Jumaat, 30 Oktober 2015

Dulu PAS Kata Boleh Sendirian, Sekarang Nak Cari Rakan Politik Baharu?

Pas sedang cari rakan politik baharu

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan parti itu sedang mencari rakan politik baharu untuk bekerjasama dengan mereka.

Menurutnya, Pas sedang dalam proses rundingan dengan individu ataupun parti politik itu.

"Kita tidak semestinya tidak ada rakan politik, mungkin ada rakan politik baru. Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu,"katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Pas tetap bertegas tidak akan bersama BN dan kekal sebagai pembangkang selain tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).



"Jika BN adalah pembangkang mungkin kami akan bekerjasama.Kami bertegas tidak akan kerjasama dengan BN di PRU akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang. Yakin tidak yakin kalau perlu kita bersendirian kita akan bersendirian, kita pernah bersendirian,"katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti berkenaan sedia untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk BN dalam perkara-perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat.

Katanya lagi, kenyataan Abdul Hadi yang akan bekerjasama dengan BN bukan atas dasar perjuangan politik sebaliknya atas beberapa isu.

"Ia bermakna kita kerjasama, beri pendapat, kami (Pas) tidak pernah mahu sertai BN melainkan BN jadi pembangkang.

"Pas tidak mahu kerjasama politik, bertanding bersama tidak pernah. Kami kerjasama atas isu, apa yang baik untuk rakyat kami akan kerjasama. Itu sahaja,"katanya. -SH

ULASAN GB

Bercelaru akhirnya.

Sekejap kata hendak bersendirian, kini terhegeh-hegeh mencari rakan politik baharu untuk bekerjasama dengan PAS.


Istiqamah?

EHEM...EHEM....

Berita pertama - Pada 28 Oktober lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz berkata, beliau akan memastikan Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri sekiranya Najib Razak berundur daripada jawatan itu.

"Kalau Najib turun, maka sudah tentulah akan berlaku perebutan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri.

"Tetapi saya penyokong Zahid Hamidi. Beliau Timbalan Perdana Menteri, beliau juga akan menjadi Perdana Menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak.
Berita kedua - hari ini pula, 30 Oktober, Nazri Aziz berkata, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin harus dibiarkan kekal dengan jawatannya sehingga pemilihan yang akan datang.

"Biarlah dia berkhidmat sehingga penggalnya berakhir. Kemudian, saya akan minta Zahid Hamidi  (Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Perak) untuk melawannya. Saya pasti Muhyiddin akan kalah," kata Nazri lagi.

Ehhh...Tiba-tiba saja Nazri menjadi begitu prihatin dan ambil berat tentang masa depan politik Zahid berbanding Najib?

Ehem...ehem....

Masa depan parti lebih penting daripada 1MDB, kata Umno Semporna

Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Shafie Apdal dikatakan akan dikenakan tindakan disiplin kerana membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015. 
Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Shafie Apdal dikatakan akan dikenakan tindakan disiplin kerana membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.

Umno Semporna membidas langkah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas pemimpin parti hanya kerana membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menegaskan hari ini, masa depan parti adalah lebih penting.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Semporna melahirkan kekecewaan mereka berhubung khabar angin mengatakan ketua bahagian mereka, Datuk Seri Shafie Apdal, merupakan salah seorang daripada 7 pemimpin yang bakal berdepan tindakan tersebut, selain Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain.
"Adakah bersuara demi kepentingan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan kepada Umno?

"Adakah syarikat 1MDB ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti Umno sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, dilucut atau dipecat keahlian mereka?

"Adakah 1MDB ini milik Umno? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti?" kata Umno bahagian itu dalam satu kenyataan. Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, 7 pemimpin Umno sedang disiasat dan berdepan tindakan penggantungan keahlian kerana melanggar peraturan parti.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama pemimpin tersebut.

Pemuda Pakatan Harapan ditubuh secara rasmi


Pemuda Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan secara rasmi dan konvensyen pertamanya akan diadakan tahun depan untuk mengetengahkan isu-isu melibatkan orang muda.
Penubuhan itu dibuat selari dengan penubuhan Pakatan Harapan menggabungkan tiga parti, DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Kita juga akan tunjukkan tawaran kita kepada anak muda.
“Rakyat nak tahu langkah kita seterusnya," kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selepas mesyuarat pertama Pemuda Pakatan Harapan.
Maklumat lanjut konvensyen itu belum diumumkan dalam sidang media hari ini.
Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan turut hadir dalam sidang media itu.

Dari Ops Lalang menuju ‘keganasan’ rejim Najib

oleh Lim Kit Siang

najib_red_polis_600
TANGGAL 27 Oktober pada 28 tahun lalu akan dikenang sebagai hari tangkapan besar- besaran Operasi Lalang yang menyaksikan 106 orang ditahan tanpa bicara mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Antara mereka, 49 orang termasuk ahli Parlimen dan aktivis sosial – dijatuhi hukuman penjara dua tahun manakala tiga akhbar utama tempatan ditutup.
Satu laporan antarabangsa yang kebetulan menyusul pada hari ulang tahun ke-28 yang paling gelap dalam perjuangan demokrasi dan hak asasi di Malaysia, menambahkan lagi rasa sedih dan pilu.
Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (HRW) berpangkalan di New York itu mengutuk penyalahgunaan kuasa berleluasa oleh seorang Perdana Menteri yang dilantik enam tahun lalu kerana menekan pengkritiknya.
najib fearSegala janji untuk mewujudkan era baru dalam demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia bukan sahaja tidak ditepati, malah tanpa rasa malu memakai gelaran gerakan moderat global yang tidakpun berfungsi.
Laporan setebal 145 halaman bertajuk Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression of Malaysia itu juga mendedahkan bagaimana Datuk Seri Najib Razak gagal menghapuskan undang-undang drakonian yang menindas.
Malah, laporan itu mendedahkan bagaimana Najib, sebaliknya mewujudkan rejim baru – menggunakan ketakutan dan keganasan terhadap rakyat sehingga mengkritik pun menjadi suatu jenayah.
Rejim itu makin menonjol – di Malaysia mahupun pada peringkat antarabangsa apabila berlaku ribut skandal RM50 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ‘derma’ RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib. Ketika inipun, enam negara luar sedang menjalankan siasatan terhadap skandal itu.
Nyatalah, kebebasan bersuara dan memberi pendapat terutama mengkritik kerajaan pemerintah, kini sudah menjadi kesalahan berat di Malaysia. Lalu, untuk mengekal tampuk pemerintahan, kerajaan Najib tanpa rasa bersalah melanggar undang-undang negara.
Kebebasan demokratik dan hak asasi manusia rakyat Malaysia dinafin melalui usaha menakut-nakutkan bagi mendiamkan suara rakyat.
Kerana itulah, tiada sesiapa pun yang percaya apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – ketika menjawab soalan saya di Parlimen – menyakinkan, tidak ada salah guna kuasa dalam siasatan dan penghakiman kes berkaitan isu sabotaj, pengintipan dan tindakan yang mengancam demokrasi berparlimen.
Walhal, sewaktu meluluskan Seksyen 124B hingga 124N Kanun Keseksaan tiga tahun lalu, Parlimen memberi jaminan akta berkaitan bertujuan melindungi negara dari ancaman pengganas yang ‘mengancam demokrasi berparlimen’.

Kelulusan tiga lebuh raya bukan bawah pentabdiran saya – Azmin Ali

EKVE MAPSHAH ALAM, 30 OKT : Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan beliau meluluskan pembinaan tiga lebuh raya di Selangor yang mendapat bantahan ramai pihak.
Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan media sosial sebelum ini bahawa beliau bertanggungjawab meluluskannya dalam tempoh setahun.
“Ini tidak benar, saya sudah mendapat rekod jelas bila lebuh raya ini diluluskan dan mereka sudah memenuhi syarat ditetapkan.
“Namun, ada beberapa lebuh raya seperti Damansara-Shah Alam (DASH) ada bantahan supaya jajaran akhir di Damansara Perdana mesti diteliti terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.
Mohamed Azmin berkata, pihaknya sudah bertemu Menteri Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) meminta mereka berhubung dengan penduduk sebelum jajaran itu diberi kelulusan.
Beliau berkata, langkah sama turut diambil terhadap Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) apabila Kerajaan Negeri menghalang pembinaan jajaran melalui permatang kuarza dan Empangan Klang Gate.
“Maka, sekarang ini ada bantahan daripada penduduk supaya jalan keluar daripada Ukay Perdana itu tidak dilebarkan tetapi dibuat jejantas.
“Saya sudah meminta pemaju berbincang dengan penduduk terbabit sebelum keputusan akhir tentang jajaran lebuh raya diputuskan,” katanya.
Kerajaan Selangor didakwa meluluskan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sejauh 32 kilometer menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Jaringan Tengah II (MRR2) dari Sri Petaling ke Ulu Klang, melalui Sungai Besi, Cheras, Kajang dan Taman Putra Ampang.

Intipati Belanjawan 2016 negeri Selangor

Kedudukan Kewangan Semasa dan Belanjawan 2016
1. Belanjawan Negeri Selangor pada tahun ini bertemakan “Membangun Smart Selangor Yang Peduli” berhasrat untuk melakukan anjakan paradigma bagi menggalakkan knowledge economy dengan smart infrastructure, melahirkan smart people dan mewujudkan smart government.
2. Belanjawan 2016 berjumlah RM 2.88 bilion dengan 50 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan 50 peratus untuk belanja pembangunan. Berbanding Belanjawan Persekutuan yang dibentang 80 peratus adalah belanja mengurus.
3. Kedudukan belanjawan sehingga 30 September 2015 adalah surplus sebanyak RM552.58 juta dan dijangka kekal sebagai belanjawan surplus apabila akaun ditutup pada hujung tahun ini.
4. Hasil negeri yang dianggarkan pada tahun 2015 berjumlah RM 1.97 bilion telah melonjak kepada RM 2.05 bilion berbanding perbelanjaan sebenar RM 1.50 bilion sehingga 30 September 2015.
5. Rizab negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan pada 30 September 2015 berjumlah RM 3.58 bilion berbanding RM 3.2 bilion pada 31 Disember 2014. Peningkatan rizab melebihi 12 peratus.
6. Peruntukan mengurus termasuk RM 396.3 juta - Emolumen, RM 503.9 juta - Perkhidmatan dan Bekalan, RM 25.7 juta - Pembelian Aset, RM 441.7 juta - Perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan RM 72.4 juta - Perbelanjaan Lain.
7. Peruntukan pembangunan termasuk RM 1.07 bilion - projek infrastruktur jalan, parit dan saliran, pembangunan loji rawatan air baharu serta pengambilan balik tanah; RM208.07 juta - pembangunan sosial; RM150.9 juta – pembangunan ekonomi; dan RM10 juta - pembangunan perbandaran.
Disiplin fiskal dan pengurusan kewangan berhemah
8. Pentadbiran Shah Alam mempertahankan disiplin fiskal dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah dengan memelihara tiga cabang utama prinsip kebertanggungjawaban: Ex ante accountability (memadankan keutamaan dasar dengan keperluan peruntukan belanjawan), concurrent accountability (pemantauan ke atas proses perlaksanaan belanjawan) dan ex post accountability (Dewan Negeri
memastikan eksekutif melaksanakan belanjawan dengan berhemat dan pencapaian yang produktif).
9. Kerajaan Negeri akan mengkaji kaedah mewujudkan Unit Khas Penyampaian Perkhidmatan untuk menilai pencapaian dan dampak langsung kepada rakyat.
Senario ekonomi
10. Penyusutan nilai ringgit ditambah dengan kemerosotan komoditi utama negara, menyesakkan lagi ekonomi Malaysia. Kegawatan pasaran saham dan penurunan nilai Yuan menunjukkan ekonomi China signifikan kepada prestasi ekonomi dunia.
11. Negara sedang bergelut dengan krisis politik dan kegawatan ekonomi berpunca daripada skandal kewangan 1MDB dengan skala yang tidak pernah dialami.Strategi Belanjawan 2016
12. Belanjawan 2016 merupakan perancangan awal menuju Smart State dalam tempoh 3 tahun untuk menjana pembangunan dinamik dan organik melalui lima strategi :
i. Menerajui Gagasan Smart Selangor.
ii. Menjana Sumber Pendapatan Secara Strategik.
iii. Mempertingkat Pembangunan Berkualiti dan Inisiatif Peduli.
iv. Memperkukuh Kualiti Pendidikan dan Latihan.
v. Membangun Kapasiti Wanita, Generasi Y dan Ekonomi Kreatif.
Strategi pertama : Menerajui Gagasan Smart Selangor
13. Pembentukan Majlis Perundingan Smart Selangor dan menyediakan roadmap atau blueprint Selangor sebagai Smart State dengan peruntukan sejumlah RM 10 juta bagi tempoh 3 tahun.
14. WiFi Smart Selangor dijangka memberi kesan positif kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana; mengurangkan pemisahan digital bandar - luar bandar; meningkatkan connectivity di kalangan rakyat; membina masyarakat bermaklumat; dan membolehkan peniaga IKS menjual produk mereka secara di atas talian (online shopping).
15. Penubuhan Selangor Information Technology and E-Commerce Centre (SITEC) dengan kos RM 3.8 juta untuk mengangkat Selangor sebagai hub perdagangan serantau untuk e-dagang dan menyediakan persekitaran kondusif bagi syarikat startup.
Strategi kedua : Menjana sumber pendapatan secara strategik
16. Program pemuliharaan Sungai Klang telah bermula pada 2015 dengan peruntukan RM9 juta dengan kerja-kerja:
i. Membersih dan mengutip sampah di dalam dan di tebing sungai;
ii. Membina logboom di muara Bandar Klang di samping membaiki yang sedia ada;
iii. Membeli trash skimmer untuk mengutip sampah di permukaan sungai; dan
iv. Memasang waste trap di 48 kunci air di aliran masuk Sungai Klang untuk mencegah sampah terus mengalir ke dalam sungai.

Menarik dalam Belanjawan Selangor 2016


Membangun Smart Selangor yang peduli

Bajet Selangor: Elaun Guru Kafa Naik Kepada RM1,500

Gesa SPR Benar Semula Daftar Pengundi

Nik Nazmi: Ramai Pemuda Umno ’Tauke’ Vape

1MDB: 'Jawab soalan secara berdepan' - Tony Pua

Kenapa isu RM2.6 bilion PM tidak disoal?

Kenapa isu RM2.6 bilion PM tidak disoal?
SHAH ALAM - “Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak disoal siasat tentang soal RM2.6 bilion yang ada dalam akaunnya?” soal Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Ahli Parlimen DAP itu membangkitkan perkara tersebut menerusi akaun Twitternya hari ini.
“Mengapa perdana menteri masih tidak disoal? (Lebih-lebih lagi) Dia adalah penerima RM 2.6 bilion. Kenapa?” katanya seperti yang dipetik menerusi akaunnya.
Beliau memuatnaik posting tersebut dengan disertakan pautan laporan berita mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Paul Low Seng Kuan berhubung isu tersebut.
Paul Low seperti yang dipetik menerusi petikan laporan tersebut berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat isu tersebut.
Bagaimanapun menurut laporan itu lagi, SPRM masih belum merekodkan sebarang kenyataan daripada Najib setakat ini.

Kerajaan ‘faham anak muda’, menteri Umno umum boleh terus hisap vape

Bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan Kabinet tidak mengharamkan vape ialah kerana ia memahami aspirasi anak muda. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015. 
Bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan Kabinet tidak mengharamkan vape ialah kerana ia memahami aspirasi anak muda. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.

Kabinet hari ini membenarkan penggunaan rokok elektronik yang dikenali sebagai vape untuk diteruskan, umum Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menyifatkannya sebagai satu khabar gembira buat golongan muda, Ismail turut mengambil kesempatan berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak dan rakan-rakan sekerjanya atas keputusan tersebut.
"Berita baik untuk vapers, vapers brewers (pembancuh perisa vape) dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

"Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," umum Ismail menerusi laman Facebook beliau. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini mengumumkan kerajaan mungkin mengharamkan penggunaan vape ekoran dakwaan risiko kesihatannya terhadap pengguna.
Pada masa sama, budaya vape menimbulkan rasa kurang senang segolongan pihak di laman sosial ekoran etika mereka yang menghisapnya mendapat "perakuan", apabila anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi memuat naik gambar rokok elektronik tersebut di laman Instagram beliau dan menyifatkannya sebagai perkakas sentiasa mengiringinya apabila beliau keluar rumah.

Majlis Fatwa kaji penggunaan vape

Majlis Fatwa kaji penggunaan vapeKUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan sedang mengkaji penggunaan rokok elektronik atau vape dari pelbagai aspek sebelum memutuskan mengenai hukum penggunaannya kepada umat Islam.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata Felo Penyelidik Majlis Fatwa Kebangsaan bersama pakar kesihatan, ekonomi dan alam sekitar kini sedang menjalankan kajian tentang vape.

"Hasil penyelidikan kemudiannya akan dibentangkan kepada ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan serta mufti setiap negeri, barulah satu keputusan akan diambil mengenainya," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Kabinet hari ini yang tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor sebagai berkata Kabinet memutuskan perkara itu.

Abdul Shukor berkata keputusan penggunaan vape sama ada haram atau sebaliknya hanya akan diputuskan selepas beberapa proses kajian dilakukan.

"Ada beberapa proses yang perlu dilalui terlebih dahulu. Apabila selesai, keputusannya kita akan uar-uarkan kepada masyarakat.

MP PAS Jadi Bahan Sindiran Di Laman Sosial Kerana Tanya Soalan Tak Berkaitan Di Parlimen

- Lebih baik MP Temerloh atau mana-mana MP bahas perkara yang kita memang faham tentangnya.

- Kalau bukan bidang kita, tiada masalah. Kita serahkan kepada mereka yang memang arif dalam bidangnya. Kita pula bertanyala soalan atau perkara yang memang menjadi pengetahuan kita.

- Lebih baik MP2 kita sebelum buat soalan, perincikan kepada beberapa aspek ;

1. Buat soalan berkaitan kawasan/tempat yang kita wakili terlebih dahulu. Apa masalah2 setempat di kawasan berkenaan.

2. Kemudian, buat soalan berkaitan negeri yang kita wakili. Kadang2 ada masalah di sesetengah daerah, kawasan tetapi yang mewakili kawasan tersebut bukan dari kalangan kita, sebaliknya dari kalangan BN, kita bawa isu berkenaan ke peringkat nasional.

3. Kemudian baru kita bawa/bahas isu nasional. Isu nasional memang penting tetapi terlalu banyak coverage tentang isu-isu nasional. Terlalu kerap masuk berita. Terlalu banyak perbahasan tentangnya jadi dah tak beberapa relevan nak menumpu secara over. Sebab tu seelok2nya MP membawa isu-isu setempat untuk dibahaskan dalam parlimen kerana itu lebih mendekati kepada permasalahan rakyat di kawasan2 yang mereka wakili.

- Aku taknak persendakan MP Temerloh. Bagi aku, hmmmmm.. dia boleh mengambil pengajaran darinya. Kita belajar dari kesilapan dan kita seeloknya tak patut juga persendakan kesilapan orang lain.

Tetapi kritikan yang bertebaran di laman sosial adalah sesuatu yang perlu MP Temerloh ambil perhatian. Kita neh dibayar gaji banyak2. Jika kita beraksi seperti badut atau apa, orang memang cenderung persoalkan tindakan kita.

Menteri Umno ucap terima kasih PM sebab tak haramkan vape


Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan kerana memahami aspirasi anak muda.
Beliau mengucapkan pengharagaan itu menerusi Facebook berikutan keputusan jemaah menteri yang membenarkan penggunaan rokok elektronik yang dikenali sebagai vape untuk diteruskan.
"Berita baik untuk vapers, vapers brewers (pembancuh perisa vape) dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.
"Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam mengumumkan kerajaan mungkin mengharamkan penggunaan vape berikutan dakwaan risiko kesihatannya terhadap pengguna.
Walau bagaimanapun, penghisap rokok elektronik membidas cadangan itu dan mempertikaikan keputusan kerajaan dengan berkata kerajaan seharusnya mengharamkan rokok terlebih dahulu kerana ia lebih memudaratkan.
Peralatan yang dikenali sebagai vape ini mengeluarkan ‘asap’ yang sebenarnya adalah wap air yang tidak mengandung tar ataupun karsinogen yang biasa terdapat di rokok tembakau.

Maria Chin dijangka didakwa berhubung BERSIH 4

Maria Chin bakal didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman
KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos.

Perkara ini disahkan oleh Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh melalui laman Twitternya.

Mandeep berkata Maria akan didakwa mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, pada 3 November di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perhimpunan itu yang diadakan pada 29 Ogos hingga tengah malam 30 Ogos lepas ialah perhimpunan keempat dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh lapan tahun.

Lima tuntutan Bersih 4 termasuklah pilihan raya bebas dan adil, sebuah kerajaan yang telus, hak untuk berdemonstrasi, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara.

Pada 28 Ogos lepas, Polis telah mengkategorikan Bersih 4 sebagai perhimpunan haram susulan kegagalan pihak penganjur memperoleh kebenaran daripada pemilik premis untuk tujuan menggunakan lokasi berkenaan.

Menurut polis, mereka yang menyertai perhimpunan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Peranan PAC lebih penting daripada debat 1MDB: Pua

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, peranannya dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) adalah lebih penting daripada berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung syarikat yang sarat hutang itu.
"Tak berbaloi," kata Pua apabila ditanya di Kuala Lumpur hari ini jika beliau boleh mendapatkan jawapan mengenai syarikat pelaburan negara itu lebih bernilai daripada menjadi anggota PAC.
Katanya, isu yang melanda 1MDB adalah lebih besar daripada Arul Kanda dan PAC bukan sekadar melihat 1MDB tetapi juga seperti 'pembaziran keterlaluan kerajaan', katanya.
Menurut Pua, sekalipun jika beliau berundur dari PAC untuk berdebat dengan Arul Kanda dan berjaya mendapatkan maklumat yang diinginkan, beliau tidak boleh lakukan apa-apa dengan dengan maklumat berkenaan.
"Jika saya berdebat (dengan Arul Kanda), walaupun dia bercakap benar, tiada apa-apa yang boleh saya lakukan dengan maklumat tersebut," katanya.
Sebaliknya, kata Pua sebagai anggota PAC, beliau boleh menyumbang kepada siasatan dan laporan mengenai 1MDB secara keseluruhan.
Rabu lalu, Pua menawarkan dirinya sebagai pengacara menemubual Arul Kanda mengenai isu 1MDB menerusi siaran secara langsung.
Arul Kanda kemudian menjawab beliau bersedia menerima cabaran itu tetapi dengan syarat Pua berundur sebagai anggota PAC.
Katanya, tindakan itu bagi mengekalkan integriti siasatan PAC dalam 1MDB dan untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan.

Pindah kuasa mendakwa AG, kata G25

Kumpulan moderat Melayu G25 mahu kuasa-kuasa pendakwaan Peguam Negara dipindahkan ke pejabat berkecuali Pengarah Pendakwa Raya.
Menurut kenyataan medianya, Pejabat Peguam Negara tidak boleh berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan dan juga pendakwa raya.
"Terdapat percanggahan asas kepentingan dalam fungsi dan kuasa Peguam Negara yang membolehkan beliau bertindak bertentangan dengan kepentingan negara.
 "Ia adalah tadbir urus yang lemah bahawa Peguam Negara adalah penasihat undang-undang kerajaan Malaysia dan juga arbitari muktamad berhubung keputusan untuk mendakwa," kata G25.
G25 berkata demikian sebagai mengulas keengganan Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa 1MDB untuk memberikan maklumat yang tidak tepat dan tidak mendedahkan sepenuhnya maklumat ketika memohon kelulusan daripada Bank Negara untuk pelaburan luar negara.
Ini di sebalik cadangan bank pusat untuk bertindakterhadap 1MDB, yang ditolak oleh Jabatan Peguam Negara.
Keputusan itu dibuat oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada bulan Julai lalu.
Abdul Gani yang menyelaraskan beberapa siri siasatan ke atas 1MDB, secara tiba-tiba digugurkan pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyingkirkan mereka yang lantang membidasnya.

Bank Negara boleh bertindak ke atas 1MDB tanpa peguam negara, kata G25

Bank Negara Malaysia ada peruntukan mengambil tindakan sivil ke atas 1MDB kerana engkar arahan memulangkan wang kembali ke Malaysia, menurut sekumpulan moderat Melayu bergelar G25. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015. 
Bank Negara Malaysia ada peruntukan mengambil tindakan sivil ke atas 1MDB kerana engkar arahan memulangkan wang kembali ke Malaysia, menurut sekumpulan moderat Melayu bergelar G25. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.

Bank Negara Malaysia (BNM)  boleh mengambil tindakan sendiri terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atas kegagalannya memenuhi arahan bank pusat itu memulangkan sebanyak AS$1.83 billion ke Malaysia, kata kumpulan Melayu moderat yang menggelar diri mereka G25, hari ini.
Dalam satu kenyataan, mereka berkata tindakan boleh diambil berasingan tanpa peguam negara, menurut Seksyen 239, Akta Perkhidmatan Kewangan.
Mereka turut berkata tindakan sedemikian oleh BNM tidak menjurus pendakwaan, dan oleh itu tidak timbul isu ia cuba mengatasi kuasa peguam negara.

"Apabila Bank Negara mengambil tindakan di bawah Seksyen 239, ia mengambil tindakan sivil, bukan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB. "Keputusan mengenai sesuatu tindakan jenayah hanya boleh dibuat peguam negara.
"Apabila Bank Negara mengambil tindakan sivil terhadap 1MDB di bawah Seksyen 239 kerana tidak mematuhi arahan BNM, ia boleh memohon perintah daripada mahkamah di bawah akta tersebut.
"Misalnya, Bank Negara boleh memohon mahkamah memerintahkan 1MDB membayar AS$1.83 bilion atau, sebaliknya, memohon supaya mahkamah memerintahkan 1MDB membayar bank pusat itu sebarang penalti sivil," kata G25.
Kumpulan itu juga berkata, cara pelucutan jawatan seorang peguam negara atau timbalan pendakwa raya sepatutnya sama dengan pelucutan seorang hakim atau ketua audit.
Julai lalu, Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkhidmat sebagai peguam negara selama 13 tahun sejak 2003 dilucutkan jawatannya, ketika masih menganggotai pasukan khas bagi menyiasat syarikat sarat hutang 1MDB, di samping isu "derma" RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak.

'Umno langsung tak terima perbezaan pendapat' - Rafidah

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz semakin bimbang terhadap apa yang berlaku dalam Umno hari ini.
"Perkara menjadi sangat peribadi... sehingga semuanya kelihatan seperti ada dendam peribadi. Tumpuan difokus kepada individu berhubung pelbagai sebab dan bukan kepada parti serta kepentingan ahli.
 "Kata-kata yang menyakitkan hati dilempar, serangan peribadi menjadi norma. Paling teruk, tiada tolak ansur langsung kepada sebarang suara yang ingkar atau berbeza pandangan," katanya dalam Facebook.
Kenyataan bekas ketua wanita Umno itu dibuat ketika spekulasi semakin hangat bahawa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal digantung dari kedudukannya.
Rafidah memberi amaran bahawa akan menjadi "kesilapan besar atau persendaan" jika pemimpin hanya mendengar suara penyokong mereka sahaja.
Penyokong pula, katanya, dijangka menyuarakan apa yang mereka fikirkan pemimpin mahu mendengar.
"Tidak ramai penyokong yang mahu menghulur tengkuk untuk menyatakan sesuatu yang berbeza. Dan dalam politik, adalah lumrah untuk tidak mempersoalkan atau untuk menunjukkan perbezaan pendapat, "katanya.
Rafidah berkata isu yang dihadapi oleh parti dan negara bukan isu peribadi pemimpin, justeru, elemen peribadi mesti diketepikan.

Najib lawan Ling: Mahathir jadi saksi utama?

Persoalan besar bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menyaman bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik kerana memfitnahnya sudah terjawap.
Kini timbul pula soalan, kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil memberi keterangan sebagai saksi utama dalam kes tersebut.
 Apabila diajukan dengan soalan ini, peguam Ranjit Singh yang mewakili Ling berkata masih terlalu awal untuk membuat ulasan.
"Biar saya kaji surat (saman) dahulu dan sediakan pernyataan pembelaan Ling, "katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ranjit juga mengesahkan bahawa writ saman Najib telah diterima oleh firma guamannya.
Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 26 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk John Louis O'Hara.
Najib memfailkan saman itu pada Selasa lalu melalui firma Hafarizam, Wan Aishah dan Mubarak, terhadap Ling, seorang menteri kabinet yang berkhidmat semasa pentadbiran Mahathir kerana mendakwa dana awam disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.
Najib mendakwa bahawa kata-kata Ling memberi maksud beliau menyalahgunakan kuasanya, tidak layak menjadi pemimpin, terbabit dalam skandal kewangan dan tidak layak menjadi pengerusi BN.
Katanya, perkataan yang digunakan juga mendakwa beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menyalahgunakan dana kerajaan yang dimiliki 1MDB serta mengkhianati kepercayaan rakyat dengan menyalahgunakan kedudukannya.
Najib menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.

Jamal panggil Tony Pua ‘Ahli Parlimen Celaka’

Dia mencabar Tony Pua untuk berdebat dengannya mengenai 1MDB dan berhenti membuat tuduhan tidak benar terhadap syarikat milik negara itu.
jamal-yunos,tony-pua
PETALING JAYA: Datuk Jamal Yunos memanggil Tony Pua sebagai Ahli Parlimen Celaka kerana didakwa sering membuat dakwaan dan tuduhan tidak berasas berkenaan 1MDB.
Ketua UMNO Sungai Besar itu meluahkan tidak puas hati terhadap Ahli Parlimen DAP dari Petaling Utara itu kerana mencabar 1MDB untuk berdebat.
Menerusi aplikasi WhatsApps, Jamal berkata, selain Arul Kanda, beliau sendiri juga sanggup berdebat dengan Tony Pua berkenaan 1MDB.
“Bukan sahaja Arul Kanda berani menyahut cabaran Tony Pua, saya sebagai ketua UMNO juga sanggup berdebat dengannya berkenaan isu 1MDB.
“Jika dia benar-benar anak jantan, mari kita bersemuka, Jangan hanya tahu buat tuduhan dan menipu rakyat.
“Saya anggap Tony Pua sebagai Ahli Parlimen celaka,” katanya.
Jamal meluahkan kemarahan itu susulan Tony Pua mencabar Arul Kanda untuk berdebat dengannya dalam program bual bicara yang disiarkan secara langsung.
Arul, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB menyahut cabaran itu dengan syarat Tony Pua meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terlebih dahulu untuk mengelak pertembungan kepentingan peribadi.

Ali Tinju ugut Tun M

Dia sedia menggerakan Gerakan Merah untuk mendesak Perdana Menteri menggugurkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Kedah jika Tun M terus menyerang Najib.
mahathir,ali-tinju
PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didesak supaya berhenti menghasut rakyat membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ingatan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, Ali Baharom atau Ali Tinju.
Katanya, jika Dr Mahathir berdegil dan meneruskan serangan terhadap Najib, pihaknya akan mendesak Perdana Menteri menggugurkan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.
Katanya, dia tidak teragak-agak untuk menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gerakan Merah untuk melancarkan desakan itu.
“Jika Tun masih kacau dan menghasut rakyat supaya membenci Perdana Menteri Malaysia yang sah, Datuk Seri Najib Tun Razak, kami NGO Melayu #Gerakan Merah akan membuat bantahan supaya Perdana Menteri gugurkan anak Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah,” katanya kepada FMT.
Ali Tinju berkata, peringatan itu penting kerana Dr Mahathir masih ghairah menyerang kepimpinan Najib dengan melemparkan segala tuduhan dan tohmahan tidak berasas.

Buktikan wujud 'harumanis' dalam Pas Kedah

Muhammad Sanusi Md Noor ALOR SETAR - Pas Kedah tidak bimbang dengan dakwaan wujudnya kumpulan ‘harumanis’ yang dikatakan cenderung kepada Amanah walaupun masih bergelar ahli Pas.

Bagaimanapun, dakwaan itu perlulah berlandaskan kepada bukti, bukan sekadar cakap kosong.

Timbalan Pesuruhjaya III, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, kenyataan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh yang melabel kumpulan itu umpama mempelam harumanis kerana secara senyap menyokong Amanah dan belum bersedia tinggalkan Pas, hanyalah kenyataan melulu dan tidak berasas.

“Tunjukkan bukti jika benar kumpulan ini wujud, termasuk dakwaan konon ramai ahli Pas sedang menunggu masa sesuai untuk sertai Amanah. Cakap-cakap seperti itu tiada nilai dalam politik sekarang,” katanya.

Menurutnya, amat lucu apabila ahli Pas dilabel dengan gelaran ‘hijau di luar oren di dalam’, kerana yakin majoriti masih setia pada parti dan perjuangannya.

“Kenyataan yang dibuat itu seolah-olah terdesak, beliau cuba membuat iklan barangan yang tidak ada di pasaran seperti menjual barang dalam gelap supaya orang tertipu,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, Pas sekadar menganggap dakwaan itu sebagai cubaan Amanah memancing ahli-ahli Pas berikutan mereka ketandusan sokongan.

Tiga Penjuru: 'Kalau itu cara untuk jatuhkan Umno, silakanlah' - PAS Terengganu

Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas negeri memberi reaksi sinis terhadap kesediaan Parti Amanah yang tidak menolak kemungkinan untuk bertanding tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat ketika bercakap kepada Sinar Harian di sini secara berterus-terang ‘mempersilakan’ parti itu berbuat demikian.

Dalam reaksinya itu, Satiful Bahri seolah-olah menunjukkan pihaknya tiada sebarang halangan dan mengalu-alukan Amanah berbuat demikian jika itu dilihat satu-satunya cara untuk menjatuhkan Umno dan BN, sebagaimana diperkatakan di awal penubuhan Parti Amanah.

“Kalau itu cara untuk jatuhkan Umno dan BN, silakanlah,” katanya sebagai mengulas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang sedia bertanding tiga penjuru menentang BN dan Pas dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa.

Memetik laman portal, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Amanah akan memberikan peluang kepada Pas sepenuhnya berunding bagi memastikan pembangkang hanya akan bertanding satu lawan satu dalam pilihan raya tersebut.

Pada masa sama, Satiful yang juga Adun Paka turut menyelar sikap Amanah yang berhasrat bertanding tiga penjuru kerana realitinya, tindakan parti itu tidak akan berjaya melemahkan Umno dan BN.

Jelasnya, ia sudah bertentangan dengan matlamat dilaungkan Amanah sebelum ini untuk bersama-sama Pakatan Harapan menumbangkan BN pada PRU14.

PAS: Jangan marah kalau kami masuk kawasan DAP

Kawasan mereka mungkin akan dirobek DAP dalam pilihan raya umum lalu, tetapi wakil-wakil rakyat PAS berkaitan tidak melihat perkara itu sebagai ancaman yang nyata.
Malah, ketika dihubungi, mereka yakin rakyat akan membuat pilihan bijak dalam pilihan raya umum akan datang, walaupun mungkin berdepan jalan sukar pertembungan tiga penjuru dengan BN.
 “Semua parti ada hak bertanding. Masuk pilihan raya untuk bertanding, bukan bersanding.
“Mereka (DAP) yang mulakan. Jangan marah kalau lepas ini kita (PAS) bertanding di tempat mereka pula,” kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abd Rani Osman.
Meru antara kawasan yang berada dalam perkiraan DAP sekarang ini selain Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua (gambar) hari ini mengumumkan perkara itu atas kepercayaan mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang, walaupun dalam pertembungan tiga penjuru.
Beliau bagaimanapun berkata keputusan lanjut akan diputuskan setelah perbincangan Pakatan Harapan Selangor, melibatkan DAP, PKR dan parti serpihan PAS Parti Amanah Nasional (AMANAH).
Sementara itu, mengulas keyakinan DAP di kawasan mereka, Rani ketika dihubungi Malaysiakini hanya mengibaratkannya dengan pertandingan bola sepak.
“Contohnya Selangor lawan Johor. Penyokong Selangor kata boleh menang 3-2, penyokong Johor kata boleh menang 1-0. Tunggulah masa permainan tamat baru tahu,” kata Rani.
Beliau bagaimanapun mengingatkan tentang kekuatan PAS di tempat itu yang berjaya merampas Meru dalam tsunami politik 2004.
'Kami tahu strategi mereka'
Sementara itu, ADUN Chempaka Datuk Iskandar Samad (gambar) pula mengingatkan tindakan DAP itu hanya akan menguntungkan musuh politik mereka bersama.

PAS Selangor pertahan kerusi, tidak timbul beri laluan DAP


KUALA LUMPUR: PAS Selangor meneliti kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP negeri, Tony Pua yang sama mirip dengan kenyataan Parti Amanah Selangor sebelum ini.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, kedua-duanya 'berminat' untuk bertanding di beberapa kerusi yang telah dimenangi oleh PAS dalam pilihan raya yang lalu.

"Kita menghormati demokrasi dan kita akan mengekalkan kerusi kita yang kita tandingi dalam pilihan raya yang lalu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau tidak timbul soal berundur atau memberi laluan kepada DAP.

"Biar rakyat yang tentukan parti mana pilihan mereka kelak," kata Adun Paya Jaras itu lagi.

Beliau juga mempersoalkan apa rasional DAP hendak bertanding di kerusi yang di dalamnya 70% pengundi Melayu.

"Ini bukti suara DAP adalah suara Parti Amanah yang mahukan kerusi PAS," ujar beliau.

Ini, kata beliau kerana kehadiran Pakatan Harapan di Selangor telah ditolak oleh Menteri Besar baru-baru ini.

Beliau menegaskan, pendirian PAS Selangor adalah tetap mempertahankan kerusi yang ada walau apapun keputusan yang bakal diterima kelak.

Masa depan Umno ditentukan kumpulan sembang?

Sebahagian besar ahli akar umbi Umno dikatakan bimbang dengan perkembangan semasa parti itu yang dilihat membenarkan masa depan mereka ditentukan hanya melalui aplikasi kumpulan sembang.
 Memetik laporan mendakwa 80 peratus pemimpin Umno bahagian mahu tindakan terhadap 'pemimpin derhaka', seorang ketua bahagian berkata, sangat lucu apabila pertimbangan itu dibuat melalui kumpulan sembang Telegram.
"Lebih penting, ia adalah penghinaan kepada parti apabila masa depan bangsa dan negara ditentukan oleh sekumpulan orang dalam kumpulan sembang Telegram," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Terdahulu Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai bancian di kalangan 170 pemimpin bahagian dalam aplikasi sembang itu yang tidak menyebut sebarang nama secara khusus.
Ketua Umno Kapar, Datuk Faizal Abdullah mendakwa "sentimen menyeluruh mereka (ketua bahagian) adalah, cukuplah dengan apa yang dilakukan" oleh pengkritik perdana menteri.
Mengulas kenyataan itu, pemimpin bahagian yang enggan didedahkan identitinya itu berkata, agak aneh apabila kumpulan sembang Telegram itu tidak memasukkan semua ketua bahagian.
"Mengapa hanya 170 orang dan bukan semua pemimpin 191 bahagian Umno?
"Jika keahliannya berpilih-pilih mengikut kehendak pentadbir kumpulan itu, memang tidak anehlah sentimen mahu mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan lain-lain begitu tinggi," katanya.
'Seseorang' di pejabat PM
Secara sinis beliau juga mencadangkan supaya Umno menggubal perlembagaannya untuk membenarkan sebarang keputusan parti dibuat melalui perbincangan dalam kumpulan sembang Telegram atau WhatsApp.
Ditanya mengenai identiti pengendali kumpulan sembang itu, beliau enggan memberi maklumat secara khusus namun menyatakan ia “seseorang” di pejabat perdana menteri.
Sementara itu sumber lain memberitahu, kecenderungan sesetengah pemimpin Umno menggunakan kaedah kumpulan sembang menentukan masa depan parti sangat bahaya.
"Keadaan kini menunjukkan sebahagian pemimpin lebih risaukan kedudukan dan kuasa Datuk Seri Najib Razak berbanding kesinambungan perjuangan Umno.
"Mereka sepatutnya lebih bimbangkan jika belanjawan dibentang perdana menteri ditolak di parlimen berbanding sibuk mendesak parti mengambil tindakan terhadap pengkritik Najib.

Kumpulan mahasiswa UM minta Najib salur derma RM2.6 bilion kepada universiti

Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya menyarankan perdana menteri mendermakan RM2.6 bilion kepada universiti itu susulan potongan bajet tahun depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 30 Oktober, 2015. 
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya menyarankan perdana menteri mendermakan RM2.6 bilion kepada universiti itu susulan potongan bajet tahun depan. 

Kumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) menyarankan Datuk Seri Najib Razak mendermakan wang RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau kepada universiti terbabit, susulan jumlah tersebut tidak dilihat dalam peruntukan Bajet 2016 yang dibentangkan di Parlimen minggu lepas.
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM Muhammad Wafiuddin Rosli berkata, kesatuan mahasiswa universiti turut menuntut perdana menteri menjelaskan kegunaan dana RM2.6 bilion yang dikatakan diterima beliau daripada penderma Timur Tengah.
"Setelah meneliti Bajet 2016, kami tidak dapat cari di mana-mana dalam bajet itu, RM2.6 bilion diberikan kepada mana-mana kementerian.

"Sekiranya beliau tidak ada hasrat menggunakan wang tersebut, sudilah menderma kepada bendahari UM agar dapat digunakan bagi membangunkan universiti sebagai sebuah universiti bertaraf dunia," katanya pada sidang media di Fakulti Undang-Undang UM, Kuala Lumpur hari ini. Mengulas Bajet 2016, kumpulan mahasiswa itu juga membidasnya menyifatkan ia "belanjawan syok sendiri", apatah lagi dengan pengurangan peruntukan kepada institusi pengajian tinggi awam.
Wafiuddin berkata, pengurangan peruntukan itu tidak selaras dengan hala tuju negara menjadikan universiti tempatan bertaraf dunia.
Malah katanya, pengurangan peruntukan IPTA menyaksikan UM antara yang paling terjejas dan mengalami kerugian besar apabila menerima potongan paling besar dari RM638,115,900 tahun ini kepada RM463,905,500 tahun depan.
"Ini menjadikan UM sebagai 'the biggest loser'. UM sebagai 'universiti premier' memerlukan dana mencukupi untuk membiayai usaha penyelidikan, penaiktarafan kemudahan, menarik tenaga pengajar yang berbakat dan melakukan proses pengantarabangsaan.
"Semua ini penting dalam mengejar kedudukan lebih tinggi dalam ranking universiti dunia," katanya.
Kumpulan mahasiswa yang turut terdiri daripada Progresif UM dan Kesatuan Anak Muda Baru UM (UMany) itu berkata, UM kehilangan banyak tenaga pengajar yang terkenal dan berkredibiliti seperti Farish Noor, KS Jomo dan sebagainya.

Azmin sebak cerita pengalaman jadi MB dalam ucapan Belanjawan 2016

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sebak ketika menyentuh pengalaman sebagai menteri besar ketika membentangkan Belanjawan 2016 di Dewan Undangan Negeri, Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Oktober, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sebak ketika menyentuh pengalaman sebagai menteri besar ketika membentangkan Belanjawan 2016 di Dewan Undangan Negeri, Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Oktober, 2015.Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kelihatan sebak ketika memberi ucapan pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Dengan suara bergetar, beliau berucap menyentuh pengalamannya mentadbir negeri sejak dilantik menerajui Selangor pada September tahun lalu.
"Dalam tempoh yang berlalu terlalu cepat, saya melalui pelbagai pengalaman. Ada yang manis, ada juga yang pahit.

"Namun, segala pengalaman ini, mendidik saya untuk tawaduk selain mendorong saya dan pasukan negeri untuk bekerja dan terus bekerja. "Persetankan suara-suara cemburu dan pengacau kedamaian. Yang pahit itu ubat dan penawar supaya rakyat dan negeri Selangor sihat dan bertenaga," katanya yang juga timbalan presiden PKR.
Baru-baru ini, blogger Umno mendakwa wujud 'Langkah Rawang' di kalangan pembangkang untuk menukar menteri besar Selangor kepada bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang meninggalkan Umno dan menyertai PKR pada pertengahan bulan ini.
Tahun lepas, Azmin dilantik memegang jawatan itu selepas selesai krisis di kalangan pakatan pembangkang dalam menentukan menteri besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, susulan 'Langkah Kajang' yang dimulakan PKR. 

Bonus sebulan setengah gaji bagi penjawat awam Selangor

Bonus Bajet 2016SHAH ALAM 30 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan bonus satu bulan setengah kepada penjawat awam negeri itu.
Bagaimanapun, pembayaran sebulan gaji sudah dibuat pada Mei lalu dan selebihnya akan dibayar pada 17 Disember akan datang.
Tarikh itu dipilih dengan mengambil kira sesi persekolahan baru 2016 pelajar sekolah.
“Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penjawat awam yang telah bertungkus lumus meningkatkan hasil untuk membiayai pembangunan demi kemakmuran rakyat Selangor,” kata Mohamed Azmin.
Pembayaran bonus itu melibatkan implikasi kewangan RM44.1 juta daripada Belanjawan Selangor yang dibentangkan hari ini.

Selangor peruntukkan RM2.88 bilion untuk Belanjawan 2016

Menteri Besar Selangor bentang Belanjawan 2016 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Oktober, 2015.Menteri Besar Selangor bentang Belanjawan 2016 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Oktober, 2015.Selangor hari ini membentangkan belanjawan berimbang dengan jumlah sebanyak RM2.88 bilion di mana 50% daripadanya diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan 50% lagi perbelanjaan pembangunan.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang membentangkan Belanjawan 2016 negeri itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, bajet itu dijangka mengalami defisit sejumlah RM630 juta.
Daripada RM1.44 bilion peruntukan bagi maksud pembangunan, sejumlah RM1.07 bilion atau 74% diperuntukan bagi pelaksanaan projek infrastruktur, termasuk projek pembinaan baru serta menaik taraf jalan, penyelenggaraaan parit dan saliran serta projek pembangunan bekalan air.

DEIG beroperasi selepas urus tadbir diperkukuh, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bentang Belanjawan 2016 di Dewan Undangan Negeri Selangor, di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Oktober, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bentang Belanjawan 2016 di Dewan Undangan Negeri Selangor, di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Oktober, 2015.Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) akan mula beroperasi setelah urusan memperkemas dan memperkukuhkan struktur urus tadbir syarikat itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Membentangkan Belanjawan Selangor 2016 hari ini, beliau berkata, penguatkuasaan tersebut selaras dengan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan aset milik kerajaan negeri.
"Menyedari cabaran ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) kini dalam proses rasionalisasi dan konsolidasi aset yang dimiliki kumpulan anak syarikat MBI.

"Matlamat dan hala tuju DEIG ialah menguruskan aset milik MBI bagi mencapai penciptaan nilai yang kukuh dan mampan bagi meningkatkan hasil negeri melalui pembayaran dividen.

Belanjawan Selangor peduli rakyat


SHAH ALAM: Belanjawan negeri Selangor 2016 bertema `Membangun Smart Selangor Yang Peduli’ menjadi belanjawan surplus (lebihan) kerana hasil negeri melonjak kepada RM2.05 bilion berbanding perbelanjaan sebenar RM1.50 bilion sehingga 30 September 2015.

Kedudukan belanjawan sehingga 30 September 2015 adalah surplus sebanyak RM552.58 juta.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membentangkan belanjawan berimbang memperuntukkan RM1,440 bilion iaitu pembangunan terbesar yang pernah tercatat dalam Belanjawan Negeri Selangor  tahun 2016 dan tertinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Manakala peruntukkan sebanyak RM1.07 bilion atau 74 peratus  bagi pelaksanaan projek infrastruktur termasuk projek pembinaan baru serta menaiktaraf jalan dan sebagainya.

Memandangkan kegawatan ekonomi telah menekan kehidupan seharian peniaga kecil kerajaan Selangor amat peduli rakyat.

Dalam pembentangan itu, beliau mencadangkan supaya cukai taksiran bagi rumah kos rendah, rumah kampung dan fi lesen perniagaan penjaja kecil, pasar malam dan pasar tani dikecualikan bagi tahun 2016.

Langkah ini akan memberi implikasi kewangan kepada PBT sebanyak RM41.7 juta.

Katanya, pengecualian cukai ini akan memberikan manfaat kepada 220,247 pegangan rumah kos rendah dan kediaman kampung dengan jumlah pengecualian sebanyak RM34.5 juta.

"Manakala, seramai 67,804 pemegang lesen penjaja gerai dan pasar akan menikmati pengecualian ini yang bernilai RM7.2 juta," katanya.

‘Ahli politik perlu berpendirian, bukan jadi pemuzik’

DAP Selangor sedia rampas 8 kerusi DUN PAS

Kit Siang: Tak mungkin Najib boleh tahan lama

DISOKONG 3 JUTA AHLI, PRESIDENNYA ADA WANG DERMA RM2,600 JUTA - KENAPA TAKUT DENGAN 7 ORANG?

UMNO hampir pasti akan mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT yang akan datang ini.

Mesyuarat MT yang sepatutnya diadakan hari ini, 30 Oktober tetapi telah ditangguhkan ke tarikh lain, dipercayai untuk memberi ruang kepada petugas UMNO mengumpul segala bukti sebelum pertuduhan dilakukan.

Bersama beliau yang bakal menerima tindakan serupa ialah enam yang lain yang dikenali sebagai Kumpulan 7. Nama selebihnya yang disebut-sebut dalam kumpulan itu ialah Tun Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Shafie Apdal, Ahmad Said, Aziz Sheikh Fadzir dan Hamidah Osman

Ada juga menyebut Aziz Sheikh Fadzir dan Hamidah Osman tidak termasuk dalam senarai itu, sebaliknya yang terlibat ialah Sanusi Junid dan Rafidah Aziz.

Kesemua mereka ini dikatakan akan diambil tindakan bukan saja kerana serangan berterusan kepada Najib berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta, tetapi juga kerana penentangan terbuka berkaitan Sosma, baru-baru ini.

Di antara ketujuh-tujuh itu, yang paling mendesak bagi UMNO untuk diambil tindakan ialah Muhyiddin Yassin yang mana tujuan terselindungnya ialah untuk menghalang beliau daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung UMNO,  Disember nanti.

Kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa UMNO sudah letih dan penat dengan karenah mereka selama ini, membayangkan kebimbangan sekiranya Muhyiddin terus dibuka ruang untuk melancarkan serangan dan menimbulkan persoalan berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta di pentas rasmi UMNO, ia ditakuti akan menyebabkan keyakinan ramai terhadap Najib kian terhakis.

Kenapa Najib dan UMNO terlalu takut dengan Kumpulan 7 ini?

Bukankah Najib selalu mendewa-dewakan bahawa tiga juta ahli UMNO menyokongnya? Jika ada tiga juta sokongan, kenapa takut dengan tujuh orang?

Lebih dari itu, bukankah Najib memiliki derma RM2,600 juta yang tidak pernah diterima oleh mana-mana Presiden UMNO sebelum itu?

Lalu, kenapa gentar dengan hanya tujuh orang yang tidak ada kuasa, tiada jawatan dan tidak juga memiliki apa-apa yang boleh ditawarkan untuk membeli sokongan?

Kerjasama Parti Pas dan UBN Kerjasama Parti Pas dan UBN

1. Idea kerjasama antara Parti Pas dan Umno Barisan Nasional (UBN) tercetus selepas PRU Tahun 2008, apabila UBN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat serta kehilangan Negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah selain gagal merampas Kelantan.
2. Para pemimpin Pas yang cenderung kepada kerjasama antara Pas dan UBN yang dipanggil masa itu sebagai Kerjaan Perpaduan atau Unity Government (UG) adalah Mantan Timbalan Presiden parti itu Nashruddin Mat Isa, juga dibelakang layar adalah Presiden parti itu sendiri Dato Hadi Awang. Namun idea tersebut ditentang habis-habis oleh MB Kelantan masa itu- Allahyarham Dato Nik Aziz Nik Mat. Juga tentangan daripada kumpulan Erdogan daripada Pas di mana mereka kini, menubuhkan Parti Amanah, serpihan parti Pas.
3. Pada Selasa, sekali lagi Presiden Pas melontarkan kenyataan, bahawa Pas sedia berkerjasama dengan UBN demi perpaduan rakyat. Pas kini hanya mempunyai 14 MP apabila 7 daripada Parti itu menyertai parti lain, 6 kepada Amanah dan seorang menyeberang ke PKR. Manakala UBN mempunyai 134 MP di Dewan Rakyat. Bagi tujuan kuasa 2/3 di dewan rakyat, jumlah yang diperlukan 148 daripada 222 jumlah kerusi Parlimen. Tujuan kuasa 2/3 jika ada maksud mengubah perlembagaan atau meluluskan persempadanan pilihanraya.
4. Jika Bumiputera mahukan peluang menambah kerusi pada PRU-14 melalui persempadan semula Pilihanraya, maka masa yang sangat sesuai bagi Parti Pas dan UBN berkerjasama dalam masa sekarang, agar supaya persempdanan baru Parlimen dapat diluluskan untuk digunakan pada PRU-14 akan datang.
5. Kepada para pemimpin UBN dan Pas, ambilah peluang keemasan yang ada, demi perpaduan ummah dan rakyat negara ini. Selagi bumiputera dilihat lemah oleh kumpulan DAP, selagi itu, mereka akan terus mengapi-apikan perkauman. Bumiputera akan kekal berkuasa, hanya melalui kekuatan politik.

Najib potong peruntukan IPTA, biasiswa RM2.2 bilion- Rafizi

RafiziPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memotong peruntukan sebanyak RM2.2 bilion bagi Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk peruntukan untuk biasiswa dalam Bajet 2016.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, peruntukan kepada IPTA dipotong sebanyak RM1.4 bilion dengan Universiti Malaya mengalami potongan terbesar iaitu 27 peratus.
Manakala kerajaan memotong RM812 juta dalam Bajet 2016 bagi peruntukan untuk biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran berbanding tahun sebelumnya.
“Ini bermakna, potongan kepada pengajian tinggi iaitu peruntukan kepada IPTA dan biasiswa/dermasiswa serta bantuan pelajaran sebenarnya mencecah RM2.2 bilion dalam Bajet 2016,”
“Ini adalah potongan mendadak yang akan membawa kesan kepada ratusan ribu keluarga di Malaysia,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.
Malangnya, menurut Rafizi, perbelanjaan mengurus seperti tuntutan insuran dan pampasan serta faedah, dividen dan bayaran hutang negara meningkat sebanyak RM5.5 bilion.
“Kedua-dua kenaikan ini sebenarnya dalam kawalan kerajaan dan ia tidak akan meningkat sebanyak RM5.5 bilion sekiranya ia diuruskan dengan baik oleh Najib,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Tambah Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN, sektor pendidikan dan bantuan biasiswa telah dijamin kerajaan dalam perlembagaan untuk membantu kaum Melayu dan bumiputra, namun ia dikorbankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Muhyiddin tak boleh disingkir tetapi boleh dipecat kata Zam



Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh disingkirkan daripada jawatan timbalan presiden Umno kerana beliau dipilih melalui mesyuarat agung parti, tetapi dia boleh dipecat sebagai anggota parti, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.
Katanya, jika Muhyiddin dipecat sebagai ahli parti, ini secara automatik akan menyingkirkan beliau daripada kedudukan sebagai timbalan presiden parti.
“Pemecatan sebagai ahli boleh dilakukan jika ada bukti yang kukuh.
“Inilah yang sedang digerakan oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan (Tengku Mansor) dengan kenyataan siasatan terhadap tujuh pemimpin sedang dijalankan kerana kenyataan mereka yang boleh menjejaskan parti,” katanya dalam blog terbarunya.
Malah, kata Zainuddin yang juga adalah bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, usaha untuk mengkondisikan ketua bahagian dan ahli ahli Umno untuk menerima tindakan ini telah bermula.
“Ini didahului oleh komando-komando Umno dengan dakwaan bahawa 75 peratus ketua Umno bahagian malah ada yang kata 95 peratus telah pun siap sedia menyokong tindakan ini (memecat Muhyiddin dari Umno)," katanya.
Akhbar The Star hari ini melaporkan bancian dalaman Umno mendapati sekurang-kurangnya 154 daripada 191 ketua bahagian mahu majlis tertinggi parti bertindak terhadap pemimpin parti yang didakwa ‘menderhaka’.
Bagaiamanapun bancian yang dijalankan di kalangan 170 pemimpin bahagian menerusi aplikasi chat di Telegram tidak menyebut sebarang nama.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata siasatan telah dimulakan terhadap tujuh pemimpin Umno berhubung kenyataan terbuka mereka mengenai kepimpinan tertinggi parti.

Bercakap dengan dinding dan tembok

Oleh Mohsin Abdullah
Tan Sri Muhyiddin Yassin diberitakan kecewa kuasa beliau selaku timbalan presiden Umno semain terhakis.Contoh, mesyuarat penting parti yang secara tradisinya dipengerusi timbalan presiden Umno kini dijalankan tanpa dikendalikan beliau.
Namun semua itu sudah diramalkan sejak beliau dilucutkan jawatan timbalan perdana menteri Julai lalu.

Malah blogger Umno (yang dituduh anti Umno) Shahbudin Husin awal-awal lagi menjangka pimpinan tertinggi parti akan terus memperkecil dan memencilkan Muhyiddin sambil mengizinkan beliau kekal sebagai timbalan presiden. Dalam erti kata lain, seorang timbalan presiden yang dipeti sejukkan.
Kawan-kawan lama Muhyiddin yang kini mempunyai kuasa dalam Umno dan kerajaan kerap menegur keras beliau.
Lebih tepat lagi – menyerang beliau.
Serangan juga datang daripada pihak lain, khususnya portal pro Najib, MyKmu.net.
Terbaru, Muhyiddin dituduh mendorong guru sekolah membenci kerajaan akibat projek Internet sekolah 1BestariNet yang dikatakan membebankan golongan pendidik.
Kini, kedengaran spekulasi timbalan presiden tidak akan berucap merasmikan serentak mesyuarat ketiga-tiga sayap parti pada perhimpunan agung Umno Disember ini. Ini juga tradisi Umno.
Secara peribadi, saya rasa ia akan dikekalkan dan Muhyiddin akan merasmikanya. Itu mengikut logik. Wallahualam. Dalam Umno semua boleh terjadi.
Buat masa ini, Muhyiddin masih diizinkan bercakap apa sahaja. Lantas Muhyiddin terus mengkritik dan menegur apa yang dilihat beliau sebagai kepincangan yang melanda negara akibat kepimpinan kerajaan.
Tetapi kata beliau, “Saya seorang sahaja yang speak up. Apa yang lain buat?”
Jelas Muhyiddin merasa keseorangan dalam perjuangan dan kecewa serta sedih (mungkin juga marah?).
“Orang Umno tidak bersuara walaupun dalam keadaan negara begini - ekonomi muram dan politik tidak menentu.
“Semua penakut, takut hilang jawatan,“ Muhyiddin dipetik berkata baru-baru ini.
Ada benar apa yang beliau katakan itu. Tidak boleh dinafikan. Bagaimanapun tidak  boleh dinafikan juga ada orang Umno yang bersuara. Cuma mungkin tidak cukup jumlah dan tidak cukup kuat.

Contoh, pemimpin beberapa cawangan di Johor dan Negeri Sembilan yang mahu Datuk Seri Najib Razak berundur.
Dan tidak lupa Anina Saaduddin.

Saya bukan pelampau, kata ketua baharu GMM‎

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang baru dilantik menerajui Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) anjuran Putrajaya menafikan dakwaan dirinya seorang pelampau dan berkata beliau selama ini berjuang ke arah kesederhanaan.
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata perlantikannya memimpin Pergerakan Kesederhanaan Global bukan kerana beliau akrab dengan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015. Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutif GMM itu memberitahu The Star, menjadi sederhana bukan bermakna menggadaikan prinsip.
"Contohnya, anda membiarkan seseorang mencabar undang-undang atau sesetengah perkara dalam Perlembagaan.

"Jika ini berlaku, ia bermakna anda menggadaikan prinsip anda. Ya, kami sederhana dalam prinsip kami, tetapi GMM perlu menjadi sebuah gerakan berdasarkan prinsip," beliau dipetik berkata. Nasharudin, 53, menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah, yang meletak jawatan selepas keluar daripada Umno dan menyertai PKR 2 minggu lepas.
Nasharudin merupakan antara penyokong kerajaan perpaduan Umno-PAS, dan pernah menyelar penyertaan parti Islam itu di dalam perhimpunan Bersih 3 pada 2012.

Najib, bukan saya, perlu undur sebab bercanggah kepentingan, kata Tony Pua


Jika ada yang perlu meletak jawatan disebabkan konflik kepentingan berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), perdana menteri merupakan orangnya kerana beliau terlibat secara langsung dalam skandal itu, kata Tony Pua.Tony Pua berkata perdana menteri yang bertanggungjawab dengan urusan 1MDB dan oleh itu perlu letak jawatan, ekoran gesaan supaya ahli Parlimen DAP itu melepaskan jawatan dalam PAC. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015. Setiausaha publisiti DAP itu berkata ini kerana Datuk Seri Najib Razak menandatangani semua transaksi utama yang dijalankan 1MDB.
"Dalam keadaan itu, pasti ada konflik kepentingan yang besar apabila Najib mempunyai pengaruh secara langsung ke atas proses siasatannya," kata Pua dalam kenyataan hari ini.

Ia dibuat selepas Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menyahut cabarannya berdebat secara langsung di televisyen, tetapi dengan syarat ahli Parlimen itu terlebih dahulu meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Saranan Arul disokong Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang juga menggesa Pua meletak jawatan kerana faktor konflik kepentingan.
Tetapi, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mempersoalkan bagaimana konflik timbul sedangkan beliau tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB yang kini disiasat.
"Sebaliknya, jika hujah Nazri ialah, seseorang itu mesti 'meletak jawatan' bagi mengelak konflik kepentingan, pastinya orang itu ialah Najib sendiri.
"Perdana menteri yang juga menteri kewangan, secara langsung terlibat dalam skandal 1MDB.
"Khususnya, beliau secara peribadi meluluskan dengan secara bertulis semua transaksi utama yang dijalankan 1MDB.
"Dalam keadaan itu, pasti ada konflik kepentingan yang besar apabila Najib masih mempunyai pengaruh langsung ke atas proses penyiasatan. "

Skandal 1MDB: Najib tiada pilihan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab isu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sesi persidangan dewan rakyat kali ini.
Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, ia berdasarkan janji oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melalui jawapan bertulisnya semalam.
“Dalam jawapan bertulis itu, Azalina menyatakan soalan tersebut akan dijawab serentak dengan soalan lain yang mempunyai maksud yang sama pada tarikh yang ditetapkan kemudian dan pada persidangan kali ini juga.
“Jadi Najib tiada pilihan untuk jawab dalam persidangan yang akan berakhir 3 Disember ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Johari mengemukakan soalan meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai derma RM2.6 bilion yang diterima.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang (Amanah), Mohamed Hanipa Maidin mempertikaikan mengapa Perdana Menteri masih belum dipanggil memberikan keterangan mengenai isu RM2.6 bilion.
Kata Mohamed Hanipa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low melalui jawapan bertulis menyatakan keterangan Najib masih belum direkodkan.
“Jadi bila nak panggil. Saya hairan mengapa mereka masih belum panggil,” katanya.

Rafizi minta MP Umno betulkan fakta, kos hospital UiTM RM8.2 bilion

KUALA LUMPUR 29 Oktober- Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Ahli Parlimen Kuala Selangor, Irmohizam Ibrahim menyemak semula fakta berhubung kos pembinaan hospital di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam.
Rafizi berkata, Irmohizam sepatutnya memeriksa fakta sebelum mengeluarkan kenyataan yang hanya akan memalukan diri sendiri.
Ia berikutan jawapan Irmohizam bahawa kos pembinaan hospital itu yang hanya berharga RM800 juta.
“Ahli Parlimen Kuala Selangor sebelum ini menyatakan bahawa kos pembinaan hospital di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam hanyalah RM800 juta dan bukannya RM8.2 bilion.
rafizi.uitm_“Saya ingin nasihatkan dia (Irmohizan) agar memeriksa dan analisa dokumen pembinaan itu seperti apa yang saya lihat agar tidak memalukan diri sendiri.
“Saya tidak akan mendedahkan skandal ini jika saya tidak melihat dokumen berkenaan,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen pada Khamis.
Tambah Rafizi yang juga Setiusaha Agung KEADILAN, sekiranya kos pembinaan itu hanyalah RM800 juta seperti yang didakwa, beliau mencabar agar Irmohizam mendapatkan kertas cadangan mengenai projek itu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Ia bagi mendedahkan kertas-kertas cadangan dan perincian konsesi yang telah dikemukakan kepada UiTM setakat ini kepada orang ramai supaya kos sebenar konsesi dapat dinilai,” ujarnya.

PAS berunding dengan parti lain berhadapan PRU-14 - Takiyuddin

KUALA LUMPUR: PAS terus mencetuskan spekulasi apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menyatakan parti itu sedang berunding dengan parti lain dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14, PRU-14 akan datang.

Malah, Takiyuddin juga enggan mengumumkan parti yang sedang dirunding sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang.

"Tidak semestinya kita tidak ada rakan kongsi. Kita mungkin ada rakan kongsi baru. Siapa? Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu yang akan sertai kita. Itu terbuka untuk spekulasi.

"Masih dalam rundingan. Semestinya daripada parti lain. Baik kami simpan untuk pengumuman seterusnya," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Selain itu, Takiyuddin turut membidas Parti Amanah Negara ( Amanah) dengan menasihatkan parti itu agar fokus kepada usaha memperkukuhkan parti terlebih dahulu.

"Buatlah kerja sendiri. Kamu uruskan ahli parti kamu, kami uruskan parti kami. Jangan bising lah.

"Kukuhkan parti kamu dulu. Kami ada cara kami iaitu lebih baik bekerjasama dengan musuh berbanding dengan bekas rakan seperjuangan. Bekas rakan seperjuangan tahu rahsia kamu," katanya.
Beliau pada masa sama menegaskan PAS masih kekal sebagai pembangkang dan hanya akan bekerjasama dengan parti-parti lain dalam soal kebajikan rakyat.

Selangor tanpa PAS?

Wan Ji Wan Hussin


Amanah dan DAP bersama PKR kini membina Pakatan Harapan di Pulau Pinang. Di peringkat Parlimen, susunan kerusi kedudukan ahli Parlimen juga menampilkan Pakatan Harapan diterima secara rasmi.
Keadaan ini berbeza di Selangor. Menteri besar Selangor masih menganggap Pakatan Rakyat masih lagi kekal. Ekoran itu, PAS masih lagi dianggap sebahagian rakan DAP dan PKR di Selangor, walaupun di peringkat Malaysia, DAP dan PAS sudah “tertalak” walaupun gabungan sebelum ini tidak pernah diikat dengan sebarang amalan bai'ah.
Ramai percaya Selangor selepas PRU akan datang adalah negeri Pakatan Harapan, bukan negeri Pakatan Rakyat lagi. Justeru, selepas PRU ini, ramai percaya PAS bukan salah satu parti yang mentadbir Selangor.

Sebelum ini, menteri besar Selangor pernah mengajak PAS bersama-sama dengan Pakatan Harapan. Namun, ramai anggap ajakan itu “ajak-ajak ayam”. Ajak yang tidak punyai keikhlasan, kerana diletakkan syarat ketat. Ajakan yang tidak jauh beza dengan persetujuan Puteri Gunung Ledang menerima pinangan Sultan Mahmud Shah dengan syarat ketat seperti mana yang dihikayatkan dalam kitab Sulalatus Salitin; iaitu, Sultan Mahmud Shah diminta sediakan sebuah jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka, jalan perak dari Melaka ke Gunung Ledang,  7 dulang hati hama, 7 dulang hati nyamuk, 7 tempayan air pinang muda, 7 tempayan air mata anak dara dan semangkuk darah anak Sultan Mahmud Shah yang masih kanak-kanak, iaitu Sultan Ahmad Shah. Tidak “ponteng” mesyuarat, tidak “U-turn” setelah keputusan bersama dibuat, sebarang perbezaan sesama parti dalam Pakatan Harapan diselesaikan di meja rundingan merupakan syarat yang diletakkan kepada PAS.
Kelihatannya, syarat itu bukan sekadar PAS tidak mampu tunaikan, malah ia seperti menyindir peribadi presiden PAS yang ramai pengundi anggap sebagai punca kehancuran gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ramai tidak memahami di sebalik strategi politik MB Selangor ini. Bagaimana pun, implikasi yang sering dibangkitkan oleh kalangan yang pro-MB ini adalah kebimbangan campur tangan pihak istana dan undi Melayu.
Yang lebih sering dibangkitkan adalah kebimbangan sejarah perlawanan 3 penjuru (PAS, PKR dan BN) dalam PRU melibatkan Kota Damansara berulang kembali.
Tidak dinafikan, pendirian MB Selangor itu melahirkan perasaan tidak puas hati Amanah dan DAP. Lebih-lebih lagi, kajian Ilham Centre menyatakan tindakan MB Selangor yang dilihat mewakili PKR, menjadikan sokongan pengundi Cina terhadap PKR menurun sebanyak 15%.
Lebih parah lagi, sudah ada “cakap-cakap tidak rasmi” Amanah dan DAP, mereka tidak mahu mengekalkan individu sama sebagai MB Selangor selepas PRU akan datang.

Phahrolrazi: Menantu Hadi hanya buat telahan sendiri


Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tidak boleh mengaitkan kejatuhan PAS di Kedah dengan keadaan politik parti itu di Kelantan kerana ia langsung tidak sama, kata bekas exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Beliau berkata Zaharudin adalah orang luar yang hanya membuat telahan sendiri apabila mendapat maklumat dari pihak lain.
Semalam, Zaharudin mendakwa bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan seperti yang pernah dibuat oleh Phahrolrazi terhadap PAS Kedah.
“Saya tidak boleh nak komen bagaimana dia kata cara itu sama, jadi Zaharudin kena terangkan sikit. Adakah maksud dia kata Datuk Husam itu mendedahkan, mengkritik sesuatu benda yang agak spesifik.
“Saya tarik diri daripada kerajaan kerana berbeza pendapat, Datuk Husam tak sama dengan saya. Datuk Husam tidak ada tarik diri semasa exco tapi saya tarik diri. Jadi macamana dia nak kaitkan sama.
“Bila saya tidak mahu dilantik semula, itu yang dianggap satu krisis, ketika itu saya tidak berapa setuju dengan pemerintahan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sebelum kejatuhan PAS di Kedah, Phahrolrazi yang ketika itu merupakan timbalan pesuruhjaya PAS negeri, telah membidas pentadbiran Azizan.
Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.
Hari ini di negeri Kelantan pula, Husam lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.