Ketika
debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy
berkaitan syarikat sarat hutang itu hampir menjadi kenyataan, semua
pihak seharusnya lebih memberi sokongan agar ianya benar-benar menjadi
realiti akhirnya.
Tetapi
tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak yang
meletakkan syarat tertentu mengenai debat itu tidak lebih seperti suatu
percubaan untuk mengelakkannya daripada menjadi kenyataan saja layaknya.

Katanya,
kedua-dua belah pihak hanya dibenarkan membentangkan hujah dan fakta
berkaitan 1MDB semasa sessi debat diadakan, tetapi tiada soal jawab
dibenarkan.
Salleh
yang dilantik sebagai menteri kerana gigih mempertahankan Najib
daripada serangan Tun Mahathir juga berkata, tiada penonton akan
dijemput semasa debat, sebaliknya akan diadakan di sebuah studio
tertutup, bagi menjamin suasana kondusif dalam membincangkan isu yang
diperdebatkan.
Kenapa mesti tiada soal jawab dan tanpa penonton?
Seharusnya
selepas sessi pertama di mana Tony dan Arul perlu membentangkan hujah
masing-masing berkaitan 1MDB, ia mesti diikuti dengan sessi kedua atau
seterusnya yang memerlukan mereka menjawab pertanyaan dan kemusykilan
masing-masing.
Ini
kerana berdasarkan pembentangan fakta yang dibuat oleh kedua-dua belah
pihak, sudah tentu ada persoalan berbangkit atau susulan yang perlu
ditanyakan serta memerlukan jawapan.
Namun,
jika hanya diberi ruang membentangkan fakta dan tiada soal jawab,
apakah maknanya debat itu diadakan? Lebih tidak bermakna untuk ianya
disiarkan secara langsung?