Sabtu, 31 Oktober 2015

Debat Arul-Pua peluang perjelas isu 1MDB, kata bekas ahli PAC

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, debat antara Arul Kanda Kandasamy dengan Tony Pua akan membuktikan tiada apa yang disembunyikan dan memberi peluang rakyat membuat penilaian sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015. 
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, debat antara Arul Kanda Kandasamy dengan Tony Pua akan membuktikan tiada apa yang disembunyikan dan memberi peluang rakyat membuat penilaian sendiri.

Kesediaan bersemuka secara langsung di televisyen berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan peluang keemasan untuk menerangkan dengan terperinci berhubung isu berkenaan, kata bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negara Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Reezal Merican, yang juga timbalan menteri luar, berkata ia adalah platform terbaik bagi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk memberi penjelasan terperinci tentang isu itu kepada Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Selain itu, katanya tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan kerana ia disiarkan secara langsung di televisyen dan terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian.

"Saya menggesa kedua-dua pihak agar mengambil peluang ini dan biarlah rakyat mengadili apa jua yang mereka sampaikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia ke-14, di Kepala Batas hari ini. Reezal berkata demikian bagi mengulas kenyataan Arul yang mengumumkan kesediaan beliau bersemuka dengan Pua secara langsung di televisyen berhubung isu syarikat pelaburan negara itu, tanpa sebarang syarat selain berharap ia diadakan secepat mungkin. – Bernama
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/debat-arul-pua-peluang-perjelas-isu-1mdb-kata-bekas-ahli-pac#sthash.ysohbe2N.dpuf

Cerita Soi Lek mungkin 'bayangan' RM2.6b dibelanja



Bekas Presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek mendedahkan sedikit maklumat mengenai dana RM2.6 bilion - yang dimasukkan ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak - mungkin dibelanjakan.
Dalam temubual dengan cari.com.my, Dr Chua berkata Najib berjanji menyalurkan dana kepada parti komponen dalam gabungan itu.
Katanya, janji itu dibuat perdana menteri dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.
"Saya mesti akui, ketika mesyuarat Majlis Tertinggi BN menjelang PRU pada 5 Mei, beliau (Najib) atas kapasiti sebagai perdana menteri dan Pengerusi BN, mendedahkan BN akan menyokong kewangan parti komponennya.
"Saya sangat ingat, saya adalah orang pertama berterima kasih kepada beliau.
"Say katakan selepas menyertai politik lebih 20 tahun dan melalui lima PRU, (kami) tidak pernah menerima satu sen pun daripada BN sebelum ini.
"Justeru, semua orang bersetuju dan berterima kasih kepada beliau. Apabila PRU tiba, dia menunaikan janjinya - beliau menyalurkan dana (kepada parti komponen)," katanya dipetik laman web berkenan.
Ditanya sama ada Dr Chua yakin wang itu adalah untuk PRU semata-mata, bekas Ahli Parlimen Labis itu berkata, dia tidak pasti.
"Tentulan jika ada sebahagian daripadanya tidak digunakan untuk PRU, tiada sesiapa tahu.
"Sebab itu kita perlu menunggu siasatan dilengkapkan," katanya.

Bersuara demi rakyat bukan lagi keutamaan Umno?

Barisan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Semporna hari ini menzahirkan rasa kecewa tatkala mendengar khabar angin mengenai adanya usaha untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno serta Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Naib Presiden.

Memetik kenyataan AJK itu, menyatakan bahawa mereka menyatakan rasa kesal sekiranya perkara itu benar-benar berlaku kerana suara-suara pemimpin ini adalah mewakili rakyat kebanyakan, dan bukan bersuara atas kepentingan peribadi.

"Adakah bersuara demi kepentingan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan kepada parti Umno? Adakah syarikat 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB) ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti Umno sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, di lucut atau di pecat keahlian mereka?

"Adakah 1MDB ini milik Umno? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?  Hari ini Umno berhadapan dengan masalah kemerosotan keyakinan rakyat terhadap parti dan ini dapat di buktikan dengan keputusan dua pilihan raya umum yang lepas malah buat pertama kali dalam sejarah, Umno kalah "Popular Votes" kepada pembangkang," petik kenyataan itu.

Dalam pada itu, AJK itu, mempersoalkan adakah dengan membuang'pemimpin-pemimpin itu dapat mengembalikan dokongan rakyat kepada Umno

"Adakah dengan penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada perjuangan parti ini dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti Umno.

"Sedarkah para pemimpin serta Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor bahawa majoriti ahli Umno dan rakyat percaya bahawa pemimpin-pemimpin yang kononnya di khabarkan sedang dipantau ini telah menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?

"Kuat sangatkah Umno pada hari ini hinggakan kita seolah-olah lupa bahawa asas kepada perjuangan Umno adalah perjuangan untuk kepentingan rakyat, dan bukan kepentingan pemimpin?" petik kenyataan itu.

Peluang Umno, Pas cari titik persamaan - Mukhriz Mahathir


Mukhriz Mahathir

YAN - Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) dipelopori beberapa bekas pemimpin PAS secara tidak langsung telah mewujudkan peluang kepada Umno untuk mencari titik persefahaman dengan Pas, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
  
Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata, tindakan pemimpin PAS "melompat" ke Amanah merupakan peluang kepada Umno untuk menghidupkan semula usaha mencari titik persefahaman dengan Pas.
  
"Saya selalu sebut bahawa antara Umno dengan Pas ini begitu banyak sekali persamaan berbanding dengan perbezaan, (tetapi) malangnya, biasalah manusia yang perbezaan itulah kita ungkit, tetapi persamaan yang begitu banyak itu kita tidak sebut," katanya kepada pemberita selepas melawat daerah Yan hari ini.
  
Peluang untuk melihat kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu katanya, wujud selepas "unsur-unsur" yang tidak bersetuju terhadap permuafakatan antara Umno-Pas telah menyertai Amanah.
  
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali semalam mencadangkan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (MUIN) dianggotai Umno dan Pas selain pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Mukhriz berkata, usaha untuk mewujudkan kerjasama di antara Umno dan Pas telah berjalan sejak sekian lama, tetapi tergendala atas sebab-sebab tertentu.
  
"Jadi di pihak kami terbuka (terhadap cadangan Ibrahim Ali itu)," katanya.

SEMBILAN SOALAN UNTUK TUKANG GANTUNG, TUKANG PANCUNG

Di ketika desas-desus makin bertiup kencang mengenai kemungkinan tujuh pemimpin dan bekas pemimpinnya yang lantang mengkritik Najib Razak berhubung 1MDB dan derma RM2,600 juta akan diambil tindakan dalam mesyuarat MT akan datang, UMNO Bahagian Semporna, Sabah tampil melontarkan sembilan persoalan kepada pucuk pimpinan parti itu.

Bahagian Semporna  diketuai oleh Mohd Shafie Apdal yang merupakan salah seorang daripada tujuh pemimpin terbabit yang kini hanya menunggu masa menerima hukuman daripada "tukang gantung", "tukang pancung" dan "tukang pecat"  daripada UMNO.

Sembilan soalan itu ialah:-

1 - Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?

2 - Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding UMNO?

3 - Adakah 1MDB ini milik UMNO?

4 - Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan lagi parti UMNO?

5 - Adakah melalui penyingkiran, penggantungan dan pemecatan pemimpin serta bekas pemimpin UMNO, dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?

6 - Adakah pemimpin serta Setiausaha Agung UMNO sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?

7 - Kuat sangatkah UMNO pada hari ini sehingga pemimpin atasan seolah-olah  lupa bahawa asas perjuangan UMNO adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?

8 - Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewengan itu  sebenarnya selari dengan kenyataan Najib sendiri sebagai Presiden UMNO?

9 - Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie Apdal disingkirkan kerana menyatakan kebimbangan terhadap parti?

Siapakah "tukang gantung", "tukang pancung" dan "tukang pecat" yang boleh dan mampu menjawab sembilan soalan ini dengan jujur dan ikhlas?

Najib? Zahid Hamidi? Tengku Adnan?

AMANAH: Mana ada bas ekspres tak ada destinasi

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menempelak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Pakatan Harapan ibarat bas ekspres yang tidak ada destinasi.
Tegas timbalan pengerusinya, Salahudin Ayub destinasi Pakatan Harapan adalah jelas iaitu untuk mengambil alih Putrajaya melalui barisan pembangkang.
“Matlamat AMANAH jelas, kami bersama-sama rakan kita dalam barisan pembangkang mahu mengambil alih Putrajaya melalui Pakatan Harapan,” tegas bekas naib presiden PAS itu ketika dihubungi Malaysiakini.
Salahuddin adalah salah seorang pemimpin progresif yang pernah ada dalam PAS sebelum mereka disingkirkan secara pukal dalam muktamar parti itu di Kuala Selangor pada Jun lalu.
Mereka kemudian menyertai Gerakan Harapan Baru sebelum menubuhkan AMANAH yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu mendakwa sebenarnya 'bas' yang dinaiki PAS kini semakin kabur dan tidak tahu ke mana hendak dituju.
“Mana ada bas ekspres dekat dunia ini bergerak tanpa ada destinasi. Semua ada destinasi.
“Cuma PAS sahaja pada hari ini kelihatan kabur mengenai destinasi dia dan rakyat melihat bas PAS tidak tahu ke mana hendak dituju,” kata Salahudin.
Cadangan DAP gurauan biasa
Abdul Hadi dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini dilapor sebagai berkata, Pakatan Harapan umpama bas ekspres yang tidak ada destinasi.
Abdul Hadi yang dipetik Berita Harian berkata, PAS akan terus menjadi pembangkang yang beradab dan berakhlak berlandaskan Islam.
"PAS tidak akan sertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan Islam dan matlamat kerana tidak mahu menaiki bas ekspres yang tidak sampai ke destinasinya.
"Apabila tidak sampai, kita pulak kena jalan kaki jauh ...sudah tiada harapan dengan harapan yang tidak sampai destinasi ...naik bas ekspres pergi Kuantan tapi guna jalan ke Kuala Lipis maka mana boleh sampai," kata ahli Parlimen Marang itu.

Arul Kanda: Saya bukan politikus



Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy menegaskan bahawa beliau seorang profesional dan bukan ahli politik.
Justeru, Arul Kanda berkata beliau enggan menjawab soalan mengenai “perkara-perkara politik”.
"Saya bukan seorang ahli politik, saya adalah seorang profesional.
"Perkara mahu pun persoalan yang melibatkan politik harus diajukan kepada ahli-ahli politik," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Arul Kanda berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan keras pemimpin pembangkang dan juga kerajaan berhubung isu 1MDB yang kini sarat hutang.
Arul Kanda sebelum ini mengambil sikap berdiam diri apabila diserang hebat berhubung dakwaan terhadap cara pengurusan dana pelaburan agensi tajaan Kementerian Kewangan itu.
Bagaimanapun, Arul Kanda kemudian mula bertindak mengeluarkan kenyataan untuk menyerang balas kritikan 1MDB daripada Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Tony Pua teruja menantikan sesi debat bersama Arul Kanda

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Tony Pua melahirkan rasa teruja beliau apabila Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menyahut cabarannya untuk satu sesi bual bicara secara langsung atau debat tanpa sebarang syarat.

"Saya akan bertemu Arul buat kali pertama dan bertanya soalan-soalan yang rakyat Malaysia sudah lama menantikan jawapannya.

"Saya amat yakin bahawa pemenang terbesar daripada perbincangan secara langsung ialah rakyat Malaysia di luar sana yang kecewa, bingung dan mungkin keliru dengan penipuan yang kelihatan berlaku dalam 1MDB," kata Tony Pua dalam satu kenyataan sebagai reaksi balas kepada kenyataan Arul yang menarik balik  syarat yang dikenakan sebelum ini.

Tony juga yakin butiran mengenai sesi debat itu akan diuruskan kedua-dua belah pihak dalam masa terdekat.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Salleh Said Keruak kerana menawarkan RTM untuk menjadi tuan rumah sesi debat berkenaan.

Tony Pua melontarkan cabaran buat Arul Kanda pada Oktober 29 agar mengadakan satu lagi wawancara langsung bersamanya susulan program khas "Bernama TV with Arul Kanda" yang disiarkan pada Rabu.

Tukar hutang dengan ekuiti kurang rumit lunas bon, kata Arul

Arul Kanda Kandasamy berkata tidak seperti pinjaman, bon merupakan instrumen hutang pasaran modal yang memerlukan persetujuan semua pemegang bon untuk menebusnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 31 Oktober, 2015 
Arul Kanda Kandasamy berkata tidak seperti pinjaman, bon merupakan instrumen hutang pasaran modal yang memerlukan persetujuan semua pemegang bon untuk menebusnya.

1Malaysia Development Bhd (1MDB) memutuskan untuk melaksanakan pertukaran hutang dengan ekuiti dengan  International Petroleum Investment Company (IPIC) dari Abu Dhabi disebabkan langkah itu kurang rumit dan lebih murah untuk melunaskan bon syarikat bernilai AS$3.5 bilion.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy berkata tidak seperti pinjaman, bon merupakan instrumen hutang pasaran modal yang memerlukan persetujuan semua pemegang bon untuk menebusnya.
"Sekarang bon didagangkan pada premium. Justeru, lebih rumit dan mahal untuk menebusnya," katanya kepada pemberita dalam satu taklimat, di Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata melakukan pertukaran adalah lebih cepat, mudah dan murah berbanding menebus bon. Arul berkata pertukaran akan menyaksikan IPIC mengambil alih bon 1MDB sebagai tukaran deposit tunai dalam nilai dolar AS dan dana bawah pengurusan syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.
Beliau berkata bon serta faedahnya yang mencecah AS$2 bilion dijamin oleh IPIC.
Mengenai dana yang diperuntukkan bagi 'pertukaran hutang dengan ekuiti' itu, Arul berkata ia adalah unit dana bernilai AS$940 juta 1MDB yang dijamin oleh Aabar Investments PJS, anak syarikat IPIC.
Pertukaran itu katanya adalah sebahagian rancangan syarikat untuk melunaskan hutang AS$42 bilion yang turut merangkumi penjualan bahagian jana kuasanya, Edra Global Energy Bhd dan ekuiti dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd, pemaju Bandar Malaysia di Sungai Besi. – Bernama

'Jangan jadi pengecut, sahut cabaran Arul' kata Menteri Umno

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua perlu menyahut cabaran berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, Tony kini tidak mempunyai sebarang alasan untuk menolaknya selepas Arul Kanda hari ini mengumumkan kesediaan bersemuka dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada DAP itu secara langsung di televisyen berhubung isu 1MDB tanpa sebarang syarat.

"Oleh kerana Tony membuat berbagai-bagai tuduhan tanpa bukti dan sebagainya, saya harap Tony menyahut cabaran Arul Kanda ... jangan jadi pengecut, dia mesti berani sahut cabaran itu," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan‎ Kampung di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

 
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, demi keadilan Tony harus meletakkan jawatannya dalam PAC sekiranya mahu berdebat dengan Arul Kanda kerana PAC sedang menyiasat 1MDB.
  
"Bagi saya, dia sepatutnya letak jawatan sebagai anggota PAC, soal Arul Kanda tak nak letak syarat maknanya dia berani untuk berhadapan dengan Tony.‎
  
"Saya harap tak ada lagi alasan-alasan lain daripada Tony untuk tidak‎ berdebat dengan Arul Kanda," katanya. - Bernama

'Masalah aliran tunai punca hutang 1MDB' kata Arul

Hutang terkumpul ditanggung 1MDB ketika ini wujud disebabkan aliran tunai "tidak sepadan" ekoran kegagalan agensi pelaburan itu menyenaraikan anak syarikatnya, Edra Global Energy Bhd di pasaran saham, kata Arul Kanda Kandasamy.
Menurut Presiden 1MDB itu
"Hutang adalah asas untuk 1MDB. Apabila anda menggunakan hutang, terdapat keperluan untuk membayar balik hutang dan mematuhi syarat yang ada.
 "Jika anda tidak membayar balik hutang, kesannya adalah sangat tinggi. Terdapat ketidakpadanan aliran tunai atas kegagalan pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO).
"Syarikat itu menghadapi cabaran besar untuk membayar balik hutangnya," kata Arul dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, Arul Kanda menegaskan bahawa ini adalah masalah perniagaan yang tidak unik kepada 1MDB saja.
"Ini adalah satu masalah perniagaan, cabaran perniagaan dan terus-terang, ia boleh berlaku kepada perniagaan lain. Ia tidak terhad kepada 1MDB," katanya.

Nur Jazlan tak setuju debat Arul-Pua, rumitkan siasatan 1MDB

Datuk Nur Jazlan Mohamed (kanan), dilihat di sini bersama Tony Pua ketika masih mengetuai PAC, berkata presiden 1MDB tidak sepatutnya menyahut cabaran debat oleh Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015. 
Datuk Nur Jazlan Mohamed (kanan), dilihat di sini bersama Tony Pua ketika masih mengetuai PAC, berkata presiden 1MDB tidak sepatutnya menyahut cabaran debat oleh Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015.

Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak bersetuju debat secara langsung antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, dan berkaya ia hanya merumitkan lagi siasatan terhadap syarikat sarat hutang itu. Nur Jazlan turut menyelar kedua-dua mereka sambil menyifatkan idea debat itu "keanak-anakan".
"Apa yang diberitahu dalam PAC seharusnya adalah antara jawatankuasa sehingga perkara itu dibawa ke Parlimen," kata Nur Jazlan, kini timbalan menteri dalam negeri.

"Ahli PAC dipilih Parlimen dan sekiranya debat ini secara langsung, jadi apa maksud PAC mengadakan siasatan ini," soalnya. Pua sebelum ini mencabar Arul membenarkannya bertanya secara langsung bagi menjelaskan segala masalah yang masih belum terungkai mengenai syarikat itu, memandangkan presiden 1MDB itu sebelum ini gagal menjawab segala dakwaan dilemparkan terhadapnya.

Gagal senaraikan IPO punca hutang 1MDB, kata Arul

Kegagalan menyenaraikan anak syarikat tenaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah penyumbang terbesar kepada masalah aliran tunai syaraikat itu, kata presidennya Arul Kanda Kandasamy hari ini.
Arul mengakui 1MDB menggunakan hutang bagi menjana wang dan membeli aset, namun ia gagal membiayai hutangnya kerana penyenaraian IPO yang tertangguh itu.
"Hutang adalah asas kepada 1MDB. Apabila anda menggunakan hutang, anda perlu membayar hutang itu dan melunaskan pokoknya.

"Jika anda gagal mematuhi jadual pembayaran semula, akibatnya adalah amat teruk. Ada ketidakcocokan aliran tunai kerana penyenaraian IPO itu gagal. Syarikat berhadapan cabaran besar bagi membayar semula hutang," kata Arul pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Arul dakwa Dr Mahathir berjaya jadikan 1MDB kontroversi selepas Tony Pua gagal

Arul Kanda Kandasamy berkata hanya selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melontarkan tuduhan ke atas 1MDB, isu berkaitan syarikat itu mula mendapat perhatian sehingga menjadi kontroversi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 31 Oktober, 2015.
1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya menjadi "sangat kontroversi" selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengkritik syarikat milik kementerian kewangan itu, kata Arul Kanda Kandasamy hari ini. Presiden 1MDB itu berkata, tuduhan Dr Mahathir berjaya menarik perhatian orang ramai selepas pemimpin DAP, Tony Pua gagal melakukannya selama bertahun-tahun.
"Isu terbesar apabila Dr Mahathir mula menuduh RM42 bilion hilang.

"Selepas Dr Mahathir dan mereka yang sebelum ini menyokong kerajaan memulakan kritikan, perkara ini mula menjadi sangat kontroversi," kata Arul pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.Arul berkata, Pua sudah membangkitkan isu berkenaan dengan 1MDB sejak 2010 tetapi "tiada sesiapa yang memberikan perhatian kepadanya". 

Pengerusi Bersih 4 didakwa, penganjur Himpunan Baju Merah?


Baju Merah-715315


KUALA LUMPUR 31 OKT: Himpunan Baju Merah yang menimbulkan kekecohan hingga mengakibatkan kecederaan beberapa anggota polis, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah pula diheret ke mahkamah.
Terkejut berikutan Maria dijadual didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman Selasa depan, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata Himpunan Bersih 4 berlangsung aman sekalipun selama 34 jam.
Sekalipun perhimpunan bersejarah itu disertai 500,000 orang, katanya polis hanya perlu menggerakkan 191 pegawai dan 2,419 anggota untuk mengawalnya dengan kos perbelanjaan cuma RM2,737,400.
Beliau berkata, ia berbeza dengan Himpunan Baju Merah yang memaksa polis menggunakan 263 pegawai dan 3,648 anggota bagi mengawal kekecohan sekalipun penyertaan orang ramai jauh lebih kecil.
“Malah, sebanyak 26 laporan polis dibuat terhadap himpunan itu dengan 15 kertas siasatan dibuka mengikut pelbagai akta dan kanun keseksaan.
“Jika tindakan perundangan perlu diambil, sepatutnya penganjur Himpunan Baju Merah didakwa, bukan Maria,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Hasil GST RM39 bilion, peruntukan pendidikan dipotong RM1 bilion


GST_naikKUALA LUMPUR 31 OKT: Ketika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membawa hasil RM39 bilion kepada Kerajaan Persekutuan, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memotong peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi sebanyak RM1 bilion.
Menyifatkan Bajet 2016 sebagai ‘loser’, Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong kesal kerana hasil GST tidak digunakan kepada sektor yang diperlukan rakyat, bahkan mengorbankan kepentingan umum.
“Rakyat bersusah payah membayar GST tetapi kerajaan pula mengurangkan peruntukan untuk sektor pendidikan yang paling diperlukan rakyat. Ini tidak masuk akal sama sekali,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau turut menempelak Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon yang mengakui peruntukan RM50 juta dalam bajet tahun lalu belum diagih kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) RM25 juta.
“Ini tidak munasabah. Bajet yang dijanji akhirnya menjadi janji kosong,” kata Timbalan Pengerusi DAP Sabah itu.
mahasiswa universitiPada 2013, Stephan berkata, SJKC menerima peruntukan RM100 juta tetapi jumlah itu berkurangan pada 2014 dan 2015 kepada RM50 juta manakala peruntukan SMJK tidak berganjak dari angka RM25 juta.
Beliau tertanya-tanya peruntukan untuk SJKC yang menerima RM450 juta tahun lalu, mendapat tambahan berikutan Kerajaan Persekutuan menyatakan RM500 juta diberi kepada sekolah pelbagai aliran.
Selain itu, Stephan mengkritik pengurangan peruntukan universiti awam sebagai tidak rasional dan menimbulkan kebimbangan ia mungkin menjejaskan kualiti institusi pengajian berkenaan.

Umno Harus Lebih Sikap Terbuka - Saifuddin

Skandal 1MDB : Arul Kanda Cabar Tony Phua Debat Tanpa Syarat

Arul: politics is beyond me

Arul: Bad news sells

Arul: Tony Pua debate is on

Perkasa Cadang Tubuh MUIN Satukan UMNO, PAS

KUALA TERENGGANU 31 Okt. – Demi memelihara kepentingan Islam dan institusi diraja daripada diganggu gugat, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mencadangkan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (MUIN) yang dianggotai UMNO dan Pas.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, selain disertai dua parti politik Melayu itu, MUIN juga perlu dianggotai pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO) lain yang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Beliau memberitahu, sudah tiba masa bagi UMNO dan Pas duduk semeja bagi membincangkan segala hal berkaitan kepentingan Islam selain memelihara hak eksklusif institusi diraja.

Jelasnya, beliau mengakui telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Pas dalam pertemuan beliau dengan kepemimpinan parti berkenaan yang diketuai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu negara tempoh hari.

“Dalam pertemuan itu saya telah kemukakan cadangan berkenaan kepada Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sebagai reaksinya, mereka bersedia untuk meneliti cadangan tersebut.

“Inilah antara perkara yang diperjuangkan oleh Perkasa dan buat masa ini kita belum kemukakan cadangan penubuhan MUIN ini secara rasmi kepada UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bicara Minda Bersama Presiden Perkasa Bersempena Persidangan Agung Khas Perkasa Parlimen Terengganu di sini.

Arul ubah ‘fikiran’, sedia debat tanpa syarat...

Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda bersedia berdebat dengan ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua tanpa mengenakan sebarang syarat.

Katanya, mengenakan syarat pada Tony untuk meletak jawatan kerana ia memberi kesan pada konflik berkepentingan.

“Syaratnya sebelum ini adalah munasabah kerana Tony yang duduk dalam PAC adalah 'hakim' kepada siasatan 1MDB.

Sebelum ini, Arul mengenakan syarat di mana Tony meletakkan jawatan dalam PAC kerana khuatir ia akan menjejaskan integriti siasatan jawatankuasa itu dan mengelakkan sebarang pertembungan kepentingan diri.

"Saya sedia bertemu secara langsung Tony tanpa syarat sama ada dalam program bual bicara atau debat.

"RTM melalui menterinya sebelum ini setuju untuk menjadi hos kepada pertemuan kami, saya tertarik dengan pelawaan itu. Saya harap boleh berjumpa Tony (secara langsung) dalam tempoh terdekat ," katanya dalam sidang media di ibu negara sebentar tadi.

Saman WSJ untuk keadilan dan pampasan kata Peguam Najib

Adalah perkara biasa apabila syarikat penerbitan disaman dengan plaintif mahu mendapatkan keadilan dan menuntut ganti rugi di atas kerosakan yang berlaku.
najib_hafarizam_law_wsj_600PETALING JAYA: Rancangan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ) bukan sahaja untuk membersihkan namanya yang dituduh berhubung dana RM2.6 bilion tetapi juga untuk mendapatkan pampasan.
Peguam Perdana Menteri, Datuk Hafarizam Harun menjelaskan demikian ketika ditanya adakah Perdana Menteri mahu menyaman WSJ untuk mendapatkan keadilan.
“Apabila saya bertindak untuk anak guam, ia bukan sahaja mahu menuntut keadilan tetapi juga untuk mendapatkan pampasan di atas kerosakan yang berlaku,” katanya.
Hafarizam berkata, sebagai peguam beliau berhak untuk menasihatkan anak guamnya untuk berbuat demikian.
Beliau berkata, dalam satu-satu kes, terpulang kepada anak guamnya untuk menggunakan wang pampasan itu untuk diri sendiri atau menderma untuk kebajikan sekiranya menang kes saman berkenaan.
Hafarizam yang juga Penasihat Undang-undang UMNO berkata, perkara sama juga berlaku kepada pihak lain yang menyaman syarikat penerbitan demi mendapatkan keadilan dan menuntut ganti rugi di atas kerosakan yang berlaku.

Debat Skandal 1MDB: Syarat dikenakan Arul Kanda berat

Syarat yang diletak Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dianggap sebagai berat.
Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw berkata, sekiranya Arul Kanda benar-benar ikhlas untuk menyahut cabaran Tony berdebat, beliau tidak perlu meletakkan syarat itu.
“Kalau beliau (Arul Kanda) memang mahu debat beliau tak akan letak syarat. Sekarang beliau letak syarat macam itu (berat) susahlah untuk (Tony) terima.
“Kita semua mahu tahu realiti yang berlaku dalam 1MDB, sepatutnya tak perlu syarat itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya,  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) juga menyiasat perkara yang sama, jelas menunjukkan bahawa isu itu melibatkan kepentingan awam.
Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, rakyat sangat menantikan perkembangan terkini mengenai isu 1MDB.
“Semua pihak bercakap soal hal yang sama. Soal debat atau tidak itu bukan masalahnya, isunya mengenai urusan yang berlaku dalam syarikat itu,” katanya.

Rokok & Vape: Kerajaan dayus –Isma

Kenyataan itu merujuk kepada keputusan kerajaan yang enggan mengharam rokok dan vape
vape-isma
PETALING JAYA: Keputusan kerajaan untuk tidak mengharamkan rokok dan vape dilihat sebagai memperlekeh keputusan fatwa yang dibuat mufti dan ulama.
Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, kalaupun ia tidak diharamkan kepada semua orang, paling tidak ia dikuat kuasa terhadap orang Islam.
“Sekurangnya-kurangnya diharamkan ke atas umat Islam.
“Kerajaan sendiri yang mengajar rakyat tidak menghormati fatwa,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook.
Menulis lanjut di kenyataan yang sama, dia menyifatkan kerajaan yang membiarkan rakyat merosakkan diri sendiri dengan rokok dan vape merupakan ‘dayus’.
“Seperti bapa yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Menurut Hafizi lagi, lebih setengah abad negara menikmati kemerdekaan dan rakyat patut sudah bebas daripada unsur-unsur yang merosakkan.
“Sepatutnya fatwa sudah didaulatkan dan rakyat bahagia dengan cara hidup Islam.
“Inilah yang berlaku apabila neraca pertimbangan yang digunakan ialah kebendaan; hasil cukai dan kepentingan pelabur syarikat multinasional Yahudi,” katanya yang disiarkan ismaweb.net

TV3 guna Human Right Watch untuk kutuk Tun M

Laporan “Tun Dr Mahathir Kekang Media Ketika Berkuasa”disiarkan Buletin Utama
mahathir-tv3
PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Human Right Watch telah digunakan dalam usaha untuk mengungkit dan mempertikai kewibawaan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Pendedahan bertajuk “Tun Dr Mahathir Kekang Media Ketika Berkuasa”, kemudian disiarkan pada waktu perdana di Buletin Utama.
“Hehe yg ni mmg admin rasa nak gelak guling2 dah puas mereka gunakan individu dan NGO yg tak berapa semenggah….. hari ini mereka naik gred sikit sbb guna mat saleh pula utk hentam Tun M….hahaha.
“Sape lah agak nya yg jaga media puok sana hingga buat benda gini??? hahaha apakah mereka ingat bila buat gini maka rakyat akan marah kat Tun M??? Kita tenguk lah apa komen pembaca ..
Lepas mat saleh agak2 nak guna sape pula????
“Hahaha alahaiii….,” tulis pengendali Facebook Kelab Che Det.
“Brapa agaknya najip bayar ni pak saleh. Sedarlah diri tu, dah bengap, bangang pulak. Setelah gst, sekrg ni tppa pulak, smua tu malapetaka kpd rakyat. Setelah amerika meranapkan ekonomi thailand, sekrg giliran malaysia pulak, bakal d ‘ranapkan’. Tunggu dan lihatlat,” komen Mariam Jerry.

9 soalan Umno Semporna


Ketika berita penyingkiran beberapa pemimpin kanan Umno semakin hangat diperkatakan, salah satu bahagian parti itu yang terlibat secara langsung dalam isu berkenaan hari ini tampil mengemukakan sembilan soalan secara terbuka.
Kenyataan dikeluarkan Umno bahagian Semporna itu juga mengingatkan pucuk pimpinan parti berkenaan bahawa tokoh yang dilihat kritikal terhadap Datuk Seri Najib Razak itu mempunyai penyokong tegar di seluruh negara.
"Tujuh pemimpin yang disebut-sebut itu - terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - bukan hanya mempunyai penyokong tegar di kawasan yang mereka wakili malah ada di seluruh negara.
"Perlu diingatkan bahawa setiap undi dan kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 nanti adalah penting kepada survival Umno," kata kenyataan berkenaan.
Pertanyaan yang dikemukakan Umno Semporna hari ini adalah:
  • Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?
  • Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding Umno?
  • Adakah 1MDB ini milik Umno?
  • Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?
  • Adakah melalui penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?
  • Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong Umno sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
  • Kuat sangatkah Umni pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?
  • Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selarin dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?
  • Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyataan kebimbangan terhadap parti?
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan mengenai tujuh pemimpin misteri Umno yang sedang dipantau untuk diambil tindakan disiplin.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah itu akan diambil selepas proses berkaitan selesai dibuat.
Katanya Umno "sudah penat melayan anggota parti yang mengeluarkan kenyataan tidak sesuai kepada orang umum".
Bersuara demi rakyat
Umno Semporna diketuai oleh Mohd Shafie yang juga salah seorang daripada pemimpin kanan yang dipercayai sedang dipantau ibu pejabat parti ketika ini.
Beliau dan Muhyiddin adalah antara tokoh yang pernah membangkitkan persoalan mengenai cara Najib mengendalikan beberapa isu negara, termasuk agensi pelaburan tajaan kerajaan 1MDB.
Menurut kenyataan Umno Semporna, Mohd Shafie adalah salah seorang pemimpin yang bertanggungjawab membawa Umno ke Sabah.

DAP menangi hati penduduk kawasan terpencil Sarawak

Sukarelawan DAP dan penduduk kampung cuba mengalih sebuah batu besar bagi projek pemasangan paip air di Long Luping, Lawas, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 31 Oktober, 2015. 
Sukarelawan DAP dan penduduk kampung cuba mengalih sebuah batu besar bagi projek pemasangan paip air di Long Luping, Lawas, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 31 Oktober, 2015.

Di kebanyakan kampung di Semenanjung Malaysia, DAP masih menerima reputasi buruk, tetapi semakin banyak tempat terpencil di Sarawak menerima dengan tangan terbuka kedatangan parti pembangkang itu. Pada 27 September, parti itu menyiapkan projek bekalan air untuk Kampung Long Luping di Lawas, sebuah perkampungan desa Orang Ulu berhampiran sempadan Indonesia di Kalimantan tengah.
Projek itu siap hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya negeri di Sarawak, yang akan diadakan pada atau sebelum 20 September, 2016.

Selain calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13, DAP tidak mempunyai wakil tempatan atau pejabat di Lawas, yang terletak kira-kira 3 jam perjalanan menggunakan jalan tidak berturap, juga bandar terdekat dengan Long Luping. Populariti DAP di kalangan puak Orang Ulu menunjukkan kejayaannya menembusi kawasan paling hulu di Sarawak, kata seorang sukarelawan Impian Sarawak.
Tetapi kejayaan itu ada kesannya. Rakan sekutu pembangkang PKR, yang juga banyak melakukan kerja untuk kalangan luar bandar, mula tidak selesa dengan kemungkinan DAP bertanding kerusi luar bandar.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak juga memperhebat kempen propaganda memburuk-burukkan DAP di kalangan rakyat negeri itu di luar bandar, sama seperti dilakukan di Semenanjung.
Dari mulut ke mulut

Jejak DAP paling besar di kalangan masyarakat luar bandar Sarawak ialah menerusi inisiatif Impian Sarawak, di mana mereka membantu komuniti miskin dengan projek infrastruktur berskala kecil.
Dalam kebanyakan projek itu, aktivis atau ahli mencadangkan kampung yang serba kekurangan kepada pasukan Impian Sarawak bagi mendapatkan bantuan.

Dalam kes kawasan Orang Ulu, skim itu dijalankan menerusi mulut ke mulut dan penduduk kampung sendiri yang minta bantuan, kata Dr Baru Langub atau Dr Bob (gambar, kiri), seorang pemimpin DAP Orang Ulu berpangkalan di Miri, Sarawak. Pemimpin masyarakat di Kampung Long Luping mendengar kisah bagaimana Impian Sarawak membantu memasang sistem air graviti di kampung berhampiran, Kampung Long Sukang, dan meminta nombor telefon Impian Sarawak untuk dihubunginya.
Sistem air di Kampung Long Sukang juga dipasang selepas pemimpin di kampung itu terdengar mengenai program Impian Sarawak daripada seorang rakan di Limbang. Rakan dari Limbang itu tinggal di rumah panjang di mana Impian Sarawak memasang sistem air yang serupa.
Dalam kebanyakan projek Impian Sarawak sebelum ini, sukarelawan terpaksa berdepan dengan kebanyakan penduduk yang takut kerajaan BN negeri akan menghukum penduduk yang bekerja dengan parti pembangkang.
“Di Long Luping dan Long Sukang, penduduknya terbuka untuk bekerja dengan kita,” kata Dr Bob.
“Sudah 10 tahun kita minta BN bantu dengan bekalan air ke kampung kami. Mereka selalu kata tunggu, tunggu. Tidak pernah sampai,” kata Balang Lawai, pemimpin masyarakat dari Long Luping.
Dua kampung itu menghadapi masalah serupa. Setiap kampung hanya ada satu sistem air yang dikongsi antara sekolah rendah dan rumah.
Antara jam 6 petang dan 6 pagi, tidak ada bekalan air di rumah kerana ia disalurkan ke sekolah, di mana terdapat asrama di sana.

KABINET YANG BUAT KEPUTUSAN, KENAPA UCAP TERIMA KASIH KEPADA NAJIB SAJA?

Berita ini tidaklah penting sangat sebab saya bukanlah penghisap vape atau rokok elektronik dan bukan saja penagih rokok. Kawan-kawan saya juga tiada kaitan dengannya, maka sama ada vape mahu diharamkan atau tidak, relatifnya memberi kesan kepada saya adalah minima saja.

Tetapi apabila Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada Najib Razak kerana kabinet membuat keputusan tidak mengharamkan vape, saya mulai tersentak dan keliru?

Hati mulai terdetik, macam ada masalah kejiwaan dengan menteri berkenaan?
Bukan soal vape yang tidak diharamkan atau kaitannya dengan anak-anak muda yang menjadi persoalan, tetapi kenapa perlu mengucapkan terima kasih kepada Najib berkaitan keputusan itu?

Kenapa perlu diucapkan terima kasih kepada Najib sedangkan yang bersetuju ialah ahli-ahli kabinet yang berjumlah hampir 40 orang ramainya?

Apakah ini bermakna kalau Najib bersetuju, maka semua menteri kabinet kena bersetuju?

Atau kiranya Najib bersetuju, maka menteri-menteri tidak boleh mengatakan tidak setuju atau jika Najib tidak setuju, semua menteri juga harus tidak setuju dan tidak boleh sama sekali untuk bersetuju?

Adakah barangkali ucapan terima kasih itu sekadar bertujuan mengampu dan membodek Perdana Menteri saja?

Tetapi untuk apa pula Najib perlu dibodek dan diampu dengan keputusan itu? 

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang turut bersetuju dengan keputusan itu, langsung tidak ada nilaikah persetujuan mereka?

Selain itu, kenapa Ismail Sabri yang menjaga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah begitu pantas menulis di Facebooknya berkenaan perkara itu?

Bukankah Menteri Kesihatan, S Subramanian yang lebih sesuai mengumumkannya?

Kami generasi tak berumah, tak bertanah, tak berharta

Minggu lalu, Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet (Belanjawan) 2016, dengan harapan untuk memulihkan semula ekonomi negara serta memacu pertumbuhan ekonomi untuk negara mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Najib juga berkata kerajaan akan menambah unit rumah dalam belanjawannya sebagai usaha menangani masalah harga rumah yang semakin meningkat dan tidak mampu untuk dibeli generasi muda yang baru saja bekerja.
Tetapi pembinaan rumah baru ini terletak di tempat yang tidak strategik kerana tempat strategik semuanya sudah dibolot pemaju untuk membina rumah golongan menengah atas dan lebih tinggi.

Antara kawasan strategik yang sudah dirembat pemaju ialah flat Kampung Kerinchi yang kini digentrifikasikan menjadi Bangsar South. Flat Abdullah Hukum kini digentrifikasikan menjadi KL Eco City.
Serta banyak lagi pembangunan sebegini yang tidak membawa manfaat kepada rakyat terbanyak, sebaliknya hanya memikirkan keuntungan mereka yang melabur dalam hartanah dan rumah yang dibina hanya untuk tujuan pelaburan.
Rumah adalah keperluan asas seseorang manusia. Dan apabila untuk mendapatkan rumah menjadi satu masalah, kerana harganya tidak setimpal dengan pendapatan, maka satu alternatif yang terpaksa dilakukan generasi millennials hari ini ialah menyewa rumah.
Kebanyakan mereka yang baru bergraduasi mendapat pendapatan mereka apabila mula kerja ialah daripada RM1,600 hingga RM2,000.
Pendapatan sebegitu tidak akan mampu untuk memiliki rumah kerana ia tidak selari dengan inflasi di negara ini, di samping harga sewa yang turut naik kerana kenaikan harga semua benda.
Dan untuk memiliki rumah sejauh Rawang atau Nilai juga semakin sukar kerana harga tanah di situ juga sudah meningkat naik.
Selain itu, syarat pemilik rumah yang menyewakan rumah untuk menyediakan deposit 2+1 atau 3+1 sangat membebankan penyewa rumah.
Kalau harga sewa rumah RM800, untuk sewa bulan pertama, penyewa terpaksa mencari wang sebanyak RM2,400, sudah pasti itu menjadi beban yang berat.
Generasi ibu dan ayah kami, generasi babyboomers, mampu memiliki sebuah rumah teres yang elok, dan kalau menyewa rumah pun, kosnya tidak terlalu membebankan.
Tetapi generasi millennials seperti saya, tidak mampu untuk memiliki rumah flat sekalipun, dan menyewa pun terpaksa berkongsi dan bersempit-sempit.
Sedangkan di perut kota itu pada waktu malamnya lengang, kosong dan tidak bermaya kerana tidak ada orang tinggal di dalam kota, sebaliknya hanya rumah orang kaya yang sebenarnya tidak ada orang pun.
Setiap kali tuan rumah mahukan kembali rumah mereka, mungkin untuk dijual, kami penyewa rumah terpaksa mencari lagi rumah, membayar deposit kembali, dan harga di tempat lain tidak selaras dan terpaksa sekali lagi mengikat perut untuk deposit.

Singkir Muhyiddin boleh rosakkan Umno


bendera Umno

ALOR SETAR – Komplot menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno boleh menjejaskan kestabilan dalam parti itu, kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib.
Menurutnya, ia juga boleh menyebabkan persepsi negatif masyarakat dan ahli akar umbi terhadap Umno ketika ini.
“Jika benar wujud gabungan ketua bahagian Umno yang dikatakan seramai 140 orang bersetuju singkir Muhyiddin, maka rosaklah imej Umno.
“Pergolakan politik ini juga akan memberi kesan kepada kestabilan dan demokrasi yang ada di dalam negara ini,” katanya.
Beliau berkata, dalam hal ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mungkin boleh meredakan ketegangan yang berlaku antara kelompok Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin.
“Jangan jadikan nasib Umno seperti apa yang dialami Pas dan Amanah. Ramai ahli akar umbi mengharapkan dalam situasi sekarang, kelompok elitis dan pimpinan Umno sesama sendiri dapat bersatu membina perpaduan parti dan bukannya bersatu membina kelompok untuk memusnahkan sesama sendiri dalam parti,” katanya.

Tiada lagi toleransi dalam Umno: Rafidah‎


Rafidah Aziz

SHAH ALAM - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, sudah tidak wujud lagi toleransi dalam Umno terhadap individu yang dilihat berbeza pandangan dengan pemimpin tertinggi parti itu.
Menurutnya, ia seperti ada dendam peribadi dan bukan lagi mengutamakan parti serta kepentingan ahli.
“Kata-kata yang menyakitkan hati dilempar, serangan peribadi menjadi norma. Paling teruk, tiada tolak ansur langsung kepada sebarang suara yang ingkar atau berbeza pandangan.
“Saya semakin risau tentang apa yang sedang berlaku dalam Umno pada ketika ini,” katanya dipetik dari laman Facebook miliknya.
Rafidah turut beri amaran bahawa menjadi 'kesilapan besar' jika pemimpin mendengar penyokong mereka sahaja.
“Penyokong pula dijangka menyuarakan apa yang mereka fikirkan pemimpin mahu mendengar.
“Tidak ramai penyokong yang mahu menghulur tengkuk untuk menyatakan sesuatu yang berbeza. Dan dalam politik, adalah lumrah untuk tidak mempersoalkan atau untuk menunjukkan perbezaan pendapat,” katanya.
Katanya, isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu lain berkaitan soal tadbir urus perlu diberikan perhatian.
Dengan memberi tumpuan kepada individu, Rafidah berkata, hanya akan menjejaskan apa dan sepatutnya dilakukan demi kepentingan ramai.
“Perang mulut tidak akan menyelesaikan isu-isu sebenar. Malah, ia hanya boleh memburukkan lagi masalah tersebut. Tiada apa yang perlu dikatakan atau dilakukan dengan niat jahat atau demi kepentingan peribadi orang lain.
"Kita berhadapan dengan isu-isu kepentingan negara melebihi kepentingan mana-mana individu,” katanya.

Adab politik PAS rencat sistem politik dua parti di Malaysia?

Post Pic

PAS tetap mahu menjadi pembangkang. Pendirian ini jelas dan berpijak pada bumi nyata. Ini membayangkan bahawa percaturan PAS insaf dalam tempoh terdekat sukar baginya mengambil alih pemerintahan negara - bersendirian.
PAS berulang kali menyatakan ia pernah bergerak bersendirian dalam politik Malaysia dan itu tidak menjadi kudis baginya. Tanpa DAP, PKR mahupun Amanah, PAS tetap yakin ia mempunyai peranan dalam politik negara.
Maknanya, PAS bersedia tidak ada saham dalam kerajaan negeri Selangor selepas pilihanraya umum ke-14 kelak. PAS insaf kerjasamanya dengan PKR juga adalah sementara dalam mentadbir berkenaan.
PAS sedar jika pihak pembangkang lain  – DAP, PKR dan Amanah -- mampu mengekalkan Selangor selepas PRU 14, PAS tidak akan turut berada dalam saf yang mentadbir kerajaan negeri itu.
Namun PAS ada Kelantan. Mengikut trend, PAS sukar ditumbangkan di negeri itu. Malah ramai ‘pemimpin semenda atau orang luar Kelantan’ yang menumpang imej kukuh PAS untuk mencari pengalaman menjadi wakil rakyat.
PAS tidak kisah jika ada wakil rakyat luar berkenaan tidak tahu malu dan enggan menyerahkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS apabila melompat ke parti lain. PAS tahu membawa diri. Ia tetap mahu menjadi pembangkang.
Cuma bezanya ia mahu menjadi pembangkang kepada kebatilan, kezaliman dan perangai buruk politikus parti lain. PAS tidak mahu membangkang hanya untuk membangkang sahaja. Yang baik PAS tetap sokong dan pertahankan.
Sikap pimpinan PAS pasca muktamar ke-61 yang menyaksikan proses penyaringan “unsur negatif” beberapa pemimpin kanannya yang haloba kuasa, memacu PAS bekerjasama dengan semua pihak demi kemaslahatan rakyat.
"Kita mahu proses demokrasi yang beradab dan berakhlak dan tidak boleh melupai konsep Raja Berperlembagaan dan dalam masa yang sama mesti memelihara konsep masyarakat bermajmuk.
"Oleh kerana itu PAS bukan sahaja bersedia untuk berbahas di Parlimen, dalam masa terhad dan tidak cukup untuk berhujah, PAS mempunyai penyelidik-penyelidik di semua pejabatnya di seluruh negara," kata Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Katanya, di segi prinsipnya PAS mahu menyumbang kepada aktiviti menegakkan perkara makruf bersandarkan ilmu dan penyelidikan yang rapi.
"PAS akan terus jadi pembangkang dan PAS tidak akan menyertai kerajaan, PAS akan jadi pembangkang yang menerang bukan menyerang, yang menerang hujah dan tidak menyerang, ini adalah pendekatan yang kita ambil.
"Sebarang perubahan yang diambil hendaklah berteraskan kepada Islam yang menjadi dasar dan konsep perjuangan PAS," katanya.
"PAS tidak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan kepada Islam dan tidak mencapai matlamat kerana kita tidak mungkin naik bas ekspress yang tidak sampai ke destinasi yang kita hendak pergi.
"Lepas itu kena jalan kaki jauh," kata beliau menyindir sekumpulan bekas pemimpin PAS yang agak tidak sabar mahu berkuasa dan meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Amanah Negara.
Pemikiran baru politik PAS ini menampilkan cabaran baru dan keberanian baru pada alur dan tatakrama politik Malaysia keseluruhannya.
"PAS bersedia bertemu dengan kerajaan dan bersemuka dengan siapa sahaja (kementerian) termasuk Perdana Menteri untuk mengemukakan cadangan-cadangan kita dalam perkara yang kita tidak setuju,” tegas Hadi.
Pendirian PAS ini secara langsung “memaksa” bekas rakan politik PAS seperti DAP, PKR dan Amanah mencongak semula peta dan stategi politik mereka kerana pendekatan PAS kali ini banyak kesannya.
Kebimbangan paling nyata ialah, adakah PAS akan memfasakhkan amalan strategi politik ‘satu lawan satu’ dalam menghadapi Umno-BN. Jika benar demikian, tidakkah PAS juga bersedia berdepan dengan calon pembangkang?

The sorry state of Malaysian politics

It’s time for greater efficiency in this whole apology business
politik-malaysia
By Ann Martinez
It seems as if apologies are all we hear about in the political scene these days.
A defamation case against the former Menteri Besar of Perak Mohammad Nizar Jamaluddin, who was charged with defaming the Prime Minister had a happy ending recently. The ex-Menteri Besar was discharged and acquitted by the Sessions Court after he issued an open apology to the Prime Minister.
However, there was no happy ending for Lim Kit Siang who refused to give in to the Speaker’s (of the Dewan Rakyat) demand for an apology. Kit Siang’s refusal to apologise for suggesting that the Speaker abused his powers to sabotage the Public Accounts Committee’s 1MDB probe earned him a six-month suspension.
Even our East Malaysian counterparts are getting into the apology game. A coalition of pro-Barisan Nasional, non-governmental organisations criticised Rafizi Ramli, the MP for Pandan, for politicising the federal government’s decision to build the RM29.2 billion, “no toll” Pan Borneo Highway linking Sabah and Sarawak. The coalition demanded a public apology from Rafizi for suggesting that the construction of the “no toll” highway was an attempt to pit the people of the peninsula against those in Sabah and Sarawak.
With all the energy and focus being devoted to apologies ─ apologies demanded, apologies refused, apologies issued ─ it is no wonder that we find ourselves in the quagmire we are in.

Zunar’s tips on leadership

Despite threats from the authorities, the cartoonist has not stopped mocking the ruling party since the Reformasi days.
Photo by Karis Wong
For decades, Malaysians have suffered under a government which has refused to “mati,” which happens to be the acronym for “meritocracy, accountability, transparency and integrity.”
Newspapers are censored, television broadcasts are controlled, critics of the government are punished, printing permits are revoked. These punitive acts keep the ruling party in power and the merry-go-round of policies in perpetual motion.
But Zunar is not intimidated.
Malaysia’s favourite cartoonist emerged as a one-man assault team during the Reformasi era. He mocked the ruling party and opened our eyes to our self-inflicted oppression. And he has not stopped doing so. Indeed, few people are as daring as he.
His drawings are both funny and incisive, especially if the reader is aware of the issues being highlighted. He is adroit at making one think about crises and scandals in Malaysia, and his ability to influence has made him the target of the police and other authorities. They have made his life a living hell.
Currently in London for press briefings and talks, Zunar will soon return to Malaysia to answer nine charges of sedition, which may result in 43 years of imprisonment.
His cartoons, hilarious as they are, always have serious points to make about current issues. Prime ministerial candidates should study the following tips on leadership to avoid a brush with his pen.
Physical attributes. Try not to have any facial feature which Zunar can exaggerate when making a point. A future leader may need plastic surgery to remove his large nose. A woman with an ample cleavage may want to reduce the size of her bosom.
Ability to talk. If a leader keeps silent on important issues, Zunar will find ways and means to make him talk. This is normally done through cartoons depicting the actions of those who are close to the quiet man.

Pas Selangor akan pastikan tiada pertandingan tiga penjuru

Pertandingan tiga penjuru akan menguntungkan BN sedangkan BN merupakan musuh utama Pas.
Datuk-Iskandar-Abdul-Samad-,pas,selangor
SHAH ALAM: Pas Selangor akan memastikan tiada pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) untuk mengelak kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).
Janji itu diberikan ekoran kenyataan DAP yang mahu bertanding di lapan kawasan milik Pas.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana musuh utama Pas ialah BN.
“Kita melihat bahawa pertandingan tiga penjuru hanya akan menguntungkan BN
“Kita tidak mahu beri keuntungan kepada BN sebab BN adalah musuh kita. Kalau bertanding tiga penjuru itu akan mengakibatkan keuntungan kepada BN, sudah tentu Pas tidak akan bertanding tiga penjuru” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri pembentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), pada Jumaat.
Katanya, Pas bagaimanapun tidak akan membenarkan DAP untuk merampas kerusi yang sudah dimilikinya sekiranya parti itu tetap berhasrat untuk bertanding di kawasan mereka.
“Saya tidak tahu (kenapa DAP isytihar untuk bertanding di kerusi Pas), sebelum ini kita pun ada dengar bahawa ada ura-ura bahawa mereka (DAP) akan masuk dalam kawasan Pas, ini bukan kali pertama sebelum ini pun ada kenyataan yang sama.
“Jadi pendirian kita akan terus bertanding di situ, tidak ada masalah.”, katanya

Pendirian PBB mengenai kes Anwar Isnin depan

Satu sidang media mengenai keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pemenjaraan Anwar Ibrahim akan diadakan pada Isnin depan.
PBBSidang akhbar besar-besaran itu dijangka akan mengumumkan pendirian PBB mengenai status Anwar sebagai seorang tahanan politik.
Perkara itu disampaikan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar yang juga puteri sulung kepada Anwar Ibrahim.
“Kami akan terus berpegang dengan keyakinan bahawa beliau berstatus seorang tahanan politik dan ia diakui menerusi pelbagai institusi.
“Maklumat ini kita akan beritahu pada hari Isnin nanti,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes saman Anwar terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Ketika ditanya mengenai tahap kesihatan Anwar, Izzah memberitahu menjadi keutamaan pihaknya untuk memberi rawatan fisioterapi secara intensif seperti dijanjikan kerajaan.
Katanya, keadaan kesihatan Anwar juga dilihat semakin merosot ketika dalam tahanan penjara berbanding semasa beliau dimasukkan ke hospital sebelum ini.
“Kita minta seperti yang dijanjikan iaitu (rawatan) tiga atau empat kali seminggu tapi sekarang hanya sekali dalam tiga minggu.
“Maka itu keutamaan sebelum kita mengambil kira keperluan pembedahan kerana bila ditahan sebegini keadaan (kesihatan) beliau semakin merosot jika dibandingkan semasa lima hari ditahan di hospital sebelumnya,” katanya.
Selain itu, Izzah berkata beliau dan keluarganya diberi peluang bertemu bapanya setiap kali sesi prosiding mahkamah bagi melepas rindu mereka.
“Pertemuan di mahkamah selalu kami guna sebaik mungkin kerana kalau di penjara kami hanya bertemu secara bersemuka. Sebab itu saya akan bawa juga anak-anak dari sekolah (ke mahkamah). Sekurang-kurangnya mereka dapat memeluk nenda mereka,” katanya.

Skandal 1MDB: Riba dan kegagalan kapitalisme


KRISIS yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang sebanyak AS$11 bilion adalah bukti jelas kegagalan Kapitalisme dalam memacu kemajuan ekonomi negara. Sistem hutang negara dan dunia yang tidak boleh dipisahkan daripada sistem kapitalisme mengakibatkan ia tidak boleh lari daripada sistem riba yang diharamkan dalam Islam.

Kapitalisme adalah satu sistem ekonomi yakni pelaburan dan pemilikan yang berkaitan pengeluaran, pengedaran dan pertukaran kekayaan dibuat dan diselenggara oleh individu atau syarikat swasta (Collins English Dictionary, 2015).

Ia adalah suatu fahaman bahawa orang perseorangan menjadi pemilik tunggal kepada apa yang diusahakan olehnya. Orang lain tidak berhak ke atasnya hatta kerajaan tidak boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi. Kuasa kerajaan hanyalah untuk mengawasi suasana bebas dan mewujudkan keadaan yang memberi kebebasan kepada rakyat dalam memiliki harta dan melakukan kegiatan ekonomi (TG Haji Abdul Hadi Awang, 1999).

Matlamat kapitalisme hanyalah semata-mata untuk mencari keuntungan walaupun dengan cara yang haram termasuklah melalui sistem riba. Menurut Abul A'la al-Maududi (1985), Kapitalisme melihat bahawa perniagaan dan riba memerlukan antara satu sama lain dan tidak akan maju kecuali dengannya. Jika tidak ada sistem riba maka akan runtuhlah sistem kapitalisme.

Pemikiran ini bertitik tolak daripada kefahaman yang salah bahawa wang berfungsi sebagai barang dagangan yang boleh dijual dan dibeli. Oleh sebab itu ia boleh dipajakkan dengan harga tertentu yang mempunyai kadar faedah.

Perkara ini berlawanan dengan Islam kerana ia menyebabkan pemiutang tidak terlibat dalam risiko untung dan rugi dalam kegiatan ekonomi. Dalam Islam, tidak ada keuntungan yang baik tanpa usaha, kepayahan dan risiko. Islam menolak golongan yang hidup di atas usaha dan peluh orang lain. Semuanya mestilah menanggung risiko dalam perniagaaan  bagi memastikan keadilan terlaksana (Dr. Umar Faihan, 2001).