Jumaat, 23 Oktober 2015

MANA PERGINYA RM2.6 BILION TU !!!


PKR ramal ekonomi terus merosot selagi Najib memimpin

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tersenyum kepada media ketika berjalan keluar dari Dewan Rakyat selepas selesai pembentangan Bajet 2016, petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Oktober, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tersenyum kepada media ketika berjalan keluar dari Dewan Rakyat selepas selesai pembentangan Bajet 2016, petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Oktober, 2015.
Bajet 2016 yang dibentangkan hari ini tidak menjawab persoalan kehilangan krisis keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.Ahli Parlimen Pandan itu berkata bajet kali ini tidak memberi gambaran sebenar kepimpinan Najib yang terpalit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya menyebabkan keyakinan terhadap dirinya hilang.
"Soal utama dalam ekonomi adalah keyakinan terhadap kepimpinan dalam negara, kamu boleh keluar apa saja angka yang kamu mahu dan bentang dalam bajet ini mengikut kamu suka.

"Tapi tanpa kredibiliti kepimpinan ekonomi, ekonomi akan merudum dan sukar untuk sasaran yang diletak dapat dicapai," katanya yang ditemui pemberita di Parlimen sejurus selesai pembentangan Bajet 2016. Rafizi berkata Najib juga seolah-olah mengakui sekiranya keadaan dan kemelut ini tidak diselesaikan segera, negara bakal berdepan krisis ekonomi tahun depan.
"Perdana menteri bermula dengan begitu defensif, beliau mengatakan ekonomi Malaysia tidak berada dalam krisis, menolak anggapan mengatakan kita berada dalam keadaan susah.
"Tapi sebaliknya saya anggap itu sebagai penerimaan, beliau tahu kita akan masuk ke dalam krisis jika perkara tidak diperbaiki," katanya.

Mahfuz gelar Najib ‘Perdana Menteri 80 sen’

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Pembentangan Bajet Persekutuan 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat tidak cukup ‘solid’ membantu pemulihan nilai ringgit dan ekonomi negara.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata tiada apa boleh diharapkan daripada bajet kali ini selain Menteri Kewangan itu meletakkann jawatan sebagai Perdana Menteri.
pc mahfuz“Saya tidak nampak belanjawan 2016 bantu lonjak ekonomi dan nilai ringgit melainkan Najib melepaskan jawatan minggu ini dan itu memberikan nafas baharu kepada nilai ringgit dan ekonomi,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau secara berseloroh berkata, Najib boleh dilabelkan sebagai ‘Perdana Menteri 80 sen’ ekoran pencapaiannya menjatuhkan nilai ringgit pada tahap ketika ini.
Katanya, sejak mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 dan memegang potfolio Menteri Kewangan, nilai ringgit jatuh mengalami penurun ketara.
“Nilai ringgit ketika itu RM3.60 berbanding USD1 tetapi pagi ini RM4.24, (12 tengah hari) RM4.22 dan (2 petang) RM4.23.
“Bermakna pada 2009 hingga hari ini Najib berjaya menjatuhkan nilai ringgit hampir 80 sen maka itu dia layak jadi Perdana Menteri 80 sen,” katanya.
Beliau berkata, kesempitan hidup dihadapi rakyat masa kini akibat daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak dan diikuti skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) berpunca daripada kebobrokan Perdana Menteri sendiri.
Katanya, pebentangan belanjawan dibuat Najib tidak ‘mensejahterakan rakyat’ bahkan memberikan kesan kepada persekitaran ekonomi tidak menentu.
Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Najib membentangkan belanjawan defisit dengan peruntukan RM267.2 bilion serta jangkaan hasil pendapatan RM225.7 bilion.
Biarpun menyasarkan peningkatan RM3.2 bilion namun defisit tercatat adalah tinggi iaitu kira-kira RM41.5 bilion.

Budget 2016: Ahmad Husni says budget has nothing to do with 1MDB

GST: Najib cuba kelirukan Dewan Rakyat

Mampukah Bajet 2016 pacu negara saat ekonomi getir?

Azizah : Bajet 2016 tidak jamin kesejahteraan rakyat

Wan AzizahKUALA LUMPUR, 23 OKT: Pakatan Harapan (Pakatan) berpandangan Bajet Persekutuan 2016 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiada jaminan konkrit untuk mencapai sasaran ditetapkan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berkata seperti mana tahun lalu, pembentangan belanjawan kali ini juga berisiko besar memerlukan peruntukan tambahan bagi menyokongnya.
“Apa disasarkan tidak akan tercapai kerana pada kebiasaannya akan ada perbelanjaan tambahan.
“Maka, saya tidak fikir pengurangan defisit RM3.1 bilion mampu dicapai,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
GST Grafik BaruSelaku Menteri Kewangan, Najib dalam sidang Dewan Rakyat hari ini membentangkan belanjawan 2016 Kerajaan Persekutuan dengan defisit RM41.5 bilion biarpun dianggarkan hasil pendapatan negara meningkat RM3.2 bilion berbanding tahun lalu.
Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, anggaran kadar defisit itu adalah tinggi dengan jangkaan hasil pendapatan negara RM225.7 bilion menerusi belanjawan dengan perbelanjaan RM260.7 bilion.
Presiden PKR itu berkata, dengan kos sara hidup tinggi, rakyat terkesan dan perlu membayar harga mahal untuk menampung hidup tidak terkecuali Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Mengenai GST kalau dikira jumlah dikutip kerajaan ialah seseorang perlu membayar RM1,300 setahun. Ini bermaksud sebuah keluarga dengan enam orang akan menyalurkan RM7,800 setahun untuk GST.
“Sedangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibayar RM1,000 untuk satu keluarga,” katanya.
Pada 21 Oktober lalu, Pakatan membentangkan belanjawan alternatif 2016 dengan anggaran perbelanjaan RM238 bilion dan memperoleh pendapatan RM208 bilion.
Menerusi belanjawan itu juga, Pakatan menjanjikan pemansuhan GST sekiranya mengambilalih Putrajaya bagi mengurangkan bebanan rakyat.

Bajet 2016: Rakyat bayar cukai tambahan RM20 bilion untuk kerajaan boros

Kerajaan terus bergantung kepada rakyat untuk mendapatkan pendapatan melalui pembayaran cukai bukan syarikat korporat.
rafizi-ramli,najib-razak
KUALA LUMPUR: Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyebabkan rakyat terus terbeban.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, ini kerana rakyat akan membayar cukai tambahan yang lebih.
Katanya, jika dilihat kandungan Bajet 2016 secara teliti, rakyat akan membayar tambahan cukai sebanyak RM20 bilion yang dikutip daripada rakyat.
“Dalam kita menghadapi situasi krisis pada tahun hadapan, ia akan menyebabkan rakyat terus terbeban ekoran membayar cukai yang lebih.
“Jelas menunjukakn kerajaan terus bergantung daripada rakyat dan terus mengenakan cukai. Kerajaan tidak lagi bergantung kepada cukai pendapatan korporat dan pendapatan institusi negara,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PKR itu berkata, dalam Bajet 2016 ini, tidak ada pembaharuan yang diperkenalkan malah perkara-perkara yang sama terus diulang berulang kali.
“Itu (perkara baru) tidak disebut oleh Perdana Menteri, malah tidak ada pengumuman baru,” katanya.

Bajet 2016: Defisit 3.1 peratus tidak akan dapat dicapai


Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR - Defisit 3.1 peratus tidak akan dapat dicapai kerana kerajaan sentiasa memerlukan perbelanjaan tambahan dalam pelaksanaan belanjawannya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata, angka tersebut adalah sesuatu yang amat mustahil dicapai memandangkan hasil kutipan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  juga tidak dapat membantu menurunkan angka defisit negara.
"Biasanya dalam belanjawan kerajaan, mesti ada 'supplementary budget' (bajet sampingan) yang menyebabkan pelaksanaan belanjawan lebih dari yang diperuntukkan oleh kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2016 di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pembentangan Bajet 2016 hari ini berkata, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus sekiranya negara tidak melaksanakan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan masih kekal dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
"Kita tengok sahaja projek Expressway Rapid Transit (ERT).. Walaupun itu projek yang baik untuk rakyat, tetapi projek itu tidak termasuk dalam pembentangan Bajet 2015.
"Ini menyebabkan peningkatan kepada defisit negara. Peruntukan yang ada tidak akan dapat menampung pelaksanaan pelan pembangunan bagi 2016, defisit akan meningkat," katanya lagi.

PRN Sarawak: Pan Borneo bebas tol cubaan BN melobi?


Dr Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendakwa 'gula-gula' yang diberikan kepada Sarawak termasuk pengumuman bebas tol di lebuhraya Pan Borneo dalam pembentangan Bajet 2016, hari ini, jelas sebagai salah satu cubaan kerajaan melobi negeri itu untuk pilihanraya negeri akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, banyak yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan demi mencapai tujuan itu.

"Memang (cubaan melobi). Itu tol di sana, tol di sini (bagaimana)?.

"Banyak dia buat untuk pancing undi. Salah satunya tol percuma di Pan Borneo itu," katanya ketika ditemui selepas pembentangan Bajet 2016 selesai.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, cubaan itu jelas namun menurutnya projek Pan Borneo itu bukan perkara baharu.

"Saya fikir memang jelas cuba melobi di Sarawak tapi itu bukan projek baharu. Kita daripada dulu mengumumkan kewajipan untuk membawa satu perubahan termasuk infrastruktur yang menyeluruh kepada Sabah dan Sarawak.

"Kita hanya tunggu pelaksanaan. Tapi mampukah beliau melaksanakannya tanpa rasuah, tanpa salah tadbir dan juga tanpa pembinaan yang tempang," katanya.

Malah menurutnya, beliau menanti-nantikan Laporan Ketua Audit Negara yang akan datang terhadap prestasi kerajaan.

Belanja pengurusan pusat tinggi, ekonomi sukar pulih

MB AzminKUALA LUMPUR, 23 OKT: Langkah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet Persekutuan 2016 tadi tidak meletakkan negara di landasan tepat untuk memulihkan kelembapan ekonominya pada masa terdekat.
Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata ini termasuklah langkah mengekalkan perbelanjaan pengurusan tinggi dan perbelanjaan pembangunan yang rendah.
“Belanjawan ini tidak mencorakkan penyelesaian kerana belanja pembangunan masih kecil daripada jumlah belanjawan dibentangkan di mana belanja mengurus masih tinggi, 80.5 peratus dan pembangunan 19.5 peratus.
“Persoalannya bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh memulihkan ekonomi negara sekiranya belanja mengurus masih kekal besar di dalam belanjawan kali ini,” katanya.
Mohamed Azmin berkata demikian kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat selepas Najib membentangkan bajet 2016, di sini, hari ini.
Katanya, dalam belanjawan kali ini, Najib juga tidak mengambil sebarang langkah menangani ketirisan, kebocoran dan rasuah yang memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

Bajet 2016: BR1M Tak Bantu Orang Miskin

Bajet 2016 Tak Mampu Tangani Krisis Ekonomi Negara

Bajet tutup skandal, kata Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak petang ini adalah untuk menutup pelbagai skandal yang dihadapi oleh kerajaan.
Beliau yang juga ahli parlimen Bagan mendakwa langkah yang diumumkan kerajaan tidak akan memberi kesan jangka panjang kepada rakyat termasuk menyelesaikan skandal 1MDB dan menjawab derma RM2.6 yang didepositkan ke akan peribadinya.
"Ini adalah bajet untuk menutup skandal sahaja. (Bajet itu) tidak akan bawa kesan yang jangka panjang kepada rakyat. Yang kita nak tengok adalah GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dihapuskan.
"Mansuhkan GST, selesaikan masalah 1MDB dan derma RM2.6. Jawab dengan telus untuk mengembalikan keyakinan rakyat," katanya selepas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat.
Lim berkata Najib sepatutnya menjawab skandal yang dihadapinya demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya termasuk mengukuhkan nilai ringgit yang jatuh yang anggap sebagai "kerugian yang sebenarnya".
Setiausaha Agung DAP itu menjawab soalan pemberita berhubung sejumlah peruntukan yang diberikan kepada di Sabah dan Sarawak dalam Bajet yang bertemakan 'Mensejahterakan Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Lim berkata Najib tidak membuat pengumuman mengenai langkah membaiki kejatuhan nilai ringgit, memansuhkan tol, mengurangkan harga minyak dan sekali gus menghapuskan GST bagi mengurangkan kesan terhadap rakyat.
"Tidak ada pengumuman mengenai langkah untuk mengukuhkan mata wang. Saya rasa bajet di mana 'goodies' tertentu diberikan, tetapi tidak menyelesaikan isu utama," katanya.

BAJET 2016 - HANYA INI YANG MENARIK

Apa yang sebenarnya menarik mengenai kandungan Bajet 2016 yang dibentangkan Najib Razak petang tadi? 

Sama seperti ramai yang berhati suram ketika menanti pembentangannya, selepas dibentangkan ia terus juga suram.

Hakikatnya tiada apa-apa  yang menarik dalam bajet kali ini. Lagi-lagi bantuan tunai BR1M sebagai modal utama. Ucapan Najib yang lebih pendek dan ringkas berbanding tahun-tahun sebelumnya membuktikan beliau sendiri bagaikan sudah kekeringan modal.

Kalau ada pun yang kekal menarik ialah ketidakberaniannya untuk menyentuh sama sekali mengenai wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya.
Berbanding beberapa kenaikan  BR1M sepertimana yang diumumkannya, rakyat jauh lebih ingin tahu sejujur dan setulusnya di Dewan Rakyat yang mulia daripada mulut Najib sendiri mengenai "BR1M Besar RM2,600 juta itu. 

Universiti awam tersepit lepas belanjawan 2016?

Kementerian Pengajian Tinggi menyaksikan pemotongan peruntukan besar bawah belanjawan 2016.
Menurut Jangkaan Perbelanjaan Persekutuan, peruntukan untuk kementerian itu akan dipotong sebanyak RM2.4 bilion.
 Berdasarkan belanjawan yang dibentang menteri kewangan hari ini, kementerian hanya akan menerima RM13.378 bilion (5.0 peratus daripada keseluruhan belanjawan) berbanding RM15.785 bilion (5.8 peratus) dalam belanjawan 2015.
Penurunan itu paling besar berlaku di kementerian pengajian tinggi sejak Najib membentangkan belanjawan pertamanya pada 2010.
Ia juga peruntukan terkecil dalam bentuk perkadaran belanjawan yang akan diterima kementerian ini sejak Najib menjadi perdana menteri.
Bawah rancangan memberikan lebih banyak autonomi, universiti sudah digalakkan menjadi dana sendiri untuk tujuan-tujuan penyelidikan.Setakat ini tidak jelas sama ada potongan itu akan menjejaskan pengambilan universiti tahun depan.
Apabila diperhalusi, perbelanjaan operasi sebanyak RM11.767 bilion (87.96 peratus) berbanding perbelanjaan pembangunan RM1.611 bilion (12.04 peratus).
Perbelanjaan pembangunan 12.04 peratus adalah yang terendah sepanjang Najib menjadi perdana menteri.
Ketika belanjawan pertamanya, perbelanjaan pembangunan untuk Kementerian Pendidikan pada tahap 34.55 peratus.

'Terima kasih pembangkang kerana sokong GST' sembang Najib

Budget 2016: Reactions from DAP and Pas MPs

Wan Azizah: PH terima GST? Najib tak baca betul-betul bajet alternatif


Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menempelak kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa pembangkang menerima pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan sehingga memasukkan perkara itu dalam dokumen bajet alternatif mereka.
Wan Azizh berkata Najib yang juga menteri kewangan "tidak membaca betul-betul" cadangan Pakatan Harapan dalam dokumen bajet yang didedahkan semalam.
"Dia (Najib) tidak baca betul-betul. Memang kita tahu, telah diletakkan semua instrumen GST. Kalau kita nak berhenti begitu sahaja, kita (dianggap) tidak bertanggungjawab.
"Jadi kalau kita buat sebetul-betulnya, kita buat 'zero rated'. Dia ikut kita buat apa," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Najib itu.
Pakatan Harapan dalam bajetnya mengumumkan langkah untuk menyelesaikan krisis ekonomi antaranya mengenakan kadar sifar atau ‘zero rated’ kepada semua barangan GST untuk mengukuhkan aliran tunai.
Najib ketika membentangkan bajet menyatakan kerajaan tetap bertegas dengan pendirian bahawa kerajaan mempunyai keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GSTsekalipun keputusan itu ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular.
"Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula dalam dokumen bajet mereka.
"Ini jelas menunjukkan, pendirian pembangkang yang sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten," katanya sambil dibantah oleh pembangkang.

Menteri mcm nilah yg menjadi kesukaan Najib utk dibawa masuk sumbat dlm kabinetnya agar mudah rakyat diTOLolkan KERAjaan...


Perbelanjaan mengurus 80.53% , meningkat lagi bawah Najib

BAJET 2016KUALA LUMPUR, 23 OKT: Sama seperti tahun sebelumnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal memperuntukkan perbelanjaan pengurusan tinggi walaupun negara dijangka terus berdepan keadaan ekonomi getir tahun hadapan.
Najib ketika membentangkan Belanjawan 2016 hari ini berkata, kerajaan memperuntukan RM215.2 bilion atau 80.53 peratus daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM267.2 bilion.
Sementara bagi perbelanjaan pembangunan pula, kerajaan hanya memperuntukkan RM52 bilion atau 19.47 peratus.
“Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda pada 2015,” kata Najib ketika membentangkan Belanjawan 2016 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, di bawah perbelanjaan mengurus, kerajaan memperuntukkan RM70.5 bilion untuk emolumen, perkhidmatan dan bekalan (RM36.3 bilion) , Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap (RM106.6 bilion) , pemberian aset (RM761 juta) dan baki RM1 bilion lagi untuk perbelanjaan lain.
Sementara di bawah peruntukan pembangunan, kerajaan memperuntukkan RM30.1 bilion untuk sektor ekonomi dan RM13.1 bilion untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan dan perumahan serta kesejahteraan masyarakat.
Sektor keselamatan pula menerima peruntukan perbelanjaan RM5.2 bilion, RM1.6 bilion diagihkan untuk sektor pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

Plakad 'mana 2.6 bilion?' tanda habis modal kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan pembangkang mempamerkan plakad 'mana 2.6 bilion?' selepas pembentangan Belanjawan 2016 dilihat sebagai "kehabisan modal".
"Mungkin mereka kurang modal.
"Dah tak sentuh lagi mengenai belanjawan," katanya dalam sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2016 di lobi parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang yang mempamer plakad bertulis "mana 2.6 bilion" selepas Najib selesai membentang Belanjawan 2016.
Pada tahun lalu, pembangkang mengangkat Buku Jingga selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan belanjawan.

Tema sejahterakan rakyat ‘jenaka’ apabila GST tampung kekurangan hasil petroleum, kata PKR


Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen kurang yakin dengan unjuran kutipan hasil kerajaan daripada cukai korporat yang dinaikkan sewaktu ekonomi sedang merudum. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2015. 
Bajet 2016 yang bertemakan "Mensejahterakan Kehidupan Rakyat" adalah satu "jenaka" kerana negara akan bergantung kepada pendapatan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas rakyat bagi menampung kekurangan daripada hasil petroleum, kata pemimpin PKR, Wong Chen.
Pada masa sama, ahli Parlimen Kelana Jaya itu kurang yakin dengan unjuran kutipan hasil kerajaan daripada cukai korporat yang dinaikkan sewaktu ekonomi sedang merudum.
"Bajet ini adalah satu jenaka dan kita curiga dengannya kerana ekonomi kini perlahan tetapi cukai korporat dinaikkan.

"Dalam suku ke-3 dan ke-4 tahun ini kebanyakan syarikat prestasinya semakin perlahan. "Mereka bermain permainan yang berisiko dengan angka," katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib kelirukan Parlimen tuduh pembangkang sokong GST, kata Azmin

 Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa dalam ucapan bajet beliau hari ini, pakatan pembangkang kini mula menerima pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Timbalan presiden PKR itu berkata, kenyataan perdana menteri itu seolah-olah ingin mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengalihkan perhatian kepada Pakatan Harapan.
Padahal, kata menteri besar Selangor itu, terdapat isu yang lebih penting seperti usaha menangani rasuah yang tidak digariskan dalam Bajet 2016 itu.

"Saya rasa beliau cuba kelirukan Dewan, kata kita sokong GST. Pakatan dan semua parti pembangkang lain menyatakan kita mahu kerajaan menumpukan kepada unsur asas dahulu, seperti rasuah, salah guna kuasa, yang diamalkan dalam pentadbiran negara secara berluasa. "Dan ini yang tidak ditekankan dalam belanjawan kali ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet di Dewann Rakyat.

Sepanduk ‘Mana RM2.6 bilion’ diangkat lepas Najib bentang Bajet 2016

Beberapa ahli Parlimen pembangkang berdiri sambil mengangkat sepanduk yang ditulis dengan warna merah selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016, di Parlimen hari ini. – Gambar Facebook, 23 Oktober, 2015. 
Ahli Parlimen pembangkang bangkit memegang sepanduk bertulis "Mana RM2.6 bilion" selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat petang ini. Tindakan itu dipercayai menyebabkan kamera di dalam dewan yang membuat liputan langsung tidak dihalakan ke arah tempat duduk pembangkang dan siaran langsung ditamatkan segera. RM2.6 bilion adalah jumlah derma yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib sekitar Mac 2013 dan diperakui Putrajaya selepas didedahkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.



Najib gagal tangani isu 1MDB, derma RM2.6 bilion, dalam Bajet 2016

Datuk Seri Najib Razak gagal menangani isu yang membawa kepada kehilangan keyakinan rakyat dalam pentadbiran beliau, iaitu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan "derma" RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya, dalam pembentangan Bajet 2016 beliau hari ini, kata DAP. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, walaupun "bahasa berlagak berani" dapat dilihat dalam ucapan Najib di Dewan Rakyat sebentar tadi, kegagalan perdana menteri menangani isu itu akan menggoncang keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa. "Untuk semua bahasa berlagak berani yang memenuhi seluruh ucapan Bajet itu, Najib gagal untuk menangani isu utama yang menghancurkan keyakinan domestik dan antarabangsa terhadap pentadbiran beliau," katanya dalam satu kenyataan selepas ucapan Bajet.

Bajet 2016: Mana 2.6 Bilion? (Where Is The RM2.6 billion)


Bajet Mensejahterakan Rakyat, tapi rakyat terus dikenakan GST

Mei_1_anti_GSTBajet 2016 yang kononnya memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi rakyat selesai dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat jam 5.40 petang tadi.
Penggubalan bajet ini menyaksikan sejumlah RM267 bilion perbendaharaan negara diperuntukkan untuk tujuan itu.
Belanjawan yang bertemakan “Mensejahterakan Kesejahteraan Rakyat” ini juga digubal kononnya bagi mempergiatkan ruang ekonomi negara.
Bagaimanapun Najib yang juga Menteri Kewangan dilihat gagal dalam mendepani usaha untuk melindungi ekonomi Malaysia yang semakin menurun ekoran kegagalan urustadbir kerajaan.
Sebaliknya beliau lebih memberi penekanan ke arah usaha berterusan kerajaan yang mahu melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) secara konsisten.
Kata Najib, pelaksanaan GST dilihat lebih berdaya saing dan mampu meningkatkan pendapatan negara berbanding cukai SST yang ditekankan pembangkang sebelum ini.
“Hasil GST dipulangkan kepada rakyat. Tiada agenda terselindung. Kutipan GST ini juga akan tampung ekonomi negara.
“Kalau GST tidak dilaksanakan, hasil negara akan berkurangan kepada RM21 bilion. Sedangkan cukai SST sekadar RM18 bilion saja. Ini akan meningkatkan defisit negara,” hujah Ahli Parlimen Pekan itu.
Malah beliau turut mendakwa kononnya Pembangkang telah menerima pelaksanaan cukai itu dengan merujuk Belanjawan Pakatan Harapan yang diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 21 Oktober lalu.

Bajet 2016: Khairy jadi bahan pojok blog UMNO

Persepsi Khairy itu tidak mengejutkan jika ia diluahkan oleh pembangkang atau Dr Mahathir
Khairy-Jamaluddin_budget_600
PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjadi bahan jenaka blog pro UMNO sendiri apabila memberikan persepsi menyokong pembangkang untuk menggagalkan Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut artikel yang disiarkan di MyKMU.net, tidak mengejutkan jika persepsi seperti Khairy itu diluahkan oleh pembangkang atau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Yang penulis tak faham, dari penyokong kerajaan macam Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaludin pun bagi persepsi yang sama ni apa pulak? Dah sah sah jumlah kerusi BN dalam Parlimen lebih banyak dari pembangkang, jadi kerisauan (Bajet 2016 tak lulus) ini datang dari mana dan untuk apa?,” kata penulis artikel itu.
Penulis itu juga turut membidas Khairy yang membuat teguran ke atas Najib, seolah-olah menteri yang baru berusia 39 tahun itu mahu mengajar ketuanya.
“Gaya dan cara Khairy bercakap macam Najib ini baru masuk politik sebulan. Sedarkah Khairy bahawa Najib dah jadi ahli parlimen masa umur dia belum pun cecah 2 bulan, nak gebang apa?
“Tahulah Najib macam mana nak kendali segala ancaman untuk mengagalkan pentadbirannya termasuk Bajet 2016 ni,” ujarnya.
Khairy sebelum ini dilapor menyatakan, bahawa Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menolak Bajet 2016.

Penjawat awam hanya dapat RM500, pesara RM250


Kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 700,000 pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM250.
“Kedua-dua bayaran ini yang berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menambah baik beberapa perkara bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti kakitangan perkhidmatan awam.
Ini termasuk menetapkan gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam, selain menambah baik 252 skim perkhidmatan yang bermanfaat kepada 406,000 penjawat awam.

Pakatan sambut bajet dengan soalan 'mana 2.6 bilion?'


Anggota parlimen pembangkang hari ini menyambut pembentangan belanjawan 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis “mana 2.6 bilion?”
Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.
Tulisan itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini, kira-kira jam 5.45 petang tadi.
Najib hari ini membetangkang belanjawan bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat'.

Kerajaan Umno@Bn kutip RM39 bilion menerusi GST

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding jika kerajaan menerusikan SST yang hanya memberi pendapatan sebanyak RM18 bilion.
budget_gst_600
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan langkah yang tepat.
Perdana Menteri berkata, pendapatan kerajaan terus meningkat sejak GST diperkenalkan 1 April lalu berbanding jika kerajaan meneruskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
“Jika kita terus menggunakan SST, kita hanya mampu mengutip sebanyak RM18 bilion.
“Tetapi sejak memperkenalkan GST, hasil kutipan meningkat kepada RM39 bilion ringgit,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 di Parlimen pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Najib menjelaskan bahawa walaupun pelaksanaan GST bukanlah langkah populis tetapi demi menjamin kehidupan rakyat, kerajaan akan terus melaksanakan perkara yang betul.
“Bersyukurlah kerajaan yang ada merupakan kerajaan yang mempunyai iltizam untuk melaksanakan GST. Walapun ada pelbagai halangan,” katanya lagi.
Pada masa sama, Najib juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang kerana menerima pelaksanaan GST.
“Terima kasih kepada penbangkang kerana faham kenapa kita hendak laksanakan GST.
“Tanpa GST, negara akan mengalami defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan sebanyak 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016,” katanya yang merujuk Bajet Alternatif 2016 Pakatan Harapan.

Malaysia tidak akan bankrap sembang Najib

Rizab antarabangsa kekal tinggi iaitu sebanyak RM418 billion dan inflasi terkawal walaupun nilai Ringgit jatuh.
najib-economy
PETALING JAYA: Malaysia bukan sebuah negara yang gagal atau bankrap walaupun nilai Ringgit jatuh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara ditegaskan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2016 di Parlimen pada Jumaat yang bertemakan ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’.
Perdana Menteri berkata, Malaysia bukan negara bankrap kerana rizab antarabangsa kekal tinggi iaitu sebanyak RM418 billion.
“Kemasukan pelaburan asing pula terus kukuh pada RM22.4 bilion pada separuh pertama tahun ini, manakala indeks Bursa Kuala Lumpur mencatatkan 1, 705 mata bersamaan nilai pasaran.
“Walaupun Ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa kekal tinggi sebanyak RM418 billion pada 15 Oktober 2015 yang mampu sebenarnya membiayai selama 8.8 bukan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.
“Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal, di antara dua hingga tiga peratus.
“ini menunjukkan bahawa realitinya Malaysia, negara kita yang tercinta bukanlah negara yang gagal atau bankrap, sebaliknya kita masih stabil masih kukuh dengan ‘economi fundamental dan terus berdaya saing,” katanya.

Harga minyak rendah, pendapatan k'jaan susut RM30b



Harga minyak dijangka kekal rendah tahun depan, dan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggarkan berjumlah RM31.7 bilion atau penyusutan pendapatan kerajaan lebih RM30 bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sesungguhnya keputusan kerajaan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah tepat, lebih-lebih lagi berikutan kejatuhan harga minyak lebih 50 peratus daripada paras AS$100 sebelum ini.
Ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, Petroleum Nasional Bhd (Petronas) menyumbang sejumlah dividen kepada Perbendaharaan setiap tahun.
"Jumlah dividen ini bergantung kepada naik turunnya harga minyak dunia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata dalam tempoh setahun, dengan harga minyak mencatatkan purata AS$100 setong, pendapatan daripada dividen Petronas serta hasil cukai petroliam kepada negara berjumlah RM62 bilion.
"Akan tetapi, senarionya berbeza apabila harga minyak turun kepada paras sekitar AS$50 setong. Pendapatan daripada dividen Petronas serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah RM44 bilion pada 2015," katanya.
- Bernama

Tiada lagi bantuan persekolahan RM100 kepada semua


Bermula tahun depan, bantuan awal persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 yang diberikan kepada setiap murid sebelum ini, akan hanya diberi kepada mereka yang ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 petang ini.
Najib juga mengumumkan pelepasan cukai bagi penjaga yang anak mereka belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000 bermula 2016.

Antara intipati bajet 2016

Berikut ialah antara intipati Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga menteri kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.
Bajet 2016 bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat".
 Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.
* Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
* RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
* RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan
* Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016
* Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion
* Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion
* Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion
* Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi
* Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion
* Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta)
* Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016
* Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion
* Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion
* Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion
* Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada

Intipati laporan ekonomi 2015/2016

Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.
* Cukai barang dan perkhidmatan (GST) dijangka berjumlah RM39 bilion pada 2016 (3.1% KDNK) (2015: dianggarkan berjumlah RM27 bilion mulai April)
* Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal kukuh dengan pertumbuhan teguh pada 2016, berkembang antara 4.0% hingga 5.0% (2015:4.5-5.5%)

* Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan dipacu oleh permintaan domestik dengan perbelanjaan swasta terus menjadi pemacu utama. * Defisit fiskal Malaysia diunjur susut kepada RM38.8 bilion atau 3.1% daripada KDNK pada 2016 (2015: 3.2%)
* Kutipan hasil kerajaan persekutuan tahun depan dijangka berkembang sebanyak 1.4% kepada RM225.7 bilion, diterutamanya disebabkan oleh kutipan tinggi dalam hasil cukai
* Hasil berkaitan minyak dijangka turun 14.1% pada 2016 disebabkan oleh harga minyak mentah dunia yang lebih rendah (2015: 19.7%)
* Perbelanjaan kerajaan pesekutuan dijangka meningkat 1.7% kepada RM265.2 bilion pada 2016 (2015: RM260.7 bilion)
* Daripada RM265.2 bilion perbelanjaan kerajaan persekutuan, 81.1% diperuntuk untuk perbelanjaan mengurus manakala 18.9% untuk perbelanjaan pembangunan
* Perbelanjaan mengurus pada 2016 dijangka meningkat sebanyak 0.9% berikutan usaha berterusan untuk merasionalisasi dan mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan
* Perbelanjaan pembangunan dijangka naik 5.4% tahun depan dengan RM30.3 bilion untuk sektor ekonomi
* Sektor keselamatan akan disediakan RM5 bilion pada 2016 untuk meningkatkan keupayaan angkatan tentera dan polis
* Sebanyak RM1.6 bilion akan diperuntukkan tahun depan untuk sektor pentadbiran awam bagi menaik taraf kemudahan kerajaan di seluruh negara
* Permintaan domestik dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5% tahun ini dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta
* Pelaburan swasta diunjur meningkat 6.7% pada 2016 dengan sejumlah besar pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan
* Penggunaan swasta dijangka bertambah 6.4% pada 2016, mendapat faedah daripada prospek pekerjaan yang stabil dan pertumbuhan gaji yang baik
* Pelaburan awam dijangka mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 2.3% pada 2016 berbanding 1.6% diunjur tahun ini disokong oleh projek-projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesebelas serta projek-projek yang sedang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10
* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.4% pada 2016 dan meningkatkan bahagiannya kepada 54% daripada KDNK daripada 53.8% tahun ini dengan semua subsektor terus berkembang
* Inflasi kekal stabil pada dua hingga tiga% pada 2016 (2015:2.0-2.5%)

Ekonomi negara stabil, bukan hampir muflis, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di pembentangan Bajet 2016, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli , 23 Oktober, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan negara berada di ambang muflis ekoran berdepan dengan keadaan ekonomi yang kritikal.
Katanya, Malaysia masih lagi menjadi sebuah negara yang stabil dengan ekonomi dan dasarnya kukuh dan masih lagi berdaya saing.
"Malaysia tidak terjejas dengan kesan ekenomi global yang merudum, kejatuhan komoditi, kejatuhan ringgit," katanya ketika pembentangan Bajet 2016 di Parlimen hari ini.

Pembangkang pun sokong GST, kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2016, hari ini. Beliau mempertahankan tindakan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan demi ekonomi Malaysia.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli , 23 Oktober, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan keputusan Putrajaya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semasa pembentangan Bajet 2016 hari ini, mengatakan pihak pembangkang juga turut menyokongnya. Najib berkata, meskipun GST bukanlah keputusan popular, ia adalah tindakan betul demi untuk ekonomi Malaysia.
"Malah pihak sebelah sana yang menentang keras kini terima GST, terima kasih kepada pembangkang kerana anda faham," kata beliau sambil memegang buku Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan.

"Kerajaan bertanggungawab akan melakukan keputusan betul walupun tidak popular ," katanya ketika pembentangan Bajet 2016 di Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Bajet ‘gula-gula’ 2016 Najib perlu ditolak

Perdana Menteri gagal menunaikan janji untuk meringankan beban rakyat sebaliknya menghapuskan subsidi minyak dan membenarkan kenaikan tol.


 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa gagal menunaikan segala janji kepada rakyat khususnya untuk meringankan beban disebabkan kenaikan kos sara hidup. Bekas Naib Ketua Pemuda Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, segala janji yang dibuat Perdana Menteri sebelum ini hanyalah janji kosong.
Katanya, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu, Najib berjanji untuk meringankan beban rakyat sebaliknya apa yang berlaku kerajaan menambahkan lagi beban dengan menghapuskan subsidi minyak dan membenarkan kenaikan harga tol.
“Semua yang cuba dilakukan Najib nanti (Bajet 2016) tidak lebih hanyalah taburan janji untuk memulih dan memperbaiki semula imejnya setelah melakukan pelbagai onar yang sukar diterima.
“Rakyat tetap menolak dan tidak mempercayai beliau lagi, sama sebagaimana tidak ada yang percaya wang RM2,600 juta adalah derma,” katanya.
Shahbudin berkata, berdasarkan janj-janji palsu yang diberikan Najib itu, tidak hairanlah apabila ada yang menganggap Bajet 2016 sebagai sampah.
Sehubungan itu, dia berharap semua wakil rakyat baik dari Barisan Nasional (BN) atau pembangkang perlu menolak pembentangkan Bajet 2016 kerana itu hanya ‘gula-gula’ yang dimainkan Najib.
Katanya, tindakan itu selaras dengan saranan ahli Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa wakil rakyat BN boleh membuat undian menolak Bajet 2016.

Tuduhan hasutan naik 1,000 peratus, kata MP



Dakwaan hasutan ke atas rakyat meningkat 1,000 peratus 2013 sehingga hari ini, berbanding dengan tahun-tahun 2007 hingga 2012.
Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin berkata, dari 2007 hingga 2012, terdapat hanya tiga tuduhan hasutan difailkan.
"Tetapi dari 2013 hingga sekarang, terdapat 33 dakwaan, iaitu peningkatan sebanyak 1,000 peratus," kata Shamsul kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.
Shamsul cuba membentangkan usul tergempar bagi membahaskan keperluan memansuhkan Akta Hasutan semalam, tetapi ditolak oleh Dewan Rakyat.
Usul itu berikutan, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap badan kehakiman berhubung penahanan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sivarasa didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Pada 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar untuk memansuhkan Akta Hasutan tetapi membuat pusingan ‘U’ berhubung janjinya pada Perhimpunan Agung Umno tahunan tahun lalu.
Najib bukan sahaja gagal memansuhkan akta itu tetapi berkata, ia akan diperkukuhkan untuk memasukkan hukuman terhadap mereka yang mahu ‘pemisahan’.
Parlimen meluluskan pindaan Akta Hasutan pada bulan April lalu.

Indeks harga pengguna naik 2.6% pada September 2015

Kenaikan Indeks Harga Pengguna naik pada September, hasil dorongan peningkatan indeks kumpulan minuman alkohol dan tembakau, pelbagai barangan dan perkhidmatan, kesihatan serta restoran dan hotel, makanan dan minuman bukan alkohol dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2015. 
Kenaikan Indeks Harga Pengguna naik pada September, hasil dorongan peningkatan indeks kumpulan minuman alkohol dan tembakau, pelbagai barangan dan perkhidmatan, kesihatan serta restoran dan hotel, makanan dan minuman bukan alkohol dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah.

Indeks Harga Pengguna (IHP) naik 2.6% kepada 113.6 pada September 2015 berbanding 110.7 yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Jabatan Perangkaan.
Kenaikan IHP itu didorong peningkatan bagi indeks kumpulan minuman alkohol dan tembakau, pelbagai barangan dan perkhidmatan, kesihatan serta restoran dan hotel, makanan dan minuman bukan alkohol dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah.
Kesemua 6 kumpulan barangan dan perkhidmatan tersebut yang mempunyai wajaran 47.4, menyumbang sebanyak 86.6% kepada kenaikan dalam IHP pada September, kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, nilai indeks keseluruhan juga dipengaruhi peningkatan kumpulan komunikasi (3.2%), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.7%), dan pendidikan (2.5%). Berbanding dengan bulan sebelumnya, IHP bagi September turun sebanyak 0.3%.
Menurut jabatan itu lagi, daripada 12 kumpulan utama, 7 kumpulan mencatatkan peningkatan, satu kumpulan mencatatkan penurunan sementara 4 kumpulan kumpulan utama lagi kekal tidak berubah.
Antara kumpulan utama yang merekodkan kenaikan pada September ialah pelbagai barangan dan perkhidmatan (1%), kesihatan (0.3%), makanan dan minuman bukan alkohol (0.2%), pakaian dan kasut (0.2%), perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (0.2%) dan restoran dan hotel (0.2%).

Dr Mahathir dakwa 1MDB untuk Najib ‘beli’ sokongan

Syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk meminjam sejumlah besar wang supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh "membeli" sokongan, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Guardian, mantan perdana menteri itu dilaporkan berkata, melalui 1MDB, pentadbiran Najib mengukuhkan sokongan melalui pemberian tunai untuk mengukuhkan sokongan.
“Beliau memerlukan wang yang banyak untuk diagihkan kepada berjuta orang penyokongnya. Itu dinamakan rasuah.

"Kalau hendak popular, laksanakan tugas dengan baik, kita akan jadi popular. Tetapi bila kita beli orang, itu menjatuhkan maruah,” kata Dr Mahathir seperti dilaporkan The Guardian. Dr Mahathir ‎berkata tindakan pentadbiran Najib itu seumpama memberikan rasuah untuk terus berkuasa.
“Apa yang beliau beritahu saya, rasuah itu OK. Jika kita merasuah dengan beberapa dollar, itu tidak boleh, jika kita berikan duit kepada seseorang yang tidak pernah melihat duit berjuta-juta ringgit, mereka akan berpaling tadah,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir turut berkata, dana itu diperlukan Najib untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk ahli-ahli politik dan juga pembayaran wang tunai kepada golongan berpendapatan rendah.
Pentadbiran Najib memulakan pemberian wang tunai melalui program rasionalisasi subsidi kepada golongan berpendapatan rendah yang dipanggil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Bukan itu caranya untuk meraih sokongan, itu namanya rasuah. Bila kita perlukan duit, kita cari. Sedangkan kita tiada duit.

Belanjawan Alternatif Malaysia 2016 Pakatan Harapan - Mengelakkan Krisis