Selasa, 27 Oktober 2015

Terus Di Zalimi

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."

- ( Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

PAC mula mesyuarat Isnin depan, kata pengerusi

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata mesyuarat pertama jawatankuasa itu dengan ahli barunya akan diadakan Isnin minggu depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015.Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata mesyuarat pertama jawatankuasa itu dengan ahli barunya akan diadakan Isnin minggu depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015.Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memulakan mesyuarat pertama mereka Isnin minggu depan, kata pengerusi baharu jawatankuasa di bawah Parlimen itu, Datuk Hasan Arifin.
Hasan ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini bagaimanapun tidak mengulas lanjut inti pati mesyuarat PAC nanti.
"Kita akan mula mesyuarat Isnin depan...kita sudah susun aturan mesyuarat, nanti kita akan maklum," kata Hasan kepada pemberita.

Hasan dilantik mempengerusikan PAC menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dinaikkan pangkat menjadi timbalan menteri dalam negeri. Barisan Nasional (BN) menamakan 4 ahli Parlimen mereka, manakala seorang daripada PAS dilantik menganggotai PAC bagi menggantikan mereka yang dilantik ke Kabinet hujung Julai lalu.
Ahli Parlimen Putatan daripada BN, Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh, dilantik menggantikan Datuk Madius Tangau yang dijadikan menteri teknologi, sains dan inovasi pada Julai.
Sementara itu, Ahli Parlimen BN Datuk Ahmad Hamzah (Jasin) menggantikan Datuk Mas Ermieyati Shamsudin dan Datuk Nawawi Ahmad (Langkawi) menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Mas Ermieyati dan Reezal turut dilantik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi timbalan menteri dalam rombakan Kabinetnya itu.
Selain itu, Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong turut dilantik menggantikan wakil MCA, Datuk Chua Tee Yong, yang dilantik menjadi timbalan menteri kewangan pada Jun tahun lalu.
Manakala Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan dilantik menganggotai PAC menggantikan Datuk Kamarudin Jaafar yang menyertai PKR bulan lalu.

Najib bawa imej liberal di luar negara, sebaliknya tidak di Malaysia, kata HRW


 Pengarah rantau Asia HRW Brad Adams berkata , tindakan Perdana Menteri  yang liberal hanya akan membawa Malaysia ke arah pecah-belah dan ketidakstabilan politik, sekaligus bertentangan dengan tujuan asalnya.– Gambar  fail  The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015. 
Pengarah rantau Asia HRW Brad Adams berkata , tindakan Perdana Menteri yang liberal hanya akan membawa Malaysia ke arah pecah-belah dan ketidakstabilan politik, sekaligus bertentangan dengan tujuan asalnya.– Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015.Perdana Mneteri Datuk Seri Najib Razak membawa dirinya sebagai seorang pemacu perubahan yang liberal (liberal reformer) di luar negara kerana Putrajaya sangat mengambil berat terhadap kritikan daripada pihak luar berhubung hak asasi di negara ini, kata Human Rights Watch (HRW).
Pengarah rantau Asia HRW Brad Adams berkata, bagaimanapun, apabila berada di dalam negara, perdana menteri itu berkelakuan sangat berbeza dengan imej yang ditonjolnya di luar negara.
Katanya, kerajaan sangat prihatin tentang keperluan menjaga nama baik mereka dan kehendak retorik mereka untuk mewujudkan masyarakat yang lebih bertolak ansur, bagi tujuan politik mereka supaya kekal berkuasa.

"Memandangkan beliau membawa dirinya sebagai seorang yang liberal, ia penting baginya untuk beliau dipandang sebegitu rupa," kata Adams ketika sesi soal jawab selepas membentangkan laporan HRW bertajuk 'Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia' di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata, tindakan Najib itu hanya akan membawa Malaysia ke arah pecah-belah dan ketidakstabilan politik, sekaligus bertentangan dengan tujuan asalnya.
HRW hari ini menerbitkan laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang oleh Putrajaya yang menjenayahkan hak bersuara dan mendesak Najib berhenti menangani kritikan terhadapnya sebagai satu jenayah.
Laporan setebal 145 halaman itu mendakwa, Najib berulang kali memungkiri janjinya menghapuskan undang-undang bersifat menekan dan kuku besi serta mengingatkan perdana menteri itu akan ikrarnya "menegakkan kebebasan sivil" sewaktu memulakan tugas pada April 2009.
HRW berkata, pentadbiran Najib terutamanya sejak 2013, menggunakan undang-undang yang terlalu kabur serta luas definisi perkataannya dalam "mengganggu, menyiasat dan menahan" individu yang bersuara secara aman.

Exclusive: "Strong evidence" of Genocide in Myanmar

Adakah Pas mahu tukar kerajaan atau menyokong BN?

Kenyataan pemimpin- pemimpin tertinggi Pas sering bercanggah dan mengelirukan yang menimbulkan persoalan apakah pendirian sebenar parti itu.
Abdul-Hadi-Awang,khalid-samad
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Pas menjelaskan pendirian politik kerana pemimpin parti itu sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.
Ahli Jawatankuasa Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti Islam itu sering bercanggah antara satu sama lain.
Katanya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas boleh bergerak sendiri bercanggah dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang percaya Pakatan Rakyat masih wujud dan kerjasama itu terjalin diantara Pas dan PKR.
“Itu adalah hak mereka, mereka boleh bersama Barisan Nasional (BN) dan juga boleh bersendiri. Kita minta Pas jelaskan hasrat mereka agar rakyat tidak kecewa.
“Biar Pas jelaskan hasrat apakah hala tuju politik parti itu. Sama ada mereka mahu tukar kerajaan atau mahu bersama-sama BN atau sekadar mahu menjadi pembangkang sambil mempertahankan BN,” ujarnya dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.
Jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, adalah tidak adil untuk Pas menyokong kedua-kedua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang kerana ia dikira mempermainkan kepercayaan rakyat.
“Tidak adil untuk mereka menyokong kedua-dua pihak. Jika mereka mahukan undi dari rakyat, mereka berkata akan menyokong pembangkang, tetapi sebenarnya mereka bersama BN.
“Itu akan menjadi masalah ketidakpercayaan. ‘Let it be clear’, kalau sekarang ini kita keliru. sekejap kata hendak bersama pembangkang untuk jatuhkan BN, sekejap pula kata hendak bersama BN,” tegasnya.

Kami sudah cukup beradab, Pakatan Harapan jawab Hadi

Pakatan Harapan berikrar akan meneruskan protes terhadap Putrajaya dengan mengangkat sepanduk "Mana RM2.6 bilion" sepanjang sidang Parlimen ini, mengatakan tindakan itu sudah cukup beradab.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, Pakatan Harapan tidak melihat protes melalui mengangkat sepanduk atau plakad di dalam Dewan Rakyat sebagai perbuatan tidak beradab dan bersopan seperti dakwaan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kita bukannya membaling kasut, kerusi, atau apa pun. Tak seperti di Eropah, mereka baling gas pemedih, sebagai tanda protes.

"Tapi kita mengangkat plakad. Itu sudah cukup beradab. Tidak timbul huru-hara," kata wakil rakyat Parti Amanah Negara (Amanah) itu pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. Terdahulu, Hadi berkata, tindakan parti pembangkang yang memegang plakad "Mana RM2.6 bilion" selepas Datuk Seri Najib Razak selesai membuat pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat lalu satu perbuatan tidak sopan dan tidak wajar kerana ia hanya dilakukan peserta demonstrasi.
Khalid berkata, protes tersebut bakal diteruskan selagi ia tidak mendapat teguran daripada speaker.
"Protes ini akan berterusan. Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.
"Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan," katanya.

Tolak GST : Ketua Pembangkang bahas Belanjawan 2016

Kos KDN tinggi: Jamal "baju merah" salahkan Bersih 4.0

Himpunan Baju merah tidak akan diadakan jika Bersih 4 tidak meneruskan demontrasi pada 29 dan 30 Ogos lalu.
Jamal-Yunos_anti-bersih_600
PETALING JAYA: Datuk Jamal Md Yunos menyalahkan Bersih 4.0 sebagai punca kerajaan terpaksa mengeluarkan lebih RM4 juta untuk kos kawal selia Himpunan Rakyat Bersatu (Baju Merah) pada 16 September lalu.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, perhimpunan Baju Merah tidak akan diadakan sekiranya Bersih 4.0 mematuhi arahan polis supaya membatalkan demonstrasi pada 29 dan 30 Ogos lalu.
“Baju Merah tidak akan muncul sekiranya perhimpunan haram Baju Kuning tidak memulakan perhimpunan.
“Bagi saya kos RM2 juta atau RM4 juta tidak menjadi isu. Punca kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang terlalu tinggi disebabkan Baju Kuning, kalau tidak ada perhimpunan itu, wang tersebut dapat digunakan untuk kebajikan rakyat,” katanya kepada FMT.
Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis di Parlimen mendedahkan kos kawal selia Baju Merah adalah lebih tinggi berbanding himpunan Bersih 4 iaitu sebanyak RM4,500,927.50.
Sehubungan itu, Jamal menyarankan supaya pihak pembangkang berhenti mengadakan perhimpunan haram selepas ini bagi menggelak peruntukan besar terpaksa ditanggung kerajaan.
Pada masa sama, beliau turut membidas tindakan pembangkang yang mepersoalkan peruntukan sebanyak RM20.3 bilion kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Katanya, kos tersebut bukanlah satu jumlah yang besar jika hendak dibandingkan dengan keadaan ekonomi semasa.
“Zaman ini bagi saya RM20 atau RM30 atau RM40 bilion tidak ada masalah dan tidak menjadi isu, memandangkan keadaan semasa ketika ini berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Jumlah itu bukan angka yang besar, sebab dibawah JPM banyak agensi dan jumlah itu bukan untuk kegunaan Perdana Menteri. Bagi saya ini adalah taktik pembangkang untuk mengelirukan rakyat,” katanya.

FAKTA Yang Perlu Rakyat Tahu TERUTAMA pencacai UMNgOK..

GST sistem cukai yang digunapakai di kebanyakan negara. Negara lain bila GST diperkenalkan, kjaan di sana akan memastikan cukai sedia ada dikurang demi kesejahteraan rakyat.. berbeza di Malaysia.. cukai SST dimansuhkan, tapi DIGANTIKAN CUKAI sehingga rakyat terus dibebani dgn peningkatan kos sara hidup..

GST memberi pulangan kepada kerajaan tapi BUKAN kepada rakyat... malah janji hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat tidak ditepati.. kerana kjaan memerlukan GST bagi menampung amalan KETIRISAN & KEBOROSAN yang memudaratkan negara.. dan rakyatnya..

Menari untuk berzikir dilarang syarak, kata mufti Perlis



Tarian bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syarak dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Sehubungan itu, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa perbuatan menari untuk berzikir dilarang mengikut syarak.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang diadakan pada 24 dan 25 Ogos lalu.
"Hal ini (menari untuk berzikir) tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyuk dan tenang.
"Nas-nas yang cuba digunakan bagi membolehkan perbuatan itu seperti takwilan dalam ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja'far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul oleh beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW dan lain-lain telah ditafsirkan secara salah," katanya dipetik Bernama.
Mohd Asri berkata riwayat tersebut pula tidak sahih dan pendalilan dibuat di luar konteks.
Beliau bagaimanapun berkata zikir dalam segala keadaan yang diizinkan oleh syarak seperti semasa bekerja, memandu, bersukan dan seumpamanya dibolehkan dan terpuji.

Ketua PAC kata ringgit jatuh baik untuk penduduk kampung



Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar.
Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat.
Hasan berkata demikian ketika mencelah perbahasan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkaitan belanjawan 2016 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas.
Pasaran komoditi kini tidak menentu dengan harganya jatuh sepanjang tahun sebelum pilih semula pada Oktober.
Harga Minyak sawit mentah (CPO) ditutup tinggi minggu lepas sementara pasaran getah pula bercampur-campur.
CPO bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pergerakan ringgit, menurut peniaga.
Sementara itu, Hasan berkata kerajaan tidak patut menyuntik wang untuk menstabilkan nilai ringgit.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang selepas Rafizi tidak lagi memberi laluan kerana kesuntukan masa.

Malaysia dilanda 'keganasan persepsi' kata Senator Umno

Malaysia dilanda 'keganasan persepsi' - SallehCYBERJAYA: Malaysia dilanda 'keganasan persepsi' melalui media baru yang diguna pakai untuk membunuh karakter seseorang individu termasuk pemimpin negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, persepsi negatif terhadap kepimpinan negara dan kerajaan dilihat seperti telah tertanam dalam masyarakat khususnya pengguna media sosial.

"Dalam konteks Malaysia, jelas dapat dilihat bagaimana manipulasi persepsi media baru digunapakai bagi menjalankan pembunuhan karater terhadap individu mahupun mengakibatkan ketidakstabilanhuru-hara berlaku.

"Situasi berlaku apabila pemimpin negara dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Namun, isu tersebut terus dimanipulasi di media sosial meskipun pencerahan demi pencerahan dibuat dan pelbagai bukti telah dikemukakan,"katanya semasa berucap merasmikan Seminar "The Role Of New Media in Fighting Againts Perception Terrorism" di  Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di sini, hari ini.

Tambahnya, persepsi boleh timbul daripada pemikiran atau hati seseorang dan boleh dicetuskan pihak lain.

JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO TAK SEHARUSNYA LAYAN ADUAN ISA SAMAD!

Adakah mendesak mana-mana pemimpin meletak jawatan merupakan suatu kesalahan dalam UMNO?
Berikutan tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang mengadakah sidang akhbar bersama mendesak perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Ketua UMNO bahagian berkenaan yang juga Pengerusi Felda, Isa Samad dilaporkan akan menghantar laporan kepada Jawatankuasa Disiplin agar sesuatu tindakan dapat diambil terhadap mereka.

Meskipun Isa memberi alasan mereka itu telah mencemar amalan membuat keputusan secara kolektif yang selama ini dihormati, tetapi tentunya punca paling utama "kemarahan"  beliau sehingga mahu tindakan itu diambil ialah kerana desakan itu berkaitan pengunduran Najib.

Tiada sebab lain tindakan itu mahu diambil melainkan Isa merasakan namanya sudah agar tercemar di mata Najib berikutan perbuatan 13 Ketua Cawangan itu.

Lantaran itu, sebagai tindak balas yang mudah ialah melaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin di mana jika mereka dipecat atau digantung keahliannya, dapatlah Isa memberi gambaran bahawa UMNO Teluk Kemang yang dipimpinnya sudah kembal solid, padu dan tidak berbelah bagi menyokong serta mendokong Najib.

Jika mereka terbabit membuat desakan lain seperti meminta Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal meletakkan jawatan, atau mendesak Tun Mahathir keluar UMNO misalnya, walaupun tidak dibuat secara kolektif, sudah pasti Isa tidak akan melaporkannya kepada Jawatankuasa Disiplin.

Bahkan tidak mustahil beliau akan mengatakan, itu merupakan hak mereka dan ia kebebasan yang perlu dihormati dalam demokrasi UMNO.

Tetapi kerana itu menyentuh "pemimpin agung" yang sedang berkuasa, maka semuanya mahu dijadikan salah belaka. Itulah UMNO...

Rafizi dedah skandal hospital UiTM

Projek itu sepatutnya bernilai RM599 juta tetapi kerajaan dipaksa untuk membayar RM8.2 bilion sekaligus bakal menjadi hospital termahal di Malaysia.
rafizi-ramli-uitm
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan skandal terbaharu kerajaan yang melibatkan pembinaan hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kampus Puncak Alam.
Dia mendakwa kerajaan dalam proses untuk menyerahkan projek itu kepada ahli perniagaan yang ada hubungan rapat dengan UMNO.
Katanya, projek pembinaan hospital itu dijangka menelan belanja RM599 juta tetapi kerajaan menyerahkan projek itu dengan harga RM8.2 bilion.
“Adakah benar kerajaan akan menyerahkan projek pembinaan hosiptal UiTM di Puncak Alam kepada syarikat ini?
“Pembinaan hospital ini berjumlah RM599 juta sahaja tetapi menerusi perjanjian konses itu kerajaan dipaksa untuk membayar RM8.2 bilion,” katanya ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Rafizi mendakwa, syarikat itu terlibat dalam pembinaan UiTM kampus Puncak Alam dan pernah disaman kontraktor.
“Bagaimanapun, saya mendengar desas-desus bahawa Kementerian Kewangan mengarahkan UiTM membayar segala kerosakan kepada kontraktor itu dan bukannya syarikat berkenaan,” katanya.
Katanya, jika syarikat itu tidak boleh membina kampus universiti masakan ia diberikan projek membina hospital termahal dan terhebat di Malaysia.
Projek pembinaan hospital UiTM diumumkan oleh Naib Canselor UiTM, Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar pada 2010 yang mampu meletakkan universiti di peta dunia.

GST akan jadi ‘candu’ kerajaan Umno@Bn

KUALA LUMPUR – Kerajaan didakwa akan menjadi ‘ketagih’ menggunakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan menaikkan kadar sedia ada kepada lebih tinggi jika pendapatan negara dari hasil minyak terus menyusut ekoran ketidaktentuan harga minyak mentah dunia dijangka merudum, tahun depan.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa jika perkara itu berlaku, rakyat tiada pilihan untuk mengelak daripada membayar GST dan mereka akan menjadi lali walaupun kadar cukai baharu itu bakal dinaikkan pada masa depan.

“GST akan menjadi candu kepada kerajaan, ia akan menjadi sistem percukaian mudah melalui GST. Ia tidak kesudahan, seperti pepatah Melayu, ‘alah bisa tegal biasa’, kalau kita sudah kena teruk, lama-lama kita biasa dan boleh jadi lali kepada perkara itu.

“Datuk Seri Najib Tun Razak juga fikir benda yang sama, bila rakyat Malaysia sudah biasa bayar GST, maka lama-lama naik satu peratus pun tak apa, naik dua peratus pun tak apa, kerana kita sudah lali,” katanya pada Forum Belanjawan 2016 bertajuk Mencetus atau Mengurus Krisis di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, di sini, malam tadi.

Beliau mengulas pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu, yang antara lain mensasarkan kutipan GST pada tahun depan mencecah RM39 bilion, sekaligus dapat menampung kekurangan pendapatan negara dari hasil minyak Petronas pada belanjawan tahun depan itu.

Pas Sedia Kerjasama DAP, Bukan Pakatan Harapan - Hadi

Kerajaan Umno@Bn Kutip Cukai GST RM19 Sehari Setiap Keluarga

Rafizi Ramli GST is a drug for the government

Rafizi: Toll free highways are possible

'The country is not ready for GST'

“Why increase compensation for highway companies”

Rakaman Penuh Bicara Minda: Berani Kerana Benar Tan Sri Muhyiddin Yassin

Peruntukan besar untuk JPM tidak jelas dan kabur

Perdana Menteri diminta memberi penjelasan Dana Fasilitasi dengan peruntukan RM3 bilion dan Projek Mesra Rakyat dengan peruntukan RM309 juta.
najib_budget_600
KUALA LUMPUR: Pembangkang mendakwa terdapat beberapa peruntukan yang dinyatakan di bawah perbelanjaan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang tidak jelas dan kabur.
Persoalan itu dibangkitkan kerana kerajaan memperuntukkan JPM sebanyak RM20.3 bilion melebihi peruntukan bidang lebih penting kepada negara seperti pendidikan.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, terdapat dua peruntukan yang memerlukan Perdana Menteri memberi penjelasan lebih lanjut kepada rakyat.
“Terdapat butiran-butiran yang bernama ‘Dana Fasilitasi’ (kod butiran 97000) dengan nilai RM3 bilion, ‘Projek Mesra Rakyat’ (kod butiran 93500) dengan nilai RM309 juta,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Selasa.
Katanya, tidak wajar untuk Datuk Seri Najib Tun Razak yang memegang kuasa memutuskan peruntukan sebanyak itu untuk JPM yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu.
Sehubungan itu, pembangkang menggesa agar Najib menjelaskan secara terperinci senarai penuh penerima Dana Fasilitasi dan dana-dana lain yang tersenarai dan tujuan apakah dana tersebut diagihkan.
Dalam masa sama, Johari berkata, pembangkang menggelar Bajet 2016 sebagai ‘bajet suka hati Najib’ kerana tindakan beliau memotong peruntukan untuk pendidikan dan sosial
“Jumlah ini telah mengambil sebahagian besar kewangan negara. Menjelang tahun 2016, perbelanjaan JPM bakal mencecah 7.6 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan seluruh negara,” katanya.

Najib akan jawab isu dana asing RM2.6 bilion pada sidang Dewan semasa, kata peguam

Datuk Seri Najib Razak akan menjawab soalan mengenai wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini, kata peguamnya hari ini, meminta Mahkamah Tinggi satu tarikh awal untuk mendengar permintaan perdana menteri untuk membatalkan saman berhubung wang itu.
Datuk Hafarizam Harun berkata, beliau tidak mahu jawapan Najib di Parlimen meninggalkan kesan kepada perbicaraan itu nanti.
“Saya minta tarikh pengurusan kes awal dan tarikh perbicaraan awal kerana perdana menteri dijadualkan menjawab soalan mengenai RM2.6 bilion di Parlimen dan saya tidak mahu jawapan di Parlimen mempunyai pengaruh terhadap perbicaraan di sini dan begitu juga sebaliknya.

“Apa sahaja yang dihujahkan di sini tidak akan dibangkitkan di Parlimen apabila perdana menteri menjawab soalan mengenai wang RM2.6 bilion itu,” katanya kepada pemberita di mahkamah hari ini. Mahkamah Tinggi menetapkan 11 November bagi pengurusan kes akhir bagi semua pihak terlibat memfailkan afidavit balas dalam saman terhadap Najib, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Saman sivil itu, yang difailkan PKR, memohon mahkamah membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas dakwaan kesalahan pilihan raya yang dilakukan Najib susulan pemindahan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.

'Kroni dapat RM8 bilion bina hospital RM600 juta’



Rafizi Ramli (PKR-Pandan) hari ini mendakwa kerajaan pada peringkat menganugerahkan seorang tokoh usahawan yang dikaitkan dengan Umno sebanyak RM8.2 bilion bagi pembinaan projek hospital yang hanya bernilai RM599 juta.
Rafizi memaklumkan Dewan Rakyat, bahawa 'hospital super' yang dicadangkan di kampus Universiti Teknolog Mara (UiTM) Puncak Alam.
"Adakah benar bahawa kerajaan akan menganugerahkan projek penswastaan hospital di UiTM Puncak Alam kepada syarikat ini?
"Perjanjian konsesi membabitkan pembinaan sebuah hospital yang berharga RM599 juta sahaja. Tetapi melalui perjanjian itu, kerajaan sebaliknya terpaksa membayar RM8.2 bilion," dakwanya.
Rafizi membuat dakwaan ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara menunggu jawapan rasmi, Malaysiakini tidak akan menyiarkan nama usahawan dan syarikat yang terbabit.
Syarikat itu juga, kata Rafizi, terbabit dalam penswastaan UiTM Shah Alam.
Ia juga dikatakan sedang disaman oleh seorang kontraktor berhubung projek di universiti itu.

'Dari segi hak asasi, Najib anak didik Dr M'



Daripada segi pelanggaran terhadap hak asasi manusia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah anak didik Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik nombor satunya kini.
“Taktik itu cukup sistematik, undang-undang yang sudah tertulis tersedia untuk digunakan bila sampai masanya,” kata Pengarah Asia, Human Rights Watch (HRW), Brad Adams.
Beliau berkata demikian dalam majlis mengumumkan laporan terkini badan antarabangsa itu bertajuk ”Mewujudkan budaya ketakutan: Penjenayahan hak bersuara secara aman di Malaysia” di Kuala Lumpur.
Adams berkata, Mahathir mengamalkan pelanggaran hak asasi manusia sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri Malaysia.
“Mahathir bapa kepada masalah ini di Malaysia.
Dan langkahnya bangkit di khalayak umum mengaduk tentang kurangnya hak bersuasat amat tidak dapat diterima.
“Dia patut berdiam sahaja dan minta maaf atas apa yang telah dilakukannya,” katanya.
Sejak tahun lalu, Mahathir sentiasa lantang mengkritik Najib dan kontroversi sekitar 1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri.
Beliau bagaimanapun akhir-akir ini membangkitkan penggunaan undang-undang seperti Akta Pencegahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) bagi mengekang pengkritik 1MDB, serta penggantungan akhbar.
Sementara itu, perunding undang-undang HRW Linda Lakhdhir berkata dapatan mereka mendapati kerajaan semakin kreatif bertindak terhadap pengkritiknya.
“Kerajaan apabila tidak dapat gunakan suatu undang-undang, mereka akan cari undang-undang lain untuk digunakan,” katanya lagi.

‘Pas tak mahu naik bas ekspres yang tak sampai’ - Hadi

Pas tetap kekal jadi pembangkang, kata HadiKUALA LUMPUR - Pas menegaskan parti itu tidak akan mengambil jalan pintas untuk mencapai tujuan yang akhirnya mereka terpaksa 'berjalan kaki' kerana salah jalan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkata, parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan kerana akhirnya ia tidak akan dapat mencapai matlamat.

"Pas tidak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat kerana kita tidak mungkin naik bas ekspres yang tak sampai ke destinasi, selepas itu kena jalan kaki jauh.

"(Pas tidak akan sertai Pakatan Harapan?) Kita (Pas) tidak ada harapan...dengan harapan yang tidak sampai ke destinasi. Macam yang saya sebut tadi, naik bas ekspres, nak pergi Kuantan tapi (lalu) jalan ke Kuala Lipis. Mana boleh sampai," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ketika ditanya kemungkinan bayangan bas ekspres itu sebagai gabungan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan, beliau berkata perkara itu mengikut tafsiran masing-masing.

"Itu ikut sendiri. Masing-masing boleh menilai dan boleh faham sendiri," katanya ringkas.

Pecahan keseluruhan Bajet 2016.. Jumlah RM 267 Billion..

1. Peruntukan Yang DiPertuan Agong RM13.5 Juta..
2. Peruntukan Raja Raja.. RM1.4 juta
3. Peruntukan Ketua Hakim, Hakim Besar dan Hakim Hakim RM90 juta
4. Peruntukan Ketua Audit Negara - RM766.000 Ribu..
5. Peruntukan Yang DiPertua Dewan Rakyat RM1.6 Juta..
6. Peruntukan Yang DiPertua Dewan Negara RM1.7 Juta..
7. Peruntukan SPR RM2.3 juta
8. Peruntukan SuruhanJaya Perkhidmatan Perundangan RM50,000 Ribu
9. Peruntukan SuruhanJaya. Perkhidmatan Awam RM10.7 Juta
10.Peruntukan SuruhanJaya Perkhidmatan Pelajaran RM5 Juta
11.Peruntukan SuruhanJaya Perkhidmatan Polis RM1.7 Juta.
12.Peruntukan Perbendaharaan RM6 Billion..
13.Peruntukan untuk Hutang Negara RM 26.7 Billion
14.Peruntukan Pencen, Elaun Bersara dan Ganjaran RM18.9 Billion

1. Peruntukan Pengurusan Parlimen RM131.2 Juta
2. Peruntukan Pengurusan Pej. Penyimpan Mohor DiRaja RM2.2 Juta
3. Peruntukan Jab. Audit Negara RM163.8 Juta
4. Peruntukan SuruhanJaya PilihanRaya RM150.6 Juta
5. Peruntukan SuruhanJaya Perkhidmatan Awam RM47.5 Juta
6. Peruntukan JAB. PERDANA MENTERI RM20.3 BILLION
7. Peruntukan Jab. Perkhidmatan Awam RM2.5 Billion.
8. Peruntukan Jab. Peguam Negara RM185.4 Juta
9. Peruntukan Suruhan Pencegah Rasuah RM251.7 Juta.

KEMENTERIAN..

1. Peruntukan Kementerian Kewangan RM32.2 Billion
2. Peruntukan Kementerian LuarNegeri RM710.5 Juta
3. Peruntukan Kementerian Perusahaan Perladangan RM650.4 Juta
4. Peruntukan Kementerian Pertanian dan Asas Tani RM5.3 Billion
5. Peruntukan Kementerian Kemajuan LuarBandar RM10.8 Billion
6. Peruntukan Kementerian Sumber Asli n Alam Sekitar RM2.6 Billion
7. Peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa RM1.9 Billion
8. Peruntukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri RM797.5 Juta
9. Peruntukan Kementerian KerjaRaya RM5.8 Billion
10.Peruntukan Kementerian Pengangkutan RM3.9 Billion
11.Peruntukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau n Air RM2.2 Billion
12.Peruntukan Kementerian Sains, Teknologi n Inovasi RM1.5 Billion.
13.Peruntukan Kementerian Pelancungan dan Kebudayaan RM1.2 Billion
14.Peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan RM1.3 Billion
15.Peruntukan Kementerian SuruhanJaya Pelajaran RM16.7 Juta
16.Peruntukan Kementerian Kesihatan RM23.1 Billion
17.Peruntukan Kementerian Kesejahteraan Bandar RM4.1 Billion
18.Peruntukan Kementerian Belia dan Sukan RM931.8 Juta
19.Peruntukan Kementerian Sumber Manusia RM1.4 Billion
20.Peruntukan Kementerian Komunikasi n Multimedia RM1.8 Billion
21.Peruntukan Kementerian Keluarga n Wanita RM2.Billion
22.Peruntukan Kementerian Pertahanan RM17,3 Billion
23.Peruntukan Kementerian Pendidikan RM41.3 Billion
24.Peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi RM13.3 Billion

Peruntukan yang paling besar untuk Kementerian Pendidikan RM41.3 BIL, diikuti Kementerian Kewangan RM32.2 BIL dan JABATAN PERDANA MENTERI RM20.3 BILLION... Memang pelik.. Jabatan dapat peruntukan yang lebih besar dari Kementerian.....

Najib bantu Rozali Ismail beri konsensi bernilai RM8.2 billion?

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sekali lagi muncul dengan pendedahan baru kali ini mengenai konsensi untuk membina hospital canggih milik UITM di Puncak Alam yang telah diberikan kepada taukeh air Rozali Ismail.

Menurutnya beliau hairan kenapa konsensi itu diberikan kepada Rozali sedang syarikat milik Rozali dikatakan gagal menguruskan beberapa projek. Syarikat Rozali juga katanya menanggung kerugian dan bermasalah apabila di saman beberapa kontraktor.

Menurut Rafizi pemberian konsensi itu sebagai membantu Rozali.

Menurut Rafizi kos pembinaan hospital UITM itu ialah sebanyak RM559 juta tetapi ia naik kepada RM8.2 billion apabila ia diberikan konsensi kepada Rozali Ismail untuk tempoh 22 tahun.

Pendedahan Rafizi ini merupakan satu lagi kejutan dan kita berharap Menteri Kewangan, Najib Razak akan menjelaskan perkara ini dalam Parlimen.  Menutup perbahasan Rafizi merayu anggota Dewan agar menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib.

DAP dakwa hutang 1MDB RM2.04 bilion hilang

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata terdapat  percanggahan antara jawapan kementerian dan laporan audit International Petroleum Investment Corporation (IPIC).  – Gambar  fail  The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015.
Susulan penafian Putrajaya berhubung kewujudan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.04 bilion kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), DAP hari ini membangkitkan persoalan mengenai 'kehilangan' wang tersebut. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, keengganan Kementerian Kewangan menjelaskan hal itu menunjukkan mereka cuba melindungi perkara sebenar.
Ini kerana katanya, terdapat percanggahan antara jawapan kementerian itu dan laporan audit IPIC yang jelas menunjukkan kewujudan wang tersebut.
"Keengganan kementerian mendapatkan penjelasan daripada IPIC menunjukkan ada sesuatu disembunyikan. "Ke mana duit tersebut hilang?" soal wakil rakyat DAP itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen BN bela Muhyiddin, selar timbalan menteri berkenaan 1BestariNet

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata program 1BestariNet adalah projek seluruh negara yang diterajui mantan menteri pendidikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015. 
Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata program 1BestariNet adalah projek seluruh negara yang diterajui mantan menteri pendidikan. 

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh daripada Barisan Nasional (BN) menegur sikap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang meletakkan tanggungjawab kelemahan pelaksaan projek 1BestariNet di atas bahu bekas menteri pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ghapur sebaliknya berkata, kelemahan yang timbul tidak seharusnya dipersalahkan atas bahu seseorang, sebaliknya Putrajaya perlu memikul tanggungjawab tersebut.
“Timbalan menteri kata ada projek (1BestariNet) daripada mantan menteri pendidikan. Kita satu kerajaan, jangan cari mantan, kementerian bukan mantan.

“Kalau begini, lain kali orang akan cakap mantan punya...mana ada mantan punya, mantan itu kerajaan punya, itu kerajaan punya,” katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat ketika sidang Parlimen, hari ini. Jailani sebelum itu ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat berkata, projek 1BestariNet yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications bukan dibawah tanggungjawab kementeriannya, sebaliknya ia merupakan projek di bawah kementerian pendidikan.
“Kementerian ini iaitu di bawah program pelaksanaan jalur lebar tidak mengkhususkan mana-mana pemberi perkhidmatan untuk memberi perkhidmatan di suatu-suatu tempat, maknanya tidak ada elemen eksklusiviti.
"Sebenarnya program 1BestariNet bukan di bawah kementerian ini. Ia adalah projek seluruh negara yang diterajui oleh mantan menteri pendidikan yang dahulu di bawah Kementerian Pendidikan di mana projek itu dikhususkan kepada syarikat yang diberi nama YTL Communications,” katanya.
Sebelum ini Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan projek runding terus 1BestariNet bernilai RM663 juta itu.

Pakatan Harapan gesa Putrajaya hentikan ‘dana suka hati’ Najib

 Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang membidas peruntukkan sebanyak RM20.3 bilion dilihat mengambil sebahagian besar daripada kewangan negara. – Gambar  fail  The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015. 
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang membidas peruntukkan sebanyak RM20.3 bilion dilihat mengambil sebahagian besar daripada kewangan negara.

Putrajaya digesa menghentikan serta merta peruntukan yang dinamakan 'dana ikut suka hati Najib' sebanyak RM20.3 bilion di bawah peruntukan Bajet 2016, kata Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan hari ini. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang membidas peruntukkan tersebut berkata, jumlah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu dilihat mengambil sebahagian besar daripada kewangan negara. "Pemotongan besar-besaran dikenakan ke atas bidang pendidikan, kebajikan dan perbelanjaan sosial tetapi bagi Jabatan Perdana Menteri lebih banyak wang diperuntukkan di bawah Bajet 2016 berbanding RM19 bilion pada 2015," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Husam: Menjawab Wan Mutalib Embong

Saya bersyukur kerana kanda saya Datuk Wan Mutalib Embong selaku AJK Pas Pusat sudi berbicara (menerusi surat terbuka) dengan saya.
 Inilah yang saya tunggu-tunggu – tindak balas. Beliau berani meletakkan nama beliau dan bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis.
Pertama, surat beliau banyak bertanya. Menunjukkan bagi beliau banyak perkara belum jelas kedudukannya.
Mengapa saya tidak menegur amalan kelulusan hutan simpan tebang habis untuk tujuan perladangan dengan jumlah yang semakin luas dari masa ke semasa sewaktu saya dalam kerajaan?
Adakah saya tidak menegur selama ini?
Saya berpendapat lebih baik untuk Datuk Wan bertanya kepada MB Kelantan sekarang, Datuk Ahmad Yakob atau anggota Dewan Harian PAS di masa lalu dan anggota Jawatankuasa Kuasa Kecil Perhutanan (JKKP) pada masa saya menjadi anggotanya, dan bukannya membuat pertanyaan terbuka seperti ini.
Ketika seorang ADUN (sekarang telah dilantik menjadi Exco) hendak dilantik sebagai anggota tambahan JKPP, saya telah meminta Dewan Harian menentukan dasar pemberian hutan simpan kekal tebang habis ini untuk diguna pakai oleh anggota JKKP.
Seingat saya, MB sekarang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Beliau waktu itu adalah timbalan pesuruhjaya 1 dan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz tidak hadir. Ia berlaku pada akhir 2012 atau sekitarnya.
Tidak ada polisi diputuskan
Bila YB yang menjadi anggota tambahan ini pertama kali menghadiri mesyuarat JKKP, seperti biasa saya sekali lagi berhujah dalam mesyuarat tersebut menolak cadangan kelulusan atas tajuk ini.
Hujah saya tidak dibantah. Apa yang berlaku ialah anggota baru ini membacakan senarai syarikat untuk kelulusan.
Saya memprotes secara dalaman dengan tidak lagi menghadiri mesyuarat JKKP sehingga DUN dibubarkan pada tahun 2013. Tiga atau empat mesyuarat selepas itu tidak lagi saya hadiri. Rekod mesyuarat berkenaan boleh disemak.
Apa tujuannya?
Kalau saya ikut serta, saya akan terperangkap sampai bila-bila dan tidak dapat bersuara. Sejak itu, kelulusan atas tajuk ini kian bertambah.
Rekod-rekod boleh disemak dan Insya-Allah akan berbicara dengan sendirinya. Adakah sebelum itu saya tidak berbuat apa-apa?
Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam berbagai cara yang saya tidak bercadang memanjangkan pada peluang ini. Sebahagian darinya telah saya nyatakan dalam wawancara yang disiarkan Sinar Harian baru-bari ini.
Kedua, adakah kerana pernah menjadi sebahagian dari sistem itu pada masa lalu, saya hilang kebebasan saya selama-lamanya untuk menegur sesuatu yang saya fikir buruk?
Apatah lagi ia kian bertambah hari ke hari dengan kelulusan baru. Saya yakin itu bukan prinsip Dato Wan yang saya kenal.
Prinsip itu hanya anutan Firaun. Firaun menggunakan dakwaan satu “kesalahan” yang dilakukan Nabi Musa pada masa lalu untuk menghalang Nabi bersuara. Hal ini diceritakan dalam Surah As-Syua'ra, ayat 19.
Apa lagi, kelulusan tebang habis adalah sentiasa berkembang dengan jumlah keluasan yang semakin bertambah. Di manakah hadnya?
Adakah adanya tambahan-tambahan kelulusan baru sekalipun, tiada teguran boleh dibuat sampai hutan Kelantan pupus sepenuhnya?
Terbaru adalah seluas 4,500 hektar hutan simpan hanya untuk satu syarikat. Kini, giliran saya bertanya kepada Dato Wan selaku AJK PAS Pusat.
1. Apa dasar Pas terhadap alam sekitar?
2. Apa dasar Pas terhadap pemanasan global?
3. Apa dasar Pas terhadap pembalakan tebang habis?
4. Apa dasar Pas terhadap pemberian hutan bersekala besar tanpa tender?
5. Apa janji Pas dalam manifesto mengenai pemeliharaan alam?
6. Apa dasar Pas terhadap cara pembahagian kekayaan negara/negeri yang hanya melebihkan orang yang sama?

'Luka tsunami Cina Najib tak sembuh-sembuh'


Perdana menteri mungkin menerima nasihat salah yang mendorongnya bergerak ke haluan kanan selepas pilihan raya umum lalu, kata bekas pemimpin timbalan menteri Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Saifuddin, yang baru menyertai PKR baru-baru ini, berkata Datuk Seri Najib Razak kini bukan pemimpin yang sederhana, neutral atau progresif lagi seperti sebelum ini.
“Saya tidak mahu sifatkan sebagai melampau, tetapi dia beralih ke arah kanan selepas pilihan raya umum.
“Beliau dulu amat sederhana, tetapi kini semuanya telah berubah,” beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara bersama Oriental Daily.
Saifuddin, bekas pemimpin pusat Umno, berkata perubahan itu mungkin disebabkan kemerosotan teruk undi Cina dialami BN, yang digelarnya sebagai “tsunami Cina”.
“Luka itu tidak pernah sembuh. Ini yang menjadi titik peralihan penting Najib,” kata Saifuddin yang kini dilantik mengetuai urus setia gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan.
Dalam temubual itu, Saifuddin memberi tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Umno – rasisme, model politik ketinggalan zaman sertai dakwaan skandal-skandal parti.
Saifuddin berkata, walaupun mustahil mencari parti yang seratus peratus bersih, sekurang-kurangnya ia tidak terbeban dengan skandal yang berat.
Beliau kemudian membangkitkan isu 1MDB serta kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Najib tunggu jawapan WSJ sebelum saman....

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata beliau sedang menunggu jawapan daripada peguam yang mewakili akhbar The Wall Street Journal mengenai sama ada mereka akan memohon Akta Ucapan Amerika atau 'Securing the Protection of our Enduring and Established Constitutional Heritage - SPEECH Act' dalam membela diri.
 Hafarizam berkata, beliau menasihati anak guamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menangguhkan keputusan meneruskan saman terhadap akhbar itu sehingga ada jawapan.
"Kami telah menulis kepada peguam WSJ dua minggu lalu untuk mereka menjawap ya atau tidak berhubung soalan kami.
"Kami perlu tahu sama ada mereka akan menggunakan Akta Ucapan sebagai pembelaan dan meletakkan asas asas untuk kes ini," katanya.
Dalam satu artikel bertarikh 2 Julai, WSJ melaporkan maklumat yang diperolehi penyiasat Malaysia yang memeriksa 1MDB mendakwa terdapat dana berjumlah US$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke akaun yang didakwa milik peribadi perdana menteri.

Pas tetap kekal jadi pembangkang, kata Hadi

Pas tetap kekal jadi pembangkang, kata Hadi

KUALA LUMPUR - Pas akan terus menjadi pembangkang dan tidak akan sesekali menyertai BN untuk membentuk kerajaan campuran.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan yang dilakukan  bersama pemimpin BN sebelum ini adalah berkisarkan masalah-masalah rakyat bukan mengenai kerjasama politik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas akan menjadi pembangkang yang menerang bukan menyerang.

"Itu pendekatan yang kita ambil. Sebarang perubahan yang hendak dilakukan mestilah berteraskan Islam yang menjadi dasar, konsep dan matlamat  perjuangan Pas. Pas tak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat.

"Kerana kita tidak mungkin naik bas ekspres yang tak sampai ke destinasi kita pergi lepas tu kena jalan kaki jauh. Kita mahu proses demokrasi yang berakhlak dan beradab dan tidak boleh lupakan konsep Raja Berperlembagaan. Pada masa sama mesti memelihara hubungan masyarakat majmuk," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurut beliau, masa berhujah di Parlimen tidak cukup pihaknya mengetengahkan segala masalah rakyat sehingga beliau perlu bertemu dengan kerajaan pada sesi yang lain.

Hentikan manipulasi autonomi IPTA, kata Nurul Izzah

NURUL IZZAH
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata dalam reaksinya berhubung peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi dipotong sebanyak 13 peratus daripada RM15.78 bilion pada 2015 kepada RM13.37 bilion dalam Bajet 2016, yang diumum baru-baru ini.

KUALA LUMPUR, 27 Oktober:
“Hentikan manipulasi autonomi IPTA dan kembalikan keutamaan dana negara untuk bina pendidikan berkualiti.”
Itu kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam reaksinya berhubung peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi dipotong sebanyak 13 peratus daripada RM15.78 bilion pada 2015 kepada RM13.37 bilion dalam Bajet 2016, yang diumum baru-baru ini.
Nurul Izzah berkata bajet yang diperuntukkan untuk IPTA pada tahun 2013 adalah sebanyak RM7,275,972,600 meningkat ke RM8,466,340,300 pada tahun 2014 kemudiannya RM8,753,564,300 pada tahun 2015 dan sekarang menurun ke RM7,311,337,500.
“Malangnya, yang berlaku adalah kenaikan yuran Universiti sebelum pun rejim cukai GST dilaksanakan. Sebagai contoh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yuran kemasukan pelajar meningkat sebanyak 13% daripada RM310 (2014) kepada RM410 (2015). Yuran Kolej juga meningkat sebanyak 13% dari RM432.50 (2014) kepada RM 552.50 (2015). Keadaan menjadi lebih sukar buat para mahasiswa apabila kebanyakan barangan di dalam Universiti naik jua pasca GST.
“Universiti Malaya paling banyak menerima potongan dalam pembiayaan iaitu, RM175 juta atau 27.3 peratus. Sementara Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Malaysia Terengganu, peruntukan masing-masing dipotong 23 peratus. Bajet bagi 11 IPTA lain pula dikurangkan antara 10 dan 20 peratus, manakala empat lagi IPTA peruntukan dikurangkan sehingga 10 peratus berbanding peruntukan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada harapan Pas sertai Pakatan Harapan kata Hadi Awang

abdul hadi (M)
Abdul Hadi berkata Pas itu akan bekerjasama dengan kerajaan semasa atau parti politik lain demi kepentingan rakyat.

KUALA LUMPUR, 27 Oktober:

Tiada harapan untuk Pas menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pemimpin parti agama itu, berkata tindakan menyertai pakatan pembangkang baru adalah serupa dengan menaiki bas ekspres yang tidak akan sampai ke destinasinya.
“Kami akan terus kekal sebagai pembangkang dan tidak akan menyertai kerajaan.
“(Tetapi), Pas akan kekal sebagai parti pembangkang yang menerangkan dan bukan melakukan serangan.
“Kita tak ada harapan (dengan apa) yang tak sampai destinasi”
“Ini adalah bas ekspres ke Kuantan tetapi tidak sampai sekalipun di Kuala Lipis,” katanya dalam sidang media di Parliamen, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, sekalipun Pas akan berjuang bersendirian, parti itu akan bekerjasama dengan kerajaan semasa atau parti politik lain demi kepentingan rakyat.
“Bukan kami tidak mampu bersendirian, tetapi kami pernah melakukannya maka, kami percaya bahawa banyak parti politik bergantung kepada kami untuk sokongan kerana cawangan kami dan akar umbi yang kuat.
“Jika demonstrasi diadakan, jika Pas tiada, tidak akan ramai orang.

Kos kawal Himpunan Baju Merah lebih mahal

Kos kawal selia Himpunan Baju Merah sebanyak RM4.5 juta hampir sekali ganda kos Bersih 4 yang berjumlah RM2.7 juta.
zahid-hamidi,merah
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan kos kawal selia Himpunan Rakyat Bersatu (Baju Merah) pada 16 September adalah lebih tinggi berbanding himpunan Bersih 4.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, kos keseluruhan bagi mengawal selia himpunan Bersih 4 adalah sebanyak RM2,737,440.00 manakala bagi Himpunan Rakyat Bersatu adalah sebanyak RM4,500,927.50.
“Bagi Bersih 4, pihak polis telah mengerahkan 191 orang pegawai dan 2,419 orang anggota lain-lain pangkat bagi mengawal sepanjang dua hari perhimpunan tersebut.
“Manakala, bagi Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September 2015, seramai 263 orang pegawai dan 3,648 orang anggota lain-lain pangkat dilapor telah terlibat secara langsung bagi mengawal perhimpunan tersebut dengan kos keseluruhan sebanyak RM4,500,927.50,” katanya dalam jawapan bertulis.
Zahid berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook yang meminta KDN menyatakan jumlah anggota polis yang dikerah untuk mengawal perhimpunan Bersih 4 dan Himpunan Rakyat Bersatu.
Timbalan Perdana Menteri itu turut menjelaskan, bagi kedua-dua himpunan yang diadakan itu, anggota PDRM mengguna pakai semua elemen di dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotan IPD Dang Wangi, Cawangan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am (PGA).
Turut digunakan, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan cawangan K9, JSJ dan lain-lain elemen.
Difahamkan, kesemua elemen itu di bawah kawal selia Ketua Polis Kuala Lumpur.

PM buat keputusan saman bekas presiden MCA sehari dua ini kata peguam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat keputusan pada minggu ini sama ada untuk menyaman bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Peguamnya Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata beliau akan bertemu Najib petang ini untuk mendapatkan arahan seterusnya.
"Saya ada temujanji untuk jumpa beliau (Najib) dan keputusan akan dibuat dalam masa satu atau dua hari lagi," katanya kepada pemberita selepas prosiding mahkamah.
Tindakan Ling yang mendesak Najib supaya berundur kerana mendakwa perdana menteri mengambil dana awam menyaksikan beliau dilayangkan surat undang-undang.
Walau bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan itu enggan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya.

Malaysia Negara Ke-5 Paling Mahal Untuk Mendapatkan Pendidikan Tinggi

PETALING JAYA: Malaysia disenaraikan sebagai negara kelima paling mahal untuk mendapatkan pendidikan universiti berdasarkan pendapatan isi rumah.

Purata ibu bapa yang bekerja di Malaysia menghabiskan 55 peratus dari gaji mereka untuk setiap orang anak bagi melengkapkan pengajian di peringkat tinggi, menurut Expert Market yang berpangkalan di London.

Kajiannya terhadap 40 buah negara dibuat berdasarkan yuran pengajian yang disenaraikan dalam Quacquerelli Symmonds Top Universities untuk tahun akademik 2014/2015 dan Pendapatan Gallup Median Self-Reported 2013.

Negara yang paling mahal untuk pendidikan universiti adalah Hungary, yang merupakan salah sebuah daripada negara dengan pendapatan isi rumah terendah.

Ibu bapa di sana perlu menggunakan sehingga 92 peratus daripada gaji hanya untuk membiayai ijazah anak mereka.

Negara-negara lain 'di hadapan' Malaysia dalam senarai adalah Romania, di mana ibu bapa menghabiskan 86 peratus daripada gaji mereka untuk tujuan itu, Romania (86 peratus), Estonia (76 peratus) dan Chile (73 peratus).

"Menariknya, Britain merupakan salah sebuah daripada negara di Eropah yang mengenakan sebilangan kecil yuran pengajian. Norway, Greece, Poland dan Ireland adalah antara beberapa negara Kesatuan Eropah yang menawarkan ijazah percuma secara keseluruhan," kata Expert Market.

Ironinya, kaji selidik itu menunjukkan bahawa Malaysia mencatatkan kos yuran pengajian paling rendah antara '10 tempat paling mahal untuk menghantar anak-anak ke universiti' pada kos £11,875 (RM76,925).

Mana RM2.6 Bilion: Hadi selar pembangkang, "kita ahli Parlimen bukan peserta demonstrasi"

Tindakan parti pembangkang yang memegang plakad "Mana RM2.6 bilion" selepas Datuk Seri Najib Razak selesai pembentangan Bajet 2016 di Parlimen Jumaat lalu disanggah PAS. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keenganan parti Islam itu menuruti langkah parti pembangkang lain kerana menyifatkan ianya merupakan tindakan tidak sopan. ‎ Hadi berkata, ia tidak wajar dilakukan ahli Parlimen kerana perbuatan tersebut hanya dilakukan peserta demonstrasi. "Kita bukan peserta demonstrasi, kita ahli Parlimen yang beradab," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

K’jaan perpaduan dengan Umno adalah sejarah, kata Hadi



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan partinya membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.
"UG (kerajaan perpaduan) adalah sejarah," katanya kepada wartawan di luar Dewan Rakyat.
Hadi juga berkata PAS bersedia berjumpa anggota kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk menimbulkan kebimbangan parti itu berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), nilai ringgit yang merudum serta masalah perumahan.
"PAS ambil langkah untuk menerang bukannya menyerang," katanya.
Hadi sering-kali didakwa mahu meujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno dan dilihat sebagai penyokong Najib.

PAS tak bergantung kepada mana-mana parti, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan, dan ia tidak pernah bergantung kepada parti lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan, dan ia tidak pernah bergantung kepada parti lain.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan PAS tidak pernah bergantung kepada mana-mana parti lain di Malaysia.‎
Sebaliknya, presiden PAS itu berkata, parti-parti lain yang banyak bergantung kepada mereka.
Bercakap kepada media buat pertama kalinya mengulas mengenai persoalan sama ada PAS akan bakal menyertai Pakatan Harapan atau tidak, Hadi berkata perkara itu tidak akan berlaku.

"Kita tidak punyai (Harapan) dengan Harapan, kita akan sampai ke destinasi yang kita mahukan. "PAS tidak bergantung mana-mana parti, yang bergantung itu parti lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini. 

Kita tidak memberikan perhatian kepada etika dan moral dalam kepimpinan

UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sedang sibuk bercakap tentang perpaduan dalam UMNO. Khairy Jamaluddin diantara yang bercakap tentang perpaduan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Tetapi pemimpin-pemimpin ini tidak mahu mengakui yang perpecahan dalam parti itu adalah hasil dari kelemahan pimpinan yang ada hari ini. Jika pimpinan sekarang ini berkepimpinan parti itu tidak akan menghadapi perpecahan.

Masalah dalam UMNO itu adalah masalah yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpinnya terutamanya pemimpin utama nya. UMNO dulu-dulunya bersatu dan padu sehinggakan tiada mana-mana parti pun boleh mengatasinya. Ia menjadi tonggak kerajaan Malaysia dan UMNO memerintah sejak kita mencapai kemerdekaan. Tetapi sokongan kian terhakis dan dalam dua pilihan raya yang lalu UMNO sudah mulai pudar dan kian hari kian merudum.

Tentu ada sebabnya kenapa dulu UMNO itu kuat dan sekarang dia sudah lemah dan hampir tersungkur dihadapan rakyat. Jawapannya mudah. Kuat atau lemahnya UMNO itu berpunca dari pucuk pimpinannya. Keyakinan terhadap pucuk pimpinan itu merupakan elemen terbesar dalam kepimpinan negara. Itu sebabnya di negara maju sebelum seseorang yang ingin menjadi pemimpin seperti Perdana Menteri dia mesti seseorang yang bersih dari persepsi buruk rakyat yang mahu dipimpinnya.

Di barat seperti di AS kita telah menyaksikan betapa persepsi buruk seseorang pemimpin itu tidak membenarkan diri mereka menjadi calon atau bercita-cita untuk menjadi pemimpin. Garry Hart misalnya merupakan seorang calon yang berpontensi untuk menjadi calon parti Democrat dalam tahun 1988 dahulu. Selepas Walter Mondale calon Democrat kalah kepada calon  Republican (Ronald Reagan) dalam pilihanraya Presiden pada tahun 1984 dahulu, Garry Hart merupakan seorang calon Democrat yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya Presiden pada tahun 1988 dahulu.

Tetapi setelah beliau dipersepsikan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai skandal seks walaupun tidak disabitkan oleh mahkamah, Garry yang begitu berpotensi telah terpaksa dan memaksa dirinya berundur dari menjadi calon Democrat kerana hendak menjaga imej Democrat yang sangat-sangat memerlukan kuasa dan memenangi pilihanraya Presiden AS. Maka Micheal Dukakis telah menjadi pilihan Democrat yang menggantikan Garry Hart dalam pilihanraya Presiden pada tahun 1988 itu. Walau bagaimana pun Dukakis telah kalah kepada Bush (Republican) dengan hanya mendapat 45% undian sedangkan Bush mendapat 53%.

Mahkamah benar Najib gantung prosiding saman PKR

Keputusan itu bagi mengelak timbul prejudis terhadap Najib dan tiga yang lain seandainya permohonan Perdana Menteri untuk membatalkan saman PKR dibenarkan.
najib-razak,adnan-mansor,mahkamah
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, untuk menggantung prosiding kes saman PKR terhadap mereka berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab dalam keputusannya berpendapat, terdapat alasan yang munasabah untuk membenarkan permohonan Perdana Menteri dan Tengku Adnan.
Ini kerana menurut Mohd. Zaki, jika permohonan itu tidak dibenarkan akan menimbulkan prejudis terhadap Najib dan tiga yang lain seandainya permohonan Perdana Menteri untuk membatalkan saman PKR pada akhirnya dibenarkan.
Najib, Tengku Adnan, syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon supaya prosiding kes saman tersebut digantung memandangkan PKR memohon agar penzahiran dokumen dibuat.
Najib juga memohon supaya pihaknya tidak perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman itu kerana pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk membatalkaan saman kerana PKR tiada locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk membawa tindakan saman itu, lapor Utusan Online.

‘1MDB doesn’t owe RM2.04bil to IPIC’

The Finance Ministry says there's no such item in the fund's 2014 financial report.
tony-pua,ipiv,1mdb
KUALA LUMPUR: The Finance Ministry has denied that 1MDB owes Abu Dhabi’s International Petroleum Investment Company (IPIC) US$481 million (RM2.04 billion).
According to the ministry, no such item appeared in 1MDB’s 2014 financial report.
“Notes in 1MDB’s financial report ended March 21, 2014, clearly state that no such amount was borne by 1MDB from IPIC,” the ministry said in a written reply to Petaling Jaya Utara MP Tony Pua.
Pua in his question asked if 1MDB still owed IPIC the amount as stated in the Abu Dhabi wealth fund’s audit report for December last year.
The ministry said every company had the right to determine its own method of financial reporting.
Pua, who is a member of the Public Accounts Committee (PAC), accused 1MDB of always avoiding his questions on the matter and claimed that instead of providing answers, the company had been giving incomplete information from audited financial statements.
Pua previously demanded that 1MDB explain its bond issue with IPIC and said it should publish detailed answers in the Frequently Asked Questions section of its website.

Kadar 6 peratus GST tidak akan diturunkan sembang Najib

Struktur GST telah mengambil kira kedudukan sosio ekonomi rakyat supaya GST yang dilaksanakan adalah bersifat progresif.
najib,gst
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan atau mengkaji semula kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pada masa ini ditetapkan pada kadar enam peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kadar enam peratus yang ditetapkan telah mengambil kira beberapa faktor tertentu termasuk kutipan hasil daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang telah dimansuhkan.
“Buat masa sekarang kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pada masa ini telah ditetapkan pada kadar enam peratus
“Kadar GST enam peratus yang ditetapkan telah mengambil kira beberapa faktor tertentu termasuk kutipan hasil daripada SST yang telah dimansuhkan,” katanya dalam jawapan bertulis.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan struktur GST telah mengambil kira kedudukan sosio ekonomi rakyat supaya GST yang dilaksanakan adalah bersifat progresif dengan kadar yang lebih rendah berbanding daripada kadar cukai jualan iaitu 10 peratus.
Najib berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta Najib menjelaskan adakah kementerian kewangan bersetuju untuk merendahkan kadar GST ke empat peratus sebagai strategi membendung inflasi.
Sebelum itu, aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye telah menggesa agar Kerajaan meringankan beban rakyat dengan mengurangkan kadar enam peratus kepada tiga peratus melalui Bajet 2016.

Bajet 2016: Najib hanya pentingkan undi Sabah, Sarawak


Najib hanya pentingkan undi Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinannya didakwa tidak lagi mengambil berat tentang undi rakyat di Semenanjung Malaysia berbanding Sabah dan Sarawak susulan “menganaktirikan” pembinaan lebuh raya tanpa tol di kepulauan Borneo itu sahaja.

Demikian kata Ahli Parlimen (PKR-Pandan), Rafizi Ramli sambil menegaskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang diumumkan setiap kali pembentangan Belanjawan negara membuktikan alasan kerajaan yang memerlukan konsesi swasta untuk membina lebuh raya adalah tidak berasas.

“Jadi hujah mereka sebelum ini bahawa kerajaan memerlukan konsesi secara swasta untuk membina lebuhraya tidak lagi boleh dipakai kerana mereka sendiri umumkan, jika dia boleh bina Pan Borneo, malah lebih panjang dari Plus, tanpa tol, sudah tentu dia boleh lakukan itu, jika dia mahu.

“Malangnya Najib tidak fikir tentang sokongan rakyat di Semenanjung tidak lagi penting berbanding dengan undi Borneo. Sebab itu Pan Borneo tiada tol dan di Semananjung ada tol,” katanya pada Forum Belanjawan 2016 bertajuk Mencetus atau Mengurus Krisis di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, di sini, malam tadi.

1Bestari perlahan? Tanya Muhyiddin, kata timbalan menteri Umno



Timbalan Komunikasi dan Multimedia Menteri Datuk Jailani Johari mempersalahkan bekas Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kelemahan projek 1Bestari.
Ketika disoal oleh Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) berhubung langkah pencegahan mengenai aduan bahawa perkhidmatan internet yang disediakan di bawah projek 1Bestari kepada pelajar-pelajar dan guru-guru adalah lebih perlahan daripada yang dijanjikan, Jailani hanya menjawap bahawa projek berkenaan bukan di bawah kementeriannya.
"Program 1Bestari bukan di bawah kementerian ini. Ini sebuah projek nasional yang diterajui oleh bekas Menteri Pelajaran" katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Jawapan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).
"Jangan kata ini adalah (tanggungjawab) bekas menteri. Ini adalah projek kerajaan, bukan bekas menteri," katanya dengan berang.
Walau bagaimanapun Jailani tidak memberi sebarang reaksi.
Projek 1Bestari adalah usaha sama antara kerajaan dan pembekal perkhidmatan internet YTL untuk memberi perkhidmatan internet 4G kepada pelajar-pelajar dan guru-guru di seluruh negara.

Kos himpunan ‘baju merah’ hampir sekali ganda Bersih 4, kata KDN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menanggung hampir sekali ganda kos keseluruhan untuk Himpunan Rakyat Bersatu, atau lebih dikenali 'himpunan baju merah' berbanding himpunan Bersih 4, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri itu berkata, PDRM menggerakkan 191 pegawai dan 2,419 anggota untuk himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos manakala bagi himpunan baju merah pada 16 September, pasukan keselamatan itu menggerakkan seramai 263 pegawai dan 3,648 anggota mereka.
"Kos keseluruhan untuk himpunan Bersih 4 adalah RM2,737,440, manakala bagi kos keseluruhan himpunan Rakyat Bersatu adalah RM4,500,927.50," kata Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP dari Seremban, Anthony Loke, yang bertanyakan jumlah anggota polis dan kos keseluruhan yang ditanggung PDRM bagi kedua-dua himpunan tersebut. "Bagi kedua-dua penugasan yang terlibat, PDRM menggunapakai semua elemen dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Cawangan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), dan Cawangan K9 JSJ, serta lain-lain elemen.
"Kesemua elemen ini adalah di bawah kawal selia ketua polis Kuala Lumpur," kata Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh.

Bajet 2016: Kenapa UKM terkecuali potongan peruntukan KPT..??

PKR mendesak kerajaan menjelaskan sebab Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terkecuali daripada pemotongan peruntukan bagi Kementerian Pendidikan Tinggi, malah dinaikkan peruntukannya, ketika institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain menerima kesan daripada pengurangan peruntukan dalam Bajet 2016.
Naib presiden parti Nurul Izzah Anwar bertanya jika ia berkaitan dengan kedudukan Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang mengetuai audit rintis kementerian pada 2012 sewaktu penarafan autonomi diberikan kepada 5 IPTA.
“Bajet yang diperuntukkan kepada IPTA pada 2013 adalah sebanyak RM7.275 juta meningkat ke RM8.466 juta pada 2014, kemudiannya RM8.753 juta pada 2015 dan sekarang menurun ke RM7.311 juta dalam Bajet 2016.

“Universiti Malaya paling banyak menerima potongan dalam pembiayaan iaitu RM175 juta atau 27.3%. “Sementara Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Malaysia Terengganu, peruntukan masing-masing dipotong 23%.  “Bajet bagi 11 IPTA lain pula dikurangkan antara 10% dan 20%, manakala 4 lagi IPTA peruntukan dikurangkan sehingga 10% berbanding peruntukan sebelum ini.
“Pun begitu, terdapat satu pengecualian apabila UKM satu-satunya IPTA yang peruntukannya tidak dipotong, malah dinaikkan sebanyak 5%. Mengapa? Hanya perdana menteri yang mampu menjawab persoalan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB tidak pernah berhutang USD481 juta sembang Najib

Penyata kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2014 jelas menyatakan syarikat pelaburan strategik milik negara itu tidak menanggung hutang seperti yang dilaporkan.
najib,1mdb,malaysia
KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah berhutang sebanyak USD481 juta seperti yang dilaporkan oleh Laporan Audit IPIC Disember 2014.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berkata, nota di dalam penyata kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2014 jelas menyatakan syarikat pelaburan strategik milik negara itu tidak menanggung hutang seperti yang dilaporkan.
“Nota di dalam Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 dengan jelas menyatakan bahawa tiada jumlah tersebut yang ditanggung oleh 1MDB terhadap IPIC.
“Ingin ditekankan juga bahawa mana-mana pihak berhak menentukan kaedah pelaporan penyata kewangan mereka,” katanya dalam jawapan bertulis.
Perdana Menteri menjawab menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang meminta Najib menjelaskan jumlah pembayaran yang dibuat 1MDB untuk menebus opsyen syarikat Powertek Investement Holding dan 1MDB Energy (Langat) daripada Aabar Investment.
Selain, Tony Pua juga meminta Najib menjelaskan sama ada 1MDB masih berhutang sebanyak
USD481 juta seperti yang tercatat dalam Laporan Audit IPIC Disember 2014.

Mengapa hanya lebuh raya Pan-Borneo bebas tol?



Pengumuman kerajaan bahawa Lebuhraya Pan-Borneo akan bebas tol, bermakna lebuh raya boleh dibina tanpa mengutip tol, kata MP Pandan, Rafizi Ramli.
Katanya, beliau tidak fikir yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak faham bahawa apabila beliau mengumumkan Lebuhraya Pan-Borneo akan bebas tol, rakyat akan membuka mata mereka, sedar dan faham bahawa lebuhraya boleh dibina di negara ini tanpa kutipan tol.
Oleh itu, katanya, kenyataan sebelum ini bahawa kerajaan perlu syarikat konsesi swasta untuk membina lebuh raya, tidak lagi boleh dipakai kerana kerajaan sendiri mengumumkannya.
Rafizi berkata demikian dalam satu forum di Kuala Lumpur mengenai bajet alternatif Pakatan Harapan malam tadi.
Katanya, jika boleh dibina Lebuhraya Pan-Borneo yang lebih panjang daripada Lebuhraya Utara-Selatan tanpa tol, maka lebuh raya bebas tol boleh diwujudkan jika kerajaan mahu berbuat demikian.
Malangnya, dakwa Rafizi, beliau merasakan bahawa Najib tidak merasakan yang undi di Semenanjung adalah cukup penting, berbanding dengan undi di Borneo.
Pendahulu Pakatan Harapan - Pakatan Rakyat - dalam kempen pilihan raya umum tahun 2013, berjanji untuk memansuhkan tol lebuh raya secara berperingkat jika ia dipilih menerajui kerajaan.
Dalam ucapan bajetnya Jumaat lepas, Najib mengumumkan bahawa Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 1,090 kilometer akan siap pada 2021 dengan kos sebanyak RM16.1 bilion dan ia akan bebas tol.
Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof dilaporkan berkata Lebuhraya Pan Borneo akan sama dengan jalan persekutuan di Semenanjung Malaysia, di mana jalan-jalan persekutuan adalah bebas tol.
Pengumuman itu dibuat selepas kenaikan kadar tol di 18 lebuhraya pada 12 Oktober lalu, terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.

Laporan antarabangsa senaraikan dakwaan salah guna kuasa Putrajaya

 
Pemantau hak asasi berpangkalan di New York Human Rights Watch (HRW) hari ini menerbitkan  laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang Putrajaya yang menjenayahkan hak bersuara, sekali gus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti menangani kritikan terhadapnya sebagai satu jenayah.
Berjudul 'Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia', laporan sebanyak 145 halaman itu mendakwa Najib berulang-ulang kali memungkiri janjinya bagi menghapuskan undang-undang bersifat menekan dan kuku besi serta mengingatkan perdana menteri akan ikrarnya bagi "menegakkan kebebasan sivil" sewaktu memulakan tugas pada April 2009.
HRW berkata, pentadbiran Najib terutamanya sejak 2013, menggunakan undang-undang terlalu kabur serta luas perkataannya bagi "mengganggu, menyiasat dan menahan" individu yang bersuara secara aman.

Tahap tekanan itu meningkat sejak lewat pertengahan tahun lepas sewaktu kritikan orang ramai terhadap layanan Putrajaya kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara kerana dituduh meliwat, dan perancangan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada April tahun ini, berlangsung. HRW juga maklum akan "skandal rasuah menjadi-jadi" melibatkan syarikat milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menyaksikan Putrajaya menyekat laman sesawang dan menggantung akhbar yang membuat liputan skandal itu.
Sewaktu taktik ini dilaksanakan, Putrajaya turut mengumumkan rancangan mengeraskan lagi undang-undang yang menyelia penggunaan Internet.
Laporan itu yang disusun meliputi tempoh lebih dari setahun bermula Mac 2014 sehingga bulan ini mendapati, media, pertubuhan sivil, serta pengguna media sosial dan ahli politik pembangkang menjadi sasaran.
Laporan itu berdasarkan analisis undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman, dan pelbagai peruntukan di bawah Kanun Keseksaan.
HRW turut menyerlahkan pola tekanan seperti salah guna proses perundangan dengan tangkapan lewat malam, perintah reman yang tidak wajar dan pendakwaan terpilih.
Pengarah HRW Asia Brad Adams berkata, kerajaan Malaysia memperolok-olokkan perakuan hak asas dan demokrasi dengan melayan kritikan terhadapnya sebagai jenayah.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia berulang kali memungkiri janjinya bagi menyemak semula undang-undang yang menjenayahkan kebebasan bersuara secara aman.
Sebaliknya, Malaysia bertindak sewenang-wenangnya dengan mendakwa mereka yang berbeza pendapat dengannya," katanya dalam kenyataan yang mengiringi laporan itu.
HRW juga menulis kepada Kementerian Dalam Negeri, peguam negara, ketua polis negara dan pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan pandangan mereka yang dibangkitkan dalam laporan itu, namun tiada sebarang maklum balas diterima.

Anak muda Amanah

Hanya baru beberapa bulan, Parti Amanah Negara (Amanah) lahir secara rasmi sebagai parti politik, kini sudah mendapat sambutan luar biasa daripada golongan anak muda, di samping golongan veteran.
Ini tentunya menunjukkan mereka melihat Amanah sebagai parti politik masa depan tanah air, bukan saja daripada segi ketokohan pimpinannya, dasarnya, bahkan hala tujunya.
Ini kerana ia dilihat sebagai parti berpandangan jauh ke depan, berpaksikan Islam dengan wajah yang ramah, tidak bengis, terbuka dan mampu memenuhi cita rasa rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Sebenarnya tidak mudah untuk anak muda memilih sesebuah parti politik, justeru mereka melihat parti politik negara ini dan pimpinannya dibebani pelbagai dogma, hambatan perkauman, pandangan agama yang sempit dan pelbagai lagi constrain. Maka itu, anak muda, yang mempunyai pemikiran kritikal terhadap establishment, amat sukar menyertai jalur politik parti yang ada.
Bagaimanapun, kini anak muda ini melihat Amanah sebagai parti pilihan mereka, dalam banyak hal, Amanah memenuhi cita rasa mereka.
Saban hari, Amanah menerima ratusan malah ribuan permohonan ahli baru yang berminat menyertai parti ini kerana dasarnya jelas demi menyelamatkan negara daripada terus dipimpin golongan tidak beramanah. Misinya ialah menuju Malaysia baru yang berintegriti dan progresif.
Parti itu dilihat berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran keahlian sebanyak 15,000, khususnya pemuda, yang berusia di bawah 35 tahun menjelang akhir tahun ini.
Ini sebagai nilai tambah kepada keahlian pemuda yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dan profesion. Maka dalam kenyataannya, Pemuda Amanah turut gembira menerima kemasukan tokoh anak muda yang menempa nama di peringkat nasional kerana melibatkan diri dengan isu rakyat.
Sehubungan itu, Pemuda Amanah mengumumkan kemasukan tokoh anak muda menyertai keluarga besar Amanah dan diberi kepercayaan pula untuk memimpin barisan hadapan Pemuda Amanah. Antara mereka ialah Wan Anwar bin Wan Ibrahim, Azan Safar, Khairol Najib bin Hashim, Mohamad Ammar Atan dan ramai lama tokoh anak muda terpelajar yang menyerlah, menyertai Amanah.
Mereka adalah bekas pemimpin pelajar dalam dari universiti dalam dan juga luar negeri.
Azan umpamanya diamanahkan sebagai naib ketua Pemuda Amanah.
Anak muda ini kini menjadi golongan profesional yang berjaya seperti peguam, ahli ekonomi, jurutera, arkitek, doktor dan pelbagai lagi. Mereka dalam posisi yang penting dan dijangka akan memberikan sumbangan penting kepada kemajuan Amanah.
Parti Amanah memang sentiasa membuka ruang dan peluang kepada anak muda untuk bersama-sama menyumbang idea dan tenaga ke arah membina keutuhan parti untuk membina masa depan negara yang gemilang.
Kini Amanah yakin akan lebih ramai lagi anak muda dalam pelbagai lapangan menyertai parti baru ini.
Sementara itu, aktivis Amanah, seluruh negara kini bergerak cergas berkempen menambah ahli parti. Setakat ini, sambutan pelbagai golongan rakyat sangat memberangsangkan.
Umpamanya, di pelbagai pasar malam dan pagi di pelbagai kawasan, kelihatan aktivis Amanah bergerak cergas mendaftarkan ahli baru. Mereka yang mengisi borang keahlian bukan saja kaum Melayu, bahkan pelbagai kaum.
Di sini, walaupun Amanah berakar tunjang Islam, tetapi ia parti yang terbuka untuk semua kaum. Kebanyakan mereka yang mengisi borang keahlian, faham dasar dan matlamat Amanah setelah mendengar pelbagai ceramah tokoh Amanah, di samping daripada portal berita dan risalah diedarkan aktivis Amanah serta pelbagai saluran maklumat lagi.