam kematian Syed Azlan ke muka pengadilan dalam tempoh sebulan
2. Datuk Hasnan Hassan (Ketua Siasatan Jenayah Johor) perlu digantung dan disiasat kerana cubaan melakukan penipuan dan memalsukan maklumat sebenar kematian Syed Azlan dengan mengatakan si mati meninggal dunia secara mengejut
3. Bertanggungjawab penuh terhadap kejadian dan kematian si mati
4. Melaksanakan saranan EAIC iaitu sekiranya berlaku kecederaan fizikal pada susupek semasa penangkapan, maka suspek perlulah dirujuk atau dihantar ke Pegawai Perubatan Kerajaan bagi memastikan tahap keseriusan kecederaan serta status kesihatan suspek tersebut
5. Meletakkan beban bukti ke atas pihak yang mempunyai jagaan dan kawalan ke atas orang tahanan sebagai bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian orang tahanan sehingga dibuktikan sebaliknya
6. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang fokus membantu perjalanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tarmizi berkata, kenyataan awal Hasnan bercanggah dan memesong dengan laporan EAIC yang mendapati polis telah mengunakan kekerasan fizikal kepada mangsa ketika melakukan siasatan.

Gani: Please ponder on this (Full version)

Former Attorney-General Q&A on SOSMA (Full version)

Kesihatan makin merosot, Anwar perlukan rawatan sempurna bukan istimewa

Anwar MahkamahKUALA LUMPUR 4 NOV: Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim memerlukan rawatan sempurna ekoran kesihatannya bertambah merosot.
Ketua Penerangan KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ia bagi merawat kesakitan saraf pada bahu kanan dan mungkin pada tengkuknya.
“Yang diminta bukan rawatan istimewa tetapi rawatan sempurna,” kata Syed Ibrahim pada kenyataan.
Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa Anwar dibenarkan menerima rawatan istimewa berbanding banduan lain sebagai tidak berasas.
Katanya, keadaan kesihatan Anwar bukan bertambah baik tetapi bertambah merosot.
“Tafsiran ‘rawatan istimewa’ yang berbeza dilaporkan kepada Datuk Nur Jazlan.
“Bagi Nur Jazlan fisioterapi sebanyak 10 kali di penjara dalam tempoh 8 bulan mungkin sudah dianggap istimewa sedangkan hakikatnya rawatan berkenaan sangat sedikit dan tanpa kelengkapan yang sempurna seperti di hospital untuk memastikan kesihatan Anwar terjamin.
“Kerajaan perlu bertanggungjawab jika keadaan kesihatan Anwar bertambah buruk,” tegas Syed Ibrahim.
Sementara itu, peguam Anwar, N Surendran berkata, anak guamnya itu perlu diberikan rawatan intensif fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur dua atau tiga minggu sekali susulan gesaan doktor pakar yang merawat beliau.
Jelasnya, sejak Februari sehingga November, Anwar hanya diberikan rawatan 15 kali sahaja.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menyatakan bapanya itu bukan sahaja dinafikan hak rawatan malah haknya berjumpa peguam bagi kes-kes yang dihadapinya turut dihalang.

Suaram gesa PDRM siasat banduan mati dalam tahanan

Bill to separate the function of PM and Finance Minister blocked

Debat 1MDB: Pakatan Harapan bermesyuarat, cari pengganti Tony Pua

Debat 1MDB: Pakatan Harapan bermesyuarat, cari pengganti Tony Pua
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan akan bermesyuarat pada 2.30 petang ini bagi mencari pengganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata jika Tony meneruskan perdebatan tersebut, berkemungkinan kedudukan beliau sebagai wakil DAP di dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan terjejas.

"Kami rasa bahawa perbahasan ini boleh diteruskan. Sekiranya YB PJU meneruskan perbahasan, maka kedudukan beliau sebagai ahli PAC akan terancam.

"Tanpa beliau kami (DAP) akan kurang ahli PAC dan saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku," kata Guan Eng di lobi Parlimen hari ini.

Tambah Guan Eng, ketiga-tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengemukakan cadangan nama masing-masing pada Mesyuarat Ketua-Ketua Sekretariat Pakatan Harapan hari ini.

Ditanya bilakah keputusan mesyuarat tersebut akan diumumkan, Guan Eng berkata Pakatan Harapan akan mengumumkannya lewat hari ini atau esok.
Selain itu, Guan Eng menegaskan walaupun dalam tempoh sesingkat ini, beliau yakin individu yang akan menggantikan Tony mampu berdebat bersama Arul.

Debat 1MDB: Speaker tiada kuasa halang Arul Kanda - Pandikar Amin

Debat 1MDB: Speaker tiada kuasa halang Arul Kanda - Pandikar AminKUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat mengenai syarikat tersebut.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata demikian selepas ditanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sama ada boleh atau tidak Ahli Parlimen lain berdebat dengan Arul Kanda dalam sidang parlimen hari ini.

"Sebagai Speaker Dewan Rakyat, saya tidak punyai kuasa untuk arah individu di luar Dewan Rakyat," kata Pandikar.

Mengenai debat 1MDB, Pandikar berkata beliau tidak pernah menghalangnya daripada berlaku cuma ia wajar dilakukan selepas penyata laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dikeluarkan.

"Saya tidak menghalang perbahasan, cuma saya kata ia boleh dibuat selepas penyata laporan siap," jelas Pandikar.

Tambah Pandikar, beliau tidak akan berganjak dari pendirian yang telah dibuatnya.

Selepas diberi penjelasan, Tony berkata beliau akur kepada keputusan Speaker namun meminta penjelasan lanjutan sama ada beliau boleh membuat kenyataan berkenaan 1MDB di luar Dewan Rakyat.

Pandikar hanya menjawab Tony tidak dibenarkan membuat kenyataan berdasarkan maklumat yang diperolehi ketika mesyuarat PAC.

Ia bagi memastikan kredibiliti PAC tidak terjejas.

Tony sebelum ini mencabar Arul Kanda untuk berdebat mengenai isu 1MDB secara langsung di televisyen.

Speaker rendahkan kedudukan Parlimen – Rafizi

KUALA LUMPUR 4 NOV: Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengurangkan kebebasan Parlimen dan merendahkan kedudukan Parlimen apabila menolak usul Rang Undang-undang Persendirian bagi memisahkan fungsi Perdana Menteri (PM) dan Menteri Kewangan.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata demikian susulan jawapan rasmi yang diperolehinya semalam mengenai penolakan usul tersebut yang dihantar pada 23 September lalu.
Menurut Rafizi, usul tersebut dikatakan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 27, iaitu perlu dihantar secara bertulis, selain bertentangan dengan Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.
Sedangkan menurutnya, Rang Undang-undang Persendirian itu difailkan melalui emel kepada Setiausaha Dewan Rakyat seperti mana soalan-soalan Parlimen dan urusan lain difailkan.
“Saya menghormati kuasa Yang Dipertua yang berhak menafsirkan Peraturan Mesyuarat. Bagaimanapun, selama ini sebarang pemberitahuan termasuklah pemberitahuan soalan-soalan diuruskan melalui emel dan telah diterima dengan baik oleh Setiausaha Dewan Rakyat.
“Alasan ini bermakna selagi Barisan Nasional berkuasa, sebarang usaha untuk menggubal undang-undang untuk membina tata kelola yang lebih baik dengan memisahkan fungsi PM dan Menteri Kewangan tidak akan dibenarkan dibawa ke Dewan Rakyat,” kata Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ekoran itu, beliau akan memfailkan kembali Rang Undang-undang Persendirian ini secara bertulis mengikut Peraturan Mesyuarat 27 dan berharap Speaker mempertimbangkannya untuk dimasukkan di dalam Aturan Mesyuarat pada sidang akan datang.

Bekas bos Apco pemastautin tetap, kata Zahid



Bekas bos Apco Malaysia Paul Stadlen yang didakwa mengendalikan operasi media besar-besaran bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemastautin tetap Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Semakan rekod Jabatan Imigresen Malaysia mendapati Paul Stadlen (Gregory) adalah seorang penduduk tetap (PR) Malaysia," kata Zahid dalam jawapan bertulis Parlimen semalam.
"Oleh yang demikian, beliau bebas keluar masuk dan bekerja di negara ini tanpa perlu memiliki pas untuk bekerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia," katanya selaku Menteri Dalam Negeri.
Zahid menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang memintanya menyatakan sama ada Stadlen mempunyai permit kerja yang sah.
Wong juga meminta menteri menamakan majikan Stadlen ini. Walau bagaimanapun, Zahid tidak menjawab soalan berkenaan.

PAS akan kembali ke tahun 1980-an


Saya melihat Selangor sebagai model mini bagi Malaysia. Tiada satu pun parti politik yang mampu menjadi kerajaan di Selangor secara tunggal. Justeru parti politik amat perlu bekerjasama untuk menjadi kerajaan di negeri ini.
Sebelum 2008, BN menguasai Selangor. Selepas 2008, kita ada Barisan Alternatif dan DAP, yang kemudiannya bergabung menjadi Pakatan Rakyat. Dalam pilihan raya umum ke-13, Pakatan mengekalkan mandatnya di Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor kelihatan tergugat apabila menteri besar waktu itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tentangan dan ancaman daripada PKR dan DAP.
Hanya PAS sahaja dilihat mempertahankan TSKI, mungkin kerana ghanimah yang diperolehi oleh PAS agak lumayan pada waktu itu. Kemuncaknya, enak orang exco – tiga dari PKR dan tiga dari DAP – dipecat daripada pentadbiran negeri Selangor.
Bakinya hanya empat orang exco PAS sahaja yang tinggal bersama seorang menteri besar bebas. Masalah ini diselesaikan apabil Mohamed Azmin Ali dipilih menjadi menteri besar yang baru.
Selangor kembali dilanda kontroversi pada tahun ini. Kemuncaknya, Muktamar Agung PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP tapi masih bersama dengan PKR. Dari itu terbitlah Gerakan Harapan Baru (GHB) dan seterusnya Parti Amanah Negara (AMANAH).
Sekali lagi, kerusi menteri besar menjadi tumpuan. Azmin digesa memilih Pakatan Harapan (gandingan PKR, DAP dan AMANAH) dan menyingkirkan PAS dalam pentadbirannya.
Azmin bagaimanapun memutuskan untuk menyatukan semua pihak berkepentingan termasuk PAS dan PSM dalam menghadapi musuh yang satu iaitu Umno/BN.
Dalam situasi ini, saya melihat Azmin berada dalam keadaan yang cukup dilema dalam meraikan semua pihak termasuk istana, Pakatan Harapan, PAS dan rakyat Selangor. Diluah mati emak, ditelan mati bapak.
Pasti beliau sendiri pening dalam memikirkan kelangsungannya sebagai MB, kelangsungan parti, harapan dan aspirasi rakyat serta kehendak istana sendiri.
Melihat kepada situasi itu, aku memahami kekurangan yang ada pada PKR sehinggakan perlu bergantung atau menumpang kekuatan PAS dalam beberapa aspek.
PKR masih lagi parti yang muda yang mana punya penyokong yang ramai tapi masih lagi kekurangan pendukung terutamanya di peringkat akar umbi.
Jika PAS dikesampingkan akan wujud satu lompong yang besar ketika PKR perlu menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Jika PKR mengesampingkan parti baru iaitu AMANAH, parti itu akan kehilangan pengundi Cina – sehingga 15 peratus – mengikut tinjauan Merdeka Center.
Terdapat juga simulasi yang menunjukkan bahawa BN akan berpeluang merampas kerusi seperti DUN Kota Damansara, Semenyih dan Sungai Aceh sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.
Adakah PAS boleh menang jika berlaku pertandingan tiga penjuru? Kita boleh melihat contoh di DUN Selat Kelang.
Jumlah sokongan kepada PAS sememangnya meningkat pada 2013. Pada tahun 2008, PAS mendapat sokongan yang agak menyeluruh di mana kemenangan yang diperolehi hampir seimbang di setiap unit daerah mengundi Melayu dan unit daerah mengundi campuran (majoriti cina).
Pada tahun 2013 pula, DUN Selat Klang mencatatkan penambahan undi popular dan majoriti.
Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa PAS hanya menang di satu daripada kesemua sembilan Unit Daerah Mengundi (UDM) majorit Melayu. PAS menang di kesemua enam UDM majoriti Cina.
Apakah kesimpulan yang boleh kita buat? Jika pecahan UDM kekal sama dan sentimen pengundi Cina merosot, adakah PAS dapat mengekalkan kuasa di DUN Selat Klang? Bagaimana dengan DUN yang lain?

Husam: Rakyat kian susah, kita pula naik gaji

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa hari ini menyindir “keberanian” kerajaan Kelantan susulan kenaikan elaun wakil rakyatnya kepada RM8,000 sebulan.
“Namun, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati. Rakyat kian susah, kita pula naik gaji,” katanya.

Putrajaya enggan jawab dakwaan beli teknologi untuk risik rakyat sendiri....

Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam jawapan bertulisanya di Dewan Rakyat mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015. 
Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam jawapan bertulisanya di Dewan Rakyat mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara.

Putrajaya tidak menjawab sama ada sudah membeli satu alat teknologi daripada "Hacking Team" untuk merisik rakyat sendiri dengan mengatakan data peribadi dan kerahsiaan rakyat sentiasa terjaga.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara.
"Di Malaysia, data peribadi dan kerahsiaan rakyat dilindungi supaya tidak disalahgunakan.

"Tindakan tegas akan diambil melalui undang-undang sedia ada bagi menjamin hak rakyat Malaysia sentiasa terpelihara," kata jawapan bertulis beliau di Dewan Rakyat hari ini. Salleh bagaimanapun memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau serangan siber.
"SKMM melalui Pusat Keselamatan Rangkaian atau SKMM Network Security Center (SNSC) juga bertindak memantau serangan siber.
"SNSC juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain termasuk Majlis Keselamatan Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan GCERT dalam menjaga keselamatan siber negara.

Parlimen tolak cadangan pisahkan jawatan PM dan menteri kewangan

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul dibawa Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung undang-undang menghalang seseorang memegang 2 jawatan serentak iaitu perdana menteri dan menteri kewangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul dibawa Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung undang-undang menghalang seseorang memegang 2 jawatan serentak iaitu perdana menteri dan menteri kewangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.Parlimen hari ini menolak rang undang-undang persendirian yang dibawa Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bagi memperuntukkan undang-undang menghalang seseorang memegang 2 jawatan serentak iaitu perdana menteri dan menteri kewangan.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak rang undang-undang itu dalam kamarnya kerana ia tidak memenuhi Peraturan Tetap 27 yang memerlukan usul itu dihantar secara bertulis.
Rafizi menghantar rang undang-undang itu melalui emel.

Pandikar juga memaklumkan rang undang-undang itu bertentangan dengan Akta 1969 Fungsi Menteri. Rafizi dalam kenyataannya berpendapat pendirian ini akan mengurangkan kebebasan Parlimen dan merendahkan kedudukan Parlimen yang sepatutnya setaraf dengan cabang eksekutif kerajaan daripada segi bidang kuasanya.

Skandal 1MDB: Speaker mahu debat Pua - Arul selepas laporan PAC, ancam letak jawatan

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahu debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy diadakan selepas laporan Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) mengenai 1MDB dikeluarkan.
Pada masa yang sama, Pandikar menafikan beliau menghalang debat antara Pua dengan Arul, malah laporan PAC juga akan dikeluarkan dalam sesi kali ini.
"Saya tidak halang perdebatan.

"Saya cuma kata perbahasan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (Pua) dengan presiden 1MDB, Arul dibuat selepas laporan PAC ini dikemukakan kepada Dewan dan Majlis," katanya menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mengenai mengapa debat tersebut tidak boleh diteruskan. Pandikar juga mempertahankan keputusan tersebut dengan berkata selepas laporan PAC siap dan dibentangkan, semua pihak boleh berbahas dalam dan di luar Dewan.
"Ia juga akan dibahas semua ahli Parlimen di sini, ia juga akan dibahas di luar.
"Saya tidak halang perdebatan tapi harus dibuat selepas penyata PAC, itu adalah pendirian saya," katanya.
Beliau juga mengulangi pendiriannya akan meletak jawatan jika kerajaan dan pembangkang masih mahu meneruskan debat tersebut.
"Kalau diteruskan juga, itu tindakan yang saya akan buat.
"Jadi bermakna, apa hujah selepas ini, orang lain tidak akan dapat ubah pendirian yang saya buat," katanya.
Pua kemudian bangun mencelah semasa penjelasan Pandikar, beliau akur dengan keputusan itu, tetapi mendakwa haknya seolah-olah ditindas dalam isu 1MDB.
"Saya kecewa dalam isu 1MDB, di mana seolah-olah hak saya ditindas," kata Pua.
Pandikar juga menjelaskan beliau tidak boleh memberi arahan kepada Arul jangan berterusan mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB kerana beliau bukan ahli PAC.
"Saya tidak mempunyai kuasa memberi arahan (gag order) kepada mereka yang bukan ahli PAC," kata Pandikar.

Undi tak percaya antara punca RM jatuh kata Timb Menteri Umno



Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata terdapat empat faktor yang menjadi punca kejatuhan nilai ringgit termasuk sentimen negatif yang dimainkan seperti undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Sentimen negatif termasuk apa yang disebut YB Bukit Katil menyentuh kenyataan Gabenor Bank Negara yang menyebut 1MDB adalah (punca kejatuhan nilai ringgit). Tidak. Jika kita lihat, gabenor, dia memberi beberapa faktor salah satunya adalah negatif sentimen.
"Sentimen (negatif) ini bukan sahaja 1MDB tetapi juga undi tidak percaya kepada perdana menteri. Ini juga negatif sentimen.
"Sentimen negatif ini, kita tidak boleh kaitkan oleh kerana jatuh nilai ringgit disebabkan kes 1MDB. Negatif sentimen ini (disebabkan) banyak benda," kata Johari di Dewan Rakyat.
"Soal siasatan 1MDB ini, saya tidak nampak dekat mana kita menghentikan siasatan. Saya rasa, lima negara yang telah menyiasat ini, biar mereka habis siasat. Kalau ada kes, dan kes itu dibawa kepada perhatian kita, kita akan tengok.
"Tapi kalau tak habis lagi menyiasat. Kalau kita semua nak buat keputusan, ini susah. Inilah negatif sentimen dalam negara," katanya.
Beliau (BN-Titiwangsa) menjawab soalan lisan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) berhubung kenyataan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa penyusutan nilai ringgit dan ekonomi boleh dipulihkan isu berkaitan 1MDB diselesaikan.

Mahkamah Rayuan sahkan Utusan fitnah Kit Siang

Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan akhbar Umno Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Hakim Datuk Lim Yee Lan, yang mengetuai panel 3 hakim berkata, hakim yang membicarakan kes itu tidak silap dalam membuat keputusan.
"Kami juga mengesahkan ganti rugi RM250,000 yang diputuskan kepada plaintif (Lim)," katanya dalam keputusan sebulat suara itu.

Lim yang diwakili peguam Gobind Singh Deo juga dianugerahkan kos RM15,000. Pada 10 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam berkata Lim membuktikan kesnya terhadap defendan iaitu Utusan.

3000 bekas kakitangan MAS buat aduan dihentikan - Maseu


Hampir 3,000 bekas kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) memfailkan aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan atas alasan mereka diberhentikan secara tidak wajar.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu) Abdul berkata, aduan terakhir difailkan pada Jumaat lalu, memandangkan pekerja berkenaan mempunyai 60 hari untuk berbuat demikian selepas tarikh penamatan yang berkuat kuasa pada 1 September lalu.
"Jika anda failkan selepas 60 hari, ia akan menjadi aduan biasa. Untuk mendapatkan pampasan, aduan hendaklah difailkan dalam tempoh 60 hari," kata Malek.
Sebahagian besar pekerja membuat aduan bahawa perkhidmatan mereka ditamatkan tanpa mengikut prosedur yang betul.
"Oleh kerana ini adalah skim pengurangan pekerja, syarikat itu sepatutnya mengikut sistem LIFO iaitu kakitangan yang terakhir diambil bekerja akan menjadi yang pertama dihentikan. Sebaliknya, syarikat memilih pekerja yang mereka mahu tamatkan perkhidmatannya.
"Oleh kerana MAS tidak mengikut prosedur LIFO, pekerja berhak mendapat pampasan," kata Malek.
Menurutnya, para pekerja juga tidak berpuas hati dengan jumlah wang yang ditawarkan kerana ada yang sepatutnya menerima pampasan gaji satu setengah bulan bagi setiap tahun perkhidmatan tetapi hanya menerima 0.55 bulan gaji.

Transaksi SRC tidak perlu kelulusan bertulis PM, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak menegaskan semua transaksi utama SRC International Sdn Bhd tidak memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri kecuali beberapa perkara yang termaktub dalam Perkara 116 dalam M&A syarikat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015. 
Datuk Seri Najib Razak menegaskan semua transaksi utama SRC International Sdn Bhd tidak memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri kecuali beberapa perkara yang termaktub dalam Perkara 116 dalam M&A syarikat.

Semua transaksi utama SRC International Sdn Bhd yang dimiliki Kementerian Kewangan tidak memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam jawapan bertulisnya, Najib yang juga perdana menteri berkata, ini jelas dinyatakan dalam memorandum dan artikel pertubuhan Memorandum and Articles of Association (M&A) syarikat ini.
"Semua transaksi utama SRC tidak memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri.

"Perkara 116 dalam M&A hanya menyatakan perkara ini perlukan kelulusan perdana menteri iaitu: pindaan kepada M&A dan perlantikan atau pemberhentian pengarah serta pasukan pentadbiran utama," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Hanya saya berhak tafsir perintah tetap, kata speaker Dewan Rakyat

Speaker Dewa Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan perintah tetap tidak boleh bergantung kepada tafsiran yang dibuat seseorang ahli Parlimen dan hanya beliau sebagai speaker berhak melakukannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015. 
Speaker Dewa Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan perintah tetap tidak boleh bergantung kepada tafsiran yang dibuat seseorang ahli Parlimen dan hanya beliau sebagai speaker berhak melakukannya. 

Hanya speaker sahaja berhak membuat tafsiran terhadap perintah tetap dalam Dewan Rakyat, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia malam tadi ketika menolak pandangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkaitan cadangan debatnya dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, lapor Malaysiakini. Laporan itu berkata, Pandikar ketika bercakap dalam sessi bertemu editor menegaskan, kenyataan ahli Parlimen DAP itu yang beliau tidak melanggar sebarang perintah tetap hanya pandangan peribadi sahaja.
Perintah tetap katanya, tidak boleh bergantung kepada tafsiran yang dibuat seseorang ahli Parlimen.

"Jelas dinyatakan speaker perlu mentafsirkan perintah tetap, manakala ahli Parlimen perlu bersetuju," kata Pandikar, menurut laporan itu. Semalam Pua bertegas, debat beliau dengan Arul tidak mempunyai konflik kepentingan walaupun beliau ahli Jawatantankuasa Kira-kira Awam (PAC), badan yang sedang menyiasat badan pelaburan dibebani masalah hutang itu.
Pua juga menegaskan, 10 soalan yang dikemukakan kepada Arul juga merupakan makluman awam dan bukannya daripada prosiding PAC.
Pua menggunakan Perintah Tetap 23 dan 85, selepas dihalang speaker daripada menyertai debat atau melepaskan jawatannya sebagai ahli PAC.
Bagaimanapun malam tadi, speaker itu juga berkata, maklumat awam dikatakan Pua itu mungkin juga dibawa dalam prosiding PAC.
"Bagaimana anda hendak pastikan Pua tidak bersalah dengan anggapan semasa dia ahli PAC, dia mendapatkan maklumat itu daripada lain-lain sumber?" soalnya.

MENTERI "LALOK"

Ramai kawan-kawan meminta saya menulis mengenai kenyataan terbaru menteri yang seorang ini mengenai tol yang dianggap suatu penghinaan kepada rakyat.

Hakikatnya ramai wargakota yang setiap hari keluar rumah untuk ke tempat kerja sebaik saja selepas Subuh semata-mata untuk mengelakkan kesesakan, tetapi seringkali terperangkap juga kerana terlibat dengan urusan lain seperti menghantar isteri ke pejabat dan anak-anak ke sekolah.

Soalnya, apakah menteri berkenaan mahu wargakota keluar ke tempat kerja seawal pukul 3 atau 4 pagi setiap hari?

Selain itu, adakah semua jalan bertol mempunyai jalan alternatifnya? Dari pusat bandar Kuala Lumpur ke Putrajaya misalnya, mana jalan alternatif tanpa tolnya?

Ulasan saya mudah saja - kalau beginilah cara berfikir dan melayan rungutan rakyat oleh seorang menteri yang bertaraf Pengarah Komunikasi Strategik BN, lebih baiklah dilantik budak-budak lalok yang jaga parking di sekitar Chow Kit sebagai anggota kabinet.

Dua kali lima dan lebih kurang saja cara berfikirnya.