Khamis, 29 Oktober 2015

DARI CELIK MATA SAMPAI LA NAK MATI kene bayar GST


HARI INI DAH 5 BULAN janji menteri DAM harga top-up kembali asal dlm bulan Mei 2015....

DI MANA harga asalnya !!!.. AWAK DI MANA 'DAM' !!!

Kalau mulut DAM ini sebegini rupa yg selalu menipu rakyat, tak takut ka balasannya di akhirat kelak...

Janji MUNAFIKIN Bani UMNO..

KETUA2 UMNO BAHAGIAN JANGAN SYOK SENDIRI DAN PERASAN LEBIH....

Tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO sebelum ini di mana mereka yang menjadi Ketua Bahagian begitu "merak", syok sendiri dan perasan lebih, kecuali di era Najib Razak menjadi Presidennya.

Memang Ketua-Ketua Bahagian adalah pemimpin utama dalam UMNO. Daripada jawatan itulah, pelbagai peluang dan nikmat kehidupan boleh datang menjelma. Tetapi jawatan itu bukan segala-galanya.

Disebabkan begitu "merak", syok sendiri dan perasan lebih itulah menjadikan akhirnya wujud komplot atau gerakan di kalangan Ketua-Ketua Bahagian untuk mencadangkan pemecatan atau penyingkiran pemimpin, khususnya Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin daripada parti itu.

Menurut apa yang dilaporkan dalam pelbagai media, perkara itu turut disahkan oleh beberapa Ketua Bahagian, cuma mereka mengatakan ia bukannya komplot, sebaliknya hanya persetujuan agar golongan yang ditakrifkan "gunting dalam lipatan" perlu diambil tindakan.

Ada yang melaporkan antara 140 hingga 154 daripada 191 Ketua Bahagian telah bersetuju mengenai tindakan itu yang dipercayai melibatkan "Kumpulan Tujuh" yang disebutkan sebelum ini oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Lebih menarik, persetujuan itu pula bukannya dicapai dalam mesyuarat khas atau perjumpaan tertentu,  sebaliknya hanya melalui perbualan dalam aplikasi Telegram saja.

Tindakan yang dicadangkan dikatakan melibatkan pemecatan, penggantungan keahlian dan lain-lainnya tetapi majoritinya mahu Muhyiddin dipecat keahliannya kerana kritikan berterusan terhadap 1MDB, kepimpinan Najib serta bantahannya mengenai Sosma.

Tindakan keras lebih kuat tertumpu kepada Muhyiddin kerana mahu mengenepikannya daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Disember nanti.

Persetujuan Ketua-Ketua Bahagian itulah kononnya akan dipersembahkan kepada Najib Razak menjelang mesyuarat MT akan datang untuk dijadikan sandaran bahawa tindakan terhadap Muhyiddin itu turut mendapat sokongan majoriti  pemimpin  bahagian daripada seluruh negara.

Sebenarnya inilah yang peliknya dalam UMNO sekarang. Kuasa mengambil tindakan atau memecat seseorang bukannya terletak pada Ketua Bahagian, sebaliknya ia adalah hak MT UMNO. Hanya MT UMNO melalui sokongan dua pertiga yang boleh berbuat demikian.

Takiyuddin : Pas sedang cari rakan politik baharu


Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan parti itu sedang mencari rakan politik baharu untuk bekerjasama dengan mereka.

Menurutnya, Pas sedang dalam proses rundingan dengan individu ataupun parti politik itu.

"Kita tidak semestinya tidak ada rakan politik, mungkin ada rakan politik baru. Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu,"katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Pas tetap bertegas tidak akan bersama BN dan kekal sebagai pembangkang selain tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Jika BN adalah pembangkang mungkin kami akan bekerjasama.Kami bertegas tidak akan kerjasama dengan BN di PRU akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang. Yakin tidak yakin kalau perlu kita bersendirian kita akan bersendirian, kita pernah bersendirian,"katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti berkenaan sedia untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk BN dalam perkara-perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat.

CEO GMM: Pelantikan Nasharudin tidak jejaskan Pas kata Takiyuddin


Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR - Pas tidak terkejut dengan pelantikan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan Nasharudin tidak memberi kesan kepada Pas kerana bekas Ahli Parlimen Yan itu hanyalah ahli biasa parti Islam itu.

"Dia nampak lebih dekat di sebelah sana (kerajaan), kita tiada komen, sebab tidak berbaloi untuk kita risau, dia hanya seorang ahli biasa Pas.

"Kita biarkan dia apa saja yang dia nak sertai," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Pelantikan Nasharudin sebagai CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR, baru-baru ini.

Skandal 1MDB: Kenapa Interpol tidak cari 2 orang kanan SRC ?

DAP mempersoalkan mengapa individu yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kes siasatan membabitkan 1MDB tidak tersenarai dalam Interpol. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.DAP mempersoalkan mengapa individu yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kes siasatan membabitkan 1MDB tidak tersenarai dalam Interpol. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.DAP hari ini mendakwa pihak berkuasa tidak bersungguh dalam usaha menjejak 2 eksekutif kanan SRC International Sdn Bhd (SRC International) bagi membantu siasatan terhadap kes membabitkan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mencari pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan pengarah Datuk Suboh Md Yasin, maka sepatutnya mereka diletakkan dalam senarai orang dikehendaki Interpol.
Kedua-duanya dikatakan tidak dapat dikesan pada Julai selepas SPRM mula menyiasat syarikat itu.

SPRM juga sedang menunggu untuk merekodkan kenyataan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low. Mereka bertiga sedang dijejaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan yang sedang berjalan ke atas wang RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, tidak masuk akal untuk Najib, dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Oktober, mengatakan Nik Faisal dan Suboh sedang menyiapkan diri untuk disoal SPRM secepat mungkin bagi membantu dalam siasatan.
"Persiapan apa yang mengambil masa lebih 3 bulan?" soal Teo.

Derma RM2.6 bilion: SPRM akan soal Najib bila tiba masanya, kata menteri

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan memberi jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil Datuk Seri Najib Razak untuk disoal bagi mendapatkan penjelasan berhubung derma RM2.6 bilion yang diterimanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan memberi jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil Datuk Seri Najib Razak untuk disoal bagi mendapatkan penjelasan berhubung derma RM2.6 bilion yang diterimanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap akan memanggil Datuk Seri Najib Razak untuk menyoal beliau berhubung isu wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya apabila tiba masanya, kata Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini.
Buat masa ini, perdana menteri masih belum dipanggil, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sambil mengesahkan SPRM masih sedang menyiasat isu tersebut walaupun sebelum ini mengesahkan ia datang daripada seorang penderma Timur Tengah.
"SPRM juga ingin memaklumkan, setiap saksi atau individu yang berkaitan dengan kes ini akan dipanggil bagi tujuan siasatan.

"Setakat ini, keterangan perdana menteri belum lagi diambil dan ia akan dilakukan apabila tiba masanya nanti," kata Low dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini. Ogos lalu The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan 1MDB dan berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.
Najib menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi politik pihak lawan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi WSJ menegaskan siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh.
SPRM sebelum ini mengumumkan akan memanggil Najib untuk memberi kenyataan mengenai pendedahan tersebut, bagaimanapun sehingga hari ini belum ada keterangan direkodkan.
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan mengapa SPRM mengapa masa terlalu lama untuk memanggil Najib yang juga adalah saksi utama dalam isu RM2.6 bilion itu.
"Apa masalahnya? Jika isu lain, mereka mudah pula memanggil untuk diambil kenyataan.
"Sekarang sudah sebulan tapi tidak dipanggil. Perdana menteri adalah saksi utama. Ia menunjukkan tiadanya keseriusan dalam siasatan ini," kata Hanipa.

Dua bulan berlalu, SPRM belum soal ‘derma’ RM2.6b Najib



Walaupun dua bulan sudah berlalu, namun sehingga hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menyoal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Dalam jawapan bertulis kepada Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low berkata kenyataan Najib akan dirakamkan apabila tiba masanya.
"SPRM juga ingin memaklumkan, setiap saksi atau individu yang berkaitan dengan kes ini akan dipanggil bagi tujuan siasatan.
"Setakat ini, keterangan perdana menteri belum lagi diambil dan ia akan dilakukan apabila tiba masanya nanti," kata Low dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa siasatan masih berterusan.
Pada sidang media di lobi Parlimen, Hanipa berkata kelewatan itu bukan petanda yang baik.
"Jawapan itu seolah-olah mereka tidak menyiasat. Bila mereka akan menyoal Najib? Ini adalah isu nasional dan antarabangsa.
"Sudah lebih dua bulan dan mereka tidak memanggilnya. [...] Perdana Menteri adalah orang utama yang seharusnya disiasatl," kata Hanipa dengan hampa.
Dalam satu kenyataan pada 5 Ogos, SPRM memaklumkan, suruhanjaya itu telah merakamkan kenyataan daripada penderma misteri dari Asia Barat berhubung wang itu dan merancang untuk mendapatkan kenyataan Najib juga.
Wang RM2.6 bilion dilaporkan disalurkan akaun bank peribadi Najib sejurus sebelum pilihan raya umum 2013.
Najib berulang kali menafikan wang berkenaan digunakan untuk kepentingan peribadi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sumbangan itu dibuat sebagai penghargaan atas usaha Malaysia dalam memerangi keganasan.

Demo Bantah TPP, GST Ke Parlimen kata SUA PAS

Skandal 1MDB: Najib Perlu Jawab Kenyataan Bercanggah

Hospital UiTM: Rafizi Minta Noh Semak Sebelum Malu

DAP Minta Penjelasan ROS

Penjelasan Arul Kanda: Apa kata Ahli Parlimen?

RM2.6bil donation continues to be debated

Kulai MP: Where is the 'duo' sought by MACC?

Najib sues Dr Ling for defamation

Pua: I'll be very civil

Takiyuddin: PAS will not work with BN on next election

Ku Li: We need everybody we can to strengthen the party

Tahanan Politik: ‘Keputusan PBB terhadap Anwar minggu depan’

Cucu gembira jumpa Anwar, kesihatan terus merosot

Wartawan tanya khabar, saya baik jawab Anwar

‘JASA nampak bodoh, buat kerja fitnah’ - Syed Saifuddin

Umno-PAS coalition won't work, says Nazri

Nazri: Zahid is Najib's successor, not Muhyiddin

Nazri: Bukan Muhyiddin seorang saja berani

‘Orang misteri’ dalam rundingan masuk PAS

Ku Li: Saya sedia kalau termasuk dalam ‘Umno 7’

'Pemimpin lemah terpaksa pantau ahli supaya taat' - Ku Li

'Umno bukan samseng, tiada komplot guling Muhyiddin'

'PAS takkan ada kerjasama politik dengan Umno'

PAS: Kerjasama dengan musuh lagi baik dari AMANAH

PAS dan BN tidak mungkin akan bersatu, kata setiausaha agung

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bercakap kepada pemberita di luar Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 29 Oktober, 2015.Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bercakap kepada pemberita di luar Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 29 Oktober, 2015.PAS menegaskan hari ini, pihaknya tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) seperti dilaporkan media sebelum ini, sebaliknya menegaskan ia akan tetap menjadi parti politik pembangkang.
Setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyebut mengenai kerjasama membawa maksud kerjasama dalam perkara yang baik, dan bukannya kerjasama politik.
"Kami tidak akan kerjasama dengan BN di pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang.

"Yakin tidak yakin, kalau perlu, kita bersendirian, kita akan bersendirian. Kita pernah bersendirian," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini. Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan Hadi sebelum ini juga tidak merujuk secara spesifik mereka akan menjalinkan kerjasama politik dengan BN.
"Kita tidak semestinya tidak ada rakan politik. Mungkin ada rakan politik baharu. Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu.

PAS ingatkan AMANAH: Jaga urusan sendiri



PAS hari ini menasihatkan parti serpihannya, AMANAH supaya tidak mencampuri urusannya.
"Jaga urusan sendiri. Kamu jaga ahli parti kamu, kita jaga ahli kita.
"Jangan buat bising, kuatkan parti dulu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mahu penjelasan sama ada PAS bersama BN ataupun tidak.
Ini adalah susulan selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan BN, walaupun bukan dalam hal-hal politik.
"Tak perlu (Khalid) bimbang. Kita ada cara sendiri. Lebih baik bekerjasama dengan musuh daripada bekas rakan.
"Bekas rakan lebih mengetahui semua rahsia kita," kata Takiyuddin.
Beliau juga mengulangi bahawa PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan BN atau Umno.
"Kami tidak akan bekerjasama dengan BN pada pilihan raya umum akan datang. Itu sangat jelas," katanya.

2 Jamaah: Apa Yang Sebenarnya Haram

Dewasa ini ada kedengaran suara sumbang yang menyatakan bahawa kewujudan dua parti politik Islam pada masa yang sama di sesebuah negara adalah haram. Apabila dijelaskan kepada mereka keadaan sebenarnya, iaitu bahawa hukumnya adalah harus, maka dijawab balik ianya harus hanya sekiranya saling membantu dan tidak berbalah satu sama lain.

Sebenarnya itulah hukumnya yang paling tepat. Kewujudan parti Islam lain selain PAS tidak merupakan masalah pada dasarnya. Yang menjadi masalah ialah apabila berlakunya perbalahan dan saling menyerang antara satu sama lain. Dalam erti-kata lain, yang haram adalah perbalahan dan bukan kewujudan lebih dari satu parti Islam.

SIAPA SEBENARNYA YANG MELAKUKAN PERKARA HARAM?

Kalau premis seperti di atas itu dipersetujui, maka apa yang perlu dilakukan adalah usaha untuk mendamaikan antara parti Islam yang wujud ini. Perlu difahamkan kepada semua pihak bahawa mereka semua berhak wujud dan yang wajib ke atas mereka adalah untuk saling membantu dan bukan saling menyerang. Perbezaan pendapat yang wujud adalah berhubung isu sampingan, termasuk persoalan pendekatan dan oleh itu sambil masing-masing ingin terus berpegang kepada pendirian dan pendekatan masing-masing, ianya perlu dilakukan dalam keadaan saling menghormati satu sama lain.

Dalam keadaan itu maka pihak yang ingin mencetuskan perbalahan dengan mendakwa pihak satu lagi adalah haram, pengkhianat dan ‘perlu dimusnahkan’ adalah pihak yang merupakan pencetus masalah. Pihak ini perlu difahamkan bahawa kewujudan pihak lain adalah dibenarkan dan sikap ‘mengharamkan’ dan ingin ‘memusnahkan’ adalah tindakan haram dan terkutuk di sisi syariat.

HAKIKAT PERBEZAAN PANDANGAN

Pendekatan merupakan persoalan ijtihad dan khilaf berhubungnya adalah perkara biasa. Pendekatan mana yang lebih benar, tepat dan berkesan akan hanya terbukti apabila ianya dilaksana dan diamalkan. Kesan dan natijah pendekatan adalah bukti pendekatan mana satu yang lebih baik.

Sebagai satu contoh mudah, kalau ada yang menyatakan sesuatu jalan adalah lebih cepat berbanding jalan satu lagi, maka cara untuk memuktamadkan persoalan mana yang lebih cepat adalah dengan dibenarkan kedua-dua jalan diikuti dan dilihat siapa yang sampai dahulu. Begitu jugalah dalam berbagai persoalan yang merupakan ijtihad dan pendapat.

Termasuk dalam soal ijtihad ini adalah pendekatan yang terbaik untuk mendapat sokongan dari masyarakat Melayu. Bagi mana-mana parti Islam yang ingin bergerak di Malaysia, persoalan sokongan Melayu adalah penting. Dalam pada itu mereka mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza dalam mengusahakannya.

PERSOALAN SOKONGAN MASYARAKAT MELAYU

Antara perbezaan sikap pimpinan PAS dan Amanah dewasa ini ialah persoalan samada hubungan dengan DAP akan menyebabkan larinya undi Melayu. PAS beranggapan Melayu akan lari darinya sekiranya PAS bersama dengan DAP. Oleh itu perbalahan dengan DAP perlu diusahakan demi meyakinkan masyarakat Melayu terhadap PAS. Manakala Amanah beranggapan sebaliknya.

Bagi Amanah, masyarakat Melayu, khususnya golongan muda sudah tolak persoalan perkauman. Mereka ingin melihat wujudnya sebuah parti yang mampu menyatu-padukan rakyat keseluruhannya. Oleh itu parti Islam yang mampu berkerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang amat diinginkan.

Pemimpin Umno masih harapkan kerjasama PAS

Seorang timbalan menteri masih berharap kerjasama antara PAS dan Umno direalisasikan demi agama Islam dan bangsa Melayu.

Malah, ia berdasarkan pertimbangan perjuangan kedua-dua parti dianggotai orang Melayu itu yang dikatakan selari.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) juga berkata Pakatan Harapan harus bersedia berdepan cabaran politik baru jika PAS-Umno bekerjasama.

Tajuddin menjawab soalan lisan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) berhubung cadangan mewujudkan semula kaedah pawah lembu berdasarkan pendekatan Lautan Biru bagi mengurangkan import dan mengurangkan kemiskinan.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada YB (Bukit Gantang) setuju dengan dasar Blue Ocean, satu strategi dan dasar kerajaan BN," katanya di Dewa Rakyat.

Kemudian Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said mencelah dan berkata: "Ia diterima baik presidennya semalam".

Selepas itu, Tajuddin berkata: "Maknanya ada tanda-tanda tu, jadi... rakan-rakan Pakatan Harapan perlulah membuat persiapan untuk menghadapi cabaran politik baru.

"Kita doakan kerjasama kedua-dua pihak. PAS dan Umno akan menjadi kenyataan,
"Apa salah kita berjuang dengan perkara yang sama, agama Islam, dan orang Melayu. Bukan untuk perjuangan yang menyimpang.

Watak Zaharudin Muhammad Jatuhkan Pas Terengganu?

Oleh Husam Musa


Zaharuddin Muhammad nampaknya galak menulis sehari dua ni, nak pertahankan Kelantan dari jatuh.Caranya dengan menyerang saya.Jika dunia ilmiah dipilih, saya bersedia mengemukakan hujah saya mengapa Pas kalah di Kedah, dalam mana-mana seminar.

Sebahagian darinya pernah saya kemukakan kepada Lajnah Politik Pas Pusat enam atau tujuh bulan sebelum kekalahan itu termeterai.

Elok benar satu seminar diadakan untuk bedah siasat kekalahan sepenggal, bukan sahaja di Kedah bahkan juga Terengganu.

Itu gaya Al Qur'an ketika berbicara tentang kekalahan di Uhud dan Hunain.

Allah membedahnya sehingga ia kekal sebagai kajian post mortem sampai hari ini. Dengan cara itu, pelajaran boleh di tekuni.

Saya menunggu jika ada mana pihak untuk menganjurkan seminar kekalahan Kedah dan Terengganu dan hampir tewasnya Pas di Kelantan 2004.

Jika  Zaharudin dapat dijemput bersama, saya berterima kasih.

Ada pun ayat ayat dalam tulisan Zaharudin berbentuk ugutan dan unsur fitnah, saya telah pun mengarahkan peguam mengambil tindakan.

Nancy: Peguam Negara gugur kes Ali Tinju

Penarikan tuduhan dilakukan setelah jabatan berkenaan meneliti semula keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh saksi berkaitan dalam kes itu
nancy-shukri,ali-tinju
KUALA LUMPUR: Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan yang dibuat di bawah Akta Hasutan terhadap Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu Mohd. Ali Baharom selepas membuat penilaian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menjelaskan penarikan tuduhan dilakukan setelah jabatan berkenaan meneliti semula keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh saksi berkaitan dalam kes itu.
“Setiap kes yang dinilai semula oleh Jabatan Peguam Negara bagi kes-kes yang telah dipertuduh di bawah akta tersebut bergantung sepenuhnya kepada fakta dan keadaan kes.
“Sekiranya terdapat keterangan baru yang mewajarkan pertuduhan ditarik balik, pertuduhan akan ditarik balik,” katanya dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Jelasnya lagi, keputusan Jabatan Peguam Negara dalam mengemukakan pertuduhan atau menarik balik pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan kepada keterangan dan fakta kejadian.
Nancy berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Sebelum itu, Gobind telah meminta agar Perdana Menteri menyatakan apakah sebab-sebab pertuduhan Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju di bawah Akta Hasutan digugurkan dan adakah kerajaan akan mengesyorkan supaya semua pertuduhan di bawah Akta Hasutan digugurkan.
Sebelum ini, Ali Tinju telah didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan pada 16 Julai.

Azalina wujudkan duluan buruk 'Najib tak perlu jawab'



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said didakwa menjadikan parlimen dikawal oleh kerajaan dengan kenyataannya bahawa perdana menteri boleh memilih untuk tidak menjawab soalan di Dewan Rakyat.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata Azalina melakukan kesilapan itu pada hari pertama Parlimen bersidang dengan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai 'hak' untuk menjawab soalan berhubung 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion apabila beliau memilih berbuat demikian.
"(Azalina) melakukan satu penghinaan kepada Parlimen dengan mendakwa bahawa Perdana Menteri mempunyai hak untuk memilih bila beliau mahu menjawab soalan mengenai 1MDB," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Lim, tindakan Azalina itu mewujudkan satu ‘precedent’ atau duluan yang buruk.
"Ini melarikan diri atau mengelakkan tanggungjawab menteri kepada Parlimen,” kata Lim yang juga membidas pembaharuan parlimen yang mahu dilakukan.
Katanya, isu 1MDB atau derma RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun bank peribadi Najib langsung tidak dibahaskan di Parlimen sejak sesi bermula pada 19 Oktober.
Justeru, menurut Lim, pembangkang terpaksa mencari jalan luar biasa tetapi kreatif dengan menaikkan sepanduk "Mana RM2.6 bilion?" selepas Najib membentangkan Bajet 2016, Jumaat lalu.
Malah, katanya, kebimbangan raja-raja Melayu mengenai 1MDB juga tidak diendahkan.

"Jika vape diharamkan, bagaimana pula dengan tembakau? - Dr Hilmi

"Jika vape diharamkan, bagaimana pula dengan tembakau? - Dr HilmiKUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung penjualan vape atau rokok elektronik di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan,  Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata adalah masih terlalu awal untuk menyatakan penjualan rokok elektronik ini adalah haram.

"Jika vape ini diharamkan, bagaimana pula dengan tembakau? Percanggahan ini akan menimbulkan masalah," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen pagi ini.

Oleh itu, kata Dr Hilmi, satu rang undang-undang baru mengenai pengawalan rokok elektronik, shisha dan tembakau kini berada di peringkat kajian.

Dr Hilmi berkata tiada tempoh masa yang ditetapkan  buat masa ini bilakah rang undang-undang itu akan diwujudkan.

Sebelum ini pelbagai pihak mempersoalkan keselamatan dan penggunaan rokok eletronik itu termasuk dari segi kesihatan.

Antaranya oleh Malaysian Organisation of Vape Entities (MOVE), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang berjaya mengumpul 50,000 tanda tangan daripada pengusaha dan pembeli rokok elektronik atau Vape bagi meminta kerajaan mengawal selia penggunaan produk itu di negara ini.

Skandal 1MDB: Henti beri alasan bodoh, kata Pua kepada Arul

Ahli Parlimen DAP Tony Pua dalam menjawab kenyataan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata jangan beri alasan “bodoh” dan sahut cabaran berdebat secara langsung. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.Ahli Parlimen DAP Tony Pua dalam menjawab kenyataan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata jangan beri alasan “bodoh” dan sahut cabaran berdebat secara langsung. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.Arul Kanda Kandasamy digesa berhenti memberi alasan "bodoh" dan menyahut cabaran untuk berdebat secara langsung, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua, menjawab kenyataan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu yang mahu beliau meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terlebih dahulu jika mahu berdebat dengannya.
Pua tidak terkejut dengan kenyataan Arul yang membuat syarat yang dianggapnya mengarut tersebut, serta mempersoalkan mengapa orang kuat 1MDB itu begitu takut untuk berdepan dengannya sedangkan ahli PAC Barisan Nasional (BN) lebih ramai daripada pembangkang.
"Berhenti beri alasan bodoh dan terima cabaran saya," kata Pua pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

"Saya tidak terkejut langsung dengan kenyataan Arul yang terima cabaran dan buat syarat tidak masuk akal langsung. "Mengapa sangat bimbang jawatan saya dalam PAC? Ada 13 ahli PAC BN, malah pengerusi sudah kata mereka tidak akan ambil tindakan untuk singkir saya daripada PAC.
"Sebagai penjawat awam, Arul tidak boleh membuat kenyataan menghina PAC dan Parlimen," katanya.

Tawar diri jadi hos TV, beranikah 1MDB jawab soalan Tony Pua?


tony-pua_1mdb_600_2


KUALA LUMPUR 29 JUN: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menawar diri untuk menjadi hos temu bual rancangan televisyen untuk  bertanya soalan kepada Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Develompment Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berhubung skandal syarikat itu.
Beliau membuat tawaran itu pada kenyataan media hari ini berikutan Arul Kanda membuat kenyataan pada segmen temu bual Bernama TV secara siaran langsung itu semalam betapa tidak apa-apa yang disembunyikan dalam skandal 1MDB.
“Saya jadi hos dan bertanya soalan manakala Arul Kanda akan diberi peluang dan masa secukupnya untuk menjawab soalan berkaitan skandal 1MDB.
“Saya tidak berdendam jika Arul Kanda dapat menyangkal dakwaan saya dengan menunjukkan bukti dari mana-mana dokumen kewangan 1MDB. Persoalannya, adakah Arul Kanda berani menerima cabaran itu?
“Atau Arul Kanda lebih selesa berlindung di sebalik media arus perdana yang berat sebelah,” katanya.
Sepanjang rancangan temu bual itu, Pua berkata, Arul Kanda kerap mengitar semula jawapan yang bersifat perhubungan awam dan jauh dari kebenaran fakta bagi merungkai skandal 1MDB.

Azalina akui PM terima dana politik, siapa lagi ‘penderma’ Najib?


najib src 1mdb
KUALA LUMPUR 28 OKT: Adakah SRC International Sdn Bhd bukan satu-satunya syarikat bukan kerajaan (GLC) yang ‘menderma’ kepada Datuk Seri Najib Razak untuk aktiviti politik Perdana Menteri itu?
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mempersoal hal itu berdasarkan jawapan bertulis Datuk Azalina Othman Said apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan Najib ada menerima dana untuk program politik selaku seorang Ahli Parlimen.
Teo Nie Ching“Adakah ‘derma’ daripada SRC International itu sebahagian kecil dari dana yang diterima Najib? Jika benar, berapa banyak GLC menderma ke akaun peribadi Perdana Menteri itu,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Mengikut Wall Street Journal pada 3 Julai 2015, siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesan aliran tunai RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd ke akaun personal Najib sejurus sebelum pilihan raya umum ke-13.
Azalina dalam jawapan bertulis menyatakan: “Sebagai Ahli Parlimen, Perdana Menteri ada menerima dana untuk aktiviti politik di kawasan beliau yang disalurkan untuk program politik, aktiviti sosial dan kemasyarakatan penduduk tempatan.”
Kesal kerana Perdana Menteri tidak memberi jawapan tepat, Nie Ching berkata, pentadbiran Najib perlu berhenti memberi alasan tidak munasabah jika benar tiada apa-apa mahu disorok berkaitan ‘derma’ berkenaan.
Menyifatkan jawapan Azalina membimbangkan dan menyalah guna kuasa apabila tidak menjawab soalan secara tepat, Nie Ching berkata, Najib sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab untuk melapor aktiviti GLC kepada Parlimen apabila isu dibangkitkan.

Bayangan kerjasama pilihan raya BN-Pas kata Zam


Pas BN


RAKYAT sudah dapat ramalkan kerjasama antara Pas dan BN  dalam pilhanraya akan datang dengan sikap positif  Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan sebagai ahli PAC yang sedia merahsiakan siasatan  terhadap 1MDB dan diperkuatkan oleh kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi sedia untuk kerjasama dengan BN.

Takiyuddin setuju sumpah menyimpan rahsia sebagai ahli PAC  dalam  siasatan IMDB seperti yang disyorkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi berbanding dengan sikap DAP  dan Haji Hadi tidak setuju dengan perbuatan  pembangkang mengangkat Plakad " Mana RM 2.6 B" di Dewan Rakyat yang dianggapnya tidak beradab.

Kenyataan Hadi menyebut sedia bekerjasama dengan semua parti adalah perkara biasa tetapi yang istimewa dan luar biasa ialah " Termasuk Barisan Nasional."

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad  melihat ini sebagai bahaya kepada masa depan pembangkang pada pilihanraya akan datang dan segera mencabar Pas jelaskan pendirian samaada berada dengan pembangkang atau BN supaya rakyat senang membuat keputusan. Secara tidak  langsung beliau menganggap Pas bertalam dua muka.

Tetapi cabaran ini tidak dapat menutup hakikat bahawa Parti Amanah Negara sendiri mempunyai banyak muka yang akan mengelirukan rakyat. Ia ada muka DAP, muka PKR, muka Pas,muka Anwar Ibrahim dan bermuka-muka.

DAP juga tentunya sedang gementar dengan bayangan kerjasama Pas dengan BN  kerana kacamata cauvanis nya  nampak kerjasama ini sebagai Pas Umno yang akan memberi kesan buruk kepada  Pakatan Rakyat yang sedang  berada dalam keadaan terumbang ambing.

Bagi DAP  perkembangan ini adalah  kemunduran Malaysia dari politik Malaysian Malaysia yang sedang rancak maju kehadapan.

Presiden BN Datuk Seri Najib tentunya  merasa lega dengan perkembangan senario baru politik Malaysia ini tetapi beliau tidak boleh yakin sebagai positif bagi dirinya atau isterinya.

Antara persepsi salah dan dilema Melayu dalam DAP


melayu pegang dap


ADA banyak persepsi tentang DAP yang salah.
Ada yang simplistik, ada yang samar-samar dan ada yang mentah. Ini datangnya dari pelbagai sudut dan sumber. Dari persepsi itu, kebanyakannya datang dari sumber bukan DAP – contohnya, UMNO, Utusan atau TV3.
Selain sumber merapu itu, ada juga bersumberkan bekas ahli DAP yang telah keluar parti.
Antara persepsi yang paling simplistik ialah tentang ahli Melayu dalam DAP.
Ramai berpendapat, untuk DAP memulihkan imejnya di mata rakyat Malaysia sebagai parti berbilang kaum, mereka memerlukan ramai ahli Melayu – baik sebagai ahli atau pemimpin, baik pada peringkat cawangan, negeri atau pusat, menyimpan persepsi bahawa Melayu yang menyertai DAP harus diberi kedudukan sewajarnya (dalam kata lain bagi – keistimewaan) dalam parti.
Antara hujah dan logik 
Memang ada logiknya hujah itu. Apatah lagi, ia turut disokong orang Cina baik ahli parti mahupun Cina bukan DAP. Saya faham mengapa mereka menyokong hujah ini.
Ini ditambah lagi dengan pemimpin DAP (Cina) mahu meletakkan ahli DAP Melayu dalam agensi seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai Ahli Majlis, contohnya.
pix aziz bariDalam konteks pilihan raya pula, pemimpin Cina DAP didesak untuk mencari dan memberi kerusi selamat demi memastikan calon Melayu DAP berpeluang besar untuk menang.
Dalam konteks hierarki parti, seboleh-bolehnya Melayu dicalonkan bertanding dalam jawatankuasa negeri atau pusat. Usahakan agar ada sokongan undi untuk pastikan ada muka Melayu yang menang untuk diletak dalam barisan kepimpinan negeri atau pusat.
Jika tidak cukup, lantiklah satu-dua muka Melayu lagi sebagai penghias gambar.
Semua pandangan itu selari dengan projek membentuk persepsi baru. Ya, saya ulang lagi, lapisan ini nampak macam betul logiknya.
Logik itu diperkuat lagi dengan alasan inilah jalan terbaik untuk tujuan yang baik, maka ia harus dilakukan. Saya tidak menolak mentah-mentah hujah itu tetapi tidak pula mudah menerimanya bulat-bulat.
Persoalannya, adakah benar kaedah terbaik untuk tujuan baik ini akan memberi kesan baik untuk jangka panjang, sama ada kepada DAP mahupun Melayu itu sendiri?
Tujuan yang terkabur
Jika diteliti kesan logik itu, akhirnya tujuan asal untuk meletak seseorang itu sebagai ahli majlis atau calon (pemimpin) berdasarkan kelayakan dan kualiti, akan terlupa betapa tujuan telah mengaburi rasional.
nora reformasiSebaliknya, kerana tujuan itu juga, lama-kelamaan ia bertukar menjadi polisi, tak kira Melayu itu layak atau tidak, asalkan Melayu maka ‘layak’ untuk posisi itu.
Dalam erti kata lain, tanpa sedar kita sedang memindahkan sikap daripada faham kuota perkauman ke dalam DAP – amalan UMNO, baik dalam ekonomi mahupun dasar sosialnya.
Jadi, matlamat untuk melaksana dan menghormati prinsip itu akan gagal. Jika ia berlaku, sekali lagi, DAP dan orang Melayu akan sama-sama kecewa dan ditertawakan elit UMNO. Kali ini mungkin lebih teruk lagi.
Tentu ada orang UMNO membaca catatan ini, orang DAP juga. Dan dengan pelbagai persepsi terhadap tulisan ini mungkin ada berpendapat saya kritikal tak bertempat atau tak memahami real politik mahupun strategi politik.
Seperti rasional saya dalam isu Bersih4, ramai mendakwa kaum Cina mendominasinya. Maka saya katakan, mengapa kita tidak melihat pola generasi yang menyertai rapat umum itu, daripada membaca dari sudut kaum atau perkauman?
Begitu juga dalam konteks Melayu dalam DAP.
Persepsi generasi muda
Saya bersetuju jika ia dalam bentuk atau pendekatan berbeza iaitu berdasarkan konteks generasi. Generasi ini akan berubah mengikut zaman atau era. Maka, peluang itu sentiasa terbuka.

Skandal 1MDB: Kabinet Najib buat ‘pekak badak’ terhadap seruan Raja-raja Melayu


Azalina Othman 1mdb


KUALA LUMPUR 29 OKT: DAP kesal berikutan Kabinet Najib mengambil sikap ‘pekak badak’ terhadap kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu yang mahu skandal 1Malaysia Develompment Berhad (1MDB) diselesaikan segera dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, sesuatu yang luar biasa apabila Raja-raja Melayu membuat kenyataan 6 Oktober lalu dan menyifatkan ia sepatutnya menjadi topik utama perbahasan pada sidang Parlimen kali ini.
“Berapa kalikah Ahli Parlimen Umno-BN menyentuh atau merujuk kenyataan Raja-raja Melayu sepanjang sidang Parlimen kali ini?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Pada 6 Oktober lalu, Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak terlibat.
“Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,” kenyataan itu dipetik.
Kit Siang berkata, penafian Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menggunakan rangkaian media tempatan kononnya mereka tiada menyembunyikan apa-apa skandal membuktikan pentadbiran Najib tidak memandang serius kenyataan Raja-raja Melayu itu.
Malah, beliau kesal kerana Kabinet Najib menggunakan taktik gerila dalam Parlimen dengan tidak menjawab sebarang soalan berkaitan skandal 1MDB mahupun derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri sekalipun Parlimen sudah bersidang sejak dua minggu lalu.
Menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘penjimatan kepada sebuah kebenaran’, beliau berkata, perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azlina Othman itu sebenarnya menghina Parlimen apabila memberi alasan Perdana Menteri ada hak untuk memilih masa menjawab soalan mengenai 1MDB.

Arul Kanda sedia debat secara langsung jika Pua keluar PAC

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy (kanan) sedia berdebat mengenai syarikat sarat hutang itu jika ahli Parlimen DAP Tony Pua letak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy (kanan) sedia berdebat mengenai syarikat sarat hutang itu jika ahli Parlimen DAP Tony Pua letak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menyahut cabaran pengkritiknya Tony Pua untuk mengadakan satu wawancara secara langsung di televisyen membincangkan mengenai syarikat pelaburan milik negara itu, tetapi katanya, ahli parlimen DAP itu mesti terlebih dulu meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Arul berkata, peletakan jawatan itu perlu bagi memelihara integriti jawatankuasa itu yang ketika ini sedang menyiasat syarikat pelaburan sarat dibebani hutang itu dan bagi mengelakkan konflik kepentingan.
"Pua mencabar saya pagi ini untuk satu siaran langsung 'talk show', dengannya. Saya dengan ini menerima cabaran itu dan tidak sabar untuk menjawab soalan beliau," kata Arul dalam satu kenyataan hari ini.

"Umum mengetahui Pua ialah ahli PAC, yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Bagi mengekalkan integriti siasatan PAC, dan mengelak sebarang konflik kepentingan, Pua mesti terlebih dulu meletakkan jawatan dalam PAC,” katanya.

Peruntukan JPM RM20 bilion pinggir rakyat

yb samsul parlimenKUALA LUMPUR, 29 OKT: Langkah memberi peruntukan RM20 bilion kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam Bajet 2016 Persekutuan dianggap hanya mensejahterakan jabatan itu dan bukannya rakyat.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata ia berbeza apabila nasib bidang pendidikan mengalami pemotongan 15 peratus.
“Tindakan mewujudkan kerajaan dalam kerajaan sebegini adalah sama sekali tidak sihat.
“Kenapa dipusatkan aktiviti utama kerajaan di JPM dan apa guna menteri lain,” kata Shamsul ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan 2015 di Dewan Rakyat semalam.
Ketika menyentuh isu perumahan dan pengangkutan awam, Shamsul berkata dua tema besar itu beberapa kali sudah diangkat dalam belanjawan beberapa tahun kebelakangan ini.
Shamsul juga menyeru supaya Kerajaan Persekutuan menumpukan usaha menyediakan rumah kos rendah dan bukannya rumah mampu milik berharga mencecah setengah juta ringgit.

Umno Pagoh anggap cubaan singkir Muhyiddin hina akar umbi

Umno Pagoh menyifatkan usaha untuk menggulingkan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa didalangi 140 ketua Umno bahagian sebagai tindakan yang tidak wajar dan tidak boleh diterima.
 Ketua Pemuda Umno Pagoh Mohd Zaid Abd Rahman berkata, sekiranya benar komplot itu wujud ia adalah satu penghinaan ahli akar umbi yang telah memilih bekas timbalan perdana menteri itu.
Beliau juga dipetik akhbar Sinar Harian sebagai berkata usaha itu memberikan kesan yang tidak baik kepada parti.
“Menyingkirkan Muhyiddin akan menghakis kepercayaan ahli terutama golongan muda terhadap Umno itu sendiri.
“(Ini) kerana beliau amat dikenali sebagai pemimpin banyak berjasa dan menjadi aspirasi kepada golongan muda yang berani menyatakan kebenaran,” katanya yang dipetik akhbar itu.
Menurut Mohd Zaid, Muhyiddin dikenali sebagai pemimpin ultra Melayu yang konsisten dan melihat Umno tidak boleh hilang sokongan dan kepercayaan kepada orang muda bagi memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14).
“Sedarlah semua krisis kepimpinan dan kepercayaan dalam Umno sekarang ini sepatutnya tidak berlaku melainkan komplot itu sudah tentu ditaja secara terancang oleh orang tertentu bagi meraih laba politik dan keuntungan besar.
“Teori domino menyaksikan parti-parti lain telah mengalaminya dan Umno serangan terakhir mereka untuk melaga-lagakan orang Umno, memburukkan keadaan seterusnya melemahkan parti,” katanya lagi dipetik oleh Sinar Harian.
Mohd Zaid berkata, sekiranya ada komplot ‘telegram’ itu sebagaimana dikhabarkan, beliau memohon agar ia dihentikan.

Mustahil wang 1MDB masuk dalam akaun seseorang – Arul Kanda

1MDB diperhati lima agensi kerajaan dan setiap sen yang dibelanjakan 1MDB perlu dinyatakan dalam Penyata Kewangan.
arul-kanda_ringgit_1mdb_600
PETALING JAYA: Mustahil jika sebahagian wang 1MDB berjumlah RM42 bilion dimasukkan ke dalam poket seseorang kerana terdapat lima agensi yang sedang memerhatikan syarikat pelaburan strategik negara.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, keadaan itu sukar berlaku kerana setiap sen perbelanjaan 1MDB dimasukkan ke dalam penyata kewangan.
“Tiada suatu perkara pun mengenai 1MDB yang disembunyikan. Dan jika ada sebarang cubaan untuk berbuat demikian, ia adalah mustahil. Ini kerana ada lima agensi siasatan yang sedang memerhati 1MDB – Bank Negara, Jabatan Audit Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
“Kesemua agensi ini diberi maklumat tentang syarikat ini…apa yang berlaku dalam 1MDB. Siasatan ini sedang diteruskan. Kami akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang sah itu,” katanya dalam program khas bersama Bernama TV pada Rabu.
Arul berkata, pada Jun lalu, 1MDB telah menjelaskan dengan setepatnya ke mana dana itu digunakan yang merupakan pelaburan bercampur, pembelian aset tenaga dan pembelian tanah.
“Setiap sen daripada hutang kami telah diambil kira. Ia boleh disahkan dengan menyemak penyata kewangan kami,” katanya.
Beliau berkata penyata kewangan 1MDB dibentangkan kepada orang ramai melalui laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan penyata ini boleh dimuat turun.
“Akaun kami sangat jelas. Kami boleh tunjukkan ke mana perginya dana berhubung operasi syarikat ini,” katanya.

UiTM sanggah dakwaan Rafizi berhubung kos bina hospital

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyanggah tuduhan pembangkang bahawa kerajaan akan menanggung kos berjumlah RM8.2 bilion bagi projek pembinaan hospital UiTM di kampus Puncak Alam, di Shah Alam.
 Universiti itu menerusi satu kenyataan berkata, kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung kos pembinaan projek tersebut adalah tidak benar dan ditokok tambah.
"UiTM amat terkilan dengan maklumat tidak tepat dan disensasikan oleh YB Rafizi berkenaan cadangan pembangunan Hospital Pengajar dan Fakulti Perubatan UiTM secara Private Finance Initiative (PFI) di Puncak Alam itu.
"UiTM belum menandatangani apa-apa perjanjian konsesi dengan mana-mana syarikat konsesi yang berkaitan dengan hospital tersebut.
"Draf perjanjian konsesi akhir tersebut telah dihantar kepada UiTM pada 14 Julai lepas dan telah dibincangkan secara teliti oleh Lembaga Pengarah UiTM pada 22 Oktober lepas," katanya.
Menurut universiti itu, draf perjanjian konsesi tersebut masih diteliti dengan lebih terperinci bagi memastikan kepentingan UiTM terpelihara.
Hospital itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 11.28 hektar (28.19 ekar) dan mempunyai 400 buah katil, katanya.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan dakwaan Rafizi bahawa kerajaan dalam proses untuk menyerahkan projek pembinaan hospital itu kepada ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno.
Beliau mendakwa projek pembinaan hospital itu menelan belanja RM599 juta tetapi kerajaan menyerahkan projek berkenaan dengan harga RM8.2 bilion.
- Bernama

Rahman Dahlan gesa Dr Mahathir bersara dengan bermaruah

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi saranan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir supaya bersara daripada politik dan tidak mencampuri pentadbiran kerajaan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad harus bersara daripada dunia politik, sekali gus tidak mencampuri pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyarankan hari ini.
Bagaimanapun, pengarah komunikasi strategik BN itu berkata, hasratnya menyarankan bekas perdana menteri itu untuk bersara amat sukar direalisasikan memandangkan ia bercanggah dengan kehendak rakyat Malaysia.
Beliau berpendapat, setiap bekas perdana menteri di negara ini harus bersara dengan bermaruah.

"Saya memang berharap, tetapi sudah tentu ia hanyalah angan-angan. "Bagaimanapun budaya kita sepatutnya, bekas perdana menteri harus bersara dengan cara bermaruah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Dr Mahathir merupakan antara pengkritik yang paling lantang menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak dan tindakan beliau itu dikecam sebilangan menteri Umno.
Terdahulu hari ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mencabar pemimpin veteran Umno itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan, yang diwakili Najib, sebagai cara untuk menjatuhkan perdana menteri.
Pada masa yang sama, Rahman mendakwa Dr Mahathir juga terkecuali daripada berdepan tindakan disiplin Umno.
"Kalau beliau masih lagi anggota Umno, sudah tentu tertakluk dengan peraturan sama seperti anggota Umno lain," katanya. 

PERMOHONAN MAAF

PIHAK ADMIN & MODERATOR WARGA MARHAEN MEMOHON MAAF DIATAS KESILAPAN PENERBITAN BERITA "PLAY FAIR AND DONT BE YES MAN"
DAN IA TELAH DIKELUARKAN DARI BLOG INI
HARAP MAKLUM.

Arul Kanda ‘accepts’ Pua’s talk show challenge

Arul accepts challenge to appear on a talk show hosted by Pua, provided he resigns from the Public Accounts Committee (PAC).
tony-pua-arulKUALA LUMPUR: 1MDB chief Arul Kanda Kandasamy said in a statement released moments ago that he accepts Petaling Jaya Utara MP Tony Pua’s challenge to appear on a talk show hosted by him and take questions on the company but provided he first resigns from the Public Accounts Committee (PAC).
“Tony Pua has challenged me this morning to a ‘live talk show’ with him,” said Arul Kanda. “I hereby accept his challenge and look forward to answering his questions.”
It is a known fact that Pua is a member of the Public Accounts Committee, he added. “It’s in the midst of conducting an investigation into 1MDB.”
“In order to maintain the integrity of the PAC’s investigation, and to avoid any conflict of interest, Pua must first resign from the PAC.”
Despite his efforts to do so, warned Arul Kanda, Pua cannot be judge, jury and executioner. “As such, I trust he will have the courage to do the right thing and resign from the PAC in order for us to have, in his words, a ‘no-holds barred’ discussion on live television.”
FMT

1MDB Jadikan Pemimpin UMNO Kelihatan Seperti Orang Bodoh Di Mata Rakyat Kata Ahli Sendiri ..

Aku ingat tak ada Ahli UMNO yang sedar tentang kenyataan-kenyataan bodoh dan membangkitkan kemarahan rakyat yang dikeluarkan oleh Pemimpin UMNO.. rupa-rupanya ada..

Nak salahkan pemimpin-pemimpin UMNO itu seratus peratus pun tak boleh juga, sebab setahu aku dalam UMNO tu pemimpin dipilih bukannya dilantik..

Dipilih oleh Ahli UMNO dari peringkat akar umbi.. jadi kalau yang diangkat sebagai Pemimpin oleh mereka itu dianggap bodoh maka yang memilih pemimpin itu tentulah lebih bodoh kannn?

Dalam satu forum di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein selasa lalu, bekas exco Pemuda UMNO Hulu Selangor Moohamad Faizal Abdul Raub berkata beliau tidak sabar untuk melindungi reputasi Umno sebagai sebuah parti yang berdiri untuk kebenaran kononnya, tapi cara isu 1MDB dikendalikan telah merosakkan imej Umno.

"Rakyat boleh melihat bagaimana pemimpin-pemimpin Umno mengendalikan isu 1MDB itu dan ianya sangat teruk," katanya.

"Kenyataan mereka berubah-ubah dan berbelit-belit sedangkan bukti terhadap 1MDB jelas. Oleh itu, pemimpin UMNO kelihatan seperti orang bodoh di mata rakyat. "

Sebelum peletakan jawatannya, Faizal adalah Timbalan Pengerusi dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Keliang, Beliau juga merupakan ahli exco Pemuda UMNO Hulu Selangor.

"Saya berharap ahli-ahli Umno tidak mengikuti pemimpin-pemimpin mereka secara membuta tuli dan menutup mata mereka terhadap kesalahan yang mereka lakukan," katanya.

Beliau mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin Umno tidak menegur cara Najib mengendalikan isu skandal 1MDB kerana mereka takut kehilangan jawatan mereka dan keuntungan yang mereka perolehi dengan menunjukkan kesetiaan.

Beliau berkata beliau bersetuju dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa Najib terlalu proaktif dalam mendiamkan pengkritik skandal 1MDB.

"Dia akan menghukum sesiapa sahaja yang menimbulkan persoalan tentang skandal 1MDB," katanya.

"Barangsiapa yang berbuat demikian akan dianggap sebagai pengkhianat kepada parti. Mereka akan dianggap berdosa.

"Tindakan akan diambil terhadap mereka yang menyentuh isu 1MDB, termasuk menembak mereka daripada jawatan mereka serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka."

Ini laporannya...

Mahkamah benarkan aktivis Khalid diikat jamin interim



Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini membenarkan aktivis Khalid Mohd Ismath diikatkan jamin sementara , kata bekas Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan.
Bagaimanapun, mahkamah juga memberikan pihak pendakwaan membuat penangguhan permohonan ikat jamin pada 11 November.
Ikat jamin sementara itu disertai beberapa syarat: Khalid mesti menyerahkan pasportnya kepada pihak berkuasa dan melaporkan diri ke balai polis terdekat esok dan pada 10 November.
Ikat jamin interim itu juga ditetapkan pada RM5,000 setiap pertuduhan. Ini menjadikan jumlahnya RM70,000 untuk semua 14 tuduhan.
"Kami cuba untuk dapatkan ikat jamin itu, kami sedang berusaha mencari wang.
"(Ini) RM70,000 tahu, ia adalah banyak wang. Kami harap dapat membebaskannya (Khalid) hari ini," kata Arutchelvan (kiri) kepada Malaysiakini.
Khalid dikenakan 14 tuduhan - 11 mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia dan tiga tuduhan mengikut Akta Hasutan.
Sebelum ini, beliau dinafikan ikat jamin kerana bimbang akan melarikan diri.

Mensejahtera Wanita? Bagai Melepas Batuk di Tangga


                Belanjawan Negara 2016 hanya menyebut dalam Keutamaan Ketiga - Dalam Mempersiaga Modal Insan:
“Kerajaan terus komited dengan hasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya 30% penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam dan swasta. Ini termasuklah di peringkat Lembaga Pengarah; dan Kerajaan akan sentiasa memantau pencapaian dasar ini.”

Tidak dinyatakan peruntukan belanjawan untuk perkara itu.

            Kerajaan yang memerintah dan yang bakal memerintah di masa depan perlulah mempamerkan segala keseriusan dalam mensejahterakan wanita Malaysia.   Usah risau, kerana wanita Malaysia dengan mudah boleh menilainya.

Di antara perkara-perkara yang boleh dilaksanakan bagi memperlihatkan keseriusan itu ialah dengan mengambil cadangan-cadangan dari laporan UNWomen, Progress of the World’s Women 2015-2016, iaitu pertama mencipta lebih pekerjaan untuk wanita bagi meningkatkan status ekonomi mereka terutamanya bagi wanita ibu tunggal dan wanita-wanita yang memerlukannya.   Ia perlu dikhususi dalam belanjawan.   Kedua, jaminan keselamatan kewangan sepanjang hayat wanita juga mesti diutamakan dan jelas mekanisme.
Ketiga, kerajaan yang prihatin wajar melabur dalam perkhidmatan sosial yang gender responsif.   Keempat, memaksimumkan sumber untuk mencapai kesaksamaan substantif.   Kelima, memberi sokongan padu kepada organisasi wanita dalam menuntut keadilan dan membentuk agenda polisi di semua peringkat penbuatan dasar.   Keenam, mengurangkan pengasingan pekerjaan (occupational seggregation) dan jurang pendapatan gender(gender pay gap).   Ketujuh, mengiktiraf, mengurangkan dan mengagih semula kerja penjagaan yang tidak berganjaran(unpaid care) dan tugasan rumahtangga(domestik work), Kelapan, menyediakan environmen yang sesuai utuk merealisasikan hak-hak wanita.   Kesembilan, menggunakan standard yang diperakui, hak keinsanan atau maqasid syariah untuk mengolah polisi dan sebagai pemangkin atau pendorong perubahan.   Kesepuluh, menjana data dan maklumat sebagai bukti untuk membuat penilaian tentang kemajuan status dan hak ekonomi dan sosial wanita.