Selasa, 3 November 2015

Debat 1MDB Tony Pua-Arul Kanda: Jadi atau tidak?

Debat 1MDB Tony Pua-Arul Kanda: Jadi atau tidak?KUALA LUMPUR: Penganjuran debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan Pengerusi dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC), Tony Pua hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Namun, perkembangan terbaharu telah menimbulkan persoalan sama ada debat itu dapat direalisasikan atau tidak.

Pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak

Pada pagi Selasa, Salleh melontarkan satu cadangan supaya debat tersebut diadakan di Studio 1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tanpa penonton Jumaat ini.

Beliau berkata, RTM mencadangkan debat tersebut berlangsung selama sejam bermula jam 9 malam dan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen nasional itu.

Salleh berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Beberapa hari kebelakangan ini, pelbagai reaksi berbeza timbul dari beberapa ahli Parlimen dari kerajaan dan juga blok pembangkang berhubung penganjuran Debat 1MDB itu.

Menurut  Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Tony Pua perlu melepaskan jawatan beliau sebagai ahli PAC jika mahu berdebat dengan Arul Kanda.

Ini kerana beliau berpandangan bahawa penyiasatan PAC yang merupakan jawatankuasa di bawah Parlimen  harus dikekalkan ketelusannya.

Pandikar turut berkata Arul Kanda juga perlu dilucutkan sebagai saksi dalam siasatan PAC jika ingin meneruskan debat tersebut.

Justeru katanya, jika debat itu diteruskan tanpa mematuhi syarat yang dinyatakan beliau, maka beliau sedia meletakkan jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pua yang merupakan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu turut bertegas yang beliau tidak akan membenarkan prosiding ke atas 1MDB terganggu akibat penglibatannya dalam debat bersama Arul Kanda.

Nazir Razak gesa kerajaan kembalikan kestabilan politik Malaysia

Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak berkata, ‘isu utama bagi Malaysia’ ialah mengembalikan reputasinya sebagai negara yang mempunyai kestabilan politik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015. 
Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak berkata, ‘isu utama bagi Malaysia’ ialah mengembalikan reputasinya sebagai negara yang mempunyai kestabilan politik. 

Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak berkata, ketidaktentuan politik yang dihadapi kerajaan pimpinan abangnya merupakan kebimbangan terbesar bagi pelabur asing yang melihat kepada Malaysia sebagai negara Asia Tenggara yang stabil satu masa dulu.  Bercakap kepada Reuters pada Sabtu lalu ketika satu kejohanan golf anjuran banknya di sebuah kelab di pinggir bandaraya Kuala Lumpur, Nazir, 48, berkata, "isu utama bagi Malaysia" ialah mengembalikan reputasinya sebagai negara yang mempunyai kestabilan politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 62, terbabit dalam skandal sekitar syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana pelaburan negara yang dibebani hutang kira-kira RM42 bilion sejak beliau menubuhkannya tidak lama selepas mengambil alih kuasa pada 2009.

Penafian Najib daripada terlibat dalam sebarang salah laku gagal menghapuskan syak wasangka yang timbul berhubung salah urus dan rasuah. Ia membawa kepada bantahan besar-besaran di Kuala Lumpur pada Ogos, dan baru-baru ini, tindakan ahli Parlimen pembangkang mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap beliau di Dewan Rakyat.
Nazir tidak membincangkan masalah politik abangnya, tetapi berkata, siasatan 1MDB harus diselesaikan segera, dan hasilnya dimaklumkan kepada umum jika kerajaan mahu memulihkan keyakinan terhadap cara negara ini diuruskan.
"Lebih cepat kita berurusan dengan isu yang menyelubungi 1MDB ini, lebih baik," kata Nazir, pengerusi bank kelima terbesar di Asia Tenggara, dan kedua terbesar dari segi aset di Malaysia.
Skandal itu turut memberi kesan buruk kepada Malaysia sebagai negara pengeksport tenaga, yang sudah pun dibebani kemerosotan harga minyak global.
Kestabilan politik sebelum ini menjadi tarikan buat Malaysia di rantau ini yang demokrasinya pernah melalui detik-detik mencabar, tetapi skandal 1MDB merosakkan reputasi itu.
"Secara tradisinya, Malaysia mempunyai postur yang baik dari segi kestabilan politik, ekonomi sara diri, sistem perbankan yang diuruskan dengan baik dan institusi yang teguh," kata Nazir.

Siasatan pembunuhan pengasas AmBank selesai, kata polis

Tiada lagi suspek diburu berhubung kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian Hussain Ahmad Najadi (gambar, kanan) 2 tahun lepas dan siasatan berhubung kes berkenaan dianggap selesai.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata polis juga sudah membebaskan seorang saksi kes berkenaan Selasa lepas.

"Setakat yang saya tahu siasatan selesai sepenuhnya, tiada lagi siasatan yang akan dijalankan melainkan kalau ada perkara baharu... yang terlibat sebelum ini sudah dituduh, didapati bersalah dan sedang menjalani hukuman penjara," katanya pada sidang media selepas pelepasan kenderaan rasmi Asean Cyclefest 2015 di Kuala Lumpur hari ini. Beliau diminta mengulas laporan Bernama semalam yang seorang ahli perniagaan tempatan yang ditahan polis pada 15 Oktober lepas berhubung kes berkenaan dibebaskan, selepas siasatan mendapati tiada keterangan ke atasnya untuk pertuduhan.
Suspek lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 29 Julai 2013, Hussain, 76, maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak ketika mereka keluar dari kawasan Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di Kuala Lumpur.
Pada 5 September 2014, penarik kereta, Koong Swee Kwan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah membunuh Hussain dan dihukum penjara 18 tahun kerana didapati bersalah cuba membunuh isteri pengasas Ambank itu, Cheong Mei Kuen. – Bernama,

Debat 1MDB secara langsung hanya jika syarat dipatuhi, kata menteri Umno

Siaran langsung sesi debat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya akan diteruskan sekiranya syarat yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dipatuhi, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, syarat yang dimaksudkan ialah supaya ahli Parlimen DAP Tony Pua meletak jawatan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy tidak terlibat sebagai saksi dalam siasatan PAC terhadap 1MDB.
"Speaker sudah buat keputusan. Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghormati keputusan beliau. Debat akan hanya disiar secara langsung jika syarat-syarat di patuhi.

"Syarat-syaratnya, seperti yang dinyatakan speaker, iaitu Pua kena berhenti dari PAC dan Arul tidak jadi saksi," katanya kepada The Malaysian Insider malam ini. Terdahulu hari ini, Salleh yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional berkata, RTM sedia menjadi tuan rumah untuk menyiarkan siaran secara langsung perdebatan antara Pua dan Arul pada Jumaat ini jam 9 malam.
Katanya, debat itu perlu diadakan bagi menerangkan kepada umum fakta mengenai 1MDB, dana pelaburan negara yang penuh kontroversi dan sarat hutang itu, kepada masyarakat.
Bagaimanapun, Pandikar kemudiannya mengumumkan di Dewan Rakyat, Pua yang juga ahli PAC perlu meninggalkan jawatankuasa Parlimen itu terlebih dulu kerana penglibatannya dalam debat itu boleh menjejaskan siasatannya ke atas 1MDB.
Bertindak balas kepada pengumuman itu, Pakatan Harapan mengumumkan pihaknya akan mendapatkan seorang lagi ahli Parlimen pembangkang yang akan menggantikan Pua, yang bukan ahli PAC supaya debat itu boleh diteruskan Jumaat ini dan Pua tidak perlu keluar dari PAC.
Namun, Pandikar pula menegaskan beliau akan melepaskan jawatan sebagai yang dipertua Dewan Rakyat jika perdebatan itu diteruskan kerana ia hanya akan menyebabkan tidak timbul lagi keperluan untuk PAC mengadakan siasatan mengenai isu tertentu selepas ini.

Skandal 1MDB: Tony Pua perlu patuh arahan Pandikar

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin meminta anggota jawatankuasa badan penyiasatan itu Tony Pua untuk mematuhi arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi mana-mana medium.

Beliau berkata, Tony perlu mematuhi arahan itu termasuk tidak boleh berdebat secara terbuka dengan Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
"Saya patuh kepada arahan yang ditetapkan Speaker. Ini bermakna Tony Pua juga tidak boleh bercakap tentang 1MDB walaupun di luar (Dewan Rakyat) seperti berkempen dan sebagainya.

"Kami berharap pihak eksekutif (anggota PAC) mematuhi keputusan dan nasihat yang diberikan speaker," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Ditanya sama ada Pua juga tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung isu 1MDB, Hasan berkata beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung syarat tersebut.

"Kalau ikut keputusan tadi Tony Pua tak boleh beri ceramah atau cakap (mengenai 1MDB) di khalayak ramai. Agak sukar kerana laporan interim dah dibuat, wajar etika itu dipatuhi," kata Hasan.

Dalam persidangan Dewan Rakyat pagi tadi, Pandikar Amin memutuskan bahawaanggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan sebagai ahli PAC sekiranya berhasrat untuk meneruskan debat terbuka dengan Arul Kanda.

Pandikar Amin turut menegaskan bahawa sekiranya Pua tidak mahu melepaskan jawatannya dalam PAC, beliau tidak boleh terlibat sama sekali dengan siasatan 1MDB yang sedang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.

Kalau mahu tutup skandal 1MDB, jangan buat terang-terangan


rafizi ramli

KUALA LUMPUR - "Jika mahu menutup skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pun, ia tak perlu dilakukan secara terang-terangan, kena la pandai-pandai," demikian kata Ahli Parlimen (PKR-Pandan), Rafizi Ramli yang menyindir sinis Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin.
Rafizi berkata, larangan Hasan terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada bercakap mengenai isu 1MDB secara terbuka hanya akan menguatkan persepsi bahawa PAC 'diperkudakan' kerajaan untuk menutup skandal tersebut.
"Dia buat macam ini, rakyat akan melihat bagaimana PAC diperkudakan untuk menutup 1MDB.
"Ia tidak menepati kehendak Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan segala yang berlaku sebelum ini dan sekarang dia cuba untuk menyekat ahli PAC, ini akan diihat sebagai rentetan cubaan menutup siasatan 1MDB," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PAC itu, hari ini yang mengatakan bahawa Tony Pua tidak sepatutnya bercakap secara terbuka mengenai skandal 1MDB.
Menurut Hasan, ini berdasarkan arahan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berkata Tony Pua mesti sama ada berhenti daripada menganggotai PAC atau tidak terbabit dengan siasatan jika beliau mahu berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Mengulas lanjut, Rafizi selaku Naib Presiden PKR juga berkata, susulan peraturan mesyuarat yang diputuskan Pandikar pagi tadi, beliau akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Harapan lain untuk menentukan penggantian Tony Pua dalam debat 1MDB pada Jumaat ini.
"Perkara ini akan diputuskan dan dibincangkan dahulu dalam Pakatan Harapan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Saya akan berbincang dengan Anthony Loke dan Setiausaha Amanah, Anuar Tahir, kami berhadap dapat keputusan sebelum Jumaat ini mungkin pagi esok, kami mungkin bincangkan malam ini," ujarnya.

Tony: Saya kecewa syarat Pandikar


Tony Pua

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempertahankan pendiriannya bahawa debat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy tidak melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.
Sehubungan itu, Tony berkata, beliau akan meminta penjelasan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin hari ini berhubung keputusannya menghalang debat tersebut.
“Saya amat kecewa kerana saya menjemput Arul Kanda berdebat untuk membawa kebenaran kepada orang ramai.  Tetapi hari ini Speaker pula letak syarat supaya saya tarik diri sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
“Esok selepas sesi soal jawab dalam jam 11.30 pagi, saya akan minta penjelasan Speaker bahawa debat ini tidak melanggar peraturan mesyuarat.
"Saya baca peraturan 23 dan 85... saya tidak tahu peraturan mana yang saya langgar dan yang sebut saya perlu letak jawatan sebagai ahli PAC,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Pandikar menggesa Tony meletakkan jawatan sebagai ahli PAC sekiranya mahu meneruskan debat dengan Arul Kanda.
Menurut Pandikar, tindakan Tony mahu berdebat melanggar peraturan dewan kerana kedudukannya sebagai ahli PAC.
Mengulas lanjut, Tony berkata, beliau langsung tidak akan menggunakan maklumat PAC dalam soalannya kepada Arul Kanda.
“Saya sudah sediakan 10 soalan untuk Arul Kanda. Tiada maklumat yang dibincang dalam PAC dalam soalan saya.
“Semua soalan itu langsung tak langgar peraturan mesyuarat asalkan maklumat yang saya perolehi bukan dari PAC,” katanya.

DRAMA 1MDB: DARIPADA TONY PUA MENGALAH, LEBIH BAIK PANDIKAR AMIN YANG LETAK JAWATAN

Drama juga. Ingatkan dalam kes saman Najib Razak terhadap akhbar The Wall Street Journal atau WSJ saja yang penuh dengan drama, rupa-rupanya dalam debat antara Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy mengenai kemelut 1MDB juga penuh dengan lakonan dan babak-babaknya.

Jika drama dalam saman Najib terhadap WSJ ialah untuk mencari helah bagaimana supaya akhirnya tiada tindakan undang-undang  boleh diterima dan dihalalkan begitu saja, dalam debat pula ia lebih bertujuan untuk mengelakkannya daripada menjadi kenyataan.

Hakikatnya, debat antara Tony Pua dengan Arul bermula apabila Presiden 1MDB itu seolah-olah ingin menjadi politikus dan menjawab bagaikan orang politik setiap pertanyaan dan kemusykilan yang menjadi bualan umum sejak akhir-akhir ini.

Lihat saja bagaimana kebelakangan ini jawapan Arul dan 1MDB, bukan saja tentang apa yang didedahkan oleh Tony Pua atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen, malah banyak tulisan atau kenyaaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga mendapat reaksi bercorak politik daripadanya.

Lantaran itulah Tony Pua mencabar Arul berdebat. Ini kerana Arul sendiri yang nampaknya tidak bersabar untuk menunggu memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC, sebaliknya turut membalas atau membidas kenyataan yang dibuat oleh orang-orang politik.

Bukanlah dulu kerajaan telah menetapkan sebarang kemusykilan mengenai 1MDB hanya boleh dijawab oleh Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah saja?

Tetapi kenapa Husni lebih banyak berdiam dan menyembunyikan diri? Dalam masa yang sama, mengapa pula Arul cuba menjadi orang politik dengan lebih banyak bercakap berbanding Husni yang diberi mandat oleh kerajaan?

Maka, debat antara Tony dengan Arul itu memang tidak dapat dielakkan kerana Arul sendiri yang memilih seolah-olah untuk menjadi seorang politikus berbanding menguruskan syarikat. Selainnya, debat tidak dinafikan mungkin dapat memberi pencerahan kepada rakyat membuat penilaian mengenai 1MDB yang sudah menjadi topik perbualan di seluruh dunia.

Bagaimanapun agak malang, apabila debat itu hampir menjadi kenyataan dengan RTM sudah sedia untuk menyiarkannya secara langsung pada Jumaat ini, malah beberapa pemimpin seperti Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal dan yang lain-lain juga memberi reaksi positif mengenainya, tiba-tiba Speaker Parlimen Pandikar Amin Haji Mulia pula masuk campur dengan lakonan barunya.

Nurul Izzah jawab PMO isu Anwar


PETALING JAYA - Kerajaan begitu cakna terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, sindir Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika mengulas respons Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkenaan kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kes Liwat II Anwar.
"Pejabat Perdana Menteri ( PMO) kita nampaknya  paling cepat memberi respon apabila melibatkan kes kehakiman Anwar, kalaulah PMO  boleh dapat bersiap siaga dan memberi respons kepada isu rakyat terbanyak itu juga akan memberi kesan yang lebih positif untuk negara," katanyadalam sidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Semalam dalam satu kenyataan PMO menyatakan bahawa  semua pihak harus menghormati hak pengadu kes Liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan, serta proses perundangan di Malaysia dalam kes itu.
Kenyataan itu dibuat susulan gesaan PBB supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera kerana beranggapan perbicaraan kes liwat antara bekas ketua pembangkang itu dan Saiful tidak sah.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah mendakwa dalam isu ini secara jelas kerajaan tidak menghormati keputusan PBB walaupun kerajaan Malaysia senantiasa 'manis muka' dihadapan PBB.
"Isunya mudah kita negara Malaysia sebahagian daripada PBB,  kita juga pernah menganggotai Suruhanjaya Hak Kemanusian, dan ia telah beri keputusan terhadap Anwar jelas bahawa kerajaan tidak menghormati keputusan PBB.

Rafizi ingatkan BN jangan perkudakan PAC tutup isu 1MDB

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menempelak Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin yang didakwanya sedang cuba menutup isu 1MDB dengan melarang Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua daripada bercakap mengenainya.
Katanya, arahan itu tidak masuk akal dan jelas bermotifkan politik.
"Jika kerajaan mahu menutup atau menghentikan prosiding 1MDB di peringkat PAC, saya nasihatkan pengerusi supaya tidak melakukannya secara terbuka.
“Pandai-pandai sikit, awak buat macam ini, rakyat akan lihat bagaimana BN memperkudakan PAC untuk menutup (isu) PAC),” kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

1MDB boleh jadi sumber kekuatan BN, ampu Annuar Musa

annuar musa 1
Ahli Parlimen BN-Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan sejak dari awal telah bersungguh-sungguh untuk mematahkan pelbagai dakwaan pihak tertentu, khasnya pembangkang dengan memberikan fakta kepada setiap dakwaan dilemparkan terhadap 1MDB.
KUALA LUMPUR, 3 November:
Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mampu menjadi kekuatan baharu kepada BN menjelang pilihan raya umum akan datang apabila kerajaan membuktikan kepada rakyat dakwaan-dakwaan terhadap syarikat itu adalah tidak benar.
Ahli Parlimen BN-Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan sejak dari awal telah bersungguh-sungguh untuk mematahkan pelbagai dakwaan pihak tertentu, khasnya pembangkang dengan memberikan fakta kepada setiap dakwaan dilemparkan terhadap 1MDB.
“Saya berkeyakinan, diberikan masa, urusan 1MDB dan isu 1MDB ini walaupun berat untuk kerajaan menjawab, akhirnya 1MDB inilah yang akan menjadi kekuatan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang apabila kami buktikan dakwaan-dakwaan itu adalah tidak benar,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Annuar juga yakin serangan terhadap 1MDB dibuat kerana ada pihak yang tidak mahu melihat syarikat pelaburan strategik kerajaan itu berjaya.
“Tidak pernah ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain yang ‘under public scrutiny’ macam 1MDB yang berada di bawah mikroskop Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
“Kita tahu kenapa 1MDB itu diserang, (kerana) kalau sebuah syarikat pelaburan strategik kerajaan itu berjaya, ia menggusarkan pembangkang,” katanya.
Bahkan, katanya, langkah 1MDB melabur untuk membeli syarikat-syarikat pengeluar penjana kuasa elektrik dan memfokus kepada pembangunan hartanah di Kuala Lumpur telah menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati kerana khuatir syarikat itu mengugat status mereka.
Menyentuh mengenai wang RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Annuar mencabar mereka yang mendakwa ia adalah wang rasuah ataupun wang daripada 1MDB, tampil dengan bukti kukuh sebelum membuat tuduhan tidak berasas.

Syarikat Australia urus hasil 1MDB dibubar

Sebuah syarikat Australia yang dikatakan menguruskan hasil kutipan 1MDB daripada usaha sama pendek dengan PetroSaudi International dibubarkan oleh pihak berkuasa negara itu, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
 “Pihak pengawal selia Australia tidak melihat hubungan dengan 1MDB sebaliknya sama ada pelabur runcit berisiko.
“Mereka mendakwa Avestra menyembunyikan pelaburannya daripada pengawal selia Australia dengan menyalurkannya ke dana Bridge Global, di mana 1MDB melaburkan wangnya,” menurut laporan harian kewangan itu.
Ia memetik 1MDB sebagai berkata, syarikat itu meletakkan AS$2.32 bilion daripada apa yang didakwa hasil daripada usaha sama dengan PetroSaudi ke entiti berdaftar di Kepulauan Cayman Bridge Global Absolute Return Fund SPC.
Entiti itu dikatakan dibentuk pada 2012, beberapa minggu sebelum menerima wang 1MDB.
Bagaimana dokumen pendaftaran korporat dokumen dilapor tidak mendedahkan siapa yang menubuhkan entiti itu.

Skandal 1MDB: Shafie senada dengan pembangkang, sokong teruskan debat tanpa syarat

shafie
Mantan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyokong debat di antara Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden 1MDB, Arul Kanda supaya diteruskan.
KUALA LUMPUR, 3 November:
Mantan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyokong debat di antara Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden 1MDB, Arul Kanda supaya diteruskan.
Beliau juga berpandangan bahawa debat itu perlu diteruskan tanpa syarat seperti yang ditetapkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Kita alukan perdebatan ini kerana mungkin ia boleh memberi maklumat. Tapi jika nak letakkan syarat, sata berpandangan itu tidak wajar. Tidak harus ada syarat diletakkan pada mana-mana pihak untuk kita mencari kebenaran.
“Walaupun dia mempunyai maklumat, informasi eksklusif hanya kerana dia ahli PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara), kita tidak patut tetapkan syarat begitu untuk dia menyertai debat,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan isu debat 1MDB melibatkan Arul dan juga Tony Pua beserta syarat yang ditetapkan oleh Pandikar awal hari ini.
Menurut Shafie yang juga Ahli Parlimen BN-Semporna, apa yang penting masa sekarang ialah rakyat perlu tahu kebenaran mengenai skandal 1MDB tersebut.
“Apa yang penting pada kita adalah kita galakkan perdebatan ini dan dilakukan tanpa meletakkan syarat-syarat…apa yang penting rakyat keseluruhannya mengetahui maklumat berhubung 1MDB.
“Jika kita nak cari kebenaran, kita tidak harus bimbang mengenai itu,” tambahnya.

Tak setuju ADUN Kelantan naik gaji – Husam

Husam mempertikaikan kerajaan negeri Kelantan dalam menguruskan YIK. Foto Facebook Dato Haji Husam Musa
ADUN Pas-Salor, Datuk Husam Musa tidak setuju dengan pengumuman kenaikan elaun yang umumkan oleh Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub selepas menerima cadangan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob agar Rang Undang-Undang Enakmen Saraan Anggota-Anggota Pentadbiran dan ADUN 1980 untuk dipinda.
KOTA BHARU, 3 November:
ADUN Pas-Salor, Datuk Husam Musa tidak setuju dengan pengumuman kenaikan elaun yang umumkan oleh Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub selepas menerima cadangan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob agar Rang Undang-Undang Enakmen Saraan Anggota-Anggota Pentadbiran dan ADUN 1980 untuk dipinda.
Beliau berkata, kenaikan elaun berkenaan tidak tepat pada waktu iaitu ketika himpitan ekonomi yang dirasai rakyat.
Dalam nada sinisnya, kata Husam, beliau kagum dengan keberanian kerajaan Kelantan.
“Saya faham, ramai juga rakan-rakan ADUN rasa serba salah menerima kenaikan ini. Kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.
“Namun, ketika berdepan pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati. Rakyat kian susah, kita pula naik gaji.
“Malah, saya terkejut membaca laporan media, dua ADUN BN menuntut elaun itu dinaikkan lebih tinggi lagi,” katanya menerusi laman Facebooknya.
Beliau juga berkata, kenaikan elaun yang diumumkan semalam menunjukkan kewangan kerajaan adalah kukuh.
Katanya, jika begitu, tidak mungkin tunggakan yang membelenggu Yayasan Islam Kelantan (YIK) tidak mampu dijelaskan.
“Saya agak, kerajaan Kelantan akan berjaya melakukannya. Jika tidak, imej kerajaan sukar dibaiki.
“Selain itu, laporan Bernama bahawa semua 45 ADUN Kelantan menyokong cadangan kenaikan itu adalah tidak tepat. Saya tidak ada di Dewan ketika cadangan itu diluluskan,” katanya.
Sidang DUN semalam meluluskan untuk meminda Rang Undang-undang Enakmen Saraan Anggota-Anggota Pentadbiran dan ADUN 1980 (Pindaan 2015) membabitkan kenaikan elaun Menteri Besar daripada RM12,800 kepada RM15,000 sebulan, Timbalan Menteri Besar, (RM8,800 kepada RM13,000), Exco serta Speaker DUN, (RM6,000 kepada RM10,000) dan ADUN (RM4,600 kepada RM8,000).
Semakan terakhir melibatkan penyelarasan elaun anggota pentadbiran dan ADUN Kelantan dilakukan pada tahun 2010.

Tiada peraturan halang ahli Parlimen bercakap luar Dewan Rakyat – Rafizi Ramli

rafizi
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa tiada Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang dilihat menyekat ahli-ahli Parlimen untuk bersuara di luar dewan. 

KUALA LUMPUR, 3 November:
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa tiada Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang dilihat menyekat ahli-ahli Parlimen untuk bersuara di luar dewan.
Malah, beliau menyifatkan Barisan Nasional (BN) menggunakan debat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MBD) yang melibatkan Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden 1MDB, Arul Kanda sebagai medium menyekat kebebasan bersuara di kalangan wakil rakyat.
“Saya rasa, ia bukan persoalan debat. Soalnya sama ada, debat itu akan digunakan sebagai alasan oleh Dewan, BN atau kerajaan untuk sekat Pua atau mana-mana ahli Parlimen.
“Tidak ada mana-mana peraturan Dewan menyebut ahli Parlimen tidak boleh bercakap apa-apa di luar,” katanya di dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Sehubungan itu, Rafizi turut melahirkan rasa terkejut apabila Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Pua melepaskan jawatannya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sekiranya berhasrat meneruskan debat tersebut.
“Saya terkejut dengan keputusan speaker. Saya nampak dari beberapa perspektif, saya rasa kita boleh bahaskan dan persoalkan lebih dalam mengenai anggota PAC boleh debatkan isu yang disiasat PAC (atau tidak).
“Prosiding PAC bukan berkaitan jenayah. Walaupun ada kebimbangan maklumat diperolehi daripada PAC didedahkan, Pua menunjukkan disiplin.

Debat 1MDB: Kerajaan Jangan Bersandiwara

KJ: Debat 1MDB Tak Selesai Masalah

DAP files motion to challenge Kit Siang’s suspension

Rafizi : PAC gag order is absurb

Shafie : Debate should not have any restrictions

Tony : I cannot let the debate jeopardise PAC investigations

PAC to seek Speakers clarification on whether Arul should continue making statements

Parliament: Speaker rules Pua cannot be judge and prosecutor

Skandal 1MDB: Pas ingatkan Najib masih ada 41 hari

Perdana Menteri pada Jun lalu berjanji untuk menyelesaikan masalah 1MDB dalam tempoh enam bulan.
PAS
PETALING JAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai 41 hari sahaja lagi sebelum tempoh enam bulan yang dijanjikannya untuk menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tamat.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat mengharapkan Perdana Menteri tidak menggunakan debat antara Tony Pua dan Arul Kanda untuk mengatakan masalah 1MDB telah selesai.
“Sebagai peringatan, ada 41 hari sahaja lagi sebelum tempoh enam bulan yang dijanjikan Najib untuk menyelesaikan masalah 1MDB akan tamat.
“Diharap Najib tidak menggunakan kemenangan debat ini sebagai penunaian janji bahawa masalah 1MDB telah selesai. Hakikatnya, masalah 1MDB tidak selesai di satu debat,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Jun lalu, Najib meminta rakyat memberi tempoh enam bulan kepadanya untuk menyelesaikan masalah 1MDB.
Tuan Ibrahim turut mengingatkan Barisan Nasional (BN) bahawa debat itu juga tidak akan membersihkan masalah 1MDB, kerosakan ekonomi dan Ringgit yang dibawa oleh syarikat itu.
“Kerana 1MDB, integriti Bank Negara Malaysia turut dipertikai. Siasatan 1MDB yang tergendala menyebabkan imej SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara terus kekal sebagai instituti berkuasa yang tidak bebas dan terkongkong.
“Ini menyebabkan runtuhnya sistem pengawasan dan keseimbangan (‘check and balance’) terhadap mereka yang diberi kuasa untuk memerintah negara,” katanya.
Tambahnya, orang yang melaporkan dan mempertikai mengenai 1MDB juga menghadapi masalah diburu oleh pihak berkuasa.
“Mereka yang menyebabkan 1MDB meninggalkan hutang berbilion untuk ditanggung kerajaan dan rakyat belum lagi disoalsiasat.
“Antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Jho Low, Nik Faisal Arif Kamil (Pengarah Urusan SRC International serta Datuk Suboh Md Yasin (Pengarah SRC International Sdn Bhd),” jelasnya.

Bangun awal pagi jika tidak mahu bayar tol kata menteri Umno

Kerajaan menyediakan jalan alternatif kepada pengguna yang mahu mengelak daripada membayar tol.
rahman-dahlan
KUALA LUMPUR : Rakyat disaran supaya merancang perjalanan dengan bangun lebih awal untuk ke tempat kerja jika tidak mahu membayar tol susulan pengenalan kadar baharu tol yang berkuatkuasa bulan lalu.
Cadangan itu dibuat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau juga mencadangkan rakyat memilih jalan alternatif yang sememangnya disediakan oleh kerajaan bagi pengguna yang mahu mengelak daripada membayar tol.
“Saya nak tekankan, dimana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif, ada jalan alternatif dari point A ke point B tanpa melalui tol. Bila tidak melalui tol dia akan memakan masa dan menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghadapi banyak lampu isyarat.
“Jadi dari segi itu kita kena bahagi masa, kalau tak nak bayar tol, kita kena bahagi masa. Bahagi masa untuk sampai ke destinasi kita mungkin kena turun 15 minit lebih awal, 20 minit lebih awal kena bangun,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia di Hotel J.W. Marriot pada Selasa.
Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) berkata, kerajaan memperkenalkan tol adalah untuk memendekkan perjalanan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan terpaksa membenarkan konsesi menaikkan kadar tol memandangkan kos untuk penyelenggaraan lebuh raya semakin meningkat.
“Kos untuk menyelanggara ini semakin hari semakin meningkat dan kita tahu bahawa tol tidak naik untuk beberapa tahun dan bila dia naik kita berharap rakyat faham kos itu meningkat,” katanya.

Kejantanan: Tony Pua tidak boleh lagi cakap isu 1MDB, kata pengerusi PAC

Tony Pua harus akur dengan keputusan speaker Dewan Rakyat dan tidak meneruskan debat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Hasan Arifin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015.Tony Pua harus akur dengan keputusan speaker Dewan Rakyat dan tidak meneruskan debat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Hasan Arifin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015.Selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua harus akur dengan keputusan speaker Dewan Rakyat dan tidak meneruskan debat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata Datuk Hasan Arifin.
Pengerusi PAC itu berkata, keputusan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang diumumkan di Dewan Rakyat pagi tadi bermakna Pua tidak boleh bercakap berkenaan 1MDB, walaupun ketika beliau berada di luar mesyuarat PAC dan Parlimen.
"Kita mendengar keputusan speaker tadi. Saya selaku pengerusi jawatankuasa di bawah Parlimen patuh pada arahan yang ditetapkan speaker.

"Ini bermakna, Pua tidak boleh bercakap tentang 1MDB walaupun di luar dan sebagainya," kata Hasan pada satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Malah, ahli Parlimen Rompin itu berkata, keputusan speaker itu juga menunjukkan Pua tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan 1MDB.

Debat 1MDB: Kerajaan cuba bersandiwara, guna speaker sebagai 'benteng'....


Anthony Loke

KUALA LUMPUR - Ketua Whip Parlimen DAP, Anthony Loke mendakwa kerajaan BN cuba bersandiwara politik apabila bersikap "flip flop" dalam keputusan membenarkan debat 1MDB antara Arul Kanda dan Tony Pua dibuat secara terbuka.

Anthony berkata kerajaan menjadikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai 'benteng' untuk memastikan debat terbuka itu dihalang bersiaran secara langsung di RTM, pada Jumaat ini.

"Saya mempersoalkan sama ada ini merupakan satu sandiwara oleh pihak kerajaan kerana mereka memang tahu, Speaker akan membuat satu pendirian untuk menafikan debat ini daripada berlangsung.

"Saya lihat ini satu lagi strategi, satu lagi sandiwara kerajaan BN untuk menafikan perbahasan ini berkenaan 1MDB dan ia satu jalan keluar untuk menjaga air muka mereka," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan Pandikar yang mensyaratkan perdebatan 1MDB itu boleh diteruskan jika Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

'Saya tak akan biarkan prosiding PAC ke atas 1MDB terganggu' - Tony Pua

'Saya tak akan biarkan prosiding PAC ke atas 1MDB terganggu' - Tony Pua
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua berkata beliau tidak akan membenarkan prosiding ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terganggu akibat penglibatannya dalam debat bersama Presiden syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy.

Ini bererti beliau bersedia untuk tidak menyertai debat tersebut bagi memastikan siasatan PAC terhadap 1MDB itu diteruskan.

"Saya tidak boleh membenarkan siasatan tersebut terbengkalai. Rakyat menaruh harapan kepada PAC untuk siasatan ini," kata Pua.

Katanya, beliau akan meminta penjelasan rasmi dari Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung kenyataan beliau pagi Selasa.

Menurut Pua, setahu beliau penganjuran debat tersebut tidak menyalahi mana-mana peraturan Parlimen.

Rawatan istimewa tetapi kesihatan Anwar terus merosot?

Syed Ibrahim Syed Noh


Kenyataan Timbalan Menteri dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan menerima rawatan istimewa yang tidak diberi kepada banduan yang lain tidak berasas kerana keadaan kesihatan Anwar bukan bertambah baik tetapi bertambah merosot.
Ini pada pendapat saya kerana tafsiran 'rawatan istimewa' yang berbeza yang dilaporkan kepada Nur Jazlan.
Bagi Nur Jazlan fisioterapi sebanyak 10 kali di penjara dalam tempoh 8 bulan mungkin sudah dianggap istimewa sedangkan hakikatnya rawatan berkenaan sangat sedikit dan tanpa kelengkapan yang sempurna seperti di hospital untuk memastikan kesihatan Anwar terjamin.

Beliau perlu diberi hak rawatan yang sempurna untuk merawat kesakitan saraf pada bahu kanannya dan mungkin pada tengkuknya. Yang diminta bukan rawatan istimewa tetapi rawatan sempurna.
Kerajaan perlu bertanggungjawab jika keadaan kesihatan Anwar bertambah buruk.

Debat 1MDB Tony-Arul: Rakyat yang menang!

Dr Dzulkefly Ahmad,

Pada pandangan umum Arul Kanda Kandasamy, CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semacam berjaya dan hebat dalam wawancara Bernama, 29 November yang lalu.
Hakikatnya tidaklah seperti ditanggapi umum.
Teruja dengan “kejayaan”nya itu, Arul kini lebih berani untuk berdepan dengan Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, untuk berdebat tentang 1MDB. Tony seperti umum diketahui adalah MP yang paling lantang mengkritik 1MDB.

Kononnya dia petah berdebat. Penulis lebih meyakini Tony yang lebih tajam dan pintar hal kewangan. Arul berpeluang membersihkan nama baik 1MDB lantas mengaibkan Tony. Sebaliknya jika Arul kalah dan dimalukan Tony, bermakna Najib juga turut diaibkan.
Hilang maruah dan “legitimaci” untuk kekal sebagai PM.  Sangat besar “stake” dan risiko yang dipikul kedua-dua peribadi ini.
Apa pun, tulisan ini sekadar mengingatkan banyak persoalan yang Arul sengaja kesampingkan.
Sememangnya, pelbagai skandal (misalnya PKFZ, Perwaja, Transmile, dan National Feedlot Corporation), memakan masa yang panjang untuk terungkai, hanya mereka yang berstamina dan mempunyai ingatan yang kuat dapat mengikuti perkembangan sampai ke hujung.
Yang lain tenggelam. Itu modus operandi mereka.
Sebagai contoh, dalam kes 1MDB mereka ambil peluang untuk "deflect" tumpuan dengan kes "Xavier Justo".
Mereka cuba "discredit" pelbagai dakwaan tentang 1MDB, menggunakan cerita Justo... Alahai.
Arul berkerja dengan 1MDB bermula Januari 2015. Beliau seharusnya menumpukan usaha untuk memulihkan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu yang aset-asetnya gagal menjana "cashflow" untuk melunaskan RM42 bilion hutangnya.
Tetapi, tampak Arul lebih berminat untuk "berpolitik", menjadi pembela pihak "tertuduh".
Apa pun berlaku seterusnya hanya berkisar kepada persoalan isu usahasama dengan PetroSaudi.
Tidak ada soalan urusniaga hartanah dan sektor tenaga, yang juga sarat dengan pelbagai "skandal" dan dakwaan "salah-laku".
Mengimbas kisah yang berlaku. Syarikat usahasama 1MDB dan PetroSaudi Holdings Ltd (Cayman Island) didaftarkan di Cayman Island pada 18 September 2009.
Pada 28 September 2009, sebuah perjanjian usahasama ditandatangani  pihak terlibat dan pada 30 September satu kenyataan akhbar dikeluarkan, mengisytiharkan terbentuknya satu era baru kerjasama Malaysia dan Saudi Arabia, seolah-olah syarikat ini adalah milik kerajaan Saudi.
PetroSaudi memegang 60% ekuiti atau saham syarikat usahasama itu, 1MDB pula memiliki baki 40%.1MDB membayar ekuiti mereka dengan suntikan tunai AS$1 bilion (RM4.2 bilion).  PetroSaudi sebaliknya tidak memberikan suntikan "cash" dan sepatutnya membayar dengan menyuntik aset yang bernilai AS$1.5 bilion.
Malangnya, aset yang didakwa dimiliki PetroSaudi itu menjadi tanda tanya.
Ternyata aset yang didakwa "dimiliknya", sebenarnya milik Buried Hill, sebuah syarikat tenaga Kanada yang sebelum ini memeterai usahasama dengan PetroSaudi.
Namun aset yang bernilai AS$1.5 bilion di medan minyak di Laut Caspian itu, gagal digunakan PetroSaudi kerana perjanjian tersebut tamat sebaik sahaja termeterai perjanjian PetroSaudi-1MDB.
Apakah satu wayang sahaja. Ajaib.

Tony : Why set conditions for Arul as well?

ADUN Salor tidak hadir dewan - Dato Mohd Amar

Maria Chin charged under Peaceful Assembly Act

DAP: Another Pakatan MP can debate

Tony : I am willing to forgo a debate as PAC probe more important

Debat 1MDB: Pandikar Amin ugut letak jawatan

Debat dan kenyataan dari dua individu itu berkecenderungan menimbulkan tuduhan terhadap sifat seseorang yang jelas tidak dibenarkan dibawah Peraturan Mesyuarat 23 (10).
pandikar-amin-mulia,1mdb
KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengugut akan meletak jawatan Speaker Dewan Rakyat sekiranya debat 1MDB antara Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua diteruskan.
Ini kerana, katanya, debat dan kenyataan dari dua individu itu berkecenderungan akan menimbulkan tuduhan terhadap sifat seseorang yang jelas tidak dibenarkan mengikut Peraturan Mesyuarat 23 (10).
“Kalau kerajaan mahu melibatkan perdebatan itu, saya tidak akan melibatkan diri saya dan saya secara dukacitanya akan mengundur diri sebagai Speaker kalau itu diteruskan. Pendirian saya jelas,” ujarnya sewaktu sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Jelasnya, siaran langsung debat itu juga akan menyebabkan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan terjejas dan menimbulkan prejudis orang awam terhadap kredibiliti siasatan berkenaan.
Bagaimanapun, Pandikar menyatakan debat itu dibenarkan jika ia dijalankan dengan mematuhi dua syarat khusus iaitu Tony Pua harus meletak jawatan sebagai anggota PAC atau Arul Kanda tidak boleh terlibat dalam mana-mana bahagian siasatan PAC.
“Saya tidak akan menghalang sekiranya debat secara langsung diteruskan kedua pihak, namun saya benarkan dengan syarat bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara harus meletakkan jawatan dari PAC atau tidak meletakkan jawatan tetapi tidak melibatkan diri mana-mana bahagian siasatan PAC yang melibatkan 1MDB.

Pemimpin pelajar Fahmi Zainol masuk PKR



PKR mengumumkan kemasukan dua aktivis mahasiswa Fahmi Zainol dan Adam Fistival Wilfrid ke parti itu.
Kedua-dua mereka antara yang dikenakan tindakan oleh Universiti Malaya (UM) kerana menganjurkan program melibatkan pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Oktober tahun lalu.
Naib presiden PKR yang juga anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar berkata kemasukan mereka mewakili suara "anak muda yang dahagakan kebebasan" di universiti.
“Kami yakin, penyertaan Fahmi Zainol dan Adam Fistival Wilfrid pada hari ini bakal menjadi pemangkin ke arah kesedaran anak muda akan kepentingan mengambil peduli isu-isu politik dan isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat secara amnya, tanpa mengira agama atau warna kulit,” katanya.
Fahmi, bekas presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), akan dilantik sebagai pengerusi Biro Mahasiswa PKR, dan Adam pula akan dilantik sebagai koordinator myChangeMakers.
MyChangeMakers sebuah program mengumpul tenaga muda untuk bertugas di lapangan bagi membantu rakyat terbanyak menerusi kerja komuniti.
Membangkitkan pemotongan peruntukan terhadap UM hasil pembentangan belanjawan sebelum ini, Izzah berkata kedua-dua mereka akan memperkukuh komitmen PKR memperjuangkan hak mahasiswa.
Izzah mengingatkan tentang “balasan” diterima UM setelah menjadi satu-satunya yniversiti yang mendapat tempat dalam senarai 150 tapak pertama bagi Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.
“UM menaiki lima tangga ke tempat ke-146 dari tempat ke-151 pada tahun 2014.
“Balasan kerajaan BN terhadap pencapaian UM adalah dengan memotong peruntukan sebanyak 27 peratus untuk 2016 berbanding tahun lepas,” katanya.

Pua: Debat skandal 1MDB cabuli Peraturan Mesyuarat mana?


"Peraturan Mesyuarat Parlimen mana yang bakal dicabuli jika perdebatan 1MDB diteruskan?"
Ini adalah soalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.
Pandikar hari ini mahu Pua melepaskan keanggotaannya daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau menarik diri daripada siasatan 1MDB jika beliau mahu berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung syarikat yang sarat hutang itu, Jumaat ini.
"Ini tidak adil kepada saya. Soalan yang saya hantar pagi ini dengan jelas menyatakan bahawa ia tidak ada kaitan dengan PAC.
"Ini adalah soalan yang menjadi perhatian orang ramai. Bagaimana ia boleh langgar mana-mana peraturan (di Parlimen)?" soal Pua apabila ditanya wartawan selepas menghadiri forum ekonomi di Kuala Lumpur.
Pandikar juga memutuskan bahawa Arul Kanda tidak lagi boleh menjadi saksi dalam siasatan PAC jika debat itu diteruskan.
"Ini lebih teruk. Debat itu memberi manfaat kepada rakyat. Bagaimana PAC boleh hilangan peluang menyoal Arul kerana debat itu?" kata Pua.
Katanya, beliau akan mengesahkan perkara itu dengan Pandikar dan bergegas menuju ke Dewan Rakyat.

Ahli Pakatan akan ganti Tony Pua debat presiden 1MDB, kata DAP

Seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan akan menggantikan Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata DAP, susulan pengumuman speaker Dewan Rakyat yang ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu harus meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sekiranya hendak meneruskan debat.
Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP tidak akan membenarkan Pua melepaskan jawatannya dalam PAC dan sebaliknya akan membuat keputusan mengenai penggantinya untuk perdebatan secara langsung itu, secepat mungkin.
“Saya harap perdebatan ini akan diteruskan mengikut jadual pada Jumaat 9 malam ini di platform yang sudah diputuskan.

“Kami akan berbincang dengan rakan-rakan kami, dan seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan akan berada di sana untuk berdebat dengan Arul,” kata Loke pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata, keputusan Pandikar tidak boleh terpakai jika pengganti Pua bukan seorang anggota PAC.

Pandikar: Saya letak jawatan jika Arul-Pua teruskan debat skandal 1MDB


Tan Sri Pandikar Amin menjelaskan beliau sedia melepaskan jawatan speaker Dewan Rakyat jika kerajaan mahu meneruskan rancangan perdebatan antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung syarikat yang sarat hutang itu.
"Kalau dibenarkan debat itu seolah-oleh debat itu lebih penting daripada PAC. Dan jika debat ini dibenarkan, jangan ada PAC biarkan debat sahaja, tidak guna ada jawatan kuasa (parlimen).
"Kalau kerajaan seperti yang disebut (bahawa) ada agenda, itu agenda kerajaan. Bagi saya, kalau kerajaan mahu meneruskan perdebatan itu, saya tidak akan melibatkan diri saya dalam hal ini.
"Dan saya dengan segala sukacitanya akan mengundur diri sebagai speaker, kalau itu juga diteuskan. Pendirian saya adalah jelas," katannya.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respon beliau terhadap laporan media media berhubung rancangan untuk mengadakan perdebatan antara Arul dan Pua berhubung skandal 1MDB.
Keputusan speaker itu dibuat selepas tamat sesi soal jawab soalan lisan, yang diturut mengundang pertanyaan panas dari kalangan anggota parlimen pembangkang DAP dan PKR.

Speaker Dewan minta Pua letak jawatan PAC jika hendak berdebat mengenai skandal 1MDB

Ahli Parlimen DAP Tony Pua perlu meletak jawatan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) jika beliau mahu meneruskan perdebatan dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Mengumumkan keputusan itu di dalam Dewan Rakyat hari ini, Pandikar berkata, jika ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak meletak jawatan, Parlimen tidak akan membenarkan debat itu tidak kerana ia boleh bercanggah dengan siasatan PAC mengenai 1MDB.
"Jika mereka mahu meneruskan perdebatan ini, Petaling Jaya Utara (Pua) perlu meletak jawatan daripada PAC atau menahan diri daripada menghadiri mana-mana pendengaran PAC tentang 1MDB," kata Pandikar.

Katanya, berdebat dengan Arul akan membuatkan Pua bertindak sebagai seorang "pendakwa", dan bukannya "penyiasat", dan ini akan menghakis kredibiliti PAC. Beliau juga berkata, jika perdebatan itu diteruskan, Arul juga tidak boleh menjadi saksi utama dalam siasatan PAC terhadap 1MDB.
"Kenapa tidak boleh tunggu untuk diadakan debat sehingga selepas siasatan PAC selesai?," soal Pandikar.

Jangan guna debat 1MDB isytihar isu selesai, kata PAS kepada Najib

Putrajaya jangan guna perdebatan antara Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan ahli Parlimen DAP Tony Pua untuk meletakkan had ke atas dakwaan skandal yang melibatkan firma pelaburan milik negara, kata PAS. – Gambar The Malaysian Insider, 3 November, 2015.Putrajaya jangan guna perdebatan antara Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan ahli Parlimen DAP Tony Pua untuk meletakkan had ke atas dakwaan skandal yang melibatkan firma pelaburan milik negara, kata PAS. – Gambar The Malaysian Insider, 3 November, 2015.Putrajaya tidak boleh menggunakan perdebatan secara langsung antara Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan ahli Parlimen DAP Tony Pua untuk meletakkan had ke atas dakwaan skandal yang melibatkan firma pelaburan milik negara, kata PAS hari ini.
Timbalan Presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini meminta 6 bulan untuk menyelesaikan kontroversi 1MDB, dan hasil perdebatan itu nanti – terutamanya jika ia menyebelahi pihak kerajaan tidak boleh digunakan sebagai alasan mengisytiharkan masalah firma itu kini selesai.
"Apa pun, debat ini akan diikuti umum. Ada yang mengharapkan kemenangan dalam debat ini akan menghilangkan segala tuduhan tidak terjawab dan impak 1MDB di dalam negara.

"Sebagai peringatan, ada 41 hari saja lagi sebelum tempoh 6 bulan yang dijanjikan Najib untuk menyelesaikan masalah 1MDB akan tamat. "Diharap Najib tidak menggunakan kemenangan debat ini sebagai penunaian janji masalah 1MDB kini selesai. Hakikatnya, masalah 1MDB tidak selesai dalam satu debat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tiada kesalahan dilakukan Najib ampu Menteri Umno

Perdana Menteri tidak melanggar peraturan mengikut undang-undang perbankan dan kewangan negara seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
salleh-keruak,najib,mahathir
SERDANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan apa-apa kesalahan dan melanggar undang-undang perbankan dan kewangan negara seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, Dr Mahathir perlu mengemukakan asas kepada pertuduhan yang dilemparkan terhadap Najib.
“Saya pun tidak faham asas kepada pandangan Tun Dr Mahathir. Saya rasakan tidak ada. Saya tak nampak apa-apa yang telah dilanggar oleh Perdana Menteri dalam hal ini.
“Pada saya Tun Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian dan sudah tentulah beliau harus mengemukakan asas-asas tuduhan tersebut. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan tidak berbangkit soal beliau itu harus didakwa atau tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-9 di Universiti Putra Malaysia pada Selasa.
Dr Mahathir menerusi blognya mendakwa Perdana Menteri yang seharusnya didakwa kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara bukannya pemberi maklumat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.
Beliau berkata, mereka yang menubuhkan dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengurusannya adalah pihak yang mensabotaj negara ini, yang mempunyai rekod pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang baik.
Menurut Salleh, apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir hanya merupakan kenyataan politik.

Elaun ADUN naik tapi caruman guru tak bayar

Kelantan naikkan elaun ADUN kepada RM8,00 sebulan tetapi pada masa sama tidak membayar potongan gaji dan caruman guru YIK membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.
kelantan-kerajaan
PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan dikecam kerana menaikkan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sehingga RM8,000 sebulan tetapi dalam masa sama tidak membayar tunggakan kepada guru Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Di media sosial dan blog, kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dikritik hebat kerana membuat keputusan menaikkan elaun itu tetapi gagal menjelaskan pencaruman dan potongan gaji guru YIK.
Pengkritik juga berpendapat kenaikan elaun tidak sesuai ketika rakyat berhadapan tekanan hidup disebabkan kos sara hidup makin tinggi.
Kenaikan elaun ADUN itu diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Isnin.
Kenaikan wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan mula berkuat kuasa Januari tahun depan selepas pindaan terhadap Enakmen Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 1980.
Alasan kenaikan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab semua ADUN terhadap rakyat bagi memastikan kebajikan dan keperluan mereka terjaga.
Dalam masa sama, Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru YIK membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.

'Polis bunuh tahanan dalam lokap mesti dibawa ke mahkamah' - Suaram



Pergerakan hak asasi manusia, Suaram menuntut supaya anggota polis yang menurut Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) "membunuh" seorang lelaki yang dalam tahanan lokap dibawa ke muka pengadilan.
“Kami menyeru agar mereka (anggota polis) yang bertanggungjawab dalam kes ini dihadapkan ke mahkamah dan diambil tindakan sewajarnya.
“Pejabat Peguam Negara mesti bertindak segera untuk membawa keadilan kepada mereka yang dituduh menyebabkan kematian Syed Mohd Azlan, seperti yang dilaporkan oleh EAIC," kata Suaram dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
EAIC dalam siasatannya mendapati Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, 25, “dibunuh" oleh anggota polis, yang membelasahnya ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Rengit, Johor, pada 3 Nov 2014.
Syed Mohd Azlan mengalami 61 kecederaan di muka, badan dan kaki, yang konsisten dengan "luka mempertahankan diri daripada serangan fizikal oleh anggota polis", kata laporan EAIC.
Suruhanjaya berkenaan juga menemui bukti bahawa pihak polis cuba ‘membersihkan’ tempat kejadian itu sebelum pegawai perubatan tiba untuk memeriksa Syed Mohd Azlan.
Pihak polis juga dilaporkan menghapuskan tikar getah dan permaidani yang dipercayai berlumuran dengan darah mangsa.
Menurut EAIC lagi, pihak polis juga menyembunyikan “saksi” yang melihat apa yang terjadi itu.

IGP diminta bersara, EAIC sahkan polis pukul mati tahanan



Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan selepas Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati bahawa seorang tahanan dipukul hingga mati oleh polis tahun lalu.
Dalam laporannya, EAIC mencadangkan dakwaan membunuh dikenakan ke atas anggota polis berkenaan selepas siasatan mendapati Syed Mohd Azlan Mohamed Nur, 25, dipukul hingga mati ketika dalam lokap di Sungai Rengit, Johor, pada 3 Nov 2014.
"Ini laporan memalukan membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Laporan seumpama ini cukup untuk IGP letak jawatan," kata Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat ketika membahaskan Bajet 2016 malam semalam.
Ketua Polis Johor kemudian mengklasifikasikan kematian itu sebagai "kematian mengejut", satu istilah yang tidak boleh dicabar, kata Gobind.
Walau bagaimanapun, katanya, laporan siasatan mendapati terdapat 61 jenis kecederaan di wajah, badan dan kedua-dua kaki lelaki itu.
"Sebahagian daripada kecederaan adalah selaras dengan usaha mangsa melindungi dirinya daripada keganasan fizikal oleh anggota polis.
"Sudah begitu banyak kes (seperti ini). Kita ada Teoh Beng Hock, kita ada Kugan dan sekarang Syed Azlan pula," kata Gobind.

Altantuya: Australia tingkat kawalan terhadap Sirul, bimbang dibawa pulang ke Malaysia

Pihak berkuasa penjara Australia meningkatkan kawalan keselamatan ke atas Sirul Azhar Umar susulan kebimbangan bekas komando itu sedang didesak kembali ke Malaysia bagi menghadapi hukuman mati kerana peranannya dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut laporan akhbar Australia.
The Australian hari ini melaporkan, langkah keselamatan tambahan diambil selepas delegasi yang terdiri daripada ibu dan kakak Sirul, serta sekurang-kurangnya seorang ahli Parlimen pembangkang melawat beliau pada Mac lalu.
Sirul, yang ditahan di pusat tahanan Villawood di Australia, dianggap sebagai tahanan berisiko tinggi kerana penglibatan beliau dalam pembunuhan Altantuya, yang diletupkan dengan bahan letupan C4 atau dibunuh dulu sebelum diletupkan pada 18 Oktober 2006, di Shah Alam.

Siasatan mendedahkan Altantuya terlibat dalam hubungan sulit dengan Abdul Razak Baginda iaitu penasihat politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Razak didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dibebaskan kemudiannya.
The Australian melaporkan, pegawai Tentera Sempadan Australia sangat bimbang dengan keadaan itu kerana dikatakan hanya mendapat tahu mengenai lawatan pada Mac berkenaan selepas ia terjadi.
Akhbar itu berkata, lawatan itu diluluskan oleh Serco, kontraktor yang menjalankan pusat tahanan di Australia, dan Villawood pada masa itu berada di bawah kawalan Jabatan Imigresen negara itu.

Maria Chin mengaku tidak bersalah dakwaan gagal beri notis Bersih 4

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan gagal memberi notis dalam tempoh yang ditetapkan, sebelum menganjurkan perhimpunan Bersih 4 pada Ogos.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015.Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan gagal memberi notis dalam tempoh yang ditetapkan, sebelum menganjurkan perhimpunan Bersih 4 pada Ogos. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015.Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan gagal memberi notis dalam tempoh yang ditetapkan, sebelum menganjurkan perhimpunan Bersih 4 pada Ogos.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 di bawah Seksyen 9(5) akta sama sekiranya sabit kesalahan.
Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 tanpa deposit. Beliau juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 11 Disember.

Maria didakwa gagal memberikan notis untuk perhimpunan 34 jam dari 29 hingga 30 Ogos itu yang menggesa pembaharuan demokrasi dilakukan dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan skandal kewangan.

Bajet 2016 "Bajet Mujoq".


OLEH DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Bajet 2016 yang dibentang Najib dalam keadaan ekonomi suram, apatah lagi dengan kejatuhan harga minyak. Setiap tahun bajet dirangka berasaskan harga minyak kerana hampir 50 % sumber pendapatan negara adalah datang daripada sumber utama minyak dan gas melalui Petronas.
2. Malaysia menemui minyak pada tahun 1974. Lebih awal dari negara Norway menemui minyak. Norway kini trilion, mempunyai trilion USD simpanan wang masa depan (sovering fund) hasil tabungan yang diambil daripada pendapatan hasil minyak untuk generasi mendatang.

Kerajaan Norway mempunyai "pemikiran beringat" untuk masa depan berbanding dengan Kerajaan Malaysia menjadikan Petronas yang menguruskan Industri Petroliam Negara sebagai lembu kenyang yang kini Lembu itu sudah pun kurus kering seperti lembu subsidi. Kerajaan sudah tidak boleh lagi bergantung harap pada hasil petroliam dan Petronas. 3. Malangnya, Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mencari sumber baru bagi menampung perbelanjaan negara tanpa membebankan rakyat. Apa yang dilakukan ialah mengambil jalan mudah dengan mengambil daripada poket rakyat melalui cukai baru GST. Pembaziran, penyelewengan dan salahguna kuasa GST yang melindungi.
4. GST yang asalnya untuk menambahkan pendapatan negara kini menjadi sumber menampung kekurangan pendapatan negara yang hilang daripada sumber petroliam. PM sendiri menyatakan dalam ucapan pembentangan Bajet 2016, GST penyelamat kepada kewangan negara.
5. "Mujoq" ada GST, Kerajaan masih boleh mentadbir negara. "Mujoq" juga ada GST, jika tidak mampuih Kerajaan BN tidak lagi upaya memerintah negara. "Mujoq" ada GST untuk menampung segala pembaziran dan penyelewengan Kerajaan BN. "Mujoq" ada rakyat dipaksa bayar GST jika tidak PM dah kena jual di pasar tani.
BAJET MUJOQ ADA GST,
"SELAMATKAN BN"

Enggan Tolak Bajet 2016, PAS Pentingkan Najib & UMNO Dari Rakyat

Dengan atau tanpa PAS, Pakatan Harapan tolak bajet

Pakatan Harapan hari ini menegaskan ia akan tetap dengan pendirian meneruskan untuk menolak Belanjawan 2016 dan meneruskan usaha usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.Datuk Seri Najib Razak.

“Bagi kami, kedua-dua perkara, iaitu menolak belanjawan dan usul undi tidak percaya merupakan tugas moral ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia.


“Ini kerana kepimpinan Najib kini terbukti dibelenggu oleh skandal demi skandal termasuk 1MDB dan derma yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri yang membawa kemudaratan kepada negara dan rakyat,” kata Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, PAS mengambil langkah berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti itu adalah bagi menyokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan membantah perkara-perkara negatif.

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz pula menjelaskan bahawa 14 ahli parlimen parti itu akan berkecuali kerana walaupun mereka mentang beberapa perkara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), belanjawan itu masih mempunyai kebaikan untuk rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, bagaimanapun berkata, beliau masih belum menerima apa-apa arahan rasmi mengenai perkara itu.

PAS diketepikan daripada pakatan pembangkang yang baru itu selepas bertelagah dengan DAP sehingga membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat. -mk

Kenapa perlu Tolak Bajet 2016
Intipati ucapan Sdra YB Rafiizi Ramli

1. Bajet ini pemimpin2 bn sendiri pun tak berani pertahankan.

2. Kebanyakan kementerian kena potongan yang cukup byk, kecuali Jab. Prdana Mnteri (JPM) saja yg dpt kenaikan

3. Zaman pak lah JPM hanya dpt sekitar RM8 bilion setahun zaman najib meningkat RM20b setahun.

4. Drpada 20b tersebut beberapa bilion dikategorikan sebagai perbelanjaan tanpa rekod.

5. Segala bentuk sudsidi kepada rakyat dihapuskan termasuk subsidi tepung, minyak masak dan smlm seperti diumum, subsidi beras.

6. Potongan kepada universiti sebanyak 1.4 bilion dimana satu univ dianggarkan kekurangan sehingga rm200 juta. Lpas ni pihak univ djangka akan naikkan yuran dan kenakan berbagai yuran baru.

7. Subsidi TNB dihapuskan, dulu rumah yg bil letriknya rm20 kebawah krajaan tolong bayar, thun depan semua kena byar sendiri.

8. Segala bentuk biasiswa termasuk yg diberi melalui mara dihapuskan.

9. Pembinaan 6 buah uitm baru diswastakan dan diberi kepada kroni2.

10. Pembinaan hospital uitm puncak alam kos asal rm600 juta namun diberi kepada kroni dgn kos rm8 bilion (Ibrahim ali salah seorang lembaga pengarah uitm pun tak bangkang).

11. Pertama kali dlm sejarah bajet, jumlah cukai yg akan dikutip dari individu (rakyat) melebihi jumlah yg bakal dikutip dari sykt2.

12. Cukai gst tahun depan dijangka sekitar rm38 bilion dan kerajaan dijangka menaikkan gst sehingga mencapai 10% pada tahun 2020


AUDITOR GENERAL CONFIRMS KPMG REFUSED TO APPROVE 1MDB A/CS DUE TO $ 2.3BIL CAYMAN ISLAND DEAL

BOMBSHELL: AUDITOR GENERAL CONFIRMS KPMG REFUSED TO APPROVE 1MDB A/CS DUE TO $ 2.3BIL CAYMAN ISLAND DEAL
Further documents from the Auditor General’s interim report on 1MDB have been acquired by the UK newspaper the Financial Times, the paper has revealed.
They confirm the long standing suspicion that 1MDB’s previous auditors KPMG were not satisfied with the story of the so-called Cayman Island fund and were refusing to sign off the 2012-13 accounts until they had more proof.
According the the FT’s latest story, published Friday, the Auditor General reveals that KPMG were demanding evidence that there was genuine value in the supposed Bridge Partners investment fund, which 1MDB management failed to provide for several months.
Finally, with the accounts astonishingly overdue by nearly a year, Najib sacked KPMG and hired Deloitte, who eventually produced belated accounts, while noting they could not be held responsible for the previous period.
Despite this evidence in the Auditor General’s report, 1MDB’s current CEO Arul Kanda is nevertheless continuing to claim the Cayman Island fund contained US$2.3 billion, allegedly made from the original joint venture deal with PetroSaudi.
The FT reports that the doubts over the existence of this fund in the Caymans lies at the centre of Najib’s credibility issues over 1MDB:
At the heart of the tangled web of global dealings lies a seemingly simple query: what is the story of the more than $2.3bn said to have been held in the Cayman Islands on behalf of 1MDB, the troubled Malaysian government-owned company?  A new Australian court case and documents compiled by Malaysia’s auditor-general raise questions about why the Caribbean investment was set up, how it was run — and what the holdings in it were actually worth….
The 1MDB Cayman story began in the fund’s early days, when it agreed a joint venture with PetroSaudi, an energy company. That tie-up — a contentious episode in itself — ended in 2012 after a complex chain of deals, according to a section of a draft report by Malaysia’s auditor-general completed in June and seen by the Financial Times.
1MDB said it sold equity and debt interests linked to the PetroSaudi venture to a company called Bridge Partners International Investment, generating $2.32bn of proceeds, according to the auditor-general’s report. The proceeds were in the form of promissory notes — or IOUs. 1MDB used these to buy, via a subsidiary known as Brazen Sky, portfolio investments in a Cayman-registered vehicle called Bridge Global Absolute Return Fund SPC. Bridge Global had been incorporated just a month earlier, in August 2012.
An early alarm about the Cayman dealings came from KPMG, 1MDB’s auditor, according to the auditor-general’s draft report. The accounting firm was unhappy because 1MDB would not give it documents it wanted to help it assess the ownership of the investments, their value and Bridge Global’s financial standing. On New Year’s Eve 2013, 1MDB sacked KPMG as its auditor — having cut loose Ernst & Young over another dispute three years earlier. The fund’s 2012-13 accounts were finally signed off by Deloitte instead.
KPMG, Deloitte and EY declined to comment. [Financial Times 30.10.15]
The detail of the respected news journal’s lengthy article entitled “Caribbean dealings stalk Malaysia’s 1MDB” spells out the shady and unorthodox nature of this dodgy fund, which was adopted by the Malaysian Government as an investment vehicle for this huge sum of money.
The fund managers themselves are now embroiled in an Australian court case, having been prosecuted by the authorities there over related matters.

Menteri Umno cadang siaran langsung debat 1MDB Jumaat ini

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak cadang sesi debat antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua diadakan pada Jumaat ini dan disiarkan di televisyen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015.Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak cadang sesi debat antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua diadakan pada Jumaat ini dan disiarkan di televisyen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015.Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan sesi debat antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua diadakan pada Jumaat ini.
Menterinya Datuk Seri Salleh Keruak pada satu sidang media hari ini berkata, debat itu akan disiarkan RTM melalui saluran TV1 dan stesen TV tersebut akan menghubungi kedua-dua pihak untuk mendapatkan persetujuan.
"Saya syorkan agar debat secara langsung pada Jumaat ini jam 9 malam hingga 10 malam.

"RTM akan menghubungi kedua-dua pihak mengenai syor itu. RTM akan menyediakan moderator. "Saya berpendapat debat ini perlu disegerakan kerana ia menjadi perbualan masyarakat," katanya selepas Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu kali ke-9 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

CAYMAN DEAL RETURNS TO HAUNT NAJIB: MORE MISSING BILLIONS PROVEN




It is an international mystery featuring tropical islands, a Saudi oil company and the fate of billions of dollars of Malaysian state investment fund money. It is also a central enigma in a scandal that has engulfed the south-east Asian country and left Najib Razak, its prime minister, fighting for his political life.
CAYMAN DEAL RETURNS TO HAUNT NAJIB: MORE MISSING BILLIONS PROVENAt the heart of the tangled web of global dealings lies a seemingly simple query: what is the story of the more than $2.3bn said to have been held in the Cayman Islands on behalf of 1MDB, the troubled Malaysian government-owned company?
A new Australian court case and documents compiled by Malaysia’s auditor-general raise questions about why the Caribbean investment was set up, how it was run — and what the holdings in it were actually worth. 1MDB, which is trying to cut a debt pile of more than $11bn, is adamant that an internal probe into its past dealings has uncovered no evidence of crimes.
The political storm has spawned a campaign to oust Mr Najib, who drove the fund’s development after becoming prime minister in 2009 and still chairs its advisory board. In July it emerged that almost $700m had been transferred into a bank account in his name. Mr Najib insists the money was not linked to 1MDB but was a political donation from an unnamed Middle Eastern source. The broader 1MDB affair has sparked multiple probes at home and overseas, including in the US, Switzerland and Hong Kong.
The 1MDB Cayman story began in the fund’s early days, when it agreed a joint venture with PetroSaudi, an energy company. That tie-up — a contentious episode in itself — ended in 2012 after a complex chain of deals, according to a section of a draft report by Malaysia’s auditor-general completed in June and seen by the Financial Times.

Tony Pua dedah 10 soalan ‘bocor’ untuk Presiden 1MDB jawab


tony-pua_1mdb_arul-kanda_600


KUALA LUMPUR 3 NOV: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini mendedahkan sepuluh soalan bocor untuk dijawab Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy pada rancangan temu bual kelak.
Beliau tidak membawa sebarang soalan berunsur politik sebaliknya semua berkaitan aliran kewangan, malah tiada maklumat kerahsiaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) didedah kerana ia diperoleh dalam sumber umum.
“Ini bukan untuk memperoleh keuntungan politik tetapi bertujuan mencari kebenaran sejak Arul secara konsisten menegaskan 1MDB tidak ada apa-apa untuk diseleindungkan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Sepuluh soalan itu ialah:-
1. Mengapakah Bank Negara Malaysia menarik balik kelulusan untuk 1MDB memindah lebih US$1.8 bilion ke luar negara? Adakah kerana dana itu dipindah ke akaun yang tiada kaitan dengan projek usahasama 1MDB dan Petrosaudi International Limited (Petrosaudi) seperti yang didedah dalam minit mesyuarat lembaga pengarah? Adakah akaun itu dimiliki Good Star Limited dan siapa sebenarnya menguasai syarikat itu?
2. Benarkah 1MDB melabur US$1 bilion untuk memperoleh 40 peratus daripada 1MDB-Petrosaudi sedangkan Petrosaudi hanya perlu melabur haknya untuk rizab minyak di Laut Caspian di Argentina? Benarkah hak untuk rizab minyak itu dibatal Petrosaudi sekitar dua bulan selepas menandatangani perjanjian usahasama, sekaligus Petrosaudi memastikan kepentingan 60 peratus tanpa melabur apa-apa?
3. Benarkah 1MDB tergesa-gesa menandatangani perjanjian usahasama dengan Petrosaudi tanpa mendapat kelulusan lembaga pengarah seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat lembaga berkenaan?
4. Kenyataan 1MDB bertarikh 31 Mac 2013 dan 2014 menyatakan US$1.4 bilion dijadikan deposit kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebagai syarat IPIC untuk jaminan dalam isu bon 1MDB bernilai US$3.5 bilion. Bagaimanapun, penyata kewangan IPIC pada Disember 2013 dan 2014 yang diaudit Ernst & Young tidak menyatakan syarat untuk jaminan berkenaan. Laporan imbangan IPIC juga tidak menyebut deposit itu diterima atau sebaliknya. Mengapa 1MDB tidak mempersoal IPIC berkaitan deposit itu?
5. Adakah 1MDB membayar US$993 juta daripada US$1.22 bilion sebagai penebusan daripada dana pelaburan Cayman Islands dan US$975 dipinjam daripada Deutsche Bank yang menyebabkan penamatan pilihan 1MDB kepada Aabar Investments (Aabar) sebagai sebahagian syarat tambahan untuk IPIC menjamin bon 1MDB bernilai US$3.5 billion? Apakah jumlah sebenar yang dibayar kepada Aabar atau IPIC? Mengapa penyata kewangan IPIC pada Disember 2014 menunjukkan 1MDB berhutang US$481 juta untuk penamatan itu? Sebagai tambahan, jika US$993 juta itu ditebus daripada Cayman Islands tidak dibayar kepada Aabar atau IPIC, ke manakah perginya wang itu?
6. Penyata kewangan 1MDB, jawapan parlimen dan kenyataan media menyebut 1MDB Global Investment Limited meminjam US$3 bilion pada Mac 2013 untuk melabur secara 50:50 dengan Aabar. Persoalannya, bagaimana US$1.5 bilion dari pinjaman itu digunakan untuk hal lain seperti yang ditunjukkan Audit pada Mac 2014, apatah lagi usahasama itu belum dimulakan?