Ahad, 1 November 2015

NASIHAT RAJA2 TAK PUN TAK DIPEDULI DAN ANTARA PAS DENGAN APCO, SIAPA AGAKNYA PILIHAN UMNO?

Berikutan kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang yang menyatakan parti itu tidak ingin merebut kuasa, sebaliknya hanya mahu menasihati BN menjadi pemerintah yang lebih baik, khususnya berkaitan 1MDB, cukai GST, perumahan dan kejatuhan nilai ringgit, pelbagai reaksi boleh lantas kedengaran.

Rata-rata bukan saja tidak percaya Pas berkemampuan berbuat demikian, malah lebih tidak percaya UMNO dan BN mahu mendengar nasihat daripada parti itu.

Dalam masa yang sama, belum kedengaran lagi reaksi positif daripada pemimpin utama UMNO dan kerajaan berhubung tawaran Pas untuk memberikan nasihat itu dan ini menandakan seolah-olah ia tidak  penting untuk diberi pertimbangan.

Dalam sekian banyak reaksi dan pandangan itu, apa yang dilontarkan oleh Raja Kamarul Baharin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, paling munasabah untuk difikirkan bersama.

Beliau yang kini sudah menyertai Amanah, sama sekali tidak yakin kerajaan BN akan mendengar nasihat Pas kerana nasihat daripada Majlis Raja-Raja yang mahu masalah 1MDB diselesaikan segera pun tidak diendahkan sehingga sekarang.

"Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan rasmi bulan lepas tentang perlunya sesuatu tindakan diambil kerajaan dalam menangani masalah besar ekonomi dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan berkaitan 1MDB.

Jangan keliru isu perpaduan Melayu

Oleh TS Muhammad Taib 


Kini timbul kesah Melayu kena bersatu. Tiba2 soal Melayu bersatu menjadi sangat penting. Cerita nak bersatu ni adalah cerita yang baik. Lama dah kita bercerita pasal bersatu. Namun ada perbezaan soal bersatu dan soal memilih pemimpin yang baik untuk menyatukan orang Melayu.

Di Indonesia cerita begini pun sama. Mereka sudah memilih ramai pemimpin. Semua kata 'Bhinneka Tunggal Ika'.  (Bebeda2 tapi tetap satu).

Nampaknya mereka masih mencari2 kejayaan. 
Didoakan President Jokowi sekarang dapat membawa Indonesia ke mercu kejayaan.

Di Malaysia yang penting sekarang dan menjadi prioriti ialah soal good governance. (Pentadbiran yg baik). Negara ini kaya. Org cerdik ramai.
Infrastructure baik. Pendidikan baik. (Hanya perlu sedikit adjustment). Negara aman. Tak ada gempa bumi & malapetaka alam. (Tolong jangan jadikan Kipidap, Ali Tinju dan Jamal Ikan Bakar sebagai  ikon Negara) Ini langkah mundur. Kita ada ramai orang cerdik
boleh di kedepankan.

Kita perlu kepada pentadbiran yg baik, transparent, prudent dan amanah.

Sekarang terlalu banyak skandal yang sangat besar diketahui rakyat. (Saya tidak bercadang nak ulang semula).

Ada semacam kegelisahan dirasai bila kita bertemu sesama kita. Bukan soal Melayu bersatu atau tak bersatu.
Soalnnya Negara perlu kepada pemimpin yg baik, amanah, tidak boros etc.

‘Masa depan Selangor dengan Pakatan Harapan’

Tony Pua
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua bagaimanapun berkata terdapat keperluan untuk membentuk Pakatan Harapan (PH) di negeri ini kerana masa depan bergantung dengan PH.
KUALA LUMPUR, 1 November:
Kerjasama dalam kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) tidak akan kekal selama-lamanya.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua bagaimanapun berkata terdapat keperluan untuk membentuk Pakatan Harapan (PH) di negeri ini kerana masa depan bergantung dengan PH.
“Memang benar bahawa rakyat memilih kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan Pas pada pilihan raya umum lalu.
“Walaupun DAP telah bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan di Selangor, cadangan itu ditolak oleh Datuk Menteri Besar Selangor (Mohamed Azmin Ali).
“Jika Datuk Menteri Besar enggan untuk mengubah gabungan politik di Selangor, DAP juga tidak mahu mencetuskan sebarang pergolakan politik di Selangor sekali lagi,” katanya dalam ucapan pada konvensyen DAP Selangor, di sini hari ini.
Pua berkata DAP akan terus menjalankan peranannya untuk memastikan bahawa dasar-dasar yang dijanjikan semasa pilihan raya umum lalu, akan dilaksana.
Minggu lalu, Mohamed Azmin berkata tidak ada keperluan untuk membentuk PH di Selangor dan satu resolusi telahpun diluluskan untuk terus bekerjasama dengan Pas dan parti-parti pembangkang di Sabah dan Sarawak.
Mengulas lanjut mengenai gabungan PR di Selangor tidak akan bertahan lama, Pua juga menyatakan bahawa Pas telah berulang kali menegaskan bahawa mereka telah memutuskan semua kerjasama politik dengan DAP dan juga akan meletakkan calon Pas bertanding di kawasan yang dipegang oleh DAP.

Amanah akan atasi Pas dalam dua tahun, kata Tony Pua

tony pua 1
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata tetapi, Amanah mempunyai potensi untuk mengatasi Pas dalam tempoh dua tahun terutama di Pantai Timur dan Johor. -
KUALA LUMPUR, 1 November:
Tidak dapat dinafikan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) adalah sebuah parti baru hampir dua bulan dengan pengaruh yang jauh lebih rendah daripada Pas.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata tetapi, Amanah mempunyai potensi untuk mengatasi Pas dalam tempoh dua tahun terutama di Pantai Timur dan Johor.
Pua berkata, kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi Pas di Perak, Selangor dan Johor tidak mencerminkan sokongan rakyat terhadap parti itu di kawasan-kawasan tersebut, tetapi kerana rakyat menyokong Pakatan Rakyat (PR), pada masa itu.
“Sebelum ini, sebelum Pakatan ditubuhkan, walaupun Pas bertanding di banyak kerusi di Johor, undi di kawasan Melayu tidak melebihi 15%, sebenarnya adalah perkara biasa bagi mereka untuk hilang deposit.
“Apa lagi, pemimpin-pemimpin Pas yang terdiri dari orang yang berdedikasi dalam menarik sokongan untuk Pakatan dari pelbagai kaum adalah pemimpin yang digugurkan oleh Pas dan sekarang memimpin Amanah.
“DAP Selangor dan Kebangsaan percaya sepenuhnya terhadap pemimpin-pemimpin Melayu yang membuat keputusan berani untuk menubuhkan sebuah parti baru yang didorong prinsip-prinsip Islam yang progresif, sederhana dan inklusif,” katanya dalam teks ucapannya dalam Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini.

PKR raises election front as reason to keep PAS

While DAP talks up hudud, PKR man says need to keep up opposition cooperation to face Barisan
Shuhaimi-ShafieiPETALING JAYA: The need for national opposition cooperation at the next general election was touted by PKR today as a reason for keeping the Selangor coalition government together, while the DAP resorted to the hudud issue as its reason for staying in.
The presence of PAS members in the Selangor government, has caused friction and discontent within the DAP, whose leaders have fallen out with the Islamist party, with whom PKR and DAP had been allies in the Pakatan Rakyat coalition that won power in the state.
With the DAP and PAS having fallen out, Shuhaimi Shafiei of Selangor PKR defended the presence of PAS representatives in the PKR-led state government.
He said today they were needed in order to maintain opposition to the Barisan Nasional at the next general election.
“The Selangor government must maintain its stance of holistic political cooperation with any party who wishes to see a strong and stable political party in order to face Umno and Barisan National in GE14,” said Shuhaimi, the Selangor PKR information chief, in a statement today.
He denied accusations that menteri besar Azmin Ali was keeping PAS assemblymen in his executive council for personal reasons. Azmin has stated that PAS were continuing to be coalition partners in Selangor.
Shuhaimi, who is Sri Muda assemblyman, said Azmin’s stand was based on a previous resolution by PKR’s central leadership in October to maintain ties with all political parties.

Aziz, Syefura and Edry named to DAP committee

Tony Pua re-appointed Selangor chairman, denies racial voting in party election.
Edry-Faizal-Eddy-YusofPETALING JAYA: Former law professor Abdul Aziz Bari and two activists, Young Syefura Othman and Edry Faizal Eddy Yusof were appointed to the Selangor DAP executive committee today after the two failed at the party elections.
Two others, Yeo Bee Yin and Rajiv Risyakaran, were also appointed to the committee.
Tony Pua, who was re-elected with 495 votes, was reappointed state chairman, while Gobind Singh Deo, re-elected with 736 votes, was re-appointed deputy chairman, while Hannah Yeoh and Teng Chang Khim remain vice-chairmen.
Ean Yong Hian Wah was named secretary; Ong Kian Ming deputy secretary; Ng Sze Han treasurer. Others elected to the committee were: Lau Weng San, Eddie Ng, Ganabatirau Veraman, Bryan Lai, Ng Suee Lim and Tiew Way Keng
None of the Malay candidates who stood in the state party election won seats..
Pua said race had nothing to do with the voting pattern. “Our Malay members are new. It could be because the members were not familiar with them. But we will make sure that these people will go out and meet the grassroots so the members will become more aware of our Malay members,” he said.

'Wakil PAC BN perlu isytihar jika dapat manfaat RM2.6b'

MP BN dalam Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) mesti mengisytiharkan jika mereka atau parti mereka mendapat manfaat daripada "derma" RM2.6 bilion Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen DAP Gelang Patah Lim Kit Siang.
Lim berkata hal ini kerana PAC sedang firma pelaburan 1MDB yang diilhamkan oleh Najib, di mana menteri kewangan itu juga adalah pengerusi lembaga penasihat.
Perkara itu hadir selepas bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kata Najib, sebagai pengerusi BN, sebelum pilihan raya umum ke-13 membuat ikrar yang belum pernah berlaku untuk membiayai parti komponen BN.
"Saya menyeru kepada semua ahli parlimen BN yang merupakan anggota PAC mengisytiharkan kepentingan kewangan mereka dalam akaun derma RM2.6 bilion Najib dan menarik diri menyertai mana-mana perbincangan, keputusan atau siasatan kes 1MDB dan RM2.6 bilion untuk mengelakkan skandal apa-apa percanggahan kepentingan situasi.
"Ini seharusnya menjadi perkara pertama urusan PAC apabila ia memenuhi di Parlimen esok," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pendedahan "mengejutkan" Chua juga menyeru untuk mempersoal jika semua calon BN yang bertanding pada pilihan raya umum 2013 yang dikaitkan dengan skandal RM2.6 bilion.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua yang mendapat faedah untuk mengisytiharkan kepentingan mereka dan berapa banyak yang mereka terima untuk kempen pilihan raya ke-13.

Kenaikan tambang baharu komuter tidak dapat dielakkan, kata pengerusi KTMB

Kekerapan perkhidmatan komuter dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini melibatkan peningkatan kos. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 November, 2015. 
Kekerapan perkhidmatan komuter dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini melibatkan peningkatan kos. 

Kenaikan kadar tambang perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang dijangka akan diumumkan esok tidak dapat dielakkan memandangkan KTM perlu meningkatkan kekerapan perkhidmatan itu, kata pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad, hari ini. Katanya kekerapan perkhidmatan komuter itu dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini akan melibatkan peningkatan kos.
"Selain itu kos-kos seperti gaji, elektrik, senggaraan dan lain-lain lagi meningkat setiap tahun dan harga tiket pula tidak pernah naik sejak beberapa tahun sudah," katanya ketika diminta mengulas satu laporan atas talian sebuah akhbar hari ini berhubung kenaikan tambang perkhidmatan itu.

Laporan berkenaan turut menyebut kadar baharu tambang perkhidmatan itu dijangkakan sebanyak 15 sen sekilometer berkuatkuasa 2 Disember ini berbanding kadar sekarang 11 sen sekilometer. Bagaimanapun, Nawawi yang juga anggota Parlimen Langkawi, enggan mengesahkan kadar baharu yang disebut akhbar berkenaan dan berkata perkara itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) esok. – Bernama

Apa hak Ali Tinju halang Tun M ke Sarawak

Dia mengulangi kenyataan supaya kerajaan bertindak segera mendakwa Dr Mahathir
mahathir,ali-tinju
PETALING JAYA: Kegagalan pihak berkuasa mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan beliau terus berleluasa menghasut rakyat membenci kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam kenyataan ringkasnya, Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju sekali lagi mendesak kerajaan supaya bertindak segera terhadap bekas Presiden UMNO itu.
Ia dikaitkan dengan program Dr Mahathir ke Sarawak.
“Adakah Tun. Dr. Mahathir kebal jenayah politik negara sesuka hati berucap menghasut Rakyat supaya bencikan YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang sah.
“Persoalannya kenapa pihak berkuasa gagal sampai sekarang dakwa Tun Dr. Mahathir ? tulisnya.
Ali Tinju yang juga Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, membuat kenyataan berkenaan bagi membantah kunjungan bekas Perdana Menteri ke Sarawak yang dituduhnya untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.
Selepas demonstrasi Baju Merah September lepas, Ali Tinju menjadi antara beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lantang menghentam Dr Mahathir.
Beberapa hari lalu, dia mengugut untuk mendesak Najib menggugurkan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah jika Dr Mahathir terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri.

PKR S'gor pertahan wakil PAS dalam k'jaan negeri



PKR Selangor hari ini mempertahankan keputusan mengekalkan wakil rakyat PAS dalam kerajaan negeri itu dan menegaskan ia tidak dibuat untuk kepentingan peribadi Menteri Besar Azmin Ali.
Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata keputusan mengekalkan tiga exco PAS selaras dengan resolusi Majlis Pimpinan Pusat bulan lalu yang menuntut hubungan kerjasama dengan semua parti politik termasuk mengukuhkan pembangkang di peringkat pusat dan negeri.
"Kerajaan Selangor perlu kekal dengan pendirian kerjasama politik secara holistik terhadap semua pihak yang mahu melihat sebuah pakatan politik yang stabil dan ampuh bagi berdepan dengan Umno dan BN dalam pilihan raya Umum ke-14.
"Pastinya, ia melibatkan ADUN PAS dalam membentuk 'kerjasama pentadbiran' di Selangor dengan sokongan semua ADUN," katanya dalam satu kenyataan.
Hari ini seorang perwakilan DAP Selangor mencadangkan agar kebuntuan gabungan ad-hoc antara PKR-DAP-PAS dalam kerajaan Selangor diselesaikan dengan memecat semua wakil PAS yang berjawatan dalam pentadbiran.
Pepecahan Pakatan Rakyat disebabkan pergeseran berpanjangan PAS dan DAP menyebabkan pembangkang menubuhkan Pakatan Harapan merangkumi PKR,DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), tanpa penyertaan PAS.
Bagaimanapun kerajaan Selangor pimpinan Azmin tidak menubuhkan Pakatan Harapan sepertimana penubuhannnya di Pulau Pinang.

Melayu hairan kerjasama PAS-PERKASA



Orang Melayu menggaru kepala kehairanan selepas musuh kini menjadi kawan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng atas kerjasama PAS dengan NGO pendesak Melayu PERKASA.
"Dulu punya lawan (sekarang) jadi kawan, sampai boleh peluk-memeluk lagi, khususnya PERKASA (Datuk) Ibrahim Ali peluk sama peluk,” kata Lim dalam ucapannya dalam Konvensyen DAP Selangor hari ini.
Kata Lim, kerjasama yang dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Ibrahim membuatkan pengundi bukan Islam termasuk bangsa Melayu tertanya-tanya terhadap sikap parti itu.
"Bukan sahaja pengundi bukan Melayu geleng kepala, kawan-kawan dan orang Melayu pun tanya apa pasal.
“Bersama dengan NGO PERKASA ini macam asabiyah. Kawan-kawan berkata, asabiyah tidak dibenarkan dalam Islam,” kata Lim.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengulas tindakan PAS mengumumkan bulan lalu bahawa parti Islam itu bekerjasama dengan PERKASA mengenai tiga isu.
Antaranya termasuk mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan menolak tangkapan terhadap bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.
Sewaktu bergambar Ibrahim memeluk Hadi dengan penuh semangat dan berkata bahawa mereka kini rakan dan perlu lebih dari berjabat tangan.

BN tak makan nasihat, apa lagi dari PAS.....

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mendengar nasihat PAS.
Bekas pemimpin PAS itu berkata, ini kerana kerajaan BN sendiri seolah-olah tidak mengendahkan titah Majlis Raja-raja Melayu baru-baru ini agar masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.
"Kerajaan hari ini tidak makan nasihat sejak 58 tahun mereka memerintah baik semasa PAS dalam kerajaan atau di luar kerajaan. Mengapa sekarang mereka mahu mendengar nasihat PAS?

"Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan rasmi bulan lepas tentang perlunya sesuatu tindakan diambil kerajaan menangani madalah besar ekonomi dan kepercayaan terhadap negara. "Sehingga kini pihak kerajaan tidak membuat apa-apa kenyataan atau tindakan.
"Adakah PAS berpendapat mereka ada pengaruh lebih besar daripada Majlis Raja-raja Melayu ke atas kerajaan?" katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata PAS hanya mahu menasihati kerajaan dan bukan mahu mengambil alih kuasa.
Menurut Hadi seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini, PAS bersedia menasihati kerajaan BN dalam hal seperti 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.
Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.
"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.
"Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," kata Hadi.

Pecat PAS, atau DAP keluar Selangor, pewakilan beri amaran kepada Azmin

Pimpinan tertinggi DAP didesak seorang perwakilan parti pada konvensyen hari ini supaya memberi tekanan kepada menteri besar Selangor memecat PAS daripada kerajaan negeri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015. 
Pimpinan tertinggi DAP didesak seorang perwakilan parti pada konvensyen hari ini supaya memberi tekanan kepada menteri besar Selangor memecat PAS daripada kerajaan negeri. 

Seorang perwakilan DAP mencadangkan pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk memecat wakil rakyat PAS daripada kerajaan negeri. Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong, berkata sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat PAS Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.
"Kita mendesak kerana PAS sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan, jadi kita mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk pecat wakil rakyat PAS ataupun DAP perlu keluar dari pentadbiran tersebut," katanya semasa sesi bahas dalam Konvesyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya hari ini.

Chiong bagaimanapun berkata terpulang kepada pimpinan tertinggi DAP menetapkan tempoh masa kepada Azmin, tetapi ia harus dilaksanakan dengan segera.‎ Chiong berkata, kegagalan menangani masalah itu di Selangor bukan sahaja menjejaskan akar umbi tetapi pimpinan DAP dalam pentadbiran negeri.
"Saya percaya hari ini kalau kita terus bekerjasama dengan parti sebegini di dalam kerajaan orang paling tercedera bukan kita akar umbi, tapi ialah mereka yang duduk dalam pimpinan Selangor.  Kita tidak tahu macam mana orang lain tengok kita," katanya.
Sementara itu Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Kim dalam reaksi terhadap cadangan perwakilan itu menyeru anggota DAP melihat masalah di Selangor daripada sudut kemantangan politik.
Beliau berkata, cadangan memecat PAS atau DAP keluar daripada Selangor tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya memberi manfaat kepada Barisan Nasional.

DAP lawan PAS di Selangor selepas Azmin tolak ubah gabungan

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata parti itu terpaksa membuat keputusan melawan PAS pada PRU akan datang kerana Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan yang memerintah negeri itu selepas berakhirnya Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015. 
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata parti itu terpaksa membuat keputusan melawan PAS pada PRU akan datang kerana Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan yang memerintah negeri itu selepas berakhirnya Pakatan Rakyat.

Keputusan DAP bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diambil selepas Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan di Selangor walaupun Pakatan Rakyat (PR) berkubur, kata Tony Pua. Pengerusi DAP Selangor itu berkata, partinya terus kekal dalam kerajaan negeri yang dibentuk semasa PR masih wujud dahulu kerana tidak mahu menimbulkan lagi pergolakan politik di negeri terkaya itu selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai menteri besar.
"Sebab itu, DAP terus berada dalam sebuah kerajaan gabungan 'ad-hoc' dan DAP akan menjalankan peranan supaya dasar bersama Pakatan Rakyat yang disokong rakyat semasa pilihan raya dahulu akan dikotakan.

"Akan tetapi, gabungan ini tidak akan kekal selama-lamanya. Masa depan kita adalah bersama Pakatan Harapan. "Apatah lagi PAS sudah berulang-kali menegaskan mereka memutuskan segala kerjasama politik dengan DAP dan akan meletak calon PAS untuk bertanding di kawasan yang dipegang DAP," kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, semasa berucap di Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2015 di Petaling Jaya, hari ini.
Pua kemudiannya berkata kepada pemberita, DAP hanya mengumumkan hasrat awal untuk bertanding namun ia masih belum dimuktamadkan Pakatan Harapan.
"Ini hasrat kita, ada 22 kerusi PAS dan kita berhasrat merebut 8 kerusi, namun akhirnya sama ada kita mahu tanding 8, 5 atau 2 kerusi adalah selepas perbincangan atau perundingan bersama dengan parti Pakatan Harapan," katanya.
Pua berkata, tidak ada masalah bagi DAP memberi laluan kepada Amanah atau PKR sekiranya mereka ingin bertanding di kerusi itu.
"Hasrat untuk kita umum ialah untuk kerja-kerja dimulakan dan kalaulah di kawasan itu Amanah berhasrat untuk bertanding, jentera kita siap sedia akan beri sokongan.
"Parti kita bukan tikam belakang, kita bersetuju dengan parti lain, selepas perundingan  kita akan pegang pada persetujuan itu," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata DAP masih belum menetapkan tarikh perbincangan dengan Pakatan Harapan mengenai hasrat bertanding di 8 kerusi DUN PAS.
"Belum lagi, pilihan raya belum lagi tapi sekarang kita buat kerja dulu. Itu sebab kita usul supaya jentera DAP dapat mula kerja dan tidak kira Amanah nak bertanding atau DAP, tapi apabila tibanya pilihan raya, calon Pakatan Harapan mesti menang," katanya.

Amanah tidak tahu rancangan DAP, tapi tak berkecil hati

Pemimpin Amanah Selangor dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib berkata pengumuman DAP mahu bertanding di kerusi milik PAS bukan sesuatu yang besar berbanding dengan apa yang pemimpin Amanah lalui dalam PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015. 
Pemimpin Amanah Selangor dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib berkata pengumuman DAP mahu bertanding di kerusi milik PAS bukan sesuatu yang besar berbanding dengan apa yang pemimpin Amanah lalui dalam PAS.
 
Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui tidak mengetahui rancangan DAP bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor milik PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib. Pemimpin Amanah Selangor itu menyifatkan ia bukan isu besar selain menegaskan tumpuan parti itu kini adalah memperkukuhkan jentera terlebih dahulu.
"Kita tidak bincang mengenai pengagihan kerusi kerana prinsip kita sekarang ialah mengukuhkan Pakatan Harapan di Selangor, jentera kita, menguatkan struktur jentera dan kewangan itu agenda kita kini.

"Namun belum ada perbincangan dan kita tidak tahu. Kita hanya tahu berkenaan hal itu melalui kenyataan media semalam," katanya kepada The Malaysian Insider. Mengakui Amanah tidak berkecil hati dengan rancangan DAP, Saari berkata keputusan yang diumumkan Tony Pua sebagai reaksi terhadap kenyataan PAS sebelum ini.
"Kita tidak kecil hati, (kalau dibanding) apa yang dilalui semasa PAS dan dilabel, jadi perkara itu tidak ada apa.
"Yang penting kita yakin dan sudah bersedia daripada segi mental iaitu untuk merealisasikan matlamat Pakatan Harapan ditubuhkan untuk kebaikan rakyat Malaysia," katanya.
Pada masa sama, beliau juga tidak menolak Amanah juga boleh turut bertanding merebut kerusi PAS seperti DAP.
"Bagi kita pertandingan 1 dengan 1 mungkin tidak berlaku semua tempat namun kalau 3 penjuru ini nampak lebih menggambarkan suasana sebenar," katanya.
Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata pada Jumaat, DAP bersedia merebut 8 kerusi DUN milik PAS.
Menjelaskan keputusan itu, pengerusi DAP Selangor itu berkata hari ini rancangan itu dilakukan demi masa depan Pakatan Harapan di Selangor.

Rasuah: 'Kita belum berkuasa boleh cakaplah' - Pemuda Pas Selangor


Abdul Mu'izz Muhammad

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mengingatkan ahlinya agar tidak terlalu bermain politik meskipun dilihat agak ketinggalan berbanding Pakatan Harapan.

Naib Ketua Pemuda Pas Selangor, Abdul Mu'izz Muhammad berkata, ahli-ahli Pas perlu mengakui bahawa penyertaan mereka dalam Pas mempunyai misi bukan kerana terlalu menyukai politik.

"Kita kena akui bahawa kita masuk politik bukan kerana suka sangat dengan politik tapi sebab kita nak ubah keadaan.

"Jangan terlalu main politiking nanti orang bosan walau kita dilihat ditinggalkan berbanding Pakatan (Harapan) sebab kita berpegang pada asas halal haram di mana kita tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram," katanya pada Forum Integriti dan Pencegahan Rasuah Bersama Pemimpin Politik Pas Selangor,  di sini, hari ini.

Menurutnya, manusia diuji ALLAH ketika berkuasa dan Pas juga tidak terlepas dari ujian tersebut.

"Nabi kata rasuah itu dibudayakan sebab apa? Kerana asas pemerintahan itu tidak bersandar pada dasar Islam. Apabila jadi begitu, kamu akan mendapati pemimpin dalam kalangan kamu hanya bekerja untk keuntungan mereka...tidak berkhidmat untuk kamu. Ini yang berlaku. Sekiranya kamu taat, kamu sesat dan sekiranya kamu lawan kamu akan dibunuh.

"Ini yang berlaku ke atas kita. Tak boleh nafikan, ia berlaku. Rasuah ini sebab orang tak tahu asas dosa dan pahala. Ini satu pesanan kepada kita dan pesanan kepada orang yang berkuasa. Kita belum berkuasa lagi, boleh sembang. Tapi ALLAH uji, ketika kita ada kuasa," katanya.

Katanya, asas utama iaitu dosa dan pahala tetap menjadi perjuangan Pas meskipun dianggap sebagai jumud mahupun ortodoks.

"Hari ini dalam sebarang sektor sekalipun, kalau kita sebut dosa dan pahala, tidak berapa laku. Orang anggap kita jumud, ortodoks dan macam-macam. Sebab apa? (Kita dianggap)Terlalu beragama.

Perwakilan DAP: Pecat PAS dari k'jaan S'gor selesai kebuntuan



Seorang perwakilan DAP Selangor mencadangkan agar kebuntuan gabungan ad-hoc antara PKR-DAP-PAS dalam kerajaan Selangor diselesaikan dengan memecat semua wakil PAS yang berjawatan dalam pentadbiran.
Jika tidak, DAP perlu mengundurkan diri daripada kerajaan negeri itu, kata Pengerusi DAP Kajang Baru Chiong Yoke Kong.
"Kami perlu bagi tempoh masa (Menteri Besar) Azmin Ali untuk selesaikan krisis sekarang, memecat wakil atau agen PAS daripada Kerajaan Selangor.
"Saya seru memecat agen atau wakil di kerajaan Selangor. Senang saja PAS telah mengingkari dasar pakatan. Kita tidak bekerjasama dengan PAS lagi.
"Apa maknanya kerja dengan PAS lagi," katanya semasa perbahasan pada konvensyen DAP Selangor petang ini di Petaling Jaya.
Pergeseran antara PAS dan DAP berlarutan sejak beberapa bulan ekoran ketegasan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai isu hudud.
Hai ini menyebabkan DAP memutuskan hubungan dengan beliau tetapi tidak kepada parti itu.
Hal demikian menyebabkan PAS memtuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu sekaligus mendorong pepecahan Pakatan Rakyat. Sementara kumpulan pemimpin PAS yang bersimpati dengan Pakatan disingkirkan dan menubuhkan AMANAH.
AMANAH pula dibentuk dan menyertai Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan DAP tanpa penyertaan PAS.
Perselisihan itu semakin melebar susulan keputusan cabar mencabar antara PAS dan DAP untuk saling bertembung di kerusi masing-masing.

Tawaran Pas tidak masuk akal-Raja Bahrin

Kerajaan sebelum ini tidak pernah menerima nasihat Pas walaupun ketika parti itu berada dalam komponen BN
raja-bahrain,pas-bn
PETALING JAYA: Tawaran Pas yang mahu menjadi penasihat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai tidak masuk akal.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah menegaskan, Pas tidak mungkin akan berjaya kerana BN sebelum ini tidak pernah menerima nasihat parti itu walaupun ketika ia berada dalam komponennya sebelum ini.
“Kerajaan hari ini telah tidak makan nasihat sejak 58 tahun mereka memerintah baik semasa Pas dalam kerajaan atau di luar kerajaan.
“Mengapa sekarang mereka mahu mendengar nasihat Pas..?,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Menurut Raja Kamarul Bahrin, Majlis Raja-Raja sebelum ini juga pernah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perlunya kerajaan menangani masalah besar ekonomi namun, sehingga ke hari ini saranan itu seolah-olah tidak diambil peduli.
“Adakah Pas berpendapat mereka ada pengaruh lebih besar dari Majlis Raja-Raja Melayu ke atas kerajaan,” ujarnya lagi.
Disebabkan itu Raja Kamarul Bahrin menjelaskan, Parti Amanah Negara (Amanah) menjemput Pakatan Harapan dan Pas untuk sama-sama berganding bahu bagi mendapatkan pandangan yang luas untuk menyelamatkan negara.
Katanya, langkah paling berkesan untuk mencapai matlamat itu adalah dengan menolak bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tambah beliau, menerusi cara itu ia secara tidak langsung akan memberi tekanan kepada Najib untuk meletak jawatan kerana dengan cara lain ia tidak akan berjaya.

Tony: DAP tak akan 'tikam belakang' macam PAS



DAP tidak akan 'menikam belakang' dalam Pakatan Harpan sepertimana yang dilakukan PAS yang meletakkan calon di kerusi Kota Damansara milik PKR pada pilihan raya umum lalu, menyebabkan Umno menang, kata Pengerusi DAP Selagor Tony Pua.
Beliau berkata DAP akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan komponen khususnya Parti Amanah Negara (AMANAH) jika mereka ingin bertanding di lapan kerusi DUN yang menjadi kubu kuat PAS di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Pua berkata buat masa ini, sama ada DAP akhirnya akan bertanding lapan kerusi itu tidak penting, sebaliknya mahu memastikan jentera parti itu bergerak dan sedia memberi sokongan penuh kepada AMANAH jika parti Islam itu mahu bertanding di situ.
"Tujuan DAP terus terang. Kita ingin supaya kelapan-lapan kerusi di mana DAP mempunyai sedikit-sebanyak pengaruh akan dimenangi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang akan datang.
"Bersama dengan kawasan DUN yang sedang dipegang oleh DAP, PKR dan Amanah, Pakatan Harapan akan berjaya menubuhkan kerajaan yang baru di Selangor dengan majoriti yang stabil.
"Sama sekali kita percaya, dalam mana-mana kerusi yang DAP bertanding, PKR dan Amanah juga akan memberikan sokongkan tidak berbelah bahagi kepada kita," kata Pua dalam ucapan konvensyen DAP Selangor hari ini.
Pua berkata walaupun DAP akan terus berdalam sebuah kerajaan gabungan secara ad-hoc tetapi ia tidak akan akan kekal selama-lamanya, maka parti itu akan menjalankan peranan supaya dasar bersama Pakatan Rakyat yang disokong rakyat semasa pilihan raya dahulu akan dikotakan.
"Masa depan kita adalah bersama Pakatan Harapan. Apatah lagi PAS telah berulang-kali menegaskan bahawa mereka telah memutuskan segala kerjasama politik dengan DAP dan akan meletak calon-calon PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang dipegang oleh DAP.

Tolak bajet Najib 'tanggungjawab moral', kata PKR pada PAS



Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti Islam itu tidak akan menolak Bajet 2016.
"Saya harap PAS akan mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak menolak bajet itu.
"Saya takut keputusan tidak menolak bajet oleh mana-mana anggota parlimen pembangkang daripada mana-mana parti memberikan kedudukan yang tidak baik pada hati nurani dan rakyat," katanya kepada Malaysiakini.
Rafizi berkata ini kerana bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "terburuk yang pernah berlaku".
Naib Presiden PKR itu juga berkata ia juga merupakan harapan takyat untuk melihat Najib disingkirkan daripada perjabatnya.
"Empat daripada lima orang tidak gembira dengannya," katanya.
"Oleh itu, saya rasa tiada ada apa yang tinggal yang baik tentang pentadbirannya yang menjamin pendekatan dua parti.
"Hakikatnya, saya fikir ia adalah tanggungjawab moral setiap ahli Parlimen untuk mengundi menolak bajet untuk menyingkirkan Najib," katanya.

DAP: Enggan tolak bajet Najib tunjuk PAS mahu bersama BN



Keengganan PAS untuk menolak usul Bajet 2016 adalah bukti bahawa dakwaan parti Islam itu bersama dengan parti pembangkang adalah tidak benar.
"Kami kecewa bahawa mereka (PAS) tidak menyokong undi tidak percaya.
"Itu menunjukkan kenyataan sebelum ini bahawa PAS mengatakan mereka bersama-sama dengan parti-parti pembangkang, adalah tidak benar.
"Dan mereka sebenarnya bekerja rapat dengan BN,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika ditemui pemberita pada konvensyen DAP Selangor hari ini.
Menzahirkan rasa kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, Lim berkata rakyat kini perlu memutuskan parti mana yang harus disokong berdasarkan keputusan PAS itu .
"(Dulu), mengundi PAS adalah sebahagian daripada alternatif (untuk BN). Kini mereka telah menunjukkan bagaimana mereka mahu bersama dengan BN.
"PAS pada satu masa menjadi sebahagian dengan Pakatan Rakyat, tetapi kini kenyataan (Hadi) menunjukkan bahawa mereka (PAS) kini adalah sebahagian masalah bersama BN," kata Lim.
Hadi hari ini dilaporkan berkata, keputusan untuk mengambil tindakan berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 dipersetujui sebulat suara oleh kesemua ahli Parlimen PAS.
"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.
“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” kata Hadi seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini

KESIANNYA DENGAN PAS SEKARANG INI!!

Tidak dinafikan Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang makin melalut dan mengarut sejak kebelakangan ini. Apa perjuangan mereka pun tidak diketahui lagi, tidak lebih macam orang yang memandu kereta tanpa tujuan tetapi sekadar mahu menghabiskan minyak dalam tangki saja.

Setelah sebahagian ahli dan pimpinannya menubuhkan Amanah, sikap beliau semakin sukar difahami. Tidak tahu sama ada beliau mahu menjadikan Pas kekal sebagai parti politik atau sekadar pertubuhan kebajikan dan dakwah saja.

Mari kita baca antara kenyataan terbaru Presiden Pas itu sebagaimana yang disiarkan di media arus perdana hari ini:-

- Pas sedia menasihati BN dalam hal seperti 1MDB, cukai GST, perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

- Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam.

- Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar UMNO mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

- Mengumumkan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Najib Razak akan berlangsung tidak lama lagi.

Kah, kah, kah...mari kita ketawa dulu dengan hasrat Haji Hadi untuk membawa Pas menasihati BN berkaitan 1MDB, GST, perumahan dan kejatuhan nilai ringgit.

Apa pengalaman Pas dan siapa pakar-pakar ekonomi dalam parti itu? Apa rekod mereka sebelum ini dalam hal-hal perniagaan dan ekonomi yang rumit itu?

Bukankah golongan profesional, pakar ekonomi dan aktivis daripada parti itu majoritinya sudah meninggalkan Pas dan menyertai Amanah sekarang ini?

Adakah Hadi Awang sendiri, Tuan Ibrahim, tiga Naib Presidennya, Nasharuddin Tantawi,  Nik Abduh  dan lain-lainnya yang mahu disandarkan harapan menasihati BN berkenaan 1MDB dan kejatuhan ringgit?

Pernahkah kita mendengar Haji Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pas memberi pandangan bernas berkaitan perkara yang disebutkan itu sebelum ini, sama ada dalam Parlimen, melalui kenyataan media dan sebagainya?

Hujah Pas dalam memberi nasihat itu sehingga mengatakan tidak ingin merebut kuasa daripada BN dengan syarat UMNO mengubah pemerintahahnya selaras dengan Islam, tidak lebih umpama "burung pungguk rindukan bulan"  semata-mata.

Sebagaimana burung pungguk tidak mungkin dapat menyentuh bulan sampai bila-bila, maka mengharapkan UMNO mengubah dasarnya sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Pas juga mustahil kesampaian sehingga hari kiamat sekali pun.

SUNGGUH MUDAH jadi KERAjaan LANUN..

KINI... Subsidi beras Super Tempatan ST15 utk rakyat pula dimansuhkan, ATAS ALASAN KETIRISAN..
Jika alasan ketirisan digunakan utk mansuhkan subsidi rakyat, KENAPA KERAjaan tidak BERANI mansuhkan saja SEGALA 'SUBSIDI' utk menteri2 yg mana saban tahun Laporan Ketua Audit Negara melaporkan KETIRISAN & KEBOROSAN KERAjaan BN !!!
Lepas ni subsidi apa pula kena tarik dan alasan apa pula kjaan akan beri.. ???
SUBSIDI DIHAPUSKAN & RAKYAT KENA GST..

Arul pembahas lagenda-Rafizi

Arul pernah mengetuai pasukan debat dan pernah memenangi Piala Perdana Menteri (PPM) pada 1990-an.
rafizai-ramli-arul-kanda
PETALING JAYA: Presiden dan juga 1MDB, Arul Kanda Kandasamy bukan sembarangan pendebat.
Kehebatannya diakui sendiri Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang berkongsi keterujaan dengan kelebihan yang dimiliki orang penting syarikat pelaburan kerajaan itu.
Katanya, Arul pernah mengetuai pasukan debat yang berkali-kali memenangi Piala Perdana Menteri (PPM) pada 1990-an.
Ahli Parlimen Pandan menyatakan perkara ini dalam posting blog beliau bertarikh 1 September 2010, di mana dia telah memberi penghormatan kepada Allahyarham rakannya Adlan Benar Omar, atau Ben.
“Dalam era 90-an, PPM dimenangi berulang kali oleh Maktab Tentera Diraja (RMC) yang diterajui oleh seseorang yang bernama Arulkanda Kandasamy,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.
“Selepas itu, kami bertemu ketika kami bertiga di UKEC (United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students) di UK – dan Arulkanda (lagenda di kalangan pembahas Malaysia) seringkali mengagumi kehandalan Ben berbahas,” tulis Rafizi.
Dalam sidang akhbarnya pada Sabtu, Arul telah menyatakan persetujuan tanpa syarat untuk bersemuka di televisyen dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya bagi menjawab skandal 1MDB.

Skandal 1MDB: ‘Saya akan tanya soalan yang mati-mati rakyat mahu tahu’ - Tony Pua


tony-pua_1mdb_600_2


KUALA LUMPUR 1 NOV: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berharap ‘pemenang sebenar’ siaran langsung forum antara beliau dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, ialah rakyat Malaysia.
Berterima kasih kepada Arul Kanda yang menarik balik syarat mengarut, beliau berkata rakyat Malaysia selama ini kecewa, bingung dan mungkin keliru dengan skandal yang berkaitan 1MDB.
“Dalam pertemuan itu, saya akan bertanya soalan-soalan yang rakyat mati-mati mahu tahu atau tanyakan sejak suatu tempoh masa yang sangat lama,” katanya sambil berharap wakil mereka membincangkan tarikh, masa dan format temu bual berkenaan.
Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Arul Kanda hari ini yang menarik balik syarat supaya Pua meletak jawatan dari menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas alasan kononnya wujud konflik kepentingan.
Sebelum ini, Pua menawar diri sebagai hos rancangan televisyen berikutan jawapan Arul Kanda melalui Bernama TV dilihat bersifat perhubungan awam dan jauh dari kebenaran fakta bagi merungkai skandal 1MDB
Pada kenyataan media hari ini, Pua turut berterima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Salleh Said Keruak Keruak kerana membenarkan RTM mengadakan siaran langsung rancangan temu bual itu.
Pua yang ketika dihubungi MalaysiaKini pula berkata: “Ia sepatutnya sesi soal jawab dan tidak berdebat kerana saya bertanya soalan. Tiada apa-apa untuk dia (Arul) bertanya kepada saya.”

‘Kita nak tolong selesai masalah, bukan nak rebut kuasa BN’ kata Presiden PAS

TRP190515-8
Abdul Hadi menegaskan, perjuangan PAS adalah untuk mengubah pemerintahan sedia ada menjadi lebih baik dan berasaskan tuntutan Islam.

KUALA LUMPUR, 1 November:

PAS menawarkan diri untuk menjadi penasihat kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi negara, demi kepentingan rakyat.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik akhbar Utusan Malaysia berkata, pucuk pimpinan PAS akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membincangkan pel­bagai isu, termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan kos sara hidup rakyat.
“Kita ada cadangan supaya kerajaan hapuskan GST, kerana ia menyusahkan rakyat dan akan menyebabkan inflasi. Kita akan bincang cara untuk selesaikan masalah ini.
“Contohnya, dalam Islam, orang kaya saja dikenakan cukai, orang miskin tak kena. Begitu juga orang Islam saja dikenakan bayar zakat, manakala bukan Islam kena bayar cukai.
“Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam, kita akan bantu dia.
“Yang penting, kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik, berasaskan tuntutan Islam,” katanya ketika berucap pada program Dialog Rakyat Bersama PAS, anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu, di Kuala Terengganu, semalam.
Tambahnya, jika teguran dan nasihat yang diberikan parti itu tidak berkesan, PAS tiada pilihan dan akan berusaha untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.
“Perjuangan kita untuk ubah keadaan, bukan be­rebut jadi pemimpin. Tetapi, kalau tidak ubah juga, menjadi tanggungjawab kita untuk tukar kerajaan.
“Kita akan jadi pembangkang yang boleh beri nasihat, bukan pelahap nak rebut jawatan,” katanya sambil menegaskan, PAS tidak akan bergabung dengan BN, khususnya dalam bentuk kerjasama politik.
Pada masa sama, beliau menyifatkan DAP ‘syok sendiri’ dengan Kabinet bayangan mereka dan berhasrat untuk merampas Putrajaya, melalui Pilihan Raya Umum akan datang.
Mengenai usaha parti pembangkang lain yang mahu mengemukakan usul menolak Bajet 2016 di Dewan Rakyat, jelasnya, PAS mengambil pendirian berkecuali.

Pas sedia hantar pasukan khas beri nasihat Umno

 Pas sedia hantar pasukan khas beri nasihat Umno
Abdul Hadi ketika berucap pada Program Dialog Rakyat Bersama Pas di Hotel Tanjung Vista, semalam.
 
KUALA TERENGGANU - Pas mengambil pendekatan berkecuali daripada menyertai cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, saranan menolak usul bajet itu tidak akan disertai ahli parlimen dari Pas dan ia telah dipersetujui sebulat suara.

“Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai Program Dialog Rakyat Bersama Pas di Hotel Tanjung Vista, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyarankan kesemua ahli parlimen pembangkang menolak usul Bajet 2016 sebagai salah satu protes menolak kepimpinan Najib.

Abdul Hadi berkata, Pas kini berpaksi kepada perjuangan bagi mengubah dasar pemerintahan kerajaan, bukan semata-mata ingin berebut jawatan dan mahu memerintah negara.

“Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya Umno ubah dasar pemerintahan. Kita bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita akan ambil pendekatan lain iaitu ‘ambil alih’ pemerintahan.

Hadi: PAS berkecuali cadangan tolak Bajet 2016



PAS mengambil langkah berkecuali daripada rakan pembangkang yang lain dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kesemua ahli parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan langkah tersebut, lapor Sinar Harian hari ini.
"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.
“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” kata Hadi seperti dilaporkan akhbar itu.
Hadi mengulas kenyataan MP Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyarankan kesemua ahli parlimen pembangkang menolak usul bajet sebagai salah satu protes menolak kepimpinan Najib.
Dalam pertentangan bajet bulan lalu, MP pembangkang menyambut pembentangan belanjawan 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis "Mana 2.6 bilion?"
Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.
Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa anggota parlimen dari PAS tidak mengangkat plakad itu.

Kenapa tegas terhadap vape, tidak rokok, soal mufti Perlis

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kedua-dua rokok dan vape memudaratkan, tetapi mempersoalkan mengapa rokok tidak mendapat tentangan serius walaupun sudah lama difatwakan haram. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 November, 2015. 
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kedua-dua rokok dan vape memudaratkan, tetapi mempersoalkan mengapa rokok tidak mendapat tentangan serius walaupun sudah lama difatwakan haram.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang begitu tegas terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape, tetapi tidak kepada rokok, walaupun fatwa pengharaman rokok adalah jelas.
Asri berkata, penentuan hukum menggunakan vape perlu berlandaskan kajian pakar kesihatan dan bukannya fatwa ahli agama semata-mata.
"Menghisap vape pada asasnya bukan amalan yang baik, kerana ia mungkin mempunyai risiko yang tidak baik untuk kesihatan.

"Sehingga setakat ini belum ada kajian yang putus tentang kesan vape, maka hukuman sehingga ke tahap 'haram' perlu menunggu kajian yang diyakini yang membuktikan mudaratnya,” katanya, dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi. "Adalah menghairankan apabila ada pihak yang bertegas keras tentang vape tetapi tidak bertegas tentang pengharaman rokok. Lebih pelik lagi pada masa kini, apabila isu pengharaman rokok bagaikan dilupakan sedangkan fatwa tentang pengharamannya hampir sepakat dan jelas, sementara dalam masa yang sama hanya vape yang 'kelihatan' haram.”
Beliau turut berkata, dari sudut bau mulut, vape adalah lebih baik berbanding rokok.
"Kesan zahir vape di sudut bau busuk mulut, tidak seperti rokok yang jelas busuk yang menyebabkan penghisap rokok itu dilarang hadir berjamaah di masjid kerana bau busuknya.
Mufti Perlis mahu penentuan hukum menggunakan vape berlandaskan kajian pakar kesihatan dan bukannya fatwa ahli agama semata-mata. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 November, 2015.Mufti Perlis mahu penentuan hukum menggunakan vape berlandaskan kajian pakar kesihatan dan bukannya fatwa ahli agama semata-mata. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 November, 2015.
"Demikian ketika pergaulan. Di sudut itu, vape lebih baik dibandingkan rokok yang busuk dan mudarat,” katanya. Sebelum ini, vape difatwakan haram atas faktor kesihatan dan pembaziran.
Selain itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengumumkan Putrajaya mungkin mengharamkan penggunaan vape ekoran dakwaan risiko kesihatannya terhadap pengguna.
Pada masa sama, budaya vape menimbulkan rasa kurang senang segolongan pihak di laman sosial ekoran etika mereka yang menghisapnya mendapat "perakuan", apabila anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi memuat naik gambar rokok elektronik tersebut di laman Instagram beliau dan menyifatkannya sebagai perkakas sentiasa mengiringinya apabila keluar rumah.

Pengakuan mangsa kemalangan tentang 'LPT2 berhantu'

Pengakuan mangsa kemalangan tentang 'LPT2 berhantu
Senani melihat lembaga wanita berjubah labuh dan berambut panjang mengurai bergayut pada papan tanda elektronik ini menyebabkan kenderaan yang dipandu nyaris terbabas.

PENGGUNA Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak menolak kemungkinan wujudnya gangguan makhluk halus di laluan itu.

Umum mengetahui LPT2  dicop sebagai ‘lebuh raya berhantu’ rentetan kes kemalangan maut yang berterusan berlaku di laluan sepanjang 184 kilometer itu sejak dibuka sehingga sekarang.

Jolokan itu diberi orang ramai kerana bagi segelintir mereka kemalangan meragut nyawa yang berlaku itu bukan semata-mata berpunca daripada faktor yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja sebaliknya ia turut berkait dengan gangguan makhluk ghaib.

Perihal LPT2 yang kononnya ‘keras’ dan punya ‘penunggu’ juga turut rancak diperkatakan di media sosial terutama di Facebook, malah ada netizen yang tampil menceritakan kisah seram yang pernah dialami untuk peringatan pengguna LPT2 yang biasa menggunakan laluan itu dan perkongsian kisah seram itu turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagi mengetahui sejauh mana dakwaan berkenaan, Sinar Harian mengupas isu tersebut dan berjumpa dengan mangsa kemalangan dan pengguna LPT2 yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

Rata-rata mereka tidak menolak kemungkinan kemalangan turut dipengaruhi faktor gangguan makhluk halus berdasarkan pengalaman seram yang pernah dilalui.

Nampak langsuir bergayut pada papan tanda elektronik

Isteri peneroka Felda Neram 2 Kemaman, Senani Omar, 53, berkata, kereta yang dinaikinya sekeluarga nyaris terbabas selepas anak lelakinya yang memandu terkejut melihat lembaga perempuan berbaju putih labuh dan berambut panjang sedang bergayut pada papan tanda elektronik  atau VMS.

Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam berdekatan kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing LPT2 pada awal September lalu semasa mereka empat beranak dalam perjalanan balik dari Kuantan ke rumah mereka di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru.

“Waktu itu makcik duduk di tempat duduk penumpang depan. Tapi semasa tiba di kawasan Plaza Tol Jabor, makcik bersama menantu dan seorang lagi anak yang duduk di belakang tertidur.

“Hanya beberapa ratus meter untuk sampai di depan R&R Perasing, anak makcik, Wan Shahdillah Wan Abdullah, 28, yang memandu itu tiba-tiba nampak langsuir sedang tergantung pada VMS hingga dia terperanjat dan kereta Proton Wira kami hampir terbabas ke kanan jalan. Ketika itu, VMS itu gelap dan tak ada tulisan cerah seperti biasa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dalam keadaan panik berkenaan mereka bernasib baik kerana laluan itu lengang dan anaknya yang bekerja sebagai pemandu lori sawit sempat mengawal stereng dan berhenti seketika di lorong kecemasan.

“Nasib baiklah hanya selang beberapa saat lepas nampak langsuir itu ada bas ekspres yang lalu jadi anak makcik terus memandu dengan mengekori belakang bas hingga tiba ke susur keluar Plaza Tol Cheneh,” katanya.

Usaha mengkondisi ketua bahagian Umno sebelum singkir Muhyiddin

Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin
Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh dipecat dari jawatan timbalan presiden Umno kerana beliau dipilih perhimpunan agung, tetapi pemecatannya sebagai ahli Umno secara automatis akan menggugurkannya dari jawatan penting itu.Pemecatan sebagai ahli boleh dilakukan jika ada bukti yang kukuh.

Inilah yang sedang digerakan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan berkata siasatan terhadap 7 pemimpin Umno sedang dijalankan kerana kenyataan mereka yang boleh menjejaskan parti. Usaha untuk mengkondisikan ketua bahagian dan ahli Umno menerima tindakan ini sudah pun didahului komando Umno dengan dakwaan 75 % ketua Umno Bahagian, malah ada yang kata 95%, siap sedia menyokong tindakan ini. Sementara itu, rakan karib Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, juga lantang bersuara mendesak tindakan tegas tanpa mengira jawatan diambil terhadap mereka yang terlibat.
Barangkali, Muhyiddin menyedari perancangan terhadapnya, maka itu beliau berhati-hati dalam meneruskan kritikannya tetapi dalam suatu forum di Johor Baru baru-baru ini, beliau menganggap "pengecut" pemimpin Umno yang menyokong presiden. Ini mendorong penyokong-penyokong Najib menjadi semakin agresif.
Exco Pahang, Datuk Seri Sharkar Shamsuddin, tidak nampak masalah untuk penyingkiran Muhyiddin kerana sebahagian besar anggota Majlis Tertinggi adalah juga ketua bahagian.
"Mereka tahu apa untuk dilakukan pada mesyuarat MT akhir bulan ini," katanya (Star, 30 Oktober).
Langkah mencantas Muhyiddin mesti dilakukan sebelum Perhimpuan Agung Umno tidak lama lagi kerana kehadiran Muhyiddin sebagai timbalan presiden mungkin akan menimbulkan kekecohan yang boleh menjatuhkan maruah Najib sebagai presiden Umno, jika berlaku tindakan provokasi antara kedua pihak.

PKR bakal paling rugi di Selangor

Amin Iskandar

Kegagalan membuat keputusan jelas, sama ada mahu bersama PAS atau DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan, akan memberi kesan buruk kepada PKR pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, terutamanya di Selangor.
Ketika PKR masih mahu “makan” kiri dan kanan, DAP dan Amanah juga mempunyai rancangan PRU14 untuk bergerak bersama tanpa melibatkan parti Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Pengumuman Tony Pua yang DAP akan bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS di Selangor hanya sebahagian daripada rancangan itu.

Jika kesepakatan gagal dicapai sebelum PRU14, DAP dan Amanah akan turut bertanding di kerusi yang ditandingi PKR sebelum ini. Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mempersoalkan hasrat DAP bertanding di 8 kerusi parti Islam itu di Selangor, apakah ia disebabkan mereka tidak percaya kepada Amanah.
Pemerhatian Mustafa itu dengan mengandaikan PKR, DAP dan Amanah masih bergerak dalam gabungan Pakatan Harapan.
Keadaan menjadi berbeza sekiranya DAP hanya bergabung dengan Amanah pada PRU14 kerana jumlah kerusi yang bakal ditandingi kedua-dua parti itu di Selangor akan menjadi lebih banyak.
Jika DAP mahu 8 kerusi DUN PAS yang mereka percaya boleh menang, sudah tentu Amanah akan diberikan lebih banyak kerusi disandang PKR.
PKR paling rugi di Selangor?
Perpecahan dalam PKR sekarang adalah di antara kumpulan yang mempertahankan PAS, dan yang mahu bersama DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan.
Kumpulan yang mempertahankan PAS percaya, mereka perlukan parti Islam itu untuk memenangi hati pengundi Melayu, terutamanya di kawasan pedalaman.
Sementara kumpulan pro-Pakatan Harapan pula percaya, kerusi PKR kebanyakannya merupakan kerusi campuran dan bukan kawasan pedalaman yang mereka boleh menang tanpa bantuan PAS.
Seorang pemimpin Amanah memberitahu penulis, mereka percaya jika bergerak bersama DAP, kedua-dua parti itu berpeluang menang banyak kerusi di Selangor, terutamanya di kerusi campuran.
Mereka percaya di kerusi campuran, yang menjadi penentu adalah pengundi bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina.
Menurut pemimpin Amanah itu, secara tradisinya pengundi Melayu sudah berpecah di antara menyokong Umno dan PAS.

Pilihan Muhyiddin jika digantung keahlian

Dr Wong Chin Huat

Selain kekurangan sumber melawan Datuk Seri Najib Razak, kem Mahathir-Muhyiddin juga kekurangan diagnosis yang menyeluruh dan cadangan rawatan yang menyakinkan kepada penyakit Umno.
Kuat akhbar angin sekarang, pemimpin akar umbi Umno di peringkat bahagian ingin menjatuhkan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kononnya sindiran beliau yang pemimpin Umno pengecut membarakan kemarahan kumpulan ini.

Soalan menarik bukanlah sama ada Muhyiddin yang dikatakan disiasat Jawatankuasa Disiplin Umno bersama 6 orang pemimpin lain akan digantung keahliannya, tetapi apa yang akan dan boleh Muhyiddin buat jika ia berlaku. Beliau mempunyai 3 pilihan.
Pilihan pertama: Pengecut
Pertama, Muhyiddin boleh tunduk menerima keputusan jawatankuasa disiplin. Ini akan menjadikan beliau sendiri “pengecut”.
Jika ini pilihan Muhyiddin, maka perbandingan terlalu ketara bila ditimbangkan bersama 2 orang bekas tmbalan perdana menteri/timbalan presiden yang juga pernah berlawan perdana menteri/presidenUmno, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Musa Hitam.
Anwar memilih tidak tunduk kepada tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau meletak jawatan dan bersara daripada politik. Untuk keputusan itu, Anwar bukan sahaja dipecat daripada kedua-dua jawatan timbalan, malah diaibkan di media dan di mahkamah, dan akhirnya dipenjarakan.
Musa juga melawan balik. Pada 1986, beliau meletak jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, lalu membawa diri ke London.
Majlis Tertinggi Umno yang terkejut dengan keputusan Musa menghantar rombongan ke London memujuk beliau. Akhirnya, Musa bersetuju mengekalkan jawatan timbalan presiden sahaja.
Ini sudah pun menjadi perbandingan besar kepada Muhyiddin yang tidak berani meletak jawatan timbalan perdana menteri sampailah hanya mendapat tahu pemecatannya sejam dua sebelumnya.
Pilihan kedua: Lawan tetap lawan, lawan Umno
Kedua, Muhyiddin juga boleh memilih melawan balik dari luar parti.
Ini bermakna, Muhyddin terpaksa menubuhkan atau menyertai parti pembangkang, dan melawan Umno/BN.
Tiga orang pemimpin kanan Umno pernah berbuat demikian.
Pada 1951, Dato' Onn Jaafar, presiden pertama dan pengasas Umno, meninggalkan partinya apabila 2 kali cadangan beliau membuka keahlian Umno kepada bukan Melayu ditolak.
Dato’ Onn kemudian menubuhkan 2 parti baru, Independence of Malaya Party (IMP) yang bersifat anekaethnik, dan Parti Negara yang lebih pro-Melayu daripada Umno, tetapi kedua-duanya gagal.
Pada 1988, Tengku Razaleigh berpakat dengan Musa dalam Team B untuk mencabar Team A yang dipimpin oleh Dr Mahathir dan timbalan baharu, Tun Ghafar Baba. Mereka kedua-duanya kalah dengan tipis.
Setahun kemudian, Umno diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah dan Umno Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir menyisihkan Razaleigh dan penyokongnya.

Nasharudin anggap GMM tersasar daripada landasan asal

Nasharudin Mat Isa berkata Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) tersasar matlamat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 November, 2015. 
Nasharudin Mat Isa berkata Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) tersasar matlamat.

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang dilantik mengetuai Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) pada 28 Oktober lalu menganggap organisasi itu tersasar daripada matlamat asalnya. Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Nasharudin yang hanya akan masuk ke pejabat GMM pada 2 November, berkata pandangan itu dibuatnya selaku "orang luar" yang membaca laman sesawang organisasi itu.
"Kalau kita tengok dalam laman sesawang GMM pun, tahun 2012 itu sangat aktif.

"Tetapi selepas tahun 2012, seperti mana yang semua orang boleh tengok dalam laman sesawang, kelihatan peranan GMM sudah lari daripada penubuhan asalnya," katanya yang mengakui menghadiri pelancaran GMM pada 2012 seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia itu. Nasharudin dilantik menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang meletakkan jawatan selepas keluar Umno dan menyertai PKR.
Nasharudin menganggap pelantikannya melangkaui politik kepartian.
"Bab politik PAS dan Umno ini kita serah kepada pimpinan PAS dan Umno. Saya bukan pimpinan PAS, saya cuma ahli PAS. Maknanya saya tidak boleh menentukan dasar malah mempengaruhi apa pun.
"Saya lihat pelantikan saya ini melewati politik sebab orang yang lantik ini bukan tidak tahu saya ahli PAS," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Pas sedia jadi penasihat kerajaan BN


KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Pas bersedia bertindak sebagai penasihat bagi membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat. Malah, pada masa sama, parti berkenaan dengan sinis turut menyindir DAP dengan Kabinet ba­yangannya sambil menyifatkan tindakan bekas parti sekutunya itu sebagai syok sendiri sekiranya mereka berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya. “Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa.

Kalau UMNO ubah kuasa dengan konsep Islam, kita akan bantu dia. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam,” katanya ketika berucap dalam program Dialog Rakyat Bersama Pas anjuran Badan Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini. Selain Abdul Hadi, dialog itu turut dijayakan oleh Dekan Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusof. Yang turut hadir, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat serta barisan kepemimpinan Pas negeri itu. Abdul Hadi berkata, ke­pemim­pinan Pas akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan pel­bagai isu terutama berkaitan GST dan kenaikan kos sara hidup rakyat. “Kita ada cadangan agar kerajaan hapuskan GST kerana ia menyusahkan rakyat dan akan menyebabkan berlaku inflasi. Kita akan bincang bagaimana cara untuk selesaikan masalah ini.

Apakah DAP tak percaya Amanah bertanding kerusi PAS, soal Mustafa Ali

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata tindakan DAP mahu bertanding di kerusi PAS di Selangor memperlihatkan mereka tidak mempercayai Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 October, 2015. 
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata tindakan DAP mahu bertanding di kerusi PAS di Selangor memperlihatkan mereka tidak mempercayai Amanah. 

PAS mempersoalkan mengapa DAP mahu bertanding di kerusi mereka di Selangor, seolah-olah tidak mempercayai sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (Amanah). Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan DAP itu memperlihatkan mereka tidak mempercayai rakan politiknya sendiri.
“Apa perlunya DAP ‘kacau’ kawasan yang PAS pernah tandingi? Adakah DAP tidak dapat mempercayai rakan politiknya sendiri,” kata Mustafa dipercayai merujuk kepada Amanah yang seharusnya menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan.

“Ini semua kata-kata sedap sendiri dan sangat angkuh walaupun pilihan raya masih jauh, sepatutnya terdapat rundingan tentang hal ini sesama mereka dalam Pakatan Harapan,” katanya di laman Facebook rasminya, hari ini. Semalam, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dilaporkan berkata, parti itu sudah bersiap sedia untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS di Selangor.
Bagaimanapun ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor terlebih dahulu.
Kerusi-kerusi DUN PAS yang bakal ditandingi DAP ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.
Dalam reaksi segeranya, PAS Selangor mempertikaikan hasrat DAP yang mahu bertanding di 8 kerusi DUN mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

GST: Pembangkang tidak konsisten dengan pendirian, ampu menteri Umno

Pihak pembangkang tidak konsisten dan seringkali berubah-ubah dalam pendirian mereka termasuk dalam soal pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Salleh berkata hal itu dapat dilihat apabila pihak pembangkang yang sebelum ini menentang keras sistem percukaian baharu itu, kini, seperti mengiktiraf pelaksanaannya dan mahu GST dikurangkan.
"Ertinya sekarang mereka sudah berubah," katanya ketika berucap merasmikan Program Langkah Bersama Sehati Sejiwa anjuran Jabatan Penerangan Sabah di Kota Belud, hari ini.

Salleh menjelaskan GST yang sudah dipraktikkan banyak negara itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi selain dapat menentukan agar negara tidak terjerumus ke dalam kebankrapan. "Sebab itu kenapa pembangkang sudah tidak berani mengatakan GST harus dihapuskan," katanya.
Pada pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara sinis berterima kasih kepada pihak pembangkang kerana seperti sudah memahami keperluan GST kepada negara apabila memasukkan perkara itu dalam Belanjawan Alternatif mereka.

PAS tak mahu kuasa, hanya nasihat BN, kata Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS rela tidak mendapat kuasa asal pemerintahan Umno selaras dengan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 November, 2015. 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS rela tidak mendapat kuasa asal pemerintahan Umno selaras dengan Islam.

PAS bersedia menasihati kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam hal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini.
Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.
"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.

"Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia edisi Ahad itu. Beliau berkata demikian pada program Dialog Rakyat bersama PAS di Kuala Terengganu semalam.
Hadi turut mengumumkan, satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan perkara itu akan berlangsung tidak lama lagi.